Jumaat, 21 September 2012

Pakar teknikal siasat tanah runtuh Green Garden

Al Jazeera's Nacer el Bedri reports from Aleppo

Displaced Syrians take refuge in caves

06/10 Ceramah Umum PAS (Kg Maras, Tepoh) - Ustaz Rozali Mohamad

05/10 Ceramah Umum PAS (Kg Maras, Tepoh) - Ustaz Rozali Mohamad

04/10 Ceramah Umum PAS (Kg Maras, Tepoh) - Ustaz Rozali Mohamad

Polis dibekal keperluan hadapi PRU

GEORGETOWN - Kelengkapan serta peralatan yang mencukupi sudah dibekalkan kepada anggota serta pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai persiapan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, pihaknya sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRU sejak akhir tahun lalu yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.
Beliau berkata, latihan untuk anggota dan pegawai juga dijalankan secara berterusan agar mereka senrtiasa bersiap sedia.
“Antara kemudahan untuk anggota dan pegawai\ ialah kenderaan dan komputer riba yang lengkap bagi memudahkan mereka mengakses internet untuk memudahkan siasatan.

SPR: 20% masih belum daftar jadi pengundi


Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada sidang media di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini. -Foto Bernama
 
PUTRAJAYA - Walaupun pengundi baru meningkat saban tahun, namun masih ada 20 peratus rakyat Malaysia yang layak belum mendaftar sebagai pemilih.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pada 2008 seramai 3.8 juta orang tidak mendaftar, diikuti 4.3 juta orang pada 2009.
Pada 2010, bilangan yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar adalah seramai 3.8 juta orang dan ia menurun kepada 3.6 juta orang tahun lalu.
"Namun, bermula Januari sehingga Jun 2012, seramai 3.2 juta orang layak mengundi masih belum berdaftar," katanya  pada sidang media di ibu pejabat SPR, di sini, hari ini.

Tahniah pencinta Nabi, terima kasih menjayakan

Xpresi Hijau Kasih Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mendapat respon positif daripada seluruh rakyat Malaysia. Xpresi rasa cinta kepada Junjungan Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam telah dizahirkan di hadapan Kedutaan Amerika usai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji hari ini.

Ekspresi ini ternyata memberikan satu semangat kepada umat Islam untuk mempertahankan agama Islam dan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dari dijadikan bahan mainan oleh musuh-musuh Allah.

Tahniah kepada ribuan peserta “Xpresi Cintakan Nabi” yang hadir. Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, semua peserta yang hadir mempunyai satu pendirian yang jelas dan menyatakannya dengan tegas kepada mereka yang cuba menghina Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dan Islam.

Isu penghinaan ini ternyata bukanlah satu sifat dan sikap yang bertamadun. Justeru, penghinaan yang dihamburkan oleh Sam Bacile ini mendapat kutukan dari seluruh rakyat Malaysia termasuklah daripada Cina dan India.

Jangan sampai Umno tiduri isteri anda!

Revolusi Mental Orang Melayu

Orang Melayu mesti buang dan singkirkan pemikiran ini. Yakni, jangan fikir bahawa masa depan kita, kemakmuran kita hanya UMNO boleh buat. Orang Melayu bukan-UMNO pun boleh buat lagi baik.
Yang pegang tampuk kuasa tidak boleh lama mengelak daripada melakukan apa yang dikehendaki oleh majoriti. Orang Melayu majoriti, kan? You cant dismiss the majority.
Lim Guang Eng, KM Pulau Pinang. Dalam mengurus negeri tersebut, dia tak mampu mengetepikan kehendak orang Melayu di sana. Dia tahu realiti politik Malaysia. Pengajarannya ialah, sesiapa pun yang memerintah, kalau dia peka dan akur kepada kehendak majoriti, akan selamat.

Orang Melayu mesti bersatu. Tapi bukanlah bersatu di bawah UMNO. Bersatulah dalam fikiran bahawa melalui bertindak seirama dan senada, merekalah yang ada kuasa dan daulat untuk menentukan bagaimana negara ini ditadbir. Kita mungkin ada kerajaan PR yang memerintah- tapi selagi orang Melayu bertindak secara kolektif, kerajaan PR pun tidak boleh lakukan selain daripada apa yang dikehendaki oleh bangsa Melayu. Itulah hakikatnya.

UMNO's Sidewinding Strategy

UMNO is always trying to ambush and put up red herrings to divert people’s attention. Why for example, is the hudud issue between PAS ad DAP being made into a big thing? This is a sideshow being elevated to a premier status complete with intellectual gloss from uncle tom-ing academics.
PAS and DAP- they operate on different principles. PAS champions Islamic principles and Islamic agenda. DAP champions secular democratic principles as in justice and equality and good governance and all that. Both cooperate on common grounds.
Why is UMNO driving a wedge between the two? UMNO should be looking out for MCA which has ridiculed UMNO’s stance on Islamic agenda.
Sometimes I think UMNO religious luminaries are not that bright. UMNO is in power now. MCA which is a party of infidels work closely with UMNO so UMNO labels them friendly infidels ( kafir Zimmi- infidels who accepts the authority of Muslims in power). What does that prove? It proves the classification of infidels is a function of who is in power. That is how UMNO plays the game.

Pimpinan UMNO-BN bila pula nak mohon maaf ?


KUALA LUMPUR, 21 SEPTEMBER: DAP kesal dengan kenyataan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak yang mempersoalkan kejujuran  permohonan maaf pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataan Twitter beliau yang diputarbelitkan sebagai menghina Islam.
Sehubungan dengan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya mempersoalkan bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin BN yang tidak mahu memohon maaf diatas kenyataan kesat dan berbaur perkauman terhadap orang Islam dan bukan Melayu.
“Apapun telahan perdana Menteri atas kejujuran Datuk Ngeh memohon maaf, ia membuktikan pimpinan Paktan Rakyat lebih terbuka dan mempunyai ketelusan hati untuk menerima sebarang kesilapan.”
“Ia jauh bezanya dengan sikap pimpinan BN yang langsung tidak pernah memohon maaf walaupun terang-terang membuat tuduhan melampau dan pembohongan yang tidak berasas.” ujarnya.

Nik Aziz: Boikot produk Yahudi


Nik Abdul Aziz Nik
Nik Aziz berucap semasa demonstrasi bantahan yang diadakan di Dataran Ilmu, hari ini.
 
KOTA BHARU - Bukan setakat berdemonstrasi memprotes penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW menerusi filem Innocence of Muslims, tetapi Pas Kelantan turut mengajak umat Islam di negara ini memboikot barangan keluaran Yahudi sebagai tanda bantahan.
Bagi tujuan itu, Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap selepas demonstrasi yang diadakan serentak di Kuala Lumpur hari ini, oleh Pemuda Pas dan Pemuda Umno, satu jawatankuasa dapat ditubuhkan untuk melaksanakan boikot barangan Yahudi secara serius.
Nik Aziz berkata, kerja membuat bantahan itu bukan tanggungjawab kerajaan sahaja, tetapi sebagai umat Islam ia perlu dilakukan apabila wujudnya penghinaan agama.
“Tidak padan dengan demonstrasi ini, ada benda yang kita kena buat iaitu boikot barangan dia (Yahudi), makanan, pakaian dan jawatankuasa di peringkat pusat kena senaraikan barangan-barangan tersebut.

Air traffic control flop: PKR wants gov't to explain

TIAN CHUA BANTAH PENGHINAAN NABI MUHAMMAD DI HADAPAN KEDUTAAN AMERIKA

HIMPUNAN BANTAH FILEM HINA NABI MUHAMMAD (Bhg 2)

HIMPUNAN BANTAH FILEM HINA NABI MUHAMMAD (Bhg 1)

Lensa : Demo Bantah Filem Anti Islam Depan Kedutaan AS






Rakyat berarak bersama Pakatan ke kedutaan AS bantah filem anti-Islam



Ribuan umat Islam dari Umno dan PAS berhimpun di Kuala Lumpur hari ini kerana membantah filem Innocence of Islam yang menghina Nabi Muhammad SAW dan mencetuskan demonstrasi anti Amerika Syarikat (AS) di seluruh dunia.

NONENaib presiden PAS, Salahuddin Ayub mengetuai demonstrasi 'Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW' anjuran Pemuda PAS selepas solat Jumaat di Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak, sebelum kira-kira 5,000 orang berarak ke kedutaan AS dekat situ.

Sementara itu, protes anjuran Umno pula diketuai oleh Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin yang berlangsung di Masjid Kampung Baru disertai kira-kira 3,000 orang.

Kedua-dua protes tersebut turut disokong oleh pertubuhan Islam dan pelbagai NGO.

NONEDalam perhimpunan anjuran Pemuda PAS, peserta berarak ke kedutaan Amerika Syarikat dengan melaungkan "Hidup Islam", "Hancur Israel", dan "Hancur Amerika", bertakbir dan berselawat berulang-ulang kali.

Beberapa peserta juga bertindak membakar kain rentang memaparkan bendera Amerika dan logo Bintang David yang menjadi lambang negara Israel sebelum dipadamkan Unit Amal yang berkawal.

Mereka turut merentang pelbagai kain pemidang dan mengangkat poster yang mengutuk filem itu serta memuji baginda SAW.

'Obama perlu bertanggungjawab'

Demo Aman Bantah Filem Hina Nabi Muhammad SAW Di Kedutaan Amerika

Demo bantahan penghinaan Rasulullah kedutaan (USA KL 3)

Demo Anti Islam : Pemuda UMNO Desak Pas Keluar Pakatan..ha..ha..ha..

BANTAHAN PENGHINAAN NABI MUHAMMAD DIHADAPAN KEDUTAAN AMERIKA - UCAPAN YB DR DZUL

Demo bantahan penghinaan Rasulullah kedutaan (USA KL 4)

Hina Nabi : Bendera US Dan Israel Dibakar Di Besut

Thousands of Malaysian in front USA Embassy Sept 21st, 2012

[PERGELUTAN SYIAH dgn UNIT AMAL] - Demo bantahan penghinaan Rasulullah

Protes filem anti-Islam ‘gegar’ di Asia, Afrika Utara


Protes filem anti-Islam ‘gegar’ di Asia, Afrika Utara
Seorang kanak-kanak Muslim menyertai protes mengecam Amerika Syarikat di Jammu, Kashmir, India, hari ini. – Foto EPA
 
ISLAMABAD – Protes membantah filem dan kartun  menghina Nabi Muhammad SAW berterusan di banyak negara di benua Asia dan Afrika Utara hari ini manakala kerajaan Pakistan pula mengisytiharkan hari ini sebagai "hari cuti kebangsaan” bagi orang ramai menyertai demonstrasi.
Protes menyaksikan beberapa siri pertempuran dan sekurang-kurangnya satu kematian direkodkan di Peshawar, utara Pakistan.
Sementara itu, Kerajaan Amerika Syarikat (AS) membeli ruang iklan di tujuh stesen televisyen bagi menunjukkan Presiden AS, Barack Obama mengutuk filem Innocense of Muslims.
Walaupun AS telah dipertanggungjawabkan agar menanggung beban protes tersebut, namun sentimen anti-Barat telah dicetuskan semula dengan penerbitan karikatur yang menyindir peribadi, pemimpin umat manusia, Nabi Muhammad SAW yang disiarkan dalam sebuah majalah Perancis.
Di Peshawar, penunjuk perasaan menyerang dan menggeledah dua bangunan pawagam. Seorang pemandu stesen TV Pakistan terbunuh manakala tujuh orang dilaporkan cedera apabila polis melepaskan tembakan bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Fake photo: ‘Another case of chasing the ikan bilis’

The PKR Johor chief doubts a photographer would risk his job to doctor the photo of Najib Tun Razak, as implied by Bernama. 

PETALING JAYA: Bernama’s claim that its photo of Najib Tun Razak was doctored at its point of origin will lead to another case of chasing the small fish and ignoring the big fish, Chua Jui Meng said today.
The PKR Johor chief said the national news agency had delayed admitting its guilt until pressure had mounted from the public, and even then, it had chosen to finger the source from where the photograph was sent rather than shoulder the blame.
“I doubt the doctoring was done by the photographer who would not be so stupid to put his job on the line because such doctoring can easily be detected,” Chua said in a scathing statement today.
“But he could have been pressured by his superiors to do so,” he said.

Mana Satu Yang Betul. Bukankah Masalah Ini Boleh Melibatkan Nyawa?

Jabatan penerbangan nafi hilang kawalan pesawat

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menafikan hilang kawalan terhadap pesawat di sektor Pusat Sistem Kawalan Udara Kuala Lumpur selepas gangguan bekalan tenaga menyebabkan radar pusat tidak berfungsi lebih sejam minggu lepas.

NONE"Kami alami gangguan kuasa ekoran masalah dengan pemutus litar dan radar tidak beroperasi," akui Ketua Pengarah DCA Azharuddin Abdul Rahman kepadaMalaysiakini.

Beliau menegaskan, masalah itu tidak berkaitan dengan kawalan trafik udara tetapi hanya gangguan tenaga.

Azharuddin menjelaskan pihaknya tidak perasan apabila pemutus litar terputus.

Bagaimanapun, tambahnya, walaupun bekalan alternatif kembali seperti biasa, radar tiada sambungan selepas bateri UPS kehabisan tenaga.

NGO selar ‘kempen’ dakwaan bersekongkol dengan pihak asing

KUALA LUMPUR, 21 Sept — Para aktivis berkata mereka kini menjadi sasaran dalam kempen memburuk-burukkan mereka selepas beberapa akhbar yang dikaitkan dengan Barisan Nasional (BN) menerbitkan laporan yang mendakwa organisasi seperti SUARAM dan Bersih telah menerima dana asing sebagai sebahagian daripada plot untuk menjejaskan kestabilan negara.
Aktivis mengakui kepada The Malaysian Insider bahawa banyak organisasi mereka menerima dana dari sumber-sumber asing dan tempatan, tetapi menegaskan ianya bertujuan untuk membiayai kempen mereka bagi mewujudkan amalan demokrasi dan menegakkan hak asasi manusia.
Mereka juga berkata bahawa dana yang diterima mereka tidak mempunyai kaitan dengan sebarang plot seperti yang dituduh dalam tajuk utama akhbar yang dikawal oleh Umno, New Straits Times.
Beberapa pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan lain juga dinamakan dalam laporan tersebut seperti SUARAM, "Lawyers for Liberty", BERSIH dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).

Umno yang ajar bukan Islam hina Islam


KUALA LUMPUR: Kalau pemimpin Umno tidak ajar orang lain menghina Islam, bangsa lain tidak berani melakukannya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Utusan Malaysia dan RTM tanya saya mengenai kenyataan (Pengerusi DAP Perak, Datuk) Ngeh (Koo Ham) yang saya akui langsung tidak peka kepada sensitiviti umat Islam.

"Saya beritahu mereka, tindakan Ngeh yang lansung tidak peka kepada sensitiviti umat Islam itu sama dengan pemimpin Umno yang menghina Islam. Antaranya, (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dahulu. Beliau juga pernah hina orang Islam dan Islam. Koo Ham pun sama dengan pemimpin Umno.

"Dr Mahathir berjaya didik Koo Ham," beliau memberitahu kenyataannya kepada Utusan.

Penduduk Green Cow mohon AG gugur pertuduhan


 PUTRAJAYA: Gabungan Penduduk Green Cow Cameron Highlands memohon Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail mengugurkan rayuan dan tuduhan ke atas mereka dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dilihat berunsur 'mala fide'.

Menurut penduduk berkenaan, pihak peguam negara harus berpihak kepada kehendak rakyat tetapi setelah melihat pendakwaan oleh pihak timbalan pendakwaraya seolah memberikan laluan kepada pemaju untuk terus menjalankan aktiviti tanpa menghindar keselamatan penduduk.

Muslimat sokong Presiden PAS saman Mashitah


KUALA LUMPUR: Muslimat PAS menyokong tindakan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah mengambil keputusan untuk menyaman Datuk Dr Mashitah Ibrahim ekoran fitnahnya dalam sebuah artikel ke atas Presiden PAS itu.

Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi (gambar) berkata, tindakan ini wajar untuk membersihkan nama Presiden dan yang paling penting adalah sebagai satu pengajaran, ingatan dan amaran kepada Mashitah khususnya dan penulis-penulis artikel berunsur fitnah yang lain.

"Politik baru Malaysia tidak memerlukan orang seperti ini. Politik baru Malaysia mesti dibangunkan dengan akhlak mulia, saling hormat miskipun berbeda," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Pimpinan KEADILAN bukan Islam antara ribuan bantah hina Nabi

KUALA LUMPUR 21 Sept: Ribuan umat Islam hari ini menyertai himpunan di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi membantah penerbitan filem “Innocence of Muslims” yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Himpunan  “Expresi Hijau Kasih Nabi” itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji sebelum berarak menuju ke bagunan kedutaan kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.
Mengikut HarakahDaily, dianggar hampir 5,000 menyertai himpunan termasuk dari kalangan muslimat, mahasiswa dan umat Islam.
Antara yang berada di barisan hadapan ialah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.
Mereka menggunakan lori sebagai pentas bergerak di samping beberapa pimpinan di atasnya menyampaikan ucapan.

Pemimpin Bermewah : Rosmah dicabar nafi miliki jam tangan RM350,000

KUALA LUMPUR 21 Sept: Selepas gempar dengan kemewahan ‘aksesori’ Datin Seri Rosmah Mansur melalui pendedahan cincin RM24 juta dan beg tangan RM28,000, kini tersebar pula gambar isteri Perdana Menteri itu memakai jam tangan yang dikatakan bernilai RM350,000.
Jam tangan yang dipakai Rosmah ketika menghadiri satu majlis di Vietnam itu dilihat menyerupai jenama jam tangan antara paling mahal di dunia iaitu Franck Muller.
Berdasarkan beberapa blog, jam tangan itu dikatakan bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000. Rosmah sebelum ini dikatakan memiliki 11 beg tangan mewah jenama Birkin yang setiap satu dianggar bernilai minimum RM638,000 dan maksimum RM5,192,000.

PKR Selangor Lancar Kempen Jelajah Selangor Tawan Malaysia


PETALING JAYA 21 SEPT : Bagi memastikan Pakatan Rakyat (PR) terus menerajui Selangor, PKR Selangor akan melancarkan kempen “Jelajah Selangor Tawan Malaysia” yang akan bermula pada 14 Oktober depan.
Ketua Penerangan PKR, Shuhaimi Shafiei berkata program gerak gempur yang bertemakan ‘perkukuhkan kemenangan rakyat dan tawan Malaysia’ itu akan memfokuskan kawasan tumpuan.
Antaranya, kawasan Parlimen Selayang, Pandan, Bandar Tun Razak, Kuala Langat, Kapar, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Ampang, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selatan dan Subang.
Kawasan DUN yang terbabit adalah Kuang, Rawang, Sementa, Kota Anggerik, Batu Tiga, Batang Kali, Permatang, Sri Muda, Sri Andalas, Batu Caves, Bukit Antarabangsa, Ijok, Melawati, Seri Setia, Taman Medan, Bukit Lanjan, Dengkil, Semenyih, Kajang dan Pelabuhan Klang.

PKR gesa wujudkan audit bebas khuatir KLIA 2 terima nasib sama

KUALA LUMPUR, 21 Sept — PKR hari ini mendesak Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) untuk mengemukakan penjelasan dalam audit bebas terhadap kegagalan sistem kawalan trafik udara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah untuk berfungsi selama lebih dua jam pada 12 September lalu.
Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar (gambar) menegaskan, kegagalan kedua-dua pihak untuk mengemukakan audit tersebut akan merisikokan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, (KLIA 2) kerana turut bakal menggunakan sistem yang sama.
“Kami difahamkan Kementerian Pengangkutan dan DCA sedang menilai perunding Airspace Restructuring Project (ATMOP) dan kami harap hanya pembida layak yang diberikan projek.
“Bagaimanapun, kami juga difahamkan salah satu pembekal sistem adalah ENAV — syarikat yang berkait rapat dengan SELEX yang mempunyai pelbagai masalah dan membina sistem kawalan trafik udara yang cacat di Subang

PRU13: Biar Najib ikut Pakatan pula

Umno  telah menetapkakan Persidangan Agung Umno 27 November hingga 1 Disember  2012.
Kemungkinan besar PRU mungkin tahun hadapan walau pun angin bertiup kencang tarikh PRU 13 dalam bulan November.

Datuk Seri Najib selaku  Presiden Umno terpaksa berbuat demikian apabila Selangor telah membuat keputusan tidak akan bersama dengan kerajaan Pusat.

Sekarang biar Najib pula ikut tarikh Pakatan Rakyat. TIndakan yang diambil oleh kerajaan Selangor satu tindakan yang bijak, untuk mengajar pemimpin Umno seperti Najib yang cuba hendak bermain teka teki dengan rakyat mengenai tarikh pilihanraya.

03/10 Ceramah Umum Di Dungun Terengganu - Profesor Dr Abdul Aziz Bari

02/10 Ceramah Umum Di Dungun Terengganu - Profesor Dr Abdul Aziz Bari

01/10 Ceramah Umum Di Dungun Terengganu - Profesor Dr Abdul Aziz Bari

Sheikh Hanafi - Erti Merdeka & Kisah anak Amr bin As gabenor Mesir yg ditampar

Sheikh Hanafi -Islam di tindas sehari ke sehari..sedarlah Umat Islam!!

Bacaan JEMAAH Terlalu KUAT - Ustaz Azhar Idrus

Cara Terangkan AURAT Pada NON-MUSLIM - Ustaz Azhar Idrus

Hukum WANITA Enggan KAHWIN - Ustaz Azhar Idrus

Solat JAMAK Sebab CAMPING - Ustaz Azhar Idrus

Keluar MANI Ketika Buang Air BESAR ? - Ustaz Azhar Idrus

03/10 Ceramah Umum PAS (Kg Maras, Tepoh) - Ustaz Rozali Mohamad

02/10 Ceramah Umum PAS (Kg Maras, Tepoh) - Ustaz Rozali Mohamad

01/10 Ceramah Umum PAS (Kg Maras, Tepoh) - Ustaz Rozali Mohamad

The latest from Pakistan anti-Islam video protests

Demo bantahan penghinaan Rasulullah kedutaan (USA KL 2)

Demo bantahan penghinaan Rasulullah kedutaan (USA KL 1)

Ribuan berarak ke kedutaan AS bantah filem anti-Islam

Puluhan ribu berarak ke Kedutaan AS

PAS kesal layanan buruk kedutaan AS

PAS kemuka 4 tuntutan kepada AS

Saifuddin: Malaysia perlukan 'politik baru'


Saifuddin Abdullah MELBOURNE - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata Malaysia memerlukan "politik baru" untuk menjadikannya sebuah negara yang lebih baik.

Katanya, pendekatan baharu terhadap politik akan merintis jalan ke arah terbentuknya satu budaya politik yang mampu melahirkan amalan demokrasi yang "lebih sihat, bersih, matang dan progresif."

Beliau berkata demikian ketika berucap pada seminar "Pembangunan Modal Insan" anjuran Kelab Umno Melbourne di sini pada Khamis yang dihadiri lebih 200 pelajar, ahli akademik dan Konsul Besar Malaysia di sini Dr Mohd Rameez Yahaya.

Saifuddin berkata "politik baru", yang merangkumi empat bidang itu, bertujuan membawa "amalan politik kita ke tahap lebih tinggi."

Khalid Samad menang lagi kes ke atas Exco Perak - Adun Umno Sungai Rapat

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak rayuan  Exco Kerajaan Negeri Perak dan juga ADUN Sungai Rapat, Perak, Hamidah Osman dengan kos bagi mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam yang diberikan pada 1 Jun yang lalu.

Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Rayuan yang dianggotai oleh Hakim Datuk Ramly Haji Ali, Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Anantham Kasinather memutuskan bahawa mereka bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa bagi mendengar kes tort.

Pada 1 Jun yang lalu Hakim Datuk Haji Zainal Azman telah menolak permohonan Hamidah bagi membatalkan saman Khalid Samad ke atas beliau atas  tulisan yang mengandungi tuduhan fitnah ke atas Khalid Samad di blog Hamidah http://hamidahosman.blogspot.com pada atau sekitar Januari 2010.

Antara lain di dalam blognya, Hamidah menyiarkan gambar super imposed Khalid Samad sebagaimana sebelah.

Dan beliau juga menulis antara lain “Golongan yang menyokong pengunaan ini terdiri daripada golongan Islam Liberal dan menariknya Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menyokong kehendak Mubaligh Kristian mengantikan perkataan ‘God’ kepada didalam Bible kepada perkataan Allah. Kak Midah yakin kekesalan pasti bersarang jauh disudut hatinya dengan keputusan mahkamah ini.”

Beliau juga menulis “Sekalung tahniah buat parti PAS kerana melalui pembesarnya iaitu Khalid Samad, isu penggunaan nama Allah ini tercetus dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat Islam di negara ini."

Atas tulisan beliau di blog tersebut Khalid telah melalui peguamnya, Tetuan Mohamed Hanipa & Associates memfailkan writ saman ke atas Hamidah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas kausa tindakan fitnah.

Pada pendengaran rayuan hari ini Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Hamidah diwakili oleh Datuk Hafarrizam Haron dari Tetuan Hafarizam Wan & Aishah Mubarak.

Dengan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut kes ini akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 20 dan 21 November 2012.

NST report: ‘Ridiculous and rubbish’

The NGOs mentioned in an alleged plot to destabilise the government lash out at New Straits Times for its alleged smear campaign.

PETALING JAYA: Suaram denied today that it is a tool for foreign hands to destabilise the Malaysian government as alleged by New Straits Times (NST) daily today, adding that the US-based National Endowment for Democracy (NED) has no say in its direction or projects.
NST claimed today that the Washington-based NED is seeking to destabilise the government by channelling up to RM20 million in funds to Malaysian non-governmental organisations (NGO) such as Suaram, Lawyers for Liberty (LFL), the Centre for Independent Journalism (CIJ) as well as news portal Malaysiakini.
But the front page report “Plot to destabilise govt” did not specify how the organisations planned to overthrow the Barisan Nasional-led government with the donated funds.
It also failed to substantiate its claim that the NED wished to destabilise the government, beyond citing “investigators” and “sources”, and a Berita Harian interview with Aliran founder Professor Dr Chandra Muzzafar yesterday.
When asked to comment on the report, Suaram chairperson K Arumugam said that it was no secret that NED provided funds to Suaram, but added that that was the full extent of NED’s role in the human rights group.

Himpunan Anti Islam : Pemuda Umno desak Pas keluar Pakatan...ha..ha..dah jadi himpunan anti-Dap....!!!



 Kecewa tweet Ngeh, Pemuda Umno desak Pas keluar Pakatan KUALA LUMPUR - Pemuda Umno mendesak Pas keluar dari gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) berikutan tindakan salah satu parti dalam perikatan tersebut yang disifatkan menghina agama Islam.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Pas gagal mendapat sokongan daripada sekutunya walaupun hanya dalam perkara asas iaitu agama.

"Saya amat amat kesal. Di mana pada satu keadaan agama kita dikecam, Nabi Muhammad dihina tetapi mereka (Pas) tidak mendapat sokongan daripada parti yang katanya rakan seperjuangan.

"Apa lagi nak tunggu? Bagi saya, itu adalah isyarat yang cukup jelas bahawa mereka (Pas) perlu tinggalkan parti pembangkang," tegas Khairy yang ditemui pemberita selepas selesai mengetuai perhimpunan aman yang mengecam filem dan karikatur yang menghina Islam di Kampung Baru, petang ini.

OMG! Umno goes wild with sex, sex, sex: Now, Hadi accused of scandal with 'VIRGIN GIRL'

OMG! Umno goes wild with sex, sex, sex: Now, Hadi accused of scandal with 'VIRGIN GIRL'PAS has filed a defamation suit against deputy minister in the Prime Minister's Department Mashitah Ibrahim over an article she wrote accusing PAS president Tuan Guru Abdul Hadi Awang of being involved in a sex scandal.
Hadi's political secretary Dr Ahmad Samsuri Mokhtar filed the suit at the Kuala Lumpur High Court this morning, naming Mashitah and Malay daily Sinar Harian as the first and second defendant respectively.
Ahmad Samsuri described Mashitah's claim as extremely defamatory.
"Prior to this we requested Mashitah and Sinar Harian for an open apology, but they failed to do so and hence the legal action," he added, accompanied by counsels Mazwan Johar and Nasar Khan.
"Virgin girl"

Umno ahead of annual assembly: Wracked by 'civil war' & DEADLY

Umno ahead of annual assembly: Wracked by 'civil war' & DEADLYUMNO has been getting a lot of flak of late due to the antics and misguided actions of its leaders including its current president Najib Razak and its former president Mahathir Mohamad. But not all of UMNO's 3-million-odd members are like its elitist top leadership, given to greed and corruption and relying on racism, race championing and religious bigotry to bail themselves out when the going gets tough.
Ordinary UMNO members and supporters are like other Malaysians - decent and desirous of a prosperous and happy future for themselves and families. They too are at the mercy of the UMNO elite. So are the lower ranking UMNO leaders, the Opposition, the economy, the judiciary, the civil service, the flora and fauna, the rivers and hills - all in the country are at the mercy of the UMNO elite.
But is the UMNO top leadership really so powerful or is this because they have been allowed to get their own way for so long that they have made themselves seem invincible? For example, top UMNO leaders can instruct the police to catch anybody, fabricate all the evidence and charges, prosecute in court and then pack the hapless person off to jail. And nobody can do anything about it! Just ask past victims such as Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh - all three Opposition leaders have suffered at the hands of the UMNO elite.
But is this power or abuse of power? The sudden dawning of consciousness - whether from education, the Internet or sheer evolution and  accompanied by growing public anger - that such behavior is wrong and cannot be condoned is certainly a key spanner thrown into the UMNO works. It brings to an inevitable end an era that Prime Minister Najib Razak and former premier Mahathir Mohamad still hope to cling onto. Based on past record, to maintain power the UMNO 'warlords' have never and cannot be expected to hesitate to trample on democracy or abuse human rights.
But time waits for no man or woman, and UMNO too will have to move on. Members may not realize it but change is happening in their party. The initial stages may be crude and in the form of intense never-before-seen factional infighting, but the implosion that is bound to come will allow the pus to finally exit.

'Menteri mesti minta maaf isu gambar diubah'

Menteri dalam negeri dan menteri penerangan mesti memohon maaf berhubung pengakuan Bernama berhubung isu pengubahan gambar agensi berita nasional Bernama, kata PKR Johor.

pkr congress 271110 jimmy chua jui mengPengerusi PKR Johor Datuk Seri Chua Jui Meng (kanan) berkata, penjelasan Bernama berhubung insiden "tidak beretika" itu tidak mencukupi.

"Mengakui bahawa gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang... diubah untuk menggambarkan kehadiran besar tidak mencukupi.

Bernama semalam menjelaskan pihaknya telah menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan itu dan siasatan awal mendedahkan kecacatan pada gambar itu dikesan berpunca dari tempat ia dihantar.

Ketua pengarangnya berkata, siasatan lanjut dijalankan untuk menentukan motif individu terbabit dan sama ada wujud elemen sabotaj.

Peserta Bersih tidak berpeluang bersurai, kata ketua panel Suhakam

Anggota panel Suhakam melawat Dataran Merdeka pada 21 September 2012. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 21 Sept — Ketua panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata peserta “tiada mempunyai banyak ruang untuk berlari” semasa Himpunan Bersih 28 April lalu sekaligus bertentangan dengan kenyataan awal pihak polis yang mengatakan peserta mempunyai banyak jalan untuk bersurai. Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee memberitahu wartawan selepas panel selesai membuat lawatan ke lokasi yang disediakan polis kepada peserta untuk keluar dan mendapati hanya terdapat dua lorong sempit.
“Polis berkata berkata terdapat banyak kawasan dimana peserta boleh bersurai dan kami masih mencarinya.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR BANTAHAN TERHADAP PENGHINAAN NABI MUHAMMAD SAW DI KEDUTAAN AMERIKA


Gambar-gambar sekitar bantahan penghinaan terhadap Nabi Muhammad di Kedutaan Amerika..
Walaupun agak mengecewakan apabila wakil kedutaan enggan turun menerima memorandum bantahan..
tetapi jumlah kehadiran rakyat umat Islam berbilang bangsa termasuk pemimpin dari pakatan Rakyat tidak menghampakan....


Today in History for September 21st

Syria's Assad predicts defeat for rebels

Orang Rimba Bebas Buta Huruf

Muhammad cartoon sparks anti-French protests

Kedutaan US : Innocence of Muslims

Gambar tipu untuk beri gambaran sokongan palsu terhadap Najib

KUALA LUMPUR 21 September: Tindakan media arus perdana kawalan Umno BN mengubah suai gambar bagi memberi gambaran palsu sambutan terhadap Perdana Menteri, adalah suatu bentuk penipuan terhadap rakyat.
“Pendek kata, berita yang disiar akhbar pro-Umno perlu diteliti dahulu kerana bukan sahaja berita, tetapi gambar pun tipu.
“Ini mengesahkan pembohongan berterusan dijalankan media kawalan Umno demi survival politik bos mereka,” kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail kepada Suara Keadilan.

Peringatan terakhir untuk Belanjawan 2013 Najib

Di ambang pilihanraya umum ke-13 ini, semua perhatian telah beraleh tumpuan kepada pembentangan Belanjawan 2013 yang bakal dibentang Perdana Menteri DS Najib Tun Razak pada 28 September. Hampir semua para analisis mendakwa bahawa inilah ‘sentuhan’ sekaligus ‘senjata’ Najib terakhir.Dakwaan itu telah terbukti tepat kerana Najib memang tidak berani membubar parlimen sebelumnya.

Kini hanya waktu pembubarannya sahaja yang masih dipolimikkan.Dalam perbalahan menentukan tarikh itu, yakinlah yang paling tertekan adalah PM dan isterinya.PRU ke-13 ini adalah ‘hidup-mati’ kerjaya atau ‘career’ politiknya.Amat tinggi ‘risiko pertarungan’ atau ‘stake’nya kali ini. Mungkin sahaja ini Belanjawaan Najib yang terakhir, ditakdirkan beliau kalah dalam PRU ke-13 ini!

Mampukah Najib menyusun sebuah ‘Bajet’ yang mesti berperanan memenangkan beliau dalam pertarungan ‘kalah-mati’ ini? Berupayakah Najib melakukan sekehendak ‘hati dan nafsu’nya yang kini akan ditentang oleh ‘fikiran waras’nya yang tahu akan hakikat ekonomi dan kedudukan kewangan Negara?

Dakwaan pendapatan rakyat S'wak naik 50 kali ganda dipertikai...Taib yang naik beribu ganda ade lah..!!!!



 
Dakwaan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud minggu lalu bahawa pendapatan modal rakyat negeri itu meningkat 50 kali ganda dalam tempoh 50 tahun disifatkan pemimpin DAP sebagai sangat "tidak masuk akal".

dapsy lodging report against utusan 161008 chong chieng jen"Saya cabar Taib kemukakan fakta bagi menyokong dakwaannya," kata Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen (kanan).

Taib yang juga anggota parlimen Bandar Kuching sebaliknya berkata, pendapatan rakyat Sarawak hanya meningkat empat atau lima kali.

"Graduan baru kejuruteraan dengan JKR pada 1963 mendapat RM400 sebulan berbanding jurutera dengan JKR hari ini dibayar RM2,000 sebulan, peningkatan lima kali ganda," kata Chong.

"Secara umumnya tahap pendapat rakyat Sarawak meningkat hanya lima kali ganda.

"Ia tidak seperti dakwaan Taib, kecuali jika dia bercakap berkaitan pendapatan anggota keluarhanya yang saya percaya antara 5,000 hingga 50,000 kali ganda."

Taib dalam ucapan sempena Hari Malaysia dilapor berkata, jika Sarawak terabai seperti dakwaan pembangkang, pasti negeri itu tidak dapat meningkatkan pendapatan modal rakyat kepada 50 kali ganda dalam tempoh 50 tahun.

Justeru, ketua menteri berkata BN harus terus membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13 kerana ia terbukti berjaya mentadbir negara dengan baik.

Himpunan Bantah Filem, Kartun Hina Nabi Di Depan Duta Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR 21 SEPT : Pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO telah menghantar memorandum sebagai membantah filem menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah demonstrasi di depan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak di sini.
Penghantaran memorandum tersebut dihadiri oleh pemimpin Pakatan yang bukan beragama Islam seperti naib presiden Tian Chua dan N Surendren.
Memorandum yang dibacakan oleh Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hasan Tantawi meminta Kerajaan Amerika Syarikat ambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap filem tersebut yang dipercayai dihasilkan oleh seorang warga AS dari negeri California.
Memorandum itu juga menyeru kepada kerajaan AS supaya tidak berlindung disebalik prinsip kebebesan bersuara dan mengambil tindakan ke atas mereka yang menghasilkan filem tersebut.
Demonstrasi itu dihadiri Kira-kira 5,000 orang selepas selesai solat Jumaat.

Mahkamah tolak permohonan pelakon filem hina Nabi


 Cindy Lee Garcia
Pelakon filem ‘Innocence of Muslim’, Cindy Lee Garcia
 
LOS ANGELES - Mahkamah Tinggi Los Angeles semalam menolak permohonan pelakon Innocence of Muslims, Cindy Lee Garcia agar treler filem itu ditarik balik dari laman YouTube.

Hakim Mahkamah Tinggi, Luis Lanvin enggan menerima permintaan yang dikemukakan oleh peguam yang mewakili Garcia.

Garcia, salah seorang daripada tiga pelakon muncul dalam filem itu, berbuat demikian atas alasan dia telah ditipu oleh penerbitnya, yang dikenali sebagai Nakoula Basseley Nakoula.

Nakoula juga dikatakan menggunakan nama Sam Bacile.

Garcia berkata dia telah diperdaya kerana semasa penggambaran filem itu, ia merupakan sebuah cerita bertajuk Desert Warriors, berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat padang pasir serta nama watak utama itu dikenali sebagai George, bukannya Muhammad.

"Permintaan untuk mendapatkan perintah menghalang sementara dinafikan," kata Lanvin.

Pas kesal layanan buruk Kedutaan AS sekutu Parti Syaitan.

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan kesal dengan layanan buruk yang diberikan oleh Kedutaan Amerika Syarikat (AS) kerana memorandum bantahan berhubung filem Innocence of Muslims hanya diterima oleh ketua pengawal keselamatan kedutaan itu.

Menurut Nasrudin, tiada seorangpun wakil kedutaan yang mahu menerima memorandum, yang diserahkan oleh wakil dari Pas, PKR dan wakil badan bukan kerajaan.

"Kami kesal kerana kedutaan hanya menghantar ketua pengawal keselamatan untuk menerima memorandum.

"Kita berharap memorandum itu akan sampai kepada wakil kedutaan," kata Nasrudin ditemui pemberita selepas penyerahan memorandum kira-kira jam 2.45 petang.

Katanya, kerajaan AS yang mengamalkan demokrasi sepatutnya mendengar luahan dan perasaan rakyat Malaysia hari ini.

Nasrudin berkata,  umat Islam negara ini kecewa dengan tindakan yang jelas membuktikan sikap kerajaan AS yang menghina Nabi Muhammad SAW dalam filem anti-Islam Innocence of Muslims.

Ribuan membanjiri KL bantah filem hina Islam

Ribuan umat Islam berkumpul di Kuala Lumpur untuk membantah filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 21 Sept — Ribuan umat Islam membanjiri Kuala Lumpur, mengenepikan perbezaan ideologi politik mereka demi membantah filem “Innocence of Islam” yang menghina Nabi Muhammad S.A.W sepertimana berlaku dinegara-negara lain. Dua perhimpunan serentak anjuran pemuda Umno dan pemuda PAS dihadiri oleh ribuan orang dengan slogan “Allahuakhbar” dan anti Amerika Syarikat (AS).
Diluar kompleks Tabung Haji di Jalan Tun Razak, protes yang diketuai oleh pemuda PAS dihadiri sekurang-kurangnya 5000 orang termasuk dua badan bukan kerajaan (NGO) Teras dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Sebaik sahaja solat Jumaat, kumpulan tersebut berkumpul sebelum berarak ke kedutaan AS melalui Lorong Kuda sambil mengibarkan bendera PAS, Malaysia, Arab Saudi dan Sang Saka Malaya sambil melaungkan “hancur AS dan Zionis”.
“Amerika mesti mengambil tanggungjawab penuh dalam isu ini.