Sabtu, 22 September 2012

Cover Line : Polis hanya memantau, tidak terlibat secara langsung kes SUARAM, kata KPN

SHAH ALAM, 22 Sept — Polis Diraja Malaysia tidak terlibat secara langsung dengan siasatan ke atas Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Suara Inisiatif Sdn Bhd yang didakwa menerima dana asing bagi menjalankan operasi mereka, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini.
Bagaimanapun, polis tetap memantau perkembangan kes itu yang kini di bawah siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, katanya dalam sidang media selepas Majlis Perjumpaan dengan Ahli Rakan COP Peringkat Negeri Selangor di sini.
Ismail berkata biar pihak berkuasa tertentu menjalankan siasatan dan beliau percaya segala tindakan yang bakal diambil pasti mengikut lunas undang-undang. — Bernama

KALAU BN MENANG LAGI, SELUAR DALAM PUN HARGA JUTAAN RINGGIT?


Najib kini sudah sampai tahap merayu. Kedengaran cukup mendayu-dayu, 'bagilah kemenangan kepada Bn sepenggal lagi!'

Awas, rayuan itu rayuan bapak harimau demi harimau betina!Sampai masanya harimau pasti mencakau dan menerkam akhirnya .....ngap!! Rakyat yang tidak serik dan mudah lupa akan apa yang Umno lakukan, bakal menjadi mangsa. Yang pasti kroni dan anak beranak terus kaya raya. Rakyat terus bagaikan pengemis mengharap dan menagih bantuan itu dan ini berjenama 1Malaysia!

Sepenggal lagi maknanya 5 tahun lagi! Bayangkan dalam tempoh 5 tahun lagi! Dalam tempoh empat tahun ini pun, paduka bini bershoping di butik-butik luar negara beratus ribu RM, bermalam di hotel berharga beratus ribu satu malam, membeli dan memakai cincin-cincin berjuta! Bil air dan eletrik di Seri Perdana beratus ribu! Melancong ke luar negara sambil bershoping beratus juta RM jugak. 

JPJ: AES operasi mulai tengah malam ini

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia KUALA LUMPUR - Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan mula beroperasi tengah malam ini di 14 'lokasi maut' bagi mengesan pesalah lalu lintas yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata bagi fasa pertama AES, sebanyak 14 kamera dipasang di beberapa lokasi yang dikenal pasti di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Lebih banyak kamera akan dipasang di 817 'lokasi maut' dalam fasa kedua yang akan menyaksikan AES dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pelaksanaan AES merupakan tindakan tegas kerajaan bagi mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.
"Kamera AES dipasang di ‘kawasan hitam’ atau lokasi dikenal pasti sebagai lokasi maut yang mencatatkan jumlah kematian tinggi," katanya.

YES, Johor Sultan is smarter: Zahid now blames suppliers for RIV overpricing

YES, Johor Sultan is smarter: Zahid now blames suppliers for RIV overpricingInstead of probing the widely suspected internal corruption, the Defence ministry today shifted the blame on its controversial purchase of Rapid Intervention Vehicle (RIV) at above market price to the suppliers.

Its minister Ahmad Zahid Hamidi said investigation was now underway and stressed that legal action would be taken against those involved.

Saying his ministry was in the process of gathering evidences following a public rebuke by the Sultan of Johor on the bloated price for RIVs paid by the government, Zahid said suppliers would be taken to court.

"The ministry will not compromise with anyone. If misappropriation is involved in the purchase of the RIVs, we will take action," he was quoted by Bernama as saying.
Even the Sultan is disgusted?

Semangat Juang Yang Tinggi - Tumbangkan Umno@BN



Inilah sekeping gambar yang cukup menyentuh jiwa admin.

Keberanian yang dipamirkan beberapa anak muda yang berikhtizam mau menumbangkan UMNO/BN.

Soros: Blamed for Dr M's currency gambling, now bogeyman for Najib's Scorpenes

Trapping Suaram (Suara Rakyat Malaysia) for whatever reasons is alike plodding on a dangerous path for UMNO and this will further dip Barisan’s hopes in the next general election.
Suaram is a body that is apolitical and operates on the basis of social justice for all Malaysians. Founded in 1989 the aims and objectives are for the protection and promotion of human rights and the development of public awareness in Malaysia.
Soros: Blamed for Dr M's currency gambling, now bogeyman for Najib's ScorpenesAs reported, UMNO leaders have insinuated that the American non-governmental organisation (Open Society Institute presently called Open Society Foundation) that funded Suara Rakyat Malaysia (Suaram) is linked to currency speculator George Soros.
To promote democratic government
It was alleged that Open Society Institute (OSI) channelled funds in excess of US$ 180,000 (RM558, 556.92) to Suaram the period 2007 to 2010.
By virtue of this – the Soros factor – UMNO is beating the political drum to dupe the rakyat that it is “immoral” for Suaram to accept money from the organisation.
Suaram cannot be blamed even if it has received the funding. The network of Open Society Foundations or OSF (named Open Society Institute or OSI until 2011), is a grant making operation started by George Soros, aimed to shape public policy to promote democratic governance, human rights, and economic, legal, and social reform.
OSF works to build alliances across borders and continents on issues such as combating corruption and rights abuses. This is far from any anti-money laundering or pro-terrorism activity that can be classified under the Anti-Terrorism Financing Act 2001.
Suaram has no record whatsoever of being a body that promotes terrorism. Neither is Suaram in cahoots with Soros to damage the country. Yet, to some UMNO leaders Soros was alleged to have “damaged” the country’s economy in the past.
Soros was never the “devil”

Mana aku tau ikhlas ke tak, busuk-busuk pun Ngeh minta maaf. Najib?!

Malaysian Insider hari ni melaporkan, Datuk Ngeh Koo Ham berharap rakyat dapat memaafkannya dan pandang ke depan dalam menyelesaikan isu yang lebih besar dihadapi negara.

Ngeh juga berkata keikhlasan dia meminta maaf bukan sesuatu wajar dipersoalkan kerana yang lebih penting ialah masa depan negara ketika ini.

"Kenapa nak buang masa persoalkan keikhlasan saya minta maaf? Bukankah saya sudah meminta maaf?

"Ada isu lain yang lebih penting seperti ekonomi, sosial dan kesusahan rakyat," kata pengerusi DAP Perak itu.

Sebelum ini, saya pernah dengar ulama kata, kita ambil yang zahir. Apa dalam hati orang, mana kita tahu. Atas alasan itulah saya bersetuju dengan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyatakan permohonan maaf secara terbuka daripada Ngeh sudah mencukupi.

INCREDIBLE: How can Najib ignore & even give the SIGNAL not to investigate Taib!

Sad and tragic. The Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak single-handedly demolishing the credibility, integrity and professionalism of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).
INCREDIBLE: How can Najib ignore & even give the SIGNAL not to investigate Taib!And this happening just 48 hours after the MACC’s latest artificial but carefully-crafted publicity blitzkrieg to present itself as a fiercely independent, intrepid and professional anti-graft body comparable to Hong Kong’s world-famous Independent Commission Against Corruption (ICAC) – with government-paper New Straits Times front page report  “MACC gains in graft war” on Thursday and a special editorial on MACC on Friday – all collapsing like a house of cards.
MACC claims that it had seized “a whopping RM66 million worth of properties, including bungalows and luxury cars” and arrested more than 900 individuals in its “war against graft over the past two years” paled into insignificance when Najib dismissed allegations that Sarawak Chief Minister, Tan Sri Abdul Taib Mahmud has amassed billions in wealth.
Najib told a press conference this morning after the launching of the Urban Transformation Centre (UTC)  - new name for Pudu Sentral: “There are all kinds of allegations, don’t bother about it (jangan kita layan)”.
Irresponsible

05/10 Ceramah Umum Di Dungun Terengganu - Profesor Dr Abdul Aziz Bari

04/10 Ceramah Umum Di Dungun Terengganu - Profesor Dr Abdul Aziz Bari

TGNA | KuliahJumaat 21 Sept 2012

YB Dato Hj Mohd Amar Nik Abdullah | KuliahJumaat 21 Sept 2012

Google and the video that enraged Muslims

Justice for Palestine's children

Film Protesters Clash With Police in Bangladesh

10/10 Ceramah Umum PAS (Kg Maras, Tepoh) - Ustaz Rozali Mohamad

09/10 Ceramah Umum PAS (Kg Maras, Tepoh) - Ustaz Rozali Mohamad

Rebel group 'moves command centre to Syria'

Tenat Benar Najib Sampai Merayu....

Wah Najib Razak sampai merayu-rayu persis lagu Ziana Zain lah.. supaya rakyat memberinya sepenggal untuk membawa pembangunan kepada rakyat. Sayu juga mendengar rayuan Najib itu. Beliau membuat rayuan itu ketika berucap dihadapan 1,000 orang semasa melancarkan Pusat Tranfsformasi bandar di Kuala Lumpur pagi ini.

Najib tidak payah merayu kalau apa yang beliau laksanakan dalam tempoh tiga tahun ini, menampakkan perubahan dan memberi manfaat kepada rakyat. Setelah merdeka 55 tahun rakyat sudah cerdik tidak perlu dipujuk rayu lagi. Tetapi malangnya cara Najib layan rakyat, macamlah rakyat kita seperti penduduk kampung Mongolia.

Manusia Baik VS Manusia Jahat

Dalam dunia ini, ada dua jenis manusia. Satu jenis manusia yang baik, dan satu jenis lagi adalah manusia yang jahat. Fullstop. Khalas. Finito. Punktlich. Tidak ada di antara, atau pun hampir-hampir mahu pun yang menyamar. Cuma harus diingat, yang jahat tidak akan selamanya jahat dan yang baik juga akan ada kemungkinan untuk jadi jahat. Bagi yang menyamar baik, mereka adalah orang jahat, tiada yang ditengah-tengah. Hanya ada yang baik dan yang jahat.
Masa aku kecik dulu, dalam masjid Kampung Bendahara, ada sebuah almari berlaci yang menyimpan naskhah-naskhah Al Quran dan kitab-kitab agama serta pelbagai barangan lain milik masjid. Almari itu letaknya di kawasan mihrab yang boleh dikatakan agak luas. Setiap malam, masjid kami akan menganjurkan kelas-kelas pengajian agama. Sesudah selesai solat maghrib, budak-budak yang selesai mengaji Al Quran, akan duduk bersama dengan jemaah dewasa, mendengar buah butir kelas pengajian, walaupun tidaklah begitu faham.
Satu malam, masjid kami mengadakan kelas pengajian pengurusan jenazah. Ketika itu, tahun 90-an, mungkin belum ada lagi yang terfikir untuk menjadikan manusia hidup sebagai model, sebagai mayat untuk “dimandikan” dan “dikafankan” seperti hari ini. Orang-orang tua yang menjadi tonggak masjid kampung aku merasakan adalah tidak sopan untuk mengkafankan dan menyembahyangkan orang yang masih hidup. Mungkin.

Tahap pemerintahan BN sudah tepu...tiba masa untuk tolak BN

oleh Pak Din Kupang
Berdasarkan perkembangan semasa..adalah hampir mustahil UMNO BN akan kekalkan kemenangan atau setidaknya kekalkan kerusi yang sedia ada dalam GE 13 nanti. Lihat saja dalam GE 12 lepas, kadar swing pengundi bukan Melayu yang tidak seberapa pun telah menyebabkan 5 buah negeri jatuh ke tangan PR..inikan pula jika swing pengundi mencapai 50%~80%.

Jika trend dan situasi serta mood pengundi sekarang berterusan sehingga hari mengundi, UMNO BN tidak syak lagi akan tumbangkan melainkan dengan keajaiban dan helah kotor saja mampu menyelamatkan parti tersebut.

Saya tidak pelik kenapa Mahathir bersuara demikian. Sebenarnya apa yang keluar dari bibir Mahathir bukanlah apa yang sedang bergelora di hati dan fikiran beliau. Mahathir sebenarnya sedang resah sengsara dan kenyataan beliau itu tidak lebih untuk menyedapkan hati sendiri selain memberi keyakinan untuk menyuntik semangat sisa sisa penyokong UMNO BN yang ada agar terus pertahankan parti berkenaan.

NOH OMAR DAN KRONI HIDUP MEWAH 'SONGLAP SANA' DAN 'SONGLAP SINI'

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar nampaknya beriya-iya benar mahu mengisi kerusi Menteri Besar Selangor selepas PRU13 nanti. Serangan yang dibuatnya terhadap kerajaan negeri Selangor bertalu-talu di samping pelbagai soalan yang dilontarkan terhadap Menteri Besar. Di samping ianya adalah satu propaganda politik dan serangan psikologi, tindakan menyerang pihak lawan juga adalah kaedah terbaik untuk menutup penyelewengan diri sendiri.

Saya ingin menyambung isu dakwaan penyalahgunaan kuasa beliau selaku Menteri Pertanian dalam pemberian tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Kali ini biarlah perbicaraan dibuat dalam bentuk soalan, biarlah Noh pula yang menjawab soalan yang diajukan ini kepada rakyat jelata, khususnya para pesawah di seluruh negara.

MAHATHIR MULA MEMPROMOSI MUHYIDDIN...

Oleh : Shahbudin Husin
 TIGA WATAK PENTING MUDAH-MUDAHAN UMNO/BN TUMBANG DALAM PRU KE-13 INI
Beberapa hari kebelakangan ini, mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad dilihat begitu banyak membuka mulutnya mengenai UMNO dan politik Malaysia. Melihat kepada amalan masa lalunya, setiap butir kata-katanya banyak mengandungi maksud tersirat, selain memahami apa yang tersurat.

Selain meramalkan BN akan terus menang dalam pilihanraya akan datang tetapi dengan majoriti yang lebih kecil, Mahathir juga bercakap mengenai tempoh seseorang pemimpin harus memegang jawatannya, memahami isyarat untuk berundur, amalan menegur pemimpin, kerajaan pimpinan Najib yang masih lemah dan pelbagai lagi.

Sukarnya baca politik Malaysia kini

Oleh: anaabdullah

" Bukan tidak tahu baca politik di Malaysia kini, tetapi sukar untuk membacanya. Sudah ada yang membaca begitu dan begini.

Pendek kata, macam macam bacaan sudah kita dengar membuat Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak berani membubar parlimen.

Pelbagai ramalan telah dibuat. Tun Mahathir Mohamad dua tiga minggu ini telah menyatakan umno/BN sudah cukup kuat dan sesuai dan boleh diadakan PRU 13.

Bukan setakat itu sahaja, malahan beliau sangat yakin umno/BN boleh menang 2/3 parlimen yang dinafikan pada PRU 12 lalu.
Seminggu dua ini Najib Razak ghairah bercakap pasal bubur parlimen dalam tahun ini juga dengan kata lain boleh di bubar bila bila masa saja dari sekarang.
Salah seorang kenalan rapat Najib buat ramalan bahawa PRU 13 akan diadakan pada 11  11.2012. Sejauhmana kebenarannya sama samalah kita tunggu.
Bercakap pasal politik dan piliharaya umum teringat saya nama Profesor  Negara Dr. Shamsul Amri Baharuddin yang baru sekali membuat kenyataan isu ustaz Nasharuddin Mat Isa yang lawan Karpal Singh.

UMNO memang Syaitan.!

Oleh: Kalambatu

"Teman tidak berniat mereka-reka cerita yang boleh menjadi fitnah, yang dosanya amat besar. Teman sekadar menyuarakan apa yang terlintas difikiran teman yang teman yakini boleh membawa kesan buruk khususnya kepada PAS dan Pakatan Rakyat amnya dalam PRU13 yang akan datang. Namun begitu teman sedar bahawa apa yang berlaku, yang telah berlaku dan akan berlaku kesemua adalah ujian-ujian kehidupan yang perlu kita lalui yang telah ditentukan oleh Allah.

Bagi mereka yang berjaya menjalani ujian-ujian tersebut dengan redo, dalam masa yang sama dia beriman kepada Allah dan Rasulnya dengan erti kata iman, islam dan ihsan yang sebenarnya, maka tidak sia-sialah umur yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Diakhirat nanti akan dia dapati bahawa kesenangan, kemewahan, kuasa dan kemegahan yang dikejar oleh sebahagian besar manusia semasa didunia sehingga sanggup berpuak-puak, berbunuh-bunuhan, fitnah-memfitnah, tipu-menipu sesama sendiri, adalah kebodohan yang nyata kerana terpedaya dengan nafsu dan hasutan iblis syaitan.
Pengumuman pemimpin tertinggi UMNO bahwa persidangan UMNO akan diadakan dari 27 November hingga 1 Disember ini adalah suatu strategi unggul untuk memberi pukulan maut kepada PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya. Betapa tidak, selama tempoh tersebut, bolehlah kita katakan bahawa UMNO sebenarnya menjalankan kempen PRU13 secara berpusat. Seluruh mekanisma pentadbiran kerajaan akan mereka gunakan supaya seluruh perhatian rakyat jelata tertumpu kepada persidangan tersebut. Nyatakan apa sahaja bentuk mekanisma yang ada: akhbar, radio, TV, internet… kesemuanya akan digunakan. Segala saluran TV seperti yang tersenarai dalam package percuma Unifi akan menonjolkan kehebatan UMNO dan kekuasan mereka. Muka dia sahajalah yang akan keluar.
Segala perkara yang mereka anggap buruk dalam PAS dan Pakatan Rakyat akan mereka perbesar-besarkan, ibarat seekor semut yang melata akan digambarkan sebagai seekor Gajah yang menakutkan. Fitnah dan tohmahan akan ditabor dan tidak satu pun kejayaan Kerajaan-Kerajaan Negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat dianggap baik.   
Selepas puas mereka menghentam PAS dan Pakatan Rakyat semaksima yang mungkin, tanpa memberi peluang dan ruang yang sama kepada pihak yang dikecam itu membela diri, mereka akan mengumumkan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan PRU 13. Dalam firasat teman, PRU13 akan diadakan sebelum perayaan hari krismas 25 Disember 2012 (Walau apa pun, Allah lebih mengetahui).

Cinta Nabi, pilihan raya kampus dan gambar Najib

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Insiden penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. seperti terancang dan berlaku pada sela masa tertentu. Ada-ada saja provokasi yang dicetuskan, baik melalui novel, karikatur dan terkini, filem.

Umat Islam yang diasuh untuk mengasihi Nabi melebihi mana-mana insan di dunia ini bingkas bangun serentak. Protes dan amarah itu meledak di mana-mana.


Kecintaan kepada kekasih Allah itu tidak boleh diungkapkan sekadar melalui kata-kata dan rasional logika.

Dalam situasi begini, sambil mencari hikmah di sebalik kes cercaan itu, ia seperti menyuntik rasa sayang yang paling dalam buat teladan unggul itu. Malah, mendengar alunan nasyid syahdu yang menggetarkan, seperti Law Kaana Bainana, dan mengulangi selawat bisa membuatkan air mata mengalir deras. Menatap gambar kubah hijau Masjid Nabawi dan mengingati ziarah ke makam baginda terus menyejukkan jiwa.

KEKAYAAN TAIB MAHMUD : MALANG BAGI M'SIA BILA PM TAK AMBIL PUSING

Perdana Menteri Najib Razak hari ini menolak dakwaan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengumpulkan kekayaaan berbilion ringgit.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara hari ini, Najib menjelaskan, terdapat banyak dakwaan dibuat dan ia tidak perlu diambil pusing.

Sungguh bahaya seorang Perdana Menteri bercakap demikian. Mana boleh seorang pemimpin negara tidak mengendah dakwaan kekayaan seorang Ketua Menteri yang sememangnya diketahui umum kaya-raya. Anak-anaknya semua jutawan, punya kereta mewah dan harta di luar negara.

Malang sungguh negara kita mempunyai Perdana Menteri yang bersikap demikian. Itulah sebabnya dakwaan rasuah, penyelewengan dan salah laku anak buahnya tidak diambil pusing olehnya. Akhirnya berlaku ketirisan terhadap wang rakyat berjumlah RM28bilion setiap tahun seperti yang dilaporkan dalam laporan tahunan Ketua Audit Negara.

Kerana Tinggi Nilainyalah Tak Boleh Biarkan Di Tangan 'Parti Syaitan'!

Apa yang dibuat hari ini akan ditanggung sehingga ke Cucu-Cicit. Ini termasuklah hutang negara akibat kerakusan dan keborosan kerajaan BN berbelanja.

Ketirisan semaikin menjadi-jadi....

Bayangkan RIV yang berharga RM150,000 menjadi RM690,000. Itu baru sebuah RIV, bagaimana pula dengan Kapal Perang, Jet Pejuang, Kereta kebal dan peralatannya?

Ini di dalam kelengkapan pertahanan sahaja. Bagaimana pula dengan sektor-sektor lain?
Pentadbiran dan Pembangunan pula apa macam?

Beli lembu beranakkkan Kondo!

Sabtu September 22, 2012
Masa Depan Terlalu Tinggi Nilainya Pantang Diserah Kepada Pembangkang - PM
JOHOR BAHARU: Perdana Menteri menegaskan bahawa masa depan negara ini adalah terlalu besar nilainya untuk diperjudikan dan adalah sesuatu yang disifatkan sebagai 'pantang' untuk menyerahkan negara ini kepada pembangkang.
Berucap kepada perwakilan Umno Johor, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno mahu setiap anggota Umno menggembleng tenaga dan kekuatan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Satu dunia kutuk Amerika, tapi Umno kutuk Ngeh !

Apalah punya bangang, pencacai Umno tersangat marahkan Tweet Ngeh Koo Ham yang kata "banyak buang masa dan tenaga sahaja." - Yang dia tujukan kepada Khairy.

Satu dunia kutuk Amerika pasal filem yang hina Nabi SAW (lihat entri saya sebelum ini) , tapi sebab bangang yang tersangat, Umno gi kutuk Ngeh Koo Ham pula!

Ini betul-betul buang masa dan tenaga namanya! Maka amat betullah sebagaimana yang Ngeh katakan itu! Ha! ha! ha! Lepas ni, suruh Nazri siasat pula alHusseyn selepas selesai siasat Ngeh!
Berbeza sekali dengan pihak PAS. Mereka tidaklah marah menggila macam Umno bila mereka mulai faham maksud sebenar tweet Ngeh itu. PAS turut menghantar Ketua Pemudanya Nasarudin Tantawi danTimbalannya, Nik Abduh, Ketua Penerangan Pemuda, Ust Ridhuan Md Nor, Khairil Faizi dan lain-lain pimpinan pemuda.

Selain itu lain-lain pemimpin pusat terdiri dari Dr Zulkifli Ahmad, Salehudin Ayub dan Tuan Man Tuan Ibrahim juga turut serta.

Amerika perlu diajar hormat agama, budaya kita

KUALA LUMPUR: Dua perkara perlu diajar pada Amerika Syarikat – pertama belajar menghormati agama lain dengan menjaga sensitiviti penganut agama tersebut, kedua, belajar memahami budaya dan asas protokol dalam negara ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian ekoran tindakan tidak bertamadun Kedutaan Amerika yang mengutuskan Ketua Pengawal Keselamatan untuk menerima memorandum bantahan berhubung filem Innocence of Muslims semalam.

Amnesty International gesa henti tekanan ke atas SUARAM

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Amnesty International (AI) hari ini menggesa pihak berkuasa Malaysia menghentikan segala bentuk tekanan ke atas SUARAM.

Badan hak asasi manusia antarabangsa tersebut menyelar sikap kerajaan yang dikatakan takut untuk berhadapan isu rasuah Scorpene yang dibawa SUARAM di mahkamah Perancis.

"Kerajaan Malaysia patut hormat hak SUARAM untuk menerima sebarang sebarang dana sah dan sumber dengan tujuan memperjuangkan hak asasi manusia selari dengan Pengisytiharan UN 1998," kata Laura Haigh, pengarah AI bagi Asia Tenggara.

AI juga mengkritik penyalahgunaan kuasa agensi kerajaan yang tidak henti-henti terus mengganggu SUARAM setiap hari.

Aishah: 'Hiburan perlu ikut acuan Islam'


Aishah: 'Hiburan perlu ikut acuan Islam' PENDEKATAN yang salah menyebabkan kebudayaan dan hiburan dipandang serong oleh sesetengah masyarakat Islam masa kini.

Penyanyi, Aishah berkata, pelaksanaan yang tidak tepat, menjadikan hiburan satu kerjaya yang tidak baik, sehingga ia jatuh kepada haram.

Menurutnya, sesetengah penghibur tidak menutup aurat dan bergaul secara bebas, merupakan satu perkara yang dilarang.

“Kesenian dan hiburan di dalam jiwa saya, masih utuh meskipun bergiat aktif dalam parti politik.

Batal calon: Mahasiswa Pendidik Upsi lapor polis


KUALA LUMPUR: Mahasiswa Pendidik (MP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuat laporan polis berhubung isu pembatalan enam calon mahasiswa dari menyertai pilihan raya kampus kali ini.

Laporan tersebut dibuat apabila enam mahasiswa telah dinafikaan pencalonan oleh pihak Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atas sebab teknikal yang tiada dalam syarat wajib pemilihan.

Menurut sumber dari Upsikini, kumpulan Mahasiswa Pendidik dikatakan meragui proses pemilihan MPP pada kali ini kerana wujud unsur penyelewengan dan penipuan.

Kuih Bulan REFORMASI Sudah Berada DIPASARAN


Sempena perayaan Mid-Autumn festival, Parti Keadilan Rakyat telah melancarkan kuih bulan reformasi di Taman Sutera Utama, Skudai Johor pada Jumaat lepas.

Pada tahun ini, kuih bulan yang dikeluarkan mempunyai tiga jenis yang berbeza iaitu kuih bulan berperisa teh hijau, teratai dan zamrud yang mewakili 3 parti utama di dalam Paktan Rakyat.

Kami akan kekal dalam PR, Pas jawab Khairy


Tuan Ibrahim Tuan Man SHAH ALAM - Pas menolak desakan Umno sambil menegaskan pihaknya akan kekal dalam Pakatan Rakyat (PR), dan menerima permohonan maaf secara terbuka Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Hamberhubung ‘tweet’ yang dikeluarkan awal minggu ini.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas menerima langkah Koo Ham yang telahmemohon maaf atas kenyataan beliau.
Menurutnya, Pas tidak sebarang sebab dan alasan untuk meninggalkan PR memandangkan apa yang dikatakan oleh Koo Ham“lebih bersifat peribadi.”
“Bagi Pas, kenyataan Koo Ham itu pandangan peribadi beliau, Pas terima permohonan maaf daripada beliau yang dibuat secara terbuka," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

DAP: Najib beri isyarat jangan sentuh Taib?



 
DAP mempersoalkan sama ada keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan dakwaan kekayaan berbilion ringgit ketua menteri Sarawak merupakan isyarat supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasatnya.

dap lim kit siang interview rebut may 13 01"Dengan isyarat jelas daripada Najib hari ini. Adakah SPRM berani menyiasat Taib... Dan adakah ada mana-mana anggota parlimen BN yang berani menyokong siasatan penuh SPRM terhadap laporan BMF?" soal pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.

Lim mengulas tindakan Najib menolak dakwaan bahawa terhadap tertinggi Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dengan berkata terdapat banyak dakwaan dibuat dan ia tidak perlu dilayan.

NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada 19 September menganggarkan aset keluarga Taib sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Dalang jatuhkan Erdogan dipenjara seumur hidup

SILIVRI, Turki: Sebuah mahkamah Turki Jumaat lalu menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada tiga bekas jeneral, hukuman pertama bagi perbicaraan dua tahun untuk 364 pegawai yang dituduh merancang untuk menggulingkan kerajaan Perdana Menteri Raccip Tayyip Erdogan.

Mahkamah berkata, tiga bekas jeneral tersebut hanya akan menjalani hukuman penjara selama 20 tahun kerana mereka tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan.

Dua lagi jeneral yang sudah bersara dan satu jeneral yang masih berkhidmat juga telah dihukum penjara 18 tahun.

Today in History for September 22nd

Rebel group 'moves command centre to Syria'

Cara ISTERI Tegur SUAMI Dalam Solat - Ustaz Azhar Idrus

Pihak TUDUH Kitab Tabligh FADAIL AMAL Kitab Sesat - Ustaz Azhar Idrus

Hadis NABI 'Aku Adalah Gedung ILMU , Ali Adalah Pintunya' - Ustaz Azhar Idrus

Hukum SUJUD Untuk Berdoa - Ustaz Azhar Idrus

ISU Sosial Remaja : Salah KERAJAAN Atau Ibu Bapa ? - Ustaz Azhar Idrus

08/10 Ceramah Umum PAS (Kg Maras, Tepoh) - Ustaz Rozali Mohamad

07/10 Ceramah Umum PAS (Kg Maras, Tepoh) - Ustaz Rozali Mohamad

Palestine: Starved of attention

Can Egypt regain its economic standing?

Troops deployed to outskirts of Mexico City

Khalid Ibrahim : Hari Malaysia 2012 - Tuaran Sabah

Bekas Timbalan Gabenor BNM kritik k'jaan bantu rakyat secara one-off

Pengerang: Nelayan dakwa ditipu

Permohonan maaf Ngeh mencukupi, kata Dr Asri

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Permohonan maaf secara terbuka daripada pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham sudah mencukupi kata bekas mufti Perlis.

Beliau berkata permintaan maaf Ngeh wajar diterima kerana berlandaskan prinsip ajaran agama Islam.

"Saya menerima permohonan maaf daripada Ngeh tetapi berharap dia lebih berwaspada sebelum mengeluarkan kenyataan," kata Asri Zainul Abidin.

Asri (gambar) turut menegur ahli politik dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya berlaku adil dalam memberi teguran kepada rakan mereka dalam gabungan tersebut.

Bekas mufti Perlis itu juga menggesa PR dan Umno mengamalkan budaya politik sihat supaya tidak hanya mementingkan diri.

Mana lagi hina 'fatwa' ulama muda Umno dengan Ngeh Dap?

Ulama muda Umno Fathul Bari kata demontrasi haram tak kiralah demontrasi apa pun haram bagi puak tu yang katanya 'Teguh atas jalan Nabi dan para sahabat'.Kata ulama muda Umno tu,"Berkenaan demonstrasi dan menunjuk perasaan, pihak kami sudah berulang-kali menyatakan pendirian. Demonstrasi Bersih yang sebelum ini kita katakan “haram, haram, haram” itu, sama sahaja hukumnya dengan demonstrasi-demonstrasi yang lain.

Demonstrasi tidak memberikan apa-apa manfaat kepada umat Islam, sebaliknya yang memberikan manfaat adalah kita menjawab semula isu ini, mengambil kesempatan yang ada ini untuk menjelaskan kepada dunia tentang Nabi kita, agama kita, Al-Quran, sahabat Nabi."Baca semua di sini.
Cara tak langsung 'fatwa' ni turut kata demontrasi yang berlaku di depan kedutaan AS di KL dan demo Umno di Masjid Kg Baru semalam haram la!Bagi puak ni mungkin kerana zaman Nabi tak ada demontrasi,jadi benda yang tak berlaku zaman Nabi kalau buat semua tak boleh dilakukan.Untuk pengetahuan di Malaysia setiap tahun ada demontrasi sayang Nabi Muhammad SAW sempena memperingati kelahiran Baginda iaitu MaulidurRasul.

Tengok neh bukti sifat hipokrit orang umno !!!


Kecoh lagak hero konun mereka pembela islam tapi tanpa di sedari pemimpin Umno la yang banyak menghina agama islam tanpa mereka sedari.
Telah banyak bukti ucapan dari pemimpin umno yang secara jelas menghina  islam tetapi tiada satu pun dari mereka berani menyanggah atau membuat laporan polis berhubung kes ini.


Tetapi Bila kenyataan dari  Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham  berkenaan bantahan filem hina Nabi  wow!! sana sini buat lapuran polis menghentam pengerusi DAP ini.


Aku bukan la sokong sangat kenyataan pengerusi DAP Datuk Ngeh kerana sebagai orang islam aku pun terguris perasaan bila dia berkata demikian ,tetapi bagi aku Ngeh tak lebih dari seorang kafir yang sememangnya jahil dalam bab agama islam sudah tentu beliau bercakap tanpa ilmu agama yang cukup.
Tetapi ada pemimpin islam yang telah menguris dan menghina islam secara jelas dan terang dari pengerusi Dap ini kenapa tiada bantahan atau laporan polis.Menakfikan satu ayat dari Al Quran maka kita boleh tergelincir akidah ,bayangkanlah kalau berterusan pemimpin ini merendah serta memperkecikkan hal agama dan tentu tak ada dia dalam golongan munafik atau pun kafir. 
Kesilapan Ngeh itu telah beliau sedari lalu memohon maaf atas ketelanjuran beliau kerana telah menguris perasaan umat islam Malaysia ,tetapi adakah anda pernah dengar dari mulut mulut pemipin yang konun mengaku sebagai orang  dan pembela islam memohon maaf secara terbuka bila terlanjur kata menghina islam?
ptuihhhh...hipokrit 

Audit Pengundi S’ngor: Saifuddin sifatkan Pengerusi SPR penipu besar

KUALA LUMPUR 22 Sept: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempertahan laporan audit KEADILAN berhubung daftar pengundi di Selangor yang didakwa sebagai penipuan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Memetik laman The Malaysian Insider, Saifuddin berkata, beliau berdiri teguh dengan audit tersebut dan ia bukan sekadar untuk menafikan laporan SPR.
Sebaliknya, beliau menyifatkan Abdul Aziz sebagai ‘penipu besar’ kerana memberi fakta salah berhubung daftar pengundi negeri itu.
Dalam sidang media semalam, Abdul Aziz menuduh kononnya ada unsur penipuan dalam audit daftar pemilih yang dijalankan KEADILAN di Selangor.

Ekonomi Hebat : 40,000 siswazah IPT seluruh negara masih mencari pekerjaan

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Seramai 40,000 siswazah Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara masih mencari pekerjaan berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan 2011 yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi KPT.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT, Datuk Omar Abd Rahman berkata angka itu melibatkan siswazah yang gagal mendapat pekerjaan tetap meskipun  selepas enam bulan tamat pengajian.
"Setiap tahun, kita buat kajian ini dan tahun lalu, menunjukkan peratusan graduan yang masih belum bekerja ialah 21 peratus terdiri daripada IPTA dan 27 peratus IPTS. Manakala, 28 peratus daripada Politeknik dan 35 peratus Kolej Komuniti," katanya.

MB Selangor: Pengundi diragui didedah 2 minggu lagi


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim SHAH ALAM – Selangor akan membentangkan hasil kajian secara menyeluruh terhadap 50,000 pengundi baru yang diragui kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh dua minggu lagi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, apa yang cuba dinafikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hanyalah sebahagian kajian yang dijalankan PKR.

“Pertikaian SPR terhadap kajian yang dilakukan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail itu hanyalah sebahagian kajian walhal Kerajaan Negeri sedang jalankan siasatan yang lebih meluas lagi dan apabila ia selesai kita akan tunjukkan kepada SPR,” katanya selepas Majlis Pemberian Insentif kepada Kontinjen Selangor Sukma 2012 di Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini,hari ini.

Taib monopoli ekonomi punca kemiskinan di Sarawak

SARAWAK 22 Sept: Monopoli ekonomi Sarawak oleh keluarga dan kroni Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud punca jurang miskin-kaya semakin melebar di negeri itu, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari.
“Semua projek infrastruktur awam termasuk pembinaan jalan raya, bangunan kerajaan dan hasil bumi dimonopoli kelompok sama, iaitu kroni dan keluarga Taib Mahmud.
“Yang menghairankan kerana Sarawak negeri paling banyak menerima pelaburan. Tapi, masih ramai rakyat Sarawak terpaksa berhijrah ke Semenanjng untuk mencari kerja,” katanya kepada Suara Keadilan.
Statiistik Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyatakan pelaburan masuk ke negeri  itu sehingga November 2011 berjumlah RM8.162 bilion, iaitu yang tertinggi di Malaysia.
Daripada jumlah tersebut, RM7.7 bilion iaitu hampir 95 peratus diperolehi menerusi projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score).
Namun limpahan pelaburan tidak sampai kepada rakyat kerana ‘terputus ditengah jalan’ oleh anugerah kontrak dan galian hasil bumi kepada kroni Taib Mahmud.

KPT Didesak Henti Segera Campurtangan Dalam Pilihan Raya Kampus

SHAH ALAM 22 SEPT : Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) diminta menghentikan segera campurtangan dalam Pilihan Raya Kampus(PRK) yang melibatkan institusi pengajian awam di negara ini.
Menurut Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria campurtangan ini diakui wujud saban tahun termasuk pendedahan dokumen di Dewan Rakyat yang melibatkan perancangan terperinci untuk memenangkan calon-calon tertentu.
Beliau bagaimanapun yakin mahasiswa hari ini sudah matang membuat keputusan dan menilai siapa yang layak memimpin mereka. Katanya, terpulang kepada mahasiswa untuk membuat keputusan memandangkan mereka kini sudah semakin cerdik dalam membuat penilaian.

Harga saham, Anak dakwa peneroka ditipu

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendedahkan jumlah pinjaman saham Felda kepada peneroka bernilai RM5,000 sedangkan saham sebenar menurut mereka adalah bernilai RM3,640 untuk 800 unit saham.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, selama ini peneroka Felda membeli saham FGVH dengan harga tersebut di mana-mana bank yang menawarkan pinjaman.

Berdasarkan surat perjanjian antara Maybank, Mazlan berkata, peneroka terkejut apabila tercatat nilai belian sebanyak RM5,000, manakala di dalam surat CIMB pula tercatat RM4,000.

"Persoalannya kemana duit yang selebihnya pergi? Ini membabitkan semua peminjam FGVH," katanya surat perjanjian itu diberikan melalui peguam Anak.

1MDB beli IPP selamatkan kroni

Penjana Tenaga Bebas atau Independent Power Producers (IPP) yang diwujudkan untuk membolehkan kroni umno/BN mengaut keuntungan mudah tanpa risiko. Tempoh perjanjian dua buah IPP generasi pertama akan tamat pada tahun 2016 dan 2017.
Kerana bimbang kerajaan persekutuan akan bertukar tangan, kedua-dua IPP ini, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd milik Tan Sri Ananda Krishna dan Mastika Lagenda Sdn Bhd milik Genting Bhd telah bertindak menjualkan IPP ini kepada pihak kerajaan melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Akibat daripada tindakan itu, duit rakyat telah digunakan untuk membeli semula kepentingan Ananda dan Genting, yang selama kewujudan IPP ini telah menyebabkan tarif elektrik dinaikkan beberapa kali bagi mempastikan mereka meraih keuntungan berlipat-ganda. Kini kedua-duanya mengumumkan keuntungan RM1.9 bilion hasil penjualan saham mereka kepada 1MDB.

Flip Flop : Pudu tukar nama lagi kepada Bangunan UTC...tiap tahun tukar nama eh..!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di bangunan Pudu Sentral yang dahulunya dikenali sebagai Puduraya dan kini ditukar lagi menjadi
Bangunan UTC Kuala Lumpur.

Bangunan empat tingkat itu yang merupakan UTC kedua di negara ini menempatkan 39 jabatan kerajaan dan swasta serta pusat pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan NGO.

Jun lepas, Najib melancarkan UTC pertama di Jalan Hang Tuah, Melaka yang menempatkan 70 agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai.

Skandal Shafie-Zahida, MP Ampang Masih Tunggu Saman

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menempelak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana sehingga kini tidak mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Shafie Apdal yang didakwa membiayai artis terkenal Zahida Rafik RM1.5 juta.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, SPRM perlu menyiasat perkara itu bagi memastikan Menteri dan artis tersebut tidak menggunakan wang rakyat untuk kegunaan peribadi.

“Kita masih menunggu hasil laporan tetapi malangnya tiada apa-apa yang dilakukan oleh SPRM dalam kes ini.

SPRM membisu kerana orang yang terlibat adalah Menteri di kalangan Umno BN,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Pada 18 April lalu, Zuraida mendedahkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu memberi hampir RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan.

M’sia’s growth dependent on foreign money

Our nation has foreign funding issues, but don’t look at Suaram.

By Ahmad Fuad Rahmat

The ongoing witchhunt against Suaram for receiving foreign funds should not make us forget a key fact: that Malaysia’s overall approach to development is in fact dependent on foreign funding.
Malaysia’s “growth” is heavily dependent on foreign money
In 2010 Malaysian foreign direct investment was the strongest in Asia. In 2011, the Malaysian government allowed for at least 17 service sub-sectors to be liberalised, permitting 100% foreign equity.
These so called “sub sectors” include: private hospital services; medical and dental specialist services; architectural, engineering, accounting and taxation, legal services; courier services; education and training services; as well as telecommunication services.
Viewed closely these services that are open to foreign ownership are rather far reaching indeed: they even include “welfare services delivered through residential institutions to old person and the handicapped” and “child day-care services including day-care services for the handicapped.”
The fact that basic healthcare and education in Malaysia are open for foreign ownership should alarm us.

DAP: 'Ngeh sudah minta maaf, tak akan kita nak hapus dia'


SHAH ALAM - DAP dilihat tidak akan melayan desakan Umno agar Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, yang kini berhadapan dengan kontroversi mesej Twitter, agar dilucutkan kesemua jawatan dalam parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.
Menurut Timbalan Pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw, Koo Ham akan diberi nasihat dan diambil tindakan susulan yang wajar dan adil memandangkan pemimpin itu telah pun memohon maaf.
Dr Tan Seng Giaw Seng Giaw berkata, permohonan maaf  Koo Ham sendiri menggambarkan pemimpin DAP Perak itu mendengar nasihat yang diberikan parti.
“Kita sudah bagi nasihat pun sebelum ini supaya sentitif terhadap perkara yang berkaitan agama. Tapi jika perkara itu berlaku, seperti Ngeh (Koo Ham), kita akan fikirkan tindakan yang sewajarnya serta adil,” kata beliau kepada Sinar Harian Online pagi ini.
Ahli Parlimen Kepong ini juga dilihat memberi gambaran agar semua pihak perlu bersikap terbuka untuk memaafkan Koo Ham dan tidak wajar terus meminta dikenakan tindakan tegas, sebagaimana didesak oleh Umno, kerana beliau telah pun meminta maaf kelmarin.

PM tolak dakwaan kekayaan Taib Mahmud...ha.ha..ha..sama-sama tahu eh...!!!



 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menolak dakwaan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengumpulkan kekayaaan berbilion ringgit.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara hari ini, Najib menjelaskan, terdapat banyak dakwaan dibuat dan ia tidak perlu diambil pusing.

NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada 19 September menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

Usaha Malaysiakini mendapatkan komen pejabat ketua menteri berhubung dokumen BMF setakat ini belum berjaya.

NGO Royalti rancang serah memorandum kepada Najib di Putrajaya

KUALA LUMPUR, 22 Sept — NGO Royalti (R) merancang untuk menyerahkan memorandum tuntutan royalti kepada perdana menteri Najib Razak di Kompleks Jabatan Perdana Menteri 3 Oktober ini.
Pada hari sama, NGO R juga bakal mengadakan satu perhimpunan di Istana Kehakiman Putrajaya dimana perbicaraan kes saman kerajaan Kelantan kepada Petronas akan berlangsung.
Dalam kenyataan di Harakah, NGO tersebut turut menyatakan semua kepimpinan kerajaan negeri Kelantan akan hadir ke mahkamah bersama pasukan konvoi R.
Perbicaraan pada 3 Oktober ini adalah bagi mendengar permohonan kerajaan Kelantan untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan selepas permohonan tuntutan royalti mereka ditolak sebelum ini.
Pada Ogos lalu, Najib menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi mengkaji isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur.
Najib mendakwa kerajaan Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum kerana pengeluaran petroleum tidak dilakukan dalam kawasan perairan mereka.
Najib turut berkata jawatankuasa itu akan membuat kajian menyeluruh dalam tempoh enam bulan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan.
Namun, jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, mendapat kritikan dan dituduh sebagai satu permainan politik kerajaan.
Cadangan tersebut sama sekali ditolak oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana tempoh yang terlalu lama dan mahu dipendekkan kepada tiga bulan.

Amnesty International: Stop ‘harassing’ activists

Amnesty International says the recent probe against Suaram appeared "to be a concerted, multi-departmental government campaign".

KUALA LUMPUR:  Amnesty International has called on Malaysia to stop the “harassment” of a human rights organisation that has accused the government of corruption.
Authorities are investigating the funding of Suaram, an opposition-leaning group that has long campaigned against police brutality and other abuse.
Earlier this year, a French court started hearing a complaint launched by Suaram, accusing Prime Minister Najib Razak and others over a 2002 deal to buy two submarines from France.
Amnesty International urged Malaysia in a statement Friday to “end all forms of harassment and intimidation”, saying the recent probe against Suaram appeared “to be a concerted, multi-departmental government campaign”.

Najib ada berani buat macam TG Nik Aziz nii...


Royalti Kelantan: 160 ribu referendum akan diserah pada Najib

KOTA BHARU: Seramai 1400 rakyat akan bertolak dari Kota Bharu, Kelantan sempena Konvoi Mega Royalti Ke Putrajaya pada 2 hingga 3 Oktober ini.
Konvoi anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) bertujuan menuntut hak royalti minyak diserahkan kepada rakyat Kelantan.
Setiausahanya, Syam Ghaz berkata, konvoi tersebut juga diadakan sempena tarikh perbicaraan kes saman Kerajaan Kelantan terhadap Petronas pada 3 Oktober 2012.
“Kita akan berlepas dari Kota Bharu jam 7:30 pagi dan akan terus menuju ke tapak ceramah Himpunan Rakyat Tuntut Royalti di Dataran Kemerdekaan Shah Alam,” katanya yang menambah program solat Hajat akan turut diadakan.
Himpunan itu, katanya, akan dihadiri Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan,  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Lensa : Himpunan Bantah Filem, Kartun Hina Nabi Di Depan Duta Amerika Syarikat