Rabu, 12 September 2012

Teguran PBB: Impian terlaksana bila PR perintah


KUALA LUMPUR: Apabila pelapor Pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi berpersatuan dan perhimpunan aman, Maina Kiai, mengeluh kerana Malaysia adalah antara segelintir negara di mana penganjur protes dipertanggungjawabkan secara peribadi terhadap kerosakan ketika demonstrasi, ini menandakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tindakan kerajaan selama ini.
“Teguran ini merupakan tamparan hebat buat kerajaan yang selama ini merasa mereka di pihak yang benar, sedangkan kenyataan wakil PBB ini telah membuktikan sebaliknya,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor.

Barangkali, ujarnya Maina sendiri menyaksikan bagaimana teruknya pukulan polis terhadap penganjur, wartawan dan juga peserta awam dalam himpunan tersebut.

PRU 13: AJK daerah undi BN diminta siap sedia

BANTING - Semua anggota jawatankuasa yang bertugas di pusat daerah mengundi seluruh negara diingatkan agar membuat persediaan rapi bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

"Saya nasihatkan janganlah asyik kita nak berteka-teki bila tarikh pilihan raya, biarlah kebijaksanaan Perdana Menteri untuk tentukan. Cuma kalau tidak tahun ini, ia akan berlaku tahun depan, itu sahaja.

"Apa yang paling penting sekarang, saya nak tanya adakah pusat mengundi kita telah bersedia sepenuhnya...cukupkah segala kelengkapan termasuk tenaga kerja dan pelaksanaan kempen dalam kita menghadapi pilihan raya?" katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuala Langat di sini hari ini.

Betul ka puak penchachai Umno berani main 'politik pistol'?



Keadilandaily melaporkan:
PETALING JAYA 12 September: Ahmad Fauzi Mahpab, 39, Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu, beliau menerima panggilan ugutan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali semalam.

“Saya menerima panggilan dari seorang lelaki Melayu yang berkata: “Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol”, dan selepas itu talian terus diputuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media diiringi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad di ibu pejabat parti hari ini. - KD.

Selak punggong pada gambar Najib

Haji Subky Abdul Latif

Nampaknya seperti sudah selesai drama selak ponggong pada gambar Perdana Menteri Najib Razak dan memijak-mijak gambarnya.
Budak yang melakukannya bersama ayah bondanya minta maaf menyatakan penyesalan atas tindakan geramnya. Beberapa budak lagi yang ikut memejak gambar sudah berjumpa polis dan memberi keterangan.
Apa yang terjadi itu adalah gelagat anak-anak muda terhadap Perdana Menteri mereka. Perdana Menteri kena terima bahawa rakyat yang dipimpinnya bukan semua menangguk atas semua kata-kata dan tindakannya.
Ada yang mengoyak, memijak, melondeh seluar pada gambarnya. Semua itu tidak manis tetapi adalah untuk memberitahu Perdana Menteri ramai juga orang yang benci kepadanya.

Bonus Penjawat Awam 2012 (Pecah Rekod): 2 Bulan Gaji?


Bonus kakitangan awam 2012 : Seperti biasa pastinya “mata dan telinga” kalangan kakitangan awam tertumpu kepada pengumuman bonus, samada menjadi menjadi realiti atau fantasi semasa bagi pembentangan Bajet 2013 kali ini. Kalau ada “habuannya” berapa banyak? setengah bulan bonus, satu bualn bonus atau 2 bulan bonus sekaligus? Yang mana satu?

2 bulan bonus? Kalau benarlah dan menjadi kenyataan, bermakna pecah rekod sebagai bonus kakitangan awam 2012 adalah bonus terbaik kakitangan awam selepas kerajaan pernah memberikan bonus kakitangan awam sekitar 1 bulan bonus iaitu ketika diera pemerintahan gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu. Dulu…..

Bonus Kakitangan Awam 2012 Sempena Pilihanraya Umum Ke 13?

Pemimpin Pakatan Dihalang Berdebat Isu Talam - MCA Penakut dan Bacul

Kerajaan Persekutuan ‘Pembuli & Pengkhianat’terhadap Negeri Selangor

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR mengecam pihak kerajaan persekutuan kerana cuba berlagak sebagai‘pembuli dan samseng’ apabila ingin meneruskan agenda projek Loji Rawatan Air Langat 2 walaupun tidak mendapat lampu hijau daripada kerajaan Negeri Selangor.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa cukup kecewa dengan tindakan kerajaan persekutuan yang telah membelakangkan kerajaan Negeri Selangor dan tanpa rasa malu telah mengeluarkan iklan tender bagi projek bernilai berbillion ringgit itu di laman sesawang Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) - sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dengan tarikh tutup tawaran tender itu ialah pada 20 November 2012.


Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor cukup yakin dan percaya bahawa Umno dan Barisan Nasional yang mendalangi pengkhianatan di dalam isu pembinaan Langat 2 ini sudah semakin terdesak untuk mendapatkan ‘duit mudah' bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 dan bukan semata-mata membina loji ini untuk kepentingan rakyat.

PR mahu PSC ditubuhkan bincang Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan

PETALING JAYA, — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menggesa satu Jawatakuasa Khas Parlimen (PSC) ditubuhkan bagi membincangkan Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana mendakwa ia satu lagi bukti kegagalan kerajaan di dalam meningkatkan mutu pendidikan negara.
PR mahu PSC ditubuhkan bincang Pelan Induk Pendidikan KebangsaanPemimpin DAP Lim Kit Siang mengkritik rancangan tersebut kerana setiap menteri pendidikan yang dilantik memperkenalkan pelan induk masing-masing tetapi malangnya kualiti dan mutu pendidikan masih ditakuk lama.
“Semua menteri pendidikan keluarkan blueprint mereka, tapi apa hasil yang negara peroleh daripada pelan mereka itu?
“Mutu dan pendidikan masih jatuh,” kata Lim.
Lim juga mencabar kementerian untuk membentangkan laporan The Trends In International Mathematics and Sciences Study (TIMSS) kepada umum sebelum melaksanakan pelan induk yang dilancarkan semalam memandangkan sudah empat tahun laporan tersebut tidak dibentangkan kerajaan.

Suaram: Buru hingga ke lubang cacing, atau kita terkubur! — Zaini Hassan


Suaram atau Suara Rakyat Malaysia adalah sebuah pertubuhan anti kerajaan Malaysia. Ia hanya anti kepada kerajaan yang diperintah oleh parti Barisan Nasional (BN) naungan Umno.
Misinya hanya akan tercapai (accomplished) sekiranya kerajaan Malaysia sekarang jatuh ke tangan pakatan pembangkang naungan DAP, yang bonekanya terdiri daripada pak lebai Pas dan PKR.
Suaram: Buru hingga ke lubang cacing, atau kita terkubur! — Zaini HassanSudah lama Suaram ini bergerak. Sering membuat kacau, seolah-olah ia adalah badan hak asasi manusia. Tapi umum mengetahui, ia lebih bermotifkan politik haluan DAP.
Itu semua orang tahu. Orang media semua sedar perkara itu. Kami juga tahu lama dulu, sejak zaman Reformasi dulu yang mereka ini bergerak atas dana asing. Dana-dana asing ini yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu juga bermotifkan politik. Mereka mahu menukar rejim kerajaan Malaysia sekarang.
Pertukaran pemerintah itu dikenali sebagai Regime Change. Gelombang perubahan ini telah tercetus semasa krisis ekonomi dan bersekali krisis politik sekitar 1989 dan 1999. Ketika itu ekonomi dunia merudum. Ketika itu juga berlaku krisis politik di Malaysia, yang memperlihatkan Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tarikh Pilihan Raya Semua Kampus 2012

"Berikut adalah tarikh terkini Proses Pilihan Raya Kampus (PRK) Pemilihan Barisan Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar IPTA/S di Malaysia

Universiti Malaya (UM) : 25 September 2012

Universiti Putra Malaysia (UPM) : 25 September 2012

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) : 25 September 2012

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) : 25 September 2012

Universiti Teknologi Mara (UiTM) : 20 September 2012

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) : 20 September 2012

Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) : 20 September 2012

Universiti Malaysia Pahang (UMP) : 25 September 2012

Universiti Malaysia Sabah (UMS) : 25 September 2012

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) : 25 September 2012

Universiti Utara Malaysia (UUM) : 25 September 201

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) : 25 September 2012

Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) : 20 September 2012

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) : 25 September 2012

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) : 25 September 2012

Universiti Selangor (UniSEL) : 25 September 2012

Universiti Tenaga Nasional (Uniten) : 25 September 2012

Universiti Sains Malaysia (USM) : 25 September 2012

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) : 25 September 2012

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) : 20 September 2012

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) : 25 September 2012

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) : 27 September 2012

Universiti Teknologi Petronas (UTP) : 25 September 2012

Universiti Kuala Lumpur (UniKL) :25 September 2012

Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak) : 25 September 2012

NANTI BILA DAH GRAD, INILAH PENYATA PTPTN YG ADIK2 AKAN TENGOK. HUTANG ADIK2 AKAN BERTAMBAH DISEBABKAN KOS PENTADBIRAN. JADI TOLONGLAH BANGKITKAN ISU PTPTN MASA PILIHANRAYA NANTI. UNTUK KEBAIKAN ADIK DAN PEMINJAM-PEMINJAM PTPTN YANG LAIN.



"

500 Ribu Pengundi Baru Di Selangor dalam masa 4 tahun..???


"Penambahan pengundi di Selangor yang cukup tinggi. Mengikut angka terkini hampir 500,000 (lima ratus ribu) pengundi baru berada dalam daftar Suruhanjaya Pilhanraya Malaysia (SPR) dalam tempuh masa empat tahun. Siapa yang melakukaan?. Mungkin manusia yang berwajahkan syaitan melakukan. Betul dan tepat Tun Mahathir bersabda "parti UMNO/BN parti syaitan yang dikenali".

Tepat keputusan yang dibuat oleh menteri besar Selangor Tan Sri Khalid dan saf pemimpinan Pakatan Rakyat tidak ikut serta dalam membubarkan dewan undangan negeri bagi mengadakan pilihanraya serentak dengan pusat.  Salah satu alasan ialah SPR gagal membersihkan daftar pengundi Negeri Selangor dan Jabatan  Pendaftaran Negara dengan mudah memberi kad pengenalan biru kepada bangsa asing .

Japan island purchase angers China

3XSQ: Facebook focuses on mobile

Latest Apple iPhone set to debut

Clinton: Libya Attack Should Shock the World

Santai Sikit : Man Khan & Aris Kapilla - Bayar

Santai Sikit : Man Khan - Jodoh Tok Sapa

Santai Sikit : Man Khan & Wani - Jange Deki

Santai Sikit : Man Khan - Anok Kampong

Santai Sikit : Man Khan & Jali B.T - Budok Malah Skoloh

Santai Sikit : Man Khan & Rosalinda - Tokseh Karpet 2

Santai sikit : Man Khan & Rosalinda - Dok mano

Budaya Umno@BN : Habis Madu.. Sepah Dibuang merata-rata...!!!


Bukan lagi rahsia. Semua projek umNO adalah untuk mengisi kantung kroni mereka. Tujuannya untuk menghadapi lawan ketika Pilihanraya atau pemilihan parti mereka. Dana sangat penting bagi umno kerana semuanya bergerak dengan wang dalam umNO. Wang adalah nyawa umNo. Tanpa wang.. umNO akan mati.

Cakap cakap kedai kopi yang dipindahkan dari orang dipercayai membuktikan apa sahaja "projek kerajaan Barisan Nasional" bukanlah meletakkan kepentingan utama kepada rakyat. Sebab itu akhirnya menjadi masalah atau gajah putih. Isu lembu adalah contoh ketara menjadi beban rakyat. Projek tergendala bukan masalahnya... tender lain boleh dibuka...yang penting rahsia tidak dibuka. Siapa buka rahsia... kunci mulut dia dengan akta yang ada... kejahatan yang dihalalkan melalui undang undang. Inilah hebatnya Malaysia ku..

Mood Rakyat Tolak Umno@BN

BENARKAH rakyat kini menolak BN? Bagaimanakah mood rakyat mutakhir ini melihat keperluan menukar kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat? Ikuti temubual Wartawan Kanan AZIZ MUDA bersama Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub pada 5 September membincangkan perkara ini.

HARAKAH: Apa pandangan YB mengenai Janji Dermokrasi yang diketengahkan Pakatan Rakyat pada malam ambang sambutan kemerdekaan ke-55, 31 Ogos lain?

SALAHUDDIN AYUB: Janji Demokrasi yang diketengahkan Pakatan Rakyat itu adalah satu teras yang mesti diikuti dan dinikmati oleh rakyat di negara kita. Kira tak boleh terima jika demokrasi terus diperkotakkatikkan sehingga akhirnya hanya tinggal satu slogan yang mengelabui mata rakyat, sedangkan keadilan semakin luntur di negara kita.

HARAKAH: Untuk mendapatkan sokongan rakyat, Umno-BN semakin ligat memainkan isu jahat dan menabur fitnah...

Kebebasan simbah cat dan provokasi, Demokrasi ajaran Umno@BN

Oleh: Hafiz Zainuddin
“Kebebasan ialah boleh melakukan apa sahaja?” Tidak terjangka sampai begitu hodoh dan jeliknya kerja buat penyokong UMNO-BN, malah mereka bangga mengaku sebagai Melayu Islam.
Sedang anda sibuk bersiap pulang ke kampung memandangkan sudah sampai cuti hari minggu. Bas milik Parti Keadilan Rakyat disimbah cat merah buat kali kedua dan ditahan sekumpulan makhluk di Jasin Melaka.


Maka tidak hairanlah kalau bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad menggelarkan UMNO-BN sebagai syaitan yang dikenali. Menteri diam, Perdana Menteri diam, polis katanya akan melakukan siastan dan siasatan dan lagi siasatan….
Insiden tidak bertamadun ini memaknakan buat kita bahawa UMNO-BN semakin gerun dengan kemaraan dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Klise bukan? Tapi itulah realiti.
Salah faham kepada kebebasan dalam demokrasi

Anwar Ibrahim: Negeri Ini Rakyat Punya, Kita Mesti Bela Nasib Rakyat

The price of sheltering the FSA: Heavy bombardment

Ceramah : Mat Sabu - Tawau

Insiden Serangan dan Ugutan Samseng Terhadap PR Desak Penjelasan PM

Rahsia disebalik keris telanjang Umno !


Perasankah kita bahawa antara parti MCA, MIC Gerakan dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat hanya parti UMNO yang menyelitkan gambar senjata yakni keris kedalam logonya. Kenapa UMNO berbuat demikian? Mungkin penjelasan di bawah ini boleh membantu kita memahami maksud keris telanjang itu !! 


Maksud 1  :
  Keris bermaksud kekuatan dan keberanian kerana ia merupakan senjata untuk menyerang dan mempertahankan diri. Maksudnya,,  Umno jangan sekali ditegur atau dicabar!  Siapa mencabar buruk padahnya!  Maka tidak hairanlah selama ini ahli-ahli UMNO boleh berbuat apa saja seperti  menyalahguna kuasa,  menipu, membuat fitnah,  rasuah, berkelakuan samseng dan sebagainya.

Maksud 2  : 
Keris telanjang atau keris tidak bersarung, kalau manusia,,  ia ibarat orang tidak berpakaian atau bogel!  Orang tidak berpakaian ialah orang yang tidak punya rasa malu !  tiada maruah diri.!  Inilah yang berlaku kepada ahli dan pemimpin Umno selama ini lebih-lebih lagi selepas era Mahathir. Mereka tidak malu kepada masyarakat apabila sanggup membuat kerja-kerja busuk dan tidak bermoral,,  bahkan mereka tidak malu kepada Allah  kerana di mulut mengaku Islam, tetapi hukum Allah sering dipersenda ! 

Oleh : rahimothman

Tee Yong enggan berdebat dengan wakil Selangor dalam isu Talam...MCA jemput tapi penakut dan bacul...!!!

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Datuk Chua Tee Yong enggan berdebat tentang cara pembayaran hutang Talam Corporation oleh kerana beliau takut kepada kebenaran, kata kerajaan negeri Selangor hari ini.
MCA telah menganjurkan debat pada malam ini di antara Chua dan menteri besar (MB) Selangor.
“Kami mahu platform untuk kedua pihak untuk bercakap secara matang dan beri peluang kepada rakyat untuk menentukan siapa betul dan siapa salah,” kata Tony Pua dari DAP, salah seorang daripada empat wakil dari Selangor untuk isu Talam kepada pemberita hari ini.
“Datuk Chua Tee Yong tidak mahu berdebat dengan mana-mana wakil yang dilantik oleh Selangor,” katanya.

NGO mahu polis siar gambar suspek serang bas PKR seperti mana Polis buat pada kes Bersih dan Janji Demokrasi...!!!

NGO Angkatan Warga Aman Nasional menuntut polis menyiarkan gambar suspek dalam kejadian serangan ke atas bas yang digunakan PKR dalam kempen Jelajah Merdeka Rakyat, Sabtu lalu.

Setiausaha agungnya S Barathidasan berkata, polis perlu bertindak demikian memandangkan pasukan itu tangkas menyiarkan foto individu yang didakwa memijak gambar perdana menteri ketika insiden sambutan ambang kemerdekaan.

Malah, pasukan itu juga tangkas menahan suspek berkenaan, termasuk individu yang membawa bendera Sang Saka Malaya pada malam tersebut.

Kerakusan UMNO-BN: Rakyat Sabah sudah celik politik


DONGGONGAN, 12 SEPTEMBER: Biarpun ada kajian menunjukan bahawa pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mendapat kerakyatan kini mencecah 50 peratus dari populasi penduduk negeri Sabah, Pakatan Rakyat masih mampu mencipta sejarah baru sekiranya semua suku kaum negeri ini bersatu.
Demikian antara inti ucapan Dr. Edwin Bosi, Setiausaha DAP negeri Sabah dalam sesi pendengaran umum DAP baru-baru ini di Wawasan Commercial Centre.
“Berkenaan masalah PATI yang mendapat kerakyatan, kita boleh atasi mereka dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya kita bersatu.”
Dr. Bosi turut mengimbas kembali impian bekas perdana Menteri Mahathir Mohamad yang pernah menyatakan hasratnya untuk melihat Malaysia mempunyai populasi penduduk seramai 70 juta orang.
“Setiap seorang dari kita kata beliau perlu memunyai lima orang anak. Bukan semua pun mampu. Apakah untuk mencapai hasrat itu beliau melancarkan ‘projek IC Sabah’ suatu ketika dulu demi memberi kemenangan kepada BN?” soalnya.
“UMNO rampas hak dan pecah belahkan masyarakat kami”

MCA BACUL : Pemimpin Pakatan Dihalang Berdebat Isu Talam


KUALA LUMPUR 12 SEPT : Jemputan MCA untuk berdebat mengenai isu penstrukturan hutang Talam Corporation sebenarnya bersifat politik dan bukan untuk mencari kebenaran.
Ini kerana keempat-empat wakil Kerajaan Negeri Selangor yang dilantik sebagai jurucakap isu tidak dibenarkan berdebat atau memberi sebarang penerangan walaupun mereka hadir ke tempat debat yang ditentukan parti Umno-BN itu.
Malah Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin turut membawa laporan daripada firma audit bebas, Transaction and Restructuring Sdn Bhd (KPMG) untuk dibentangkan.
Selain Faekah, wakil itu terdiri daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Parlimen Selayang William Leong dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
Mereka meninggalkan majlis itu selepas diberi arahan untuk tidak berdebat.

Kelantan sedang rangka bina laluan keretapi laju


KUALA LUMPUR: Kerajaan Kelantan kini sedang merangka untuk membina laluan keretapi laju bagi menghubungkan negeri itu dengan negeri-negeri di Pantai Barat termasuk Johor untuk keperluan jangka masa panjang.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, beberapa pihak berkaitan telah dihubungi untuk membantu membuat rangka awal cadangan laluan keretapi tersebut.

Setiap Kali Ada Pelan Baru, Pendidikan Merudum


PETALING JAYA, 12 SEPT : Pakatan Rakyat (PR) menggesa Kerajaan Pusat menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berhubung pendidikan bagi membincangkan keberkesanan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang diumumkan semalam.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, walaupun Malaysia memiliki pelbagai pelan pembangunan, namun mutu pendidikan di negara ini semakin merosot.
“Setiap kali ada orang baru jadi Menteri Pendidikan, ada satu blueprint baru.
Tetapi kualiti pendidikan di Malaysia masih berada di takuk lama. Perkara ini juga diakui sendiri oleh Perdana Menteri,” katanya di dalam satu sidang media di Pejabat PKR di sini.
Kit Siang juga mencabar Kerajaan Umno-BN dan Kementerian Pendidikan untuk membentangkan laporan Trends In International Mathematics and Sciences Study (TIMSS) yang masih dirahsiakan daripada pengetahuan umum sehingga kini.

Lebuh raya KBKK: Dalam RMK pun BN tarik, inikan pula manifesto


KUALA LUMPUR: Tindakan BN Kelantan yang mahu memasukkan janji membina lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai (KBKK) dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang disifatkan sebagai 'sudah terlambat'.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, tindakan BN itu hanya mencerminkan sikap mahu mempermainkan rakyat Kelantan dalam isu itu.

Ini kerana, cadangan pembinaan itu menurut Husam, telah dicadangkan Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-5 (RMK5) iaitu sejak tahun 1986 lagi tetapi tidak terlaksana.

Tiada keputusan muktamad bagi tindakan pada Suaram



 
Mesyuarat bersama enam agensi kementerian hari ini masih belum memutuskan tindakan muktamad ke atas NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang didakwa menerima dana asing.

Ketua pegawai eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Mohd Naim Daruwish berkata berkata pertemuan hari ini hanyalah untuk menyelaras bidang kuasa setiap agensi yang terlibat.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat lebih dua jam itu, Mohd Naim berkata mesyuarat berkenaan "positif" untuk mengkaji bidang kuasa dan tindakan berdasar undang-undang yang sedia ada.
NONESelain SSM, lima agensi lain yang terlibat adalah wakil Jabatan Pendaftar Pertubuhan, Bank Negara Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
"Setiap agensi diminta untuk membentangkan fakta dan penjelasan... Mereka telah bersetuju untuk mengkaji bidang kuasa-kuasa dan jika ada pelanggaran atau tidak patuh (kepada undang-undang) mungkin diambil tindakan yang berhubung kait dengan Suaram dan Suara Inisiatif.

"SSM menjalankan siasatan terhadap Suara Inisiatif yang berkait dengan Suaram dengan peruntukan bawah Akta Syarikat," katanya.

Apa Tak Percaya..?? : Kenyataan Salahudin Pakatan bakal rampas tiga negeri melucukan - Abe Hing

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Presiden Persatuan Peribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, kenyataan Naib Presiden PAS, dalam Sinar Harian pada 12 September lalu, mengatakan Pakatan Rakyat (PR) bakal menguasai tiga negeri baru iaitu Johor, Sabah dan Sarawak serta bakal memenangi 30 daripada 82 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13  adalah kenyataan perang saraf politik yang melucukan.
Menurut Ibrahim, ianya sekadar memberi harapan pada penyokongnya yang kegelisahan dan panas ekoran PAS yang kini menjadi kuda tunggangan DAP.
“Mengikut analisis laporan kajian yang saya lakukan, memang pengundi Cina ada masalah dengan Barisan Nasional (BN).
“Tetapi sejak akhir-akhir ini, ada perubahan dimana masyarakat Cina mula kembali semula menyokong BN.

Samseng Politik : Insiden Serangan dan Ugutan, PR Desak Penjelasan PM



PETALING JAYA 12 SEPT : Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya memberi penjelasan berhubung insiden serangan berulang kali ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat termasuk ugutan terhadap beberapa pimpinan PR.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PR memandang serius isu tersebut berikutan budaya samseng dan amalan ugutan semakin rancak dilakukan puak Umno-BN.
Beliau berkata, sehingga kini Perdana Menteri mahupun Menteri Dalam Negeri masih belum memberi sebarang jaminan atau maklumbalas untuk memastikan insiden sama tidak berulang lagi.
“Saya mohon penjelasan daripada Kerajaan Umno-BN sama ada ini budaya baru mereka. Pihak polis juga perlu bertegas termasuk tentang kenyataan terbaru mengenai ugutan terang-terangan yang kita terima supaya saya tidak ke Johor.

US consulate employee killed in Libya attack

US Ambassador to Libya Killed

Al Jazeera speaks to Waheed Burshan

MB Khalid: Tanah KTMB bukan untuk dijual

15 tender documents for Langat 2 project sold

PR Sedia Hadapi Pilihan Raya Dari Pelbagai Aspek

Nasharudin: PKR,DAP hormati keputusan Mjlis Syura PAS

Najib tidak ada pilihan, beliau akan terpaksa meletakkan jawatan selepas PRU13

Kerana permainan pemimpin-pemimpin besar UMNO berpecah belah ahli-ahli serta pimpinan keperingkat bawahan. Akhirnya ahli-ahli di bawah hanyalah diperguna untuk menjadi ‘kuda pelejang’ pimpinan yang di atas. Nampaknya seperti tenang tetapi hakikatnya pergolakan ini berlaku di antara pimpinan yang hendak terus berkuasa dan pemimpin yang sudah terkelior untuk merasa nikmat menjadi orang nombor wahid dalam UMNO. Maklum sajalah secara konvensyennya Presiden UMNO itu adalah Perdana Menteri Malaysia.
Itulah sebabnya saya selalu bercakap yang UMNO itu akan akhirnya kecundang bukan oleh kerana pihak-pihak lain tetapi oleh pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri. Kepada siapa yang berpengalaman lama dalam permainan ini mereka hampir kesemuanya telah tidak bergiat lagi dan tidak mengambil indah tentang parti mereka yang kian hari kian menguncup itu. Mereka yang kekal hanyalah mereka yang merasa nikmat dari parti kerana berjaya dalam meloloskan diri dalam percaturan politik yang sangat ‘complicated’ dalam UMNO itu.

PAS hadapi budaya samseng politik sejak 1960-an

Isu Nasharuddin:PKR Tidak Campur Tangan

Anwar Ibrahim: Isu Talam, Salah Siapa?

Protes filem hina Nabi, Duta AS ke Libya maut


Protes filem hina Nabi, Duta AS ke Libya antara 4 maut
Protes yang diadakan di pejabat konsul Amerika Syarikat semalam.
 
TRIPOLI - Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya terbunuh dalam serangan ke atas pejabat konsul negara itu di bandar Benghazi, semalam.

Duta Christopher Stevens merupakan salah seorang daripada empat pegawai AS terbunuh dalam protes berhubung filem keluaran negara, yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.
Jabatan Negara AS hanya mengesahkan kematian seorang pegawai tetapi tidak mengeluarkan nama lagi.
Selain di Libya, protes juga diadakan di Keduataan AS di Kaherah.
Dalam serangan di Benghazi, seorang lelaki memasuki kawasan pejabat konsul dan melepaskan tembakan, selain membaling bom.
Seorang pegawai Libya berkata, Stevens meninggal dunia disebabkan sesak nafas ekoran serangan itu.
Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton mengesahkan kematian seorang pegawai negara itu premis tersebut.

Malaysia Kita : Polis Johor rampas dadah RM68 juta

Tamrin Ghaffar- Rahsia Kekuatan Umno masa PRU

'Hello bro sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol' - Ugutan Samseng Umno

The memories are still fresh in my mind, says Koon Swan: BUT I TRY TO FORGIVE

The memories are still fresh in my mind, says Koon Swan: BUT I TRY TO FORGIVEChopped down at the height of his power by what many say was conspiracy of political enemies, former MCA president Tan Koon Swan tries to forgive those who jailed him and forced him to live a life in the shadows for 27 years. But even so, he acknowledges those memories are still fresh in his mind.
"After doing time in Singapore, and upon returning to Malaysia, I was sentenced to another year of imprisonment. Later (I was) declared a bankrupt over debt matters. All these are still fresh in my mind," Sin Chew reported Koon Swan as saying.
Koon Swan is currently overseas and was responding to the shock revelations that he had been wrongly prosecuted and jailed by the Singapore government, as claimed by former public prosecutor Glenn Knight in his just-released book Glenn Knight: The Prosecutor.

Glenn had said he felt remorse for putting Koon Swan behind bars on discovering his mistake years later, and he had since apologized to Koon Swan. The admission made the top news in all the major Chinese papers in Malaysia.
Koon Swan was slapped with 15 charges of fraud, cheating, stock market manipulation and abetting criminal breach of trust when his Singapore-listed flagship Pan El collapsed in 1985. He was sentenced to 18 months jail and fined S$500,000 (RM1.2 million) upon conviction in 1986.
Mixed feelings: A black conspiracy to split the Chinese

Anwar: PKR hormati keputusan Majlis Syura, isu Nasha 'hak peribadi Pas'


Anwar_Ibrahim PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati keputusan Majlis Syura Pas berhubung isu bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa, yang diputuskan Ahad lalu, dan tidak akan mencampuri urusan parti itu.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, keputusan Majlis Syura yang tidak membincangkan isu Nasharudin perlu dihormati dan ia adalah hak Pas untuk menentukan sebarang keputusan.

"PKR tidak akan campur tangan ke atas sebarang keputusan yang diambil oleh Majlis Syura kerana itu hak peribadi mereka," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Samseng Jasin : Identiti Pembaling Cat Bas Jelajah Merdeka Rakyat di bogelkan


Inilah wajah antara pembaling cat bas Jelajah Merdeka Rakyat yang di kenal pasti. Kawad cam untuk mengenalpasti samseng Umno telah dilakukan di IPD Jasin semalam.

Antara yang dipanggil oleh mengenal pasti samseng-samseng Umno ini ialah wartawan, jurugambar Suara Keadilan serta kakitangan pejabat Keadilan.


Jikalau mengikut bukti, ramai lagi yang terlibat dalam serangan tersebut. Di katakan seramai 30 orang yang terlibat termasuklah Penghulu Mukim, Pengerusi JKKK dan AJK Umno Jasin. (SINI)

Dikatakan samseng Umno nih menetap di Batu Gajah Pasir, Merlimau. 

Berikut biodata penuh samseng Umno nih :-

Nama : Sharidan bin Shaharan
Umur : 29 tahun
Tarikh lahir : 25 Mei 1983
No. Kad Pengenalan : 830525-04-5395
Alamat : JA 5819, Jalan Salim, Batu Gajah Pasir, 77300 Merlimau, Melaka.
Mengikut sumber blog nih, mamat ni adalah pengendali blog Jiwa Paradox. Blogger pro Umno nih dikatakan sering melemparkan fitnah ke atas Pakatan Rakyat melalui tulisannya.

Jadi tidak hairanlah, jikalau mamat nih boleh bertindak ekstrem sebegini. Jikalau inilah produk modal insan yang dihasilkan oleh Umno untuk diangkat sebagai pemimpin.. jahanam negara!!

Samseng Jasin : Polis berada dalam kumpulan samseng serang bas Merdeka Rakyat

KUALA LUMPUR 12 September: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menggesa polis menjelaskan kehadiran anggota mereka berpakaian preman bersama samseng Umno dalam kejadian serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka Sabtu lalu.
Ia berikutan penahanan serta merta ke atas Penolong Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa insiden melempar cat merah oleh samseng Umno.
Ketika berhadapan serangan samseng, Harizal Zahid ditahan oleh beberapa individu yang berada dalam kumpulan itu.
“Ia menunjukkan polis berpakaian biasa sememangnya berada dalam kumpulan (samseng) sejak awal lagi,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin petang semalam.
Pengerusi KEADILAN Melaka itu mengiringi Harizal memberi keterangan tambahan di balai tersebut.
Kata Shamsul, polis seolah-olah tahu lebih awal tentang rancangan serangan ke atas bas jelajah itu.
“Perkara cukup dikesali…Jika polis mengenakan uniform, (samseng) tentu tidak akan bertindak ganas,” katanya.

PAS telah hadapi budaya samseng sejak 1960-an lagi....


PETALING JAYA: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu parti itu sudah lama menghadapi budaya samseng sejak dari tahun 1960-an lagi.

Katanya, tindakan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) hampir sama dengan apa yang parti Perikatan lakukan sebelum ini.

"Pada tahun 1969, mereka (Perikatan) telah tubuh pemuda tahan lasak yang akan membuat apa-apa sahaja tindakan sehinggakan parti pembangkang menghadapi kesukaran untuk meneruskan penerangan kepada rakyat.

"Mereka bukan sahaja membuat kacau tetapi sanggup meletakkan pokok kayu di tengah-tengah jalan bagi menghalang pergerakan parti pembangkang," ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

'P'raya DUN S'gor tidak serentak dengan PRU13'

Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dijalankan secara berasingan daripada pilihan raya umum - memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya Malaysia.

NONEMajlis Presiden Pakatan Rakyat membuat keputusan itu dalam mesyuaratnya hari ini, dengan memetik "masalah yang tidak dapat diselesaikan" pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.

Majlis itu juga mungkin mempertimbangkan permohonan Pulau
Pinang untuk mengadakan pilihan raya DUN berasingan, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mereka bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya nasional kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal membersihkannya.

FGVH : Pembelian saham FGVH menguntungkan di masa depan, kata KWSP

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Keadaan pasaran yang lemah serta keadaan saham syarikat perladangan tidak menentu punca kenapa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membeli saham Felda Global Ventures Holding (FGVH), dalam satu kenyataan yang dikirim hari ini.
KWSP adalah salah satu pelabur utama FGVH dan meningkatkan pelaburannya dalam syarikat tersebut dari 5.07 peratus pada 4 Julai yang kepada 7.02 peratus semalam.
KWSP berkata semalam mereka positif dengan sektor perladangan yang kadang kala mempunyai turun naik dalam pasaran.
“Kami membeli saham-saham tersebut dan mengambil peluang ke atas pasaran lemah dan harga rendah dalam CPO untuk menambahkan saham kami bagi peningkatan keuntungan masa hadapan,” kata KWSP.
KWSP berkata bahawa FGV adalah syarikat minyak kelapa sawit ketiga terbesar dunia berdasarkan pemilikan hartanah, dan kedua terbesar di Malaysia.
“Kami mengambil kesempatan ke atas keadaan pasaran yang lemah untuk membina FGV sama seperti syarikat perladangan yang lain seperti KLK, IOI, Sime Darby dan United Plantation,” kata KWSP lagi.
“Sebagai pelabur yang bertanggungjawab, kami akan sentiasa memerhatikan secara terperinci saham dalam portfolio kami.”

Samseng Umno : “Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol”

PETALING JAYA 12 September: Ahmad Fauzi Mahpab, 39, Ketua Pengawal Peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu, beliau menerima panggilan ugutan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali semalam.
“Saya menerima panggilan dari seorang lelaki Melayu yang berkata: “Helo bro, sampai Johor aku tunggu kau dengan pistol”, dan selepas itu talian terus diputuskan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media diiringi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad di ibu pejabat parti hari ini.
Ekoran itu, beliau membuat laporan pagi tadi di Balai Polis Damansara.
Ugutan itu dipercayai berkait rapat dengan program Jelajah Merdeka Rakyat yang dijadual akan meneruskan siri jelajahnya ke Johor Jumaat ini.
Menurut Ahmad Fauzi, panggilan itu diterima kira-kira jam 4.24 petang semalam ketika beliau berada di rumahnya di Cheras.
Mengecam tindakan tersebut, Nik Nazmi mendesak polis mengambil tindakan serius terhadap ugutan itu.

Ucap utama TGNA Himpunan Pendidik Islam 2012

Anwar: S'gor to opt out if polls in Nov

Today in History for September 12th

Merdeka Yang Lebih Bermakna

UN rep: Government's job to ensure rallies are peaceful

Samseng Politik : Polis tidak pernah pilih bulu.....!!! tapi jangan cari bulu..he.,he..!!

Laporan Bercanggah : Siasat punca kematian tahanan dalam lokap

Punca kematian yang tercatat dalam daftar kematian adalah darah tinggi tetapi Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad menyatakan punca kematian adalah sakit jantung.

PETALING JAYA:    Pemuda PAS Johor mendesak polis menyiasat punca kematian P Chandran dalam lokap polis IPD Dang Wangi pada Isnin lalu.
Mayatnya tiba  di rumah keluarganya di Simpang Renggam, Johor pada jam 9 malam keesokkannya.
Punca kematian yang tercatat dalam daftar kematian adalah darah tinggi (Hypertension heart disease) Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad menyatakan punca kematian adalah sakit jantung.
Terdapat percanggahan punca kematian Chandran, kata Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat dalam kenyataan media.
Katanya,  keluarga Chandran tidak berpuashati  kerana isteri beliau telah memaklumkan  kepada pihak polis bahawa suaminya menghidapi penyakit darah tinggi dan perlu mengambil ubat setiap hari.

`Laporan polis’

PR dan BN: Sama Tapi Berbeza

Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mempunyai persamaan pada perkara-perkara pokok kenegaraan.

Perbezaan yang wujud adalah mengenai pendekatan prinsip pemerintahan dan soal demokrasi.

Secara ringkasnya “Ada lima yang sama dan ada lima yang berbeza di antara PR dan BN.”

Lima Persamaan Pokok

Lima persamaan yang wujud adalah dimana kedua-dua gagasan politik ini sama pendirian di dalam tiang-tiang kenegaraan iaitu: Perlembagaan Persekutuan menjadi teras demokrasi;
Institusi Raja-raja Melayu sebagai Ketua Negara;
Islam sebagai agama rasmi;
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan;
dan Kedudukan Istimewa orang-orang Melayu dan penduduk bumiputera.

Rakyat harus sedar bahawa kelima-lima tiang-tiang ini terpelihara dan tidak berubah tidak kira siapa yang memerintah di Putrajaya.

Ning Baizura tarik diri persembahan Souled Out...Mizz Nina tak tarik diri ke....???


Ning Baizura tarik diri persembahan Souled Out

PENYANYI bersuara soprano, Ning Baizura menarik diri daripada mengadakan persembahan di Souled Out 28 September ini.

"Kami ingin memaklumkan kepada semua pihak bahawa Ning Baizura telah menarik diri daripada persembahan di Souled Out yang bertarikh pada 28 September 2012," kata pihak pengurusan Ning, HappenNINGS (M) Sdn Bhd dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan di laman webnya.

Penyanyi itu dukacita di atas penyalahgunaan gambarnya pada poster promosi mengenai penglibatannya dalam persembahan  acara ‘Guinness Arthur’s Day’ yang akan berlangsung di Bukit Kiara.

Ning berkata dia tidak terlibat langsung dalam promosi jenama arak itu dan gambarnya telah digunakan tanpa mendapat persetujuan daripada pihaknya.

Pihaknya turut menjelaskan bahawa Ning telah ditempah oleh pihak pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada tarikh itu dan bukannya didampingi oleh Guinness Anchor Berhad.

Pengurusan penyanyi itu turut berkata, pihaknya sentiasa berhati-hati supaya tidak mengaitkan persembahan Ning dengan mana-mana syarikat yang mempromosikan minuman keras.

Gerakan mahasiswa cetus kebangkitan rakyat

Insiden yang dilakukan mahasiswa merupakan pencetus kepada revolusi, reformasi, gelombang kebangkitan rakyat menuntut perubahan dan keadilan.

Oleh Mohd Saifullah Mohd Zulkifli
Gerakan mahasiswa yang pernah saya gelumang sejak 2003 hingga 2009 memberikan inspirasi yang besar kepada diri dan pemikiran saya.
Program advokasi, usrah, latihan, demonstrasi dan program lapangan bersama rakyat cukup bermakna. Satu kerugian bagi mahasiswa yang hanya duduk di kuliah dan kolej tanpa terlibat aktif bersama gerakan mahasiwa.
Gerakan mahasiswa China 1989 telah mencatat salah satu sejarah kebangkitan terbesar mahasiswa seluruh dunia. Ribuan mahasiswa dan golongan pekerja telah keluar ke jalan raya menuju ke Dataran Tiananmen sebagai langkah menuntut keterbukaan, hak asasi dan demokrasi China.
Protes ini menjadi tragedi bila kerajaan komunis China bertindak ganas dengan mengarahkan tentera menembak ke arah demonstran dan ribuan telah terbunuh pada 4 Jun 1989.

Kantoi Lagi : 'Orang parti' jual tanah, dakwa Pemuda Umno...ha.ha..memang budaya Umno sejak dulu deh..!!!


BANDAR JERANTUT - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat penjualan tanah di kawasan bandar Jerantut yang didakwa berlaku penyelewengan membabitkan penjawat awam dan ahli  Umno sendiri.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul  Razak berkata, kes itu perlu disiasat supaya imej dan nama baik Umno dapat dibersihkan daripada segala unsur rasuah.
Wan Amizan Wan Abdul  Razak Menurutnya, Pemuda Umno berasa terpanggil membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat perkara itu bukan sahaja untuk membersihkan imej parti, malah bagi mengekang segala manipulasi projek dalam kawasan bandar oleh pihak tertentu.
"Laporan kepada SPRM akan dikemukakan dalam minggu ini supaya siasatan segera boleh dilakukan bagi membuktikan sama ada pihak tertentu memainkan peranan sehingga menyebabkan tanah di bandar ini beralih kepada syarikat bukan Melayu.
“Siasatan perlu dijalankan berikutan perkara ini kerap dibangkitkan ahli Umno di sini, malah Pemuda Umno turut menerima aduan daripada orang ramai supaya  kes ini disiasat mengikut undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian.
Wan Amizan berkata, dalang yang didakwa dalam kalangan orang kuat Umno itu sendiri telah menyebabkan banyak tanah di bandar Jerantut  bertukar milik kepada pihak lain.

KEADILAN bentang forum mekanisme turun harga kereta bermula esok

KUALA LUMPUR 12 September: Mekanisme dan kaedah terbaik bagi menurunkan harga kereta akan dibincang secara mendalam menerusi pembentangan forum yang akan dilancarkan KEADILAN esok.
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, forum itu akan dimulakan di Lembah Klang kemudian disusuli di beberapa negeri lain.
Ia merupakan salah satu program dari kempen yang mula bergerak ke seluruh negara sejak Ogos lalu.
“Kita juga akan mengunjungi Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kota Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching dalam bulan September dan Oktober ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini semalam.
Forum tersebut dijadual bermula malam esok pada jam 8 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Sultan Johor Murka,Kementerian Pertahanan Hilang Wibawa

SHAH ALAM 12 SEPT : Kementerian Pertahanan semakin hilang wibawa berikutan kemurkaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail menggenai bekalan kelengkapan tidak bermutu kepada pasukan elit Kor Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata teguran Sultan Johor itu adalah serius dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak harus lepas tangan dan mesti bertanggungjawab sepenuhnya.
“Apa dah jadi dengan Kementerian Pertahanan di negara ini? Sepatutnya ia menjadi sebuah kementerian yang berwibawa kerana di bawahnya menentukan keselamatan negara.
“Kemurkaan Sultan Johor dikatakan kerana harganya mahal tetapi kelengkapan dibekalkan tidak bermutu. Perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang dianugerahkan Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual pihak pembekal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Provokasi samseng Umno gagal halang Jelajah Merdeka Rakyat ke Johor jumaat ni...

KUALA LUMPUR 12 September: Provokasi samseng Umno sebelum ini tidak membantutkan program Jelajah Merdeka Rakyat meneruskan perjalanannya ke Johor Jumaat ini.
Seperti biasa, bas jelajah akan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama lain-lain pimpinan KEADILAN  turun padang bertemu rakyat sempena sambutan Aidilfitri.
Program kali ini dijadual dimulakan dengan solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak, Ledang sebelum bergerak ke Rumah Terbuka di Pejabat KEADILAN Ledang.
Anwar akan turut meraikan Majlis Rumah Terbuka di Muar dan Sri Gading.
Bermula jam 8 hingga 12 malam, Majlis Makan Malam Merdeka Rakyat akan berlangsung di Sutera Mall, Skudai.

Tandus Pemimpin Wibawa, Umno Retak Menanti Belah


SHAH ALAM 12 SEPT : Umno kini umpama ‘retak menanti belah’ apabila banyak masalah melanda parti Melayu itu akibat ketandusan kepimpinan dan banyak kepincangan berlaku.
Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari berkata kegagalan pemimpin Umno menerajui parti itu dengan baik menyebabkan banyak masalah berlaku sehinggakan banyak konflik dalam dan krisis serius melanda.
“Ramai kelompok professional hendak masuk Umno tetapi mereka ini dinafikan hak seawal peringkat cawangan lagi. Kesannya Umno tidak memiliki pemimpin berwibawa dan professional.
Oleh itu, Umno dulu, kini dan selamanya adalah parti bermasalah”, ujar Dr Yaakob yang juga Exco Kerajaan Selangor dalam kenyataan medianya.

Polis: Serah diri sebelum kami 'buru'..ha..ha..manjanya puak samseng Umno@Perkosa nie....!!!

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menggesa suspek kes simbah cat kepada bas Jelajah Merdeka PKR di Melaka agar segera menyerah diri untuk membantu siasatan.

Menurutnya, polis sudah berjaya mengenalpasti suspek terbabit selepas menjalankan siasatan.

"Saya minta individu berkenaan tampil ke hadapan membantu siasatan kita.

"Adalah lebih baik untuk beliau menyerah dahulu sebelum kami cari beliau," kata Bakri pada sidang media di Bukit Aman pagi tadi.

‘Suara Pakatan Rakyat’ tidak ada kena mengena dengan Pakatan...ia adalah blog palsu pr dan barua upahan parti syaitan....!!!

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Pakatan Rakyat (PR) hari ini menafikan blog http://suarapakatanrakyat.com/ milik gabungan PKR, PAS dan DAP itu dalam sebuah kenyataan yang dikirim kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.
Wan Azizah menafikan bahawa partinya mempunyai kaitan dengan blog tersebut.
Dalam sebuah kenyataan — yang ditandatangani oleh ketua penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, setiausaha publisiti DAP Tony Pua dan pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad — PR mendakwa mereka tiada kaitan apa pun dengan pengendali blog tersebut, dan kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam laman tersebut tidak melambangkan dasar atau kedudukan politik parti-parti komponen PR. "PR mengesyorkan agar pengendali laman web tersebut memikirkan semula rencana bertajuk 'Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak'.
"Tulisan tersebut menyentuh soal tarian sumazau di Sabah, ahrus ditulis semaula agar lebih sensitif terhadap pandangan, fahaman, dan cara hidup warga Sabah terutamanya yang berketurunan Kadazandusun," kata kenyataan tersebut.
Beberapa hari lalu, warga internet heboh apabila blog http://suarapakatanrakyat.com/ mengeluarkan rencana bertajuk 'Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak'.
Semalam, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menafikan bahawa partinya mempunyai kaitan dengan blog tersebut sambil menambah ini adalah percubaan perang saraf menentang PR.
"Laman tersebut berusaha keras untuk dilihat sebagai suara PR, akan tetapi, ia bukan.
"Saya ulang, ia bukan suara PR, kata beliau dalam sebuah kenyataan semalam.