Khamis, 27 September 2012

OKU bangkit bantu PR tawan Putrajaya

Scorpene never dies candle light vigil on 25 Sept 2012

'Is gov't hiding something about Syed Mokhtar's debts'

Salahuddin seronok Umno bimbang kemaraan PR di Johor

At-Tarbiyyah : Haji dan Nilaiannya

Pembangkang desak tukar J/K pilihan raya UIAM

Tian Chua cabar kerajaan dedah butiran jet

Gerakan Islam menghadapi gelombang Islamofobia

Suasana panas ekoran kemunculan treler filem Innocence of Muslims terus berlanjutan, mencetuskan debat dan pada masa sama mencetuskan protes penuh emosi umat Muslim.

Sikap dwi-standard Barat dalam hal ini telah diketahui dan dikritik dengan meluas banyak pihak, yang membenarkan penghinaan dan penyebaran kebencian dengan mengatasnamakan kebebasan.

Barat telah banyak kali menampakkan sikap mudah melatah dan tidak kritikal dalam isu melibatkan pertembungan nilai-nilai liberal (seperti kebebasan bersuara) dengan konservatif (seperti kesucian agama), atau nilai Barat dengan masyarakat lain, yang telah dikritik dan dikupas ramai pemerhati.

Membina keseimbangan ekonomi untuk semua


Barisan Nasional telah menyambut “55 tahun” pencapaian mereka dengan mempropagandakan “janji-janji mereka yang dipenuhi” menggunakan slogan Janji Ditepati dalam jelajah Perdana Menteri dan hari kebangsaan 2012 baru-baru ini.
Sesiapa pun akan menyangka kerajaan tentu mempunyai strategi jangka panjang untuk negara berdasarkan pengalaman mentadbir sejak sekian lamanya. Malangnya, selain berhujah bahawa i) pertukaran kerajaan tidak baik  untuk ekonomi dan ii) adalah lebih baik untuk memilih ‘syaitan’ yang sudah sedia dikenali, BN tidak banyak menawarkan status quo yang melangkaui amalan mereka.
Dasar ekonomi BN hari ini boleh disimpulkan sebagai berikut:
1) Mengkritik dasar ekonomi Pakatan Rakyat sebagai populis (tetapi tidak menawarkan sebarang strategi dan dasar ekonomi yang teguh)
2) Memberi lebih banyak imbuhan untuk memenangi pilihan raya umum akan datang (yang menelan belanja berbilion ringgit);
3) Bersiap sedia memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum untuk menampung semula perbelanjaan hadiah-hadiah yang diberikan sekarang (dan GST bermaksud setiap rakyat Malaysia akan dikenakan cukai).
Imbuhan pilihan raya BN dan keperihatinan Pakatan terhadap rakyat
Dalam belanjawan 2012, BN telah menabur umpan pilihan raya mereka seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sebenarnya merupakan respon kepada dasar yang diperkenalkan Pakatan Rakyat.

Hasan Ali ibarat kereta buruk tak ada enjin

Kereta,  kalau dah habis minyak boleh diisi semula, kalau minyak pun dah tak boleh pakai boleh tukar kepada gas. Tetapi kalau enjin dah tak ada  memang tak guna satu sen pun!  Begitulah nasib Dr Hasan alJATI,  orang yang jiwanya paling kacau ketika ini.  Setelah niatnya nak menjadi Menteri Besar Selangor gagal  kemudian dipecat pula oleh PAS kerana masaalah perlanggaran disiplin,   kini beliau tercari-cari haluan dan masa depan. Apabila berhujjah kerap benar tersisih dari lojik dan fakta!, Suara dan  bau suara pun orang dah tak suka,  sebab hampir setaraf dengan air longkang!   .  
 
Isu panas sekarang ini,  ialah  protes atau reaksi umat Islam terhadap filem yang menghina Islam.  DS Anwar dalam satu kenyataannya di London baru-baru ini  bersetuju bahawa ada masalah dengan jiwa orang Islam,, maka mereka mudah marah dan beremosi’’.  Lantas secepat kilat si Hasan alJATI ini  menuduh Anwar telah membuat kenyataan yang menghina Islam.

PM: Pembida lain tidak selayak George Kent

Pembida lain didapati tidak mematuhi sepenuhnya syarat kontrak yang ditetapkan, kata Datuk Seri Najib.

KUALA LUMPUR: Pembida lain yang menawarkan harga lebih rendah daripada Konsortium George Kent-Lion Pacific (George Kent) tidak dipertimbangkan bagi projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.084 bilion kerana didapati tidak mematuhi sepenuhnya syarat kontrak yang ditetapkan.
Demikian menurut Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan bertulisnya kepada  Tony Pua Kiam Wee (DAP-Petaling Jaya Utara) di Dewan Rakyat.
Najib berkata George Kent telah lulus penilaian teknikal dan menawarkan harga kedua terendah daripada kalangan lapan pembida yang mengemukakan tawaran.
“Oleh itu andaian bahawa George Kent tidak berpengalaman dalam sektor rel adalah tidak tepat kerana mereka mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut termasuk kerja-kerja sistem SCADA, pemasangan landasan keretapi termasuk landasan konduktir kuasa, sistem komunikasi dan pelindung kilat.

Wakaf Selangor Muamalat Untuk Pembangunan Kesihatan dan Pendidikan


SHAH ALAM, 27 SEPT : Dalam usaha menambahbaik aktiviti wakaf, Bank Muamalat Malaysia Berhad dengan kerjasama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) melancarkan “Wakaf Selangor Muamalat” bagi pengurusan dana wakaf di Selangor.
Pengerusi Bank Muamalat, Tan Sri Mohd Munir Abdul Majid berkata, Bank Muamalat melalui 18 rangkaian cawangannya di negara ini akan mengumpul dan menguruskan dana waqaf secara usahasama dengan PWS.
Beliau berkata, kutipan dana wakaf ini akan disalurkan ke arah penambahbaikan dan pembangunan kesihatan serta pendidikan.
“Sebagai permulaan untuk dana wakaf, Bank Muamalat akan memberi sumbangan wakaf sebanyak RM1 juta. Kakitangan Bank Muamalat turut memberi sumbangan wakaf sebanyak RM75,040.

Nazri : 'Sokong tuntutan Dong Zong, saya bukan munafik'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menolak dakwaan sokongannya terhadap lapan tuntutan NGO pendidikan Dong Zong sebagai satu dolak dalih diplomasi politik semata-mata.

NONE"Pastinya kita perlu bersikap diplomatik, kami ahli politik tetapi diplomatik ini bukan bermaksud saya ini munafik.

"Saya tidak keluarkan kenyataan semata-mata mengikut rentak khalayak umum, saya orang yang ada integriti," katanya kepada wartawan di perkarangan Parlimen petang tadi.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong pagi tadi yang menyifatkan Nazri hanya bersikap diplomatik apabila menyifatkan tuntutan Dong Zong sebagai munasabah sewaktu menerima memorandum mereka di Parlimen semalam.

"Kenyataan Nazri yang menyokong lapan tuntutan Dong Zong semalam, saya berpendapat ia hanyalah bahasa diplomatik tetapi saya berharap beliau sebagai menteri kanan boleh bekerjasama dengan MCA atau mana-mana parti berasaskan Cina untuk memastikan perkara ini dilakukan," kata
Wee pada sidang medianya pagi tadi.

Bajet 2013: Ahli ekonomi mahu perbelanjaan berhemah dan GST

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Putrajaya perlu memastikan perbelanjaannya untuk meningkatkan kedudukan fiskal untuk meyakinkan para pelabur, kata para ekonomi, walaupun dikatakan Bajet 2013 ini akan penuh dengan gula-gula pilihan raya demi meningkatkan undi Barisan Nasional (BN).
Ketua pakar ekonomi RAM Holdings Yeah Kim Leng berkata, sementara kerajaan tidak memotong perbelanjaan kerana perkembangan ekonomi yang perlahan, ia juga harus tidak melanggar had perbelanjaan untuk memberi keyakinan kepada sektor swasta.
“Memandangkan ekonomi global yang lemah, kerajaan tidak seharusnya memotong perbelanjaan untuk menyokong ekonomi, tetapi ia boleh dilakukan tanpa melanggar hadnya,” kata Yeah.
Ketua pakar ekonomi Maybank Investment Bank, Suhaimi lllias berkata, beliau mahu melihat wang itu dibelanjakan secara efektif tanpa kebocoran dan pembaziran.
“Cadangan dari laporan ketua audit negara seharusnya dilaksanakan,” katanya lagi.
Suhaimi juga berharap bajet kali ini dapat mengubah minda masyarakat terhadap implementasi cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikatakan oleh perdana menteri tahun lalu dan mungkin akan dilaksanakan selepas pilihan raya umum nanti.
“Sementara kerajaan cuba untuk membuat bajet mesra rakyat, kerajaan juga harus mendidik rakyat untuk bersedia dengan GST,” kata Suhaimi lagi.
Kewangan kerajaan Malaysia dikatakan antara yang terlemah di Asia dan ramai pakar ekonomi mencadangkan implementasi cukai GST untuk meningkatkan kewangan kerajaan.

Muhyiddin: Isu kerugian Bank Negara 'cerita lama'...kalau orang Pakatan kira baru la...!!!

muhyiddin visit penang 160612Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pakatan Rakyat membangkitkan isu lama apabila menimbulkan soal kerugian dialami Bank Negara Malaysia dalam dagangan pertukaran asing dan kenaikan pangkat Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai menteri.
"Itu cerita lama, saya tidak mahu ulang. Pembangkang cari modal. Yang penting (kita tumpu) pada belanjawan (yang akan dibentang esok)," katanya dalam satu sidang media hari ini.
Muhyiddin ditanya berhubung kenaikan Nor Mohamed kepada menteri sedangkan bekas pentadbir kanan Bank Negara bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 billion melalui dagangan tukaran asing.
Nor Mohamed, yang dipersalahkan ketua pembangkang sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas kerugian berkenaan, juga enggan mengulas isu berkenaan apabila ditanya pemberita berhubung perkara itu semalam.
Perkara itu ditimbulkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam.Parlimen semalam diberitahu bahawa Bank Negara mengalami kerugian RM5.7 bilion pada 1992 akibat kegiatan berkenaan, seperti dilaporkan dalam laporan tahunannya pada 1993.

Bajet Sogokan Akan Tidak Bantu Pertumbuhan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 27 SEPT – Pakatan Rakyat (PR) menjangkakan satu bajet berbentuk ‘imbuhan politik’ akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak esok sebagai usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang ditemui berkata PR mengingatkan kerajaan supaya membentangkan bajet bertanggungjawab demi kesejahteraan rakyat meskipun dunia menghadapi masalah ekonomi.
“Bajet yang akan sarat dengan sogokan imbuhan politik untuk mendapatkan sokongan.  Namun menjadi tanggungjawab Pakatan untuk mengingatkan kerajaan.
“Apa juga dasar yang diambil dalam bajet ini fizikalnya bukan dasar ‘One-Off’, sogokkan satu kali begitu tetapi harus menjamin kelangsungan pertumbuhan ekonomi yang akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya,” katanya.

Skandal mata wang: AMK tuntut Bank Negara jawab kerugian RM5.7b

KUALA LUMPUR 26 September: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menjelaskan kerugian RM5.7 bilion Bank Negara Malaysia (BNM) melalui dagangan mata wang asing atau forex seperti yang didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang Parlimen Isnin lalu.
Tuntutan itu antara kandungan memorandum yang diserahkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin kepada BNM, hari ini.
“Secara rasmi kami serah memorandum ini kepada Gabenor BNM melalui Pengarah Strateginya menuntut BNM mendedahkan siapa yang mengarahkan Tan Sri Jaffar Hussein menghentikan serta merta amalan perniagaan tukaran mata wang Malaysia,” kata Shamsul.

US and France call for military intervention in Mali

A military solution for Mali rebellion?

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Anak Selangor

Seacem: It's an attempt to silence civil society

Isu Talam: PKNS buat laporan polis terhadap fitnah JMM

50 pekedai KTM mohon ex-grafia

DHPP Sabah - Kenapa Kami Sokong PAS?

Kerajaan dicadang tubuh Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM

Vincent Lee - DHPP menjadi jambatan antara PAS & kaum bukan Islam.

Hina Nabi: PAS buat bantahan kepada duta Perancis

COME ONE, COME ALL: BERSIH CONCERT ON OCT 13 to remind govt to CLEAN UP

COME ONE, COME ALL: BERSIH CONCERT ON OCT 13 to remind govt to CLEAN UP
Five months have now passed since more than 250,000 citizens stepped forward to join the BERSIH 3.0 : Duduk Bantah event on 28 April 2012. These everyday Malaysians exercised their right to assemble in order to urge the government to clean up the electoral system.
However, it appears that the government is still unwilling to heed the voices of the people. The BERSIH 2.0 eight demands and the 22 recommendations of the Parliamentary Select Committee (PSC) report have yet to be fully implemented.
Thus, BERSIH 2.0 is organising a fun-filled concert on 13 October 2012 at Stadium Kelana Jaya aimed at reminding the Election Commission that the 8 demands remain unfulfilled.
In the months since the historic BERSIH 3.0 peaceful assembly, the government has focused its attention on attacking the BERSIH 2.0 steering committee in various ways instead of getting down to the much-needed electoral reforms.
Bersih will not be diverted
The authorities are pursuing legal actions against the steering committee and the Kuala Lumpur City Council (DBKL) has threatened to issue hefty summons to the committee.
Despite this, BERSIH 2.0 has persisted in its efforts to raise awareness on the many instances of serious discrepancies in the electoral roll. Our work so far has been made possible because of the generous support of regular Malaysians who have donated to the cause. However, more needs to be done.

OKU harap peruntukan dalam Bajet 2013


KUALA LUMPUR: Gerakan Bersama Kebangkitan Orang Kelainan Upaya (Bangkit OKU) mendesak agar kerajaan melalui bajet yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri esok turut menyediakan elaun kecacatan kepada golongan itu.

Ketua Pengerak Kempen Bangkit OKU Mohd Faizal Che Yusof berkata, isu berkenaan elaun itu bukan baru ditimbulkan malah sejak lama dahulu lagi.

"Isu yang kita timbulkan ini bukannya isu baru tetapi telah lama ditimbulkan sejak dulu lagi serta pernah disuarakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Parlimen.

"Kita menuntut agar Perdana Menteri menyediakan satu peruntukan khusus mengenai elaun kecacatan kepada golongan OKU bagi menampung kehidupan mereka," katanya pada sidang media di parlimen hari ini.

M'SIAN WARSHIP: Why is Dr M lobbying for naval procurements - WHAT DOES HE GET?

M'SIAN WARSHIP: Why is Dr M lobbying for naval procurements - WHAT DOES HE GET?A national news daily had as its front page report a story with the headline title ”Keep him Locked Up”.  I am sure that my Barisan Nasional friends are beginning to think of this solution in respect of our former prime minister as the flow of half-baked or senseless suggestions and proposals from Dr Mahathir continues unabated.
Far from being an asset, Dr. Mahathir is seen by many as a liability to UMNO and the Barisan.  Although some recent analysts have argued that Dr. Mahathir may want to contest the next elections and ‘save’ UMNO, I am sure the election team advising Prime Minister Najib sees it very differently.
Short of locking him up, these strategists must be desperate for ideas on how they can muzzle Dr. Mahathir as he continues his one man show around the country reminding the nation on how they badly need him back in power; and how mediocre Najib has been (compared to Dr. Mahathir) in his stewardship of the country.
Opaque agenda: Unusual interest in military procurements
Not all of Dr. Mahathir’s rants focus on lambasting the Malays for their stupidity and ignorance.  Not all of his verbal assaults are directed at the Malaysian electorate for failing to appreciate the positive aspects of UMNO rule and his own role in Malaysian politics.
Other public appearances and speeches by him have an opaque agenda which can cost the country dearly if careful attention is not paid to them and questions are not publicly raised as to their ultimate hidden objective.
One of the most recent of such public appearances was in Perak in which he expressed his confidence that local shipbuilders are capable of building large vessels, including warships.  The occasion of this remarkable boast was during his visit to at a shipyard owned by NGV Tech in Kampung Sijangkang in which he was accompanied NGV Tech executive chairman Datuk Zulkifli Shariff and Chief of Navy Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Wish list for Budget 2013


Wish list for Budget 2013
There are always long wish lists popping up in the market just before the Budget is to be tabled in the Parliament. Experts and scholars have their professional views on the Budget while businesses and people in the street have their own expectations.
Experts normally wish that the Budget will trim deficits and strengthen the country's fiscal position (which businesses would dismiss as lacking in "candies").
Businesses generally look forward to a business-friendly Budget with more generous handouts in the form of incentives and projects (which the people in the street would question what this has to do with them).
Ordinary people's wishes, meanwhile, are the most straight-to-the-point: More goodies, probably another round of 1Malaysia aid (which would invariably send the experts frowning that the bloated expenses would swell the deficits and trigger inflationary pressure).
Indeed, everyone has his own wish list for the Budget, but your dream could very well be the nightmare for the guy next door.

Balaci Umno@BN : Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat lancar kempen Harapanku

KOTA BHARU - Anak Kelantan termasuk yang tinggal di luar negeri itu kini berpeluang menyatakan harapan mereka kepada kerajaan negeri yang akan datang menerusi 200,000 kad yang diedar gabungan badan bukan kerajaan.

Menggelarkan diri mereka Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (Tukar), kumpulan itu melancarkan kempen 'Harapanku' pada 22 September lepas dan akan berlangsung hingga 22 November ini.
  
"Tukar kini telah menerima kembali lebih 5,000 kad Harapanku dan kita yakin mampu mengutip sekurang-kurangnya 180,000 keping kad apabila kempen berakhir," kata Pengerusi Tukar Kamaruddin Kassim kepada pemberita, di sini hari ini.
  

PKNS buat laporan polis ke atas JMM kerana menghasut penduduk flat PKNS

Dari kiri, Pengurus perhubungan awam PKNS Ishak Hashim, peguam Sankara Nair, pembantu, pegawai undang-undang PKNS Silawati Bt Mat Jusoh, pengurus besar Selangor Industrial Corporation Ir Zulkefli Hj Khalid.
KUALA LUMPUR, 27 Sept — Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah membuat satu laporan polis ke atas badan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia ekoran pengedaran surat kepada penduduk di kawasan perumahan milik PKNS di Taman Dagang, Ampang. Pengurus perhubungan awam PKNS, Ishak Ibrahim dalam kenyataannya menuduh JMM cuba memberi tanggapan salah di mata umum.
“Pengedaran surat ini satu tindakan berniat jahat dan menghasut,” katanya dalam satu kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.
PKNS mendakwa JMM menyebarkan surat permohonan itu kepada penduduk bertujuan mendesak perbadanan itu mengambilalih hutang perumahan di kalangan pembeli rumah PKNS dan anak syarikatnya, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC).
Dalam surat kepada penduduk tersebut juga JMM juga menuduh PKNS telah menyelamatkan Talam Corp Bhd (Talam) menerusi pembelian hutang sebanyak RM391.9 juta yang dinafikan oleh PKNS.

Dr Asri: Mengapa saya kritik aliran literal dalam Umno


DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDINADA yang bertanya mengapa saya sering mengkritik aliran yang saya sifatkan literal yang dipegang oleh beberapa orang agamawan muda dalam Umno?

Saya kata bahawa saya tidak kisah untuk sesiapa menjadi ulama tua ataupun muda kepada mana-mana parti selagi berpegang kepada prinsip agama ini.

Umno dan Pas, semuanya sahabat saya. Prinsip agama itu lurus, fatwa agama tidak boleh berpihak. Hal ini terpakai untuk bukan sahaja untuk Umno, tetapi untuk Pas juga. Pas pun dalam sejarahnya bukan tiada fatwa yang merbahaya termasuk yang boleh membawa kepada kafir-mengkafir. Hari ini nampaknya keadaan itu sudah berkurangan.
Sebenarnya, aliran literal itu sendiri jika kena pada tempatnya tidak salah. Mazhab Zahiri (literalism) -walau dikritik hebat - ia diiktiraf dalam fekah Islam. Tokoh besar Zahiri iaitu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi dan kitabnya al-Muhalla menjadi rujukan fekah yang penting.
Rosak Keadaan

Hutang RM34.3 bilion Syed Mokhtar tidak berjawab

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, penolakan pertanyaan jawab lisan Pua ditolak mengikut Peraturan Mesyuarat 23(1)(c).

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat menolak soalan lisan yang dikemukakan  Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berhubung dakwaan hutang korporat syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebanyak RM34.3 bilion.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, penolakan pertanyaan jawab lisan Pua ditolak mengikut Peraturan Mesyuarat 23(1)(c).
Peraturan Mesyuarat tersebut menyatakan sesuatu pertanyaan itu tidak boleh mengandungi apa-apa hujah, sangkaan, fikiran, tohmahan, puji atau keji atau mengandungi kalimah menyakitkan hati ataupun mengenai apa-apa perkara dangkal atau meminta penerangan mengenai perkara remeh.

OKU Ikrar Bantu PR Tawan Putrajaya


KUALA LUMPUR, 27 SEPT – Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) berikrar untuk membantu Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Lontaran ini disuarakan oleh Ketua Penggerak Kempen OKU Bangkit 2012, Mohammad Faizal Che Yusof dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Menurutnya, kempen ini merupakan satu mekanisme bagi mengetengahkan permasalahan OKU agar lebih diberikan perhatian oleh semua pihak.
“Diharapkan parti politik akan peka mengenai OKU dalam menifesto pilihanraya akan datang. Kita bersedia untuk membantu PR memenangi Putrajaya InsyaAllah,” katanya.
Selain itu katanya, kerajaan perlu memberikan elaun kecacatan kepada OKU secara menyeluruh tanpa mengikut jenis kecacatan dan gaji pekerja OKU.

Desak Najib jawab mengapa pakar paip boleh dapat projek LRT

KUALA LUMPUR 27 September: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak mendedahkan butiran keputusan tender projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion yang dianugerahkan kepada George Kent-Lion Pacific JV (GKLP JV).
Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian mempersoal bagaimana syarikat itu memenangi projek tersebut yang kononnya melalui tender terbuka, walaupun tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pembinaan rel.
“Kita nak tahu bagaimana George Kent yang tiada pengalaman boleh dianugerah tender projek awam bernilai lebih RM1 bilion. Kita khuatir sama ada mereka boleh laksanakan projek, kerana latar syarikat ini hanya berpengalaman dalam projek pemasangan paip,” kata Hee kepada Keadilan Daily.
Dalam jawapan bertulis Menteri Kewangan kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Selasa lalu, Najib selaku menteri berkaitan mempertahankan bahawa GKLP JV adalah gabungan syarikat tempatan yang berkeupayaan dari segi kewangan untuk menjalankan projek tersebut.
“Sangat menghairankan apabila jawapan Menteri mengatakan bahawa penender lain berpuas hati dengan keputusan. Butirannya mesti didedahkan kepada umum kerana projek ini guna dana awam.
“Kita nak tahu mengapa tujuh lagi pembida projek tidak bantah. Apakah sebab syarikat yang dapat projek ini rapat dengan Perdana Menteri?” soalnya.

Syor ‘Gua kawan Perdana Menteri’ motto korporat


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan agar frasa "Gua kawan Perdana Menteri" menjadi motto korporat yang baru kepada George Kent (Malaysia) Berhad.

Ketika mempertikaikan dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa George Kent-Lion Pacific JV (GKLP JV) layak dianugerah projek LRT Ampang bernilai RM1.084 bilion, Mahfuz juga mencadangkan supaya George Kent menjadikan potret Perdana Menteri sebagai logo korporatnya yang baru.

"Seperti yang kita ketahui, syarikat-syarikat biasanya mempunyai kata-kata yang menjadi keyakinan masing-masing seperti "pelanggan sentiasa betul" dan sebagainya.

Belanjawan 2013 bukti Pakatan sedia tadbir negara

KUALA LUMPUR 27 September: Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang dibentangkan semalam membuktikan Pakatan Rakyat (Pakatan) semakin bersedia mentadbir negara, kata Tian Chua.
Naib Presiden KEADILAN itu berkata, belanjawan tersebut realistik berdasarkan kemampuan negara dan situasi ekonomi global pada masa kini.
“Belanjawan ini dibuat dengan mengambil kira pertumbuhan ekonomi lima peratus yang diramalkan oleh penganalisis ekonomi.
“Kita mensasarkan untuk menurunkan defisit kepada 3.5 peratus berbanding Umno BN 4 peratus,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.
Menurut Tian, belanjawan tersebut lebih mesra rakyat kerana mensasarkan untuk mengurangkan kos sara hidup melalui usaha meningkatkan pendapatan rakyat, penurunan harga kereta, penghapusan tol dan membina rumah mampu milik secara besar-besaran.

150,000 referandum tuntut royalti untuk PM


KOTA BHARU: Anak-anak muda yang berjuang menuntut royalti petroleum akan menyerah memorandum dan 150,000 referandum rakyat Kelantan kepada Perdana Menteri, 3 Oktober ini.

Mereka yang bernaung di bawah Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI – R)) berharap Datuk Seri Najib Razak menerima sendiri memorandum tersebut.

Semalam R melalui presidennya, Nazri Deraman menghantar surat kepada Perdana Menteri yang dialamatkan bangunan Perdana Putra bagi memaklumkan perkara itu.

Setiausaha R, Hisyamuddin Ghazali berkata, penyerahan memorandum dan referendum tersebut akan diadakan jam 2 petang bertempat di bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Hayat Umno di penghujung, Najib pening kepala

KUALA LUMPUR: Hasil kajian oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) kelmarin tentunya menggusarkan pemimpin Umno BN, kata Riduan Mohd Nor.

Ketua penerangan dewan pemuda PAS itu berkata, bukan sahaja disebabkan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menurun malah kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat juga semakin meningkat.

"Kajian ini pastinya menjadikan PM pening kepala memikirkan bila tarikh sesuai untuk membubarkan parlimen. Lebih memeningkan apabila memikirkan nasib beliau, keluarganya dan partinya usai PRU ke 13 nanti.

"Mungkin beliau sedang mengharapkan suatu keajaiban yang boleh menukar segala hakikat dan realiti pengundi negara ini. Apa yang pasti, beliau perlu fahami rakyat sudah mula membulatkan keputusan dengan memilih Pakatan Rakyat dan menerima kenyataan bahawa hayat BN sudah berakhir," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Puad Zarkashi: Dong Zong tak bertanggungjawab



Tuntutan yang dibuat oleh NGO pendidikan Cina Dong Zong melalui perhimpunan di ibu negara semalam tindakan tidak bertanggungjawab, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zarkashi.

Puad berkata, kementerian telah pun memberikan bantuan dan peruntukan secukupnya kepada sekolah jenis kebangsaan mahupun sekolah kebangsaan.

"Saya boleh katakan mereka ini tidak bertanggungjawab. Kita telah lakukan pelbagai perkara untuk bantu sekolah jenis kebangsaan. Tetapi mereka masih lagi nak tuntut.

"Mengenai kekurangan peruntukan dan guru, kita dah selesaikan. Begitu juga masalah guru J-Qaf," kata Puad kepada Malaysiakini.

Nie cerita Najib dengan JET aka Kapal Terbang yang di sewa..!!!

RM9 juta bagi sewa pesawat PM tahun ini
 
NONEJumlah kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.

Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

Nazri juga mendedahkan pesawat itu disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Nurul melalui soalannya meminta kerajaan menjelaskan siapa pemilik pesawat yang digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia serta kekerapan penggunaannya dan kos yang telah dibelanjakan. [Read More]

BN – autokrat berbulu demokrat.


SUARAM bukanlah mangsa pertama. Sebelum ini BERSIH 2.0, yang merupakan gabungan lembaga swadaya masyarakat (NGO) yang memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil turut menerima nasib serupa. Diserang bertubi-tubi sebagai pertubuhan haram dan tidak berdaftar, menerima dana asing, diserap pengaruh komunis dan pelbagai tuduhan. Syukur serangan tidak berlarutan sehingga menuduh BERSIH 2.0 mempunyai jaringan dengan makhluk Marikh untuk menakluk bumi.
Kini SUARAM pula berdepan serangan yang hampir sama. Pertuduhan yang tidak jauh beza dan lebih tertumpu kepada hal-hal teknikal. Rakyat dapat melihat bagaimana Menteri dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, Ismail Sabri Yaakob cuba mengganggu dan mempengaruhi siasatan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Disambut serangan demi serangan daripada media yang dikuasai pemerintah. Menumpukan pada isu dana asing dengan tujuan untuk mencemar wibawa NGO ini.
Serangan yang lebih dasyat dijangkakan apabila News Straits Time mencanangkan bahawa dana-dana asing disuntik kepada beberapa NGO bagi tujuan menggoyah kerajaan UMNO BN. Tentu sekali ia cubaan awal mengolah persepsi dan menghantar isyarat bahawa gendang kempen mengganyang NGO-NGO yang kritis terhadap pemerintah sudah dipalu.
Kestabilan Parti Pemerintah

Empangan Tambatuon: BN pinggir suara Kadazan-Dusun Sabah



KOTA BELUD 27 SEPTEMBER: Lebih 3000 orang penduduk Kampung Tambatuon, Kota Belud diancam pembinaan Projek Empangan Tambatuon yang bernilai RM450 juta setelah diluluskan kerajaan BN pada 2010 dimana ia bakal menenggelamkan sebuah kampung yang telah dihuni sejak lapan generasi yang lalu.
Bagi Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Tze Phin, projek tersebut cuma mahu menguntungkan pihak kroni apatah lagi ia merupakan projek berskala besar.
“Apa yang diperlukan penduduk Tambatuon bukan sebuah empangan tetapi memadai dengan membina sistem saliran dan perparitan untuk pengairan sawah padi.
“Yang perlukan empangan sekarang adalah di Tawau sejak 30 tahun lalu tetapi walaupun sudah 70 peratus pampasan dibayar, sehingga kini empangan tersebut masih belum dibina.”
Langgar hak orang asal

"Malaysia di ambang revolusi"

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Jumaat ini bukan kali pertama bajet pilihan raya dibentangkan. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan terdahulu pun menggunakan pembentangan belanjawan negara untuk meraih sokongan politik terutama di hujung penggal pemerintahan.
Malah di bawah Najib Razak, tahun ini merupakan kali kedua pelbagai insentif dan keajaiban akan ditawarkan kepada rakyat selepas bajet pilihan raya dibentangkan kali pertama pada 7 Oktober 2011. Waktu itu ramai menjangkakan PRU13 bakal berlangsung pada suku pertama tahun 2012.

Pemuda PAS kesal dengan kekecohan pilihan raya kampus

Kekecohan berlaku di Universiti Malaya , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia berpunca dari pengendalian oleh pihak Hal Ehwal Pelajar.

PETALING JAYA: Pemuda PAS kesal dengan kekecohan pilihan raya kampus dan mendakwa berlaku penyelewengan serta penindasan ke atas hak mahasiswa.
Kekecohan berlaku di Universiti Malaya , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia berpunca dari pengendalian oleh pihak Hal Ehwal Pelajar, kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.
“Memang sejak dari dulu lagi dipertikaikan kewibawaan dan keberkecualiannya dilihat mengambil sikap memihak kepada kumpulan pelajar tertentu terutamanya dari kumpulan Pro Aspirasi,” katanya.
Pemuda PAS katanya, buat kesekian kalinya ingin menegaskan bahawa soal pemilihan kepimpinan mahasiswa seharusnya ditentukan sendiri oleh mereka secara bebas dan terbuka tanpa campurtangan pihak yang berkepentingan.
Katanya, budaya mengugut dan memaksa mahasiswa untuk hanya mengundi sesuatu kumpulan adalah pencabulan terhadap kedudukan mahasiswa selain dari mencabul hak asasi mereka.

Tahap hutang Syed Mokhtar sangat membimbangkan..!!!

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
KUALA LUMPUR, 27 Sept ― Hutang terkumpul sebanyak RM34.3 billion yang ditanggung syarikat-syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mewujudkan kemungkinan besar yang kerajaan akan terpaksa menebus hutang tersebut dengan wang rakyat, kata Ahli Parlimen DAP Tony Pua hari ini. Ahli parlimen Petaling Jaya Utara memberitahu wartawan bahawa soalan tersebut yang diajukan kepada Kementerian Kewangan dihalang oleh Speaker Dewan Rakyat kerana ia berdasarkan andaian.
“Jika kumpulan syarikat mempunyai hutang sebanyak RM34.3 billion, dan apabila tidak mampu untuk membayarnya, kemampuan syarikat yang lain untuk membayar hutang juga akan terjejas.
“Pada tahun 1997, kerajaan terpaksa menebus hutang syarikat, dan terpaksa membeli LRT, memberi pinjaman kepada Tan Sri Halim Saad yang berjumlah RM3.2 billion yang tidak dibayar balik,” kata Pua yang merujuk kepada syarikat kumpulan Renong semasa krisis ekonomi pada 1997.

Kontraktor Baru Untuk Projek Terbengkalai Mahkamah Klang


KUALA LUMPUR 27 SEPT : Kerajaan Pusat diselar kerana gagal menyiapkan kompleks mahkamah Klang dan membiarkannya terbengkalai selama tiga tahun sebelum memutus untuk memulih-kembali projek tersebut.
MP Puchong, Gobind Singh Deo melahirkan kekecewaannya tentang projek tersebut yang sepatutnya siap pada Mac tahun lepas.
“Apabila projek diberikan mereka dibekalkan kertas kerja yang menyatakan fasa kerja yang perlu disiapkan dalam tempoh tertentu dan kos terlibat.
“Kerajaan perlu pantau dan perkara ini (terbengkalai) tidak seharusnya berlaku,” katanya apabila ditemui di luar Dewan Rakyat hari ini.

Campus polls point to a dirty 13th GE

If campus elections can be rigged, what about at the national level? asks PAS vice-president Mahfuz Omar. 

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional’s alleged interference into campus polls to ensure pro-establishment party Pro-Aspirasi a clean win points to an unfair fight in the upcoming 13th general election, Pakatan Rakyat leaders said today.
Citing minutes of a meeting between officials in the Prime Minister’s Department and Pro-Aspirasi members earlier this year, PAS vice-president Mahfuz Omar said it “clearly showed” Barisan Nasional had rigged campus elections as stated in the plan “Ops 2020“.
“So if even campus elections are not free and fair, what about elections at the national level?” he told reporters at the Parliament lobby.
“If the PM himself is interfering in campus elections to guarantee Pro-Aspirasi wins, then it is most certain that he would also do all he can to ensure BN wins in the upcoming elections.”

Unemployment in Sabah: ‘Don’t hide the truth’

Sabah DAP has accused state minister Peter Pang of downplaying rising unemployment in the state.

TAWAU: If what the Sabah government says is true, the state is close to being a paradise for jobseekers.
Unfortunately it’s about as true as saying the state is rapidly climbing the ladder to a high level of prosperity with near perfect healthcare, a comprehensive sealed road network, exhaustive piped water supply, uninterrupted power and high standards of education.
Unemployment in Sabah has inched up since 2009 and is the highest in the country, according to records tracking labour trends in various states.
It’s exactly the opposite of what the state Barisan Nasional government is trying to portray as the increase has happened on its watch.
This week a state minister tried to hide the fact by comparing the rates of unemployment in foreign countries with that in Sabah.
Sabah DAP pounced on the omission and contrast by State Youth and Sports Minister Peter Pang at a forum to accuse the government of twisting facts and downplaying the high rate of poverty in the state.

TRANSFORMER NAJIB : HUTANG MALAYSIA ( KDNK ) - 695 BILION (RIZAB NEGARA) - 450 BILION

HUTANG MALAYSIA ( KDNK ) : 695 BILION

SIMPANAN BANK NEGARA ( RIZAB NEGARA ) : 450 BILION

kita ber HUTANG lebih banyak dari kita simpan ...( ini dinamakan perancangan ekonomi tahap HARAM JADAH )


* ini adalah PETANDA awal MALAPETAKA KEHANCURAN SEPERTI EKONOMI SEPANYOL , ITALI , GRECCE.....

* kalau orang kampung nak faham mudah je , kita ada duit 450 ringgit tapi HUTANG BERLEBIH dari SIMPANAN kita , maka kita takde kekuatan dengan perancangan yang baik , maka kita akan bermula menjadi negara PENGEMIS YANG BANGSAT DAN AKAN DIJAJAH OLEH KAPITALIS ( PEMBERI HUTANG )...maka bermulalah rampasan tanah rakyat , hak-hak rakyat dan harta negara utk membayar hutang ini...., macam mana kita nak DIMURAHKAN REZEKI , sedangkan kita MEMPERLEKEHKAN SANG PEMBERI REZEKI DAN MENGHINA SURUHANNYA...iaitu ALLAH TAALA...

Belanjawan Pakatan kukuh, utamakan rakyat

KUALA LUMPUR 27 September: Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 mencakupi segenap aspek kebajikan rakyat, sejajar dengan apa yang mampu diberikan tanpa membebankan hutang kepada kerajaan.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, belanjawan yang dibentangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam selaras dengan dasar Pakatan untuk membela kebajikan rakyat.
“Belanjawan kali ini lebih konkrit dengan mensasarkan bebanan yang ditanggung rakyat. Semua yang diumumkan itu berkenaan kebajikan rakyat bermula daripada pengurangan kos hidup sehinggakan caruman kepada golongan isteri.
“Caruman Wanita Nasional itu selaras dengan kehendak Islam yang menuntut keutamaan suami membela hak isteri,” katanya ketika dihubungi.
Intipati Belanjawan Pakatan dibuat berdasarkan polisi sebelum ini, selain selari dengan matlamat mengawal inflasi dan menurunkan hutang.

Amanat Arwah Ust Fadzil Noor

Menyusuri Jalan Perjuangan Mujahid Agong - Ustaz Fadzil Noor

Ahmadinejad attacks West in UN swan song

Today in History for September 27th

SALAM SELANGOR : Rumah Kos Rendah Selangor, Harga di Bawah RM42,000

Pendedahan Bekas S/U DUN Perak Part 4: Sivakumar tidak pernah arah Yit Fong pengerusikan Dewan

MB : Isu Air Selangor, KeTTHA Didakwa Ingkari Tanggungjawab Penuhi Kepentingan Awam.

Anwar Ibrahim: Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat - Isu Subsidi & Dasar Kaum

Anwar Ibrahim: Pakatan's 2013 Budget On Subsidy, Growth & Inflation

Hudud hak orang Islam Ustaz Azizan

Tarif Air 'Industri Khas' di KHTP diselaras

Belanjawan PR: Penetapan gaji minimum tepat


KUALA LUMPUR: Senator Syed Shahir Syed Mohamud (gambar) berpendapat Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang telah dibentangkan semalam dapat menyelesaikan masalah kemiskinan tegar dalam negara ini.

Beliau yang ditemui Harakahdaily memberitahu peningkatan bantuan kepada isi rumah dalam kumpulan kemiskinan tegar iaitu RM550 adalah satu cadangan yang sangat baik dalam menyeleseikan masalah tersebut.

"Kita melihat melalui cadangan peningkatan bantuan isu rumah yang diberikan itu dapat mengatasi miskin tegar negara.

"Kebanyakan mereka terdiri dari golongan pekerja, golongan berpendapatan rendah dan kemiskinan sekarang tidak boleh dianggap kemiskinan luar bandar sahaja sebenarnya di dalam bandar pun berlaku kemiskinan," kata bekas Presiden MTUC itu.

UIA hadapi masalah ‘pengundi hantu’ dalam sistem e-pengundian..he.he..he..ada hantu eh..!!! Kena tanya SPR nie...???

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberikan alasan peningkatan pengundi dalam sistem e-pengundian melebihi jumlah yang layak mengundi menyebabkan pilihan raya kampus (PRK) terpaksa ditangguhkan.
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Datuk Mizan Hitam, dalam kenyataan rasmi mengesahkan perkara tersebut.
“Sebagai contoh, sepatutnya satu kuliah mempunyai 300 pengundi tetapi e pengundian mencatatkan jumlah melebih 2000 pengundi yang layak,” katanya.
Memetik laporan di Berita Harian hari ini, Dekan Bahagian Pembangunan dan Perhubungan Pelajar UIAM, Dr Akmal Khuzairy Abd Rahman mengesahkan perkara tersebut dan dijangkakan pilihan raya semula akan diadakan pada minggu depan.
“Saya masih belum menerima laporan rasmi tetapi ia berpunca daripada masalah teknikal,” kata Dr Akmal kepada Berita Harian.

Tiada kebebasan selagi Najib guna akta zalim

KUALA LUMPUR 27 September: KEADILAN menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi sepenuh kebebasan hak asasi kepada rakyat.
Ia susulan kenyataan Najib kononnya beliau telah memperkasa hak asasi di negara ini dalam satu Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia 2012, semalam.
“Najib berkata kononnya telah memperkasakan hak asasi manusia dan demokrasi dengan membatalkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dengan membenarkan kebebasan bersuara serta berhimpun melalui penggubalan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Himpunan Aman 2011.
“Padahal, penggubalan itu hanya membenarkan Najib mengekalkan cengkaman mereka terhadap kebebasan dan demokrasi di Malaysia,” kata Naib Presidennya, N Surendran dalam kenyataan.
ISA menerima kritikan dalam pengaplikasiannya terhadap kawalan isu awam sebelum ini dan diganti dengan Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang mengandungi peruntukan lebih keras dan ia turut dikutuk aktivis hak asasi manusia.

Belanjawan Pakatan 2013 dapat menangi hati rakyat


KUALA LUMPUR: Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 bertemakan 'Ekonomi Rakyat Negara Berkat' yang dibentang semalam dilihat satu belanjawan yang dapat memenangi hati rakyat.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berpendapat belanjawan tersebut bukan sahaja dapat memenangi hati budi rakyat malah ia dapat mengatasi permasalahan ekonomi negara.
"Ia adalah gandingan antara kebertanggungjawaban sebuah kerajaan tetapi sekali gus dapat mengatasi permasalah ekonomi negara.

"Saya berkeyakinan belanjawan yang dibentangkan ini dapat memenangi hati budi rakyat di seluruh negara," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Tambah beliau lagi, apa yang diberikan oleh Pakatan Rakyat sejajar dengan apa yang mampu diberikan tanpa membebankan hutang kepada kerajaan.

Jabatan Agama Islam Kedah benar khutbah politik


ALOR SETAR – Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) membenarkan khatib membaca khutbah Jumaat berunsur politik selagi ia tidak lari dari landasan ajaran Islam.

Pengarah Jaik, Datuk Noh Dahya berkata, khatib dibenarkan berbuat demikian selagi ia tidak tersasar dari agama Islam.
Datuk Noh Dahya “Kalau politik itu untuk kebaikan dan mempunyai unsur-unsur keagamaan tidak mengapa. Tetapi sekiranya ia bertujuan untuk mengata seseorang memang tidak dibenarkan kerana boleh menimbulkan kekacauan,” kata kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang khatib yang membaca khutbah Jumaat berunsur politik baru-baru ini.

“Difahamkan, khatib yang berbuat demikian adalah bukan daripada imam yang mendapat pentauliahan daripada Jaik. Sebaliknya dia hanyalah seorang imam atau khatib jemputan.

“Bagaimanapun, Jaik masih belum menerima laporan penuh berhubung perkara itu,” katanya.

Noh berkata, sekiranya imam yang dilantik Jaik membuat kesalahan atau membaca teks khutbah berunsur politik melampau, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib. Bagaimanapun, masih belum ada rekod kesalahan itu di negeri ini.

Najib rayu agar jangan saman AG dan bekas IGP?

Mohd Sayuti Omar,
Malam kelmarin sekali lagi saya berjumpa dengan seorang wakil rakyat ini. Beliau menceritakan sesuatu agak sulit yang boleh menjadi bahan atau isu politik yang berlengas. Kes ini ada kena mengena dengan bekas pegawai tinggi polis yang dihadapkan mahkamah kemudian dilepaskan.

Pegawai polis itu bercadang untuk menyaman Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara untuk membela penganiayaan ke atas dirinya. Katanya Najib telah memanggil bekas pegawai tinggi ini dan merayu agar pegawai tinggi itu tidak mengambil tindakan waktu ini.

Najib, katanya tidak menghalang tetapi biarlah selepas pilihan raya? Kita faham kenapa selepas pilihan raya. Tetapi apakah keperluan pegawai polis itu untuk akur dengan kehendak dan rayuan Najib. Apakah benafit yang beliau perolehi? Dan tidakkah bila memenuhi rayuan Najib itu ia dianggap membantu Najib?

Bukankah dengan melengakan tindakan itu satu persubahatan besar melindung orang yang kita rasakan melakukan jenayah? Hendaknya cerita wakil rakyat itu benar dan dia akan persampaikan apa yang saya pertikaikan ini.

Kalau kita sudah nekad untuk apa kita berundur lagi, teruskan. Rakyat sendiri menanti tindakan-tindakan berani ke atas orang yang juga berani.

Belanjawan Pakatan pembebasan dari 'mafia' ekonomi




Dewan Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan pembentangan Belanjawan alternatif 2013 Pakatan Rakyat yang bertemakan "Ekonomi Rakyat Negara Berkat". Ia dengan tepat memberi penekanan kepada tiga agenda memacu kebajikan rakyat:

[a] meningkatkan pendapatan sebenar rakyat dan mengurangkan tekanan kos sara hidup,

[b] membina kumpulan rakyat berkeusahawanan dengan daya saing kompetitif dan

[c] mendaya masyarakat untuk mencapai keadilan dengan kemuliaan dan rasa penuh bangga.

Tiada siasatan berhubung skandal bekas KPN, kata Nazri

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini berkata tiada siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa berhubung skandal yang melibatkan bekas ketua polis negara (KPN) Tan Sri Musa Hasan (gambar) dan tokoh kongsi gelap Goh Cheng Poh dan BK Tan kerana tiada laporan polis diterima berhubung skandal tersebut.
Dalam jawapan bertulis menteri di jabatan perdana menteri itu di Parlimen hari ini berkata pihak berkuasa hanya akan menjalankan siasatan sekiranya terdapat laporan yang dibuat.
“Setakat ini tiada sebarang laporan polis diterima mengenai pendedahan Datuk Ramli Yusuff tentang hubungan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan dan kongsi gelap BK Tan dan Goh Cheng Poh, jadi tiada siasatan akan dijalankan.

Suaram: SKM macam nak cari salah sehaja.....



 
Suara Rakyat Malaysia (Suram) mendakwa, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sengaja mencari kesalahan mereka walaupun tidak menemuinya.

"Ia seperti cari salah - mencari kesalahan untuk membina kes dan memfailkan pendakwaan terhadap kami walaupun tidak menjumpai sebarang kesalahan dalam operasi kami.

"Kami telah lakukan semuanya menurut Akta Syarikat. Akaun kami dikemas kini... jadi ini benar-benar untuk mencari salah dan jelas bermotifkan politik," kata setiausaha kumpulan hak asasi manusia itu Cynthia Gabriel.

Beliau berkata demikian kepada Malaysiakini selepas bekas pengurus akaun Suaram Leong Mee Nan disiasat oleh SKM kira-kira tiga jam semalam.

Peguam korporat yang menemani mereka memberikan khidmat secara pro-bono, kata Cynthia.

Pilihan raya UM: Pengundian semula 2 kerusi esok


Pilihan Raya Kampus. SHAH ALAM – Universiti Malaya (UM) akan mengadakan pengundian semula esok membabitkan  dua kerusi kawasan fakulti yang merekodkan jumlah undi yang sama semasa hari pengundian pilihan raya kampus, kelmarin.
Kenyataan Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM  berkata, pengundian semula itu sudah mendapat persetujuan Naib Canselor UM, Tan Sri Ghauth Jasmon.
 “Adalah dimaklumkan, Naib Canselor telah bersetuju agar pengundian semula bagi dua kerusi kawasan fakulti diadakan  pada 28 September (Jumaat) bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 12 tengah hari,” kata kenyataan itu.
Pengundian akan dijalankan di Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, masing-masing mempertaruhkan satu kerusi.

Belanjawan Pakatan beri impak besar untuk rakyat Sabah, S’wak

KUALA LUMPUR 27 September: Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang dibentangkan semalam memberi impak yang amat besar kepada rakyat Sabah dan Sarawak.
Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, rancangan Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk membina lebuh raya Pan-Borneo (Pan-Borneo Highway) amat dinanti-nantikan seluruh rakyat di kedua-dua negeri itu.
Belanjawan bertemakan ‘Ekonomi Rakyat Negara Berkat’ itu meletakkan pembinaan lebuh raya Pan-Borneo serta penambahbaikan rangkaian landasan keretapi di Sabah dan Sarawak.
Pakatan melihat kemudahan jalan raya di Sabah dan Sarawak amat jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung Malaysia.
Rangkaian jalan di Semenanjung mencapai 35,735 kilometer (km) menjelang 2009, manakala gabungan jalan di Sabah dan Sarawak hanya 10,171 km.
Beliau yang menyertai Pakatan melalui Pakatan Perubahan Sabah (PPS) berkata, kerajaan Umno BN sebelum ini telah menjanjikan pembinaan lebuh raya tersebut, namun sehingga kini belum ada sebarang tanda mahupun isyarat yang mereka ingin laksanakan.

Apa yang Dr M beritahu mangsa perang WW11 Soros



Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu jutawan George Soros - mangsa Perang Dunia Kedua (WW11) , bagaimana beliau sendiri telah menyaksikan seorang askar British dibunuh dengan kejam oleh tentera Jepun.

Dalam sepucuk surat peribadinya, di mana beliau menulis kepada Soros enam tahun lalu untuk mendapatkan sokongan terhadap usaha anti-perang global oleh Yayasan Kepimpinan Perdana, Dr Mahathir menceritakan peristiwa yang tidak dapat dilupakanya itu yang berlaku di Alor Setar semasa Jepun menyerang Malaya.

NONE"Kematian askar muda British itu yang dibunuh dengan bayonet oleh
Jepun di kampung saya, telah meninggalkan kesan yang mendalam pada diri saya," tulis Dr Mahathir dalam surat 11 Januari 2006. Malaysiakini mempunyai salinan surat tersebut.

"Ia mungkin kelihatan seperti satu kejadian kecil tetapi saya menangisi kematian lelaki muda ini - 8,000 kilometer dari rumah dan keluarganya - dengan bayonet ditusuk ke tubuhnya. Dan dia menjerit dua atau tiga kali. Dan kemudian semuanya senyap.

"Saya seorang remaja ketika itu dan saya tidak dapat membayangkan sekiranya perkara itu berlaku pada diri saya. Bagaimana kita boleh membunuh orang dengan begitu kejam dan tidak langsung merasa bersalah."

Will budget goodies save BN?

Besides the feel-good budget, Najib has precious little time to beef up support for his ruling coalition.

By Charles Santiago
This is certainly a make or break week for Prime Minister Najib Tun Razak. His political survival hinges on the contents of a briefcase he will carry to Parliament on Friday and on whether the carefully tailored budget speech would work its magic on the rakyat.
If it does, we could expect the prime minister to call for a dissolution of Parliament soon, making way for the much-awaited general election.
Therefore, we won’t be off the mark if we predicted that Najib would be offering more goodies and cash handouts as a way of shoring up his support base. Yes, it would be another deficit budget. And no, the government isn’t thinking about the rising national debt, which in May, stood at USD148 billion (RM456 billion) or 53.5 percent of GDP.
Throwing money to win support is nothing new to Najib. As of May 2012, his government gave out USD779 million (RM2.4 billion) to 4.7 million households. Students too were given money, civil servants enjoyed pay raises and even taxi drivers were given vouchers to get tires.
And all this despite the government running 13 consecutive annual deficits. But the government has not managed to boost its dwindling support.