Ahad, 30 September 2012

Majlis Perkahwinan : Ali Rustam pecah rekod tetapi duit siapa..

MELAKA: Majlis perkahwinan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam memecahkan rekod apabila 130,000 tetamu menyertai majlis yang berlangsung lapan jam itu.

Majlis yang berlangsung di Dewan Tun Ali Bukit Katil, Ayer Keroh itu adalah untuk perkahwinan anak lelakinya, Mohd Ridhwan, 26, dengan isterinya, Nur Azieha Mohd Ali, juga 26.

Antara tetamu yang hadir adalah Sulatn Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop dan bekas Ketua Menteri Abu Zahar Ithinin yang juga bapa pengantin perempuan.

Ekoran jumlah tetamu itu, Ali menerima sijil Malaysian Book Of Rekod (MBR) dari  wakilnya, Zulhairi Md Zin.

Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memalui Twitternya berkata, jika satu orang dibelanjakan RM30, kosnya sebanyak RM4 juta.

Perbandingan Belanjawan Pakatan Dengan Bajet BN

cuba celik mata luas2 & bandingkan antara bajet PR & BN.. tak salah kalau mahu kritik, dipersilakan.. tapi tolong tekun nilaikan tawaran & tadbir urus mana yang lebih mengutamakan kebajikan rakyat, bukannya apabila pilihanraya sudah makin hampir barulah menggelabah ingatkan rakyat...

Lensa : Himpunan Hijau Pengerang


Samseng Rapid : Serangan Asid Keatas Wartawan Rakyat

Samseng Rapid : Kereta dinaiki Naib Presiden Pas, aktivis ditoreh dan dipecah cermin


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub SHAH ALAM – Dua tayar kereta yang dinaiki Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub ditoreh manakala dua kereta lain dipecahkan cermin depan dan disimbah asid dalam satu kejadian tengah hari tadi di Sungai Rengit, Pengerang.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, beliau menaiki kereta Pengerusi Institut Peduli Rakyat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang turut bersamanya bagi menghadiri Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit, yang diadakan untuk membantah Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia Petronas (Rapid).

“Dua tayar kereta itu ditoreh manakala kereta yang diparkir bersebelah kereta berkenaan turut ditoreh dua tayarnya dan cermin depan turut dipecahkan.

Muhyiddin digesa selesai isu air di Johor dahulu

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menyelesaikan masalah air di Johor dahulu sebelum berbincang mengenai isu air di Selangor, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Beberapa daerah di Johor seperti Simpang Renggam, Kluang dan Senggarang menghadapi masalah air.

"Eloklah Muhyiddin selesaikan masalah itu dahulu bersama-sama (Menteri Besar Johor, Datuk Abdul) Ghani (Othman) dan berhentilah mempolitikkan isu air di Selangor.

"Hentikanlah 'water torture' terhadap rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.

Muhyiddin sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk berbincang dengan kerajaan negeri Selangor berhubung isu air.

Isu air di Selangor tercetus apabila Umno Barisan Nasional menyebelahi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan mempolitikkan isu itu.

HUTANG 1MALAYSIA!!! Angkara Bajet 2013


Sayap PKR Tekad PRU-13 Ubah Kerajaan

SHAH ALAM 29 SEPT : Ketiga-tiga sayap PKR menyatakan tekad untuk menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini sebagai ‘medan perang’ untuk merubah kerajaan Umno-BN bagi membawa pembaharuan politik negara.
Tekad itu dilaungkan oleh ketiga-tiga pimpinan sayap parti di hadapan kira-kira 1,500 perwakilan dalam Rapat Umum PKR dalam sesi Forum: Peranan Sayap Parti Dalam Menghadapi PRU13 di sini.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pengundi muda perlu diberi perhatian oleh jentera parti kerana saluran generasi muda membawa perubahan politik semasa PRU12 lalu.
Sementara itu, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamarudin berkata Kerajaan Umno-BN gagal memberdayakan wanita apabila memberi peruntukan yang kecil untuk program wanita dalam Belanjawan 2013.
Ujarnya, peranan wanita di negara ini dapat diperkasakan dengan pelaksanaan program yang digariskan di bawah Agenda Wanita Malaysia yang dilancarkan Wanita Pakatan Rakyat.
Dalam pada itu, Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaikh Ismail berkata usaha untuk mendekati wanita muda semakin diperhebatkan khususnya isu-isu berkenaan ekonomi.
Ujarnya, generasi muda tidak hanya melihat kepada siapa yang bakal memimpin negara tetapi persoalan harapan yang ditawarkan kepada generasi muda.
“Anak muda ini perlu disantuni dengan memahami gaya dan pemikirannya.
“Jangan anggap anak muda sebagai saingan tetapi perlu disantuni untuk memimpin masa hadapan,” ujarnya.

Reaksi Najib Bila Anwar Cabar Berdebat

SHAH ALAM 30 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menolak cabaran debat dilontarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pembentangan bajet 2013 dibuatnya di Parlimen Jumaat lalu.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang mengulangi cabarannya itu selepas Menteri Kewangan itu menggunakan sebahagian masa dalam tempoh pembentangan bajet tersebut bagi menyerang dirinya dan pemimpin Pakatan Rakyat(PR).
“Saya secara bergurau berkata kepada Najib dalam masa lebih kurang setengah jam saudara menyerang saya. Apa kata kalau kita debat Najib dengan tajuk belanjawan? Dia sambil ketawa pegang beg terus blah (berlalu).

Belanjawan baik berikan hak kepada yang berhak


Sejak daripada pembentangan belanjawan 2013 pada 28 september yang dibentangkan oleh Datuk Seri Mohd  Najib Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia merangkap sebagai menteri kewangan  di dewan rakyat. Kita dapat melihat pelbagai reaksi yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak, daripada pihak kerajaan sendiri, pembangkang, ahli akademik dan juga rakyat.  Seperi kebiasaan  semua rakyat daripada golongan atasan sehinggalah golongan yang paling bawah akan mengharap sesuatu  yang akan menguntungkan mereka daripada belanjawan kali ini.
Belanjawan 2013 ini akan dibahaskan dengan lebih terperinci lagi di dalam Dewan Rakyat sehinggalah  ianya diluluskan. Sebanyak  RM251.6 bilion akan diperuntukkan untuk tahun 2013 yang mana belanjawan ini merangkumi sebanyak 12 buah kementerian. Semua orang akan menilai belanjawan  kali ini melalui sudut yang berbeza, pelbagai persoalan juga  akan timbul daripada semua lapisan masyarakat seperti,  petani, polis, tentera, kakitanga swasta, kakitangan kerajaan  dan tidak terlepas juga mahasiswa.

Budaya ‘one off’ didik sindrom kebergantungan


KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berpendapat kerajaan yang mengamalkan budaya one off akan melaporkan sindrom kebergantungan yang tidak sihat di kalangan rakyat.

“Peruntukan one off benar-benar menggunakan pendekatan "memberi ikan" bukan memberi "pancing",” kata presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Katanya, kesan jangka panjang ialah apabila rakyat terlalu bergantung kepada bantuan dan sikap berpuas dengan menerima bantuan wang tunai menjadi budaya yang membunuh daya usaha.

“Kami melihat inilah kali pertama  bantuan one off yang sangat banyak diberi kepada rakyat dalam sepanjang pembentangan belanjawan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ada Berani : Komponen BN mesti berani, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata pemimpin parti komponen BN harus berani "turun ke gelanggang" untuk berjuang demi rakyat walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.
"Jangan takut...jangan takut lagi, masuk ke gelanggang, inilah semangat yang kita mesti ada," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di Kuala Lumpur, hari ini.

Najib yang juga pengerusi BN berkata bahawa keberanian seperti itu menjadi  lambang semangat juang yang sebenar.

"Tunjuk kekuatan kita, kita ada semangat untuk berjuang, lawan apabila anda dalam keadaan terdesak," tegasnya pada majlis yang turut dihadiri Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Perdana Menteri berkata berbekalkan semangat juang yang tinggi, kerja keras, semangat berpasukan dan perancangan stategik, BN dapat memastikan segala usaha untuk menawan hati rakyat berjaya.

Promoting family spirit and neighbourhood unity

Ust Saiful Bahri Mamat Ceramah Pulau Duyong 28 Sept 2012

Mazlan Aliman Ceramah Pulau Duyong 28 Sept 2012

Bersalin : Bila Mesti MANDI WAJIB ? - Ustaz Azhar Idrus

COMPANY Jemput ARTIS Untuk Annual DINNER - Ustaz Azhar Idrus

LUPA Tahiyat Awal Dalam SOLAT - Ustaz Azhar Idrus

Mati SYAHID Tapi Ada HUTANG - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Makan KETAM BATU - Ustaz Azhar Idrus

Today in History for September 30th

AU troops to enter former al-Shabab strengthold

Is it time for Arab intervention in Syria?

Displaced Syrians languish in border limbo

Ganukite : Revolusi Bola Sepak Terengganu

Pengerang rally declared 'roaring success'

Ganukite :Orang Muda Nak Perubahan Kaspi

Yatt Hamzah : Saya Cabar Diri Saya Pamer Rasa Cinta Rasullullah.

Penduduk, NGO berhimpun bantah Rapid di Pengerang

10 orang muncul di KLCC untuk Hari Leher-V

Tunggu sahaja penggal ini tamat tempohnya

Aspan Alias


Najib Razak adalah Perdana Menteri pertama yang menjadi ketua negara yang tidak mendapat mandat kepimpinan beliau dari rakyat walaupun sesudah menjadi PM selama empat tahun. Beliau hanya meneruskan mandat Abdullah Badawi dan ini sudah cukup menunjukkan yang Najib menjadi PM dengan meminjam mandat Abdullah Badawi dahulu sahaja.
Najib memangnya tidak pernah di uji dalam kepimpinannya. Beliau selama ini mendapat kedudukan secara percuma dengan bermain dengan sikap “play safe” dan tidak pernah melalui ujian melalui krisis besar dalam kepimpinannya.
Najib mendapat segala-galanya dengan percuma dan menaiki kedudukan sekarang melalui permainan selamat dan tidak menunjukkan sikap tegas dalam mana-mana krisis yang telah dilalui oleh Umno.
Najib bermain politik mengikut resmi air, “di mana lekok di situ dia berhenti dan berkumpul”. Dia tidak pernah menentang arus semasa perlu menentangnya. Beliau akan sentiasa mengintai untuk memihak “the buttered side of the bread”.

Dr Asri saran ulama berhati-hati keluar pendapat


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin GEORGETOWN - Golongan ulama disaran agar berhati-hati mengeluarkan pendapat berhubung sesuatu perkara supaya buah fikiran mereka itu tidak mengelirukan masyarakat.

Pensyarah Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ulama yang tidak cukup pengetahuan untuk menyelesaikan permasalahan melibatkan hukum boleh melembabkan masyarakat dengan fatwa mereka yang salah.

"Ulama adalah orang yang berpengaruh, pandangan mereka diambil kira sebagai 'divine conclusion' oleh masyarakat. Jadi, golongan ulama harus beri pandangan yang boleh meningkatkan mentaliti umat," katanya ketika berucap pada seminar Ulama dan Kebangkitan Rakyat anjuran Yayasan Islam Pulau Pinang, di sini hari ini.

This is why Pakatan’s budget is better

While Najib's budget features RM3 billion in one-time cash handouts to pacify the people, Pakatan’s alternative budget contains no such handouts, but it has long-term macro measures.

By Chua Jui Meng

If you compare Najib Tun Razak’s Budget 2013 with Pakatan Rakyat’s alternative budget, the Barisan Nasional federal government has taken no long-term macro efforts to help ease the financial burden of the rakyat and resolve Malaysia’s economic ills.
Year in and year out, the BN budget is the same – serving to enrich BN, especially Umno, cronies by dishing out mega projects with inflated costs that bleed the nation.
Budget 2013 is clearly an election budget with various forms of one-off cash handout sweeteners ranging from RM250 to slightly more than a thousand ringgit for the rakyat who qualify.
This, the BN is forced to give, because of the March 2008 general election that saw the ruling coalition losing its customary two-thirds majority in Parliament.
This is the second time within months the BN is giving out such one-time cash handouts – a clear sign of attempts to pacify the restless rakyat who may change their government with their ballots in the next general election.

BATTLE OF THE TITANS: All set for GE13 after Najib's 'last bullet' Budget flops

BATTLE OF THE TITANS: All set for GE13 after Najib's 'last bullet' Budget flopsBarisan Nasional’s election-orientated budget 2013 is disappointing because it concentrates on raining one-off cash on the electorate to ease their pain, while forgetting to address the ills that necessitate such profuse dosage of pain-relievers in the first place.
If the people are affluent and contented, do they need to be showered with such pacifiers; or alternatively, would the feeding of such sweeteners sway their decision on whom they are going to vote for?
Obviously there are vast masses of disgruntled electorate who are not happy with the current living conditions.
They are unhappy because they find it increasingly difficult to make ends meet; and they are also worried about the worsening safety of their environment.
The common people are simply overwhelmed by a cost of living that forever is speeding far ahead of their slow moving income increment.
Needless to say, our economy is in trouble.
What’s wrong with our economy?
ECONOMIC DISEASE
Malaysia is plagued by economic malaise, which in turn is caused by a draught of private investment – Malaysia’s peculiar economic disease that first surfaced in the Asian financial crisis in the late nineties. Since that watershed event, its private investment as a percentage of gross domestic product (GDP), as repeatedly reminded by the World Bank, has been staying at the doldrums, hovering around 10%, which is among the lowest in the region. Investors, both foreign and domestic, have fled the country, as exemplified by Malaysia having a net FDI (foreign direct investment) outflow for many years, a unique dubious distinction among developing countries. Such apparent loss of economic competitiveness is described by economists as the middle income trap, from which Malaysia does not seem to be able to extricate itself from.

PRU 13 : Pakatan Rakyat menang atasi BN 4-2


Sebaik mana pun belanjawan 2013 kerajaan BN yang dibentangkan Najib,Pakatan Rakyat tetap akan menang dengan 2-1,  kerana berdasarkan maklumat awal, Pakatan Rakyat juga ada belanjawan 2013 mereka sendiri yang sudah pasti jauh lebih baik dari belanjawan BN.                                                                            

Bercakap pasal dasar kerajaan dan manifesto pilihanraya pula,  BN begitu takut untuk membuat perubahan secara drastik, sedangkan Pakatan Rakyat awal-awal lagi sudah memukul canang andainya PR dapat mengambilalih Putrajaya,  mereka berikrar mahu membentuk sebuah kerajaan yang adil dan telus, menghapuskan rasuah, penyelewengan,pembaziran dan ketirisan.  Pakatan Rakyat juga sudah berjanji untuk menghapuskan tol, PTPTN,  menurunkan harga minyak dan menaikkan gaji minima pekerja awam.  Disini sekali lagi PR telah mendahukui 2-1. Keputusan keseluruhan menjadikan PR boleh menang dalam PRU 13 nanti dengan agregate 4-2.  Sama-samalah kita nantikan keputusannnya!                       

Oleh : rahimothman

Najib hanya berani tunjuk lagak di depan kemera !

Anwar cabar berdebat dia takut,,  dengan siapa dia berani,  wallahhu’alam!  

Amboi, amboi !  di parlimen semalam bukan main hebat lagi PM Najib menunjukkan belang dan lagaknya. Di hina dan diperlekehnya ketua pembangkang (DS Anwar) sepuas-puasnya termasuk belanjawan 2013 yang disediakan pembangkang.  

Sebelum ini dah berbuih mulut Anwar mengajak Najib berdebat soal kepentingan Negara. Najib menikus! Semalam DS Anwar cabar lagi beliau berdebat soal bajet 2013, haram Najib tak peduli, sebaliknya meneruskan lagak bodoh sombongnya !  Agaknya hanya itulah tahap keberanian yang Najib ada,, bercakap sorang-sorang di depan kemera atau media.                                                                                                                                                                   Wahai DS Najib!   Ketahuilah bahawa sesungguhnya rakat Malaysia amat malu mempunyai seorang perdana menteri yang penakut. Dalam perjuangan biarlah kita bersilat di atas pentas yang sama,  bukan seperti yang Dato’ Seri buat sekarang!  Lagi satu,, pasangan biarlah sepadan, pipit lawannya pipit,  helang lawannya helang!  Memang dah selayaknya ketua pemerintah (PM)  berlawan debat dengan ketua pembangkang.  Janganlah tunggu DS Wan Azizah jadi ketua pembangkang baru nak sambut cabaran!  Malu !!

Akhir sekali kalau DS Najib anggap  Anwar terlalu besar dan perkasa untuk dijadikan lawan debatnya,  apa kata kalau penulis cadangkan Rafizi Ramli atau Mad Sabu saja yang cabar PM  berdebat.  Beranikah Najib?  Jangan-jangan teloq kecut habis!!  

Oleh : rahimothman

Bajet 2013: Pengajian Percuma atau pemberian RM250?




Mana satu pilihan belia?  Pakatan Rakyat  berjanji mahu menghapuskan PTPTN dengan memberi pelajaran percuma di Universiti, yang bernilai purata RM20,000   manakala kerajaan BN dalam bajet 2013 kelmarin  nak beri bantuan “one off” berjumlah RM 250 kepada anak bujang berpendapatan kurang RM2000.  Antara  keduanya, yang mana satu menjadi  pilihan belia dan orang bujang?
 
Kalau terpaksa memilih satu antara dua,  sudah tentu mereka memilih tawaran yang terbaik iaitu pelajaran percuma di Universiti, kerana nilai RM250 yang kerajaan nak beri kepada anak bujang berpendapatan bawah RM2000 bukanlah sebanyak mana pun.  Ia boleh licin dalam masa dua tiga hari saja.  
Dan yang paling utama pemberian itu dilihat sangat tidak ikhlas. Buktinya, kenapa setelah 55 tahun merdeka dan dekat nak pilihanraya baru kerajaan BN nak beri?   Jika dinilai dengan teliti sudah tentulah janji kerajaan Pakatan Rakyat jauh lebih ikhlas !   nilainya sangat besar dan berbaloi  berbanding pemberian kerajaan BN.  Justeru sebagai anak muda yang panjang akal  buatlah pilihan yang terbaik !  Nak sokong BN atau PR!  Tepuk dada tanya selera !!  

Oleh : rahimothman

BN's RM60BIL LAND GRAB: Thousands show up in solidarity with Pengerang residents

The sleepy hollow of Kampung Sungai Rengit came alive this morning with animated chants and blares from portable air horns as green-clad protesters streamed in by the bus loads to rally against a RM60 billion petrochemical project that will see thousands of villagers lose their homes and livelihoods.
BN's RM60BIL LAND GRAB: Thousands show up in solidarity with Pengerang residentsThe highly-anticipated Himpunan Hijau Pengerang Lestari protest kicked off peacefully to a bright and early start despite earlier fears of possible police blockades to prevent protesters from attending the mass rally.
From 25 different locations across the country, including the east Malaysian state of Sabah, rally participants arrived from 9am onwards, all dressed in Himpunan Hijau’s signature neon green T-shirts and bearing banners that detailed the rally’s three protests — to protest the land grab, to protest the loss of livelihood, and to protest environmental destruction.
As at 10am, the small village square where the township’s landmark steel lobster structure is located was flooded by nearly a thousand protesters.

Calon PRU13: Cuepacs serah kepada PM..!!!


Presiden Cuepacs - Omar
Omar: Gaji minimum sektor awam harus RM1,200. - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki
 
CUEPACS dilihat sebagai salah satu badan induk kesatuan sekerja di negara. Malah, ia juga mempunyai  hubungan rapat dengan kerajaan selaku majikan kepada 1.3 juta anggota perkhidmatan awam.

Dalam temu bual dengan wartawan Sinar Harian Online, baru-baru ini, Presidennya, Datuk Omar Osman, yang menerajui badan induk ini sejak Oktober 2006, berbicara mengenai soal kebajikan dan kepentingan anggota perkhidmatan awam termasuk sistem saraan dan gaji minimum. Malah, beliau juga berkongsi mengenai pendiriannya dan Cuepacs ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang semakin dekat.

SINAR HARIAN ONLINE: Datuk dikatakan sebagai Presiden Cuepacs yang sangat aktif. Apa  pandangan Datuk?
OMAR OSMAN: Aktif ini tertakluk kepada sokongan padu daripada gabungan dan  majlis jawatankuasa termasuklah pegawai dalam Cuepacs sendiri. Apabila mendapat sokongan padu dan kerjasama yang baik, kita sebagai pemimpin akan bekerja dengan lebih gigih bagi merancang dan memperjuangkan kebajikan setiap anggota gabungan perkhidmatan awam ini.

Hakim Tiada Panduan Jelas, Perlu Jawatankuasa Hukuman Rogol Bawah Umur


SHAH ALAM, 30 SEPT: Hakim di negara ini tidak mempunyai satu garis panduan yang jelas dalam menjatuhkan hukuman terhadap pesalah yang melibatkan kes rogol gadis di bawah umur.
Oleh itu, satu jawatankuasa menjatuhkan hukuman perlu ditubuhkan bagi memastikan hukuman yang setimpal dan konsisten dapat dikenakan kepada pesalah kes rogol gadis di bawah umur.
Demikian menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ketika ditemui TV Selangor di lobi Parlimen baru-baru ini.
Izzah mengulas penghakiman luar jangkauan terhadap kes membabitkan pemain bowling kebangsaan dan seorang juru elektrik sebelum ini.

TG Nik Aziz ketuai konvoi R ke Putrajaya

Konvoi tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti (R), Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum.

Presiden R, Nazri Deraman berkata,Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu telah bersetuju untuk mengetuai konvoi pada hari tersebut.

"Kita telah terima makluman tenghari tadi bahawa YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menghadiri dan mengetuai program
Himpunan ROYALTI di Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober 2012 (Rabu) nanti.

"Beliau juga bersetuju untuk menghadiri Ceramah Mega R Tuntut Royalti pada 2 Oktober 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam," katanya.

Najib kata kertas cetak lebih bernilai dari dasar Buku Jingga...!!!

NONEPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, berbeza dengan dasar BN, manifesto Buku Jingga Pakatan Rakyat tidak mengandungi dasar yang boleh dilaksanakan,
   
Dalam ucapannya di Persidangan Perwakilan Gerakan Nasional ke-44 hari ini, Najib malah menyifatkan, kertas untuk cetakan Buku Jingga itu juga lebih bernilai daripada dasar tersebut.

Najib berkata, cadangan Pakatan untuk menghapuskan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional tidak boleh dilaksana kerana akan menyebabkan pembayar cukai menanggung kos RM50 bilion pada 2020.

Beliau juga memperolokkan rancangan Pakatan untuk menghapuskan bayaran tol kerana menurutnya ia akan menyebabkan kejatuhan pasaran saham.

Pakatan tidak tolak RAPID, tidak setuju tanah diambil, kata Salahuddin

PENGERANG, 30 Sept — Pakatan Rakyat (PR) tidak menolak pembangunan projek Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, sebaliknya Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan, pembangkang mahu ianya dilaksanakan di kawasan tanah milik kerajaan, bukannya melalui pengambilan tanah kampung tradisi di sini.
Salahuddin Ayub: Terima pembangunan, tetapi “jangan musnahkan kampung tradisi”. — Foto fail
Menurut Salahuddin, pendirian PR jelas untuk tidak menolak pembangunan, malah beliau turut berkata PR menerima projek ini jika ia dilaksanakan seperti di Kerteh dan Paka di Terengganu yang tidak dibangunkan atas pengambilan tanah penduduk. “Kita terima projek ini ... kami terima pembangunan, dan pendirian kita jelas.
“Petronas boleh buat seperti di Paka, Kerteh ... jangan musnahkan kampung tradisi,” katanya merujuk kepada tujuh kampung tradisi yang akan dipindahkan ekoran tanah mereka diambil untuk projek RAPID yang bernilai RM60 bilion itu.
Bagaimanapun, dalam ucapan Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, yang berucap mewakili Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata PR akan menghentikan projek tersebut sekiranya pakatan itu berjaya menguasai Putrajaya.
“Jika kita tidak menang kes ini di mahkamah, ini mesej Anwar kepada anda semua ... bila beliau jadi perdana menteri, projek RAPID ini akan dihentikan.

Samseng rosakkan kereta, simbah asid di Himpunan Pengerang

JOHOR: Sekurang-kurangnya tiga kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dirosakkan pihak tertentu yang tidak senang dengan program Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor hari ini.
Kedua-dua tayar kereta milik Penggerak Institut Peduli Rakyat (Peduli), Datuk Seri Abdul Rahman Maidin itu dirobek manakala cerminnya dipecahkan sebelum ia disedari kira-kira jam 1 petang.
Ketika kenderaan itu dirosakkan, kereta itu diletakkan hanya 500 meter dari balai polis Sungai Rengit, tidak jauh dari tapak perhimpunan berkenaan.
Selain itu, dua kereta yang dinaiki aktivis sosial, Hishammudin Rais dan wartawan Suara Keadilan, Sidiqin Omar pula disimbah asid pagi ini.

Bajet 2013 Untuk Menaikkan Rating Najib Dan Menang Piliharaya

Oleh Shahbudin Husin
Najib membentangkan Bajet 2013 kali ini hampir serentak dengan munculnya suatu kajian yang menunjukkan ratingnya dilaporkan menurun lagi sebanyak 3 peratus manakala keyakinan rakyat terhadap BN hanya 44 peratus.
Kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya UM yang muncul tiga hari sebelum tarikh pembentangan Bajet meletakkan Najib masih berada di garisan bahaya.


Membentangkan bajet dalam suasana ratingnya merudum dan keyakinan rakyat menurun serta dalam masa yang sama pilihanraya makin hampir tentulah meletakkan Najib tidak mempunyai pilihan yang banyak. Sebab itu tidak memeranjatkan jika bajet kali ini tidak banyak pembaharuan dilakukan. Selain meneruskan agenda dalam bajet terdahulu, Najib sekadar menambah beberapa pemberian gula-gula lagi untuk rakyat.

Bajet 2013, bajet 'bunga telor'

Oleh Aspan Alias
Pilihanraya kali ini sangat mahal harganya. Mahal sungguh untuk pihak pemerintah untuk mempertahankan kuasa yang semakin menipis itu. Semalam hampir dua jam Perdana Menteri merangkap Menteri Wanita membentangkan bajet 2013 dan begitu ramai yang memanggil saya untuk minum kopi dan memberi komen tentang pembentangan bajet itu.


Saya telah membuat kenduri untuk dua orang anak saya berkahwin dan apa yang saya nampak bajet kali ini banyak memberikan tumpuan kepada ‘handouts’ untuk pilihanraya dan ianya tidak lebih dan tidak kurang seperti pemberian ‘door gifts’ kepada tetamu yang datang untuk kenduri kendara kahwin anak-anak kita.

Ezam dan Hasan Akidah Bakal MB Selangor?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Is Noh bin Omar kata Umno Selangor ada banyak tokoh yang boleh dilantik menjadi menteri besar. Ada tokoh korporat, ada tokoh agama, ahli akademi dan juga profesional. Jadi katanya Pakatan Rakyat tidak perlu heboh bertanya fasal siapa bakal dilantik menjadi MB Selangor.  Yang penting katanya biar menang dulu. Iya tak iya juga kalau sebelum menang tak perlu heboh fasal siapa MB.


Mungkin mengikut firasat Is Noh sendiri bahawa sukar untuk Umno merampas balik Selangor. Penerimaan rakyat kepada Khalid Ibrahim dan simpati umum kerana selalu dipermainkan pihak tertentu menyebabkan kedudukan Khalid semakin kukuh dan mantap. Simpati tinggi dari rakyat diterima Khalid.

Hey, I am Malaysian too - Ibrahim Menudin

One of the largest problems facing Malaysia today is illegal immigration. It is a topic that everyone probably has an opinion on, but today I’m hoping to look at it from a different angle. I want to write specifically about illegal immigration in Sabah.
Figures published by the Department of Statistics show that between 1970 and 2010, the population of Semenanjung Malaysia grew 164% and the population of Sarawak grew 148%. However, for the same period, the population of Sabah grew a staggering 390%.
Hey, I am Malaysian too - Ibrahim MenudinFurther recent evidence suggests that formerly undocumented workers have been granted Malaysian citizenship under the pretext of expanding the current Muslim voter base. However, the price the nation pays for this short-term ‘gain’ is expensive, the ramifications are widespread and the long-term effects are not always easily identified.
I think this form of illegal immigration is one of the most significant problems Malaysia is facing today. We as a country need the extra labour that foreigners provide, but this does not mean we have to put up with illegal immigration.
Granting work permits to undocumented workers in an orderly and controlled process has one effect (and is a step in the right direction), but granting citizenship to similar workers has a completely different effect, and these effects do not neutralise one another.
Undermines well-being of existing citizens

Serious setback for al-Shabab

Al-Shabab rebels pull out of key Somali town

Ustaz Fadhli Shaari | KuliahJumaat 28 Sept 2012

TGNA | KuliahJumaat 28 Sept 2012

Lagu Kempen PRU 13 - Panji Keadilan

Enggan MAAFKAN Salah - Ustaz Azhar Idrus

Dengar AZAN Ketika Baca AL QURAN - Ustaz Azhar Idrus

Soalan USTAZ Dalam FACEBOOK - Ustaz Azhar Idrus

SUAMI Pentingkan Adik Beradik Dari ISTERI - Ustaz Azhar Idrus

Selalu MARAH Ketika HAID - Ustaz Azhar Idrus

Isteri Bagi PINJAM Duit Tanpa IZIN Suami - Ustaz Azhar Idrus

Wajib Basuh TELUR Sebelum MAKAN ? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Tidak MANDI WAJIB Seminggu - Ustaz Azhar Idrus

IBU Mertua Tak Redhai Anak Sendiri - Ustaz Azhar Idrus

Samakan Anggota BADAN Isteri Dengan IBU / ZIHAR - Ustaz Azhar Idrus

Pakatan Rakyat bergantung sumbangan dana dari penyokong

Semarak Reformasi

'Kami kehilangan tanah adat!'

'JAKOA langgar ikrar'

Bajet 2013: Hanya kempen pilihanraya

Bajet 2013: Peruntukan pembangunan wanita hanya 50 juta

Bajet 2013 : Kencing manis bukan alasan penarikan subsidi gula

Bajet 2013: Tiada projek khas untuk Sabah

Cash handouts in Budget 2013 UNLIKELY TO SWAY VOTERS

Voters have grown more discerning and are unlikely to be swayed by cash incentives and other one-off perks into casting their ballot for the Barisan Nasional (BN) government at national polls due soon, pundits said in weighing in on the impact of Budget 2013.
Cash handouts in Budget 2013 UNLIKELY TO SWAY VOTERSPolitical observers wholly agreed that the RM251.6 billion announced yesterday, which promised a slew of cash handouts and tax cuts spread across the board, was trained to appeal to key demographic groups in the run-up to the 13th general election, but said voters had become increasingly shrewd and capable of weighing the short-term personal gains against the long-term fiscal impact on the national economy.
“There are only two words to describe it — election budget,” said Monash University’s political science lecturer James Chin.
Goes for broke
He noted that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has “pulled out all the stops and given the voters their sentiments, to let them think twice about voting for the opposition” in elections that must be held by next April when BN’s five-year mandate won in March 2008 runs out.
“People will compare the budget to Pakatan Rakyat’s and will also see how the second round of Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) will fuel inflation,” Chin added.

10,000 graduan pendidikan tertipu dengan Menteri Pengajian Tinggi

SEMALAM ReJaM© berborak dengan salah seorang sahabat lama yang merupakan seorang graduan pendidikan namun sehingga kini belum mendapat tempat bekerja sebagai guru.

Nampaknya sahabat ReJaM© itu yang kini bekerja membantu di kedai makan ibunya di Pahang benar-benar marah dengan pengumuman bajet 2013 yang diumumkan oleh Najib Razak kelmarin. 

Semua itu gara-gara sebelum ini Utusan Malaysia mengumumkan kononnya akan ada berita gembira untuk 10,000 graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan lepasan Institut Perguruan (IPG) yang kini menganggur.

Rujuk laporan Utusan Malaysia di bawah ini.

Sahabat ReJaM© itu nampaknya hampa dan kecewa. Punyalah tekun dia menyaksikan siaran langsung pembentangan Bajet 2013 di kaca televisyen sedari mula sehingga akhir, namun berita baik yang diharapkannya langsung tak muncul.

"Kalau tak ada berita baik janganlah cakap ada, menghampakan harapan orang, tak guna!" ujarnya sambil mencebikkan bibir.

Sahabat ReJaM© ini antara 10,000 graduan yang dimaksudkan di dalam laporan akhbar di atas.

ReJaM© "Sabarlah, duduk rumah jelah tunggu orang pinang... "

Pengerang rally a sign of trouble for Umno in Johor

The Petronas’ Refinery and Petrochemicals Development (RAPID) project is expected to turn Pengerang into a boom town for global petroleum investors. - Picture by Siow Feng Saw
PENGERANG, Sept 30 — A sea of green and noise will break the characteristic silence of Kampung Sungai Rengit here this morning as thousands converge to this sleepy corner of Johor to rally against the development of Petronas’ RM60 billion petrochemical complex — a major event that could see Umno’s Johor bastion crumble.  The Himpunan Hijau Lestari mass rally is expected to blow the lid off months of simmering frustrations felt by Pengerang’s 28,000-odd villagers who believe the mega project would come at too great a cost to their livelihoods.
According to media reports, the state government has already invoked compulsory land acquisition under Section 8 of the Land Acquisition Act 1960 to resettle the seven villages occupying the 6,424-acre space earmarked for Petronas’ Refinery and Petrochemicals Development (RAPID) project.
The total value of the Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) in Johor, which includes Petronas’ RM60 billion RAPID, is believed to involve a whopping RM170 billion worth of investments in total, once it starts operations in 2016.

Penduduk, NGO berhimpun bantah Rapid di Pengerang



 
Perhimpunan kumpulan peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor yang dirancang bagi membantah projek petrokimia Rapid dijadual bermula sekitar jam 10 pagi.
pengerang himpunan hijau 300912 start marching 05Penduduk di perkampungan nelayan itu, diketuai satu gabungan NGO, mendakwa mereka tidak dirunding dan bimbang projek besar bernilai RM60 bilion itu akan menjejaskan alam sekitar, kesihatan dan punca ekonomi mereka.

Mereka akan berkumpul di dua lokasi – sejauh kira-kira satu kilometer dari tempat perhimpunan, sebelum berarak ke Dataran Sungai Rengit di Pengerang.

Kumpulan peserta perhimpunan itu akan membawa maskot udang besar sebagai lambang hasil pengeluaran utama kawasan itu.

LAPORAN LANGSUNG

pengerang himpunan hijau 300912 start marching 049.55am: Seramai kira-kira 1,500 orang mula berarak dari Tokong Bao An ke lokasi perhimpunan yang terletak sejauh kira-kira 1km.
Mereka melaungkan slogan "Hidup rakyat", "Tolak Rapid", "Tolak BN" ketika beregerak ke arah Dataran Sungai Rengot di Pengerang.
Kebanyakan daripadanya merupakan penyokong pembangkang dari seluruh negara. Seramai kira-kira 40 anggota unit amal PAS membantu mengawal trafik dan keselamatan.
9.30am: Peserta di Tokong Bao An meningkat kepada kira-kira 500 orang.Kumpulan peserta itu membawa kain rentang dengan slogan bantahan ke atas projek penapisan minnyak dan ramai yang mengambil peluang untuk merakam gambar.

Himpunan Hijau Lestari usaha selamatkan Pengerang, Melayu rasa BN ‘bunuh’ mereka

Seluruh kawasan perairan selatan di Johor, termasuk empat kawasan di Pengerang akan terlibat dengan pembangunan petrokimia. — Gambar-gambar oleh Saw Siow Feng
PENGERANG, 30 Sept — Belum pun reda isu radioaktif kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, negara sekali lagi bakal menyaksikan bantahan besar-besaran daripada rakyat — kali ini di kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) di Johor — apabila kumpulan pejuang alam sekitar Himpunan Hijau mengadakan protes dalam jumlah yang besar bagi membantah pembangunan projek Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang. Wakil penduduk kampung yang dihubungi The Malaysian Insider bagaimanapun melihat demonstrasi berkenaan bukanlah tindakan untuk “menghentam” kerajaan, sebaliknya sekadar menyuarakan permohonan supaya kerajaan membantu mereka.
“Bagi saya ia bukan kita menentang kerajaan, kita minta kerajaan bantu,” kata pesara guru besar Kasran Dollah.
“Orang Melayu mulanya setuju, tapi bila harga jatuh kepada RM2.80 mereka jadi tak puas hati.
“Itu harga nak bunuh orang Melayu,” tegasnya yang sudah 30 tahun menetap di Kampung Sungai Kapal.
Beliau, yang kini mengajar tuisyen Matematik di rumahnya, berkata penduduk kampung tiada masalah untuk bekerjasama sekiranya pampasan yang diberikan setimpal dengan pengambilan tanah mereka.
“Kalau nak ambil dengan harga baik, kita terima... kalau puas hati kita jual,” katanya lagi.
Dengan anggaran 15,000 hingga 20,000 peserta, perhimpunan ini bakal menyaksikan penyertaan peserta dari seluruh pelusuk negara apabila peserta dari 25 kawasan dipusatkan ke Dataran Sungai Rengit untuk mengadakan demonstrasi aman membantah projek berkenaan.

BN Kini Tidak Selamat Di Sabah, Sarawak Dan Johor

SHAH ALAM 29 SEPT : Negeri Sabah, Sarawak dan Johor kini tidak boleh dianggap kubu kuat dan deposit kepada BN lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke -13(PRU13).
Keyakinan itu dilontarkan oleh Pengerusi-pengerusi Majlis Pimpinan Negeri-Negeri (MPN) semasa Rapat Umum PKR dalam sesi Forum: ‘Memecah Ruyung Tradisi BN’ di sini hari ini.
Pengerusi MPN Sabah Ahmad Tamrin Jaini berkata perkembangan terkini beberapa pemimpin BN yang keluar parti itu mengubah landskap politik negeri dan melonjakkan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat (PR).
“Ini menunjukkan Umno-BN akan tumbang dalam Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.
Tamrin berkata Sabah akan dijadikan antara penyumbang paling banyak kerusi Parlimen dalam PRU-13 akan datang.
Beliau mengsasarkan sekurang-kurangnya 14 kerusi Parlimen untuk dimenangi oleh Pakatan Rakyat.
“Kita di Sabah membuktikan orang-orang Sabah mempunyai keberanian untuk menukar kerajaan, ini kali lah,” ujarnya.

Pencapaian Ekonomi Empat Negeri PR Atasi Era Pemerintahan Umno-BN


SHAH ALAM 29 SEPT : Empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat(PR) membuktikan walau baru hanya empat tahun memerintah tetapi pencapaiannya sudah mengatasi lebih 50 tahun pemerintahan Umno-BN.
Perkara ini didedahkan dalam pembentangan khas kejayaan negeri-negeri PR ketika program Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 di sini.
Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan pencapaian Kerajaan Negeri berkata pencapaian ekonomi dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi Selangor mencapai 23 peratus pada tahun 2010 daripada 22.1 peratus ketika tahun 2008.
Manakala nilai pelaburan, Selangor mencatatkan pelaburan sebanyak RM36 bilion sejak 2008 hingga 2012.
“Bagi pelaburan tempatan bagi tempoh itu sebanyak lebih RM14 bilion dan pelaburan asing sebanyak RM21.9 bilion.
“Manakala sebanyak RM7bilion sehingga Julai 2012,” katanya.
Selain itu, Kedah mencatatkan kecemerlangan apabila meningkatkan hasil pembangunan negeri melalui hasil balak kepada RM80 juta bagi tahun 2011 daripada RM9 juta semasa pentadbiran Umno-BN.
“Pada tahun 2008, ia meningkat kepada RM35 juta ; 2009 sebanyak RM38 juta; 2010 sebanyak RM53 juta ; 2011 sebanyak RM80 juta.
“Kita menyasarkan ia meningkat kepada lebih RM80 juta bagi tahun ini,” kata Exco Kerajaan Negeri Kedah, Amiruddin Hamzah.

PR Sasar Himpun Sejuta Orang Di Konvensyen Mega Pra Pilihan Raya 3 November Depan

SHAH ALAM 29 SEPT : Konvensyen Mega Pra Pilihan Raya anjuran Pakatan Rakyat (PR) di Bukit Jalil pada 3 November depan dengan sasaran kehadiran satu juta orang, sebagai mesej kepada Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai intergriti agensi kerajaan itu yang dipersoalkan ketelusannya.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perhimpunan tersebut akan dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu serta majlis kepimpinan PR bersetuju supaya seluruh tenaga PAS, DAP dan PKR dikerahkan ke Stadium Bukit Jalil untuk menjayakan perhimpuan besar itu.
“Ia menuntut pilihan raya diadakan dengan bersih. Itu tuntutan kita mengulangi tuntutan Bersih, sebab itu kita mestilah berkali ganda lebih ramai daripada perhimpuan Bersih yang diadakan dulu.
“Kita mengharapkan memenuhi stadium 200 ke 300 ribu orang dan melimpah keluar stadium beberapa ratus ribu orang supaya mesej itu benar-benar sampai dengan jelas kepada Perdana Menteri, SPR dan seluruh rakyat negara ini.

Anwar : Najib Cabut Lari Bila Ajak Debat


SHAH ALAM 30 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menolak cabaran debat dilontarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pembentangan bajet 2013 dibuatnya di Parlimen Jumaat lalu.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang mengulangi cabarannya itu selepas Menteri Kewangan itu menggunakan sebahagian masa dalam tempoh pembentangan bajet tersebut bagi menyerang dirinya dan pemimpin Pakatan Rakyat(PR).
“Saya secara bergurau berkata kepada Najib dalam masa lebih kurang setengah jam saudara menyerang saya. Apa kata kalau kita debat Najib dengan tajuk belanjawan? Dia sambil ketawa pegang beg terus blah (berlalu).
“Pimpinan ini dia mesti berani pertahankan hujahnya. Itu prinsipnya. Jadi kalau kita gunakan media untuk meuar-uarkan jadi alat propaganda dan tidak boleh diulas itu jadi masalah,” katanya ketika berucap dalam majlis Makan Malam Perdana Bersama Pimpinan PR di Stadium Malawati di sini malam Jumaat lalu.

Ezam: Kekuatan Umno makin lemah


 
Ezam Mohd Noor SHAH ALAM - Senator Ezam Mohd Noor mendakwa kekuatan Umno kini semakin lemah dan dapat dilihat secara jelas yang kepentingan parti teras Barisan Nasional (BN) ini boleh terancam disebabkan sikap kaum itu sendiri.
Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.

"Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan," katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah", hari ini.