Rabu, 19 September 2012

Kerana Mu UMNO Mufti Harussani jadi cepat dan pantas..!!! Dapat Restu la katakan..!!

Tindakannya bagus sesuai dengan tanggungjawab nya menjaga agama islam, tetapi biarlah adil dan saksama....

Janganlah nak tegur untuk kepentingan sebelah pihak sahaja... 




Aku nak tanya, bagaimana orang Kedah Parlimen Kubang Pasu yang dok undi Dr Mahathir satu ketika dahulu,, Mahathir bukan sahaja Hina Nabi, malah hukum Quran pun ia pertikai,,, apa hukumnya... kena bertaubat atau atau kena undi UMNo lagi...

HINA NABI!!! Mahathir dan Innocence of Muslims apa bezanya? Dapat Restu la katakan...!!!

http://2.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/TJ4boldrwtI/AAAAAAAARao/vsZgczvejYI/s400/mahathir+hina+rasulullah+saw+(1).jpgKetika ini umat Islam seluruh dunia sedang bangkit melakukan pelbagai bantahan terhadap sebuah filem, Innocence of Muslims yang jelas menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Di Libya, tunjuk perasaan yang berlaku telah menyebabkan empat diplomat Amerika termasuk dutanya ke Libya, telah terbunuh.

Di negara kita, kebangkitan umat Islam terhadap penghinaan itu juga berlaku di mana-mana. Selain bantahan melalui tunjuk perasaan di beberapa masjid, khutbah-khutbah Jumaat juga turut menyampaikan mesej yang sama. Media pro kerajaan dan pro pembangkang turut bertindak sama. Semua parti politik dan pemimpin utamanya juga mengutuk perbuatan menghina agama Islam serta keperibadian Rasulullah itu.

Dapat Restu : Bikini Fashion Show 2012..hebatkan..!!!!

Tahu kah anda mengenai bikini fashion show? 

Bikini fashion show ialah mengenai peragaan pakaian mengenai bikini. Ia akan dilakukan oleh model2 hidup bukan nya oleh model2 patung. Model2 ini akan memperagakan bikini di tubuh badan mereka dan berjalan di atas pentas peragaan untuk mempersembahkan / mempertontonkan bikini yang dicipta oleh pereka2 fashion yang tersohor.


Senang cakap macam fashion show la. Bezanya fashion show yang lain tue pakai baju lebih sket.. yang neh pakai baju kurang skit. Iaitu pakaian dalam aka bikini jek. Baju dalam plus seluar dalam.


 
Berminat?

Kantoii Samseng yg diupah utk menghalau penduduk kampung adalah "Gerombolan SYAITAN yg diKenali"

 Samseng UMNO diguna untuk menghalau penduduk kampung di Batu Maung!!
Kononnya dengan menghitamkan logo pada 'T' Shirt yang dipakai mereka, mereka berjaya mengaburi mata orang ramai bahawa mereka bukanlah pemuda UMNO.
Selain dari sifat bodoh yang sedia ada, kurang berhati-hati membuatkan terserlah jua siapa mereka yang digunakan untuk mengusir penduduk di Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

Selain dari itu kehadiran seramai kira-kira 30 orang samseng itu turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismailjuga membuktikan bahawa mereka adalah samseng upahan UMNO.
Penduduk telah diusir oleh bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor yang memiliki tanah tersebut melalui transaksi yang meragukan.

Adakah Persepsi Orang Ramai Mengenai Kadar Jenayah Malaysia Ada Kewajarannya?


Oleh Jamaluddin Muhammad

Pilihan raya umum (PRU) akan datang dan persepsi orang ramai terhadap kadar jenayah di Malaysia merupakan dua topik yang lazim dibincangkan sejak sebulan lepas pada majlis-majlis rumah terbuka Hari Raya di tanah air.
Ramai cuba meramalkan bila PRU akan diadakan. Oktober, November atau Disember? Mungkin, pada Januari tahun depan, apabila penggal pentadbiran kerajaan sedia ada tamat pada Mac.
Apabila menyentuh mengenai kadar jenayah di Malaysia, secara umum persepsinya ialah ia berada pada tahap ‘membimbangkan’ — walaupun statistik polis dan laporan keamanan antarabangsa, menunjukkan sebaliknya.
Pada amnya, mereka berpendapat statistik itu tidak mencerminkan keadaan sebenar.
Menurut statistik polis, indeks jenayah menurun sebanyak 11.1 peratus dan jenayah jalanan pula berkurangan hampir 50 peratus sejak 2010, apabila Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) diperkenalkan.
Laporan Global Peace Index tahun lepas meletakkan Malaysia sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara dan tempat ke-19 paling selamat di dunia.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, polis bukannya berada dalam keadaan enggan menerima hakikat itu apabila menyangkal persepsi orang ramai mengenai kadar jenayah di dalam negara.

Perincikan Deklarasi Kuching, BN cabar Anwar...kutuk buku jingga lepas tu tiru...he..he..he..!!!


SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Sabah mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menjelaskan dengan terperinci pelaksanaan Deklarasi Kuching tujuh perkara yang dilancarkan Pakatan Rakyat (PR) sempena sambutan Hari Malaysia, Ahad lalu.
Setiausahanya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, Anwar bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang perlu menerangkan kepada masyarakat maksud sebenar tujuh perkara yang terkandung dalam deklarasi itu.
“Saya cabar mereka bercakap. Apakah maknanya? Sabah dan Sarawak sama rata dengan Semenanjung? Saya rasa dia (Anwar) hanya bermain kata-kata.
“Apakah Sabah dan Sarawak akan disamaratakan dengan keseluruhan Semenanjung? Maknanya, Malaysia tiga, bukan 14? Tetapi Perjanjian Malaysia kata satu daripada 13,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Semalam, PR melancarkan Perisytiharan Kuching tujuh perkara bersempena dengan tarikh bersejarah 16 September di Kuching, Sarawak.
Antara lain, tujuh perkara itu menyebut soal royalti minyak bagi Sabah dan Sarawak yang akan dinaikkan daripada lima peratus kepada 20 peratus serta mengembalikan kuasa autonomi kepada kedua-dua negeri tersebut.
Deklarasi itu ditandatangani oleh Anwar, Abdul Hadi, Kit Siang, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian; Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng dan Pesuruhjaya Negeri Pas Sarawak, Adam Ahid.
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud menyifatkan ketujuh-tujuh perkara tersebut baik, namun melihat masalah dari segi implementasi memandangkan perikatan tersebut sudah menabur pelbagai janji di Semenanjung.

Australia to DEPORT convicted Malaysian killer soon

MELBOURNE- A Malaysian who was jailed for the murder of internationally-acclaimed Sydney heart surgeon Dr Victor Chang was granted parole today.
Liew Chiew Seng, 69, will be deported to Kuala Lumpur in about three weeks.
Australia to DEPORT convicted Malaysian killer soon He was sentenced to a maximum of 26 years for the 1991 shooting in a failed extortion attempt near the Shanghai-born, 54-year-old Chang's home in the exclusive Sydney suburb of Mosman.
The State Parole Authority (SPA) on Wednesday ruled that Liew, who fired the fatal shot, should be released five years before reaching his maximum sentence for murder, the Australian Associated Press (AAP) reports.
He was sentenced to serve a minimum 20-year, non-parole term, which expired last July.
The SPA announced its intention to release Liew in May but victims of crime groups and New South Wales Attorney-General Greg Smith opposed his release at a hearing.
Liew, who is suffering from advanced Parkinson's disease, appeared on Wednesday via videolink at a public hearing in Sydney before being granted parole.

Indeks inflasi Ogos naik 1.4 peratus...Ekonomi bertambah bagus..!!!


Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang mengukur inflasi, naik 1.4 peratus kepada 105.0 pada Ogos 2012 daripada 103.6 pada bulan yang sama tahun lepas.IHP juga meningkat 0.2 peratus berbanding Julai 2012, kata Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan hari ini.IHP bagi tempoh Januari hingga Ogos 2012 meningkat 1.8 peratus kepada 104.6 daripada 102.8 dalam tempoh yang sama tahun lepas.Indeks bagi makanan dan minuman bukan alkohol dan indeks bukan makanan bagi Ogos 2012 menunjukkan peningkatan masing-masing pada 2.8 peratus dan 0.7 peratus, berbanding bulan yang sama tahun lepas.
Bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini, indeks bagi makanan dan minuman bukan alkohol dan indeks bukan makanan naik masing-masing sebanyak 3.0 peratus dan 1.2 peratus.
Kedua-dua indeks itu juga meningkat 0.2 peratus setiap satu berbanding Julai tahun ini.

Laporan siasatan SSM terhadap Suaram ditolak AG

Pejabat Peguam Negara mengarahkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyiasat lebih lanjut akaun dan kesalahan lain yang berkaitan mengikut Akta Syarikat 1965, yang didakwa dilakukan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Suara Initiatif Sdn Bhd.Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah semasa dihubungi pada Rabu mengesahkan bahawa kertas siasatan (IP) yang dikemukakan SSM tidak lengkap untuk Pejabat Peguam Negara merangka pertuduhan.
“Siasatan tidak lengkap dan IP dikembalikan kepada SSM semalam,” kata Tun Majid ketika ditanya berhubung laporan media bahawa pertuduhan terhadap Suaram dan syarikat itu dijangka dibawa ke mahkamah, sama ada hari ini atau esok.
Sementara itu, seorang pegawai Bank Negara mengesahkan bahawa siasatan ke atas akaun dan “jejak wang” Suaram dan syarikat itu masih berjalan.
Pegawai itu berkata mereka masih mencari “sumber dana itu dan jejak wang dan transaksi lain yang disyaki”, dan Bank Negara juga bekerjasama dengan agensi-agensi lain bagi mengelak kemungkinan berlaku pertindihan siasatan sebelum mengemukakan IP mereka sendiri kepada Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut.

Masa Berubah : Kaum Cina Ikut Marhaban PAS Benut

Perjuangan Sia-sia : 54 Tahun Bersama UMNO Johor, Kini Beralih Arah Bersama Pakatan

Palestinians React Angrily to Romney's Remarks

Syrian strike narrowly misses Aleppo hospital

Ugutan PRU : Malaysia dalam risiko jika BN kalah !!! Ketakutan Syaitan makin ketara......

KUALA LUMPUR - Malaysia akan berdepan pelbagai masalah jika rakyat mengambil risiko menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri berkata, pembangkang telah menunjukkan kegagalan di beberapa negeri tidak ada kesepakatan di antara mereka terutama berhubung pelaksanaan undang-undang Hudud.
"Encik Karpal Singh dan Datuk Nik Aziz akan bergaduh sesama sendiri... Seorang kata potong tangan, seorang lagi kata jangan potong tangan.
"Selepas itu, Parlimen akan dipenuhi dengan hujah sebegini apabila pembangkang mengambil alih pemerintahan negara," katanya ketika menyampaikan ucaptama berjudul 'What Can Malaysians Expect, Post GE13?' di Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Kuasa ekonomi kaum Melayu ~ Antara Realiti dan pembohongan pemerintah


user posted image

Gua just ajak korang berfikir.. KLCC indah... namun....
Senaraikan lot2 pejabat : totalkan
Senaraikan lot2 ruang niaga : 
Senaraikan lah... lepastu asing asingkan.. berapa pemilik primis tu hak milik melayu..tak pun yang menyewa tu melayu?
Ada?

Korang sering dengan UMNO bergegar ckp tampa umno,melayu takkan maju,nampaknya REALITY melayu di mana?

Tekong2 pemilik perniagaan bukan lah golongan melayu pun..
Sedihnya semua ni berlaku ketika UMNO memerintah!! dah 55 tahun pun!!! apa yang umno berjaya lakukan untuk bantu kaum melayu?



Di bawah nih petikan berita rayuan orang melayu terakhir yang meniaga kat lot KLCC !! 

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Petronas diminta mengambil kira peluang kepada usahawan Bumiputera yang telah berjaya menjalankan perniagaan di Suria KLCC untuk terus bertapak di situ dan jangan terlalu mementingkan keuntungan daripada sewaan lot perniagaan di kompleks membeli-belah itu.

Kantoi : Skandal Noh Omar.. Memiliki Kekayaan Luar Biasa Bhgn 1

Maklumat yang akan didedahkan di bawah ini adalah bersumberkan dari para pegawai Kementerian Pertanian (MOA) dan Kementerian Kewangan (MOF) yang sudah tidak tertanggung lagi untuk menutup kepincangan yang dilakukan oleh Menteri Pertanian Datuk Noh Omar berhubung isu 'benih'...

Oleh Warga MOA

(Melibatkan– Noh Omar Menteri MOA, Dato’ Hashim KSU MOA dan Datin Naimah Pengarah IPB (Industri Padi Beras)

Menteri Pertanian, Noh Omar telah menyalahgunakan kuasa bagi tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Lihat surat dari Kementerian Kewangan bertarikh 20 Julai 2012 mengenai perkara ini.

Telah disahkan pihak MOF oleh Dato Fauziah Yaacob, Bahagian Perolehan Kerajaan (para 2) bahawa proses penilaian teknikal dan perakuan tender tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan dalam dokumen tender dan tidak selaras dengan prinsip-prinsip tender (terdapat 3 kriteria yang dinyatakan).

MOF pada para 3 menyatakan disebabkan keperluan benih yang mendesak serta faktor kesegeraan bagi musim penanaman semasa, maka MOF bersetuju dengan anggaran kos RM164.8juta. MOF pun kena tipu dengan Noh Omar. Tidak ada keperluan mendesak kerana tender yang tamat boleh dilanjutkan secara bulanan (Amalan biasa MOA selama ini). Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak.

Aura Ust.Azhar Idrus menggamit golongan muda!

 
Mengkagumkan !!  Dianggarkan lebih 20,000 orang hadir ceramah Ustaz Azhar Idrus di Taman Chandan Puteri, Kuala Kangsar berhampiran Kolej Islam Darul Ridzuan kelmarin. Kehadiran begitu ramai peminat-peminat UAI (Us.Azhar Idrus) terutama gulungan muda ini, menggambarkan betapa kuatnya aura pendakwah bebas ini. Populariti UAI dikalangan anak muda dan keberanian beliau menyatakan pendirian –  menyokong parti yang memperjuangkan Islam sudah tentu tidak disenangi oleh Umno!   

Tahniah kepada Ustaz Azhar Idrus !!. Anda lah satu-satunya pendakwah yang bijak lagi kreatif. Dengan cara bersahaja dan berjenaka anda berjaya memikat hati ramai orang terutama gulungan muda untuk hadir kemajlis ilmu yang amat bermanafaat. Dalam gurauan dan sindiran anda berjaya menegur dan membimbing. Siapa makan cili, akan terasa pedasnya, namun kepedasan itu banyak membawa kebaikan dan manafaat.

Najib Razak gagal pujuk Taib Mahmud


KUALA LUMPUR, 19 SEPTEMBER: Perdana Menteri Najib Razak kelihatan terlalu lemah untuk menagih janji Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud meletak jawatan dan kini mereka saling bodek-membodek antara satu sama lain
Sebelum pilihanraya negeri Sarawak pada April 2011, Najib telah cuba menekan Taib untuk meletakkan jawatan Ketua Menteri tetapi tidak berjaya malah sejurus sahaja BN diumumkan memenangi dua per tiga kerusi, malam tersebut juga Taib mengadakan majlis angkat sumpah Ketua Menteri.
Menyifatkan Taib sedang mengejek Najib siapa yang dapat bertahan lebih lama, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata ia jelas dalam “Pesta Cinta” Najib dan Taib di Bintulu semasa sambutan Hari Malaysia baru-baru ini.

Janji di Pengerang korban kepentingan rakyat


PENGERANG, 19 SEPTEMBER: Slogan ‘Janji Ditepati’ digunakan kerajaan UMNO-BN terhadap penduduk Pengerang untuk mengambil tanah milik rakyat atas nama pembangunan, dengan berjanji untuk membayar pampasan dengan mengambil kira ‘bangunan dan pokok pada setiap inci tanah’ yang akan diambil.
En Shahrani, 60 tahun yang telah lama menetap di Kampung Sungai Kapal mendakwa ini adalah janji yang diucapkan oleh pegawai dari Pejabat Tanah Kota Tinggi dalam satu taklimat yang diadakan pada 2 September lalu.
“Sehingga kini kami masih menantikan pelan yang sepatutnya ditunjukkan kepada penduduk; bagaimana tanah sebanyak 22 500 ekar ini yang akan diambil oleh kerajaan negeri Johor kononnya bagi tujuan pembangunan ini hendak diusahakan”, kata beliau ketika ditemubual.
“Walaupun begitu tiada mana-mana agensi yang terlibat berani tampil untuk memberikan penjelasan kepada penduduk Pengerang”.
Beliau juga meluahkan kerisauannya tentang bagaimana tanah pusaka yang dibayar dengan wang pampasan sebanyak RM 2.80 satu kaki persegi mahu diagihkan samarata dan bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan di kawasan baru yang bakal memerlukan lebih banyak wang ringgit.
Encik Shahrani menambah bahwa Pejabat Tanah Kota Tinggi juga telah membahagikan mereka kepada  tiga kategori pemilik tanah;

Hasil kerja orang kurang cerdik

https://www.harakahdaily.net/cache/397348_452397064805323_591387153_n_thumb_medium490_0.jpg

Langsung tak mesra o.k.u.........

Terengganu hilang 10 pemain termasuk 2 diimport ....pitih dah tak dok eh..!!!

KUALA TERENGGANU - Pasukan Terengganu kehilangan 10 pemain utama setelah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengambil keputusan melepaskan mereka selepas mendapat persetujuan bersama untuk saingan Liga Malaysia musim depan.
Terengganu Presidennya, Datuk Che Mat Jusoh memaklumkanbahawa 10 pemain yang dilepaskan itu termasuklah bintang bola sepak tempatan dan dua pemain import pasukan Terengganu yang masih mempunyai kontrak sehingga penghujung musim ini.
Menurutnya, pemain yang meminta mereka dilepaskan dan mendapat persetujuan daripada persatuan antaranya termasuklah Mohd Sharbinee Allawee (penjaga gol); Mohd Muslim Ahmad (pertahanan); Abdul Hadi Yahya (penyerang);  tiga pemain tengah, Joseph Kalang Tie; Reeshafiq Alwi dan Shukor Jusoh.
“Mereka ini akan beraksi bersama pasukan lain pada musim depan manakala dua lagi pemain kita yang minta dilepaskan Hariri Mohd Shafie (pertahanan) dan Ailim Fahmi Kamaruddin (penyerang).
“Selain itu, persatuan turut memutuskan tidak akan memperbaharui kontrak dua pemain import, Francis Forkey Doe dan Erison Da Silva yang akan berakhir sehingga November depan untuk musim akan datang (2013),” katanya.

GANU KITE : "HARAMJADAH TARAF KEBINATANGAN"


100 Fakta Kelantan Menerajui Perubahan

Hukum BERSUMPAH Akan Perkara WAJIB - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Berkenalan BAKAL Isteri Melalui SMS - Ustaz Azhar Idrus

Hukum GUGURKAN Kandungan Usia 2 BULAN Sebab MERANCANG Keluarga - Ustaz Azhar Idrus

Hukum DEMOKRASI Negara Malaysia - Ustaz Azhar Idrus

Perempuan BERTUDUNG Main Muzik ROCK - Ustaz Azhar Idrus

Ansari Abdullah : Ceramah Putatan Sabah

Kuliah Maghrib Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (18 Sept 2012 )

YB Johari Abdullah - Ceramah Putatan Sabah

NGO Belia Bukan Islam Bantah Penerbitan Filem Islam

Sheikh Hanafi "Kepentingan Solat"

Waytha files report over travel ban

Pendedahan Bekas S/U DUN Perak Part 2: Jawatan Nizar sebagai MB tak pernah lucut

Pendedahan Bekas S/U DUN Perak Part1 : Saya hanya menjalankan tugas

Khalid beri Persekutuan 14 hari respons isu air

MB Hanya Akan Berdebat Tentang Dasar Dan Isu Pembangunan Negeri

TGNA | Majlis Makan Malam Mesra Antara Kaum 18 Sept 2012

Azmin Ali: Jangan Takut, Labuan Negeri Kita, Malaysia Negara Kita, Selamatkan Negara Kita

Sejarah dan Kejutan di Sidang Dun Kelantan - Pembangkang Tiada Soalan

Kes Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan

Sidang Media Dato' Hj Takiyuddin Hassan

Bersih 3.0 Punya Pasal : Saudi tolak rayuan kuota haji tambahan 40 negara.....hebatkan..kantoi lagi gomen...!!!


RIYADH - Arab Saudi telah menolak permintaan 40 negara agar ditambah kuota jemaah haji tahun ini.
Permohonan ditolak atas alasan projek pembangunan besar-besaran di Makkah dan Madinah masih berjalan.
Laporan AFP memetik Menteri Haji Bandar al-Hajjar berkata, "kementerian meminta maaf kepada kesemua negara yang telah meminta agar bilangan jemaah haji di negara masing-masing ditambah."
Tahun lalu, tiga juta jemaah menunaikan haji.
Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan masih berusaha mendapatkan kuota haji tambahan sebanyak 10,000 bagi memberi peluang lebih ramai rakyat negara ini yang beragama Islam untuk melakukan ibadah tersebut, sekali gus mengurangkan jumlah mereka yang keciciran pada musim haji tahun ini.
Jamil Khir berkata, beliau akan meminta bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri untuk bercakap dengan Raja Arab Saudi Raja Abdullah bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

Penstrukturan air: Selangor beri kata dua kepada Pusat

SHAH ALAM 19 September: Kerajaan Selangor memberi tempoh 14 hari kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan perstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor seperti yang dikehendaki oleh Akta Perkhidmatan Bekalan Air 2006 (WSIA).
Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, jika tiada sebarang maklum balas dalam tempoh tersebut, Selangor menganggap Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan meneruskan penstrukturan.
“Kerajaan Selangor telah memaklumkan kepada mereka tentang tindakan seterusnya untuk menyelesaikan perstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor seperti yang dikehendaki oleh WSIA.
“Makluman ini dibuat melalui surat rasmi kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui bertarikh 14 September. Surat ini juga dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk rujukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Julai lalu, Kerajaan Persekutuan memutuskan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2), akan diteruskan walaupun tidak disertai oleh Selangor dan tawaran akan dibuka dalam masa terdekat.
Muhyiddin yang mempengerusikan jawatankuasa kabinet mengenai isu itu mengarahkan Peguam Negara mengkaji cara untuk meneruskan projek tersebut tanpa kelulusan Selangor.

Majalah Perancis siar kartun Nabi, Islam tambah marah


ajalah Perancis siar kartun Nabi, Islam tambah marah
Umat Islam Indonesia melaungkan slogan ketika mengadakan protes di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jakarta, Indonesia, hari ini. – Foto EPA
 
PARIS - Sementara protes berhubung filem Innocense of Muslims masuk minggu kedua, sebuah majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pula menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW hari ini  sehingga membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam.

Perkembangan itu menyebabkan polis rusuhan terpaksa dikerah untuk melindungi pejabat majalah tersebut.

Muka depan majalah terbabit yang menunjukkan Yahudi Ortodoks menolak serban seorang individu  yang digambarkan sebagai Nabi Muhammad, malah beberapa gambar didalam majalah tersebut turut diletakkan termasuk gambar bogel.

Shameless attack on American mothers: Is Dr M so desperate to catch GLOBAL ATTENTION?

Shameless attack on American mothers: Is Dr M so desperate to catch GLOBAL ATTENTION?The on-going outcry in the wake of an anti-Islam wrong doing is understandable. The right-minded people across the globe - irrespective of race and religion or political ideologies have come together to condemn the act of insulting and/or total insensitivity to the Holy Prophet of Islam.
We can condemn and show our displeasure against any such unreasonable and sacrilegious actions by individuals. It is also one's right to show disapproval against such insensitive action. And this, Malaysia's former prime minister Mahathir Mohamad did in his Che Det blog.
But Che Det, did no one teach you that it is equally wrong to condemn all mothers in America and accuse them of leading a sinful life just because of one renegade's convoluted actions?
Did not the elders of your faith teach you that we can condemn a human for his/her wrong doing but we cannot condemn humans (in your case it is all American mothers) with generalising statements as in the likes of what you have so blatantly recorded in your blog?
What exactly is wrong with you?
Disgraced yourself and dragged us all into mud

Freeze Taib’s accounts, govts told

A Swiss NGO has lumped Taib Mahmud together with 'money launderers' Indonesian president Suharto and Philippines' Marcos. 

KUCHING: Swiss NGO, Bruno Manser Fund (BMF), has reiterated its call for governments and banks around the globe to freeze the assets of Sarawak Chief Minister Taib Mahmud and his family.
It has also called on anti-corruption and anti-money-laundering authorities worldwide to investigate the Taib family’s business activities.
In a statement issued in conjunction with the release of its report The Taib Timber Mafia. Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia in Brussels, Belgium earlier today, BMF said the Taibs could be compared to Indonesia’s president Suharto and president Ferdinand Marcos of the Philippines.
“The Taibs are being compared to the Suharto and Marcos clans who have also stolen billions from their countries.
“According to Transparency International, former Indonesian president Suharto had embezzled US$15 to US$35 billion, while former Philippines president Ferdinand Marcos is thought to have stolen between US$20 and US$900 billion.

Taib is worth RM45b, believe it or not

When Sarawak Chief Minister Taib Mahmud told longhouses residents in Sungai Aup, Sibu, in 2010 that he had 'more money than he can ever spend', people understood that he was rich. But how rich, was anyone's guess. 

PETALING JAYA: Earlier today, Swiss-based NGO, Bruno Manser Fund (BMF), threw some light when it released its report: The Taib Timber Mafia. Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia.
According to the report, Taib and his 20-member family clan are collectively worth US$21 billion (RM64 billion).
Taib himself is worth US$15 billion (RM45 billion) and, according to the report, “is the richest man in Malaysia”… his wealth having been derived from “plundering the state during his three decades as Chief Minister of Sarawak”.
It further explains why Umno and Prime Minister Najib Tun Razak cannot muscle old man Taib out of his decades-old political seat.
Also wallowing in wealth are Taib’s better known siblings Onn Mahmud, Tufail Mahmud, Raziah Mahmud and his children Mahmud Bekir, Sulaiman Rahman, Jamilah and Hanifah. Also in this elite loop is his first cousin Hamid Sepawi.
Lesser known to the masses are Taib’s 12 other clan members, also “business magnets” worth millions in US dollar.

Bila Pemimpin Umno Terpaksa Menjilat Ludah Sendiri

Hari ini :
Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak tidak membandingkan status Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia memandangkan dua hari kebesaran negara itu merupakan tarikh keramat yang sama penting dan amat signifikan kepada seluruh warga Malaysia.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, tarikh 31 Ogos dan 16 September perlu dirai dan dihayati sepenuhnya setiap rakyat di negara ini tanpa mengira latar belakang.Baca disini

Dulu :

Ingat tak bagaimana pemimpin UMNO membidas idea cadangan Anwar sebelum ini yg akan jadikan 16 September sebagai cuti umum bila Pakatan Rakyat memerintah?

Koleksi Pimpinan UMNO yang menjilat ludah sendiri..

1- ARKIB UTUSAN: 02/09/2008 - Cuti 16 September tidak wajar dipolitikkan.

Tahukah anda sedikit sejarah PRU 12 yang UMNO BN sembunyikan selama ini?


Tahukah anda, UMNO dan Barisan Nasional sebenar nya adalah parti MINORITI di SEMENANJUNG kerana undi yang diperolehi di semenanjung dalam PRU12 dahulu adalah sebanyak 3,444,386 undi (48.71%) sedangkan Pakatan memperolehi sebanyak 3,461,318 undi (48.95%).. Fakta yang tidak diketahui ramai....

p/s: Hidup mati Umno Barisan Nasional pada PRU13 nanti adalah bergantung kepada "nyawa tetap" mereka iaitu Sabah dan Sarawak...

Persoalanya, adakah "nyawa" ini tidak akan berhenti dari bernyawa??

TUNJUK KAD AHLI UMNO!!! Tidak akan dikecualikan dari GST semasa berbelanja?


Ini adalah satu laporan yang dipercayai akan membuatkan penyokong-penyokong UMNO terlompat-lompat kegembiraan,..

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dilaporkan telah bersedia untuk menguruskan sistem percukaian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya kerajaan memutuskan untuk melakasanakannya di negara ini. 

Yang menggembirakan penyokong UMNO ialah mereka dipercayai bakal dikecualikan dari GST yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan UMNO/BN ini.


Dengan syarat mereka menunjukkan kad keahlian mereka sebagai Ahli UMNO ketika berbelanja..


Ini merupakan satu penghargaan dari Najib buat semua ahli-ahli UMNO... he..he..he..
 

Tabik Dua Belah Tangan Untuk Hashim Jasin

Saya tabik dua belah tangan kepada Pesuruhjaya Pas Perlis Ustaz Hashim Jasin yang membuat pengakuan tidak lagi bertanding dalam pilihan raya akan datang. Pendirian itu dibuat dalam interviu dengan pengarang Harakahdialy Zulkefli Sulong. Saya terharu dan merasa bangga dengan sikap dan pendirian beliau itu. Apa lagi mengharukan walaupun tidak menjadi calon namun sebagai Pesuruhjaya kata beliau sudah dan sedang berusaha membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti.


Hashim Jasin: Umum tak tanding.
Bagi saya pernyataan itu satu keikhlasan tinggi dari seorang tok guru dan juga ketua kepada sebuah parti Islam. Umum tahu beliau adalah pemimpin disegani kawan dan lawan di Perlis. Kedudukan atau pun martabatnya dalam parti sama tinggi dengan timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din. 

Kedudukan itu menyebabkan usahkan untuk pilihan raya ini, kalau ada 10 kali pilihan raya pun beliau wajar bertanding, kerana Hashim adalah tokoh yang tidak ada tolak bandingnya di Perlis.

Beliau pernah kalah dan pernah menang sebagai wakil rakyat. Menghadapi zaman pasang surut Pas namun tidak pernah mengalah dan lemah dengan cabaran.  Ertinya beliau merasai bagaimana enak dan tidaknya selaku orang politik. Apabila tidak 'temooh' dengan kedudukan itu jelas beliau seorang ikhlas dan tahu membaca perjalanan hidup.

Dalam pilihan raya lalu beliau menang kerusi Dun Sanglang dan dengan reputasi yang ada hari ini sekiranya beliau terus menjadi calon di situ beliau mampu mempertahankan kerusi berkenaan. Apa yang benar-benar mengharukan perasaan saya ialah, Hashim rela berkorban untuk tidak ditandingkan walhal kalau Pas berjkaya menawan Perlis dialah bakal MB.

Pilihan Raya Kampus UIA mulai ‘panas’

Sesi dialog anjuran Siswa Intelek yang menampilkan lima gerakan mahasiswa di universiti itu mula diganggu. 

PETALING JAYA: Bahang Pilihan Raya Kampus (PRK) mula terasa apabila sesi Dialog Politik Kampus di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) diganggu.
Dialog yang dianjurkan Siswa Intelek itu menampilkan lima gerakan mahasiswa di UIA iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
UIA, Pro-Mahasiswa, dan Sahabatul Mukmin turut dihadiri kira-kira 100 mahasiswa untuk memberi sokongan.
“Malangnya, pihak keselamatan hadir dan mengarahkan supaya program dialog itu dihentikan serta-merta atas alasan tidak mempunyai permit.
“Program terpaksa dihentikan kerana tidak mempunyai permit, sedangkan program yang sudah lulus permit pun dibatalkan juga oleh UIA,” kata wakil Pro-Mahasiswa Mohd Hafizuddin Muhamed Noor.
Selain itu, katanya lebih membimbangkan apabila sesi ‘public speaking’ yang menjadi syarat kepada calon yang bertanding dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dibuka dua kali.
Menganggapnya sebagai kes yang pertama dalam sejarah PRK UIA, sesi pertama ‘public speaking’ kali pertama diadakan pada Jumaat lalu,

Why should politics be in black and white?

Narrow view of politics reduces it to a two-size fits all dichotomy: you are either all Pakatan or all BN, writes Ong Kar Jin.

By Ong Kar Jin
The world is not black and white. Even for the colour blind, there are shades of grey (indeed, as many as ahem, Fifty Shades of Grey!). One of the first things we learn as we grow up is that things are often not simple – nuances permeate our world.
Somehow, however, this awareness that the world is not binary is suspended in our perception of Malaysian politics. Depending on whether you follow the mainstream or alternative media, every forthright political participant is pigeon-holed as either an anti-government/pro-opposition troublemaker, or a government-paid lapdog cyber trooper.
Following on from this artificial labelling is the “all-or-nothing” expectation of the personalities involved. Nothing good must be said of the other side, and 100% adherence to your side is demanded.

Belanjawan: Penjawat awam sedia kerja lebih waktu jika tuntutan dipenuhi



logo cuepacs KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata lebih 1.4 juta penjawat awam sedia bekerja lebih masa jika 70 peratus daripada enam cadangannya dilulus kerajaan dalam Belanjawan 2013.
  
Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam akan bekerja lebih masa selama 30 minit tanpa ganjaran jika tuntutan mereka termasuk penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) diterima kerajaan.
  
"Cuepacs akan pastikan penjawat awam akan melakukan satu perubahan drastik dari segi budaya bekerja, kalau boleh kita datang 15 minit awal dan balik lewat 15 minit yang merupakan komitmen daripada penjawat awam bagi menghargai  jasa kerajaan meluluskan tuntutan tersebut," katanya kepada pemberita hari ini.
  

Your child could be GAY & it's the Opposition's FAULT: Another BN political gimmick?

Your child could be GAY & it's the Opposition's FAULT: Another BN political gimmick?
The term LGBT — an initial that collectively refers to the lesbian, gay, bisexual, and transgender community — has been in use since the 1990s.  They are often genteelly referred to as sexually disoriented individuals.
The education ministry is suddenly getting worried that Malaysian children are “showing some tendency” towards becoming gays.  But they have failed to come up with any substantial evidence or statistics on this. It seems that the ministry has established “guidelines” for parents seeking to discover if their children are gay in order to help set them straight.
Social child abuse
This is going to be a mental anguish politicians will be wreaking on children and their parents. It can be described as another form of surreptitious social child abuse that is being meted out on all sexually disoriented children.
Some politicians are not aware that sexual disorientation is not an acquired disease and to the psychiatrists it cannot be “cured”. The most they could do is to make the sexually disoriented learn to suppress their sexual feeling, outward manifests or dissociate them from the flock. But this again will be at the expense of their mental misperception and confusion.
Little do politicians realise that some sexually disoriented individuals who might fit a stereotyped image, and many others who do not. The disorientation may not even lead to sexual activities.  And there are the sexually disoriented in all walks of life – teachers, university lecturers, doctors, lawyers, politicians, executives, chefs, TV and movie personalities, religious figures and so forth.
It’s not a symptom that afflicts only the socially divergent groups found in schools or on the streets. It’s just another form of behaviour that does not conform to the accepted norm of a society.
Instead of improving the poor quality of education in schools it was reported that the ministry is going to be busy identifying ‘Gay Warning Signs’ in schoolchildren. This must be the first country in the world to embark on this exercise – all for their hidden political agenda.
And this move is going to bring lots of humiliation and trauma to schoolchildren and embarrass their parents. It will also incur the wrath of voters.
Since when did UMNO or the education ministry take a moral high ground on this sexually disoriented syndrome among schoolchildren? Are they indirectly hinting at a much bigger political issue that they feel can be exploited to gain votes in elections?
UMNO is again trapped in their soiled political manoeuvre to fight a decent battle with the Opposition.
Political gimmick to muddy the waters

Dr M: Pemberian tunai Najib ‘menghampiri’ beli undi....malu nak sebut ke memang rasuah pilihanraya...!!!

KUALA LUMPUR, 19 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui hari ini bahawa tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membuat pemberian tunai kepada rakyat Malaysia melalui beberapa polisi pro-rakyat menghampiri kepada pembelian undi.
Akan tetapi, bekas perdana menteri (PM) mengatakan bahawa kerajaan sudah tidak mempunyai cukup masa oleh sebab pilihan raya semakin hampir dan Barisan Nasional (BN) perlu menang dengan mandat besar untuk mengukuhkan kuasa terhadap Putrajaya.
“Saya tidak percaya dengan memberi wang kepada rakyat. Saya percaya dengan memberikan kemudahan.
“Tetapi saya rasa apabila kerajaan sudah tidak mempunyai masa dan pilihan raya semakin hampir, mereka akan menggunakan cara ini,” kata Dr Mahathir dalam ucapan pembukaan dalam Forum CEO anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana.

Samseng Kencing : 'Saya boleh agak samseng dari cawangan mana'

Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, walaupun tidak kenal pihak yang memijak gambarnya dalam insiden di Shah Alam dua tahun lepas, beliau dapat mengagak individu terlibat daripada kumpulan mana.

Shah Alam toll protest Shah Alam MP Khalid Samad"Apabila ditanya sama ada saya kenal atau tidak samseng tersebut, saya katakan tidak, tetapi boleh mengagak dari 'cawangan' mana.

"Saya memberitahunya sekiranya diperlukan, saya boleh cuba dapatkan maklumat berhubung siapakah mereka ini," kata Khalid mendedahkan pertemuannya dengan pegawai polis yang menyiasat insiden itu baru-baru ini.

Menulis dalam blognya, Khalid berkata, setelah memuatkan gambar berkaitan di blog pada 3 September lalu, beliau dikunjungi polis sepuluh hari kemudiaannya.

Katanya, ia ekoran laporan polis seorang individu di Gombak.

"Semasa pertemuan tersebut, pegawai berkenaan meminta maklumat berhubung peristiwa yang melibatkan gambar saya dipijak di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam.

Isteri nafi suami tahanan ISA pemberi maklumat SB



Isteri kepada guru sekolah menengah Bakar Baba menafikan suaminya menjadi pemberi maklumat kepada polis Cawangan Khas (SB) sebelum ditahan November lalu bawah akta ISA.

Membetulkan laporan sebelum ini, Zahorna Abdul Razak berkata, kenyataan bahawa Bakar "bekerjasama" dengan polis Tawau merujuk kepada kehadirannya dalam program "pemulihan" yang dijalankan sejak ditahan kali pertama pada 2006.

"Dia hadir ke program itu dua kali, sekali pada 2008 dan kali kedua pada 2010, jika tak silap saya. Kali pertama di pejabat dan kali kedua di Hotel Marco Polo di Tawah, Sabah," katanya ketika dihubungi.

Najib jadikan slogan BN untuk serang pembangkang

KUALA LUMPUR 19 September: Slogan BN ‘Janji Ditepati’ merupakan platform Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyerang pembangkang dalam jelajahnya ke seluruh negara dan memanipulasi rakyat bagi menyelamatkan BN.
Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, slogan itu hanya layak dikritik, bukannya ditakuti.
“Slogan tersebut direka untuk memanipulasi rakyat dan bagi menutup penyelewengan Umno selama 50 tahun memerintah, jadi tidak timbul istilah gerun terhadap slogan itu,” kata Aishah.
“Malah, terbukti slogan itu menjadi kritikan setiap golongan tak kira muda dan tua, soalnya janji apa yang ditepati? Janji mana?” soal Aishah ketika dihubungi.
Najib pada sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Ahad lalu mengatakan kononnya Pakatan Rakyat gerun dengan slogan ciptaan BN itu.
“Najib yang sebenarnya takut pada bayang-bayang sendiri, mengesahkan bahawa slogan itu hanya retorik politik semata-mata.
“Berbeza dengan Pakatan, apa yang kami laungkan bukan hanya untuk pilihan raya saja, tapi sememangnya menitik beratkan soal kebajikan rakyat,” jelasnya.
Najib dalam ucapannya turut berkata, Pakatan selalu meniru semua dasar yang dirancang kerajaan.
“Sudah berapa banyak isu yang kita bangkitkan, akhirnya digunapakai dan diubah oleh kerajaan? Ini terbukti apabila pemimpin kerajaan jarang bercakap soal dasar dan hanya perkara remeh temeh, akhirnya mereka akan meniru dasar kita dan ubah kepada ayat lebih baik saja,” jelas Aishah lagi.
“Kepada Perdana Menteri, kalau betul anda rasa dasar kerajaan adalah yang terbaik, apa kata buat saja pilihan raya!,” cabarnya.
“Kenapa terus takut? Kemudian tabur janji di Kelantan sebelum ini, mungkin Najib sedar ini adalah kali terakhir Umno memerintah di Malaysia,” katanya.
Najib baru-baru ini berjanji kononnya akan membuat perubahan dari segenap aspek di Kelantan untuk kepentingan rakyat negeri itu.

Mesir keluar waran tangkap dalang filem hina Nabi



(Pastor Terry Jones memberitahu Associated Press bahawa beliau telah diminta untuk mempromosikan video hina Nabi tersebut)

KAHERAH: Pejabat pendakwa raya Mesir telah mengeluarkan waran tangkap untuk tujuh orang Kristian Koptik Mesir dan seorang paderi Amerika dari Florida atas peranan mereka dalam filem yang menghina Nabi yang telah mencetuskan kekacauan dalam dunia Islam.

Waran dikeluarkan Selasa lalu, mengarahkan defendan menghadapi perbicaraan atas tuduhan berkaitan filem "Innocence of Muslim", yang menggambarkan Nabi Muhammad sebagai seorang penipu, kasanova, dan pelawak.

Rusuhan yang dicetuskan filem tersebut mengakibatkan kematian duta AS ke Libya dan tiga rakannya minggu lepas.

Empat lelaki tersebut diserang di bandar timur Libya, Benghazi, tempat bermulanya pemberontakan bersenjata yang menggulingkan Muammar Gaddafi tahun lepas.

Nik Aziz: Protes filem hina Nabi tak kira parti


Nik AzizKOTA BHARU-Umat Islam tidak mengira parti perlu memberi sokongan terhadap bantahan filem Innoncence of Muslims yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagi tujuan tersebut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, masyarakat Islam seharusnya mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak agama Islam terus dipersendakan.

“Kalau tidak bertindak mereka akan buat benda lain lagi yang akan menyebabkan berlaku perkara yang tidak munasabah seperti di negara-negara luar, biar mereka sedar perbuatan itu salah dan ada orang yang halang, doa sahaja tidak cukup,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Darul Naim di sini, hari ini.

CUEPACS tuntut rumah lebih murah untuk penjawat awam

Rumah mampu bilik terdapat di kawasan luar bandar sedangkan ramai penjawat awam berkhidmat di pusat bandar, lalu menimbulkan kesukaran kerana terpaksa berulang-alik ke tempat kerja yang agak jauh. — Gambar Reuters
 
KUALA LUMPUR, 19 Sept —  Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini menuntut kerajaan agar memastikan pemaju bandar menyediakan kuota sebanyak 35 peratus untuk rumah mampu milik yang berharga RM150,000 untuk penjawat awam, di dalam Bajet 2013 yang akan dibentangkan minggu hadapan. Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, sementara rumah mampu milik terdapat di kawasan luar bandar, ia terlalu jauh untuk berulang-alik ke tempat kerja.
“Kita mahu kerajaan untuk mencadangkan polisi untuk memastikan 35 peratus dari perumahan di bandar bernilai RM60,000 hingga RM150,000 untuk dilaksanakan agar penjawat awam yang memperolehi pendapatan kurang dari RM3,000 untuk mudah ke tempat kerja,” kata Osman.

S'gor beri persekutuan 14 hari respons isu air



 
Kerajaan Selangor memberikan tempoh masa 14 hari kepada kerajaan persekutuan untuk memberi maklum balas kepada cadangan penstrukturan air di negeri itu.

Kegagalan berbuat demikian, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menyebabkan Selangor meneruskan penstrukturan air di negeri itu walaupun tanpa sokongan dan penyertaan kerajaan persekutuan.

Menurutnya, Selangor telah mengutus surat kepada menteri tenaga, teknologi hijau dan air bertarikh 18 September menyatakan kekecewaan terhadap kurangnya sokongan pihak persekutuan dalam cadangan penstrukturan air.

Soalan 6996 : Lagi tanah kerajaan berbilion ringgit dijual? ....Noh "Udang" kena jawap tau...!!!

Mohd Sayuti Omar,
Yang Dipertua, soalan saya no 6996 berbunyi; Mohon penjelasan menteri berkenaan berhubung penjualan tanah kuaters perumahan kakitangan Jabatan Pertanian terletak di belakang Wisma Tani Kuala, yang dilaporkan sudah dijual?

Kalau saya menjadi ahli parlimen saya akan lontarkan soal berbunyi di atas tadi kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar berhubung penjualan tanah berkenaan. Saya ingin tahu kenapa tanah yang bernilai tinggi itu dijual dan mengapa mengorbankan kuaters kakitangan kerajaan.

Apa yang sangat-sangat saya ingin tahu ialah berapa nilai penjualannya dan kepada siapa? Ini kerana ada desas-desus mengatakan penjualan tanah itu kepada kroni? Saya menimbulkan ini sebab banyak penyelewengan atau salah guna kuasa dikatakan berlaku di kementerian berkenaan. Keraguan demi keraguan wujud dan menjadi misteri. Isu benih padi, ikan bakar, burung walit dan sebagainya.

Dun Kelantan : Umno sebagai pembangkang tiada soalan..!! ia jadi satu sejarah dan kejutan..??


KOTA BHARU: Tidak pernah berlaku dalam sejarah persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan khususnya sejak tahun 1990 hingga hari ini di mana pembangkang tidak menghantar soalan bertulis atau lisan.
Sama ada ianya satu perancangan atau ketiadaan idea, namun sidang Dun Kelantan yang bakal berlangsung 15 hingga 17 Oktober ini menyaksikan kejutan apabila pembangkang tidak menghantar soalan untuk dikemukakan pada kerajaan negeri sama ada melalui lisan atau bertulis sebagaimana lazimnya.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) selepas mesyuarat exco tengah hari tadi.

Kes Scorpene: Syarikat M’sia, Perancis sedang disoal siasat

KUALA LUMPUR 19 September: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan, perbicaraan kes Scorpene di Mahkamah Perancis tetap berjalan seperti biasa walaupun kerajaan Malaysia mengambil tindakan terhadap NGO tersebut.
Pengarah Eksekutifnya, Cynthia Gabriel berkata, pada masa ini, mahkamah sedang menyoal-siasat beberapa pegawai syarikat Malaysia dan Perancis yang dikaitkan dengan urusan pembelian kapal selam itu.
“Peguam yang mewakili Suaram memberi jaminan kepada kami apa-apa tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia tidak akan menjejaskan perbicaraan kes Scorpene.
“Malah perbicaraan berjalan seperti biasa dan kini mahkamah sedang menyoal siasat beberapa pegawai termasuk dari Malaysia dan Perancis,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

Serbuan ke pejabat Suaram untuk lepaskan Najib kes Scorpene, Altantuya

KUALA LUMPUR 19 September: Serbuan polis dan pegawai pendaftaran pertubuhan (ROS) ke pejabat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini dipercayai sebagai usaha untuk menutup penglibatan Najib Razak dalam skandal pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata, tekanan hebat kerajaan terhadap NGO itu bertujuan bagi melepaskan Perdana Menteri itu daripada dikenakan tindakan mahkamah.
“Kita yakin dan percaya Suaram punya bukti kukuh untuk menghadapkan Najib dan konco-konconya ke Mahkamah Perancis. Disebabkan itu, hanya dengan memberi tekanan kepada Suaram, Najib berharap gangguan seperti ini dapat menghalang pendedahan seterusnya,” kata Fariz yang juga Ketua Koordinator Jingga 13.
“Ia juga merupakan amaran kepada NGO lain agar tidak mencampuri urusan kerajaan dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin Umno, selain menyekat kebebasan bersuara,” katanya ketika dihubungi.
Pagi tadi, enam pegawai ROS dan polis menyerbu pejabat Suaram di Petaling Jaya.
Menurut peguam Suaram yang berada di pejabat itu, Fadiah Nadwa Fikri, polis dan pegawai ROS tersebut datang ke pejabat itu pada sekitar 11.50 pagi.
“Mereka cuba masuk ke pejabat untuk menggeledah pejabat, tetapi kami tidak benarkan kerana mereka tidak mempunyai waran geledah,” kata Fadiah.

Hina Nabi: Siapapun berhak turun Jumaat ini

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mempelawa seluruh umat Islam yang cintakan agama turun dalam himpunan membantah filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Nabi pada Jumaat, 21 September ini.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, semua pihak berhak turun menyatakan bantahan dan tidak timbul soal siapa pelawa siapa untuk himpunan itu nanti.

"Saya telah diaju pelbagai soalan oleh media berkait sikap pemuda PAS  terhadap pelawaan pemuda Umno dalam isu himpunan membantah penghinaan terhadap Rasululla SAW.

"Suka saya tegaskan bahawa perkara ini bukanlah isu sebenar. Sebaliknya, yang jadi isu ialah penghinaan ke atas Nabi SAW. Adapun, siapa membantah filem yang menghina Nabi itu, turunlah ke kedutaan US Jumaat ini. Habis cerita," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada pihak yang mahukan pendirian dewan itu terhadap pelawaan pemuda Umno.

Perjuangan UMNO Tegak Syiar Islam..!! Layak Tak Dia Jadi Ketua Bahagian Umno UiTM...he.he..he..!!!


Perjuangan UMNO Tegak Syiar Islam
MELAKA – UMNO, yang menjadi tunjang parti pemerintah, secara berterusan menegakkan syiar Islam sehingga Malaysia kini menjadi sebuah negara Islam contoh, kata tokoh akademik.
Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, Datuk Prof Madya Dr Mizan Hitam, berkata sejak ditubuhkan pada 1946, UMNO tidak terpisah daripada perjuangan untuk memartabatkan Islam kerana UMNO adalah parti orang Melayu.
“UMNO itu parti orang Melayu dan Melayu di Malaysia tidak boleh dipisahkan daripada Islam, itu jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Melayu dalam Perlembagaan mesti beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Jadi rumusannya, orang Melayu di Malaysia dia beragama Islam manakala parti orang Melayu… sejarahnya ialah UMNO,” katanya.

Pakatan: Tidak perlu ragui keupayaan kami memerintah

KUALA LUMPUR, 19 Sept — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yakin mereka sudah bersedia untuk memerintah negara ini sekiranya memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang yang perlu dilaksanakan sehingga April depan sebaik sahaja mandat Barisan Nasional (BN) tamat.
Gabungan antara DAP-PAS-PKR itu beranggapan bukti yang mencukupi sudah ditunjukkan di empat negeri pimpinan mereka — Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan — yang mana turut diiktiraf oleh Laporan Audit dari Ketua Audit Negara sejak tiga tahun mereka menguasai negeri-negeri tersebut kecuali Kelantan selepas pilihan raya umu 2008 yang turut menyaksikan BN tewas dua pertiga majoriti Parlimen.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan trek rekod kerajaan PR di negeri-negeri tersebut  merupakan bukti kukuh dan tiada pihak yang perlu meragui mereka.
“Saya rasa apa yang lebih penting adalah kewibawaan dan trek rekod yang Pakatan telah buktikan di negeri yang diperintah ... itu adalah aset yang berharga dan integriti yang ditunjukkan kerajaan PR.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan trek rekod kerajaan PR di negeri-negeri tersebut merupakan bukti kukuh dan tiada pihak yang perlu meragui mereka.
“Kita telah lahirkan ramai pemimpin yang berkualiti dan boleh dipercayai, tiada penyalahgunaan dan penyelewengan seperti mana pemimpin BN,” tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi kepada The Malaysian Insider dan menambah berbangga dengan ketua menteri dan menteri besar di negeri-negeri tersebut. “Tiga tahun berturut-turut Laporan Ketua Audit Negara sahkan kami mentadbir dengan baik.”
Semalam, pemerhati politik menyatakan keraguan mereka bahawa PR masih lagi belum bersedia memandangkan terdapat lagi beberapa perkara yang tidak diselesaikan pakatan pembangkang tersebut, antaranya isu Hudud dan juga kabinet bayangan mereka.

Hudud kenapa tanya Karpal, tanya Umnolah - Nik Aziz


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairannya dengan akhbar di negara ini apabila sibuk bertanya Karpal Singh tentang hudud sedangkan yang berkuasa adalah Umno.

"Hairan saya, akhbar sibuk melaporkan kenyataan Karpal Singh sedangkan yang berkuasa hari ini ialah UMNO, dan yang menghalang hudud ialah UMNO!

"Pada saya, jika perlembagaan bertentangan dengan hudud, perlembagaan itu sendiri perlu diubah," kata Menteri Besar Kelantan itu.

TG Nik Aziz berkata demikian melalui facebooknya hari ini.