Isnin, 27 Ogos 2012

Mesir dan Brunei Laksana Hudud, Kenapa?

Menyedari terdapat banyak pihak yang memperkatakan isu tentang hukum hudud dan terdapat sesetengah pihak pula yang menolak dan menghinanya, Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) merasa bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan tentang hukum ini.



1. Hukum hudud merupakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia khasnya kepada orang Islam dalam menyelesaikan isu yang berkaitan dengan jenayah. Mereka tidak boleh menunjukkan sikap dolak dalih apatah lagi menolak dan menghinanya kerana melaksanakannya merupakan tanggungjawab ke atas seorang Muslim. Sikap menolak dan menghinanya boleh menjadikan seseorang itu terkeluar dari agama.

Mendekati Islam : Tahniah kepada artis yg.mahu berubah!

Fokus utama bukan isu hudud

Oleh Abd Shukur Harun
Fokuslah kepada persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang, bukan berbahas mengenai isu hudud, bukan juga isu Ustaz Nasharudin Mat Isa, justeru isu ini hanya dilontar oleh pemimpin Umno/BN dan media yang mereka kuasai untuk mendapat keuntungan politik Umno/BN.


Dalam kesempatan pulang ke kampung – Serkat, Tanjung Piai, Pontian dan meninjau sekali ke kawasan Dun Kukup dalam kawasan Parlimen Tanjung Piai serta ke Dun Nusa Jaya dalam Parlimen Pulai – yang semuanya di Johor, saya mendapati mood rakyat di kawasan itu berpihak kepada Pakatan Rakyat, khususnya pengundi Cina.

Ini suatu perubahan yang belum pernah saya saksikan sebelum ini di mana, antara lain bendera PAS banyak tercacak di kiri kanan jalan, termasuk jalan kampung, sementara markas PAS kecil dan besar kelihatan ceria dan rancak.

Percakapan penduduk, termasuk generasi lama, yang ditemui di hari raya kelihatan kebanyakannya memihak kepada pembangkang dengan menyatakan keluh kesah kerana harga barang naik, belanja sara hidup begitu tinggi dan pelbagai masalah lagi.

Asas perbezaan sebenar PAS dengan Umno

Oleh Mohd Rashidi Hassan
Dalam beberapa hari menjelang umat Islam menyambut Aidilfitri, sehingga kini, polemik mengenai hukum hudud dibangkitkan semula, sehingga riuh rendah media massa memainkan isu ini.


Adakah di kalangan kita, boleh menerima alasan, bahawa isu mengenai hukum hudud ini dibangkitkan dan digembar-gemburkan media massa yang dikuasai kerajaan Umno-Barisan Nasional, kerana mereka kini sudah sedar dan benar-benar ikhlas, bangkit untuk memperjuangan Islam?

Dan dengan kesedaran ini juga Umno-BN akan bangkit melawan bermati-matian, terhadap semua tentangan golongan bukan Islam terhadap hukum hudud?

Sudah tentu tidak. Tujuan utama media pro Umno-BN membangkitkan isu ini hanya satu sahaja. Iaitu mereka memang mahu memecahbelahkan perpaduan dan kerjasama yang wujud di antara PAS dan DAP. Oleh sebab itu apabila DAP menentang hudud, mereka akan bangkit dan memaki hamun DAP, tetapi apabila MCA menentang hudud, Umno 'duduk menikus di belakang pintu'.

Peluru yang terakhir ...?

Oleh SELENA TAY
Kini U mno telah kehabisan peluru untuk menyerang PAS yang telah diperkuatkan dengan penyertaan ramai orang yang ternama. Perkara ini tidak pernah berlaku dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini.

Oleh itu, Umno telah menggunakan pelurunya yang terakhir dengan amat mujarab sekali - iaitu dengan mensasarkan DAP.


Taktik Umno untuk menjatuhkan PAS ialah dengan menumbangkan DAP. Ini adalah kerana PAS, DAP dan KeADILan adalah satu rangkaian ikatan yang kuat dalam Pakatan Rakyat tetapi jika satu daripada mereka dapat ditumbangkan maka semuanya akan tumbang sekaligus.

Kelab Penyokong Umno IPTA tindakan terdesak


KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan tindakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menubuhkan kelab penyokong  di setiap kampus intitusi pengajian tinggi awam (IPTA) adalah tindakan terdesak apabila sokongan kepada BN Youth Volunteer dan BN media sosial tidak mendapat sambutan.
Pengarah Biro Mahasiswa AMK, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli (gambar) sebagai sebuah negara demokrasi AMK tidak menghalang mana-mana parti cuba mendampingi mahasiswa.

Namun, katanya setiap perlaksanaan haruslah mengambil pendekatan membina secara ilmiah bukannya indoktrinasi permaksaan.

"Kita tidak ada masalah langsung untuk Pemuda umno mendekati mahasiswa tetapi setiap apa yang mereka ingin lakukan perlu mengikut garis panduan demokrasi.

'Belum sampai masa DAP bincang terima pingat istana'

NONESetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menjelaskan bahawa masanya belum tiba untuk parti itu membincangkan soal penerimaan pingat kebesaran dari istana di kalangan ahli-ahli partinya.

Menurutnya, tumpuan DAP sekarang adalah memberikan khidmat terbaik kepada rakyat yang mengundi mereka dalam pilihan raya.

"Kita berjuang dalam politik demi rakyat, bukan kerana gelaran. Itu bukan tujuan kita," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan Ng Suee Lim yang menggesa DAP mengkaji semula peraturan tidak bertulis yang tidak menggalakkan ahli menerima pingat dan darjah kebesaran istana.

Hujah Ng, DAP wajar menerima anugerah istana untuk menangkis tohmahan yang dilemparkan terhadap DAP sebagai parti yang anti-Melayu.

Majlis Syura disaran gugur keanggotaan Nasha

Majlis Syura PAS disaran menasihatkan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa supaya berundur sebagai anggotanya kerana ia dilihat jalan terbaik mengelakkan isu berkaitannya dieksplotasi.

NONEBekas naib presiden PAS Ahmad Awang berkata, menarik diri secara sukarela merupakan langkah terbaik bagi menangani kontroversi itu.

"Mereka boleh beri nasihat supaya beliau berundur. Itu secara diplomasi.

"Beliau diminta berundur secara elok-elok," katanya sambil menegaskan tindakan diplomasi itu menjadikan PAS "lebih selamat".

Ahmad yang juga bekas anggota Majlis Syura berkata, itu langkah terbaik walaupun badan itu mempunyai kuasa menggugurkan keahlian anggotanya.

Menurut Ahmad lagu, tindakan itu juga boleh mengelakkan serangan BN ekoran kenyataan Nasharuddin yang mahukan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat ekoran perbezaan pendapat dengan DAP berhubung isu hudud.

Punahsihat Broker Katak : PAS Kedah wajar ketengah tokoh baru ganti Azizan...lu sape beb...ha..ha..!!!

Masalah kesihatan menyebabkan beliau tidak dapat menghadiri majlis Hari Rayanya di Seri Mentaloon dua hari lepas. 

SUNGAI PETANI:  PAS Kedah wajar mengetengahkan tokoh baru bagi menggantikan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada pilihan raya umum akan datang berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Ketika membuat saranan itu, bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim berkata Azizan harus akur dengan keadaan kesihatan beliau untuk mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau.
“Masalah kesihatan Azizan menyebabkan beliau tidak dapat menghadiri majlis Hari Rayanya di Seri Mentaloon (kediaman rasmi Menteri Besar) dua hari lepas.
“Pada saya sudah sampai masanya Menteri Besar itu mencari muka baru (menggantikannya) untuk menjadi calon PAS Kedah pada PRU-13,” kata Zamil kepada Bernama di sini, hari ini.

Bincang apa lagi Fathul Bari oi...pie la suruh Najib laksanakan Hudud Versi UMNO nu...

LU SIAPA BEB NAK AJAK TG NIK AZIZ BERBINCANG... KAH KAH KAH !

Siapa lu nak ajak TG Nik Aiz berbincang berkenaan Hudud... cuba lu cermin dulu muka lu tu sebelum nak ajak TG Nik Aziz untuk berbincang berkenaan Hudud... sedangkan menjadi Jurubahasa semasa Perdana Menteri Wassatiyah Datuk Seri Haji Najib (DSHN) berada di Mekkah pun lu tak dipanggil... dan yang dijadikan Jurubahasa adalah Bekas Timbalan Presiden Pas yang kalah... ini sedap-sedap aje lu nak ajak TG Nik Aziz berbincang pasal Hudud... kah kah kah !.
Sudah lah tajuk perbincangan bukan nya nak menjalankan Hudud tapi nak berbincang bagaimana susahnya Hudud untuk dijalankan... kah kah kah.... lebih baik aje le lu berbincang dengan Pemimipin United Munafikun National Organisations (Umno) macam mana nak menipu orang Melayu Islam bagi Hudud tidak dijalankan... sebab itu gua katakan tiada bezanya antara Pemimipin Umno termasuk lu dengan Pengerusi Dap Karpal Singh yang pengampu-pengampu Umno panggil Kafir Harbi tu... kah kah kah !.

NOT ALL 'frogs' are bad: Unlike Ibrahim Ali, SOME HAVE BACKBONE!

NOT ALL 'frogs' are bad: Unlike Ibrahim Ali, SOME HAVE BACKBONE!IT IS crystal clear that come the next general election (GE), Barisan Nasional (BN)’s political survival lies in whether the MCA, Gerakan and MIC can deliver crucial seats.
No one doubts Umno’s ability to rope in the Malays but that too is visibly shaky.
Yes! With Umno resorting solely to race and religion to consolidate its Malay support, perhaps not as effective in the educated urban compared with the rural, it is still only a perception.
If Umno is able to win back some of the support of the Malays who deserted it in 2008, BN-Umno also loses more of its staunch non-Malay voters.
So, will it be status quo in the next GE? That BN-Umno has regained Malay support with its racist and religious hype is, to me, just a perception? Was the March 2008 political tsunami also a perception?
Frog-breeding the main industry
Four years is a long time in politics and I have yet to be convinced that BN, particularly Umno, has changed with the times to remain politically relevant to the young Malaysians, especially post Merdeka and May 13, 1969, citizens.

Jangan Rosakkan Fitrah Kasih Sayang


Salah satu punca kenapa ramai pasangan pengantin muda tidak dapat kekalkan kebahagiaan rumah tangga 10 tahun pertama adalah disebabkan sudah kurangnya kasih sayang antara mereka.

Hal ini kerana mungkin ketika bercinta (couple), sudah hilangnya fitrah kasih sayang disebabkan terlalu banyak ungkapkan kata cinta sebelum pernikahan dilakukan. Bila dah banyak kali dengar 'I Love U', lama-lama pasti bosan bukan?

Jadi, mulai sekarang marilah kita berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah Nabi SAW kerana hanya berpandukan 2 sumber ini sahaja, ia dapat membimbing kehidupan kita menjadi lebih baik di dunia dan di akhirat. Bukan berpandukan ajaran dari golongan yang sesat dan dimurkai iaitu Kristian dan Yahudi.

Sakitnya Sakaratul Maut…4,000 Tahun RASA SAKIT Itu Belum Tentu Hilang!

Sakitnya Sakaratul Maut...4,000 Tahun RASA SAKIT Itu Belum Tentu Hilang!

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali.
Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: “Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300 kali tetakan pedang.”
Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.
Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya.
Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu.
Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Ekonomi Malaysia : Kenapa tiada tepuk-sorak pertumbuhan 5.4%?

Saya bukan seorang ‘pessimist’ dan tidak juga seorang ‘sadist’. Tetapi ketika pengumuman dibuat tentang pertumbuhan ekonomi meningkat sebanyak 5.4% dalam suku kedua baru-baru ini, mengapa saya tidak seronok -‘euphoric’- macam sesetengah pemimpin Umno?

Bukankah pencapaian itu lebih baik dari pertumbuhan 4.7% dari suku pertama tahun ini dalam suasana ekonomi global menguncup dan tidak menentu?

Mengapakah saya suka bercakap tentang ‘bahaya’ dan ‘mala-petaka’ yang bakal menimpa rakyat dan negara (yakni pessimist) dalam suasana ekonomi negara dikatakan adalah lebih baik sekarang?

Apakah saya seorang “sadist”sengaja menyiksa dan menyakitkan hati Najib, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan itu?

Yang penting ini bukan pandangan saya sahaja bahkan pakar-pakar ekonomi dan badan-badan penyelidik dan kewangan antarabangsa yang lebih awal merakamkan kekhuatiran tersebut.
Jadinya, pandangan saya ini bukanlah kerana saya seorang pembangkang di Parlimen (Federal Opposition MP). Saya akan cuba pendekkan analisis dan permudahkan penerangan ini.

Kebebasan berpersatuan: SAPP saran Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dipinda...ha..ha...ada berani..!!!

KOTA KINABALU, 27 Ogos — Parti Maju Sabah (SAPP) menyarankan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan berpersatuan dipinda agar wakil rakyat yang melompat parti wajib meletak jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.
Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee (gambar) berkata parti itu juga menyarankan agar wakil rakyat yang meletak jawatan itu, jika beliau mahu, boleh bertanding semula bagi membolehkan pengundi di kawasan terbabit menilai keputusannya melompat parti.
Beliau berkata peraturan ini (untuk bertanding semula) memerlukan pindaan lanjut terhadap Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 17(5) Perlembagaan Negeri Sabah yang menghalang seseorang wakil rakyat yang meletak jawatan dipilih semula sebagai Anggota Parlimen atau Dewan Undangan Negeri bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh peletakan jawatan itu.

Negara Islam Perlu Tingkat Kekuatan

Pemimpin negara anggota OIC bergambar selepas persidangan di Arab Saudi baru-baru ini.

Perluas penyelidikan sains, teknologi, jana ekonomi
Pergolakan dan kemelut yang melanda dunia Islam bagaikan tiada noktah dan kesudahan. Bermula daripada kebangkitan yang membawa perubahan drastik di beberapa negara di Semenanjung Arab hingga kepada masalah diskriminasi ke atas etnik minoriti Islam di Myanmar, selatan Thailand,Filipina, Palestin dan beberapa negara lain, segala-galanya memerlukan pendekatan khusus dan segera untuk ditangani.

Kemajuan ekonomi di negara Islam amat perlahan berikutan tiada perhatian diberikan kepada pembangunan sains dan teknologi dan ini perlu diubah” – Dr Ms Dolatabadi, Kuasa Usaha Kedutaan Iran di Malaysia
Seperti yang ditegaskan oleh Kuasa Usaha Kedutaan Iran di Malaysia, Dr MS Dolatabadi, banyak perkara perlu dilakukan untuk menyelesaikan isu dan masalah yang membelenggu umat Islam.
Ketika bercakap pada majlis berbuka puasa bersama diplomat negara selatan, anjuran bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan South South Nations Gateaway (SSIG) di ibu negara baru-baru ini, beliau berkata, negara Islam perlu memberi penekanan kepada usaha memajukan teknologi dan sains, memperluaskan bidang penyelidikan dan pembangunan bagi menjana perkembangan ekonomi.

Jawapan Tamrin Ghafar terhadap kenyataan adik ipar dan adiknya

 Jawapan En Tamrin Tun Ghafar...A'kum Zainun I ve read ur statement in Utusan. 

Its ok I understand. I hanya tukar party bukan tukar Agama. Tengku Abd. Rahman dan Tun Husain Onn keluar UMNO dan mati d luar UMNO. 


Tun M dan Sanusi pun pernah keluar UMNO zaman Dollah dan masuk semula zaman Najib. Begitu juga dng Rais , T. Razaleigh dan ramai lagi. 


May b u all r not aware Abah pun hampir2 tuboh party baru dlm zaman Dr. M / Dollah. U can check wit Dtk. Bahador Shah n Dtk. Rahman Yunus . cc all family members. Salam.

 
Mat Sabu: Saya memang ada lawat Tun Ghafar ketika sakit
SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mempertahankan kenyataannya bahawa beliau pernah menziarahi bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba ketika diserang strok.

Bongkar : 2 Masalah Besar Najib!! - Rafizi

Hudud : Jawapan kpd Cabaran Bodoh Ketua Penerangan umno Selangor

PAS Di Cabar Laksanakan Hudud Di Kelantan, Kedah: Abdul Shukor Idrus, Ketua Penerangan umno Selangor. 
SHAH ALAM: Umno Selangor menggesa PAS melaksanakan hudud di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat terlebih dahulu sekiranya benar-benar ikhlas ingin melaksanakan hukum tersebut.

Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata parti itu boleh melaksanakan hudud di dua buah negeri yang ditadbir iaitu Kelantan dan Kedah melalui Jabatan Agama Islam di negeri-negeri tersebut yang diketuai oleh Yang Dipertua Negeri atau Sultan. "Saya dah dengar setiap kali pilihan raya umum akan timbullah isu hudud ini yang dimainkan khususnya oleh pemimpin PAS bagi menarik sokongan rakyat khususnya orang Melayu dan Islam yang kononnya mereka adalah pejuang Islam yang sebenar. 

"Kalau PAS benar-benar ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud, mereka boleh laksanakan di negeri yang diperintah oleh mereka melalui jabatan agama Islam masing-masing dan dikuasai peringkat negeri masing-masing dan diketuai oleh Yang Dipertua Negeri atau Sultan," katanya . 

Sambil menyifatkan kenyataan pemimpin PAS berkenaan hudud untuk meraih undi semata-mata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang tidak menolak kemungkinan ia berpunca kerana sokongan orang Islam dan Melayu semakin berkurangan ekoran situasi politik dalaman parti itu yang bergolak ketika ini. 

Najib is a broken record, says Pakatan

Najib should engage in intelligent arguments over Pakatan Rakyat’s policies rather than just warning about the opposition's sweet promises, say Pakatan leaders.

PETALING JAYA: Prime Minister Najib Tun Razak’s incessant warnings to Malaysians to not fall for the opposition’s “sweet promises” proves Barisan Nasional cannot shoot Pakatan Rakyat down via intelligent arguments, opposition leaders said today.
PKR strategy director Rafizi Ramli said that Najib was being a “broken record” by constantly cautioning the public against falling for Pakatan’s “sweet promises”, adding that it would only backfire on the government.
“Barisan Nasional always says the same things when criticising the opposition – that our policies are sweet promises, that it will bankrupt the nation…
“But what the public actually wants to hear are intelligent arguments backed up with numbers. I think that is the expectation,” Rafizi told FMT.
“Instead, all he [Najib] can say is that our policies cannot be implemented. He knows he is facing a public that is convinced Pakatan can deliver on economic problems, so he’s just trying to plant some seeds of doubt in the public’s mind.”

Umno Youth BIGOTRY against Christians: 'LIAR' Khairy must apologize!

Umno Youth BIGOTRY against Christians: 'LIAR' Khairy must apologize!It appears that Khairy Jamaluddin had lied about the UMNO Youth Facebook page. Khairy had even lodged a police report, claiming that the person who put up the poster with the controversial remarks was “unauthorised” to do so and that the page was not the youth wing’s official Facebook page.
The administrator of the page had posted an apology on the page. But irreparable damage had been inflicted and UMNO/BN are set to lose more middle ground votes that they could ever imagine.
“Kami minta maaf secara terbuka kepada semua rakyat atas kesilapan mengeluarkan gambar yang tidak patut pada 17/18 Aug 2012. Admin itu sudah dikeluarkan dari fanpage,” the page’s administrators wrote in a posting late last night, just hours after Umno Youth chief Khairy Jamaluddin told the media that he was closing in on the culprit behind the poster.
Ultra-fast exemption!

Janji Bersih: DBKL belum terima permohonan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) belum menerima sebarang permohonan daripada penganjur Himpunan Janji Bersih untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka, Khamis ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, jika permohonan dikemukakan, pihaknya perlu meneliti mengikut peraturan yang ada.

"Kami masih belum terima apa-apa surat daripada mereka (penganjur Gabungan Janji Bersih) untuk dibuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak.

"Bagaimanapun jika permohonan dibuat, kita akan kaji dan teliti terlebih dahulu," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.
Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu tidak mendapat kebenaran DBKL untuk diadakan di Dataran Merdeka.

Penganjur Gabungan Janji Bersih kini bercadang mengadakan sambutan Ambang Merdeka selama dua jam mulai 10 malam, Khamis ini.

Malaysia Kita : Peraih besi buruk ditetak samseng

JANJI DEMOKRASI | DATARAN MERDEKA | 10PM | 30th August 2012

200,000 dijangka meriahkan Perhimpunan Janji Ditepati...ada elaun tak..he.he..!!!!


Kamaruddin Siaraf
Kamaruddin Siaraf menyampaikan taklimat pada sidang media mengenai Perarakan Merdeka dan Perhimpunan Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Hampir 200,000 orang dijangka membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memeriahkan Perhimpunan Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, Jumaat ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, khalayak adalah daripada agensi dan jabatan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan, badan beruniform, parti komponen Barisan Nasional, pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, komuniti 1Malaysia serta belia pelbagai kaum.
"Kesemua pihak yang terlibat menunjukkan minat yang amat menggalakkan dalam penyertaan 'Perhimpunan Janji Ditepati' berdasarkan kepada penambahan jangkaan kehadiran pada hari itu," katanya kepada pemberita selepas taklimat akhir jawatankuasa khalayak persembahan khas sempena perhimpunan itu, hari ini.

Sanggupkah rakyat lihat Anwar bersara?

Shahbudin Husin
Sudah dua kali Anwar Ibrahim mengulangi hasratnya untuk bersara selepas pilihanraya umum ke 13 ini sekiranya PR gagal menawan Putrajaya. Tetapi hasrat untuk bersara itu hukan kerana kecewa, sebaliknya untuk memberi ruang kepada pemimpin muda pula mengambil alih peranan meneruskan perubahan yang telah dicetuskannya sejak 1998 lagi.
Anwar menegaskan bahawa beliau akan kembali ke dunia akademik selepas itu. Sebelum menyertai UMNO, Anwar pernah menubuhkan Yayasan Anda dan selepas dibebaskan dari penjara, beliau menjadi pensyarah di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.
Jika PR gagal dalam PRU 13 ini, Anwar akan menyerahkan kepada generasi pelapis mengambil alih peranannya dan beliau ingin kembali menjadi pensyarah semula. Selain faktor usia, hasratnya menyerahkan baton kepada pemimpin muda adalah sesuatu yang harus dipuji.
Soalnya adakah kita rakyat Malaysia sanggup melihat Anwar bersara dan membiarkan Najib Rosmah terus kekal sebagai Perdana Menteri?

Tiada 'lampu hijau' polis, tapi Janji Bersih anjur Ambang Merdeka


Maria Chin KUALA LUMPUR - Pihak polis tidak memberi sebarang 'lampu hijau' diberikan kepada penganjur Himpunan Janji Bersih yang akan diadakan pada 30 Ogos ini, tetapi penganjur akan mengadakan sambutan Ambang Merdeka menggunakan tema "Janji Demokrasi".

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad dipetik Bernama berkata, tiada sebarang kebenaran diberikan oleh pihak polis kepada penganjur kerana Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2011 mensyaratkan penganjur memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan kepada polis, namun perkara itu gagal dilakukan oleh penganjur.

Tun Musa Hitam : "Kamu Tidak Kenal Dia (Dr M) Sepertimana Saya"

Tun Musa: “kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim.”

Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam
Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya. Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama!

Bayar konsultan untuk pulih imej, Najib sebaris diktator Hosni Mubarak, Kazahzstan

Peletakan jawatan Joshua Trevino, penulis The Guardian di Amerika yang penuh kontroversi telah menimbulkan semula isu obsesi pentadbiran BN bagi membayar konsultan bagi membina imej mereka di luar negara.
Trevino dipaksa meletak jawatan apabila beliau didedahkan sebagai konsultan kepada FBC Media ketika beliau menulis sebuah artikel yang memuji imej ‘Muslim sederhana’ Datuk Seri Najib Razak’s.
Malah tahun lepas Najib mengaku di Parlimen bahawa Kerajaan Persekutuan membayar RM94 juta kepada FBC Media antara 2007 dan 2010.
Meskipun Najib cuba menjauhkan dirinya daripada taktik kewartawanan kotor FBC yang ‘mengatur berita’ apabila menerima upah daripada Kerajaan Malaysia, kedua-dua rangkaian media antarabangsa BBC dan CNBC menamatkan kontrak mereka dengan FBC Media memandangkan pelanggaran etika kewartawanan.
Selain daripada pentadbiran Najib, pelanggan lain FBC Media termasuklah rejim Hosni Mubarak sebelum kejatuhannya di Mesir dan kerajaan diktator Kazakhstan.

Police disallow Janji Democracy

It will violate Peaceful Assembly Act, says top Dan Wangi cop. 

PETALING JAYA: Police today declared as illegal the Bersih-linked Promise of Democracy (Janji Democracy) gathering to be held at Dataran Merdeka on the eve of Merdeka Day.
Dang Wangi district police chief ACP Zainuddin Ahmad has told the organisers to cancel it and warned the public against participating in it.
Speaking to FMT, Zainuddin said the statements made this afternoon by Maria Chin Abdullah, a representative of the Coalition of Promises (Gabungan Janji), were inaccurate.
Chin’s statements came after the group had a dialogue with the police chief.
“I did not give them the green light actually, if that was the impression given [in her press conference],” he said. “In fact, the first words that came out of my mouth were that they had already violated the law.”
He said that under Section 9(1) of the Peaceful Assembly Act 2012, the organisers should have submitted an official notification to the police of their gathering 10 days before the event.

‘Memori Perjuangan Politik Syed Husin Ali’: Zulkifli Nordin fail saman

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin (gambar) menfailkan saman fitnah terhadap Senator Dr Syed Husin Ali berhubung buku ‘Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali’.
Writ saman difailkan Jumaat lepas di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil melalui Tetuan The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua.
Dalam pernyataan tuntutan, Zulkifli mendakwa Syed Husin secara palsu dan dengan niat jahat telah menerbitkan dan mengakibatkan penerbitan perkataan-perkataan bersifat fitnah terhadapnya.

Himpunan merdeka: Tiada 'ya' atau 'tak' dari polis

Selepas pertemuan dengan penganjur hari ini, polis Dang Wangi masih tidak menyatakan dengan jelas sama ada membenarkan atau menolak dua perhimpunan yang dirancang pada malam ambang merdeka menjelang 31 Ogos di Kuala Lumpur.

NONE"Tiada ya atau tidak daripada polis... Jadi kami merayu supaya polis membenarkan acara pengiraan detik (ulang tahun kemerdekaan)," kata penganjur perhimpunan "Janji Demokrasi" Maria Chin Abdullah.

Sementara itu, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Selamatkan Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang (PJSBBC) berkata, polis hanya memberi penerangan berhubung Akta Perhimpunan Aman 2012 dan kebimbangan mereka pada keselamatan peserta.

Kedua-dua pihak berkata pertemuan dengan polis hari ini di ibu pejabat daerah (IPD) di ibu negara itu berlangsung penuh mesra.

Janji Demokrasi: Polis lepas tangan, kelu ditanya status himpunan

KUALA LUMPUR 27 Ogos: Polis hari ini kelu apabila ditanya Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Maria Chin mengenai status Himpunan Janji Demokrasi yang bakal diraikan Gabungan Janji sempena sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka 30 Ogos ini.
Menurut Maria, polis bersikap lepas tangan sama ada membenarkan atau tidak kumpulan itu meneruskan perhimpunan bagi menyambut perayaan Hari Kebangsaan ke-55.
Beliau yang ditemui pemberita selepas sejam memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang tadi memberitahu, kumpulannya akan tetap mengadakan perhimpunan aman tersebut seperti yang dirancang.
“Tidak ada ya atau tidak daripada pihak polis …Jadi kita rayu (kepada) polis membenarkan.
“Polis beri taklimat kepada kita bahawa Akta Perhimpunan Aman boleh digunakan untuk menangani perhimpunan haram.
“Dari perspektif polis, mereka cuma berkata, perhimpunan perlu buat permohonan,” kata Maria yang juga penganjur Janji Demokrasi.

Garis panduan UM larang propaganda parti di kampus...tapi kalau UMNO tak pe eh...!!!



 
Universiti Malaya (UM) kini menggunakan kod tata kelakuan baru yang antaranya melarang penyebaran maklumat, propaganda dan ideologi parti politik di dalam kampus melalui pelbagai cara.

Menurut garis panduan yang diwartakan pada 22 Jun lalu itu, aktiviti yang dilarang termasuk menyebarkan risalah berkaitan, mempamerkan sepanduk, poster, sebaran lisan dan melalui media elektronik.

Panduan sembilan halaman yang dimuat naik ke laman web UM itu juga menjelaskan ia bertujuan memastikan keamanan dan keharmonian kampus terjamin.

Perkara lain yang turut dilarang:
  • Berurusan dengan parti politik atau persatuan luar kampus tanpa kebenaran UM, termasuk membuat penyataan atau mengutip sumbangan bagi pihak parti politik dalam kampus.
  • Menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap parti politik melalui penggunaan simbol yang melambangkan parti politik, termasuklah melalui pakaian, topi dan lencana dalam kampus.
  • Menyatakan sikap terhadap badan yang yang menyalahi undang-undang yang ditetapkan sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau UM.
  • Memakai atau membawa logo atau simbol UM dalam penglibatan pelajar dalam aktiviti parti politik di luar kampus.

DAP: Bernama doctored Hari Raya photograph

A DAP senator claims that the national news agency tweaked a photograph to give the impression that thousands of people were supporting the prime minister during Hari Raya.

PETALING JAYA: DAP has questioned the authenticity of a photograph that supposedly showed tens of thousands of people gathering at Prime Minister Najib Tun Razak’s residence during Hari Raya.
Referring to a Aug 21 The Star report, Senator S Ramakrishnan called the daily’s front cover photo a “blatant lie”.
Citing an anonymous youth’s testimony, he said that the latter did not see the tens of thousands of people as reported in the paper.
This led Ramakrishnan to make the accusation that the photograph, which had been taken by national news agency Bernama, had been doctored.
Ramakrishnan claimed that the Sri Perdana residence in Putrajaya would not have been able to support a crowd of tens of thousands of people.
He alleged that different pictures had been “juxtaposed and superimposed” to create the impression that a large crowd had gathered there.

Rogol : 'Hukuman berkelakuan baik tak bermakna pemain boling tak bersalah'

NONEMahkamah Rayuan menetapkan walaupun pemain boling kebangsaan Nor Afizal Azizan terlepas hukuman penjara dan diganti dengan bon peribadi RM25,000 serta jaminan berkelakuan baik, ia tidak bermaksud beliau bebas daripada kesalahan yang dilakukan,

Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, yang merupakan hakim kedua tertinggi dalam negara ini berkata kesalahan itu direkodkan dan individu berkenaan sebenarnya telah dihukum.

"Ia akan menjadi sebahagian daripada rekod jenayah individu itu dan akan kekal sepanjang hayatnya. Dalam kes ini perayu dijatuhkan hukuman penjara yang tertangguh dan perlu berkelakuan baik selama lima tahun.

"Jika beliau patuh, beliau akan terlepas daripada hukuman penjara.

"Jika beliau gagal mematuhi syarat itu, beliau akan diberkas dan berhadapan hukuman asal kesalahan rogol itu.

"Sama seperti hakim mahkamah sesyen Melaka, kita harap hukuman tertangguh itu akan memberinya peluang baru dan berubah sikap.

"Jika hukuman penjara tertangguh itu mampu memulihkannya, maka kepentingan awam telah dipenuhi dan ia dilaksanakan dengan cara terbaik," katanya dalam penghakiman setebal 14 halaman yang diterbitkan hari ini.

2 US Soldiers Killed by Afghan Soldier

Today in History for August 27th

Syrian army helicopter crashes in Damascus

Umno Selangor cabar PAS laksanakan hudud di Kelantan, Kedah...!!!!

Mangsa Tembakan Polis : "Betul ke Hishamuddin arahkan pembunuhan..???"

DAP's stand on Sabah defections 'self-explanatory'

Dikir Barat video klip "Tok Guru Ku Sayang"

'Datukship a catch-22 problem for DAP'

Political analyst Ong Kian Ming joins DAP

Eyewitness: Cops shot unarmed man point blank

KL police silent on Merdeka Day rallies

"BN taja taktik kewartawanan kotor"

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Tindakan perletakan jawatan secara paksaan terhadap Joshua Trevino dari akhbar The Guardian hari ini adalah salah satu bukti daripada taktik “pengaturan berita” dan “taktik kewartawanan kotor” yang diamalkan oleh pentadbiran Barisan Nasional (BN) kata Pengarah Publisiti PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar).
Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini menegaskan insiden yang menimpa penulis dari Amerika Syarikat itu telah membangkitkan semula “obsesi pentadbiran BN  bagi membayar konsultan bagi membina imej mereka di luar negara.”
“Trevino dipaksa meletak jawatan apabila beliau didedahkan sebagai konsultan kepada FBC Media ketika beliau menulis sebuah artikel yang memuji imej ‘Muslim sederhana’ (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak.
“Meskipun Najib cuba menjauhkan dirinya daripada taktik kewartawanan kotor FBC yang ‘mengatur berita’ apabila menerima upah daripada kerajaan Malaysia, kedua-dua rangkaian media antarabangsa BBC (British Broadcasting Corporation) dan CNBC (Consumer News and Business Channel) menamatkan kontrak mereka dengan FBC Media memandangkan pelanggaran etika kewartawanan,” jelas Nik Nazmi dalam kenyataannya.

Bukan 7, 12 tetapi Jengka 10, 11 dan 16 juga tiada air..!! Negeri BN eh..???


(Masalah ini bukan  di Jengka 7 dan 12 sahaja tetapi Jengka 10, 11 dan 16 juga tiada air)

JENGKA: Masalah ketiadaan air di Jengka 7 dan 12 pada hari raya baru-baru ini juga berlaku di Jengka 10, 11 dan 16.

Demikian beritahu seorang pembaca Harakahdaily melalui emailnya hari ini.

Beliau memberikan maklum balas itu hasil laporan Harakahdaily hari ini berdasarkan laporan khas yang dibuat oleh sebuah akhbar harian.

Dalam laporan itu, Sinar Harian melaporkan, penduduk Jengka 7 dan 12 sentiasa sahaja menghadapi masalah ketiadaan air pada setiap sambutan hari raya.

PKR Pertikai Sikap Pilih Bulu Polis Terhadap Aduan Penyokong BN, PR


PETALING JAYA, 27 OGOS: Kegagalan polis untuk bertindak tegas terhadap laporan-laporan polis yang dibuat terhadap penyokong BN jelas menggambarkan sikap tidak profesional pasukan keselamatan itu.
Sebaliknya, polis bertindak pantas apabila melibatkan sesuatu laporan yang dibuat oleh penyokong BN terhadap penyokong PKR.
Demikian menurut Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dalam sidang media PKR di Ibu Pejabat parti itu di sini hari ini.
Manikavasagam memberitahu dalam sidang media itu, tanggapan tersebut dibuktikan apabila polis bingkas bertindak atas laporan polis yang dibuat oleh penyokong BN, Kalai Vanar terhadap penyokong PKR baru-baru ini.
Bertindak atas laporan tersebut, dua penyokong PKR tersebut, Yogeswaran A/L Tamilvanan dan Pandiyan A/L Shanmugam ditahan dan didakwa di Mahkamah Majistret Klang atas tuduhan di bawah Akta 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut Kalai Vanar.

Biar Majlis Syura tentukan kes Nasha, kata Nik Aziz


Nik Aziz MACHANG - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan kepada Majlis Syura untuk meneliti kes membabitkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya nasib Ahli Parlimen Bachok itu kepada Majlis Syura Pas yang dijangka bersidang pada 9 September ini.

"Saya tak mahu ulas tentang tu, biarlah Majlis Syura sendiri yang tentukan, saya tak boleh," kata beliau yang akan mempengerusikan pertemuan Majlis Syura.

Janji Demokrasi: Polis belum beri kata putus..??

Syaitan: Kenyataan Mahathir bahaya – Nik Aziz


MACHANG: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempersoalkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang mengenali syaitan berbanding malaikat.

Katanya, umat Islam diperkenalkan kedua-duanya sekali, iaitu syaitan dan malaikat.

“Syaitan ni, punyalah pandai belitnya dia, sampaikan Nabi Adam yang dah duduk dalam syurgapun terpaksa dihalau keluar kerana kejayaan godaan syaitan,” ujarnya.

Beliau menyifatkan kenyataan Mahathir itu sebagai bahaya sambil mengingatkan umat Islam supaya mengenali kedua-duanya agar tidak terpesong dengan bisikan syaitan.

“Kenyataan sedemikian memang bahaya,” ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa baik menyokong syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali dua hari lalu.

Kolumnis Pro-Israel dipecat, tidak telus petik ucapan Najib, kata akhbar Britain

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — The Guardian hari ini memecat koresponden Amerika Syarikat mereka, kolumnis konservatif Amerika Joshua Trevino, kerana telah memetik ucapan Datuk Seri Najib Razak dalam tulisannya untuk akhbar British tersebut tahun lepas tanpa mendedahkan tentang beberapa percanggahan konflik yang wujud ketika itu.
Pada masa yang sama, beliau juga merupakan seorang perunding untuk syarikat perunding yang terlibat dalam kempen mengatur berita oleh kerajaan Malaysia selain menguruskan sebuah laman sesawang yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembangkang lain.
 “Ini adalah berkaitan sebuah penulisan blog Trevino yang ditulis sebagai penyumbang dalam laman sesawang Guardian edisi AS — sebelum beliau dikontrak — pada 28 Februari 2011 mengenai pertanyaan seorang ahli kongres Republican mengenai radikilisai Islam, yang turut memetik ucapan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak,” kata Chris Elliot, seorang editor pembaca, juga bertindak sebagai wakil dalaman The Guardian.

KPKK : Janji Bersih kacau sistem siar raya kami

NONEKementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi (KPKK) menggesa polis tidak membenarkan himpunan 'Janji Bersih' pada 30 Ogos ini atas alasan ia akan mengganggu sistem siar raya sambutan Hari Merdeka.

Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata peralatan untuk sistem siar raya itu telah dipasang di Dataran Merdeka dan polis mesti menghalang sebarang bentuk himpunan di tempat sama.

"Kita akan maklum polis untuk tak benarkan perhimpunan berlangsung.

"Kerana peralatan kita, kita sudah pasang dengan sempurna di situ dan harus diingat, di mana-mana acara, sistem siar raya sangat penting.

Statistik jenayah palsu: Menteri terus membisu


KUALA LUMPUR, 27 OGOS: Ini adalah hari ke lima kabinet masih membisu terhadap pendedahan seorang pegawai polis yang mendedahkan wujudnya manipulasi statistik jenayah yang sengaja dilakukan secara bersistematik dan ia menimbulkan lebih banyak persoalan dan persepsi negatif.
Menggesa agar kerajaan memberi respon segera dan menjelaskan perkara sebenar, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata mungkin sekarang permulaan bagi rakyat Malaysia memahami mengapa Najib mengetengahkan tema “Malaysia yang selamat” dalam mesej Hari Rayanya minggu lepas.
“Dalam mesej Hari Raya beliau, Perdana Menteri telah berikrar untuk Malaysia yang selamat dengan  memberi jaminan kesemua agensi yang bertanggungjawab akan lebih efektif menangani jenayah dan meningkatkan keselamatan negara.
Walaubagaimanapun jelas Kit Siang, kenyataan ini telah menyebabkan dua persoalan utama bermain difikiran rakyat.

UMNO tak faham demokrasi

Oleh : Adil Mat Selamat

Perbezaan pendapat tentang isu hudud, Negara Islam, hutang PTPTN dan termasuk juga isu tentang undang-undang lompat parti didalam gabungan Pakatan Rakyat dilihat oleh elit-elit politik UMNO sebagai ‘kecelaruan’ dasar parit-parti dalam Pakatan Rakyat.
Keadaan ini bukanlah pelik bagi kita kerana, orang-orang yang tidak memahami sudut dan demensi demokrasi akan melihat perbezaan pendapat ini sebagai satu ‘perpecahan’ atau  ‘ketidak sefahaman’.
Inilah  masalah asas bagi mereka yang duduk dalam satu sistem dari warisan feudal. Dalam sistem feudal, tidak ada istillah ‘soal’ dan ‘rundingan’. Yang berkuasa mencadangkan pilihan, dan mereka jualah yang membuat keputusan. Tidak ada perbincangan, pertukaran pendapat, kritikan, nasihat, analisis dan maklum balas dalam sesuatu hal yang diputuskan dalam sistem feudal.
Pendek kata, tuan tanah boleh berbuat semahunya dan pekerjanya (ahli) hanya perlu menurut dan mengangguk sahaja. Hasil dan kejayaan dari setiap keputusan yang dibuat akan dijadikan sebagai suatu kejayaan bagi tuannya. Tetapi sesuatu kegagalan itu terjadi, maka ahli-ahliny akan dipersalahkan.
Inilah feudalisme. Maka, bagi UMNO yang mewarisi budaya feudal ini, memang mustahillah bagi elit-elit politik mereka untuk menerima perbezaan pendapat sebagai suatu fitrah yang positif dalam dunia yang serba moden tamadunnya.
Pemikiran golongan warisan feudal

Jangan perdagangkan wakil rakyat macam lembu – Lim Guan Eng


KUALA LUMPUR, 27 OGOS: Penentangan UMNO-BN terhadap cadangan pindaan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang untuk mengharamkan gejala lompat parti oleh wakil rakyat disifatkan sebagai sebuah amalan pecah amanah terhadap mandat yang diberikan rakyat.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang; Lim Guan Eng, BN dilihat menentang keras cadangan ini kerana ia akan menghalang mereka dari memperdagangkan wakil rakyat.
“Tentangan BN ini kita sudah duga dari awal lagi,” kata beliau kepada pemberita dalam sebuah sidang media di ibu pejabat DAP hari ini.
“Kita tidak mahu wakil rakyat melompat kerana dibeli. Adakah kita mahu melihat wakil rakyat yang dipilih diperdagangkan seperti lembu?” soalnya.
“Sekiranya seseorang wakil rakyat itu melompat parti maka mereka juga harus meletak jawatan dan perlu dipilih semula melalui pilihanraya.” ujar beliau, sambil menambah bahawa cadangan tersebut tidak akan menghalang mana-mana individu bertukar-tukar parti kerana itu hak yang dijamin Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Isu darjah kebesaran: Soalan 'sukar' untuk dijawab, kata Guan Eng


Lim Guan Eng KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu membawa perjuangan demi kepentingan rakyat, bukannya mengejar kedudukan atau darjah kebesaran.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya juga tidak pernah mengatakan akan menerima atau menolak pingat atau darjah kebesaran sebab ia tidak pernah ditawarkan kepada pemimpinnya.

Justeru kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini, sukar untuk menjawab soalan berkenaan dengan isu tersebut sekarang.

"Saya tak pasti, bagaimana nak menjawab bagi perkara ini... Kita bukan nak gelaran datuk.

"Saya tukar parti, bukan agama"....sape nak ikut parti setan tu...!!!

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Tamrin Ghafar, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba, membidas kenyataan adik perempuan beliau hari ini yang mengatakan keluarganya kesal kerana dirinya memilih untuk keluar daripada parti Melayu terbesar di negara ini, Umno, dan memilih PAS sebagai parti barunya.
Tamrin dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini menegaskan tindakannya meninggalkan Umno bukanlah satu perkara yang serius seperti meninggalkan agama kerana sebelum dirinya, telah ramai pemimpin negara yang keluar masuk dari parti komponen utama Barisan Nasional (BN) tersebut.
“Saya hanya tukar parti .... bukan agama.”
“Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn juga keluar dan mati di luar Umno,” tegas Tamrin melalui kiriman SMS dan merujuk kepada bekas perdana menteri yang masing-masing juga merupakan Bapa Kemerdekaan dan Bapa Perpaduan negara itu.

Malaysia Boleh : Bowler escaped jail for rape of minor as he did not use force, coercion or violence, says court

KUALA LUMPUR, Aug 27 — A lengthy jail sentence would have been imposed on national bowler Noor Afizal Azizan for the statutory rape of a 13-year-old girl when he was 19 if he had been older or had used force, coercion or violence, the Court of Appeal said today in a written judgment explaining why it had controversially substituted imprisonment with a good behaviour bond for five years.
The court said, however, that its decision should not be considered a precedent for all future cases involving statutory rape and should be judged on its own merits.
Court of Appeal president Tan Sri Raus Sharif (picture) said in the judgment released today that Noor Afizal, who is now 21, was a “young boy who was extremely remorseful for what he had done and had thrown himself to the mercy of the court by pleading guilty to the charge.”
Raus, who sat with Justices K.N. Segara and Azhar Ma’ah, wrote the grounds of judgment.
Noor Afizal was let off with a RM25,000 bond instead of being jailed after he pleaded guilty to statutory rape, sparking a firestorm online over the court’s message on sex with minors even as it raised questions about the Penal Code and other criminal laws.

Penduduk antisianida perolok menteri MCA sebagai 'duta'



 
Penduduk Bukit Koman, Pahang 'melantik' dua menteri MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Ng Yen Yen sebagai duta mereka untuk demonstrasi antisianida "Himpunan Hijau Raub" pada 2 September ini.

NONEDalam prapelancaran acara itu di pasar pagi Raub semalam, anggota Jawatankuasa Bertindak Haramkan Sianida turut memakai topeng Liow dan Ng dan mengetengahkan poster menunjukkan pendirian tidak selari kedua-dua mereka dalam isu lombong emas di situ.

Liow dan Ng dikatakan sudah berikrar menyokong gerakan antisianida sebelum pilihan raya umum 2008 tetapi kemudiannya didakwa bertukar fikiran.

NONEKedua-dua 'duta' itu menggesa orang ramai mengambil bahagian dalam perhimpunan itu dan menurunkan tandatangan pada kain rentang antisianida, menyebabkan orang ramai bersorak.

Manakala 'Ng' sebagai menteri pelancongan turut menggalakkan rakyat Malaysia melawat Raub pada hari perhimpunan itu diadakan.

Jawatankuasa itu ditubuhkan oleh penduduk Bukit Koman yang mendakwa penggunaan sianida oleh lombong emas di kawasan itu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan namun kementerian kesihatan berkata ia tidak dapat disahkan.

Why I joined the DAP — Ong Kian Ming

Before joining the DAP, I have never been a member of any other political party despite having worked for two think-tanks that were linked to the MCA and Gerakan. Why am I making the decision to join a political party now and why did I choose the DAP?
Why I joined the DAP — Ong Kian MingI believe that our country is at a critical juncture in its history where for the first time since achieving our independence, we have a credible and strong opposition capable of governing at the federal level. This has been most clearly demonstrated in the state governments in Penang and Selangor which have vastly outperformed their predecessors in terms of delivering transparent, accountable, responsiveness and caring governments.
At the same time, despite the various transformation initiatives which have been rolled out by our Prime Minister Najib Razak, there is still a glaring absence of fundamental structural reforms that are necessary to spark a genuine process of transformation. Not only is there the business-as-usual way of ill-conceived and murky deals being done — via the various 1MDB-linked land and asset acquisitions, just to name one — we also see a disturbing ramp-up in fear-mongering attempts by the BN-linked papers such as Utusan in order to raise feelings of ethnic insecurity.

Wang Pencarum : KWSP beli tanah RRI RM2.28 bilion

Kawasan seluas 2,330 ekar itu ialah untuk pembangunan hartanah kediaman dan komersil, infrastruktur utama dan kemudahan awam bagi jangkaan 150,000 penduduk. 

KUALA LUMPUR: Kwasa Land Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), telah memuktamadkan harga pembelian pada RM2.28 bilion untuk 93.2 hektar (2,330 ekar) tanah Institut Penyelidikan Getah (RRI) di Sungai Buloh.
Pengerusi Kwasa Land Tan Sri Samsudin Osman berkata pembangunan perbandaran Kwasa Damansara yang baru akan menggabungkan rancangan yang bersesuaian dengan sebuah bandar, dengan infrastruktur dan kemudahan moden, kediaman dan komersial yang menyasar untuk memenuhi keperluan keseluruhan kawasan Damansara.
Cadangan pembangunan perbandaran itu dijangka mewujudkan banyak peluang untuk pemaju dan kontraktor mengambil bahagian dalam membangunkan hartanah kediaman dan komersil, infrastruktur utama dan kemudahan awam untuk jangkaan 150,000 penduduk.