Rabu, 5 September 2012

Yahudi laknatullah Menjadikan Masjid di Beir Sheba Sebagai Tempat Pesta Minum arak


BEIR SHEBA : Warga Palestin di Beir Sheba, Palestin Selatan, memprotes acara festival minuman keras (wine) yang diadakan di halaman sebuah masjid peninggalan zaman kekhalifahan Utsmaniyah.
“Mereka tidak mengizinkan kami shalat di tempat-tempat suci kami, mereka menindas kami. Mereka seenaknya melakukan apa yang mereka ingin lakukan, dan melukai perasaan semua kaum Muslimin. Pesan apa yang ingin mereka sampaikan? Bayangkan kalau hal semacam itu terjadi di sinagog Yahudi,” kata Taleb Al-Sana, anggota parlemen Israel asal Palestina.....[salam-online]

Khir Toyo - Dari Bekas Menteri Besar Dah Jadi Seorang Pendusta Besar

MB: Tiada bukti tunjuk Sultan diundang masa BN

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata tiada bukti menunjukkan kerajaan negeri pernah mengundang Sultan Selangor ke sambutan ambang Hari Kebangsaan sejak tahun 2003.

Khalid berkata, sejak 2003, Sultan Selangor hanya diundang sekali sahaja diundang pada 2007 - untuk sambutan jubli emas yang diraikan dengan perarakan lintas hormat pada 31 Ogos.

Katanya, kerajaan negeri tidak menemui apa-apa surat yang menunjukkan sultan diundang ke sambutan tersebut, seperti didakwa Bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo.

"Saya tak nampak suratnya lagi. Saya takut dah terbakar," katanya.

Menjawab soalan wartawan, khalid berkata isu meminta maaf kepada Sultan Selangor tidak perlu ditimbulkan.

Dr Khir semalam berkata beliau mengundang sultan secara rasmi dan juga secara lisan untuk ke majlis sambutan ambang kemerdekaan peringkat negeri semasa negeri itu berada bawah pentadbiran BN.

Bongkar Skandal Anak Raja : SKMM beri amaran kepada Mediaperak

Rujukan kami: SKMM(T)09-SIMD/960/2012/Jld.3(406)
Tarikh: 4 September 2012
Tuan,

ADUAN TERHADAP PAPARAN ARTIKEL YANG MENGHINA INSTITUSI BERAJA

http://mediaperak.com/2012/08/07/18sx-tingkahlaku-ketua-agama-islam-yang-kita-doakan-setiap-jumaat/
http://mediaperak.com/2012/09/02/18sx-2-ketua-agama-yang-kita-doakan-setiap-jumaat/

Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menerima aduan daripada orang ramai berkenaan laman sesawang tuan di mana para pengadu mendakwa bahawa terdapat kandungan spesifik yang telah menghina Institusi Beraja di Malaysia di dalam artikel “18SX.Tingahlaku Ketua Agama Islam yang kita doakan setiap Jumaat” bertarikh 7 Ogos 2012 dan artikel ” 18SX lagi! Tingkahlaku Ketua Agama yang kita doakan setiap jumaat (2)” bertarikh 2 September 2012.
3. Untuk pengetahuan pihak tuan, adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) sekiranya seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain.
4. Oleh yang demikian, pihak tuan adalah diminta untuk mengambil perhatian akan peruntukan di atas serta memastikan kandungan portal tuan tidak melanggar peruntukan tersebut. Pihak SKMM akan terus memantau portal ini agar ianya tidak melepasi batasan-batasan yang digariskan dan menjadi medan bicara yang lebih sihat dan beretika.
Sekian, untuk tindakan segera pihak tuan.

Terima kasih.

Unit Media Baru
Jabatan Pengawasan dan Pengurusan Maklumat
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Janji Ditepati : RON 97 Naik 20 Sen.....!!!

Janji Najib Untuk Rakyat...Ok Lah Tue 20 Sen Jerk...Lepas Nie RON95 Naik Pulak..!!!

 Link Asal : http://www.bharian.com.my/articles/PetrolRON97naik20senmulaitengahmalamini/Article/

Peguam negara pandang serius keputusan kes rogol bawah umur, failkan rayuan......kes lain tak rayu ke...????

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 28 Ogos lalu yang membebaskan seorang juruelektrik dengan ikat jamin RM25,000 dan bon jaminan berkelakuan baik atas tuduhan merogol gadis bawah umur.
  
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan hari ini berkata rayuan tersebut telah difailkan pada 29 Ogos lalu.
  
Jabatan itu juga akan memohon agar pendengaran rayuan di Mahkamah Tinggi dipercepatkan kerana berpendapat ia wajar dihujahkan semula isu tafsiran undang-undang berkaitan hukuman bagi kesalahan rogol terhadap kanak-kanak serta pemakaian sewajarnya peruntukan Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah terhadap kesalahan serius sedemikian, katanya.
  

Umno & Perkasa 2x5

Ganggu tazkirah, baling kasut,, perbuatan jahiliah !
 
Sebelum ini sudah terlalu banyak perbuatan sebotaj, memfitnah, menghasut, mengganggu dan mengacau dilakukan oleh puak-puak Umno @ Perkasa terhadap parti pembangkang terutama PAS dan PKR.  Kerap kali kita dengar, apabila ada saja aktiviti yang dibuat oleh kedua-dua parti ini, maka akan adalah puak-puak syaitan yang dikenali ini datang mengganggu !
Kita imbau kembali sedikit dari kisah-kisah lalu!   Ceramah Nurul Izah dan Anwar di Lembah Pantai dibaling batu,  ceramah Pakatan Rakyat di Kuala Selangor diserang dan diganggu oleh sekumpulan pemuda, ceramah Anwar di Johor, kereta Anwar dicalar dan dikemikkan,   ceramah merdeka Anwar di Kota Bharu cermin bas di pecah dan disembur cat.    
Terbaru,,  satu kejadian yang memalukan berlaku di sebuah masjid di Kedah.  Kumpulan yang bertindak ala-ala kaum jahiliah di zaman nabi ini telah bertindak diluar batasan agama. Tidak keterlaluan kalau dikatakan perbuatan mereka menyamai perbuatan syaitan!  Justeru tidak salahlah kalau Mahathir pernah berkata  bahawa UmnoBn adalah parti syaitan dan sekali gus ahlinya juga adalah syaitan,,,, syaitan yang dikenali” ,,, kata Mahathir.  
Kenapa Umno@perkasa bertindak samseng?   
Barangkali kerana terlalu beriya-iya sangat mahu menegakkan semangat “Ketuanan Meelayu” maka inilah hasilnya.  Umno@perkasa mengamalkan budaya samseng !!   Mereka bersultan dimata beraja di hati. Dalam kes terbaru mereka dengan lagak berani dan angkuh mengganggu dan membuat bising dalam rumah Allah, ketika DS Anwar Ibrahim sedang memberi tazkirah kepada para jemaah. Tak cukup dengan bising mereka membaling kasut kearah Anwar. Perbuatan puak-puak Umno@perkasa ini amat melampau dan memalukan bangsa Melayu. Dan yang lebih malang maruah Islam tercemar dek perbuatan mereka !   .
Alasan mereka membantah Anwar memberi  tazkirah,, cukup dangkal, bangang dan melucukan!! 
Anwar tidak ada tauliah ? maka sebab itu tazkirahnya diganggu?   Tauliah kepala datuk depaa!!   Hoi, puak-puak Umno@perkasa !  Selama ini Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi dan ramai lagi pemimpin Umno masuk masjid berceramah dan bercakap politik ada tauliah ke?   Dan tak pernah kita dengar penyokong parti pembangkang mengamuk  apabila mendengar ada pemimpin Umno berceramah, bertazkirah, atau memberi sumbangan yang berupa rasuah politik di masjid?  Belum pernah !,   
Rumusan -  apa sebenarnya tujuan samseng Umno@perkasa membuat kacau?  Tidak ada tujuan melainkan kerana busuk hati !   Bukankah Mahathir, bekas presiden UmnoBn pernah berkata ,,,, Umno sudah busuk sampai keusus  dan hari ini terbukti busuknya sudah sampai kehati!  Jadi semua perbuatan orang Umno@perkasa keatas pembangkang berpaksikan rasa busuk hati !!!  
Oleh : rahimothman

Apakah kita juga berada di ambang keruntuhan akhlak?

DR ISMAIL IBRAHIM
ISTILAH akhlak bebeza dari istilah adab pada umumnya. Di dalam budaya kita apabila disebut adab, maka yang difokuskan ialah adab pergaulan kita, adat dalam sistem sosial orang Melayu, terutamanya di antara anak-anak dan orang tua, seperti ketika sekumpulan orang-orang tua sedang  berbual sesama sendiri, maka kanak-kanak tidaklah boleh masuk campur, ketika orang tua duduk di atas lantai, kanak-kanak tidak boleh duduk di atas kerusi, atau tempat yang lebih tinggi dari tempat duduk orang tua, dan ketika orang tua duduk, kanak-kanak tidak boleh melintas dari belakang, haruslah lintas di hadapan dengan menundukkan badan dan menghulur tangan ke bawah atau kalau terpaksa melintas dari belakang juga, maka hendaklah minta izin nak lalu di belakang.

Inilah contoh beberapa adat tradisi orang Melayu, yang termasuk dalam adab sopan kita, dan hal yang sama juga dapat dikatakan ketika hendak makan, minum, bercakap dan sebagainya iaitu ketika makan hendaklah ambil lauk pauk yang di depan dulu, kemudian baru ambil yang jauh, kalau minum hendaklah dalam keadaan duduk, kalau tak ada kerusi pun duduklah di atas lantai, atau kalau tempat itu tak sesuai untuk duduk terus seperti di atas tanah lumpur atau pasir pantai yang basah dan sebagainya, hendaklah duduk mencangkung.

Buku Liwat II: Tentang lelaki banyak 'angin'

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah digambarkan sebagai terbuka apabila mengendalikan perbicaraan pertuduhan kes liwat kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awalnya tetapi kemudian didakwa berubah apabila keputusan beliau dalam mengarahkan pendakwaan menyediakan senarai saksi dan dokumen utama dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Peguam berpengalaman Australia Mark Trowell berkata, beliau mendapati Zabidin berlaku adil selepas dalam membuat keputusan memihak kepada pembelaan, tidak seperti bekas hakim persekutuan Augustine Paul yang mengendalikan perbicaraan kes dakwaan salah guna Anwar.

NONEPengarang The Trial of Anwar Ibrahim Sodomy II (Perbicaraan Anwar Ibrahim, Liwat II) yang telah mengikuti kedua-dua perbicaraan itu bagi pihak Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan LawAsia.

Pada peringkat praperbicaraan, Zabidin membuat keputusan memihak kepada ketua pembangkang, menyebabkan pendakwaan merayu terhadap keputusan itu.

Mahkamah Rayuan kemudian mengubah keputusan itu, yang kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Ekoran keputusan Zabidin itu juga, peguam Anwar dibenarkan memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dibuat di kondominium Desa Damansara, kenyataan saksi berhubung pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, doktor Hospital Pusrawi Dr Osman Abdul Hamid dan saksi lain, termasuk senarai saksi dan laporan perubatan.

Pak Samad: Polis mahu siasat puisi Janji Demokrasi...

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berkata polis hari ini meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung tindakannya membaca puisi ketika perhimpunan Janji Demokrasi pada Khamis malam lalu.

''Saya fikir perkara ini ada hubungan dengan Akta Perhimpunan Aman. Tentunya ada hubungan dengan puisi yang saya bacakan kerana

ia ada hubungan dengan Janji Demokrasi," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, polis meminta beliau hadir ke balai polis hari ini namun beliau hanya akan hadir pada jam 3 petang esok.

''Saya menerima notis pada pukul 4 petang, tetapi mereka mahu saya hadir pada pukul 6 petang. Saya kira, tak haruslah mendera saya.

TOL LYNAS : Himpunan Hijau akan buat sekatan di Pelabuhan Kuantan

Kumpulan alam sekitar Himpunan Hijau berikrar untuk membuat sekatan di Pelabuhan Kuantan sekiranya syarikat pelombong nadir bumi Lynas mula menghantar bahan berkenaan untuk diproses di lojinya di Gebeng.

Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack memberi jaminan bahawa penghantaran itu tidak akan melepasi sekatan mereka.

"Kami akan adakan keingkaran awam terbesar di negara ini dan mengumpulkan semua golongan.

"Pelabuhan Kuantan tidak akan beroperasi selagi bijih berkenaan berada di situ," katanya.

Kenyataannya itu timbul susulan keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk meluluskan Lesen Pengendalian Sementara (TOL) kepada Syarikat Lynas (Malaysia) Sdn Bhd (Lynas) secara bersyarat hari ini.

Issuance of TOL by AELB is shows a complete disregard to the decision of the court.

On the 28th of August 2012 the High Court of Kuantan  granted leave on the TOL for Lynas in response to an application by a group of 5 plaintiffs from Kuantan. However while pending the hearing date by the court for a Judicial Review on the decision by the Minister to grant the license, AELB jumped the gun and issued the TOL. This has been confirmed by Lynas today.

This decision by AELB showed a complete disrespect of the decision of the court and by issuing the TOL to Lynas. AELB behaved as if they are above the law, knowing very well that there is a loophole in the period between the decision for leave and decision of judicial review itself, took advantage of the situation to issue the TOL.

The MOSTI Minister whose decision is being challenged and is  the basis for the judicial review should know better than to agree on the issuance of the TOL to Lynas.

Malaysia is going down the wrong way if Ministers behave in this manner. What hope is there for the rakyat, when institutions such as the court is disregarded completely by the Minister. When Parliament is used to support a wrong decision. When the administration put profit and other interest above the lives and interest of  the rakyat. Malaysia will be doomed.

Fuziah Salleh
MP Kuantan, Malaysia.
PKR National Vice President

Politik Samseng : Hentikan serangan ganas, PKR gesa BN


SHAH ALAM - Berhadapan dengan demonstrasi dan serangan terhadap PKR buat kali ketiga dalam tempoh seminggu ini, Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggesa Barisan Nasional (BN) menghentikan taktik ganas terhadap parti itu.
 Datuk Saifuddin Nasution Ismail Katanya, taktik ganas tidak dapat menyekat perjuangan PKR selain mengingatkan Umno BN bahawa politik yang dimainkan dalam zaman siber di mana maklumat tersebar dengan cepat.

Saifuddin akui amat kesal atas insiden yang berlaku di hadapan ibu pejabat PKR, tengah hari tadi.

"Insiden ini amat dikesali. Berlaku berturutan dalam lima hari. Serangan bertubi-tubi ke atas pemimpin dan premis PKR," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online petang tadi.

Menurutnya, kejadian-kejadian yang berlaku ini memberi tanda bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN)sangat terdesak.

"Tindakan ini beri isyarat bahawa Umno dan BN yang sangat terdesak dengan sokongan rakyat terhadap kempen-kempen yang dijalankan.

"Jadi mereka guna samseng untuk takutkan PKR," kata beliau yang memaklumkan bahawa baru saja tiba di KLIA dan dimaklumkan tentang kejadian itu.

THE DAY BN SOLD OUT KUANTAN: Lynas gets licence, targets Oct start date

AUSTRALIA's Lynas Corp said on Wednesday it has received a temporary operating licence for its long-delayed US$800 million (RM2.48 billion) rare earths plant in Malaysia, enabling it to start production as early as October.
THE DAY BN SOLD OUT KUANTAN: Lynas gets licence, targets Oct start dateThe Lynas plant on Malaysia's east coast has been ready to fire up since early May, but the company has been embroiled in lengthy environmental and safety disputes with local residents since construction began two years ago.
Widespread protests over concerns about possible radioactive residue have drawn thousands of people at a time, and the project has become a hot topic ahead of an election likely to be held this year.
The Malaysian Atomic Energy Licensing Board (AELB) issued the permit following an earlier recommendation from a government committee.
"Receiving this licence from the AELB is a significant milestone for Lynas," Lynas Executive Chairman Nicholas Curtis said in a statement.
Kilns to process rare earth concentrate were expected to begin in October, Lynas added.
The plant is considered important to efforts to break China's grip on rare earths that are used in products ranging from smartphones to hybrid cars.
Reuters

ARE THEY GODS? Student who showed buttocks to PICTURE of Najib & Rosmah on police BAIL

KUALA LUMPUR, -- A college student who was detained by the police for allegedly committing a lewd gesture at a picture of the prime minister during the Janji Demokrasi gathering on Merdeka eve, has been released.
Kuala Lumpur Criminal Investigation Department chief Datuk Ku Chin Wah said today, the 19-year-old who studies at a private college in Cheras, was released on police bail last night after a statement was recorded.
During the incident, the teenager had allegedly pulled down his pants and showed his buttocks at the picture.
ARE THEY GODS? Student who showed buttocks to PICTURE of Najib & Rosmah on police BAILYesterday, the police had picked up the student when he was brought by his parents to meet the college management after his face was published by local dailies over his alleged action at the Dataran Merdeka.
In a related development, Ku said the police were in the midst of tracking down 10 people who had stomped on a picture of the prime minister and displayed a new flag during the Merdeka Eve celebrations.
He urged them to turn themselves in at the nearest police station.
On police reports lodged over the incidents, Ku said a total of 172 reports were received, so far.
The police have formed three special teams to investigate three reports involving incidents at the Dataran Merdeka, an attack on the People's Independence Tour bus and over the breach of the Peaceful Gathering Act 2011 by the organisers of 'Himpunan Janji Demokrasi'.
-- BERNAMA

Najib must undo his father’s mistake

Jeffrey Kitingan claims that former premier Tun Razak Hussein had acted unconstitutionally when he signed away Sabah's oil to Petronas. 

KOTA KINABALU: Maverick politician Jeffrey Kitingan said Prime Minister Najib Tun Razak must undo the “greatest injustice” his late father Razak Hussein did in “signing away” Sabah’s oil and gas resources to Petronas in 1975.
“How can (then) prime minister Razak give away something that does not belong to him as prime minister?” Jeffrey asked during a press conference here today where he also showed reporters copies of documents on the issue.
“Najib must undo his late father’s greatest injustice against Sabah and reverse the vesting of Sabah’s oil and gas resources back to Sabah from Petronas.
“The real issue is not whether the then prime minister had the authority to sign away Sabah’s oil and gas resources to Petronas, but why should he sign away Sabah’s oil and gas without consultation with or approval from Sabah when the oil and gas belonged to Sabah,” he said.
Jeffrey, who is also Sabah chairman of the Sarawak-based State Reform Party (STAR), said Razak had on March 26, 1975 signed away Sabah’s oil and gas to Petronas by executing the “vesting order” under Section 2(2) of the Petroleum Development Act 1974.

Lidah Ismail Yang Juga Tidak Bertulang

Lidah tidak bertulang termasuk juga lidah mengkarung, biawak dan katak. Dengan lidah sedemikian apa-apa saja boleh disambar dan dihemburkan tidak kira ia benar, separuh benar atau pun bohong sama sekali kepada sesiapa juga. Bahkan kata-kata berupa fitnah juga boleh diucapkan dengan hanya membuka mulut dengan janggut puteh bergoyang-goyang. Gampang.

Demikian juga dengan presiden apa dinamakan Maufakat Masyarakat Sejahtra Malaysia (Maufakat) Ismail Mina. Beliau boleh berkata apa-apa saja yang dia suka terhadap Anwar Ibrahim. Seperti mana laporan media penjilat buntut Utusan Malaysia, Ismail mendakwa perjumpaan Anwar dengan Tok Guru Nik Aziz di Kota Bharu 31 Ogos lalu kononnya untuk memastikan usahanya (Anwar) untuk menyingkirkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.


Ismail Mina
"Tindakan tersebut perlu dibuat Anwar bagi membolehkan beliau dapat menguasai Pas dengan sepenuhnya.

"Anwar mempunyai perasaan tidak senang terhadap Nasharudin kerana beliau begitu lantang menentang golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini, demikian laporan itu dipetik.

Kalau orang tahu hubungi Ismail dengan Anwar sebelum ini orang akan pengsan apabila mendengar tuduhan melulu Ismail itu. Orang juga tidak fikir sehingga begitu sekali tergamak Ismail memburuk Anwar dengan fitnah kering itu. Apakah Ismail juga kini sudah berkawan dengan syaitan baik sepertimana dimaksudkan Mahathir?

Ismail adalah kawan baik Anwar satu masa dulu yang dikatakan banyak mendapat manfaat hidup daripada Anwar Ibrahim dengan menggunakan nama dan kedudukan Anwar untuk mendapat sesuatu kemudahaan bagi hidup. Seperti mana diceritakan bekas seorang pegawai GLC kepada Anwar, Ismail dikatakan pernah menggunakan nama Anwar ketika Ismail berjumpa dengan pegawai berkenaan untuk meluluskan seuatu projek tatkala pegawai itu masih berkhidmat.

[NAJIB DITIMPA HARAMJADAH] Saham FGVH Jatuh Teruk Hari Ini


Harga saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) mengalami kejatuhan paling teruk petang ini dengan harga penutup RM4.85 berbanding RM5.00 semalam.

Ia semakin menghampiri harga penyenaraian awal (IPO) iaitu RM4.55.

Najib sebelum ini begitu megah mengumumkan IPO saham FGVH merupakan IPO kedua terbesar kedua terbesar di dunia selepas IPO Facebook dan telah menempelak "haramjadah" kepada pihak yang menentang usaha peneyeraian tersebut.

Namun apa yang jelas, semasa hari pertama IPO ditawarkan, tiada syarikat asing yang berminat kecuali dua syarikat yang membeli saham FGVH tersebut, iaitu Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd.

Dedah AURAT Sebab SEPAK TAKRAW - Ustaz Azhar Idrus

Berenang Dedah AURAT - Ustaz Azhar Idrus

Dedah AURAT Sebab Sukan OLIMPIK - Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Ismail Kamus GURU Saya - Ustaz Azhar Idrus

Hakikat MANUSIA - Ustaz Ismail Kamus

PRU13 diramal sebelum 11 November - Prof Khoo

Isaac Damaged at Least 13,000 La. Homes

Syrian airstrike kills family in Aleppo

Saya masih sihat - MB Kedah

KPMG auditors find S'gor-Talam deal above board

Cops: No charges yet against student who flashed butt

MB: Tiada bukti tunjuk Khir undang sultan

Merdeka eve incidents: Teen turns herself in

CASSA dakwa bank tipu urusan jual beli tanah

Anwar Ibrahim: Politik UMNO Politk KOTOR!

Selangor Kutip Hutang, Bukan “Bailout” Talam Macam UMNO Buat...

SHAH ALAM, 4 SEPT: Laporan firma audit, KPMG Transaction Restructuring Sdn Bhd (KPMG) mendapati keputusan Kerajaan Selangor mengutip hutang bernilai RM392 juta daripada Talam Corporation (Talam) sebagai satu keputusan komersil yang baik.
KPMG juga berkata usaha mengutip hutang itu bukan satu tindakan “bailout” di mana kerajaan negeri menggunakan duit rakyat untuk menyelamatkan sebuah syarikat daripada runtuh.
Laporan tersebut adalah bukti terkini yang menyangkal kritikan pemimpin Umno-BN terhadap proses pengutipan Talam itu yang mereka mendakwa satu “bailout”.
Sebaliknya dalam isu ini, Talam merupakan pihak yang perlu membayar setiap sen dari hutangnya kepada kerajaan negeri tanpa sebarang pengecualian.
Hutang tersebut merupakan hutang yang gagal dikutip oleh Kerajaan Negeri ketika di bawah pentadbiran Umno-BN.

Hina gambar: Kerajaan perlu nilai kenapa berlaku


KUALA LUMPUR: Insiden mempermainkan gambar pemimpin negara pada malam ambang Merdeka tempoh hari perlu dinilai oleh kerajaan mengapa ianya berlaku.

Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Ahmad Syukri Abd Razab berkata, apa yang dilakukan oleh anak muda pada malam itu ada signifikannya yang perlu difikirkan.

"Kerajaan perlu fikirkan mengapa mereka bertindak diluar batas seperti itu. Apakah tidak cukup dengan sekadar laungan dan protes sehingga mereka memijak gambar pimpinan. Ini yang perlu dinilai oleh kerajaan," katanya.

Katanya, tindakan memijak gambar itu menggambarkan ekspresi kemarahan anak muda yang merasakan tuntutan mereka yang tidak dipenuhi oleh kerajaan.

Namun beliau menegaskan perbuatan tersebut adalah diluar batasan dan ia tidak sepatutnya berlaku.

Kerjasama PR Pahang padu, siap-sedia hadapi PRU13


TEMERLOH: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pahang (MPPRN) menegaskan bahawa kerjasama di antara parti komponen Pakatan Rakyat (PR) Negeri Pahang berada dalam suasana sangat kondusif dan padu.

Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penegasan tersebut dibuat ekoran cubaan beberapa media yang cuba memesongkan persepsi awam bahawa kononnya hubungan di antara parti komponen PR Pahang berantakan ekoran beberapa isu dalaman khasnya berkaitan pembahagian kerusi di peringkat negeri.

“Sehubungan dengan itu MPPRN Pahang menyeru dan menasihatkan semua kepimpinan mahupun ahli-ahli daripada PAS, DAP dan PKR tidak mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung perkara berbangkit khususnya mengenai proses pembahagian kerusi.

Kumpulan hak asasi gesa tindakan berat terhadap perogol kanak-kanak...Di Malaysia mereka dibebaskan atau ikat jamin jerk....!!!!

Kumpulan hak asasi kanak-kanak menggesa kerajaan merombak undang-undang sedia ada supaya kebajikan kanak-kanak di bawah umur yang dirogol dipelihara. — Gambar Reuters
 
KUALA LUMPUR, 5 Sept — Kumpulan hak asasi kanak-kanak menggesa kerajaan merombak undang-undang bagi mensabitkan pesalah seksual dengan hukuman lebih berat selepas dua pesalah terlepas daripada hukuman penjara kerana merogol teman wanita mereka bawah umur bulan lepas. Dalam laporan hari ini, mahkamah tinggi telah membebaskan seorang pemilik pusat jagaan kanak-kanak daripada hukuman mandatori penjara dan sebatan atas alasan tiada bukti penembusan kelamin dan keterangan mangsa tidak boleh diterima pakai.
Pengamal hak asasi kanak-kanak dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini memberitahu perkara tersebut berlaku kerana terdapat kelemahan dalam perundangan melibatkan kes rogol terutama melibatkan mereka bawah umur.
“Undang-undang yang tertulis dan dikuatkuasakan wajar seiring dengan lunas perundangan antarabangsa bagi melindungi kanak-kanak,” kata pengarah eksekutif Malaysian Child Resource Institute (MCRI),  Brian Lariche.

Umno beri pendidikan percuma untuk didik budaya samseng

KUALA LUMPUR 5 September: Setelah gagal memberi pendidikan percuma di sekolah, Umno BN kini menyalurkan bantuan tanpa mengenakan bayaran kepada anak muda tentang bagaimana mahu membuat serangan ganas terhadap pimpinan pembangkang, kata Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“Sekarang kita nampak siapa yang didik dan beri pendedahan tentang politik ganas kepada anak muda, itu semua pendidikan yang diberi percuma oleh Umno,” katanya ketika dihubungi.
Beliau mengulas insiden serangan samseng Umno di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya tengahari tadi.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu berkata, budaya samseng Umno boleh merosakkan kemakmuran dan proses demokrasi di Malaysia.
“Jadi, Umno jangan marah bila ada anak muda yang berani tampil menurunkan bendera dan sebagainya kerana perlakuan seperti itu dipelajari mereka dari Umno sendiri,” kata Shamsul lagi.
“Pemimpin Umno pula dalam masa sama kononnya cuba tonjolkan politik aman, tapi menggunakan anak muda untuk tubuh pertubuhan dan berselindung di sebaliknya,” kecam beliau.
Umno sengaja cetus huru hara

Serang Pejabat PKR, Bukti Dakwaan Mahathir Umno ‘Syaitan’ Betul

SHAH ALAM 5 SEPT : Tindakan sekumpulan samseng memakai baju Umno-BN yang menyerang Ibu Pejabat PKR tengah hari tadi membuktikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu ‘syaitan’ adalah betul, kata Naib Presiden PKR, Tian Chua.
“Rupa-rupanya dakwaan itu membuktikan seolah-olah mereka(Umno) itu syaitan yang dikenali. Umno-BN ini sudah di hujung jalan, oleh kerana itu mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk membolehkan mereka mengekalkan kedudukan mereka.
“Kita akan berhati-hati selepas ini dan akan mempertingkatkan keselamatan supaya insiden seperti yang banyak berlaku sejak akhir-akhir ini dapat dielakkan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata rakyat di negara ini boleh melihat dan putuskan sama ada mahu terus menyokong kerajaan samseng seperti yang sedia ada ataupun memilih Pakatan Rakyat(PR).

Gerakan selamatkan negara perlu disegera


RANTAU PANJANG: Negara perlu diselamatkan segera bagi mengelakkan lebih banyak penyelewengan dilakukan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) demi masa depan rakyat negara ini.

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakub berkata, antara penyelewengan yang dikesan  penglibatan Bank Negara dalam spekulasi mata wang menyebabkan kerugian RM30 bilion.

Selain itu kerajaan BN menggadaikan lebih separuh daripada jumlah tiga juta ekar tanah rizab Melayu.

“Begitu juga wang yang dibawa keluar dan disimpan di negara asing berjumlah RM1.08 trilion dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini,” katanya pada Ceramah Merdeka di Pusat Tarbiah PAS Rantau Panjang di sini malam tadi.

Pak Samad sedia beri keterangan kepada polis

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 3.00 petang esok bagi membantu siasatan berhubung tindakannya membaca puisi di perhimpunan janji demokrasi, Khamis lalu.

A. Samad atau lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, beliau tidak dapat memenuhi permintaan polis agar beliau hadir ke balai polis jam 6 petang tadi kerana sedang berada dalam program lain.

"Mereka mahu saya datang ke IPD Dang Wangi pada jam 6.00 petang ini, tetapi saya menolak kerana ada acara lain. Lagipun, masa itu terlalu singkat.

“Namun, saya bersetuju untuk hadir selepas anggota Gabungan Janji berunding agar masa itu dianjak kepada 3.00 petang esok,” katanya kepada Keadilandaily.

Kumpulan anti-Lynas akan dapatkan injunksi untuk hentikan pemprosesan nadir bumi

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Kumpulan anti-Lynas hari ini berkata mereka akan mendapatkan injunksi untuk menghentikan lesen sementara (TOL) yang dikeluarkan awal minggu ini kepada syarikat Australia tersebut.
Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Tan Bun Teet berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) untuk memberikan TOL kepada Lynas walaupun terdapat penentangan hebat daripada orang ramai yang bimbang dengan dengan isu keselamatan dan kesihatan.
“Kami akan bawa perkara ini ke mahkamah tinggi Kuantan untuk menyemak semula TOL akan tetapi sebelum perbicaraan bermula, AELB sudah berikan TOL,” kata Tan kepada The Malaysian Insider.

Daya saing global Malaysia jatuh...ekonomi makin kukuh dizaman Bik..'!!!



 
Malaysia jatuh dari tangga ke-21 kepada 25 dalam persaingan global melibatkan 144 negara, menurut laporan tahunan Laporan Daya Saing Sedunia.

Laporan yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia hari ini turut menunjukkan 'kesediaan teknologikal' negara ini berada di tangga ke-51, mengekalkan trend penururan selama lima tahunnya.

Ini berlaku ketika keseluruhan mata secara relatifnya kekal pada 5.06 mata daripada mata maksimum sebanyak tujuh, berbanding 5.8 sebelum ini.

Status Nasha: Kami tentukan bukan orang lain, kata Pas


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub SHAH ALAM - Pas menegaskan tiada pihak atau individu yang boleh campur tangan mempengaruhi keputusan Majlis Syura melibatkan nasib bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Sehubungan itu kata Pas, sebarang khabar angin berkenaan penglibatan pihak luar atau individu dari parti lain adalah fitnah.

Majlis Syura Pas akan mula bersidang 9 September ini.

Naib Presiden, Salahuddin Ayub berkata, khabar angin yang mengatakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan campur tangan dalam keputusan Majlis Syura melibatkan nasib Nasharudin merupakan fitnah yang tidak bertanggungjawab.

Pak Samad dipanggil bantu siasatan polis berhubung perhimpunan Janji Demokrasi

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Sasterawan negara, Datuk A Samad Said, menerima notis daripada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) supaya menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 6.00 petang ini bagi membantu siasatan berkenaan dengan perhimpunan “Janji Demokrasi” yang dianjurkan oleh Gabungan Janji pada malam ambang Kemerdekaan Khamis minggu lalu di Dataran Merdeka.
“Pak Samad baru menelefon saya memberitahu beliau menerima notis dari polis minta beliau ke IPD Dang Wangi,” kata Mandeep Singh, koordinator kepada Gabungan Janji, kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.
Pak Samad: Tidak dapat hadiri. — Foto fail
“Polis panggil untuk minta beliau membantu siasatan berkenaan dengan perhimpunan ‘Janji Demokrasi’ minggu lepas.” Gabungan Janji yang disertai oleh 47 NGO menganjurkan perhimpunan Janji Bersih sempena sambutan ambang Kemerdekaan ke 55 minggu lalu.
Walaupun tidak diberikan permit oleh pihak polis dan DBKL, perhimpunan tersebut berjalan dengan aman akan tetapi terdapat beberapa kontroversi seperti kibaran bendera Sang Saka Malaya dan peserta memijak gambar perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketika dihubungi jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, notis dihantar oleh pihak polis kepada Pak Samad pada pukul 2.00 petang hari ini untuk meminta beliau ke IPD Dang Wangi bagi membantu siasatan.

Audit: Urus niaga S'gor-Talam bebas keraguan

NONEJuruaudit KPMG sahkan bahawa urus niaga antara kerajaan Selangor dan Talam Corporation melibatkan kutipan hutang RM392 juta tidak mengandungi unsur-unsur keraguan.

Pengarah Eksekutif KPMG Advisory Unit Chan Siew May yang hadir pada sidang media bersama menteri besar tengah hari tadi menyatakan, semua transaksi melibatkan pembayaran hutang itu mematuhi undang-undang dan amalan perakaunan.

Menurutnya, KPMG mengambil masa sebulan bagi memeriksa transaksi yang direkodkan bersama dokumen-dokumen sokongan.

Bagaimana pun, beliau menjelaskan audit itu tidak dibuat untuk memeriksa tuduhan-tuduhan yang dilemparkan MCA terhadap kerajaan Selangor sebelum ini.

Susulan Serang Masjid : Perkasa tak peduli Imam ajak solat, terus biadap ganggu jemaah

KUALA LUMPUR 5 September: Sekumpulan 50 ahli Perkasa didapati tidak solat maghrib semata-mata mahu mengganggu majlis ilmu yang sedang berlangsung, walaupun Imam masjid menasihatkan supaya tindakan itu dihenti dan segera menunaikan solat berjemaah.
Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim menceritakan kembali kejadian memalukan di Masjid Al-Husain, Seberang Pumpong, Alor Setar itu pada Ahad lalu.
Insiden tersebut menyebabkan Ahli Parlimen, Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hampir terkena balingan kasut ketika khusyuk mendengar tazkirah daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sekumpulan ahli Perkasa berkumpul sejak pukul 3 hingga 5 petang berdekatan Rumah Terbuka KEADILAN Kedah yang diadakan di pejabat KEADILAN Negeri. Tapi pada jam 7 petang, mereka mula memenuhi kawasan depan masjid pula.
“Masa masuk waktu Maghrib dan selepas melaungkan azan, Imam turut memanggil kumpulan tersebut supaya masuk ke dalam masjid mendengar tazkirah serta sama-sama menunaikan solat dan meminta mereka pulang jika enggan memberi kerjasama.
“Tapi mereka masih tidak berganjak, terus berkumpul di luar masjid sehingga kami semua selesai solat. Suasana bising sangat dan mereka mengganggu jemaah lain tunai solat,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
Untuk mengesahkan perkara tersebut, beliau sendiri ke belakang saf dan mendapati tiada langsung ahli Perkasa yang turut berjemaah.
“Kumpulan Perkasa senang nak kenal kerana mereka pakai baju Skuad Perkasa, kuning hitam.
“Selesai solat, makin kuat pula maki hamun dan kata-kata kesat oleh mereka. Suara perempuan pun ada, tak tahu masa bila mereka solat,” ujarnya yang juga Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa).

Serang pejabat KEADILAN, perangai samseng Umno macam syaitan

Samseng Umno yang bertindak ganas dan menyerang ibu pejabat KEADILAN, di sini tidak ubah perangainya seperti syaitan.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, tindak-tanduk mereka itu membuktikan kenyataan mantan Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamad menyamakan kerajaan BN seperti syaitan adalah berasas.
“Saya sudah malas nak ulas panjang sikap samseng Umno. Mahathir pun dah kata, Umno itu parti syaitan, jadi orang-orang dia pun perangai macam syaitanlah.
“Saya tak pelik kalau orang-orang Umno berperangai seperti samseng, tapi saya lagi pelik kalau mereka tidak berperangai samseng,” katanya ketika dihubungi.
Beliau mengulas sekumpulan samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, tengahari tadi.
Dengan memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional, mereka memegang kain rentang sambil menjerit menyebut ‘Jalur Gemilang’ dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Samseng Umno itu turut bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan.

Auditors declare Talam deal ‘sound commercial decision’


Selangor had appointed the auditors following claims of impropriety from MCA. — File pic
KUALA LUMPUR, Sept 5 — Independent auditors have cleared the Selangor government of any irregularities in its debt recovery exercise involving the company formerly known as Talam Corporation and declared it a “sound commercial decision,” Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said today. Khalid’s administration had appointed KPMG Transaction and Restructuring Sdn Bhd (KPMG) in July to review its RM392 million debt recovery exercise following allegations by MCA that the state government’s dealings with Talam — now known as Trinity Corporation — was lopsided and had ended up costing taxpayers up to RM1 billion.

Tussle over Johor Chinese-majority seats

PKR claims its multiracial branding gives it a better chance in 'mixed seats' which are in effect Chinese-majority constituencies which DAP has been serving.

PETALING JAYA: PKR and DAP in Johor are yet to resolve their differences in at least three Chinese-majority seats in Johor.
Both parties believe that they each have an upperhand in these constituencies.
The Pakatan Rakyat coalition of PKR, DAP and PAS is aiming to break into the Umno bastion state in the upcoming general election.
The tussle involves the Gelang Patah parliamentary seat, and the Tangkak and Johor Jaya state constituencies. Both PKR and DAP are still in negotiations, said Johor PKR election bureau chief Michael Chong.
It is understood that the Bakri parliamentary seat is also in the list, as the Johor PKR chairman Chua Jui Meng seeks a comeback in his former stronghold, despite the seat being controlled by DAP now.
Interestingly, in all the seats mentioned, the Chinese form the majority of voters – 54% – except for Johor Jaya where the community is at 49%.

Bekas pegawai polis dakwa Dr M tersilap lantik Gani Patail sebagai peguam negara

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Bekas pegawai penyiasat polis dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mat Zain Ibrahim mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kesilapan dalam perlantikan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Bekas polis itu berkata ketelitian dan kesungguhan Dr Mahathir dalam meletakkan piawaian akhlak dan ekspektasi kebolehpercayaan yang begitu tinggi terhadap individu yang akan menggantikan beliau sebagai PM seharusnya turut terpakai dalam perlantikan peguam negara juga.
Mat Zain merujuk kepada memoir bekas PM itu yang bertajuk Doctor in the House dalam bahasa Inggeris dan Doktor Umum dalam bahasa Melayu, dimana Dr Mahathir menjustifikasikan tindakan beliau memecat Anwar oleh kerana bekas timbalan perdana menteri itu dikatakan mempunyai masalah akhlak dan moral.
“Tun Mahathir dilihat mengikuti dengan rapi keputusan-keputusan mahkamah, khususnya jika melibatkan Anwar, sepertimana yang terdapat dalam memoir Doktor Umum.

Melayu tiada masa depan dalam Umno – Lajim Ukin

MACHANG: Belum pun membuat keputusan rasmi meninggalkan Umno tiba-tiba kerajaan Barisan Nasional (BN) menyekat peruntukan sebanyak RM3 juta kepada anggota parlimen Beufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin (gambar).

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengakui banyak keistimewaan yang diperolehi ketika berada dalam Umno.

“Namun saya tetap juga membuat keputusan meletak jawatan sebagai Ketua Umno, anggota Majlis Tertinggi (MT) dan Pengerusi BN Beufort.

“Selama 18 tahun ini saya berada dalam Umno. Dua penggal menang sebagai MT, malah ketika itu berada dalam top ten.

“Saya juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan pemangku Ketua Menteri. Namun saya meletak semua jawatan itu kerana tidak mahu lagi bersekongkol dengan kerja-kerja kejahatan,” katanya pada ceramah sulungnya di Kelantan malam tadi.

Samseng Umno serang pejabat KEADILAN, hambur kata2 kesat pada Anwar

PETALING JAYA 5 September: Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, dekat sini tengahari tadi.
Setiausaha Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli ketika dihubungi memberitahu, kumpulan itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.
“Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, ‘Jalur Gemilang’ dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” jelas beliau.
“Tak cukup dengan itu, kumpulan itu akhirnya bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan,” katanya.
Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.

Pelajar tunjuk punggung belum didakwa..!!!



Pelajar yang ditahan polis semalam kerana didakwa menunjukkan punggung pada gambar perdana menteri dan isteri minggu lalu masih belum didakwa di mahkamah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah berkata, sama ada pendakwaan akan dibuat atau tidak bergantung kepada siasatan lanjut dan bukti yang terkumpul.

Pelajar kolej itu ditahan semalam dan dibebaskan malam tadi dengan jaminan selepas percakapannya dirakam.

Setakat ini, kata Ku, sebanyak 172 laporan polis dibuat berhubung perkara itu dan siasatan masih berlangsung.

Beliau juga menggesa orang ramai membantu mengenalpasti sepuluh lagi individu yang dipercayai memijak gambar perdana menteri dan isteri selepas insiden menunjukkan punggung itu.

Samseng Politik : Samseng UMNO@BN Serang Ibu Pejabat PKR Hari Ini...!!!

 Samseng  UMNO Cuba Serbu Masuk Ke Ibu Pejabat PKR



 Polis Lebih Ramai Dari Samseng Umno..Tapi Puak Setan Jadi Lebih Bongkak
Foto FB : Juwairiya Zulkifli

Majlis Raya PAS Kedah

Aminuddin Aling - PR menjadi alternatif untuk memerintah Sabah.

Today in History for September 5th

Banjir kilat lumpuhkan KL

Pakatan: Nov polls or not, it’s on

Nazri Abdul Aziz's claim that the general election will not happen in November means little to Pakatan Rakyat.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat lawmakers have scoffed at claims that the general election may not be in November as planned.
Some, such as DAP-Ipoh Barat MP M Kulasegaran, feel that only Prime Minister Najib Tun Razak has the power to decide when the polls can be held.
“It is a total prerogative of the PM. Anything can happen,” he said, referring to Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Abdul Aziz’s statement.
Yesterday, Nazri felt that it was “stupid” to believe that the ever-elusive general election would be held in November this year.
His reason for this was that the 2013 Budget – due to be tabled on Sept 28 – needed to be debated and passed first.
An election then, he said, would clash with the Budget.

Police probe death threat against NGO leader

Seremban district police chief Saiful Azly Kamaruddin says the case is being investigated under Section 507 of the Penal Code for criminal intimidation.

PETALING JAYA: The threat made against the family of a Seremban-based NGO leader is being investigated under Section 507 of the Penal Code for criminal intimidation.
Seremban district police chief ACP Saiful Azly Kamaruddin said this earlier today.
On Aug 30, the Negeri Sembilan Community Welfare Association’s president S Jaya lodged a police report after receiving a threating letter via the post.
The contents of the letter, authored by one known as Muzaffir, had threatened to rape and torture her three daughters to death if her family did not leave the country in seven days.
The threat was made after her husband, S Ravinthran, posted three videos on Youtube criticising Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin and Negeri Sembilan Menteri Besar Mohamad Hassan.
The letters also asked Ravinthran to apologise to Muhyiddin and Hassan for his remarks.
On the case, Saiful said that his team would send the letter to the forensic department for further investigations.
He also said that the police are monitoring Jaya’s home for the past six days to protect her family’s safety.
“And we will continue to monitor her home after this,” said Saiful.

Perihal Abby Abadi dan ulama muda

Subky Latif,
Adapun Abby Abadi, seorang pendatang baru dalam PAS dan ketua Ulama Muda di pejabat Umno yang bernama Fathul Bari tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang hubungan.

Mungkin keduanya tidak kenal mengenal dan mungkin juga tidak pernah bersua jumpa.

Yang menariknya ialah Cik Puan Abby Abadi ini adalah seorang seniwati yang ada kedudukan dan ada pasaran dalam industeri perfileman.

Kita tidak tahu di mana dia mengaji  dan mendapat didikan agama? Tetapi di tengah memanjat puncak kerjayanya di dunia hiburan, dia terjun ke dalam arena perjuangan PAS dan berazam memupuk dan menegakkan akidahnya dan akidah umat.

Dia menerima Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul  Hadi Awang sebagai pemimpinnya.

Manakala Syeikh Fathul Bari, seorang yang berstatus ulama muda, sudah tentu berpendidikan agama yang tinggi, jika tidak masakan dia dikenali sebagai ulama, anak bekas Mufti Perlis.

Di mana dia mengaji tidak penting lagi tetapi dia adalah seorang ulama dan seorang pendakwah.

Tetapi dia terjun dalam perjuangan Umno dan menerima Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin  Yasin sebagai pemimpinnya.

Gabungan Janji desak polis henti ancam Pak Samad

KUALA LUMPUR 5 September: Penganjur Himpunan Janji Demokrasi – Gabungan Janji mendesak polis dan kerajaan agar berhenti melakukan intimidasi dan mengancam Datuk A Samad Said hanya kerana beliau membaca puisi pada malam ambang kemerdekaan lalu.
“Polis membuat kenyataan untuk menyiasat Pak Samad kerana membaca sajak pada malam ambang Merdeka sedangkan beliau adalah Sasterawan Negara yang juga pemenang hadiah Pejuang Sastera (1976), SEA Writer Award (1979), Sasterawan Negara (1985) dan Sasterawan Nusantara (1999),” jelas gabungan itu dalam kenyataan.
Mengecam tindakan itu, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang merupakan anggota penganjur mempersoal motif siasatan.
“Pak Samad membaca sajak kerana itu adalah hak kebebasan beliau, dan perbuatan tersebut adalah perkara biasa yang sering dilakukan di mana-mana majlis. Saya tak faham apa motif polis nak buat siasatan,” kata Pengarah Eksekutifnya, E Nalini ketika dihubungi.

The Devil in Dr M: People should not vote for a govt that favours WAR

YOGYAKARTA- Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said people should not elect a government that supports war in an effort to create a more peaceful situation in the world.
The president of the Perdana Global Peace Fund (PGPF) said they should instead choose personalities who would declare war as a crime should their parties form a government.
The Devil in Dr M: People should not vote for a govt that favours WAR"The change through the people's votes could create countries which would no longer resort to war as a solution to conflicts," he said at a dialogue with Universiti Muhammadiyah students here today.
The dialogue was held after he delivered a paper on "Universal Peace and War Criminalisation: Regional Initiative" in conjunction with the PGPF's War is Crime campaign at the university.
Dr Mahathir also took the opportunity to invite the Muhammadiyah movement and the young people in Indonesia to work together with PGPF in making the world free of war crimes.
Meanwhile, Muhammadiyah leader, Dr Din Syamsudin, who was at the function, gave his commitment that the movement would support PGPF to ensure global peace.
"War is not a solution, war only results in unrest," he said.
– Bernama

The 'M' factor in M'sian politics: Mahathir, Muhyiddin, Mongolia & even Rosmah Mansor

The 'M' factor in M'sian politics: Mahathir, Muhyiddin, Mongolia & even Rosmah MansorThe letter “M” seems to be getting larger than real for Malaysia. “M” stands for Malaysia. It also can stand for ‘Mahathir’, ‘Muhyiddin’ and ‘Mongolia’.
Whether it will ‘reverse’ the fate and future of ‘Rosmah Mansor’ is equally a coincidental “R” before the “M”.
Tun Dr. Mahathir is certainly fighting a fierce battle out on the pre-13th GE battlefront. His ‘Chedet’ blog says it all. His many public appearances and statements captured by the media further confirm that the Dr. M is bent on leaving no bolder un-rolled. And in that process he is also alleged to have rolled in various agentries to bulldoze through with race and religion-packed zeals targeted at shredding the opposition pact.
The other “M” factor is the appearance of ‘mysterious’ posters championing for Muhyiddin to be the next PM which could determine the future fate or fortune of Malaysia. Of course Muhyiddin will deny and distance himself from this poster-war. But any school boy will know that there must be a cord-connection along the path.
M is also for Murder