Sabtu, 1 September 2012

OH MALAYSIA TANAH AIRKU......!!!




Orang Naik Wira Putih Disyaki Khianat Bas Jelajah Merdeka Rakyat..!!!

Apakah kereta wira putih sedan yang memecut laju meninggalkan tempat kejadian Bas Jelajah kene sabotaj terlibat secara langsung dalam insiden pagi tadi?

Mengikut laporan Polis terdapat sebuah kereta Wira sedan berwarna putih dilihat meninggalkan tempat kejadian secara tergesa-gesa.

lihat salinan laporan dibawah.


Baca dibawah



Jeng.. jeng.. jeng.. misteri

Forum : Setelah 55 Tahun Merdeka. Ke Arah Mana Melayu Pulau Pinang?

setelah 55 tahun merdeka  Ke arah mana melayu pulau pinang
Forum Intelektual Nusantara anjuran Penang Institute datang lagi untuk ronda ke enam, kali ini menampilkan tajuk besar mempersoal hala tuju Melayu Pulau Pinang setelah lebih setengah abad merdeka.

Forum yang dijadualkan berlangsung pada 8 September itu akan membariskan YB Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar, YB Senator Prof Madya Ariffin Omar, Senator Dewan Negara dan juga Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Setia.

Ronda kali ini turut membawakan wakil daripada UMNO, Dato’ Raja Munir Shah, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tanjong. Forum ini akan dikendalikan oleh Prof Madya Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid, pensyarah dari Pusat Pengajian Jarak Jauh, USM.

Morsi bidas Syria dalam sidang NAM



(Morsi bertemu Ahmedinajed di sidang kemuncak NAM)

TEHRAN: Presiden Mesir Mohamed Morsi berkata ia merupakan "satu tanggungjawab etika" untuk menyokong rakyat Syria menentang "rejim yang menindas rakyatnya".

Ucapannya pada sidang kemuncak Pergerakan Negara Berkecuali (Non-Aligned Movement) di Tehran Khamis lalu menyebabkan wakil Syria keluar dari dewan persidangan sebagai tanda protes.

"Sokongan padu terhadap perjuangan rakyat Syria yang menentang rejim yang menindas yang telah hilang kesahan memerintah adalah satu tanggungjawab etika kerana ia adalah  keperluan politik dan keperluan strategik," kata Morsi.

"Kita semua perlu menyuarakan sokongan padu kita terhadap perjuangan mereka yang menuntut kebebasan dan keadilan di Syria, dan menterjemahkan rasa simpati ini ke dalam wawasan politik yang jelas yang mendokong peralihan pemerintahan secara damai kepada sistem demokrasi yang mencerminkan tuntutan rakyat Syria yang inginkan kebebasan."

DAP sedia jadi rakan baik dalam Pakatan Rakyat

Oleh : Mazir Ibrahim

Apa jua cadangan atau nasihat yang baik, pastinya pihak yang dinasihat itu akan cuba menelitinya dengan bersungguh-sungguh dan menerimanya dengan hati yang terbuka, malah jika dapat, pastinya nasihat itu akan dizahirkan dengan tindakan yang bersungguh-sungguh demi – kebaikan bersama.
Oleh itu, kita meneliti nasihat dan cadangan mana-mana pihak sungguhpun nasihat itu kedengaran bernada sinis sekali.
Hudud mainan UMNO
Berkaitan dengan isu hudud – pendirian Pakatan Rakyat sudah memadai untuk kita ingatkan kepada mana-mana pihak bahawa DAP, PAS dan PKR telah bersetuju untuk berbeza pendapat dalam soal ini atas dasar untuk fokus kepada isu utama iaitu korupsi (rasuah dan salahguna kuasa UMNO BN) dan memperkukuh ekonomi dan struktur sosial rakyat Malaysia.
Malah PAS sendiri telah cukup matang untuk menghadapi isu hudud yang dijadikan alat permainan politik oleh UMNO. PAS sendiri telah berikrar utuk fokus kepada gagasan Negara Berkebajikan yang mana, itu jugalah intipati ajaran Islam iaitu untuk memakmurkan dunia.
Justeru, jika isu hudud masih menjadi masalah kepada sesetengah pihak maka tidak ada apa lagi yang dapat kita jelaskan kerana mereka berhak memilih sama ada mahu terus duduk dalam gelap minda sendiri atau keluar menerima cahaya pengetahuan.
Anti lompat parti dalam semangat demokrasi

Isu Twitter: Najib Dilembukan Dan Cuba Pula Melembukan Dunia


Nak tweet terpaksa guna BOT. Nak penyokong terpaksa beli. Tak beli, tak kerah, tak paksa budak sekolah tiada sapa nak datang. Nak penuhkan stadium pon terpaksa kerah budak2 skolah pi. Itu pun BE-END mendada kata kuat, gagah, utuh, semua ada. Kuat tak sangga parlimen tak bubar2 juga. Cari cara untuk beri BOT mengundi kot?

Sebelum Sekat Jalan Ke Putrajaya Najib Sekat Dulu Gelombang Di Sabah

Siang tadi Najib Razak berikrar sambil mengajak orang Umno untuk menyekat jalan ke Putrajaya bagi menghalang Pakatan Rakyat memasuki ke kompleks kerajaan itu. Laung Najib dalam nada separuh lemah dan separuh bersemangat berbunyi; "kalau mereka hendak ke Putrajaya kita akan sekat jalan sekat jalan kerana mereka tidak layak untuk berada disitu," begitulah kira-kira kata Najib.

Menurutnya lagi dia tidak akan sekat dengan mengarahkan polis mengadakan roadblock tetapi akan sekat dengan kuasa rakyat. Wah hebat dan suci Najib dia seakan tidak mahu menyalahgunakan kuasa dalam mempertahankan kuasa politiknya. Tetapi tentu ramai yang tersenyum bila mendengar ucapan retorik itu kerana sebelum ini janji Najib untuk memberi kebebasan dan melakukan transfdormasi lebih lunak dari itu, namun habuk pun tak ada.

Otang masih ingat bagaimana Najib akan membenarkan himpunan Berssih 2.0 di stadium negara tetapi apa jadi selepas itu? Bukan itu saja banyak lagi kluk klek yang dilakukan Najib sekaligus menunjukkan akan kelemahan Najib sebagai seorang pemimpin nombor satu negara.

Tweet #Merdeka55: Najib dimalukan lagi oleh Rais?


KUALA LUMPUR: Nampaknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disusahkan lagi oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam sambutan Merdeka kali ini.

Bermula daripada slogan Janji Ditepati yang tidak diterima ramai kepada low class logo, kemudian lirik lagu “kini masa balas budi” dan kini kejayaan yang diwar-warkan Rais dalam mengumpul 3.6 juta tweet #merdeka55 melalui laman twitter.com dalam masa sejam bermula pukul 8.15 malam semalam.

Kejayaan yang diwar-warkan Rais disangkal oleh para pengguna Twitter, yang mengemukakan pelbagai bukti bahawa rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka mungkin dihasilkan oleh bots – perisian komputer yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan dan bukannya asli.

Sebagai contoh, tweet berbunyi “Selamatkan Malaysia. Jauhi dri segala ancaman y memudaratkan msa depan cucu kami. Salam #merdeka55. We support @NajibRazak” telah ditulis pada masa yang sama oleh berpuluh-puluh akaun.

Isu Air : Aksi Terlampau Jba Bera....ni fitnah Pakatan Rakyat..!!! Sejak 34 tahun lalu...ha..ha...!!!

KORANG NAK TENGOK MACAM MANA UMNO BUAT LAWAK MERDEKA.......

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s480x480/298778_507212255973475_806470392_n.jpg

Patut ler ada tweet 3.6 juta...kah3.....Semua ayat sama jer cina india dan melayu..

Petanda Umno telah bersedia bubar parlimen minggu ini. ...Ada Berani..??

Nampaknya, Umno kian selesa kerana telah mendapat sokongan majoriti rakyat malam tadi, mengikut kata Najib-lah! 
Puas hati beno Najib dengan kehadiran yang begitu ramai tak kiralah yang diarah ke, yang diupah ke, yang dibayar ke,  yang diangkut ke, yang di paksa ke... janji penuh stadium! Yahoo....majoriti rakyat bersama Najib dan Rosmah Mansur! Suka benor rakyat di stadium bersama Rosmah Mansor...ewah!!!
Maka itu dengan sokongan majoriti rakyat tersebut patutnya Najib dan Rosmah bubarlah parlimen cepat, esok ke,  tunggu apa lagi? 
Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama putrajaya dikebas PR!!

Berita dipetik:
‘Majoriti rakyat’ di himpunan Janji Ditepati, kata Najib

Tangisan puisi seorang sasterawan

Malam Ulang Tahun Merdeka – 31 Ogos itu -  begitu indah dengan awan berarak perlahan-lahan, udara segar dan ramah menggapai rakyat berbaju kuning  yang berhimpun aman untuk ‘Janji Demokrasi’ di depan Dataran Merdeka.

Jam Besar Dewan Bandaraya berbunyi setiap sejam sekali, seperti bernostalgia mengingatkan kembali detik penting sejarah negara, ketika bendera Union Jack diturunkan dan dinaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sebagai simbolis berakhirnya era penjajahan British di tanah air kita dan bermulanya era merdeka.

Pada masa itu – 31 Ogos lalu – Sasterawan Negara, A. Samad Said masih muda Singapura, namun bakatnya sebagai penulis sudahpun menyerlah. Beliau ikut serta dalam gelombang perjuangan Angkatan Sasterawan ‘50, sebuah badan penulis yang mengukir sejarah kerana ikut serta dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air dan keadilan sosial untuk rakyat.

Gelombang Asas ’50 itu dipelopori oleh Usman Awang,  Kris Mas, Asraf Haji Abd Wahab, A. Samad Ismail, Masuri S.N. dan lain-lain – sasterawan yang sentiasa berada di tengah rakyat.

Demikianlah perjuangan Asas ’50 yang sangat momental, yang disertai oleh A. Samad Said. Ertinya, sasterawan seperti beliau sejak sekian lama memperjuangkan kebebasan rakyat dan perjuangan itu masih diteruskannya.

Oleh itu – lebih 50 tahun - kemudian - ketika beliau mendeklamasikan puisi ‘Janji Demokrasi’ di depan Dataran Merdeka pasa malam 31Ogos lalu, di depan puluhan ribu rakyat berbaju kuning itu, adalah lanjutan dari perjuangannya masa lalu.

Malam itu, Sasterawan Negara itu membacakan puisinya dengan linangan air mata, mungkin mengingat perjuangan getir rakyat masa lalu untuk mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan.

Namun apa yang berlaku sekarang, lebih setengah abad tanah air merdeka. Negara berdepan dengan kebejatan politik, rasuah dan penyelewengan serta semakin terhakisnya kebebasan. Inilah yang ditangisi oleh Sasterawan Negara seperti A. Samad Said.

Saya juga membayangkan malam itu, andainya tokoh pejuang kemerdekaan masa lalu – Ishak Haji Muhamad, Dr. Burhanudin, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakub dan lain-lain  - berada di Dataran Merdeka ketika itu, bagaimanakah mereka menyaksikan semuanya itu.

Berapa ramaikah mereka yang mengingat nama-nama besar pejuang kemerdekaan itu dalam suasana pelbagai media hanya menonjolkan nama-nama pemimpin politik yang berkuasa.

Mengikuti perjuangan sasterawan besar itu sejak setengah abad lalu, malah pernah belajar menulis dengannya, juga bekerja dibawahnya,  saya terkesan bahawa A. Samad Said telah memanfaatkan bakat alam dan intelektual  yang dianugerah Allah kepadanya untuk menjadi jurubicara rakyat, memperjuangkan hak dan kebebasan mereka.

Puisinya 'Janji Demokrasi' itu sangat mengesankan, mempunyai nilai estatika dan kemanusiaan yang tinggi dengan dilatarai pengamatan tajamnya terhadap kehidupan ini dan bagaimana ia menyaksikan sambutan ulang tahun kemerdekaan dalam suasana yang sedemikian rupa.



(A. Samad Said di tengah orang ramai)


Amatilah puisinya itu

Today in History for Saturday, September 1st

Saifuddin Nasution: Erti Merdeka

Pemuda PBB Sarawak mahu personaliti TV3 mohon maaf atas kenyataan ‘Bintulu daif’..!!! cerita betul maa....!!!!

BINTULU, 1 Sept — Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak mahu pengacara TV3 Nurul Syuhada Nurul Ain meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.
Naib Ketua Pemuda PBB Pandi Suhaili di dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata kenyataan maaf tersebut patut dibuat secara terbuka bagi meredakan kemarahan penduduk Bintulu.
Bintulu bakal menjadi tuan rumah perayaan sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 Sept ini.
“Pemuda PBB Sarawak berkeinginan untuk melihat Nurul Syuhada membuat maaf melalui TV3 memandangkan kenyataan  mengenai Bintulu dilakukan oleh beliau ketika menjadi pengacara semasa lintas langsung sempena sambutan Hari Merdeka dari Dataran Merdeka semalam, “ katanya dalam kenyataan yang dihantar kepada Bernama.

Kenyataan personaliti TV3 ‘jejas reputasi Bintulu’..ha..ha..stesen fitnah pun hentam BN...!!!

KUCHING, 1 Sept — Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Seri Tiong King Sing berkata kenyataan pengacara TV3 semasa lintas langsung sambutan Hari Kemerdekaan di Kuala Lumpur telah menjejaskan reputasi Bintulu.
Beliau berkata kenyataan pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain bahawa Bintulu adalah sebuah kawasan daif bukan sahaja menyinggung perasaan rakyat di kawasan itu, tetapi juga Sarawak dan dengan itu beliau meminta stesen televisyen itu segera memohon maaf secara terbuka.
"Kenyataan ini dibuat semasa lintas langsung yang ditonton oleh jutaan rakyat yang telah menjejaskan (reputasi) Bintulu.

Jelajah Merdeka Rakyat bukan ancaman kepada BN, kata Noh Omar......bubar parlimen sekarang ada berani...???

SUNGAI BULOH, 1 Sept — Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar melihat kempen menggunakan bas, Jelajah Merdeka Rakyat, yang dilakukan PKR bukanlah satu ancaman kepada Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya, Timbalan Pengerusi BN Selangor merasakan walaupun PR menggunakan teknik yang serupa seperti kempen politik di Amerika Syarikat itu, pembohongan PR tetap tidak dapat disembunyikan daripada rakyat.
“Itu cara mereka... kita sendiri ada cara kita. Dengan cara mereka, semua benda mereka nak ubah.
“Tapi, saya yakin rakyat boleh menilai, mereka mahu naik kapal terbang atau naik bot sekalipun, rakyat tetap tahu pembohongan yang mereka buat, janji yang tidak boleh ditunaikan.
“Sebab itu mereka tidak senang,” kata Noh kepada pemberita hari ini.

Malaysia Kita : Jenayah geng wanita 40-an


Jenayah geng wanita 40-an
Kanan: Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pasar raya Taiping menunjukkan dua daripada ahli kumpulan berkenaan membuat urusan untuk pembelian telefon bimbit.
 
IPOH – Menyamar sebagai saudara pengantin merupakan taktik sekumpulan wanita berusia 40-an, di sini, yang menjadikan kediaman pengantin sebagai sasaran untuk mencuri barangan berharga.

Kegiatan empat wanita berkenaan telah dikesan sejak seminggu lalu setelah dua kediaman di Batu Kurau dan Manjoi menjadi mangsa perbuatan jenayah mereka dalam tempoh dua hari.

Sabtu lalu, kumpulan wanita itu dikatakan berjaya melarikan empat beg tangan milik ahli keluarga pengantin semasa majlis perkahwinan sedang berlangsung di Kampung Sungai Ara dan menurut saksi, Salina Shamsudin, 21, kejadian berlaku pada kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurutnya, empat wanita berkenaan lengkap berpakaian baju kurung telah menyusup masuk ke dalam rumah sepupunya, Nur Shuhada Zaman Zahari, 22 selepas memperkenalkan diri sebagai saudara pengantin lelaki.

Gelombang Sabah beri harapan besar kepada rakyat – TG Hadi




(Ustaz Hadi berucap dalam majlis sambutan Aidil Fitri, Pakatan Rakyat Sabah)

BEAUFORT: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata gelombang baru Sabah di mana wakil rakyat mula meninggalkan BN telah memberi harapan besar kepada rakyat Sabah bangkit melakukan perubahan.

Berucap di Xpresi Anak Muda Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Negeri Sabah pagi tadi, Abdul Hadi juga menyentuh soal komitmen Pakatan Rakyat dalam menjaga kebajikan rakyat dan membina masa depan negara yang adil dan telus.


(Nasrudin memberikan ucapan)


“Ini sesuai dengan (keperluan) masyarakat majmuk. Sabah dengan gelombang baru apabila seorang demi seorang meninggalkan BN seperti Datuk Panglima Lajim memberi harapan besar kepada rakyat Sabah untuk bangkit melakukan perubahan,” kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi menegaskan betapa perlunya untuk rakyat Sabah bangkit melakukan perubahan dalam pilihanraya ke 13.

Terus Kantoi : Pengguna 'hantu' pun hantar tweet patriotik kat Najib...




Malang sungguh nasib Najib kerana dikelilingi oleh orang-orang yang hanya bijak untuk mengampu dirinya..

Najib semalam kelihatan ceria bila Rais Yatim mengumumkan sebanyak 3,611,323 juta tweet dicatat dalam masa sejam kepada akaun perdana menteri, @NajibRazak seluruh negara yang mengandungi pelbagai mesej kemerdekaan.

Tapi dalam masa tak sampai 24 jam pengumuman Rais dipertikaikan oleh Politweet.Org
 
Ini laporan dariMalaysiakini.

Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi.




Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu mungkin dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.

Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck.

TweetDeck merupakan perisian sokongan kepada pengguna Twitter yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa.


"Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," kata Politweet.org dalam satu tulisan di Facebook hari ini.


Dalam kenyataan tersebut, firma itu berkata mereka juga mengesyaki bahawa jumlah pengguna terbabit merupakan penghantar spam yang dimaksudkannya.


Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar -
Malaysiakini

Dalam kes ini.. Rais Yatim telah menggunakan khidmat penipu yang diberikan elaun.. oleh kerana Rais telah menggunakan khidmat penipu, dia telah ditipu..


Yang menjadikan Rais mudah ditipu dalam hal ini ialah kerana beliau bukanlah membesar di era IT ini.. jadi apa yang dia tahu pasal IT agaknya?


Setelah ditipu oleh penipu-penipu yang dibayar elaun olehnya, Rais pula menipu Najib.. kesian kat Najib kena tipu dengan Rais..


Kalau nak cari kesemua 38% Twitter hantu tu.. boleh mampus!!


Tapi cuba korang tengok tiga account Twitter ni.. ketiga-tiganya adalah dari akaun yang berbeza, seorang Melayu, seorang Cina dan seorang lagi India..


Ini akaun Mansor Nor



Ini pula akaun Tan Chor Khai


Ini pula adalah akaun Nadaraja..


Nampak tak apa yang sama.. ayat yang sama diguna oleh ketiga-tiga pemilik akaun yang berbeza bangsanya di Tweet pada masa yang sama..

Lebih jelas tengok yang di bawah ni..




Itu baru tiga... kat bawah ni pula menunjukkan 66 pengguna Tweet benda yang sama pada satu masa yang sama..

Yang pula lagi hebat.. 111 pengguna Tweet benda yang sama pada masa yang sama..


Mana pencacai yang komen "Panas Punggung la Pakatan Rakyat"

Dan "kalau sebanyak 3.6 juta tweet yg dicatatkan dalam masa sejam dlm akaun DSNTR dan ini satu fenomena yg luar biasa yg tidak pernah berlaku ke atas mana2 pemimpin di dunia ini.ini telah menunjukkan kpd kita yg sokongan atau kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan DSNTR semakin meningkat" kat ( SINI ) tadi tu??

Mudah saja korang kena tipu dengan si Najib tu.. itulah dulu sekolah malas.. sekarang kan dah bodoh..


Bila dah bodoh.. kan mudah saja nak diperbodohkan oleh si Najib dan Rais Yatim tu... kah..kah..kah...


Nasib baiklah aku tak bodoh macam korang.. kalau aku bodoh dah tentu aku sokong UMNO..- anak sungai derhaka


Phantoms hit Twitterjaya #Merdeka55 tweet-up...

While Putrajaya has been accused on numerous occasions of allegedly deploying phantom voters in the general elections, the trend appeared to have caught up with Twitterjaya during the #Merdeka55 tweet-up last night.

NONEIn conjunction with the Merdeka celebration at Bukit Jalil Stadium yesterday, Information, Communications and Culture Minister Rais Yatim (left) had aimed for a million tweets within an hour to Prime Minister Najib Abdul Razak using the hashtag #Merdeka55 on Twitter.

The target was shattered as national news agency Bernama reported a total of 3,611,323 tweets containing patriotic messages accompanied by the hastag #Merdeka55 were tweeted to the premier.


However, Twitter research firm Politweet.org found that 38 percent of the tweets were potentially questionable as they may have come from bots - software which controls multiple Twitter accounts.

This was based on a sample of about 107,000 tweets it collected from some 19,000 users within the same time-frame.

Of this, 38 percent of the tweets came from 14 percent of the said users, all of which had used TweetDeck.

"That's 41,000 tweets from 2,761 users. These were the likely spammers," Politweet.org said in a Facebook posting in its preliminary analysis of the tweet-up.


A flurry of spam tweets 

TweetDeck is a supporting platform for Twitter, allowing a user to manage multiple accounts at any one time.

Nonetheless, it should be noted that the analysis included all #Merdeka55 tweets including to other politicians and not exclusively to Najib.


Najib merdeka botProducing a screenshot of 15 users tweeting identical messages to the premier, Politweet.org said there was a noticeable use of bots tweeting the exact same tweet at precisely the same time.

Another bizzare example, it said, was 63 users tweeting identical messages with the hashtag #Merdeka55 that they were eating curry mee at Queensbay Mall while listening to patriotic songs.

It read: "Eating mee curry in Queensbay at the food court and "Keranamu Malaysia" song being played. So #Merdeka55 mood! @NajibRazak"

Despite the red flag, Najib's twitter account had unwittingly re-tweeted (re-posted) some of the identical messages from the suspected bot users.

An example was the premier re-tweeting the identical message "Sambutan Ulang Tahun #Merdeka55 Terbaik!" (#Merdeka55 anniversary celebration is the best) from users Mansor Nor, Nadaraja and Tan Chor Khai in succession.

All three users appeared to have only began tweeting yesterday. 


Bot army after Twitter politicians

Avid politicians on Twitter, too, were spammed with an avalanche of identical #Merdeka55 messages.

Bukit Lanjan state assemblyperson Elizabeth Wong uploaded a picture on Twitter showing several users tweeting at her with the message: "Jom ucap Selamat Hari #Merdeka55 to DS @Najib Razak" (Lets wish #Merdeka55 day to Najib Razak) concurrently.


Politweet spam"Spammed by bots earlier, same message, same time by 30 accounts. Some same (profile) picture. 3 million (tweets) cited (is) doubtful," she said in a Twitter posting.

A check on the Twitter accounts allegedly controlled by bots revealed that they had mass-posted the identical #Merdeka55 message to a laundry list of Pakatan Rakyat politicians on Twitter.

An example was an account by the name of @Rusli_Katmin which had a total of 44 tweets, 39 of which were only posted last night.

While the total tweet record may have been tainted by 'phantom tweeters', Politweet.org did not dispute the total figure cited by the government.

This, it said, is based on a benchmark against the recently concluded US Republican convention which garnered some four million tweets at a rate 3,306 tweets per minute.

"#Merdeka55 peaked at 2052 tweets per minute. So if 3,306 tweets per minute gave four million tweets, it is believable that 2052 tweets per minute gave 3.6 million tweets," it said.

'A million possible without bots'


Politweet spam attack merdeka day
In an immediate reaction to the analysis, some Twitter users expressed disappointment at the possible use of bots despite the realistic target with the country's large social media user base while others poked fun at the allegation.

"I seriously believe we could have achieved one million genuine Merdeka tweets without the tweetbots. Such a pity. Who's idea was it?" said Twitter user Aisehman.

Another user nicknamed Dinesweri said: "Is there any part-time tweet bot job available? Heard that the job offers a high pay."

Kedah Gerakan Youth chief Tan Keng Liang who has close to 30,000 Twitter followers, however, dismissed the bot allegation as opposition propaganda.

"They'll always dispute whatever achievement by Malaysians. Even today #Merdeka55 & just like what DAP leader condemn Lee Chong Wei on Olympics," he said in a posting.- malaysiakini



 

cheers.

PKR: Pakatan mahu tukar kerajaan zalim dan rasuah bukan bendera

SUBANG JAYA – “Yang menjadi dasar Pakatan Rakyat (PR) bukanlah hendak tukar bendera tetapi mahu gantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada kerajaan pimpinan PR.” Demikian tegas Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan beberapa individu yang membawa ‘bendera baru’ kononnya tidak bersetuju dengan Jalur Gemilang sedia ada pada ambang Hari Merdeka di Dataran Merdeka malam kelmarin.

Shuhaimi berkata, sekiranya wujud cadangan menukar bendera sedia ada, pihaknya adalah antara yang terawal akan menentang usaha itu.

Katanya, memang tidak ada sebarang perbincangan berhubung dakwaan terbabit dan menegaskan ia perbuatan provokasi dilakukan pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh bagi mencemarkan imej kerajaan PR di mana-mana negeri.

Terdesaknya Parti Setan...Komik "Janji Tepati Daripada PM Untuk Rakyat" pulak diedarkan....!!!!



 
Pengedaran komik misteri tanpa nama pelukis dan penerbit pada himpunan Hari Merdeka semalam menimbulkan tanda tanya memandangkan sambutan itu sebelum ini diuar-uarkan sebagai program yang bukan bersifat politik.

NONEKomik setebal 20 halaman bertajuk "Janji Ditepati Daripada PM Untuk Rakyat" itu sarat dengan komik yang memuji inisiatif kerajaan dan juga kandungan yang menyindir pembangkang secara tidak langsung.
Ia dikesan diedarkan di luar Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum acara utama yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermula pada sebelah malam.

Satu daripadanya komik berkenaan menggambarkan seorang isteri memarahi suaminya kerana mahu menggunakan duit RM100 daripada bantuan persekolahan anak mereka untuk "belanja pasar".
Dalam komik propaganda tersebut, suami wanita itu digambarkan ingin berbuat demikian kerana tiada duit kerana terlalu "asyik melangut depan pentas ceramah".

NONESatu lagi komik menunjukkan seorang lelaki marah-marah kerana tidak boleh lagi 'buat demo dan hasut orang' selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

Kedua-dua watak lelaki itu digambarkan berkopiah putih dan berbaju Melayu hijau serta sentiasa buruk sangka terhadap inisiatif kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Karikatur yang digambarkan dengan watak sama turut dipaparkan lebih daripada lima kali dalam komik itu yang diedarkan secara percuma.

Reka huruf "Janji Ditepati" dengan latar belakang tompokan cat air warna-warni yang biasa digunakan dalam bahan kempen BN pula digunakan untuk menghiasi muka hadapan komik itu.

NONEPada muka surat 12 komik itu pula seorang bapa digambarkan menadah tangan ke langit seperti berdoa tetapi mengucapkan terima kasih kepada PM dan bersyukur kerana keluarganya mempunyai langsir baru untuk hari raya yang dibeli daripada Kedai Kain Rakyat 1Malaysia.

Di halaman sembilan pula, komik tersebut memaparkan seorang lelaki bersongkok menyifatkan seorang lelaki lain sebagai 'berotak Yahudi" kerana mahu memfitnah BN menggunakan sihir dan ilmu hitam pada peti undi pilihan raya.

SHOCKING: 'Suspected criminal' Musa Aman swings meeting with William & Kate

Today’s confirmation by the Office of the Attorney General in Switzerland that it has opened a criminal prosecution against the banking group UBS, over suspected money-laundering on behalf of Musa Aman, looks set to cause an awkward diplomatic upset for the UK.
After all, the royal couple Wills and Kate are right now packing their bags to give Musa a friendly visit!
SHOCKING: 'Suspected criminal' Musa Aman swings meeting with William & KateSarawak Report first exposed back in May the evidence that the Sabah Chief Minister has taken tens of millions of dollars in kickbacks for issuing licences to chop down what remains of Sabah’s rain forests.
And we have laid out damning details of the money laundering operation conducted by the Musa and his associates through UBS accounts in a number of articles.
Details of bank statements and of the official investigations by the Malaysian Anti Corruption Commission and also the Hong Kong authorities into the affair were made public in our series of exposes and the evidence was sent to Switzerland, where the Bruno Manser Fund requested the prosecution against UBS.
Yet, despite this mounting evidence, UK officials have refused to heed warnings against the planned visit to the state by the British heir to the throne and his new wife.
The visit is due to take place between September 11-19th, as part of a Royal Tour of the Commonwealth in celebration of the Queen’s Diamond Jubilee, marking her 60th year on the throne.  They will also be visiting Singapore and the Solomon Islands.
Photo-opportunity?

Najib to offer oil royalty hike?

Fearing for his future, that of his party and ruling alliance, the PM has come to Sabah bearing gifts, according to Umno insiders. 

KOTA KINABALU: Prime Minister Najib Tun Razak, fearing for his future, that of his party and ruling alliance, has come to Sabah bearing gifts, according to Umno insiders.
One of them is an offer of an increase in the 5% oil royalty the state presently gets which the opposition Pakatan Rakyat has pledged to raise substantially if it takes over Putrajaya in the next general election.
According to the grapevine, Najib will announce the increased oil payments the state would receive for outflow of its resources.
However, while no figure was forthcoming, speculation is that the premier would offer “more than 10%” oil royalty to the must-win state for Barisan Nasional and Umno.
Sabah BN coalition partner United Pasokmomogun KadazanDusun Murut Organisation (Upko) said as much recently.
According to party president Bernard Dompok, under the Petronas agreement the royalty payment was set at 10% but was to be split between Sabah and Kuala Lumpur.
“I think the immediate doable figure, to my mind, is 10%. For a start, we can almost have another 5%. This is my thinking. Beyond that there will have to be some negotiation with the oil companies” he was quoted as saying last week.

Pahang MB, Raub MP invited to join protest

Protesters want Adnan Yaakob and Dr Ng Yen Yen to be present when they hand over a memorandum to representatives of a mining company in Bukit Koman.

PETALING JAYA: The Himpunan Hijau Raub committee has invited Pahang Menteri Besar Adnan Yaakob and Raub MP Dr Ng Yen Yen to attend their peaceful protest against an Australian company in Bukit Koman.
“We also them to participate in the rally and listen to our reasons and objections against Raub Australia Gold Mine cyanide gold-mining.
“We have reserved two seats for both elected representatives and hope they will not leave the seats vacant,” said the organising secretariat which is made up of Himpunan Hijau Raub and Pahang Raub Ban Cyanide in Gold Mining Action Committee (BCAC) in a press statement today.
The protest against Raub Australian Gold Mine Sdn Bhd (RAGM) is scheduled to be held tomorrow from 2pm to 4pm at Padang Kompleks Sukan, Jalan Bukit Koman.

Ghafar Baba nak tubuh parti baru selain Umno - Tamrin

Perkara ini dedahkan oleh anaknya Datuk Tamrin dalam ceramah sulungnya selepas menyertai PAS di Bukit Katil, Melaka.

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden Umno, Tun Ghafar Baba mahu menubuhkan sebuah parti baru selepas beliau kecewa dengan Umno yang didakwanya telah lari dari perjuangan asal.
Perkara ini dedahkan oleh anaknya Datuk Tamrin dalam ceramah sulungnya selepas menyertai PAS di Bukit Katil, Khamis lalu.
“Lebih 10 tahun sebelum Pak Ghafar meninggal, beliau berhasrat menubuhkan sebuah parti lain selain dari Umno.
“Fasal Pak Ghafar tengok Umno tidak boleh pergi lagi dah. Dia telah menyiapkan perlembagaan parti dan dia bincang dengan saya.
“Dia bincang dengan saya tetapi saya tentang…saya kata u dah umur meningkat, 70 tahun lebih. Kita duit pun tak ada, jentera pun tidak ada.
“Jauh dari TV, surat khabar, kita tak ada. Dulu Tengku Razaleigh (Semangat) 46 mati tidak tahan. Bagaimana kita nak lawan, kita lupakan saja,” kata Tamrin.
Menurut bekas ahli Parlimen Batu Berendam itu berkata, beliau kini menyambung perjuangan ayahnya.