Sabtu, 15 September 2012

Najib minta semua rakyat berkorban. Dia bila pula nak berkorban?

Saya ingin menyambung posting saya siang tadi dan saya masih mahu menyebut tentang bagaimana pentingnya perlembagaan negara dihayati dan dijunjung oleh semua. Perlembagaan itu memberikan jaminan kepada semua rakyat untuk hidup aman dan damai dikalangan semua rakyat berbilang kaum.
Perlembagaan itulah yang menjaga segala-galanya untuk sebuah negara dan rakyat yang merdeka. Apabila ada kerajaan yang berpelembagaan maka tentulah ada undang-undang untuk menjamin keselamatan bagi semua pihak untuk melakukan apa yang boleh dilakukan oleh perlembagaan serta undang-undang itu sendiri maka ia bukanlah negara yang bertamaddun.
Hishamuddin Hussein semalam berkata yang kerajaan tidak menjamin keselamatan penggerak dan penjelajahan pembangkang. Sebagai seorang menteri yang menjaga keselamatan negara, jika keselamatan untuk menjauhi tindakan membaling cat dan kerja mensabotaj kegiatan siasah mana-mana pihak maka beliau merupakan seorang menteri yang tidak bertanggungjawab atau pun tidak mengetahui tanggungjawab yang terbeban keatas bahu beliau.

Selamat Hari Malaysia, jagalah perlembagaan dengan baik

Besok 16hb September adalah hari kenangan penubuhan Malaysia dan kita namakan Hari Malaysia. Tanggal 16hb September ini juga merupakan hari yang kita ingati sebagai hari dalam mana Persekutuan Tanah Melayu telah menambah ahli keluarganya apabila Sabah dan Sarawak dan juga Singapura telah menyertai Persekutuan ini yang namakan Persekutuan Malaysia. Lain-lain perkataan Singapura, Sabah dan Sarawak telah mencapai kemerdekaan mereka dengan menyertai Persekutuan Malaysia pada 16hb September 1963 dahulu. Walau bagaimana pun Singapura telah dikeluarkan dari persekutuan kita dan menjadi negara merdeka sendiri.
Saya berumur 11 tahun semasa itu dan saya masih ingat yang kami dikampung berkumpul sekeliling radio kerana itu sahajalah alat komunikasi kerajaan kepada kita, terutamanya bagi kita yang duduk dipedalaman yang jauh dari bandar dan kemajuan. Semasa itu tidak semua rumah mempunyai radio, tetapi datuk saya Haji Kassim merupakan orang yang pertama dikampung itu yang mempunyai radio. Kampung kami jauh dipedalaman dan tidak mudah bagi kami untuk keluar ke bandar kerana perjalanan ke bandar itu memakan masa berjam-jam lamanya.

AS tahan lelaki disyaki terbit filem hina Nabi


Nakoula Basseley Nakoula
Seorang lelaki disyaki menghasilkan filem Innocense of Muslims dibawa keluar dari rumahnya oleh pihak berkuasa AS, semalam. – Foto ihsan
 
LOS ANGELES - Seorang lelaki yang disyaki menghasilkan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, sehingga mencetuskan kemarahan dan protes mengorbankan hampir 10 orang setakat ini, ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), semalam.
Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula, pernah disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank pada 2010, dan diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun dan tidak boleh akses kepada Internet.
Nakoula, 55, dilaporkan telah menafikan terbabit dalam pembikinan filem tersebut, yang dinamakan Innocense of Muslims.

Benarkah PEKIDA terlibat dgn Pelacuran???

SATURDAY, 15 SEPTEMBER 2012 - CATATAN ANUAR MOHD NOR – video ini diambil di kawasan sekitar PUDU. Ini adalah di sebelah pasar – di bawah jejantas. Saya merakam beberapa orang pelacur dari Cina dan pembabitan industri memperdagangkan manusia.


Namun setelah saya ke sana saya beredar ke kawasan berhampiran dengan Kelab Sosial Champion di kawasan luar PUDU – di jalan utama, saya berusaha untuk menangkap gambar tetapi telah ditahan oleh beberapa gangster India yang mengamok dan bertindak hampir ganas. 

Bersama saya adalah beberapa rakan dan salah seorang dari rakan saya itu diistilahkan BERBAJU atau dalam lain perkataan adalah anggota PEKIDA. Dalam usaha beliau mententeramkan keadaan beliau turut kerana mendapati ada beberapa merek yang dikatakan BERBAJU juga di sana dan turut menjaga kawasan itu. 

Today in History for September 15th

Artscape: Poets of Protest - Yehia Jaber: Laughter is My Exit

Indonesia's anti-radicalization bid opposed

Pengerang : A fast disappearing community

Ucapan ULANGTAHUN KEMERDEKAAN Ke 55 dan HARI MALAYSIA 2012 - ANWAR IBRAHIM

Sabah Umno veteran Ibrahim Menudin defects ahead of polls

A screen capture from Tian Chua’s Instagram page shows Ibrahim seated between Anwar and Azmin (farthest left).
KUALA LUMPUR, Sept 15 — Former Sabah Umno treasurer Tan Sri Ibrahim Menudin joined PKR today, marking yet another defection from the ruling Barisan Nasional (BN) coalition in recent months and boosting the Pakatan Rakyat (PR) opposition pact’s bid for power in the run-up to the 13th general election. PKR deputy president Azmin Ali confirmed Ibrahim’s crossover when contacted by The Malaysian Insider today.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim has made an official announcement about his joining [sic] today at Kampung Batu Arang, Labuan,” he said, referring to Ibrahim's direct defection into PKR.

Hishammuddin sahkan penahanan individu pijak gambar Nik Aziz dan Guan Eng...jangan terlupa dakwa sudah le..!!!

KUALA LIPIS, 15 Sept – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penahanan beberapa individu yang didakwa memijak dan membuang air kecil ke atas gambar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Katanya penahanan itu dilakukan mengikut bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bagi melengkapkan siasatan berhubung laporan polis yang diterima terhadap tindakan melampau sekumpulan pemuda itu.
“Tangkapan ke atas mereka terlibat sudah dibuat, siasatan dan kertas siasatan pula dalam bidang kuasa PDRM.
“Jadi, biar mereka siasat perkara itu dan tidak ada sesiapa akan terlepas dari tindakan undang-undang, tidak kiralah siapa mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini, hari ini.

Fresh clashes erupt between police, miners

JKK Naik Pentas Bersama Ustaz Azhar Idrus HD

Maszlee Malik: Media kuasa keempat, perlu beri ruang seimbang

SHAH ALAM – Media di negara ini perlu memberikan ruang kepada semua pihak sama ada daripada pembangkang dan kerajaan untuk bersuara kerana ia merupakan kuasa keempat di negara ini.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Maszlee Malik berkata, media perlu bebas dan bertanggungjawab kerana ia penting untuk perubahan sosial di negara ini.
Menurutnya, jika zaman sebelum kemerdekaan, media memberikan ruang kepada semua golongan untuk bersuara dan ia perlu dipraktikkan semula.
“Media perlu memberi ruang dan keseimbangan kepada parti politik di negara ini menerangkan polisi dan usaha mereka kepada rakyat,” katanya pada sidang media selepas membentangkan Kertas Kerja yang bertajuk Memahami Konsep Siyasah Shar’iyyah di dalam Kerangka Demokrasi Berperlembagaan Malaysia, semalam.
Beliau membentangkan kertas kerja itu di Konvensyen Politik Islam Semasa anjuran K Fiqh Sdn Bhd dan Multaqa Asatizah &Du’at (Murshid).
Dalam pembentangan itu, Maszlee mencadangkan wujudnya sistem kabinet bayangan di negara ini seperti mana yang dipraktikkan di negara luar.

Murshid bukan parti politik

SHAH ALAM – Multaqa Asatizah &Du’at (Murshid) adalah entiti bukan parti gabungan ilmuwan dan dakwah ditubuhkan untuk menjelaskan politik berteraskan syariah sebagai asas pentadbiran dan pemerintahan menurutkan islam.

Pengerusinya, Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, ia ditubuhkan sejak setahun lalu sebagai tanggungjawab sosial untuk membantu orang ramai mengenai agama Islam.

“Kami tidak terlibat dengan parti politik. Terpulang kepada persepsi masing- masing tetapi kami mahu berkongsi yang terbaik dengan masyarakat,” katanya pada sidang media Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa, hari ini.

Pengusaha Burung Walet Berhimpun Secara Aman Di Pejabat Umno Tanjong Karang

TANJONG KARANG,15 SEPT : Kira-kira 300 penyokong Pakatan Rakyat dan pengusaha sarang burung walet mengadakan perhimpunan aman bagi membantah sekatan terhadap industri itu yang didakwa mengakibatkan kerugian kira-kira RM 5 bilion.
Keadaan aman perhimpunan itu yang dibuat di pejabat bahagian Umno Tanjong Karang, membuktikan bahawa Pakatan menunjukkan semangat demokrasi yang sebenar di dalam penganjuran himpunan bantahan suara.
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang berada di situ berkata ini berbeza dengan tindakan segelintir penyokong Umno-BN yang sebelum ini membuat kacau di program Pakatan.
Himpunan itu diketuai Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Permatang, Yahya Shahri dan Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Sarang Burung Walet SeMalaysia, Lim Lai Soon.

'Jangan salah guna autonomi imigresen' amaran terhadap Taib.

NONEEkoran larangan memasuki Sabah untuk meraikan sambutan Hari Malaysia terhadap 14 orang hari ini, pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menyuarakannya kebimbangan sekiranya perkasa sama berlaku di negeri jiran Sarawak.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Kebangsaan Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual memasuki Sarawak untuk sambutan 16 September di Kuching esok.

Pemimpin nasional Pakatan Rakyat itu apa menandatangani "Pengisytiharan Kuching" bersama Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian (kanan), pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng dan Pesuruhjaya PAS Aham Ahid.

Tidak banyak diketahui tentang deklarasi itu setakat ini, bagaimanapun ia dipercayai berkaitan ikrar pembangkang terhadap perjanjian 18 perkara Sabah-Sarawak dengan Semenanjung Malaysia.

Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen dalam sidang medianya hari ini berkata:

"Dengan menafikan kehadiran pemimpin nasional ke Sabah dan Sarawak untuk menghadiri perayaan Hari Malaysia, saya fikir ia ironi terbesar dalam sejarah Malaysia, terutamanya menjelang Hari Malaysia."

Najib: Perjuangan Umno direstui Allah...Kena Tanya Tun M nie...Syaitan jenis ape yang direstui.....!!!


 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata anggota Umno perlu bersyukur kerana perjuangan Umno selama ini diberkati Allah dalam memimpin perjuangan membela bangsa, agama dan negara.

Najib, yang juga presiden Umno, berkata sejak penubuhannya 66 tahun lepas, Umno terus mendapat restu Ilahi untuk memperjuangkan kemakmuran negara selama 55 tahun pemerintahan di negara ini.

"Kitalah parti paling berjaya di dunia, tidak ada parti berdiri tegak berbanding parti Umno."

Rasuah, penipuan berleluasa punca keluar Umno – Ibrahim Menudin

LABUAN 15 Sept: Amalan rasuah dan penipuan pimpinan Umno Sabah ketika penduduk negeri itu khususnya Labuan masih mundur, punca Tan Sri Ibrahim Menudin keluar Umno dan menyertai KEADILAN.
“Saya antara orang yang bawa Umno masuk Sabah tapi kini saya tinggalkan Umno yang dicemari rasuah. Memandangkan ekonomi negara merosot tapi rasuah meningkat. Saya harus bangkit sumbangkan tenaga untuk baiki keadaan.
“Kita tidak mahu lagi rakyat Labuan dan Sabah diperbodohkan BN. Labuan sebagai pusat kewangan kini dalam keadaan menyedihkan sepanjang kekuasaan mereka,” katanya tokoh korporat itu.
Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah itu berkata demikian ketika berucap dan mengisytihar menyertai KEADILAN di Kampung Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah petang tadi.

Anwar: BN rasa tergugat rakyat Johor terima Pakatan

SKUDAI - Insiden bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat yang disimbah cat di Tangkak, kelmarin dianggap sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab pihak yang berasa tergugat dengan penerimaan rakyat Johor terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejadian tersebut juga membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal mendisiplinkan penyokong mereka.

“Saya sering kali mengingatkan penyokong PR bahawa perbuatan seperti ini adalah provokasi samseng. Mereka mahu kita bergaduh, bertumbuk.

"Tapi kita takkan buat begitu. Kita akan tetap kalahkan mereka dan menawan Putrajaya," katanya.

Menurut Anwar, beliau juga kesal kerana berlaku ketidakadilan dalam pentadbiran kerajaan sekarang.

"Saya memang tidak bersetuju insiden pijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, gambar Rosmah (Datin Seri Rosmah Mansor) lagilah jangan pijak. Tapi kencing gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tak mengapa? Baling batu pada saya boleh?

Hari Malaysia: Mengukur dasar-dasar politik BN

Oleh: Hafiz Zainuddin

Nyaris dilupai. Kisah kewujudan Malaysia cuma akan terperuk dalam buku teks sekolah tingkatan lima buat menjawab SPM begitu sahaja kalau tidak diangkat. Kita tidak diajar untuk peduli sejarah penting negara selain sejarah UMNO yang konon menjadi asbab Malaya bebas.
Tidak ramai kita yang ambil pusing malah mungkin tahu hari penting ini. Suara ahli akademik dan sejarawan pula tidak cukup lantang dan garang mengangkat Hari Malaysia sebagai sambutan sebenar kewujudan sebuah negara bernama Malaysia.
Desakan rakyat
Kita tidak terlalu pasti apa penyebab kerajaan UMNO-BN mengambil masa berdekad-dekad untuk menjadikan Hari Malaysia sebagai hari besar negara. Atau, sambutan kemerdekaan setiap kali Ogos cuma sekadar bahan propaganda memperingati UMNO sebagai hero Malaya ketika itu? Jika demikianlah niat mereka, maka malanglah nasib kita yang sekadar hidup dalam pembohongan selama hayat dikandung badan.
Mujur, dengan kempen dan desakan kuat Pakatan Rakyat untuk menggangkat Hari Malaysia sebagai hari besar negara berjaya membuka lembaran baru dan mata seluruh rakyat. Kerajaan BN tidak punya jalan lain selain menabalkan 16 September sebagai cuti umum seluruh negara pada 2010.
Inilah penting dan positifnya apabila dalam sesebuah negara, kita memiliki kumpulan pembangkang yang kuat dan bersatu padu iaitu Pakatan Rakyat. Mahu tidak mahu, kerajaan harus akur dengan kehendak rakyat. Biar pun perubahan itu masih baru, tetapi ia sudah memadai untuk menjanjikan sesuatu yang lebih manis buat rakyat Sabah dan Sarawak.
Pengorbanan orang Sabah dan Sarawak

Dr Asri: Umno masih guna hujah lama agama dalam kempen politik....



Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin mengkritik sesetengah pemimpin Umno yang didakwanya masih menggunakan hujah PAS pada 1980-an, antaranya berhubung isu sokongan kepada calon bukan Islam.

Dr Asri mendakwa masih terdapat pemimpin Umno mendakwa tidak boleh mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya, sedangkanPAS kini tidak lagi bercakap mengenai perkara itu lagi.

"Ini masalah kepada (pemimpin) Umno. Dia cuba menonjolkan dirinya lebih Islamis daripada PAS dengan mengambil tafsiran PAS era 80-an. Tak boleh pangkah, tak boleh undi, tak boleh campur dengan orang kafir.

"Saya dengar perkara ini masa saya sekolah rendah dulu. PAS pun tak bercakap (lagi) dan tapi Umno pula cakap, tak boleh undi non-Muslim.

"Saya tak sokong belah mana, tapi awak kata tak boleh untuk orang, tapi boleh untuk kamu, itu yang pelik," kata Dr Asri menjawab soalan hadirin berhubung mengundi dan memberi ketaatan kepada bukan Muslim.

PRU 13 : Khairy Jamaluddin, Empat Yang Lain Digugurkan?

Sekurang-kurang lima ahli parlimen Umno muda Umno akan digugurkan dari menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. Mereka ialah Khairy Jamaluddin (Rembau), Azalina Othman Saad (Penggerang), Saifuddin Abdullah (Temerloh), Noraini Ahmad (Parit Sulung) dan Fuad Zarkasi (Batu Pahat).

Menurut sumber yang rapat dengan presiden Umno mereka digugurkan kerana sikap politik mereka yang liberal atau pun gentleman yang tidak bertempat. Telatah mereka dalam mendedahkan idealisme juga tidak memberi keuntungan kepada Umno dan ada kalanya kontras dengan dasar diputuskan.

Khairy Jamaluddin, Saifuddin dan Fuad yang dilihat cuba membawa pembaharuan politik orang muda sejajar kehendak Najib melakukan transformasi politik tetapi tidak memberi kelabaan kepada Umno. "Mereka juga degil dan hendak menunjukkan pandai," kata sumber berkenaan.

Manakala dua bekas ketua Umno, Azalina dan Noraini bakal digugurkan kerana mereka tidak memberi sumbangan kepada parti dan lebih bersikap mendiamkan diri selepas tidak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

Pengguran Azalina dan Noraini juga dikatakan ada sangkut paut dengan Rosmah Mansor. Tunggu ulasan selanjut.

MSO.

Hisham jadi sasaran kritikan dalam jamuan malam PKR di Johor....

pkr johor skudai dinner 150912 anwar 02Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi sasaran kritikan dalam majlis jamuan malam perdana di Skudai malam tadi ekoran kenyataannya bahawa kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai "angkuh" dengan kekuasaan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Hishammuddin gagal mendisiplinkan penyokongnya.

"Kamu berkhidmat untuk rakyat, bukan untuk parti, ini jelas menunjukkan keangkuhan kuasa.

"Mujurlah penyokong PKR, PAS dan DAP lebih berdisiplin. Kita tidak boleh dengan senang-senang membuat provokasi kepada mereka. Kita tidak mahu bergaduh, kita mahu menawan Putrajaya.

"Ini satu Malaysia dengan dua undang-undang, satu untuk Umno dan orang kaya, dan satu lagi untuk rakyat," katanya merujuk kepada penahanan gadis 19 tahun kerana memijak gambar perdana menteri semasa himpunan Janji Bersih.

Hishammuddin dalam tulisan Twitter pagi ini bagaimanapun mendakwa kenyataannya berhubung keselamatan program pembangkang semalam telah diputar belit.

Transkrip Dan Audio Kenyataan Hisham : Siapa Salah Tafsir.???

Berikut transkrip kenyataan Hishammuddin kepada Malaysiakini semalam untuk penilaian pembaca:

Wartawan: Johor kubu kuat Umno dan nampaknya rakyat Johor tolak PKR dengan insiden bas disimbah cat. Apa sebab penolakan terhadap PKR?
Hishammuddin: Itu kena tanya orang Johor sendiri.

Ada apa-apa mesej untuk orang Johor?

Tak ada. Orang Johor semuanya seperti biasa sahaja.

Kali ini kali ketiga (insiden simbah cat), adakah Datuk Seri boleh bagi jaminan... (dipotong)

Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri.

Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Tanya orang Johorlah.

Maknanya mereka pergi dengan tahu penuh risiko? They know the risks of where they are going...
This is politics. Politics is all about the risks.

If they take the risks, calculated. Kalau calculated tak berjalan, maknanya tiada tempatlah dia. Akhirnya orang Johor yang akan menentukan. Tetapi jelas apa yang berlaku.


(Rakaman penuh kenyataan itu boleh didengar dan dimuat turun di akaun Soundcloud Malaysiakini - pengarang)

K-Fiqh: Murshid sedia tegur parti politik


 
SHAH ALAM: Ikatan Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid) bersedia  memainkan peranan sebagai orang tengah dalam menasihati parti politik Pakatan Rakyat dan BN.

Pengerusi Murshid Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, mereka bersedia menasihati kedua-dua kerajaan BN atau Pakatan Rakyat sekiranya didapati tidak merealisasikan kehendak syarak (maqasid syariah) melalui pelaksanaan siyasah syariyyah.

"Kita akan nasihat kedua-duanya. Kalau kita tidak bersetuju dan bercanggah dengan syarak dan tidak adil, kita akan tegur Pakatan Rakyat dan BN," katanya dalam sidang media di Dewan Auditorium MBSA.

Azmin Ali: Yakin Pakatan Rakyat Akan Sampai Putrajaya

PRU13: BN Selangor ‘anak jantan’ atau ‘pondan siam’

Keputusan kerajaan Selangor ini bagaimanapun mendapat tentangan hebat daripada Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar. 

PETALING JAYA: Pemuda PAS menyokong pendirian kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor yang mahu Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) diadakan berasingan dengan Pusat.
Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya cukup yakin pilihan raya berasingan tidak akan melemahkan jentera mereka malah telah bersedia lama di setiap negeri sejak PRU yang lalu.
“Kami menyokong hasrat kerajaan Negeri Selangor untuk melakukan pilihanraya secara berasingan daripada kerajaan persekutuan kerana masih ada lagi penyelewengan di dalam daftar pemilih Negeri Selangor yang masih belum dibersihkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR),” katanya dalam kenyataan media.

BAKAL MENANTU SULTAN JOHOR BERI AMARAN KEPADA PAKATAN RAKYAT..???

ORANG PR BERSIAP SEDIA UNTUK LANGKAH MAYAT BAKAL MENANTU SOLTAN JOHOR NI...KAH KAH KAH....BUKAN KATA SOLTAN..SETAN PUN BELUM TENTU NAK BERMENANTUKAN BUDAK TAK CUKUP AKAL NI KAH KAH KAH....

AWAS MAMAT NI MEMANG GANAS..CUBA TENGOK GAMBAQ COVER FACEBOOK DIA... TANGKAP BERUANG OOO.. FUHH MEMANG MENGERIKAN.....


FB BAKAL MENANTU SOLTAN JOHOR BOLEH CLICK DI SINI https://www.facebook.com/syafiq.iqbal.77

Playing the Osama bin Laden card

Anti-Islam video: A test for Arab leaders

Jangan Ketawa Tau : "Perjuangan UMNO diberkati Allah swt "

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ahli UMNO perlu bersyukur kerana perjuangan parti itu selama ini diberkati Allah dalam memimpin perjuangan membela bangsa, agama dan negara.

Najib, yang juga Presiden UMNO berkata, sejak penubuhannya 66 tahun lepas, Umno terus mendapat restu Ilahi untuk memperjuangkan kemakmuran negara selama 55 tahun pemerintahan di negara ini. <-- Allah swt bagi restu

"Kitalah parti paling berjaya di dunia, tidak ada parti berdiri tegak berbanding parti UMNO.  <-- UMNO parti paling berjaya di  dunia. Pffttttt... ada masuk world book of record tak?

Bekas bendahari Umno Sabah sertai PKR

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin hari ini sah menyertai PKR.
Perkara itu disahkan kepada The Malaysian Insider oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dihubungi hari ini.
"Sepertinya macam itu ... tapi kita akan maklumkan lagi," kata Azmin
Ibrahim yang memegang jawatan tersebut telah digantikan oleh Ketua Menteri Sabah sekarang, Datuk Seri Musa Aman adalah merupakan Pengerusi bukan eksekutif Suria Capital Holding yang dimiliki kerajaan.
Azmin dalam laman Twitternya sebelum ini turut menyatakan akan ada berita penting yang akan dimaklumkan.
"Baru tiba di Labuan. Dalam perjalanan ke Bilik Gerakan KEADILAN Parlimen Labuan. Jam 3 petang ada pengumuman penting," kata Azmin dalam Twitternya pagi tadi.

CUBAAN HALANG ANWAR DI LABUAN!!!! Ada kaitan dengan pengumuman penting menakutkan Najib di Sabah


Ketibaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ke Wilayah Persekutuan Labuan sebentar tadi disambut dengan cara paling 'berhemah' atas arahan Perdana Menteri, Najib .

Dengan memperalatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), rombongan Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang luar biasa yang belum pernah berlaku sebelum ini di pulau bebas cukai itu.
 

Menurut Naib Presiden PKR, Tian Chua, konvoi Anwar terpaksa menempuh kesesakan sejauh lebih dua kilometer gara-gara polis membuat beberapa sekatan jalan raya menghala ke tapak ceramah di Markas Pakatan Rakyat di Jalan Kerupang, Kampung Tanjung Aru.
 

Anwar yang tiba dari Kuala Lumpur jam 1240 tengah hari tadi disambut meriah penyokong Pakatan Rakyat serta kakitangan lapangan terbang sebelum dibawa menaiki kenderaan ke tapak ceramah.
 

Perjalanan yang kebiasaannya cuma memakan masa kurang setengah jam kini terpaksa menempuh sekatan polis dan akibatnya kenderaan biasa pun tersangkut selama lebih sejam.
 

Turut terperangkap dalam kesesakan lalulintas itu ialah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Naib Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw dan ahli parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli.
 

Dipercayai ia kali kedua cubaan Najib menghalang kemasukan Anwar ke Labuan setelah cubaan pertama berjaya dengan helah keadaan cuaca buruk di Labuan memaksa penerbangan Anwar dilebcongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinalbalu pada awal Julai lalu.
 

Ia juga dipercayai bagi menghalang ribuan penduduk tempatan hadir ke ceramah terbesar dalam sejarah pulau yang mempunyai keluasan seluas 98 kilometer persegi itu sejak diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan kedua selepas Kuala Lumpur pada 16 April 1984.

Orang Melayu Diperbodohkan Parti Syaitan Sejak Dahulu Lagi..!!!

UMNO kekalkan kuasa dengan menakutkan orang Melayu. UMNO kekal sebab orang Melayu diperbodohkan. UMNO kekal kerana orang Melayu dijadikan bangsa meminta minta dan bergantung kepada UMNO. Ini sangat berlawanan dengan semangat yang hendak dibawa oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Orang Melayu jadi punah bila Dr Mahathir ambil alih memimpin o
rang Melayu.

Orang Melayu diperbodohkan dengan menanam dalam minda mereka bahawa jika UMNO tidak ada, maka masa depan orang Melayu gelap. Kenapa, walaupun setiap keududukan kuasa dikuasai oleh orang Melayu, keududukan orang Melayu ketinggalan juga? Ini membuktikan bahawa disebalik laungan UMNO berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air, kepentingan yang mereka perjuangkan ialah kepentingan segelintir yang terpilih.

Buang regim tua jika mahu autonomi Sabah, Sarawak dipulangkan

Pakatan Rakyat komited mengembalikan autonomi kepada Sabah dan Sarawak sejajar dalam kerangka Perjanjian Persekutuan dan Perlembagaan negara, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
Mmeberi jaminan Sabah dan Sarawak bersama-sama Semenanjung tidak akan disia-sia seperti yang dilakukan parti pemerintah sejak sekian lama, beliau menyeru rakyat supaya berani bangkit membuat perubahan supaya tidak lagi ‘dipijak’ pemerintah zalim.
“Rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak perlu bangkit menyambut gagasan baru yang tekad untuk merai kepelbagaian dan mengembalikan hak ekonomi dan kebebasan demi masa depan Malaysia yang gagah.
“Rakyat perlu bersatu untuk menolak rejim tua yang membudayakan rasuah, salah guna kuasa dan menindas rakyat miskin,” katanya pada kenyataan media sempena sambutan Hari Malaysia ke-49, esok.

Bila Masanya Melayu Durhaka?

Kesetiaan kepada golongan feudal ini kadang2 dilebih lebihkan sangat. Kesetiaan,  kalau budak2 UMNO nak tahu adalah kesetiaan bersyarat. Atau qualified loyalty. Sememang nya begitu dalam budaya Melayu. Kita tidak setia membabi buta hanya kerana namu kamu wan, tengku, nik, atau ada gelaran2 didepan nama kamu. Kita meluat dengar kita mesti sokong UMNO sebab ini kehendak raja2 Melayu atau rasmi orang Melayu tidak akan durhaka. 
Siapa kata Melayu tidak pernah durhaka? Melayu durhaka apabila dizalimi, dibuli dan ditindas atau maruah mereka dimusnahkan. Melayu akan durhaka bila adik kena bunuh, anak kena rogol atau dizinai. Raja yang membelah perut isteri rakyat hanya kerana memakan sebiji nangka menerima balasan nya apabila ditombak.
Demang Lebar Daun beritau Seri Teri Buana- “ Buana bro,  kalau awak nak kahwin dengan anak kawan, maka kawan hendak awak berwa`ad dengan kawan. Kita kena berbai`ah macam orang2 UMNO buat dengan Dr Mahathir sekarang atau buat hari tu masa perhimpunan agung. Kita kena buat gitu sebab entah apa awak makainya, awak main dengan budak perempuan habis kedal semua. Tak pasal2 anak kawan jadi gitu sama. aok stuju? “

Dalam Tekanan : Hisham dakwa kenyataan diputar belit...??

NONEMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mendakwa kenyataannya berhubung keselamatan program pembangkang semalam telah diputar belit.

Menulis di dalam Twitter, Hishammuddin menegaskan, keselamatan rakyat tetap diutamakan tanpa favoritisme atau pilih kasih.

"Malaysiakini spin - saya kata kedudukan pembangkang di Johor tak terjamin. Mereka spin: Saya kata keselamatan pembangkang tak boleh saya jamin," tulisnya di laman blog mikro itu pagi tadi.

Malaysiakini semalam melaporkan Hishammuddin sebagai berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

Merujuk kepada insiden khianat terbaru terhadap bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tangkak, Hishammuddin berkata, penerimaan terhadap PKR akan ditentukan orang Johor itu sendiri

Wan Azizah gesa rakyat bangkit tentang budaya negatif sempena Hari Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah hari ini menggesa rakyat Malaysia bangkit menentang budaya negatif sempena sambutan Hari Malaysia esok. Wan Azizah dalam perutusan sempenan sambutan itu menegaskan kejayaan sebenar untuk sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September tiap-tiap tahun hanya akan tercapai apabila rakyat menolak budaya-budaya negatif tersebut.
"Kejayaan sebenar Hari Malaysia hanya akan tercapai apabila rakyat bangsanya berani bangun melawan budaya penyelewangan kuasa, rasuah serta penindasan warga bangsa," kata Wan Azizah (gambar) dalam perutusan berkenaan.
Malah, beliau turut mengingatkan tanggungjawab untuk mendidik generasi muda untuk memaknai sejarah dengan fakta dan maklumat yang benar.

Azmin mahu rakyat terima ‘gagasan baru, tolak rejim tua’


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mahu rakyat Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak menyambut gagasan baru yang tekad untuk meraikan kepelbagaian dan mengembalikan hak ekonomi dan kebebasan demi masa depan Malaysia yang gagah.

Katanya, kepelbagaian politik dan sosial harus menjadi jati diri masyarakat Malaysia untuk membangun negara bangsa dalam kerangka dunia moden dan masyarakat global.

"Sekali lagi saya menyeru, rakyat perlu bersatu untuk menolak rejim tua yang membudayakan rasuah, salahguna kuasa dan menindas rakyat miskin," kata beliau dalam perutusan sempena sambutan Hari Malaysia esok.

Pelan induk pendidikan pembaziran tanpa perancangan rapi, kata DAP

KUALA LUMPUR, 15 Sept — DAP hari ini menegaskan timbulnya perasaan kurang yakin terhadap pelaksanaan Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Rabu lalu kerana pengalaman sebelum ini menunjukkan Putrajaya hanya melakukan pembaziran dengan peruntukan yang disediakan.
Ahli strategi pilihan raya DAP, Ong Kian Ming dalam satu kenyataan hari ini berkata, rancangan untuk membangunkan infrastruktur sekolah kerajaan adalah satu pelaburan yang membazir kerana hasil yang diberikan amat menyedihkan.
"Amat menyedihkan, walaupun berbilion ringgit dibelanjakan untuk pembangunan infrastruktur sekolah, hasil terhadap pelaburan ini tidak berbaloi kerana pembaziran, ketirisan, dan rasuah.

BN must stop its shenanigans


By Charles Santiago
I would like to say that the nonsense ruling politicians spew out of their mouths is none of my beeswax. And that I’m immune to their stupidity. I mean it’s always the same leaders who are at it again and again.
But Home Minister Hishammuddin Hussein wins hands down for his utterly ridiculous statements over the last few years. And he has done it again when he said there will be no safety guarantee for Opposition Leader, Anwar Ibrahim-led PKR’s nationwide Merdeka Rakyat tour.
Is this the kind of answer one would expect from a person who holds an important portfolio?
Hishammuddin is clearly stoking political violence and worse, legitimising violence through his nonchalant response. And we are seeing a lot of that as Umno fears losing its grip on power.
The PKR’s campaign tour bus has once again, for the third time, been splashed with red paint. The roads were strewn with nails and a stone was thrown at one of the cars. The DAP headquarters in Penang was also splashed with red paint, the third such incident in 13 months.
The party’s senior leader, Lim Kit Siang, has also not been spared. He recently came under severe attacks for allegedly provoking the infamous May 13 racial riots in 1969.
There is even a film, with a skewed storyline I must add, that vaguely depicts Lim as the person who supposedly urinated on a flag pole bearing the Selangor flag.

Ambil GAMBAR Outdoor Selepas NIKAH - Ustaz Azhar Idrus

JURU NIKAH Mesti SOAL Bakal Pengantin - Ustaz Azhar Idrus

Hukum ADAT Batal Air SEMBAHYANG Selepas NIKAH - Ustaz Azhar Idrus

PENGANTIN Tak Solat JAWAB Soalan MALAIKAT Dalam KUBUR - Ustaz Azhar Idrus

Hukum MAK ANDAM Jantina LELAKI / Tak SOLAT Sebab BERSANDING - Ustaz Azhar Idrus

Dr Dzulkifly Ahmad Ceramah gong Tok Nasek

"Tiada Jaminan Keselamatan" Kenyataan Hishamuddin yang biadap

Protests Continue Across Egypt

A look at who made the anti-Islam video and why?

Kenapa Tak Marah Kate Masuk Ke Masjid? Rakyat Bukan Islam Malaysia Siap Kena Marah Dan Maki....!!!!!

Kate dan suami memasuki masjid.
Bekas setiausaha politik kepada bekas Perdana Menteri Malaysia menghantar sms kepada saya mempertikaikan kenapa kunjungan puteri di Raja Britian Kate Middleton dan suaminya Putera William ke masjid berhampiran KLCC tidak dibantah dan diterima seadanya.

Tanya beliau mengapa umat Islam yang sebelum ini bagaikan histeria memarahi pemimpin DAP memasuki ke surau dimaki hamun dan dikatakan mencemari Islam.

Kaki Kate yang mugil melangkah tangga masjid.
Tanya beliau apakah kaki mugil Kate suci dari kaki pemimpin DAP itu? Apakah bezanya kaki mugil dengan kaki kematu? Beliau juga menyuruh saya membelek gambar-gambar terkini Kate yang dipaparkan dalam majalah Closer yang boleh diakses menerusi internet.

Gambar menjawab jawapan Bangang Menteri UMNO ini..!!!

 Habis ini buktinya apa...
Gambar Ini Adalah Sebagai Jawapan Kepada Dato Seri Hishamuddin, Menteri Dalam Negeri... Siapa Kata Rakyat Johor Tak Suka DS Anwar Ibrahim?.. Gambar Ini Bukti Bahawa Rakyat Johor Semakin "Sayang" Dengan Pemimpin Pakatan Rakyat Dan Bakal Membuat Perubahan Besar Pada PRU13 Nanti... Tak Lena Tidurlah Nampak Gayanya Pemimpin UMNO Johor Terutamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin & MB Johor, Abdul Ghani Othman... Untuk Parlimen Sembrong, Ini Kali Lah !!!

Samseng Tangkak : Barua Parti Syaitan Yang Haram Jadah....

Dimanakah tanggungan anggota polis yang mengawal keselamatan dalam negeri,,, lebih malang lagi bila menteri yang mengawal selia polis sendiri seolah-olah memberi jawpan yang anggota polis itu hanya menjaga keselamtan pemimpin UMNO sahaja... 
Gaji dan elaun semua kakikatangan polis tu dibayar dari duit kocek tabung UMNO agaknya...

Moga-moga dengan apa yang berlaku seperti didalam video ini akan membuat pengundi Johor berubah,,, jangan lagi undi UMNO..

PERUTUSAN KHAS OLEH YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2012

16 September 1963 merupakan tarikh keramat yang menyaksikan Sabah dan Sarawak beserta Persekutuan Tanah Melayu — yang merdeka sebelumnya pada 31 Ogos 1957 — membentuk sebuah negara bernama Malaysia. Bertitiktolak dari situ, semangat Federalisme yang dipersetujui bersama sewajarnya menjadi semakin utuh, kuat dan terus dihormati. 

Ini juga kesempatan untuk kita menyingkap lembaran sejarah, melakar dengan tinta emas pengorbanan para pejuang terdahulu sehingga pembentukan Malaysia. Kita bersyukur kerana berjaya mengekalkan keamanan dan bermulanya asas pembangunan negara. 

Namun yang dimusykilkan adalah bentuk kecuaian malah penyelewengan dari semangat kelahiran negara yang menjanjikan kesaksamaan dan keadilan. Masih ramai rakyat di Sabah dan Sarawak terpinggir daripada arus pembangunan negara. Rakyat Sabah, misalnya, dinafikan akses kepada fasiliti dan infrastruktur asas walaupun hampir setengah abad mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963.

BUDAK NI DAH IKUT AYAH PIN TERBANG KE LANGIT..???? SUSAH SANGAT POLIS NAK KESAN...!!!



Muhyiddin tak perlu tipu rakyat Kelantan



KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Kelantan sudah maju jika di bawah BN, dilihat cuba menipu rakyat negeri itu.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Muhyiddin tidak perlu mengungkap penipuan seperti itu kepada rakyat Kelantan semata-mata mahu mendapat sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Menurutnya, rakyat Kelantan tidak mudah ditipu dengan cakap-cakap politik seperti itu kerana sudah tahu realiti sebenar yang berlaku.

"Sebelum dia sebut nak majukan Kelantan dia kena buktikan dulu BN sudah majukan negeri lain.

"Rakyat Kelantan nak tanya dia, apa sudah jadi di Sabah dan Sarawak. Negeri paling banyak hasil tapi rakyat paling miskin," katanya kepada Harakahdaily.

Kematian Beng Hock ke layar perak pula



Selepas demonstrasi, serahan memorandum, ucapan di pentas ceramah dan persembahan teater, kisah kematian tragis setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor Teoh Beng Hock kini dibawa ke layar perak pula.

DAP Serdang malam tadi menayangkan filem dokumentari berkaitan bertajuk Jatuh di Dewan Perhimpunan Cina Selangor - Kuala Lumpur malam tadi.

Filem itu diarahkan oleh graduan Pengajian Cina Universiti Putra Malaysia Siew Ki, 26, cuba mendokumentasikan kisah kematian mendiang Teoh yang dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat.

Siasatan suruhanjaya diraja kematian Teoh mendapati mendiang membunuh diri akibat soal siasat agresif dan berterusan oleh pegawai SPRM.

Siew Ki berkata beliau mendapat idea untuk mengarahkan filem yang berdurasi 36 minit itu, sewaktu makan di pusat khidmat exco Selangor Ean Yong Hian Wah - bekas majikan Teoh - di Serdang pada suatu hari.

Will BN take a hit over Talam and water?

The Talam and water issues may be BN's powerful weapons but they can also hurt the ruling coalition

The Talam Corporation issue is now a bone of contention. And it is not surprising as the name ‘Talam’ itself can be said to be controversial, in the Cantonese dialect, that is.
For ‘Talam accented properly and translated literally in Cantonese is ‘hit-collapse’. But used in a sentence it means to defeat one’s rivals, for example: “We will ‘ta-lum’ all our rivals in the competition.”
BN and especially MCA, most notably Labis MP, Chua Tee Yong, has been using the Talam Corporation issue to ‘ta-lum’ the Selangor state government helmed by Pakatan Rakyat.
So far, the Pakatan Selangor state government is holding up well. Although much time and energy has been expended to clarify matters, the state government’s explanations rarely get highlighted in the mainstream media in a prominent manner.

Kantoi Lagi : Chegu Bard Mahu Dedahkan Korupsi Libatkan JPM...Rasuah ibarat kentut dan tahi dalam mazhab Parti Syaitan....!!!

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat pendedahan berlakunya penyelewengan melibatkan Jabatan Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan media hari ini Penyelaras SAMM Kebangsaan Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan mendedahkan identiti seorang yang bekerja sebagai orang tengah dalam hal geran bantuan Perdana Menteri.

Badrul Hisham yang juga ketua PKR bahagian Rembau berkata pada 12 September (semalam) beliau menerima satu set dokumen di rumahnya di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Menurutnya, SAMM akan membuat pendedahan kesemua dokumen yang diperolehi dalam masa tiga hari dari hari ini.

Dokumen ini membuktikan bagaimana geran bantuan Perdana Menteri kepada sebuah badan kebajikan telah diselewengkan dan sebanyak RM200,000 terpaksa dibayar kepada orang tengah sebagai ‘komisyen’.

Politik Rasis : Risalah mengandungi fitnah terhadap DAP diedar di Masjid.....Fitnah dan Adu Domba Ajaran Parti Syaitan.

Mungkin kerana menyedari bahawa peranan yang dibawa oleh Cybertrooper upahan mereka tidak mendatangkan hasil seperti diharapkan, UMNO terpaksa menggunakan cara lama iaitu mencetak dan mengedar risalah.

Diawal pagi semalam, Ibu pejabat DAP Pulau Pinang telah menjadi mangsa serangan 'Cat Merah' dipercayai dilakukan oleh pihak 'Syaitan yang dikenali', pada waktu tengahari risalah ataupun buku yang memburuk-burukkan DAP diedar di Masjid pula.

Video rakaman CCTV  'Syaitan yang dikenali' sedang melontar bungkusan cat sila lihat di ( SINI )

Buku kecil yang bertajuk '10 Perkara yang perlu diketahui oleh Melayu Islam mengenai DAP' itu telah ditemui ditinggalkan di tangga Masjid Bayan Baru ketika ummat Islam sedang mengerjakan solat Jumaat.

YouTube: Klip kontroversi kekal, disekat di Libya dan Mesir


YouTube: Klip kontroversi kekal, disekat di Libya dan Mesir
Pejabat Konsul Amerika Syarikat di Benghazi, Libya terbakar dalam serangan Selasa lalu. - Foto ihsan CNN
 
WASHINGTON - YouTube mengambil langkah menyekat akses buat sementara waktu kepada klip kontroversi yang mencetuskan kemarahan umat Islam di beberapa negara termasuk Libya, yang turut menyaksikan Duta Amerika Syarikat (AS) terbunuh.

Dalam kenyataan dibawa CNN, YouTube berkata, treler 13 minit yang menyinggung perasaan umat Islam tidak boleh akses menerusi YouTube di Libya dan Mesir buat sementara waktu.

"Kami bekerja keras untuk mewujudkan satu komuniti di mana setiap orang boleh menikmati dan yang membolehkan setiap orang melahirkan pandangan yang berbeza," kata YouTube menerusi e-mel kepada CNN.

Idealisme – mahasiswa dan pemerintah.

Pada tahun 1969, sebuah perkumpulan mahasiswa daripada Universiti Malaya telah membuat jelajah menggunakan bas ke beberapa bandar utama di Semenanjung Malaysia bagi menyebarkan ide yang mereka bawa kepada seluruh rakyat Malaysia.
Pertubuhan yang dikenali sebagai UMSU (University of Malaya Students Union) yang menjadi penggerak NUMS (National Union of Malaysian Students) bukan sahaja berjaya memupuk perpaduan para mahasiswa di peringkat nasional pada penghujung 60-an, malah turut menyumbang kepada tsunami politik pertama yang melanda negara pada pilihanraya umum tahun 1969.
Dengan sumber yang mereka perolehi sendiri, dan bas yang dipandu sendiri, mahasiswa-mahasiswa UMSU telah menjelajah ke tiga belas kawasan utama sejak pertengahan April 1969 sehingga yang terakhir pada 9 Mei 1969. Daripada tiga belas kawasan ini, sembilan daripadanya telah memilih perubahan dan mengundi pihak oposisi pada waktu itu.

SPR terus jadi alat BN – Guan Eng


KUALA LUMPUR, 15 SEPTEMBER: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai berat sebelah kerana menjadi sebahagian dari alat BN untuk menyerang Kerajaan Negeri Selangor berikutan isu pilihan raya yang mahu diadakan secara berasingan.
Ia berikutan kenyataan pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang berkata bahawa pilihan raya yang diadakan secara berasingan akan melibatkan kos yang lebih tinggi dan mengganggu guru serta pelajar jika diadakan di sekolah.
Membidas kenyataan tersebut Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, “Beliau seolah-olah mengabaikan fakta bahawa tidak wujud sebarang bantahan oleh SPR apabila Sabah dan Sarawak mengadakan pilihan raya secara berasingan.”
“Apakah SPR juga mempersoalkan kemampuan dan profesionalisme polis kita apabila mendakwa sekiranya pilihan raya secara berasingan boleh menggugat keselamatan awam dimana pihak polis terpaksa memastikan keselamatan kerana wujud dua tempoh masa berkempen?” soalnya lagi.