Jumaat, 14 September 2012

Persoalan timbul tentang bidaan Malindo untuk cabar Air Asia, kata penganalisis

Sebuah kapal terbang Lion Air berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. — Gambar AFP
KUALA LUMPUR, 14 Sept — Kedudukan kewangan dan rekod keselamatan yang jelas membuatkan Malindo sukar untuk mencabar kedudukan Air Asia dalam industri penerbangan tambang murah, kata penganalisis. Penganalisis menjangkakan syarikat penerbangan dengan usahama itu berkemungkinan menghadapi kerugian kerana cuba mengambil pegangan daripada Air Asia dan Malaysia Airlines dan lebih banyak penggantungan akan dihadapi dua pelaburnya — Malaysia's National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (NADI) dan PT Lion Grup, dari Indonesia yang mengoperasikan Lion Air.
CIMB menjelaskan kedudukan kewangan NADI kurang jelas kerana ia tidak menyerahkan laporan kewangannya kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak 2007.
"Jika NADI tidak dapat menyuntik dana modal untuk menampung kerugian beberapa tahun awal, kami tidak pasti Malindo akan berupaya untuk melancarkan pelan pembesaran mereka," kata CIMB.
Dokumen yang diperolehi dari SSM menunjukkan sejak 2007, NADI menunjukkan keuntungan RM307.3 juta dan keuuntungan selepas cukai RM90.5 juta.

Hairie Othman Saran Zed Zaidi Tidak Terikut Budaya Fitnah Umno



SHAH ALAM, 14 SEPT: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi diingatkan agar tidak terikut dengan budaya politik fitnah yang dibawa oleh Umno-BN sehingga sanggup memfitnah rakan seni.
Ingatan tersebut dibuat oleh pelakon terkenal, Hairie Othman ketika mengulas dakwaan yang dilemparkan oleh Zed seperti yang dilaporkan portal, ‘mStar On Line hari ini.
Dalam laporan tersebut, Zed mendakwa terdapat artis yang dibayar puluhan ribu ringgit oleh sebuah parti bagi memburukkan kerajaan.
Zed juga dilaporkan berkata golongan artis di negara ini tidak akan melakukan sesuatu kerja dengan sukarela sebaliknya melaksanakan sesuatu apabila terdapat imbuhan disebaliknya.
Menafikan kenyataan itu,  Hairie menyifatkan Zed seperti ‘menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri’ apabila kenyataan yang dikeluarkannya itu lebih merupakan gambaran sebenar dirinya dalam Seniman.

Anwar Ibrahim - Jamuan Aidil Fitri Muar

SPR arah parti politik patuhi kod etika PRU.....Terkecuali UMNO eh..!!!

Embassies under attack over anti-Islam videos

US embassy in Tunis under fire

PKR bus scores red paint hattrick outside mosque

DALAM RADAR KHAS EDISI 6 - PRU 13 UJIAN UNTUK SEMUA BAHAGIAN 2

CCTV recording of vandals throwing red paint at wisma DAP Penang

Samseng Cat : Wisma, 2 premis DAP lagi ‘disimbah’ cat...barua Parti Syaitan makin mengila...!!!!


Wisma, 2 premis DAP lagi ‘disimbah’ cat
Pasukan forensik menjalankan siasatan di pusat khidmat DAP Pulau Tikus.
Wisma, 2 premis DAP lagi ‘disimbah’ cat
Guan Eng melawat Wisma DAP yang disimbah cat awal pagi tadi.
GEORGETOWN - Tiga pusat khidmat wakil rakyat DAP termasuk Wisma DAP yang terletak di Jalan Rangoon di sini disimbah cat merah awal pagi tadi.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kejadian yang berlaku antara jam 1 hingga 4 pagi itu melibatkan tiga pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) iaitu Pulau Tikus,Datuk Keramat dan Air Putih.

"Saya terkejut dengan apa yang berlaku setelah diberitahu awal pagi ini. Ia satu tindakan tidak wajar dan seperti mahu mencipta sejarah kerana melibatkan tiga pusat khidmat Adun dan Wisma DAP serentak.
“Saya percaya, ini perbuatan yang  dirancang oleh pihak tertentu. Saya kesal dengan kejadian ini. DAP mengambil serius dengan apa yang berlaku,” katanya kepada media ketika melawat Wisma DAP di sini, hari ini.

JOHOR DINNER: Jui Meng slams Hisham - are you saying Anwar is open game for BN rowdies?

JOHOR DINNER: Jui Meng slams Hisham - are you saying Anwar is open game for BN rowdies?Opposition Leader Anwar Ibrahim became the target of yet another attack by Umno-BN supporters, frantic that the PKR de-facto chief and his Pakatan Rakyat team were in town to attend the state largest ever outdoor dinner.
But Home Minister Hishammuddin Hussein has refused to guarantee the safety of the Pakatan Rakyat de-facto head or his PKR team, shocking the nation with his "callous" remarks.
"No need for guarantees. It is decided by the people of Johor themselves. I think PKR knows this and can judge for itself from what is happening there," he was reported as saying by Malaysiakini during a Hari Raya function.
Open invitation to get Anwar?
Overzealous BN supporters had caught the 64-year-old Anwar whilst he was in the middle of his prayers. A motorcyclist threw red paint at the PKR's double-decker bus.
This is the third time the bus has been splashed with red paint in an apparent bid to demoralize and stop Anwar from touring the nation to reach out to voters ahead of general elections widely expected to be held later this year.
"It is the most callous thing to say. How can the Home Minister who is in charge of the police say such things. With this type of attitude, no wonder crime is rising in this country," PKR vice president and Johor chief Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.

Samseng Tangkak : Bas PKR disimbah cat lagi, kali ke-3


Bas PKR disimbah cat lagi, kali ke-3
Bahagian belakang kanan bas PKR disimbah dengan cat merah di kawasan Masjid Jamek Tangkak, hari ini.
 
Bas PKR yang digunakan dalam program Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat merah hari ini - kali ketiga sejak 1 September lalu.
Kali ini insiden itu dilaporkan terjadi di depan Masjid Jamek Tangkak selepas solat Jumaat.

"Bas #MerdekaRakyat disimbah cat di Masjid Jamek Tangkak," kata Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Twitter sekitar 2.15 petang tadi.
Bas itu dalam perjalanan dari ibu negara ke Johor.
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi juga mengesahkan insiden itu.

Samseng Tangkak : Bas PKR disimbah cat lagi di luar masjid...makin hina parti syaitan nie..!!!



 
Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.

Menurut Pengerusi PKR Negeri Datuk Chua Jui Meng, bas tersebut diserang di luar sebuah masjid di Tangkak, Johor.
NONEBerucap merasmikan bilik operasi PKR di Tangkak, Chua juga berkata, ketika kejadian berlaku Anwar sedang bersolat di masjid tidak jauh dari tempat itu.

Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu.

Sementara itu, Setiausaha Agun g PKR Saifuddin Nasution yang mengikuti rombongan itu memberitahu Malaysiakini, mereka dimaklumkan polis bahawa perbuatan khianat itu dilakukan seorang remaja yang menaiki motosikal.

"Polis mengejarnya dan berjaya mendapatkan nombor pendaftaran, tetapi akhirnya nombor itu didapati palsu," kata Saifuddin.

Samseng Tangkak : Bas Merdeka Rakyat dikacau lagi...

Bas Merdeka Rakyat milik PKR disimbah cat merah sekali lagi hari ini. Kejadian itu berlalu di masjid Jamek Tangkak, Muar Johor, demikian menurur twitter Anwar Ibrahim. Dengan ini sudah tiga kali bas berkenaan menerima nasib malang. Tidak tahu apa hendak dikatakan lagi cuma saya boleh menyifatkan 'bas' itu membuktikan kebangkitan rakyat menyeluruh untuk menumbangkan kerajaan UBN.


Cat merah terbaru di bas Jelajah Merdeka Rakyat.
Walaupun kejadian itu dari satu sudut ia negatif dan melambangkan bahawa ada saki baki orang mempercayai berkawan degan syaitan lebih baik dari berkawan dengan malaikat dikenali tetapi dari pengertian lain ia menandakan kebangkitan rakyat sudah menyeluruh.

Kebangkitan ini umpama air deras yang tidak mungkin dapat ditandak lagi.

Pastinya apabila ke mana sahaja makhluk Allah yang tidak bernyawa itu dibawa dan ia melambangkan pergerakan Anwar ke bawah menemui rakyat ianya dihalang dengan menyimban dengan cat. Cat merah dalam kehidupan orang Melayu sesuatu yang menggerunkan. Sebenarnya cat merah itu bukan menggerunkan PKR dan Anwar tetapi ia menggerunkan UBN. Bagi seorang pemberani tidak ada perbezaan warna baginya.

Ternyata Anwar tetap juga meneruskan perjuangan sambil membawa bas Merdeka Rakyat yang kini menjadi lambang hayat dan perjuangan untuk membela rakyat. Bas itu dicemburi dan didengki kerana ia berjaya menjadi simbol sebagai ejen kekuatan PKR. Selagi bas itu bergerak itu menunjukkan perjuangan PKR mendapat sambutan rakyat.

Jadi orang PKR usah gusar dengan cat merah itu ia tidak dapat membunuh sebuah perjuangan, sebaliknya kena berterima kasih kepada 'anak-anak syaitan' yang melemparkan cat berkenaan. Ia satu idea yang baik.

Selepas ini hendaknya bukan saja cat dilemparkan tetapi biarlah bas itu dibakar! Tidak mustahil selagi anak-anak syaitan yang pengecut dan bacul itu berkeliraran dan dibenarkan oleh bapaknya insiden itu akan berlaku. Kita tunggu masa dan ketikanya kejadian ini berlalu.

Rombongan solat Jumaat, bas Merdeka Rakyat disimbah cat merah samseng UMNO


TANGKAK 14 September: Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi disimbah cat merah oleh samseng Umno hari ini ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rombongan KEADILAN sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak, Johor di sini.
Menurut saksi yang sempat melihat kejadian itu, suspek dipercayai menunggang motosikal bernombor plat MAL 7425.
Saksi segera memanggil polis yang mengawal di luar masjid tersebut.
Ekoran itu, polis bertindak mengejar samseng berkenaan.

20 samseng Umno ganggu pelancaran Bilik Gerakan DUN Tangkak

TANGKAK 14 SEPTEMBER: Selepas bas Merdeka Rakyat disimbah cat ketika solat Jumaat, rombongan Merdeka Rakyat diganggu pula sekumpulan 20 ahli Patriot.
Mereka yang dipercayai ahli Patriot melakukan kekacauan di perkarangan Bilik Gerakan DUN Tangkak yang baru dilancarkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Kira-kira  jam 2.20 petang  itu, kumpulan berkenaan dilihat terjerit-jerit sambil membawa kain rentang yang tertera perkataan tokoh rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun penyokong Pakatan yang hadir pada majlis pelancaran bilik gerakan yang baru itu, spontan meneriak ‘Hidup Anwar’ dan ‘Hidup Rakyat’ dengan lantang.

Tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang...Polis hanya untuk UMNO@BN sehaja eh...!!!!


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

NONE"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.

"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak.

"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."

Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.

Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu

BN Dalam Tekanan : Pegawai khas Azmin dihalang masuk Sabah

Muhammad Hilman Idham, pegawai khas kepada Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali, ditahan dan dihalang dari memasuki Sabah hari ini. — Gambar oleh Ismail Kamal
KUALA LUMPUR, 14 Sept — Pegawai Khas kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sejurus tiba dari Kuala Lumpur. Muhammad Hilman Idham dihalang memasuki Sabah atas arahan Ketua Menteri mengikut Seksyen 56(1)(A) Akta Imigresen 1995/63.
Notis penolakan masuk yang dikeluarkan itu mengandungi perintah yang menyatakan pihak berkuasa negeri telah mengarahkan supaya tiada pas dikeluarkan kepada beliau memasuki negeri tersebut.

DALAM RADAR KHAS EDISI 6 - "PRU 13 UJIAN UNTUK SEMUA" BAHAGIAN 1

Hisham abai amanah jaga keselamatan, kata PKR

Jahil AKAD Nikah - Ustaz Azhar Idrus

Jahil Adat BERSANDING - Ustaz Azhar Idrus

Haram INAI Jika Tiru Agama Bangsa Lain - Ustaz Azhar Idrus

MAS Kahwin Mahal Umpama Kepala LORI - Ustaz Azhar Idrus

Jawapan ARWAH Ustaz Ghazali Hasbullah - Ustaz Azhar Idrus

Kit Siang tampilkan saksi peristiwa 13 Mei

PR wujudkan 'blueprint' dekati golongan wanita

Anwar: Ingin memberdaya, tapi wanita diperdaya

PRU13: PKR serah rakyat tentukan kejayaan di Selangor

Anti-Islam Film Protests in Asia

PKR: Make palm oil AP holders list public

SIRAH NABI : Iktibar Dari Peperangan Hunain - Bahagian 1

TGNA Ceramah Umum & Sambutan Hari Raya

PKR Dakwa AP Minyak Sawit Dikuasai Kroni BN

Anwar Ibrahim: UMNO Hanya Berani Baling Cat Merah

Protests in Cairo test shaky US-Egypt relations

Bantah hina Nabi Muhammad Bhg.3

Bantah hina Nabi Muhammad Bhg.2

Bantah hina Nabi Muhammad Bhg.1

Anti-US protests continue

PAS wants US to act against controversial film-maker

Serah memorandum bantah penyiaran klip video hina Islam ke kedutaan Amerika

Kantoi Lagi : Saman Jiwa Paradox@Samseng Jasin Bersepah!! Polis tak tangkap eh...????


Saman pun x mampu nak bayar, apa jenis ahli tegar UMNO ni hah?! Berlagak samseng pastu saman bersepah Polis masih x dapat nak tangkap?! Kebal betul Ahli UMNO ni ye? Perangai dah sama macam pemimpin2 haramjadah depa yg rasuah berbilion-bilion tak kena tangkap2 lagi, apa tah lagi anjing bawahan ni.. Mesti jaga lubang baiikkk punya!! Inilah undang2 rimba.. Undang2 dipersendakan & dihina oleh Parti Syaitann!!!!!!



Memang jenis "HARAMJADAH", lesen memandu takda, cukai jalan tak bayar, langgar peraturan lalu lintas, jumlah saman sejak 1999 berjumlah RM1,930? Bila lagi nak ditangkap? Nah aku bagi alamat mengundi dia!!!



Aku baru x bayar saman rm50 hengget pun kene tahan gi balai siap naik mahkamah lagi!!
RM50 je, pois siap datang rumah lagi!!!
Tapi mangkuk ni takkan polis buat tak tau?

William Case: BN kekal berkuasa selepas PRU 13 dengan majoriti lebih kecil

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Barisan Nasional (BN) akan kekal berkuasa selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan tetapi dengan majoriti kerusi lebih kecil berbanding 2008 kata Prof William Case (gambar), pemangku ketua Jabatan Asia dan Kajian Antarabangsa, City University of Hong Kong.
“Umno akan menghadapi risiko kehilangan dua peratus undi dari kalangan kelas menengah Melayu di bandar; MCA akan menerima paling lebih banyak kehiangan undi; MIC pula akan mendapat keputusan yang lebih baik sedikit berbanding 2008,” katanya.
Menurut pakar politik Malaysia itu, Pakatan Rakyat (PR) tidak akan memenangi PRU hanya dengan sokongan daripada masyarakat Cina dan pengiktirafan antarabangsa dari negara kuasa besar Amerika Syarikat.
“Tanpa sokongan daripada sebahagian besar golongan bumiputera, BN tidak akan dapat ditumbangkan oleh PR walaupun mendapat sokongan kuat daripada masyarakat Cina.
“Tetapi apa juga sentimen masyarakat Cina, pada angka 26 peratus daripada jumlah populasi penduduk, bilangan mereka tidak cukup besar untuk mengalahkan BN.
“Melainkan, masyarakat Cina bergabung dengan sejumlah besar pegundi bumiputera dimana ianya tidak akan berlaku.

Macam2 alasan SPR bantah p’raya berasingan

KUALA LUMPUR 14 September: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuba mencari bermacam-macam alasan untuk tidak menyokong pilihan raya berasingan antara Pusat dengan Selangor.
SPR beralasan bahawa perbelanjaan akan meningkat sehingga RM50 juta jika pilihan raya umum diadakan berasingan.
Mengulas kenyataan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, SPR mempunyai berbagai-bagai alasan jika sesuatu perkara itu tidak berpihak kepadanya.
“Apabila dia rasa ia baik untuk Umno dan BN, dia sokong dan senyap, bila rasa susah untuk Umno dan BN, dia beri alasan,” katanya.
Walhal SPR tiada halangan untuk mengadakan pilihan raya berasingan itu.
Kelmarin, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengambil ketetapan bersetuju agar Selangor mengadakan pilihan raya berasingan dengan Pusat.

PRU 13 : SPR ingat orang lain bodoh macam dia!

Tak patut buat berasingan konon!

Cakap banyak tak mahulah SPR, BERSIH-kan dulu secara bersungguh-sungguh dan ikhlas daftar pemilih pilihanraya yang 'kotor' lagi busuk dengan pendatang dan hantu-hantu jerangkong itu! Jangan banyak bagi alasan kerana alasan yang diberi  itu hanya dalih untuk kepentingan tuan Umno kamu! Rakyat sudah faham dan masak benar dengan kluk-klek dua 'ekor' bos SPR itu.

Patut ke, tak patut ke, kerja kamu hanya laksanakan Pilihanraya adil dan BERSIH bila kerajaan bubar parlimen atau DUN. Adalah menjadi hak kerajaan negeri nak bubar DUN mereka sama atau berasingan! SPR tak payah menyebuk bab itu!
Janji BERSIH dan Janji DEMOKRASI sila tunaikan segera...ada faham? Tak payah nak berlagak 'alim dan warak' membazirlah konon, kos tinggilah, buang masa-lah, mengganggu kelas dan tugas gurulah, ganggu ketenteraman awamlah! Wey...apa punya merepaklah Wan Ahmad. Janganlah anggap orang bodoh macam kamu!!!

Berita dipetik:


SPR: P’raya negeri berasingan tidak patut berlaku

UIA batal auditorium, Konvensyen Fiqh pindah ke MBSA


Zaharuddin Abd Rahman SHAH ALAM - Susulan pembatalan tempahan lokasi penganjuran Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semalam, program sehari itu akan diadakan di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid), Dr Zaharuddin Abd Rahman menerusi laman sosial Facebook pagi ini.

"Alhamdulillah, berikut maklumat baru K Fiqh Politik Islam Semasa (setelah pihak UIAM membatalkan sewaan kami dalam tempoh 36 jam sebelum program," kata beliau.

Ketika dihubungi kemudian, beliau berkata, oleh kerana kapasiti dewan lebih besar dari tempat asal, pihaknya yakin dapat menerima kehadiran peserta dalam lingkungan 1,400 orang.

PR : Lelong AP Kepada Rakyat Juga Jana Pendapatan Negara

KUALA LUMPUR 14 SEPT: Pakatan Rakyat (PR) akan menjual permit kereta atau AP kepada rakyat secara tender terbuka apabila memerintah Putrajaya nanti.
Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata jika ini berlaku, negara dijangka memperolehi RM3 bilion pada tiap-tiap tahun untuk tempoh tiga tahun dalam masa yang sama masih mengekalkan sistem AP yang ada kini.
“Sekarang semua duit itu masuk poket tokey-tokey. Kita cadangkan dilelong terus kepada rakyat.
“Bila ini dilakukan, soal negara hilang pendapatan atau muflis itu tidak timbul kerana ada lebihan wang sebenarnya di sini,” katanya.

Menara Warisan projek gajah putih Umno untuk kaut duit rakyat

KUALA LUMPUR 14 September: Pembinaan Menara Warisan Merdeka oleh Kerajaan Pusat bakal mengundang nasib serupa sebagaimana projek National Feedlot Corporation (NFC), LRT dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), dan lain-lain projek yang didapati berlaku penyelewengan oleh pimpinan Umno BN.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan laporan penuh berhubung peningkatan kos berikutan ketinggian menara itu kini ditambah kepada 600 meter berbanding 509 meter ketinggian asal pada permulaan projek ini.
“Kalau dulu kos menara ini RM5 bilion, bermakna kalau ditambah lagi (ketinggiannya), sudah tentu kos tersebut akan meningkat naik dan Najib perlu dedahkan perkara ini.
“Projek bangunan ini pernah dibawa ke sidang Parlimen, kemudian ia disenyapkan dan tiada susulan dibuat selepas itu.  Tapi malangnya apa yang berlaku sekarang, malah peningkatan kos juga tidak diumumkan, ” katanya ketika dihubungi.
Projek untuk kayakan kroni

PRU 13 : BN yakin dapat takluk tiga negeri pembangkang..ada berani..bubar sekarang..!!

Ahmad Maslan SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) yakin mampu menakluki tiga negeri pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, selain merampas balik tiga negeri pembangkang iaitu Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, mereka akan mempertahankan Johor, Sabah dan Sarawak, daripada jatuh ke tangan  Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, BN tidak akan melepaskan tiga negeri itu dengan mudah kepada PR setelah pelbagai usaha dilakukan untuk menambah baik taraf kehidupan rakyatnya.

“Adakah mereka yakin rakyat menyukai mereka? Sebaliknya, rakyat akan pilih dasar dilaksanakan Perdana Menteri kerana ia beri kebaikankepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Fadhillah Yusuf berkata, kenyataan itu hanya omong kosong PR.

Menurutnya, pada pilihanraya umum lalu pun PR pernah keluarkan kenyataan mampu menawan Sarawak, namun gagal berbuat demikian.

RARE TRUCE! Wanita MCA denounces vandalism agst Penang DAP HQ

RARE TRUCE! Wanita MCA denounces vandalism agst Penang DAP HQ Without mincing our words, Wanita MCA Penang repudiates the vandalism against the Penang DAP Headquarters and the three DAP service centres.
While we may belong to separate political ideologies, where there is harm to a structure or intended against individuals even from the opposite camp, Wanita MCA will condemn such vile acts.
Afraid of sympathy votes going to the DAP
Violence or intimidation is not the answer. Whatever dissatisfaction an individual has against any party or politician should be discussed in a rational manner be it at seminars, dialogue sessions with political leaders, forums or lodging any complaints in writing to the party concerned without resorting to desecrating the buildings.
The offenders may not realise, but such heinous acts which betray their cowardice may actually have the counter effect of winning their opponents sympathy.
Wanita MCA urges the police to investigate the matter thoroughly, and nab the culprits.
Meanwhile, we appeal for calm and urge the public not to over-react nor resort to retaliatory measures. Let the police do their job in probing.
Tan Cheng Liang is Wanita MCA Penang chairman

‘Ongkili telling lies about Lynas’

NGO Himpunan Hijau says the minister is not honest when he claimed that the majority of Malaysians were in favour of the Lynas plant. 

KOTA KINABALU: Science, Technology and Innovation Minister, Maximus Ongkili, has been accused of not telling the truth when he claimed that the majority of Malaysians want Australian rare earths miner Lynas to fire up its plant in Kuantan and begin production.
Himpunan Hijau, a coalition of environment-conscious NGOs and civil groups, said the minister was being dishonest in making such a claim when it was well-known that thousands had been protesting the government’s go-ahead for the project.
Wong Tack, chairman of Himpunan Hijau national steering committee that is leading the fight to block the company from beginning operations, said Ongkili was conjuring up figures out of nothing to push ahead with the project.
“To say the majority of Malaysians are in favour of the Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) project is without basis and is just another ploy to manipulate the rakyat into accepting a project that can bring massive irreversible damage to this nation.

MORE BLOOD on PDRM's hands: People's protector or people KILLER?

MORE BLOOD on PDRM's hands: People's protector or people KILLER?SUARAM has endlessly called upon the Royal Malaysian Police to exercise greater professionalism and accountability in upholding fundamental human rights and in its case management but it all seems to falls on deaf ears.
It is with regret to note recurring deaths in custody under the supervision of the police. Through SUARAM documentation, the figure of deaths in 2012 so far speaks little on any meaningful police reforms.
The cases, on 7th September 2012, Tienthong Chaipaniya, died at Balai Polis Taman Johor Jaya.
On 10th September 2012, Chandran Perumalu, 47, died at IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur.
On 23rd August 2012, Lagan Dollah AK Gaong, 59, died at Balai Polis Pusat Miri.
On 13th August 2012, Cheah Chin Lee, 36, died at the lockup of Jalan Patani Northeast police station.
On 29th May 2012, Isparan a/l Supramaniam’s died at Sungai Siput Police station. SUARAM believes that these are only a handful of cases which was reported for public consumption.
How to explain such a series of deaths?

Syarikat Judi Genting beli 400 juta saham Felda

Genting beli 400 juta saham FeldaSaya tidak tahu banyak mana peratus saham Felda yang dikuasai oleh Genting dengan membeli 400 juta di Bursa Saham?
Adakah Genting pemegang saham yang terbesar?
Apapun, Genting dipercayai boleh membeli lebilh banyak daripada itu dan bukan pula suatu yang mustahil Felda itu akan dikuasai sepenuhnya oleh syarikat judi itu.
Apapun saham judi sudah masuk dalam syarikat Felda yang disenaraikan itu. Dari duit mana yang Genting guna untuk membeli saham itu? Perniagaan Genting tentulah bukan semuanya dalam industri judi. Tentu ada yang lain. Tetapi modal dalam semua anak syarikatnya yang lain adalah daripada keuntungan judinya.
Perniagaan induknya judi. Maka segala perniagaan yang lain adalah bermodal daripada keuntungan judi.
Ulama fiqah boleh menjelaskan bagaimana perniagaan Genting itu boleh terlepas daripada belenggu judi supaya menjadi muamalat yang halal.

Muhammad Ali Honored With Liberty Medal

Unrest Continues in Cairo

Today in History for September 14th

Anwar Ibrahim: Orang Melayu Miskin Sebab Pemimpin Melayu Yang Rasuah Ambil Wang Kita

Konvensyen Fiqh ~ umno takut dengan bayang bayang!

Banner sudah dikeluarkan



Lokasi 
SHAH ALAM - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil tindakan 'drastik' membatalkan tempahan auditorium dua hari sebelum Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa berlangsung, menyebabkan pihak penganjurnya, Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid) berhadapan dengan dilema mencari lokasi baru.
Sumber urus setia konvensyen memberitahu Sinar Harian Online lewat malam ini bahawa pihaknya terkilan dengan keputusan itu kerana pembatalan hanya dimaklumkan oleh pengurusan UIAM sekitar 9 malam tadi.
"Kami sudah menempah tempat persidangan hampir dua bulan lalu. Tetapi tinggal dua hari, baru malam ini, kami dimaklumkan.
"Jadi kami agak terkilan dengan keputusan... nampaknya kami perlu mencari tempat lain yang sesuai, untuk menampung 800 peserta," kata sumber itu lagi.
Sinar Harian Online akan berusaha mendapatkan respons pihak pengurusan UIAM.
Keputusan pembatalan itu juga dikongsi beberapa pihak menerusi laman mikro Twitter sejak jam 10malam tadi.
Sumber itu menambah, alasan yang diberikan ialah penganjuran konvensyen ini, yang dijangka disertai oleh pembentang kertas kerja dari parti politik kerajaan yang memerintah dan pembangkang, bercanggah dengan semangat Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
Konvensyen sehari itu, anjuran bersama K-Fiqh Sdn Bhd dan Murshid, diadakan untuk mengupas isu-isu berkaitan politik menurut fiqh dan pandangan masa kini. Ia antara lain menghimpunkan  bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan  pensyarah UIAM, Dr Maszlee Malik.
Penganjur sebelum ini berkata, konvensyen julung kali diadakan ini, yang menyentuh politik tanah air, akan membincangkan kaedah pentadbiran dalam pemerintahan Islam dengan mengetengahkan konsep wasathiyah.
Menurutnya, sambutan sangat menggalakkan dan sehingga kini 800 peserta sudah sahkan kehadiran.
“Isu pilihan raya sememangnya isu hangat di dalam negara. Pihak kami menerima respons menggalakkan, sehingga masih ramai yang bertanyakan tempat dan kira-kira 200 orang lagi untuk senarai menunggu,” katanya.
Berdasarkan maklum awal itu, forum di sebelah malam konvensyen tersebut, wakil pemimpin parti politik akan  turut sama dalam forum bertajuk, Negara Berkebajikan: Analisa, Realiti dan Praktikaliti.
Antaranya, Timbalan Menteri Pelajaran dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Puad Zarkashi; Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad; Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli serta ahli akademik, Prof Datuk Dr Mohammad Bakar.
Puad, Dzulkefly dan Rafizi masing-masing dari Umno, Pas dan PKR.
Mengulas lanjut, sumber penganjur berkata, pihaknya akan meneruskan konvensyen sebagaimana telah dirancang.
"Oleh kerana sudah 800 orang mengesahkan kehadiran, maka kami perlu mencari lokasi yang sesuai untuk menampung mereka," kata beliau.

Mahathir - should Malaysians forgive and forget his misdeeds?

Mahathir - should Malaysians forgive and forget his misdeeds?As the days pass by we get to hear more muck surface. The recent revelations by PKR vice president Chua Jui Meng, alluding to Glenn Knight’s confession, of how former MCA president Tan Koon Swan was made a victim of political agendas in all probability would start seeing the curtains fall on former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.
The rakyat (people) have all these while moaned and gripped helplessly over how the Tun’s political agendas yoked the nation into its dire states today. But there was no respite in the form of independent justice. Instead we saw arrests, intimidation, political castrations, and unknown languishing in jail.
All that mattered for the Tun was the end - i.e. "I did my way". The means to that end was adamantly Machiavellian. The end simply justified his questionable and highly suspect means. No one could stand in his way. That is how powerful he became despite the Constitution guaranteeing us that our Rulers and the Law are revered.
How many capable leaders were destroyed by this ruthless man

Negara Zina : 140 bayi luar nikah diselamatkan


MUAR - Seramai 140 bayi luar nikah di negeri ini berjaya diselamatkan daripada digugur atau dibuang oleh ibu mereka yang kebanyakannya remaja bawah umur berusia di antara 13 hingga 18 tahun sepanjang empat tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai (gambar) berkata, rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sejak 2009 menunjukkan bayi yang dapat diselamatkan meningkat setiap tahun setelah ibunya ditempatkan di pusat-pusat perlindungan remaja hamil luar nikah.
Katanya, daripada jumlah itu, 23 bayi diselamatkan pada 2009 dengan Johor Bahru mencatatkan bilangan tertinggi iaitu lima bayi diikuti Muar dan Kluang masing-masing empat bayi, Kota Tinggi (3) dan Segamat serta Batu Pahat masing-masing dua bayi, selebihnya di daerah lain.
"Pada tahun 2010, jumlahnya meningkat apabila 39 bayi berjaya diselamatkan iaitu Johor Bahru (10), Muar, Pontian dan Kota Tinggi masing-masing lima bayi manakala Segamat, Muar dan Kluang masing-masing empat bayi dan di Mersing pula dua bayi.

Misteri pengarah filem hina nabi

REUTERS
ORANG ramai melarikan diri apabila polis melepaskan tembakan ke udara bagi menyuraikan protes terhadap filem anti-Islam di luar Kedutaan AS di Sanaa, Yemen semalam.


LOS ANGELES - Seorang lelaki dari negeri California mengaku dia memainkan peranan di sebalik pembikinan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW sekali gus mencetuskan bantahan hebat umat Islam terutamanya di Mesir dan Libya kelmarin.
Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula yang mengamalkan ajaran Kristian Koptik dan pernah didapati bersalah kerana melakukan jenayah kewangan memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa dia memainkan peranan mengurus dan membekalkan logistik untuk produksi tersebut.
Lelaki berusia 55 tahun itu turut mengaku dia adalah pengurus syarikat yang menerbitkan filem berjudul Innocence of Muslims itu.
Namun, dalam satu temu bual dekat sini kelmarin, Nakoula menafikan dia mengarahkan filem biadap itu.

Lynas mohon hantar sisa radioaktif ke Australia

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Lynas Corporation telah memohon Australia untuk mengimport sisa radioaktif dari loji penapisan bumi kontroversi di Kuantan, walaupun Canberra mengulangi dasar menolak sisa itu daripada negara-negara lain, kata seorang diplomat Australia.
Pengatur nuklear Malaysia, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) berkata bahawa pelombong Australia itu di sisi undang-undang telah terikat untuk membuang sisa radioaktif dari Bahan Loji Lynas (LAMP) dan menghantar pulang ke Australia di bawah syarat-syarat lesen operasi sementara (TOL) yang dikeluarkan minggu lepas.
“Lynas telah mengemukakan permohonan kepada pengawal selia, Agensi Perlindungan Sinaran dan Keselamatan Nuklear Australia (ARPANSA), untuk mengimport bahan dari Malaysia, “kata jurucakap Pesuruhjaya Tinggi Australia kepada The Malaysian Insider.
Kilang memproses nadir bumi oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng, Pahang, 270 km dari Kuala Lumpur, 19 April, 2012. — Gambar fail Reuters
“Permohonan itu akan tertakluk kepada dasar-dasar, undang-undang dan peraturan kerajaan Australia, “katanya.
Tetapi jurucakap itu berkata bahawa Putrajaya dan Lynas menanggung tanggungjawab atas pelupusan sisa radioaktif dari loji penapisan bumi bernilai RM2.5 bilion itu.
“Persoalan mengenai pengurusan sisa dari kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation di Malaysia adalah perkara untuk kerajaan Malaysia dan Lynas fikirkan.
“Dasar lama kerajaan Australia adalah bahawa Australia tidak menerima sisa radioaktif negara-negara lain, “kata jurucakap yang enggan namanya disiarkan.

Penduduk Pengerang ada peluang sekali sahaja..


Himpunan Hijau, Gabungan NGO Pengerang serta beberapa NGO akan mengadakan satu himpunan 15,000 orang di Pengerang pada 30 September 2012. Tema himpunan adalah: “Himpunan Hijau: Lestari Pengerang”.

Saya pernah mengatakan yang sifat isu Pengerang agak berlainan daripada isu kilang tanah jarang di Kuantan, serta isu perlombongan emas menggunakan sianida di Bukit Koman, Raub.

Sama ada  pembinaan kilang tanah jarang di Kuantan, ataupun operasi kilang perlombongan emas Australia, tiada tanah penduduk yang dirampas, penduduk di kawasan-kawasan tersebut masih boleh meneruskan aktiviti bantahan sehinggalah kilang-kilang tersebut ditutup.

Projek Refinary dan Petrokimia Pengerang pula berlainan, tanah penduduk tempatan akan diambil untuk pembangunan projek ini. Ketika penduduk dipaksa berpindah kerana tanah diambil, kawasan tersebut akan dikosongkan, kalaulah kawasan sudah tiada penghuni, macam mana perjuangan dapat diteruskan?

Pelan pengambilan tanah adalah muktamad

Wanita Pakatan perlu tembusi sokongan masyarakat desa

SHAH ALAM 14 Sept: Datuk Seri Anwar Ibrahim melontar cabaran kepada Wanita Pakatan Rakyat supaya mendekati golongan wanita di pedalaman, seterusnya meraih sokongan mereka.
Ketua Pembangkang itu meminta mereka menyediakan kertas kerja supaya agenda dan pelaksanaan program yang mahu diperkenal, menjadi lebih berkesan.
“Saya desak pimpinan Wanita Pakatan berikan blue print (kertas kerja) untuk dipertimbang majlis pimpinan supaya ada program menembusi kawasan desa.
“Kita tak banyak masa tetapi saya yakin dapat tembus sedikit lagi terutama wanita desa,” katanya yang optimis jalinan kerjasama tiga gabungan parti, bakal membuahkan hasil jitu.

Wanita jaga portfolio sendiri elak diskriminasi gender

SHAH ALAM 14 September: Bagi membela dan menjaga kepentingan hal ehwal wanita, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan jawatan menteri portfolio itu mesti disandang golongan berkenaan.
“Ini pertama yang kita akan lakukan sebaik sahaja umum Kabinet. Maka tidak boleh lelaki jadi menteri wanita.
“Ini (menteri lelaki jaga portfolio wanita) hanya berlaku dalam Umno,” katanya disambut sorakan gamat pada pelancaran Agenda Wanita Malaysia, malam tadi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini menjadi menteri wanita berikutan Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak dilanjut tempoh sebagai senator berikutan skandal NFC.

GMI: Sudah Ada Akta Baru, Mengapa Tahanan ISA Tidak Dibebaskan

KUALA LUMPUR 14 SEPT: Gabungan Mansuh ISA(GMI) menganggap langkah transformasi yang dilaungkan oleh kerajaan sekarang tidak bermakna berikutan masih terdapat 30 individu yang masih ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan pada 15 September tahun lalu.
Pengumuman pemansuhan akta zalim itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan Hari Malaysia yang hampir genap setahun lalu.
Kononnya, pemansuhan itu juga merupakan sebahagian dari langkah kerajaan dalam melaksanakan program transformasi terhadap sistem pentadbiran dan politik negara.

Guru Ditahan ISA Terima Notis Berhenti Kerja

KUALA LUMPUR 14 SEPT: Nasib guru yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) bertambah buruk apabila menerima notis diberhentikan kerja dari Kementerian Pelajaran baru-baru ini.
Bakar Baba berasal dari Sabah ditahan setelah dikaitkan dengan aktiviti pergerakan Darul Islam.
Perkara ini dimaklumkan ahli pertubuhan Lawyers for Liberty, Farida Mohammad dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, di sini semalam.
“Surat rayuan telah pun dihantar, tetapi keluarga beliau mendapati gaji beliau sudah tidak dimasukkan sejak bulan Jun lalu menyebabkan keluarganya kehilangan mata pencarian.
“Kami akan ikuti perkembangan kes pembuangan kerja ini dengan dekat untuk bantu beliau dan keluarganya,” katanya.

Is the IGP right? Are Malaysians paranoid about 'non-issue' crime?

Is the IGP right? Are Malaysians paranoid about 'non-issue' crime?The IGP has now also echoed the Home Minister, refuting that crime is a non-issue. He has just indirectly lambasted stupid Malaysians to correct their brains.
In asserting that crime is down and that it is merely a perception problem, he has made Malaysians look like nerds.
Even investors who are bringing the issue of rampant crime to the table are being sneered by the IGP's statement.
Sick-o Malaysians
Okay, since it is the top cop of the law enforcement body that is speaking, let us for arguments sake take it that crime is a non-issue. And that it is the sick-o Malaysians who are paranoid about crime in the country.
But then, how do you explain these:

RIDICULOUS PUTRAJAYA: Focus on Crime & Bad Governance Symptoms, Not Only Homosexuality

RIDICULOUS PUTRAJAYA: Focus on Crime & Bad Governance Symptoms, Not HomosexualityYes, Putrajaya has gone bonkers! It should focus on rising crime rate and bad governance rather than homosexuality. Investors are worried about rising crime. International Trade and Industry Minister Mustapa Mohamed has just chaired a meeting with a group of foreign investors on security situation in the country.
Yesterday, a local singer Eric Lim's car was stolen and driven away by two men in Puchong.
Yet, the central government would rather spend our limited resources on something like coming out with a list of symptoms on homosexuality.
Putrajaya has endorsed a list of identifiable gay and lesbian traits to schools and parents to prevent the spread of the phenomenon among teenagers, especially students, according to media reports.
Early 'symptoms'

Voters no longer bound by BN’s chains

According to a DAP leader, the voters are prepared to give the mandate to Pakatan Rakyat in the next general election.

TAIPING: Malaysian voters are no longer chained by blind loyalty to Barisan Nasional but are prepared for the wind of change for Pakatan Rakyat to take control of Putrajaya in the coming general election, claims DAP.
DAP national labour bureau chief A Sivanesan said: “The 2008 political tsunami has changed the mindset of Malaysians that has been so long entrapped by BN’s political propaganda influence.”
“Now 80% of the Chinese electorate and 60% of the Indian voters are ready to support Pakatan on the road to Putrajaya,” he claimed.
He said PAS was eating into BN’s traditional Malay voters’ support and gaining strength for the 13th general election.
“The Chinese community initially has not gone on a confrontational political approach but instead chose to curse in silence,” he told FMT today.

Ribuan serbu majlis Jamuan Hijau di Machang


(Tuan Guru Nik Aziz berucap di majlis Jamuan Hijau dekat Machang)

MACHANG: Ribuan rakyat Kelantan menghadiri majlis Jamuan Hijau dan Xpresi Anak Muda yang diadakan sempena Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Kelantan petang semalam.

Rakyat pelbagai kaum dan lapisan masyarakat turut hadir menjayakan program yang diadakan di Padang Majlis Daerah Machang itu.

PRU13: Pas mahu Pusat ikut Selangor


Dr Abdul Rani Osman SHAH ALAM - Kerajaan Pusat perlu menunggu Selangor menamatkan penggal berdasarkan mandat semasa yang berakhir hujung April 2013 jika tidak mahu berdepan masalah kos tambahan dan pembaziran masa.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, isu pembaziran masa dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa menyediakan kos tambahan tidak akan timbul jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan pada waktu yang sepatutnya.

“Kalau nak elak bazir masa dan kewangan, tak payah buat sebelum tempoh berakhir penggal. Buat sekali tahun depan dan biar sampai habis penggal, jangan buat awal.

UIAM batal dewan untuk program Puad Zarkashi

GOMBAK: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membatalkan tempahan dewan untuk program konfrens fiqh politik yang bersifat non-partisan anjuran NGO Murshid yang dijadualkan Sabtu ini.

Pembatalan yang dibuat oleh PRO UIAM itu dikatakan dari arahan rektor UIAM tanpa apa-apa sebab.

Konfrens tersebut bakal dihadiri oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran dan  mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin.

Selain mereka, turut terlibat dalam forum yang bakal dianjurkan anjuran Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid) adalah Dr Dzulkefly Ahmad (anggota Parlimen Kuala Selangor), Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR) dan Dr Mohamad Abu Bakar (Universiti Malaya).

Johor goyah, Umno takut buat pilihan raya

(Antara wanita Kelantan yang menyertai perhimpunan)

MACHANG: Kerajaan BN semakin takut berdepan dengan Pakatan Rakyat, apa lagi menyedari negeri simpanan tetapnya Sabah dan Sarawak juga akan goyah pada pilihanraya umum nanti.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, menyedari perkara itu termasuk kekuatan negeri di semenanjung juga hampir lumpuh khususnya Johor, menyebabkan BN takut untuk mengadakan pilihanraya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Muslimat sempena Himpunan Hijau Menuju Puterajaya, yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang di sini pagi tadi.

Samseng Politik : Ibupejabat DAP Pulau Pinang disimbah cat lagi...Kumpulan Parti Syaitan makin melampau..!!!



Ibupejabat DAP Pulau Pinang - Wisma DAP - di Jalan Rangoon disimbah dengan cat merah dalam satu kejadian pada awal pagi ini.

Menurut ADUN Komtar, Ng Wei Aik, beliau dimaklumkan mengenai
kejadian itu pada kira-kira jam 4 pagi oleh seorang sukarelawan keselamatan.

NONE"Kami diserang lagi! Wisma DAP Pg disimbah dengan 5 pek cat merah awal pagi ini," tulis Ng, yang juga ketua Pemuda DAP negeri, dalam Twitternya.

Ng, ketika dihubungi, memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa beliau akan membuat laporan di balai polis Jalan Pattani lewat pagi ini.

Bangunan tingkat itu yang berharga kira-kira RM3 juta, telah
dirasmikan awal tahun ini.

Difahamkan, pusat perkhidmatan Air Putih dalam kawasan pilihan raya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga turut disimbah dengan cat merah.

PR lancarkan agenda wanita dalam usaha menawan Putrajaya

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Pakatan Rakyat (PR) semalam melancarkan satu agenda yang menjanjikan pembaharuan dalam dasar wanita, memperkasakan dan kesaksamaan jantina sebagai sebahagian daripada rancangan mereka untuk menawan Putrajaya.
Dalam ucapan perasmian pelancaran tersebut semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata Agenda Wanita Malaysia menerima sokongan penuh kepimpinan PR dan menggesa wanita PR untuk turun ke bawah dan mempromosikan kepada wanita di kawasan luar bandar.
“Cabaran bagi kita terletak terutamanya dalam mendekati wanita luar bandar, dan kita memerlukan semua orang dalam pakatan untuk bekerja bersama-sama jika kita mahu mengambil Putrajaya.
“Saya mempunyai keyakinan bahawa kita boleh mencapai matlamat ini jika kita membuat sedikit dorongan untuknya,” kata Anwar.
Agenda mengandungi tujuh bidang tumpuan utama yang termasuk perubahan dalam dasar-dasar kerajaan dan pendidikan yang hanya boleh dijalankan jika PR membentuk kerajaan.
Dalam ucapan mereka, ketua wanita dari PKR, PAS dan DAP menekankan keperluan kuasa, mengakui, dan menangani jurang gender yang mendiskriminasikan wanita di negara ini.