Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor masih belum membuat sebarang keputusan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) secara serentak ataupun berasingan dengan pembubaran Parlimen oleh kerajaan Persekutuan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perancangan untuk membuat pilihan raya Dun berasingan atau serentak dengan PRU13 merupakan strategi kerajaan negeri namun ini bergantung kepada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menentukan tarikh PRU13.

"Kita tak tahu tarikh pilihan raya yang sebenar... ini adalah jawapan kepada spekulasi, ada baiknya pilihan raya berasingan dan ada baiknya pilihan raya di buat secara bersama... perbincangan ini berdasarkan spekulasi (berhubung tarikh pilihan raya) dan strategi bagaimana kita mahu menghadapinya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.