Jumaat, 7 September 2012

Bengong Sungguh Mangkok Ni, Cakap Pun Tunggang-Terbalik!

Hoi mangkok, sapa PEMBANGKANG di S'gor & K'tan? Cakap bebaik skit...


Matlamat UMNO Selangor dan Kelantan sama walaupun pendekatan berbeza, kata Noh

KOTA BAHARU, 7 Sept — Umno Selangor dan Kelantan mempunyai matlamat yang sama iaitu merampas kedua-dua negeri itu dari tangan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 nanti, sungguhpun pendekatan yang digunakan untuk tujuan itu berbeza.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata ini kerana tidak seperti Kelantan yang sebahagian besar pengundinya Melayu, Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor pada masa yang sama tetap memberikan perhatian kepada bangsa lain.

“Di Kelantan ramai pengundinya Melayu tidak seperti Selangor yang kita pada masa yang sama memberikan tumpuan kepada pengundi berbangsa lain pada pilihan raya ini.
“Selain itu yang berbeza di Kelantan, pemerintahan PAS sudah lama tetapi di Selangor pembangkang masih baru tetapi (Umno) bermatlamat sama untuk melihat BN menang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kubang Kerian di sini, hari ini.
Laporan penuh:

Penduduk Cina resah replika keris telanjang di tiang lampu


TEMERLOH: Penduduk berbangsa Cina di Mentakab dekat sini, merasa resah dan tersinggung dengan tindakan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang meletakkan replika keris di tiang-tiang lampu sepanjang jalan utama dan kawasan perumahan di bandar ini sejak dua bulan lalu.


Bagi mereka, pihak berkuasa tempatan yang mempunyai ahli majlis daripada pelbagai kaum sepatutnya boleh menilai sama ada sesuatu yang hendak dilakukan sensitif kepada sesuatu kaum ataupun sebaliknya bagi menjayakan semangat satu Malaysia.

(Gambar: Replika keris yang digantung sepanjang jalan di Mentakab, menakutkan penduduk Cina.)

Seorang penduduk Tan Siew Leong, 35, ketika ditemui berkata benda yang tajam dalam kepercayaan orang Cina atau Feng Shui, adalah tidak baik apa lagi dihalakan tepat ke arah rumah penduduk.

Ketua Hakim: Kes rogol bawah umur pemain boling boleh disemak semula


Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria hari ini berkata Mahkamah Rayuan boleh menyemak semula kes pemain boling negara Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik kerana merogol gadis bawah umur.
 
Beliau berkata Pejabat Peguam Negara boleh memfailkan semakan semula kes itu, bagaimanapun mahkamah itu akan meneliti kewajaran bagi mahkamah itu menggunakan bidang kuasanya untuk menyemak semula kes itu.
  
"Jika Peguam Negara (yang merupakan pendakwa raya) memohon (bagi semakan semula), mahkamah boleh meneliti kewajaran untuk menggunakan bidang kuasanya untuk merayu. Mahkamah boleh putuskan kemudian. Saya tidak dapat ramalkan apa yang akan terjadi. Tidak wajar (untuk saya beri ulasan)," kata Arifin kepada pemberita ketika ditemui pada rumah terbuka Hari Raya di Istana Kehakiman di sini.
  

Catatan Pencerahan : Politik kita memang caca marba

Oleh : RIDZWAN BIN ABU BAKAR
(Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah)
Membaca, meneliti dan menghadam tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkaitan tajuk “Politik kita memang caca merba” yang disiarkan oleh Malaysiakini.com dan Drmaza.com mengamit saya untuk memberi komentar ringkas terhadap tulisan tersebut dengan pengakuan bahawa beliau tetap dihormati dengan nilaian ilmu yang ada padanya dan juga kehebatan beliau dalam menganalisis isu serta keberanian beliau dalam melontarkan pemikiran baru untuk dihadamkan oleh masyarakat umum dengan gaya amat kritikal, bernas, mencabar minda dan membentuk pemikiran dalam masyarakat samaada yang pro mahupun kontra.
Ulasan ini akan dibuat dalam bentuk point demi point berdasarkan kepada isu yang dilontarkan oleh beliau melalui artikel yang dimaksudkan. 1. Dr Maza memulakan tulisannya dengan meletak tajuk “politik kita memang caca marba”, saya bersetuju dengan tajuk yang diberikan oleh Dr Maza, bahkan ulasannya tentang politik yang seharusnya berasaskan kepada minda dan tawaran khidmat pengurusan yang baik sememangnya menjadi hasrat semua ahli politik yang berkecimpung dalam medan politik dengan hasrat untuk “menegakkan agama dan mentadbir dunia dengan agama”.
Inilah nilai politik yang telah diperjuangkan oleh para pendahulu zaman kita yang memperkenalkan politik berasas kepada idealogi perjuangan yang mantap, namun kemurnian hasrat ini telah diperkosakan oleh para pemain dunia politik terkemudian apabila menafikan hak dan ruang untuk mengemukan pandangan dari kalangan pihak yang tidak bersama dengan pemerintah hatta melalui media yang dimiliki oleh kerajaan yang kos pengoperasiannya dijana dari hasil yang dikutip dari rakyat.

ROSAK habih la budak-budak Anwar nie... kata lan kasim...he.he..!!!

Anwar sendiri simbah cat kearah bas Merdeka Rakyat kata Roslan Kassim - ASD

Ini adalah cubaan Kata Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim untuk memperbodohkan golongan muda di negara ini..

Katanya bas yang disimbah cat ini adalah angkara Anwar sendiri untuk menagih simpati dari golongan muda terhadapnya.. macam kes mata Anwar lebam dulu kot??

Pengakuan Pelajar Yang Londehkan Seluar Terhadap Najib & Rosmah

Ammar pada sidang media di rumahnya di Batu Pahat, petang ini. - Foto Sinar Harian

Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri semasa malam Ambang Merdeka baru-baru ini, secara peribadi memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, dia menyesal apa yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian.
"Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," kata beliau pada satu sidang media di sini, petang ini.

Dia juga berkata, segala apa yang dilakukannya pada malam 30 Ogos adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

"Saya sedar apa yang saya lakukan ini satu kesilapan. Saya juga berjanji pada diri sendiri, saya tidak akan mengulanginya di masa hadapan,” katanya dengan wajah tenang di hadapan pihak media di rumahnya, di sini.

Bila Mahathir Meracau Lagi...

Oleh Shahbudin Husin
Untuk kesekian kalinya mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Mahathir Mohamed bersuara lagi mengenai politik negara. Lagi dekat pilihanraya, lagi banyak PM selama 22 tahun bersuara. Dengan bercakap mengenai pelbagai perkara sebelum ini, termasuk menyifatkan UMNO dan BN sebagai syaitan yang dikenali, meminta ahli UMNO bersikap waras dan berusaha memenangkan parti, menyalahkan kerajaan sekarang yang dianggapnya lemah dan berpunca daripada Pak Lah, terbaru ini beliau meminta rakyat supaya tidak mudah menukar kerajaan yang ada.

Tanpa keraguan beliau menyatakan bahawa pertukaran kerajaan tidak semestinya membawa kebaikan. Hakikat ini sebenarnya masih boleh diterima tetapi apabila Mahathir menyatakan bahawa sekiranya PR diberi peluang menjadi kerajaan, mereka akan berusaha supaya BN tidak dapat kembali berkuasa, ia tentunya tidak boleh diterima sama-sekali.

Polis nak perbodohkan Saterawan Negara

Soalan polis tiada kena mengena dengan puisi Pak Samad.
 
Semalam Pak Samad dipanggil ke Balai Polis Dang Wangi untuk disoal siasat berhubung dengan pembacaan puisi bertajuk “Janji Demokrasi”  pada sambutan malam merdeka tempoh hari. Menurut Pak Samad, soalan-soalan yang ditanya oleh pihak polis jauh menyimpang !  tiada kaitan langsung dengan puisinya.

Akhirnya Pak Samad tidak menjawab langsung soalan-soalan bodoh pihak polis, buang masa je !  Lagi pun Pak Samad tidak terlibat dengan pihak penganjuran himpunan “Janji Demokrasi”.kecuali menghadirkan diri untuk bacaan puisi. Dipanggil Pak Samad konon kerana puisinya,,tetapi  tiba-tiba polis melencong kelain!! Tahniah Pak Samad kerana buat-buat tak dengar  kepada soalan bodoh itu!

AWAS PENULIS !!!

Sebelum ini hasil seni Zunar yang berbentuk kartun politik pernah dirampas oleh pihak berkuasa,  apabila mereka menggeledah masuk ke pejabatnya dan cuba mengambil sebanyak mungkin hasil seni pelukis kartun itu.

Semuanya gara-gara terlalu takutnya  pemimpin Umno kepada Zunar yang mana mesej kartunnya sangat dekat dihati rakyat terutama penyokong pembangkang.. 
 

Aku nak tanya !.. Datin Seri Rosmah boleh ke lakukan sebegini?...

Wanita Malaysia memang dah ada melakukan kerja sebegini, cuma tak sehebat dengan wanita barat,, dan jarang-jarang kita ketemui...  
Cuma kalau pemimpin wanita dah mulakan,, mungkin sedikit sebanyak nanti akan menjadi permulaan buat wanita....

Buka apa,, wanita rasanya cermat sedikit... dari lelaki... 




Datin Rosmah aku rasa tak berapa nak boleh,,, sebab,,, 
pertama kaki tak boleh nak pijak pedal brek... 
kalau boleh pun,, silap-silap sangkut pula setereng,,, susah nak pusing ...

Jelajah ‘Janji Ditepati?’ Dedah kegagalan kerajaan BN


KENINGAU, 7 SEPTEMBER: Kerajaan Barisan Nasional telah gagal menghormati perjanjian dengan rakyat Sabah yang telah diabaikan selama lebih empat puluh lapan tahun sejak bergabung dengan semenanjung untuk membentuk Malaysia.
Demikian menurut Lim Kit Siang semasa melawat kawasan Keningau dalan siri jelajah ‘Bicara Rakyat Sabah – Janji Ditepati?’ baru-baru ini yang turut disertai oleh Dato’ Seri Wilfred Bumburing, Ahli Parlimen Tuaran yang baru-baru ini telah meninggalkan BN dan menyatakan sokongannya kepada Pakatan Rakyat.
Menurut beliau lagi, rakyat Sabah dari pelbagai kaum, bermula dari Kota Kinabalu, Penampang, Ranau, Tenom dan Keningau telah menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kepada kerajaan BN yang telah mengabaikan hak rakyat Sabah dan melanggar semangat sumpah yang tertera pada ‘ Batu Sumpah Peringatan Mengikut Perlembagaan’ yang terletak di Keningau.

PUSAT JUDI HARAM YANG DIRESTUI BN KEDAH DI SERBU POLIS




ALOR SETAR - Sebanyak 59 set komputer dan 38 mesin simulator yang dirampas pasukan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dalam serbuan di sebuah bangunan berhampiran Lebuh Raya Darul Aman.

Jurucakap polis berkata, serbuan pada jam 3 petang melibatkan 12 anggota dan dua pegawai.

Menurutnya, serbuan itu dilakukan hasil daripada maklumat orang awam berhubung kegiatan perjudian di kawasan berkenaan.

Ugutan Dr. Mahathir kali ni memang tepat

Nampak sungguh Dr. Mahathir ni berusaha bersungguh-sungguh berkempen untuk Umno BN. Nampak sangat yang Dr. Mahathir pun tak yakin dengan kemampuan Najib.

Kalau sebelum ni Dr. Mahathir dalam mode merayu sungguh-sungguh kepada rakyat Sabah dan Sarawak supaya bersabar dengan kemiskinan yang tak mampu BN atasi walaupun mentadbir Sabah dan Sarawak hampir setengah abad.

Kali ni Dr. Mahathir gunakan kaedah mengugut pulak. Kalau mode Dr. Mahathir sebelum ni nampak sangat-sangat tak relevan, ugutan Dr. Mahathir ni bagi aku agak tepat.

Kalau Umno BN kalah PRU13 nanti memang rakyat besar kemungkinannya takdak peluang dah nak pilih BN balik.

PECAH RAHSIA: PETUA UMNO UNTUK KUBURKAN ANWAR DALAM POLITIK




Satu cara je nak jatuhkan Anwar. Tidak payah susah-susah cari orang sanggup mengaku diliwat Anwar, tak payah pening kepala dok selongkar fail atau dokumen nak sabitkan Anwar dengan dana RM 3 Bilion atau tidak perlu berpeluh-peluh buat kerja baling cat atau baling kasut sampai ke dalam masjid.

Aku nak bagitahu satu je petua nak jatuhkan Anwar. Petua ini aku nak ajar kat lembu-lembu yang bodohnya tak habis-habis tu. Susah apa kalau nak pastikan Anwar jatuh dari karier politiknya? Nak cari jalan jatuhkan Anwar, kena fikir dulu apa kekuatan Anwar. Apa kekuatan dia?


Salah satu kehebatan Anwar adalah dia berani. Ertinya, kalau mahu jatuhkan Anwar kita mesti lebih berani dari Anwar. Berani bukan bermakna berani baling batu setiap kali Anwar ceramah. Berani juga bukan bererti berani baling cat atau kemekkan kenderaan Anwar. Itu bukan berani, itu bangang dan dayus.

Kantoi Lagi : Akhirnya Tembelang Ulama Muda Umno Pecah

PENGERUSI ULAMA MUDA UMNO AKUI DIA TAK MAMPU NAK TEGUR KEPINCANGAN DALAM UMNO


KUALA LUMPUR, 7 Sept ― Ulama Muda Umno hari ini menerima nasihat yang diberikan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar segera menyuarakan pendirian berhubung insiden budaya politik samseng dengan hati terbuka, namun mengharapkan beliau agar dapat mendahulukan melaksanakan perkara itu memandangkan beliau mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin tertinggi Umno.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Seketariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya, tugas ilmuan adalah untuk saling menasihati dan melengkapi antara satu sama lain, dan bukannya mencari kesalahan masing-masing.

“Kami terima dengan hati yang terbuka nasihat beliau (Dr Asri), namun mengharapkan agar beliau yang rapat dengan pemimpin tertinggi parti untuk mendahulukan perkara itu.


Kami mempunyai ruang yang terhad, jarang bertemu pemimpin untuk menyuarakan pendapat dan nasihat kami,” katanya.

Tambah beliau, “kami bagaimanapun ada menyuarakannya melalui penulisan kami di akhbar, laman sosial seperti blog dan sebagainya.”


“Kami hanya melaksanakan mengikut kemampuan kami,” katanya lagi kepada The Malaysian Insider.


Menurut Fathul Bari, pihaknya juga mengutuk budaya politik samseng seperti yang berlaku akhir-akhir ini, seperti insiden serangan ke atas bas Pakatan Rakyat (PR), serangan kasut di masjid di Kedah, dan juga menunjukkan pungung kepada gambar pemimpin negara.

AFP melaporkan: Najib marah Jerman tolong rakyat Malaysia.

Najib Razak 2002 deal to buy two submarines from France.
Pihak Kedutaan Jerman bantu rakyat Malaysia untuk cari jalan penyelesaian dan dapatkan keadilan dalam isu kapal selam Scorpene yang melibatkan rasuah berbillion ringgit, tetapi Najib suami Rosmah Mansor jadi marah!!
Kemarahan Najib seolah-olah membuktikan memang dia terlibat dalam kes rasuah berkenaan. 
Malaysia summons German envoy over NGO funding
KUALA LUMPUR (AFP) - Malaysia has summoned Germany's ambassador after the embassy reportedly funded an opposition-leaning human rights organisation that has accused the government of corruption.
The group, Suaram, launched a complaint in a French court earlier this year accusing Prime Minister Najib Razak and others over a 2002 deal to buy two submarines from France.

"The action of the German embassy can be misconstrued and be seen as interference in the domestic affairs of a sovereign state," the Foreign Ministry said in a statement late on Thursday.
"Malaysia is deeply disappointed to learn that the embassy is engaged in such activities that show its partiality to certain issues that have implications on Malaysia's domestic situation." The embassy declined to make an immediate comment on Friday. But German Ambassador Guenter Gruber was quoted by the national news agency Bernama earlier this week as saying that the funding was for a one-off project in 2010.

Ceramah Pas Di Jasin Malam Ini Dipindah Kerana Mengelak Gangguan Samseng UMNO

Ceramah anjuran Pas yang menampilkan Tamrin Ghafar dan Muhammad Sabu yang dijangka diadakan malam ini di Kampung Serkam Darat terpaksa dipindah ke Kampung Serkam Pantai yang jaraknya kira-kira 2km, demikian dimaklumkan oleh Tamrin menerusi pesanan ringkas (sms) kepada saya sekejap tadi.


Tamrin dalam satu ceramah di Johor.
Pemidahan itu mungkin bagi mengelakkan pertembungan dengan program ceramah Umno yang juga diadakan di tempat berkenaan pada malam ini. Umno dikatakan telah mendiri khemah berdekatan lokasi ceramah Pas petang semalam walaupun mulanya parti itu tidak ada apa-apa cadangan mengadakan program di situ.

Sebelum ini terdengar khabar ada pihak yang cuba menganggu ceramah Pas tersebut. Ceramah itu pertama kali bagi Tamrin berceramah di daerah kelahirannya. Sebelum ini beliau sudah diundang beberapa kali oleh Pas Jasin tetapi menolaknya kerana menghormati kaum keluarganya disitu.

Kantoi Lagi : Mahkamah batal saman Ibrahim Ali ke atas Saifuddin

Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur hari ini membatalkan saman fitnah yang dikemukakan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali terhadap Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berhubung artikel di akhbar Suara Keadilan, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng membenarkan permohonan Saifudin untuk membatalkan saman Ibrahim terhadapnya dengan kos RM8,000. Beliau membuat keputusan itu dalam kamarnya.

Peguam Puspawati Rosman yang mewakili Saifudin berkata antara alasan yang diberi hakim itu ialah mahkamah bersetuju dengan pembelaan Saifuddin bahawa artikel itu tidak berbaur fitnah.

Pada 2 Jun 2010, Ibrahim mengemukakan saman berjumlah RM2 juta ke atas Saifuddin kerana didakwa memfitnahnya.

Sang Saka Malaya: Dua ditahan polis..!!!

Takrif hasutan sudah di porak-perandakan olih UMNO-BN.
Jika UMNO buat, ia akan dikata mengingati sejarah.
Apa yang UMNO tak pernah buat bendera dan lagu NEGARAKU.Diubah melodi sewenang wenangnya..
Jika pemimpin PR yang menamakan bendera Malaysia sebagai JALUR GEMILANG, sudah pasti tuduhan kianat juga akan dibuat, tetapi apabila ia dibuat olih UMNO, ia diterima tanpa persoalan.Adakah dulu bendera ini dinamakan JALUR GEMILANG.
KUALA LUMPUR, 7 Sept — Dua orang lelaki yang didakwa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dalam perhimpunan Janji Bersih pada malam ambang merdeka minggu lalu ditahan polis. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Assistan Komisioner Aziz Zakaria berkata kedua-dua suspek 24 tahun itu ditahan pada jam 2.35 petang di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.
Kedua-dua lelaki yang ditahan disiasat bawah Seksyen 9(1)(a) Akta Hasutan, tambah Aziz lagi.
“Kedua-dua suspek kini masih disiasat untuk tindakan susulan selepas mengibarkan bendera Sang Saka Malaya.
“Berkemungkinan akan dibebaskan malam ini dengan jaminan polis. Kedua-dua mereka hadir bersama peguam,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Adakah ini juga 'menghasut', polis? Atau terpakai untuk UMNO@BN sehaja...!!!!



 
Untuk pertama kalinya pihak berkuasa memburu individu yang didakwa menunjukkan aksi tidak hormat kepada tokoh awam, termasuk memijak menunjukkan punggung kepada gambar mereka.

NONESetakat ini, 11 individu didakwa terbabit dalam perhimpunan ambang merdeka di ibu negara pada 30 Ogos sehingga mendorong sebahagiannya tampil menyerah diri dan dalam satu kes seorang gadis digari.

Bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa tindakan terhadap 11 individu itu adalah pendakwaan terpilih. Ia malah diburukkan lagi dengan tindakan yang dilihat tergesa-gesa.

Pihak berkuasa bagaimanapun menafikan pilih kasih dan akan menyiasat insiden sama walaupun melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat sekiranya laporan polis dibuat.

Malaysiakini bagaimanapun mendapati tindakan tidak konsisten yang dianggap sebagai jenayah bawah Akta Hasutan 1949, seperti berikut:

Lim Guan Eng

NONEKetua Menteri Pulau Pinang selalu menjadi mangsa demonstrasi walaupun dalam tempoh pemerintahan singkat, antaranya posternya dibakar dan dipijak, dihadiahkan kek berbentuk najis dan upacara kematian olok-olok di hadapan rumahnya.

Datuk Ambiga Sreenevasan
NONEBekas presiden Majlis Peguam yang kemudiannya mengepali gabungan proreformasi sistem pilihan raya juga menarik perhatian "musuh", antaranya melalui protes burger dan 'senaman punggung; di depan rumahnya dekat ibu negara.

Pada April, dalam perhimpunan antihomoseksual di Universiti Putra Malaysia (UPM) pula menyaksikan gambar Ambiga dipijak dan dipijak.

Datuk Nik Aziz Nik Mat & Datuk Seri Abdul Hadi Awang

shah alam nik aziz hadi awang 060912 urinating peeingTerdapat juga gambar menyaksikan gambar kain rentang yang digantung di Shah Alam menunjukkan kedua-dua pemimpin kanan PAS ini dikencing dengan jelas.

Seorang daripadanya kelihatan memakai kemeja-T BN.

Lim Kit Siang

Gambar pemimpin veteran popular DAP juga pernah menjadi mangsa insiden sama pada 2009 di luar mahkamah Shah Alam ketika 12 orang yang terlibat dalam 'perhimpunan kepala lembu' didakwa.

Simpati nasib peneroka FELDA

Pengakuan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bahawa 800 unit saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) yang diagihkan kepada peneroka semasa penyenaraian dulu, adalah hutang dan bukannya ‘durian runtuh’ amat dikesali.

Walaupun saya bukan peneroka tetapi abang dan kakak serta ramai saudara mara merupakan peneroka FELDA. Buat kesekian kalinya, para peneroka ditindas, ditipu dan dipermain-mainkan. Mentang-mentanglah sebahagian besar peneroka berasal daripada kehidupan yang susah dan tidak berpendidikan, maka mereka sewenang-wenangnya dipergunakan.

Pijak gambar lebih bahaya dari serang pemimpin


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS mempertikaikan sikap pihak tertentu yang menganggap tindakan memijak gambar pemimpin lebih bahaya berbanding dengan tindakan menyerang pemimpin parti pembangkang.


(Model sambilan yang memijak gambar Najib dilayan macam penjenayah besar)

Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Dr Raja Ahmad Al Hiss dalam kenyataannya membidas kenyataan  Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh yang menafikan pasukan keselamatan pilih kasih dengan bertindak terhadap pelajar yang memijak gambar Perdana Menteri tetapi membiarkan insiden sama terhadap pemimpin pembangkang.

Baling kasut perbuatan tercela, cemar kesucian masjid..tapi terpuji dalam mazhab Umno...!!!!

KUALA LUMPUR 7 September: Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan yang melakukan provokasi dengan membaling kasut ke dalam masjid, 2 September lalu.
Ahli Perkasa (dalam bulatan) membuat provokasi ketika tazkirah berlangsung.
“Sepatutnya tindakan tegas diambil kerajaan, kerana tindakan yang mereka lakukan mencemar kesucian sebuah rumah ibadat.
“Tindakan yang dipercayai dilakukan Perkasa ini jelas menunjukkan mereka menjadikan agenda politik jauh mengatasi agama, sekaligus membelakangi agama Islam itu sendiri,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, tindakan tersebut juga sama seperti kejahilan yang berlaku di zaman Nabi Muhammad SAW.

Lawyers speak up for picture stompers: PM should cease "HARSH" action

KUALA LUMPUR,― The authorities should stop their “harsh action” against those who stepped on pictures of the prime minister last week, lawyers have said.
This follows a recent manhunt that led to the arrests of two teenagers over the incident, one of whom has also been expelled by his college over the incident.
Lawyers speak up for picture stompers: PM should cease "HARSH" action  A public uproar has arisen among conservative politicians after several individuals were spotted tearing up and stamping on pictures of Datuk Seri Najib Razak, his spouse, and the Election Commission chairman during the 55th National Day countdown at Dataran Merdeka.
Yesterday, a teenager apologised for stepping on the prime minister’s picture a day after she was arrested and handcuffed in what opposition politicians say was an over-reaction by the police.
Bukit Aman’s CID director Datuk Seri Mohd Bakri Zinin said earlier this week that the police were probing the incidents under the Sedition Act ― despite Putrajaya’s decision to repeal the controversial law that has been widely panned as a tool to curb political dissent.
He added that stepping on pictures of Najib and wife were considered offences under Sections 290 and 504 of the Penal Code for being public nuisances and intentionally causing insult with intent to provoke a breach of the public peace, respectively.
Those convicted under Section 290 may be fined up to RM400 while those found guilty under Section 504 can be jailed up to two years or fined, or both.
Today, civil liberties lawyer Syahredzan Johan urged authorities to don kid gloves when dealing with the youths involved.

Ambiga: Politics ‘No’, EC chief ‘perhaps’

The Bersih co-chairperson rules out the possibility of contesting in the next general election but quips that she may consider heading the EC if offered the post.

PETALING JAYA: Malaysians appear to be split on whether Bersih co-chairperson S Ambiga should contest in the next general election.
And the former Bar Council president admitted that she had been receiving numerous calls urging her to stand as an independent candidate.
But the mother of two stressed that politics was not her cup of tea and that she could never see herself as a politician.
“I will not contest. That is my final decision. I am not interested in politics,” she told FMT, ruling out any room for reconsideration in the future.
Ambiga was responding to the recent call from the Malaysian Indian Business Association (Miba) and the coalition of NGOs, WargaAman, for her to contest in the election.
The two groups argued that Ambiga and other prominent civil society personalities could raise the standard of Parliament if elected to the August House.

EC chief perhaps

WILL THE FACTS BE CHANGED?: New history syllabus soon

NATIONAL PRIDE- Views of experts incorporated to build up patriotic spirit, says DPM
WILL THE FACTS BE CHANGED?: New history syllabus soonKUALA LUMPURA: NEW history syllabus for secondary schools is taking shape with recommendations from a special committee headed by Malaysian Historical Society (PSM) executive committee chairman Tan Sri Omar Mohd Hashim.Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said special attention would be given to the contents of the history syllabus in a bid to mould citizens with a high patriotic spirit.
Speaking at PSM's annual meeting here yesterday, Muhyiddin, who is also education minister, said: "We have received the report of the special committee to review the history syllabus and secondary school history books.
"We will implement the views and recommendations contained in the report."
The special committee comprised 10 history experts and was set up in May 2011 and chaired by Omar, a former deputy director-general of Education.
The committee's task was to review the history syllabus and textbooks for secondary students with an aim to instil national pride among students.

Umno sering cari silap PR sejak dahulu, kata Pas Terengganu

KUALA TERENGGANU – Jika pemimpin Umno mendakwa budaya tuding jari sebagai budaya Pakatan Rakyat (PR), pembangkang pula mendakwa Umnolah sebenarnya bertindak sedemikian dan sering kali mencari kesilapan PR.

Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, Umno akan ‘menyelongkar’ dari semua sudut untuk mengaitkan sesuatu isu yang ditimbulkan sebagai kerja pembangkang.

Beliau berkata, isu pijak gambar pemimpin negara dan mengibarkan bendera baru dikenali ‘Sang Saka Malaya’ bagi menggantikan Jalur Gemilang adalah isu terkini yang diheret Umno untuk menjelaskan kepada rakyat tentang pembabitan pembangkang walaupun pimpinan PR sendiri sudah banyak membuat penafian.

"UMNO cuba cari kesilapan pembangkang dari semua sudut. Kalau dilihat kepada apa yang berlaku pada malam ambang merdeka, memang ramai penyokong pembangkang hadir. Kebetulan pada waktu sama, berlaku perkara itu. Jadi mudahlah mereka membuat dakwaan sedemikian.

PM Dicabar Jamin Undur Secara Aman Jika PR Menang PRU 13

SHAH ALAM 7 SEPT : Penasihat DAP, Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi jaminan awam bahawa Umno-BN akan berundur secara aman jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
Cabaran ini dibuat ekoran kenyataan Mahathir sebelum ini bahawa rakyat tidak akan berpeluang melihat Umno-BN menjadi kerajaan lagi jika kuasa memerintah pada PRU akan datang jatuh kepada PR yang kononnya ‘sanggup berbuat apa sahaja demi mengekalkan kuasa’.
Mahathir juga membuat dakwaan kononnya kerajaan PR akan menamatkan amalan demokrasi di negara dengan tidak membenarkan pilihan raya diadakan lagi.
“Dakwaan ini sangat mengarut kerana semestinya ketiadaan Umno-BN sebagai sebuah kerajaan adalah suatu rahmat kepada seluruh rakyat.

Tiada Pencen : Menteri Sukan ‘Cacat Pemikiran’ Nafi Keupayaan Atlet Paralimpik Negara


SHAH ALAM 7 SEPT: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek disifatkan sebagai ‘dangkal dan cacat pemikiran’ apabila enggan memberi layanan samarata terhadap atlet paralimpik negara yang memenangi pingat dalam temasya sukan terbesar dunia itu, kata Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Malaysia, Mohamad Faizal Che Yusuf.
Shabery dipetik berkata standart sukan paralimpik dan sukan olimpik jauh berbeza ketika ditanya adakah atlet paralimpik yang menang pingat untuk negara akan turut diberi pencen sepertimana pemenang pingat olimpik negara yang lain.
Menurut Faizal, kenyataan Menteri tersebut begitu mengguris hati Orang Kurang Upaya(OKU)di negara ini.
“Kenyataan beliau yang dilihat seolah-olah memandang rendah kepada sukan paralimpik. Ternyata pandangan beliau dibuat secara tidak tidak berhati-hati selain menggambarkan ketidaksediaan kerajaan mengiktiraf kedudukan sukan paralimpik di peringkat antarabangsa, ia sekaligus memperkecilkan sumbangan yang diberikan oleh atlet-atlet paralimpik negara,” katanya yang juga Ahli Majlis Presiden Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia.
Tambahnya, pihak kerajaan dan Menteri tentunya sedar sukan paralimpik adalah sukan terbesar dunia yang melibatkan OKU dan kedudukannya sama tinggi dengan sukan olimpik.

Ketua hakim enggan ulas kes rogol statutori...cari makan maa...!!!

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria enggan mengulas cadangan dari Pejabat Peguam Negara supaya Mahkamah Rayuan menyemak semula keputusan untuk mengenepikan hukuman ke atas pemain bowling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang disabit kesalahan merogol remaja bawah umur.

Arifin berkata beliau akan bertindak sub-judice sekiranya membuat kenyataan berhubung perkara itu dan terpulang kepada mahkamah untuk memutuskan jika peguam negara boleh berbuat demikian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sambutan rumah terbuka Hari Raya di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini.

Arifin juga enggan mengulas rayuan oleh Pejabat Peguam Negara ke atas keputusan Mahkamah Sesyen Pulau Pinang ke atas seorang juruelektrik berusia 22 tahun yang disabut kesalahan melakukan rogol statutori, atas alasan sama.

Hukuman Pesalah Rogol Bawah Umur Perlu Lebih Serius

SHAH ALAM 7 SEPT : Hukuman ke atas pesalah dalam kes rogol statutori(bawah umur)harus dipandang serius bukannya hanya dijatuhkan hukuman bon berkelakuan baik sahaja oleh pihak mahkamah.
Dalam satu kenyataan media oleh Lawyers for liberty (LFL) berkata hal itu kerana kanak-kanak dan remaja bawah umur seharusnya dilindungi oleh sistem perundangan jenayah selain memberi sokongan kepada mereka.
Katanya, bagi memastikan mereka dilindungi, pesalahlaku seks perlu dibawa ke muka pengadilan mengikut norma-norma dan pembuktian undang-undang jenayah.
“Golongan kanak-kanak dan remaja di bawah umur paling terdedah kepada bahaya jadi sewajarnya perundangan mengambil kira kepentingan mereka dan memberikan perlindungan khas,” kenyataan itu dipetik.
Kenyataan LFL merujuk kepada isu kontroversi baru-baru ini yang melibatkan dua kanak-kanak perempuan berumur 13 dan 12 tahun yang mana pelakunya yang masing-masing berumur 19 dan 21 tahun tidak dipenjarakan.

Kes tembak Dinesh: Polis pura2 tubuh inkues untuk ‘cuci tangan’

KUALA LUMPUR 7 September: Keluarga mendiang D Dinesh, mangsa tembakan rambang polis di Ampang bulan lalu menolak sebarang cadangan inkues oleh pasukan itu, yang disifatkan peguam, N Surendran sebagai percubaan supaya kes ini ditutup.
“Polis kata nak inkues. Prosedur pun sudah salah. Inkues hanya dibuat apabila tiada kepastian. Dalam kes ini, jelas berlaku pembunuhan dan dakwaan boleh dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Ini percubaan untuk menutup kes. Keluarga tolak permohonan inkues atau sebarang prosiding inkues. Kita mahu penjenayah terbabit didakwa di mahkamah terbuka,” katanya kepada pemberita di perkarangan ibu pejabat Bukit Aman, di sini hari ini.

Kantoi Lagi : Pentas bergerak BN disimbah cat..ha..ha..kerja bangang pencacai....!!!

Pentas bergerak BN disimbah cat
Siap Boleh Senyum2 dan Suka2 ketika menunjukkan trak pentas bergerak yang disimbah cat.
 
GEORGETOWN - Pemuda Barisan Nasional (BN) membuat laporan polis berhubung trak pentas bergerak mereka disimbah cat merah awal pagi tadi.

Ketua Pemuda BN Pulau Pinang, Oh Tong Keong Tong Keong berkata, kejadian itu disedari pemandu trak berkenaan yang tiba di pekarangan Ibu Pejabat Gerakan Pulau Pinang bagi mengambil trak berkenaan untuk dibawa ke Taman Manggis.

Mahathir cemas BN gagal rampas Putrajaya jika Pakatan menang PRU13

KUALA LUMPUR 7 September: Kerajaan BN tidak mampu merampas kembali Putrajaya jika Pakatan Rakyat (Pakatan) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Beliau berkata, BN takut Pakatan akan memerintah jauh lebih baik dengan jaminan keadilan akan dilaksana berasaskan keluhuran Perlembagaan.
“Sebab itu BN menakut-nakutkan rakyat supaya tidak memilih Pakatan dalam pilihan raya akan datang. Sebab dia tidak yakin BN boleh merampas kembali Putrajaya jika Pakatan menang.
“BN pun sedar selama ini mereka tidak pernah memerintah dengan baik apatah lagi berlaku adil kepada semua pihak.
“Apabila kita berjaya menawan Putrajaya, kita akan memerintah jauh lebih baik daripada BN. Kita menjamin keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia dari segi politik, ekonomi dan sosial,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad menakut-nakutkan rakyat supaya tidak memilih Pakatan pada PRU-13 kononnya rakyat tidak berupaya kembali kepada BN jika Pakatan memerintah.

MCA Dicabar Bentang Laporan Audit NFC Sebelum Pertikai Audit Talam


SHAH ALAM 7 SEPT : Kerajaan Negeri Selangor mencabar Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong untuk membentangkan laporan audit dan kertas putih melibatkan projek kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada umum bagi membuktikan ketelusan Kerajaan Pusat.
Cabaran itu disuarakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai respon kepada kenyataan Tee Yong sebelum ini yang mempersoalkan kredibiliti badan audit bebas antarabangsa, KPMG Transaction and Restructuring Sdn Bhd berhubung isu Talam.
Beliau berkata, sekiranya Tee Yong berani mendedahkan laporan audit NFC, maka Kerajaan Negeri tidak keberatan untuk membuat perkara sama berhubung penyusunan semula hutang Talam Corporation.

Rakyat biadab kerana Umno gurunya

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan, tindakan sesetengah pihak bertindak biadab sekarang adalah kerana diajar oleh Umno.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Pemimpin Umno lupa, budaya ini dimulai oleh pemimpin Umno dan merekalah gurunya.

"Rosak ikan bermula di kepala, rosak rakyat kerana pemimpinnya," kata beliau.

Atas dasar itulah, katanya, tidak hairanlah ada rakyat yang pijak gambar  pemimpin di dalam himpunan Janji Demokrasi 30 Ogos 2012 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Politik kita memang caca marba

Nampak kebelakangan ini, perbezaan politik bukan lagi membawa kepada pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan pentadbiran yang lebih baik, tetapi pertarungan siasah di negara ini telah menyuburkan akhlak yang buruk dan kehilangan adab sopan.

Ada yang kencing ke atas gambar pemimpin yang lain, ada pula yang baling kasut ke dalam masjid, tarian punggung dan pelbagai lagi.

Para pemimpin politik kita ini mungkin terlalu sibuk berkempen sehingga lupa untuk mengajar adab sopan sebagai insan kepada para pengikut mereka.

Disiplin

Kehidupan ini bukan segala-galanya politik untuk kita menggadaikan segala adab dan kesopanan hanya kerana politik.

Insan itu walau apapun kelemahan peribadinya, tetapi dia sepatutnya memiliki ketertiban dan kesopanan pergaulan yang diwarisi sama ada dari agama ataupun budaya.

Pijak potret Najib dan Rosmah bukan kesalahan, aktivis bantah kolej buang pelajar

KUALA LUMPUR, 7Sept — Aktivis pelajar rata-ratanya merasakan tindakan memijak potret perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) bukanlah satu kesalahan dan merupakan tindak balas normal bagi seseorang mahasiswa yang mempunyai kesedaran politik.
“Kami pasti, semua pelajar yang mempunyai kesedaran pasti akan melakukan tindakbalas.
“Kita masih menilai apa aksi yang terbaik sebagai respon kepada tindakan ini,” kata koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli merujuk kepada tindakan Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics (Cybernetics) membuang pelajarnya yang terlibat dalam perbuatan menghina PM dan isternya pada malam ambang Kemerdekaan minggu lalu.
Menurut Adam lagi, beliau dan kumpulannya akan bertemu dengan Muhammad Ammar A Rahman, pelajar kolej Cyberetics yang dibuang kolej semalam dalam jangka masa terdekat.
“Kita tidak akan membiarkan Ammar keseorangan.

Mislina Mustaffa: Going Homeless Part II

Mislina Mustaffa: Going Homeless Part 1

Keluarga mahu kes Dinesh diklasifikasi kes bunuh

Gov't to table hudud Bill in next Parliament session?

PAS perlu keluar Pakatan demi Melayu dan bersama Umno, kata pensyarah kangkung...!!!

Hina Potret PM - PAS Persoal Keperluan Tubuh Pasukan Khas

Samseng Serang HQ PKR...Rupanya Bekas Calon PKR Gurun Yang Kuat Kencing...!!!

Ada beberapa rakan yang bertanya betulkah 'Elvis' Kalaivanan ini bekas orang kuat PKR. Jadi entri ini aku jawab serba sedikit kepada yang berminat untuk mengenali individu berimej jambang ala Elvis (atau MGR sebenarnya). Pertama sekali aku nak cakap aku pun tak tahu nama sebenar mamat ni. Sebelum 2009 dia lebih dikenali sebagai Kalaivanan. Namun selepas 2009 nama beliau yang sering keluar di dalam media adalah Kalaivanar.

Benar Kalaivanan atau B.Kalaivanan ini pernah dua kali bertanding di DUN Gurun.
Pertama kali dalam PRU 11 (2004) yang menyaksikan pertandingan 3 penjuru yang dimenangi oleh BN.

Datuk Beh Heng Seong - Barisan Nasional, (BN) 10,748
Tan Choy (Dap) 698
B. Kalai Vanan (Keadilan) 3,677

Kali kedua dalam PRU 12 (2008) yang menyaksikan pertandingan 2 penjuru, juga dimenangi oleh BN. Keputusannya macam di bawah ini.



Selepas PRU 12, B.Kalaivanan telah terlibat dalam kes penipuan di Mahkamah Majistret Sg Petani tetapi tidak mengaku bersalah. Hakim telah menetapkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan satu penjamin bagi setiap kes.


Akhirnya pada 2009, 8 hari sebelum Pilihanraya Kecil Bukit Selambau beliau telah keluar daripada parti PKR bersama penyokong-penyokongnya. Dipercayai tindakan itu dibuat kerana calon yang dicadangkan beliau telah ditolak oleh Anwar.

Ulama Muda UMNO: Terima kasih atas nasihat, Dr Asri harus mula terlebih dahulu..,ha..ha..Dr Asri tu ahli UMNO ka...!!

KUALA LUMPUR, 7 Sept ― Ulama Muda Umno hari ini menerima nasihat yang diberikan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar segera menyuarakan pendirian berhubung insiden budaya politik samseng dengan hati terbuka, namun mengharapkan beliau agar dapat mendahulukan melaksanakan perkara itu memandangkan beliau mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin tertinggi Umno.
Jelas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Seketariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya, tugas ilmuan adalah untuk saling menasihati dan melengkapi antara satu sama lain, dan bukannya mencari kesalahan masing-masing.
“Kami terima dengan hati yang terbuka nasihat beliau (Dr Asri), namun mengharapkan agar beliau yang rapat dengan pemimpin tertinggi parti untuk mendahulukan perkara itu.
“Kami mempunyai ruang yang terhad, jarang bertemu pemimpin untuk menyuarakan pendapat dan nasihat kami,” katanya.

Khutbah Jumaat Jakim selar pijak gambar, 'tukar' bendera...Jakim pulak dah jadi UMNO@BN...!!!



 
Khutbah Jumaat terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menyelar tindakan menghina pemerintah, antaranya dengan memijak gambar dan mahu menukar bendera negara ini.

Dipercayai merujuk kepada insiden dalam perhimpunan Janji Demokrasi di ibu negara pada malam ambang merdeka, mimbar juga menegaskan tuntutan mentaati dan menghormati pemerintah.

"Namun, persoalan besar timbul pada hari ini, mengapakah terdapat segelintir rakyat yang tidak bertanggungjawab dan cinta kepada negara sendiri sehingga sanggup menghina pemimpin dan negara, memijak gambar pemimpin serta sanggup membakar dan menukar bendera negara?" khutbah itu dipetik.

MP minta IGP perjelas tindakan mengikut Akta Hasutan kes Pijak Gambar..!!!

MP Puchong Gobind Singh Deo berkata penahanan dan siasatan ke atas tindakan peserta perhimpunan Janji Demokrasi yang didakwa memijak gambar perdana menteri dan isteri dibuat berdasarkan takrif yang longgar ke atas Akta Hasutan 1948.

Tindakan memijak gambar itu tidak sepatutnya menjadi satu kesalahan mengikut Akta Hasutan, malah perdana menteri juga telah mengumumkan untuk memansuhkan undang-undang tersebut, katanya.

NONEGobind seterusnya merujuk Seksyen 4 dalam akta tersebut yang menyatakan bahawa seseorang individu yang bertindak atau cuba melakukan perbuatan yang mempunyai "kecenderungan menghasut" bertindak melakukan kesalahan.

Beliau juga merujuk Seksyen 3 akta berkenaan yang menggariskan takrif "kecenderungan hasutan" itu – antaranya kecenderungan untuk "mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana
negeri".

Takrif untuk "kerajaan" pula, mengikut Seksyen 2 akta itu dinyatakan sebagai kerajaan Malaysia dan mana-negeri di negara ini.

Pas persoal polis tubuh pasukan khas siasat insiden 30 Ogos...!


Datuk Mahfuz Omar KUALA LUMPUR - Pas tidak bersetuju dengan tindakan biadap kumpulan yang memijak potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Ambang Merdeka minggu lalu, namun menyifatkan penubuhan pasukan khas polis untuk menyiasat perkara itu sebagai keterlaluan.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, insiden 30 Ogos bukan satu perkara besar yang serius dan menyifatkan ia salah satu tindakan yang sama sebelum ini, yang telah dilakukan oleh sekumpulan individu yang kencing atas kain rentang Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetapi tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak berkuasa.

“Kita tidak bersetuju dengan tindakan memijak gambar mana-mana pihak dalam negara ini atau menunjukkan punggung ke atas gambar sesiapa pun.

Gagal Bela Pelajar Dibuang Kolej, Menteri Tidak Profesional



SHAH ALAM 7 SEPT : Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin dilihat tidak profesional dan tidak bertanggungjawab apabila tidak mempertimbangkan keputusan memberhentikan pelajar kolej swasta yang didakwa terlibat dalam memijak gambar Perdana Menteri sewaktu sambutan ambang kemerdekaan baru-baru ini.
Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat PKR, Chua Yee Ling berkata Khaled seharusnya memberi peluang kedua untuk pelajar terbabit selain diberikan hak untuk membuat rayuan.
“Khaled sekurang-kurangnya patut mempertahankan hak merayu pelajar tersebut dan bukannya memuji cara pihak kolej yang memberhentikan pelajar itu tanpa memberi peluang langsung kepada pelajar itu.

Keluarga mahu kematian Dinesh diklasifikasi kes bunuh



 
Anggota keluarga D Dinesh - lelaki yang maut dalam insiden tembakan di Ampang pada bulan lalu - berkeras supaya polis menyiasat kes berkenaan sebagai kes bunuh dan mengambil tindakan ke atas anggota pasukan tersebut yang didakwa terlibat.

Peguam, N Surendran berkata, ahli keluarga itu bimbang inkues ke atas kes kematian tersebut akan hanya menutup kejadian sebenar yang berlaku dalam kes tersebut.

Mereka sebaliknya mahu supaya anggota polis yang didakwa melepaskan tembakan itu digantung kerja dan juga dikenakan pendakwaan jenayah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana dakwaan membunuh, katanya.
Tuntuan itu juga terkandung dalam satu memorandum yang diserahkan bapa Dinesh, Darmasena Wijemana kepada penolong ketua urusetia perhubungan awam polis Ramli Mohamed Yoosuf hari ini.