Selasa, 2 Oktober 2012

Tertekan : Kedudukan hutang negara ‘hilang’ dalam laporan Bajet 2013


Sangat pelik dan tidak pernah berlaku laporan mustahak sebegini tidak dinyatakan seperti tahun-tahun sebelumnya.
KUALA LUMPUR: Penyata kedudukan hutang negara disyaki ‘dihilangkan’ dalam laporan Bajet 2013 dan tidak dinyatakan seperti biasa yang dikemukakan setiap tahun.
Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, laporan penyata tentang kedudukan kewangan, hutang,  memorandum jaminan kerajaan dan akaun yang melibatkan dana amanah didapati tidak dinyatakan dalam laporan bajet 2013.
“Sangat pelik dan tidak pernah berlaku laporan mustahak sebegini tidak dinyatakan seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Perkara ini penting bagi membolehkan ahli Parlimen menelitinya dan membahaskan sebelum belanjawan ini diluluskan dalam Dewan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

M'sia slips in Internet freedom, now same as Libya: BEST DEMOCRACY IN THE WORLD?


M'sia slips in Internet freedom, now same as Libya: BEST DEMOCRACY IN THE WORLD?
Malaysia’s Internet freedom has worsened this year as seen in the latest global survey of 47 countries, putting it on the same level as Libya after Putrajaya introduced new laws seen to curb electronic media use.
Internet freedom for Southeast Asia’s third-biggest economy was judged to be only “partly free”, after it scored 43 out of 100 points — the same as Libya — dropping two notches in the Freedom on the Net 2012: A Global Assessment of Internet and Digital Media report released last week by Freedom House, a US research organisation advocating democracy, political freedom and human rights.
The annual study evaluates each country based on barriers to access, limits on content, and violations of user rights, and traces trends from January 2011 to May 2012. The lower the numerical score, the better the ranking.
Each country is marked on a score from 0 (the most free) to 100 (the least free), which serves as the basis for an Internet freedom status designation of Free (0-30 points), Partly Free (31-60 points), or Not Free (61-100 points).
Malaysia took the 23rd spot, trailing behind the Philippines, South Korea, India and Indonesia among the Asian countries surveyed.
But Malaysia came out ahead of Sri Lanka, Kazakhstan, Thailand, Pakistan, Vietnam, Myanmar and China. Singapore was not included in Freedom House’s global study.

WHY ANWAR IBRAHIM? Time to end race-based politics in Malaysia

It ignores a simple reality: Datuk Seri Anwar Ibrahim has already made history by being the first Malay politician to ever actually win more political support through an explicitly non-racial platform. It is practically impossible to underestimate how Anwar bucked the trend; he has completely turned our understanding of politics in this country on its head.
WHY ANWAR IBRAHIM? Time to end race-based politics in MalaysiaHistory has already made it crystal-clear; Malay politicians who try to unite the country by appealing to a common sense of Malaysian-ness inevitably wind up heading into political oblivion. Dato Onn Ja’afar’s political career went up in flames the moment he founded the first multiracial political party in the country, in spite of it having every conceivable advantage – it was literally the incumbent party of the time because of Onn’s towering status in Malayan politics. And it, of course, foundered completely.
Since then nobody has even tried to unite the Malays as Malaysians. Unite the Malays as Malays, of course; Syed Jaafar Albar famously proclaimed in the 1960s that he was a Malay first and a Malaysian second. Syed Hussein Alatas made an admirable attempt to change Malaysian politics through Gerakan, and we all know how that turned out. Literally every Malay leader who has tried to be Malaysian first ever since has risked being branded as a sell-out, a puppet of the non-Malays and a stooge of Lee Kuan Yew.
The one exception was Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, who experienced some brief success with his Bangsa Malaysia idea. This only makes sense, considering Dr Mahathir’s iron-fisted handling of anyone who dared to oppose him; it is thus a pity that he never took this policy beyond mere words.
The moment Dr Mahathir handed over the reins to his successor, Malay politicians were up in arms criticising Bangsa Malaysia as a ‘nebulous’ and untenable concept for daring to acknowledge that the non-Malays have a place in this country too.
Brave enough to dump ketuanan Melayu

Merdeka Center: Pendatang haram, kekurangan infrastruktur isu utama pengundi Sabah

KUALA LUMPUR, 2 Okt —  Jumlah pengundi yang merasakan Sabah berada di landasan betul semakin menurun semenjak 2009 disebabkan jumlah pendatang haram tinggi, tahap rendah kemudahan insfrastruktur dan kurangnya pembangunan menjadi kebimbangan utama pengundi  menurut tinjauan Merdeka Center yang diedarkan hari ini.
Peningkatan kebimbangan dikalangan rakyat Sabah boleh dieksploitasi oleh Pakatan Rakyat (PR) dalam melawan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang, kata tinjauan tersebut lagi.
Menurut Merdeka Center, hanya 54 peratus pengundi yang mereka tinjau merasakan negeri tersebut sedang berada di landasan yang betul menurun 12 peratus berbanding dengan 66 peratus dalam tinjauan dilakukan pada November 2009.
53 peratus dari pengundi berpendapat masalah pendatang tanpa izin adalah masalah paling utama dihadapi di negeri kubu kuat BN, mengesahkan keputusan perdana menteri untuk mengadakan Inkuiri Suruhanjaya Siasatan di Raja (RCI) bagi menyiasat perkara ini.

BN bohong, lepas beri habuan naik tarif elektrik

KUALA LUMPUR 2 Oktober: Selepas menabur pelbagai habuan kepada rakyat menerusi Bajet 2013, kerajaan Umno BN kemudian menarik semula wang rakyat melalui kenaikan tarif elektrik.
Ini berikutan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan dapat dielakkan, tetapi enggan menjelaskan masa dan jumlah kenaikan tersebut.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kenaikan tersebut memang telah diduga, malah banyak lagi barangan keperluan lain termasuk cukai dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan.
“Kita memang sudah agak, bajet yang dibentang minggu lalu bohong saja, hanya untuk mengaburi mata rakyat. Konon nak bagi itu ini (kepada rakyat), tapi nanti dalam diam (kerajaan) akan naikkan pelbagai harga barang dan perkhidmatan lagi,” jelasnya kepada Keadilan Daily.
Azan menjangkakan tarif perkhidmatan pangggilan telefon dan sistem jalur lebar juga akan meningkat selepas ini.

RM6.77 Juta Untuk Sebuah KR1M Terlalu Tinggi, Untungkan Kroni

KUALA LUMPUR, 2 OKT: Pakatan Rakyat mendakwa peruntukkan RM 6.77 juta oleh Kerajaan Pusat untuk Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak dianggap terlalu tinggi dan merupakan langkah memberi keuntungan kroni Umno-BN.
Sedangkan sebelum ini kos menyediakan sebuah KR1M dianggarkan hanya menelan belanja sebanyak RM 472,000 sahaja, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.
Menurut Pua, peruntukan tersebut juga hanya menguntungkan Mydin Mohamed Holdings Bhd yang menerima peruntukan itu secara ekslusif sekaligus membunuh daya saing pekedai-pekedai kecil lain.
“Malah, bila geran RM 386 juta atau subsidi diberikan kepada Mydin akan memberi kesan iaitu membunuh semua pesaing Mydin dari pasaraya hypermarket hinggalah ke pekedai kecil-kecilan.

Perlaksanaan GST secara senyap-senyap: Kerajaan tidak telus


KUALA LUMPUR, 2 OKTOBER: Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan muslihat untuk mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) secara senyap oleh kerajaan UMNO-BN melalui Bajet 2013 yang telah dibentang Perdana Menteri, Najib Razak Jumaat lalu.
Bercakap dalam sidang berita di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mencabar Perdana Menteri Najib Razak untuk menafikan bahawa kerajaan berhasrat untuk melaksanakan cukai GST selepas Pilihanraya Umum ke 13, pada tahun 2014.
Chin Tong menyebut bahawa teks ucapan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri secara senyap telah menyelitkan hasrat untuk mengimplementasi cukai GST.
“BR1M dan BR1M 2.0 yang mahu diberi kepada rakyat, akhirnya akan dikutip semula melalui cukai GST ini,” ujarnya sambil menyebut bahawa pengecualian cukai 1% yang disebut Perdana Menteri juga bukanlah sebuah ‘hadiah’ malah sebenarnya dibuat dalam rangka melaksanakan cukai GST.
Bercakap dalam sidang media serupa, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menempelak Perdana Menteri dan kerajaan kerana tidak berani untuk memaklumkan secara jelas hasrat untuk menambah cukai rakyat ini.

BN cuba sembunyikan fakta mengenai GST,

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Wakil Pakatan Rakyat (PR) hari ini menuduh kerajaan Barisan Nasional cuba memperdayakan orang ramai dengan menyembunyikan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2013.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong, dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan bersama mengatakan  Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak telah membenamkan "isyarat tersembunyi kepada sektor kewangan tentang implementasi GST".
“Dalam satu segi, (Najib) berharat untuk meyakinkan sektor kewangan bahawa kerajaan mampu terus membiayai pembaziran dan rasuah tanpa perlu memperbaharui struktur ekonomi yang dipenuhi kroni,” dakwa mereka.
“Pada masa yang sama, Najib sedar bahawa jalan untuk mengenakan cukai baru dan menyeluruh ke atas populasi yang secara relatif agak miskin akan dirintangi halangan.”

MP BN beri bayangan: 'Ada ubi, ada batas'

Seorang MP Sabah memberi bayangan bahawa sokongan kepada kerajaan pemerintah bergantung kepada cara kerajaan mengambil maklum dan bertindak ke atas masalah pembangunan di negeri Malaysia Timur itu.

"Ada ubi ada batas, ada budi boleh balas," kata Siringan Gubat (BN-Ranau) dalam ucapannya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menambah, pantunnya itu ada kena mengena dengan pilihan raya umum akan datang.

Women angry with Najib

Women's Aid Organisation says it is not up to Najib to decide if there is a need for women's rights movement.
PETALING JAYA: Women’s Aid Organisation (WAO) took strong exception to Prime Minister Najib Tun Razak’s dismissal of women’s rights movements in Malaysia.
Najib today dismissed the need for women’s rights groups in Malaysia, saying equality has been given “from the start”.
The prime minister claimed Malaysia is even more advanced than developed nations in this aspect.
Najib, who is also Women, Family and Community Development Minister was speaking at the Women’s Day celebration this morning.
Said Najib: “In some developed countries, the men were allowed to vote before women but, in Malaysia women had the right to vote from the start.”
Countered WAO executive director Ivy Josiah: “With all due respect, it is not up to the prime minister to proclaim that there is no need for women’s movement. It is up us – half of Malaysia – to decide what we want to do to claim our human rights.

RM100 million is like 10 sen to Taib's son, says ex-wife

RM100 million is like 10 sen to Taib's son, says ex-wifeThe divorce case between Mahmud Abu Bekir and his first wife is raking up more dirt than his dad, the corruption-tainted Sarawak chief minister Taib Mahmud, might like and bolstering speculation that theTaibs were indeed be the richest Malaysians in the world.
Shahnaz Abdul Majid told an Islamic court on Tuesday that Bekir was worth more than RM1 billion. She is demanding RM100 million as mutaah (Islamic conciliatory payment) following their recent divorce, and a RM300 million share of joint matrimonial assets.
“He has personal accounts in Canada, the United States, the Caribbean, France, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia, Hong Kong and Switzerland,” Shahnaz was quoted by news portal Malaysiakini as saying.
“My claim of RM100 million in mutaah is small as he is worth in excess of RM1 billion. The RM100 million can be said to be worth 10 sen to him.:
Richest family

WHAT ARE YOU AFRAID OF, NAJIB? No need for women's rights movement - 'male chauvinist' PM

WHAT ARE YOU AFRAID OF, NAJIB? No need for women's rights movement - 'male chauvinist' PMPrime Minister Najib Razak, who is also the country's first-ever Women's minister, made more clumsy gaffes on Tuesday when he insisted there was  "no need for a women's rights movement in Malaysia".
His comments made at the 50th National Women's Day celebration came as a rude shock to women activists, and they gave back as good as they got.
"His is displaying his utter contempt for women's empowerment. It is unbecoming of a minister holding the women's development portfolio to have such a view," PKR legal affairs director Latheefa Koya told Malaysia Chronicle.
Male chauvinist for a Women's minister

Pemilik IC palsu pengundi Parlimen Sepanggar dan Pasir Gudang

KUALA LUMPUR 2 Oktober: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendedahkan dua nama individu dimasukkan dalam data senarai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), walaupun mereka didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu.
“Nama pertama adalah Hassanuddin bin Manna, warga Filipina yang didaftarkan mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai dalam Parlimen Sepanggar.
“Nama kedua pula adalah Salleh Samsul, yang memiliki kad pengenalan dari Sabah dan mengundi di DUN Permas dalam Parlimen Pasir Gudang,” jelasnya pada sidang media di Parlimen hari ini.
“Ini bukan tuduhan, tetapi mereka didapati bersalah di mahkamah,” tegas Fuziah sambil menunjukkan salinan semakan daftar pemilih SPR dan laporan akhbar tentang keputusan mahkamah itu.
Turut hadir dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Akhbar Daily Express di Sabah pada 26 September lalu melaporkan, Hassanuddin, 37 memberitahu mahkamah beliau membeli MYkad palsu itu pada harga RM1,000 melalui rakannya, dengan nombor siri 741029-12-5463.

Suruh isteri Hishammuddin berjalan seorang diri


KUALA LUMPUR: Rakyat akan rasa selamat kalau menteri berani suruh isterinya berjalan seorang diri di sudut terpencil kawasan letak kereta kompleks beli belah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Suruh isteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) jalan seorang diri di sudut terpencil di kawasan letak kereta kompleks membeli belah.

"Kalau isteri dia berani buat begitu, baru menteri itu boleh cakap hendak menumpukan usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat," katanya.

Hishammuddin hari berkata, indeks jenayah tidak lagi menjadi keutamaan dalam fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) jenayah oleh kerana kerajaan akan memfokuskan kepada persepsi rakyat berkenaan dengan jenayah.

Menurut beliau, kerajaan akan memastikan kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan jenayah akan dapat dikurangkan.

MB beku pertukaran 24 jam Datuk Bandar PJ oleh Putarajaya



 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa kesemua pertukaran penjawat awam kanan di negeri itu dibekukan sehingga selesai perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Khalid mengumumkan demikian, susulan arahan mengejutkan yang dikeluarkan kepada Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohamad Roslan Sakiman minggu lalu.

Laporan Star Online hari ini menyebut, Khalid untuk menangguhkan arahan pertukaran Roslan, yang dijangka akan menggantikan timbalan setiausaha kerajaan negeri Datuk Noordin Sulaiman.

Noordin dijangka akan menggantikan pegawai kewangan negeri Datuk Mohd Arif Abdul Rahman.

Shahnaz dakwa Taib orang terkaya di Malaysia

Bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan ketua menteri Sarawak itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin paling kaya di Asia Tenggara.
NONEShahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya, Datuk Mahmud Abu Bekir Taib  hari ini.
Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.

Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.

Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion.

Dakwanya lagi, Mahmud memegang dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan deposit berjumlah US$25 juta.

Beliau juga mendedahkan, bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di bank sama di Switzerland dengan deposit berjumlah US$31 juta.

Diskaun PTPTN: Pelajar miskin tetap terpinggir

KUALA LUMPUR: Pengumuman kerajaan untuk memberi diskaun kepada peminjam yang melangsaikan sepenuhnya pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya akan menguntungkan golongan kaya.

Mencelah ucapan Hamim Samuri (BN-Ledang), Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, hanya golongan kaya yang mampu melangsaikan hutang tersebut sekaligus.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya memberi diskaun berdasarkan merit seperti untuk pelajar yang mencapai keputusan baik dan bukannya untuk golongan yang memiliki wang yang banyak.

"Yang boleh membayar PTPTN sekaligus orang yang ada duit, orang kaya.

"Orang miskin tetap tidak mampu. Diskaun itu tak memberi apa-apa kesan kepada orang miskin sedangkan yang kita nak bela ialah orang miskin," katanya.

TNC ditahan SPRM


sprm



SENAI – Seorang Timbalan Naib Canselor universiti tempatan awam ditahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, di sini, hari ini.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan lelaki berusia 50-an itu kira-kira jam 11.40 pagi semalam.

“Beliau telah dipanggil untuk hadir ke pejabat SPRM hari ini dan kita  menyiasat perkara ini dibawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

“Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, dan pendakwaan akan dilakukan esok (hari ini),“ katanya kepada Sinar Harian.

Bagi Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Manakala bagi Seksyen 165 Kanun Keseksaan iaitu menerima barangan berharga dengan tiada balasan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mustafar berkata nilai yang terlibat berjumlah RM15,000.

BN Jangan Lupa Khairy Pernah Guna Pesawat Persendirian Patrick Lim

KUALA LUMPUR, 2 OKT: Ahli Parlimen BN tidak perlu mempertikaikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaiki jet persendirian ke Sabah bulan lalu kerana beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa dalam kerajaan.
Sebaliknya, BN diingatkan agar tidak lupa dengan pemimpin mereka, seperti MP Rembau Khairy Jamaluddin, yang pernah menaiki pesawat persendirian milik individu yang mempunyai kepentingan perniagaan.
Demikian menurut MP Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika membahaskan Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 di Dewan Rakyat hari ini.
“Anwar dia naik jet, dia tidak ada kuasa nak beri Permit Diluluskan (AP) kepada sesiapa sebab dia pembangkang. Tetapi BN jangan lupa (Ahli Parlimen) Rembau (Khairy Jamaluddin) dengan helikopter Patrick Lim.

Bajet tanpa muhasabah ketirisan hanya bajet politik

KUALA LUMPUR: Bajet tanpa muhasabah terhadap penyelewengan dan ketirisan wang negara sebelum ini hanya akan membawa kepada bajet politik semata-mata seperti Bajet 2013 yang telah dikemukakan BN.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Bajet 2013 memperlihatkan betapa BN menggunakan bajet kali ini untuk menutup segala penyelewengan yang berlaku demi survival politik mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Malah katanya, selepas Bajet 2013 dibentang, penyelewengan, ketirisan dan salah guna kuasa dijangka tetap akan berlaku kerana matlamat bajet itu sendiri lebih kepada untuk mengekalkan kuasa politik BN dan bukan membela rakyat terbanyak.

"Tak dinafikan bajet dan politik tidak boleh dipisahkan, tapi jangan bermain politik dengan bajet.

Pakatan belanja lebih RM4 bilion untuk bela golongan wanita

PETALING JAYA 2 Oktober: Pakatan Rakyat (Pakatan) berhasrat membelanjakan sehingga RM4.5 bilion peruntukan dalam Belanjawan 2013 untuk program memberdaya wanita dan ia merupakan 10 kali ganda lebih daripada apa yang ditawarkan oleh Umno BN.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, peruntukan tersebut merangkumi Caruman Wanita Nasional (SCWN) yang menelan kos RM3 bilion dan Skim Elaun Penjagaan Anak (SEPA) melibatkan peruntukan RM940 juta setahun.
Menerusi SCWN, Wan Azizah berkata, Pakatan berhasrat memberikan caruman sebanyak RM600 setahun kepada suri rumah sebagai persediaan keselamatan sosial termasuk kematian suami, penceraian atau kurang upaya.
“Suri rumah boleh mengeluarkan caruman pada bila-bila masa sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Jika tidak, caruman itu boleh disimpan dan boleh dikeluarkan pada usia 50 tahun dengan simpanan sebanyak RM30,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Wanita, Rodziah Ismail dan Biro Pelaburan dan Perdagangan, Wong Chen.
Bagi peruntukan SEPA pula, Rodziah berkata, ia diperkenalkan untuk menolong wanita bekerja yang pendapatannya kurang RM1,000.

Misteri Kehilangan Item Penting Dalam Buku Anggaran Perbelanjaaan Persekutuan 2013

KUALA LUMPUR, 2 OKT: Ketiadaan beberapa item penting yang wajib ada dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 menimbulkan tanda tanya samada wujud keadaan kerajaan Umno-BN mahu menyembunyikan sesuatu.
Antara item penting yang hilang ialah kedudukan Penyata Kewangan Pada 31 Disember 2012, Kumpulan Wang Berkanun Kerajaan Bagi Anggaran Kumpulan Wang Seperti 31 Disember 2012 dan Penyata Hutang Awam dan Jaminan Seperti 31 Disember 2012.
Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail penyata-penyata tahunan itu sebelum ini tidak pernah gagal dimasukkan dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan.
“Ini adalah penyata yang sangat penting dan saya tak fikir ia berlaku tanpa disengajakan.
“Bila penyata ini hilang, tentulah menimbulkan tanda tanya adakah kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu,” kata Azan dalam sidang media yang diadakan di lobi parlimen hari ini.

Pro-M sapu bersih kerusi UIA

Calon pro-Mahasiswa menggondol kesemua 26 kerusi dalam dalam pengundian semula yang dijalankan secara manual hari ini di kampus Universiti Islam Antarabangsa.

Seorang jurucakap kumpulan mahasiswa itu, Mohd Hafizuddin M Noor berkata, pengaruh pro-Mahasiswa meningkat di kampus itu dengan pertambahan tiga lagi kerusi, berbanding 23 kerusi pada tahun lalu.

Menurutnya, calon yang menang itu, termasuk 12 kerusi di kampus UIA Kuantan, diumumkan oleh wakil jawatankuasa pilihan raya kampus masing-masing di setiap fakulti.
Baki lima kerusi merupakan kerusi untuk calon antarabangsa.
UIA merupakan kubu terakhir yang dimenangi oleh pro-Mahasiswa.
Sebelum ini mereka memenangi pilihan raya di kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pengundian semula hari ini dijalankan selepas keputusan pada hari pengundian 25 September digantung ekoran masalah teknikal apabila jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi.

Hishamuddin: Pembebasan ISA Bukti Umno-BN berniat jahat


SHAH ALAM, 2 OKT : Penahanan 10 aktivis reformasi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001 yang diputuskan tidak sah dan berniat jahat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuktikan kerajaan Umno-BN menyalahgunakan akta itu bagi tujuan politik.
Salah seorang aktivis terlibat, Hishamuddin Rais berkata, dengan keputusan dibuat mahkamah itu adalah jelas ISA disalahgunakan demi kepentingan politik kerajaan Umno-BN untuk terus berkuasa.
“Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ini adalah satu undang-undang yang zalim di mana hakim telah berkata bahawa penangkapan kami dulu telah dibuat pada 2001 adalah “malafide” bermakna berniat jahat.
“Hakim telah menyatakan bahawa penangkapan itu juga salah dan kenyataan media oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai itu telah merosakkan imej kami,” katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.
Pada 2001, polis telah menahan Hishamuddin bersama sembilan yang lain termasuk MP Batu, Tian Chua dan pemimpin kanan PKR, Dr Badrulamin Bahron dalam satu gerakan reformasi yang didakwa mengancam keselamatan negara.

Mahkamah putuskan penahanan ISA 2001 tidak sah, kerajaan perlu bayar pampasan lebih RM4juta

KUALA LUMPUR, 2 Okt —  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa penahanan Chua Tian Chang (Tian Chua), Shaari Sungib, Badaruddin Ismail, Hishamuddin Rais dan Dr Badrul Amin dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 2001 adalah tidak sah, secara haram, bersifat politik dan berniat jahat pampasan perlu dibayar oleh kerajaan Malaysia sebanyak RM4,060,000.
Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam pengadilannya, menganugerahkan kelima-lima bekas tahanan ISA itu masing-masing sebanyak RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka dibawah seksyen 73, ISA dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk menjadikannya jumlah keseluruhannya RM4.06 juta.
Mahkamah juga mendapati, kenyataan media bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Norian Mai untuk mempertahankan penahanan ISA tersebut berunsur fitnah kecuali kepada Badaruddin Ismail.
Untuk ini, hakim menganugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 sebagai gantirugi teruk bagi setiap seorang.

Telan HINGUS & Tahi Hidung Ketika SOLAT - Ustaz Azhar Idrus

ISTERI Sentuh Bahu Suami Ketika SOLAT - Ustaz Azhar Idrus

Bahagian IBU & ANAK LELAKI Dalam Pembahagian HARTA - Ustaz Azhar Idrus

SAH Wasiat Kepada WARIS ? - Ustaz Azhar Idrus

DAKWA Bercakap Dengan ALLAH - Ustaz Azhar Idrus

Tok Guru Hadi Awang: Mengapa Kita Ketinggalan 50 Tahun?

Anwar : Sesi Perbahasan Belanjawan, Mana PM?

Perbahasan Belanjawan 2013 : Datuk Seri Anwar Ibrahim Part 3

Pakatan values women '10 times more than BN'

Tingkat imej polis: Siapa dapat RM273 juta?

GST: kerajaan tidak ikhlas

Anwar Ibrahim: Book Launch "Tinderbox: The Past and Future of Pakistan"

Pembangkang khuatir kerajaan laksana GST selepas PRU13

'BN insincere about GST implementation'

PR Tidak Perlu Kabinet Bayangan Untuk Menang PRU 13 - Yusmadi Yusoff

Pemimpin Pakatan persoalkan dana majlis perkahwinan anak Ali Rustam

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Perkahwinan “Malaysian Book Of Record” anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (foto fail), menimbulkan kontroversi apabila pemimpin  Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan sumber tajaan majlis besar-besaran tersebut.
Dalam laporan Bernama dua hari lalu, majlis tersebut telah berjaya mengumpulkan 130,000 orang untuk makan percuma di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh.
Ahli dewan undangan negeri (Adun) Melaka kawasan Kota Laksamana, Betty Chew, yang dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam menggesa Mohd Ali menjelaskan sama ada majlis perkahwinan tersebut mendapat tajaan atau dibiaya sendiri.
“Sebelum itu saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada ketua menteri ke atas perkahwinan anaknya,” kata Chew.
“Tapi saya juga berharap beliau harus telus dengan mendedahkan kos majlis tersebut.
“Persoalan saya dan orang ramai ialah mengapa sebegitu besar majlis itu diadakan malahan ianya lebih meriah jika dibandingkan dengan majlis rumah terbuka yang diadakan oleh perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak pada sambutan hari raya lalu.

Jerat disebalik diskaun untuk langsai hutang PTPTN !

Oleh Deth Mustaine
PTPTN & KWSP Lubuk Duit IPTS

Tahukah anda mengapa sekarang ini universiti-universiti swasta makin bersepah macam cendawan tumbuh? Ada yang khusus dalam bidang perubatan, multimedia, sains, pertanian, seni dan ada yang menawarkan pelbagai bidang di bawah satu kolej atau universiti. Rumah kedai pula banyak yang convert jadi dewan kuliah.
Ini kerana adanya skim PTPTN dan pengeluaran wang KWSP untuk kegunaan pendidikan. PTPTN adalah lubuk duit bagi universiti dan kolej swasta dimana mereka boleh menjana sejumlah wang yang besar dalam masa singkat dari setiap pelajar walaupun mereka belum lagi menamatkan pengajian. Ini bermakna, semua yuran dan kos pengajian telahpun dibayar oleh PTPTN walaupun pelajar itu belum lagi menghabiskan tempoh pengajian. Setiap kali pengambilan pelajar baru bermakna memperoleh wang. Pelajar dipaksa berhutang berpuluh ribu ringgit demi segulung diploma atau ijazah.
Kalau dulu-dulu, lepas habis belajar, kemudian dapat kerja. Tiba akhir bulan bukan main seronok sebab pertama kali pegang duit ‘banyak’ dapat gaji pertama. Masa tu dah mula berangan-angan nak beli itu ini. Masa itu langsung tak fikir lagi masalah nak bayar hutang. Mana taknya, masa belajar semua guna duit sendiri (maksud aku duit mak bapak la). Tamat pengajian, semua settle. Tak ada apa hutang nak bayar (kecuali  hutang budi balas jasa mak bapak bila dah bekerja)

KEADILAN cadang saman kes serang masjid, baling kasut

KUALA LUMPUR 2 Oktober: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyelar kelewatan polis menyiasat kes serangan ahli Perkasa terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah maghrib di Seberang Pumpong, Alor Setar, awal September lalu.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoal kegagalan polis menyiasat kes sekecil itu walaupun mengetahui suspek yang terlibat.
“Kita sudah melalui siasatan, tetapi malangnya tiada maklum balas mengenai hasil siasatan. Kes ini bukan kes besar hingga memerlukan masa terlalu lama untuk diselesaikan,” katanya ketika dihubungi.
Keadilan Daily sebelum ini melaporkan, sekumpulan ahli Perkasa bertindak ganas menyerang Ketua Umum KEADILAN itu ketika menyampaikan tazkirah maghrib di Masjid Al-Hussain.
Ahli Perkasa (dalam bulatan) menghambur kata-kata kesat ketika tazkirah berlangsung.

BAJET MINTA NYAWA 2013: MENGAPA NAJIB RAZAK SASAR DEFISIT BAJET TURUN 4.5 PERATUS?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak anggar defisit bajet akan menurun daripada 4.5 peratus pada tahun 2012 pada "hanya" 4.0 peratus pada tahun ini seperti yang terkandung dalam Bajet 'Minta Nyawa' 2013.

Gambaran "berasa seronok" (feel good) sengaja diada-adakan untuk menyembunyi prestasi urus tadbir pincang Kerajaan Barisan Nasional Pusat sebenar yang seringkali tidak menepati sasaran perbelanjaan.


Sebagai contoh, jumlah perbelanjaan Bagi Bajet 2012 berjumlah RM232.8 bilion telahpun diumumkan dalam ucapan bajet di Dewan Rakyat pada tahun lepas.

Sedih dengan pandangan Tan Sri Profesor unggul Dr Kamal Hassan

Oleh: anaabdullah

"Tan Sri Profesor Unggul Dr. Mohd Kamal Hassan sedih dengan Melayu yang berpecah belah kerana percaturan dan perbezaan politik.

Yang peliknya mengapa  apabila masuk usia 70 tahun baru merasai kesedihan. Pada hal Allah melarang keras  orang beriman berpecah. Sebaliknya  memerintah orang orang beriman bersatu padu. 

Apakah kita baru tahu  percaturan dan perbezaan politiklah yang membuat orang Melayu di Negara ini berpecah belah.sedangkan Islam melarang orang beriman berpecah. Apath lagi memutusakan silaturahim.
Jika dilihat secara sepintas lalu semacam munasabah perpechan orang Melayu berpunca daripada percaturan dan perbezaan politik, kerana ada parti politik yang memisahkan agama dengan arti kata islam suku politik suku.
Sehubungan dengan itu, hari ini tidak kelihatan sebarang tanda orang melayu akan bersatu, miskipun sesetengah mengatakan orang Melayu akan bersatu semula suatu masa nanti jika keadaan terdesak.
Saya berani mengatakan orang melayu” dua beradik” yang pernah bersatu dalam BN (1970) dan berpisah ini mahu bersatu kembali kerana percaya bersatu itu kuat dan berpecah itu  lemah.
 Yang paling pelik kemahuan bersatu dua beradik ini bukan atas nama akidah, tetapi atas nama bangsa yang sah sampai kucing tumbuk tanduk pun tidak akan mencapai kejayaan.miskipin ada sesetnagh yakin mereka akan bersatu juga satu  masa nanti.
Jika dahulu mereka bersatu dek 13 Mei. Apakah perlu 13 Mei sekali lagi baru dua beradik ini bersatu semula.
Penulis sedih dengan pandangan Profesor unggul Dr Mohd Kamal Hassan, kerana mengatakan  perpecahan orang melayu di Negara ini berpunca daripada percaturan dan perbezaan politik antara tiga  beradik.

Air mata mengiringi belanjawan terakhir UMNO

Hanya air mata yang dapat dititiskan di akhir ucapan pembentangan belanjawan oleh Perdana Menteri Najib Razak yang berbusana hijau dan berhempas pulas menyebut perkataan-perkataan arab dengan lidahnya yang tidak fasih. Perlu pula merujuk skrip yang telah siap ditulis oleh entah siapa.
Malah untuk menyindir lawan politiknya juga Najib Razak malah terpaksa berlakon dengan bersusah payah, dengan aksi tangan dan riak wajah yang dibuat-buat; berbekalkan skrip juga. Ini amat menyedihkan sekali. Menitis air mata dibuatnya.
Kejenuhan Najib Razak untuk berucap sambil menyedari ini mungkin kali terakhir beliau berucap membentangkan belanjawan juga amat mengharukan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Wajahnya yang kian tua dan ganyut menambah simpati terhadap insan yang akan mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri terakhir Barisan Nasional.
Beliau bermula dengan membaca sepotong ayat Al-Quran yang mengajak manusia supaya berlumba-lumba melakukan kebaikan. Kita terpana dengan keadaan ini kerana bukan setiap hari kita dapat mendengar Najib Razak memetik ayat Quran. Mau menyebut lafzul jalalah juga amat jenuh bagi lidahnya yang kesat dan keras dek kerana menuturkan penipuan saban hari.

Ronghinya dan Myanmarisme Baharu

Oleh Ismail Hashim Yahaya
Sejak pemerintahan diktator tentera Ne Win, pengasas kepada fahaman ultranasionalis yang dikenali sebagai dasar Myanmarisme, regim-regim Myanmar yang menyusul telah mengeksplotasikan sentimen kaum dan agama untuk menindas kumpulan minoriti dan bukan beragama Budhha.

Sebagaimana disebutkan dalam laporan Kumpulan Hak Asasi Karen, kuasa mereka berakar kepada rasisme mendalam yang meresap masuk ke dalam masyarakat Burma sejak awal lagi; bukan sahaja keunggulan ras yang kompleks di mana ras Burman diungguli tetapi mengapi-apikan rasisme Karen terhadap Burman, Burman terhadap etnik Shan, Shan terhadap etnik Wa, Wa pula terhadap Shan, etnik Mon terhadap Burman, Rakhine terhadap Rohingya, Burman terhadap Cina, Kristian terhadap Buddha dan setiap etnik dan kaum terhadap Rohingya dan agama Islam.

BR1M, rebat RM200 gagal bebaskan rakyat dari kemiskinan

KUALA LUMPUR 2 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan negara yang berkesan patut menekan strategi dan program pembangunan untuk membebaskan rakyat dari kemiskinan, bukannya bantuan bersifat sementara.
“Kelemahan (Bajet 2013) adalah bantuan bersifat sementara seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)…ia tidak bebaskan rakyat dari kemiskinan, tapi itulah yang dibesar-besarkan.
“Kerajaan perkenalkan rebat RM200 untuk beli telefon pintar, (sedangkan) saya dimaklumkan jika beli (telefon pintar)
dengan terus beserta tawaran yang ada, potongannya lebih RM500.
“Ini semata-mata ingin tarik sokongan anak muda…Tak tahulah agen mana yang bagi nasihat (tentang rebat ini),” kata Anwar sinis.
Tambahnya, ia sebagai tanda kerajaan Umno BN menggalak dan meneruskan ‘sindrom kebergantungan’ dalam dasar negara.

Najib tidak mahu debat, tiada keyakinan diri

Sekarang sibuk tentang debat Anwar dan Najib berhubung dengan pembentangan belajawan 2013 di Parlimen baru-baru ini. Isu debat ini timbul kembali bila Anwar membidas Najib kerana sindiran Najib yang mengatakan bajet bayangan PR tidak realistik  dan tidak mempunyai nilai langsung. Najib menambah lagi serangan terhadap buku jingga semasa majlis anjuran parti Gerakan dan sambil berkata buku jingga itu tidak bernilai dan tidak sepadan untuk dicetak di atas kertas pun.

Sebagai seorang Perdana Menteri kata-kata Najib itu diambil serius dan dinilai oleh semua pihak. Kata-kata seorang Perdana Menteri itu melambangkan banyak perkara tentang seorang Perdana Menteri itu. Apa yang diluahkan dari mulut itu melambangkan apa yang ada di dalam jiwa atau karektor seseorang itu. Najib sedang cuba untuk menjual ‘minyak’nya dengan memuji bajet yang dibentangnya dan memperlekehkan bajet bayangan PR yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang itu dua hari sebelum Najib membentangkan belanjawan BN untuk tahun hadapan.

Semasa Ketua Pembangkang mendebatkan belanjawan Najib itu Najib sebagai Menteri Kewangan tidak berani hadir untuk mendengar apa-apa kritikan yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang. Tetapi semasa membentangkan belanjawan itu Najib telah menyindir yang Pakatan Rakyat telah membentangkan bajet yang tidak bernilai dan tidak realistik sambil mengejek-ngejek Anwar yang sama-sama berada di dalam dewan semasa itu.

Najib: Berani bentang tak berani berdepan

Mohd Sayuti Omar,
Bagi seorang individu dan rakyat yang bermaruah, menerima pakai dan menjunjung semangat perundingan, perdebatan dan mencari konklusif secara baik akan merasa malu dengan tindakan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Najib Razak yang menuang parlimen semasa ketua pembangkang Anwar Ibrahim membahas bajet yang dibentangnya.

Apakah ertinya bajet dibentangkan kalau ianya tidak diberi pandangan dan ulasan? Lebih 'mahabul' atau 'samrawit' lagi kalau pandangan dan teguran diberikan tidak didengar oleh orang berkenaan. Seolah-olah terguran dan pandangan itu penting dan bajet yang dibentangkan itu sudah perfect seartyas peratus.

Saya tidak tahu apakah Najib memahami sistem parlimen, fungsi dan juga tanggungjawabnya. Parlimen ada dewan legislatif untuk membicarakan hak-hak kepentingan rakyat dan negara. Di situlah segala keputusan dirumus demi kebaikan rakyat dan negara dicernakan. Di dalam parlimen seharusnya tidak ada perasaan benci membenci sebagai seteru politik sebagai mana di pentas pidato. Parlimen adalah dewan perdamaian dan pencurahan idea dinamik. Ia berbeza sekali dengan pentas ceramah.

Dalam hal ini Najib perlu melupai dia seorang Umno yang fanatik terhadap idealismenya manakala Anwar pula melupai dia sebagai seorang PKR, pembangkang yang sepanjang masa mahu menumbangkan kerajaan. Seharusnya bila kaki sudah melangkah ke bendul parlimen tidak ada lagi perseteruan dan ruang kesempatan diambil untuk mencanangkan nafsu politik masing-masing.

Bonus 1.5 bulan: Bayar dahulu baru mohon?


TEMERLOH: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bonus sebulan setengah kepada kakitangan awam sangat mengelirukan kerana sudah ada bonus yang telah dibayar sebelum Belanjawan 2013 dibentangkan Jumaat yang lalu.
 
“Pertama kerana setengah bulan pertama telah dibayar pada bulan Ogos lalu, manakala bakinya akan dibayar pada dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

"Apa yang menghairankan bagaimana pembayaran dibuat sedangkan permohonan peruntukan baru masih dibuat,” soal Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.

Berlatarbelakangkan demikian, Tuan Ibrahim juga mempersoalkan peruntukan mana yang digunakan untuk bayaran bonus setengah bulan pada bulan Ogos lalu.

“Ini kerana perisytiharan bonus sebulan setengah baru diumumkan. Ertinya baru dipohon untuk diluluskan.

Ponteng, Najib & MP BN Gagal Menjaga Amanah Negara


Apabila anda tidak menghormati Parlimen, maka Parlimen pun tidak akan menghormati anda lagi. Itu jelas. Parlimen tidak akan sudi lagi menerima kedatangan MP-MP bongkak dan angkuh seperti najib dan sekalian MP BN yang gagal untuk hadir di dalam sessi perbahasan bajet 2013 hari ini.

Kegagalan Menteri-menteri kabinet hadir ke dewan jelas mereka tidak menghormati perlembagaan dan undang-undang juga gagal menjaga amanah yang diberi . Ia ibarat guru dan murid yang sengaja ponteng sekolah maka sekolah wajar membuang mereka.

Menilai Bajet Najib 2013.!!!

Ada beberapa sebab mengapa kita tidak akan melompat gembira bila kerajaan Najib memberi bonus dan gula2. Gula menyebabkan kencing manis. Gula2? Gula2 menyebabkan lagi segera kaki kena potong.
 (1) semua nya wang kita.
Pertama siapa yang menbiayai bonus dan gula2 tersebut? Jawapan nya- kita semua termasuklah yang menerima gula2 tersebut. Bukan UMNO yang membuat wang itu semua untuk rakyat. UMNO hanya tahu bagaimana membelanjakan duit untuk beli undi untuk kekal berkuasa.
Bila kekal berkuasa UMNO akan terus (a) mengaibkan, (b) menghamba-abdikan and (c) menipu kita.  Sebab- semua duit itu datang dari cukai yang di kutip dari rakyat dan perkerja yang sedang membaca artikel ini. duit itu datang dari 1 juta pembayar cukai yang merupakan hanya 10 % dari 10 juta perkerja dalam negara ini. duit itu semua datang dari cukai yang dikutip dari perusahaan dan perniagaan dalam negara kita. Mereka yang berkerja membangunkan negara ini dalam kilang2 dan perusahaan menghasilkan perkhidmatan dan barangan adalah perkerja2 yang membayar cukai. Lebih banyak duit sepatutnya boleh diberi jika cukai yang dikutip dari GLC. Tapi GLC diurus dengan buruk.  jika semua GLC2 itu beroperasi dengan baik dan untung, kutipan cukai dari mereka tentulah lebih tinggi. Tapi kita tahu, kebanyakan GLC2 adalah sarang dan lubuk melakukan rasuah dan menghisap darah rakyat.

Krisis Najib - Muhyiddin Hanya Tunggu Masa Meletus...

Shahbudin Husin
 
Pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini bukan saja memperlihatkan Najib sudah kepupusan idea untuk terus memaju pertumbuhan dinamik ekonomi negara ke fasa seterusnya yang lebih mencabar tetapi juga menggambarkan beliau hanya melhat kaedah pemberian tunai sebagai satu-satunya cara untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpinnya.

Dengan memberikan terlalu banyak pemberian tunai kepada rakyat, Najib seperti mengandaikan rakyat adalah macam perwakilan UMNO yang hendak memilih pemimpin di peringkat bahagian dan nasional. Sebab itu rakyat dinilai dengan pemberian tunai RM500 hingga RM200, sama seperti jumlah yang biasa diterima oleh perwakilan UMNO setiap kali pemilihan diadakan.

Sebagai PM dan Menteri Kewangan, pembentangan bajet seharusnya dimanfaatkan untuk melonjakkan ekonomi, merangsang pertumbuhan dan memberi keselesaan kepada rakyat dalam jangka masa panjang dan sederhana. Ia juga sepatutnya meliputi penurunan beberapa cukai dan pengenalan beberapa program dan insentif baru untuk rakyat sama ada dari segi kesihatan, pendidikan, pelaburan dan sebagainya.

Digelanggang sendiri pun Najib takut?, apa lagi kalau........


Di gelanggang sendiri pun Najib takut? Ini lebih teruk dari jaguh kampong!!   Minggu lepas ketika membentangkan Budget 2013 bukan main lagi dia menyindir Anwar Ibrahim.. tapi hari ini bila tiba masa Budget itu hendak dibahaskan batang hidung pun tak nampak... Dari jam11.30 pagi Anwar tunggu dia,  tapi tak muncul-muncul... Inilah sifat sebenar pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Bangsa Melayu itu.. bukan saja takut untuk berbahas dengan Anwar di luar Dewan.. malah dalam dewan pun takut.. apa kejadah ni?

Mungkin bukan pengecut tapi cuma mahu menyembunyikan kebodohan yang ada dalam dirinya... kalau berdebat nanti terserlah pula kebodohannya itu..  Kalau tidak kerana bodoh.. mana mungkin dia takut untuk berhujjah dengan Anwar Ibrahim?  Kelibat Datuk Seri Najib Razak tidak kelihatan pada perbahasan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula jam 11.30 pagi tadi.  Ini jelas menunjukkan ketakutan beliau berdebat dengan Ketua Pembangkang itu. Malah ramai di kalangan Menteri turut memonteng sesi itu hari ini.

WHERE DID THE MONEY GO? RM30bil in car taxes from 2007 to 2011 - Najib

WHERE DID THE MONEY GO? RM30bil in car taxes from 2007 to 2011 - Najib
KUALA LUMPUR-- Car excise duty collection from 2007 till last year totalled RM30.2 billion, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak told the Dewan Rakyat today.
A total of RM4.7 billion was collected in 2007, RM6.2 billion (2008), RM5.7 billion (2009), RM7.1 billion (2010) and RM6.5 billion last year, said Najib, who is also Finance Minister, in his written reply to Hee Loy Sian (DAP-Petaling Jaya Selatan) during question time.
Hee wanted to know the total car excise duty collected between 2007 and last year and whether the Finance Ministry intends to lower car excise duty with a view to reduce car prices for the people's benefit.
Najib said car prices are determined by several factors and not merely based on the tax rate.
Production, transportation, advertisement and distribution costs as well as carmakers and distributors profit are elements that ascertained car prices, Najib said.
"These elements are beyond government control. Hence, any proposal to lower car prices has to be studied thoroughly so that the outcome can really benefit the people besides helping to bolster competition in the local automotive sector in the long-term," he added.
-Bernama

Najib’s psy-war budget

The Budget 2013 is not about tackling the real outstanding national issues but instead aims to temporarily suppress the discomfort and pain that the people are enduring.

The salient traits of the budget unveiled on Sept 28 by Prime Minister Najib Tun Razak are a continuation of Budget 2012 as far as the politics of psychology is concerned.
This was essentially an announcement of a psy-war budget aimed at winning the hearts and minds of the people.
Najib expects the change of mindset to take place sometime early next year.
But he knows that the positive effects of such a tactic would not last long. Once the deception takes effect, he has to act quickly and will likely call for the polls in the first quarter of 2013.
The psychological effect of a psy-war budget then is akin to a pain-killer that only relieves the pain temporarily.
Najib’s approach is not about tackling the real outstanding national issues but instead to relieve or suppress the discomfort or pain that the people endure temporarily.
The Umno elite is not interested in cleaning up the big mess it has created because corruption and other acts of abuse of power are their lifeline.
Critical issues not addressed

Pegundi tidak berminat dengan kempen negatif, kata penganalisis dan ahli politik

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Pengundi semakin muak dengan kempen negatif kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dan penganalisis telah memberi amaran bahawa memburuk-burukkan lawan dalam sesi Bajet di Parlimen yang sedang berlangsung di hadapan umum boleh menyebabkan gabungan pemerintah untuk kehilangan sokongan pilihan raya.
Penganalisis mengatakan bahawa kempen politik yang memburuk-burukkan lawan disiarkan oleh akhbar-akhbar yang dimiliki oleh atau dikaitkan dengan BN, menyebabkan ramai pengundi merasa jijik.
“Pengundi kini berfikiran wajar dan canggih, malah mereka yang tidak canggih pun tahu ini hanyalah politik kotor,” kata pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI), Dr Lim Teck Ghee.
Foto fail orang beratur untuk mengundi dalam pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas. Pengundi semakin muak dengan kempen negatif, penganalisis memberi amaran.
Beliau berkata pengundi boleh menunjukkan minat dalam membaca tentang yang kononnya skandal seks dan tuduhan lain tetapi apabila datang hari mengundi, semua ini akan dilupakan. “Pengundi akan menumpukan kepada isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada mereka seperti rasuah, pendidikan dan ekonomi apabila membuat keputusan, bukan pada kempen memburuk-burukkan lawan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Walaupun ahli-ahli politik PR juga telah terlibat dalam kempen negatif, operator BN dan organisasi luar yang dikaitkan dengan parti pemerintah tersebut telah meningkatkan serangan mereka terhadap ahli-ahli politik PR melalui akhbar, blog dan media sosial.

Nik Aziz ketuai konvoi tuntut royalti

YAB Tuan Guru menyampaikan ucapan ringkas sebelum melancarkan Konvoi R ke Putrajaya di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu sebentar tadi. Turut hadir ialah ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato Haji HUsam Musa.
KOTA BHARU- Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengetuai konvoi dan program Himpunan Royalti menuntut hak rakyat negeri ini ke Istana Kehakiman Putrajaya esok.

Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan, Nazri Deraman berkata, pengesahan persetujuan menyertai konvoi tersebut dibuat tengah hari semalam.

Menurutnya, Nik Aziz juga bersetuju untuk menghadiri Ceramah Mega R Tuntut Royalti hari ini di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bersama pemimpin utama Pakatan Rakyat yang lain.

Perbahasan Belanjawan 2013 : Datuk Seri Anwar Ibrahim Part 2

Perbahasan Belanjawan 2013 : Datuk Seri Anwar Ibrahim Part 1

Sidang Media TGNA | Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Negeri Kelantan

Pelancaran Konvoi Mega R ke Putrajaya.

pelancaran konvoi R ke Putrajaya 1

TGNA | Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Negeri Kelantan

KJ Rembau Klentong Dewan

KJ Rembau Klentong Dewan ...

KJ Rembau beri kuliah ... nak tanya tak boleh

MP Kuala Selamgor Pertikai Rembau

Syrian foreign minister accuses US, allies of supporting terrorism

Civilians scarred by trauma of Syrian war

Nurul Izzah: 'No 2million allocation,but I still assist'

Nizar Pertikai Najib Tidak Hadir Perbahasan Anwar

Anwar Tidak Sambut Cabaran Najib Tubuh Kabinet Bayangan

Anwar Bidas PM Tidak Hadir Pada Sesi Bahas Bajet 2013

Najib didn't bother to listen during budget debate, says Nurul