Khamis, 13 September 2012

The beauty of pollination

Betul ke Umno nak mempertahankan islam?/


Aku percaya, hangpa semua (yang ada Facebook) dah tau tentang Film pendek US, arahan Sam Bacile yang bertajuk Innocence of Muslims Nabi Muhammad. Hari nie pulak aku terbaca kenyataan Ust.Abdul Hadi  dan Khairi Jamaluddin yang mengecam film pendek tu.
Khairi kata,
“Pemuda Umno pula menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi langsung dengan isu jelas mencaci agama Islam seperti Innocence of Muslims”.
Sungguh terharu hati aku bila baca kenyataan Khairi Jamaluddin,Ketua Pemuda Umno Malaysia.
Geng-geng United Malays National Organization pasti akan riak, “tengok, UMNO mempertahankan islam”. Aku anggap kenyataan Khairi nie hanya semata-mata untuk mempertahankan islam, bukan untuk meraih keuntungan politik.
Cuma aku nak cabar Khairi dan Umno,
Kalau betul hangpa nak mempertahankan Islam, tangkap pencacai yang menghina Kaabah.
Sumber: cybertrooperspr
Bila gambar Najib dihina, hangpa memberi tekanan kepada IPT untuk mengambil tindakan terhadap pelajar. Bila Sang Saka Malaya dikibarkan, hangpa pi tahan anak muda.
Jelmaan syaitan tu sekarang pakai topeng penyokong PR untuk memburukkan PR. Semak Wall Post die.
Kalau betul hangpa nie nak mempertahankan agama Islam, tahan jelmaan syaitan nie segera.
Amaran:Rakyat Malaysia, terutamnya anak muda sedang menilai ketelusan hangpa!

Tentang politik warna dan bendera

Isu bendera merah putih yang dikibarkan penyokong Pakatan Rakyat pada malam ambang merdeka bulan lalu terus panas, dengan penyertaan semakin banyak kumpulan dalam debat panas ini.

Satu isu yang menarik perhatian dalam hal ini ialah tentangan kuat kumpulan Perkasa terhadap bendera yang mempunyai warna merah dan putih itu, sedangkan warna tersebut mempunyai hubungan sejarah lebih rapat dengan perjuangan Perkasa, sebuah kumpulan yang memanfaatkan populisme haluan kanan di Malaysia.

Warna merah putih menjadi bendera dua parti Melayu utama negara ini; Umno dan PAS, disebabkan latar warna tersebut dalam sejarah Melayu rantau ini, sekurang-kurangnya dalam sejarah terkini Nusantara.

Persamaan warna merah putih digunakan pada bendera di rantau ini disebabkan oleh akar sejarah wilayah Melayu rantau ini.

Bapak Pengumuman : Najib umum 7 projek nilai RM5.6 bilion.....bilion2 jerk projek...!!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan tujuh projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), dengan nilai pelaburan RM5.607 bilion.Secara kolektifnya, ketujuh-tujuh pelaburan projek itu dijangka dapat melonjakkan Pendapatan Negara Kasar (GNI) negara sebanyak RM2.361 bilion dan mewujudkan 18,522 pekerjaan baharu.Dalam taklimat mengemaskinikan kedua perkembangan untuk tahun ini, Najibberkata: “Dalam pencarian kita untuk mendapatkan pelaburan langsung asing, kitalebih bersikap memilih (selective) dengan penekanan diberikan kepada pelaburanpositif GNI yang akan memudahkan peralihan kita kepada ekonomi berpendapatan tinggi.
“Pelaburan-pelaburan ini (hari ini) menepati bidang-bidang fokus kita, yangtermasuklah teknologi tinggi, teknologi hijau dan alternatif dan industriberintensifkan pengetahuan.”
Perdana Menteri berkata kerajaan terus kekal fokus dalam mewujudkan situasiyang mesra pelabur bagi membolehkan perniagaan berkembang maju.
Pelaburan terbesar dalam pengemasan terkini hari ini ialah dalam sektorminyak dan gas Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Najib tidak ada pilihan, beliau akan terpaksa meletakkan jawatan selepas PRU13

Kerana permainan pemimpin-pemimpin besar UMNO berpecah belah ahli-ahli serta pimpinan keperingkat bawahan. Akhirnya ahli-ahli di bawah hanyalah diperguna untuk menjadi ‘kuda pelejang’ pimpinan yang di atas. Nampaknya seperti tenang tetapi hakikatnya pergolakan ini berlaku di antara pimpinan yang hendak terus berkuasa dan pemimpin yang sudah terkelior untuk merasa nikmat menjadi orang nombor wahid dalam UMNO. Maklum sajalah secara konvensyennya Presiden UMNO itu adalah Perdana Menteri Malaysia.
Itulah sebabnya saya selalu bercakap yang UMNO itu akan akhirnya kecundang bukan oleh kerana pihak-pihak lain tetapi oleh pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri. Kepada siapa yang berpengalaman lama dalam permainan ini mereka hampir kesemuanya telah tidak bergiat lagi dan tidak mengambil indah tentang parti mereka yang kian hari kian menguncup itu. Mereka yang kekal hanyalah mereka yang merasa nikmat dari parti kerana berjaya dalam meloloskan diri dalam percaturan politik yang sangat ‘complicated’ dalam UMNO itu.
Siapa yang menjadi korban dari permainan kotor politik oleh pemain-pemainnya ini? Yang menjadi korban ialah parti dan pemimpin-pemimpin berwibawa yang selalunya tertumpas dalam permainan politik kotor ini. Hasilnya negara ditadbir dan dikuasai oleh mereka yang hanya tahu membina kekayaan dan kepentingan keluarga mereka semata-mata dan mereka selalunya akan disokong oleh mereka yang tiada sisek politiknya. Mereka akan menjadi pemimpin untuk mendukung pimpinan yang memerlukan sokongan tanpa mengira mereka-mereka ini berguna atau sebaliknya untuk negara dan parti.

Perihal Peah dan Abang Bangla

Oleh Abd Jalil Ali
IZINKAN saya bercakap mengenai ‘Abang Bangla’. Sesetengah pihak tidak suka digunakan istilah tersebut kerana dianggap menghina. Saya tidak fikir begitu. Panggilan ‘abang’ adalah tanda hormat, malah dalam saat-saat tertentu istilah itu kedengaran amat manja, mesra lagi menaikkan perasaan.


Tidaklah saya arif mengenai jumlah sebenar warga Bangladesh yang berada di negara kita sekarang. Kalau berpandu kepada satu jawapan bertulis kerajaan pada sesi Dewan Negara, Julai 2011, ada 319,475 pendatang dari negara tersebut yang didaftarkan. Itu yang masuk secara sah. Kalau campur yang tidak sah @ haram, bilangan saudara kita dari negara tersebut mungkin jauh lebih besar.
Bercakap berdasarkan pengalaman, apa yang saya lalui dalam kehidupan harian dengan jelas membuktikan ramai orang Bangladesh di sini. Sebaik sahaja keluar rumah waktu pagi saya pasti bersua dengan orang itu. Dia memberi salam atau mengucapkan selamat pagi, sambil menundukkan kepala, kadang-kadang tabik.

DEBAT Gagal: MCA takut berdepan dengan wakil Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR, 13 SEPTEMBER: Datuk Chua Tee Yong yang juga merupakan ahli Parlimen Labis, hari ini menolak empat orang wakil yang dilantik oleh Tan Seri Khalid Ibrahim sebagai jurucakap beliau berhubung isu penstrukturan semula hutang Talam.
Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua ketika sidang medianya, beliau percaya perdebatan hari ini hanya berunsur politik semata-mata.
“Sebenarnya beliau tidak ikhlas untuk mengetahui isu Talam dan beliau hanya ingin main politik”. Kata Pua lagi.
Jelas Pua, perdebatan yang dikatakan oleh Datuk Chua di Labis pada masa yang sama mengenai isu ini tidak benar sama sekali, kerana perdebatan tersebut  telah diadakan pada malam Ahad yang lepas.
“Perdebatan tersebut sebenarnya tidak langsung dimaklumkan kepada Tan Sri Khalid sebelum acara perdebatan tersebut”, katanya lagi.

Najib’s education blueprint: Who are you kidding BN? 17 yrs to CORRECT 30 yrs of screw-ups?

Najib’s education blueprint: Who are you kidding BN? 17 yrs to CORRECT 30 yrs of screw-ups?What do we make out of BN’s unstoppable screw-ups these days? The PM must be kidding when he said that the BN-led government was going to correct all the faults of the education system over a 17-year period.
This latest gimmick, the education blueprint is certainly drawing more flak than kudos. We got the BN to screw up the entire education system over these past 30-over years, and now hey presto here is Najib’s promise of cleaning up the mess in 17 years.
And even then, the many doubts raised by people seriously committed to education remain sidelined and ignored with impunity. And you call that an education blueprint set to empower citizens in just over 17 years?
Since when did Najib take over Education

Demonstrations spread over anti-Islam film

Syria's children cope with war, daily violence

Tiada keperluan P. Pinang adakan pilihan raya asing - KMPP..!!!

Sedia garis panduan pantau akhlak artis tempatan - ILMU

Pendedahan CEO Shafie Apdal..Yang Kaya Raya..?


SPRM WAJAR SIASAT C.E.O SHAFIE APDAL!
TIDAK siapa menduga dengan gaji kecil dan berjawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ketua Pemuda MCA Sabah, Wilfred Yong Chen Leong, mampu hidup mewah ketika majoriti Ahli Parlimen Malaysia masih berada dalam lingkungan YB PPRT!

Tetapi itulah hakikatnya yang terpaksa diakui oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang enggan menjalankan siasatan sekalipun beberapa laporan rasmi telah dibuat terhadap Wilfred Yong; termasuk enggan mengarahkan 'Macai Shafie' ini membuat pengisytiharan harta.

Wilfred Yong @ Wilfred Bin Apdal bolehlah dianggap sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (C.E.O) dan Pengawal Kewaangan bagi syarikat Golden KKLW Berhad (111111-A) iaitu syarikat hanya wujud dalam kepala Shafie dan Wilfred; tetapi belum didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Polis Langkawi minta rasuah, dakwa pelancong Taiwan

NONESatu posting di sebuah forum dalam talian popular backpackers Taiwan yang menuduh polis Langkawi menuntut dan mengambil rasuah, telah meletakkan Malaysia di mata komuniti pelancongan antarabangsa.

Bagaimanapun, polis Kedah berkata tiada laporan telah dibuat berhubung dengan dakwaan tersebut.

Artikel dalam bahasa Cina itu disiarkan di backpackers.com.tw pada 10 September oleh seorang pengguna yang menggunakan nama samaran 'dr995'.

Menurut posting tersebut, penulisnya sedang memandu kenderaan MPV yang disewa di Langkawi, menuju ke tempat penginapannya apabila kenderaan itu melalui satu sekatan pemeriksaan polis.

Ni sebabnya Anwar kena pakai BODYGUARD...

Setuju sangat dengan kata-kata DSAI ni....

Ahli Parti Syaitan Mahu Santau Anwar Ibrahim di Johor ..!!!

Memang umno itu parti syaitan, penyokong umno jelas seorang syaitan, kalau tak semua pun, sebilangan besar.

Kenapa "tukanglawan" cakap macam tu, sebab pemimpin diorang sendiri tak tahu jaga ahli, masa perkasa terpekik macam beruk dekat masjid di kedah tempoh hari, mana pemimpin besar perkasa?, sepatutnya diorang mintak maaf sebab perangai beruk-beruk ni memalukan. ada pemimpin tak berani bertanggungjawab.

Tu baru tempias parti syaitan, parti induk syaitan yang dikenali pulak macma mana?, selain pemimpin diorang jadi toyol rompak kekayaan negara, anak-anak syaitan ni berkeliaraan buat onar.

Tak payah la "tukanglawan" nak cerita onar yang macam mana, selak la posting lama yang "tukanglawan" siarkan. berlambak-lambak huru hara puak ni buat kacau majlis orang. masalahnya ada ke penyokong Pakatan rakyat pegi kacau majlis diorang?. takde kan.

Syaitan kalau mabuk minum brandi, semua dia nak kacau, belum bertemu buku dengan ruas je.

Lagi satu, Syaitan mestilah berkawan dengan Syaitan kan, kalau tak percaya tengok la bukti bawah nei.



Umno Hina Anwar Tapi Dunia Iktiraf Anwar..


KUALA LUMPUR 13 September: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima anugerah AMSS (UK) Lifetime Achievement Award 2010 (Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2010) daripada Association of Muslim Social Scientists United Kingdom (AMSS UK).Anugerah itu diumumkan AMSS UK dalam satu kenyataan pada 5 Oktober 2010 dan ia akan disampaikan Pengerusi AMSS UK, Dr Anas S Al-Shaikh-Ali pada 4 Oktober ini di universiti terkemuka, Paris Sorbonne University.
Memetik laman rasmi AMKSS UK di sini, ia diberikan atas jasa dan sumbangan besar Anwar dalam bidang politik dan pemikiran ekonomi, mempromosikan tata kelola yang baik dan komitmen beliau pada prinsip keadilan dan toleransi.Bersempena dengan anugerah itu, Anwar akan menyampaikan syarahan bertajuk ‘Adakah Kebangkitan Arab (Arab Spring) berpotensi untuk menjadi Kebangkitan Muslim?’.

SPR: Kod etika untuk kerajaan sementara hampir siap...selama nie tak de eh..!!!


Menjelang PRU 13 KUALA LUMPUR - Penggubalan kod etika untuk kerajaan sementara yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dapat diguna pakai menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) kelak.
  
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kod etika itu mengandungi perkara 'boleh dan tidak boleh' yang bukan sahaja perlu dipatuhi oleh kerajaan sementara yang dilantik, malah juga semua parti politik, calon, ahli politik serta ejen pilihan raya yang terlibat.
  
"Kita sedang dalam proses menyiapkannya. Jadi, Insya-Allah dalam PRU akan datang kita akan dapat menggunakannya," kata beliau kepada wartawan selepas menjadi panel jemputan Bernama Radio24 dalam program 'Dalam Radar Khas' di Wisma Bernama di sini hari ini.

Soi Lek: Anak saya layak debat dengan MB Selangor..ha..ha..pelakon porno...!!!

KUALA LUMPUR - Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menolak tanggapan bahawa anaknya Datuk Chua Tee Yong tidak sepadan untuk berdebat dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu penstrukturan semula hutang Talam Corporation Berhad.
  
Beliau berkata Tee Yong sememangnya layak berdebat dengan Abdul Khalid kerana Tee Yong merupakan Ketua Biro Profesional Muda MCA dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
  
"Ketika saya berdebat dengan (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim) Guan Eng, adakah saya setaraf (dengan Guan Eng)? Dia (Guan Eng) ialah Ketua Menteri tetapi saya bukan sesiapa.

Samseng Politik : Polis tahan empat lelaki di program debat MCA

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh hari ini berkata empat lelaki ditahan kerana membawa senjata di khalayak umum ketika satu program debat di antara pemimpin Pakatan Rakyat dan MCA malam tadi.

Mohan Singh berkata, kesemua pemuda berkenaan ditahan kerana berkelakuan mencurigakan.
"Kita tak dapat pastikan mereka dari pihak mana tetapi mereka ditahan kerana kelihatan mencurigakan semalam," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Empat lelaki berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).
Katanya, polis mendapati pemuda berkenaan membawa dua baton boleh laras, pisau dan gelang besi ke program yang diadakan di Bandar Tun Razak itu.

ADUN PKR dakwa ditendang di program debat MCA



 
Seorang ADUN PKR mendakwa diserang seorang individu dalam satu kejadian di satu acara debat dengan pemimpin MCA di Bandar Tun Razak pada malam tadi.
Gan Pei Nei mendakwa, beliau ditendang seorang pemuda dalam kejaidan pada kira-kira jam 8.30 malam itu.
"Tendangan itu kena pada bahagian bawah sebelah kanan pinggang saya," katanya dalam satu laporan polis petang ini.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika beliau meninggalkan Dewan Pusat Belia Antarabangsa malam tadi.
Gan merupakan antara pemimpin yang hadir ke program debat di antara timbalan menteri MCA Datuk Chua Tee Yong dan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Guru Akan Jadi Profesion Berprestij & Elit di Malaysia. Beban Guru Diringankan?

Nampaknya profesion guru terus menjadi pilihan utama golongan graduan baru. Kalau disemak semula kenyataan Majlis Permuafakatan Kesatuan Persatuan Guru baru ini-baru ini, Jemale Paiman, terdapat sekitar 70,000 permohonan menjadi guru pada tahun 2011 sedangkan hanya 5,000 sahaja diperlukan bagi mengisi kekosongan jawatan guru…Yang dapat 8A SPM sekarang ini belum tentu boleh dapat diterima masuk…10,200 siswazah pendidikan tidak ditawarkan kerja..???
  1. Sekarang ini guru siswazah baru boleh menikmati gaji asas sekitar RM2,300 dan boleh menjana pendapatan sehingga RM2,500 dengan elaun.
  2. Sekarang ini sudah ada kenaikan pangkat guru secara time based di mana guru boleh menikmati peningkatan kerjaya dengan lebih cepat jika berjaya menunjukkan prestasi yang baik
  3. Guru sekarang ini yang dihantar ke kawasan pedalaman juga akan menerima Elaun Lokasi Mengikut Tahap Kesukaran (ELMTK). Ehem…Benarkah yang “berhak” menikmatinya?

Senarai Cadangan Rangka Tindakan Pendidikan Malaysia 2013-2025

  1. Dasar Pendidikan Negara Guru Akan Jadi Profesion Berprestij & Elit di Malaysia. Beban Guru Diringankan?Selepas ini hanya 30% antara siswazah paling cemerlang di negara ini daripada yang ramai-ramai memohon itu akan diterima masuk untuk bertugas sebagai guru. Ini semua dilakukan mahu menjamin kualiti yang ada untuk mengangkat guru sebagai profesion yang berprestij dan elit.
  2. Mulai 2013, beban guru dalam bidang pentadbiran akan diringankan bagi membolehkan mereka memberi fokus terhadap tugas mengajar. Contohnya, Sesetengah fungsi pentadbiran juga akan dipindah kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru khusus pentadbiran di peringkat sekolah

Perhimpunan Bersih: Pihak pendakwa tarik balik bantahan awal

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan menarik balik daripada membuat hujahan bantahan awal di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin merujuk satu persoalan perundangan ke Mahkamah Tinggi berhubung satu daripada tiga pertuduhan berkaitan perhimpunan Bersih 3.0.
  
Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamad memberitahu Hakim Mahmud Abdullah bahawa setelah membuat rujukan, pihaknya membuat keputusan untuk menarik bantahan awal itu.
  
Dengan keputusan tersebut, permohonan Anwar serta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali akan didengar di Mahkamah Tinggi pada satu tarikh yang akan ditetapkan mahkamah berkenaan.
  
Dalam permohonan itu, Anwar berkata Mahkamah Tinggi perlu memutuskan sama ada Seksyen 4(1)(c) dan 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atau tidak.

10,200 graduan pendidikan belum ditawar kerja....Ekonomi Bagus..Guru Sekolah Cukup...Gomen Ada Duit Lebih...!!!!



Gambar hiasan 
NILAI - Nasib 10,200 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang sehingga kini masih belum ditawarkan pekerjaan sebagai guru akan diketahui pada pembentangan Belanjawan 2013, 28 September ini.
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua graduan terbabit diharap dapat bersabar kerana kedudukan mereka sebagai guru akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, pada hari itu.
"Ada timbul isu masalah pengangguran bagi graduan pendidikan kerana selepas menamatkan pelajaran dan memperoleh ijazah, mereka tidak ditawarkan pekerjaan di Kementerian Pelajaran.

"Bagaimanapun, kita sudah dimaklumkan masalah ini dan jalan penyelesaian telah pun diambil namun ia hanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada Belanjawan nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Politeknik Nilai di sini, hari ini.

Four arrested at MCA's Talam debate..!!

Kembara Merdeka Jitra Baling

Mansuh: Ada pihak justifikasi ISA penting

MCA akan hantar surat undangan debat kali ke-2.....setelah takut berdebat dengan wakil Kerajaan Negeri.!!!

Mengapa 4 tahanan ISA enggan jumpa peguam?

Penganalisis: S'gor lengah pilihanraya, "bonus" kepada BN..!!

Peguam: Isteri tahanan ISA diugut, Visa akan tamat pada bulan Sept kata Polis.

GMI: Laporan pro-ISA untuk hidupkan semula akta zalim

Dr Asri: Kewajiban taati pemerintah

Dr Asri PADA Sabtu ini, saya insha-Allah akan membentangkan kertas dalam Konvesyen Fiqh Politi Islam Semasa di UIAM, Gombak. Tajuk yang diberikan kepada saya iailah Mentaati Pemerintah:
Antara Literal Dan Maqasid.

Oleh kerana penyertaan ke konvensyen itu terhad, maka saya ingin berkongsi sedikit di ruangan yang terhad ini mengenai tajuk tersebut.

Mentaati pemerintah ini termasuk dalam fiqh siyasi iaitu fekah Islam yang berkaitan dengan imarah ataupun imamah ataupun kepimpinan dalam Islam. Perbezaan pandangan dalam hal ini, bukanlah masalah akidah.

Saya sebutkan ini kerana ada golongan muda agama politik tertentu yang menganggap isu ini isu akidah. Dalam ertikata lain, sesiapa yang tidak taat kepada kerajaan bererti rosak akidahnya. Ini tidak tepat.

Al-Imam Ibn ‘Ashur ketika menyebut tentang sebab-sebab perpecahan: “Kelima: memasukkan ke dalam tauhid perkara-perkara yang bukan daripadanya. Tujuan untuk membesarkannya pada mata orang awam seperti masalah khilafiyyah, tentang keluar menentang penguasa, mengenai mengikut salah satu imam mazhab yang empat…”. (Muhammad Tahir ibn ‘Ashur, Alaisa al-Subh bi Qarib, 186. Tunisia: Dar Suhnun)

PEKIDA - GANGSTER MELAYU?

CATATAN ANUAR MOHD NOR – kita langgar – kita kutip adalah antara kata-kata yang sampai kepada saya. PEKIDA ini samseng Melayu ke? Ini berlaku pada saya. Saya telah mengalami serangan sakit jantung baru-baru ini dan telah mendapat rawatan selama lebih dari 7 hari. Setiap bulan pekerja restoran saya – saya bayar pada tepat 7hb setiap bulan dan tidak pernah gagal sungguhpun restoran saya tidak pernah dapat keuntungan – selama ini.

Saya berusaha setiap bulan mendapatkan pendapatan lain untuk memberi peluang kepada restoran itu maju dan untuk dikenali. Namun baru-baru ini saya telah terlantar di hospital dan saya tidak dapat membayar gaji segelintir dari mereka pada 7hb – baru-baru ini. Dalam keadaan saya masih dirawat – saya dimaklumkan pada 10hb – bahawa ada seorang antara pekerja saya – yang saya lewat membayar gaji selama 4 hari (telah dibayar pada masa artikel ini di tulis) sudah mula bersedia untuk langgar saya.

Peguam: Isteri tahanan ISA diugut, visa bakal tamat

Peguam Farhana Abdul Halim mendakwa seorang isteri kepada tahanan ISA diugut supaya tidak membuat membuat laporan polis yang mendakwa lelaki itu dipukul di dalam kem tahanan.

NONEBeliau mendakwa isteri kepada tahanan tersebut, seorang warga Indonesia, didatangi beberapa orang polis dari Bukit Aman yang meminta supaya wanita berkenaan tidak membuat laporan.

Farhana (kiri) mendakwa, wanita Nunurheni Onim, turut diugut akan ditamatkan visanya jika berkeras membuat laporan polis.

"Beliau didatangi beberapa pegawai polis Bukit Aman yang menyatakan nama suaminya sudah naik (disenarai untuk dibebaskan).

"(Mereka pesan) jika beliau teruskan laporan polis ini akan menyusahkan proses pembebasan suaminya," kata Farhana pada sidang media pagi tadi.
Suami wanita itu, Md Radzali Kassan, merupakan sebahagian daripada 30 orang lain yang masih berada dalam tahanan, kata Farhana.
Sakit batu karang kronik
Dakwanya, Md Radzali juga kini terpaksa membeli sendiri makanan dari kantin Kem Tahanan Kamunting kerana keadaan kesihatannya.

Sebiji Burger Untuk Tutup Mulut Tahanan ISA Daripada Dedah Seksaan Pegawai Kem

KUALA LUMPUR  13 SEPT: Dipukul dan didera secara mental termasuk penderaan seksual setiap hari secara berterusan selama 60 hari antara kaedah yang menyebabkan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)  akhirnya terpaksa mengaku bersalah.
Antara tahanan yang menjadi mangsa seksaan dan ugutan pegawai kem tahanan di Kem Tahanan ISA di Kamunting, Perak itu termasuklah golongan ulama, hafiz dan guru-guru Al-Quran.
Tahanan juga diugut agar tidak mendedahkan situasi sebenar dalam tahanan kepada pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) apabila suruhanjaya itu mengadakan lawatan.
“Bila Suhakam nak datang mereka belikan burger McD untuk tahanan, selepas itu Suhakam duduk di depan tahanan, di belakang polis bersedia untuk tengok siapa yang berani nak jadi ‘whistle blower’.
“Aku dah belikan kau burger ni.. Aku dah seksa kau, kemudian aku pujuk kau belikan burger jadi aku harap kau dapat cakap benda baik tentang kami.
“Apa, mereka ingat kami ni apa, boleh dibeli dengan sebiji burger?

OIC kesal filem hina Nabi, kutuk serang kedutaan


Protes filem hina Nabi, Duta AS ke Libya antara 4 maut
Protes yang diadakan di pejabat konsul Amerika Syarikat semalam.
JEDDAH - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam Duta Besar Amerika ke Libya dan tiga pegawai pejabat konsul di Benghazi.

Setiausaha Agung OIC, Prof Ekmeleddin Ihsanoglu berkata, beliau terkejut dengan tindakan keji itu, yang tidak boleh diterima atas sebarang alasan.

Christopher Stevens terbunuh apabila sekumpulan penunjuk perasaan menyerang pejabat konsul Amerika menggunakan roket pelancar bom, sebelum membakar bangunan berkenaan kelmarin.

Keganasan itu dikatakan berpunca daripada penerbitan sebuah filem yang menimbulkan kemarahan umat Islam.

Deklarasi Kuching pastikan rakyat Sabah, Sarawak terbela bawah Pakatan

KUALA LUMPUR 13 September: Pakatan Rakyat (Pakatan) akan mengumumkan satu deklarasi yang dinamakan ‘Deklarasi Kuching’ pada Sambutan Hari Malaysia di Sarawak, Ahad ini.
Deklarasi Kuching pastikan rakyat Sabah, Sarawak terbela bawah PakatanKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan satu rangka bersama antara parti-parti Pakatan bagi menyatakan komitmen dalam usaha memperkasakan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung.
“Satu deklarasi yang dinamakan ‘Deklarasi Kuching’ akan kita umumkan di Kuching yang akan ditujukan khusus kepada usaha kita untuk memperkasakan Sarawak dan Sabah,” katanya.
Menurut Ketua Umum KEADILAN itu, Deklarasi Kuching yang mangandungi beberapa agenda utama ini akan turut ditandatangani oleh pemimpin utama Pakatan.
“Ia juga satu janji Pakatan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya Sabah dan Sarawak dalam memastikan masyarakat terus hidup dalam perpaduan dan keamanan,” katanya.
Jelas Anwar, sambutan Hari Malaysia pada tahun ini diberi tumpuan di Sabah dan Sarawak, yang mana sambutan ambang Hari Malaysia akan diadakan di Kota Kinabalu pada 15 September sebelum ke Kuching Sarawak pada 16 September.
Kata beliau lagi, segala persiapan sambutan tersebut disusun oleh Pakatan Sabah dan Sarawak.
“Kita juga turut memberi bantuan untuk sambutan tersebut tetapi segala persiapan dilakukan sepenuhnya oleh jentera Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut,”

MAKE A COMEBACK, KOON SWAN: Rid the MCA of brain-dead LAPDOGS!

MAKE A COMEBACK, KOON SWAN: Rid the MCA of brain-dead LAPDOGS!WHAT a moronic party devoid of any innovative intelligence. Even my arse started twitching when I saw MCA’s online article titled “MCA behind former President Tan Koon Swan”.
I guess I shouldn’t be surprised by a party leadership that supports immorality led by their president Chua Soi Lek who shamelessly practiced adultery.
If the central party leaders had any intelligence at all, they would not have associated themselves with such a morally tainted politician.
But, alas, that’s what MCA is about – SHAMELESSNESS.
“MCA behind former President Tan Koon Swan” – Hey man! Where has MCA been in the past 20 years after its president was stabbed in the back by Umno and specifically by the evil and racist Mahathir Mohamed (Dr M).
Moronic MCA

Lokasi himpunan bantah filem hina Nabi esok


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan himpunan munajat dan bantahan di seluruh negara esok berhubung penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Rasulullah SAW.

Himpunan tersebut akan diadakan sejurus solat Jumaat di setiap negeri di seluruh Malaysia.

Berikut adalah senarai lokasi himpunan setiap negeri yang telah disahkan:

a] Pahang - Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan

b] Selangor dan Wilayah - Masjid Amaniah, Batu Caves

c] Perak - Masjid Negeri Ipoh

d] Sabah - Masjid TM Sepanggar Kota Kinabalu

e] Penang - Masjid Permatang Janggus

f] Sarawak - Masjid Bintulu

g] Terengganu - Masjid Rusila

h] Melaka, Kedah, N9, Johor sedang menentukan lokasi utk himpunan tersebut .

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Pusat menjemput semua umat Islam yang perihatin untuk menyertai himpunantersebut esok.

Krisis Najib-Muhyiddin: Khabar Angin Yang Bakal Menjadi Realiti

Jika dilihat kehadiran Najib bersama Muhyiddin di majlis pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan semalam, seolah-olah tidak ada apa-apa masalah antara mereka berdua. Perdana Menteri dan timbalannya ini bagaikan gandingan erat yang sentiasa seia sekata serta sehati sejiwa.

Tetapi beberapa minggu sebelum itu, bertaburan poster-poster di Johor yang mahukan Muhyiddin sebagai PM sebelum PRU 13 ini bagi menyelamatkan UMNO dan BN berikutan Najib dilihat masih gagal untuk menarik sokongan rakyat menjelang pilihanraya umum akan datang.

Meskipun UMNO Johor dan UMNO Pagoh menafikan poster itu diterbitkan oleh mereka dan menyifatkan ianya taktik pihak yang tidak bertanggungjawab untuk merenggangkan hubungan kedua pemimpin itu, hakikatnya jika pun wujud masalah antara Najib dan Muhyiddin, ia juga bukanlah sesuatu yang pelik dan di luar kebiasaan.

Selain watak dan pendekatan keduanya jelas berbeza, mereka juga berbeza pendapat dalam beberapa isu. Dalam Akta Keterangan yang baru diluluskan misalnya, suatu ketika Najib setuju ia dikaji semula setelah adanya pelbagai bantahan tetapi Muhyiddin mempertahankannya, termasuk bertindak memanggil dua timbalan menteri yang sebelum itu agak keras membantah akta itu.

Beberapa lama sebelum itu, di ketika Najib bangga dengan 1Malaysianya, Muhyiddin pula tetap meletakkan dirinya sebagai Melayu dahulu, kemudian baru diikuti sebagai rakyat Malaysia. Pendekatan yang jelas amat bertentangan dengan 1Malaysia.

Dalam beberapa isu lainnya pula, Muhyiddin juga dilihat tidak berapa bersungguh mempertahankan Najib seperti yang dapat dilihat dalam isu remaja menayang punggung dan memijak gambar Najib.

Korupsi di M’sia sudah membarah

SAMM akan membuat pendedahan kesemua dokumen yang diperolehi dalam masa tiga hari dari hari ini. 

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat pendedahan berlakunya penyelewengan melibatkan Jabatan Perdana Menteri.
Dalam satu kenyataan media hari ini Penyelaras SAMM Kebangsaan Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan mendedahkan identiti seorang yang bekerja sebagai orang tengah dalam hal geran bantuan Perdana Menteri.
Badrul Hisham yang juga ketua PKR bahagian Rembau berkata pada 12 September (semalam) beliau menerima satu set dokumen di rumahnya di Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Menurutnya, SAMM akan membuat pendedahan kesemua dokumen yang diperolehi dalam masa tiga hari dari hari ini.
Dokumen ini membuktikan bagaimana geran bantuan Perdana Menteri kepada sebuah badan kebajikan telah diselewengkan dan sebanyak RM200,000 terpaksa dibayar kepada orang tengah sebagai ‘komisyen’.

RM200,000 dari geran bantuan Pertubuhan Kebajikan diseleweng pemimpin BN..


Setelah berbagai penyelewengan yang melibatkan Najib dan pentadbirannya terdedah kini kita akan melihat satu lagi salahguna dana kerajaan oleh pentadbiran Najib.. Insyaallah..

Yang menarik kali ini ialah, sifat haram jadah benar-benar jelas kelihatan dalam pemimpin-pemimpin UMNO/BN dimana RM200,000 dari RM500,000 Geran Bantuan untuk sebuah Pertubuhan Kebajikan diseleweng oleh beberapa pemimpin BN.

Aku ulang.. Geran Bantuan untuk sebuah Pertubuhan Kebajikan..

*******************************************

Adakah Umno setuju tandas unisex cadangan MCA?



Oleh Pakdee Jantan

MCA mengutuk tradisi yang diamalkan oleh orang Melayu/Islam di kampung-kampung yang memisahkan khemah antara lelaki dan perempuan dalam majlis kenduri kendara.

Walaupun pemisahan khemah mengikut gender ini telah berlangsung sejak beratus tahun di kalangan masyarakat Melayu yang kuat pegangan Islamnya, namun ia ditentang habis-habisan oleh MCA yang mendesak amalan itu dihapuskan. Maka UMNO dengan penuh ketakutan tak akan berani mengangkat suara untuk membantah cadangan MCA itu.

Apakah selepas ini MCA akan mendesak pula supaya tandas lelaki dan wanita dihapuskan, pakai campur satu tandas saja. Lepas itu tidak mustahil pula kalau MCA akan desak supaya orang Islam yang bersolat jamaah pun jangan dipisahkan lelaki perempuan maksudnya dalam satu saf tu bercampur lelaki perempuan. Apakah mustahil kalau UMNO akan mengikut arahan 'tuan besar' mereka MCA itu demi untuk mendapatkan sokongan dan undi dari orang MCA dalam pilihanraya?

Sebelum perkara itu terjadi... pakat tepuk dada tanya iman. Sanggupkah kita menunggu hingga ke saat itu baru nak tolak UMNO, MCA dan Be End? Sudah terlambat makcik... kalau nak tolak atau tendang UMNO eloklah buat dari sekarang!

SAMM Dakwa Umno-BN Turut Terima Dana Asing

SHAH ALAM 13 SEPT : Pendedahan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membongkar isu pembelian kapal selam Scorpene yang mengancam pemimpin negara menyebabkan organisasi bukan kerajaan itu diserang pelbagai pihak.
Dakwaan bahawa Open Society Institute yang diasaskan oleh George Soros menyalurkan dana lebih AS$180,000 (RM558,556.92) Suaram sepanjang tempoh 2007 hingga 2010 seakan melengkapkan serangan untuk melumpuhkan Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) itu.
Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM), Badrul Hisham Shahrin berkata ancaman itu dilihat sebagai cubaan menutup pendedahan skandal Scopene yang didalangi Umno-BN.
Malah, Umno-BN seharusnya sedar bahawa mereka juga menerima dana asing yang melibatkan banyak program kementerian.
Beliau berkata mengikut rekod, beberapa organisasi yayasan besar luar negara turut merekodkan bahawa parti kompenan Umno-BN terlibat dalam penyaluran dana itu.

Siasat Suaram tak jejas pendedahan kes Scorpene

KUALA LUMPUR: NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) tidak akan menjejaskan usahanya dalam mendedahkan penyelewengan dalam isu Scorpene.

Penyelaras Suaram E. Nalini berkata, mereka percaya dengan apa yang telah dibuat selama ini mempunyai perjuangan yang lebih besar untuk dicapai.

"Bagi Suaram, kami berani kerana benar, " katanya sebaik diminta mengulas sejauhmana usaha mereka meneruskan pendedah isu Scorpene walaupun menerima asakan dari kerajaan.

Beliau ketika dihubungi berkata, usaha mereka sepatutnya dihargai dalam menyedarkan rakyat Malaysia tentang hak asasi di samping melahirkan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai itu.

Baginya, Suaram tidak akan berundur malah intimidasi sebegini bukan sesuatu yang baru dan percaya mereka ditekan kerana berani mendedahkan rasuah dalam pentadbiran negara.

Terdesak Umno Heret Institusi Raja Ke Kancah Politik


SHAH ALAM 13 SEPT : Dakwaan Umno-BN bahawa DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak dijemput untuk mencemar duli ke program Ambang Merdeka baru-baru ini dilihat cuba mengheret institusi Raja ke kancah politik murahan.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata tindakan itu merupakan tabiat pemimpin Umno-BN dalam mencari alasan untuk mengekalkan kedudukan.
Katanya, ia dilihat sebagai cubaan mencetuskan kebencian dan memutuskan ukhwah yang sedia terjalin antara Kerajaan Negeri dan pihak istana.
“Adalah menjadi amalan biasa, Setiausaha Kerajaan Negeri dipertanggungjawabkan untuk segala persiapan, jemputan dan prasarana yang difikirkan perlu.
“Bagaimanapun, Umno-BN sentiasa berasa tidak berpuas hati dengan Kerajaan Negeri. Kemungkinan sambutan luar biasa itu menjadi sebab kurang senang kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan media.

KPN akui jenayah korporat berlaku kerana sikap tamak...!!! Orang Bijak Belit Dari Kumpulan Anti Islam la tue..geng parti setan...!!!

KUALA LUMPUR, 13 Sept — Ketua polis negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar mengakui jenayah korporat atau “kolar putih” yang berlaku dalam negara berpunca daripada sikap tamak sesetengah pihak yang mahu mengaut keuntungan.
Tanpa memberikan kes spesifik, Ismail juga menegaskan tindakan tegas dan langkah kesedaran perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia akan menjejaskan ekonomi negara  secara amnya.
“Kes jenayah kolar putih ini berlaku kerana sesetengah pihak yang terdorong sikap tamak untuk mengaut keuntungan,” kata Ismail.
Ismail juga berkata Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dibawah unit Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) giat menyiasat kes-kes jenayah komersil ini tetapi turut menggesa orang awam untuk turut sama membanteras jenayah ini.

EC: Code of conduct for caretaker govt ready..!!

The draft must be brought to the federal government for further deliberation, says Election Commision deputy chairman Wan Ahmad Wan Omar.

PETALING JAYA: The Election Commission (EC) has prepared a code of conduct for a caretaker government, possibly to be used for the 13th general election
“The draft is ready but we need to present it to the federal government for further deliberation,” said EC deputy chairman Wan Ahmad Wan Omar today.
The code of conduct is one of the 22 recommendations made by the Parliamentary Select Committee on Electoral Reforms (PSC) in order to improve the electoral process in the country.
The 13th general election must be called before April 2013 but Prime Minister Najib Tun Razak had hinted on several occasions that he might dissolve the parliament by the end of this year.

JAHIL Adat BERTUNANG - Ustaz Azhar Idrus

Kini TIADA Kitab Agama Dalam RUMAH Orang Islam - Ustaz Azhar Idrus

HIBURAN Tidak Salah - Ustaz Azhar Idrus

HALANG Bina Sekolah PONDOK - Ustaz Azhar Idrus

Pergi HAJI Tapi TOLAK Syariat ISLAM - Ustaz Azhar Idrus

"独立媒体:从句点延续"讲座 - 前《独立新闻在线》马来版主编林宏祥

Kutipan Derma RM12,000 Diserah Bagi Bantu Wanita Palestin

Uploaded videos (playlist)

Syaitan Dikenali : Saranan Melayu tinggal Umno masuk PAS tepat

Umum mengetahui kebobrokan UMNO-BN dan tindakan jahat yang mereka lakukan ke atas kepentingan orang Melayu, Agama Islam, malah institusi DIRaja. Namun, UMNO sebenarnya lebih teruk daripada itu, mereka sedang menjerumuskan Negara ke lembah kebinasaan. Saranan Tuan Guru Presiden, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, supaya orang-orang Melayu meninggalkan UMNO dan mengukuhkan PAS merupakan saranan yang tepat dan perlu diambil pengajaran segera.

Ironinya, UMNO sememangnya telah ditolak oleh kebanyakan rakyat yang sedar dan bermaklumat. Tidakkah kita tertanya, mengapa golongan cerdik pandai, dan mereka yang duduk di kawasan Bandar, dan kawasan-kawasan yang membangun, kebanyakannya memilih Pakatan Rakyat? 11 daripada 14 ibu kota negeri-negeri yang ada di Malaysia, dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam PRU-12. Keputusan ini sebenarnya mengundang pelbagai tafsiran. Hujah yang paling tepat untuk menggambarkan situasi pengundi di Ibu Kota di atas, ialah kerana mereka memiliki akses dan terdedah kepada pelbagai jenis maklumat.

Najib sila jawab... Adakah Yahudi APCO antara penderma filem 'Innocence of Muslims'"?

Kerajaan Malaysia telah mengakui di Parlimen bahawa mereka menggunakan kira-kira RM77 juta duit rakyat untuk 'disedekahkan' kepada firma perunding iaitu APCO Worldwide demi untuk memulihkan imej kerajaan BN dan Najib.

APCO pula adalah syarikat Yahudi yang banyak menyumbang terhadap kepentingan kaum Zionis sedunia. Persoalannya adakah APCO Worldwide adalah 1 dari 100 penyumbang, yang keseluruhannya bernilai RM5 juta itu?

Najib, UMNO dan Be End sila jawab... jangan tak jawab!!

Money laundering through casinos

A special task force has uncovered a new method of money laundering, and is working with casino operators to nail the culprits.
KUALA LUMPUR: A special task force on money-laundering and tax-dodgers has discoverd the latest modus-operandi of certain “professional money-launderers”.
These money-launderers abused the account facilities provided by casinos to carry out their “fishy” transactions.
A probe on the transactions revealed that certain account holders had frequented the casinos at Genting Highlands and withdrew cash as much as RM1 million from their accounts before converting the money into gambling chips.
“After playing for some time, these accounts holders would return to the counters to change their chips by requesting cheques to be issued on the balance,” a source told FMT.

Talam: Tolak wakil MB debat, Tee Yong takut


KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong yang tidak mengizinkan wakil Menteri Besar Selangor berdebat dalam isu Talam malam tadi disifatkan sebagai tindakan seorang penakut.

Malah, menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad, penganjuran debat malam tadi betul-betul berniat jahat dan semata-mata mahu mencari publisiti murahan untuk kepentingan politik bukan mahu mencari kebenaran disebalik isu kontroversi itu.

Rakyat Perlis tahu perpecahan Umno dari isu NFC




(Kompleks PAS Perlis bernilai RM1.8 juta yang terletak di Kangar)

KANGAR: "Rakyat Perlis lebih tahu tentang perpecahan antara Datuk Seri Shahidan Kassim dengan Menteri Besar mereka, Datuk Seri Mohamad Isa Sabu dari isu NFC misalnya."

Perkara ini dinyatakan Ketua Pusat Kajian Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Dr Ridhuan Othman dalam beberapa majlis.

Ternyata apa yang disebutkan oleh Dr Ridhuan itu benar. Dalam pertemuan Harakahdaily dengan pimpinan PAS dan rakyat Perlis baru-baru ini, penyataan itu disahkan benar oleh mereka.

"Dalam Dewan Undangan Negeri Perlis baru-baru ini, Shahidan secara terbuka mengaku perkara itu.

"Dalam ucapannya dalam sidang DUN, dia serang MB Perlis . Saya bangun mencelah, Umno ni berpecah dualah.

Apa Jawapan TG Nik Aziz Terhadap Kenyataan Najib?




ULASAN GB

Kata Najib: "Nak apa-apa pun, tuan-tuan kena sokong BN dalam PRU13!"

Nampaknya, Najib masih dengan “You help me, I help you.”

Dan berkatalah TG Nik Aziz, "Najib belum kenal peribadi orang Kelantan, dia ingat kaedah yang serupa dia menipu di tempat lain boleh digunakan di Kelantan juga."

Kaedah politik U HELP ME, I HELP U, "jari menunjuk kelingking berkait" adalah kaedah curang di dalam memberikan bantuan, tidak ikhlas dan tidak jujur. Naib menyangka semua umat Islam sama perangainya macam lembu UMNO, boleh dicucuk hidungnya, boleh dibeli dan ditipu.

Rakyat Kelantan yang telah berada di bawah kepimpinan ulamak menolak sebarang ketidak-ikhlasan dan kecurangan di dalam pemerintahan dan telah bersedia untuk mengalahkan UMNO BN di dalam PRU13 nanti.

Indonesia kecam, gesa YouTube sekat Innocence of Muslims


Protes filem hina Nabi, Duta AS ke Libya antara 4 maut
Protes yang diadakan di pejabat konsul Amerika Syarikat semalam.
 
JAKARTA - Indonesia, negara Islam terbesar, hari ini mengecam keras pembikinan Innocence of Muslims dan meminta Youtube menyekat kandungan filem itu dari dunia siber.

Ia mengambil langkah itu untuk mengurangkan impak akibat penayangannya di YouTube.

“Kami mengecam keras video tersebut, saat ini kami tengah melakukan koordinasi dengan Internet Service Provider (ISP), Google yaitu YouTube untuk melakukan sekatan terhadap video tersebut,” kata Kementerian Komunikasi dan Penerangan Indonesia, hari ini.

Polis akui serangan terhadap peserta himpunan Bersih dan wartawan ‘tak bertanggungjawab’

KUALA LUMPUR, 13 Sept — Seorang pegawai polis veteran hari ini mengakui serangan terhadap peserta dan wartawan oleh polis semasa himpunan Bersih pada 28 April lalu sebagai “hina, tak bertamadun dan tidak boleh diterima”.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa membuat pengakuan tersebut didalam inkuiri dengan pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) ke atas himpunan reformasi pilihanraya 28 April lalu yang telah dicemari insiden ganas dan kelam kabut.
Beliau turut memberitahu SUHAKAM bahawa polis sepatutnya tidak boleh menahan peserta yang bersurai dengan menarik mereka keluar daripada restoran.

Umat Islam Diseru Bantah Penerbitan Video Hina Nabi Muhammad S.A.W



SHAH ALAM 13 SEPT : Pemuda PAS Pusat menyeru umat Islam di seluruh negara untuk mengadakan satu himpunan aman di peringkat negeri untuk menyatakan bantahan dan mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan video yang menghina Nabi Muhammmad S.A.W.
Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata setiap negeri diminta untuk mengadakan himpunan aman tersebut pada Jumaat ini.
“Pemuda PAS berharap agar setiap pelusuk tanah air umat Islam di Malaysia dapat turun untuk meramaikan himpunan ini,” kata Khairul Faizi dalam kenyataan medianya.
Menurut beliau, Pemuda PAS meminta agar Kedutaan Amerika Syarikat menyelesaikan isu ini dengan segera.

Majlis Raya: MCA tak faham akhlak orang Islam


KUALA LUMPUR: MCA dan BN sudah betul-betul kehilangan isu sehinggakan akhlak orang Islam di majlis Hari Raya turut menjadi modal serangan politik mereka.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, MCA bukan sahaja tidak faham bahkan tidak mahu faham bahkan menyerang pula.

“MCA tak pernah faham, tak pernah nak faham dan sengaja memainkan isu yang tidak perlu dimainkan ini kerana mereka sudah tiada isu,” kata Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Harakahdaily.

MCA Negeri Sembilan telah menuduh PAS mengamalkan pengasingan gender hanya semata-mata PAS Negeri Sembilan menyediakan kaunter mengambil makanan berasingan antara lelaki dan perempuan di majlis Rumah Terbuka Hari Raya PAS Negeri Sembilan pada hari Sabtu lepas sejajar dengan akhlak Islam dan ketimuran.

GMI: Laporan pro-ISA untuk hidupkan semula akta zalim

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) memepertikai laporan akhbar The New Straits Times yang mempertahan penahanan suspek jenayah pemerdagangan manusia bawah ISA.
Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, beliau percaya perkara itu dibangkitkan untuk menunjukkan kepentingan ISA.
NONE"GMI percaya hal ini dibangkitkan dengan tujuan untuk menunjukkan betapa ISA penting bagi mengekang perilaku jenayah tegar sedangkan ISA sudah dimansuhkan.

"Ia seolah-olah mahu menjustifikasikan agar ISA dihidupkan kembali," katanya.
The New Straits Times selama tiga hari berturut-turut bermula 10 September melaporkan pada halaman depannya berita tahanan ISA yang masih terbabit dengan jenayah perdagangan manusia dari dalam penjara.
Laporan berkenaan memetik kenyataan tahanan ISA yang antara lain berkata, Akta Pemerdagangan Manusia 2007 tidak cukup ketat kerana masih terdapat lompong perundangan bagi mereka melepaskan diri daripada sebarang dakwaan.

Mustapa: Pelabur bimbang tahap keselamatan M'sia..??? Sebab Perompak dan Samseng berada kat Putrajaya lah...!!!!

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata para pelabur asing bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini.

NONEDalam ucapan di majlis dialog anjuran kementeriannya bersama beberapa dewan perniagaan asing dan polis hari ini, Mustapa berkata perkara itu ditimbulkan oleh pelabur beberapa kali dalam setahun lalu, pada dialog sebelum ini.

"Tujuan dialog kerana dalam beberapa dialog dengan dewan perniagaan hal yang berkait keselamatan ada kesan pada pelaburan.

"Saya menjanjikan satu pertemuan untuk menangani isu ini... Kita di sini untuk melihat apa lagi yang kita boleh buat untuk memperbaiki situasi di negara ini," katanya.

Rakyat Terkejut Petrol Ron 97 Naik Tanpa Diumum Menteri


SHAH ALAM 13 SEPT : Ada yang terkejut dan ada yang tidak pernah langsung mendengar sebarang berita pengumuman oleh pihak kerajaan dan Menteri berhubung kenaikan harga petrol Ron 97 kepada RM0.30 berkuatkuasa 5 September lalu menjadikan ia berharga RM3.00 seliter.
Reaksi ini diterima wartawan Selangor Kini di sekitar Shah Alam berkenaan isu yang diutarakan.


Menurut Roslan Husin,52, beliau langsung tidak tahu menahu berhubung kenaikan itu kerana tiada sebarang pengumuman rasmi oleh Menteri tidak seperti harga Ron 97 diturunkan sebanyak RM0.20 pada 5 Julai.

Myanmar's Rohingyas unlikely to return home

Obama promises to bring killers to justice

Today in History for September 13th

Egypt protests continue against anti-Muhammad film

Muslim Advocacy Org.: Libya Attack 'Inexcusable'

Syrian Refugees Endure Squalor in Wait to Leave

UN Condemns Attack in Libya, Offers Condolences

Kenyatan media PKR : "Ugutan Tunggu Dengan Pistol Di Johor Oleh Samseng"

曾敏凯:人民纳税给警察的钱,70%拿来打广告!

Debat anjuran MCA kecoh...Apabila MCA takut berdebat dengan Wakil K'jaan Selangor.

Malaysia Kita ; Rampasan dadah RM68 Juta

Anwar Ibrahim: Perubahan Pasti Berlaku

Local democracy

Pakatan Sahkan Pilihanraya DNS Selangor Dibuat Berasingan

Pemimpin Pakatan Dihalang Berdebat Isu Talam Oleh MCA

MB reps walk out of Talam debate

PKR wants NFC probed for money laundering

Siapakah Yang Menyahut Rintihan Derita Insan?

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Insan itu insan. Terdedah kepada kesusahan dan kesakitan. Terdedah kepada dukacita dan sengsara. Sehebat mana pun dia. Sebesar mana pun pangkatnya. Insan bukan tuhan untuk kebal dari panahan sengsara dan duka. Jika tidak menimpa pada hartanya, menimpa pada tubuhnya. Jika tidak pada tubuhnya, menimpa pada maruahnya. Jika tidak pada maruahnya, pada perasaannya yang derita disebabkan pelbagai punca. Mungkin kehilangan orang yang dicinta, atau dikhianati oleh orang disayangi. Segala mungkin. Itulah hakikat kehidupan insan dan itulah hakikat kehidupan setiap makhluk.

Apabila insan ditimpa derita, dikepung oleh sengsara, dihambat oleh duka, dia akan berusaha mencari tempat bergantung. Mencari dahan berpaut. Mencari teduhan untuk berlindung. Jiwa dan fikirannya melayang dan meraba; kepada siapakah hendak aku mengadu? Siapakah yang boleh menolong daku? Siapakah yang mampu untuk mengeluarkan aku dari kemudaratan ini?