Isnin, 3 September 2012

Zulkifli Omar - Rakyat Sabah akan menghukum pemimpin yang pandai buat janji

Cara Ajak NON-MUSLIM Kepada ISLAM - Ustaz Azhar Idrus

MAYAT Kena Tempias SEKSA Kubur Sebelah ? - Ustaz Azhar Idrus

Isteri CANTIK Pakai Tudung Ikut Trend / ARYANI - Ustaz Azhar Idrus

Cara Nasihat Ahli Keluarga Yang TAK PATUH Ajaran ISLAM - Ustaz Azhar Idrus

YB Khalid Samad - Rakyat Sabah mesti bersama gelombang kebangkitan rakyat.

Fatwa terbaru dari Ulamak cari Duit : Hukum baling kasut dalam masjid

Setan Di Kenali Dah Mengaku....!!!! PDRM masih cari bukti lagi ke,,,,,????

Sudah ada pengakuan dari PERKASA yang bertindak liar di dalam masjid tatkala Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah.


Sekalipun jika mereka tidak bersetuju dengan tindakan Anwar, apakah hak mereka di sisi undang-undang untuk melakukan pencerobohan dan keganasan di dalam dan di kawasan masjid?

Polis perlu bertindak kerana sudah ada pengakuan. Ini bukan kali pertama. PERKASA, di mana saja, berkelakuan dan bertindak samseng dengan meletakkan undang-undang di dalam mereka sendiri tetapi sehingga kini polis mendiamkan diri tanpa mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

Kita meminta polis bertindak tegas terhadap PERKASA sebelum negara menjadi huru-hara kerana kelemahandan kengganan polis di dalam mengawal tingkah laku mereka.

Guan Eng: Dakwa Perkasa kerana pijak potret saya ......ada berani...???

KUALA LUMPUR, — Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini meminta Polis Di Raja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) kerana pernah memijak potretnya satu ketika dahulu.
Guan Eng: Dakwa Perkasa kerana pijak potret sayaLim dalam kenyataannya mengecam tindakan berat sebelah dan sikap memilih yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu beberapa anak muda memijak potret perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak, sewaktu sambutan ambang Kemerdekaan anjuran Gabungan Janji pada malam Khamis lalu.
“Adakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, boleh berjanji pihak kementeriannya akan bertindak tegas dan mengikut lunas perundangan ke atas penyokong BN yang melakukan aksi sama ke atas pemimpin Pakatan Rakyat seperti individu yang memijak potret PM?” kata Lim dalam satu kenyataan yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Boleh ke PRU Nov ini? Penerbangan pulang haji dijangka selesai hujung Nov


KUALA LUMPUR- Penerbangan pertama bakal jemaah haji ke Tanah Suci tahun ini dijadual pada 17 September dan penerbangan terakhir pada 19 Oktober.
Jurucakap Tabung Haji ketika dihubungi hari ini berkata, penerbangan pertama pulang ke tanah air dijadual berlepas dari Tanah Suci pada 31 Oktober manakala penerbangan akhir dijadual berlepas pada 28 November. Tarikh wukuf dijangka pada 25 Oktober dan umat Islam di Malaysia dijadual menyambut Hari Raya Haji pada 26 Oktober.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kira-kira 28,000 orang jemaah Malaysia akan menunaikan haji tahun ini.
Permohonan untuk mendapatkan kuota tambahan akan diteruskan berikutan masih ramai jemaah Malaysia yang belum berpeluang menunaikan haji berikutan kuota yang terhad setiap tahun.
Sehingga kini, seramai 936,000 rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia lebih 75 tahun sudah berdaftar untuk menunaikan haji.
- BERNAMA

Setan Dikenali : Aku ingat Mahathir bergurau je, rupanya ya sungguh!!

Mahathir kata lebih baik sokong 'syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali'. Apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim di Masjid Seberang Pumpong benar-benar mengesahkan bahawa 'syaitan yang dikenali' memang wujud rupanya! Aku ingat Mahathir bergurau, rupanya ya sungguh memang ada puak-puak dan syaitan seumpama itu!
Apa tidak syaitan kalau dah majlis tazkirah pun tidak dihormati. Pelbagai kelakuan biadap yang dilakukan. Yang jantan dengan kelakuan jantannya dan yang betina  dengan kelakuan meroyan betinanya. Terpekik terlolong macam orang gila!
Dahsyat....begitu rupanya orang Melayu bila jahil agama Islam, buruk dan hodoh kelakuan macam orang tak ada agama! Kalau ya pun nak halang Anwar kerana tak ada tauliah, tak ada peraturan yang bertamadun ke untuk digunakan daripada menggunakan peraturan hutan rimba beruk kera? 
Bodoh memang bodoh kalau menjadi pencacai kepada 'syaitan yang dikenali' ini. 
Nampaknya orang Melayu seumpama ini selagi Umno/Bn memerintah akan terus menjadi bodoh, hodoh dan tidak berkembang kepala hotak mereka serta tak akan kental emosi dan jiwa untuk melakukan kerja-kerja yang lebih berfaedah daripada mengganggu tazkirah agama!

Sapa Bagi Tauliah Kat Perkasa Untuk Halang Orang Tak Dak Tauliah? Kot Abe Him nak ketua majlis fatwa....he.he..!!!

oleh: Lee Cooper
Sapa Bagi Tauliah Kat Perkasa Untuk Halang Orang Tak Dak Tauliah? Sultan Kedah Ka? Tentu bukan. Setan kot. Confirmed SETAN yang bagi tauliah kat Perkasa. Ini kumpulan Melayu sesat dan jahat.  Anak murid setan.
Presiden Perkasa Brahim Ali dan pengikut-pengikutnya bakal dihumban ke dalam neraka jahannam. Brahim Ali akan  GILA sebelum mati.



Kumpulan pendesak Melayu (PERKASA) Kota Setar mendakwa, pihaknya cuba menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menyampaikan tazkirah di sebuah majlis di Alor Setar malam tadi kerana ketua pembangkang itu tidak bertauliah.
Perkasa disrupts Anwar in Alor Setar“Sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ingin menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan, PERKASA tiada halangan kerana beliau bertauliah berbanding Anwar.
“PERKASA Kota Setar bertegas tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sebarang tazkirah di masjid berkenaan.
“Bagaimanapun, kami tidak akan menghalang beliau memasuki masjid untuk menunaikan solat,”Timbalan Pengerusi PERKASA Kota Setar Jamaludin Hashim dipetik sebagai berkata dalam Sinar Harian.
Beliau juga menjelaskan, kira-kira 50 ahli PERKASA berdemonstrasi di hadapan Masjid Al-Hussain, Kampong Pumpong bagi menghalang Anwar menyampaikan tazkirah pada malam tadi.
Perkasa disrupts Anwar in Alor SetarPasukan polis dilaporkan tiba kira-kira 15 minit kemudian dan berjaya menghalang ahli-ahli PERKASA daripada memecahkan pintu masjid dan menyerang Anwar.
Malam tadi, beberapa pemimpin PKR menerusi laman Twitter mendakwa ahli-ahli PERKASA menyerbu dan menyerang Anwar di dalam masjid dengan membaling kasut ke dalam masjid.
Insiden itu merupakan yang kedua dalam masa empat hari jelajah seluruh negara Anwar. Awal pagi Sabtu lalu, bas Jelajah Merdeka Rakyat disimbah dengan cat merah sewaktu singgah di Kelantan.

Sedang menerima watikah perlantikan?


IMAGINE! Even within pariah state M'sia, different classes of PARIAHS RULE

IMAGINE! Even within pariah state M'sia, different classes of PARIAHS RULEMY article titled “BN confirms M’sia as a pariah state to the world” was posted by Malaysia Chronicle under the title Malaysia a PARIAH state to the world thanks to BN”.
I wish to highlight three typical pro-Barisan Nasional cyber troopers’ postings in response to the article, namely Anonymous, Why pledge and Neil .
All three display non-innovative arguments and the deadly tendency to giving blind support to the BN regime. In short, when they argue, just like the BN leaders and their followers, they don’t know what it’s like to look in the mirror.
Too PRETTY or too UGLY to look in the mirror?
Take this piece of comment/response posted in Malaysia Chronicle:
Saturday, 01 September 2012 20:25 posted by Anonymous
Hey author, just wanted to give you an applause for writing about all the things Najib did. Now, i believe there's something that you have forgotten.
(1) The organisers of the Merdeka-eve march did not send in a notice to the police 10 days earlier.
(2) They were not given a permit, but yet they still move on with their agenda.
(3) For numerous times, DBKL has said that Dataran Merdeka is off limits and can only be used for sports, cultural etc events.
(4) You also forgot to mention the fact that the patrons of the Merdeka even march were misbehaving. They were carrying a flag, and not Malaysia's, chanting slogans and stepping on pictures of our leaders.
So, who's the hooligans now? With this type of organisers and patrons in the crowd, there's no wrong with the Government to deploy troops as a prevention.
And do the person who said what did the police do when all that people "showed their butt" in front of Ambiga's house, do your homework and read news before you talk. Polices were deployed during that period of time.
Investments in Penang dropped. Penang Chief Minister bans certain journalist from being present at press conferences. Certain Penang projects not awarded via tender. Investments in Penang dropped. Kelantan does not receive a clean supply of water. Langat 2 water treatment plant rejected again and again and instead replaced with the state's government project which does not help in the long term. Kelantan records highest HIV cases. Kelantan takes over Sabah and becomes the poorest state. PR people only begin to take action when BN highlight their problem. Taking the Selangor free water for the poor as an example. Google the news yourself. Kelantan Government builds new highway, does not use its own fund and tells the people to pay for it and help build it saying they will build "pahala". Penang Government proposes anti hopping law when Anwar and everybody else in PR tries to get BN MPs to defect to their party.
Think before you say. Research before you say.
The Rebuttal

NAK TUTUP SEJARAH : BENDERA UMNO BERASAL DARI CORAK SANG SAKA

Pada asasnya,parti UMNO juga menggunakan corak Sang Saka sebagai bendera rasmi mereka, dan ditambah elemen keris hijau dalam bulatan kuning di tengahnya.
 
Mungkin menarik untuk direnungi betapa bendera Malaysia yang digunapakai pada hari ini langsung tidak menyerlahkan elemen nusantara yang diwarisi sejak sekian lama.
 
Bendera Malaysia yang digunakan pada hari ini jika diteliti sebenarnya diadaptasi dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Stars and Stripes, dan ianya dibezakan menerusi bulan sabit dan bintang bucu empat belas berwarna kuning. 
 
Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.
 

Kekalkan Jalur Gemilang Tapi Sokong Aspirasi Anak Muda

PETALING JAYA, 3 SEPT : Umno-BN ‘buta sejarah’ apabila memperbesarkan isu pengibaran bendera “Sang Saka Malaya” oleh sekumpulan anak muda pada ambang kemerdekaan 30 Ogos lalu, walaupun bendera parti itu sendiri mempunyai elemen ‘sang saka’.
Bendera Umno, iaitu ‘Sang Saka Bangsa’ yang digunakan sejak awal penubuhannya hingga hari ini mempunyai jalur merah dan putih seperti bendera ‘Sang Saka Malaya’.
Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata isu itu tidak sepatutnya di perbesarkan seolah-olah ia mengancam keselamatan negara.
Tegasnya, ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru generasi muda berfikiran terbuka adalah sesuatu yang dangkal apabila ada generasi muda celik sejarah ditekan hanya kerana mempunyai idea berbeza dalam mengiktiraf sejarah.
Menurutnya, tindakan juak-juak ‘laskar siber’ Umno-BN mengaitkan Sang Saka Malaya dengan pengaruh negara jiran adalah pelik.

Kg Baru: 'Sampai bila-bila ia akan kekal di rumah kami'


(Kain rentang ini dipsang sejak sekian lama. Apabila lusuh, mereka akan gantikan dengan yang baru)

KUALA LUMPUR: Jika sesiapa pergi ke Kampung Baru, Kuala Lumpur, sudah tentu akan terlihat kain-kain rentang yang digantung di rumah-rumah penduduknya.

Bukan satu atau dua buah rumah berbuat demikian, tetapi banyak rumah yang mempunyai kain-kain rentang ini.

Bahkan, yang lebih menariknya bukan rumah-rumah kecil atau setinggan tetapi di rumah-rumah yang kelihatan moden dan besar di perkampungan Melayu tengah bandar ini.

Mereka terus berbuat demikain meskipun Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 sudah diluluskan di Dewan Negara pada Disember tahun lalu.

Yang pasti mereka tetap konsisten membantah akta tersebut.

Kain rentang ini digantung di hadapan rumah masing-masing yang dilakukan sejak cadangan pindaan akta tersebut mula diutarakan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

(Bukan satu buah rumah yang memasangnya tetapi banyak buah rumah)

Sejak dari itu, penduduk yang membantah akta yang disifatkan membelakangkan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru mula menggantung kain rentang bagi menzahirkan bantahan mereka.

Jika melalui Jalan Raja Uda, Kampung Baru, dapat dilihat kain rentang bantahan masih lagi tergantung di di rumah-rumah mereka.

Angka 11 istimewa buat PM, beban untuk rakyat?

Media pada hari ini memberikan gambaran Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan pada bulan November 2012. Beberapa petunjuk daripada ucapan perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mengaitkan angka sebelas dalam ucapan beliau di Sabah semalam.

PM tidak ubah macam ahli nujum dan ahli silap mata apabila cuba memberikan suatu ramalan yang semua pihak diminta membayangkannya sekalipun ia berbentuk sindiran, kiasan, teka-teki, bidalan dan lain-lain.

Begitulah senario politik dalam negara ini. Terlalu mahal buat PM
untuk berkongsi dengan rakyat tarikh PRU13. Dibiarkan rakyat
berteka-teki mencari tarikh penting negara itu. Seolah-olah PRU adalah hak peribadi PM, dan rakyat tidak berhak mengetahui apa-apa. Tahu-tahu sahaja sudah bubar parlimen dan akan mengundi selepas itu.

Profesor Melayu dan Isteri Sertai DAP, Apa Alasan Beliau?


[SH] JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri yang memiliki latar belakang akademik tinggi mengambil keputusan menyertai DAP bagi membuktikan parti berkenaan adalah untuk semua rakyat Malaysia.

Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi bersama isterinya, Norhayati Yusof memilih parti itu untuk menjelaskan bahawa DAP bukanlah untuk bukan Melayu sahaja.

Mohamad Tajuddin berkata, serangan segelintir pihak terhadap DAP kononnya parti itu anti-Melayu dan anti-Islam mahu ditanganinya secara ilmiah.

“Saya tidak terlalu minat bidang politik dan orang parti. Cuma saya agak kurang senang terhadap serangan segelintir pihak kepada rakan-rakan bukan Melayu khususnya dalam DAP bahawa mereka anti-Melayu dan anti-Islam.

“Sebagai seorang ahli akademik, saya mahu perkara ini diperbetulkan dan saya mahu menjadi ‘jambatan’ antara orang Melayu dan bukan Melayu seterusnya mengajak bersama menyertai DAP,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bilik Gerakan DAP Dewan Undangan Negeri (Dun) Stulang di Taman Maju Jaya, di sini, semalam.

Nie Bertauliah eh....????

Abe Him & Geng Boleh Settle Tak Bab Nie...!!!!

Dah Masuk 3 Tahun : Ugut bunuh Nik Aziz - Lelaki disyaki ditahan....!!! Apa cerita kes nie....fail hilang eh..!!!

  • Mei 3 2010
  • Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit menyiarkan komen berbaur ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (bawah) dalam laman rangkaian sosial, Facebook.

    NONEKetua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an itu diberkas sepasukan polis di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.

    "Sepasukan polis menahan suspek itu di satu kawasan di Butterworth kira-kira jam 9 malam berhubung kes penyiaran ugutan bunuh terhadap Nik (Abdul) Aziz," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Beliau berkata, bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman sosial itu dan juga individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh terbabit.

    Sabtu lalu, Dewan Pemuda PAS membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman rangkaian sosial milik seorang lelaki terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu.

    Laporan polis itu dibuat Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At-Tantawi di Balai Polis Chow Kit selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook.

    Dalam laman webnya, lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh “Nik Aziz”.

    Zulkarnain berkata, bagaimanapun polis belum dapat mengenal pasti sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman itu dan individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh berkenaan.

    "Kami sedang mendapatkan tempoh reman terhadap suspek bagi menjalankan siasatan lanjut sebelum dia dibawa ke sini (IPD Dang Wangi) untuk disoal-siasat," katanya.

    Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

    - Bernama

Pakatan lupus industri berbahaya jika bentuk k’jaan – Wan Azizah

KUALA LUMPUR 3 September: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi jaminan, semua industri dalam negara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan rakyat bakal dilupus dan dimansuhkan sebaik Pakatan Rakyat (Pakatan) membentuk kerajaan.
Beliau menjelaskan, gerakan penentangan terhadap projek merbahaya kepada kesihatan penduduk membuka mata rakyat untuk menolak kerajaan yang tidak prihatin dan menjadikan negara sebagai tempat buangan bagi projek-projek yang menjelaskan kesihatan.
“Sekiranya Pakatan berjaya menawan Putrajaya, antara misi utama kita ialah melihat semula perjanjian yang telah dipersetujui (industri bahaya) dan memastikan ianya tidak ada di bumi Malaysia ini,” katanya berucap di Kompleks Sukan Raub sempena Himpunan Hijau Raub di Bukit Koman semalam.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Bob Manolan berkata, masyarakat orang Asal tidak ketinggalan menerima kesan bahaya daripada industri yang mencemarkan alam sekitar.

Himpunan Hijau: Amaran rakyat tolak projek ancam kesihatan

KUALA LUMPUR 3 September: Himpunan Hijau Raub semalam yang mengumpul hampir 15,000 peserta memberi amaran keras kepada kerajaan BN negeri dan pusat agar menghentikan segera sebarang industri yang membahayakan kesihatan mahupun nyawa penduduk.
Himpunan bertemakan anti-sianida dan jatuhkan BN ini mengumpul paling banyak badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam menggerakkan peserta.
Antara yang terlibat ialah Anti Lynas, BADAR, Anti Insinerator Cameron Highlands, Anti Sianida, Anti High Voltage Rawang, Pengerang Group, Bukit Merah, Gabungan Penduduk Bukit Koman, Jaringan Orang Asal Pahang dan beberapa kumpulan kecil lain.
Bantahan bermula di pekan Raub kira-kira jam 2.15 petang dan demonstran berkumpul di Padang Kompleks Sukan Raub.

Nurul Syuhada perjelas isu Bintulu 'daif' dan mohon maaf....!!!!

NONEPengacara jelita TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain menjelaskan bahawa isu Bintulu yang disifatkannya sebagai 'daif' dalam satu laporan lintas langsung stesen tersebut perlu difahami dalam konteks sebenar laporan itu dibuat.

Menurutnya, perkataan 'daif' digunakan untuk menggambarkan Bintulu sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia yang kini bertukar wajah kerana manfaat pelan transformasi.

Beliau bagaimana pun meminta maaf kepada mereka yang tersinggung dengan kenyataannya.

"Sebagai anak jati Malaysia, saya tidak akan mengkritik tanah air saya sendiri atau mana-mana daerahnya.

"Kepada yang tersinggung, saya minta maaf, dan kepada mereka yang cuba menyemai kebencian dan fitnah, Tuhan sahajalah pengadil sebaiknya buat anda," tulis Nurul Syuhada pada laman Facebook beliau.

TV3 dalam laporan di Buletin Utama semalam turut membuat permohonan maaf yang sama.

Pemuda PAS Sarawak dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebelum ini dilaporkan terguris dengan kenyataan Nurul Syuhada itu dan menggesanya meminta maaf secara terbuka bagi meredakan kemarahan penduduk Bintulu.

Mereka beranggapan Nurul Syuhada kurang arif dengan kedudukan Bintulu sebagai antara penyumbang utama pendapatan negara dengan hasil gas dan minyaknya.

Antara Dua Biadab : Tunjuk punggung pada gambar Rosmah biadab.. tapi kencing pada gambar Kit Siang dan Nik Aziz ni mulia?


"Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama," kata Hishammuddin, yang juga Naib Presiden UMNO.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan segelintir pihak yang memijak gambar Najib dan Rosmah Mansor pada malam sambutan hari kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Ini disifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara.

Sehubungan itu, beliau berkata polis akan menyiasat perkara itu dan seterusnya menyerahkan kepada pihak pendakwaan dan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Hishammuddin berkata perkara seumpama itu perlu ditangani dengan bijak dan cepat supaya ia tidak dieksploitasi pihak tertentu.

Dengan itu Polis telah membentuk tiga pasukan khas bagi menyiasat tiga laporan yang dibuat membabitkan insiden di Dataran Merdeka, serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat dan berhubung tindakan penganjur 'Himpunan Janji Bersih' yang telah melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata dalam insiden pertama yang berlaku di Dataran Merdeka semasa Himpunan Janji Bersih, Khamis lalu, polis meminta individu terlibat mempamerkan bendera bagi menggantikan Jalur Gemilang supaya tampil membantu siasatan.

Katanya, polis juga mahukan individu dalam insiden memijak dan menunjukkan punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam perhimpunan itu juga tampil memberi keterangan kepada polis.

**********************************************

Maka dengan itu juga apa yang kita boleh lihat dari laporan berita yang dipetik dari Malaysiakini di atas ialah ujudnya dua set undang-undang yang berbeza dalam negara kita ini.

Satu untuk kepentingan Pemimpin-pemimpin UMNO dan pencacainya manakala satu set lagi digunapakai terhadap rakyat jelata.

Jika tindakan seorang pemuda menunjukkan punggungnya terhadap gambar Rosmah dianggap satu perbuatan melampau atau biadap.. bagaimanapula dengan tindakan pencacai-pencacai UMNO ini yang kencing terhadap gambar Lim Kit Siang. TG Haji Hadi dan juga TG Nik Aziz?



Adakah perbuatan mereka ini satu perkara yang boleh dibanggakan oleh Hishamuddin kerana mereka pencacai UMNO?

Yang menunjukkan punggung kepada gambar Rosmah itu ialah seorang pemuda dan ianya dikatakan biadap oleh Hishamuddin.. bagaimana pula tindakan pencacai UMNO yang tua nak mampos ini pula? menunjukkan kemaluan dan kencing gambar Kit Siang dan Guan Eng?


Betul kata Hishamuddin "Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama," dan perlu dihentikan..

Tapi... meskipun menggunakan penasihat Yahudi.. mereka mengenepikan kata-kata pemimpin Yahudi ni.. “There are no two states of Israel, just one state,’’ kata Shimon Peres, pengganti Katsav’s sebagai Presiden. “There are no two kinds of citizens here. . . . All are equal in the eyes of the law.’’

So.. There are no two states of Malaysia, just 1Malaysia.. but are we have two kinds of citizens and law here...

Gangnam Style boleh sebabkan kematian? ni kes gila nak mampus laa...!!!


Fenomena tarian kuda yang dibawa oleh penyanyi rap Korea Selatan, Park Jae-sang atau Psy menerusi Gangnam Style bukan perkara baharu, malah pernah berlaku pada kurun ke-7 hingga ke-17 di Eropah.Menurut Pensyarah Psikologi di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr. Mohd. Awang Idris, fenomena itu dikenali sebagai dance mania atau wabak menari, choreomania, tarian St. John dan tarian St. Vitus.
“Pada waktu itu, ia melibatkan sehingga ribuan orang yang menari dalam keadaan yang pelik, tidak terkawal sambil menjerit dan menunjukkan tanda-tanda halusinasi.
“Antara peristiwa besar yang pernah direkodkan ialah di Jerman pada tahun 1374 dan selain peristiwa di Strasbourg, Perancis pada tahun 1518 yang melibatkan seorang wanita menari sehingga diikuti lebih 400 orang sebelum ramai mati kerana sakit jantung,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai kegilaan puluhan juta terhadap tarian tersebut yang disiarkan menerusi laman YouTube.
Mohd. Awang menjelaskan, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di England, Jerman dan Belanda dipercayai sejenis penyakit yang menyerang sistem saraf.

“Saintis pada ketika itu menggambarkan ia sebagai satu gangguan mental atau histeria secara beramai-ramai,” jelasnya.
Bagaimanapun, beliau menganggap fenomena tersebut tidak membimbangkan dan hanya bersifat sementara.

Kelemahan Najib, cacat sambutan merdeka

Shahbudin Husin
Untuk pertama kalinya dalam sejarah sambutan kemerdekaan negara, sambutannya pada tahun ini menjadi begitu suram dan penuh cacat cela. Ia bukan saja kerana kurangnya kibaran bendera di rumah, pejabat dan kenderaan tetapi sambutannya kali ini juga penuh dengan insiden yang memalukan, tidak sepadan dengan kematangan 55 tahun merdeka yang diraikan.
Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya di mana kibaran bendera Malaysia, terutama di kenderaan menjadi acara wajib dalam tempoh sebulan sambutan bulan kemerdekaan, tetapi tahun ini kemeriahannya tidak dirasakan sama-sekali.Selain kenderaan yang memasang bendera boleh dibilang dengan jari, sambutan dari syarikat-syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Petron dan lain-lainnya dalam menjayakan kempen memasang bendera juga tidak berlaku sama sekali.
Seorang teman yang melalui lebuhraya utara selatan dari Kuala Lumpur ke Kedah pada pagi 31 Ogos lalu bersungut kerana didapatinya kenderaan yang memasang bendera Malaysia di kenderaan sepanjang perjalanan itu hanya boleh dibilang dengan jari sebelah tangan saja. Lori dan bas yang dulunya agak meriah memasang bendera sebagai taktik mengelakkan disaman polis dan JPJ juga tidak lagi kelihatan berbuat demikian. Dalam perjalanan pulang ke KL esoknya, beliau juga mendapati keadaan yang sama. Seperti bukan 31 Ogos layaknya.

Makin Panas : Siasat Ketua-Ketua Bahagian Umno Kelantan

Seorang yang mengakui dirinya sebagai ahli veteran Umno telah menghubungi saya apabila beliau membaca posting blog ini lewat malam tadi berhubung cerita pegawai SPRM sedang 'menyiasat' kedudukan akauan salah seorang ketua Umno bahagian di Kelantan yang dikatakan berjumlah RM10 juta.

Menurut veteran itu beliau tidak merasa harian kalau ada ketua-ketua bahagian yang memiliki wang jutaan ringgit kerana mereka hari ini terdedah dengan pelbagai sumber kewangan mudah. "Ti saya tidak hairan dengan apa yang you tulis itu," katanya menerusi telefon.

Katanya peruntukan diberikan oleh parti menerusi ketua-ketua bahagian adalah antara sumber yang mudah dieksploitasikan untuk kemudahan sendiri dan peluang melakukan penyelewengan begitu besar. Semua peruntukan parti bagi tujuan kegiatan parti disalurkan menerusi ketua-ketua bahagian. Ketua bahagian pula katanya diberikan kuasa besar tanpa pemantauan untuk mengagihkan peruntukan berkenaan.

Pemberian tander atau kontrak kepada sesama ahli Umno tanpa diadakan tander terbuka memudahkan lagi penyelwengan itu dilakukan tanpa diketahui oleh mana-mana pihak. Di dalam Umno hari ini wujud seakan-akan penyangak dengan penyamun, ujarnya.

Pindaan Pertuduhan Kes Bersih 3.0 Cerminkan Pendakwaan Tidak Profesional

KUALA LUMPUR 03 SEPT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pindaan pendakwaan terdahapnya dalam kes perhimpunan Bersih 3.0 April lalu yang menyaksikan perbicaraan ditangguh sekali lagi.
“Pendakwaan pinda. Saya tegur kerana Peguam Negara pada awal gopoh kerana nak kenakan (kesalahan) atas arahan politik.
“Jadi kita tengok ada kecuaian dari segi pertuduhan. Belum ada perbicaraan sudah dua kali pinda.
“Inilah bila AG (Peguam Negara) hilang kewibawaan profesionalisma.
“Pertuduhan penting dah beberapa kali pinda. Pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim salah sahaja,” katanya di luar kompleks mahkamah Kuala Lumpur di sini.

Bersara 60 : Najib dendangkan Janji Ditepati untuk TNB

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini cuba memikat hati satu lagi kumpulan kecil pengundi - kali ini dengan menyanyi lagu Janji Ditepati kepada kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di samping menjanjikan mereka beberapa 'hadiah'.

Menurut Najib, antara janji yang telah ditepati adalah ikrarnya untuk melantik kepimpinan TNB daripada orang dalam TNB sendiri.

NONE"Apabila timbul masanya untuk peralihan pucuk pimpinan pengurusan TNB, saya beritahu persatuan-persatuan TNB kalau sekiranya ada orang dalam (mampu jadi) ketua eksekutif TNB, saya akan lantik orang itu.

"Sebab itulah apabila kita pilih tema Janji Ditepati maka janji saya pada warga TNB telah saya tepati," katanya merujuk kepada pelantikan Ketua Pegawai Ekseutif TNB, Datuk Azman Mohd.

Pada majlis sama yang dihadiri kira-kira 5,000 kakitangan, Najib mengumumkan TNB akan menjadi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama yang meningkatkan umur persaraan kepada 60 tahun.

Anwar pertahan kibaran Sang Saka Malaya kerana ia sejarah kemerdekaan.



 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan sekumpulan pemuda mengibarkan bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos lalu.

Katanya, tiada salahnya dengan tindakan itu kerana bendera itu asalnya dicadangkan menjelang kemerdekaan Tanah Melayu.

"Episod ini ada dalam sejarah negara ini, dan inilah bendera yang digunakan. Saya tidak rasa anak muda berhasrat menukar bendera Jalur Gemilang tetapi ia semata-mata untuk mengetengahkan suatu perkara dalam sejarah negara," katanya.

Anwar turut mengumpamakan dengan bendera lama PAS yang menggunakan lambang bulan sabit dan bintang.

Bagaimanapun, ekoran bantahan kerana hampir menyamai bendera kebangsaan, PAS menukarnya kepada bulan penuh.

Hishamuddin Rais: Sang Saka Malaya warna bendera Nusantara, turut digunakan Umno

KUALA LUMPUR, 3 Sept — Jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, hari ini mempertahankan bendera Sang Saka Malaya yang dikibarkan oleh sekumpulan anak muda pada malam ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka malam Khamis lalu.
Menurut beliau yang juga pengarah filem itu, Sang Saka Malaya adalah warna bendera kepulauan Nusantara yang meliputi Indonesia, Singapura dan Malaysia.
“Sang Saka adalah sejarah bangsa, dari zaman kerajaan Langsakuka, Gangga Negara, Sri Vijaya inilah warnanya,” kata beliau ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.
“Merah putih adalah motif nusantara.
“Motif Melayu Raya, kerana itu bendera Umno, PAS, Singapura dan Indonesia semuanya menggunakan Sang Saka.”
Hishamuddin Rais: “Tanya Khairy Jamaluddin, dia senyap kerana dia tahu sejarah Sang Saka.”
Gabungan Janji dianggotai oleh 47 NGO dan bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan Janji Demokrasi pada malam ambang Kemerdekaan malam Khamis lalu yang menyaksikan lebih 5,000 orang menyertai perhimpunan tersebut dengan memakai baju bewarna kuning. Ketika ditanya tentang mengapa sehingga ada anak muda yang sanggup mengibarkan bendera alternatif, Hishamuddin yang juga bekas aktivis mahasiswa 1970an berkata, Jalur Gemilang yang digunapakai sebagai bendera Malaysia hari ini telah dilihat sebagai milik peribadi perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan ini mendorong segelintir anak muda membencinya.
“Kerana mereka melihat Jalur Gemilang sebagai miliki peribadi Najib dan Rosmah,” katanya.
“Mereka benci Najib dan Rosmah maka mereka juga membenci simbol dan ikon yang berkait rapat dengan Najib dan Rosmah, katanya lagi.”

Samseng Perkasa : ‘Kasut dibaling nyaris terkena saya’ - mahfuz


Mahfuz (kanan) ketika hadir meraikan Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Kedah, kelmarin.
Mahfuz (kanan) ketika hadir meraikan Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Kedah, kelmarin. 
 
ALOR SETAR -  Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar nyaris terkena balingan kasut oleh kumpulan Perkasa yang hadir membantah majlis tazkirah Maghrib bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, malam tadi.
Katanya, balingan kasut itu yang disasarkan ke arah Anwar bagaimanapun, terkena jemaah yang duduk di sebelahnya.
“Kedudukan saya dengan Anwar ketika itu, hanya selang tiga orang. Saya terkejut apabila ada kasut (sandal) terkena orang di sebelah saya.
“Rupanya kasut itu dilempar melalui tingkap masjid oleh ahli kumpulan yang membantah di luar masjid,” katanya ketika dihubungi.
Mahfuz berkata, perbuatan melempar kasut ke dalam masjid adalah perbuatan biadap kerana mencemar rumah ibadat yang dihadiri jemaah untuk solat dan mendengar tazkirah.
“Mereka sanggup mencemar tempat suci dan saya anggap ianya suatu penghinaan kepada institusi masjid. Perbuatan itu tidak wajar sebab orang ramai datang untuk dengar tazkirah, bukan ceramah politik,” katanya.

Umno's failed Merdeka celebrations: Racist to the end, why were non-Malays neglected?

Umno's failed Merdeka celebrations: Racist to the end, why were non-Malays neglected?It looks like the jury is back and the verdict is a unanimous 'FLOP'. The Merdeka celebrations organized by Prime Minister Najib Razak's UMNO party at the Dataran Merdeka, the National Stadium in Bukat Jalil and in almost every state were a "sham".
Critics said not only were the theme and logo inappropriate and not meaningful  to the people, both were ridiculed and parodied until the entire Cabinet was forced to defend their validity. The lyrics of the theme song was pure UMNO propaganda and the participants at the parade were compelled to take part. Most were from the various government departments and grumpy at being 'forced' to join in, while those who escaped heaved a huge sigh of relief.
No wonder, the widespread complaint that the events - which cost taxpayers a pretty penny - were a "sheer waste". It does appear only selected UMNO-linked vendors and suppliers benefited. Even the procession, which was meant to be the highlight of the 55th Merdeka celebration, turned out to be mundane.
Why wasn't there much to celebrate? The answer is simple - because it was an UMNO’s event rather than a people's celebration. The majority view was that it was not organized as a national event aimed to instill real patriotism in the people but was more of being Najib’s last effort to improve his image ahead of general elections that he has hinted may be as soon as November.
Why were the non-Malays 'kept out'?

Fight spreads in Syria's northwest mountains

BERSIH 3.0 : Azmin Ali Selar Pihak Pendakwaraya kerana pinda pertuduhan berulang kali

Anwar Ibrahim Dakwa Peguam Negara Terlalu Gopoh Pinda Kes BERSIH 3.0

PRU13: PAS timbang letak calon bukan Islam di Borneo

DSP Hj Lajim Hj Ukin - UMNO tidak boleh jamin masa depan rakyat Sabah & Malaysia.

TG Hj Hadi Awang - Rakyat Sabah kena pilih pemimpin yang baik dan amanah.

Anwar Ibrahim Ulas Status 'Jalur Gemilang' Sebagai Bendera Rasmi Negara .

'Ketua Polis Negara & editor Utusan belajar sejarah dahulu'

AMK: Sang Saka Malaya pandangan peribadi Najwan

(Versi Penuh HD) Kejadian Serangan Oleh Perkasa Di Masjid Seberang Pumpong

‘Pakatan ready for polls… but will it be fair?’

Pakatan is confident of taking over Putrajaya if polls are held in November, but expresses doubt that the short notice is enough to clean up the 'dirty election roll'.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat is ready for a possible November general election, opposition leaders said today, but added that they were not prepared to face a “dirty election roll” which could hamper their win.
Yesterday, Prime Minister Najib Tun Razak had emphasised heavily on his favourite number 11 in a speech in Sandakan – an indication that he may call for a general election as early as November, The Star reported.
“Six times 11 equals 66, five times 11 equals 55 and 2 times 11 equals 22. The 11 factor appears in all, it is unique and good,” Najib was quoted as saying, in reference to Umno’s age, Malaysia’s 55th National Day and Sabah Umno’s age.
PAS vice-president Mahfuz Omar said that Pakatan had been long prepared to take on Barisan Nasional in the general election, but it was unlikely that the Election Commission (EC) would be able to clean the electoral roll by November.
“We have been prepared since the beginning. The only thing we are not prepared for is the dirty electoral roll. We are not ready for that,” he told FMT when asked to comment on the November polls speculation.

Suatu malam di ambang Merdeka 55...!!


Tidak ada bunga api. Tidak ada konsert. Tidak ada tarian zapin. Pemindahan sambutan ambang merdeka dari Dataran Merdeka ke Stadium Bukit Jalil sekadar mencerminkan paranoia kerajaan UMNO-BN atas bayang-bayang mereka sendiri.
Rakyat sudah pandai menganjurkan acara untuk mereka sendiri tanpa perlu subsidi kerajaan untuk bunga api dan Jalur Gemilang percuma.
Gemerlap juntai-juntai lampu di pohon-pohon besar yang menghiasi malam di Jalan Raja dan spotlight warna-warni yang menembak dinding-dinding bangunan Sultan Abdul Samad berserta pentas dan pagar kelihatan suram dan kaku, sunyi sepi.
Suram dan muram. Termasuk petugas anggota polis dan DBKL. Malam kaku dataran bersejarah di hari penting ini cuma sebahagian dari menjalani tugas overtime mereka- menghindar orang ramai dari menceroboh kawasan yang dihadang. Tidak lebih dari itu.
Dataran Merdeka untuk sambutan merdeka ditutup!
Dataran Merdeka ditutup dengan kon dan pagar penghalang besi buat kali keduanya selepas Bersih 3.0 dihari kebesaran negara Hari Merdeka yang ke 55. Yang tiada cuma kawad berduri. Mujurlah!
“Malam ni tak ada sambutan kat sini. Boleh pergi ke bukit jalil atau KLCC” kata seorang anggota polis yang berkawal kepada saya ketika cuba memasuki ke Dataran Merdeka melalui pagar penghadang yang terentang di jalan.
Petang sudah samar-samar. Jam menunjukkan 7.30 malam. Bermula dari lebuh Pasar dan diseberang sana Jalan Mahkamah, para peniaga makanan dan minuman, party toys dan sebagainya telahpun bersiap-siap sejak awal lagi.

UMNO-BN kaut untung jadi broker jual tanah – Guan Eng


GEORGE TOWN, 3 SEPTEMBER: Kerajaan UMNO-Barisan Nasional telah menjual sebanyak 980 ekar di Tanjung Tokong, 325 ekar di Lebuhraya Jelutong dan 750 ekar di Batu Kawan kepada Abad Naluri Sdn Bhd.
Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini; sambil menyebut bahawa penjualan tanah oleh Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi kehebatan UMNO-BN menjual tanah.
Menurut beliau, UMNO-BN Pulau Pinang sengaja membesarkan isu penjualan tanah sebanyak 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin. Pada masa yang sama UMNO Barisan Nasional enggan memberikan penjelasan ke atas keuntungan sebanyak RM5 juta yang telah dikaut oleh pemimpin-pemimpin UMNO pada tahun ini dalam masa tiga setengah bulan menjadi ‘broker tanah’ bagi 31 pemilik tanah Melayu di Batu Kawan.
Guan Eng dalam kenyataannya juga memberitahu, UMNO Barisan Nasional telah menjual tanah utama di Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi dan tanah tebusguna Lebuhraya Jelutong pada harga RM20 sekaki persegi.
Tambah Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi, penjualan secara tender terbuka oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan rakyat terbukti berjaya mendapat harga yang paling tinggi melebihi harga pasaran.
“Sebaliknya penjualan tanah yang dilakukan oleh UMNO Barisan Nasional tidak begitu”.
“Perjanjian penebusguna dan memajukan Tanjong Tokong yang bertarikh 1990 dan 1999, pemaju hanya diberi hak untu menebusguna dan memajukan sebanyak 980 ekar tanah dipersisiran Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi.” Kata Guan Eng.

UMNO itu parti sumbang, serba tak kena

Sesungguhnya kepimpinan hari ini masih tidak tahu apa yang mereka kehendaki. Kepimpinan yang saya maksudkan ialah pemimpin yang memerintah dan mentadbir kerajaan hari ini. Jika benar mereka tahu mentadbir mengikut ciri dan kehendak kenegaraan tidak mungkin UMNO berhadapan dengan penolakan rakyat yang kian hari  kuat dan jelas. Sokongan orang Melayu terhadap UMNO semakin menipis, ibarat tali gasing, semakin kehujung semakin menirus.
Saya selalu berkata yang rakyat bukan saja-saja meonolak UMNO yang sudah lama mentadbir negara ini. Kehendak rakyat untuk menolak UMNO ini sudah lama sebenarnya tetapi tidak nampak dengan jelas kerana rakyat semasa itu masih bersabar dan memberikan peluang dan masa untuk berubah. Apa-apa elemen buruk yang dilakukan oleh pimpinan UMNO sudah bermula lama dahulu.
Dalam pengalaman saya bergiat secara aktif dahulu, saya selalu membuat teguran di dalam mesyuarat-mesyuarat UMNO Bahagian tentang apa yang akan berlaku kepada UMNO jika sifat buruk yang sudah berputik itu tidak dibendung dan diperbetulkan dengan serius. Tetapi UMNO mengambilnya sebagai penentangan dan bagi mereka saya tidak wajar berada di dalam UMNO lagi. Itulah ayat-ayat yang sering saya dengar semasa saya bergiat dalam parti itu dahulu.
Kerja-kerja rasuah memang telah bermula dengan jelas semasa pemerintahan Dr Mahathir, tetapi Dr Mahathir membendung dan mempertahankan pemimpin yang rasuah di setiap peringkat. Dr Mahathir semasa itu hanya mahukan satu perkara sahaja, iaitu memberikan beliau sokongan seratus peratus. Samada mereka yang memdukung beliau itu penjenayah dan perasuah beliau (Mahathir) tidak peduli.

Serang masjid: Umno tak tahu beza rumah ibadat dan tempat maksiat

PENANTI 3 September: Tindakan membaling kasut ke dalam masjid dan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib membuktikan Umno BN sudah tidak boleh membezakan antara rumah ibadat dengan tempat maksiat.
Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, provokasi melampau oleh samseng Umno ini membuktikan mereka terdesak untuk mengekalkan kuasa yang semakin hilang menjelang pilihan raya umum.
“Tuduhan mengatakan Pakatan Rakyat akan menukar bendera negara adalah antara provokasi yang mereka lakukan. Membaling kasut ke dalam masjid di Seberang Pumpong juga terbukti bahawa mereka tak mampu membezakan rumah ibadat dengan tempat maksiat,” kata Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard.
“Bertindak seperti Along membaling cat merah dalam banyak insiden juga membuktikan mereka terdorong ke arah perlakuan melampau dan ekstrim,” katanya pada ceramah KEADILAN di Taman Guar Perahu, Penanti, Permatang Pauh semalam.

Politik Kencing Dan Pijak...yang dilulus oleh gomen...!!!!







Dah Bertahun Report : Tiada Pasukan Khaskah Ditubuhkan Untuk Siasat Yang Kencing Macam Anjing Ini?....oooo masa tue semua Bos dah penceh eh...!!!!






------------------------------------



Polis tubuh pasukan khas



KUALA LUMPUR 2 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat insiden peserta Perhimpunan Janji Bersih yang memijak gambar pemimpin negara dan menghina Jalur Gemilang semasa ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka pada malam Khamis lalu.

Sehubungan itu, polis memberi amaran kepada individu terlibat melakukan perbuatan tersebut yang gambar mereka tersebar di Internet dan disiarkan dalam beberapa akhbar hari ini, supaya tampil membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya memandang serius perbuatan tersebut kerana ia boleh menggugat kestabilan negara dan tidak teragak-agak mengambil tindakan berdasarkan undang-undang.

"Semasa Perhimpunan Janji Bersih diadakan pada malam 30 Ogos lalu di Dataran Merdeka, telah berlaku insiden beberapa individu mempamerkan bendera 'baru' untuk menggantikan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.

"Terdapat juga insiden beberapa individu bertindak memijak gambar pemimpin negara dan seorang individu yang menunjukkan punggung atas gambar pemimpin negara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini
. -petikan UM


PERSOALANNYA,
MENGAPA "DOUBLE-STANDARD"?





.. DAN SIAPA SEBENARNYA SELAMA INI
SEMAI POLITIK KEBENCIAN MELAMPAU?


Pijak Gambar Pemimpin Negara Perbuatan Melampau

Bersama ini disertakan teguran dan kritikan yang dibuat oleh pimpinan UMNO/BN berhubung peristiwa memijak gambar DS Najib oleh beberapa peserta 'Janji Bersih' pada malam 30hb Ogos. PAS sememangnya menganggap ianya tindakan liar yang tidak menepati politik Islam yang seharusnya menunjukkan contoh dan akhliak yang tinggi. Kami menyeru semua ahli, penyokong dan pengikut PAS dan parti-parti politik PR supaya jangan terikut-ikut dengan corak politik tidak berakhlak yang ditaja oleh UMNO/BN. Mereka bukan guru kami dan oleh itu budaya politik samseng dan tidak berakhlak itu perlu dijauhi sekiranya kita ingin membawa perubahan dan perbezaan. Bersama ini turut disiarkan gambar-gambar penyokong UMNO memijak gambar saya, DSAI, LGE dan TS Abd Khalid Ibrahim yang telah berlaku jauh lebih awal tanpa apa-apa teguran oleh pimpinan UMNO. Jangan kita terikut dengan cara-gaya mereka.

Kenyataan pimpinan UMNO yang jelas hipokrit adalah seperti berikut:-

Tindakan segelintir pihak memijak gambar (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor) disifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara.

Sehubungan itu, beliau berkata polis akan menyiasat perkara itu dan seterusnya menyerahkan kepada pihak pendakwaan dan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama,” kata Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno, kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pengkalan Chepa di sini, Sabtu.







Hishammuddin berkata perkara seumpama itu perlu ditangani dengan bijak dan cepat supaya ia tidak dieksploitasi pihak tertentu.

Selain memijak gambar pemimpin pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka ketika sambutan ambang merdeka sempena Hari Kemerdekaan ke-55, ada peserta membawa ‘bendera baharu’ yang disifatkan ramai pihak sebagai tidak menghormati kedaulatan negara.

Hishammuddin berkata apa yang dilakukan pihak berkenaan juga dibimbangi boleh menjurus kepada keadaan negara menjadi huru-hara, dan menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi mengenai soal keselamatan negara.

Berita ihsan UTUSAN, gambar sekadar hiasan dari sekitar Internet. -khalidsamad.com