Jumaat, 28 September 2012

Najib perlu tumpu kebajikan rakyat, henti kepentingan kroni

KUALA LUMPUR 28 September: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Bajet 2013 BN yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang ini perlu menghentikan pengagihan kekayaan kepada kepentingan keluarga dan kroni, sebaliknya mengambil kira seluruh kebajikan rakyat.
Katanya, kerajaan perlu mengutamakan perkara ini bagi menjimatkan perbelajaan negara supaya ia dapat diagih untuk rakyat.
“Pakatan Rakyat telah bentangkan belanjawan kami. Kita harap Najib belajar untuk meneliti belanjawan Pakatan supaya tidak ada pembaziran rasuah tetapi mengamalkan tadbir urus yang baik,” katanya semalam.
Pada pembentangan belanjawan BN di Parlimen hari ini, Najib dijangka mengumumkan banyak ‘gula-gula’ pilihan raya kepada rakyat sebagai langkah cepat untuk menarik sokongan menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Bekas Menteri Kewangan itu berkata, bajet sedemikian tidak akan mapan dan tidak meningkatkan tanggungjawab fiskal kerana isu-isu tadbir urus dan kebertanggungjawaban tidak ditangani.
“Selagi anda tidak bertanggungjawab, pembaziran dan rasuah tidak ditangani, bajet anda tidak boleh dilihat sebagai boleh dipercayai,” kata Anwar dipetik The Malaysian Insider.

Tuntutan royalti: 3 amanat penting Nik Aziz


Tuntutan royalti: 3 amanat penting Nik Aziz
Nik Aziz (duduk kiri) bergambar bersama rombongan NGO Royalti ketika melawat beliau, semalam.
 
KOTA BHARU - Biarpun masih berehat di wad Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, namun Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersemangat menyokong usaha-usaha anak-anak muda menuntut hak ke atas royalti minyak.

Semalam, badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) menziarahi Nik Aziz dan beliau turut memberikan tiga pesanan penting dalam usaha memperjuangkan hak rakyat itu.

Naib Presiden NGO Royalti, Dr Syed Khalid Abdullah berkata, sempena lawatan itu Nik Aziz meminta rakyat Kelantan hadir beramai-ramai Konvoi R Tuntut Royalti ke Putrajaya pada 2 dan 3 Oktober nanti.

Bajet PR libat semua


Bajet PR libat semua SHAH ALAM – Pas menolak dakwaan parti itu kurang berperanan dalam Bajet Pakatan Rakyat (PR) 2013 yang dibentang Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin

Ahli Jawatankuasa Lujnah Politik PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, misi bajet untuk membangunkan sebuah negara berkebajikan yang mempunyai rakyat berbilang agama dan bangsa dengan mengeluarkan mereka yang berpendapatan rendah dari kepompong kemiskinan membuktikan peranan Pas.

“Itu (Pas kurang berperanan) tidak benar sama sekali. Teras negara berkebajikan adalah membangunkan rakyat, memberikan ruang mereka berperanan dalam tuntutan beragama dan mendayakan diri mereka.

Bajet Terdesak - Najib dijangka tabur ‘rasuah’ demi sokongan politik

KUALA LUMPUR 28 Sept: Datuk Seri Najib Razak hari ini dijangka menabur wang tunai yang mengikut istilah Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘menyerupai rasuah’ dalam pembentangan Bajet 2013, hari ini.

Menyifatkannya sebagai ‘gula-gula’ menjelang pilihan raya umum ke-13, Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, berkata, sogokan itu mungkin dibuat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Beliau berkata, amalan pemberian sekali (one-off) seperti BR1M tidak menjana pertumbuhan ekonomi mahupun menggalakkan pelaburan.


“Ia akan merosakkan ekonomi dan akhirnya melumpuhkan ekonomi negara,” katanya kepada Keadilan Daily di lobi parlimen.

Beliau mengulas maklumat dari sumber Umno BN yang menyatakan, Najib dijangka mengumumkan sogokan RM1,000 kepada rakyat yang pendapatan isi kurang rumah RM4,000 sebulan berikutan terdesak mencari sokongan politik.

Will Budget 2013 deliver ‘change’ for Sabah?

The catalytic catch-phrase 'ini kali lah tukar' permeating through Sabah will hang over Najib Tun Razak as he delivers his Budget 2013 at 4pm today. 

KOTA KINABALU: The only real numbers the real people of Sabah want to hear when Prime Minister Najib Tun Razak reads out his Budget 2013 is the federal government’s decisions on housing, cabotage, oil and education.
Given the fact that oil-producing Sabah is the poorest states in country, nothing short of direct and life-changing federal announcements in these areas will be acceptable, bearing in mind the upcoming general election and the opposition’s influence.
The catalytic catch-phrase “Ini kali lah, tukar” permeating through Sabah will hang over Najib as he delivers his Budget 2013 at 4pm today in Parliament.
Have his suited-economic wizards in Putrajaya delved into Sabah’s psyche and fed into its most immediate needs?

Can Najib & Umno-BN escape from the JAWS OF DEFEAT?

Can Najib & Umno-BN escape from the JAWS OF DEFEAT?The 13th General Election should have been held a year ago. Chances are that Barisan Nasional would have won with a simple majority. At least then, the 'moderates' in the coalition may have had the chance to try and save the country from further imploding due to race and religious strife.
But a greedy BN wasn't contented with a simple majority. They wanted a two-thirds majority so that it could continue to lord over the country. A simple majority would mean that every political decision would be scrutinized and political blunders couldn’t be swept under the carpet without the Opposition raising the alarm.
Prime Minister Najib Razak & team would be held accountable for every action and inaction. And to them, it was exasperating and stifling to be unable to bulldoze through business deals and to elect their favorite cronies for the job.
However, that hasn’t stop the BN from trying. The Ampang LRT expansion won by George Kent, a firm controlled by Najib's close friend, is but one example.
Greed

'Kampung bunian' bukan kerja Umno..he..he..Negeri Umno Kuat.???


Kampung Bunian
Papan tanda yang menunjukkan jalan masuk ke Kampung Muafakat.
KLUANG - "Ini bukan kerja Umno." Demikian ketegasan Naib Ketua Umno Sembrong, Abdul Ghani Abdul Rashid yang menafikan penglibatan parti itu dalam kewujudan sebuah papan tanda ke 'kampung bunian', Kampung Muafakat yang tidak ada kediaman mahupun penduduk.

Menurut Abdul Ghani, walaupun papan tanda berkenaan memaparkan Umno cawangan Sembrong di atasnya, namun ia bukan perbuatan mana-mana ahli Umno dalam kawasan Sembrong.

“Pihak kami tidak akan membuat sebarang tindakan kerana kami tiada kuasa menurunkan papan tanda tersebut.

Pakatan sasar kutip RM1 juta dana PRU malam ini

KUALA LUMPUR 28 September: Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat (MMPPR) yang bakal berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam malam ini bakal mensasarkan kutipan dana sebanyak RM1 juta sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Pengerusi Jawatankuasa MMPPR, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli berkata, sasaran utama kutipan adalah melalui jualan meja bermula RM1,000 hingga RM50,000.
“Semua 255 meja yang boleh memuatkan 10 orang setiap meja habis dijual. Bermakna lebih 2,000 akan hadir secara rasmi.
“Jika ada pihak yang mahu hulurkan sumbangan dana secara berasingan juga dibolehkan,” katanya ketika dihubungi.
Majlis tersebut akan dihadiri pimpinan utama Pakatan termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Bajet 2013: Ringan beban rakyat atau bajet p'raya


KUALA LUMPUR: Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini bakal dinilai oleh rakyat sama ada benar-benar mahu meringankan beban rakyat untuk jangka masa panjang atau sekadar bajet pilihan raya.

Bagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, rakyat sedang menanti dengan harapan bahawa bajet kali ini memberi tumpuan khusus kepada perkara-perkara yang membebani mereka khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Antara pengumuman yang ditunggu-tunggu rakyat katanya termasuk penghapusan tol, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) penghapusan cukai aksais kenderaan dan tidak melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

'Sekolah tak berniat politikkan isu BERSIH 3.0'



Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Johor Baharu yang mengeluarkan soalan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkaitan perhimpunan BERSIH 3.0 menjelaskan pihaknya tidak berniat untuk mempolitikkan isu itu.

"Kita tidak berniat untuk mempolitikkan (perkara ini). Kita tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.

"Kita hanya menekankan nilai-nilai murni, tentang kerosakan yang berlaku (semasa perhimpunan)," kata Wan Hajasham Harun kepada Malaysiakini ketika diminta menjelaskan kontroversi sekitar soalan untuk kertas Pendidikan Moral tahun ini.

Bajet 2013: Rumah, kereta murah mungkin jika ketirisan dikurangkan, kata Pakatan

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Rumah dan kereta yang murah, sistem pengangkutan awam yang lebih baik, pelepasan cukai lebih tinggi dan fokus untuk mengurangkan ketirisan perbelanjaan – tuntut Pakatan Rakyat (PR) kepada kerajaan bagi Bajet 2013 hari ini.
Tetapi masih ada keraguan di kalangan pemimpin pembangkang bahawa perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak akan dapat melancarkan apa-apa langkah-langkah jangka panjang yang akan meletakkan Malaysia di landasan yang betul dengan matlamat negara berpendapatan tinggi.
Apabila PM ke Parlimen petang ini, beliau dijangka membawa bersamanya beg bimbit yang penuh dengan janji wang tunai kepada rakyat Malaysia; “bajet pilihan raya” penuh dengan gula-gula sebagai langkah cepat untuk menarik sokongan menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang, yang hanya perlu diadakan tidak lama lagi.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata, bajet sedemikian tidak akan mapan dan tidak meningkatkan tanggungjawab fiskal, sebahagian besarnya kerana isu-isu tadbir urus dan kebertanggungjawaban tidak ditangani.
“Selagi anda tidak bertanggungjawab, pembaziran dan rasuah tidak ditangani, bajet anda tidak boleh dilihat sebagai boleh dipercayai,” kata beliau kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.
Beliau berkata bahawa dalam dekad di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN), unjuran dalam bajet jarang diambil serius, kedua-duanya dari segi pertumbuhan ekonomi, unjuran pelaburan atau langkah-langkah untuk menangani defisit.
“Itu, bagi saya, mesti diketengahkan dalam bajet,” katanya.

Penipuan Pilihanraya Semakin Parah - SAMM Desak Bubarkan SPR Sebelum Bubar Parlimen


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus membongkar sebuah lagi penipuan dan persediaan untuk menipu secara besar-besaran oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 
Unit Pengesan Penipuan SPR (UPPSPR) sebuah sayap SAMM yang ditubuhkan dalam Rapat SAMM Kebangsaan yang lalu telah berjaya mengesan satu perkembangan tidak sihat telah diusahakan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk menutup kerja kotor SPR yang bertujuan mengekalkan kuasa regim Barisan Nasional. 
Berikut adalah penemuan baru yang berkaitan, membuktikan SPR bukan sahaja tidak melaksanakan salah satu daripada lapan tuntutan BERSIH iaitu membersihkan senarai pengundi, malah SPR didapati berusaha lebih gigih untuk memastikan regim terus berkuasa apabila berganding bahu dengan JPN;
1. Nama pelik dalam carian senarai pengundi yang tertulis hanya sebuah abjad istimewa 'apostrophe' telah ditemui selain daripada ribuan nama pelik yang didedahkan sebelum ini, tidak lagi boleh diusul periksa dalam sistem carian kad pengenalan dalam laman web JPN. Lihat keratan di bawah untuk kes terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' yang dikesan dalam sistem carian SPR;

Nama pelik abjad istimewa 'apostrophe' 

Snatch theft; fractured wrists

Today in History for September 28th

PSM Forum: Bajet 2013 - Ong Kian Ming

PAS dedah kepincangan KISDAR

PSM Forum: Bajet 2013 - Dr Jeyakumar Devaraj