Rabu, 29 Ogos 2012

Serangan udara ragut puluhan nyawa di Damsyik


Sebuah helikopter milik tentera kerajaan ditembak jatuh oleh pemberontak, kelmarin.
Sebuah helikopter milik tentera kerajaan ditembak jatuh oleh pemberontak, kelmarin.
 
DAMSYIK - Sekurang-kurangnya 60 terkorban selepas dua jet pejuang milik tentera  kerajaan melancarkan serangan bertubi-tubi di pinggir Damsyik, menurut aktivis, kelmarin.

Mereka menyatakan insiden lewat malam kelmarin itu dipercayai adalah serangan balas susulan daripada tindakan Tentera Pembebasan Syria (FSA) menggempur dan menawan beberapa pusat pemeriksaan askar kerajaan di pinggir Saqba.

Tiada bukti tahanan ISA bersalah dikatakan insaf?


KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyelar kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa 12 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan kerana mereka telah pulih dan tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) berkata, kenyataan itu tidak masuk akal kerana tahanan tidak pernah dibicarakan dan dibuktikan bersalah di mahkamah.

"Bagaimana menteri boleh mengatakan tahanan telah insaf sedangkan kesalahan mereka tidak pernah dibuktikan dan mereka tidak pernah diberi peluang untuk membela diri.

Merdeka 55 : Tiada pengesahan tempat duduk awam di Bukit Jalil



Walaupun Menteri Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim memberi jaminan bahawa orang ramai boleh menyertai sambutan ambang merdeka di Bukit Jalil, pegawai kementeriannya masih tidak dapat memastikan jumlah kerusi yang diperuntukkan.

JNONEurucakap kementerian yang ditemui selepas sesi penerangan teknikal memberitahu Malaysiakini, tempat duduk di stadium dengan kapasiti 90,000 itu telah diperuntukkan.

Bagaimanapun, ketika ditanya tentang jumlahnya, beliau berkata: "Saya tidak pasti. Ia kerusi yang tidak ditanda (sebagai simpanan).

"Tempat yang ditanda itu untuk mereka yang akan dibawa masuk, seperti Umno, MCA, dan Kongres India Malaysia (Kimma)," kata Jasminawati Jamin, pegawai daripada bahagian komunikasi korporat kementerian.

Appeals Court to blame for child rapists escaping jail, says ex-law minister

KUALA LUMPUR, Aug 29 — Datuk Zaid Ibrahim blamed today the Court of Appeal for starting a legal trend that could see more convicted child rapists avoiding jail, saying it had abdicated its responsibility to protect children.
The former de facto law minister was weighing in on two recent court rulings in which judges had agreed to let go two young men who were found guilty of raping barely pubescent girls instead of sentencing them to the mandatory five years’ imprisonment, minimum, and whipping under section 376(2) of the Penal Code.
“I blame the Court of Appeal for this situation in our country, that having sex with an underage girl is not a serious offence,” Zaid (picture) told The Malaysian Insider in an emailed response today to public furore after the Sessions Court ruled to release 22-year-old Chuah Guan Jiu on a three-year, RM25,000 good behaviour bond despite convicting him of raping his then 12-year-old girlfriend in Penang last year.

Courts must put victims first, not rapists’ future, say child rights groups

KUALA LUMPUR, Aug 29 — Child rights groups said today that the courts should focus more on justice for victims of child rape cases and not perpetrators’ bright futures, amid a public uproar over how two rapists escaped jail sentences because they were considered youthful offenders.
The groups expressed concern at what appears to be a legal trend of letting convicted child rapists avoid a jail sentence, following two recent cases where two young men were each released on a RM25,000 good behaviour bond.

Rogol : Keputusan Mahkamah Rayuan tentang Noor Afizal perlu dihormati — Ramalingam

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskan pemain boling tenpin handalan Noor Afizal Azizan dengan perintah berkelakuan baik dan ikat jamin kerana merogol gadis bawah umur perlu dihormati dan kemuliaan mahkamah perlu dipelihara dan disanjungi.
Menegaskan demikian, Setiausaha agung Majlis Kebangsaan Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk M.Ramalingam berkata hakim-hakim Mahkamah Rayuan telah bersusah payah menjelaskan rasional di sebalik keputusan mereka terhadap “pesalah terhadap kanak-kanak buat pertama kalinya itu”.
Noor Afizal diperintah berkelakuan baik selama lima tahun dan ikat jamin RM25,000 kerana kesalahan berkenaan.

Isaac Inundates Miss. Beaches

Displaced Syrians Stranded at Turkish Border

Assad Sees Long Syria Conflict

Besut : 13 tahun Menderita Hadapi Masalah Bekalan Air

Meja Bulat (Siri 5) : Memartabatkan Agama Islam Dalam Negara Berbilang Kaum Bahagian 1

Meja Bulat (Siri 4) : PRU 13 Apa Wanita Mahu Bahagian 2

Apa virus melanda rakyat Malaysia ?? Jalur Gemilang dipandang sepi..

Tinggal sehari lagi Malaysia nak nyambut Hari Merdeka..tapi aku rasa macam sebulan lagi nak sampai tarikh ‘keramat’ tu..pasai apa aku cakap camtu..??sebab aku tak nampak pon bendera Jalur Gemilang dikibarkan di mana2 seperti di tahun2 yang lepas..dulu meriah di kiri kanan jalan dengan Si Jalur Gemilang..hari ini yang banyak terpacak tepi jalan ..bendera2 parti yang nak bertanding dalam PRU..macam dah bubar parlimen je gayanya..
Aku masuk pekan ada la 1 atau 2 bangunan yang pacak bendera Malaysia..aku lalu sekolah2 adala pacak bendera tapi tak selebat tahun2 lepas..aku berada di atas jalanraya..dalam 100 biji kereta ..ada la 2 atau 3 kereta yag pacak bendera kat kereta depa..bas2..lori2..takde tempat untuk Si Jalur Gemilang nak berkibar..
di simpang2 jalan penuh bendera2 parti sampai ada yang dah mengganggu penunggang motosikal..dalam 20 bendera parti terselit la 1 je Si Jalur Gemilang..ni kat tempat aku..tempat korang aku tak tau la..

Sejarah Hassan Ali sebelum disingkir dari PAS

Nota: Kisah lama sebelum Hassan Ali disingkir
SHAH ALAM – Pas mengingatkan parti komponen dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR supaya menjaga keadaan rumah tangga masing-masing masing-masing, bukannya mencampuri urusan parti lain.

Individu sama yang bersuara dalam kes Ustaz Nasa
Sehubungan itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mempersoalkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang secara terbuka bertindak mencampuri urusan parti itu khususnya berkaitan isu Datuk Dr Hasan Ali.
Tegas Harun, Pas berupaya menyelesaikan masalah dalaman parti tanpa perlu pembabitkan pihak luar.
“Masalah dalaman Pas, biarlah kepimpinan parti yang menyelesaikannya.
“Pas tidak perlu diajar memandangkan ia perkara remeh yang boleh diselesaikan sendiri oleh parti,” kata beliau kepada Sinar Harian.

Kenapa UMNO risau Nasharuddin disingkir dari PAS? Takut Pada Mat Sabu...????

Kenapa Nasharuddin Mat Isa jadi pujaan hati UMNO? Isi berita bukan masalah utama tetapi kenapa yang berkaitan Nasa menggusarkan UMNO seolah-olah nasib Nasa adalah ukuran nasib UMNO dalam PRU13!



Takebeer (2)

Oleh: MSK
Kat kedai mamak tempat aku lepak ada sorang Bangla. Dia selalu sembang dengan aku sebab dia berasasl dari tempat yang aku pernah pergi di Bangladesh. Khulna. Lama-lama jadi member.
Hari Isnin lalu, dia ajak aku pergi rumah kawan depa untuk beraya. Bukan la elok sangat pun tempatnya..kongsi tempat pekerja kilang di Jelapang. Bila sampai, aku tengok selonggok tin-tin beer yang aku tak pernah tengok selama ini di Malaysia. Semua jenama-jenama ini aku biasa tengok masa aku kat Bangkok dulu.
Harga satu tin 330ml ialah RM3.80. Manakaal tin 500ml berharga RM5.80. Cukup murah kalau dibandingkan dengan Carlsberg atau Heineken yang berharga RM6.00. Kalau minum direstoran, harga sebotol 600ml ialah RM14.00.
Rokok pula ada macam-macam jenama. Semuanya berharga antara RM2.00 atau RM2.50. Murah kalau dibandingkan dengan Dunhill atau Mild Seven yang berharga RM10.00 sekotak.
Beer dan rokok murah ini adalah barang-barang seludup..itu sebab harganya murah. Persoalannya, bagaiaman barang-barang seludup boleh diperolehi dengan begitu mudah. Terbuka dikedai-kedai runcit.
Sepanjang pengalaman aku, rakyat Bangladesh majoritinya tak hisap rokok. Orang yang ketagih sirih lebih ramai dari yang ketagih rokok. Boleh perhatikan Bangla yang datang sini…kebanyakannya tak hisap rokok. Minum beer jauh sekali.
Depa tak hisap rokok atau minum beer sebab harga rokok terlalu mahal manakala pendapatan terlalu rendah. Jadi, depa tak mampu untuk membeli rokok atau beer. Masa tak ada duit..kalau kita tanya depa pasai apa tak minum beer atau hisap rokok..masa tu depa ingat Tuhan. Harammmm!! Tapi bila dah ada duit….”syok-syok saja.”

Janji Demokrasi: Ayuh Kuningkan Dataran Merdeka



Sebagai NGO yang terlibat secara langsung, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berdiri teguh di belakang Gabungan JANJI yang menganjurkan sambutan ambang kemerdekaan bersama seruan Janji Demokrasi yang dituntut. SAMM menjangkakan jumlah kehadiran yang besar apabila Dataran Merdeka dijadikan sasaran utama dari dalam dan luar Kuala Lumpur untuk menyambut detik tiba Hari Kebangsaan tahun ini.

Bagi SAMM, Sudah sekian lama rakyat membiarkan aparat pemerintah memperkuda sambutan kemerdekaan demi kepentingan politik mereka dan seolah-olah ianya sambutan hari Umno kebangsaan. Regim pemerintah saban tahun telah mempromosi tokoh kemerdekaan negara hanya dari kalangan presiden Umno terawal hingga terakhir sedangkan ramai lagi tokoh yang berjuang menuntut kemerdekaan telah disembunyikan dari paparan umum ketika sambutan merdeka. Sejarah sebenar disorok supaya dilihat hanya Umno yang memperjuangkan kemerdekaan namun fakta sejarah menunjukkan perjuangan menuntut kemerdekaan negara telah bermula sebelum Umno diwujudkan. Inilah 'lagu' yang didendangkan setiap tahun ketika Hari Kemerdekaan.

Kecelaruan Gaya Berfikir Pemimpin ‘Tokoh Agama’ Umno Terengganu

SAYA merujuk ulasan, YB Adun Tepoh, Muhammad Ramli Nuh yang diterbitkan dalam Sinar Harian 27 Ogos 2012 yang menyifatkan ‘tahalluf’ atau kerjasama yang wujud antara PAS dan DAP sebagai tidak dibenarkan Islam.

Malah beliau menuduh dan menyifatkan ia sebagai kerjasama untuk lebih memikirkan strategi mendapatkan kuasa dan menjatuhkan kerajaan yang didominasi orang Islam.

Saya terpanggil untuk memberitahu khalayak, kedangkalan pemikiran para pemimpin Umno ini perlu diperbetulkan khususnya dalam memahami konsep demokrasi di Malaysia dan persepakatan Tahaluf Siyasi yang digagaskan oleh PAS.

Sebagaimana yang diketahui umum, Malaysia adalah sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen (parliamentary democracy). Justeru, kewujudan pelbagai parti politik di Malaysia meenunjukkan bahawa Malaysia sedang melaksanakan proses pengamalan demokrasi, walaupun hakikatnya, masih jauh untuk mendukung demokrasi yang sebenar.

Projek Merdeka: Orientasi Kemandirian

Oleh Ismail Hashim Yahaya
SETIAP kali merayakan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, pertanyaan yang sering timbul dari dasar hati, benarkah kita sudah merdeka seutuhnya? Permasalahan kehidupan bernegara selama ini menjadi cermin nyata bahawa kemerdekaan itu lebih merupakan upacara dan simbol belaka.


Oleh itu bagaimana kita meraikan ulang tahun kemerdekaan sebenarnya? Sebagai negara yang telah merdeka, persoalan kemandirian menjadi perkara yang sering dibicarakan: mandiri individu, kelompok, bangsa, masyarakat, komuniti dan negara.

Kad Raya PRU 13 Terakhir Dari Najib Dan Umno Selangor...!!!





Sampai jer rumah sebentar tadi terus periksa peti surat, ada sekeping kad ucapan Hari Raya dan jemputan ke rumah terbuka dari Najib dan umno Selangor. Lama juga tak dapat kad raya manual sebegini, semacam sudah jadi klasik pulak bila dapat kad raya manual.

Yang menariknya logo parti serta tertera BUTIRAN MAKLUMAT PEGUNDI  juga dipaparkan pada kad tersebut. Jelas kad tersebut dihantar secara rambang kepada orang ramai dengan menggunakan alamat dari butiran SPR. Selain aku pasti ramai lagi orang lain khasnya pengundi yang beralamat di Selangor yang menerima kad  jemputan ini.

Terima kasih atas jemputan tersebut juga Selamat hari Raya buat Najib serta umno Selangor. Mungkinkah inilah Sambutan Hari Raya yang terakhir buat Najib sebagai PM.

Ganguan Air Disebabkan Paip Syabas Bocor, Tidak Diselengara

SHAH ALAM, 29 OGOS : Perkhidmatan air di beberapa kawasan Selangor memgalamai ganguan ekoran kegagalan Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menyelenggara paip dan saluran dengan baik sehingga menyebabkan kebocoran.
Ini menyebabkan bekalan air terawat di kawasan-kawasan itu terpaksa dihentikan buat seketika untuk kerja-kerja pembaikan dilakukan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Kita masih mendapati bahawa Syabas tidak begitu disiplin dari segi menjaga alat dan paip sehinggakan terdapat beberapa kebocoran yang berlaku.”
Beliau berkata kebocoran bekalan air terawat ini dikesan melalui jawatankuasa khas pemantau operasi harian Syabas.

Malaysia Kita : Wanita ditetak hampir putus tangan kerana ragut....


Ragut: Wanita ditetak hampir putus tanga KOTA BHARU - Seorang pembantu klinik swasta hampir putus pergelangan tangan kirinya selepas ditetak salah seorang daripada dua peragut di hadapan sebuah pusat jualan tudung di Jalan Sultanah Zainab di sini, hari ini.

Kejadian yang berlaku pada jam 1.30 petang itu berlaku ketika mangsa Rohaini Abdullah, 36, sedang berjalan kaki seorang diri di hadapan pusat jualan berkenaan untuk ke tempat letak keretanya, yang tidak jauh dari situ.

Ketika melalui jalan tersebut, dua peragut menghampiri mangsa dan berlaku pergelutan sehingga menyebabkan salah seorang dari peragut tersebut bertindak menetak mangsa menggunakan objek tajam.

Selangor catat pelaburan tertinggi RM5.125 bilion....PR tak pandai perintah patutnya 1 juta jerk...baru bijak!!!



SHAH ALAM 29 OGOS : Selangor mencatat kedudukan pertama dari segi pelaburan perindustrian di Malaysia setakat Mei 2012 dengan mencapai jumlah pelaburan keseluruhan RM5.125 bilion daripada 106 projek yang diluluskan.
Teresa Kok berkata sebanyak 10,522 potensi peluang pekerjaan diwujudkan iaitu 28.94 peratus daripada jumlah potensi peluang pekerjaan yang diwujudkan di seluruh negara.
Ia adalah 6,187 daripada projek baru dan sebanyak 4,335 adalah projek pembesaran dan pelbagaian.
Ujar beliau lagi, jumlah nilai pelaburan tempatan adalah sebanyak RM3,950,571,745 iaitu 77.08 peratus adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan jumlah nilai pelaburan asing sebanyak RM1,174,548,498 atau 22.9 peratus di Selangor.
“Ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan menaruh keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor,” kata Teresa yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan.

Gabungan Janji teruskan perhimpunan di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Gabungan Janji akan meneruskan perhimpunan pada ambang merdeka di Dataran Merdeka, walaupun dilarang oleh pihak polis dan pihak berkuasa DBKL.
Menurut kenyataan bertulis yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider hari ini, Gabungan Janji telah membaca kenyataan dari menteri penerangan, kebudayaan, kesenian dan komunikasi Datuk Seri Dr Rais Yatim berkenaan jemputan untuk perayaan ambang merdeka di Dataran Merdeka.
“Sebagai jemputan dari seorang menteri kabinet, kami mahu datang untuk turut meraikannya.
“Gabungan Janji yang mewakili rakyat, turut menjemput menteri agar memakai baju kuning bersama-sama dengan rakyat di Dataran Merdeka.
“Tetapi kami tidak faham kenapa ketua polis negara dan ketua polis daerah (OCPD) terus menerus mengatakan bahawa kami melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012?

Malaysia Kita : Tiada Erti Kemerdekaan...

Hassan Awang, 64, sedang menyusun kayu api di hadapan pondok penginapannya selama lebih 14 tahun itu seorang diri tanpa bekalan air dan eletrik. Beliau juga dikenali dengan panggilan Cik Ad dan bekerja sebagai penggali kubur selama lebih 34 tahun di kampung Air Hitam Dalam, Sungai Dua.-Foto Bernama

Kena Dah ; Samsung Bayar Denda $1 Billion kepada Apple dengan menggunakan duit syiling 5 sen yang diangkut dengan 30 lori


Pagi ini lebih daripada 30 trak yang dipenuhi dengan syiling 5 sen tiba di ibu pejabat Apple di California. Pada mulanya, yang syarikat keselamatan yang melindungi kemudahan berkata ia telah dialihkan ke tempat yang salah, tetapi minit kemudian, Tim Cook (Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerima panggilan dari Samsung Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan bahawa mereka akan membayar $ 1000000000 dolar untuk denda baru-baru ini dengan yang diutuskan terhadap Selatan syarikat Korea dengan cara ini.

bahagian lucu adalah bahawa dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk menghantar  kepada pencipta iPhone sedolar bilion seperti yang mereka fikirkan terbaik.

Lee Kun-Hee berkata, taktik kotor, menyebabkan  Pihak Apple sakit kepala kerana mereka perlu untuk memohon untuk mengira semua wang itu, dan memeriksa jika ia adalah lengkap dan cuba untuk mencari bank bagi mengira semua duit yang telah dihantar oleh pihak Samsung.

 

Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung Electronics, memberitahu media bahawa, syarikat itu tidak akan takut oleh sekumpulan "Geeks dengan gaya" dan bahawa jika mereka mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.

Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin sedikit untuk hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan memenuhi undang-undang.

Sejumlah 20000000000 syiling, telah disampaikan dan berharap untuk menamatkan persengketaan pada minggu ini.

 Mari kita lihat bagaimana Apple akan bertindak balas terhadap ini????

Setelah tahu,, Umno dan pemimpinnya penyangak ,,,,,,

Setelah mereka tahu bahawa Umno dan pemimpinnya adalah penyangak besar, takkan mereka nak tunggu lagi ! Takkan mereka nak terus bersubahat dengan penyangak berlesen itu? Nasib dan masa depan orang Melayu serta rakyat Malaysia ‘amnya adalah lebih penting dari menjaga kepentingan segelintir pemimpin Umno!   Jadi jalan terbaik ialah meninggalkan parti Umno dan menyokong pembangkang ! kerana perubahan yg mahu dibawa oleh pembangkang jauh lebih besar,,  jauh lebih baik !!. 
 
Kepada Umno dan seluruh kepimpinan Umno !!  Cukuplah selama ini slogan “Ketuanan Melayu” dijadikan senjata   utama untuk meraih sokongan dan mengekalkan kuasa.  Begitu juga dengan kata-kata berpuaka yang berbunyi ,,,  hanya Umno yang berhak dan layak memerintah !!!  Semua itu tidak boleh dipakai lagi! , sepatutnya sudah lama  berkubur!!   Ketaatan membabi buta orang Melayu kepada Umno yang tak ada bezanya dengan ketaatan Hang Tuah kepada Sultan Melaka harus dinoktahkan segera !!

Enakmen antilompat parti: Pulau Pinang bentuk jawatankuasa khas


Enakmen antilompat parti: Pulau Pinang bentuk jawatankuasa khas GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang menubuhkan Jawatankuasa Khas Antilompat Parti bagi meneliti cadangan menggubal enakmen baru bagi menghalang wakil rakyat daripada melompat parti.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, jawatankuasa itu akan diketuai oleh beliau sendiri dengan dibantu oleh dua timbalan iaitu Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow dan Penasihat Undang-undang negeri, Datuk Faiza Zulkifli.

“Selain menubuhkan Jawatankuasa Khas Antilompat Parti, kita juga mewujudkan sebuah badan guaman bertujuan mengatur langkah dan memantau pindaan undang-undang itu dilaksanakan menjelang sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) November depan.

Malaysia Kita : Lelaki pecah masuk asrama mati dibelasah sekumpulan pelajar

 ( Hiasan)

ALOR SETAR- Seorang lelaki berusia 35 tahun yang memecah masuk asrama sebuah sekolah agama swasta di Jalan Sultanah di sini hari ini, mati setelah dibelasah sekumpulan pelajar lelaki sekolah itu.
  
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, suspek, seorang penagih dadah, dikatakan memecah masuk asrama itu dan mencuri telefon bimbit dan sebuah beg, tetapi disedari oleh sekumpulan pelajar yang kemudiannya bergelut dengan lelaki itu untuk menangkapnya.
  
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata pergelutan antara kumpulan pelajar berusia awal 20-an dengan suspek, menyebabkannya mengalami kecederaan dalaman dan patah tulang rusuk kiri.
  

Malaysia kita : Polis buru suspek utama kes dua 'Bouncer' mati ditembak

KUALA LUMPUR- Polis giat memburu suspek utama serta saki baki anggota kumpulan yang terlibat dalam kes dua 'bouncer' mati ditembak di hadapan kelab hiburan Madurai, Jalan Dooraisamy di sini Ahad lalu.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata siasatan awal mendapati sekurang-kurangnya 200 orang berada di kelab tersebut sebelum salah seorang daripada mereka melepaskan empat das tembakan sehingga menyebabkan kematian dua bouncer kelab tersebut.
  
"Pistol yang digunakan masih belum dijumpai namun polis sudah mengenal pasti beberapa suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kelab hiburan itu dan gambar-gambar mereka akan disiarkan untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  

Malaysia Kita : Bekas tahanan darurat ditembak mati

KUALA LUMPUR- Seorang bekas tahanan darurat yang baru dibebaskan, ditembak mati ketika sedang menunggu anaknya di hadapan sebuah sekolah menengah di Selayang Baru, di sini hari ini.
  
K. Archuthan, 41, ditembak ketika dia dan isteri menunggu anak lelaki mereka yang berumur 16 tahun dalam sebuah kereta jenis Toyota Camry pada pukul 1 tengah hari.
  
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata tembakan yang dilepaskan dari jarak dekat itu turut menyebabkan isteri lelaki berkenaan cedera di pinggang.
  

Blocking India's rumour mill

Isaac Hits Low-lying Biloxi

Good times not for all in Angola

Isaac in N. Orleans on Katrina's 7th Anniversary

IGP : Don't disrupt Merdeka event, Janji Demokrasi NGOs told

Puasa TAPI Tak MANDI WAJIB - Ustaz Azhar Idrus

PUASA Tapi Tak SOLAT - Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Pernah Tengok ANAK BULAN ? - Ustaz Azhar Idrus

Persiapan Umat ISLAM Mujahadah Bulan RAMADAN - Ustaz Azhar Idrus

Boleh Ustaz CAKAP Bahasa BAKU ? - Ustaz Azhar Idrus

At-Tarbiyyah Khas : Bersama Ustaz Zamri & Yatt Hamzah di Himpunan Anak Muda

Meja Bulat (Siri 4) : PRU 13 Apa Wanita Mahu Bahagian 1

Erti Kemerdekaan - Ustaz Azhar Idrus

A big sin to manipulate crime figures, says IGP

HIMPUNAN HIJAU RAUB - ANTI CYANIDE | 2 SEPTEMBER 2012

NGO Islam buat laporan polis terhadap Karpal, Donald Lim

Jagdeep Singh P A Victim of Snatch Theft

Isu air: S'gor akan kemuka butiran penstrukturan semula

Mahkamah perlu dipersalahkan kerana perogol bawah umur bebas, kata bekas menteri

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyalahkan Mahkamah Rayuan kerana membiarkan seorang lagi perogol remaja bawah umur bebas dari penjara, dengan berkata mahakamah telah melepaskan tanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak.
Bekas menteri ‘de facto’ undang-undang itu merujuk kepada dua kes mahkamah membebaskan dua orang lelaki yang didapati bersalah mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur dari dihukum mandatori lima tahun penjara minimum serta sebatan dibawah seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.
“Saya menyalahkan Mahkamah Rayuan dalam keadaan sebegini di negara ini, dengan menganggap kes rogol bawah umur sebagai kesalahan yang tidak serius,” kata Zaid dalam kenyataannya yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.
Isu tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai selepas Mahkamah Sesyen membebaskan Chuah Guan Jiu, 22 tahun dengan ikat jamin RM25,000 selama tiga tahun walaupun didapati bersalah merogol kanak-kanak bawah umur di Pulau Pinang tahun lalu.

Peneroka Ditipu, Berhutang 800 Unit Saham Kepada FELDA...bukan PERCUMA 180,000 Unit macam ISA SAMAD...!!!


Felda ambil alih hutang peneroka beli saham

Peneroka yang berhutang dengan bank untuk membeli 800 unit saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) tidak perlu lagi membayar kepada bank mulai bulan depan apabila hutang mereka itu diambil alih Felda.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata peruntukan RM360 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membiayai pembelian unit saham itu semalam akan digunakan untuk membayar balik pinjaman yang dibuat oleh peneroka, kepada 10 konsortium bank.

"Jadi, daripada bayar kepada bank yang ada faedah lima peratus setahun, peneroka akan bayar kepada Felda tanpa faedah dalam tempoh lima tahun iaitu kira-kira RM50 sebulan," katanya kepada pemberita selepas menutup Kem Anak Muda Generasi Felda (Kemuda) dan Kursus Induksi Permuafakatan Siswa/Siswi Felda (Persada) 2012 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang hari ini.

Najib semalam mengumumkan Felda memperuntuk RM360.7 juta untuk membiayai sepenuhnya 800 unit saham yang diberi kepada setiap peneroka bagi meringankan beban mereka dalam pemilikan saham itu.

Mat Sabu Tidak Berbohong kata Zaharin Mohd Yasin

Sumber: Fb

Ada lagi orang umno yang menyatakan kebenaran...kah kah kah

UMNO ZALIM

UMNO PENGKHIANAT
# SEJARAH KEZALIMAN UMNO YANG HARUS DISEBARKAN #

Kajian: Peniaga Cina tidak puas hati dengan prospek ekonomi Malaysia


KUALA LUMPUR,  29 Ogos — Komuniti perniagaan Cina Malaysia tidak bekeyakinan dengan matlamat kerajaan untuk keluarkan Malaysia dari perangkap pendapatan sederhana, dengan 72.9 peratus mengatakan mereka tidak berpuas hati dengan keadaan ekonomi negara menjelang pilihan raya yang umum (PRU) ke-13, menurut satu kaji selidik yang dilakukan di seluruh negara.
Banyak PKS dan IKS (perusahaan kecil sederhana dan industri kecil sederhana) juga tidak mendapat manfaat daripada inisiatif pentadbiran Najib, membawa kepada pandangan pesimis mereka mengenai prospek ekonomi negara bagi tahun hadapan, mengikut kaji selidik yang dilakukan oleh Malaysia Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry (ACCCIM).

BEGINILAH CARA PENJAJAH BRITISH DAN SEKUTUNYA MELAYAN PEJUANG KEMERDEKAAN YANG JUGA SEORANG ULAMA'

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/424703_519304844761792_1720943607_n.jpg

8427507.jpg (336×404)

Al-Fatihah buat Allahyarham Haji Mat Hassan (Tok Janggut)

Chinese businesses give Najib thumbs-down

A survey conducted by the Chinese trade chambers also showed most are not happy with the minimum wage policy.

KUALA LUMPUR: Chinese businesses have given Prime Minister Najib Tun Razak’s economic policies the thumbs-down, according to a survey conducted by the Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry (ACCIM).
The report revealed that many of the community’s small and medium enterprises (SMEs) or industries believe they have not benefited from the prime minister’s economic initiatives despite the raft of reforms introduced since Najib took office in April 2009.
“This has led to many respondents not believing that Malaysia is on its way to being successful in moving its economy out of the middle-income trap,” said the survey.
Najib had made the promise to drive Malaysia into a high-income economy by 2020 as one of his policies under the grand Economic Transformation Programme (ETP).

Keeping an eye on troublemakers

Police will keep an eye out for troublemakers at Dataran Merdeka tomorrow night, while Janji Demokrasi organisers warned that there is a possibility of saboteurs

PETALING JAYA: The police will keep their eyes peeled for troublemakers during the Bersih-like Janji Demokrasi (Promise of Democracy) gathering at Dataran Merdeka tomorrow night, while the organisers said they will be on the lookout for saboteurs.
Speaking to FMT, Dang Wangi district police chief ACP Zainuddin Ahmad said that the policemen deployed would mainly be monitoring the situation unless there were signs of trouble.
“We’ll see. If there is a big crowd and if they bring about any disturbances, or cause trouble, then we’ll act. Otherwise, we’ll just monitor, ” he said.
Zainuddin said that adequate number of policemen will be deployed around the area, though he declined to give an exact figure of the manpower police intended to use.
When asked, he confirmed that there would be no need for anti-riot Federal Reserve Unit (FRU) personnel or water cannon trucks tomorrow night.

KPN terpaksa guna agama untuk pertahan statistik jenayah

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar berkata bahawa berdosa andai beliau memanipulasi statistik jenayah. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar hari ni berkata, adalah berdosa untuk beliau memanipulasi statistik jenayah, dalam mempertahankan kenyataan dari kerajaan bahawa kadar jenayah semakin menurun walaupun persepsi rakyat mengatakan sebaliknya. Beliau juga mencabar mereka yang mengkritik untuk membuktikan statistik jenayah telah dimanipulasi, dan berkata akan mengambil tindakan ke atas mereka yang bersalah.
“Saya terbuka kepada kritikan,” katanya hari ini, dengan berkata, rakyat digalakkan memberitahunya jika ada sesuatu yang tidak kena.

Mat Sabu: Saya tak tarik balik selepas tekanan

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan menarik balik kenyataan berhubung isu pembentangan usul perlaksanaan hudud di Parlimen selepas didakwa mendapat tekanan.

Beliau bagaimanapun menegaskan isu membentangkan usul itu sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya tidak timbul dalam wawancaranya yang disiarkan semalam.

NONEHarian berbahasa Cina Sin Chew Daily hari ini mempertahankan tulisannya dengan mendakwa pemimpin PAS itu menukar kenyataan selepas mendapat tekanan daripada rakan-rakan dalam Pakatan.

"Tidak. Tak ada tekanan apa. Lebih 1,000 laporan (polis) hal Bukit Kepong pun saya tak tarik (kenyataan).

"PERKASA, Majlis Profesor suruh tarik pun saya tak tarik," katanya merujuk kepada tekanan yang pernah dihadapinya sebelum ini.

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Mohamad (atas) menegaskan, beliau yakin bahawa hudud sebahagian daripada hukum syariat Islam.

Bagaimanapun, katanya, perlaksanaannya hendaklah melalui proses demokrasi berparlimen dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan perjanjian dalam Pakatan Rakyat.

Kesian mahathir.. JANGAH JADI JAHIL MURAKKAB

Selain cakap Al-Quran tu perlu dikaji semula supaya sesuai dengan zaman,  mahathir pernah kata hudud tu tak terdapat dalam Al-Quran, kata" malayu karala" itu lagi hudud tu ciptaan ahli-ahli fekah. lepas tu mahathir dengan tak bersalah kata pulak  elok kawan dengan syaitan... wah... bercakap soal hukum, soal hudud syaitan dan Malaikat ni boleh ikut sedap "logik akal" je ke?

 
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din semalam menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkawan dengan syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali'.

Bagi beliau, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka.

Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah.

"Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-Nya. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya.

“Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah,
” kata Datuk Dr Haron Din.

Tiba-tiba kesian pulak pada " Malayu Karala" nei, sebenarnya apa dia merepek ni, dia sedar atau tak dia persenda Al-Quran, sampai boleh cakap sesuka hati ikut logik akal sendiri?, sudah la tu, jangan la banyak bunyi, takut jadi Jahil Murakkab  (Dah jahil menyesatkan orang lain pulak) ....

FGV: Dari Haramjadah ke Makhluk Perosak.

PM Najib buat hal lagi. Mahu menipu peneroka. Tapi mungkin jugak pempimpin UMNO bersangkaan peneroka amat mudah ditipu. Maklum sahajalah- peneroka. Habis kuat ada sijil SRP- Sijil Rendah Peneroka. Terror sikit ada STPM= Sijil Tinggi Peneroka Malaysia. Inilah peneroka yang dimuliakan. Barsian depan transformasi ekonomi Najib.
Kali ini dia kata Felda akan mebiayai keseluruhan pembelian saham oleh peneroka. Apa pasal sekarang baru hendak umumkan? Mengapa tidak ketika saham belum disenaraikan? Apa sebab boring pinjaman bank ketika itu diedarkan keseluruh kawasan Felda?
Sebab baru sekarang dia sedar peneroka bersungut. 810 unit saham rupa2 nya kena beli oleh mereka.
Borang pinjaman bank dalam Bahasa Inggeris diedarkan sebelum FGVH di senaraikan. Yuran pinjaman RM200. Setiap keluarga yang beli 810 unit kena bayar RM 4.55 x 810= 3685.50. takpe, sebab bank pinjam penuh 100%. Lagi pun setelah 6 bulan dijual, peneroka tak rugi apa apa.

Negara Islam UMNO : Siapa Yang Luluskan Parti Bikini Malam Ini???

Satu lagi budaya merosakkan akhlak bakal berlangsung beberapa jam lagi!!

Dijangka diadakan bermula jam 7 malam ini sehingga awal pagi esok, parti bikini serta perang bikini yang tersiar di sebuah laman sosial kini sedang giat disebarkan.

Bertempat di salah sebuah pusat hiburan terkemuka di Kuala Lumpur, parti ini menggalakkan pengunjung supaya hanya memakai bikini (pakaian renang wanita) sebagai syarat utama untuk memasuki pesta tersebut.

Dipercayai juga, pesta yang ada kaitan dengan cuti sambutan kemerdekaan yang akan disambut lusa ini bakal menarik kira-kira 300 peserta wanita tidak termasuk kaum lelaki yang juga akan berada di dalamnya berdasarkan kapasiti tempat tersebut.

Menurut poster yang disebarkan, parti itu juga akan memberi 100 pengunjung wanita pertama dengan hidangan minuman keras berjenama mahal secara percuma selain daripada minuman keras jenis biasa untuk wanita yang memakai pakaian tersebut sepanjang pesta itu berlangsung.

BN suka MP/ADUN lompat parti?

Oleh : Daing Yahya

Baru-baru ini gegak gempitalah UMNO BN tentang isu cadangan anti lompat parti. Cadangan ini dikemukan oleh DAP, dan menurut cadangan itu ia ingin dilaksanakan di Pulau Pinang jika undang-undang tersebut diluluskan.
Suara-suara bantahan tentang cadangan ini mula berkumandang, katanya hal ini akan melanggar hak kebebasan berpersatuan, melanggar etika berpersatuan malah sesetengah itu cuba menggunakan kembali episod 16 september sebagai ‘back fire’ kembali kepada Pakatan Rakyat.
Sebagai parti yang meraikan semangat demokrasi dalam maksud menerima perbezaan pendapat dan kebebasan menyuarakan pandangan, DAP mengalu-alukan semua hujah yang menyokong dan yang ingin menentang cadangan ini. Dan perdebatan ini seharusnya sihat kerana isu ini isu yang melibatkan kepentingan umum.
Katanya lagi, DAP anti lompat parti tetapi tak segan nak terima ahli UMNO atau MCA, MIC untuk masuk DAP. Lucu juga hujah ini, barangkali mereka tidak habis membaca draf cadangan undang-undang anti lompat parti.
Hak peribadi atau amanah

Hudud: Di Antara Karpal dan UMNO

Sepertimana biasa, sibuk pulalah akhbar pro BN dengan berita Karpal tidak bersetuju dengan hudud. Menurut mereka, Karpal menyatakan bahawa perlaksanaannya bercanggah dengan perlembagaan Negara. Menurut beliau lagi, ianya tidak akan mampu menyekat jenayah kerana memerlukan pembuktian yang terlalu terperinci dan oleh itu sukar menyabit kesalahan seseorang dan sebagainya.

KARPAL TIDAK SETUJU DENGAN HUDUD
Saya sebenarnya amat hairan dengan perbahasan ini dan relevensinya. Apak penting sangatkah pandangan Karpal dalam persoalan hudud? Dia bukan Islam maka kalau dia tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud, malahan dengan Islam itu sendiri, sebagai seorang Islam apa yang perlu diresah gelisahkan? Dia bukan Islam. Perlukah persetujuannya sebelum kita ummat Islam bersetuju untuk melaksanakan apa yang telah diwajibkan oleh agama kita? Mengapa tidak minta pendapat beliau berkenaan solat, puasa, zakat dan haji juga?

Kesatuan pekerja bantah cadangan ambil alih KTMB


KTM KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) hari ini menggesa kerajaan menolak cadangan MMC Corporation Berhad untuk mengambil alih Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Presidennya Abdul Razak Md Hassan berkata kerajaan harus membenarkan Presiden KTMB Datuk Elias Kadir yang baharu dilantik menjalankan tugasnya terlebih dahulu sebelum membuka peluang pengambilalihan kepada MMC.

"Mengapa tidak ditunggu dan diberi peluang kepada Elias untuk melaksanakan pelan pembaharuannya," katanya pada sidang media, di sini.

Aktivis ditahan kerana miliki buku Irshad Manji

KUALA LUMPUR, Aug 29 — Aktivis seni dan politik, Faisal Mustaffa hari ini telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memiliki buku tulisan Irshad Manji yang berjudul Allah, Kebebasan dan Cinta yang telah diharamkan oleh kerajaan.
Menurut Faisal (gambar), beliau telah ditahan pada jam 10 pagi tadi.
“Saya ditahan kerana saya menjawab ‘saya akan jawab di mahkamah’, sebab itu mereka mahu mendakwa saya atas Seksyen 215 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 kerana tidak mahu bekerjasama,” katanya lagi.
Menurut peguamnya, Afiq Noor, beliau sedang berbincang dalam proses ikatjamin.
Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengkritik tindakan JAIS kerana menahan Faisal Mustaffa.
“Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengecam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menahan aktivis seni-politik Faisal Mustaffa kerana memiliki buku tulisan Irshad Manji berjudul Allah, Kebebasan dan Cinta yang diharamkan oleh kerajaan.
“Tindakan JAIS jelas sekali bersifat dangkal dan semberono serta memberikan gambaran yang buruk terhadap Islam — seakan-akan agama Islam bersifat anti-ilmu dan merendahkan kemampuan berfikir umatnya.
“Tindakan ‘keras’ JAIS ini juga bakal mewujudkan persepsi negatif terhadap institusi penguatkuasaan agama yang kini dilihat bersikap autokratik terhadap kegiatan keilmuan di kalangan anak muda yang cenderung berfikiran kritis,” kata Najwan Halimi, Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia merangkap Ketua Penerangan AMK Selangor.

Isu air: S'gor akan kemuka butiran penstrukturan semula




Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan mengemukakan butiran mengenai tawaran penstrukturan semula bekalan air kepada empat syarikat pengendali air di Selangor pada bulan depan.
"Kita akan bentang cadangan dan kertas kerja pada minggu kedua bulan September.

NONE"Kita akan tawarkan (cadangan itu) kepada empat syarikat yang
mempunyai operasi air di Selangor," katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.
Penstrukturan semula itu akan melibakan empat pengendali perkhidmatan air di negeri itu - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Konsortium Abbas Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd dan Puncak Niaga Holdings Bhd.

Dalam sidang media sama, Khalid turut membidas kenyataan Menteri Teknologi, Tenaga Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui semalam yang mendakwa pembinaan empangan Langat 2 tidak akan menyebabkan sebarang kos tambahan kepada rakyat Selangor.

Bantah Seksyen 114A: Najib juga mesti dipanggil... kenapa 3 orang tue jadi kambing hitam...!!!!


(Kempen hentikan Akta 114A)

KUALA LUMPUR: Kabinet diminta turut menyenaraikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk dipanggil kerana menyuarakan pendapat dan bantahan terbuka terhadap Seksyen 114A Akta Keterangan 1950.

Ini kerana, beliau adalah antara orang yang pertama berkata akan mempertimbangkan tuntutan agar akta itu dikaji balik.

Pada 14 Ogos Najib mengarahkan kabinet untuk membincangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang menjadi isu besar dalam alam maya.

Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang telah digazetkan pada Julai lepas.



"Saya telah meminta kabinet untuk membicangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950. Apa saja yang kita lakukan, kita mesti mendahulukan kepentingan rakyat," kata Najib ringkas dalam ruang Twitternya dari Mekah.