Ahad, 16 September 2012

GE13 & transforming M'sia is to ensure SURVIVAL of ALL M'sians, not just the Malaysia

GE13 & transforming M'sia is to ensure SURVIVAL of ALL M'sians, not just the MalaysDAP expresses deep disappointment that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has adopted Perkasa’s extremist approach by declaring to Pekan UMNO members that the 13th general election is not an ordinary election but one that will determine the survival of the Malays.
Najib has rejected the politics of moderation and inclusion as well as abandoned his own 1Malaysia philosophy in preference for an exlusive and racial approach.
The 13th general elections should be a contest of ideas and policies that benefits the successful transition into a high-income economy and ensure the survival of all Malaysians to compete globally.
It is not about the survival of the Malays nor about the survival of the non-Malays exclusively but the survival of all Malaysians.
Telling the same lies as Perkasa

Putrajaya dared to form RCI on progress in Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR, Sept 16 — A royal commission of inquiry (RCI) is needed to see if Sabah and Sarawak’s “dreams and aspirations” in forming Malaysia with Malaya 49 years ago has been “fulfilled or betrayed”, Lim Kit Siang said today.
The DAP parliamentary leader called for all MPs from Sabah and Sarawak to give their unanimous support when he proposes such an RCI in the next Parliamentary sitting.
“The people of Sarawak and Sabah were promised progress and development, at least to the level achieved by the Peninsula states,” Lim said in a speech in Kuching, Sarawak during Pakatan Rakyat’s Malaysia Day celebrations today.
“Have these promises to Sabah and Sarawak been fulfilled in the past five decades? The answer must be a loud no.”

Politik Ganas: Hishammuddin tidak boleh berkata begitu


KUALA LUMPUR: Kalau penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) terus bertindak ganas ke atas majlis dan jelajah Pakatan Rakyat (PR), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Husseinlah yang bertanggungjawab.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan menteri itu mengenai keselamatan para pemimpin PR di Johor sebagai membakar semangat para penyokong Umno dan BN untuk bertindak lebih ganas.

Ketika ditanya terhadap jaminan keselamatan terhadap PKR di Johor memandangkan sudah tiga kali bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dan disimbah cat, Hishammuddin berkata, "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri".

Tengku Razaleigh 2012 - Oil Belongs to the People

Tengku Razaleigh 2012 - Kuasa Rakyat / The Power of the People

Tun Hussein Onn 1987 - Dayabumi, Skandal MAMINCO, Saham UMBC

Tun Hussein Onn 1987 - Presiden UMNO yang tiada sokongan ahli-ahlinya

Somalia leader outlines major concerns

New fighting force in Ethiopia's Ogaden

Military: Afghan Inside Attack Kills 4 US Troops

Hina nabi: Pope temu pemimpin Islam di Lubnan


BEIRUT: Pope Benedict XVI akan bertemu dengan pemimpin masyarakat Islam di Lubnan Sabtu ini, dalam lawatan yang bertujuan merapatkan jurang antara Kristian dan Muslim di Timur Tengah.

Pertemuan dijangka berlaku dalam suasana yang memilukan selepas insiden keganasan yang membawa maut apabila umat Islam membantah filem Amerika Syarikat yang menghina Islam.

Pope yang tiba di Lubnan Jumaat lalu untuk lawatan tiga hari, akan melawat istana presiden di Beirut dan bertemu Presiden Michel Sleiman, seorang Kristian Maronite.

Pendedahan sulung wajah pengarah "Innocence of Muslims"

Ini adalah gambar pertama lelaki dikatakan dalang di sebalik filem anti-Islam yang telah mencetuskan keganasan di seluruh Timur Tengah.

Nakoula Basseley Nakoula juga dikenali sebagai Sam Bacile. Lelaki yang disyaki oleh FBI sebagai pembuat filem bertanggungjawab terhadap filem Innocence Of Muslims yang mencemuh Nabi Muhammad.

Salah seorang pelakon filem itu Anna Gurji mengatakan dia telah ditipu oleh pengarah berusia 55 tahun itu.

Nakoula Basseley Nakoula di set filem dengan Cik Gurji yang berambut palsu warna merah
Nakoula adalah Kristian Koptik kelahiran Mesir . Sekarang tinggal di California, beliau adalah seorang peniaga dadah yang disabitkan kesalahan dan yang terakhir dibebaskan dari penjara pada Jun tahun lepas.

Pakatan Rakyat Keluar Pengistyharan Kucing 7 Perkara

Pakatan Rakyat lewat petang ini mengeluarkan peristyharan politik mengandungi Tujuh Perkara yang dinamakan "Pengistyharan Kucing" dalam satu majlis sambutan Hari Malaysia yang diadakan di sebuah taman perumahan di bandaraya Kuching.


Pimpinan tertinggi PR sedang menanandatangani.
Pengistyharan itu berhubung dengan hak-hak dan kepentingan rakyat negeri Sarawak ia merupakan satu janji Pakatan Rakyat untuk melaksanakannya sekiranya gabungan itu berjaya memerintah Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang.

Deklarasi itu dibaca di dalam hujan renyai-renyai yang turun di sepanjang majlis itu diadakan. Ia ditanda tangai oleh ketiga pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, PKR diwakili oleh Penasihat Umum Anwar Ibrahim, Pas oleh Presiden Abdul Hadi Awang dan DAP oleh penasihatnya Lim Kit Siang.

Kira-kira 3,000 hadir untuk memeriahkan hari Malaysia dan mengikuti pidato oleh pimpinan tertinggi Pas termasuk Pengerusi Pas Sarawak Adam Ahid dan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian.

Sebagai simbolik ketiga-tiga pemimpin itu menanda tangani deklarasi berkenaan di atas sebidang kain bersaiz besar yang digantung di majlis berkenaan.

Pengistyharan Kuching menunjukkan Pakatan Rakyat serius untuk membawa perubahan politik di Sarawak yang mana negeri itu dianggap masih belum mengalami kemerdekaan sebenarnya kerana ia dijajah oleh bangsa sendiri parti UBN.

Klip filem hina Nabi mula disekat, tapi tak menyeluruh


Innocence of Muslims
Sebahagian paparan skrin yang menunjukkan klip filem di YouTube tidak dapat diakses oleh pengguna di Malaysia.
 
SHAH ALAM - Treler filem kontroversi Innocence of Muslims berdurasi 13 minit, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, tidak boleh diakses oleh pengguna dari Malaysia mulai petang tadi.

Bekas menteri akui Kelantan sukar digugat

BUKAN sekadar rakyat tempatan yang melihat kesukaran Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk bertapak semula di Serambi Mekah, malah ia juga dirasai pemimpin luar Kelantan.

Ukuran mudah dapat dilihat apabila setiap program Pakatan Rakyat, tanpa perlu dihantar surat jemputan atau dibayar tambang orang ramai pastinya memenuhi segenap ruang. Jauh berbeza dengan program anjuran Umno dan Kerajaan Pusat.
Bukan sekadar surat arahan, malah setiap penjawat awam perlu menandatangani kedatangan.
Pada program motivasi anjuran Umno Kota Bharu yang dihadiri artis terkenal di Kompleks Sekolah di Wakaf Mek Zainab sebelum Ramadan lalu, guru-guru diminta menandatangani borang kehadiran.
Begitu juga pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong pada awal Mei lalu difahamkan dikerah penjawat awam sehingga dari Terengganu dan Perak.
Situasi tersebut sudah cukup untuk menggambarkan Umno sukar untuk mengulangi kejayaan 1978 dan 2004 di Kelantan.

Mahathir sahkan BN ‘hizbul syaitan’

Apabila negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad mengungkapkan “lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal” serta mengesahkan “syaitan” yang dimaksudkan dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada BN dan “malaikat” itu merujuk kepada pembangkang, pemimpin BN yang lain hanya mendiamkan diri.

 Apakah kenyataannya itu bercanggah dengan akidah? Wartawan Harakah, NYZA AYOB mendapatkan kupasan lanjut mengenai perkara ini bersama bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang 5 September lalu.
WARTAWAN: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui syaitan yang dimaksudkan dalam tulisannya adalah BN dan malaikat pula ditujukan kepada pembangkang. Apa reaksi Ustaz?
USTAZ AHMAD AWANG: Mahathir meminta rakyat supaya menyokong kerajaan BN, walaupun diibaratkan beliau BN itu sebagai syaitan yang telah dikenali. Bagi beliau, ‘syaitan’ inilah yang telah membela rakyat. Tetapi kita perlu ingat, apa yang syaitan buat, walaupun zahirnya nampak baik, sebenarnya dia menipu.
Dalam Quran juga ada menyebut, syaitan memperdayakan manusia. Pada bulan Syawal ini, kita perlu ingat peristiwa penting dalam Islam pada tahun kelima Hijrah iaitu Perang Ahzab iaitu disertai gabungan parti-parti anti-Islam.
Jika hari ini kita boleh samakan dengan Barisan Nasional. Apa yang ingin saya kaitkan ialah dalam Perang Ahzab ini, ada golongan orang munafik.
Mereka ini di luarnya Islam tetapi di dalamnya hendak menghancurkan Islam. Ia sama seperti Umno. Mereka Melayu dan di luarnya adalah Islam.
Mereka berpakat dengan orang lain yang bersetuju untuk menghentam Islam ini.
Jadi, amat jelas 55 tahun memerintah itu, sikap seperti itu ada dalam Umno?

Pengundi muda bakal menangkan PAS di Terengganu

PAS Terengganu meramalkan pertambahan peratus pengundi muda antara 45 hingga 50 peratus bakal mengembalikan semula negeri ini ke pangkuan PAS pada pilihan raya akan datang.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman berkata, potensi besar untuk menang PRU-13 di Terengganu banyak bergantung kepada sokongan pengundi muda.

“Kajian PAS melalui Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPN), jumlah pengundi muda di Terengganu ini agak tinggi antara 45 hingga 50 peratus.
“Mereka (pengundi) ramai yang berada di luar dan kita (PAS) telah berjaya kesan dan kenal pasti kedudukan, alamat mereka di sana (tempat kerja), Insya-Allah.
“Sokongan pengundi Tionghoa (Cina) pun ada perubahan di Terengganu berbanding tahun-tahun sebelum ini,” ujarnya

Ustaz Nik Mahadi | Kuliah Jumaat 14 Sept 2012

Cikgu Mala : Himpunan Pendidik Islam 2012

Sidang Media TGNA Hari Malaysia ke-49 | 16 Sept 2012

Is Lakhdar Brahimi the man for the Syria job?

Today in History for September 16th

Questions raised over security of US embassy in Tunisia

Anti-Islam video sparks debate on censorship

DS Najib rompak wang FELCRA untuk persatuan bininya

Belum lagi sampai 28 Sept tarikh pembentangan bajet 2013,, Najib dah pun mula memfaraid wang rakyat untuk kepentingan bininya... 


Jikalau dalam bajet beratus juta dibagi untuk program kesayangan Rosmah, PERMATA, tetapi yang ini secara kecilan sahaja.... untuk program BAKTI... hangpa tau ke apa itu bakti..tak tau cari sendiri.... 





Duit Felcra sepatutnya untuk penoroka Felcralah, yang hidup cukup-cukup makan aja,,, kenapa pi bagi untuk persatuan bini-bini menteri... apa cerita ni....

Dividen interim hasil keuntungan bukan untuk 'menyedapkan' hati peneroka.....!!! Tapi tipu terus menipu peneroka laa...!!!!

SEREMBAN - Pemberian dividen interim sebanyak RM400 kepada 112,635 peneroka Felda adalah hasil daripada keuntungan saham selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di Bursa Malaysia dan bukannya dibuat secara sesuka hati untuk "menyedapkan" hati peneroka.
  
Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata pemberian dividen interim itu dibuat setelah mengambil kira nilai keuntungan 5.5 sen sesaham hasil daripada dua bentuk saham iaitu 800 unit saham yang dikhususkan kepada setiap peneroka dan Dana Amanah Peneroka yang diuruskan oleh Felda.
  
"Pihak pembangkang kata kita mahu menyedapkan hati peneroka, tapi sebenarnya kita bukan buat sesuatu untuk menyedapkan hati, tapi kita kena buat berdasarkan apa yang kita ada.

Pemimpin keluar Umno petanda BN Sabah ‘gulung tikar’

TUARAN 16 Sept: Tindakan beberapa pemimpin terkenal keluar dari Umno BN Sabah petanda rakyat Sabah mahukan perubahan dan menamatkan kesengsaraan di bawah regim parti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim
Berucap sempena sambutan Hari Malaysia ke-49 malam semalam, beliau yakin rakyat Sabah sudah bersedia untuk menolak Umno BN pada pilihan raya akan datang.
“Saya ingat lepas ini, Umno boleh gulung tikar,” kata Ketua Pembangkang itu sambil disambut tepukan hadirin pada sambutan Hari Malaysia  di Restoran Singgah Singgarung di sini.
Namun, kata Anwar, rakyat Sabah harus berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan dakyah Umno BN yang menggunakan agama untuk memecah belah perpaduan bagi menyekat arus perubahan.

Senjata Umno-BN Sebenarnya Kekuatan Pakatan

SHAH ALAM 16 Sept : Hutang Talam, bekalan air dan kutipan galian pasir merupakan isu yang akan memudaratkan Umno-BN sendiri bagaikan senjata yang akan melutup di muka tuannya.
Ini respon pemimpin Pakatan Rakyat terhadap rancangan Umno-BN untuk menggunakan isu-isu tersebut sebagai “resipi” perang saraf dalam kempen gabungan itu untuk menawan-kembali Selangor di dalam pilihanraya akan datang.
Isu-isu tersebut merupakan antara kejayaan kerajaan Pakatan dalam empat tahun mentadbir Selangor.
Ketiga-tiga isu tersebut juga merupakan bukti salah urus tadbir kerajaan Umno-BN Selangor yang dulu, di mana hasil dan kekayaan negeri diberikan kepada kroni manakala risiko dan kerugian di tanggung rakyat.

Pakatan Rakyat Tandatangan Deklarasi Kuching

Ketiga-tiga pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat hari ini menandatangani bersama Deklarasi Kuching yang menggariskan janji gabungan parti itu untuk meningkatkan kualiti hidup warga Sabah dan Sarawak dan menghormati Perjanjian Malaysia 1963.

Majlis tersebut berlangsung sempena sambutan Hari Malaysia Pakatan Rakyat yang diadakan di Chongling Park, Kuching, Sarawak.

Walaupun hujan lebat turun sejak awal petang namun ia tidak menghalang ribuan penduduk sekitar bandaraya terbesar di Sarawak ini berhimpun menandakan Hari Malaysia Pakatan Rakyat diiktiraf sebagai hari nasional selaras dengan penubuhan Persekutuan Malaysia 49 tahun lalu.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mewakili parti masing-masing yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan pemimpin Pakatan Rakyat dari Sabah dan Sarawak.

Anwar yang menaiki penerbangan dari Kota Kinabalu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) jam 1245 tengah hari tadi dan disambut meriah oleh penyokong Pakatan Rakyat yang menanti di pintu ketibaan sejak jam 11 pagi.

Abdul Hadi dan Guan Eng telah tiba lebih awal bagi menghadiri majlis yang disusun padat sempena Hari Malaysia di sekitar bandaraya ini.

Deklarasi tujuh perkara itu, diumumkan sempena sambutan Hari Malaysia hari ini, antara lain menggariskan janji Pakatan sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.

Dalam ucapannya, Anwar menegaskan Deklarasi Kuching menjanjikan keyakinan baru untuk rakyat Sarawak dan masa depan yang gagah untuk semua rakyat Malaysia manakala pembentukan Malaysia menjanjikan kebebasan rakyat, keadilan dalam pengagihan ekonomi dan tanah, demokrasi yang subur.

Pemimpin Pakatan tandatangan Deklarasi Kuching

Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat hari ini menandatangani Deklarasi Kuching yang menggariskan janji gabungan parti itu untuk meningkatkan kualiti hidup warga Sabah dan Sarawak dan menghormati Perjanjian Malaysia 1963.
Deklarasi berkenaan ditandatangani ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua parlimen DAP Lim Kit Siang di Chong Ling Park, Kuching petang ini.
Deklarasi tujuh perkara itu, diumumkan sempena sambutan Hari Malaysia hari ini, antara lain menggariskan janji Pakatan sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.

Hisham Sapa yang kena tahan tu..?? Nak tau jugak la..!! Kena gari ka...!!!


Sapa yg kena tahan tu?? Nak tau jgk la.. Kalu org lain kena tahan.. Siap sebut nama, anak sapa, tinggai di mana, kerja apa, ahli parti mana.... Mai yg ni diam ja??

Petua untuk perubahan Sabah

KUALA LUMPUR, 16 SEPTEMBER: DAP menawarkan enam perubahan asas untuk Sabah bersempena dengan sambutan Hari Malaysia ke 49 supaya negeri itu tidak lagi kekal sebagai negeri termiskin di Malaysia, malah menjadi negeri paling kaya.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyenaraikan enam asas itu dalam perutusan Hari Malaysia beliau. Enam perubahan asas yang disebutkan Guan Eng ialah:
  1. Royalti minyak yang lebih saksama dengan peningkatan daripada 5% kepada 20% untuk menyelesaikan masalah-masalah lama yang berkaitan dengan ekonomi, peindidikan dan pembasmian kemiskinan;
  2. Menaik taraf infrastruktur jalan raya yang memalukan serta menaik taraf pelabuhan-pelabuhan serta lapangan-lapangan terbang sedia ada;
  3. Memastikan bekalan air dan elektrik yang cukup dan tidak diganggu. Memasang wifi percuma di tempat-tempat awam serta menyediakan capaian internet untuk semua;

Tiada tempat untuk ego Menteri dalam soal keselamatan rakyat



Sejak akhir-akhir ini, suhu politik di Malaysia bukan sahaja hangat dan panas tetapi sudah sampai ke satu tahap yang mendatangkan bahaya secara fizikal. Buktinya kes serangan ke atas konvoi dan bas Merdeka Rakyat oleh PKR serta serangan terbaru ke atas ibu pejabat DAP Pulau Pinang serta beberapa pejabat ADUN DAP.
Ini adalah manifestasi budaya ganas dan merbahaya yang dibentuk oleh satu fenomena yang mana terdesaknya suatu kumpulan politik dalam mengekalkan kuasanya.
Sebelum ini keganasan diseludup masuk didalam perhimpunan aman seperti Bersih 3.0. Pada masa itu keganasan ini cuba ditimpakan ke atas Pakatan Rakyat dan NGO-NGO yang pro kepada PR. Tetapi kini semua sudah terserlah.

Najib telah tinggalkan falsafah 1Malaysia

KUALA LUMPUR : DAP hari ini menyifatkan kenyataan bahawa PRU ke 13 sebagai penentu survival masyarakat Melayu sebagai menghasut dan berbaur perkauman dan  menggesa Perdana Menteri Najib Razak menarik balik kenyataannya itu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata demikian dalam kenyataan medianya hari ini dan menyatakan pendirian bahawa pilihanraya akan datang sewajarnya menjadi wadah persaingan ide dan dasar demi manfaat rakyat menuju ekonomi berpendapatan tinggi dan bukan hanya disempitkan menjadi wadah politik perkauman.
“DAP amat kecewa dengan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak yang mengambil pendirian pelampau Perkasa dengan pengisytiharannya kepada ahli-ahli UMNO Pekan bahawa PRU Ke-13 bukan sekadar pilihan raya biasa tetapi akan menentukan survival masyarakat Melayu,” katan beliau sambil menyebut bahawa Najib telah menolak politik kesederhanaan dan inklusif serta meninggalkan falsafah 1Malaysia yang beliau canangkan.
“Ia bukan hanya sekadar survival masyarakat Melayu atau survival masyarakat bukan Melayu secara eksklusif tetapi survival kesemua rakyat Malaysia,” ujar beliau.

47 tahun untuk BN iktiraf Hari Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 SEPTEMBER: Barisan Nasional telah mengambil masa 47 tahun untuk mengiktiraf Hari Malaysia pada 16 September, namun ia masih dianggap sebagai perayaan di Sabah dan Sarawak sahaja.
Demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam perutusan Hari Malaysia beliau, sambil mengajak supaya Hari Malaysia disambut di peringkat nasional supaya ia lebih bermakna dan bersejarah.
Kerajaan Barisan Nasional hanya mengiktiraf Hari Malaysia sebagai sebuah perayaan bersejarah pada tahun 2010 apabila 16 September diumumkan sebagai hari cuti umum.
Menurut Kit Siang, pada 16 September 2008, dalam sebuah forum anjuran DAP di Kota Kinabalu, beliau telah berjanji bahawa kerajaan Pakatan Rakyat akan melakukan apa yang telah gagal dilakukan oleh Barisan Nasional, iaitu untuk menjadikan 16 September sebagai hari cuti umum.

Biar PAS jaga Melayu jika Umno kalah

KUALA LUMPUR: “PAS jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU13, inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, Najib selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh menjaga Melayu.

“Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Khairy: Pemuda Umno, Pas ganding bantah filem hina Islam Jumaat ini

BUKIT MERTAJAM -  Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin berkata pergerakan itu yang kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menerbitkan filem antiIslam Innocence of Muslims, bercadang mengadakan bantahan besar-besaran Jumaat ini.
  
Beliau berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah menghina Nabi Muhammad  SAW dan agama Islam tidak boleh dipandang remeh dan perlu ditentang demi mempertahankan maruah agama Islam sejagat.
  
Pemuda Umno akan mengadakan bantahan secara besar-besaran pada Jumaat ini bagi menzahirkan rasa kesal terhadap penerbitan filem antiIslam itu, katanya.
Lokasi dan cara bantahan itu sedang dibincangkan dan dimaklumkan dalam waktu terdekat.
  
"Bantahan ini dibuat tanpa mengira fahaman politik dan diharap ia akan menjadi  platform kepada umat Islam menyuarakan kepada dunia bahawa perbuatan yang tidak  bertanggungjawab dan tindakan menghina Islam dan Nabi Muhammad tidak boleh dipandang  remeh.
  

Nik Aziz: Terbit filem hina Nabi Muhammad perbuatan tidak waras


TUMPAT – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan individu yang menerbitkan filem ‘Innocence of Muslims’  yang menghina Nabi Muhammad SAW sebagai seorang yang tidak waras.

Nik Aziz berkata, penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW  melalui penayangan filem tersebut seolah-olah manusia di muka bumi ini lebih mulia.

“Tidak masuk akal jika kita lebih mulia pada Nabi kerana Nabi dipilih oleh ALLAH sendiri.

 “Orang yang hina Nabi ini adalah orang yang berfikiran tidak betul,” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Malaysia ke- 49 Peringkat Negeri Kelantan di Padang Keretapi Tanah Melayu Berhad di sini, hari ini.

 Penerbitan filem berjudul ‘Innocence of Muslims’  membangkitkan kemarahan umat Islam dan seluruh pemimpin dunia mengecam perbuatan yang tidak bertanggungjawab tersebut.

 Treler pendek berdurasi 13 minit yang tersebar melalui perkongsian Youtube itu melabelkan perwatakan Nabi Muhammad SAW sebagai penipu, kaki perempuan dan gila adalah bertentangan dengan peribadi sebenar nabi .

Taib: Negara rugi besar jika BN kalah PRU13..ha..ha...ha..sebenarnya keluarga Taib dan kroni rugi besar laa...!!!

SIBU -  Negara akan rugi besar sekiranya sebuah kerajaan yang baik pimpinan Barisan Nasional (BN) kehilangan kesinambungan pimpinan memandangkan gabungan itu menguruskan negara dengan sangat baik selama lebih 50 tahun.

Pandangan ini diberikan ketika negara menyambut Hari Malaysia dan spekulasi meningkat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat.

Dipetik Bernama, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, Malaysia tidak seharusnya ditadbir oleh kalangan yang kurang berpengalaman kerana ini hanya membawa ke arah kehancuran.
 

THE KUCHING DECLARATION 2012

THE KUCHING DECLARATION
LEST WE FORGET, AND LEST ALL THE PEOPLES OF OUR GREAT NATION OF MALAYSIA FORGET, WE, THE UNDERSIGNED, DO ONCE AGAIN FIRMLY, RESOLUTELY AND UNEQUIVOCALLY PLEDGE AND PROMISE BEFORE THE WHOLE NATION OF MALAYSIA AS OUR WITNESSES, ON THIS HISTORIC DAY THE 16TH OF SEPTEMBER, 2012, IN THE CITY OF KUCHING, AND ON BEHALF OF OUR RESPECTIVE PARTIES AND PAKATAN RAKYAT AS A WHOLE, THAT WHEN WE FORM THE NEXT GOVERNMENT OF MALAYSIA, PAKATAN RAKYAT WILL HONOUR ALL ITS PLEDGES AND PROMISES TO THE PEOPLES OF MALAYSIA.
WE WILL HONOURABLY EXECUTE ALL THE POLICIES SET FORTH IN THE BUKU JINGGA SO THAT MALAYSIA WILL ONCE AGAIN BE A GREAT NATION, HER PEOPLES PROSPEROUS, HER FUTURE SECURE AND PEACEFUL, AND HER NAME CELEBRATED BY ALL THE NATIONS OF THE WORLD.
WE WILL HONOUR THE SPIRIT OF THE MALAYSIA AGREEMENT OF 1963 WHICH OUR FOUNDING FATHERS PUT THEIR HANDS TO, AND AS A SIGN OF OUR DEEP COMMITMENT TO THE PEOPLES OF SARAWAK AND SABAH, CONSISTENT WITH DEMOCRATIC PRINCIPLES AND JUSTICE FOR ALL MALAYSIANS, IN PARTICULAR:
ARTICLE ONE: EQUAL PARTNERS
We will restore the spirit of the Malaysia Agreement and the position of Sarawak and Sabah as equal partners within Malaysia by restoring autonomy to Sarawak and Sabah within the framework of the Federal Constitution.
ARTICLE TWO: FAIR REPRESENTATION
We will increase national integration between Sarawak, Sabah and Peninsular Malaysia through a fair power-sharing arrangement that fully upholds the spirit of the Malaysia Agreement.
ARTICLE THREE: CITIZENSHIP
We will set up a Royal Commission to solve the perennial national problem of illegal immigration and citizenship, particularly in Sarawak and Sabah.
ARTICLE FOUR: RESTORATION OF NATIVE CUSTOMARY RIGHTS OVER LAND
We will endorse the authority already vested in the State Laws of Sarawak and Sabah to set up Land Commissions to investigate, resolve disputes, redress, survey and restore Native Customary Rights over Native Customary Lands.
ARTICLE FIVE: COMPETENT SARAWAK AND SABAH
We will endorse the appointment of Sarawak and Sabah citizens to head Government Departments in their own respective States and by the powers vested in the State Secretaries of both States as well as give first priority to the appointment of Sarawak and Sabah citizens at Federal Government level functioning within Sarawak and Sabah.
ARTICLE SIX: OIL JUSTICE
We will raise the royalties paid on petroleum and hydrocarbon resources to Sarawak and Sabah to 20% from the present 5%.
ARTICLE SEVEN: EQUITABLE DEVELOPMENT
We will bring the level of infrastructure development in Sarawak and Sabah up to par with Peninsular Malaysia.
WE, THE UNDERSIGNED, MAKE THIS DECLARATION AS AN INCONTROVERTIBLE CONTRACT BETWEEN THE PAKATAN RAKYAT AND THE PEOPLES OF MALAYSIA, THIS HISTORIC DAY OF 16TH SEPTEMBER, 2012, ON MALAYSIA DAY, SO THAT IT MAY RING OUT RESOUNDINGLY FROM MALAYSIA’S HIGH FOREST HILLS DOWN TO THE OPEN SEA; SO THAT FREEDOM MAY EVER REIGN; AND OUR PEOPLES LIVE IN UNITY!
In witness whereof the undersigned, being duly authorised thereto, have signed this Declaration, and all the peoples of Malaysia being witnesses thereof.
Done at Kuching, this 16th day of September, 2012, in six copies of which one shall be deposited with each of the signatories.
For People’s Justice Party (KEADILAN)
Y.B. DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, Ketua Umum
For Democratic Action Party (DAP)
Y.B. LIM KIT SIANG, Parliamentary Leader
For Islamic Party of Malaysia (PAS)
Y.B. DATO’ SERI HJ. ABDUL HADI AWANG, President
For People’s Justice Party (KEADILAN)
Y.B. BARU BIAN, Chairman, PKR Sarawak
For Democratic Action Party (DAP)
Y.B. WONG HO LENG, Chairman, DAP Sarawak
For Islamic Party of Malaysia (PAS)
TUAN HAJI ADAM BIN AHID, State Commissioner, PAS Sarawak

Free Syria Army targets airport in Idlib

POLITIK : Kenapa PEMERINTAH Enggan Jalankan Hukum ISLAM ? - Ustaz Azhar Idrus

Golongan TAK SUKA Syariat - Ustaz Azhar Idrus

PESANAN Ustaz Ismail Kamus

Pengantin JAHIL Hukum TALAK Cerai - Ustaz Azhar Idrus

DAP turut kecam filem hina Nabi Muhammad

Lim berkata demokrasi bukanlah lesen untuk mencetuskan persengkatan keagamaan. — Gambar file 
 
KUALAL LUMPUR, 16 Sept — DAP hari ini turut mengecam penerbitan filem anti Islam dan menghina Nabi Muhammad “The Innocence of Muslims”, dan mengingatkan bahawa demokrasi bukanlah “lesen untuk mencetuskan persengkatan keagamaan”. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini menegaskan pihaknya turut mengutuk keganasan yang telah berlaku ke atas empat rakyat Amerika termasuk dutanya di Libya, Christopher Stevens, yang terbunuh dalam insiden rusuhan dipercayai mempunyai kaitan dengan filem tersebut.
“DAP mengecam sekeras-kerasnya filem anti-Islam terbaru yang dikatakan menghina agama Islam dan juga Nabi Muhammad. Filem ini yang bukan sahaja kurang sensitif tetapi jelas bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen keagamaan.

Timb Menteri : Batal guna auditorium beri UIA kesan negatif


K-FIQH SHAH ALAM - Pembatalan tempahan auditorium oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk penganjuran konvensyen politik-Islam semalam memberi kesan negatif ke atas institusi pengajian tinggi (IPT) itu, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

"Kepada UIA, saya memberi pandangan bahawa kalau ia dibatalkan, kesannya adalah negatif bagi UIA," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Ekoran pembatalan penggunaan auditorium, penganjur Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa menganjurkannya di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, semalam.

Pro-Mahasiswa : 500 siswa berarak tuntut p'raya kampus bebas

Seramai kira-kira 500 pelajar menyertai perarakan di ibu kota Kuala Lumpur hari ini bagi menuntut pilihan raya kampus yang bersih dan berintegriti.

student protest on malaysia day 160912 07Kumpulan itu mula berkumpul di kawasan Masjid Jamek dan mula berarak pada kira-kira jam 2.30 petang menuju ke kawasan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Kumpulan pelajar berkenaan menyanyikan lagu Negaraku.
Mereka turut membawa bendera Jalur Gemilang dan kain rentang antaranya bertulis "sistem pengundian yang telus", "peruntukan dana calon" dan "penetapan tarikh PRK".

student protest on malaysia day 160912 06Kumpulan berkenaan turut melaungkan "bangkit anak muda", "tolak penipuan" dan "hidup mahasiswa".

Turut kelihatan maskot bagi Pro-Mahasiswa- 'Mat Gempak'.

Sekumpulan anggota polis dilihat berkawal di sekitar kawasan Dataran Merdeka dan Masjid Jamek dan mengawal kumpulan pelajar yang berarak.
Anggota keselamatan itu cuma memberi amaran kepada para siswa berkenaan agar tidak menghalang lalu lintas.

Pemuda PAS bukan anti hiburan


SHAH ALAM: Media hanya menggambarkan perjuangan pemuda PAS sebagai "anti konsert" sedangkan perjuangan mereka lebih daripada itu.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkifly Ahmad berkata, pemuda PAS terdiri daripada ramai profesional yang bersiap sedia dengan polisi sebagai model kepada seluruh generasi muda di negara ini.

"Bila pemuda buat demontrasi menghalang kehadiran artis-artis barat ke Malaysia, itulah yang dipaparkan dalam The Star, The sun, seolah-olah kerja pemuda ini anti konsert sahaja. Itu yang mereka momokkan kepda imej pemuda.

"Dalam pemuda ada ramai profesional dalam bidang perubatan, banking, finance, pengurusan, semua menjalankan kerja di samping menubuhkan NGO mereka yang berkhidmat kepada rakyat, juga ada polisi studi yang memberi input yang begitu baik," kata beliau.

Mat Sabu: Walau marah, jangan cerca agama lain

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu mengingatkan supaya umat Islam tidak mencerca agama lain dalam menyatakan kemarahan atas penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang didakwa menghina Rasulullah SAW.
Tegasnya, kemarahan tersebut hanya perlu ditujukan kepada pembikin filem yang dianggapnya "cukup menjijikkan" dan terhadap Amerika Syarikat yang melindungi individu yang betanggungjawab terhadap filem itu.

"Jangan membalas dengan mencerca dan menghina agama lain. Kemarahan kita tertumpu kepada orang yang melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

"Jangan ada unsur-unsur untuk menghina agama lain sama ada Hindu, Buddha, Toisme atau Kristian. Ia bukan ajaran agama Islam," katanya ketika dihubungi Malaysikini hari ini.

Mohamad yang juga pengerusi biro demokrasi dan mobilisasi PAS pusat mengulas reaksi umat Islam ekoran sedutan filem itu di Youtube, telah membangkitkan kemarahan mereka di seluruh dunia sehingga berlaku demonstrasi di beberapa buah negara Islam antaranya di Mesir, Libya dan Sudan.

PKR tuntut Najib tunai janji Hari Malaysia 2011

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memenuhi janji kerajaan untuk memansuhkan ISA tahun lalu dengan membebaskan tahanan yang masih dikurung bawah akta tersebut.

Bercakap dalam satu forum di Shah Alam semalam, Rafizi berkata penahanan berkenaan menunjukkan Najib sering membuat janji tetapi masih ada belum ditepatinya.

"Saya minta Najib supaya membebaskan tahanan ISA. Sudah cukup masa untuk beliau hapuskan ISA yang diumumkan menjelang 16 September tahun lalu.

"Esok (hari ini) masih ramai lagi tahanan ISA yang masih merengkok dalam penjara dan tidak tahu nasib mereka  di Kamunting," katanya dalam forum"Negara Berkebajikan: Analisis, Realiti dan Praktikaliti" di Shah Alam semalam.

Singapura nafi haram kemasukan tenaga kerja dari Malaysia Timur

Anwar berkata tindakan menyisihkan sebahagian daripada mereka atas tindakan yang bukan dilakukan mereka, tetapi berdasarkan demografi, adalah tindakan yang tidak adil. — Gambar file 
 
KUALA LUMPUR, 16 Sept — Kementerian Sumber Manusia Singapura hari ini menafikan republik itu mengharamkan kemasukan pekerja dari Sabah dan Sarawak berusia 35 tahun ke bawah untuk bekerja di negara itu seperti dilaporkan media sebelum ini. “Tiada pengharaman pekerja daripada Sabah dan Sarawak untuk bekerja di Singapura,” kata kenyataan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.
Menurut kenyataan rasmi itu, Singapura masih menerima permit pekerja daripada Malaysia Timur sekiranya mereka layak dan sesuai untuk bekerja di republik berkenaan, namun hanya memperketatkan syarat kemasukan untuk memperlahankan kemasukan tenaga kerja asing bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
“Kami hanya mengetatkan kriteria pengambilan pekerja asing sejak beberapa tahun lalu untuk memperlahankan pertambahan tenaga kerja asing.

PRU13: PSM guna logo sendiri, tak mahu tanding banyak kerusi

Parti Syaitan : Ajaran Sesat Ayah Pin

Parti Syaitan : The Sky Kingdom - Malaysia

Parti Syaitan : Ayah Pin..Tuhan..!!!

Parti Syaitan : Tembual Eksklusif Bersama Ayah Pin oleh RTM

Ustaz Azhar Idrus - Ayah Pin Punya Hebat

Ayah Pin Turun Beli Rokok - Ustaz Azhar Idrus

Bajet 2013: Mengagihkan kekayaan dari angin lalu.

Bercakap di Sintok, Kedah beberapa hari lalu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukriz Mahathir membayangkan konon betapa berjayanya Malaysia menguruskan ekonominya sehinggakan mampu mengekalkan pertumbuhan kerana tidak menurut nasihat pakar ekonomi secara membuta tuli.

Tidaklah begitu jelas sekiranya Mukriz mahukan ucapannya didengar sebagai sesuatu yang akademik. Namun, apa yang menyerlah ialah elemen politik am dan elemen politik untuk survival peribadi. Sebagaimana nada para anggota kabinet UMNO lain, apapun subjek dan topik yang digarap dalam ucapan, tidak kira di mana-mana sekalipun, puji-pujian ke atas kehebatan Perdana Menteri adalah satu kemestian dan rencah yang tidak boleh tidak perlu ada dalam ucapan.

Mahasiswa, Pemandu Teksi dan 1Malaysia


Jika kita tidak berhati-hati dan kurang cermat, pasti kita akan mudah diperdaya. Nasihat yang sederhana ini, dan sering pula didengar, ternyata tidak mudah dipraktikkan. Namun, nasihat ini bukan ditujukan kepada mereka yang cuai dalam pemanduan, jauh sekali perhubungan percintaan. Ingatan demikian ini disampaikan kerana kini berlakunya suatu gejala yang menimpa ramai rakyat negara ini, jauh lebih awal dari Gangnam Style – malah, barangkali lebih bahaya dan merosakkan.
TR1Ma dan KADS1M
Pertamanya, berkenaan dengan pemberian tayar kepada pemandu teksi. Menurut laman web Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, “program bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma) lahir daripada cetusan buah fikiran Najib Razak, Perdana Menteri atas keperihatinan beliau mengenai masalah yang dihadapi pemandu teksi. Perdana Menteri faham akan keluhan pemandu teksi yang menghadapi kos penyelenggaraan yang kian meningkat”. Melalui program ini, pemandu teksi akan menerima dua keping baucar TR1Ma bernilai RM260 setiap satu. Maka, jumlahnya menjadi RM520 untuk membeli empat biji tayar. Penulis kurang periksa sama ada ini program tahunan atau hanya sekali seumur hidup, one-off. Tak mengapa, kita selesai dahulu di sini.
Bagi kes 2 pula melibatkan kad diskaun siswa yang dilancarkan baru-baru ini bagi pelajar IPT sepenuh masa seluruh negara yang mengikuti pengajian jangka panjang (sijil, diploma, ijazah dan ke atas). Menurut laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kad ini bertujuan membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar IPT awam dan swasta seluruh negara. Melalui kad ini, pelajar IPT akan mendapat diskaun barangan terpilih daripada buku hinggalah aksesori kenderaan dan juga kecantikan. Tidak sebagaimana TR1Ma, tidak jelas sama ada program ini adalah cetusan idea Perdana Menteri.
Lalu, apakah masalahnya?

Anwar Ibrahim: Pelancaran Buku - Kebangkitan Rakyat

Rakyat Sabah perlu berani buat perubahan

LABUAN 15 September: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, menggesa rakyat Sabah supaya berani membuat perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 demi menyelamatkan negara daripada terus dibinasakan Umno Barisan Nasional (BN).
Berucap di Kampung Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah semalam, beliau mahukan rakyat Sabah membuktikan kepada kerajaan Umno-BN bahawa kebangkitan rakyat tidak dapat dihalang demi perubahan.
“Bangun bawa perubahan dalam pilihan raya akan datang, jangan takut, takut atau tidak? Ini hak kita, Labuan, Malaysia kita punya.
“Ini saya nak minta orang Labuan lakukan sesuatu, pilihan raya sudah dekat, kita kena bawa perubahan, saya yakin hari ini semangat rakyat Malaysia sama ada Sabah  atau Sarawak atau Labuan saya yakin bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan sampai ke Putrajaya dalam pilihan raya akan datang,” katanya disambut tepukan hadirin.
Kata beliau, tiada guna lagi rakyat Sabah memilih Umno BN kerana parti itu langsung tidak bertanggungjawab, malah menindas rakyat dengan pelbagai cara.

Agenda Wanita Pakatan Bakal Samaratakan Peluang Wanita Dengan Lelaki


SELANGOR 15 SEPT : Skim Caruman Wanita Malaysia yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara mendapat sambutan yang meluas di kalangan wanita yang ditemui semalam.
Rata-rata mereka menyifatkannya rancangan itu, termasuk galakkan kepada suami untuk membuat caruman khas kepada isteri setiap bulan sebagai satu jaringan keselamatan atau “safety net” bagi surirumah.
Rosniza Hamad, 31, seorang surirumah, berkata langkah itu mampu menjamin sumber kewangan wanita sekiranya sesuatu terjadi kepada suami.
“Andaikata terjadi perkara tidak diingini seperti kematian, penceraian atau kemalangan, sekurang-kurangnya caruman tersebut dapat membantu wanita terutama golongan tidak berkemampuan,” ujarnya.

Rakyat Sabah Mahu Merdeka Bersama Pakatan Rakyat Dari Penjajahan UMNO@BN

Himpunan di ambang Hari Malaysia peringkat negeri Sabah yang turut dirai bersama oleh para pemimpin Pakatan Rakyat bertempat di restoran Singgah Singgarung di Jalan Tuaran Kota Kinabalu malam tadi mendapat sambutan hebat di luar dugaan dari kalangan masyarakat Sabah. Kira-kira 20,000 hadir untuk bersama sama-sama menghitungkan detik 12:00 malam 16 September sempena hari ulang tahun penubuhan Malaysia ke 49.

Anwar sedang menyampaikan amanah.
Barisan pimpinan tertinggi PR.
Kalaulah majlis itu tidak diganggu mungkin jumlahnya berkali ganda. Pihak pengajur khabarnya telah tiga kali terpaksa mengubah lokasi kerana tidak mendapat kebenaran. Beberapa sekatan jalan raya untuk meuju ke lokasi itu juga diadakan bagi melecehkan perjalanan orang ramai.
  
Semua pemimpin Pakatan Rakyat hadir dan ia merupakan satu sejarah, sekaligus menjadi majlis malam tadi menyebabkan pimpinan Umno Sabah dibawah pimpinan Musa Aman akan menjadi tidak berapa aman lagi.

Belum pernah ada perhimpunan melibatkan pembangkang semeriah dan seramai itu di Sabah sebelum ini.

Sebahagian dari hadirin.
Kesesakan jalan raya kerana gangguan.
Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, hadir bersama timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang bersama timbalannya Mohamad Sabu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang bersama Setiasuaha Agungnya Lim Guan Eng. 

Lain-lain pemimpin Pas yang hadir Naib Presiden Pas, Husam Musa, Bendahari Agung Dr Mohd Hatta Ramli, Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali, Ketua Muslimat Siti Zailah Yusuf. Ketua Pemuda Pas Nasarudin Hassan bagaimana pun tidak kelihatan.

Pemimpin PKR lain yang hadir Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, Khalid Ibrahim, Abdullah Sani dan lain-lain.

Bendera Pas melatari himpunan.
Selain itu semua pemimpnan tertinggi dari ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat peringkat Sabah itu hadir.
Majlis malam tadi adalah anjuran tokoh politik Umno Sabah tidak asing lagi yang baru meninggalkan parti itu, Lajim Okim. 

Laporan Akhbar PERTAMA Selepas SABAH, S'WAK Bergabung Dengan M'SIA



Emmett D. Acyraff - Kembalikan Hak (Royalti) Kami

Anwar Ibrahim: Hari Malaysia, Tuaran Sabah

UMNO@BN Tertekan : Paku payung ditabur di laluan rombongan Merdeka Rakyat

KELMARIN dalam siri jelajah Merdeka Rakyat, Anwar Ibrahim ke Negeri Johor, rombongan yang menyertai program jelajah tersebut dilontar dengan batu pula [Malaysiakini].

Tambah melampau, jalan yang dilalui rombongan itu turut ditabur dengan paku-paku payung. Rujuk gambar di bawah peserta rombongan terpaksa membersihkan paku-paku tersebut.


Kejadian ini berlaku sebelum mereka tiba di program Merdeka Rakyat Negeri Johor, paku-paku tersebut ditabur di sepanjang jalan masuk menuju ke Sutera Mall, Taman Sutera Utama.



SIRAH NABI : Iktibar Dari Peperangan Hunain - Bahagian 2

Hisham Kantoi Habis : 'Malaysiakini spun my words on PKR safety'

Dr Asri: Saya lebih suka negara sekular jika...

Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau lebih suka menerima konsep negara sekular berbanding negara yang menggunakan agama untuk kepentingan politik.
Tegas profesor pelawat Universiti Oxford itu lagi, golongan agama "nampak buruk" apabila kumpulan tersebut menggunakan agama sebagai alat politik.

"Politik dan agama memang patut bergabung, kerana agama membimbing politik. (Tetapi apabila) agama dijadikan alat politik, saya lebih rela (terima) negara sekular.

"Saya lebih suka negara yang memisahkan agama daripada politik. Kalau agama itu digunakan untuk kepentingan politik, sekurang-kurangnya agama kita selamat, yang kena orang politik saja.

"Apabila orang buat salah, dan menghalalkan kesalahan itu atas nama Allah, lebih baik pisahkan sahaja," katanya.