Najib Razak
Najib Tun Razak berucap selepas berakhir sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
 
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru semua rakyat Malaysia supaya dapat mengekalkan keamanan dan kemakmuran yang ada di negara ini bagi menjamin kebebasan dan kemerdekaan mampu dipertahankan.

Menurutnya, kemerdekaan yang dikecapi kini merupakan satu  kebebasan untuk rakyat.

"Sambutan merdeka hari ini merupakan khas untuk rakyat. Jadi kita mesti bersama-sama untuk kekalkan kestabilan negara yang kita ada sekarang ini," katanya dalam ucapan ringkas, yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen tempatan, selepas acara Perbarisan Hari Kemerdekaan ke-55, hari ini.