Selasa, 11 September 2012

Langat 2 : BN sudah Besar Kepala....depa ingat Selangor tue depa punya...!!!

Kerajaan persekutuan membuka tender bagi loji rawatan air Langat 2 walaupun gagal untuk mendapatkan lampu hijau daripada kerajaan Selangor bagi meneruskan projek bernilai berbilion ringgit itu.

NONEMenurut notis di lamanweb Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) - sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan -  tarikh tutup tawaran tender itu ialah pada 20 November.

Wah, BN sudah tunjuk besar kepala, ini yang nak sangat buat empangan ni kenapa?, kompirm ade udang sebalik batu nei.

Korang percaya ke BN ni perihatin dekat penduduk negeri yangd ah tolak umno?, tengok la apa jadi dekat kelantan, pernah BN salurkan bantuan sepatutnya untuk bangunkan negeri tu?, tengok pulak dekat terengganu apa BN dah buat bila rampas balik negeri tu. masih nak percaya ke umno ni nak tolong rakyat?.

Mengikut Akta 172, Jabatan Perancang Bandar dan Desa 1976, mana2 pembangunan yang hendak dibangunkan memerlukan kelulusan KEBENARAN MERANCANG.... adakah BN hendak melanggar akta tu, rasanya mereka memang nak langgar sebab muhyiddin dah arah peguam negara kaji cara untuk  meneruskan projek tu tanpa kelulusan Selangor.

Himpunan Hijau Di Machang 13 Sept Penting

Pas Kelantan berdemo di Machang pada 13 September ini dalam satu acara mega Himpunan Hijau menuju ke Putrajaya. Himpunan ini bermula esok (Rabu) dan kemuncakknya pada 13 Septermbe, demikian menurut Ketua Menurut Ketua Penerangan Pas Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Himpun ini akan menjadi kiatalis pertama menjelang pilihan raya umum akan datang untuk melihat kekuatan sebenar Pas Kelantan. Himpunan itu nanti tidak disertai pemimpin besar PKR Anwar Ibrahim ataupun mana-mana tokoh dari DAP.

Acara itu akan dipenuhi dengan solat, munajat dan ceramah perdana pada sebelah malam yang akan menampilkan Murysidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat presiden Abdul Hadi Awang dan juga timbalannya Muhammad Sabu serta Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sewajarnya seluruh ahli dan penyokong Pas tidak kita lelaki dan wanita menyemarakkan himpunan itu mencapai sasaran dikehendaki. Paling tidak himpunan itu perlu mencecah angka 40,000 hingga 50,000. Sekiranya setiap kawasan dapat menghantar 3,000 peserta pemuda, muslimat dan dewasa, tidak mustahil angkanya akan mencecah 40,000 dan Machang akan kebajiran dengan warna hijau.

Kebanjiran orang pada ceramah anjuran Pas atau PKR di Kelantan sebelum ini terutamanya yang menampilkan bakal PM Anwar Ibrahim tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk melihat kekuatan Pas sebenarnya kerana angka belasan ribuan itu bercampur dengan penyokong PKR dan juga orang atas pagar serta orang-orang Umno yang ingin mendengar bekas tokoh mereka (Anwar) berpidato.

Apa pilihan untuk DAP ?

Oleh : Mazir Ibrahim

Struktur sosial di Malaysia ini dipecah-pecahkan mengikut bangsa, agama dan status ekonominya. Tiga elemen ini tidak ada uniknya berbanding dengan mana-mana negara di dunia, apatah lagi jika hendak dibandingkan dengan negara-negara serumpun seperti Indonesia dan Singapura.
Hegemoni
Di Indonesia hegemoni ‘Jawa’nya cukup hebat, sama seperti di Malaysia yang hegemoni ‘Melayu’nya juga hebat. Segelintir kaum kaya di Indonesia yang menguasai sebilangan besar punca-punca ekonominya adalah menerusi jalan kronisme, ini fakta sejarah yang sama dengan keluarga elit UMNO di Malaysia.
Di Singapura juga begitu, parti yang terlalu selesa memerintah adalah PAP sebagaimana UMNO di Malaysia sejak merdeka lagi. Malah, dasar politik PAP tetap sama dengan UMNO iaitu dengan menggunakan ISA dan segala undang-undang yang mengekang kebebasan bersuara dan berpolitik sebagai senjata politik mereka.
Semua ini menjadi latar struktur sosial yang terbentuk oleh tiga elemen itu tadi iaitu bangsa, agama dan status ekonominya.
Krisis budaya

UMNO Pandan Mau Lawan MCA maa..!!!!


Kahkahkah...
Kata Umno ni perfect sangat...
Bab Calon tak dak MASALAH...
Nahh... amek kaw...
Kahkahkah...

Bongkar skandal Scorpene: BN dendam dengan SUARAM

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menyelar tindakan kerajaan UMNO-BN terhadap organisasi hak asasi manusia, SUARAM, sebagai satu tindak balas terhadap kempen NGO itu yang telah membongkar kebenaran mengenai skandal pembelian kapal selam Scorpene.
Menurut Kit Siang dalam kenyataan medianya hari ini tindakan pihak kerajaan adalah tidak masuk akal, tanpa bersebab dan memperlihatkan dendam UMNO-BN melalui gangguan berterusan dan penganiayaan terhadap organisasi hak asasi manusia itu.
“Jika Najib jujur dan serius terhadap Pelan Transformsi Kerajaan (GTP) dan sasaran NKRA terutamanya dalam memerangi rasuah, kesemua agensi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) perlu bekerjasama dengan SUARAM untuk membenarkan kebenaran isu skandal pembelian kapal selam Scorpene didedahkan.”

Hab petrokimia Pengerang: 33 keluarga Melayu diusir

PENGERANG, 11 SEPTEMBER : Rakyat di Pengerang digesa bangkit menjatuhkan UMNO-Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang demi memastikan masa depan mereka tidak terus tergadai.
Pelbagai masalah kini sedang membimbangkan para pemilik hampir 22,500 ekar  tanah di Pengerang untuk tujuan pembanguna;  jelas Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Anis Afida (gambar).
Dalam satu wawancara ketika di Pengerang baru-baru ini, Anis berkata bahawa jika rakyat memilih untuk berdiam diri dengan ugutan yang diberikan, beliau khuatir kerajaan UMNO Barisan Nasional akan terus bertindak tanpa memikirkan kebajikan rakyat Pengerang.
Menurut Anis lagi, kerajaan UMNO Barisan Nasional bertindak semakin tidak rasional. Mereka hanya memikirkan keuntungan untuk kroni-kroni sahaja sehingga menyebabkan tanah pusaka rakyat tergadai bagi tujuan Projek Pembangunan Bersepadu dan Petrokimia RAPID.

Hab petrokimia Pengerang: Yang bersuara terus diugut.

PENGERANG, 11 SEPTEMBER : Tindakan kerajaan UMNO Barisan Nasional di sini dilihat semakin terdesak dengan menjadikan agensi kerajaan sebagai alat untuk menakutkan rakyat.
Chua Peng Sian wakil NGO Gabungan Pengerang yang lantang bersuara memperjuangkan hak rakyat, beliau tidak terlepas dari menerima ugutan pelbagai pihak yang menginginkan projek RAPID terus dijalankan.
Dalam satu temu bual di Pengerang baru-baru ini, beliau menegaskan bahawa apa yang sedang dilakukan ini bukan hanya untuk kaum Cina sahaja.
“Di sini majoriti kaumnya adalah Melayu, saya berani bersuara mempertahankan hak saya kerana saya terlalu sayangkan Pengerang yang penuh dengan kedamaian, tanpa ada jurang antara kaum,” kata Chua.
“Apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional dalam isu ini hanyalah untuk memecah belahkan rakyat di Pengerang yang mana sentiasa menjaga hubungan baik sesama bangsa.” katanya lagi.
Media utama UMNO Barisan Nasional tidak menceritakan hal sebenarnya apa yang berlaku di Pengerang, sebaliknya mengumumkan penduduk Pengerang akan menjadi jutawan apabila menerima pampasan jika projek bernilai RM60 billion itu berjalan lancar.

Polemik Melayu Pulau Pinang

Oleh Zairil Khir Johari

Berikut ialah ucapan Saudara Zairil Khir Johari, CEO  Penang Institute, di pembukaan Forum Nusantara ke 6 dengan tajuk “55 Tahun Kemerdekaan: Ke Arah Mana Melayu Pulau Pinang?”
Pertama sekali, saya ingin mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan sekalian ke Forum Nusantara Siri Ke-6 anjuran Penang Institute yang berjudul, “55 tahun kemerdekaan: Ke arah mana Melayu Pulau Pinang?”.
Dalam forum-forum yang lepas, kami telah banyak menelusuri riwayat negeri Pulau Pinang sebagai pusat fikrah dan pencerahan minda yang boleh dianggap terkehadapan pada zamannya. Begitu suburnya tanah negeri ini sehingga ramai para cendekia dan pemikir Melayu, khususnya tokoh-tokoh kaum muda dan pelopor-pelopor gerakan reformis Islam, telah menjadikan Pulau Pinang sebagai pangkalan mereka.
Ramai di antara mereka asalnya bukan anak negeri, namun tertariknya mereka ke Pulau Mutiara ini adalah kerana ruang kebebasan dan suasana penuh saingan yang sangat memberangsangkan. Seperti yang sedia maklum, Pulau Pinang merupakan negeri yang bertradisi majmuk di mana penduduk majoritinya bukan Melayu. Pun begitu, suasana sedemikian tidak menjadi halangan, malah mereka lagi berjaya dan berkembang maju.

UM now ranked 156 in the world

Universiti Malaya (UM) is the only Malaysian institution that has made it to the top 200 of the QS World University Rankings 2012/3 for the second consecutive year. It moved up 11 places to 156 this year compared to 167 in 2011 and 207 in 2010.Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Univer-siti Teknologi Malaysia (UTM), the International Islamic University Malaysia and Universiti Teknologi Mara have all improved in the rankings while Universiti Putra Malaysia dropped slightly.
Congratulating UM, Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said he believed that this was a direct outcome of a Cabinet’s decision for the university to be chosen as the key player in international rankings.
“A special monetary incentive was accorded to UM with the specific objective that it should be among the 100 best universities in the world by 2015. The fruit of that initiative is showing now,” he said in an interview.Mohamed Khaled said that although a more detailed scrutiny of the criteria used was needed, the ranking results generally showed that the focus and resources invested by the research universities were paying off.

PRU13: Benarkah SPR sudah siap sedia?

Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (Sinar Harian 8 September 2012) sudah sedia sepenuhnya untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan kini menanti tarikh pembubaran Parlimen.
Betulkah? Sedangkan apa yang diketahui umum semacam ada percanggahan antara persediaan SPR dengan cadangan penambahbaikan pengurusan pilihan raya.
 Lebih-lebih lagi apabila membandingkan antara lapan tuntutan BERSIH 3.0 dengan kesanggupan SPR dan persetujuan pihak kerajaan melakukan penambahbaikan menerusi penubuhan cadangan jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC).
Sekiranya mengambil perhatian apa yang dinyatakan pengerusi SPR, iaitu “persediaan yang dibuat telah mencapai 85 peratus dan selebihnya hanya menunggu pembubaran Parlimen sahaja.” Ini bermakna semua lapan tuntutan penambahbaikan tersebut sudah dibuat. Termasuklah kesemua cadangan PSC sudah diambil kira.
Logikkah penegasan pengerusi SPR bahawa “yang belum siap hanya tunggu Dewan Rakyat dibubarkan untuk proses tempahan dan beli peralatan.” Jika meneliti kepada lapan tuntutan BERSIH 3.0 dengan syor PSC, maka ini suatu kenyataan yang mengelirukan bagi warga negara yang ingin melihat proses pilihan raya pada PRU13 untuk pertama kali berlaku secara adil, bersih dan telus.

Ingat semula tuntutan BERSIH 3.0
Asas yang mengelirukan itu ialah kerana di hadapannya telah ada dua kumpulan fakta penambahbaikan yang memerlukan komitmen pelaksanaan oleh SPR dan pihak kerajaan sendiri. Pertama, lapan tuntutan BERSIH 3.0 dan keduanya, 22 syor pihak PSC yang ditubuh sendiri oleh kerajaan.
Mengingati 28 April 2012 yang lalu, berlaku rangkuman sejarah demokrasi di Malaysia yang penuh tragis di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Sebuah demokrasi yang cuba ditegakkan atas lapan tunutan bagi mencapai impian proses pilihan raya yang adil, bersih dan telus.

Lebih baik muhasabah diri daripada ghairah menghukum anak-anak muda

Oleh: Rossem
 
 Wajah-wajah resah dan ketakutan disekitar  kita mula berkokok setelah  sekian lama membungkam. Namun kokokkan  mereka kali ini tidak lagi digeruni kerana taji di kakinya sudah kepatahan.
Pahlawan-pahlawan  yang kehilangan keris itu    merasakan diri mereka  akan  terancam jika  tokoh politik yang satu ini  mencapai kemenangan pada pilihan raya umum 13 nanti dan Pakatan Rakyat (PR)  membentuk kerajaan, kerana suatu masa dulu (1998) mereka sebahagian daripada individu yang berkerja keras mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengiringnya ke penjara.


Inilah saat sesuai  untuk  golongan ini   bersuara dan bertindak, biarpun dendangan lagunya sudah ketiggalan zaman, rentak keroncong tak lagi menarik minat orangramai, ditambah pula dengan muziknya  yang sumbang, namun sekurang-kurangnya hati mereka  puas lantaran dapat terus menerus dengan kerja-kerja menakut-nakutkan rakyat supaya jangan mengundi   PR pada PRU 13 ini.

Rozali Ismail mahu senator saja?

Oleh Subky Latif
Orang tanya saya, siapa agaknya calon Menteri Besar Selangor, kiranya Barisan Nasional dapat merampas negeri itu?

Pada saya, calon itu mesti sehebat nama korporat Tan Sri Khalid Ibrahim juga. Setakat Umno akar umbi saja tidak mampu menyaingi kehebatan yang ada pada Tan Sri Khalid


Orang Umno Selangor yang ternama, kaya dan korporat ialah Tan Sri Rozali Ismail, bos Syabas yang bergaji RM400 ribu sebulan itu.

Tetapi, Tan Sri Rozali dikatakan tidak sedia bertanding. Dia dikatakan sedia menerima jawatan sebagai senator saja.

Pertama, pengalaman bertanding itu tidak ada padanya. Dengan kedudukan sebagai orang kaya sekarang, berapalah elaun Menteri Besar yang diharapkan berbanding dengan pendapatan bulanannya.

Mosti serah pada pihak berkaitan tangani anti-Lynas

NONEMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata beliau akan menyerahkan kepada pihak berkaitan sekiranya kumpulan Anti Lynas membuat sekatan di Pelabuhan Kuantan bagi menghalang bahan nadir bumi berkenaan di bawa masuk ke negara ini.

Pada masa yang sama, beliau berkata kementerian itu akan terus mengadakan forum untuk menerangkan kepada orang ramai bahawa loji berkenaan adalah selamat.
  

UMNO musuh Agama, Bangsa dan Negara

Umum mengetahui kebobrokan UMNO-BN dan tindakan jahat yang mereka lakukan ke atas kepentingan orang Melayu, Agama Islam, malah institusi DIRaja. Namun, UMNO sebenarnya lebih teruk daripada itu, mereka sedang menjerumuskan Negara ke lembah kebinasaan. Saranan Tuan Guru Presiden, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, supaya orang-orang Melayu meninggalkan UMNO dan mengukuhkan PAS merupakan saranan yang tepat dan perlu diambil pengajaran segera.

Ironinya, UMNO sememangnya telah ditolak oleh kebanyakan rakyat yang sedar dan bermaklumat. Tidakkah kita tertanya, mengapa golongan cerdik pandai, dan mereka yang duduk di kawasan Bandar, dan kawasan-kawasan yang membangun, kebanyakannya memilih Pakatan Rakyat? 11 daripada 14 ibu kota negeri-negeri yang ada di Malaysia, dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam PRU-12. Keputusan ini sebenarnya mengundang pelbagai tafsiran. Hujah yang paling tepat untuk menggambarkan situasi pengundi di Ibu Kota di atas, ialah kerana mereka memiliki akses dan terdedah kepada pelbagai jenis maklumat.

ANOTHER BAILOUT? EPF buying Felda shares as stock price hits NEW LOW

KUALA LUMPUR, — The Employers Provident Fund (EPF) has been accumulating shares of Felda Global Ventures Holdings (FGVH) even as shares of the plantation giant sank to a new low yesterday, closing at RM4.68 a share or just 13 sen above its issuing price.
ANOTHER BAILOUT? EPF buying Felda shares as stock price hits NEW LOWAccording to filings with Bursa Malaysia, the country's largest pension fund's stake in FGVH have increased 5.4 per cent since September 3, the day before FGVH plunged below the RM5 mark.
The pension fund also recently spent RM2.4 billion to take over the Rubber Research Institute (RRI) land in Sungai Buloh that will be turned into a township. It is mandatory for private sector workers to contribute to the fund, which is managed by representatives from the government and unions.
EPF now holds a 6.98 per cent stake in the group, up from 6.62 per cent on September 3 and sharply higher than the 5.01 per cent stake it held on July 12.
The plantation group reported disappointing profits for the second quarter, which was down 32.5 per cent from a year earlier due to lower palm oil harvests, increases in operating costs, and lower contribution from its sugar subsidiary MSM Holdings.

K'jaan S'gor alu-alukan mahkamah alam sekitar

NONEKerajaan Negeri Selangor menerima baik berita pembentukan Mahkamah Alam Sekitar yang telah bermula pada minggu ini.

"Pembentukan Mahkamah Alam Sekitar ini telah lama disokong oleh kerajaan negeri kerana kami percaya ia amat diperlukan untuk menangani kesalahan alam sekitar di Selangor," kata Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, penguatkuasaan undang-undang alam sekitar secara berkesan memerlukan hukuman yang pantas.

Kegagalan untuk berbuat demikian, katanya, membolehkan pihak tertuduh terus melanggar undang-undang alam sekitar sementara menunggu pendengaran mahkamah.

Will Koon Swan make a political comeback: TROUBLE FOR SOI LEK!

Will Koon Swan make a political comeback: TROUBLE FOR SOI LEK!WELL! Well! Well! It’s indeed a rare embarrassment and dent to Singapore’s super efficient administration. At least, till now that is, the island republic’s government had not behaved like Malaysia’s monkey ways – running amok to deny and condemn an admission of mistake by one of its former top prosecutor.
Do you think any top official in Malaysia will admit any mistake? To ask for fair treatment and justice is already too much to ask in Malaysia.
However, the expose is still too early for response and comments, as I believe it is just the tip of the iceberg. Tan Koon Swan’s cautious response or non-response is telling, politically.
San Choon quit in frustration
For those who remember MCA (Malaysian Chinese Association) and Malaysian politics, the country’s second largest ruling Barisan Nasional (BN) coalition party was plunged into a leadership crisis after its then president Lee San Choon quit politics.
Lee is remembered for his gutsy political move to stand in the Opposition DAP stronghold - Seremban in the state of Negri Sembilan - in the April 22, 1982, general election against DAP adviser Dr Chen Man Hin. Lee won with a narrow 845-vote majority in a seat which MCA then had never won in previous national polls.
Many reasons had been given for Lee’s decision to take on the DAP, though Lee had actually accepted the then DAP secretary-general Lim Kit Siang’s challenge to contest in a Chinese majority seat.
Yes! The “great” Lim Kit Siang surprisingly did not keep his word to contest in Seremban.
However, Lee’s acceptance was a frustrated political manoeuvre to boost MCA’s deteriorating image as a party that stood for the rights of the Chinese.

Pelaksaanaan Hukum Hudud


"Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan Islam sebagai agama persekutuan / rasmi., tetapi kenapa setelah mencecah 55 tahun memerintah negara tidak ada langsung usaha-usaha dari pihak kerajaan untuk menguatkuasa @ mengkanunkan undang-undang Islam berpandukan Al-Quran dan hadis.,.. dimana kerajaan masih mengamalkan peraturan / undang-undang negara sekular, walaupun telah ada mahkamah khusus bagi umat Islam di negara ini iaitu Mahkamah Syariah [agama ]-[tapi gagal berfungsi sebagai institiusi syariah bagi menjalankan / melaksanakan hukum @ agama Allah.]

Malah ada para alim ulama’ dalam pentadbiran kerajaan menafikan,bahkan secara jelas melawan @ menentang hukum Al-Quran tersebut.[contohnya seorang menteri kabinet (wanita) yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama boleh mempertikaikan malah lebih malang lagi sanggup mempersendakan hukum potong tangan @ hukum hudud yang dikenakan ke atas pencuri sebagaimana perintah Allah dalam surah Al-Maidah ayat 38 ] Perintah berhubung peraturan / undang-undang Islam banyak disebut di dalam Al-Quran contohnya yang jelas dalam surah-surah berikut...

Tanah KTMB Yang Tidak Dirizab Tetap Milik Kerajaan Selangor


SHAH ALAM 11 SEPT : Kerajaan Pusat tidak ingatkan agar tidak membuat sebarang urusniaga atau sebarang urusan di atas tanah milik Kerajaan Negeri berhubung penswastaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata mana-mana tanah negeri yang pernah digunakan untuk tujuan perkhidmatan keretapi tetapi tidak dirizabkan atau diberi milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan atau diletakkan kepada Perbadanan Aset Keretapi (PAC) adalah milik Kerajaan Negeri Selangor.
“Begitu juga dengan tanah yang kini tidak diduduki atau digunakan bagi tujuan perkhidmatan keretapi adalah tanah negeri.
“Kita juga tidak perlu untuk kaveat tanah itu kerana sememangnya ia milik Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di SUK.

Negara Zina : Remaja dicekup bersama pasangan


Mohd Saiful Mohd Nor
Pelajar IPTA yang dicekup berkemban tanpa pakaian dalam bersama teman lelakinya dalam sebuah hotel masuk ke kamar mahkamah untuk proses pendakwaan.
 
DUNGUN - Seorang remaja perempuan yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian awam, bukan sahaja nyaris meringkuk di penjara, malah bakal berhadapan hukuman disingkir daripada universiti, apabila dia didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan jenayah syariah yang dilakukan bersama pasangannya.
Remaja terbabit, 19, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam, atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan bersama pasangannya, seorang buruh, Mohd Saiful Mohd Nor, 24.
Pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Mengikut kertas pertuduhan,  tertuduh ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa syariah (PPS) di sebuah bilik hotel, kira-kira jam 12.30 pagi, 6 ogos lalu.

Makin Panas : Soi Lek terima 'wang kertas orang mati'



 
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menerima dua keping 'wang kertas orang mati' - yang setiap satu bernilai 'lapan bilion' -  bersama dengan keratan akhbar yang dihantar kepadanya dalam satu sampul surat pagi semalam.

Sambil menunjukkan wang kertas itu serta keratan akhbar berkenaan kepada pihak media petang tadi, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA, Chua menyifatkan tindakan itu sebagai satu "ancaman mati" terhadapnya.

Sultan Murka : Beli Senjata Tidak Berkualiti, Teguran Sultan Johor Munasabah

SHAH ALAM 11 SEPT : Teguran Sultan Johor, Sultan Ibrahim berkenaan isu pembelian senjata yang tidak berkualiti dengan harga yang tidak munasabah adalah sangat tepat, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Teguran ini katanya mengesahkan bahawa Kementerian Pertahanan merupakan antara ‘lubuk emas’ untuk berlaku penyelewengan dalam sesebuah kerajaan.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, hal penyelewengan tersebut menjadi mudah kerana pembelian peralatan seperti senjata dan sebagainya adalah sulit.
“Terdapat kajian mengenai perkara ini dan memang menurut kajian, jabatan pertahanan sangat mudah terdedah kepada penyelewengan.

Teguran Sultan Johor, Zahid perlu bertanggungjawab

KUALA LUMPUR: PAS memandang serius teguran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar yang murka dengan pembekalan kelengkapan tidak bermutu kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata, teguran itu perlu diambil tanggungjawab oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan negara ini.

"Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mesti bertanggungjawab, jangan pula pegawai yang dimangsakan pula di dalam kes ini.

"Teguran ini datang daripada seorang Sultan. Selama ini pihak pembangkang sudah kerap kali membuat teguran. Semua kritikan itu dibangkul sampahkan sahaja," katanya dalam satu kenyataan.

Kerajaan Kelantan mahu sertai PRU13 serentak


Nik Aziz KOTA BAHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengulangi pendirian Pas Kelantan sama sekali tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan untuk membolehkan pilihan raya umum diadakan.

Sebaliknya Mursyidul Am PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata pembubaran DUN akan diadakan serentak dengan kerajaan pusat sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen.

"Tidak..tidak..tidak (untuk membubarkan DUN sendirian), kita buat serentak dengan Pusat," katanya ringkas kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.- Bernama

Mouse brain's inner workings revealed in 3D

Dana Suaram tidak penting - Sivarasa

Mukhriz mahu lindungi tauke AP - Rafizi

'BN abused gov't agencies to persecute Suaram

9/11 Moment of Silence Observed in DC and NY

Rosmah Gangnam Style..Jangan ketawa tau..tutup mulut..!!!

The promise of Somali elections

Myanmar's Rohingya stranded after homes destroyed

Syrian civilians under fire in Idlib

Missile Kills Al Qaida in Yemen's Deputy

Today in History for September 11th

Mukhriz's remark 'proves viability of cheaper cars'

Ceramah : Mazlan Aliman

S'gor masih berkuasa ke atas Langat 2, kata MB

LANGAT 2 : Jangan Salahkan Kerajaan Negeri Jika Perlaksanaan Tertunggak

Air Percuma : MB Tidak Halang Rakyat Bawa Ke Mahkamah

Suaram: Kami tak campur urusan George Soros

Langat 2: Khalid ingatkan penender bahawa kerajaan negeri ada kuasa penuh

Keluarga Shahrizat perlu disiasat ubah wang haram - Rafizi

Tsunami Politik Sabah dan Konspirasi Air Selangor (Sijangkang) - Mat Sabu

Himpunan Hijau Bera - Tuan Hj Mohamad Sabu Timb. Presiden PAS

Himpunan Hijau Bera - Saudara Mazlan Aliman Presiden ANAK

Himpunan Hijau Bera - Dato' Ismail Hamzah Bekas Pegawai Kanan Kerajaan

Himpunan Hijau Bera - Ustaz Sulaiman Mohamad YDP PAS Bera

Himpunan Hijau Bera - Hj Abdul Majid Hassan Pengarah JPN Pahang

Ust Kamaruzaman Abdullah Ceramah Banggol Binjai Tepoh

TGNA menerima anugerah Tokoh Pendidik Nusantara

PR jamin asing kuasa PM-Menteri kewangan

'We want Bukit Jalil Stadium for Pakatan Rakyat convention'

Nasha-Karpal spat: It's between them, says Pas

PAGE : Rangka dasar pendidikan 'tiada umph'..!!!



 
Kumpulan Ibu Bapa untuk Pendidikan (Page) hari ini menyarankan kekecewaan mereka terhadap pelan pembangunan pendidikan baru dengan mendakwa "tiada sesuatu yang baru" diperkenalkan.

Pengerusinya Noor Azimah Abdul Rahim berkata, laporan awal yang disediakan hanya "pelabelan semula" tanggungjawab Kementerian Pelajaran.

NONE"Tiada umph atau wow factor. Ia hanya penjenamaan semula atau pelabelan semula perkara yang sudah menjadi tanggungjawab kementerian," katanya ketika ditemui ketika pelancaran rangka dasar itu di Kuala Lumpur hari ini,

Noor Aziman (kanan) juga kecewa terhadap apa yang didakwanya peminggiran "topik panas" seperti pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Katanya, beliau terkejut apabila pakar perunding antarabangsa tidak menyarankan penggunaan bahasa Inggeris untuk pembelajaran kedua-dua bahasa itu.

Lebih mengejutkan, katanya, pakar terlibat antaranya bekas menteri pelajaran Korea Selatan - negara yang membelanjakan 50 peratus belanjawan pendidikan untuk dasar ala-PPSMI itu.

"(Rangka dasar) bertujuan menjadikan anak-anak kita sebagai pemain di peringkat antarabangsa tetapi saya tidak lihat perkara itu berlaku.

"Kita bercakap soal sains dan inovasi tetapi semuanya dalam bahasa Inggeris, jadi kena tidak mengakui perkara ini?" katanya.

Page antara kumpulan yang menyokong PPSMI sejak dasar itu mendapat tentangan hebat melalui Gerakan Mansuh PPSMI (PPSMI) - pendorong utama terhadap pemansuhannya secara "pendaratan lembut" sebelum ini.

Samseng Politik : Polis sedang kesan individu hina gambar Pakatan Rakyat....!!! Rakyat tunggu dan lihat...??

KUALA TERENGGANU - Polis sedang mengesan individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan menghina gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang disiarkan di sebuah portal berita Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah/Perundangan Terengganu Supt Luqman Abdul Rahman berkata siasatan dilakukan setelah polis menerima laporan berkenaan perkara itu di Balai Polis Kerteh, Kemaman, Sabtu lepas.
"Gambar dalam portal berkenaan menunjukkan beberapa lelaki melakukan perbuatan menghina pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Salah seorang daripada mereka seolah-olah membuang air kecil pada gambar pemimpin itu. Perbuatan yang dilakukan ini kita kira sangat serius kerana ia menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Luqman berkata setakat ini polis masih mengesan sama ada kejadian sebenar berlaku di Terengganu atau di tempat lain serta latar belakang kesemua suspek.
Beliau menggesa individu yang bertanggungjawab tampil menyerah diri secepat mungkin dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berhampiran.- Bernama

Antara batu, keris, C4, pistol, mana satu pelindung Najib

 Apakah pegawai keselamatan Najib hanya menggunakan batu atau keris telanjang untuk mempertahankan Najib? Atau pengganggu akan dihadiahkan bom C4?
Satu insiden di Melaka baru-baru ini, di mana  pegawai keselamatan DS Anwar telah mengeluarkan pistolnya apabila perjalanan Anwar dan rombongan telah diganggu oleh samseng jalanan yang mungkin dari kerabat parti cap keris !  Ekoran peristiwa itu maka melalaklah puak-puak dari parti Melayu jumud itu dengan membuat hebuh dan kecuh  serta membuat laporan polis!  Dicanang lah satu dunia seolah-olah pegawai tersebut telah membuat satu jenayah besar!  walhal perkara itu bukanlah satu isu. Yang patut jadi isu ialah kedegilan dan sikap kurang ajar samseng berlesen itu !! 
Kepada pemimpin Umno, pengikut, dan penyokong-penyokong yang berhati bebal!  Tindakan kalian membuat laporan polis, merupakan satu tindakan bodoh, buang masa dan bersifat mengampu!!  Dalam isu ini, janganlah membangangkan diri dan membangangkan orang lain!  Sebagai seorang Perdana Menteri, sudah pasti Najib juga ada pengawal keselamatannya.  Pegawai itu sudah tentu bertauliah dan bersenjata, sama seperti pegawai keselamatan Anwar juga.  Jangan buat-buat bodoh,, pegawai tersebut juga akan buat perkara yang sama jika keselamatan Najib tercabar atau terancam !  
Tak tahulah,  kalau pewagai keselamatan Najib hanya menggunakan batu-batu ditepi jalan untuk melindungi atau menyerang balas pihak yang mengancam  keselamatan Najib!   Atau mungkin juga dia guna bom C4 yang merupakan senjata paling ganas!!  Tetapi yang tidak mustahil ialah dia menggunakan keris telanjang kebanggan Umno!  kerana senjata ini dianggap kurang bahaya jika diacukan kepada musuh, berbanding pistol !!
Oleh : rahimothman

UMNO: Bermasalah dengan rakyat, bermasalah sesama sendiri

Saya hendak menyambung apa yang saya tulis dalam posting saya semalam. Saya telah membuat komen tentng pandangan Dr M yang Pakatan Rakyat akan memerintah lama jika menang dalam pilihanraya yang ke-13 nanti. Pandangan itu adalah pandangan yang sangat natural. Jika PR diberikan mandat ke Putrajaya, rakyat akan selalunya memberikan setidak-tidaknya dua penggal untuk memerintah.
Dalam pada itu UMNO dan BN yang menjadi pembangkang pula mempunyai masa untuk memperbaiki diri dan belajar menjauhi diri dari segala dosa dan noda yang telah mereka lakukan terhadap rakyat. Pakatan Rakyat pula akan menjadi perhatian rakyat dan sebagai sebuah komponen yang telah melalui liku-liku yang memeritkan untuk memperbaiki siasah dan politik negara tentalah PR akan lebih berhati-hati dalam menguruskan pentadbiran negara.
Rakyat semakin hari semakin pandai dan matang dan PR tentulah bersedia untuk melengkapkan diri untuk mentadbir rakyat yang kian hari kian celek dalam segala-galanya. Dengan itu akan wujudlah sistem dua parti yang akan memberikan rakyat segala kuasa penentu untuk masa depan negara.

Koon Swan was a victim of Umno's "black hand" - Jui Meng


Former MCA president Tan Koon Swan was a victim of Umno's "black hand" and the Malaysian Chinese should cheer the recent admission by Singapore's former public prosecutor that Koon Swan had been wrongly charged and jailed because it vindicates the community as a whole.
Koon Swan was a victim of Umno's "black hand" - Jui Meng"Koon Swan was the fastest rising Chinese leader. He held in his hand the hope and aspirations of the entire community. They trusted him implicitly. His youthfulness and dynamism set him a class above the other leaders. This is why he became a target of the Umno elite - for the tremendous hope he brought to the Chinese," PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.
"Like Anwar Ibrahim in 90s, Koon Swan in the 80s represented reform in all sectors - a more equitable economy, society and educational opportunities. He was a brilliant man and for this, Umno chopped him down cruelly. Koon Swan was publicly mutilated, his reputation was smashed to smithereens. Why? Because he did not toe the line set by the Umno bosses and they feared his power and influence over the Chinese."
Accomplices in greed
Indeed, amongst those who follow the political development of the Malaysian Chinese, grousing at the injustice heaped upon Koon Swan is not new. The bitterness was widespread and deep but in the 1980s, former premier Mahathir Mohamad ruled with a fist of iron, freely using the Internal Security Act and Sedition laws to jail political opponents and shut out criticism.
His greatest accomplices were former Finance minister Daim Zainuddin and the mainstream media, which continuously churned out stories to portray the situation that Mahathir deemed most useful to his plans. It did not help that Mahathir refused to grant licenses to independent press organizations, and until the advent of the Internet, news that carried a neutral or pro-Opposition picture did not exist in Malaysia.
Koon Swan was labelled as a vile traitor who not only betrayed his community but also swindled their poor who lost their life savings when the MCA-linked co-operatives they placed money with crumbled.

Teka-teki isu Nasha selesai, selepas ini...?

ARASHY AZIM & NORSHAHZURA MAT ZUKI
11 September 2012
pas
Keratan akhar Sinar Harian semalam yang membawa berita 'Nasha kekal ahli Pas, Majlis Syura tidak bincang' 
 
ANALISIS - Majlis Syura tidak bincang isu Nasharudin Mat Isa. Tetapi difahamkan ada disebut sepintas lalu.

Sinar Harian Online difahamkan anggota Majlis Syura mengambil pendirian bersama imej parti perlu dipelihara. Fokus utama buat masa sekarang menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PUR13).

Ramai melihat Pas mengambil langkah selamat untuk ‘tunggu dan lihat’ terhadap nasib bekas Timbalan Presiden itu apabila beliau tidak dikenakan sebarang tindakan oleh Majlis Syura parti itu, malam kelmarin.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya, Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Pas mengekalkan Nasharudin kerana beliau golongan intelektual dan profesional dalam parti itu.

Menurutnya, pemecatan Nasahrudin akan memberikan kesan kepada dalaman dan luaran imej parti kerana Nasharudin mempunyai pengikut sendiri.
“Orang luar akan melihat kredibiliti parti itu. Beliau juga adalah aset kepada parti.

“Ketiadaan Nasharudin juga akan dijadikan modal politik untuk menunjukkan kelemahan dalam Pas. Oleh itu, Pas membiarkan Nasharudin bersama parti itu untuk mengurangkan spekulasi,” katanya.

Samsul Adabi berkata, Pas mengekalkan Nasharudin untuk mengelakkan tamparan (kontroversi) kedua kepada Pas apabila tindakan mereka sebelum ini memecat bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Mohamed Ali beri kesan besar kepada imej parti itu.

Peringatan buat penender Langat 2

Menurut Menteri Besar Selangor, kerajaan negeri mempunyai kuasa tertentu yang termaktub dalam perlembagaan dan Kanun Tanah Negara.

SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan para penender projek loji rawatan air Langat 2 agar menyedari bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa yang termaktub dalam perlembagaan.
“Kerajaan negeri mengingatkan pemohon tender bahawa kita ada kuasa tertentu yang  termaktub dalam perlembagaan dan Kanun Tanah Negara.
“Kuasa ini termasuklah memasuki tapak, kebenaran merancang dan lain-lain,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Kerajaan Persekutuan yang membuka tender Langat 2, walaupun sedia maklum ia gagal untuk mendapat persetujuan kerajaan Selangor untuk meneruskan projek tersebut.

Pusat berdegil teruskan Langat 2 untuk kayakan kroni Umno BN


KUALA LUMPUR 11 September: Kerajaan Persekutuan tetap berdegil mahu meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor), walaupun tanpa mendapat kelulusan Menteri Besar Selangor.
Ketua Penerangan KEADILAN Negeri, Suhaimi Shafie berkata, penerusan projek itu bertujuan untuk mengkayakan kroni Umno BN.
“Rancangan pembinaan loji Langat 2 telah membelakangi rakyat, dan menunjukkan kerajaan BN lebih mengutamakan syarikat korporat yang ada kaitan langsung dengan Umno.
“Walhal kroni yang mendapat projek itu kelak akan menyalurkan dana untuk kempen politik Umno menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mempengerusikan jawatankuasa kabinet mengenai isu itu pada Julai, telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji cara untuk meneruskan projek tersebut tanpa kelulusan Selangor.
Isnin lalu, China Press memetik sumber-sumber kerajaan sebagai berkata, Tan Sri Abdul Gani Patail sudah memberitahu jawatankuasa yang dipengerusikan Muhyiddin itu agar meneruskan tender projek tersebut walaupun mendapat tentangan Kerajaan Selangor.

PRU 13 : Pengundi atas pagar sokong kuat kempen turun harga kereta

SHAH ALAM - PKR mendakwa pengundi atas pagar adalah orang yang paling kuat menyokong kempen #turunhargakereta yang dilancarkan oleh parti itu awal bulan lalu.

Pengarah Komunilasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, golongan atas pagar adalah golongan paling kuat menyokong usaha menurunkan harga kereta setakat ini.

Menurutnya, ekoran permintaan tinggi dan kekangan masa untuk mendapatkan pelekat kenderaan serta baju kemeja-t bersimbol #turunhargakereta kedai online telah diwujudkan bagi memudahkan orang ramai.

"Kita tengok setakat ini golongan atas pagar yang paling banyak sokong usaha turunkan harga kereta tapi mereka tidak berminat untuk sertai program dan kempen berbaur politik.

Kes syariah tertangguh: Angka Jamil dipertikai

Ahmad Fadhli Shaari,
Saya merujuk kepada kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Seri Jamil Khir Baharom seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian Ahad 9 September 2012. Isunya ialah mengenai kes syariah yang masih tertangguh di mana Jamil mendakwa bahawa sebanyak 24,000 kes di mahkamah syariah di negeri Kelantan masih tertangguh. Menurut Jamil, kerajaan Kelantan sewajarnya menyelesaikan kes ini sebelum sibuk membicarakan soal hukum hudud.
Suka untuk saya memberikan respons terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Jamil ini yang turut mendapat liputan meluas di dalam media massa yang lain. Antaranya ialah:

1.       Fakta bahawa terdapat 24,000 kes tertangguh di negeri Kelantan tersebut ialah satu fakta yang tidak benar sama sekali. Menurut sumber daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan di dalam satu surat kepada Pejabat Menteri Besar Kelantan pada 10 September 2012,  hanya terdapat 5339 kes yang tertunggak daripada tahun 2002 sehingga tahun 2010. Jumlah ini masih kecil jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan kes Mal dan Jenayah yang didaftarkan iaitu sebanyak 77101 kes di mana 68576 kes daripadanya telah berjaya diselesaikan. Manakala kes-kes yang didaftarkan pada tahun 2011 dan 2012 tidak boleh diistilahkan sebagai kes tertunggak kerana ia masih di dalam prosiding mahkamah. Secara terperinci, ia boleh dilihat melalui jadual berikut:

Kes-kes yang telah didaftarkan dan jumlah tertunggak di Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan dari tahun 2002 sehingga 2010

Dua Bentuk Pinjaman Peneroka, Anak Mohon Penjelasan Felda


KUALA LUMPUR 11 SEPT : Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) menuntut penjelasan Felda berhubung penemuan kes peneroka mempunyai dua bentuk pinjaman daripada dua bank berbeza.
Pengerusinya, Mazlan Aliman mendakwa, wujudnya dua bentuk pinjaman ini setelah beliau mendapat aduan daripada seorang waris peneroka yang cuba untuk menyelesaikan baki pinjaman bapa mertuanya.
Jelasnya, pihak Felda cuba berbohong dengan menyatakan terdapat bentuk pembayaran secara potongan pendapatan pada kadar RM50 namun hakikatnya perkara ini tidak diketahui oleh pihak bank dan ibu pejabat Felda sendiri.
“Perkara ini dibuktikan apabila anak peneroka telefon HQ(ibu pejabat) Felda sambil disaksikan pengurus bank. Pegawai Felda beritahu mereka tidak menerima sebarang arahan mengenai pemotongan ini.
“Apa yang digembar-gemburkan merupakan satu gimik untuk meredakan kemarahan peneroka dimana dahulunya dikatakan percuma kini mereka terpaksa bayar,” katanya.
Beliau menambah, dalam keadaan isu pinjaman tidak selesai, spesifik kepada dua kes atas permohonan peneroka untuk menarik balik pinjaman mereka.

PAS berjaya keluar dari perangkap ‘syaitan’

Sebagai parti yang berpengalaman lama dalam dunia politik, PAS berjaya menghidu jerat yang sengaja dipasang musuh bagi memerangkap ahlinya supaya berpecah-belah. 

PETALING JAYA: PAS mendakwa pihaknya berjaya meloloskan diri daripada perangkap ‘syaitan’ yang hanya ingin melihat ahli mereka bercakaran sesama sendiri sehingga menjejaskan hubungan dalaman parti dan Pakatan Rakyat.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebagai parti yang berpengalaman lama dalam dunia politik, PAS berjaya menghidu jerat yang sengaja dipasang musuh bagi memerangkap ahlinya supaya berpecah-belah.
Merujuk kepada tindakan Majlis Syura terhadap bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa Ahad lalu, Tuan Ibrahim berkata isu itu sengaja diperbesarkan media perdana untuk memerangkap ahli dan pimpinan PAS supaya terpengaruh dengan propaganda mereka.

Pakatan akan pisahkan kuasa PM-Menteri Kewangan

Pakatan akan pisahkan kuasa PM-Menteri KewanganKUALA LUMPUR- Pakatan Rakyat akan memastikan jawatan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri tidak dipegang oleh individu sama jika diberi mandat memerintah negara kelak.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pengasingan kuasa itu bagi memastikan kedua-dua pihak masing-masing boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas khususnya dalam menangani krisis ekonomi global yang sedang berlaku.
"Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya masalah tumpuan kepada kerja dan tanggungjawab, yang mana Menteri Kewangan terpaksa menumpukan tugas untuk menyelamatkan parti dari urusan kewangan negara.
"Tindakan pengasingan kuasa ini akan kita laksanakan apabila Pakatan mengambil alih tampuk pemerintahan di Putrajaya nanti, ini bukan cadangan tapi akan dilaksanakan," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS hari ini.

A patriot by UMNO’s definition, a TRAITOR to other Malaysians!

A patriot by UMNO’s definition, a TRAITOR to other Malaysians!Edward Abbey (1927-1989) cynically said, “A patriot must always be ready to defend his country against his government”.
Must a government stay forever without being challenged? Perhaps this what UMNO is expecting from the rakyat.
Dissenters as unpatriotic
The UMNO-led government appears to be the biggest promoter of patriotism. They love to make patriotic speeches, spur citizens to do their patriotic duty, and present themselves as admirable example of patriotism.
The state-controlled media will do the ‘spinning’ for them. But the rakyat are questioning whether this sort of UMNO-version of patriotism is actually in their own best interests.
Many issues on corruption, financial mismanagement, social problems, economic injustice and the poor education system under the state are usually kept under the lid for fear that this will lead to dissents from the rakyat.
Even when there is any rightful dissention from the rakyat UMNO would brand these dissenters as unpatriotic.
In many cases, patriotism is used by UMNO as an excuse to shut down free speech on issues that the state does not want debated or probed. They and their media sycophants often deplore as unpatriotic, and often as traitors, those who dare question their policies.
Thus, when the state’s popularity is now plummeting UMNO precipitously cogitates Malaysians as less patriotic.
When history is politically needed

PRU13: Hampir 96 peratus calon PKR sudah muktamad

PETALING JAYA - PKR telah memuktamadkan 96 peratus calon yang bakal diturunkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini.

Beliau berkata, senarai calon PKR bagi seluruh negara kini di tahap 96 peratus membabitkan mereka yang berpengalaman dan golongan muda.

Menurutnya, jumlah empat peratus itu adalah pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat (PR) yang masih perlu diperhalusi bagi membawa kejayaan kepada pakatan pembangkang.

"Boleh dikatakan PKR sudah selesai menentukan 96 peratus calonnya. Kesemua nama telah diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengumuman akan dibuat bila tiba masanya.

"Calon yang diperkenalkan nanti lebih berwibawa dan setia kepada parti daripada calon yang diperkenalkan pada pilihan raya 2008 yang lalu," katanya.

PRU13: Pakatan yakin lumpuh tiga negeri BN

PASIR MAS – Pakatan Rakyat (PR) yakin dapat melumpuhkan kekuasaan Barisan Nasional di tiga negeri lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub berkata, pihaknya yakin rakyat di negeri Johor, Sabah dan Sarawak, sudah berani untuk menolak pemerintah sedia ada dan menukar kepada pilihan baru.

Menurutnya, PR bakal mencipta sejarah politik negara seperti mana ‘tsunami politik’ ketika PRU12.

“Kita akan menawan 30 dari 82 Parlimen di tiga negeri ini, sekali gus dapat mengurangkan majoriti BN sedia ada.

“Kita akan berusaha dengan bersungguh-sungguh, sehingga menjadikan BN sebagai pembangkang di negara ini,” katanya selepas

Peningkatan aktiviti masyarakat madani tidak boleh dikaitkan dengan kebiadapan remaja, kata Ambiga

Ambiga berkata bahawa perhimpunan ambang merdeka seperti ‘Janji Demokrasi’ tidak seharusnya dipersalahkan dalam kejadian memijak gambar perdana menteri melibatkan sekumpulan remaja. — Gambar file
KUALA LUMPUR, 11 Sept — Peningkatan aktiviti masyarakat madani (civil society) sejak perhimpunan Bersih 2.0 telah menjadikan budaya berhimpun secara aman semakin berkembang tetapi pengerusi bersamanya, Datuk Ambi Sreenvasan tidak bersetuju ini menjadikan budaya biadab berkembang di kalangan remaja di negara ini. Bekas presiden Majlis peguam dan aktivis sosial memberitahu The Malaysian Insider bahawa perhimpunan ambang merdeka seperti “Janji Demokrasi” tidak seharusnya dipersalahkan dalam kejadian memijak gambar perdana menteri melibatkan sekumpulan remaja.
“Kita telah adakan banyak perhimpunan, bukan sahaja Bersih, tetapi seperti Himpunan Hijau dan sebagainya. Itu perkara biasa dan tiada salahnya.
“Dan bagi saya, perkara ini perlu dikawal oleh pihak berkuasa yang memantau, dan sudah tentu, penganjur,” katanya lagi.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Diminta Siasat Penipuan Bon Babitkan Melewar Leisure



SELAYANG 11 SEPT : Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) diminta untuk menyiasat satu kes penipuan yang membabitkan bon pelaburan terhadap syarikat Melewar Leisure Sdn Bhd.
Ini kerana beberapa pelabur hari ini tampil bagi menuntut hak bon pelaburan mereka selepas syarikat berkenaan menjual bon pelaburan berjumlah RM54,165,000 kepada syarikat Riverfront Wealth Capital Corporation.
Difahamkan Melewar Leisure berbuat demikian pada 13 Jun 2012 pada kadar RM0.24 seunit manakala pelabur hanya akan dibayar sebanyar 25 peratus dari jumlah pelaburan mereka dan bukannya 100 peratus seperti yang dijanjikan.
Ahli Parlimen Selayang, William Leong dalam sidang media di pejabatnya hari ini memaklumkan, keadaan ini mengakibatkan pelabur kerugian sebanyak 75 peratus.
Katanya, pelabur ini melabur dalam projek menambah baik Kompleks Pasar Seni pada tahun 1994.
Mengikut perjanjian bon, pelabur akan mendapat faedah sebanyak enam peratus setiap tahun sehingga tempoh matang 29 Julai 1999.

Himpunan lebih besar jika saham FGVH cecah RM4...Isa dan Najib perlu dipecat segera...!!!


KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) bertegas akan menganjurkan himpunan besar-besaran jika saham Felda Global Venture Holding (FGVH) terus menjunam sehingga paras RM4.00 seunit.

Presidennya, Mazlan Aliman yang dihubungi memberitahu apa yang berlaku hari ini menunjukkan saham FGVH tidak menentu seperti menunjukkan analisis yang dibuat sebelum penyenaraian adalah tepat.

Malah menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sudah mengetahui bahawa pasaran saham akan mengalami kejatuhan namum mereka masih bertegas untuk meneruskan penyenaraian tersebut.

"Kita sentiasa memantau pergerakan saham FGVH dan jika mendapati kedudukan saham berada pada paras RM4.00 seunit. Maka tidak ada pilihan lain satu himpunan besar-besaran akan diadakan bagi mendesak Perdana Menteri serta pengerusinya bertanggungjawab atas kerugian yang dihadapi oleh Felda dan peneroka," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Langat 2: Pusat berlagak ‘pembuli dan samseng’

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam sikap kerajaan Persekutuan kerana cuba berlagak sebagai ‘pembuli dan samseng’ apabila ingin meneruskan agenda projek Loji Rawatan Air Langat 2 walaupun tidak mendapat lampu hijau daripada kerajaan negeri.


“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa cukup kecewa dengan tindakan kerajaan persekutuan yang telah membelakangkan kerajaan negeri Selangor,” kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Pusat tanpa rasa malu telah mengeluarkan iklan tender bagi projek bernilai berbillion ringgit itu di laman sesawang Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) - sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dengan  tarikh tutup tawaran tender itu ialah pada 20 November 2012.

Samseng Jasin : Polis minta wartawan cam suspek serang bas PKR

NONEPolis meminta dua wartawan akhbar Suara Keadilan supaya mengenalpasti individu yang terlibat dalam serangan ke atas bas yang digunakan dalam satu kempen PKR di Melaka.

Laporan akhbar itu menyebut, polis meminta dua wartawannya, pemberita Aedil Asri dan jurugambar Yuisriah Yusof supaya mengenalpasti individu berkenaan dalam satu kawad cam petang ini.

Laporan yang memetik kenyataan setiausaha pengelola PKR, Radin Shamsulakmar Radin Shamsudin juga menyebut, petugas parti yang berada di dalam bas terlibat semasa serangan pada 8 September itu juga diminta mengenalpasti suspek.
Kawad cam itu akan dijalankan di ibu pejabat polis daerah Jasin, Melaka.
PKR mendakwa, dalam kejadian di Kampung Rim, Jasin itu bas berkenaan dihalang oleh sekumpulan kira-kira 20 orang "samseng" BN sehingga menyebabkan berlaku perbalahan.
Katua Angkatan Muda Keadilan Syamsul Iskandar Md Akin mendakwa, beliau salah seorang daripada anggota kumpulan tersebut merupakan ahli jawatankuasa Umno Jasin.
Kejadian ini merupakan serangan kedua yang dilakukan ke atas bas untuk program Jelajah Merdeka Rakyat anjuran parti itu.
Bas sama disimbah dengan cat merah di Kota Bharu, Kelantan kira-kira pada awal pagi 1 September lalu, ketika bas tersebut diparkir di hadapan Pasar Siti Khadijah.

Selain itu, PKR mendakwa ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim turut diserang semasa menyampaikan tazkirah di sebuah masjid di Alor Setar keesokan harinya.
Pemimpin PKR mendakwa sekumpulan yang didakwa anggota kumpulan pendesak Melayu PERKASA mengganggu acara di Masjid Pumpong dekat ibu negeri di Utara Semenanjung itu.

Pakatan anjur Konvensyen Mega di Stadium Bukit Jalil 3 November

KUALA LUMPUR 11 September: Pakatan Rakyat (Pakatan) merancang mengadakan konvensyen meganya di Stadium Bukit Jalil pada Sabtu, 3 November depan.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di pejabat agung PAS, di ibu negara tengahari tadi.
“Kami telah putuskan untuk mencadangkan kepada pimpinan esok untuk diadakan satu Konvensyen Mega Pakatan Rakyat pada 3 November akan datang yang bakal diadakan di Stadium Bukit Jalil.
“Kami akan mematuhi (undang-undang). Kerajaan tidak boleh ada alasan (untuk halang). Dia (kerajaan) dah janji nak benarkan buat (program) dalam stadium.

Harga saham FGV terus merudum walaupun wang KWSP digunakan untuk menyelamatkanya...!!!

Semakan pagi ini menunjukkan harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) terus merudum.

Pada jam 11.30 pagi ini, harga saham itu berada pada tahap RM4.58 – turun 10 sen berbanding harga ketika kaunter ditutup semalam.

Setakat ini, saham itu mencatat harga paling rendah di tahap RM4.57, menghampiri harga tawaran pemulaannya pada RM4.55.

Trend ini berterusan walaupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja terus meningkatkan pegangannya daripada lima peratus kepada 6.8 peratus.

Jun lalu, FGV mengeluarkan IPO kedua paling besar di dunia.

Harga saham itu turun melampaui tahap psikologi RM5 minggu lalu dan trend itu berterusan sejak Julai lalu.

Dagangan saham di Bursa Malaysia jatuh 15 mata daripada 1,618 mata ketika berita ini ditulis.

PKR dedah bukti baru keluarga Shahrizat terlibat pemindahan wang haram

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengemukakan satu transaksi Global Biofuture, sebuah syarikat broker yang dikawal oleh keluarga Shahrizat, yang disyaki melakukan pemindahan wang bertentangan dengan fungsi dan tujuan Pusat Fidlot Nasional. — Gambar file 
 
PETALING JAYA, Sept 11 — Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bukti terbaru pemindahan wang haram melibatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil kepada Global Biofuture Pte Ltd yang didakwa mengendalikan urusan pembelian dan jualan pukal (trading) lembu. Dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Rafizi mengemukakan satu transaksi Global Biofuture —  sebuah syarikat broker berpusat di Singapura yang dikawal oleh keluarga Shahrizat —  yang disyaki melakukan pemindahan wang bertentangan dengan fungsi dan tujuan Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Menerusi bukti dokumen e-mel, cek dan invois yang didedahkan, Rafizi mendakwa wang NFC telah dipindahkan secara haram kepada Global Biofuture melalui National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC), yang mana ia diluluskan oleh anak Shahrizat, Wan Shahinur Izran Mohamed Salleh selaku ketua pegawai eksekutif.
Rafizi juga mempersoalkan tujuan pemindahan wang berjumlah US$990,402 (RM3,065,000) kepada Global Biofuture, yang didakwanya langsung tiada kena mengena dengan NMLC atau NFC.