Ahad, 26 Ogos 2012

Adooi ...Tolonglah..Percayalah....Bagi Le Gua Sekali Lagi....Syaitan.!!!!


Dah Tak Boleh Kambus : Akhirnya Pemuda Umno pohon maaf diatas poster kontroversi...kantoi habis beb...!!!!

Gambar tangkapan scrin sebelum poster tersebut di laman Facebook Pemuda Umno sebelum diambil keluar pada Sabtu lepas.
 
KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Pentadbir kepada laman Facebook Pemuda Umno membuat permohonan maaf hari ini diatas poster kontroversi mereka siarkan — menyatakan undi kepada Pakatan Rakyat (PR) akan menyebabkan Kristian menggantikan Islam sebagai agama persekutuan. Laman Facebook tersebut memuat naik poster yang bertulis: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you my son.”
“Kami minta maaf secara terbuka kepada semua rakyat atas kesilapan mengeluarkan gambar yang tidak patut pada 17/18 Aug 2012. Admin itu sudah dikeluarkan dari fanpage,” tulis pentadbir laman tersebut lewat malam tadi beberapa jam selepas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memberitahu media dia sudah hampir tahu siapa di belakang poster tersebut.
Poster tersebut mengejutkan warga internet yang melihat permohonan maaf tersebut sebagai satu kontradiksi kepada kenyataan Khairy yang menyatakan Pemuda Umno tidak mempunyai laman Facebook rasmi.

KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH...

"Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya.

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Tolonglah berilah peluang sekali lagi kepada UMNO BN....!!!


"Tolonglah, tolonglah... berilah peluang UMNO/BN MENIPU sekali lagi.."
~ Permintaan Terakhir Dari Datuk Seri Najib Tun Razak ~
barisan nasional menipu rakyat
Isu Politik M'sia di sini. Kisah persundalan Umno BN di sini.
olih seorang berketurunan Mamak berasal dari Kerala, India. UMNO yang ditubuhkan olih Mamak dari India ini juga telah berjaya menipu. bangsa Melayu dan rakyat Malaysia yang lupa kepada sejarah mereka sendiri.
Dakwaan Menipu dan Rasuah Terhadap Gani Patail, Kenapa Najib Diam?
Selain dari mengakui semua ahli dan penyokong Umno mudah ditipu,

Karpal kemuka 'bukti' kenyataan menghasut Dr M

Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mengemukakan petikan daripada hansard Parlimen yang didakwanya sebagai bukti bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan menghasut ke atas Raja-Raja semasa perbahasan di Parlimen yang membawa kepada pindaan perlembagaan 1993 ke atas kekebalan Raja-Raja.

Katanya, Mahathir menyatakan perkara itu ketika membentangkan usul bagi pindaan terbabit, berhubung penubuhan Mahkamah Khas bagi menghapus kekebalan Raja-Raja daripada proses perundangan.

Beliau seterusnya menggesa Mahathir supaya hadir ke perbicaraan yang sedang berlangsung ke atasnya.
Perbicaraan berkenaan adalah berhubung kenyataan MP Bukit Gelugor itu dalam satu sidang media pada 6 Februari 2009, bahawa tindakan undang-undang boleh diambil ke atas Sultan Perak atas peranan dalam krisis perlembagaan di negeri itu pada tahun berkenaan.

Nasharudin: Majlis Syura bincang dalam agenda lain2 hal



KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama hanya akan membincangkan isu kenyataan Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam agenda lain-lain hal sahaja dalam mesyuaratnya 9 September ini.

"Itupun kalau sempat kerana kita ada fokus lain dalam mesyuarat kali ini," kata Setiausahanya, Ustaz Nik Zawawi Salleh (gambar) kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau, agenda utama mesyuarat badan tertinggi dalam PAS itu akan datang adalah memperkasakan Pakatan Rakyat terutama dalam menghadapi isu hudud.

Beliau mengulas laporan media bahawa Majlis Syura akan membincangkan isu bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin yang membuat kenyataan agar PAS menilai kembali kedudukannya dalam Pakatan Rakyat ekoran penentangan DAP terhadap pelaksanaan Hudud.

Khalid Samad: Isu Nasharudin dan Karpal



Khalid Samad
Khalid Abdul Samad SAMBIL kita tengah sibuk menghayati bulan Ramadan, tercetus pula isu baru, Ustaz Nasharudin Mat Isa meminta Pas keluar dari Pakatan Rakyat (PR) dan menuduh Karpal Singh sebagai anti-Islam kerana menolak hudud!

Soal Ustaz Nasha bersama Najib di Makkah dan bertindak sebagi penterjemah hanya menzahirkan betapa Umno ketandusan ulama.

Tiada orang lainkah dalam Umno? Sama ada ia sandiwara atau sebaliknya, kita tidak perlu memikirkannya. Kalau Ustaz Nasha hendak berumrah bersama Rosmah pun tidak menjadi masalah bagi saya.
Hanya yang menjadi pertikaian ialah kenyataan beliau berhubung Pas agar perlu keluar dari PR dan bagaimana Pas tunduk pada DAP.

Agenda Majlis Syura Pas 9 Sept isu hudud

SHAH ALAM - Majlis Syura Pas akan memfokus isu hukum hudud yang kembali menjadi polemik pada mesyuaratnya 9 September ini, kata Setiausahanya, Nik Zawawi Nik Salleh.
Beliau berkata, agenda utama mesyuarat badan tertinggi dalam Pas itu akan datang adalah memperkasakan Pakatan Rakyat (PR) terutama dalam menghadapi isu hudud.
Beliau mengulas laporan media bahawa Majlis Syura akan membincangkan isu bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang membuat kenyataan agar Pas menilai kembali kedudukannya dalam Pakatan Rakyat ekoran penentangan DAP terhadap pelaksanaan hudud.
Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  berkata, Majlis Syura akan membincangkan kedudukan Nasharudin kerana beliau adalah ahli Majlis Syura.

Adnan Mansor Sindir Najib Altantuya?


Setiausaha agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa pemimpin parti itu supaya tidak menjadi penghalang dan melepaskan jawatan mereka sekiranya tidak lagi mampu menjalankan tugas.

"Kalau kita tahu dah tak boleh buat, lebih baiklah kita berhenti dan bagi kepada orang lain yang ingin melaksanakan untuk teruskan perjuangan," katanya dalam satu wawancara disiarkan Utusan Malaysia edisi Ahad.

Tengku Adnan menegaskan bahawa kepentingan parti itu perlu melampaui kepentingan peribadi, namun teguran seperti itu tidak termakan oleh sesetengah pemimpin Umno tertentu, katanya.

"Saya sendiri telah mendapat pelbagai kritikan oleh kerana teguran yang telah saya lakukan. Ini sindrom tidak mahu terima apa yang kita tegur.

Today in History for August 26th

Malaysia Kita : Warga emas mati disembelih

Syrian VP makes public appearance, ending defection rumours

Syria accused of massacre near Damascus

Syria - The case for a civil war

PRU13 - Media baru corak anak muda - Kadir Jasin

Suara Dari Ladang Bhg 2; Risiko penyenaraian FGVH

Pemuda Umno: Jelas secara jujur kedudukan sebenar isu 20 Perkara....dah 49 tahun cerita samar bab 20 perkara ni..!!!

KENINGAU - Pemuda Umno Keningau menyifatkan tidak wajar tindakan pihak-pihak tertentu yang terus membangkitkan isu 20 Perkara (mengenai persetujuan Sabah membentuk Malaysia) serta kedudukan Sabah dalam Malaysia, walaupun Sabah sudah 49 tahun merdeka melalui Malaysia.
     
Ketuanya Azman Ruslan berkata pihaknya juga mendesak golongan yang membangkitkan isu tersebut supaya menjelaskan secara jujur tentang mengapa dan bagaimana mereka membuat kesimpulan umum bahawa semua perkara yang terkandung dalam 20 Perkara itu masih 'relevan'.
      
"Penjelasan ini amat penting untuk menyakinkan bahawa 'perjuangan' mereka (yang membangkitkan isu 20 Perkara) itu tidak membawa 'harapan palsu' kepada rakyat Sabah, terutama sekali kepada masyarakat Bumiputera.
  
"Mereka tidak boleh selama-lamanya memaksa orang ramai supaya memahami dan menerima bulat-bulat hujahan mereka (tentang isu 20 Perkara) tanpa memberi penjelasan yang, jujur, menyeluruh dan tidak berat sebelah,” katanya ketika berucap pada Persidangan Pemuda Umno Keningau di sini hari ini, yang dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Naib Presiden Umno.

Kalau tiada perubahan, Rosmah terus jadi FLOM!!

Najib kata Jangan Berubah. Kalau tak berubah kita akan terus berFLOMkan Rosmah. Sanggupkah??

Kalau betul2 ada jawatan First Lady Of Malaysia, mana satu pilihan rakyat Malaysia??

Daniyar Diseludup Masuk Atau Memang Bersembunyi Di Malaysia?


Dari kiri : Ashman Najib, Nooryana Najwa dan tunangnya Daniyar Nazarbayev yang turut hadir ke Majlis Rumah Terbuka semalam.



Kelihatan Mukhriz Mahathir bersalaman dengan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meraikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Rumah Terbuka di kediamannya semalam. Turut kelihatan, dan isteri Mantan Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah.

Ulasan GB

Sekarang sudah terdedah terang-terangan. Daniyar berada di Malaysia. Apakah beliau baru dibawa masuk atau memang sudah sekian lama bersembunyi di Malaysia?

Daniyar sebelum ini didakwa memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan, menurut akhbar The New York Post.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca


Satu-satu PM di dunia yg minta rakyat jangan berubah

PM terkebelakang sekali adalah PM Najib 1 Malaysia. Mana-mana atas dunia sekalipun PM atau ketua kerajaan mana-mana negara merdeka sering menyeru mahukan rakyatnya berubah. Maknanya semua pemimpin berkeinginan mahukan rakyatnya hari esok mereka lebih baik daripada hari ininya, maka hari semalam mereka lebih baik daripada hari kelmarinnya. Itulah namanya pemimpin yang ada wawasan dan sentiasa terkehadapan dalam sikap sifat dan wawasannya.

Pemimpin ini adalah mengutamakan kepentingan rakyat, maknanya kepentingan rakyat didahulukan. Kalau ikut slogan Najib macam-macam lah itu ini slogan tetapi perlaksanaan atau aplikasinya zero.

Namun seruaan terkebelakangnya adalah manifestasi yang  'lahir rasa takut' kerana ada pihak yang mampu dan terkehadapan dalam menyaingi kepimpinannya.Dan mampu menawarkan kepada rakyat apa yang lebih baik atau terbaik dengan apa yg kerajaan yg sedia ada mampu dan sudah baut. Serta yang paling dibimbanginya atau digeruni partinya akan terkubur tidak berapa lama sebaik sahaja beliau umumkan perbubaran parlimen negara Malaysia yang pelik lagi cermat ni.

Guardian henti guna khidmat pelobi pro-Zionis dikait Najib

Guardian, akhbar Inggeris liberal beraluan kiri menghentikan khidmat Joshua Trevino, pemblog dan pelobi pro-Zionis sebagai kolumnis di akhbar itu, memberi alasan konflik kepentingan melibatkan aktiviti bisnes di Malaysia.

Menurut kenyataan ringkas Guardian dan Trevino, penulis itu telah melanggar etika kerana tidak mendedahkan konflik kepentingannya melibatkan Malaysia.

Trevino didakwa menjadi penulis upahan yang menulis bagi pihak pemerintah Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, dengan satu misi utamanya menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membantu meningkatkan imej Najib.

Trevino mencetuskan kekecohan ekoran tulisannya mendakwa Anwar "membeli" khidmat CNN untuk membantu memulihkan imejnya dalam satu lawatan ke Amerika Syarikat hujung 2010 yang digelar "lawatan memohon maaf," ekoran beberapa kenyataannya yang dilihat anti-Yahudi.

Che'guBard : KENAPA KITA PERLU BERUBAH

Penjelasan Yang Sangat Jelas Tentang Hukum Hudud (video wajib tonton)

Mercun bola harus dikategori sebagai bahan senjata api

"Mercun bola adalah umpama bom atau jerangkap samar sepertimana yang berlaku di Afghanistan dimana pihak musuh telah menaburkan pelbagai jerangkap samar dalam bentuk mainan yang menyebabkan kanak-kanak di sana cedera parah atau terbunuh. Mercun bola adalah amat merbahaya kerana ianya dibalut dengan plastik keras yang bertindak sebagai serpihan bom (sharpnel) yang boleh menembus mata, kulit dan daging apabila meletup.


Pada pandangan saya mercun bola ini harus dikategorikan sebagai bahan senjata api dan diletak di bawah Seksyen 8, Akta Senjata Api 1971 yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 14 tahun dan sekurang-kurangnya enam sebatan agar sesiapa sahaja yang memiliki, mengedar atau menjual mercun bola akan dikenakan hukuman yang berat.
Budak hilang dua jari
25 Ogos 2012
SUNGAI PETANI - Keinginan seorang budak lelaki untuk bermain mercun membawa padah apabila dua jari kirinya terpaksa dipotong akibat terkena letupan mercun bola dalam kejadian di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil dekat sini Rabu lalu.

IMPACT OF BN'S 'DEVIL' POLITICS: M'sia most bankruptcies, S'pore world's richest!

IMPACT OF BN'S 'DEVIL' POLITICS: M'sia most bankruptcies, S'pore world's richest!About fifty years ago, the tiny island-state of Singapore was part and parcel of Malaysia, but has over the years emerged as a country with a per capita Gross Domestic Product of US$56,532 (RM175, 250) as of 2010, which measured by their purchasing power parity, has beaten Norway, the United States and Hong Kong to make Singaporeans the richest people on earth.
This “transformation” or “reformation” in Singapore from a squalid backwater compares in contrast with a 55-year mandate exclusively given to Barisan Nasional to develop Malaysia over a longer period with the nation nowhere being near to even be considered for developed status.
While BN backers might want to contend that it is easy to develop a tiny island compared to a larger nation than Malaysia, why not compare Singapore with an even larger nation like the United States?
This is where it is clearly evident that while graft-free Singapore has not only become the most prosperous in the world, but rates as having among the most successful and happiest people in the world, compared to across the Causeway in Malaysia, where it is riddled with massive corruption and cronyism.
Sharing the Singapore success story

Umno tubuh Kelab Penyokong di IPTA...Kalau Pakatan diharamkan masuk ke IPTA kan..????


Khairy Jamaluddin REMBAU - Umno menerusi sayap Pemudanya akan menubuhkan kelab penyokong parti itu di setiap kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini bagi meraih sokongan golongan mahasiswa terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN).
  
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata ia adalah langkah awal yang diambil Pemuda Umno selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 baru-baru ini, yang kini membenarkan mahasiswa untuk telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan pertubuhan termasuk parti politik.
  

Janji Bersih, Maria Chin dipanggil polis

SHAH ALAM, 26 Ogos — Aktivis Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang juga pengarah eksekutif Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Maria Chin Abdullah telah dipanggil oleh OCPD Dang Wangi dipercayai berkenaan dengan program NGO Gabungan Janji yang akan berhimpun di Dataran Merdeka dan beberapa negeri lain pada malam ambang merdeka.
Gabungan Janji dianggotai oleh 47 NGO dan Empower adalah salah satu daripada anggotanya.
“Maria Chin diminta oleh polis untuk melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis (IPD)Dang Wangi jam 2.00 petang esok.
“Dia akan ditemani oleh peguam dari Empower,” kata Hishamuddin Rais, jurucakap kepada Gabungan Janji ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Pada 30 Ogos ini dimalam ambang kemerdekaan, Gabungan Janji akan berhimpun di Dataran Merdeka dengan berbaju kuning.
Dalam sidang akhbar Jumaat lalu, Gabungan Janji memberitahu bahawa perhimpunan pada malam ambang kemerdekaan akan turut diadakan di negeri lain seperti Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Hudud: Surat amaran Dr M belum ditarik balik

KOTA BHARU: Surat amaran kepada Kelantan yang dihantar Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berkhidmat sebagai Perdana Menteri bagi menghalang pelaksanaan hudud masih berkuatkuasa sehingga sekarang.

Malah surat atas nama ketua kerajaan Malaysia itu belum ditarik balik sehingga sekarang.

Surat itu bertarikh 15 Julai 1994 yang ditandatangani Dr Mahathir antara lain menyebut kerajaan pusat akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

Selain itu disebut kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam.

Legoland Malaysia: It's not just a children's park

Samsung bites back after Apple victory

Peace brings surge to Mogadishu nightlife

Palestinian refugees escape Syria violence

Suara Dari Ladang Bhg. 1 - Dilema peneroka Felda

If You Want To Be Wali With Allah ... - Sheikh Yahya Ibrahim

Sepetang Bersama Bob Lokman 28 Ramadhan 1433H

Sufi shrines attacked in Libya

6 Kelebihan Bekerja Dengan Ikhlas

Banyak manfaat yang dapat kita perolehi dengan bekerja yang ikhlas. Selain mendapat gaji dan meningkatkan produktiviti kerja, Kita juga akan disukai Allah, majikan dan teman sekerja.Tambahan, bekerja itu kan satu ibadah.Oleh itu bekerjalah kita dengan ikhlas.
Kelebihan bekerja dengan ikhlas.
1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran
Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Apabila seorang hamba ikhlas, “talian hayatnya” bersambung dengan Allah. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambaNya memohon pertolongan.
Banyak manfaat yang dapat kita perolehi dengan bekerja yang ikhlas. Selain mendapat gaji dan meningkatkan produktiviti kerja, Kita juga akan disukai Allah, majikan dan teman sekerja.Tambahan, bekerja itu kan satu ibadah.Oleh itu bekerjalah kita dengan ikhlas.
Kelebihan bekerja dengan ikhlas.
1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran
Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Apabila seorang hamba ikhlas, “talian hayatnya” bersambung dengan Allah. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambaNya memohon pertolongan.
2.Hasil Kerja Berkualiti dan Produktif

Kisah Mayat Merasa ‘Hidup’ Selepas Mati

Pernah dengar kisah orang yang sudah mati hidup semula?
Kisah Mayat Merasa ‘Hidup’ Selepas MatiKalau bagi sesetengah pihak yang taksub dengan kepercayaan dan semangat hidup, mereka percaya orang yang sudah mati boleh hidup semula itu adalah benar.
Lebih-lebih lagi bagi sesetengah etnik atau kaum di sesebuah negara yang mengamal kuat budaya dan kepercayaan ‘halus’.
Di Indonesia, wilayah Toraja iaitu kawasan Baruppu, Rinding Allo Toraja Utara mempunyai kepercayaan mereka sendiri.
Masyarakat di Baruppu nyatanya mempunyai amalan tadisi yang diamalkan sejak zaman nenek moyang mereka lagi.
Mereka hakikatnya taksub mengamalkan amalan atau ritual ‘Ma’nene’’ yang dilakukan setiap tahun.
Apa sebenarnya ritual Ma’nene’?
Ritual ma’nene’ adalah upacara meraikan ahli keluarga yang telah mati dengan tujuan mewujudkan rasa kasih dan cinta walaupun roh telah berpisah dari jasad.
Setiap tahun bulan Ogos, ahli keluarga si mati akan menggali semula kubur-kubur si mati dan mengeluarkan mayat si mati walaupun ada yang hanya tinggal tulang sahaja.
Kemudian, mayat si mati akan dibawa ke satu kawasan yang lapang di mana seluruh ahli keluarga sudah pun berkumpul menantikan kehadiran ‘roh baru’.
Selepas itu, ahli keluarga yang hidup akan menukarkan pakaian lama si mati dengan yang baru dan memperlakukan si mati seolah-olah dia masih lagi hidup.
Malah, mereka akan berbual bersama-sama si mati seperti bertanyakan khabar dan bertukar cerita mengenai kehidupan masing-masing.
Ritual seperti ini dilakukan kerana ingin mengekalkan rasa kasih dan sayang dengan si mati serta masih lagi merasakan si mati itu ahli keluarga mereka yang masih hidup.
Masyarakat Baruppu percaya, sekiranya mereka menjaga ‘kebahagian’ si mati, si mati juga akan menjaga keamanan dan ketenteraman keluarganya yang masih lagi hidup.
Ahli keluarga yang hidup turut percaya, si mati akan menjaga kewangan, hasil tanaman, keadaan rumah tangga yang harmoni akan terjaga sekiranya ritual ma’nene’ itu diamalkan setiap tahun.
Pelik bukan?

Ikan Bergerak Seakan Mengelilingi Kaabah Ketika Mendengar “Labbaik Allah”


Cantik sungguh gambar ikan diatas kan?…seperti membuat bulatan, tetapi… andai anda melihat video di bawah ini, mungkin anda akan terkejut…
Saksikan!


Kesan Air Tangan Orang Yang Tak Solat

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.
Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.

Wanita Yang Menolak Perkahwinan

Hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.
Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.
Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.
Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Malaysia Kita : 2 'bouncer' mati ditembak di hadapan kelab hiburan

KUALA LUMPUR - Dua 'bouncer' atau pengawal di sebuah kelab hiburan di Jalan Dooraisamy di sini mati setelah ditembak di hadapan premis berkenaan awal pagi ini, dipercayai dilepaskan oleh seorang daripada sekumpulan lelaki yang dikatakan meradang kerana dihalang memasuki kelab hiburan itu.
Dalam insiden kira-kira 4.30 pagi itu, dua 'bouncer' berumur dalam lingkungan awal 20-an dikatakan menghalang sekumpulan enam lelaki tempatan daripada memasuki kelab hiburan itu kerana premis berkenaan telah tamat waktu operasi.

Kumpulan itu bagaimanapun berterusan mendesak 'bouncer' berkenaan agar membenarkan mereka memasuki kelab tersebut namun tindakan itu telah mencetuskan pergaduhan sehingga berlaku kejadian tumbuk-menumbuk antara mereka.

Kantoi : Facebook 'Pemuda Umno Malaysia' minta maaf...tu la..nak lebong satu dunia...ha.ha...!!!!


Entri kontroversi: Facebook 'Pemuda Umno Malaysia' minta maaf
Paparan entri permohonan maaf yang dikeluarkan oleh akaun laman Facebook atas nama Pemuda Umno Malaysia.
 
SHAH ALAM - Laman Facebook Pemuda Umno Malaysia, yang akaunnya didakwa palsu, meminta maaf berhubung poster berbaur hasutan yang dibawa lebih seminggu lalu atas akaun pergerakan itu.

Gerakan itu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi entri ringkas malam tadi, beberapa jam selepas Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata bahawa pihaknya sudah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab atas penyebaran mesej itu.

Malah status Facebook yang menerima 131 komen itu juga menyatakan bahawa 'admin' yang terbabit turut sudah dikeluarkan dari fanpage tersebut.

Koleksi 6 Logo "syaitan pening" Untuk Kemerdekaan Ke 55

Korang dah tengok belum logo baru "janji Dicapatikan" yang diorang nak guna untuk sambutan kemerdekaan nanti... jom kita tengok dan analisa sikit la ye.

Ok.. ni logo mula-mula, logo tahap budak tadika ni la yang kene kutuk dulu, lepas tu keluar pulak lagu untuk "disepadankan" dengan logo ni, jadi bila lagu bercampur aduk dengan logo .. orang mula muntah-muntah.

Kemudian bila orang dah muntah, tarik balik logo ni,  entah la sapa punya mata yang tengok logo ni lawa, seriously ni la logo paling buruk pernah "tukanglawan" tengok.

Jadi sekarang diorang dah keluarkan 6 logo baru... jom kita tengok satu demi satu.

Hudud: PAS memaknakan ‘muwajahah silmiyah’

Dr Dzulkefly Ahmad,
Demokrasi adalah proses rakyat-pengundi membuat keputusan dan pilihan berdasarkan maklumat dan pengetahuan. Bagi memenangkan perlaksanaan
Hudud yang terkekang dengan Akta Mahkamah Syariah, 1965, Parlimen mesti meminda dan memansuhkan peruntukan Akta ini sehingga ‘Uqubah-Hukuman’ dalam jenayah Hudud dan Qisas tidak dibataskan dengan formula ’3-5-6′. Pindaan Perlembagaan (Constitutional Amendments) memerlukan 2/3 majoriti. Ada pun meminda atau memansuhkan akta-akta dan peruntukannya hanya memerlukan majoriti mudah (simple majority).

Persoalannya bagaimana untuk memenangi hati-budi dan keyakinan ahli  parlimen – sama ada Islam atau bukan-Islam atau PAS-PR atau pun Umno-BN?

Kenapa Umno berdolak-dalik dengan hudud?


Hudud adalah salah satu daripada cabang hukum jenayah mengikut syariat Islam, wujudnya bersama Qisas dan Takzir. Hukum Hudud adalah hak Allah yang dinaskan dalam Al-Quran dan Hadith-Hadith Mutawatir yang menjelaskan kesalahan dan hukumannya, dasar dan sebahagian huraiannya. Bagi penganut Islam seluruhya maka tentulah wajib beriman dan beramal dengan Islam yang menjadi agama cara hidup (way of life). Tuntutan untuk beriman dan beramal dengan Islam adalah bukan sahaja wajib ke atas ahli PAS dan penyokongnya, bahkan juga wajib kepada semua penganut Islam dalam NGO atau secara individu dan ahli mana-mana parti politik, termasuklah ahli UMNO yang beragama Islam, walau pun UMNO adalah sebuah parti kebangsaan yang membuka pintu keahlian kepada bumiputra bukan Islam seperti orang asal dan Siam. Seluruh majoriti penganut Islam dalam UMNO wajib beriman dan beramal dengan Islam mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah, sama sahaja dengan ahli PAS dan penyokongnya.

Najib Ikut Mahathir: Percaya Janji Syaitan Jangan Percaya Janji Pakatan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat supaya tidak membuat perubahan yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka.

Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya.

"Kita mestilah berpegang kepada sesuatu yang kita tahu, Insya-Allah kita (kerajaan BN) akan membawa kepada keadaan yang lebih baik pada masa akan datang," kata Najib ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar dekat Pekan, hari ini.

Ahli Umno-BN diseru keluar dari parti ‘Syaitan’...sebelum dijadikan mangsa pemujaan 'Syaitan'...!!!

Ahli Umno- Barisan Nasional diseru meninggalkan segera parti itu ekoran kenyataan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyamakan kerajaan BN seperti syaitan, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
Muhammad turut memetik ayat al-Qur’an Surah Fathir, ayat 6 yang menyatakan syaitan adalah musuh yang sangat jelas kepada umat manusia.
Ayat berkenaan katanya, bermaksud “Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu. Kerana itu hendaklah kamu memusuhinya. Syaitan hanya bermaksud mengajak golongan yang terpedaya supaya sama-sama menjadi penghuni neraka.”
“Kalau bekas presiden Umno pun mengatakan kerajaan BN adalah syaitan, maka langkah paling tepat ialah segera meninggalkan Umno dan berhijrah kepada Pakatan Rakyat,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata Mahathir sepatutnya berhati-hati dalam membuat kenyataan apabila menyatakan “Malaikat bukan golongan suci kerana turut membuat kesalahan” .
Jelas Muhammad, kenyataan tanpa bersandarkan kepada ilmu itu boleh mengelirukan umat Islam.
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul berpendapat Kenyataan Dr Mahathir menjelaskan sikap  jahat pimpinan BN yang terlibat dalam amalan rasuah dan salahguna kuasa.

Printing money won't solve Malaysia's economic woes

Printing money won't solve Malaysia's economic woesThe European debt crisis has at one point almost crushed the single currency. With a melange of financial scandals in the West culminating in the dented integrity of the financial system, it remains very much an uphill task to stay immune under the shadow of a bleak global economic outlook.
A recent news report has caught the attention of many. The southwestern English port city of Bristol decided to launch a new currency to safeguard the assets of its residents.
Money printing is an unconventional way of tackling the economic crisis, and the Bristol initiative is grotesquely creative as it is unimaginable. This new currency "Bristol Pound" will officially hit the market on September 19 and since it is well received by businesses and the local authorities, it could be used to purchase goods, make payments, set up bank accounts and even settle local taxes.
The new currency has been introduced with the objective of keeping the local cash where it is, and preventing the existing financial system and large multinational corporations from sapping the local funds. The move indirectly casts a vote of no-confidence on the Sterling Pound as well as the existing financial system.

Penduduk tidak selesa replika keris "Parti Syaitan" pada tiang lampu jalan.....!!!


Penduduk tidak selesa replika keris pada tiang lampu jalan
Gambar kecil, replika keris pada tiang lampu jalan yang dipasang di Taman Mentakab, Jalan Pekeliling. Ting Mei (tengah) berbincang dengan wakil DAP, Chee Ming (kiri) 
 
MENTAKAB - Lebih 20 keluarga di Taman Mentakab, Jalan Pekeliling, di sini, mempersoalkan tindakan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) memasang tiang lampu yang mempunyai replika keris tajam menghala ke kediaman mereka.

Seorang penduduk, Chong Ting Mei, 73, berkata, bagi masyarakat Cina, jika ada sesuatu benda tajam dihalakan ke rumah atau kepada mereka akan " membawa maksud tidak baik".

Kapitalisme dalam bentuk gambar .....yang Parti Syaitan amalkan...!!!

Masa Dr Zul dari Pas bentangkan budget pakatan rakyat di sebuah hotel di Shah Alam dulu, ada seorang pendengar yang bangun bertanya apakah bentuk atau model pengurusan ekonomi Pakatan Rakyat. Adakah dianya model Sosialisme atau Kapitalisma dan apakah model ekonomi Islam yang Pas mahu tonjolkan.
Dr Zul jawab tak perlulah kita lihat apakah nama model dan membandingkannya dengan sistem-sistem atau model yang ada. ianya hadalah sekadar nama. Model ekonomi Islam menghidangkan konsep yang berasaskan keadilan untuk semua pihak.

Keadilan mengambil sebahagian hak daripada yang kuat untuk diberikan hak pada yang lemah, mengambil sebahagian hak daripada yang kaya untuk diberikan hak pada yang miskin. Semua orang mempunyai hak masing-masing dan semua kita ada menyimpan hak untuk diberikan semula pada yang berhak.

Ini Komen 'Jurucakap Baru' Parti Syaitan...!!!

Dr M: Undang-undang anti lompat DAP bercanggah dengan prinsip Pakatan
KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Cadangan DAP untuk memperkenalkan undang-undang anti lompat di Pulau Pinang bertentang dengan prinsip Pakatan Rakyat (PR) yang sering menyokong kebebasan berpersatuan dan liberalisasi, kata Tun Dr Mahathir (gambar).

Perdana menteri yang memerintah paling lama di Malaysia itu mempersoalkan parti komponen PR itu yang tiba-tiba menolak lompat parti, dilihat bertentangan dengan pembangkang yang seringkali mahukan masyarakat lebih liberal.

“Mereka kata mereka mahu jadi liberal, benarkan seseorang menyatakan pandangan dan mengkritik orang dengan mengatakan ini adalah kebebasan kami,” kata ahli politik veteran itu dalam sidang akhbar di majlis rumah terbuka Hari Rayanya hari ini.

Ubah Sekarang : Pencerahan Politik Baru

Oleh BAM AL-HAJ
Sistem Politik Syura Gantikan Demokrasi Acuan Barat Setiap kali membaca akhbar tentang politik, fikiran saya sering terganggu. Letih dan membosankan. Politik kita makin tajam. Pandangan saya tentang politik Melayu dalam buku saya pada tahun 1989 (Politik Melayu Abad 21) ternyata benar - Melayu terus berbalah. Dan politik kita terlalu bergantung kepada parti, berbaur perkauman dan sentimen agama.

Saya terfikir semua ini berlaku mungkin disebabkan sistem demokrasi yang kita tiru bulat-bulat daripada Barat. Seeloknya dikaji semula.
Sistem politik berparti dan parti yang menang berkuasa penuh membentuk kerajaan sudah tidak relevan lagi. Ia membawa perbalahan dan pertikaian yang tidak berkesudahan. Lebih parah lagi fitnah, caci-maki dan penghinaan semakin berleluasa, terutama di media alternatif.
Dalam sistem politik sekarang, yang kuat akan memijak yang lemah. Yang menang akan berkuasa penuh, manakala yang kalah sekadar jadi tukang bangkang. Yang menang seolah-olah betul semua, lantas boleh buat apa sahaja, sedangkan yang kalah dipinggirkan. Yang berkuasa bolot semua, yang kalah hanya menganga.
Sesungguhnya amalan politik kini bukan memperkasa, tetapi melemahkan sesama sendiri. Cantas mencantas dan bunuh membunuh. Hendak naik dalam hierarki kepimpinan parti kena pijak kepala orang lain, apatah lagi berlainan parti.

Banaliti Kemerdekaan?

Oleh Ismail Hashim Yahaya
Agak masyghul, kerana akhir-akhir ini potret kemerdekaan kita menunjukkan rupa yang tanpa wajah dengan temanya yang memperlihatkan aspek-aspek kebudayaan yang bersifat permukaan.


Bayangkanlah ruang-ruang kebudayaan disesaki oleh tema berbentuk "Janji" itu agak disesali telah menjadi bahan eksploitasi yang bernilai rendah dan tidak esential dan dapatlah diringkaskan ke dalam satu perkataan: banal, kalau dalam Bahasa Melayu bermaksud hambar.
Takkanlah setelah 55 tahun merdeka tema kemerdekaan kita berbentuk Janji. Rumusannya sepanjang perjuangan parti pemerintah mentadbir semua diakhiri atau disimplikasikan sebagai -Janji.
Banaliti - kehambaran: kita tidak mahukan sambutan hari kemerdekaan menjadi sesuatu yang mudah atau tidak bererti, bersifat dangkal di mana golongan muda meraikannya sebagai sesuatu bersifat perayaan sahaja.
Kita bukannya menolak kemerdekaan bahkan mengungguli dan menyanjunginya dengan rasa penuh kesedaran.

Hitam Putih 31 Ogos

Oleh Adam Adli

Tarikh 31 Ogos menjelang lagi, dan samalah ia seperti tahun-tahun yang sebelum ini; disambut meriah dan penuh mewah. Pesta di u***** timur dan barat, rentas Laut Cina Selatan tetap berlaung tanpa kita sedar; ada kisah sedih di sebaliknya. Alangkah hibanya apabila sesudah lebih separuh abad, kita seikhlasnya masih belum mampu menarik nafas lega mengingati tarikh ini.

 Alangkah malangnya, “merdekanya” Negara ini diselimuti kabut yang sampai ke saat ini, dianggap realiti dan ditelan seadanya.
Setiap kemerdekaan, pasti ada kisahnya. Setiap kemerdekaan, pasti ada perjuangannya. Tidak merdeka tanpa tumpahnya darah buat ibu pertiwi. Cinta satu bangsa kepada negaranya tidak pernah dihiasi dengan kisah khayalan dari kayangan; cinta putera-puteri sebuah tanah air pastilah penuh tangis, darah, keringat, dan keinsafan. Malang, cinta kita kepada Negara tidak pernah disaluti dengan tangis, darah, keringat, dan keinsafan. Cinta kita kepada Negara; kisah perjuangan kita dihiasi indah dengan bangsawan kaya, elit mewah, dan perjuangan penuh riang tawa.

Merdeka : Syaitannya Umno....!!!!

Dalam kereta dengar radio dung dang dung dang... tiba2 terpacul satu iklan yang berbunyi..:

Wanita: Apa yang awak tahu pasal "Merdeka"..???
Lelaki : Negara kita bebas dari "Penjajah"..!!!

Lepas tu ada lagi pertanyaan dan jawapan... tapi lebih kepada bodek kerajaan BN jelah.... bangangggg... punya iklan..!!!!

Teringat pulak isu Merdeka tahun lepas di mana ada 3 ekoq keldai umnoporno yang sekoqnya bertaraf Profesor Emiritus dan 2 ekoq lagi bertaraf Profesor KangKong yang mengatakan "Negara Kita Tak Pernah Di Jajah".

Selagi negara ini ditakbir urus oleh Keraaaaa..jaan BN/UMNO, selagi itulah kita sebagai rakyat Malaysia ditipu oleh umno/bn. Mangkuk2 ayun yang berada dalam umno/bn adalah penipu dan pemutar belit sejarah.

Umno sebenarnya adalah talibarut Penjajah British, mendapat kemerdekaan atas ihsan British dengan perjanjian yang menyusahkan orang2 melayu sekarang ini. Kalau tak percaya itulah yang diperjuangkan dan menjadi lolongan Hasan Ali, Ibrahim Ali sekarang ini.... hahahaha...!!!!

PERJUANGAN KEMERDEKAAN YANG TELAH DI LENYAPKAN OLEH UMNO....


IKUTI CATATAN PENGERUSI PARTI KOMUNIS MALAYA BAPA ABDULLAH CD TENTANG PERJUANGAN KEMERDEKAAN YANG TELAH DI LENYAPKAN OLEH UMNO..

Tidak lama setelah saya balik ke Kuala Lumpur selepas menghadiri persidangan Asia, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir menjemput Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Mustapha Hussein dan saya untuk menghadiri pula suatu kongres di Gunung Semanggol, Perak. Beliau mengirim keretanya untuk membawa kami ke sana.

Perjalanan kami diatur oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy dengan bantuan penasihatnya, Mustapha Hussein. Sebelum tiba di Gunung Semanggol, kami singgah di beberapa tempat bersejarah yang juga kubu kuat PKMM iaitu Beruas, Air Tawar dan Lumut.

Kerja dan niat baik mesti mendapat tentangan syaitan dan iblis

UMNO benar-benar sudah terdesak dan tindakannya semua merupakan tindakan yang sangat defensif. Siang malam UMNO terpaksa berfikir cara dan kaedah untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat, tetapi sokongan bertambah mengurang juga. Segala usaha memujuk rayu tidak lagi laku dan diendahkan oleh rakyat di seluruh negara sedangkan mereka (UMNO) perlukan kuasa lagi. UMNO sudah terlalu khayal dengan kuasa dan mereka telah bermain-main dengan kuasa kerana rakyat sebelum ini sangat bersabar.
Kenapa rakyat bersabar? Kerana mereka percaya dengan janji manis BN dan UMNO selama ini yang UMNO itu akan mempertahankan segala perkara yang baik dan menolak segala kemungkaran politik yang UMNO telah lakukan sejak tiga dekad yang lalu. Tetapi setiap peluang dan kesempatan yang diberikan oleh rakyat tidak juga di hormati. UMNO tidak ada sikap berterima kasih terhadap kebaikan rakyat itu dan terus-menerus mempersendakan mandat rakyat itu.
Mereka melakukan rasuah secara terang-terangan tanpa rasa malu dan silu. Tidak payah kita ulangi apa kejahatan dan keaiban yang mereka lakukan. Kebanyakan rakyat dan dunia tahu dan mengakui keburukan yang BN telah lakukan terhadap negara. Hakikat ini di akui sendiri oleh Dr Mahathir dan beliau pernah berkata yang UMNO itu telah busuk sampai ke ususnya.

Kualiti Syaitan : Duit baru Malaysia mencair.......!!!

Lakukan kajian sendiri. 

Ya itulah yang aku sarankan. Lakukan kajian sendiri untuk mengesahkan testimoni yang sedang tersebar di internet. Lakukan dengan wang rm1 untuk membuktikan kebenaran kata2 individu kat bawah neh ;


Sumber gambar : sini.

Duit lama malaysia memang tak mencair. Banyak kali dah aku tertinggal duit dalam kereta dan takde mana2 duit tersebut mencair. Sebenarnya takde sebab untuk kita saja suka2 biarkan duit kita terkena pancaran matahari yang panas.

Duit tak cukup, PIBG kempen 1M1RK4.....Syaitan dan kebas buat shopping..!!!

SHAH ALAM: BR1M, K1M dan pelbagai 1 Malaysia lagi yang dibuat kerajaan untuk memancing undi, namun di Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam lain pula jadinya.

Di sini, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) terpaksa membuat kempen 1M1RKA4 atau 1 Murid 1 kertas A4.

Ini kerana, menurut surat yang dihantar PIBG kepada ibubapa, peruntukan Kementerian Pelajaran untuk membeli kertas tidak mencukupi.

Ia perlu untuk kegunaan ujian dan peperiksaan.

Pihak sekolah juga, kata surat itu, kekurangan dana untuk menangani masalah ini.

"Sehubungan itu, pihak PIBG memohon agar pihak ibubapa/penjaga murid SKS19 dapat menyumbangkan 1 Murid 1 Rim kertas A4 untuk setiap murid.

"Sekiranya tuan/puan tidak dapat menyediakan kertas A4, tuan/puan bolehlah menyumbang RM10 untuk seorang anak," kata surat yang ditanda tangani Hashim Anang, YDP PIBG sekolah itu.