Rabu, 26 September 2012

Tangan Najib terlalu kotor kata pengundi Cina

Shahbudin Husin
Najib secara umumnya cuba melakukan pelbagai perkara bagi menarik kembali sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN selepas tsunami yang melanda pada 2008, namun sehingga ini semua usaha yang dilakukannya bagaikan tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Ada saja isu yang menyebabkannya dipertikai dan dipandang serong oleh rakyat.
Beliau melakukan pelbagai transformasi serta menabur banyak janji kepada rakyat. Tetapi nampaknya semakin banyak janji yang ditabur, makin kurang pula sokongan rakyat yang diterimanya.
Generasi muda dan golongan profesional masih kuat memihak kepada PR. Kakitangan kerajaan dan swasta juga seperti terbahagi dua, masih ramai yang sayang pada UMNO tetapi yang semakin menyampah juga makin membesar. Pengundi bukan Melayu khususnya Cina seperti sudah menetapkan pendirian yang kukuh untuk menumbangkan BN.
Siapa lagi harapan BN? Pergantungan BN nampaknya hanyalah kepada generasi tua dan orang-orang kampung yang tidak begitu terdedah kepada dunia maya. Ahli UMNO pula, meskipun mahu melihat UMNO terus kekal berkuasa tetapi ramai juga yang masih bersikap tunggu dan lihat. Terdapat juga ahli UMNO yang merasakan lebih baik UMNO kalah untuk PRU 13 ini supaya ia belajar daripada kesilapan dan mampu bangkit dengan lebih baik selepas itu.

Badan Peguam: Tiada salahnya dengan dana asing



 
Badan Peguam Malaysia tidak nampak apa salahnya dengan pembiayaan dana asing selagi ia mematuhi undang-undang negara, kata presidennya Lim Chee Wee.

"Malah Badan Peguam Malaysia menerima dana asing yang dikenal pasti untuk projek-projek tertentu.

"Tiada apa salahnya kerajaan dan organisasi swasta menerima wang dari luar negara selagi  undang-undang negara dipatuhi."

Tambahnya, agak malang apabila terdapat unsur-unsur tertentu mempersoalkan motif dan membuat kenyataan yang memburukkan pembiayaan asing.

"Pokoknya sama ada organisasi yang menerimanya mematuhi Akta Syarikat dan Akta Pertubuhan."

Even education is not spared: Latest blueprint the new 'KILLING FIELDS' for BN CRONIES

Even education is not spared: Latest blueprint the new 'KILLING FIELDS' for BN CRONIESWhen many nations have progressed with sturdy politicians delving into progressive education policies for their people Malaysia is still stuck in the mire – wading with self-seeking politicians and their flip-flop policies that are confusing parents, teachers and students more than anything else.
Each time there is a change to the education policies – this has happened too frequent in the past – policy makers would employ some so-called “expertise” to come up with imaginary ideas, waffles and  verbiages to describe the “new” education process when the tales, in point of fact, mean nothing much.
The only certainty is that these education policies would come with big projects for crony contractors.
Taxpayers lost about RM5 billion
This errant approach to politics, education and money-making has its history from 1981 onwards.  It all started when Mahathir Muhamad took over as prime minister (1981) of the country and since then it has become an UMNO’s integral culture.
The PPSMI (Teaching and Learning Science and Mathematics in English) was the policy that began in 2003. The policy had computer gadgets installed or given to schools in the tune of more than RM500 million with the intention to replace or assist teachers who were not competent enough to teach the subjects in English.
Not only the policy has failed or stopped, over 80 percent of the costly gadgets given to schools are now dysfunctional, not fully utilised, lost or just left to rot. Computer software and computer technology are dynamic in nature and they have all by now become obsolete.
Of course the crony companies – chosen through negotiated tenders – supplying these gadgets kept on enriching themselves at the expense of taxpayers. The taxpayers’ ended up losing millions of ringgit just because of poor and hit-or-miss education planning by UMNO politicians.
On the whole taxpayers lost about RRM5 billion for the haphazard PPSMI education plan mooted by Mahathir which started in 2003 and prematurely ending in 2008. As expected, here was not a word of remorse or guilt from the government for the RM5 billion policy fiasco.
RM1 billion will be spent

Should Pakatan fall for BN's ruse & reveal its shadow Cabinet?

Written by  Kee Thuan Chye 
 
Should Pakatan fall for BN's ruse & reveal its shadow Cabinet?
I’m surprised that even intelligent people are questioning whether Pakatan Rakyat (PR) is ready to govern at federal level. I must admit I read this on an online news website and the full implications of what they said at a forum last Sunday may not have been comprehensively conveyed, but the gist of it is, they seem sceptical.
To me, the question of whether PR is ready to be the federal government is an unfair one. Was the Alliance ready to rule when the British handed the administration to it in the 1950s?
I believe we have to give people a chance. In many instances, when they are given that chance, they simply step up to the job. That’s what PR did when in 2008 they won, to their great surprise, the state governments of Penang, Selangor, Kedah and Perak. They had no prior experience then of doing the job but they got down to business straight away.

"Change for a better govt! We can't stand this corruption anymore!"

European riots back to haunt U.S. investors

Bulgaria steps up fight against organised crime

Islamic art at the Louvre

Police and protesters clash in Greece

U.S. to remove Iran's MEK from terror list

Berita Tergempar - Bukti BN Sabah Membeli Undi

Suami Wajib Tanggung Nafkah ISTERI - Ustaz Azhar Idrus

Isteri minta nafkah bila suami tak beri - Ustaz Azhar Idrus

Bila Masanya Isteri Minta Cerai - Ustaz Azhar Idrus

SAAT Wajib Suami Tanggung Nafkah ISTERI - Ustaz Azhar Idrus

Anwar Ibrahim: Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat "Ekonomi Rakyat, Negara Berkat"

Anwar Ibrahim: Obsolete Race-Base Policies Must End

Mahkamah batal keputusan Unimap gantung pelajar

Belanjawan Pakatan utamakan semua rakyat

Ibrahim Ali Bidas Belanjawan Pakatan Rakyat

Jangan halang Melayu nak bersatu diluar Umno

Mahathir ajak Melayu bersatu dalam parti kuno,,  buang masa !! 

Mahathir pernah berkata Melayu yang tinggal dalam Umno kini bengong-bengong belaka, kerana yang cerdik tidak dibenar menjadi ahli.   Si cerdik yang ada dalam parti pula ramai  yang tinggalkan parti,,, masuk parti lawan.

Maknanya Mahathir yang masih duduk dalam Umno juga adalah dalam kategori orang tidak cerdik!   Kah.!  Kah! Kah!, Mahathir belum sedar yang dia masih duduk di bawah tempurung lamanya bersama gulungan bengong !.                                                                                                                               Rakyat tidak pernah lupa apa yang Mahathir pernah kata !  Antaranya,,, Umno sebuah parti rasuah!. Umno sebuah parti yang sudah busuk sampai keusus !  maka sepatutnya sudah lama Mahathir meninggalkan parti jumud bernama Umno itu.  Janganlah Mahathir berpura-pura,  kerana sama ada beliau sedar atau tidak, sengaja atau tidak sengaja beliaulah sebenarnya pemecah perpaduan Melayu bermula 1998.  Rayuan Mahathir agar Melayu bersatu di bawah Umno, nampak sangat  tidak ikhlas. Alasan sebenar beliau mahu Umno terus hidup ialah untuk menjaga kepentingan diri, keluarga dan kerabat beliau.
Kepada Tun Mahathir dan mana-mana pemimpin Umno!,  Sedarlah,, orang Melayu sekarang ini sedang ghairah untuk bersatu diluar Umno,  bukan di dalam Umno.  Justeru tak ada faedahnya Mahathir memaksa orang Melayu  bersatu dalam sebuah parti yang sudah setaraf dengan tong sampah itu.  Buat masa ini PAS DAP dan PKR adalah yang terbaik!  Gabungan dalam Pakatan Rakyat jauh lebih telus dan ikhlas berbanding Barisan Nasional !!                           Tumbangnya Umno, bermakna terburailah segala kecurangan dan keburukan mereka selama ini,  itu sebenarnya yang Mahathir takutkan! 
Oleh : rahimothman

Kepercayaan UMNO adalah segala-galanya adalah pemikiran usang

Kenyataan Dr Mahathir terhadap apa yang beliau katakan sebagai ‘Melayu tidak berterima kasih’ dan ‘tidak bersyukur’ memberikan reaksi yang sangat besar terhadap kewibawaan BN dalam menghadapi PRU yang akan datang. Bagi Mahathir Melayu yang tidak menyokong UMNO itu adalah Melayu yang tidak bersyukur dan Melayu yang tidak berterima kasih.
Kenyataan Dr Mahathir itu telah memisahkan ramai Melayu diantara dua pihak yang bertentangan dengan lebih dalam lagi dan kata-kata Dr Mahathir itu sangat menyentuh ramai Melayu yang sedang dalam pencarian sekarang ini. Mengatakan Melayu tidak bersyukur dan tidak berterima kasih itu adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab kerana adalah tidak wajar untuk menuduh Melayu yang betul-betul Melayu itu tidak bersyukur. Hanya orang Melayu yang benar-benar Melayu sahaja yang tahu isi hati orang Melayu sendiri.
Jika benar UMNO telah berjuang dan berusaha untuk menyatukan orang Melayu tidak akan berlaku perpecahan seperti yang kita alami sekarang ini. Enam puluh enam tahun mengaku sebagai parti yang menyatukan orang Melayu tetapi apa yang kita  sekarang ini hanya menunjukkan kegagalan UMNO untuk melakukannya. Bagi Mahathir dan pemimpin UMNO yang lain bersatunya Melayu itu ada beberapa cara:

JK Khas Rasuah cadang tubuh Perkhidmatan Suruhanjaya SPRM

Pengerusi JKMR, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata, badan khas itu akan diberi kuasa melantik dan memecat pegawai, pakar forensik dan lain-lain pakar yang diperlukan untuk memerangi rasuah.

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Rasuah Mengenai Rasuah (JKMR) mencadangkan supaya satu Perkhidmatan Suruhanjaya dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan.
Pengerusi JKMR,  Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata, badan khas itu akan diberi kuasa melantik dan memecat pegawai, pakar forensik dan lain-lain pakar yang diperlukan untuk memerangi rasuah.
“Kalau ada Suruhanjaya Perkhidmatan ini senang, macam suruhanjaya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tak perlu lagi melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
“JKMR sebulat suara bersetuju dan kita akan bawa cadangan ini ke Parlimen.
“Kita perlukan persetujan majoriti dua pertiga Parlimen untuk meminda Perlembagaan bagi membolehkan badan khas ini ditubuhkan.
“Sekaligus meningkatkan taraf Ketua Pesuruhjaya Perkhidmatan SPRM dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan hanya boleh dipecat melalui tribunal,” katanya dalam sidang media Parlimen hari ini.

Belanjawan Pakatan : Negeri pengeluar minyak tubuh syarikat dinaungi Petronas

KUALA LUMPUR 28 Sept: Pakatan mahu negeri pengeluar minyak dan gas di negara ini menubuhkan syarikat minyak masing-masing dan menyertai pembangunan lapangan kecil.
Penubuhan syarikat yang dikenali sebagai PetroSabah, PetroSarawak dan Petro Terengganu, dapat memulangkan hasil negeri kepada rakyat masing-masing.
Mereka digalak menyertai pembangunan lapangan kecil (marginal field) daripada dibolot syarikat kroni Umno BN yang tidak menguntungkan rakyat.
Memetik Laporan Belanjawan Pakatan 21013, Pakatan percaya terhadap kemampuan negeri pengeluar minyak untuk menubuh syarikat sendiri berdasarkan sumber yang mereka dimiliki.
Syarikat itu akan dinaungi Petronas yang akan menyediakan skim khusus supaya syarikat berkenaan dapat bersaing di peringkat antarabangsa dalam tempoh 10 tahun.
Pakatan juga mengulangi ikrar meningkatkan royalti petroleum untuk negeri pengeluar minyak kepada 20 peratus berbanding lima peratus yang menjadi amalan Umno BN.

Pakatan Rakyat’s Shadow Budget 2013: Ekonomi Rakyat Negara Berkat

The whole document is 77 pages and should be easy to read. The Malay version will be uploaded by tomorrow, the translation is being vetted as we speak.
Appreciate comment and feedback so that we can take the issues straight to Parliament.

Dana PRU13 dan Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat

Dana PRU13 dan Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat
Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan eksklusif milik pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) pada lelongan mengumpul dana pilihan raya sempena majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat (MMPPR), di Stadium Melawati Shah Alam, Jumaat ini.
Pengerusi Jawatankuasa MMPPR, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli berkata, antara pemimpin yang sudi melelongkan barangan peribadi termasuk Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
“Majlis ini bertujuan mengumpul dana sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Nurul Izzah: Kredibiliti pilihan raya kampus tercalar


NURUL IZZAH
PILIHAN raya kampus yang diadakan semalam mencatitkan titik hitam dalam sejarah Malaysia dengan campur tangan pihak eksekutif serta amalan budaya samseng, ugutan berbentuk jenayah yang menekan dan mengekang hak serta kebebasan mahasiswa.

Projek Ops2020, yang didedahkan dalam Parlimen sesi yang lalu terbukti dirangka untuk memenangkan calon-calon kampus yang pro-kerajaan. Projek ini telah memberikan laluan kepada nasir-anasir luar yang didalangi pihak tertentu untuk terus menyekat perjalanan pilihan raya kampus yang bersih, adil dan telus.

Gejala samseng mulai menerjah masuk ke kampus-kampus, dengan insiden terbaru Pengerusi Pro-M Universiti Malaya yang dibelasah oleh 5 orang samseng. Budaya ini wajib dikecam dan segera ditangani oleh pihak berwajib.

Adakan audit terbuka ke atas e-undi.

Bajet Pakatan tidak realistik dan diperlekeh oleh pimpinan BN

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Bajet Alternatif Pakatan Rakyat (PR) yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini disambut dengan sinis oleh kebanyakan ahli Parlimen daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN).
Bajet yang dihasilkan secara bersama daripada komponen parti DAP, PKR, dan PAS itu jelas ahli Parlimen BN adalah “tidak masuk akal” dan “bajet bodoh” serta mempersoalkan bila tempoh masanya untuk dilaksanakan.
“Itu bajet bodoh ... persoalannya sekarang bila mereka mahu laksanakannya?
“Ia hanya “trick” untuk menarik undi rakyat, dan setakat ini mereka (PR) tidak pernah melakukan apa-apa,” kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kepada pemberita yang ditemui di Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan ketika diminta untuk mengulas bajet alternatif PR itu berkata, beliau sendiri tidak melihat secara serius tindakan yang dilaksanakan PR.
Jelasnya, bajet itu adalah “tidak bertanggungjawab dan hanya membuatkannya tertawa.
“Ia (bajet) membuatkan saya ketawa ... Itu bajet tidak bertanggungjawab.
“Bukan seperti BN, kami melaksanakan apa yang terkandung dalam bajet kami, dan bajet PR ini hanya untuk membeli undi rakyat,” katanya sambil menyindir Anwar sebagai “syok sendiri” dengan pengumuman bajet tersebut.

Belanjawan PR Mampu Beli Lebihan RM1,008 Sebulan Jika Dilaksanakan

SHAH ALAM, 26 SEPT : Belanjawan Pakatan Rakyat (PR) 2013 mampu memberikan lebihan kewangan sebanyak RM1,008 sebulan kepada sebuah keluarga sekiranya ianya dilaksanakan dengan berhemah.
Perkiraan ini dibuat berdasarkan anggaran pendapatan dan belanjawan satu keluarga yang mempunyai lima orang ahli dimana suami bekerja sebagai seorang guru dan tinggal di Lembah Klang.
Unjuran itu merujuk kepada penjimatan daripada penurunan harga kereta, bahan api petrol serta penghapusan tol berjumlah RM 220, yang akan dilaksanakan Pakatan sekirannya memerintah negara.
Disamping pengecualian pembayaran semula PTPTN sebanyak RM 200, perlaksanaan pembayaran elaun kepada guru sebanyak RM500 seperti yang disebut dalam Buku Jingga mampu meningkatkan pendapatan keluarga tersebut.

PR Tawar Gaji Minima RM1,100 Kepada Kakitangan Awam

KUALA LUMPUR 26 SEPT: Pakatan Rakyat (PR) menawarkan gai minima RM1,100 kepada kakitangan awam dalam Belanjawan 2013 yang bertemakan ‘Ekonomi Rakyat, Negara Berkat’.
Selain itu menaikkan bantuan kebajikan kepada RM550 sebulan bagi meringankan beban golongan miskin.
Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam taklimat belanjawan yang diadakan hari ini, penetapan gaji minima tersebut akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 penjawat awam.
Kata Anwar, kenaikan tersebut bakal melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion dan mampu memberi kesan kepada kenaikan gaji dari pelbagai sektor lain dengan kenaikan dalam lingkungan dua hingga lapan peratus.
“Meningkatkan Pembayaran Kebajikan daripada RM300 sekarang kepada RM550 sebulan yang boleh membebaskan 84,000 keluarga yang mempunyai pendapatan di bawah paras RM500 sebulan daripada kemiskinan,” kata Anwar.

Belanjawan Pakatan : Reformasikan PDRM, anggota dinaik gaji untuk banteras jenayah

KUALA LUMPUR 28 Sept: Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi terhadap Polis Diraja Malaysia bagi mengangkat tahap profesionalisme mereka.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia dibuat melalui penyelarasan semula sumber manusia, pembanterasan jenayah, menaikkan imbuhan dan teknologi dan Komunikasi.
Katanya, seramai 105,929 anggota polis tahun lalu mewakili nisbah seorang bagi setiap 270 penduduk (1:270) yang melangkaui nisbah yang disyor Interpol iaitu 1:250.
“Kementerian Dalam Negeri umum hasrat meningkatkan kekuatan kepada 150,000 pegawai menjelang 2015 dengan membawa kepada nisbah 1:190.
“Ini pula jauh melampaui jumlah yang disyor Interpol,” kata Ketua Pembangkang itu ketika membentangkan Belanjawan Pakatan 2013, hari ini.
Justeru, Anwar berkata jumlah keanggotaan polis tidak perlu ditambah, sebaliknya menyelaraskan semula tugas mereka.
Katanya, bilangan polis dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) lebih rendah berbanding Cawangan Khas (SB) yang tertumpu kepada pemantauan politik pembangkang.

Belanjawan Pakatan : Bantuan kebajikan dinaik kepada RM550 sebulan

KUALA LUMPUR 26 September: Bantuan kebajikan akan dinaikkan kepada RM550 berbanding RM300 di bawah kerajaan Umno BN, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang itu berkata, bantuan itu dijangka dapat menghapuskan kemiskinan tegar di kalangan 84,000 keluarga.
“Berdasarkan pengalaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang, walaupun jumlah kemiskinan tegar di negeri terbabit terbatas, tetapi dalam tempoh setahun (memberikan bantuan kebajikan), kerajaan negeri berjaya mengatasi masalah itu.
“Bantuan kebajikan RM550 sebulan oleh Pakatan Rakyat jauh lebih tinggi berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang hanya RM500 dalam tempoh 50 tahun Umno BN memerintah,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2013 di bangunan Parlimen hari ini.

Belanjawan Pakatan : Penduduk Sabah, Sarawak akan dapat Jaringan Lebuhraya Borneo

KUALA LUMPUR 28 Sept: Pakatan Rakyat akan menaik taraf rangkaian jalan raya di Sabah dan Sarawak sebagai lebuh raya yang dikenali sebagai Jaringan Lebuhraya Borneo (JLB).
Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata JLB memfokus pembinaan jaringan lebuh raya menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Pantai Timur Sabah.
Ketua Pembangkang itu berkata, JLB penting untuk pembangunan kedua-dua negeri itu supaya setanding dengan bandar lain di seluruh negara.
“Ketidaksamaan rangkaian jalan raya Malaysia sangat ketara. Ia terbukti apabila setakat 2009, di Semenanjung sudah capai 35,734 kilometer.
“Berbanding di Sabah dan Sarawak, hanya 10,171 kilometer bagi tempoh sama sedangkan hasil minyak dan gas mereka banyak menyumbang kepada pembangunan infrastruktur negara,” katanya.
Selain itu, Anwar berkata, Pakatan juga bercadang menaik taraf rangkaian keretapi di Sabah dan Sarawak bagi menilai impaknya kepada perkembangan ekonomi kedua-dua negeri itu.

Belanjawan Pakatan : Salur RM20 juta pengangkutan awam percuma untuk OKU

KUALA LUMPUR 26 September: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) akan diberikan kemudahan pengangkutan awam percuma bagi semua perkhidmatan, jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.
“Kemudahan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM20 juta dan ia bertujuan memudahkan mobilasi golongan tersebut,” katanya dalam pembentangan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.
Umno BN sebelum ini hanya memberikan potongan 25 peratus kepada OKU dan warga emas berumur 60 tahun ke atas bagi semua bas ekpres.
Mereka juga memperuntukkan potongan 50 peratus sahaja bagi pengangkutan udara di bawah kendalian syarikat penerbangan Malaysia (MAS) dan perkhidmatan keretapi di bawah Keretapi Tanah Melayu (KTMB).

Belanjawan Pakatan : Tubuh Perbadanan untuk bina 100,000 rumah mampu milik

KUALA LUMPUR 26 Sept: Pakatan Rakyat akan menubuhkan Perbadanan
Perumahan Negara bertujuan melaksanakan projek perumahan berpatutan, secara besar-besaran di seluruh negara.
Perbadanan itu bertujuan mengambil alih tugas pelbagai agensi persekutuan yang terlibat dengan projek perumahan awam.
Mereka akan membina 100,000 unit rumah dengan harga antara RM130,000 hingga RM300,000 di bandar utama di seluruh negara.
Ia diharap membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana  untuk memiliki hartanah bernilai antara RM200,000 hingga RM300,000.
Mengikut Laporan Belanjawan Pakatan 2013, penubuhan itu perlu berikutan dua syarikat utama bersaing untuk membangunkan perumahan awam.
Ia ialah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) tetapi SPNB tidak efektif dalam menyediakan rumah mampu milik.
Penubuhan PR1MA tidak mencapai objektif kerana ia projek perkongsian swasta yang menjadikan keuntungan sebagai faktor utama.
Bagi mengatasi masalah projek terbengkalai pula, Pakatan akan melaksanakan polisi ‘bina dan jual’ untuk projek kos sederhana rendah bernilai bawah RM300,000 seunit.
Secara beransur-ansur, semua projek itu dibuat dengan dasar ‘bina dan jual’ manakala industri hartanah diberi masa lima tahun untuk melaksanakan polisi berkenaan.

Isteri Minta CERAI Sebab SUAMI Tak Peduli - Ustaz Azhar Idrus

Face of ancient Indonesian species reimagined

MP PAS Rantau Panjang soal YAB TPM/Menteri Pelajaran

Perbahasan RUU Hakmilik Strata (Pindaan) 2012

Belanjawan Pakatan 2013: Ekonomi Rakyat, Negara Berkat -Bhg.2

Belanjawan Pakatan 2013: Ekonomi Rakyat, Negara Berkat -Bhg.1

Khalid jemput TPM sertai mesyuarat penstrukturan air

Sidang Media : Bajet Pakatan tak berasaskan dasar kaum

France faces Muslim storm over cartoons

At-Tarbiyyah : Ibadah Haji

董总宣告呈备忘录成功 演说没提及魏家祥

1,000 attend Save Chinese Education rally

IKLAN : Syabas vs. Selangor (Edisi Penuh)

IKLAN : Syabas vs. Selangor

Gamis desak jawatankuasa PRK UIAM dedah keputusan undian


Pilihan Raya Kampus. KUALA LUMPUR - Gabungan Mahasiswa SeMalaysia (Gamis) mendesak Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) mendedahkan keputusan pengundian kepada umum biarpun sistem e-pengundian dikatakan bermasalah.
  
Naib Presidennya Mohd Eikhwan M.Ali berkata langkah itu wajar dilakukan segera supaya mahasiswa boleh menilai kesilapan yang berlaku sekaligus dapat mengembalikan keyakinan mereka terhadap pihak pengurusan PRK UIAM.
  

Kantoi Lagi : Patutlah Noh Omar nak jual sangat tanah MARDI tu.

Patutlah Noh Omar nak jual sangat tanah MARDI tu.
Difahamkan pihak MARDI tidak bersetuju dengan arahan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani yang ingin menjual tanah milik MARDI di Serdang seluas 200 ekar dengan harga yang sangat rendah..
Ini menyebabkan timbulnya persoalan kenapa Noh Omar bersungguh-sungguh mahu tanah tersebut dijual..
Apa yang tersirat disebalik tindakan Noh Omar itu ialah satu transaksi yang amat menguntungkan bakal diperolehi oleh samada Noh Omar sendiri ataupun kroninya..
Tanah tersebut dikatakan akan dijual dijual pada harga kira-kira RM14.50 sekaki persegi sedangkan harga pasaran adalah sekitar antara RM80 hingga RM100 sekaki persegi di kawasan itu.
Dengan menggunakan modus operandi yang sama dengan yang telah digunakan oleh pemimpin UMNO Pulau Pinang yang telah mengaut keuntungan RM5Juta hasil dari menjual tanah milik Melayu..

KANTOI HABIS! Video Gadis 'Solehah' Dalam 'Jet Peribadi Anwar' Tersebar!





Isu mengenai sebuah jet yang dikatakan sebagai ‘Jet Peribadi Anwar’ ini telah mula dijadikan isu pada 23 September 2012 yang lalu iaitu pada hari Ahad setelah Naib Presiden PKR, Tian Chua menyebarkan beberapa keping gambar Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sedang berada di dalam jet peribadi yang disewa tersebut.

Sama ada suratan atau kebetulan.. hanya Allah yang maha mengetahui..

Setahun yang lalu, pada tarikh yang sama iaitu 23 September 2011, ‘T’ Jet yang dinaiki oleh Anwar Ibrahim dan rombongannya itu juga telah menerbangkan seorang Menteri dari UMNO. 
Dalam penerbangan dari Subang ke Alor Setar itu Menteri dari UMNO telah diiringi oleh beberapa orang gadis jelita. 




Mereka telah diterbangkan oleh ‘T’ Jets (Dassault Falcon N990BB) yang dikenali sebagai “Jet mewah Peribadi Anwar” oleh pencacai-pencacai UMNO kini. 






Gadis-gads jelita itu telah diterbangkan secara eksklusiff bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom bagi pengambaran program reality TV ‘Solehah’.


Di mana Jamil Khir yang juga 'Menteri Agama' akan merasmikan pelancaran program realiti TV tersebut pada sebelah malamnya di Alor Setar. 





Jamil Khir yang diterbangkan oleh jet tersebut adalah tetamu kehormat pada bagi majlis sambutan Hari Raya yang berlangsung di Alor Setar itu..


Wah!! Jamil Khir pun terbang dengan 'Jet Peribadi Anwar' rupanya.. pencacai UMNO tak mahu kutuk dia ke?

MB : Rakyat Jangan Terpengaruh Provokasi “Krisis Air Selangor”

SHAH ALAM, 26 SEPT : Menteri Besar Selangor menganggap iklan fiksyen “Krisis Air Selangor” yang bakal dihasilkan untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri sebagai cabaran untuk beliau terus menyusun semula industri air untuk kepentingan rakyat.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata iklan tersebut menunjukkan sikap buruk sesetengah pihak terhadap usaha Selangor menyusun semula industri air.
“Saya berharap pelakon-pelakon tambahan ini tidak menggunakan krisis air untuk menunjukkan keupayaan lakonan mereka,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini hari ini.

Anwar janjikan lebih banyak wang poket rakyat dalam Belanjawan Pakatan

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Pakatan Rakyat (PR) menjanjikan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna oleh rakyat Malaysia dalam Bajet Alternatif mereka yang diumumkan dua hari sebelum Barisan Nasional (BN) membentangkan Bajet 2013.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim  berkata, pendapatan boleh guna akan meningkat melalui penurunan harga kereta, pemansuhan tol, dan pemansuhan pinjaman pelajaran, melalui bajet yang dibentangkan beliau hari ini.
Anwar turut berkata, kerajaan PR akan berupaya untuk menampung cadangan mereka itu tanpa meningkatkan kadar cukai, sebaliknya hanya mengawal ketirisan yang meningkat sebagai akibat daripada gejala rasuah dan ketidakcekapan.
Perdana Menteri (PM) juga dijangka akan membentangkan bajet kerajaan Jumaat ini berkemungkinan  menarik undi dan meletakkan harapan untuk memenangi pilihan raya walaupun kadar hutang negara yang semakin meningkat.

Anwar unveils alternative Budget centered on raising disposable income


KUALA LUMPUR ― Pakatan Rakyat (PR) has promised to raise the disposable income of Malaysians in an alternative set of Budget proposals announced today, just two days before the ruling Barisan Nasional (BN) unveils the government’s official proposals for spending and taxes.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, the de facto leader of the PR pact, said disposable income would rise through measures such as cheaper car prices, abolishment of tolls and waiver of student loans, as the opposition sought to pre-empt Datuk Seri Najib Razak’s Budget announcement on Friday.
Anwar said a PR government would be able to pay for the proposed measures not through raising taxes but by plugging leakages that arise as a result of inefficiencies and corruption.
“We will make the policies under the PR government more transparent to avoid leakages and waste through corruption,” he said today while unveiling PR’s alternative budget 2013 here.

Gearing towards a people’s economy

Giving Malaysians more income, and relieving them of economic hardship were among the highlights in Pakatan's shadow Budget 2013.

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat today revealed its shadow Budget 2013, with the goal of increasing Malaysians’ income and easing their financial burdens at the same time.
Opposition Leader Anwar Ibrahim announced the budget which carried the slogan “Ekonomi Rakyat Negara Berkat” (People’s Economy, Blessed Country) in Parliament today.
The coalition budget focused on three areas:
  • increasing disposable income and alleviating economic hardship;
  • building an entrepreneurial class, and promoting constructive competition; and
  • creating a “just society with dignity and pride”.
This year, Pakatan expected government revenue to be at RM197 billion, smaller than that of last year (RM220 billion).
The Pakatan budget has an expenditure tag of RM234 billion, comprising RM185 billion (operational expenses) and RM49 billion (development expenses).

Pakatan’s new deal for Sabah, S’wak

The Pakatan 2013 Budget is also a pledge for a New Deal for Sabah and Sarawak, comprising five elements.

By Lim Kit Siang
The Pakatan Rakyat’s 2013 Budget recognises and addresses the three “Cs” of corruption, crime and competitiveness – the trio of problems which are the bane of the Malaysian economy.
If unresolved, will condemn the country to  mediocrity and even towards the direction of  a failed state.
The Pakatan 2013 Budget is also a pledge for a New Deal for Sabah and Sarawak, comprising five elements:
  • Reaffirmation of the Kuching Declaration of Pakatan Rakyat of Sept 16, 2012 to fulfil the hopes and aspirations of the people of Sabah and Sarawak in terms of infrastructure development and protection of their fundamental rights in forming Malaysia 49 years ago in 1963;

Belanjawan Pakatan : Mahasiswa dapat manfaat bila PTPTN dihapus, pendidikan percuma

KUALA LUMPUR 26 September: Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 turut mengambil kira kepentingan golongan mahasiswa dengan menjamin  sistem pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dihapus manakala pendidikan disedia secara percuma.
Perkara ini juga dinyatakan secara konsisten dalam manifesto Pakatan Rakyat sebelum ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan yakin hutang pinjaman PTPTN yang dianggarkan sejumlah RM30 bilion setakat ini akan dapat diselesaikan dengan kos RM2 bilion setahun selama 20 tahun.
Beliau berkata, Pakatan juga yakin dapat menghapuskan hutang peminjam yang menepati kriteria ditetapkan oleh jawatankuasa khas yang akan dibentuk untuk merombak keseluruhan mekanisme pembiayaan pengajian tinggi di Malaysia.

Belanjawan Pakatan : Kawalan terhadap ketirisan bantu salur wang poket kepada rakyat

KUALA LUMPUR 26 September: Pakatan Rakyat bakal meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat  sekaligus menambah lebih banyak wang poket rakyat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan berupaya untuk menampung cadangan itu tanpa meningkatkan kadar cukai.
Beliau berkata, ia boleh dilaksana dengan hanya mengawal ketirisan yang meningkat sebagai akibat daripada gejala rasuah dan ketidakcekapan.
“Pendapatan boleh guna akan meningkat melalui penurunan harga kereta, pemansuhan tol, dan pemansuhan pinjaman pelajaran,” katanya dalam laporan Belanjawan Pakatan 2013.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka membentangkan belanjawan kerajaan Jumaat ini.
Dalam belanjawan itu nanti, berkemungkinan Najib bakal menarik undi dan meletakkan harapan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke 13, walaupun menurut Anwar, sejak 1988 hingga 2011, belanjawan negara mencatat pertumbuhan negatif pada kadar 2.89 peratus daripada Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat Bernilai RM233 Bilion Bertemakan : “Ekonomi Rakyat, Negara Berkat”

Belanjawan Pakatan 2013 Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Alternatif) Bernilai RM233 Bilion Bertemakan : Ekonomi Rakyat, Negara Berkat
Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat : Kalau tahun lepas Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 diumumkan 3 hari sebelum Bajet 2013. Kali ini,  Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat telah dibentangkan petang tadi iaitu 2 hari sebelum Bajet 2013 oleh Kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak…….Apa isinya? 

Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Belanjawan Alternatif 2013)

Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Alternatif) kali ini mahu mengalihkan sumber kekayaan negara yang kebanyakannya dikatakan dimonopoli oleh sebilangan golongan mahakaya kepada kepada program khusus bagi mengurangkan bebanan dan menambah manfaat rakyat. Itu kata merekalah…Walauapapun kita nantikan pembentangan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 (Alternatif) ini.
  • Lokasi : Dewan Rakyat
  • Tarikh : 26 September 2012
  • Masa : 2:00 petang
  • Pembentang : Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang Malaysia)
  • Tema : ‘Ekonomi Rakyat Negara Berkat’
Anwar Ibrahim Belanjawan 2013 Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Alternatif) Bernilai RM233 Bilion Bertemakan : Ekonomi Rakyat, Negara Berkat Kalau pada Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dahulu, sebanyak RM220 bilion dibentangkan untuk keperluan rakyat, iaitu kurang RM4 bilion daripada Bajet 2013 kerajaan Malaysia di mana bertujuan untuk mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pada Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Alternatif) kali ini adalah berjumlah RM233 bilion meningkat RM13 bilion berbanding Belanjawan Alternatif Pakatan 2012 (tahun lalu)

Pembentangan Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (Alternatif)

Intipati Belanjawan 2013 Alternatif Pakatan Rakyat : Bertujuan mengawal inflasi dan menurunkan hutang
Tujuh teras utama digariskan. Antaranya ialah :

Najib, bila nak debat ni, takut cakap takut

Hasrat mahasiswa untuk menyaksikan debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak wajar dihormati dan dipenuhi, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
Katanya, debat adalah sebaik-baik tradisi dalam negara demokrasi kerana pemimpin boleh bertukar pandangan dalam usaha menyuburkan sistem itu.
Mahasiswa merupakan golongan yang telah dididik dengan pelbagai kemahiran dan cara berfikir yang lebih tinggi, justeru mereka memilih medan intelektual untuk berlawan, bukan dengan politik ganas,” jelas Pengerusi KEADILAN Perak itu ketika dihubungi.
Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan 72% mahasiswa mahu debat antara Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri diadakan, Manakala hanya 17% tidak bersetuju dan 11% tidak pasti.

Royalti: TG Nik Aziz hargai usaha anak muda

KOTA BHARU: Biar pun masih berehat di wad Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, namun  Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersemangat menyokong anak-anak muda menuntut hak ke atas royalti minyak.

Petang tadi beliau memakai t-shirt R sebagai menyokong dan menghargai kegigihan anak-anak muda berjuang menuntut royalti.

Baju tersebut dibawa aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) diketuai Naib Presiden, Dr Syed Khalid Abdullah ketika menziarahi Menteri Besar.

Kelihatan sama di wad, anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat.

Dr Syed Khalid berkata, sokongan padu Tuan Guru Nik Abdul Aziz menaikkan semangat anak-anak muda berjuang menuntut royalti minyak.

Rakyat Sabah mohon isytihar Perjanjian Petroleum 1976 tak sah

KOTA KINABALU: Sekumpulan rakyat Sabah di sini menyifatkan tindakan kerajaan Persekutuan mengambil sebahagian besar hasil petroleum dari Sabah sebagai menyalahi undang-undang.

Malah perkara itu juga menyalahi persefahaman dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Jurucakap kumpulan terbabit, Zainnal Ajamain berkata, hasil petroleum tersebut sepatutnya menjadi milik sepenuhnya rakyat Sabah.

"Petroleum 100 peratus dimiliki rakyat di Sabah, ia harus diberikan kembali dan biarkan mereka membuat keputusan untuk berapa banyak harus diberikan kepada kerajaan Persekutuan,” katanya pada satu kenyatan di sini.

Pakatan yakin Najib akan guna Bajet 2013 pulih populariti


Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Paktan Rakyat (PR) yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggunakan Bajet 2013 Jumaat ini untuk menaikkan semula popularitinya yang merosot sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, belanjawan yang akan dibentang Najib pada 28 September ini akan dijadikan kesempatan untuk memberi insentif kepada rakyat sebagai salah satu cara untuk dirinya terus dipilih pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

Belanjawan Pakatan tawar ‘lebihan wang di poket rakyat’

Dilihat sebagai cadangan belanjawan yang lebih komprehensif berbanding tahun lalu, Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengemukakan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang menyasarkan "lebihan wang dalam saku rakyat."
Dalam dokumen cadangan belanjawan yang diumumkan di bangunan Parlimen petang ini, perikatan tiga parti itu, dalam usaha menuju ke Putrajaya berkata, cadangan pihaknya akan membolehkan rakyat memiliki pendapatan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 setiap bulan.
Angka itu adalah hasil penjimatan harga kereta yang lebih rendah iaitu sebanyak RM70, penjimatan daripada penghapusan tol (RM50), penghapusan pinjaman bagi peminjam PTPTN yang layak (RM200), elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan kerajaan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60).

Belanjawan Pakatan janji mansuh PTPTN

Pakatan Rakyat (PR) membentangkan Bajet 2013 alternatif hari ini dengan antara lain dengan mengulangi komitmen akan memansuhkan dana pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Perikatan tiga parti itu yang membangkitkan soal itu awal tahun ini menegaskan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan pendidikan peringkat universiti kepada kesemua rakyat Malaysia.

Kata PR, pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi swasta akan menerima subsidi fi pengajian.

"Oleh kerana pendidikan peringkat tinggi akan disediakan kerajaan, ini akan mengurangkan beban pelajar apabila mereka menyertai pasaran kerja, bebas daripada bayaran hutang," kata PR dalam laporan bajet yang diumumkan di bangunan Parlimen hari ini.

Belanjawan Pakatan : PR bubar 1MDB, fungsi sama Khazanah Nasional


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dalam Belanjawan 2013 menegaskan akan membubarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia mempunyai fungsi yang sama dengan Khazanah Nasional.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentang belanjawan tersebut memberitahu tindakan membubarkan 1MDB itu akan dilaksanakan dalam masa 100 hari selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa di Putrajaya.

Beliau menegaskan kehadiran 1MDB adalah sama dengan fungsi Khazanah yang terlibat dalam strategi pelaburan.

"Kita ingin melahirkan reformasi dan ketelusan dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) serta memelihara hak dan fungsi.

"Khazanah sudah melaksanakan tugas seperti mana yang diarahkan  dan kenapa perlu diwujudkan 1MDB sedangkan fungsinya adalah sama dalam strategi pelaburan," jelasnya pada pelancaran belanjawan itu di dewan taklimat parlimen, petang ini.

Bajet 2013 'pemurah', tapi ketepi reformasi ekonomi?



 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan bajet yang menyenangkan pengundi dengan meletakkan keutamaan memenangi pilihan raya daripada menyentuh hutang negara yang makin membebankan.

Menurut pakar ekonomi, Najib mungkin menangguhkan pembaharuan - untuk meluaskan asas cukai dan mengurangkan kebergantungan terhadap sumber minyak - ketika mengumumkan langkah membantu keluarga miskin yang bergelut untuk menyara hidup.

NONEPendapatan kukuh pada 2012 membolehkan kerajaan bersikap pemurah dalam bajet tahun depan tanpa membimbangkan pasaran kewangan, lapor Reuters.

Bagaimanapun, lapor agensi berita antarabangsa itu lagi, tanda-tanda kemerosotan fiskal akan menambah kebimbangan pelabur ekoran kemerosotan yang konsisten dalam kewangan Malaysia.

Fitch Ratings pada Ogos lalu berkata, kewangan awam Malaysia lemah berbanding kedudukan negara lain sebarisnya dan setanding dengan negara yang mempunyai hutang tinggi seperti Itali dan Israel.

Polisi berasaskan kaum perlu dihentikan, kata Anwar

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Datuk Seri Anwar Ibrahim  hari ini menjanjikan polisi berasaskan kaum seperti yang dibawa oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada Bumiputera perlu dihentikan, kerana ia hanya memberikan kekayaan kepada sebilangan kecil komuniti berkenaan yang merupakan kroni.
Ketua Pembangkang itu juga menegaskan, PR menjanjikan “fasa baru tender terbuka yang kompetitif” untuk membantu rakyat Malaysia, seperti yang termaktub dalam Bajet Alternatif PR yang diumumkan di Parlimen hari ini.
“Polisi berasaskan kaum perlu dihentikan ... kita akan membantu golongan miskin untuk mendapatkan kemudahan seperti pinjaman mikro. Siapa yang terima faedahnya? Melayu. Mereka lebih ramai, jadi bila kita beri kepada orang India, ia tidak memberikan kesan kepada komuniti Melayu,” katamya kepada pemberita hari ini.

7 teras utama Belanjawan Pakatan Rakyat 2013


KUALA LUMPUR: Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 meletakkan tujuh fokus sebagai teras utama agar ia selari dengan matlamat mengawal defisit dan menurunkan hutang negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan belanjawan bertema Ekonomi Rakyat Negara Berkat tersebut menegaskan antara tujuh perkara teras itu adalah mengangkat martabat wanita.

"Kita ingin meningkatkan martabat kaum wanita dan atas usaha itu kita (Pakatan Rakyat) akan melaksanakan Caruman Wanita Nasional untuk suri rumag membabitkan peruntukan RM3 bilion setiap tahun.

"Selain itu juga kita akan memastikan reformasi dan ketelusan pada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dengan antara lain kita akan membubarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana mempunyai fungsi yang sama dengan Khazanah Nasional" jelas beliau di Bilik Taklimat di Parlimen.

Belanjawan Pakatan : Isteri dapat caruman daripada suami dan kerajaan jika Pakatan perintah

KUALA LUMPUR 26 September: Pakatan Rakyat membela golongan wanita dengan memperuntuk RM3 bilion melalui skim Caruman Wanita Nasional.
“Kita cadangkan jaringan keselamatan sosial komprehensif untuk suri rumah dikenali sebagai Caruman Wanita Nasional. Ia adalah keselamatan sosial komprehensif yang diperkenal di negara ini.
“Dua tahun permulaan, pelaksanaan ini melibatkan pendaftaran sukarela untuk mewajibkan setiap suami menunaikan caruman kepada isteri mereka,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang itu berkata demikian ketika membentang Belanjawan Pakatan dengan tema ‘Ekonomi Rakyat Negara Berkat’.
Untuk itu, katanya, suami perlu mencarum kepada isteri dengan kadar minimum RM120 sehingga RM1,200 mengikut kemampuan.

Belanjawan Pakatan : Turunkan harga kereta, kurangkan duti eksais 20 %, hapus permit AP 2015

KUALA LUMPUR 26 September: Intipati Belanjawan Alternatif 2013 Pakatan Rakyat (Pakatan) mencakupi penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais sebanyak 20 peratus, selain sistem bidaan AP dibuat secara terbuka sehingga 2015 sebelum ia dihapus.
Menurut laporan Belanjawan Pakatan 2013 yang dibentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, penurunan itu dibuat berikutan duti eksais terlalu tinggi sehingga mencecah 105 peratus.
“Bidaan tender permit AP dibuat sebagai menebus kehilangan pendapatan melalui potongan duti eksais itu,” laporan itu dipetik.
Belanjawan tersebut turut menunjukkan aliran pendapatan negara selama lima tahun jika dasar automotif itu dilaksanakan.
Laporan itu menjelaskan, kerajaan Pakatan hanya perlu membelanjakan RM 2 bilion untuk setiap tahun 2013 dan 2014 dan RM1 bilion setiap tahun pada 2015 hingga 2017.

Belanjawan Pakatan : Fungsi bertindih dengan Khazanah, 1MDB akan dibubar

KUALA LUMPUR 28 September: Pakatan Rakyat akan membubar syarikat berkaitan kerajaan iiatu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana fungsinya bertindih dengan Khazanah Nasional.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata 1MDB  akan dibubar dalam tempoh 100 hari selepas Pakatan menawan di Putrajaya.
Beliau berkata,  pembubaran 1MDB selaras dengan reformasi dan ketelusan GLC yang terkandung sebagai satu daripada tujuh teras Belanjawan Pakatan 2013.
“Kita mahu reformasi dan ketelusan dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) serta memelihara hak dan fungsi.
“Khazanah sudah laksanakan tugas yang diarahkan. Kenapa perlu wujudkan 1MDB sedangkan fungsinya sama,” katanya pada sidang media Belanjawan Pakatan 2013, petang ini.
Anwar berkata, kewujudan 1MDB itu adalah  pembaziran besar kerana objektifnya sama dengan Khazanah iaitu terlibat dalam strategi pelaburan.

Belanjawan Pakatan 2013 tambah kebajikan untuk rakyat dan realistik

KUALA LUMPUR 28 Sept: Pakatan Rakyat hari ini membentang Belanjawan 2013, dengan beberapa tawaran baru yang menguntungkan segenap lapisan rakyat dan bersifat realistik.
Ia dibentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan utama Pakatan kira-kira jam 2 petang tadi, dua hari lebih awal daripada Barisan Nasional (BN).
Intipati Belanjawan dibuat berdasarkan polisi sebelum ini, selain selari dengan matlamat mengawal inflasi dan menurunkan hutang.
Tujuh teras utama digariskan iaitu reformasi dan ketelusan GLC, membina daya saing ekonomi, mengangkat martabat wanita, hasil minyak untuk negeri, menurunkan harga kereta, reformasi membanteras jenayah dan perumahan untuk rakyat.
Belanjawan bertema ‘Ekonomi Rakyat Negara Berkat’ itu juga mengandungi beberapa tawaran baru yang menarik, antaranya: -