Isnin, 10 September 2012

The challenges of daily life in Syria

UN Chief Urges Rights Officials to Lead on Syria

Singapura perlu jelas diskriminasi penduduk Malaysia Timur

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini turut menuntut kerajaan Singapura menjelaskan tindakan mereka menghalang rakyat Malaysia dari Sabah dan Sarawak yang berusia di bawah 35 tahun untuk bekerja di republik berkenaan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, penasihat ekonomi Selangor itu menuntut jiran di selatan tanah air itu untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tindakan mereka  yang menurutnya adalah merupakan satu tindakan “diskriminasi” terhadap remaja dari Malaysia timur berkenaan.
“Kerajaan Singapura melalui Menteri Sumber Manusianya perlu memberikan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut,” kata Anwar.
“Jika laporan itu benar, Singapura bersalah kerana mendiskriminasi rakyat Malaysia berdasarkan demografi, yang mana dalam hal ini melibatkan remaja dari Sabah dan Sarawak.”
Anwar Ibrahim: Rakyat Malaysia menyumbang kepada pembangunan ekonomi Singapura — Foto fail
Jelas Anwar lagi, setiap rakyat Malaysia adalah sama tanpa mengira lokasi demografi mereka dan tindakan Singapura menolak tenaga kerja dari Malaysia itu umpama merosakkan masa hadapan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan keluarga mereka. “Visa perlu dikeluarkan berdasarkan kemahiran, pengalaman, dan kesesuaian kerja, bukan berdasarkan demografi.
“Setiap rakyat Malaysia yang bekerja di republik berkenaan menyumbang kepada pembangunan ekonomi Singapura,” katanya.
Anwar turut menambah, dengan menyisihkan sebahagian daripada mereka atas tindakan yang bukan dilakukan mereka, tetapi berdasarkan demografi adalah tindakan yang tidak adil.

PRU13 menjadi puaka kepada UMNO/BN.

Rencana oleh: IBNABDULLAHALAWAB
Ramai dikalangan pengemar dan pencinta politik tanah air, hatta diperkata sampai perengkat dunia. Di Perancis, Kanada dll negara. Pemimpin dan penyokong parti politik, cendiakawan, ilmuan di menara gading hatta rakyat jelata biasa. Mereka dah kehadapan tampil menjadi peramal, tukang tilek maupun sang dukun. Mereka turut membicara fenomina H1N1 berhubung kait kelabu asap tarikh PRU13, penuh mestri, bila? Semuanya kerana sikap dan sifat bacul DS Najib PM1Malaysia berterus terang tentangnya. Beliau cukup merahsia tarikh PRU13 kerana DS Najib sudah pupus keberanian, luntur keyakinan, hilang kudrat dan kekuatan jantan. Mandom untuk menjulang dalam memulihara sejahtera demokerasi yang tulin telus bersih. Sebagaimana tuntutan 500,000 rakyat di "BERSIH 0.2" dan "BERSIH 0.3".
Sahlah DS Najib tidak bermaya dan pucuknya gagal dipuncak kerana batang tubuhnya diserapi badi puaka purba dan yang semasa. 'Kes pembunuhan wanita Monggolia Altantuya Steeve Shaarribbu'. DS Najib sedang meneropong dari jarak jauh, apakah selama ini kes Altantuya Steeve Shaarribbu di Malaysia dapat dipalam dengan usahasama dan kerjasama bersepadu yang ampuh dan ampuk. Dari kepelbagaian jenama belaci, macai, kroni-kroni dari kamar kerajaan yang berkuku tembaga cap bN 1Malaysia 1Perentah. Dapatlah disini flip flop, kongkalikung didalam tatacara atururus, tutup bangkai gajah putih dengan bidang terpan saiz Putrajaya. Apakah masih status samar-samar nampak, atau bagaimana? Menjelang PRU13, tak semena-mena selam kira-kira 8 tahun, tiba-tiba kapal selam 'Scorpene' jengoi, muncul dan timbul dipantai Perancis. Jadi, DS Najib menjadi kalut dan melalut.

Anwar Ibrahim Menjadi Imam Di Surau An-Nur, Seremban Selatan

Penduduk rancang dua perhimpunan di Pengerang

Penduduk Pengerang yang mendakwa terjejas dengan projek Refinery and Petrochemical Integrated Complex (RAPID) bernilai RM60 bilion bercadang mengadakan dua lagi perhimpunan untuk membantah projek berkenaan.

Gabungan NGO Pengerang – satu gabungan pertubuhan yang menentang projek itu – menerusi setiausahanya Hasnul Ahmad dalam satu kenyataan berkata perhimpunan Kampungku Suaraku akan diadakan pada 16 September di Sungai Kapal.
Satu lagi perhimpunan, Himpunan Hijau Lestari Pengerang pula akan diadakan pada 30 September di Sungai Rengit, katanya.
Menurut Hasnul, himpunan Kampungku Suaraku disasarkan kepada komuniti Melayu di Pengerang untuk meningkatkan kesedaran berhubung isu berkenaan.

Pemuda PAS Kedah lapor polis pemimpin PR dihina


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Kedah bertindak membuat laporan polis berhubung gambar pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat dihina pihak tidak bertanggungjawab.

Laporan polis tersebut dibuat berikutan kenyataan polis sebelum ini yang hanya akan menyiasat sesuatu kes sekiranya terdapat laporan polis dibuat.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Nasir Zakaria, berkata dengan laporan polis tersebut, pihaknya berharap satu siasatan segera diadakan bagi memastikan pihk polis tidak membuat pendakwan terpilih.

Beliau yang turut diiringi Ketua Pemuda PAS negeri, Ahmad Yahya menegaskan polis tidak lagi boleh memberikan alasan untuk tidak menyiasat perkara tersebut.

Polis tahu program Anwar di Melaka, kata PKR negeri

Mohd Yusof berkata, pihaknya telah membuat laporan polis termasuk menyerahkan nama dan alamat orang yang terlibat dengan insiden tersebut.

MELAKA: PKR Melaka mendakwa polis negeri mengetahui program Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelajah Melaka di Jasin Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Pengarah Strategi PKR negeri, Mohd Yusof Abdullah mendakwa, pasukan keselamatan gagal menangani kejadian tersebut dengan adil.
“Polis gagal mengawal walaupun sudah diberitahu mengenai program tersebut seperti berkumpul di atas jalan laluan ang membawa rombongan tersebut.
“Kenapa membiarkan orang baling cat merah ke arah bas tetapi pengawal peribadi Anwar begitu cepat ditangkap?
“Insiden seperti ini pernah berlaku di Melaka, ini bermakna polis boleh mengawal keadaan ini dengan mudah,” kata Pengarah Strategi PRK negeri, Mohd Yusof Abdullah.

Gembirakan kawan, kecewakan lawan

Majlis Syura bukanlah jawatankuasa disiplin, ia adalah mesyuarat bulanan badan tertinggi PAS. 

PETALING JAYA:   Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan Majlis Syura yang bersidang semalam menggembirakan kawan dan mengecewakan lawan.
“Majlis Syura bukanlah jawatankuasa disiplin, ia adalah mesyuarat bulanan badan tertinggi PAS. Kami (ahli Majlis Syura) telah memutuskan mengenai perkara ini dan kita perlu menerimanya serta bersetuju untuk hanya Presiden sahaja yang dibenarkan untuk memberikan komen.
Ditanya mengenai ada situasi pilih kasih dalam kes Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok itu, Tuan Ibrahim menyatakan, keputusan telah dibuat secara perbincangan dan situasi Nasharudin juga tidak sama seperti kes Datuk Hasan Ali.
“Hasan telah diberikan amaran bertulis dan pemecatannya dibuat mengikut prosedur. Situasinya jauh berbeza dengan Nasharudin.”,katanya.

Kalaulah itu tangan “penentang Hudud”...

Oleh: Mat Zain Mat Isa
 
MAHA Bijaksana Allah Ta’ala yang mentakdirkan kes ragut membabitkan kecederaan parah pada pergelangan tangan seorang mangsa minggu lalu berlaku di bandar Kota Bharu. Suratan itu sebenarnya lebih dari cukup untuk memudahkan mana-mana pihak merenung hikmat dan pengajaran yang didatangkan-Nya bersama kejadian tersebut.

Dalam insiden pada petang Rabu, 29 Ogos lalu, seorang wanita hampir putus pergelangan tangan kirinya selepas ditetak berkali-kali dengan parang ketika bergelut dengan seorang peragut di hadapan sebuah kedai di bandar ibu negeri Kelantan itu.
 
Dilaporkan juga pembantu klinik swasta itu, Rohairani Abdullah @ Ibrahim, berjaya menghalang peragut itu melarikan beg tangannya. Namun, beliau sendiri cedera parah dan pengsan, sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.
 
Kes itu mendapat perhatian segera daripada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau mengetuai beberapa pemimpin kerajaan negeri melawat mangsa di hospital.

Betul ke dah laksana hukum hakam


Setiap kali khutbah kedengaran khatib membaca doa "Ya Allah selamatkanlah dan peliharalah pemimpin-pemimpin kami yang telah melaksanakan hukum-hakammu dengan adil

Persoalannya disini betulkah pemimpin-pemimpin negara yang diterajui oleh UMNO telah menjalankan hukum hakam Allah S.W.T. Lesen-lesen perjudian yang dikeluarakan dengan berleluasa sehingga menyebabkan orang-orang melayu bebas keluar masuk ke kedai-kedai nombor ekor.

Isu peniaga pasar malam bukan dakyah politik PKR

Nurul berkata demikian ekoran tuduhan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Zainal Abidin. 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menafikan bantahan peniaga pasar malam terhadap pembangunan Kampung Kerinchi termasuk kawasan pasar malam sebagai dakyah politik Pakatan Rakyat.
“Saya selar sekiranya kenyataan saya ini dikatakan dakyah dan agen provokatur.
“Isu ini serupa dengan isu penduduk di Brickfields,” kata Nurul yang juga ialah Naib Presiden PKR ketika ditemui di pasar malam Kampung Kerinchi.
Ini berikutan kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Zainal Abidin dalam akhbar Harian Metro yang menyatakan pasar malam Kampung Kerinci perlu ditutup untuk memudahkan proses pembangunan semula di kawasan tersebut.

'I was blindfolded, handcuffed, beaten’

A security manager claims the nightmare started when he lodged a report with the police about a burglary.

KUALA LUMPUR: When Tesco security manager S Selvaraja lodged a police report last week over a robbery at the store’s Taman Wahyu Selayang branch, little did he know that the act would leave him maimed at the hands of the police.
According to Selvaraja, after he made the report and provided the police with CCTV footage of the robbery, the police promptly remanded him and several others to aid in their investigations – and that was when the nightmare began.
“The police took me to their Kepong station, along with two other of my staff.
“They blindfolded me and handcuffed me from behind, then started beating my legs and feet with a black rubber cable for 40 to 50 minutes,” he told reporters here.
Meanwhile, he said, his colleague P Nuniandy was shoved under a table, while the other, Nanda Kumar, was forced into a corner to prevent the two from witnessing the beatings.
“They beat me, they used vulgar words on me… Now I cannot walk without help,” Selvaraja said, indicating his visibly swollen feet, while his wife sobbed silently behind him.

Malaysia Kita : Dua Artis Melayu Islam Terlibat Sambutan Ulang Tahun Pengasas Syarikat Arak Terkemuka Dunia


Arthur Guinness ialah pengasas syarikat arak terkemuka dunia. Beliau dilahirkan di Celbridge, County Kildare, Ireland sekitar tahun 1700-an. Sempena memperingati jasa dan legasinya, Syarikat Guinness akan mengadakan sambutan Arthur Guinness's Day secara besar-besaran pada bulan September setiap tahun.

Yang tidak sedap dilihat, dibaca apabila dua orang artis Melayu Islam turut sama-sama memeriahkan sambutan hari itu di Malaysia. Nama dan wajah mereka ada terpampang pada poster di atas. Bayangkan sambil mereka menyanyi, penonton di bawah tengah melayan mabuk. Aduhai!

GAMBAR yang buatkan Najib kencing tak lawas... kahkahkah...

Di tengah-tengah BN menghadapi krisis keyakinan yang parah di kalangan orang-orang bukan Melayu khususnya orang Cina tiba-tiba, Gerakan menambahkan lagi derita UMNO itu apabila ADUN Gerakan/BN Derga YB Dr. Cheah Soon Hai tiba-tiba berceramah di pentas PAS.

UMNO jangan panik... sebenarnya kehadiran Dr. Cheah ialah kerana menghadiri Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Kawasan Alor Setar yang diadakan di Alor Mengkudu. Sebagai meraikan tetamu, pihak penganjur menjemput beliau memberi sepatah dua ucapan. Dr Cheah bagaimanapun memberikan ucapan selamat hari raya kepada para hadirin.

Apa yang positifnya di sebalik undangan memberi ucapan oleh pihak penganjur ialah ia 'mengejutkan' kalangan masyarakat Cina yang hadir di majlis tersebut. "Aiyaa orang Gerakan pun boleh cakap tempat PAS, Gerakan mau cakap (beri ucapan) tempat UMNO pun depa tarak kasi woo.." ujar seorang pengunjung Tionghua, dipercayai ahli Gerakan.

Nampaknya lepas ni berpusu-pusulah orang Cina keluar MCA dan Gerakan untuk sokong Pakatan. Kedah La

 

Menteri: Tindakan pada Suara Inisiatif '2 minggu lagi'...ugut nampak..!!!


 
Menteri yang bertanggungjawab ke atas Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata suruhanjaya itu akan mengambil masa dua minggu untuk menetapkan bentuk tindakan yang akan dikenakan ke atas Suara Inisiatif Sdn Bhd.

Sehubungan itu juga beliau juga menggesa Bank Negara menyiasat NGO hak asasi manusia Suaram yang dikaitkan dengan syarikat tersebut.

"Macam mana SSM nak ambil tindakan terhadap Suaram sebab dia tak berdaftar pun dengan (kerajaan). Tetapi saya harap Bank Negara dapat mengambil tindakan terhadap Suaram kerana mereka menerima dana asing.

"Mengenai syarikat Suara Inisiatif pula SSM akan ambil tindakan. Di bawah akta apa, kena tunggu lagi dua minggu," kata Ismail ketika ditemui pemberita semasa menghadiri majlis rumah terbuka MyIPO di Kuala Lumpur hari ini.

Transparency International dakwa kerajaan juga guna dana asing, sokong Suaram

KUALA LUMPUR, 9 — Badan bebas antarabangsa membanteras gejala rasuah, Transparency International Malaysia (TI-M) tampil mempertahankan badan hak asasi manusia, Suaram yang diserang oleh pelbagai pihak atas dakwaan menerima sumber dana asing.
TI-M memberi alasan bahawa kerajaan juga menerima sumber dari banyak negara luar dan menegaskan amalan tersebut tidak salah.
Presiden badan tersebut, Datuk Paul Low (foto fail), berkata seperti Suaram,  pihak TI-M juga menerima dana daripada pelbagai sumber luar sejak beberapa tahun lalu.
“Sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan Malaysia yang berdaftar, TI-M sedar kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh pergerakan masyarakat awam bagi mengumpul dana untuk projek kami dan pelbagai aktiviti  lain.
“Malah ramai rakan kongsi dalam masyarakat menerima dana asing dalam bentuk tertentu atau lain-lain,” kata Low.
Beliau bagaimanapun berkata prinsip TI-M ialah memastikan dana yang diterima datang daripada sumber yang sah dan tidak dipengaruhi sesuatu objektif atau mewujudkan sebarang bentuk  percanggahan kepentingan mahupun hilang kebebasan di dalam mengendalikan suatu projek.
Low menambah bahawa dana asing telah sentiasa menjadi asas pergerakan bagi masyarakat awam, terutamanya di negara-negara membangun apabila isu-isu seperti rasuah dan hak asasi manusia  cenderung untuk merentasi semua bidang kuasa.

PKR adakan makan malam TERBESAR di Johor: Samseng tidak patahkan semangat kami- Jui Meng

PKR adakan makan malam TERBESAR di Johor: Samseng tidak patahkan semangat kami- Jui MengKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agak cemas akan peristiwa keganasan yang dilakukan oleh samseng politik yang juga penyokong BN dengan peristiwa menyimbah cat ke atas bas yang dinaiki beliau, mereka juga memberhentikan konvoi beliau dan juga memaksa polis menangkap pengawal peribadi Anwar kerana cuba melindunginya.
Namun, Anwar tidak akan membiarkan ugutan ini mematahkan usaha jelajah ke serata Malaysia untuk menemui pengundi sebelum  pilihanraya umum ke 13, yang mungkin akan diadakan pada November ini.
Semua tertumpu kepada destinasi Anwar yang seterusnya- Johor, tempat lahirnya Umno yang juga merupakan kubu kuat BN.
Tidak percuma TETAPI sudah habis dijual

Najib & Taib dlm PERANG PROKSI:Sokongan di S'wak berubah "kiri, kanan & atas pagar"

Najib & Taib dlm PERANG PROKSI:Sokongan di S'wak berubah "kiri, kanan & atas pagar"Kemelut di Sabah belum lagi selesai, namun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berdiam diri sahaja. Dia dan gabungan Pakatan Rakyat sudah mula bergerak ke kawasan jiran iaitu Sarawak, kubu kuat Taib Mahmud atau lebih dikenali sebagai Tok Uban yang telah memerintah Sarawak melebihi 3 dekad mengikut kemahuan dan citarasanya sendiri.
"Sokongan bergerak ke kiri, kanan dan atas pagar dalam BN Sarawak. Ia adalah masa yang sesuai untuk Pakatan bagi melancarkan serangan hebat," naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
"BN di Sarawak sekarang berpecah. Secara teknikalnya, sudah 4 orang penggubal undang-undang telah meninggalkan parti mereka walaupun mereka kekal mesra BN. Kemunculan Parti Pekerja Sarawak akan melemahkan lagi BN."
Bagi BN, sudah terang lagi bersuluh

UMNO BAKAL MUSNAH: Najib dalam misi bunuh diri, Mahathir AMBIL ALIH

UMNO BAKAL MUSNAH: Najib dalam misi bunuh diri, Mahathir AMBIL ALIHKejatuhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan partinya UMNO adalah akibat perbuatan mereka sendiri. Ini adalah kesan setelah 55 tahun salah laku dalam pemerintahan, penyalahgunaan kuasa, kronisme, rasuah, skandal, ketamakan dan perkauman.
Ia semua berlaku apabila tiada menteri sebelumnya mahu melakukan perkara yang betul, iaitu memerangi rasuah. Kemudian mereka gagal untuk memperkukuhkan UMNO dengan orang bijak pandai dan jujur​​. Namun, kesilapan terbesar mereka adalah tidak berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit sehinggakan orang bukan Melayu mula beralih untuk menyokong pembangkang.
Pengundi Melayu juga mula meninggalkan UMNO untuk PAS yang lebih kukuh dan jujur​​. Malah, peralihan keluar dari UMNO bermula pada 1960-an, dengan kadar yang semakin meningkat sehingga hari ini apabila orang Melayu mula berpecah antara UMNO di satu pihak dan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di pihak yang lain.
Memilih untuk menipu dari memperbetulkan kelemahan

Kambing Hitam NFC : Mahkamah diberitahu Shamsubahrin dibayar RM 1.7 juta


 
KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu sejumlah RM1.7 juta telah dibayar kepada ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang didakwa menipu bekas Pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
  
Saksi pertama pihak pendakwaan Pegawai Penyiasat ASP Mohd Nor Hasnimaizam Othman, 36, memberitahu mahkamah bahawa Pengurus Kewangan NFC Hasimah Ahmad memaklumkan perkara tersebut (mengenai RM1.7 juta) kepadanya menerusi telefon pada 16 Dis 2011.
  
"Hasimah juga memaklumkan kononnya bayaran RM1.7 juta itu adalah untuk diberikan kepada pegawai penyiasat yang terlibat dalam penyiasatan kes NFC," katanya ketika menjawab soalan Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa.
  
Katanya, selain beliau terdapat dua lagi pegawai penyiasat yang terlibat dalam penyiasatan kes NFC itu iaitu Supt Ravindan Singh Sarban Singh dan ASP Nordin Md Nor.

Jauhi acara merdeka syaitan dikenali

SEJAK ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikecam beberapa malam di TV kerana membela Mat Indera, kita melihat wujud kebenaran dalam beberapa ucapan beliau itu.
Antaranya, kemerdekaan hari ini cuma disambut oleh Umno sahaja, dan bukan diraikan semua.
Hal ini kerana, ilmu sejarah yang dicatat, dan pengetahuan yang dipahat di fikiran umat adalah – kemerdekaan yang dikecapi adalah hasil perjuangan Umno sahaja. “Nampaknya, yang Mohamad Sabu sebut dulu dalam ceramahnya ada benarnya. Umno letak logonya sendiri, ‘Janji Ditepati’ ketika kemerdekaan,” kata seorang teman.
Jadi benarlah bahawa kemerdekaan ini cuma diraikan Umno dan ia bukan untuk semua.
Kemerdekaan kali ini sungguh luar biasa. Cabutan bertuah dan hadiah lumayan dihambur bertujuan memikat rakyat menghadirinya
. Jika tidak, mungkin ramai tidak hadir untuk meraikan kemerdekaan bersama-sama syaitan yang dikenali itu. Hakikat Umno- BN sebagai syaitan itu sudah dimaklumi umum. Maka, tidak hairan jika parti syaitan gemarkan konsert, nyanyian dan hiburan.

SIAPA YANG SEPERTI ANJING?

 
Isu yang agak panas sekarang ini ialah menjadi-jadinya budaya atau perlakuan samseng sesetengah penyokong atau pengikut parti politik Melayu yang bernama Amno. Fahaman sempit dan perbuatan busuk balaci-balaci mereka  seolah tidak terkawal lagi. Kencing gambar pemimpin, pijak gambar, simbah cat,  baling objek, ganggu majlis di sana sini, buat kacau dalam majlis agama di masjid dan berbagai lagi. Namun ulamak-ulamak mereka sama ada yang tua mahupun yang muda masih  mengambil sikap membisu,, tidak menyatakan pendirian jelas mereka. Mungkin mereka ini lebih mengutamakan kepentingan diri, kedudukan atau pangkat.
Beginilah malangnya masyarat Islam di Malaysia,  kerana berulamakkan ulamak sekular. Gulungan  ulamak yang wajar digelar ulamak perut ini tak berani menegur akhlak ahli dan pemimpin Amno, bahkan mereka turut taksub dengan ketuanan Melayunya.  Mereka begitu percaya hanya bangsa Melayu yang boleh mengangkat martabat Islam di bumi Malaysia ini, tetapi hingga kini belum dibuktikan !  Islam di Malaysia hanya gah diatas kertas,  hakikat sebenar ia sering diperalat dan dipersenda, bukan saja oleh bukan Islam bahkan pemimpin Amno sendiri.
Dr Asri, seorang pendakwah bebas yang juga bekas Mufti Perlis dalam satu kenyataannya kelmarin membidas sikap ulamak yang sedemikian rupa.  Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing,”  katanya.
Oleh : rahimothman

Isa: Turun naik saham FGVH hal biasa...yang rugi peneroka jerk.. Isa tak rugi pun sebab FOC maaa!!!


Turun naik harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia adalah perkara biasa dan ia berlaku kepada semua syarikat perladangan.Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, peneroka dan pemegang saham sudah sedia maklum terhadap situasi itu.Beliau juga percaya keyakinan peneroka dan pemegang saham terhadap FGV tidak akan terjejas.
“Ada beberapa faktor mengakibatkan penurunan saham, antaranya laporan keuntungan suku pertama tidak sebaik tahun lalu sekali gus menimbulkan keraguan.
“Perkara ini juga berlaku mungkin dipengaruhi kejatuhan harga kelapa sawit dunia dan serantau, malah turut menyebabkan penurunan di syarikat perladangan lain,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi
Peserta-peserta Rancangan Felcra Gugusan Rantau Berhad ke-19 di Dewan Orang Ramai Bagan Pinang, dekat sini, semalam.

Pengundi Johor Sedia Berubah Pada PRU-13


Oleh Mazlan Aliman

SANGAT berbeza suasana politik di Johor mutakhir ini. Pengalaman Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang hadir dalam Rumah Terbuka ANAK di Felda Bkt Besar, bersarapan pagi dan merasmikan rumah Mak Teh di Felda Taib Andak serta menghadiri Rumah Terbuka Eidul Fitri PAS Johor di Taman Pulai Utama Gelang Patah adalah bukti jelas peningkatan ketara sokongan rakyat kpd PAS.

Kalau dahulu 90 peratus yang datang dalam program PAS adalah penyokong parti sahaja. Namun kini pelbagai lapisan masyarakat termasuk non-muslim turut bersama. Bahkan kecenderungan pengundi atas pagar untuk beralih kepada Pakatan Rakyat menjadi perbualan hangat di sana sini. Ramai yang berhujah BN sudah terlalu lama memerintah. Pemimpin sudah selesa sangat hingga lupa diri.

Tsunami over FELDA

If my friend, Pirates of Putrajaya had been a little bit more patient, he will find his views on the FGV vindicated. Probably he underestimated the will of the government to use GLCs under its control to shore up the FGV price.
Nevertheless, his views will be vindicated soon and I and millions of others hope he will come back into blogosphere to share with us, his rapier sharp analyses.

Jangan pilih parti seperti ‘Syaitan’

KUALA LUMPUR: Kenyataan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ‘lebih baik syaitan yang dikenali berbanding malaikat yang tidak dikenali’ membawa kesan buruk kepada Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Kenyataan itu membawa satu gambaran kepada rakyat bahawa dakwaan Umno-BN sebagai sebuah parti yang seperti digambarkan Mahathir (Syaitan) kerana sarat dengan skandal, rasuah, kronisme dan penyelewengan. Bagi Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kenyataan itu juga boleh ditafsirkan sebagai suatu seruan kepada rakyat agar tidak memilih parti yang di dalamnya memiliki pimpinan yang ‘seperti syaitan’.
Bercakap kepada Harakah 30 Ogos lalu, Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, secara sedar atau tidak, Mahathir sebenarnya telah memberi suatu gambaran buruk mengenai Umno- BN. Maka katanya dengan sendirinya segala dakwaan dan tuduhan bahawa Umno ‘busuk sampai ke usus’ itu benar seperti dakwaan bekas Perdana Menteri itu sebelum ini.

Najib dikejar bayang-bayang Muhyiddin, Taib Mahmud dan orang Sabah

Selain ancaman pengaruh Muhyidin yang makin menggugat acah kuasa Najib, Najib juga berhadapan dengan seorang lagi individu; Taib Mahmud yang digelar orang “Raja di Sarawak”. Bukan untuk jawatan Perdana Menteri, tetapi persoalannya; bila dan bagaimana proses pertukaran kuasa atau dalam kata mudah, akankah Taib meletak jawatan Ketua Menteri Sarawak?
Kini semuanya makin celaru. BN berhadapan dengan pelbagai dilemma. Sedang masih belum selesai memenuhi 18 dan 20 perjanjian Sarawak dan Sabah ketika penggabungan bersama Malaya membentuk persekutuan Malaysia, isu kepimpinan sememangnya menjadi gunting dalam lipatan sepanjang tempoh UMNO-BN memerintah.
Biarpun Sarawak dikenal sebagai azimat kebal BN, kedudukan Taib yang lama memegang tampuk kerajaan semakin dipersoal rakyat terbanyak. Dengan permasalahan infrastruktur asas negeri yang tidak sudah-sudah puluhan tahun, isu pembolotan hasil negeri yang sudahpun menjadi rahsia umum, kekayaan Taib dan kroni-kroninya, semua ini tidak mungkin tidak amat merimaskan Najib.
Taib sudah pun menjadi beban kepada BN. Persepsi masyarakat kian berubah. Ketua Menterinya masih disitu jadi, apa kata Najib?
Najib kata begini, Taib kata begitu

Sampai hati cakap macam itu....

Oleh: anaabdullah

"Pada penulis, memang tidak patut cakap macam itu pada Setiausaha Agung PAS Malaysia dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu. Kalah menang calon dalam pilihanraya umum bukan hak manusia. Ia adalah hak Allah Subha nahu wataala.Itulah kepercayaan kita.

Pendek kata, kalah dan menang sesorang calon adalah ketentuan Alah subha nahu wataala. Cuma manusia ini hanya sabit sahaja. Tidak lebih daripada itu.
Kenapa penulis kata begitu? Siapa sangka Umno tumbang pada PRU 10 (1999). Umno pun tak sangka PAS boleh menang 28 kerusi.
Sehubungan dengan itu, kebanyakan pucuk kepimpinan PAS negeri menyatakan “PAS menang kerana umno”  .Cakap cakap ini dibuat dalam kebanyakan majlis anjuran kerajaan.
Pada PRU 11 (2004) PAS tak sangka boleh kalah begitu teruk, tinggal 4 kerusi. Mengapa penulis kata begitu?banyak sebab musababnya.
Bayangkan,  banyak insentif  dan inisiatif yang dilkakukan oleh kerajaan PAS. Memansuhkan TOL Jambatan Sultan Mahmud. Menghapuskan cukai pintu yang sering jadi rungutan rakyat.
Pendek kata banyak perkara yang sudah lansai melalui inisiatif kerajaan PAS jauh lebih baik dan besar maknanya kepada rakyat  berbanding  kerajaan Umno sepanjang pemerintahannya.Asyik menipu.
Cuba anda bayangkan. 50 ribu lot tanah telah diluluskan.  80 peratus dikhususkan kepada penyokong umno. Nilai satu lot tanah ada yang berharga RM 100,.Tak munasabah mereka yang dapat tanah undi umno.

Kantoi Habis : TV3/4 Paling Kecewa!!

Oleh: laniismaa

"Isu Nasharuddin Mat Isa nampaknya mengecewakan musuh PAS. Mereka nak sangat melihat Nasharuddin dipecat. Itu yang mereka mahukan. Namum majlis Syura tidak membincangkan isu tersebut dan Nasharuddin kekal sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS.
Tentunya TV3 yang paling kecewa dengan keputusan tersebut. Pentingnya keputusan tersebut sehingga TV3 terpaksa membuat lintas langsung pada akhir siaran Buletin Utama semalam. PAS menjadi begitu penting kepada TV3, hanya semalam. Tujuannya kalau Nasharuddin dipecat, modal baik untuk TV3 memecahbelahkan PAS. Akhirnya TV3 dikecewakan.
Namun yang sial, setelah kehabisan modal, ada pula yang membuat cerita…. kononnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz.....

Cabutan bertuah nilai patriotisme Umno-BN

Oleh SAFAR JUMAAT
KALAU Dato’ Seri Dr Rais Yatim sedar, hasratnya untuk mengampu Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak tidak diterima rakyat terbanyak, sudah pasti dia tidak akan mempertahankan tema Sambutan Hari Merdeka ke-55 Janji Ditepati, walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak.

Malangnya, Rais tidak mempunyai jiwa besar dan tidak bersedia menerima kata-kata PM Najib bawa era pemimpin tahu semua sudah tidak relevan lagi sekarang.
Jika dia sedar, mustahil untuknya mahu memerangkap rakyat supaya bersama-sama slogan Barisan Nasional (BN) dalam meraikan kemerdekaan negara ke 55.
Jadi, Rais jangan terkejut, kali ini ketika Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) yang dia wakili terpaksa menghantar SMS kepada pengguna-pengguna telefon bimbit menjemput datang meraikan sambutan kemerdekaan, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Apa yang melucukan, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang mempunyai telefon bimbit berkata kepada bapanya, “Abah, saya dijemput oleh KPKK ke Stadium Bukit Jalil sempena kemerdekaan.”

MB : Laporan Audit UNISEL Belum Diselaras, Noh Tak Faham Akaun


SHAH ALAM 10 SEPT : Laporan audit kewangan Universiti Selangor (Unisel) yang didakwa mengalami kerugian selepas cukai kira-kira RM54.8 juta bagi tempoh 2008 hingga 2010 adalah laporan audit yang belum diselaraskan lagi.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata laporan audit kewangan terbabit akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) akan datang.
Katanya, ia sepatutnya diselaraskan pada Jun lalu, bagaimanapun oleh kerana terdapat akaun yang tidak dapat diselaraskan maka ia perlu mengambil masa.
“Kita lihat akaun Unisel, ia mengalami kos yang tinggi sebab pembiayaan untuk pembinaan itu dibiayai oleh syarikat yang memiliki Unisel.
“Oleh itu, saya menyusun semula syarikat yang memiliki operasi Unisel supaya aset-aset seperti bangunan asrama dan harta yang dimilki Unisel yang masih berhutang di bank.

Shabery digesa mohon maaf hina atlet paralimpik


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang telah mengguris perasaan golongan orang kurang upaya (OKU).
Ini kerana beliau meletakkan tahap atlet paralimpik negara di kejohanan Paralimpik di London baru-baru ini sebagai ‘kelas kedua’.

“Kami juga menggesa agar Datuk Seri Shabery memohon maaf secara terbuka di atas ketelanjuran bahasa yang dinyatakan atau sekiranya ia  memang menjadi dasar Kerajaan Pusat merendahkan dan menganggap bahawa atlet paralimpik tidak bernilai di Malaysia,” kata Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Iskandar al-Hiss.

Salahguna Dana NFC : Restoran milik keluarga Shahrizat ditutup di Singapura


Shahrizat Jalil: Dilaporkan telah tutup — Meatworks, Brawn Steakhouse dan Churrascaria Senor Santos. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 10 Sept — Tiga restoran di Singapura yang dimiliki oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dilaporkan ditutup, dan berakhirnya perniagaan keluarganya di republik tersebut. Akhbar Straits Times di Singapura melaporkan, restoran tersebut, Meatworks, Brawn Steakhouse dan Churrascaria Senor Santos telah tutup selepas pasar raya Farmhouse telah ditutup di Rochester Mall di Buona Vista.
Akhbar itu melaporkan Meatworks telah menutup cawangannya di ION Orchard pada 4 September dan Brawn Steakhouse cawangan Marina Bay telah ditutup pada Julai, yang akan digantikan oleh Erwin’s Gastrobar.
Keluarga ketua wanita Umno itu telah dituduh oleh pembangkang kerana menyalahgunakan dana kerajaan persekutuan untuk Syarikat Fidlot Kebangsaan (NFCorp) yang menguruskan projek penternakan lembu negara untuk kepentingan peribadi, yang mereka nafikan, bagaimanapun mereka mengakui sebahagian dari dana itu digunakan untuk membeli kondominium mewah di Bangsar dan Singapura.
Rentetan dari kontroversi itu menyebabkan tekanan kepada Shahrizat untuk meletakkan jawatan sebagai menteri wanita, keluarga dan masyarakat pada 11 Mac yang lalu.

Felda : ANAK Akan Dedah Siapa Faizoull Ahmad

Lim Guan Eng Cabar Hishammuddin

FOMCA : Kenaikan Ron 97 Jejas Pengguna

SHAH ALAM 10 SEPT : Kerajaan Pusat perlu meneliti semula kenaikan harga petrol gred RON97 sebanyak RM0.30 yang diumumkan baru-baru ini.
Penurunan ini perlu bagi mengurangkan bebanan orang ramai untuk menanggung kos sara hidup yang makin meningkat kini.
Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan- Persatuan Penguna Malaysia(Fomca), Mohd Yusoff Abdul Rahman berkata kenaikan ini akan memberi kesan kepada golongan tertentu terutama bagi mereka yang menggunakan kenderaan berkuasa tinggi.
Menurutnya, tindakan Kerajaan Pusat menaikkan harga petrol memberi kesan kepada peningkatan kos pengangkutan, ditambah dengan kenaikan harga barangan yang semakin serius sejak kebelakangan ini.
“Walaupun kita mendapati ramai yang menggunakan RON95, tetapi ramai juga yang beralih ke RON 97 kerana mendapati kualitinya lebih baik untuk perjalanan jauh.

Janji Demokrasi: Polis terima 427 laporan

KUALA LUMPUR - Sebanyak 427 laporan polis telah dibuat berhubung perbuatan biadab peserta Himpunan Janji Demokrasi memijak gambar pemimpin negara serta membawa bendera 'Sang Saka Malaya' untuk menggantikan Jalur Gemilang pada malam ambang merdeka 30 Ogos lepas. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini hari ini berkata bagaimanapun tiada tangkapan baharu berhubung kes itu setakat ini.

Menurut laporan sebelum ini, bilangan laporan polis yang dibuat oleh orang ramai yang marah dengan tindakan biadab kumpulan tersebut terus meningkat dengan lebih 250 laporan polis dibuat setakat minggu lepas.

ANAK : Harga Kad Raya Felda Tidak Munasabah....projek masyukk...!!!

KUALA LUMPUR 10 SEPT: Jabatan Seranta Felda di Jabatan Perdana Menteri mengemukakan permohonan peruntukkan yang tidak munasabah untuk kad raya Perdana Menteri kepada warga Felda dengan kos keseluruhan berjumlah RM494,560.
Cetakan kad raya sebanyak 175,000 unit ini diserahkan kepada warga Felda sempena Aidilfitri tahun ini.
Ketirisan ini didedahkan oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK), Mazlan Aliman dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS hari ini berjumlah RM494,560.
Menurutnya, Jabatan Seranta di bawah kendalian Pengarahnya, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid merupakan ‘lubuk politik’ Umno-BN di Felda dibawah teraju Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
“Tanyalah mana-mana kedai, kalau cantik sekalipun (kad raya) dengan kuantiti lebih 100,000 tidak lebih RM1.00 satu kad raya. Tetapi untuk 175,000 unit, mereka mohon peruntukkan RM2.50 untuk satu kad.
“Banner hari raya pula dengan saiz standard biasanya tidak lebih RM100 tetapi peruntukkan yang dipohon untuk 317 rancangan Felda, mereka mohon RM180.00 untuk satu banner.
“Jumlah permohonan dan kos yang dipohon serta yang diluluskan oleh oleh Tan Sri Isa Samad kepada Seranta berjumlah RM247,280,” katanya.

Mat Sabu: Selesaikan projek IC ‘Sabah’, baru pilihanraya

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum bersedia untuk memanggil pilihanraya umum ke-13 ekoran masih belum menyelesaikan beberapa masalah di Sabah dan Sarawak, terutamanya melibatkan pendatang asing.
Mat Sabu juga mempersoalkan kredibiliti SPR kerana seolah-olah tergesa mahu mengadakan pilihanraya, walaupun Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah pun belum memulakan tugasnya.
Mat Sabu menyelar Suruhanjaya Pilihan Raya dalam isu penyelewengan dan penipuan berlaku dalam daftar pemilih walaupun perkara tersebut berlaku secara terang-terangan. — Gambar file
“Ia dengan sendirinya bermakna daftar pemilih masih tidak bersih dan itulah antara sebab utama rakyat Sabah menuntut suruhanjaya itu ditubuhkan,” kata Mat Sabu yang dipetik dalam Harakah. Kerusi parlimen di Sabah menjadi deposit tetap buat kerajaan Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya, malahan pada PRU 2008, BN berjaya meraih 24 kerusi daripada 25 yang dipertandingkan.
Situasi sama juga berlaku di Sarawak apabila BN memperoleh 30 kerusi daripada 31 yang dipertandingkan.
Pemimpin Pas tersebut juga menyelar SPR dalam isu  penyelewengan dan penipuan berlaku dalam daftar pemilih walaupun perkara tersebut berlaku secara terang-terangan, walaupun aduan demi aduan dilakukan kepada pihak SPR.

Janji Pakatan untuk pengundi wanita

Perancangan ini akan direalisasikan menerusi pelancaran 'Agenda Wanita Malaysia' pada 13 September, bertempat di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor bermula jam 8 malam 

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat membawa pakej ‘janji’ pilihan raya kepada pengundi wanita bagi memastikan golongan ini terus  berdaya selaras dengan tujuh tumpu utama dalam merealisasikan perancangan tersebut.
Menurut Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin, langkah ini merupakan satu lagi komitmen Pakatan terhadap pengundi wanita sekiranya mereka mengambil alih pentadbiran kerajaan dalam pilihan raya akan datang.
Katanya, perancangan ini akan direalisasikan menerusi pelancaran ‘Agenda Wanita Malaysia’ pada 13 September, bertempat di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor bermula jam 8 malam.
Majlis akan diserikan oleh kehadiran ketiga-tiga Presiden Pakatan iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Lim Kit Siang (DAP) dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS).

Suaram terus dedah skandal Scorpene walau ditekan kerajaan Umno@BN

KUALA LUMPUR 10 September: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berikrar akan terus membongkar skandal Scorpene walaupun kerajaan mengenakan pelbagai tekanan ke atas NGO hak asasi itu.
Pengerusi Eksekutifnya, E Nalini berkata, Suaram ditubuhkan untuk memperjuangkan hak asasi manusia dan mereka tidak akan berkompromi selagi penindasan serta ketidakadilan wujud di negara ini.
“Kami melaksanakan tanggungjawab hak asasi manusia bukan semata-mata mementingkan diri sendiri. Sudah 23 tahun kami beroperasi dan selama ini tiada kekangan mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut menyelar kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kononnya akaun Suaram mencurigakan, sedangkan siasatan ke atas NGO itu masih belum selesai.
Menurut Nalini, kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu bertujuan mencemarkan nama baik Suaram selepas pihaknya memfailkan kes penyelewengan Scorpene di Mahkamah Perancis.

Wanita Pakatan yakin pertambahan calon dalam PRU ke-13

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Ketua  Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, mewakili Wanita Pakatan Rakyat (PR) dalam sidang media hari ini memberi keyakinan akan lebih ramai lagi calon wanita dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 ini sekaligus membuktikan komitmen PR dalam memperjuangkan isu melibatkan wanita di Malaysia.
Disamping itu Zuraida juga berkata Wanita PR akan memperkenalkan polisi untuk kaum wanita seperti yang terdapat dalam Buku Jingga dengan memperkenalkan tujuh tumpuan utama (polisi Wanita PR) sebagai manifesto menjelang PRU ke-13 nanti.
Tujuh tumpu utama tersebut akan dilancarkan sempena malam “Agenda Wanita Malaysia” pada 13 September ini di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam.

Khalid Ibrahim: Kita Punya Cara Kerja Bukan Macam UMNO BN Dulu, MCA Dulu, Tipu Rakyat

MIMBAR-Produk Terbaharu dan PKMR di Petaling

Worldwide Selangor Masters 2012 dan Jalinan Raya Sri Andalas

Pendedahan Isu Jual Beli Tanah Part2-2

Anwar Ibrahim: In Isu Keselamatan, Bukan Isu Politik

Anwar Ibrahim: "Lagu Madu & Racun" With Live Band

Appeal on bid for leave by Kuantan folk dismissed

Rafizi mohon gugur tuduhan BAFIA

SYABAS Cuba Timbulkan Masalah Air - Khalid Samad

ARE YOU SERIOUS, MUKHRIZ? No need to worry if M'sia goes BANKRUPT - youngest son of Dr M

As expected and as usual, UMNO has used the latest Orientation Week for new students at all the universities in the country to spread its propaganda. Each year without fail, UMNO leaders march off to the colleges and make rousing speeches in a bid to try to convince the 'freshies' that they need to trust and continue to support the UMNO-BN for the greater good of the 'Bangsa, Agama dan Negara'!
ARE YOU SERIOUS, MUKHRIZ? No need to worry if M'sia goes BANKRUPT - youngest son of Dr MNeedless to say, this year was no different. If anything, there was greater hype and urgency but as the saying goes - the higher one climbs, the steeper the fall. And UMNO was not spared this maxim. While the 'freshies' were mostly shy and polite, many wore bored and even exasperated expressions at the overt and long-winded way at which the UMNO people tried to pitch their agenda.
Every specially invited guest was asked to give a speech. Some of the speeches were blatant propaganda while some speakers tried using a psychological approach in their attempts to convince the students. But in the Internet world where communication via SMS, email, cyber chat rooms are daily routine, Malaysian youngsters are anything but naive. Don't expect the Gen Y to swallow your bait hook, line and sinker!
Savvy and wired-up, many of the newbies wore sneers on their faces as the speakers wound through their boring speeches that invariably ended with the most simplistic rationale for why everyone in Malaysia must support UMNO-BN or the country would be 'destroyed' by the 'crooks' in the Opposition. Yes, to a man, the BN-friendly speakers talked rubbish. The students were not interested at all; they were tired and sleepy and many dozed off midway unable to keep their eyes open due to the sheer verbose hurled at them.
Enter the youngest son

Akta Kampung Baru batal jika Pakatan tawan Putrajaya – Anwar

KUALA LUMPUR 10 September: Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru pada pilihan raya umum (PRU) kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Jika kita diberi mandat oleh rakyat untuk membentuk kerajaan di peringkat Pusat selepas PRU, kita akan batal akta itu kerana ia jelas bertentangan dengan kehendak sebenar pemilik dan pewaris penduduk Kampung Baru.
“Selepas itu, kita akan serah semula kepada pemilik dan pewaris penduduk Kampung Baru untuk menentukan hala tuju sebagaimana yang mereka inginkan,” katanya kepada Keadilan Daily.

Kantoi Lagi : "SHARIDAN" SAH MEMBALING CAT KE BAS MERDEKA RAKYAT



Ok.. Mamat yang dibulatkan dalam gambar tu bernama Sharidan dan dipercayai tinggal di Taman Maju, Jasin.. Dibelakang budak yg dibulatkan tu ialah Penghulu DUN Bemban (Jezlee Pit - ada fb dia) dan disebelah kanan sekali ialah staf di JAPERUN Merlimau...










Lihat foto diatas mamat sharidan dengan aksi bangangnya. Ada lagi tapi kita up satu persatu mengikut keperluan hingga Pilihanraya Umum ke13. Nak tengok lebih ada, kita jumpa di ceramah2 yang akan aku hadiri dan kita bukak macam tengok wayang!!!


Polis tak dapat tangkap? Adakah mereka dilindungi oleh Akta Hidupan Liar 1969?
Waaakakakkakaaaaa!!!