Ahad, 23 September 2012

Mengapa permohonan maaf Ngeh sukar diterima?


Oleh Ahmad Lutfi Othman
Saya agak terkilan kerana tidak dapat bersama dalam perarakan besar-besaran ke Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, petang Jumaat, 21 September lalu, untuk membantah filem jijik menghina Rasulullah s.a.w. Innocence of Muslim, yang turut mencetuskan rangkaian demonstrasi di seluruh dunia.

Turun ke jalan-jalan raya atau ke medan terbuka, untuk meluahkan perasaan, sama ada melaungkan kebencian atau mengungkapkan kecintaan, juga aksi protes atau tanda sokongan, melalui demonstrasi aman (walaupun seringkali bertukar kecoh selepas diganggu aparat regim pemerintah) merupakan hak yang patut dihormati.
Hak berdemonstrasi perlu dihormati 
Justeru, amat tidak wajar sekali tanggapan yang meremehkan hak berhimpun dan menyuarakan pandangan dalam demonstrasi aman, tidak kira membabitkan perhimpunan berkaitan isu filem bangsat Sam Bacile, atau perarakan raksasa Bersih menuntut pilihan raya adil dan bebas, juga bantahan terhadap isu alam sekitar seperti Lynas, dan tidak terkecuali Occupy Dataran Merdeka oleh aktivis kampus berkaitan tuntutan pendidikan percuma.

Rahsia lambang singa di kotak rokok!


Sama ada anda merokok atau tidak, tentu anda biasa melihat simbol-simbol yang sangat popular pada kotak rokok iaitu lambang singa. Walaupun jenama rokok itu tak sama dan dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza, ia tetap mengandungi lambang singa.
Singa adalah spesis binatang ciptaan Allah dan ia memiliki ciri-ciri kehebatan dan keagungan tersendiri dalam dunia haiwan sehingga layak digelar raja segala binatang.
Tetapi kenapa ia begitu penting dalam industri tembakau sehingga gambar haiwan ini ada pada hampir semua kotak rokok. Apa istimewa sangat singa-singa ini?
Mengikut tradisi agama Kristian, singa Judah mewakili Jesus. Jesus berasal dari bangsa Yahudi dan dia disebut sebagai Singa Judah dalam kitab Injil. Oleh sebab itu, banyak pertubuhan agama Kristian termasuk kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol singa pada cop mohor mereka.

Singa Judah

AES: Terima saman 5 hari, jelaskan 60 hari


Salah sebuah kamera AES yang terletak di Ipoh, Perak.

Penggunaan kamera AES yang berkuatkuasa sejak malam tadi menjadi perhatian ramai pengguna hari ini. Kamera AES yang terletak di persimpangan lampu isyarat di Ipoh contohnya mampu merakamkan kesalahAN pengguna jalan raya yang melanggar lampu merah.

Sebaik kesalahan pengguna berjaya dirakamkan, mereka akan menerima saman dalam masa 5 hari. Setiap kompaun saman yang bernilai RM300 ini perlu dijelaskan dalam tempoh masa 60 hari.

Kamera AES ini mampu mengesan kesalahan pengguna jalanraya dari jarak 50 meter hingga 500 meter.

Isu air: SAMM kutuk ugutan MB Pahang


MENTERI Besar Pahang menunjukkan sikap sebenar sebuah kerajaan negeri yang dipimpin Barisan Nasional apabila tergamak ingin membatalkan konsesi perjanjian bekalan air dari Pahang ke Selangor, seterusnya bakal menyebabkan krisis air melanda rakyat negeri Selangor.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor mengutuk ancaman dan ugutan sebegini seraya menyifatkan nasib rakyat Selangor tidak harus dipertaruhkan di atas tangan Menteri Besar Pahang.

Air adalah keperluan asas, masalah air yang kritikal akan membawa kepada kepayahan rakyat dalam mengurus keperluan harian dan boleh berubah menjadi malapetaka. Adalah tidak wajar seorang Menteri Besar berfikir untuk menaniaya rakyat yang berlainan negeri semata-mata kerana perbezaan parti yang memerintah.

SAMM Selangor mendesak supaya Menteri Besar Pahang menarik balik ugutan yang dilontar.

Today in History for September 23rd

KMP Iklan Menutup Aurat

Belajar PONDOK Terengganu & Kelantan - Ustaz Azhar Idrus

Hadis Nabi 'Orang Hampir Masuk NERAKA & SYURGA' - Ustaz Azhar Idrus

Masalah Pembahagian Harta / ROH Arwah - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Lihat BETIS Wanita Ketika Ada WUDUK - Ustaz Azhar Idrus

Hukum IKUT Imam Yang Kita SANGSI - Ustaz Azhar Idrus

Libya unrest: Government announces clampdown on militia

Syria - Brahimi: 'Change has to take place'

Demonstrasi Bantahan Filem Menghina Nabi | Medan Ilmu Kota Bharu

Khairy dicabar nyatakan tidak perlu undi orang cina dan dedah juga program pemuda (komponen) Bn yang juga guna dana asing


Seperti di jangka Ketua Pemuda Umno akan perkuda isu 'filem / karikatur' hina Rasullullah untuk politik domestik Umno dan peribadi beliau. Ada beberapa persoalan yang perlu di jawab dan perlu di beri perhatian ;

  1. Bukankah ramai ulama Umno yang telah mengistiharkan demonstrasi / himpunan jalanraya itu haram ? Adakah Ketua Pemuda Umno itu Jumaat lepas sudah melanggar fatwa haram demonstrasi atau beliau sendiri sudah mengeluarkan fatwa membatalkan fatwa lama dan umum fatwa demonstrasi sudah menjadi halal ?
  2. Bukakah pemuda Umno yang selama ini sungguh – sungguh dalam mendesak demonstrasi wajib dalam stadium kerana dalam stadium juga boleh suarakan rasa dan perasaan, tetapi bagaimana pula mereka pula buat demosntrasi di jalanan sehingga banyak jalan ditutup dan tidakkah peniaga rugi kerana orang ramai jalan ditutup ? atau mereka akhirnya sedar hakikat sebenar bila orang ramai berhimpun peniaga alkan lebih untung dan tanpa arahan untuk polis masuk ganggu dan pecah kedai – kedai maka semua akan dapat manafaat.

Sabotaj Terhadap Pemuda Umno... Laporan Polis Akan Dibuat!



Dah Besor Panjang Belum Khatan..???
Kah kah kah... Ini mau pakai gergaji baru lut !!

NOW fokus pantau GLC, syarikat besar


KUALA LUMPUR 23 Sept: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau mana-mana badan korporat di negara ini tidak akan terlepas dari pemerhatian Pusat Pemantauan dan Pemberi Maklumat Kebangsaan (NOW), kata Pengarah Eksekutifnya, Rafizi Ramli.
“Syarikat jenis ini terlibat dalam pengendalian dana awam. Keputusan pelaburan mestilah menepati kepentingan ramai dan kita tak mahu ada syarikat yang melanggar etika,” kata Rafizi.
Beliau berkata demikian kepada Suara Keadilan selepas tayangan filem ‘The Most Dangerous Man In America’ di ibu pejabat organisasi itu dekat Sungai Besi, semalam.
Antara skandal terbesar negara yang mencatat kerugian melibatkan syarikat swasta dan GLC ialah Perwaja (RM18 bilion), skandal BMF (RM2.5 bilion) selain projek infrastuktur awam seperti empangan Bakun (RM2 bilion) dan Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) (RM4 bilion).

Hipokrit : Mahathir takutkan Melayu tapi bayar Zionis, pinjam Bank Dunia


KUALA LUMPUR 23 Sept: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menakutkan orang Melayu kononnya pembiaya asing mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Sebaliknya katanya, rakyat tidak lupa bahawa Mahathir sendiri sanggup membayar AS$1.2 juta kepada pelobi zionis, Jack Abramoff bagi membantu beliau menemui bekas Presiden Amerika, George Bush sekitar tahun 1998.
“Malah Mahathir juga pernah memohon pinjaman USD404 juta daripada Bank Dunia semasa beliau menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang diumum pada Julai 1998.
“Maka tindakan Mahathir mengait nama Anwar dengan soros hanya taktik terdesak beliau yang bimbang Orang Melayu terus bersama Pakatan Rakyat dan menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya kepada Suara Keadilan.

Najib, Umno sebenarnya gadai negara dengan rasuah


KUALA LUMPUR 23 Sept: Kenyataan Perdana Menteri bahawa masa depan negara akan tergadai jika Pakatan memerintah tidak berasas, sebaliknya rakyat berdepan risiko jika Umno-BN terus diberi mandat pada pilihan raya umum ke 13.
“Najib dan Umno BN harus ingat mereka sebenarnya yang mengadaikan negara dengan projek-projek untuk keuntungan peribadi seperti NFC, Lynas,  Bukit Koman dan pelbagai lagi projek yang diusahakan untuk mengaut keuntungan peribadi,” kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.
Justeru beliau meminta Najib berhenti memperbodohkan rakyat kerana mereka kini bijak menilai dan tidak lagi bergantung kepada laporan berat sebelah media arus perdana.
“Dia (Najib) ingat semua rakyat akan percaya dan hanya baca berita dari Utusan saja atau menelan bulat-bulat apa yang dia cakap,” kata beliau ketika dihubungi.

UMNO Terdesak : Pahang 'ugut' batal perjanjian air Selangor jika...!!! Orang Pahang Cukup Air Eh...????


BENTONG - Kerajaan Negeri Pahang akan mengkaji dari segi peruntukan undang-undang untuk membatalkan perjanjian konsesi penyaluran dan pembekalan air mentah ke Selangor sekiranya kerajaan Selangor masih berdegil dan tidak membenarkan projek Loji Air Langat 2 diteruskan.
 Datuk Seri Adnan Yaakob
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata ini kerana kerajaan negeri Selangor tidak menghormati perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Pahang dan Selangor ketika itu.

Beliau berkata walaupun kerajaan Selangor kini bertukar, Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya menghormati perjanjian bekalan air itu.

"Saya berharap kerajaan Selangor tidak menjadikan bekalan air itu sebagai isu politik.

"Kalau beliau (Abdul Khalid) masih terus berdegil, kerajaan Pahang akan mendapatkan pandangan daripada Penasihat Undang-Undang Negeri mengenai projek itu dan akan membatalkan perjanjian itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Maha 2012 dan Jelajah Kesihatan Peringkat Parlimen Bentong di Dataran Bentong di sini, hari ini.

AGM kecoh, Shahidan gagal pertahan jawatan


 Shahidan Kassim
Datuk Seri Shahidan Kassim dikerumuni wartawan selepas gagal mempertahankan jawatan Presiden KOM pada mesyuarat agung tahunan KOM hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Agung Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini bermula dalam suasana kecoh susulan pertikaian sama ada ia diteruskan atau ditunda.

Bukan itu sahaja, calon Presien KOM yang juga Presiden Persatuan Olahraga Amatur Negeri Sembilan. Datuk Zainal Abidin Ahmad menyuarakan perasaan tidak puas hati berikutan mesyuarat tersebut ditutup oleh pengerusi yang juga Presiden KOM, Datuk Shahidan Kassim sebelum keputusan undian diumumkan. 

Diundi sebagai Presiden KOM bagi penggal 2012-2014, Zainal Abidin yang menewaskan Shahidan dengan 23 undian daripada 44 perwakilan, berkata, AGM tersebut sepatutnya ditutup selepas selesai pengumuman calon dan ia sepatutnya dilakukan oleh ahli jawatankuasa baru yang telah dilantik.

Jemputan Rasmi Negara Nie...!!!


kenapa ROSMAH ..? TAK NAJIB?
kenapa tak TIMB. PM? kenapa ROSMAH?

UMNO KANTOI : "SATU HATI" JADI CARCA MARBA...!!!

UMNO KANTOI LAGI : GUNA BENDERA PAS UNTUK TUNJUK PADA RAKYAT "SATU HATI"
* KELEMAHAN KETARA PROJEK MENIPU NIE...MUSLIMAT PAS TAK PERNAH BERCAMPUR DENGAN LELAKI BILA BERDEMO...NIE SIAP BERCAMPUR ADUK DENGAN LELAKI....HA..HA...TERLEBIH PAS DARI PAS....HI..HI..HI.

Woi mana lu curi bendera PAS tue..........????

PR perlu atasi keraguan pengundi untuk ke Putrajaya: Guan Eng


IPOH, 23 Sept — Pakatan Rakyat (PR) perlu mengatasi keraguan dikalangan pengundi terhadap keupayaan memerintah, boleh bekerja sebagai satu unit serta membuktikan matlamat utamanya bukan kerana gila kuasa, kata Lim Guan Eng.
Guan Eng menuduh tiga mitos tersebut berpunca daripada Barisan Nasional (BN) yang dianggapnya sebagai penghalang besar kepada PR untuk menawan Putrajaya.
"Kita perlu hapuskan 3 mitos yang dicipta BN ini jika PR berhasrat memenangi kuasa di Perak dan Putrajaya," kata Ketua Menteri Pulau Pinang (gambar) itu pada Konvensyen Tahunan DAP Negeri Perak hari ini.
Mitos pertama yang didakwa BN ialah kerajaan akan bankrap kalau PR berjaya memerintah Malaysia, namun Guan Eng menolaknya dengan memberi contoh kejayaan mentadbir empat negeri.
"Rekod PR di empat negeri membuktikan Malaysia tidak akan bankrap, bahkan memperoleh keuntungan yang besar," kata Guan Eng.
Guan Eng kemudiaannya menerangkan mitos kedua iaitu menggunakan agama sebagai alasan untuk memburukkan imej PR.

PRU13, SEGELEN PETROL SEBILAH MANCIS.


Sejak saya mengenali erti pilihanraya tahun 1959 sampai PRU12 pada 8 Mac, 2008 yang lepas. Dicelah-celah PRU dijalankan dalam tahun 1969, disitulah Perikatan memperkasa pelaksanaan samseng, mengugut rakyat untuk mendapat undi. umNO ketika itu mendapat tenaga super dengan peranan besar dan samseng besar dari grombolan Pemuda umNO yang trade marknya PEMUDA TAHAN LASAK (PTL). PTL diketuai oleh Enchik Senu Abdul Rahman (beliau bukanlah seorang gedebe tidak pula bersifat samseng Kampong Dusun Sharif Dol) perengkat pusat. Tetapi pengikutnya diperengkat bawah yang mengetuai PTL dikawasan dan negeri ramai dikalangan pemuda adalah sifat dan watak samseng gedebea sungguh, sepanjang masa sebelum, semasa selepas PRU.

Dr M: Hudud law will create injustice


The former prime minister says hudud with its shortcomings cannot fit into multi-racial countries like Malaysia.

KUALA LUMPUR: Former prime minister Dr Mahathir Mohamad made his strongest ever objections on hudud law today, saying that its implementation will create an unjust judiciary system in Malaysia.
Speaking at the Islam and Women’s Health forum today, he said hudud with its shortcomings cannot fit into multi-racial countries like Malaysia, as it only punishes the Muslims.
“In hudud, if you steal, you can have your hand chopped off. But they want to chop off only Muslims’ hand, not the non-Muslim who steal same amount of money. Surely it’s not justice,” he told the audience during the question-and-answer session.
He also took a swipe at the hudud’s condition on rape offence, whereby four witnesses are required to convict a perpetrator.

Membelenggu politik mahasiswa


Kerajaan menyekat kebebasan pelajar dan membelenggu mereka dengan memperkenalkan pelbagai akta, polisi, strategi dan persekitaran.

PETALING JAYA: Usaha menjinakkan peranan mahasiswa dilakukan pemerintah melalui budaya politik kotor seperti memfitnah agar mereka tidak mengancam kepentingan politik sedia ada.
Pengerusi ‘We Unite for Islam’ (Wufi), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Saiful Mat Amin berkata, kerajaan menyekat kebebasan pelajar dan membelenggu mereka dengan memperkenalkan pelbagai akta, polisi, strategi dan persekitaran.
“Ini dilakukan setelah kerajaan menyedari potensi dan keupayaan golongan muda,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, revolusi dan demonstrasi jalanan yang kini sering diperlekehkan potensinya telah menyaksikan 13 orang pemimpin dunia regim zalim berjaya ditumbangkan. Ini dilakukan melalui perarakan skala besar jalan raya bukannya melalui pilihan raya.

‘Masjid Angkat’ Bawa Belia Dekati Rumah Allah


BESTARI JAYA 23 SEPT : Kerajaan Negeri kini lebih inovatif dalam usaha menggerakkan anak-anak muda mendekati masjid dengan program melibatkan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di setiap DUN.
Antaranya, Kerajaan Negeri memperkenalkan program ‘Anak Muda Dekati Masjid’ di mana setiap PeBT harus mempunyai sebuah ‘masjid angkat’ untuk dijaga dan diselenggara dengan baik.

Hari ini bertempat di Masjid Al-Awwabin, kira-kira 50 orang belia mula berkumpul untuk kerja-kerja menaik taraf tandas masjid bermula seawal 8 pagi tadi.
“Saya selaku warga belia rasa seronok dan ringan untuk melakukan aktiviti sebegini.

Antara Sanjungan Dan Penghinaan Terhadap Tok Guru Nik Aziz

 YAB Tuan Guru meluangkan masa menziarahi kematian ibu kepada Tan Choon Hwa,
pengerusi TCH Group di Kota Bharu pagi tadi

Paderi juga kesal filem hina Islam




PULAU PINANG: Selain masyarakat Islam seluruh dunia menentang filem 'Innocence Of Muslims' yang menghina Nabi Muhamad saw hasil arahan  Sam Basile yang memulakan tayangan pada 2 Julai lalu melalui Yuotube beberapa orang paderi Kristian yang ditemui di Pulau Pinang juga kesal dan marah terhadap isu berkenaan.


(Paderi Sebastian dan Father Bernerd)

Bagi mereka agama yang dijadikan Tuhan bukan untuk bermusuh sebaliknya mengenali sesama sendiri kerana masing- masing agama mempunyai kelebihan tersendiri yang mencorak umatnya melakukan kebaikan dan menghormati antara satu sama lain.

Bishop Sebastian Francis yang ditemui di Cathedral Of The Holy Sprit, Glugor menambah,   cara yang dibuat oleh pengarah dan penerbt filem itu sebenarnya bukan cara atau budaya orang Kristian sebaliknya dipengaruhi oleh anasir yang kurang sopan.

Tok Ki Det : Pemimpin guna hudud untuk dilihat Islamik..."Punahsehat Parti Syaitan"..!!!

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir berkata terdapat kalangan pemimpin Islam yang cenderung untuk mengguna hukuman paling berat termasuklah hudud agar mereka kelihatan lebih Islamik.

Tanpa menyebut golongan yang dimaksudkannya, beliau berkata langkah itu tidak mungkin sesuatu yang benar kerana menurutnya Islam lebih menekankan keadilan berbanding hukuman berat.

"Di Malaysia ada debat tentang hukum hudud dan kecenderungannya adalah mengenakan hukuman paling berat sebagai tanda kita lebih Islamik berbanding orang lain.

"Tetapi kita lebih gemar kepada hukuman berbanding keadilan. Dan hukuman yang kita suka jatuhkan biasanya yang paling berat yang tidak dijumpai dalam al-Quran," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ssewaktu merasmikan Runding Cara Peringkat Tinggi Pakar tentang Islam dan Kesihatan Wanita di Kuala Lumpur pagi ini.

Tok Ki Det ': Melayu tidak ‘bersyukur’ akan hilang kuasa dibawah pemerintahan PR..." Bapa Rasuah Malaysia" Siapa eh....!!!!


KUALA LUMPUR, 23 Sept ― Tun Dr Mahathir Mohamad melabel orang Melayu yang “tidak bersyukur” dan “kurang berilmu” akan mengakibatkan mereka kehilangan kuasa memerintah jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah kelak.
Mantan perdana menteri (PM) tersebut juga meluahkan rasa kesal melihat bangsanya bergaduh sesama sendiri hanya kerana merebut kuasa.
“Saya rasa sedih melihat bangsa sendiri tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri,” kata Dr Mahathir dalam Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno.
Dalam artikelnya lagi, Dr Mahathir memberi peringatan kepada orang Melayu agar tidak lupa diri hingga mereka dihina lagi seperti zaman British dahulu.
“Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu.

Semangat Umno Johor buat Najib rasa mahu segera adakan PRU13...!!! Ada Berani..????

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus memberi bayangan berhubung tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menjadi bahan spekulasi sejak awal tahun lalu.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, semangat yang ditunjukkan Umno Johor menimbulkan rasa kepadanya untuk mengumumkan tarikh PRU13 yang dinanti-nantikan banyak pihak.

“Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dapat merasmikan Perwakilan Berkelompok Umno Bahagian-Bahagian Negeri Johor.

“Mungkin agak ada kelainan majlis kita pada hari ini kerana lazimnya kita rasmi sebuah bahagian sahaja, ada kalanya rasmi dua bahagian, tetapi kali ini empat bahagian dirasmikan.

“Yang penting di sini adalah semangat tuan-tuan dan puan-puan. Oleh itu, saya rasa-rasa macam nak ada pilihan raya. Sebentar tadi, Datuk Abdul Ghani beri gambaran cukup baik kepada saya dan pertemuan bersama perwakilan menunjukkan bahawa semangat Umno Johor masih tetap utuh,” katanya.

Malaysia Kita : Mangsa "rogol bawah umur" lari berbogel minta bantuan


Che Suza Che Hitam
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam
KEMAMAN – Terkejut dengan perbuatan teman lelaki yang tergamak menodainya, seorang pelajar tingkatan dua yang berjaya melepaskan diri daripada kekasihnya itu, sanggup berlari dalam keadaan berbogel sambil menjerit meminta pertolongan.

Bukan itu sahaja, panik mendengar teman wanitanya menjerit, lelaki berusia 19 tahun dan juga berkeadaan bogel itu turut melarikan diri dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah kosong dekat sebuah kampung di Kemasik, kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Namun dengan kecekapan polis, suspek, seorang penganggur berjaya ditangkap dua jam kemudian di kawasan kampung sama.

Mapim mahu semua produk Amerika dipulau


Pas kesal layanan buruk Kedutaan ASSHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mahu rakyat Malaysia memboikot kesemua perkhidmatan dan produk berkaitan dengan Amerika Syarikat (AS) susulan penerbitan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, boikot ekonomi dan budaya hendaklah menjadi senjata berkesan kepada rakyat untuk menundukkan keangkuhan AS.

"Kami menegaskan bahawa umat Islam tidak boleh berhenti dengan demonstrasi semata mata . Malah tindakan memboikot semua perkhidmatan dan produk yang berkaitan dengan Amerika seharusnya cuba dilaksanakan," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Utusan: Yahudi 'iri hati' M'sia miliki Scorpene..ha..ha..ha...lawak hari minggu...!!!


Bekas orang kanan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mendakwa NGO Suaram dan portal berita Malaysiakini menjadi "tali barut" Yahudi demi menggagalkan usaha Malaysia untuk memiliki kapal selam Scorpene.

Laporan edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyebut, Anuar mengemukakan alasan bahawa NGO yang memfailkan saman di mahkamah Perancis ke atas pembuat Scorpene itu menerima dana daripada Open Society Institute.

Jelasnya, insititut berkenaan diasaskan jutawan George Soros yang berketurunan Yahudi.

Beliau turut memberi alasan bahawa National Endowmen for Democracy yang turut menyalurkan dana kepada Suaram juga dipimpin oleh seorang lagi tokoh Yahudi, Carl Gershman.

Suaram, Scorpene, Altantuya dan dana asing


Suaram ada isu yang besar yang di ketengahkannya dan ia melibatkan pemimpin dan kroni dalam isu komisyen pembelian Scorpene yang besar itu.

Oleh Aspan Alias
Isu Suaram (Suara Rakyat Malaysia) dengan tuduhan terhadapnya mendapat bantuan dana asing hebat dimainkan oleh pihak Barisan Nasional (BN). Selepas ini tidak tahu apa pula yang akan dihadapi oleh Suaram dan NGO-NGO yang lain yang tidak sebulu dengan pihak yang berkuasa.
Najib berkata biarkan pihak yang berkuasa melakukan penyiasatan. Katanya, lagi kurang kita bercakap lagi baik.
Tindakan berkuasa terhadap Suaram bukanlah satu isu mengejutkan kerana Suaram membuatkan ada pihak yang ‘mandi tak basah dan tidur tidak lena’ di buatnya.
Suaram ada isu yang besar yang di ketengahkannya dan ia melibatkan pemimpin-pemimpin dan kroninya dalam isu komisyen pembelian Scorpene yang besar itu. Isu komisyen itu menghasilkan pembunuhan Altantuya Shaariibu, seorang wanita jelita yang dikatakan berkaitan dengan pemimpin besar negara kita.
Isu Altantuya tidak dapat tidak terpaksa dibongkar. Isu pembayaran komisyen Scorpene dan Altantuya itu kait mengait dan kedua-dua isu itu tidak dapat di pisahkan jika kita mahu menyiasat salah satu darinya.
Siasat satu akan melibatkan lagi satu isu dan kedua-dua isu itu merupakan isu yang akan membabitkan tindakan jenayah pihak-pihak tertentu yang berada di atas pesada kuasa negara kita.

Pakistani journalist discusses minister's comments on anti-Islam video

UN urges accord at Sudan summit

Libya unrest: Government announces clampdown on militia

Pakistani minister puts bounty on anti-Islam filmmaker's head

Saifuddin Nasution: Johor Menjadi Medan Yang Sangat Subur Untuk Pakatan Rakyat

Anwar Ibrahim: Masalah Melayu Masalah Pemimpin Sendiri, Kita Tentukan Masa Depan Kita

Anwar Ibrahim: Yusuf al-Qaradhawi & Kebangkitan Rakyat

Muassasah Darul Ulum, Legasi Ustaz Fadzil Noor

Syrian rebel volunteers aid Aleppo needy

DAP: BN tandus idea, sebar mitos burukkan PR


IPOH – DAP menganggap ‘mitos’ dibawa Barisan Nasional (BN) bagi memburukkan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) jika memerintah negara didorong oleh ketandusan idea di pihak perikatan tersebut.
Lim Guan Eng Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, mitos yang dibawa pimpinan BN hanya menggambarkan ia sudah ketandusan idea dalam memikat hati rakyat, terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Mereka (BN) banyak menyebutkan mitos mengenai kita (PR). Antaranya, jika kita berjaya memerintah kelak, negara akan bankrap kerana kita mahu hapuskan tol, selain bakal berlaku rusuhan seperti yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 lalu.

“Ingin saya tegaskan jika kita hapuskan tol sekali pun, negara tidak akan bankrap kecualilah kroni-kroni yang mungkin bankrap.

"Selama kita memerintah empat negeri, apakah semua negeri  ini bankrap? Terbukti tidak, malah pendapatan semakin meningkat,” katanya ketika berucap pada Konvensyen DAP Perak ke-17 di sini, hari ini.

Lim Guan Eng Cadang Nama Lapangan Terbang Antarabangsa P Ramlee!


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencadangkan agar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dinamakan Lapangan Terbang Antarabangsa P Ramlee, Pulau Pinang sempena nama kelahiran tokoh seni tersohor tanah air.

Lim mencadangkan perkara tersebut dalam laman Facebooknya menerusi satu kenyataan akhbar ringkas yang diterbitkan sebentar tadi.

P Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di negeri ini pada 22 Mac 1929 dan mencipta nama sebagai tokoh perfileman Melayu terunggul pada zaman kegemilangannya.

Tambah Lim Lagi, memandangkan P Ramlee telah berjaya membawa nama Malaysia masyhur di mata dunia, adalah wajar nama beliau terukir pula di pentas antarabangsa seperti lapangan terbang yang berkait rapat dengan pentas dunia.

Beliau menggesa kerajaan persekutuan menimbangkan cadangan kerajaan negeri tersebut kerana P Ramlee merupakan anak jati negeri ini yang sudah banyak berjasa mengangkat karya perfileman dan muzik Melayu ke persada dunia sepanjang hayatnya.


Pro-M dakwa enam calon di UM tak layak tanding

SHAH ALAM – Kumpulan Pro-Mahasiswa mendakwa enam calon yang bertanding pilihan raya kampus  Universiti Malaya (UM) sesi 2012/2013 tidak layak bersaing kerana status mereka bercanggah dengan syarat pemilihan.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhamad Safwan Anang berkata, mereka membantah penerimaan pencalonan enam pelajar, dari kumpulan Pro-Aspirasi, atas alasan gagal mematuhi syarat pengajian.
“Syarat universiti mengatakan calon yang bertanding mesti mempunyai baki semester setahun penuh, tetapi Hal Ehwal Pelajar UM telah meluluskan enam calon yang tidak mempunyai baki semester yang mencukupi.
“Enam calon itu bakal menamatkan pengajian Jun atau Julai depan dan malangnya ketika perkara ini dibangkitkan, Hal Ehwal Pelajar menyatakan bahawa ini adalah tafsiran baru undang-undang UM,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Najib Sedia Lindungi Taib Demi Kuasa...?

Keterdesakan dan ketakutan Najib Razak dari kehilangan kuasa semakin jelas dan nyata. Beliau semakin gelabah dan diserang insomnia. Semua tindakan Najib hari ini ke arah mengukuhkan kuasa dan bukan fokus untuk melakukan perubahan seperti mana dilaung-laungkan. Dalam usaha mempertahankan diri ini Najib sudah tidak peduli lagi apakah tindakannya halal atau haram disukai rakyat ataupun tidak.


Najib: Yid tolong saya sekali, ya?
Terbaru mengenai perkembangan politik di Sabah dan Sarawak. Najib sudah menyedari fenomena yang berlaku di kedua buah negeri itu tidak akan memihak kepadanya. Najib kini seakan sudah takut untuk mengunjungi kedua buah negeri berkenaan kerana sambutan amat dingin. Gelombang yang meledak di Sabah dan Sarawak hari ini bakal menghanyutkan Najib. Simpanan tetap UBN telah dicuri Pakatan Rakyat?

Kerana memahami fenoeman itulah jadi tidak hairan kalau Najib cukup menjaga hati dan perasaan rakyat kedua-dua negeri itu. Najib dilihat sangat berhati-hati untuk mengulas apa-apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak walaupun sebagai PM beliau berhak berbuat demikian dan menunjukkan akan kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin nombor satu negara.

Menyedihkan Najib dilihat bersedia menyembunyikan sesuatu yang sepatutnya beliau didedah seperti mana diharap-harapkan oleh rakyat kedua-dua buah negeri berkenaan, seperti isu penyelewengan dan pembolotan harta benda oleh pemimpin tanpa ada hentinya sangat dirindu rakyat untuk mendapat campur tangan dan pencegahan tidak langsung dari Najib.

Atas nama pelancongan: Adakah spa halal?

Tan Sri Abdullah Ahmad

(K) TAN SRI ABDULLAH AHMADSPA lazimnya nama tempat di mana terdapat air panas semula jadi menjulang ke atas dari dalam tanah atau hot spring (telaga, kolam air panas) yang mengandungi zat ubat; air spa.

Di United Kingdom, Cheltenham Spa, di Kelantan telaga air panas di Tok Bak, antara 10-15 minit perjalanan dari Kok Lanas menuju ke Gua Musang. Dekat Kuala Lumpur, satu ketika dahulu ada air panas di Setapak. Jepun mempunyai banyak spa bagi memulihkan kesihatan dan kononnya menolong menjadikan awet muda. Kini dunia dibanjiri spa moden, di hotel mewah dan tidak bertaraf pun, di banglo - yang lama dan baru.

Pelbagai servis wujud untuk menyegarkan minda dan tubuh; bagi memberi kegembiraan (sementara selalunya!) dan ketenteraman (juga sebentar); setelah dimandikan dengan air bunga dan berendam, selepas itu diurut pula, kuku kaki dan tangan dirapikan dan perkhidmatan lain oleh wanita yang selalunya menarik, ada juga oleh lelaki, dalam kamar yang seductive. Pelanggan keluar selepas satu, dua atau tiga jam terpulang kepada servis yang dikehendaki dan kemampuannya. Ramai terlena oleh alunan muzik dan lagu yang romantik sepanjang sesi tersebut. Selepas sedar daripada tidur, mereka keluar senyum lebar, bahagia, berbau wangi sebelum baju panas dilembapkan oleh peluh. Hati pelanggan itu senang, terhibur. Kalau poket tidak dalam, pulang saja ke rumah mohon isteri urut atau pun bayar tukang urut tradisional/kampung.

37 Tahun Menanti Kini Baru Dapat Hak Milik Tanah Dari Kerajaan PR

SABAK BERNAM 23 SEPT : Seorang petani berusia 60 tahun yang menghabiskan hampir separuh usianya menetap di Kampung Bagan Terap, Sungai Panjang di sini bersyukur impiannya untuk mendapatkan hakmilik tanah dimakbul juga semalam.
Abu Bakar Hashim melafazkan rasa syukur itu ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Hakmilik Tanah dan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini.

“Pakcik sudah duduk di kampung ini dalam 37 tahun dan lebih 10 tahun memohon hakmilik tanah ini tapi baru sekarang pakcik dapat.

Cara Lama : Dr M dakwa dana Soros untuk jadikan Anwar PM.....kata Anwar banyak duit masa jadi TPM..he.he.he...!!!

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pembiaya asing menyalurkan dana kepada NGO Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan Mahathir bahawa modus operandi sama dijalankan negara asing dalam Arab Spring – untuk menukar kerajaan di negara Arab.
Beliau ditanya mengenai penyaluran dana kepada Suaram melalui pertubuhan yang diasaskan oleh jutawan George Soros.
Mahathir percaya bahawa sebahagian daripada penyaluran dana berkenaan, termasuk yang didakwanya untuk perhimpunan BERSIH, adalah untuk menyokong Anwar.

"Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing?

"Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar.

"Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah," kata Mahathir seperti dipetik dalam laporan itu.

Malaysia Kita : Antara dua darjat rakyat dengan pemimpin umno !!

Mencuri kerana kerana tiada wang untuk beli nasi kena penjara 16 bulan .
 
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah melibatkan ratusan ribu ringgit.
Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.
********************************************************************************************************* 
Hmmmmm moral tabiat suka mencuri memang salah disisi agama.
Perbuatan itu  tetap berdosa tak kira apa pangkat atau darjat manusia.
Kerana  mencuri dilarang oleh agama.
Cuma yang ganjil dalam kes di atas

Kesalahan kecil kena penjara16 bulan tatapi kesalahan besar kena 12 bulan penjara.

Aduhai negaraku Malaysia,


~~~~~ Pakat Ubah Kerajaan Sahabat Semua. ~~~~~

~~ ASAL BUKAN UMNO ~~

Buku latihan paling comel dan ajaib di dunia - Wajib beli! ......Kesian sampai camnie...!!

Kat mana nak cekau benda alah neh? Aku nak beli banyak2. Aku dah tanya member facebook yang bagi gambar neh kat aku tapi dia tak balas dari semalam sampai sekarang. Takpe. Aku sebarkan dulu gambar dia. Kot2 korang pun berminat macam aku. 

Boleh la kita order reramai dan beli. Jadikan koleksi beb. 

kah kah kah




Bila renung2 buku latihan ajaib neh aku percaya, dia boleh membantu pelajar2 sekolah menjadi lebih pintar. Bukan pintar yang biasa2 beb. Tetapi luar biasa pintar nya. Aku sendiri dah terasa aura kepintaran buku neh bila dok renung2 wajah yang terpampang kat buku latihan tersebut.

Aku taktahu kenapa tetapi semakin aku tenung semakin aku rasa ermmmm bagus.. bagusss dan bagussss aku kini ada satu lagi sebab yang baru kenapa perlu tolak umno dan bn secara total.

kah kah kah

Terima kasih la buku latihan ajaib. Kerana anda, saya semakin pintar dalam membuat keputusan.

kah kah kah

THE TAIB ASSETS: Reply from Swiss authorities raises DOUBTS about his denials


Taib Mahmud has kept largely silent over the growing uproar about his vast illegal wealth.
However, last year he broke this silence by declaring in the Dun Assembly itself that the news that the Swiss President had agreed to start a formal investigation into his possible assets in Switzerland was a malicious lie:
“Let me state categorically that I have no secret Swiss bank account, nor assets or investments of any description. None whatsoever”.[Taib 22nd June 2011]
Given this rare, but categorical denial, what are we to make of the recent statement by the Swiss Federal Council in reply to questions by the MP Carlo Sommaruga?  The Swiss MP had asked the following question:
Question: “In April 2011, former Federal Councillor Micheline Calmy-Rey forwarded an inquiry from the Bruno Manser Fund on PEP assets held by the Taib family to FINMA. What action did FINMA take? Is the Federal Council prepared to freeze possible Taib assets in Switzerland?”[MP Sommaruga Carlo, 03 May 2012]
The written response took considerable time and it was extremely carefully worded, in recognition of Switzerland’s world famous banking secrecy laws.  However, the wording does little to back up Taib’s protestations:
Answer: “Because of official secrecy, it is not possible to release information on the outcomes of such examinations in specific cases. As to the possibility of freezing the Taib assets by the Federal Council, reference is made to Answer 4.”
Consider this careful wording.  They could have referred to ‘alleged assets’, or ‘possible assets’, or ‘any assets’, however they chose to refer to “The Taib Assets“!
The significance of the reference to ‘Answer 4′ is that it explains that the freezing of an individual’s bank account usually only happens on request from their country of origin, although it states:

BN VIEWPOINT: Enemy at the gate - SOROS A NATIONAL ENEMY!

BN VIEWPOINT:  Enemy at the gate - SOROS A NATIONAL ENEMY!
UNETHICAL- It is mind-boggling how any self-respecting organisation would accept funds from a rogue trader
THERE is a new get-rich-quick scheme in town. To qualify, gather a small crowd at Dataran Merdeka on weekends, chant anti-government slogans, moon at pictures of the prime minister and hold up placards demonising the country's leaders. All you need is a RM2 company. You do not even need to register an association. And with a promise that each demonstration will grow in size, foreign funds will be pouring into your bank account in a matter of months. Easy as that.
Of course, the prerequisite for such funding will be the ability of the non-governmental organisation, legal or otherwise, to organise activities aimed at toppling the democratically-elected government. To qualify for the funds, you need to send to the funders a list of proposals of what you plan to do and report to them again after the activities have been carried out. More funds will depend on the success of each activity. These activities range from street demonstrations, influencing the hearts and minds of the youth through workshops and seminars as well as spreading propaganda through news portals, blogs, Twitter and Facebook.

Ops Suaram: What next, BN?

The government is making sure it does all within its power to 'bury' Suaram, in any way possible.

It is no secret that Sarawak Chief Minister Taib Mahmud practically owns the state and together with his family and cronies has raked in millions allegedly using fraudulent means to clean up the state’s rainforest of its priceless timber.
Still, Taib who has been safeguarding his chief minister’s seat for 31 years now has never been prosecuted under any law, despite there being proof of his corrupt and meandering ways.
From the look of things, it seems that nothing is going to stop the 76-year-old Taib from further plundering Sarawak’s rainforest and usurping the native customary rights land of the indigenous people of Sarawak .
As to why and how he carries on playing villian, it is because Taib has both the backing and blessing of the federal government of Najib Tun Razak.
But when a human rights body, Suaram, turns protagonist and goes all out to expose the corruption involved in the purchase of two Scorpene submarines, the Najib administration promptly clamped down on Suaram’s efforts to reveal the truth.
On July 22 last year, William Bourdon, the French lawyer who had briefed an audience in Penang on the progress of a judicial probe into the Scorpene deal, was forcefully and unceremoniously deported back by the Malaysian government upon landing at the Kuala Lumpur International Airport in Sepang.

Pagi Ahad : Ada perkataan lebih baik dari BACUL ka?

Umno terkedu: MCA berjanji akan tentang dan lawan habis-habisan undang-undang Islam...!!
Sampai sekarang Umno senyap dan membisu...
Sampai sekarang tak nampak langsung hidung kembang si Hassan Ali mendengus...
Sampai sekarang tak nampak seinci pun kopiah tinggi Perkasa yang berdemo...
Kalau tak bacul nak kata apa yerk... hehe...

Najib Tak Bertanggungjawab


KUALA LUMPUR, 23 SEPTEMBER : Tragik dan sedih, itulah ungkapan yang cuba digambarkan oleh Lim Kit Siang berhubung kenyataan Najib Tun Razak berkaitan dakwaan terbaru ke atas Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang memiliki aset berbillion dolar.
Menurut Kit Siang lagi, respon Najib Razak itu tidak bertanggungjawab apabila Najib menganggap semua dakwaan ke atas Taib Mahmud itu sebagai ‘jangan dilayan’.
“ Ini merupakan  respon yang paling mengecewakan dan juga tidak bertanggungjawab oleh Perdana Menteri ke atas laporan terkini dan menggemparkan oleh Bruno Manser Fund (BMF)”, kata Kit Siang.
Dalam laporan terbaru itu, sebuah NGO berpengkalan di Switzerland telah menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai US$21 billion (RM64 billion), manakala kekayaan Taib sahaja bernilai US$15 billion (RM46 billion) lantas menjadikannya manusia terkaya di Malaysia menewaskan Robert Kuok seorang hartawan yang memiliki US$12.5 billion.

HINA RASULULLAH & ISLAM : APA PANDANGAN ADA TENTANG KENYATAAN ORANG INI?



Ketika umat Islam membantah video pendek penghinaan terhadap Rasulullah, jangan dilupa kenyataan-kenyataan orang ini turut menghina Rasulullah dan Islam.

Namun pada masa itu, kini dan mungkin akan datang, tiada bantahan di buat oleh ahli-ahli  parti 'SYAITAN@ YANG DIKENALI' untuk menegur dan memberi nasihat kepada manusia ini.

Cuba tuan-tuan teliti kenyataan manusia itu yang disertakan dengan tarikh dan tempat orang ini mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai bukti bahawa kenyataan itu memang benar-benar diucapkan oleh orang ini yang masih 'cargas' mengeluarkan kenyataan saban hari.

Barat tak pernah belajar dari episod Jyllands Posten?

Oleh: Mat Zain Mat Isa
 
Mutakhir ini dunia sekali lagi berhadapan isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad saw. Kali ini ia dicetuskan sebuah filem yang sengaja direkacipta untuk memberikan gambaran buruk terhadap Islam, khususnya Baginda saw.


Filem Innocence of Muslims terhasil dengan gabungan beberapa individu yang memang mempunyai pendirian anti-Islam. Pengarahnya Sam Bacile, seorang karyawan Amerika Syarikat (AS) keturunan Israel. Manakala penerbitnya, Nakoula Basseley Nakoula, yang menetap di California, AS, adalah penganut Kristian Koptik Mesir.
 
Kedua-dua mereka berkongsi pendirian sangat negatif terhadap Islam. Sebab itu biar pun bantahan dan kekecohan meletus di serata dunia ekoran penayangan sedutan filem itu di internet, mereka tidak menampakkan kekesalan atas apa yang mereka telah lakukan itu.
 

Dr Jeffrey Dan Bumburing -Antara Retorik Dan Realiti

Oleh Musli Oli
Sejak awal merdeka, secara umum lebih 50% penduduk  Sabah  tidak berpuashati dengan status Sabah dalam Persekutuan Malaysia berpunca daripada sikap kerajaan Pusat yang tidak menghormati syarat-syarat MALAYSIA AGREEMENT 1963 dan tidak mematuhi syarat-syarat dalam Perkara 20.


Pemimpin pertama yang menyuarakan rasa hati orang Sabah ialah Ketua Menteri Sabah yang pertama, Donald Stpehen pada 1965 setelah penarikan Singapura daripada Persekutuan. Berikutan itu Donald Stephens digugurkan daripada jawatannya dan digantikan dengan pemimpin SCA.  Peter Lo menjadi KM Sabah selama 2 tahun sebelum pilihan raya umum pertama 1967.
Pilihan raya negeri pertama menyaksikan persaingan sengit antara dua komponen Parti Perikatan Sabah (Sabah Alliance Party) USNO yang diketuai Tun Mustapha dan UPKO pimpinan Tun Stephens. Dalam pilihanraya itu, Kuala Lumpur secara terbuka memberi sokongan kepada USNO! Parti  UMNO dan MCA masing-masing  secara sulit membantu parti USNO dan SCA.

Najib Terdesak : Pas sudah jangka PRU13 tangguh


Abdul Hadi Awang POKOK SENA - Pas sudah menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan ditangguh lagi, kemungkinan sehingga akhir tahun atau tahun depan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, berikutan itu, Pas sudah menetapkan tarikh untuk mengadakan Muktamar Agung Pas pada 24 November ini.

“Kita sudah tetapkan tarikh lebih awal untuk adakan muktamar. Bermakna kita lebih berani berbanding Barisan Nasional (BN) untuk pilih November sebagai persidangan,” katanya, pada sidang media, selepas majlis Konvokesyen ke-11 Kolej Islam Darul Ulum (Kidu), semalam.