Selasa, 28 Ogos 2012

Typhoon Slams Korea, Grounds Chinese Ships

Najib terus menipu dan bodohkan rakyat !!


PEKAN – Kelmarin,  dalam satu Majlis Rumah Terbuka PM,  Najib Tun Razak menyeru rakyat supaya tidak membuat 'perubahan' yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka. Ini pasti ditujukan kepada perubahan yang mahu dibawa oleh Pakatan Rakyat.
Ha,! ha!  ha!  Lihatlah dunia!!  Perdana Menteri Malaysia yang bernama Najib menyerlahkan kebodohannya!  Beliau meminta rakyat Malaysia agar jangan membuat perubahan!!  Ini bermakna para pemimpin Umno juga disaran jangan membuat perubahan,, Dengan itu berterusanlah mereka  mencengkam kuasa !,  berterusanlah mereka merompak harta negara,,, berpesta sakanlah mereka mengkayakan diri sendiri, kerabat serta kroni-kroni mereka!
 
Seruan Najib yang meminta rakyat agar ,,, “ jangan membuat perubahan” itu sepatutnya ditujukan kepada orang Umno saja, bukan kepada rakyat Malaysia!   Rakyat Malaysia sekarang sudah cerdik!, bukan lagi seperti kerbau dicucuk hidung !!  Mereka sebenarnya meluat dan nak muntah mendengar seruan atau nasihat bodoh oleh PM anak bangsawan ini.

Fakta buktikan graduan Unisel antara yang terbaik


SHAH ALAM: Universiti Selangor (Unisel) berjaya membuktikan keunggulannya apabila berjaya melahirkan graduan berkualiti untuk pasaran pekerjaan negara walau dihimpit pelbagai berita angin.

Naib Cancelor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, sepanjang tempoh enam majlis konvokesyen diadakan bermula pada tahun 2006 sehingga tahun 2011, Unisel sudah melahirkan 14,626 graduan dari pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan.

“Peratusan pelajar Unisel yang bekerja di syarikat-syarikat antarabangsa dan GLC adalah tertinggi jika dibandingkan dengan keseluruhan IPT,” katanya.

K'jaan tak merayu keputusan BERSIH 2.0...Terbukti K'jaan telah gagal dalam fitnah mereka..!!!

NONEKerajaan tidak berhasrat untuk merayu keputusan BERSIH 2.0 yang membatalkan arahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk mengisytiharkan bahawa gabungan proreformasi sistem pilihan raya itu sebagai pertubuhan haram.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Pejabat Peguam Negara Kamaluddin Md Said kepada Malaysiakini ekoran tempoh untuk merayu telah berlalu.

"Tidak ada rayuan untuk kes BERSIH," kata Kamaluddin dalam kiriman SMS ringkasnya.

Kerajaan mempunyai tempoh sehingga 24 Ogos untuk merayu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Rohana Yusof yang membatalkan keputusan Hishamuddin pada 1 Julai.

Oleh itu BERSIH2.0 kekal sebuah entiti yang diiktiraf dan tidak perlu didaftarkan setelah peguamnya berhujah bahawa sebuah gabungan longgar NGO tidak perlu didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Antara berahi dan revolusi dalam kartun



 
Sejarah awal kartun editorial tanah air, mengikut kajian Dr Muliyadi Mahamood dalam buku bertajuk The History of Malay Editorial Cartoons (1930-93), sudah bermula sejak 1930-an.

Melalui akhbar-akhbar tempatan, antaranya Warta Jenaka, Utusan Zaman dan Majlis, isu-isu mengenai kesedaran bangsa dan hala tuju kaum Melayu diketengahkan melalui watak-watak kartun.

NONEMalah semenjak merdeka pada 1957, akhbar-akhbar perdana dengan giat berkempen mengenai keharmonian bangsa serta menyulam pelbagai propaganda pemerintah melalui segmen-segmen kartun editorial.

Kartunis-kartunis pelopor yang menyemarakkan dunia perkartunan tanah air waktu itu seperti Ali Sanat, Saidin Yahya, SB Ally dan Raja Hamzah.

Penghujung tahun 1970-an hingga pertengahan 1980-an menyaksikan kehadiran pengkartun-pengkartun popular yang menjadi pelapis kepada kegemilangan kartun-kartun Melayu.

Dunia perkartunan tanah air dimeriahkan dengan kemunculan komik-komik hebat seperti Gila-Gila, Batu Api dan Gelihati.

Isu Air: Kekejaman Kerajaan Setan Terhadap Kelantan

Untuk pengetahuan, antara punca masalah air yang timbul di kelantan ialah penafian hak Bantuan Peruntukan dari Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri, ia diberikan selepas 13 tahun PAS mentadbir Kelantan, dan itupun dalam bentuk pinjaman sebanyak RM600 juta.

Berbeza dengan Negeri-Negeri Barisan Nasional, di Johor, bukan pinjaman yang diberikan, sebaliknya Johor menerima geran sebanyak 2 billion. Geran adalah secara percuma dan tidak perlu dibayar balik sebagaimana pinjaman yang diberi pada kerajaan negeri Kelantan. Dalam bantuan penuh inipun, masalah air tetap berlaku di Negeri Barisan Nasional.orang2 bodoh memang nak kena lempang... -asrol

Malaysia Kita : 'Laporan hak asasi buruk & terus memburuk'

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menjangkakan laporan hak asasi manusia tahun ini akan lebih buruk berbanding tahun lalu dengan gangguan terus menerus terhadap mereka antara faktornya.

NONEPenasihat Suaram Kua Kia Soong berkata, NGO hak asasi manusia menilai rekod hak asasi kerajaan berdasarkan penghormatan oleh terhadap masyarakat sivil dan hak-hak politik.

"Kami dapati laporan prestasi kerajaan untuk 2011 lebih buruk daripada 2010. Jadi, kerajaan akan dapat kedudukan lebih rendah berbanding 2010. Kerajaan gagal pada 2010 dan gagal lagi pada 2011.

"Nampaknya seperti kerajaan akan gagal lagi lebih teruk tahun ini ekoran gangguan terhadap Suaram, kerana ia berkaitan kebebasan berpersatuan," kata Kua di majlis pelancaran laporan Hak Asasi Manusia 2011 di ibu negara hari ini.

Janji Demokrasi gathering is definitely on

The organisers have decided to ignore a police warning that the gathering would be considered illegal.

PETALING JAYA: The Janji Demokrasi gathering on the eve of Merdeka Day will go on despite a police declaration that it would be illegal.
Gabungan Janji, the group organising the event, reiterated today that the gathering was being planned as a celebration of Independence Day, “not a demonstration, not a protest, and not a rally”.
“Gabungan Janji” translates as “Coalition of Promises” and “Janji Demokrasi” as “Promise of Democracy”.
Yesterday, referring to a statement by Gabungan Janji representative Maria Chin Abdullah, Dang Wangi district police chief ACP Zainuddin Ahmad denied that he had been vague about allowing or disallowing the gathering to go on.
Several hours before that, there was a meeting between Dang Wangi police and Gabungan Janji and another group—the Preservation of Jalan Sultan Committee, which is planning a march in the city, also on the eve of Merdeka Day.

Hukum LELAKI Pakai INAI - Ustaz Azhar Idrus

Isteri TENGKING Suami Tak Tunai NAFKAH - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Pakai CONTACT LENS - Ustaz Azhar Idrus

Panas BARAN Sebab SAKA - Ustaz Azhar Idrus

Penganut mohon mencelah bimbang kuil diroboh

Ong: MCA, Gerakan didn't have ear for policy work

Sidang Media TGNA | Konvokesyen KIAS kali ke-XIV

Frontpage Mat Sabu's denial, PAS tells Sin Chew

Pakatan justifies acceptance of ex-BN Sabah MPs

PR: BN guna sambutan Hari Kemerdekaan pentas politik

PETALING JAYA – Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Barisan Nasional (BN) menggunakan sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini sebagai pentas politik untuk memancing undi rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke berkata, BN akan menggunakan segala jentera kerajaan termasuk pentas Hari Kemerdekaan dan PR sudah pun menjangkakan perkara itu.

“Mereka menjadikan sambutan bersejarah ini sebagai alat berpolitik dan boleh memecahbelahkan rakyat.

“Sambutan kemerdekaan ini sewajarnya menjadi sambutan bersama dan jika mereka benar-benar ikhlas, mengapa tidak ada sebarang jemputan dibuat kepada mana-mana ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat,” katanya kepada Sinar Harian Online.

'10 0rang Cina 1 saja sokong Chua Soi Lek'

Alhamdulillah hari ni cuaca mendung tak panas macam bulan puasa tambah-tambah pagi tadi hujan turun dengan lebat di Shah Alam dan KL.Moga air dalam empangan terus melimpah dan pihak Syabas patut rasa malu kerana asyik politikkan isu air di Selangor.Media Umno pulak terlupa kata di Pahang yang mahu hantar air ke Selangor juga ada kawasan yang beraya tanpa air bersih untuk kegunaan harian.
Saja nak bagi tau hari ni kebetulan berjumpa seorang Teknisyen berbangsa Cina di kilang JVC di seksyen 22, Shah Alam.Beliau  dah 15 tahun kerja di syarikat tu.Saya berjumpa dengan Teknisyen tu kerana peralatan cd player kereta saya rosak dan disyorkan pihak service centre untuk datang ke JVC (Kenwood) untuk dibaiki.Teknisyen ni tanya kat saya,"Apa macam politik sekarang?" Saya kata, "Politik sekarang BN tengah teruk."Dia kata kat saya,"Ya la..ini kali kita rakyat kena tukar kerajaan di Putrajaya.Kasi dia (BN) tau sikit apa rasa jadi pembangkang." Teringat dalam kepala saya ,"Ishh hari-hari Umno-BN dok mainkan isu Hudud takkan tak masuk dalam kepala Cina ni.Ini maknanya yang ada dalam fikiran rakyat ialah nak tukar kerajaan di Putrajaya yang lain kira kemudian.

Anwar's 'to stay at own home' not Seri Perdana: Lesson in leadership for Najib & BN

Anwar's 'to stay at own home' not Seri Perdana: Lesson in leadership for Najib & BNThe world of leadership-learning teaches us the mantras of “Talk the walk” and “Walk the talk”. But how much of this truly applies when it comes to our leaders within the BN camp?
Datuk Seri Anwar Ibrahim – fondly regarded as plain “Saudara” Anwar Ibrahim, is indeed an icon of promising, refreshing hope. In particular, his recent statement in public that he would only reside in his existing house - bought with his own slogging, instead of holing up in the sprawling extravagance of the official Prime Minister’s residence in Putrajaya – built and maintained at sinfully obscene, public's costs, deserves more than mere commendation.
He also alluded to the “Tok Guru” Menteri Besar of Kelantan who has lived all through his leadership of the state of Kelantan in a humble and ordinary yet inspiring home and lifestyle. The fact that the Kelantanese people till this date are ever returning the honorable seat of the Menteri Besar without debate to this leader, who leads and lives by example, is therefore no surprise and serves to be most edifying.
DSAI’s assurance of where he will live if he gets to the PM’s seat is a truth that every citizen can easily relate with and it drives home a great sense for everyone who knows, believes and upholds the tested and proven time immemorial wisdom of ‘Leadership by example’.
Principles of leadership need to be redefined after BN's abuse

Mayor: No need to close Dataran on Aug 30

DBKL is not be expected to close off Dataran Merdeka on Aug 30 amid a planned Janji Demokrasi gathering there. 

PETALING JAYA: Dataran Merdeka would remain open to the public on the eve of Merdeka Day, said Kuala Lumpur Mayor Ahmad Phesal Talib today.
He told FMT that Kuala Lumpur City Hall (DBKL) has already prepared for cultural events on Aug 31 and does not foresee the need to close off the historic square.
His comments came amid a planned gathering called Janji Demokrasi on Aug 30 night at Dataran Merdeka, where a group of almost 50 organising NGOs are calling the public to wear yellow.
They are seeking to celebrate independence day while at the same time urging the government to fulfil the demands for reforms, especially those mooted by electoral watchdog Bersih 2.0.
Asked if City Hall would bar the group from entering the square, Ahmad Phesal said: “If the public were to go there, with their family, and enjoy themselves as usual, I don’t see a problem.”
“But if there are those who were to organise a special function, then we have to see the suitability and they would need our [City Hall] clearance and approval,” he said.

FAT HOPES? Keep BN in power to prevent PAS from implementing hudud - MCA

FAT HOPES? Keep BN in power to prevent PAS from implementing hudud - MCAThe public should continue to lend their support towards BN to ensure that BN continues to be in the federal government in order to prevent PAS from implementing their hudud law.
PAS spiritual advisor and Kelantan Menteri Besar Dato’ Nik Abdul Aziz had stressed that it was due to the federal government under BN which had caused the Kelantan state government to fail in their plans to implement hudud law, thus we can imagine that if BN had lost the federal government in the 2008 General Elections, it is without a doubt that PAS would have continued its plan to have hudud law in Kelantan.
Nik Aziz has also admitted in public that Kelantan was still unable to implement hudud law due to the federal government’s refusal to cooperate on the matter. This is enough to prove that only BN is capable of stopping PAS from achieving their ultimate goal of implementing hudud law in Kelantan so long as BN remains control of Putrajaya.
BN 'saved' the day!

Anwar OK jika mahu gubal akta antilompat parti

SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini dituduh menaja usaha menarik wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyertai komponen Pakatan Rakyat (PR) hari ini menegaskan, beliau tidak ada masalah jika undang-undang antilompat parti digubal.
Sehubungan itu kata Anwar, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  sendiri sudah memaklumkan perkara tersebut secara peribadi kepadanya semalam.
"Saya tiada masalah (dengannya). Ketua Menteri (Guan Eng) sudah lapor kepada saya semalam,” kata beliau kepada media selepas Program Misi Keadilan dan Kemanusiaan Jawatankuasa Teknikal Anti Pemerdagangan Manusia Peringkat PBT Selangor di sini, hari ini.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, langkah memperkenalkan enakmen itu di Pulau Pinang dengan sendirinya menjelaskan pendirian mereka terhadap isu lompat parti.
Menurutnya lagi, mana-mana wakil rakyat yang mahu melompat parti perlu meletak jawatan dan mendapat mandat baru dari rakyat. Bagaimanapun katanya, undang-undang sedia ada tidak membenarkan perkara itu.

Ambang Merdeka: Anwar sampaikan pidato khas di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

PETALING JAYA 28 Ogos: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menyambut sambutan ambang merdeka dan menyampaikan pidato khas di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos ini.
Perkara ini dimaklumkan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.
“Ia akan dihadiri pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini.
Menurut Saifuddin, Penasihat Ekonomi Selangor itu bakal menyampaikan pidatonya pada jam 11.30 malam menjelang merdeka.
Ditanya sama ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menyambut sambutan kemerdekaan di Stadium Nasional Bukit Jalil anjuran Barisan Nasional, Saifuddin berkata, mereka tidak dijemput untuk ke majlis tersebut.

PAS tubuh taskforce isu Rapid di Pengerang


KUALA LUMPUR: PAS akan mewujudkan 'task force' bagi menangani isu Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang Johor yang telah menimbulkan ketidakpuasan penduduk setempat ekoran tindakan rakus kerajaan mengambil tanah tanpa mempedulikan hak mereka.

Menurut Pengerusi Gabungan Tanah Johor dan Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat Mazlan Aliman,  isu Rapid semakin bercelaru apabila soal pampasan tanah yang diambil kerajaan, perumahan, tanah kubur, alam sekitar dan masa depan penduduk setempat masih terawang-awang.

"Saya kian bimbang dengan perkembangan projek ini terutamanya cara kerajaan menangani protes penduduk. Adalah tidak bijak jika kerajaan hanya tahu menggunakan pendekatan ugut kepada penduduk yang membuat bantahan," katanya di laman Facebooknya.

Editor Utusan mohon maaf pada Karpal Singh

Seorang wartawan Utusan Melayu hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau menulis artikel mengenai Pengerusi DAP Karpal Singh, empat tahun lalu tanpa sebarang niat jahat.

joint action group utusan malaysia memo politik baru ybJ 241008 02Zulkifli Jalil, 40, yang kini memegang jawatan sebagai pengarang berita di syarikat Utusan Melayu (M) Bhd mengakui wujud ketidaktelitian dan salah faham di dalam artikel bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu'.

Pengarang berita itu, yang memberi keterangan berhubung saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh Karpal Singh terhadap Utusan Melayu (M) Berhad, turut menyatakan bahawa ketika kejadian beliau tidak tahu bahawa wujud perbezaan antara perkataan menolak negara Islam dan menolak agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Mahkamah Tinggi Kuantan Akan Dengar Permohonan Stop Lynas

SHAH ALAM,28 OGOS : Mahkamah Tinggi Kuantan akan mendengar dua permohonan dari gerakan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) untuk semakan semula kehakiman berhubung pemberian lesen operasi sementara (TOL) projek loji nadir bumi Lynas Corp.
Jurucakap SMSL, Tan Bun Teet berkata, permohonan pertama untuk membatalkan TOL yang diberikan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) kepada syarikat itu pada 30 Januari.
Tan berkata TOL itu diberikan walaupun tiada laporan penilaian impak alam sekitar (EIA).
Semakan yang kedua adalah keputusan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk tidak menarik balik TOL tersebut selepas mendengar rayuan dari sekumpulan penduduk Kuantan.
Penduduk tersebut bersama peguam dan pakar telah mengemukan bukti kepada satu panel MOSTI pada April 17 berkenaan bahaya dan risiko kesihatan projek tersebut.

Kelantan kemuka 3 nama wakil JK Royalti Minyak

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan telah mencalonkan tiga nama yang bakal diangkat kepada Sultan Kelantan bagi mewakili kerajaan negeri sebagai wakil Jawatankuasa Khas Royalti Minyak.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui perkara itu dan berkata ianya akan diangkat nama serta dipersembahkan kepada Sultan Kelantan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas bila tarikh yang sesuai untuk dipersembahkan kepada Sultan Kelantan dan nama-nama yang telah dipilih.

“Adalah dalam dua tiga nama yang telah dipilih, tetapi saya tidak boleh umumlah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) ke-14 di Balai Islam Lundang, di sini pagi tadi.

Pilihan raya kampus: SMM mahu Bersih 2.0 jadi orang tengah

KUALA LUMPUR - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini menyerahkan memorandum kepada Bersih 2.0 agar menjadi orang tengah antara mahasiswa dan kerajaan dalam menilai semula sistem pilihan raya kampus.
Pengerusinya, Mohd Safuan Anang berkata, memorandum lima perkara itu mahu usaha diambil untuk mengatasi sekatan ke atas mahasiswa dalam menyertai pilihan raya tersebut.
Menurutnya, keraguan mengenai pilihan raya itu telah dibawa kepada pihak berwajib, namun tiada tindakan balas sehingga kini.
"Kami minta supaya Bersih 2.0 mengkaji lima tuntutan yang dimasukkan ke dalam memorandum ini supaya jadikannya lebih telus dan adil.
"Kita kesal dan kecewa apabila kita rujuk pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri namun tiada respons.

BERSIH gesa hormati hak berhimpun 'Janji Demokrasi'

BERSIH menggesa pihak berkuasa menghormati hak berhimpun dengan membenarkan perhimpunan "Janji Demokrasi" anjuran sekumpulan NGO di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos.

"Janji Demokrasi dianjurkan oleh beberapa NGO yang pernah terlibat dengan BERSIH 2.0, mereka berhak untuk berhimpun.

"Kami menyokong tindakan itu dan gesaan mereka terhadap pembaharuan yang demokratik," kata Pengerusi Bersama BERSIH Ambiga yang membacakan kenyataan gabungan itu.

Dalam sidang media di ibu negara hari ini, Ambiga bagaimanapun berkata, sebarang pertanyaan lanjut berhubung himpunan itu hendaklah dirujuk kepada penganjur kerana BERSIH tidak terlibat.

Pakatan: BN guna '3 perangkap' kelirukan rakyat


PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Barisan Nasional (BN) khususnya Umno menggunakan isu agama termasuk hukum hudud sebagai salah satu daripada tiga perangkap untuk mengelirukan rakyat dan menawan kembali sokongan terhadap perikatan itu.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, antara perkara itu ialah isu-isu berkaitan raja-raja, agama dan perkauman.
Saifuddin Nasution Ismail "Hudud adalah contoh 'perangkap' yang diperkatakan kerana isu berkenaan adalah dalam kategori agama.
"Isu berkenaan dilihat sebagai satu titik akhir yang digunakan Umno untuk jejaskan sokongan rakyat terhadap PR," katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Majlis Pakatan Rakyat, di sini, hari ini.
Jelas beliau, dengan kepelbagaian saluran media yang ada ketika ini, rakyat tetap tahu kebenaran.
"Pandangan rakyat terhadap sesuatu isu juga sudah berubah dan melihat kepada tahap sokongan rakyat ketika ini kami yakin rakyat tetap bersama kami," katanya.

Tok Ki Det : 'Saya tolak hudud Pas, bukan hudud Islam'....Ulama UMNO semua cuti bercakapkah....!!!!

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas.

"Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
  
Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran.

Datuk Dzulkifli disingkir sebagai Pengarah Besar Felda diganti dengan pegawai "Korup"

KUALA LUMPUR: Datuk Dzulkifli Abd Wahab hari ini disingkirkan sebagai Pengarah Besar Felda dan akan dipindahkan ke Kementerian Asas Tani dan ditugaskan ke Rome, Itali.

Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman keputusan menyingkirkan Dzulkifli dibuat dalam mesyuarat khas Lembaga Pengarah Felda pagi tadi.

Tempat Dzulkifli akan diganti oleh Faizoull Ahmad berkuatkuasa 1 September depan.

Suaram: Siapa beri kamu wang, Utusan?

NONEPenasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Kua Kia Soong mencabar Utusan Malaysia mendedahkan sumber kewangannya sebagai balasan terhadap tindakan harian itu yang mempersoalkan dana NGO hak asasi manusia itu.

"Mengapa tidak kamu beritahu saya siapa yang memberi wang kepada Utusan?

"Jika kamu tidak tahu, kenapa kamu tidak menyelidiknya sejak kamu bekerja di sana?" soal Kua (kanan) kepada wartawan akhbar itu selepas melancarkan laporan tahun NGO hak asasi itu hari ini.

Wartawan Utusan yang membangkitkan perkara ini, berkeras untuk mendapatkan jawapan daripada Kua.

Gabungan JANJI ajak rakyat seluruh negara kuningkan Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR 28 Ogos: NGO Gabungan JANJI mengerahkan setiap ahli di seluruh negara hadir ke Himpunan Janji Demokrasi untuk sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos ini.
Gabungan JANJI dianggotai 49 NGO yang ditubuh khas bagi meraikan malam sambutan Hari Kebangsaan dengan tema ‘Janji Demokrasi’.
Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, beliau telah mengarahkan pengerusi persatuan itu di setiap negeri untuk turun memeriahkan sambutan tersebut.
“Kita (Anak) ada lebih 100 cawangan di seluruh negara, dan kesemua mereka akan turun menyambut kemerdekaan sambil sama-sama menuntut agar lapan tuntutan diberi perhatian,” katanya ketika dihubungi.
Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan turut mengarahkan ahlinya agar sambutan kemerdekaan berpusat di Dataran Merdeka.
“Setakat ini, kita telah arahkan agar semua ahli di Melaka, Johor dan Pulau Pinang turun ke Dataran, begitu juga negeri lain,” jelasnya.
Menurut Edy, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut mengerahkan ahli parti dan Unit Amal untuk turut serta dalam sambutan yang akan bermula jam 10 malam itu.

Syria : Masa Assad sudah tamat - Morsi



(Presiden Mesir, Mohammed Morsi ketika bercakap dengan Reuters di istana Presiden di Kaherah)

KAHERAH: Presiden baru Mesir, tampak sudah bersedia untuk membuat penampilan di pentas diplomasi antarabangsa dengan mula mengambil inisiatif terhadap krisis Syria apabila menyeru Isnin lalu supaya para sekutu Presiden Bashar Assad  membantu menjatuhkan pemimpin Syria tersebut.

"Sekarang adalah masa untuk menghentikan pertumpahan darah ini, dan untuk rakyat Syria mendapatkan kembali hak-hak mereka, dan untuk rejim yang membunuh rakyatnya lenyap dari Syria," ujar Mohammed Morsi dalam temuduga pertama beliau dengan organisasi berita antarabangsa.

Morsi, 61 tahun, Presiden Mesir dengan sokongan Ikhwanul Muslimin, sebuah organisasi yang pernah  diharamkan, bercakap kepada Reuters sebelum berangkat dalam minggu ini ke China dan Iran, dua negara bersama-sama dengan Rusia, yang setakat ini masih menentang seruan Arab dan Barat untuk mengakhiri pemerintahan Assad.

Hudud bukan isu sebenar menjelang PRU-13


1. Semua parti politik di Malaysia perlu menghentikan polemik mengenai hudud. Samada PAS, UMNO, MCA mahupun DAP perlu berhenti menjadikan isu hudud sebagai ‘punching bag’ mereka menjelang PRU 13.

2. Ditakuti, perbincangan yang tiada kesudahan oleh pihak-pihak yang masih tidak jelas tentang hakikat sebenar hudud ini hanya akan membawa kepada ‘Islamophobia’ di kalangan masyarakat non-Muslim seperti yang disuarakan oleh pihak Angakatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

3. Hakikatnya, isu perlaksanaan hudud memerlukan perbincangan yang lebih panjang dan bukannya sekadar isu politik semata-mata.

PM Didesak Perjelas Hubungan Dengan Kolumnis Pro-Israel



SHAH ALAM 28 OGOS : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak untuk memberikan penjelasan kepada rakyat berkenaan hubungan kerajaan syarikat perunding FBC Media dan kolumnis pro-Israel, Joshua Trevino.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata PKR menyokong akhbar The Guardian UK berhubung keputusan untuk memecat Trevano ekoran pembabitannya dalam FBC Media.
Syarikat itu, termasuk Trevino, dilihat sebagai perunding media untuk pengurus perhubungan awam pentadbiran Najib.
Trevino, khususnya adalah operatif terkemuka pro-Zionis.
“Ia adalah aneh bahawa kerajaan sekarang mengupah perunding itu tetapi pada masa yang sama cuba untuk menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi ahli politik ‘pro-Israel’.
“Rakyat mempunyai hak untuk mengetahui mengapa kerajaan yang bekerjasama dengan firma dan perunding yang dikecam secara umum oleh media antarabangsa,” kata Saifuddin dalam kenyataan media.
FBC Media sebelum ini didakwa dibayar RM82.6 juta bagi kempen perhubungan awam pentadbiran Najib.
Namun, kontrak yang bermula pada 2007 itu tamat tahun lalu selepas hal tersebut terdedah ekoran kekerapan pemimpin kerajaan Malaysia muncul dalam program berkenaan.

Ust Nasha masih relevan untuk PAS Terengganu?


Utusan melaporkan:
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Hayat politik Nasharudin Mat Isa yang sebelum ini kelam selepas ditekan hebat golongan 'Anwarinas' kini sedikit 'bercahaya' apabila Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan bekas Timbalan Presiden Pas itu masih relevan.

Ia merupakan sokongan terbuka pertama yang diterima Nasharudin daripada pucuk pimpinan Pas selepas banyak pihak dalam parti itu termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengambil pendirian seolah-olah Ahli Parlimen Bachok tersebut sudah tidak penting.

"Saya sudah cakap dari dulu lagi, Nasharudin masih relevan. Beliau bekas Timbalan Presiden dan meskipun tidak terpilih pada muktamar lalu, Nasharudin masih mampu menyumbang kepada perjuangan Pas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan.

Nampak gayanya mungkin betul macam telahan aku sebelum ni, Ust Nasha bakal terlepas lagi kali ni. Nak kata apa lagi kalau Ust Harun Taib berani berterus terang kata sampai macam tu.

Ust Harun Taib ni bukan calang-calang orang dalam PAS, selain dari Ketua Dewan Ulama' Ust Harun jugak adalah 'murabbi' kepada ramai ahli PAS terutama sekali di PAS Terengganu.

Kerajaan Kudeta Perak dihukum lagi oleh rakyat

Petang semalam aku tak tau nak buat apa. Jadi,aku naik motor dan bergelar-legar bandar macam polis di balai berlegar-legar semasa ada program Pakatan Rakyat. Sebelum keluar rumah, aku duk ‘Online’ untuk mengetahui yang mana satu lago rasmi Hari Kemerdekaan (versi Barisan Nasional). Banyak sungguh logo kemerdekaan versi Barisan Nasional nie. Sebelum aku sambung cerita, aku nak ucapkan Tahniah kepada Barisan Nasional yang memliki ramai pakar Adobe Photoshop. Hangpa pikiaq lah sendiri,kalau tak de pakar Adobe Photoshop yang ramai, tak mungkinlah BN buat begitu banyak logo rasmi sehingga depa pun tak tau yang mana satu betul. Semasa duk berlegar sekeliling bandar, aku nak tengok sambutan rakyat terhadap hari kemerdekaan. Maka, inilah gambar yang saya dapat ambik:

Pakatan wants Sin Chew to publish denial of hudud report

KUALA LUMPUR, Aug 28 — Pakatan Rakyat (PR) today demanded that Sin Chew Daily publish a denial of its report that PAS deputy president Mohamad Sabu had said that his party will seek to enforce the Islamic penal code if the federal opposition pact comes to power in the next general election.
“My request now is for Sin Chew to... print a denial on the issue that was brought up,” said PAS treasurer Dr Hatta Ramli (picture) at a press conference after a PR secretariat meeting.
He also said PR hopes “the denial made by Mat Sabu will get carried in the same newspaper on the front page in the next edition.”
Sin Chew Daily had splashed on its front page today a report headlined “PAS will implement hudud if it comes into power”, citing the Islamist party’s No. 2, popularly known as Mat Sabu, as saying he will seek to amend the Federal Constitution to enable the Islamic penal code to be implemented.
Mohamad told The Malaysian Insider today that when he was contacted by a reporter from Sin Chew, he never mentioned the word “hudud” in the telephone conversation.
He said he had repeatedly made clear that PAS’s wish to amend the law will be done through the parliamentary process and will not conflict with the Federal Constitution, the supreme law of the land.
“Whatever PAS wishes to do must have PR’s agreement.

NGO Lapor Polis Salah Guna Kuasa 20 Ahli MIC Termasuk Samy Vellu


PETALING JAYA 28 OGOS : Bekas orang nombor satu MIC, Datuk Seri S Samy Vellu antara yang dinamakan dalam laporan polis yang dibuat Persatuan Kebajikan dan Hak Rakyat (Power) berhubung salah guna kuasa dan penipuan dalam penganugerahan kontrak-kontrak di Universiti AIMST Sg Petani, Kedah.
Daripada 36 individu terbabit 20 mereka adalah ahli parti MIC.
Penganugerahan kontrak tanpa tender terbuka itu melibatkan Maju Institute of Educational Development (MIED) dan beberapa pemimpin MIC.
Pengerusi Power, S Gobi Krishnan berkata pihaknya membuat laporan polis itu selepas Samy Vellu yang merupakan individu penting dalam penubuhan dan urus tadbir institut itu gagal memberi penjelasan seperti yang diminta NGO tersebut.
Sebelum ini, Gobi mendedahkan beberapa bukti dan dokumen salah guna kuasa yang berlaku di dalam pengurusan AIMST yang turut melibatkan pemimpin MIC.

‘Malaysians now politically mature’

Pakatan Rakyat's top leadership believes that voters will not buy into BN's dividing tactics, including the hudud issue. 

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat’s top leadership today said its gauge on voter sentiment signalled strong support based on the newfound political maturity of the electorate and is confident of winning in the upcoming national polls.
This explains the need by the ruling coalition to play on the hudud controversy, said PKR secretary-general Saifuddin Nasution who predicted that Barisan Nasional will bet on the issue to divide the opposition bloc and call for elections once that happens.
“We are very confident of the support towards us. This is why BN will do everything it can including using the hudud controversy to divide us,” he told a press conference after holding the pact’s secretariat meeting here.

Perkara Yang Membuatkan Lelaki Menangis

Lelaki menangis? ehm … mungkin sesuatu yang jarang terlihat ada seorang lelaki menangis. Menangis akan membuat lelaki itu kelihatan lemah di hadapan wanita. Ehm .. tapi ada kalanya juga lelaki menangis, seperti ketika ia ditinggalkan oleh orang yang paling disayanginya. Jadi huru-hara …, kira-kira hal apa-apa yang boleh membuat lelaki menangis.
Ini dia senarai 10 perkara yang membuat lelaki menangis seperti dikutip.
1. Kematian Orang yang Dicintai
Siapa yang tidak sedih kehilangan orang yang dicintai? Hal yang sangat normal ketika melihat lelaki menangis saat kehilangan orang dicintainya, baik kekasih, keluarga mahupun teman. Malah terbilang jarang, lelaki yang tidak menangis jika ada orang terdekatnya yang meninggal.
2. Kematian Haiwan Peliharaan
Tak hanya manusia, kehilangan haiwan kesayangan juga boleh membuat lelaki menitiskan air mata. Hubungan antara haiwan kesayangan dan tuannya boleh sangat dekat, jika dia sudah merawatnya sejak kecil atau banyak menghabiskan masa bersama.

Human rights: Govt ‘fails’ again

The NGO's annual report details the government's ineptitude last year in preserving human rights in Malaysia. 

KUALA LUMPUR: The government has done worse in preserving human rights despite Prime Minister Najib Tun Razak’s reliance on reforms to guarantee a win in the upcoming elections, said Suaram director Kua Kia Soong today.
“We find that the record for the government in 2011 is worse than in 2010. They failed in 2010 and they failed again in 2011, and it looks like it will fail worse this year,” he told reporters at the launching of Suaram’s Malaysia Human Rights Report 2011 here.
“Because you cannot have a government that supposedly values human rights, yet has detention without trial,” he said.

10 Haiwan Yang Dijamin Masuk Syurga

 
1. Unta Nabi Saleh
Mereka menambah lagi, “Cuba kamu keluarkan seekor unta dari batu besar itu,” kata mereka sambil menunjuk ke arah sebuah batu besar sambil tersenyum sinis. Mereka juga telah menerangkan sifat-sifat unta yang dikehendaki.
Kaum Tsamud cukup yakin bahawa Nabi Saleh tidak mampu memenuhi permintaan mereka itu. Sebaliknya Nabi Saleh menjawab dengan tenang.
“Baiklah, sekiranya aku dapat memenuhi permintaan kamu itu, adakah kamu akan beriman kepada Allah dan menerima ajaranku? Adakah kamu akan mengaku bahawa aku adalah utusan Allah?”

PAS and DAP will never work with Umno, says PR

KUALA LUMPUR, Aug 28 — Federal opposition Pakatan Rakyat (PR) today said its component parties will never work with Umno, the main party in the ruling Barisan Nasional (BN) coalition.
DAPSY chief Anthony Loke said that both the DAP and PAS will never co-operate with Umno.
“But MCA president (Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek said DAP will work together with Umno to replace MCA in BN,” Loke (picture) told reporters after a PR secretariat meeting.
“DAP will also not work with Umno,” he said.
He said the actual co-operation was between the DAP, PAS and PKR in the opposition pact, saying that none of them wants anything to do with Umno.
He said Umno “thinks it is irreplaceable and everyone wants to work together with it.”

Kadar jenayah 'palsu': Diam tanda setuju, kata DAP

Ketika kerajaan berdiam diri, desakan supaya pihak berkuasa menjelaskan dakwaan bahawa pihak polis memanipulasi indeks jenayah untuk menyembunyikan keadaan sebenar semakin memuncak.

NONESetiausaha Publisiti DAP Tony Pua mencabar Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) mengisytiharkan bahaha statistik yang dipetik kerajaan telah diaudit, diakui dan disahkan oleh firma Pricewaterhouse Coopers (PwC) sebagai tepat.

"Jika tiada tindakan wajar dilakukan oleh PEMANDU atau PwC pada data berkenaan, maka PEMANDU bersalah kerana menerbitkan (angka) tidak tepat," kata Pua.

"Ia akan jadi sungguh ironi, untuk PEMANDU melakukan jenayah memberi gambaran tidak tepat dan penipuan fakta, khususnya untuk menutup kejadian jenayah."

Kuantan residents get nod to challenge minister’s Lynas greenlight

File photo of an anti-Lynas gathering in Kuantan on February 26, 2012. — Picture by Jack Ooi
KUALA LUMPUR, Aug 28 — Five Kuantan residents made headway today in their bid to stop Lynas Corp from firing up its controversial rare earth plant here after they got the High Court’s nod to challenge the science, technology and innovation minister’s decision to award a temporary operating licence (TOL) to the Australian miner. Kuantan High Court judge Mariana Yahya delivered the decision in her chambers when their case was up for a judicial review today.
“We expected the legal representatives from the Attorney-General’s Chamber to raise an objection to our application but instead they consented.
“This means we get to proceed with the judicial review,” Tan Bun Teet, one of the five applicants, told The Malaysian Insider today.

Isu hudud tak akan pecahkan Pakatan, kata Saifuddin

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu hudud digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk memecahbelahkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS dan DAP.

Saifuddin: “Isu hudud adalah usaha titik akhir bagi Umno.” — Foto fail
Katanya, ini adalah perangkap lama Umno yang sekian lama digunapakai dan memang sudah dijangka. “Apabila Umno menggunakan isu hudud, kita sudah tahu ini adalah usaha titik akhir bagi Umno,” kata Saifuddin lagi.
“Politik sebegini mungkin boleh dipakai pada tahun 70an, tapi kini kita sudah tahu dan kematangan rakyat terutamanya segmen pengundi muda.”
Katanya, di negara-negara majoriti Muslim seperti Mesir di bawah pimpinan Dr Mohammed Mursi isu seperti hudud tidak dibincangkan, tetapi isu seperti hak demokrasi dan pembanterasan rasuah.
“PR mengajak rakyat untuk ke arah politik matang dan membincangkan kerajaan yang lebih baik, manakala Umno hanya berminat bermain isu-isu yang membawa perpecahan.
“Kita semua yakin kerjasama antara PAS, PKR dan DAP adalah kerjasama paling kuat untuk kerajaan yang lebih baik,” katanya lagi.

Turkey limits flood of refugees from Syria

Isaac's Biggest Dangers: Rain, Flooding

Sketsa Aidilfitri Anak Muda

Cover-up suspected as shootout witnesses detained

Today in History for August 28th

Hudud: Fathul Bari Elok Fahamkan Pemimpin UMNO@BN Bukan TGNA...!!!

Ulamak muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya telah menghantar surat kepada Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbincang soal hudud. Surat itu dihantar berdasarkan bermuzakarah di antara Pas dan Umno pada 6 Jun lalu menerusi sekeretrait  Ulama Muda Malaysia (Ilmu). Surat itu diterima oleh setiausaha akhbar MB Kelantan itu, Fadzli Shaari namun belum dijawab hingga sekarang.

Fathul Bari yang juga menantu bekas MB Perlis Shahidan Kassim itu bercadang untuk bertemu Nik Aziz bagi membincangkan isu hudud secara profesional dan bukan untuk bertikam lidah.

Ku Li anggota jawatankuasa khas royalti?


Nik Abdul Aziz Nik Mat KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengenal pasti beberapa nama untuk pertimbangan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai anggota jawatankuasa khas royalti yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagaimanapun berkata, perkara tersebut belum boleh diumumkan kerana masih diperbincangkan diperingkat Kerajaan Negeri.

“Ada dua tiga nama, saya sudah kemukakan kepada pegawai saya untuk diserah kepada Tuanku (Sultan Muhammad V),”katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Graduan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias)  di sini, hari ini.

Kantoi : 'Bekas IGP bohong bila nafi kenal bos kongsi gelap'

NONEBekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan berbohong apabila menafikan pernah berhubung dengan tokoh kongsi gelap Goh Cheng Poh dan BK Tan semasa masih berkhidmat, kata bekas pegawai kanan polis.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff berkata, terdapat bukti dikumpulkan pasukannya, akuan bersumpah yang tidak dicabar dan pengakuan mahkamah membuktikan sebaliknya.

Tambahan pula, tambahnya, dalam perbicaraan dakwaan salah guna kuasa terhadapnya di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Musa diputuskan bukan saksi yang boleh dipercayai untuk memberi keterangan.

"Musa saksi terakhir untuk memberikan keterangan dalam kes salah guna kuasa yang didakwa terhadap saya.

Umno Jaga Agama Atau Agama Jaga Umno?

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/574915_458283477536257_659502879_n.jpg

KPKK : TAKDE DALAM SEJARAH SEBARANG KONSERT AMBANG MERDEKA DI DATARAN DARI 1957 HINGGA SEKARANG...!!!!! ha..ha..ha..agak2lah kalau nak lebong...hi.hi....



 
“Selama ini pun pihak kami tak pernah menganjur mana-mana perhimpunan termasuk konsert-konsert sempena menyambut ambang kemerdekaan sejak dari dulu dari zaman kemerdekaan lagi dan pihak kami menutup terus jalan ke Dataran Merdeka selama ini sehingga tiada siapa  boleh masuk ke Dataran ini bagi memastikan siar raya kami tidak terganggu untuk Sambutan Hari Kemerdekaan pada keesokan harinya…”

Hasil Cukai kereta setahun RM6 bilion – Biar Rakyat Derita, Kroni Senang Lenang

Kastam Diraja Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan melalui ketua pengarahnya, Datuk Khazali Ahmad yang menyatakan sokongan untuk mengekalkan duti eksais kenderaan.
Kontroversi mengenai cadangan pemansuhan cukai tersebut oleh Pakatan Rakyat, menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan ini dengan menyatakan duti eksais kenderaan yang bernilai RM6 bilion setahun kepada Perbendaharaan boleh digunakan untuk membantu projek-projek pembangunan di seluruh negara.
"Kira-kira RM6 bilion kepada RM7 bilion dikumpul setiap tahun hanya dari duti eksais kenderaan. Bayangkan berapa banyak sekolah dan hospital kita dapat bina dengan jumlah wang itu, "kata Datuk Khazali Ahmad.
Tetapi mengikut Penganalisis Ekonomi, dengan pemotongan duti eksais kenderaan - yang kini mencecah setinggi 105 peratus - boleh membantu merangsang ekonomi dengan meningkatkan pendapatan boleh guna dan mengurangkan beban hutang isi rumah yang berjumlah RM581 bilion.

RM 30juta : MB Terengganu Kalah Kes Saman!


Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini menolak saman Menteri Besar Terengganu terhadap ADUN PAS DUN Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (gambar) dan tiga yang lain berhubung artikel dalam organ parti yang berhubungan dengan skandal pembelian pakaian seragam sekolah negeri.

Hakim Datin Yeoh Wee Siam membuat keputusan itu dalam kamarnya.

Peguam Abdullah Omar Bawadi mewakili Menteri Besar, Ahmad Said dan dua yang lain manakala Azhana Mohd Khairudin bertindak bagi Syed Azman dan tiga defendan lain.

Azhana memberitahu pemberita hakim memutuskan bahawa Menteri Besar tidak dapat mengekalkan tindakan fitnah terhadap empat kerana beliau telah menyaman mereka atas kapasiti rasminya (menteri besar) dan bukannya individu.

Don’t be greedy, PBRS tells Umno

Local Sabah BN ally Parti Bersatu Rakyat Sabah is fuming over Umno's demand for its sole parliamentary seat.

KOTA KINABALU: With the general election pending, tempers are running high over the demand for seats within the ruling Barisan Nasional coalition.
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) is the latest coalition member to cry foul over claim by Umno for another seat in an area it considers as PBRS turf.
Pensiangan Umno Youth made the demand for one of the three seats within Pensiangan parliamentary constituency, which has long been the preserve of PBRS, a local Sabah party.
“Is the Pensiangan Umno so blinded with power that they don’t realise Umno is holding a majority of the state and parliamentary seats in Sabah,” PBRS secretary general Dr Johnson Tee asked today when responding Umno youth member Mohd Khairil Abdullah’s statement recently.