Isnin, 1 Oktober 2012

Kabinet Bayangan: Pakatan tidak akan umum

Rumah Anak-anak Yatim nafi ada kaitan ajaran sesat

Me, corrupt? Apologize or I'll sue - Guan Eng tells Gerakan Youth leader

Me, corrupt? Apologize or I'll sue - Guan Eng tells Gerakan Youth leader GEORGE TOWN -Chief Minister Lim Guan Eng has sent a legal notice to state Gerakan Youth deputy chairman H'ng Khoon Leng for allegedly calling him corrupt.
Lim's political secretary, Ng Wei Aik, said the notice to H'ng was sent through Karpal Singh and Co on Sept 26 calling for H'ng to retract his statement and apologise within seven days.
"The retraction and apology, of course, must contain words to be approved by us and must be published prominently in the electronic and mass media,
including the internet," Ng said.
The legal notice was issued after H'ng on Sept 24 accused Lim of being corrupt in connection with his rented house in Jalan Pinhorn here.
When contacted, H'ng said he had yet to receive the letter.

Siapa bakal MB dan kabinet bayangan BN?


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya mengamalkan apa yang beliau katakan dan jangan berat sebelah dengan mengarahkan BN di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor untuk membentangkan Exco bayangan sekiranya BN bersungguh mahu menawan kembali negeri-negeri tersebut.


“BN sebenarnya lebih teruk daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana BN bukan sahaja tidak mempunyai kabinet bayangan untuk negeri-negeri PR tetapi juga tidak melantik calon Menteri Besar di Selangor, Kelantan dan Kedah,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, sungguhpun BN berbohong bahawa PR tiada bakal Perdana Menteri, PR telah pun bersepakat dan bersetuju bahawa Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

WEDDING OF THE YEAR... BERAPA JUTA GAJI SEORANG KETUA MENTERI UNTUK BERJOLI SEMEWAH INI.?

Kehadiran tetamu ke majlis perkahwinan ini dicatat dalaam malaysia book of recorrd.. kehadiran tetamu dicatatkan melebihi 130 000 orang.. jika majlis perkahwinan di kampung melibatkan RM10.00 satu kepala... berapa banyak kos yang perlu disediakan untuk anak seorang ketua menteri? Tidakkah RM1.3 juta jumlahnya.

Dari mana Ketua Menteri dapat duit sebanyak itu untuk kenduri anaknya. Adakah ianya duit beliau sendiri atau duit siapa????


Apa yang pasti kita lihat jentera kerajaan bertugas pada kenduri tersebut ....Polis, JPJ, Bas awam dan sebagainya.

ALASAN KLASIK YANG AKAN DIGUNA PAKAI... KETUA MENTERI TELAH MENABUNG SEJAK DARI KECIL UNTUK PERKAHWINAN INI...

Kekayaan Ketua Menteri Melaka Berapa Bilion RM Pulak ?

Cuepacs mohon bonus dikecuali cukai


KUALA LUMPUR - Cuepacs memohon agar bonus kepada penjawat awam pada  Disember dan Januari ini, dikecualikan daripada cukai pendapatan.
 
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, penjawat awam sememangnya amat menghargai keputusan kerajaan memberi bonus satu setengah bulan, iaitu yang terbaik pernah diberikan setakat ini.
logo cuepacs
"Kalau boleh dipertimbangkan, berilah bonus yang 'solid'," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentang Belanjawan 2013 yang bertema 'Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati' di Dewan Rakyat, mengumumkan pemberian bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam, dengan bonus setengah bulan sudah diberikan Ogos lepas.

Sementara itu, merujuk pengumuman Perdana Menteri berhubung peruntukan RM1.9 bilion kepada Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara bagi memulakan inisiatif membina 123,000 unit rumah mampu milik di kawasan strategik, Omar berkata, pihaknya menyambut baik langkah itu kerana dapat membantu penjawat awam memiliki kediaman sendiri.

JALANRAYA TERMAHAL DI DUNIA?

JALANRAYA TERMAHAL DI DUNIA? - Timbalan Presiden Keadilan - YB Sdr Azmin Ali mendakwa pembinaan jalanraya menuju ke Dun Sabah sepanjang 0.9km menelan belanja sejumlah Rm 14.9 juta dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Musa Aman ... APA MACAM?

Esok Perarakan Mega Tuntutan Royalti Petroleum Bermula...

Esok 2 September 2012 akan berlangsung perarakan mega menuju ke Putrajaya untuk menuntut royalti petroleum dari kerajaan pusat. Walaupun perarakan itu adalah untuk kepentingan umum tetapi ia lebih terkhusus kepada untuk Kelantan. Perarakan itu bermula di Kelantan berakhir di Shah Alam dan dijangka disertai lebih 500 buah kereta.

Perarakan ini dikira terbesar kerana ia melibatkan seluruh negara. Mungkin ia akan mencatat dalam Guinness book of records sebagai konvoi terbesar dalam menuntut royalti.

Penjelajahan yang berakhir di Putrajaya itu terlebih dahulu akan menjelajahi seluruh negara. Sepanjang berlangsung perarakan ini jalan raya dan highway dijangka akan dipenuhi dengan kereta yang mengibarkan bendera "R" manakala para pesertanya semua mengenakan baju berwarna merah.

Pesertanya bukan saja dari Kelantan atau negeri-negeri yang mempunyai minyak, tetapi negeri lain juga turut bergabung sama untuk menunjukkan sokongan dan simpati kepada rakyat Kelantan yang dipersenda-sendakan oleh kerajaan UBN.

Bajet 2013: Ucapan perbahasan Lim Guan Eng


Guan Eng nafi dakwaan hubungan sulit
 WALAUPUN banyak gula-gula diumumkan dalam ucapan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak, bajet ini telah gagal kerana tidak menangani tiga bidang penting yang diperlukan untuk menjamin kesejahteraan jangka panjang negara dan rakyat, iaitu kebijaksanaan fiskal, kemampanan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup.

Pertama, walaupun defisit bajet dianggarkan akan menurun daripada 4.5% pada tahun 2012 kepada “hanya” 4.0% pada 2013, angka ini menyembunyikan prestasi kurang cemerlang kerajaan BN yang seringkali tidak menepati sasaran perbelanjaan. Sebagai contoh, jumlah perbelanjaan bagi Bajet 2012 telah diumumkan sebagai RM232.8 bilion dalam ucapan bajet tahun lepas. Tetapi dalam Laporan Ekonomi 2012/2013 yang diedarkan baru-baru ini, jumlah perbelanjaan bagi tahun 2012 adalah dianggarkan sebagai RM252.4 bilion. Angka ini adalah tambahan sebanyak RM20b ke atas unjuran perbelanjaan yang diumumkan tahun lepas.

Anwar yakin tawan Putrajaya, jadi PM


Anwar Ibrahim KLANG - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan memegang amanah sebagai Perdana Menteri sekiranya berlaku pertukaran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, keyakinan itu diluahkan selepas melihat Pakatan Rakyat (PR) memiliki peluang cerah untuk menawan Putrajaya kerana rakyat kini lebih berfikiran terbuka dalam menentukan ketelusan kerajaan pimpinan.

Masa tu dia (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) akan duduk di tempat saya (Ketua Pembangkang), dan saya akan berada di tempat beliau (Perdana Menteri). Kita sudah bersedia sepenuhnya dan sekiranya kita menang kelak, fokus utama PR adalah untuk memulihkan ekonomi negara dengan mengetepikan pembaziran yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pilihan raya semula UIAM esok


Pilihan Raya Kampus.
SHAH ALAM – Pengundian semula pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang dibatalkan ekoran masalah teknikal Selasa lalu, sah dijadual berlangsung esok, di sebalik ketidakpastian sejak beberapa hari lalu.

Menurut sumber Sinar Harian Online, notis mengenainya ditampal di setiap fakulti kira-kira jam 5 petang tadi.
Notis ringkas tersebut memaklumkan, proses pengundian akan diadakan bermula jam 9 pagi hingga jam 5 petang.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Dr Burhanuddin Aziz berkata, pihaknya masih belum boleh menyatakan "ya atau tidak" berhubung soal tarikh pengundian semula, yang masih belum disahkan sehingga malam ini.
"Kita tidak mahu mewar-warkan hal ini sangat. Dari segi logik, ia perihal dalaman, jadi kami mahu perkara ini diaturkan dengan baik," katanya ketika dihubungi sekitar 8 malam tadi.
Pengundian akan membabitkan kampus induk Gombak dan Kuantan.

Ganu Kite: Skuad Penyu dapat 'sinar baru' jika Che Mat undur ( ABC - Asal Bukan Che Mat )


KUALA TERENGGANU - Rata-rata penyokong skuad Terengganu berpendapat hanya dengan pengunduran Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Che Mat Jusoh ia mampu membawa 'sinar baru' kepada Skuad Penyu dan sukan bola sepak negeri itu.
Terengganu Seorang Penyokong setia, Khairuddin Fakrulddin Sulaiman, 23, berkata kredibiliti dan idea Che Mat selaku Presiden PBSNT, dilihat sudah tidak relevan bagi memajukan pengurusan bola sepak Terengganu.
  
"Kami akui jasa dan pengorbanan beliau sepanjang memimpin PBSNT dan banyak kejayaan dikecapi namun, kini kami hanya mahu melihat perubahan dalam sukan bola sepak Terengganu," katanya mengulas pendirian tegas Presiden PBSNT semalam bahawa beliau tidak akan berundur sebaliknya, akan berusaha melakukan penambahbaikkan kepada persatuan itu, serta Skuad Penyu.
  
Khairuddin Fakrulddin berkata, penyokong Skuad Penyu bagaimanapun tetap berikrar untuk meneruskan kempen, Asal Bukan Che Mat (ABC) sehingga pemimpin itu berundur daripada badan bola sepak negeri itu.

Di Malaysia, kaya semakin kaya, miskin semakin miskin, kata Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Malaysia kini menghadapi jurang perbezaan dari segi pendapatan dan keuntungan syarikat di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Beliau yang menyertai sesi debat memberitahu Parlimen bahawa cadangan untuk Bajet 2013 yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) tidak cukup untuk mengurangkan perbezaan antara kaya dan miskin di Malaysia. Ketua pembangkang itu berkata pendapatan isirumah masih lagi rendah dan menunjukkan yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.
“Ini bermakna pertumbuhan ekonomi dan projek yang diumumkan oleh BN tidak memberi manfaat kepada majoriti penduduk,” kata Anwar.
Beliau berkata berdasarkan tinjauan, 44.2 peratus penduduk isirumah di Malaysia mendapat kurang dari RM2,500 sebulan, dan hanya mewakili 14 peratus dari kekayaan ekonomi jika dibandingkan dengan 50 peratus yang dipegang oleh 20 peratus penduduk Malaysia yang terkaya.

Peruntukan kerajaan dinikmati kroni, rakyat miskin terus terbeban

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan kerajaan Umno BN gagal mencapai sasaran rakyat berpendapatan rendah, sebaliknya dinikmati kroni dan golongan maha kaya.
Memetik laporan Malaysia Economic Monitor oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Anwar berkata, 70 peratus dari 10 peratus golongan termiskin tidak mendapat bantuan.
“Buktinya, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) beli penjana kuasa bebas (IPP) kroni, iaitu Tanjong Energy Holdings milik Tan Sri Ananda Krishnan dan Mastika Legenda milik Genting Sanyen dengan harga RM8.5 bilion.
“Umumnya pemerhati anggap ia terlalu tinggi…(sedangkan) perjanjian IPP akan tamat empat tahun lagi, jadi harganya patut lebih rendah,” katanya.
Perjanjian pembelian Tanjong Energy dimeterai 2 Mac lalu, manakala Mastika Legenda pula pada 14 Ogos.

Dr Abdullah Yasin : Qadiani

Bekas peneroka ladang tuntut janji perumahan

Tony Pua reveals another Companies Act breach

Court: Mkini should be allowed publishing permit

Ustaz Azhar Idrus - Kelebihan Tasawuf

Ust Azhar Idrus- Ahli Tarekat & Tasawwuf

Ustaz Azhar 2010 - Apa Itu Tarikat?

Maksud TAREQAT - Ustaz Azhar Idrus

Tulis Hukum TAJWID Atas Al QURAN - Ustaz Azhar Idrus

Pinjaman TEKUN, AMANAH IKHTIAR, YAYASAN Amal RIBA ? - Ustaz Azhar Idrus

Kereta Dah COVER Insuran TAPI Masih Nak Tuntut Dari Orang Yang LANGGAR - Ustaz Azhar Idrus

Cara ELAK Dari Kawan MENGUMPAT - Ustaz Azhar Idrus

Tadarus SEORANG Diri Bulan RAMADAN - Ustaz Azhar Idrus

PJ City Council (MBPJ): Petaling Jaya Mayor's Sudden Transfer Is Illegal

DAP leader refutes daily's 'PKR daydreaming' report

Anwar: BN, too, has no shadow cabinet

Ketua Pembangkang Bahas Bajet 2013 - Part 2

Ketua Pembangkang Bahas Bajet 2013 - Part 1

Siasat dalang pengeluar kad pengenalan palsu


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius dakwaan terdapat warganegara asing mudah mendapatkan hak kerakyatan serta hak mengundi di negara ini.
Ini berikutan pengakuan seorang warga asing bernama Hasanuddin bin Manna yang mengaku membeli Mykad palsu dengan harga RM1,000.00.

“Bahkan nama beliau juga wujud dalam pengkalan data SPR dan menjadi pengundi yang sah,” kata Ketua Penerangan DPPPM, Riduan Mohd Nor kepada Harakahdaily.

Menurutnya, meskipun hanya seorang individu yang ditangkap dan dihukum, ia cukup menimbulkan kesangsian bahawa wujudnya skandal pemberian kad pengenalan palsu.

“Apakah ada sindiket yang menjalankan aktiviti mengeluarkan dan menjual kad pengenalan palsu kepada warga asing dan mungkinkah jumlahnya beribu orang kes seperti ini yang belum dibongkarkan?” soalnya.

Kenapa Najib takut bubar parlimen?


KUALA LUMPUR, 1 OKTOBER: Kenyataan Perdana Menteri Najib Razak bahawa Pakatan Rakyat bukanlah alternatif kepada Barisan Nasional disifatkan ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang sebagai kenyataan yang angkuh kerana takut pada kelemahan sendiri.
Dalam ucapannya pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-44 Parti Gerakan semalam, Najib turut membuat kenyataan bahawa ‘Buku Jingga Pakatan lebih rendah nilainya daripada kertas yang digunakan’.
Menempelak kenyataan lemah Najib itu, Kit Siang berkata, jika Pakatan Rakyat bukanlah alternatif yang boleh dipercayai maka mengapa beliau terus menangguh daripada mengumumkan Pilihan Raya Umum ke-13?
“Najib telah mencipta rekod terburuk apabila menjadi Perdana Menteri tanpa mandat pilihan rayanya paling lama berbanding Tunku Abdul Rahman, bapa beliau Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir dan Tun Abdullah.” katanya.

Bajet 2013: Sabah dan Sarawak Diabaikan


KUALA LUMPUR, 1 OKTOBER: Belanjawan 2013 yang diumumkan oleh Pedana Menteri Dato’ Sri Najib Razak disifatkan sebagai belanjawan yang buruk oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chien Jen kerana langsung tidak menyebut sebarang dasar bagi meningkatkan infrastruktur dan prasarana di Sabah dan Sarawak.
Kata Chien Jen, kerajaan UMNO-BN telah mengabaikan Sabah dan Sarawak walaupun negeri-negeri tersebut memberikan sumber yang banyak kepada negara.
“Sebagai contoh pada tahun 2011, Kementerian Luar Bandar Sabah dan Sarawak telah diperuntukkan sebanyak RM400 juta.
“Pada belanjawan tahun 2012 yang lepas pula, kementerian tersebut mengurangkan peruntukkan kepada RM300 juta sahaja.” kata beliau. Belanjawan 2013 kali ini cuma memperuntukan cuma RM98 juta.”
Menurut beliau, belanjawan yang dibentangkan kali ini sekadar gula-gula politik kepada rakyat dan sebenarnya ia tidak membantu untuk mengatasi masalah ekonomi asas rakyat.

Himpunan Hijau Lestari Pengerang: Kubu UMNO Pecah


PENGERANG 30 SEPTEMBER: Kekebalan UMNO-BN Johor tergugat dengan kejayaan Perhimpunan Hijau membantah projek petrokimia RAPID bernilai RM60 yang bakal menyebabkan ribuan penduduk kampung terpaksa berpindah dan kehilangan punca rezeki.
Perhimpunan bantahan besar-besaran julung kalinya yang berlangsung di Pengerang menyaksikan kehadiran seramai 6,000 orang peserta yang terdiri dari pelbagai NGO dan mendapat sokongan padu Pakatan Rakyat.
Menurut Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau, kehadiran luarbiasa yang bukan sahaja dari penduduk Pengerang tetapi sokongan dari rakyat seluruh negara adalah sesuatu yang membanggakan.
“Saya kagum kerana rakyat semakin sedar dan prihatin mengenai masalah ini malah kehadiran masyarakat pelbagai kaum sangat membanggakan.”
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Skudai berharap kesedaran dikalangan rakyat akan semakin meluas kerana ini merupakan projek menekan rakyat malah ia melibatkan unsur kronisme yang ketara.

Pembangunan Untuk Siapa?


Projek hab RAPID yang akan dibina di Pengerang, Johor kelak diuar-uarkan akan membawa pembangunan dan manfaat yang nyata untuk anak negeri di Tenggara Johor. Tetapi betulkah ia seindah apa yang digambarkan?
Tinjaun Roketkini baru-baru ini mendapatkan pandangan berbeza daripada sebahagian penduduk Pengerang. Mereka menceritakan tentang kehidupan mereka sebelum bermulanya projek RAPID ini.
Antara bidang pekerjaan yang pertama terjejas akibat projek RAPID ini ialah penangkapan ikan. Jaafar, warga Pengerang pertengahan usia adalah seorang nelayan yang beroperasi dari Kampung Gambut dan menangkap ikan dipersisiran pantai situ, yang terletak kira-kira 15-20 km dari dekat Pengerang .
“Pendapatan kami sebagai nelayan tidak tetap, naik turun hasil tangkapan itu lumrah. Adakala, kami mampu memperolehi RM 1000 untuk pendapatan sebulan,” katanya.

Chegubard minta mahkamah batal tuduhan berkaitan Bersih 3.0


Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin
KUALA LUMPUR - Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin memfailkan semula permohonan bagi membatalkan tiga pertuduhan terhadapnya berkaitan perhimpunan Bersih 3.0.

Badrul Hisham atau 'Chegubard', 34, menamakan pendakwa raya sebagai responden dalam permohonan yang difailkan melalui Tetuan SN Nair & Partners di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Pada 13 Sept lepas, dia menarik balik permohonan sama yang difailkan di  pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini ketika kesnya disebut di depan Hakim Mahmud Abdullah.

Smartphone rebate a foolish move

It will only enrich government appointed dealers, says PKR.

SEREMBAN: The RM200 rebate for the purchase of 3G smartphones is an unwise move by Prime Minister Najib Tun Razak, said PKR.
Najib announced the one-off special package, worth RM300 million, for youths aged 21 to 30, and earning a monthly income of RM3,000 and below.
“This is to benefit 1.5 million youths,” Najib, who is also Finance Minister, said when tabling Budget 2013 last Friday.
However, PKR’s strategic director, Rafizi Ramli, said the move will only enrich dealers as Najib also announced that the rebate would only be valid when purchased from appointed outlets.
“It’s a stupid announcement. I want to ask those of you present here, how much is the price of a smartphone? The average price is around RM1,000 to RM1,500.
“If a youngster wants to enjoy the RM200 rebate, he’ll have to fork out RM800 from his own pocket to purchase the smartphones. So, the dealer earns RM800.

Hints on election date

Hints on election date
The Budget 2013 has again reflected Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's cautiousness. He wishes to ensure that majority of people give their support to the BN coalition before dissolving the Parliament.
The Budget has taken care of all. In addition to the 1.4 million of civil servants who will be receiving a bonus of one and a half months salary, and middle-income earners who are expected to enjoy an individual income tax rate reduction by 1%, the most impressive point would be the "family package" which would benefit every family member.
Children studying in primary and secondary schools will receive a Schooling Assistance of RM100, children in institutions of higher learning (IPT) and at pre-university level will receive the RM250 1Malaysia Book Voucher, and children who are working but earning less than RM2,000 or below per month will receive a RM200 assistance while those learning RM3,000 and below will get a one-off rebate of RM200 when they purchase one unit of 3G smartphone from authorised dealers.

Kelewatan pembentangan laporan audit perkara biasa, kata Ambrin..!! Tapi kenapa P.Pinang terima bulan lepas..???

KUANTAN, 1 Okt — Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata pihaknya tiada apa-apa yang hendak disembunyikan berhubung kelewatan pembentangan Laporan Audit Ketua Audit Negara 2011.
Beliau berkata kelewatan itu adalah sesuatu yang biasa memandangkan Laporan Audit Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan dua minggu selepas pembentangan Belanjawan 2012, pada tahun lepas.
Katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz juga meminta pihaknya memberikan sedikit masa bagi membolehkan ruang perbahasan yang lebih panjang diadakan supaya pembentangan laporan audit tidak mencuri tumpuan Belanjawan 2013.
“Kita tidak selindungkan apa-apa, tahun lepas pun kita hanya bentangkan laporan audit selepas dua minggu pembentangan belanjawan, kali ini Nazri meminta Jabatan Audit Negara memberikan sedikit masa untuk pihaknya,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Hari Audit Se-Malaysia dan Persidangan Juruaudit Sektor Awam 2012 di sini, hari ini.

Why isn’t Najib defending his budget?

BN's show in Parliament this morning was simply super pathetic – only two BN MPs dared to stand up to try and rebut Anwar, says Chua Jui Meng.

By Chua Jui Meng

Prime Minister cum Finance Minister Najib Tun Razak’s absence from parliament to defend his Budget 2013 today confirms him as the most cowardly premier in Malaysian history.
He failed to defend his farcical 1Malaysia electoral battle cry, and now his much too sweet Budget 2013 which is clearly aimed at fishing for votes.
Najib just don’t have the calibre and guts to face Opposition Leader Anwar Ibrahim where and when it counts.
A country’s national budget is one of the most important aspects of governing a nation. And that must also come with good governance.

Has Najib no respect for Parliament?

As Prime Minister as well as Finance Minister, he must be responsible enough to attend the debate on Budget 2013.

PETALING JAYA: The national budget is so important that the Federal Constitution requires a fresh election if the government of the day fails to get majority support for it.
Today is the first day of Parliamentary debate for Budget 2013, but Prime Minister Najib Tun Razak and senior cabinet members are missing from the Dewan Rakyat, leaving only the ruling coalition’s backbenchers to represent them.
This is nothing short of contempt of Parliament.
Worse , Najib used the weekend to criticise Pakatan Rakyat’s shadow budget and even said that the opposition’s Buku Jingga was not worth the paper it was printed on.
Opposition Leader Anwar Ibrahim, a former finance minister, was appalled by the situation and he has made his anger known.
Indeed, the entire nation should be appalled.

Belanja Pelajaran berkurang gara-gara PM, TPM mesra?


KUALA LUMPUR: Belanja pembangunan yang semakin berkurangan kepada Kementerian Pelajaran dalam Belanjawan 2013 boleh mengancam masa depan negara, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Dalam keadaan kementerian-kementerian lain menikmati kenaikan dalam perutukan untuk pembangunan mereka atau sedikit sahaja pengurangannya berbanding tahun sebelumnya, Kementerian Pelajaran sangat ketara penurunan peruntukan pembangunannya," kata beliau.

Menurut Mahfuz, peruntukan pembangunan Kementerian Pelajaran dalam belanjawan 2013 merudum sehingga RM2,118,519,100 berbanding RM4,581,995,900 dalam belanjawan 2012.

"Kita boleh memahami bahawa beberapa kementerian mengalami penurunan kecil peruntukan pembangunan masing-masing berikutan jumlah raksaksa untuk peruntukan pengurusan Jabatan Perdana Menteri (JPM), mungkin ada kaitan dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Bajet Kerajaan Pusat retorik dan bersifat sementara

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemberian inisiatif oleh kerajaan melalui Bajet 2013 hanya bersifat retorik.
Menurutnya, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 hanya bersifat sementara dan ia tidak membantu mengurangkan kadar kemiskinan.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, seharusnya mengumumkan pelan ekonomi bagi mengatasi garis kemiskinan.
“Selain itu kerajaan juga harus membantu pertumbuhan ekonomi negara dan usaha membantu usahawan kecil termasuk meneroka pelbagai bidang baru bagi merancakkan ekonomi,” katanya  ketika membahaskan Bajet 2013.
Anwar berkata, peningkatan kemahiran dan kepakaran adalah satu cabang pertumbuhan ekonom kerana sektor pekerjaan mempunyai pengaruh terhadap ekonomi.
“Pertumbuhan ekonomi bergantung kepada nilai tambah yang dihasilkan melalui peningkatan kemahiran dan kepakaran, maka peluang pekerjaan yang dihasilkan mempunyai pengaruh yang besar kepada bentuk pertumbuhan yang dijana.
“Peranan kerajaan dalam menjana ekonomi perlulah dibataskan kepada usaha-usaha mencambahkan bidang baru dan memesatkan kegiatan ekonomi strategik, bukannya terlibat sama di dalam setiap jenis kegiatan ekonomi dan bersaing pula dengan usahawan kecil dan pengusaha,” katanya.

Pakatan sedia ke Putrajaya, kabinet bayangan bukan isu – Anwar

KUALA LUMPUR 1 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Perdana Menteri kerana mempersoal ketiadaan kabinet bayangan dari Pakatan Rakyat (Pakatan).
Kata Anwar, Datuk Seri Najib Razak sendiri belum mengumumkan siapa Menteri Kewangan jika BN menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Najib juga katanya, tidak mengumumkan siapa Menteri Besar Selangor jika BN berjaya merampas kembali negeri tersebut.
“Masalah kabinet bayangan, (ada) Datuk Seri Najib umum siapa Menteri Besar Selangor? (Ada) Dia umum siapa Menteri Kewangan lepas dia menang? Tak ada…,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen selepas perbahasan Bajet 2013, petang tadi.

Kementerian kewangan: Siswa tidak termasuk dalam kategori penerima BR1M

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Pejabat Menteri Kewangan hari ini menjelaskan bahawa pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.
Pelajar IPT bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara, demikian menurut kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan hari ini.
“Program Baucar Buku 1Malaysia yang dulunya bernilai RM200, adalah kesinambungan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos membeli buku kepada para pelajar dan melibatkan peruntukan sebanyak RM325 juta,” menurut kenyataan itu.
Penjelasan itu dibuat susulan beberapa laporan akhbar hari ini berhubung pemberian BR1M 2.0, yang menyebut bahawa golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas, layak menerima bantuan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat lepas memaklumkan bahawa di bawah projek BR1M 2.0, hanya isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM500.
Bantuan itu kali ini turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, dan mereka layak menerima bantuan sebanyak RM250. — Bernama

Mahkamah: Mkini sepatutnya dapat permit penerbitan dari KDN



 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa khas) hari ini membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tidak memberikan permit penerbitan kepada Mkini Dotcom Sdn Bhd yang mengendalikan portal berita Malaysiakini.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan "ia tidak wajar dan tidak rasional" dan keputusan Menteri Dalam Negeri tersebut sebagai salah arahan kerana ia melebihi had bidangkuasanya.
"Keputusan menjejaskan hak plaintif kepada hak bagi kebebasan bersuara yang juga termasuk hak untuk permit, dan ia adalah kebebasan asas yang termaktub dalam perlembagaan," katanya.

Kontraktor Melayu P. Pinang Mampu Bersaing, Dapat Projek Berjuta-juta

UALA LUMPUR, 1 OKT : Keupayaan daya saing kontraktor Melayu di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat adalah satu kebanggaan kerana mereka mampu mendapat kerja-kerja infrastruktur yang besar.
Jika sebelum ini kontraktor Melayu hanya dapat hidup dengan kontrak class F di bawah nilai RM 200,000, sekarang dengan sistem tender terbuka mereka mampu mendapat kontrak yang besar.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kebanyakkan kontraktor Melayu memenangi kontrak pembangunan negeri hasil daripada langkah tander terbuka sekarang berbanding sistem ‘kabel Umno’ sebelum ini.
Beliau yang juga MP Bagan menjelaskan, kontrak kerja jalan terbesar di Pulau pinang dengan nilai lebih RM 20 juta dibawah persaingan tender terbuka dimenangi oleh kontraktor Melayu.

Kurang 30 Peratus Rakyat Miskin Terima Bantuan Kerajaan

KUALA LUMPUR, 1 OKT : Hanya 27 peratus dari golongan 10 peratus termiskin negara menerima  bantuan Kerajaan, walaupun Umno-BN mendakwa kononnya pelbagai program kebajikan telah diadakan untuk rakyat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peratusan itu diperolehi dari Kajiselidik Isirumah yang dibuat pada tahun 2009 dan dilaporkan di dalam Malaysia Economic Monitor April 2012.
Beliau berkata, hakikat bahawa hanya 27 peratus dari golongan yang wajar dibantu dan termiskin mendapat manfaat dari program kerajaan mencerminkan ketirisan yang berterusan.
“Hubungan rapat di antara kroni, golongan mahakaya dan berkepentingan dengan kerajaan menyebabkan hanya mereka diberi peluang untuk memainkan peranan besar,” katanya semasa sesi perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat, hari ini.

Today in History for October 1st

Myanmar's landmine legacy

What challenges lie ahead for Turkey?

Pemberian one off Najib terlalu terdesak

Artis Minta PR kaji nasib pelakon jika memerintah

Saifuddin Nasution: NAJIB yang paling takut kalau kes Scorpene terus didedahkan!

Pentadbiran 4 Tahun Pakatan Di 4 Negeri, Atasi 50 Tahun Pemerintahan Umno-BN

Ahli Parlimen BN Lari Lintang Pukang Lihat Kelibat Anwar

Kita tengoklah perangai ahli-ahli parlimen dari BN nih..  nampak je kelibat Anwar Ibrahim ajak berbahas, mereka dah lari lintang pukang. Masa Najib bentang bajet, semua ahli parlimen Pakatan Rakyat hadir.
Apabila tiba masa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bahaskan tentang bajet hari ini, semua tak nampak batang hidung..termasuklah Najib yang terpekik terlolong sindir Pakatan Rakyat Jumaat lepas...
Makan gaji buta.. ops salah!! makan elaun buta.. Ahli Parlimen BN memang no kelas!!

KM Melaka diminta perjelas belanja majlis kahwin 'mega'..adakah guna DUIT TABUNG BULUH..???



 
Pemimpin Pakatan Rakyat Melaka menuntut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengisytiharkan segala perbelanjaan untuk penganjuran majlis perkahwinan seorang anaknya semalam yang dilaporkan dihadiri lebih 100,000 tetamu.

NONESetiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata, Mohd Ali perlu menjelaskan sekiranya majlis "mega" yang mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records itu melibatkan tajaan pihak tertentu.

"Saya ramalkan (kos) majlis berkenaan RM10 bagi seorang tetamu dan sekiranya 130,000, ia pastinya mencecah perbelanjaan sehingga RM1.3 juta. Itu baru makan dan tidak termasuk perbelanjaan lain.

"Kalau ketua menteri seorang yang ikhlas dan jujur, tolong nyatakan segala perbelanjaan dan kalau ia ditanggung oleh individu tertentu tolong nyatakan siapa yang taja," katanya.

Khoo turut mempersoalkan manfaat yang diperolehi rakyat kerana perbelanjaan besar itu menurutnya lebih sesuai disalurkan untuk kepentingan rakyat Melaka.

Anwar syorkan Turki sebagai model untuk reformasi ekonomi, politik


KUALA LUMPUR, 1 Okt — Dalam perbahasan Bajet 2013 hari ini, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia hanya mampu mengukuhkan ekonominya dengan cepat menerusi reformasi kerajaan dan politik yang menyeluruh seperti yang dilakukan negara Turki.
Pemimpin pembangkang menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak berdaya saing sebagai punca kegagalan Malaysia yang terpaksa menghadapi bajet defisit selama 15 tahun ekoran ketirisan polisi ekonomi yang mementingkan “kroni dan golongan kaya yang mempunyai kepentingan”.“Kejayaan Turki dibawah Reccip Tayeb Erdogan contohnya, memberi keyakinan kepada kita bahawa dasar ekonomi dan pentadbiran yang berteraskan keadilan sosial, ketelusan, amanah dan mengiktiraf bakat kebolehan setiap rakyatnya berjaya melonjak kemakmuran ekonomi negara an rakyat Turki dalam tempoh yang begitu singkat,” kata Anwar

“Sebab itu Pakatan Rakyat (PR) dari awal lagi telah menegaskan bahawa perubahan dan tambahbaik ekonomi tidak boleh berlaku tanpa adanya reformasi politik dan pentadbiran,” katanya dalam ucapan bajet beliau.

Anwar to Najib: Why not debate me?

The opposition leader also takes a swipe at the prime minister for his absence in Parliament during the budget debate.

KUALA LUMPUR: Opposition Leader Anwar Ibrahim laughed off today at Prime Minister Najib Razak’s attack on Pakatan Rakyat’s election manifesto and chided him for his refusal to debate on Budget 2013.
Najib recently described Pakatan’s “Buku Jingga” or Orange Book as “not worth the paper it is printed on” at the Gerakan’s annual general assembly here on Saturday, describing Pakatan’s policies as populist and unrealistic.
“You dare to attack us… but when we ask you to debate, you don’t dare to,” Anwar told reporters in Parliament here after delivering his speech at the start of the budget debate earlier today.
The PKR de facto leader also criticised Najib, who also holds the finance portfolio, for his absence in Parliament today.

Defisit RM22 bilion dalam Bajet 2013, hutang negara RM8 bilion

KUALA LUMPUR 1 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berlaku defisit sebanyak RM21.6 bilion dalam perbelanjaan Bajet 2013 disebabkan banyak ketirisan urus tadbir negara.
Katanya, peningkatan bayaran hutang paling ketara sebanyak 56 peratus atau meningkat ke RM8 bilion berlaku sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi Menteri Kewangan,
“Jika diperhatikan, sejak Najib menjadi Menteri Kewangan (2009-2013), saya khuatir keghairahan berbelanja ini sudah menjadi penyakit dan ketagihan.
“Contoh peningkatan sejak 2009 hingga 2013…(ialah) RM8 bilion (yang diguna) untuk membayar khidmat hutang telah meningkat sebanyak 56 peratus. Subsidi pula dari 2009 hingga 2013 meningkat sebanyak (RM)17.2 bilion iaitu 85 peratus.
“Bunyinya lunak untuk kebajikan, tetapi sebahagian besar subsidi ini hanya dinikmati oleh kroni mereka, tidak sampai ke golongan sasaran,” katanya pada perbahasan Bajet 2013 di Parlimen hari ini.
“Ini bermakna jumlah pinjaman baru mengikut data Bank Negara sejak 2009 hinga 2013 adalah (RM)184 bilion,” jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Menurutnya, perbelanjaan perbekalan dan perolehan melonjak 28 peratus kepada RM15 bilion, berbanding hanya RM7 bilion jika ia dilakukan melalui tender terbuka.
Bekas Menteri Kewangan itu berkata, ketirisan tersebut boleh dimanfaatkan kepada rakyat terutama untuk memberi pendidikan percuma dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kepincangan Ekonomi Malaysia Berpunca Dari Pengurusan Umno-BN


KUALA LUMPUR, 1 OKT : Masalah ekonomi di negara boleh diatasi dengan cekap dan berkesan sekiranya dasar-dasar yang digubal merombak kepincangan struktur ekonomi sedia ada.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kegagalan Kerajaan Umno-BN menamatkan defisit belanjawan selama 15 tahun berturut-turut membuktikan Malaysia mempunyai masalah struktur ekonomi yang serius.
Beliau berkata, sekiranya potensi ekonomi negara yang berasaskan sumber kekayaan dan tenaga kerja sedia maka Malaysia sepatutnya berada di depan negara-negara yang dulunya lebih mundur dari Malaysia tetapi kini menjadi contoh kepada dunia.
“Malaysia bermula pada garisan yang sama dengan negara-negara seperti Singapura, Taiwan dan Korea Selatan. Malah, Malaysia berada di hadapan berbanding dengan Turki.

Guan Eng bidas formula Umno tawan Pulau Pinang guna kaedah penipuan

KUALA LUMPUR, 1 Okt —  Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, membidas formula 3-3-3-1 oleh Umno untuk menawan semula negeri tersebut dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan menyifatkan ia satu lagi taktik penipuan yang bakal digunakan oleh kerajaan.
Lim membidaskan kegunaan Suruhanjaya Pilihan Raya oleh Umno dan Barisan Nasional. — Foto fail
Dalam kenyataan medianya, Lim berkata formula tersebut akan menyaksikan Umno dan Barisan Nasional (BN) memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai agen untuk membantu mereka menang dan perkara tersebut dikuatkan lagi dengan dakwaan terdapat pegawai tinggi di dalam SPR merupakan ahli Umno. “Formula Umno termasuklah tambahan tiga kerusi kepada sebelas kerusi dewan undangan negeri yang sedia ada buat Umno, MCA dan Gerakan dan satu kerusi untuk MIC. Matlamatnya adalah untuk menang dengan hanya satu majoriti yakni 21 daripada 40 kerusi dewan undangan negeri,” kata Lim.
“Tindakan BN menggunakan SPR untuk kepentingan politik mereka terjaga dengan baik sehinggalah terdapat pendedahan terkini bahawa ada pegawai tinggi di dalam SPR merupakan ahli Umno.”

Najib bukan saja takut umum tarikh pru13 tapi nak masuk parlimen dengar Ketua Pembangkang bahas pun takut..!!!

Seperti yang diduga PM Najib hari ni tak berani jejak kaki masuk ke dalam parlimen apabila Ketua Pembangkang berbahas bajet 2013 yang dibentangkan Najib pada hari Jumaat yang lalu.Najib juga adalah Menteri Kewangan merangkap Menteri Wanita Malaysia gantikan Ketua Wanita Umno yang keluarganya terpalit dengan skandal NFC RM250 juta.
Di luar parlimen Najib memang hebat,bersemangat berucap berapi-api pertahankan kerajaan Umno-BN tapi apabila tiba untuk bajet 2013 dibahaskan Najib hilangkan diri.Ada orang kata kat saya Najib umpama orang yang main Dam Aji.Menang sepapan terus cabut lari.Lepas tu habaq kat orang kata dia menang dan hebat sebab dapat kalahkan lawannya.Sepatutnya kena main tiga papan baru tau sapa kalah atau menang.Najib berkokok merata permainkan tarikh pru 13 tah dah berapa kali tapi tak berani umum bila nak buat pilihanraya.Najib bukan saja takut nak umum tarikh pru 13 nak dengar perbahasan Ketua Pembangkang pun takut.Inilah PM kita semua orang tau perangai dia.

K'jaan S'gor terkejut Datuk Bandar PJ ditukar dengan notis 24 jam ke Putrajaya...!!!



 
Kerajaan Selangor menyatakan rasa terkejut dengan pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Roslan Sakiman ke Putrajaya dengan notis 24 jam.Anggota exco Selangor Ronnie Liu yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal kerajaan tempatan berkata, beliau dan menteri besar sendiri tidak dimaklumkan berhubung perkara itu.
Beliau mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan perkembangan itu.
Katanya, penjawat awam boleh ditukarkan, namun notis 24 jam itu dipersoalkannnya.
"Ini akan menjejaskan pentadbiran majlis," katanya ketika dihubungi.
Liu berkata Mohd Roslan yang dilantik sebagai datuk bandar pada 2006 menjalankan tugasnya dengan baik.

Rich getting richer while poor getting poorer in Malaysia, says Anwar

KUALA LUMPUR, Oct 1 — Malaysia faces a widening gap between wages and the profits of companies under the government’s Economic Transformation Programme (ETP), Datuk Seri Anwar Ibrahim warned today.
He told Parliament when debating the government’s Budget 2013 proposals that not enough was being done by the Barisan Nasional (BN) government to narrow the gap between the rich and the poor in Malaysia.
The opposition leader claimed household wages remain low and that structured analyses show the rich getting richer and the poor getting poorer.
“This means the economic growth and all the projects announced by BN do not bring effect on the incomes of a majority of the people,” Anwar (picture) said.
He added surveys showed 44.2 per cent of Malaysian households make less than RM2,500 a month, and share only 14 per cent of the country’s economic prosperity in stack contrast to the 50 per cent shared by the top 20 per cent of wealthiest Malaysians.
“The excitement in chasing economic forecast numbers without specific policy reforms to narrow the gap (between the rich and the poor) and ensure even distribution is more evident than ever in the prime minister’s ETP,” Anwar said.

'Cowardly' Najib & Cabinet try to head off Budget criticism with 'DISAPPEARING ACT'

'Cowardly' Najib & Cabinet try to head off Budget criticism with 'DISAPPEARING ACT'"Lazy and cowardly" Najib and team came in for a grilling on Monday. The Malaysian Prime Minister, who had last week unveiled a controversial and much-panned Budget for 2013, was nowhere to be seen in Parliament. Neither was his deputy nor senior members of his Cabinet, perhaps knowing they would have to face up to a tough Q&A session from Opposition Leader Anwar Ibrahim,.
"The tradition is during the debate is for the Finance minister (Najib) to be here. But when I invite him to debate, he doesn't dare. Now, even in Parliament, he doesn’t dare show up,” Anwar, a former Finance minister, ticked them off in Parliament.

"He lets his backbenchers defend (the budget) but they have never been in the Cabinet. They don't know the figures and can only depend on the Departments of Statistics. The finance minister should give them some notes next time.”
Separation of powers: CEO should not also be CFO

Susah ke nak faham bajet BN vs PR... baca ini

Alkisah seorang petani -- kehidupannya diringkaskan seperti di bawah.

Pendapatan --> Hasil tanaman bergantung pada harga pasaran

Apa yang diperlukan untuk mendapatkan pendapatan (kos)
Tanah --> disewa daripada tuan tanah
Air --> bil air dibayar ke tuan tanah
Cangkul tempatan --> harga pasaran berdasarkan harga import cangkul luar negara oleh tuan tanah
Baja --> harga pasaran berdasarkan tuan tan
ah
Makanan seharian --> harga pasaran bergantung pada nilai baja

Petani ini hidup di tanah Tuan Tanah Lama yang juga pengeluar baja - akan tetapi pemerintah tidak dapat mengurangkan harga baja, malah harga meningkat.

Disebabkan itu, kos makanan seharian juga meningkat kerana kos tanaman sayur-sayuran dan hasil buah meningkat kerana harga baja.

Kadar air pula tinggi dan tanah yang disewa tetap perlu dibayar sewa.

Lebih sedih, harga cangkul tempatan tinggi disebabkan tuan tanah mengenakan cukai lebihan pada cangkul yang diimport daripada luar negara kononnya untuk melindungi pasaran harga cangkul tempatan.

Apabila kos semakin meningkat, duit dalam tangan petani semakin berkurang.

Fokus Pakatan meningkatkan pendapatan isi rumah

KUALA LUMPUR, 1 Okt— Pelan ekonomi negara harus berubah dari hanya merancang untuk mencapai sasaran ekuiti semata-mata, tetapi memastikan pendapatan minima RM4,000 sebulan dapat dicapai dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Dia berkata, pertumbuhan ekonomi seharusnya digerakkan oleh perniagaan kecil dan sederhana, dan bukan sekadar “seorang dua bos besar”.
Bercakap di Parlimen, ketua pembangkang tersebut membentangkan cadangan bajet 2013 dari PR dan memberi fokus kepada peningkatan pendapatan daripada mengejar sasaran ekuiti.
“Kenyataan ini bagaimanapun berubah menjadi semua orang membuat andaian bahawa PR berjanji untuk membayar wang kepada orang ramai sehingga mencecah RM4,000 sebulan,” kata Anwar lagi.
“Caranya haruslah berdasarkan pengembangan pembangunan ekonomi dan memastikan pendapatan penduduk bertambah,” dia berkata dalam sesi debat di dalam cadangan Bajet 2013 yang dibentangkan kerajaan.

Sikap Kedekut Dan Cermat Telah Berjaya Di Selangor

KLANG 01 OKT : Sikap “tidak memilih bulu” Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah meningkatkan rizab simpanan negeri dan mengutip kembali hutang syarikat Talam kepada Kerajaan Selangor yang bernilai RM392 juta.
Dalam memuji kepimpinan Abdul Khalid, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sikapnya yang cermat dan tegas telah meningkatkan prestasi kewangan Kerajaan Negeri.
“Tan Sri ini kedekut dan cermat kena pada tempatnya. Tengoklah beliau berani memanggil semua tauke-tauke besar untuk meminta balik bayaran premium tanah yang dibagi percuma semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini.
“Kalau pemimpin Umno-BN mesti masuk kocek dulu, tapi beliau tidak,” katanya dihadapan kira-kira 1,000 penonton program Jelajah Merdeka Rakyat, di Bandar Putera, di sini, semalam.
Bulan lepas, syarikat audit KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG) berkata usaha mengutip hutang Talam berjumlah RM 392 bilion kepada kerajaan negeri adalah satu keputusan komersial yang munasabah dan bijak.

Guan Eng slams Najib for talking RUBBISH: Of shadow Cabinets & not abolishing tolls

Guan Eng slams Najib for talking RUBBISH: Of shadow Cabinets & not abolishing tollsPrime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak should practice what he preaches instead of double-standards by directing BN in Kedah, Kelantan, Penang and Selangor to present a shadow EXCO if BN is committed to recapture power in those states.
In many respects BN is worse than PR, in that BN not only does not have a shadow cabinet in the PR states but have not even appointed the BN Menteri Besar candidate in Selangor, Kelantan and Kedah.
Despite BN’s lies that PR has no Prime Minister designate, PR has unanimously agreed on Datuk Seri Anwar Ibrahim as the next Prime Minister of Malaysia.
PR had adopted a unique formula of a shadow cabinet by appointing 3 persons respectively from each PR party(PAS, DAP and PKR) for every Ministerial portfolio.
This demonstrates that PR leaders are not crazy for political posts but are hungry in policies that benefit the people. Such new political culture by PR of people-centric policies that work contrast with the BN’s personality driven cult that enriches cronies.
Abolishing toll will destroy Bursa - what outlandish lie is this?

Kos jalan 1km ke DUN Sabah RM14.9j?

Seorang MP PKR hari ini mendakwa bahawa sebatang jalan sepanjang 0.9km menuju ke bangunan DUN Sabah dibina dengan kos RM14.9 juta.
Azmin Ali (PKR-Gombak) dalam satu soalannya di Dewan Rakyat hari ini mendakwa jalan tersebut dirasmikan oleh ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman baru-baru ini.

"Jabatan Kerja Raya negeri mengumumkan bahawa kosnya adalah RM14.9 juta," dakwanya ketika mengemukakan soalan tambahan.

Beliau berkata, perbelanjaan seperti itulah yang menjejaskan pembangunan di Malaysia Timur.

Azmin berkata dalam pengumuman belanjawan 2013 minggu lalu, Sabah dan Sarawak juga hanya disebut lima kali dan bukan mengenai perbelanjaan utama.

Masalah perumahan: Peneroka bandar terpinggir

Kira-kira 200 wakil penduduk berdemonstrasi sebelum menyerahkan memorandum yang mengandungi enam tuntutan.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 wakil penduduk seluruh negara hari ini hadir berdemonstrasi aman di hadapan bangunan Parlimen di sini pagi tadi bagi menuntut kerajaan menyelesaikan isu hak milik rumah peneroka bandar dan tanah masyarakat Orang Asal.
Kumpulan tersebut, Jawatankuasa Bertindak Taman Permata Dengkil, Jawatankuasa Bertindak Ladang Bukit Jalil, termasuk wakil masyarakat Orang Asal Kelantan berdemonstrasi kira-kira 15 minit sebelum menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Nurul Izzah Anwar.
Memorandum itu mengandungi enam tuntutan, antaranya menuntut supaya kerajaan menyediakan perumahan mampu milik yang selesa, cukup ruang dan kemudahan yang perlu, menggubal undang-undang Skim Perumahan Sendiri Pekerja Ladang, serta hentikan pengusiran paksa dan mengiktiraf hak peneroka bandar.
Selain itu, mereka juga menuntut kerajaan supaya mengambil alih penyelenggaraan flat kos rendah dan sederhana di seluruh Malaysia dan mengiktiraf tanah adat Orang Asal serta hentikan segera rampasan tanah adat.
“Kami juga mendesak supaya kerajaan menghentikan ancaman kepada habitat penduduk dengan projek seperti Lynas, Lombong Emas di Bukit Koman dan Projek Petrokimia di Pengerang,” memorandum itu dipetik.
Tuntutan itu dibuat sempena Hari Habitat Sedunia 2012 yang disambut pada Isnin pertama bulan Oktober setiap tahun.
Tidak mampu

PR goes on RED ALERT: No way we will let Umno re-take Penang & S'gor

PR goes on RED ALERT: No way we will let Umno re-take Penang & S'gorPakatan Rakyat leaders vowed to raise their game and take seriously the threats issued by Umno leaders to wrest back two key states - Selangor and Penang.
According to Selangor Umno deputy chief Noh Omar, the BN coalition would wrest back the Selangor government in the next general election by winning 32 of the 56 seats in the state legislative assembly.
"Since Noh has actually com out with a number, PKR and Pakatan will surely take all care to ensure as much weakness and problems are resolved. We will go on red alert in all the states we govern. We think Noh is bluffing but for sure Selangorians have to be on guard because the BN have extra players in their team such as the Election Commission and the police," PKR MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.
Selangor is the richest state in Malaysia and Prime Minister Najib Razak, who is also the Umno president, has vowed to take back the state by any means possible.
The Pakatan Rakyat federal opposition had captured Selangor during the 2008 general election, a feat that shaken Najib's Umno-BN coalition to the core. BN now holds only 20 of the 56 Selangor seats.
Warlords out to grab MB's seat

BN lancar ‘skim jual negara’

Sebuah NGO mendedahkan kes terbaru yang menunjukkan warga asing diberi kelayakan mengundi - satu pengkhianatan besar terhadap kedaulatan negara.

PETALING JAYA: Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang melancarkan skim menjual negara dengan memberi kad pengenalan (MyKad) kepada warga asing secara berleluasa dan tidak terkawal. “Isu pemberian Mykad kepada warga asing merupakan satu isu yang sangat serius ketika ada warga sendiri yang masih tidak diberi kad pengenalan kerana birokrasi melampau.
“Percayalah lambat laun warga negara sendiri terpaksa merempat di bumi bertuah ini,” kata Propaganda SAMM Edy Noor Redzuan dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, keadaan menjadi lebih parah apabila warga asing diberikan pula hak untuk mengundi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).