Selasa, 25 September 2012

MKL - Crimedesk - 2 Wanita Islam Kongsi Sebilik dengan Jantan Afrika

Jamak QASAR Di Rumah ISTERI Atau Kampung - Ustaz Azhar Idrus

REZEKI Ditarik Jika Buat MAKSIAT ? - Ustaz Azhar Idrus

Saham FGVH: Hutang RM3,640 dikira RM4,000


BANDAR JENGKA: Harapkan dapat saham percuma, rupa-rupanya dikira hutang. Sudahlah begitu, jumlah hutang yang dicaj pula melebihi daripada harga sebenar.
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan, sepatutnya peneroka perlu membayar balik pinjaman untuk 800 unit saham Felda Global Venture Holding (FGVH) sebanyak RM3,640 (pada harga terbitan RM4.55), sebaliknya peneroka perlu membayar RM4,000.

Serentak dengan itu beliau menggesa Felda memberi penjelasan mengenai jumlah bayaran balik pinjaman untuk saham yang tidak mengikut harga sebenar atau berhadapan dengan saman peneroka.

Perkasa to call for KLCC boycott

Ibrahim Ali issues a warning following an allegation that the Suria management discriminates against Malay traders.
KUALA LUMPUR: Perkasa has warned Suria KLCC that it will ask the Malay public to boycott it unless it treats Bumiputera traders fairly.
Perkasa president Ibrahim Ali issued the warning after a camera shop proprietor alleged that Suria’s management was kicking her out of the shopping centre.
Sherifah Salim, who owns a Foto Point outlet, has been trading there for 14 years, according to a press statement.
Apparently, Suria has refused to renew her lease on the ground that her revenue was not good enough. She rejected the claim, saying she had topped the four other camera outlets at the complex, all owned by non-Bumiputeras.
She added that Suria had given additional trading space to various non-Bumiputera stores near hers, but had denied the same benefit to her.
The final straw apparently came when Suria allegedly threatened to raise her rent from RM22,000 to RM45,000 a month if she chose not to leave the premises by Sept 30.

Komuniti intelek mesti berani bersuara


PETALING JAYA, 24 SEPTEMBER: Komuniti intelektual disaran supaya berani menyuarakan pendapat berasaskan ilmu dan kefahaman secara jujur tanpa gentar kepada tekanan dan hukuman pihak penguasa yang mungkin membisukan suara mereka.
Bercakap ketika melancarkan buku ‘Why Listen to The Vice Chancellor’ di Petaling Jaya hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyebut bahawa tidak ada mana-mana kuasa yang boleh menghalang percambahan sesuatu ide.
“Semakin hari kita diperlihatkan dengan kehilangan suara-suara akademik. Suara mereka, jiwa mereka dihilangkan, didiamkan oleh penguasa. Mereka takut rakyat sedar dan bangkit. Buku ini adalah merupakan salah medium yang membawa suara dan jiwa ahli akademik memperjuangkan idea mereka.”

Tangguh laporan Ketua Audit Negara: BN takut apa?


KUALA LUMPUR, 25 SEPTEMBER: DAP hari ini mempersoalkan keengganan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membentangkan laporan Ketua Audit Negara 2011 terlebih dahulu sebelum membentang belanjawan dan menyifatkannya sebagai tindakan yang  mempersenda konsep serta prinsip kebebasan autonomi parlimen.
Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataan medianya semalam, sama ada laporan tersebut mengandungi ‘bom jangka tersembunyi’ yang akan menjejaskan dan memalukan pentadbiran Najib, semuanya adalah faktor yang tidak berkaitan dan bukan sebab mewajarkan laporan tahunan Ketua Audit Negara kepada Parlimen ditangguhkan.
“Adakah Najib dan Nazri bimbang Laporan Ketua Audit Negara 2011 terhadap Akaun Persekutuan mengandungi pendedahan yang menggemparkan seperti skandal “lembu dan kondominuim” ?” soal beliau.

DAPSY kutuk budaya politik samseng di kampus


KUALA LUMPUR, 25 SEPTEMBER: Tindakan serangan fizikal dan ugutan terhadap calon-calon pilihanraya kampus menunjukkan bahawa budaya politik samseng di luar tembok universiti telah menyusup masuk dan mempengaruhi proksi-proksinya di kalangan mahasiswa.
Demikian kata Ahli Majlis Eksekutif DAPSY, Zairil Khir Johari dalam kenyataan medianya hari ini dalam reaksi terhadap kejadian serangan melibatkan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto (gambar) yang didakwa dibelasah lima pemuda tidak dikenali di luar rumahnya awal pagi tadi.
Menurut mahasiswa Universiti Malaya itu, motosikalnya dihalang sebuah kereta sebelum beliau kemudiannya diheret ke bahu jalan sebelum diserang dan dibelasah dengan topi keledar di kawasan rumahnya di Seksyen 17 Petaling Jaya.

No increase in oil royalty

Production sharing terms with oil companies the government liases with comes first, Najib said.

KUALA LUMPUR: The federal government does not intend to increase the royalty payments to the various oil-producing states.
Prime Minister Najib Tun Razak confirmed this in Parliament in a written response to a query by PAS-Rantau Panjang MP Siti Zailah Mohd Yusoff over the matter.
“The [federal] government has no intention to review the petroleum product payment to the state governments, including that of Sabah and Sarawak,” he said.
State governments currently get 5% from oil royalties, a result of an agreement made over 40 years ago.
Najib added that the allocations through the payment of petroleum products to the federal and state governments were set according to a Production Sharing Contract (PSC).

Petronas-Sabah oil agreement challenged

Similar legal suits against Petronas will be filed by groups in oil-producing Kelantan, Terengganu and Sarawak.

KOTA KINABALU: Six Sabahans, including leaders from Sabah Progressive Party (SAPP) and PAS, have filed a suit against Petronas and the Sabah state government at the High Court here, seeking to declare the 1976 agreement between Petronas and the Sabah state government as null and void.
The group of six who called themselves “Royalty for Sabah”, are Zainal Ajamain, Michael Peter Govind, PAS leaders Lahirul Latigu, Mohd Julpikar Ab Mijan, and SAPP’s Dullie Mari and Joseph Wilfred Lakai.
Zainal was co-founder of the United Borneo Front (UBF) but soon after together with Govind, parted ways with another UBF founder Jeffrey Kitingan.
The writ of summon was filed by their lawyer Marcel Jude at the High Court registry.

PR cadang Parlimen tubuh j’kuasa selaras hukuman rogol bawah umur

KUALA LUMPUR 25 September: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mencadangkan Parlimen menubuhkan jawatankuasa untuk menyelaras hukuman rogol melibatkan gadis bawah umur bagi memastikan golongan itu dilindungi.
Naib Presiden KEADILAN itu berkata, jawatankuasa berkenaan perlu untuk memberi garis panduan kepada hakim.
Ini kerana katanya, sehingga kini hakim-hakim di Malaysia tidak mempunyai garis panduan yang jelas berhubung perkara tersebut.
“Tiada sensitiviti dari segi penghakiman berkaitan kes rogol membabitkan anak gadis bawah umur. Hakim menyatakan kadang-kadang imiginasi di luar jangkaan dan sebagainya.
“Justeru perlu ada garis panduan yang lebih konsisten supaya pemangsa itu takut melakukan apa sahaja hubungan dengan gadis bawah umur 16 tahun,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Hina lagu Negaraku, Timbalan Menteri SK Devamany harus dibicara

Merujuk kepada laporan portal Malaysiakini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius kenyataan dangkal seorang Timbalan Menteri apabila mengatakan Gangnam lebih popular dari lagu kebangsaan Negaraku. Membandingkan lagu Negaraku dan Gangnam adalah keterlaluan dan lagu Negaraku tidak sepatutnya dihina sedemikian rupa.
Kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, SK Devamany telah menghina lagu Negaraku dengan merendahkan taraf lagu tersebut lebih rendah dari Gangnam. Sepatutnya lagu kebangsaan mempunyai kedudukannya yang tersendiri sama seperti bendera kebangsaan.
Sepertimana yang berlaku pada malam ambang kemerdekaan ketika seorang anak muda menunjukkan ekspresi terhadap gambar pemimpin negara yang kemudiannya ditekan hebat, SK Devamany harus juga diburu, digari dan dibicarakan atas akta hasutan kerana menyebabkan kekeliruan orang ramai yang membandingkan lagu Gangnam dan Negaraku yang sebenarnya tidak layak dibuat perbandingan.

PAS gesa wujud peraturan hubungan antarabangsa

KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan Malaysia mengambil langkah proaktif dengan membuat peraturan berkaitan hubungan antarabangsa agar ia dijalinkan dengan lebih baik.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menegaskan Malaysia melalui OIC perlu menangani isu tersebut melalui tindakan diplomatik agar penghinaan terhadap agama lain tidak berulang.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW ekoran penerbitan filem Innocent of Islam di Dewan Rakyat, hari ini.

Perak’s 3-hour assembly history: Pakatan livid

According to Perak DAP, the assembly sitting of three hours is the 'shortest in the history of Perak'.

IPOH: Pakatan Rakyat elected representatives are furious that the state Barisan Nasional government has treated  today’s State Legislative Assembly three-hour sitting as a mere rubber-stamping exercise to satisfy the legal requirement of a six-month duration for the house to sit in.
Article 10 of the Standing Orders of the Perak State Legislative Assembly states that there shall be a meeting of the assembly once at least in every six months.
Former menteri besar and state Pakatan chief Mohammad Nizar Jamaluddin said: “BN is only interested in fulfilling the six-month legal requirement by mere rubber stamping but does not want to address the problems faced by Perakians.”
Nizar told FMT today that such a cosmetic exercise was a waste of taxpayers’ money as the people’s grievances and problems remained unresolved.
He said that BN was selfish in only ensuring its rule of the state was not broken and did not seem to be serving the interests of the people who had elected it to office.

Sokong Najib tapi tak mengundi BN

Kajian terbaru UMCEDEL menunjukkan antara faktor utama penolakan BN ialah isu integriti pemimpin BN dan Umno 

PETALING JAYA: Program transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya meningkatkan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional, menurut kajian  Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).
Kajian yang dilakukan dalam bulan Mac hingga April dan bulan ini menunjukkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 kepada golongan berpendapatan kurang dari RM 3000 berkesan.
Kajian pertama yang dilakukan dari 31 Mac hingga 15 April menunjukkan 66 peratus menyokong BN. Hanya 24 peratus tidak bersetuju dan 10% tidak pasti.
Kajian kedua pula dari 1 hingga 16 September pula menunjukkan 61 peratus bersetuju, 23 tidak bersetuju dan 16 peratus tidak pasti.
Trend sama dapat dilihat melalui program perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Klinik 1Malaysia (K1M).

Demonstrasi Pemuda BN medan himpun 'PELACUR POLITIK'

Majoriti umat Islam seluruh dunia bangkit membantah filem 'Innocence of Muslims' terbitan karyawan seni Amerika Syarikat, yang menghina Nabi Muhammad s.a.w.
Kebangkitan serentak di seluruh dunia itu, memberi signal yang jelas kepada Barat, bahawa mereka tidak sewenang-wenangnya boleh mencemar dan menghina agama Islam.
Demonstrasi Pemuda BN medan himpun 'PELACUR POLITIK'Kebangkitan yang sekata tersebut adalah manifestasi daripada kecintaan umat Islam terhadap Rasul mereka, kemuliaan ad-din yang dianuti dan kesucian agama Islam yang diimani majorti penduduk dunia.
Kebangkitan yang menggegarkan dunia ini amat menggerunkan Barat. Amerika khususnya, terpaksa berusaha untuk membaiki hubungan dengan umat Islam dan menafikan pembabitan mereka dalam filem tersebut.
Umat Islam di Malaysia juga bangkit. PAS, KeADILan dan DAP, mewakili Pakatan Rakyat lebih awal, mengeluarkan amaran keras ke atas Amerika dan sekutu mereka.
Jumaat lepas, PAS yang diterajui Pemudanya, menganjurkan Perhimpunan besar-besaran, berarak dari Masjid Tabung Haji ke Kedutaan Amerika, bagi menyatakan bantahan terhadap kebiadaban filem mereka.
Tiada suara yang dilaungkan, selain membesarkan Allah dengan lafaz 'Allahu Akbar'. Tiada kecintaaan yang diluahkan, melainkan dengan ungkapan 'Salallahu 'ala Muhammad, salallahu 'alaihi wasallam'.

Jet peribadi: Zahid Hamidi kantoi! hahaha!



Anwar naik jet, kecoh 1Malaysia.. Zahid Hamidi naik jet peribadi ke Mekah ni kenapa diam?



Kerana ketandusan isu untuk menyerang DSAI, kebelakangan ini kita menyaksikan blogger-blogger UMNO menjadikan jet peribadi yang dinaikki oleh Ketua Pembangkang sebagai isu besar..

Lebih besar dari Skandal PERWAJA, lebih besar dari skandal PKFZ, lebih besar dari skandal BMF malah jauh lebih besar dari skandal NFC ataupun MRT.

Meskipun Anwar telah menjelaskan bahawa jet tersebut milik seorang rakan yang mahu membantu beliau di dalam program kempen memandangkan ketika itu beliau sangat memerlukannya.

Anwar turut menjelaskan bahawa pemilik jet peribadi jenis Dassault Falcon 7X tersebut boleh diperiksa kerana ia berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam.

PKR Selar Iklan Fiksyen “Krisis Air Selangor”



SHAH ALAM 25 SEPT : Pemimpin PKR hari ini terus menyelar usaha untuk memburukkan imej kerajaan negeri dengan iklan yang kononnya bekalan air di Selangor tidak cukup.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor berkata tindakan itu hanya akan menambah kebencian rakyat kepada gabungan Umno-BN yang beliau dakwa membiayai iklan tersebut.
Manakala naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata penggambaran itu dan kenyataan Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob baru-baru ini mengesahkan yang Umno-BN menggunakan taktik kotor untuk rampas Selangor.
Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata keburukkan Umno-BN terserlah apabila ia memperalatkan orang awam dan pelakon yang dipercayai diupah bagi ‘menjayakan’ video tersebut.
“Sebagai sebuah parti ‘antik’ yang mempunyai pelan politik, AMK negeri merasakan Umno-BN sedang benar-benar goyah dan hanya menunggu masa untuk dikuburkan,” katanya dalam kenyataan media.

'Lembu-lembu tua' dalam pilihan raya kampus


SAYA masih teringat kisah lucu ketika belajar di sebuah IPTA di utara Semenanjung. Kisah ini diceritakan seorang senior ketika kempen pilihan raya kampus sedang rancak berjalan. Ceritanya berkisar tentang seorang siswa yang digelar pelajar lain sebagai "Number One" (#1).

Siswa ini memang dikenali oleh penghuni kampus kerana sifat uniknya. Selain perawakannya yang 'simple' dia juga berpacaran. Pacarnya rakan sekuliah atau sekursus dengannya.

Ketika musim pilihan raya kampus tiba, #1 juga sibuk mengambil borang untuk menjadi calon. Dengan syarat minimum memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 2.5, beliau pun dipilih untuk bertanding mewakili kursus (sekarang ini fakulti).

Pakatan gesa OIC percepat tindakan isu hina Islam

KUALA LUMPUR 25 September:  Pakatan Rakyat menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyegerakan usul kepada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mewujudkan undang-undang mencegah penghinaan terhadap Islam.
Perkara itu dinyatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perbahasan usul penghinaan terhadap Islam di Parlimen petang tadi.
Katanya, OIC dilihat terlalu lambat bertindak walaupun isu penghinaan Islam melalui filem Innocence of Muslims sudah berlarutan lebih dua minggu.
“Kita dimaklumkan OIC baru nak mengemukakan usul kepada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mewujudkan undang-undang mencegah penghinaan agama.
“Justeru saya menyeru supaya mereka lebih cepat bertindak supaya dapat meredakan ketegangan antara agama,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 itu dikemukakan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub semalam.

Pengundi Hantu : Keputusan p'raya kampus UIA digantung



 
Keputusan pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini digantung ekoran masalah teknikal.

Jurucakap universiti memberitahu Malaysiakini, keputusan itu diambil ekoran jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi.

Perkara itu, katanya akan dirujuk kepada Dewan Senat UIA.

Menurut jurucakap UIA juga, jawatankuasa pemilihan kampus akan mencadangkan supaya diadakan pilihan raya semula secara manual dalam tempoh seminggu.

Sekarang ini universiti itu menggunakan pengundian elektronik (e-undi).

Jika cadangan itu diterima, ini bermakna UIA menjadi universiti pertama di negara ini menjalankan semula pilihan raya kampusnya.

Jika tiada masalah, keputusan pengundian di universiti itu sepatutnya sudah diumumkan selewat-lewatnya jam 8 malam tadi.

Sebanyak 31 kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya kampus universiti itu pada tahun ini.

Tahun lalu kumpulan Pro-Mahasiswa menang 23 daripada 26 kerusi.

Sementara itu, dalam kenyataan kepada Malaysiakini sebentar tadi, jawatankuasa itu memohon maaf terhadap kesulitan yang dihadapi.

Jawatankuasa itu juga menegaskan prosesnya berjalan lancar tanpa campur tangan luar dan parti politik.

Salahuddin: Saya mahu debat dengan MB Johor, bukan Azalina

KUALA LUMPUR, 25 Sept — Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) menegaskan beliau hanya akan berdebat berkenaan isu di Pangerang dengan menteri besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, dan bukan Datuk Seri Azalina Othman.
Jelas Salahuddin, debat antara beliau dan Azalina yang merupakan ahli Parlimen Pengerang tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap nasib penduduk Pengerang kerana kuasa berhubung tanah terletak di bawah kuasa MB.
“Saya hanya akan berdebat dengan MB Johor. Itu boleh beri kesan kepada nasib penduduk.
“Azalina biar beliau berdebat dengan pengerusi Himpunan Hijau Lestari, Anis Afida Mohd Azli,” kata ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi kepada pemberita hari ini.

Ibrahim Ali Sokong Nik Aziz Boikot Produk Buatan Amerika..he.he..he..!!

Israel asked to act on hate crimes

SIRAH NABI : Peperangan Tabuk - Bahagian 1

Konvokesyen Insaniah Ke 14

World's biggest crocodile puts small town on map

Hukum Pakai GLOVE Dalam Solat / Songkok JKK - Ustaz Azhar Idrus

Hukum BERDEHEM Dalam SOLAT - Ustaz Azhar Idrus

Hukum TELAN Air Liur Dalam Solat - Ustaz Azhar Idrus

Protest rocks Syrian refugee camp in Jordan

Ibrahim Ali Meroyan Bila Anwar Naik Jet Tak Ajak Dia....!!! ha..ha,..ha,..bila samseng nak lempar cat merah....???

Ucapan perasmian Maybank cawangan Kubang Kerian | 25 Sept 2012

Jangan sampai rakyat S'gor kena minum air lombong, jika Pahang batal perjanjian - BN

Dewan Rakyat lulus usul bantah filem hina Islam

Pro-M leader assaulted hours before UM polls

Isu Pengambilan Tanah Rakyat Pengerang.

Ambiga warns of crackdown on civil society groups

Himpunan Hijau Lestari Pengerang 30 September

Azalina slams critics of Pengerang project

SIRAH NABI : Siasah Islam Terhadap Orang Yang Baru Memeluk Islam

NST given 48 hours to apologise to NGOs

Datuk Tamrin Ghaffar Ceramah rantau Abang 24 Sept 2012

Residents cry foul over 'dry taps' ad shoot

It is Mahathir who should be grateful to the Malays, not the other way around!


Former premier Mahathir Mohamad stirred up a ruckus when he insulted the Malays, calling them ungrateful and lacking in intelligence. But not a squeak of protest came from his Umno party, although it declares itself to be the only one capable of defending Malay rights. And also Islam.
It is Mahathir who should be grateful to the Malays, not the other way around!The only ones who dared to rebut the 87-year-old Mahathir were his nemesis, Opposition Leader Anwar Ibrahim, and Kita president Zaid Ibrahim. Anwar told Dr M not to be selfish and look at the plight of the Malays as a whole, while Zaid said he would rather be ungrateful than to be stupid and swallow hook, line and sinker every lie UMNO told.
But not a whisper from Prime Minister Najib Razak, and he is the president of the United Malays National Organization!
Actually, if we look back at the five decades of UMNO rule, it is quite apparent that almost everything has turned out for the worse thanks to the rampant greed and corruption if its top leaders.
Hence, no one should be grateful to UMNO, not even the Malays!
What has UMNO done for the Malays?
If UMNO were to claim Taib Mahmud, the Sarawak Chief Minister who is actually a Melanau, as one of its success stories allowing him amass so much wealth, then UMNO has succeeded in producing the richest Malaysian and Malay in the world.

FGVH: GSF mohon menghadap Agong

KUALA LUMPUR: Gerakan Selamatkan Felda (GSF) hari ini mengumumkan pihaknya telah menghantar satu permohonan rasmi memohon menghadap Yang Dipertuan Agong berhubung kedudukan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata pihaknya telah menerima surat pengesahan dan hanya menunggu jawapan balas dari pihak istana.

"Kita telah menerima surat pengesahan dari istana dan sekarang kita hanya menunggu jawapan balas bagi kita mengadap Yang Dipertuan Agung.

Ketua Pemuda Umno Gopeng ke mahkamah, dituduh miliki surat kuasa palsu

SHAH ALAM, 25 Sept — Ketua Pemuda Umno Bahagian Gopeng, Mohd Arlizam Abdul Rahman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan memiliki dan menggunakan dokumen palsu iaitu sekeping surat kuasa bagi sebidang tanah di Kapar, Klang, lima tahun lepas.
Mohd Arlizam, 37, yang juga seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Asmadi Hussin.
Dia didakwa memiliki dan menggunakan satu dokumen palsu iaitu ‘Power of Attorney’ bertarikh 21 Mei 2007 di antara penama Liew Woon Foh dan nama tertuduh sendiri bagi sebidang tanah milik Liew yang terletak di alamat GM 781, Lot 4337, Batu 3 3/4, Jalan Kapar.
Mohd Arlizam didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah dan Tanah Klang pada 21 Mei 2007.
Pertuduhan mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Iswa Tonie yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan agar Mohd Arlizam dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan pasportnya diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Pro-M berjaya pertahan 'kubu kuat' UM

Seperti yang dijangka, kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya mempertahankan kubu kuat mereka selepas menang dalam pilihan raya kampus itu lewat petang ini.

Di Universiti Malaya (UM), pro-M berjaya mempertahankan kemenangan apabila menang 22 daripada 43 kerusi yang dipertandingkan.
Mereka menang enam kerusi umum dan 16 kerusi fakulti. Sementara lawan mereka, Penggerak Mahasiswa memenangi 17 kerusi manakala bebas menang dua kerusi.
Sementara dua lagi kerusi - masing-masing satu di fakulti sains dan teknologi maklumat dan fakulti pendidikan berada berkedudukan seri.

"Oleh itu jawatankuasa pemilihan akan membuat keputusan mengenai perkara itu esok," kata seorang pegawai yang enggan namanya disebut.
Tahun ini, kampus perdana itu mempertaruhkan sembilan kerusi umum dan 34 kerusi fakulti. 
Dalam pilihan raya lalu, pro-M menang 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Kajian UM: Keyakinan kepada Pakatan meningkat



(Kajian sokongan peringkat pusat menunjukkan peningkatan sokongan kepada Pakatan)


KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat meningkat sekarang berbanding dengan kajian yang dibuat pada awal tahun ini.

Sokongan juga meningkat ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan juga Kedah namun sedikit penurunan di Kelantan.

Kajian itu juga menunjukkan penurunan terhadap keyakinan rakyat bahawa BN akan terus menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum nanti.

Pengerusi Pro-M Dipukul, Polis Diminta Siasat Blog ‘Satu Peluru’, ‘Malaysia Bangkit’

KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Pengerusi kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya, Edipkoup Lakip Sediyanto menjadi mangsa terbaru budaya politik samseng di dalam universiti apabila beliau dipukul kira-kira jam 4.00 pagi hari ini.
Edipkoup dipukul oleh lima lelaki yang menaiki sebuah kereta Kancil ketika beliau dalam perjalanan pulang dari Universiti Malaya ke kediamannya di seksyen 17.
Akibat dari kejadian tersebut, Adikoup terpaksa menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan hanya dibenarkan keluar kira-kira tengahari tadi.
Perkara tersebut didedahkan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Safwan Anang dalam sidang media yang diadakan di Lobi Parlimen hari ini.
Mohd Safwan berkata motorsikal yang ditunggang Edikoup dihalang kereta terlibat sebelum beliau diheret ke kawasan gelap.
“Mangsa dihayun dengan topi keledar sehingga terjatuh dari motorsikal.

Auditor-General looking into NFCorp

PAC has ordered a special audit over the RM250 million loan to the company.

KUALA LUMPUR: Parliament’s Public Accounts Committee (PAC) has been meeting with the Auditor-General’s Department over the government’s RM250 million loan to the National Feedlot Corporation (NFCorp).
Their latest session took place this morning, PAC chairman Azmi Khalid told reporters.
He said PAC had instructed the department to run a special audit to find out whether the loan was disbursed properly.
“How they (NFCorp) spent the money, we’re not interested,” he said. “But how the money went out from the government, we’re looking at that — whether it followed the procedures.”

Kajian: Jangkaan BN menang PRU13 susut

Dr G MANIMARAN
Peratusan jangkaan Barisan Nasional (BN) akan menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merosot berbanding awal tahun, demikian menurut hasil kajian terbaru diumumkan hari ini.
Menjelang PRU 13
Sebaliknya, jangkaan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan mencapai misinya menguasai Putrajaya dan menggantikan BN di pusat pula meningkat.

Peratusan pengundi yang tidak pasti berhubung soalan yang membawa kepada jangkaan itu - "dengan andaian anda tidak memihak kepada mana-mana parti politik, parti manakah yang anda jangka akan menang di peringkat nasional dalam PRU13 dan menguasai Putrajaya", mengalami penurunan daripada 30 peratus kepada 26 peratus.
Kedudukan itu dilihat menggambarkan pendirian pengundi atas pagar.

Kajian UM : 42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua

Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden etnik itu percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua.

Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu juga mendapati sebanyak 26 peratus masyarakat India dan 62 peratus Melayu berkongsi pandangan sama.

"Terdapat keyakinan terhadap pelaksanaan hukum hudud dalam kalangan orang Melayu, namun masih terdapat keraguan terhadap cadangan pelaksanaannya dalam kalangan orang bukan Melayu," ringkasan kajian itu dipetik.

Dapatan mengejutkan itu dijalankan baru-baru ini melibatkan 25 peratus (385 orang) responden Melayu, sebanyak 68 peratus (1,041) Melayu dan 7 peratus (110) India.

Sebanyak 41 peratus responden masyarakat Cina pula menjawab "ya" apabila ditanya adakah perlaksanaan hudud mampu menghalang jenayah daripada berleluasa.

Bagaimanapun, sebanyak 51 peratus masyarakat itu merasakan hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama.

Noh Digesa Tidak Jual Tanah MARDI

SHAH ALAM 25 SEPT : Datuk Seri Noh Omar digesa tidak meneruskan hasrat menjual tanah milik Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang seluas 200 ekar kepada mana-mana pihak hanya untuk meraih keuntungan.
Exco Permodenan Pertanian,Pengurusan Sumber Alam Dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari berkata Kerajaan Negeri Selangor menolak permohonan pihak MARDI untuk menukar status tanah itu daripada pertanian kepada perniagaan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada minggu lepas.
Dr Yaakob memberitahu pada waktu ini tanah milik MARDI berkenaan sedang dalam proses rundingan untuk dijadikan tapak universiti swasta yang berorientasikan keuntungan semata-mata.
Beliau menegaskan Noh selaku Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani sepatutnya melakukan transformasi terhadap MARDI untuk dijadikan sebagai salah satu pusat pertanian yang unggul di dunia.
“Selaku menteri kabinet beliau seharusnya menasihat ahli-ahli mesyuarat kabinet yang lain supaya mempertahankan tanah tersebut dari terus dijual.
“Sebaliknya, beliau hanya mendiamkan diri dalam isu ini tanpa memberikan sebarang maklumbalas.
“Difahamkan pihak MARDI tidak bersetuju dengan arahan menteri kabinet yang ingin menjual tanah tersebut dengan harga yang sangat rendah,” kata Dr Yaakob di sidang media yang diadakan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Anwar naik jet, kecoh 1Malaysia.. Zahid Hamidi naik jet peribadi ke Mekah ni kenapa diam?

Kerana ketandusan isu untuk menyerang DSAI, kebelakangan ini kita menyaksikan blogger-blogger UMNO menjadikan jet peribadi yang dinaikki oleh Ketua Pembangkang sebagai isu besar..

Lebih besar dari Skandal PERWAJA, lebih besar dari skandal PKFZ, lebih besar dari skandal BMF malah jauh lebih besar dari skandal NFC ataupun MRT.

Meskipun Anwar telah menjelaskan bahawa jet tersebut milik seorang rakan yang mahu membantu beliau di dalam program kempen memandangkan ketika itu beliau sangat memerlukannya.

Anwar turut menjelaskan bahawa pemilik jet peribadi jenis Dassault Falcon 7X tersebut boleh diperiksa kerana ia berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam.

PR akan guna Jet dan Helikopter untuk berkempen PRU13 ...Yang Penting Harta Kerajaan Tidak Disalahguna..!!!

Kalau boleh pihak UmnoBn dengan segelintir penyokong-penyokong mereka mahukan Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat pergi berkempen ke Sabah Sarawak dengan naik sampan dari semenanjung.  Mereka buat-buat pelik dan memfitnah macam-macam jika sesuatu yang dilakukan PR di luar jangkaan mereka.
 
Ini zaman sains dan teknologi berinternet la… semuanya pantas.  Kalau macam dulu pemimpin PR nak berkempen ke Sabah Sarawak, selalunya naik kapalterbang MAS ataupun Air Asia.  Itupun kadang-kadang terpaksa melencong ke tempat lain dulu kononnya ada masalah teknikal, seperti beberapa bulan lepas penerbangan Anwar Ibrahim terpaksa batal kedatangan beliau ke satu program di Sabah akibat masalah “teknikal” itu.
Dalam PRU 13 nanti, Pakatan Rakyat akan mengusahakan satu pendekatan bijak dan efektif untuk menangani masalahmasalah yang sebelum ini dihadapi semasa kempen pilihanraya terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Mahkamah Tinggi bekukan TOL Lynas 10 hari



 
Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini membenarkan penangguhan pelaksanaan sementara kepada kumpulan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) selama sepuluh hari terhadap pemberian Lesen Pengendalian Sementara (TOL) yang diperoleh Lynas Advanced Materials Plant (Lamp).

Hakim Mariana Yahya membenarkan permohonan tiga penduduk Kuantan - terdiri daripada Pengerusi SMSL dan dua anggotanya - sehingga 4 Oktober untuk mendengar permohonan Lynas mencelah dalam dua kes semakan kehakiman terhadap pemberian TOL itu.

ABU tarik NGO sertai konvoi tuntutan royalti K'tan



Asalkan Bukan Umno (ABU) hari ini menyatakan, badan itu akan berusaha menarik penyertaan NGO lain ke konvoi mega pada 2 dan 3 Oktober depan bagi menyatakan sokongan kepada tuntutan bayaran royalti minyak Kelantan.

Salah seorang penggerak gabungan NGO tersebut, Badrul Hisham Shaharin berkata tuntutan itu perlu disokong memandangkan tuntutan bayaran royalti daripada hasil minyak Kelantan adalah isu nasional dan bukan hanya tuntutan daripada warga negeri tersebut.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, seramai kira-kira 30 NGO telah menyatakan persetujuan untuk menyertai konvoi berkenaan setakat ini.

Menurutnya, konvoi pertama pada 2 Oktober akan berakhir di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang akan turut disertakan dengan program ceramah oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Guan Eng akan bertemu Nazri sebelum umum laporan audit Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata dia akan bertemu Nazri sebelum mengumumkan laporan audit Ketua Audit Negara mengenai negeri Pulau Pinang kepada orang ramai. — Gambar file
PETALING JAYA, 25 Sept — Lim Guan Eng akan bertemu dengan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum mengumumkan laporan audit Ketua Audit Negara mengenai negeri Pulau Pinang kepada orang ramai. “Saya sudah lihat laporan ini, tetapi kita mesti hormat amalan yang dilakukan sebelum ini, ia haruslah dibentangkan di parlimen terlebih dahulu.
“Kecuali, kalau Datuk Seri Nazri cakap, Pulau Pinang boleh umum dengan sendirinya, itu lain.
“Sebab itu saya akan bertemu beliau terlebih dahulu.”
Menurut ketua menteri Pulau Pinang itu, beliau sudahpun menerima laporan audit negeri tersebut dan beliau tidak faham mengapa kerajaan tidak memberikan laporan audit tersebut kepada semua ahli parlimen sebelum bajet dibentangkan pada Jumaat ini.

Ambiga: Tindakan keras pada NGO akan menyusul?



 
Laporan yang mendakwa kumpulan masyarakat sivil terlibat dalam plot untuk menjejaskan kestabilan kerajaan boleh menjadi permulaan kepada tindakan keras terhadap mereka, kata Datuk S Ambiga.

Pengerusi bersama BERSIH itu berkata, laporan seperti disiarkan di muka depan New Straits Times pada 21 September lalu boleh dilihat sebagai kempen gangguan berterusan terhadap kumpulan hak asasi manusia Suaram.

Katanya, selepas ini mungkin lebih banyak langkah lebih zalim akan dilakukan.

Ambiga berkata demikian dalam sidang media bersama pemantau media Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ, kumpulan peguam Lawyers for Liberty, badan kajian Merdeka Centre dan NGO pembangunan organisasi Pusat Asia Tenggara bagi E-Media (Seacem) yang disebut sama dalam artikel itu.

48 jam untuk akhbar mohon maaf pada NGO

NONEEnam NGO memberikan tempoh 48 jam kepada New Straits Times untuk memohon maaf berhubung laporan berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam plot untuk menjejaskan kestabilan kerajaan.

Kata mereka, laporan pada 21 September lalu itu tidak berasas dan berniat jahat.

Selain mahu ia ditarik balik, mereka berkata, permohonan maaf itu patut disiarkan di tempat yang sama dengan dakwaan yang disiarkan sebelum ini.

"Kami ambil berat perkara ini. Perkara ini sekarang sedang diteliti peguam-peguam kami," kata Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga dalam sidang media di ibu negara hari ini.

"Jadi kami jangkakan respons New Straits Times dalam tempoh 48 jam (bermula jam 11 pagi ini), kegagalan berbuat demikian menyebabkan kami mengambil tindakan sepatutnya dan menurut undang-undang ia terpulang kepada kami."

Tuntutan itu dibuat oleh kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), pemantau media Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ, kumpulan peguam Lawyers for Liberty, badan kajian Merdeka Centre dan NGO pembangunan organisasi Pusat Asia Tenggara bagi E-Media (Seacem).

KELANTAN NEGERI MISKIN....

Di negeri miskin itulah, Mempunyai seorang Sultan, memayungi rakyat. 

Di negeri miskin itulah, Mempunyai Menteri Besar, kesayangan rakyat. 

Di negeri miskin itulah, Jual beli dihentikan bila azan berkumandang.. 

Di negeri miskin itulah, Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu.. 

Di negeri miskin itulah, Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains.. 

Di negeri miskin itulah, Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba.. 

Di negeri miskin itulah, Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa.. 

Di negeri miskin itulah, Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama.. 

Di negeri miskin itulah, Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari.. 

Di negeri miskin itulah, Elaun Menteri Besar dipotong untuk Tabung Serambi Mekah.. 

Di negeri miskin itulah, Amalan memberi cenderamata kepada pemimpin dihentikan.. 

Di negeri miskin itulah, Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan.. 

Di negeri miskin itulah, Cuti iddah diberikan khusus kepada kakitangan wanita yang kematian suami.. 

Di negeri miskin itulah, Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan.. 

Di negeri miskin itulah, Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan.. 

Di negeri miskin itulah, Peringatan waktu solat di sepanjang jalan.. 

Di negeri miskin itulah, Ramai orang mengenal mula mengenal Tuhan.. 

Di negeri miskin itulah, Lahirnya tokoh-tokoh islam terkenal.. 

Di negeri miskin itulah juga, Ambo dilahirkan dan dibesarkan . Syukur padaMU ya ALLAH... 

Biarlah negeri kami dikatakan miskin, Asalkan kami kaya dengan Iman... 

Iman yang ditanamkan oleh pemimpin kami... Menyiarkan Islam dalam pemerintahan.. 
Untuk kami bawa bekalan menemui TUHAN... 
Agar tidak rugi dihari "perhitungan"... 
Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!!

Budaya politik ganas Umno mula jadi ikutan mahasiswa, kata CheguBard

KUALA LUMPUR, 25 Sept — Budaya politik ganas yang dibawa oleh Umno kini sudah menjadi ikutan mahasiswa universiti rentetan insiden pengerusi Pro Mahasiswa Nasional Universiti Malaya, Edikoup Lakip Sediyanto dibelasah pagi tadi, kata Badrul Hisham Shaharin (gambar), pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Dalam insiden 4 pagi pagi tadi, Edikoup telah dipukul sekumpulan lima orang samseng ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Seksyen 17, Petaling Jaya.
“Saya sangat kesal dengan insiden ini.
“Jika kita perhatikan, situasi politik semasa dalam negara akan memberikan refleks kepada mahasiswa umumnya,” kata Badrul yang dikenali sebagai Chegubard.
Badrul juga menyelar budaya politik ganas seperti ini yang dianggapnya mempunyai persamaan dengan insiden membaling kasut ke dalam masjid dan cat yang didakwanya didalangi samseng Umno.

Royalti: Kelantan ada hak batal perjanjian - peguam

KOTA BHARU: Seorang peguam, Muhammad Faizal Che Yusof berhujah kerajaan Kelantan berhak membatalkan dan menamat perjanjian dengan Petronas kerana ada perlanggaran undang-undang kontrak.

Beliau berkata, secara jelas berlaku rescind the contract apabila Petronas gagal membayar royalti sebagaimana dipersetujui dalam perjanjian yang ditandatangani 9 Mei 1975.

Katanya, Petronas telah memecah janji atau repudiate the contract.

“Justeru itu pihak-pihak iaitu Petronas dan Kelantan dalam hal ini tiada lagi sebarang tanggungjawab sebagaimana ditetapkan dalam perjanjian 1975.

“Dengan erti kata lain, Petronas tiada lagi hak untuk memasuki kawasan perairan dan daratan Kelantan untuk meneroka sumber minyak,” katanya di sini.

Pada 2, 3 dan 4 Oktober ini akan berlangsung perbicaraan kes saman kerajaan Kelantan terhadap Petronas di Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman, Putrajaya.

28,000 dijangka turun berdemo Ahad ini bantah projek Pengerang

KUALA LUMPUR 25 September: Seramai 28,000 penduduk daripada 10 kampung dijangka akan turun berdemo dalam Himpunan Hijau Lestari Pengerang Ahad ini ekoran tidak berpuas hati tindakan kerajaan Umno BN merampas tanah penduduk untuk Projek Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC).
Himpunan aman yang bakal diadakan di Dataran Sungai Rengit itu bertujuan menarik perhatian pihak bertanggungjawab terhadap nasib penduduk susulan kerajaan negeri tidak mempedulikan rintihan mereka.
Pengerusi Himpunan Hijau Lestari Pengerang, Anis Afida Azli berkata, banyak usaha yang dilakukan penduduk bagi meluahkan pandangan masyarakat, namun hasilnya negatif.
“Kami telah menghantar memorandum kepada Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Johor, Dewan  Undangan Negeri dan Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia), namun tindak balas yang diberikan kerjaan negeri tidak memuaskan.
“Selain itu banyak program penerangan yang dianjurkan oleh Gabungan NGO yang ditubuhkan penduduk dalam menangani kegagalan pentadbiran kerajaan negeri menyampaikan maklumat yang betul kepada penduduk.
“Ini membayangkan kerajaan negeri lebih mementingkan pembangunan ekonomi berbanding kebajikan dan masa depan rakyat.

Salahuddin: MANTAP tangani isu ambil tanah Pengerang

KUALA LUMPUR, Sept 25 — Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub hari ini mengumumkan penubuhan MANTAP, sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa PAS Pusat akan bertanggungjawab menangani isu pengambil alihan tanah di Pengerang ekoran projek Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC).
Jelas ahli Parlimen Kubang Kerian (gambar) ini lagi, MANTAP akan  mengambil peranan pada ketika ini bagi memastikan pembangunan yang ingin di bawa tidak menjejaskan kepentingan penduduk.
“Kepentingan penduduk menjadi kepentingan kami ... kami tidak menolak projek tersebut, namun hanya ingin memastikan penduduk setempat mendapat pampasan setimpal dengan nilai tanah mereka.”
“Kami menyokong penuh pembangunan, namun apa yang MANTAP perjuangkan adalah isu pengambilan tanah,” katanya lagi.
Jelas Salahuddin, pihaknya difahamkan, penduduk ditawarkan nilai RM2.80 sekaki persegi untuk tanah penduduk yang diambil berikutan projek tersebut.
“Saya difahamkan tanah di kawasan Pengerang yang diambil hanya dibayar pampasan RM2.80 sekaki persegi ... jika ada satu ekar, penduduk hanya menerima RM80,000.

Iklan air: Kenapa terdesak sangat?

Apabila krisis air di Selangor dicipta dan dibesarkan, ia membayangka isu ini menjadi modal penting kempen pilihan raya umum ke 13. Lebih parah lagi pihak tertentu cuba menanamkan sentimen bahawa inilah padahnya apabila kerajaan negeri terlalu baik mahu memberi air percuma kepada rakyat. Walhal, isu ini bukan suatu isu dan ia bukan pula masalah yang timbul. Kerap kali Menteri Besar menafikan krisis air sedang berlaku di negeri tersebut dengan membawa beberapa fakta penting untuk diketahui oleh rakyat.


Dalam pada itu timbul pula suatu pendedahan adanya usaha memburukkan kerajaan negeri Selangor melalui krisis air ini. Yang terbaru dengan adanya iklan yang cuba dilakonkan oleh beberapa individu yang diupah bagi melakonkan watak tertentu dengan lokasi dan babak yang digambarkan seolah-olah kirsis air sedang meruncing di Selangor. Kejadian itu dikatakan dilakonkan secara rahsia dan berlaku di Petaling Jaya. Penerbitan filem ini merahsiakan projek filem yang dikendalikannya kononnya mahu menjaga hati pelanggannya. Apabila diasak oleh banyak pihak, mereka hanya menyatakan ia sekadar untuk iklan kempen air.

Tak Boleh Dedah ‘Client’ Atau Kami Disaman, Kata Produksi Filem Catuan Air Selangor


PETALING JAYA 25 SEPT: Syarikat produksi filem catuan air Selangor berhadapan tindakan saman oleh pelanggan mereka sekirannya mereka mendedahkan pihak yang membiayai projek perfileman tersebut.
Syarikat produksi tersebut semalam menjalankan penggambaran filem yang kononnya memaparkan kelemahan Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani isu air di negeri terbabit.
Menurut jurucakap produksi terlibat, Chong Wai Leng kepada media di set penggambaran filem berdurasi 40 saat itu, larangan tersebut terdapat dalam kontrak yang dipersetujui oleh pihak syarikat dan pelanggan yang mahu menerbitkan filem tersebut.

Serang m’siswa: Politik ganas ke kampus hasil didikan Umno

KUALA LUMPUR 25 September: Banyak pihak meramalkan kumpulan Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya (UM) akan memenangi Pilihan Raya Kampus (PRK) kali ini menjadi punca ketakutan pihak lawan menyebabkan pengerusinya diserang sekumpulan samseng.
Pengarah Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Mohd Saifullah Mohd Zulikifli berkata, Pro-Aspirasi (Pro-A) yang ditaja Umno jelas berasa takut dan terdesak sehingga terpaksa bertindak di luar batas.
“Pro-A adalah bukti kumpulan Umno yang ada dalam kampus. Mereka amalkan politik ganas bila rasa tergugat, itu semua hasil didikan Umno,” katanya ketika dihubungi.
“Pro-A yang cenderung kepada Umno bukan saja ditaja dari segi wang ringgit, malah sistem pentadbiran universiti turut disabotaj. Jadi bayangkan, jika PRK pun mereka nak tipu apatah lagi pilihan raya umum?” kata Saifullah lagi.

Political paralysis: No matter what Najib & Umno say, Dr M is ABOVE THE LAW!

Political paralysis: No matter what Najib & Umno say, Dr M is ABOVE THE LAW!So now it is a ‘leaked’ photo on cyberspace accusing DSAI of jetting into East Malaysia. Just wondering if Datuk Seri Anwar Ibrahim is only allowed to make it on a sampan as he is an Opposition Leader? Or that anyone who is from opposition cannot have friends in high places who want to support their cause.
And if there are any supporters from high places all out for the opposition, they must be dangerous and subversive elements.
But if any country, billionaire or NGO supports the BN politicians, they are saintly philanthropists.
Mentally-retarded news
What is so wrong if a friend loans his jet to show his or her support to the opposition? Even if DSAI and team paid for it what is so wrong mates? Does not the BN leader and his entourage – spouse included, not jet around on rakyat’s expense?
Did not the wife of the current Prime Minister Najib Razak get a diamond ring and Birkin bags as gifts? Did not some rich oil oligarchy not support and crown the PM wife’s charity deeds? Well that is how we have been led to believe anyway.
Please lah, let us rid such mentally retarded stories from making it into the news. There is already a suffocating outpouring of inflammatory, ridiculing and pathetically near bankrupt ‘news’ daily in our main stream media and cyber troopers’ blogs.
Unstoppable rubbish

Sohaimi : `Saya tak terlibat filem air’...

Ketua Pemuda Umno Selayang, Sohaimi Shahadan berkata, "Saya tak tahu, tak tahu hujung pangkal."

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno Selangor mendakwa beliau tidak terbabit dengan filem air negeri itu yang sedang diperkatakan sekarang.
Ketua Pemuda Umno Selayang,  Sohaimi Shahadan berkata, “Saya tak tahu, tak tahu hujung pangkal.”
Sohaimi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan blog mengenai penggambaran iklan filem krisis air di Selangor,
Pengambaran dibuat di Petaling Jaya semalam. Blog pro pembangkang menyiarkan foto Sohaimi melihat orang sedang membahagikan air.
“Itu mungkin gambar lama sewaktu saya membantu penduduk membahagikan air,” katanya.
Sohaimi yang juga Pengerusi sebuah NGO iaitu Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), berkata, beliaukini berada di Beijing, China sejak seminggu lalu dan akan pulang ke Malaysia pada Sabtu ini.
Dalam perkembangan berkaitan, perangkaan yang dibuat pihak GPRS, terdapat sebanyak 1,378 kawasan perumahan di bawah kategori kod 17 dan 18 ( bagi pangsapuri dan kondominium) di Selangor yang mempunyai lebih kurang 500 unit rumah setiap satu, masih belum mendapat subsidi tersebut.

Pendedahan Bekas S/U DUN Perak Part 3 : BN buat apa saja untuk jatuhkan Speaker

NST must apologise or else...

Today in History for September 25th

Martabat Seni Budaya : Selangor Cadang Bina Pusat Kebudayaan Pelbagai Kaum.

Ibrahim Menudin Nafi Jet Miliknya. Pencacai Umno Makin Menggila!


Tokoh korporat terkenal, Ibrahim Menudin menafikan dengan keras desas-desus yang mengatakan bahawa jet peribadi yang dinaiki Penasihat PKR, Anwar Ibrahim, bersama pemimpin Pakatan Rakyat ke Labuan pada 15 September lalu adalah miliknya.

Ibrahim dengan reaksi terkejut ketika dihubungi berkata, penggunaan jet tersebut tiada kaitan dengan beliau, malah menganggapnya sebagai suatu khabar angin.

Desas-desus yang mengatakan jet tersebut milik beliau menjadi hangat di Labuan terutamanya ketika Anwar membuat pengumuman rasmi kemasukan beliau ke dalam PKR pada 15 September lalu.

"Saya tidak ada jet. Orang hanya cakap-cakap sahaja. Hari ini saya ingin mengesahkan bahawa jet itu bukan milik saya. Untuk perkara lain pula, kita berjumpa lain kali," ujarnya yang pernah menjadi bendahari Umno Sabah.

NST must apologise or else…

Six NGOs have given the daily 48 hours to retract its Sept 21 report of a plot to destabilise the government and issue an apology.

KUALA LUMPUR: New Straits Times has been asked to issue an unreserved apology to six civil society organisations named in a front page report alleging a “plot to destabilise the government”.
The six NGOs are Bersih, Centre for Independent Journalism, Lawyers for Liberty, Merdeka Centre, Southeast Centre for E-Media and Suaram.
The local English daily has been given 48 hours to retract the Sept 21 story which alleged that two global funders and nine organisations, including the six, are part of a plot to destabilise the government.
“Such disparaging reports lay the groundwork for a crackdown on civil society as can be seen from the on-going state harassment campaign against Suaran and the possible use of even more draconian measures,” said Bersih 2.0 co-chair S Ambiga on behalf of the six.
She said that if the daily fails to apologise, the groups are looking at several options, including filing a defamation suit against the paper.
“They have clearly cherry picked at these organisations. Look at what they stand for. They are clearly uncomfortable with exposes, with free and fair elections and access to media. It is, a widening net to clamp down on civil society,” she said.
Ambiga said that NGOs regarded the attack to come from the government as NST is “the mouthpiece and speaks for the government”