Ahad, 2 September 2012

Lensa : Ceramah Merdeka Rakyat di perkarangan Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah










Lebih 15,000 hadir ke ceramah #MerdekaRakyat di perkarangan 
Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah

Tuan Ibrahim beri cara selesaikan projek bahaya

Harakahdaily, 02 Sep 2012

(Selamatkan negara...Tuan Ibrahim memegang salah satu banner dalam tulisan Cina)

RAUB: Di Himpunan Hijau Raub, Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan cara penyelesaian kepada rakyat untuk menyelesaikan kontroversi projek-projek berbahaya yang kini melanda negara kita.

“Untuk hentikan sianida, Lynas – satu saja caranya, kita kena hentikan BN,” demikian kata beliau di himpunan petang tadi yang dihadiri hampir 10,000 rakyat.


(Tuan Ibrahim berucap di perhimpunan)

Petang tadi, Himpunan Hijau Raub terhadap penggunaan sianida di lombong emas telah menghantar satu mesej yang jelas kepada kerajaan supaya berhenti menganggap negeri kelahiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pusat kerosakan alam sekitar dan kesihatan.

Dalam suasana seperti berpesta dan bersemangat tinggi di padang kompleks sukan Raub, para hadirin yang berpakaian hijau menyatakan bantahan mereka terhadap syarikat perlombangan Raub Australia Gold Mining Sdn Bhd yang terletak di kawasan penempatan manusia menggunakan bahan kimia berbahaya sianida yang menjejaskan kesihatan manusia.

Polis : Himpunan Hijau Raub langgar dua dari 16 syarat...


Himpunan Hijau Raub langgar dua syarat
Kehadiran peserta yang menjayakan Himpunan Hijau Raub dalam keadaan aman dan tenteram.
 
RAUB – Penganjuran Himpunan Hijau Raub berlangsung di Kompleks Majlis Daerah Raub petang tadi melanggar dua syarat yang dipersetujui sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, sepanjang program berlangsung selama dua jam, peserta didapati membawa kanak-kanak bawah 15 tahun dan mereka juga mengadakan perarakan.

Menurutnya, tindakan wajar akan diambil mengikut peraturan ditetapkan bagi setiap kesalahan yang dilakukan.

“Sebelum ini penganjur sudah menandatangani akujanji untuk mematuhi 16 syarat ditetapkan termasuk tidak membawa kanak-kanak dan tidak mengadakan perarakan.

“Tetapi semasa program ini berlangsung mereka didapati melanggar dua daripada 16 syarat itu,” katanya pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, hari ini.

Polis tubuh 3 pasukan siasat kes biadab Ambang Merdeka.....adakah Polis berani tangkap dan dakwa samseng Perkasa yang serang masjid..????


Tiga pasukan khas siasat kes biadab di ambang merdeka
Tindakan sesetengah pihak yang membawa "Sang Saka Malaya"  dianggap sebagai biadap.
KUALA LUMPUR - Polis membentuk tiga pasukan khas bagi menyiasat tiga laporan yang dibuat membabitkan insiden di Dataran Merdeka, serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat dan berhubung tindakan penganjur "Himpunan Janji Bersih" yang telah melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011.
 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata dalam insiden pertama yang berlaku di Dataran Merdeka semasa Himpunan Janji Bersih, Khamis lalu, polis meminta individu terlibat mempamerkan bendera bagi menggantikan Jalur Gemilang supaya tampil membantu siasatan.
 
Katanya, polis juga mahukan individu dalam insiden memijak dan menunjukkan punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam perhimpunan itu juga tampil memberi keterangan kepada polis.

Politik Samseng : Video Kejadian Serangan Oleh Perkasa Di Masjid Seberang Pumpong,

Politik Samseng : PERKASA Ganggu Tazkirah Anwar Di Masjid


Ahli-ahli Perkasa cuba mencerobohi masjid, membaling kasut yang hampir-hampir mengenai sdr Mahfuz Omar...







Ejen provokasi guna pembesar suara & membunyikan siren ketika tazkirah sedang disampaikan.


Mereka cuba merempuh masuk kedalam masjid Darulaman dalam usaha mereka menghalang DSAI bertazkirah...
Mana Polis, mana menteri jaga KDN punya komen?





Salah seorang ejen provokasi yang berjaya dirakamkan oleh petugas Jelajah Merdeka Rakyat di Masjid al-Husain, Seberang Pumpong, Alor Star sebelum solat Maghrib tadi.


Terkini dari KEDAH....

Ahli Perkasa mencetuskan provokasi ketika DS @anwaribrahim hendak menyampaikan tazkirah.
- Ahli Perkasa mencetuskan provokasi ketika DS @anwaribrahim hendak menyampaikan tazkirah.
- Ahli Perkasa mengeluarkan kata2 kesat & membaling kasut kedalam masjid ketika tazkirah disampaikan.
- Tazkirah Maghrib DS @anwaribrahim diteruskan w/pun lampu masjid & speaker dipadamkan
P/S : Masjid pun dah tak tau nak hormat......lihat dan nilaikan sendiri betapa terdesaknya..

Politik Samseng : Anwar, Mahfuz diserang "Samseng Perkasa"dalam masjid


ALOR STAR: Sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.

Menurut laporan Keadilandaily, tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa pemuda berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam masjid Al Husin.

Mereka juga bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya.

Kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah.

Politik Samseng : Perkasa biadap serang Anwar dalam masjid, baling kasut..saksi ada , fakta ada..Hisham nak diam lagi ke..!!!

ALOR STAR 2 September: Tidak ubah seperti Zionis, sekumpulan ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.
Tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa ahli Perkasa berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di mimbar masjid Al Husain.
Mereka juga bertindak samseng dengan memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya.
Selain bertindak kasar, kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah berkenaan.

BUAT SEMUA SPESIS MANUSIA YANG MENOLAK HUDUD......

BUAT SEMUA SPESIS MANUSIA YANG MENOLAK HUDUD......HAYATILAH GAMBAR INI....

Malaysia Kita : Anggota polis bersama rakan ditahan kes peras ugut

K Manoharan
ACP K Manoharan
 
KUALA TERENGGANU - Seorang anggota polis berpangkat konstabel dan rakannya ditahan kerana memeras ugut seorang lelaki di sini, pada Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata kejadian berlaku kira-kira 12.30 tengah malam ketika mangsa berusia 23 tahun itu sedang menunggang motosikal telah dihimpit anggota polis berusia 51 tahun terbabit, yang turut menaiki motosikal.

"Kejadian tersebut berlaku di hadapan Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Bayas di sini.

"Setelah dihimpit, mangsa terjatuh lalu melarikan diri kerana ketakutan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

PKR mahu samseng serang "BAS" dihukum..!!


PKR mahu samseng dihukum
Laporan polis yang dibuat pemandu bas Jelajah Merdeka Rakyat.
 
PETALING JAYA - PKR mengecam serangan ke atas bas siri Jelajah Merdeka Rakyat dan mendakwa ia budaya samseng yang bertujuan untuk menyekat dan menggagalkan kempen parti itu.

Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata, beliau tidak mahu membuat spekulasi terhadap pihak yang mendalangi kejadian itu tetapi menyifatkannya sebagai ugutan yang tidak akan memberi kesan kepada pihaknya untuk melaksanakan agenda parti demi kepentingan rakyat.

“Saya menggesa Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) supaya menyiasat dan menghukum parti-parti politik yang menaungi budaya samseng yang ternyata salah dan tidak bertanggungjawab, sekali gus menegah budaya samseng ini daripada terus berlaku.

“Perkara ini bukan kali pertama. Kita telah melihat kejadian demi kejadian yang berlaku kepada (Ketua Umum) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan kanan PKR serta Pakatan Rakyat (PR). Ini juga bukan kali pertama harta benda milik pimpinan kanan PKR dirosakkan. Kami mengutuk keras budaya ini yang mencemarkan arena politik negara,” katanya pada sidang media di pejabat PKR, semalam. 

More than 10k at Raub protest: Najib can't even manage Pahang, what more M'sia?

More than 10k at Raub protest: Najib can't even manage Pahang, what more M'sia? More than 10,000 people began a march from the Raub sports complex in Pahang to the nearby Bukit Koman goldmine they alleged has been using cyanide to the detriment of their health.
The huge size of the crowd, which gathered spontaneously and voluntarily, signals the strength of the public unhappiness at the manner in which Prime Minister Najib Razak was allowing hazardous industries to mushroom, even in his home state.
"The issue here is the use of cyanide and this complaint has been going on since 2007. There are now 2 major hotspots in Pahang that Naib must stand accountable for - the Lynas rare earth refinery and the Bukt Koman goldmine. If he cannot manage his own home state, no wonder the federal government and the economy are going to the dogs," PKR MP for Kuantan Fuziah Salleh told Malaysia Chronicle.
Deaf ears
Raub residents have been opposing the Raub Australia Gold Mining Sdn Bhd since 2007, even before the company began operations, but their lawsuits and appeals to Najib's BN government fell on deaf ears.
Fearing the miner's use of cyanide in its processes would affect their health, they have been organizing various protests culminating in Sunday's rally, where representatives from the goldmine were due to receive their memorandum of complaint.
However, after waiting for hours, no officer from the Raub Australia Gold Mining Sdn Bhd showed, prompting the crowd to burst through a police cordon and attempt to march about a kilometre to the Buikt Koman mine. About 300 cops were on duty at the Raub sports complex.
Visibly upset and emotional, the crowd shouted 'Ban Cyanide' as they walked. Before they could reach the mine, the police with two junior  Raub Australia reps in tow intercepted the leaders at the head of the procession.

Even 'spending sifu' Rosmah would be shocked: Jho Low blows RM5mil to woo Taiwan pop-star

Even 'spending sifu' Rosmah would be shocked: Jho Low blows RM5mil to woo Taiwan pop-starIt looks like Jho Low, the favourite 'nephew' of Rosmah Mansor, the wife of the Malaysian Prime Minister, has so much money he doesn't know what to do with it but to blow it on new girlfriend - Taiwanese pop star Elva Hsiao.
Jho, the billionaire businessman from Penang who studied together with Rosmah's son and claims to have made his first million before graduating, became infamous for living the high life with Hollywood celebrities including Paris Hilton.
He is also notorious for hob-nobbing with Arab oil barons and getting them to invest in Prime Minister Najib Razak's 1MDB investment fund, which critics claim was specially established to be the PM's own secret slush fund to hold on to political power.
Few Malaysians have not heard of Jho Low or his outrageous antics on board a yacht with Paris Hilton. But his latest spending binge is bound to shock even Rosmah, who herself is no mean slouch when it comes to shopping sprees.
Stories of Rosmah's collection of Birkin handbags and a RM24mil diamond ring have both astounded and enraged the ordinary folk as they struggled to make ends meet amid soaring food and transportation prices.
"Rosmah's my friend not my godmother," Jho has previously told the press in response to speculation that he had benefited financially from his friendship with the mercurial but extremely influential Rosmah.
Helicopters, violins & MILLION-RINGGIT FIREWORKS!

Najib hints of November elections: But M'sians think he's LYING AGAIN

Najib hints of November elections: But M'sians think he's LYING AGAINPrime Minister Najib Razak has given his strongest hint so far, telling an Umno meeting in Sabah that the 13th general election might well be in November this year.
“Six times 11 equals 66, five times 11 equals 55 and 2 times 11 equals 22. The 11 factor appears in all, it is unique and good,” Najib told Umno members in Sandakan during a visit to the state.
Najib did not specifically mention November, the 11th month in the calendar, but Umno-owned newspaper Utusan screamed out the headlines PRU13 November? (13th general election in November?).
Landmark battle
Despite the clue, Najib - known for his frequent U-turns - failed to excite the nation which has been waiting impatiently for what they believe will be a landmark battle.
Indeed, many experts have predicted a regime change - the first in Malaysia's 55 year-history - with control of the federal government passing over to the Pakatan Rakyat led by Opposition Leader Anwar Ibrahim.
According to Pakatan leaders, it no longer mattered when Najib held the GE13 as the BN's 5-year mandate would expire on 27 March 2013 and Parliament would be automatically dissolved, paving the way for nationwide polls within the following 2 months.
"We are ready for battle even if GE13 is in September, it is Najib and BN who fear the people's anger now. Their latest strategy is to accuse the Pakatan of all sorts of nonsense including changing the Malaysian flag and turning the country into a republic," PKR vice president and Batu MP Tian Chua told Malaysia Chronicle.
"This time because the stakes are so high and Najib and his ministers are personally launching the attacks, we predict the backlash will be Umno's final 'own goal'. They will destroy themselves by disgusting the people beyond the point of return."
Devil politics and the last lap of Evil

Budaya samseng menular menjelang PRU-13....!!!

KUALA KRAI: Rakyat Kelantan malu tindakan pihak tertentu mempamerkan aksi samseng sehingga menyebabkan bas Program Merdeka Rakyat dipecahkan cermin dan disimbah cat merah.

Kejadian itu merupakan kali kedua berlaku di Kelantan, di mana sebelum ini kereta dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim ditendang di Jalan Sultan Ibrahim ketika mahu menghadiri program ceramah di Padang Perdana.

Dan awal pagi semalam pula bas rombongan Program Merdeka Rakyat yang di parkir berhampiran Pasar Besar Siti Khatijah pula menjadi mangsa pihak terbabit.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, di belakang insiden itu pastinya musuh politik kepada Pakatan Rakyat.

“Insiden itu dianggap biadap dan memalukan orang Kelantan. Ia jelas menyalahi budaya orang Kelantan yang terkenal dengan kemesraan dan menyambut tetamu dengan penuh hormat.

“Tindakan pihak terbabit jauh sekali dengan budaya Islam. Pemuda PAS amat kesal terhadap apa yang berlaku,” katanya di sini.

Nik Aziz: Memijak gambar pemimpin negara memalu dan mendukacitakan


 Tok Guru Tegur Dan Nasihat Bila Perkara Itu Salah..
Tapi Pemimpin BN Halalkan Penghinaan Pada Tok Guru...



KOTA BAHARU- Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyifatkan tindakan segelintir pihak memijak gambar pemimpin negara pada malam sambutan ambang merdeka di Kuala Lumpur Khamis lepas sebagai amat memalu dan mendukacitakan.
  
Beliau berkata tindakan itu langsung tidak mencermin serta melambangkan sikap orang Melayu dan Islam yang mengamalkan tata susila yang tinggi sejak sekian lama.
  
"Kerja ini bukan kerja orang Melayu dan orang Islam. Orang Islam pun tidak, orang Melayu pun tidak.
  
"Ini sangat mendukacitakan dan memalukan, gambar yang saya tengok itu bukan Melayu (yang melakukannya).
  
"Kita orang Islam diajar jangan buat kepada orang lain. Kalau orang lain buat kepada kita, (maka) kita akan marah," kata Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita pada jamuan Aidilfitri Sinar Harian di Pengkalan Chepa, di sini.
  

Ustaz Nazmi Karim: Janji Di Capati ! (Bhg 3)

Ustaz Nazmi Karim: Janji Di Capati ! (Bhg 2)

Ustaz Nazmi Karim: Janji Di Capati ! (Bhg 1)

Syria - Buffer zone raises tough questions

When Green rally became Green march

Memorandum perjanjian antara kerajaan negeri Kelantan dengan pihak Mesir

Green rally underway in Raub

Selangor nafi belakangkan Sultan, amalan biasa tidak jemput hadiri ambang Merdeka

 
KUALA LUMPUR, 2 Sept —  Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor hari ini menafikan mereka sengaja membelakangi sultan kerana tidak menjemput baginda dalam majlis sambutan ambang Kemerdekaan ke-55 di Dataran Shah Alam pada malam Khamis lalu.
Sebaliknya, kerajaan negeri itu menjelaskan adalah sudah menjadi tradisi dan amalan negeri berkenaan tidak menjemput Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menghadiri majlis sambutan ambang Kemerdekaan negeri.
Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin (gambar), amalan berkenaan bukan baru dilaksanakan ketika pemerintahan PR, tetapi turut dipraktikkan sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) di negeri terkaya itu sebelum tewas dalam pilihan raya umum 2008 kepada PR.
"Memang menjadi tradisi sejak empat tahun lepas Tuanku Sultan tidak dijemput dan hadir untuk program sambutan ambang Kemerdekaan.
"Baginda hanya dijemput berangkat ke majlis Yasin dan Tahlil di masjid negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Boros Punca Syabas Gagal Salurkan Air Dengan Baik

BISTARI JAYA 02 Sept : Mengubahsuai pejabat dan membeli kereta baru.
Ini antara cara Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) membelanjakan wang yang sepatutnya diguna untuk menyelenggara pam dan loji rawatan air.
Pam dan loji yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan air bersih tidak dapat disalurkan dengan cekap kepada pengguna di Selangor dan Lembah Klang.
Ini didedahkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengulas isu air Selangor di dalam ucapan Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Ijok, di sini, semalam.
Di bawah akta Konsensi Air 2004, Syabas, sebuah syarikat swasta, diberi tanggungjawab mengurus rawatan dan saluran air bersih di seluruh Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Abdul Khalid berkata Syabas memberi alasan “tiada wang yang cukup” apabila ditanya mengapa mereka tidak menyelenggara pam dan loji rawatan air.
Katanya, punca utama itu diketuai selepas disiasat oleh Jawatankuasa Pemantau Air yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi.
“Bila saya tanya mengapa tiada wang, mereka (Syabas) memberitahu wang untuk keperluan itu mereka gunakan untuk mengubahsuai pejabat dan membeli kereta baru”.

Wang Haram Jadah : Musa Aman Kini Disiasat Switzerland!

Pihak berkuasa Switzerland sedang menjejak skandal pengubahan wang haram Sabah melibatkan Ketua Menteri, Musa Aman, mengancam untuk memalukan Perdana Menteri, Najib Altantuya dan kerajaan campuran Barisan Nasional (BN).

Najib Altantuya yang dalam rangka lawatan dua hari ke Sabah berdepan kemarahan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) terhadap Umno yang diketuai oleh Musa menjelang pilihanraya umum, kini berhadapan pula dengan pendedahan antarabangsa bahawa kerajaan beliau terpalit dengan rasuah.

Tempoh siasatan Kerajaan Switzerland berkenaan hubungan antara UBS, bank terbesar di negara itu, dan hasil daripada pembalakan haram di Sabah nampaknya tidak boleh memalukan lagi Perdana Menteri yang berharap untuk meredakan keadaan yang semakin menunjukkan tanda-tanda bahawa ia beralih kepada Pakatan Rakyat.

WHO WILL BN 'HANG' NEXT: Hisham vows action on 'replacement' flag & stepping on PM's pic

WHO WILL BN 'HANG' NEXT: Hisham vows action on 'replacement' flag & stepping on PM's picSUNGAI PETANI - The Home Ministry (KDN) will act firmly and expedite the legal process on the perpetrators of the provocative act of replacing the national flag, stepping on the Prime Minister's picture as well as cursing national leaders at a gathering in Dataran Merdeka, Kuala Lumpur recently, said its minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

He said the political materminds and desperados behind the actions would be brought to court as the majority of the people wanted to see them put on trial according to the law.

"The majority of the people are already fed up with the actions of these political desperados who know they were facing defeat in the coming general election and trying to create public hatred against government leaders," he told reporters after opening the Merbok Umno division delegates meeting at Dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok near here today.

Hisham: Politik kebencian termasuk serang bas perlu dihenti..!!! takde tangkapan dan pendakwaan sejak 2008 lagi...berpuluh laporan polis..???

KAMPUNG GAJAH - Politik kebencian yang sedang berlaku harus dihentikan segera bagi mengelakkan ia terus menular di kalangan rakyat negara ini, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sehubungan itu tegas Menteri Dalam Negeri, tindakan segelintir pihak yang memijak bendera, membaling batu dan cat kepada bas yang digunakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, memijak gambar Perdana Menteri kelmarin selain membuat ugutan
bunuh ke atas pemimpin adalah satu kesalahan serius yang perlu diambil tindakan segera.

Menurutnya, insiden yang berlaku berkenaan akan dikendalikan bersama kerana ia melibatkan semua pihak tanpa memilih kepentingan masing-masing.

16 syarat : Himpunan Hijau Raub protes lombong emas Bukit Koman

3,000 sertai Himpunan Hijau Raub
Sebahagian daripada peserta Himpunan Hijau Raub.
 
RAUB - Himpunan Hijau Raub membantah aktiviti perlombongan emas di Bukit Koman berlangsung di Padang Kompleks Majlis Daerah Raub di sini, petang ini seperti yang dirancang.

Sumber polis berkata sekitar 3,000 orang menyertai perhimpunan hari ini manakala pihak penganjur pula memberitahu jumlahnya mencecah 20,000 orang.

Perhimpunan bermula jam 2 petang tadi dengan kehadiran beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan, yang menjadi tulang belakang himpunan dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Minggu lalu, polis membenarkan Himpunan Hijau Raub dengan mengenakan 16 syarat untuk dipatuhi oleh penganjur.

Sekatan "politik" lebih bahaya dari sekatan polis..perbuatan menghalal cara akan berlaku...!!!


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bimbang dengan kenyataan Perdana Menteri yang menyeru BN mengadakan "sekatan politik" untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al-Jundi menyifatkan kenyataan "sekatan politik" itu amat berbahaya kerana ia mempunyai pengertian yang luas dan akan membabitkan semua jentera kerajaan untuk menyekat kebangkitan rakyat.

"Sekatan politik (kenyataan) jauh lebih berbahaya daripada hanya sekatan biasa oleh polis. Kenyataan itu melampau, berniat jahat dan tidak demokratik. Apatah lagi keluar daripada mulut perdana menteri yang sedang berkuasa.

"Mereka boleh melakukan dan menggerakkan apa saja dan arahan kepada mana-mana institusi kerajaaan temasuklah Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, bukan terhadap polis semata-mata. Ops lalang 1987 juga adalah sekatan politik yang pernah dilakukan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

'Pakatan tak pernah bangkitkan tukar bendera'..yang bangkitkan UMNO@BN....!!!!

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan atau membangkitkan isu untuk menukar bendera Jalur Gemilang dalam mana-mana mesyuaratnya.

Lim Kit Siang juga berkata, membuat perubahan pada Jalur Gemilang juga bukan agenda Pakatan.

"Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bersama tiga menteri kanan Umno menyerang dengan mengatakan bahawa ada desas-desus Pakatan mahu menggantikan Jalur Gemilang, ia mencerminkan diri mereka yang terdesak.

Pakatan tiada niat tukar bendera tapi Umno terbukti buta sejarah – Anwar

PULAU PINANG 2 Sept: Pakatan Rakyat tiada niat menukar Jalur Gemilang apabila menawan Putrajaya kelak pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tidak ada niat untuk kita tukar bendera Malaysia. Hanya Umno yang tak mahu belajar sejarah pejuang terdahulu. Ada kita dengar fatwa dari Haji Hadi (Awang)? Tidak ada. Ada (Lim) Kit Siang keluar kenyataan? Tidak ada,” katanya.
Bagaimanapun, beliau kesal kerana orang Umno buta sejarah dan tidak kenal bendera Sang Saka Mera Putih yang menjadi simbol perjuangan kemerdekaan sejak zaman pra-merdeka.
“Sang Saka Merah Putih adalah bendera perjuangan kemerdekaan. Anak-anak muda yang kibar bendera itu pada malam kemerdekaan ke-55 itu mahu kita ingat kembali pejuang-pejuang kemerdekaan.
“Mereka berjasa. Dr Burhanuddin Al-Helmy dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Selepas itu jadi Presiden Pas. Datuk Onn (Jaafar) juga. Dia bijak dan keluar. Sama macam saya juga, bijak dan keluar Umno,” katanya sambil berseloroh.

Polis 'buru' individu bawa "Sang Saka Malaya"..!!!

Polis menggesa individu ya ng terlibat membawa bendera alternatif "Sang Saka Malaya" dan pihak yang dalam perhimpunan "Janji Demokrasi" pada malam merdeka tampil membantu siasatan.

Menurut kenyataan dalam Facebook, Bukit Aman berkata, ketua polis negara memandang serius perbuatan itu kerana ia bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi.

Pasukan keselamatan juga meminta pihak dan saksi kejadian memijak gambar perdana menteri dan isteri turut tampil.

Kumpulan besar berdemo di Raub



 
Ribuan orang berkumpul di sepanjang Jalan Bukit Koman, Raub untuk menyatakan bantahan mereka terhadap penggunaan sianida di lombong emas berdekatan.

Peserta "Himpunan Hijau Raub" itu rata-rata memakai kemeja-T hijau, bersorak dan mengambil gambar sendiri sebelum perhimpunan itu bermula kira-kira pada jam 2.15 petang.

anti cyanide raub green rally 020912 5Penduduk Kampung Baru Bukit Koman, berdekatan lombong itu mendakwa penggunaan sianida menjejaskan kesihatan mereka tetapi perkara itu ditolak oleh kerajaan dan syarikat pengendali peng Raub Australia Gold Mining Sdn Bhd.

Penduduk, khususnya melalui Jawatankuasa Haramkan Sianida sejak 2007 menentang operasi itu melalui pelbagai cara, termasuk mahkamah.

NONEMereka berkumpul di padang kompleks sukan Raub yang dikenali penduduk setempat sebagai Padang milo. Polis melarang mereka berarak dan meminta Raub Australia Gold Mining menghantar wakil untuk menerima nota bantahan.

Dalam pengumuman menyuraikan peserta pada jam 4.33 tadi, penganjur bagaimanapun menyuarakan kekesalan mereka terhadap Raub Australia Gold Mining yang didakwa hanya menghantar dua kakitangan junior untuk menerima nota bantahan penduduk.

Mereka juga menyerahkan salinan dokmen itu kepada Ketua Polis Daerah Raub Wan Mohd Samsudin Wan Osman dan mendesaknya memastikan salinan itu sampai ke meja presiden syarikat itu.

Makin Panas : PRU13 November ?


PRU13 November ?
SANDAKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'membayangkan' Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin diadakan November ini.
"Tahun ini amat unik, genap 66 tahun usia UMNO, 55 tahun negara mencapai kemerdekaan dan UMNO sudah bertapak selama 22 tahun di Sabah.
"11 darab 6 (UMNO), 11 darab 5 (merdeka), 11 darab 2 (UMNO Sabah), semuanya ada kaitan dengan angka 11," katanya sambil melirik senyuman.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian serentak mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Sandakan, Kinabatangan, Libaran, Batu Sapi dan Beluran (UMNO Zon 5) di sini hari ini.
-Utusan

Jika Anwar Tidak Ada Locus Standi, Bagaimana Pula Rosmah Mansor?

Sultan persoal kerajaan Selangor jemput Anwar

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mempesoalkan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat sewaktu Sambutan Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri malam Khamis lalu.

Dipetik Sinar Harian, Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan oleh PR Selangor itu menimbulkan tanda tanya kerana Anwar tidak menjawat sebarang kedudukan tertinggi di peringkat negeri, sebaliknya hanya bertindak selaku Penasihat Ekonomi negeri.

"Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik mengapa Anwar yang tidak berada dalam jawatan tertinggi negeri menjadi tetamu kehormat. Beliau tidak memegang sebarang portfolio rasmi kecuali sebagai Penasihat Ekonomi.

Sambutan Merdeka jadi sambutan politik Umno@BN

KUALA LUMPUR: Biarpun sepatutnya sambutan Hari Merdeka diraikan seluruh rakyat sengan mengenepikan segala perbezaan, namun perhimpunan “Merdeka 55: Janji Ditepati” di Stadium Bukit Jalil kelmarin dilihat tetap dipolitikkan oleh BN.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, Datuk Seri Najib Razak gagal menonjolkan dirinya sebagai Perdana Menteri dalam perhimpunan itu sebaliknya lebih menunjukkan dirinya sebagai Presiden Umno.

Ianya merujuk kepada ucapan penutup Najib yang mendakwa "pihak pembangkang dan musuh negara sedang mencuba menyebabkan porak peranda di negara ini.”

"Saya berasa kesal dan sedih apabila Perdana Menteri mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap pihak pembangkang sebagai ucapan beliau bagi sambutan kemerdekaan.

"Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, negeri, status atau pendirian politik patut mengenepikan semua perbezaan politik mereka, sekurang-kurangnya untuk 24 jam dan bersatu sebagai satu entiti rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terkini : 2,000 sudah berkumpul di Raub

Kira-kira 2,000 orang sudah berkumpul di sepanjang Jalan Bukit Koman, Raub untuk menyatakan bantahan mereka terhadap penggunaan sianida di lombong emas berdekatan.

Peserta "Himpunan Hijau Raub" itu rata-rata memakai kemeja-T hijau, bersorak dan mengambil gambar sendiri sebelum perhimpunan itu bermula jam 2 sebentar lagi.

SUA : Pemimpin Pas digesa tidak ghairah beri kenyataan


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas diingatkan tidak terlalu ghairah memberi kenyataan dalam media sehingga boleh mencetuskan perselisihan pendapat antara satu sama lain.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menekankan batasan bersuara perlu dilihat dari aspek isu kontroversi tanpa menghalang mana-mana pihak memberi kenyataan terhadap isu bukan kontroversi.

Lebih jelas katanya, hanya dua individu yang layak menjawab isu sedemikian sebagaimana diputuskan peringkat kepimpinan sebelum ini bagi menjawab isu kontroversi yang dibangkitkan media.

‘DBKL lacking cultural sensitivities’

The City Hall's decision to disallow cultural decorations for an event by Malaysia Hindu Sangam has come under fire.

PETALING JAYA: Senator S Ramakrishnan of the DAP today demanded an explanation from Prime Minister Najib Tun Razak over Kuala Lumpur City Hall’s (DBKL) decision to disallow cultural decorations to be put up in their hall for an event by Malaysia Hindu Sangam.
“Najib must investigate why an event officiated by his representative was marred by DBKL’s stupid act which hurts the feeling of delegates,” said Ramakrishnan in a press statement today.
“It is totally unbecoming of DBKL since they are under the Federal Territories and Urban Well Being Ministry that has a Hindu deputy minister,” said Ramakrishnan.
He was commenting on DBKL’s decision to disallow MHS from decorating the venue – a DBKL hall – with kolam, a colourful rice based decoration, and banana trees in conjunction with a conference which was held yesterday.

As expected, petty BN trots out Sultan to mar successful S'gor Merdeka eve do

The Sultan of Selangor has questioned the state’s decision to invite Datuk Seri Anwar Ibrahim to grace an official National Day celebration last week, a Malay daily reported today as controversy grows over the Pakatan Rakyat (PR) government’s treatment of the palace.
As expected, petty BN trots out Sultan to mar successful S'gor Merdeka eve do“His Royal Highness the Sultan finds it strange that in such a programme, Anwar, who is not part of the state government’s top leadership, was the guest-of-honour.
“The PKR Opposition Leader also does not hold any official portfolio, except as the appointed State Economic Adviser,” Datuk Mohamad Munir Bani, who is private secretary to Sultan Sharafuddin Idris Shah, was reported by Sinar Harian as saying.
“The convention is that if His Royal Highness is unable to attend the state government’s official programmes, the Mentri Besar replaces the Sultan to give speeches and so on. But, why was Anwar invited and gave a speech, when this was an official programme, not a political programme?” the palace official told the Malay daily.
Mohamad was previously reported as saying that the Selangor Sultan was not invited or informed of the state-level celebrations.