Sabtu, 25 Ogos 2012

'Kejam'....yang alim Islam dalam Umno, Datanglah kepada Tun dan berbisik 'Dah lah Tun! Berzikirlah pula!"!

Menjadi pertanyaan, apakah sudah tidak ada orang-orang alim Islam dalam Umno? Apakah sudah tidak ada yang alim dan warak Islam dalam Umno untuk datang mendekati Tun Dr Mahathir dan berbisik ke telinga Tun agar kurangkan bercakap dan memberi pandangan tentang Islam? 
Begitu tergamak para alim Islam Umno membiarkan Tun Dr Mahathir bercakap merepek dan merapu tak tentu arah hingga menjatuhkan imej Tun dan mendedahkan kejahilan Tun dalam agamanya ? Sepatah kata nasihat ustaz Azhar Idrus sambil berkelakar dalam ceramah-ceramah beliau, " lebih baik jangan bercakap pasal islam kalau tak tahu, kalau bercakap je, soh bodo!".

APA BEDA SYAITAN DENGAN MAHATHIR?

Syaitan bukan nama makhluk, tapi nama perangai yang melekat pada makhluk. Imam tabari mendenisikan syaitan adalah, 'setiap yang jahat dari kalangan jin, manusia, binatang dan sebagainya'.


Iblis adalah makhluk. Sudah pasti ia adalah syaitan, kerana tidak ada kejahatan tanpa iblis. Iblis dan kejahatan umpama kentut dengan taik; umpama umno dengan rasuah; umpama sami vello dengan MRR2; umpama mahathir dengan politik diktator.



Kita tidak boleh menolong syaitan, kerana menolong syaitan beerti menolong membuat kejahatan. Contohnya kita tidak boleh tolong pencuri dengan membawa tangga untuk membantu pencuri panjat rumah untuk mencuri.



Namun begitu, tidak salah kita ditolong oleh syaitan, kerana tidak mustahil syaitan boleh menolong orang buat baik. Contohnya seperti kita nak pergi masjid dan motor kita rosak. Tiba-tiba ada seorang budak dadah yang lalu menawarkan bantuan untuk membaiki motor kita secara percuma. Tindakan budak dadah itu memudahkan untuk kita ke masjid.

Tun Mahathit: BN syaitan yang dikenali.....

"Tun Mahathir akhir akhir ini membuat kenyataan tidak masuk akal malah kenyataan akhbar dengan wartawan seperti beliau seperti perdana menteri Malaysia. Tun Mahathir "sanggup mengaku BN Syaitanyang dikenali yang mesti dipilih oleh rakyat berbanding dengan malaikat (PR) yang tidak dikenali"

Mungkin Tun Mahathir dihantui mimpi ngeri selama berkuasa 22 tahun berkuasa macam hilter dan sistem kuku besi yang jahat dan mementingkan kedudukan kuasa kekal ditangan Tun Mahathir.

Warkah yang rengkas ini ; Bayangkan bekas perdana menteri Malaysia yang bergelar bapa pembangunan, bapa permodernan, bapa perindustrian, bapa segala bapa kok! malah bermacam gelaran yang diberi oleh pengampu Tun Mahathir.

Robert Phang bebas tuduhan rasuah..Tapi maklumat pembebasan disembunyikan..??

KUALA LUMPUR 25 OGOS: Bekas anggota panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang itu telah dibebaskan daripada tuduhan rasuah melalui satu pengesahan SMS oleh Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali seperti diaporkan Hafiz Yatim hari ini dalam Malaysiakini.
Laporan tersebut turut memetik Mustafar berkata awal minggu ini melalui SMS bahawa ”Pihak pendakwa raya telah membuat keputusan dan membersihkan Phang daripada dakwaan rasuah. Ia juga telah diumumkan oleh panel kajian operasi.”
Phang pada Januari 2011 yang lalu secara sukarela memohon untuk melepaskan jawatan selaku anggota panel suruhanjaya berkenaan bagi membolehkan SPRM menyiasat secara bebas dakwaan rasuah yang membabitkannya oleh sebuah sebuah blog yang  mendakwa beliau telah cuba memberi rasuah kepada seorang Ketua Setiausaha sebuah kementerian.

South Sudan refugees running out of food

Afghan returnees find little waiting for them at home

The struggle to deal with a growing Syrian refugee population

Syria forces 'targeting' civilians in Aleppo

Today in History for August 25th

Isu Nasha : Majlis Syura Ulama uruskan, kata Hadi

Hudud boleh dilaksana jika persediaan cukup, kata UMB

Hubungan PAS-DAP tak sama zaman Rasulullah SAW - Fathul Bari

Mahathir akui lebih baik syaitan yang anda kenal....

Ulasan Tun Dr M on Anti Hopping Law

Tun Dr M sedia berdepan Karpal dalam mahkamah...tapi takut berdepan Anwar..!!!

Dr Mahathir vs Dato Najib - Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus - Undi Umno masuk NERAKA...!!

Ikhlas Untuk UMNO / BARISAN NASIONAL BN - Ustaz Azhar Idrus

MERDEKA - Siapa Penipu dan siapa yang kena tipu... !!!! Kerajaan Syaitan ........

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, maka rakyat Malaysia akan countdown jam beberapa saat nak menuju ke jam 12 tgh malam menunjukkan kononnya 31 Ogos adalah tarikh hari kemerdekaan.


Aku jumpa satu artikel yang sesuai buat generasi Y ambil tahu apa itu kemerdekaan Malaysia yang selama ini terus dibolot oleh UMNO kononnya pemimpin parti mereka pejuang kemerdekaan...



Sejarah di bohongi UMNO, Sejarah Merdeka Malaysia Yang anda Patut Ketahui! - digg

Kisah Sebenar Perjalanan Kemerdekaan Tanah Melayu TERBONGKAR ! buat tatapan generasi hari ini - by @tiewnama on twitter.

KAH KAH KAH

Sultan

5 Ogos 1957 - Gambar diambil sebelum perjanjian menandatangani penubuhan Federation of Malaya 1957. Tiga dari kiri (duduk): The Regent of Johore, SultanPerak, Raja Perlis, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah, High Commissioner, Sir Donald MacGillivray, Sultan Pahang, SultanSelangor, Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu. Berdiri di belakang Sir Donald, ialah Chief Secretary, Sir David Watherston.

Mahathir sudah ambik alih kuasa Najib untuk serang Anwar & PR..!!!??

Sementara Ha Najib Razak terus menelan panadol kerana skait kepala disebabkan beberapa perkembangan terakhir di dalam negara dan juga suasan dalam BN tidak menentu terutamanya di Sabah dan Sarawak, maka tugas untuk melutu Anwar Ibrahim diambil alih sepenuhnya oleh Mahathir Mohamad. Ternyata Najib bukan saingan hebat untuk berdekat dengan Anwar. Keengganan untuk berdebat atas apa jua isu meletakan Najib berada di hujung kaki Anwar.
Mahathir Mohamad
Walaupun Najib muncul sebagai Santa Claus yang membahagi-bahagikan air skrim dan gula-gula untuk rakyat tetapi aksi dan kebaikan itu tidak berjaya melonjakkan markah untuk dirinya. Sokongan dan minat orang ramai kepada BN tetap merudum. Jadi menyedari kelemahan Najib itu maka Mahathir terpaksa 'kudeta' kuasa Najib untuk terus menyerang Anwar.
Mahathir pun sudah terkial-kial, habis giar untuk memancu kelajuannya dalam mengekori Anwar apa lagi hendak memintas. Anwar terlalu laju dan jauh ke depan tanpa mempedulikannya membebel di belakang. Penampilan dengan berbagai idea yang ideal untuk rakyat Malaysia meletakkan Anwar menjadi harapan rakyat. Di Sabah dan Sarawak rakyat ngeri itu sudah mulai merasa Anwar akan menjadi pahlawan membela mereka.

Bidalan baru Mahathir kononya mengambil perpatah Inggeris bebunyi; lebih baik syiatan yang dikenali daripada malaikat yang tidak kenal, menggambarkan kesesatan dan kesongsangan falsafah agama politik Mahathir. Pemikiran Mahathir jelas gelap dan terhijap kelam dari ilmu Islam sehingga dia mengambil bidalan itu untuk menggayungkan yang BN lebih baik dari Pakatan Rakyat atau Anwar.

SUDAH NAMPAK SYAITAN BESAR DAN MALAIKAT KECIL

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN.

"Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini.

Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang.

UNDER PRESSURE Dr M flip flops: Denies, then repeats "We are the Devil"

UNDER PRESSURE Dr M flip flops: Denies, then repeats "We are the Devil"Tun Dr Mahathir Mohamad today accused the opposition of twisting a metaphor he previously used, so as to portray the ruling Barisan Nasional (BN) as the “devil” and incite hatred towards the government ahead of the coming polls.
The country’s longest serving prime minister today lamented that Pakatan Rakyat (PR) has never praised any of BN’s policies, even though the government had led Malaysia through the recent global economic slowdown.
“The opposition lives to create hatred against government; they forget all the good the government has done, and make people hate the government,” the former premier told a press conference at his Hari Raya open house here today.
He added despite the economic downturn worldwide, Malaysia “has done (the) best among all in terms of economic growth”.
“In a multi-racial country, we have done extremely well. Why won’t they (PR) mention that?” he asked.

PAS sokong himpunan Janji Demokrasi

KUALA LUMPUR: PAS menggalakkan ahli-ahlinya untuk turut bersama-sama menyertai program santai Janji Demokrasi, 30 Ogos ini bagi meraikan sambutan ambang kemerdekaan negara.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata mana-mana ahli PAS yang ingin turut serta pada program di kawasan air pancur di Dataran Merdeka itu diingatkan untuk memakai pakaian berwarna kuning seperti yang dirancang penganjur.

"Kita mengizinkan mana-mana ahli untuk menyertai program santai itu dengan hadir memakai pakaian kuning sebagai tanda sokongan terhdap tuntutan Bersih yang sehingga kini tidak dilaksanakan," tegas beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, petang ini.

Dalam pada itu, satu himpunan Pakatan Rakyat turut diadakan di Selangor pada hari tersebut dan peserta juga digalakkan untuk berpakaian kuning.

Sementara itu, PAS terus menggerakkan momentum Himpunan Hijau menuju Putrajaya, kali ini dengan menggerakkannya di peringkat negeri Sabah dan Sarawak.

PAS: Pakai baju kuning ke Janji Demokrasi

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu menyeru ahli parti itu supaya hadir pada himpunan Janji Demokrasi yang akan diadakan pada malam 30 Ogos bertempat di Dataran Merdeka.

Beliau turut menyarankan agar peserta yang hadir pada himpunan itu nanti akan memakai baju warna kuning – warna yang simbolik dengan kempen tuntutan pilihan raya bersih dan adil.

"Kita galak ahli PAS hadir pada santai merdeka (Janji Demokrasi) pada 30 Ogos sehingga malam masuk 31 haribulan bersama 44 NGO lain yang akan berkumpul bagi merayakan hari kemerdekaan.

"Pada malam yang sama kita juga akan adakan sambutan kemerdekaan di Selangor (Shah Alam).

Kantoi : Putrajaya masih belum mampu putuskan logo merdeka 55....ha..ha..bab logo pun dah tak larat..!!!!

Seorang pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengesahkan bahawa kerajaan menghasilkan enam versi logo Merdeka, namun belum memutuskan versi rasmi yang akan digunakan.

Laporan China Press menyebut, akhbar dan stesen televisyen baru-baru ini menampilkan enam versi logo Merdeka, yang menyebabkan kekeliruan di kalangan orang ramai.

Perkara itu timbul selepas kerajaan menarik balik logo asal yang menjadi sasaran kritikan berhubung ciri estetiknya.

Ketika dihubungi, seorang pegawai perhubungan awam kementerian itu mengesahkan bahawa kerajaan menghasilkan kesemua logo berkenaan namun proses pemilihan masih berjalan.

Proton mampu bersaing tanpa cukai eksais

KUALA LUMPUR 25 Ogos: KEADILAN yakin pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad masih mampu bersaing walaupun tanpa pergantungan kepada cukai esksais.
Ia ditegaskan dalam satu kenyataan bersama oleh Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Timbalan Ketua Penerangannya, Sim Tze Tzin.
Menurut mereka, KEADILAN mengiktiraf kejayaan Proton dan yakin ia mampu maju ke depan berdasar keupayaannya bertahan walaupun tidak mendapat perlindungan rebat cukai eksais sejak 2005.
“Sejak dari itu, kereta-kereta keluaran Proton dan perusahaan automotif nasional yang lain terpaksa membayar cukai eksais yang sama seperti juga kereta-kereta berjenama antarabangsa,” ujar kenyataan tersebut.

Dr M, Rosmah & Altantuya: The 3 HOTTEST names in M'sia - WHY?

Dr M, Rosmah & Altantuya: The 3 HOTTEST names in M'sia - WHY? Indeed it calls for more serious study. Why is it that each time the names of Tun Dr Mahathir, Datin Seri Rosmah and the slain Altantuya pop up in the internet media, you get such huge comments and responses.
Indeed it calls for serious appraisal – without fear or favor, to ascertain why too almost always the postings on the net are never sympathetic nor favorable towards the Tun and the Datin Seri and why too the sympathy and support for the late Mongolian citizen is overwhelming.
Let us test it out here, right away.
The Tun Dr Mahathir
He is the greatest leader that not only Malaysia has ever been blessed with but the same goes for South-east Asia. In fact he is the greatest leader whom even Barrack Obama could not have matched.
Tun Dr Mahathir was always right. And even when he was wrong, it was not his own making. That is why Soros was a sorrow for us. That is why we had to teach the Brits with our “Buy British Last” campaign led by the wise and brave Tun. Remember the stand-off with Australia too?
Without the Tun Dr Mahathir, we would not be where we are today. Consider the mega projects; the handful of billionaires created; the mammoth privatization projects. Even to this day, while the world is jittery with a looming financial crisis, Malaysia is on solid rock.
There is more, but let us move on.
Datin Seri Rosmah

CHOOSE THE 'ANGEL': A vote for Dr M's Devil is a vote for Evil

CHOOSE THE 'ANGEL': A vote for Dr M's Devil is a vote for EvilA lie told often enough becomes the truth said Lenin, Russian communist politician and revolutionary (1870 - 1924).
In any democratic nation, no party lasts more than one or two terms. Voters will choose the party wisely and if the successor fails, then the same voters will toss the party out. This is fair.
Deep-rooted vengeance
In the US, the Republican and Democratic parties have controlled the White House for long but often alternatively and the country’s business goes on as usual with no violence and no destruction to the nation.
Only the government changes and the changes are done respectably with the incoming president always sending off his predecessor with deference.  This is what true democracy is.
The people hear no violence, threats or personal scoffs thrown at each other. When George Bush took over as president of US (2001 to 2009) he did not resort to cheap political thrills to describe Bill Clinton, his predecessor, with terms like “hoodwinked by your show of innocence”.
Neither did Clinton say to Bush that “the country will be destroyed if the Republicans were to lead”.
Personal issues detrimental to the wellbeing of any society – if there is any truth to it – should best be decided by the court. Mahathir Mohamad has no right to resort to personal attacks on Anwar Ibrahim – the Opposition leader who was his close political buddy at one time – without any evidence that is legally binding.

Dr M tries to pin BN’s ‘devil’ tag on Pakatan

KUALA LUMPUR, Aug 25 ― Tun Dr Mahathir Mohamad today accused the opposition of twisting a metaphor he previously used, so as to portray the ruling Barisan Nasional (BN) as the “devil” and incite hatred towards the government ahead of the coming polls.
The country’s longest serving prime minister today lamented that Pakatan Rakyat (PR) has never praised any of BN’s policies, even though the government had led Malaysia through the recent global economic slowdown.
“The opposition lives to create hatred against government; they forget all the good the government has done, and make people hate the government,” the former premier told a press conference at his Hari Raya open house here today.
He added despite the economic downturn worldwide, Malaysia “has done (the) best among all in terms of economic growth”.
“In a multi-racial country, we have done extremely well. Why won’t they (PR) mention that?” he asked.
“If you hate the government then you are like them (the opposition),” he added.

Anwar: Umno-BN using 'Hudud' out of desperation, PR to follow universal good values

Anwar: Umno-BN using 'Hudud' out of desperation, PR to follow universal good valuesThe latest efforts to sow racial and religious distrust as evidenced by the incessant playing of the issue of hudud and the Islamic state in the Umno controlled media once again underscores the politics of recklessness. These vile attempts at intimidation, incitement to religious and ethnic strife are the last desperate attempts to deflect from issues of corruption and abuse of power.
No matter how the issue is being spun by the Umno media, we in Pakatan Rakyat remain committed to the fundamental principles enshrined in the Federal Constitution; the position of Islam as the religion of the Federation while guarenteing the freedom of other religions to be practiced in peace and harmony; Bahasa Melayu as the national language with liberty to use the mother tongues of the various races; sovereignty of the Malay rulers together with the position of the special privileges of the Malays and bumiputras and the rights of other races as protected by the Constitution.
PR to be guided by universal good values

Suhakam mahu Seksyen 114A Akta Keterangan dipinda atau dimansuh

SHAH ALAM - Suhakam  menggesa kerajaan meminda ataupun memansuhkan Seksyen 114A Akta Keterangan (Pindaan) (No 2) 2012, yang kontroversi atas alasan ia melanggar prinsip hak asasi manusia.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, peruntukan yang baru itu, yang diperkenalkan berkuat kuasa 31 Julai lalu juga melanggar prinsip asas undang-undang bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

Katanya, Suhakam ingin mengulangi pendirian bahawa walaupun ia mengakui akan pentingnya keselamatan negara untuk memastikan keamanan dan kestabilan, ia juga berpendapat bahawa Seksyen 114A Akta Keterangan mesti dikaji semula ataupun dimansuhkan demi melindungi dan menghormati kebebasan asas dan hak asasi manusia untuk bersuara dan tanggapan tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

PRU 13 : PAS cadang mansuh 4% faedah pinjaman penjawat awam

KUALA LUMPUR: PAS akan mencadangkan pemansuhan kadar empat peratus faedah pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat untuk diperjuangkan bersama.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pada sidang media di pejabat parti itu, petang ini.

Beliau berkata pemansuhan kadar bayaran empat peratus itu terbukti memudahkan kakitangan kerajaan, selain mengurangkan bebanan hutang mereka.

"Ia terbukti apabila ia dilaksanakan. Di Kelantan, sudah buat pun.  Di Terengganu juga, ketika kita memerintah, kita sudah laksanakan," jelas beliau.

Hudud: PAS akan laksana ikut saluran demokrasi

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan melaksanakan hukum hudud melalui proses demokrasi yang sedia ada.

Malah ujarnya, usaha itu telah dimulakan sejak tahun 90-an lagi apabila Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 diperkenalkan dikedua-dua negeri itu.

Sebelum itu lagi katanya, mereka telah memperkenalkan draf undang-undang itu kepada NGO Islam dan bukan Islam dan pernah mengemukakan usul agar isu perlaksanaan hudud dibincangkan di parlimen.

"PAS terima hudud secara positif dan hudud ini kewajipan orang Islam.

Pendirian Karpal tidak patah semangat Pas dalam isu hudud


hadi awang KUALA LUMPUR - Pas menerima secara positif kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam soal hukum hudud dan Negara Islam, tetapi akan meneruskan perjuangan parti bagi menegakkan syiar Islam di negara ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Karpal itu tidak sedikit pun mematahkan semangat perjuangan Pas terus mempertahankan hukum hudud.

"Apa yang Karpal katakan sebelum ini, kita terima saja secara positif. Umno sebelum ini pun pernah memperlekehkan dan memperkecilkan pelaksanaan hukum hudud di negara ini," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Biro Politik Pas, hari ini.

Anwar: Hudud dan Politik terdesak Umno

Usaha terbaru untuk menyemai kesangsian kaum dan agama yang terbukti dilakukan media kawalan Umno secara berterusan dengan memainkan isu hudud dan negara Islam sekali lagi menggambarkan sikap politik melulu.
Cubaan keji secara ugutan dan menghasut persengketaan agama dan etnik ini merupakan cubaan terdesak untuk mengalih perhatian rakyat dari isu-isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Tidak kira bagaimana isu yang diputar oleh media Umno, kita dalam Pakatan Rakyat kekal komited kepada prinsip asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan; kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan disamping menjamin kebebasan agama-agama lain diamalkan dengan aman dan harmoni; Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan kebebasan untuk menggunakan bahasa ibunda pelbagai kaum, kedaulatan raja-raja Melayu bersama-sama dengan kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera dan hak-hak kaum lain seperti yang dilindungi oleh Perlembagaan.

FB: 'Satu atau dua nama' disyaki kendali akaun....bakal jadi "Kambing Hitam" UMNO...!!!!


Akaun fan page Facebook yang didaftarkan atas nama Pemuda Umno Pusat.
Akaun fan page Facebook yang didaftarkan atas nama Pemuda Umno Pusat.
 
PUTRAJAYA - Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan menyerahkan kepada polis nama-nama orang yang disyaki mengendali akaun palsu sebuah laman sosial facebook didakwa milik pergerakan itu.
  
Facebook itu dikatakan memaparkan poster berbaru hasutan: Jika orang ramai setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, teruskan sokongan kepada gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat.

Isu Nasha: PAS serah pada majlis syura

PAS menyerahkan kepada Majlis Syura untuk membincangkan mengenai isu melibatkan bekas timbalan presidennya, Nasharuddin Mat Isa.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana, Nasharuddin bukan lagi menjadi Ahli Jawatankuasa Pusat dan Biro Politik dalam parti itu.

"Hari ini kita bincang tentang bidang isu-isu politik. YB (Nasharuddin) bukan lagi AJK pusat dan biro politik. Tapi masih AJK Majlis Syura Ulama.

"Jadi kita serah pada Majlis Syura untuk bincang langkah-langkah yang wajar berhubung YB Nasha," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik di ibu pejabat PAS hari ini.
Nasharuddin sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila mencadangkan supaya parti Islam itu keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hukum hudud.
Kenyataan Nasharuddin itu antara lainnya dilaporkan TV3 dan Utusan Malaysia sebelum ini dilaporkan mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan jika DAP menentang hudud.

Myanmar sees signs of reforms over child soldiers

Syrian artists targeted for dissent

Mahathir: 'Syaitan yang dikenali' merujuk kepada BN, "Malaikat" merujuk kepada Pakatan.....

NONEMantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN.

"Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini.

Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang.

Jelasnya, "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya.

Katanya, walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan.

Bagaimana anda mengenali kafir harbi?

Oleh Ahmad Baei Jaafar
Pelik, sesudah sekian lama negara kita merdeka dan kehidupan rakyat negara ini semakin baik, tetapi secara tiba-tiba dikejutkan dengan isu kafir harbi.
Kenapa muncul istilah itu di negara ini sedangkan orang bukan Islam masih mahu bekerjasama dengan orang Islam? Adakah isu ini benar-benar difahami oleh umat Islam?
Sebenarnya kafir harbi sudah jarang ditimbulkan secara terbuka kecuali sekadar perbincangan ilmiah di sekolah dan universiti. Perkataan atau istilah kafir harbi tidak lagi dibincangkan secara umum kerana suasana di negara ini sudah tidak lagi diancam oleh penentang yang berstatus kafir harbi.
Jadi, dalam keadaan ini mengapa timbul isu kafir harbi? Adakah hal ini ada kaitan dengan perkembangan politik yang sengaja dibangkitkan pihak tertentu untuk menimbulkan permusuhan dalam kalangan rakyat Malaysia? Kalau berlaku permusuhan siapakah yang akan mendapat untung?
Saya tidak pasti siapa yang memulakan isu ini. Dan kenapa pula secara tiba-tiba seorang guru pondok boleh bercakap tentang kafir harbi ini? Apakah dia benar-benar faham isu ini atau sengaja dibesarkan pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah guru berkenaan. Mungkinkah dia sedang diperalatkan oleh pihak tersebut untuk tujuan yang tidak baik?
Memang istilah itu tidak boleh dihilangkan kerana dari masa ke masa masih boleh digunakan lagi. Kalau sekarang tidak berlaku, namun tidak mustahil boleh berlaku pada tahun hadapan. Jadi, sebagai orang Islam mereka perlu tahu istilah itu dengan tepat agar boleh diletakkan istilah itu pada orang yang betul.

Merdeka! Berselepet Dengan Otak Penjajah.

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

KINI masuk bulan sambut merdeka. Sudah masuk 55 tahun Malaya merdeka dari penjajah. Padaku, walau perjajah sudah pergi, tetapi pemikirannya masih berselaput dan berselepet dalam kepala otak penduduk dan pemimpin pribumi atau bumiputera. Pemikiran bumiputera yang menjadi barua dan talibarut penjajah itu, kadang-kadang berlagak lebih tuan dari tuan penjajah mereka.

Maaf, bunyinya agak kasar. Tapi kasar lagi penjajah berkulit sawo matang yang memaksakan pemikirannya ke atas rakyat negara ini. Mereka menyekat orang Islam melaksanakan agamanya yang syumul di negaranya sendiri. Mereka paksakan perundangan 'made in England' menggantikan perundangan Islam seperti 'hudud', menseleweng tafsiran perkataan 'agama bagi Persekutuan (Fasal 3 Perlembagaan Perkutuan)', dengan pandangan sekularisme 'tuan mereka' di barat, sambil mengenepikan erti agama (way of life) menurut Al-Quran dan Islam.

Kereta yang ku pandu ini, melalui Jalan Gurney, kerana aku dijemput menghadiri suatu majlis pertemuan dengan Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia, di Chow Kit Kuala Lumpur. Maaf aku masih tersasul menyebut Jalan Gurney, yang sudah ditukar namanya kepada Jalam Semarak, puluhan tahun lalu.

Pakatan Syaitan Adalah Barisan Nasional.

Pakatan Syaitan adalah nama yang sesuai bagi Barisan Nasional sebagaimana kata-kata Maha firaun, 'lebih baik sokong syaitan yang dikenali dari sokong malaikat yang tidak dikenali'. Syaitan yang dikatakan oleh Maha firaun ialah Barisan Nasional dan Umno sebagai tunjang kepada BN (syaitan), maka Umno adalah Iblis.
Apa pula kerja-kerja yang dilakukan oleh Pakatan Syaitan ini ialah memprovokasikan kepada ahli-ahli parti masing-masing. Umno sebagai Iblis akan menabur fitnah terhadap PAS yang mewakili umat Islam dengan tuduhan PAS menjual agama demi untuk bersama dengan DAP. Kononnya PAS sanggup menutup buku tentang 'Negara Islam' walhal PAS tidak pernah menukar dasar parti yang bertunjangkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Perihal Najib, Merdeka Raya dan lemang dodol

Kali ini Aidilfitri meriah. Tak lekang orang yang datang ke rumah, tak putus melawat sanak saudara. Biasalah, bila banyak singgah-menyinggah, segala juadah seboleh mungkin nak dirasa. Lemang, ketupat, rendang sudah semestinya. Kalau anda beraya ke Gopeng, janganlah lupa jamah Kelamai, makanan Rawa yang sangat popular. Maka disebabkan banyak makan, tak hairanlah kalau banyak kali masuk keluar ke jamban.
Belum pun selesai dihadam ketupat, lemang, dodol dan samperit, tak sempat lapar sebab asyik berjamu, seluruh rakyat Malaysia akan menyambut pula hari kebesaran negara hujung bulan ini iaitu Hari Merdeka yang ke 55 tahun.
Istimewa Hari Merdeka yang ke 55

Peguam Negara Rasuah? Najib digesa tubuh tribunal

KUALALUMPUR 25 OGOS: Najib digesa menubuhkan satu tribunal untuk menyiasat dakwaan rasuah serta salah guna kuasa oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail.
Gesaan yang dibuat oleh Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Mat Zain dan bekas anggota panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang dibuat berikutan dakwaan serius terhadap Gani yang didedahkan oleh penulis Zainal Abidin Ahmad dalam bukunya bertajuk “Tan Sri Gani Patail: pemalsu, penipu, penjenayah?”.
Dua hari yang lalu, Mat Zain telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memohon jawapan mengapa beliau tidak bersedia untuk menubuhkan satu tribunal untuk menyiasat Peguam Negara walaupun wujud banyak tuduhan serta bukti terhadap Gani tetapi telah memberi kebenaran untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Malaysia Kita : Apabila berlaku ‘Perang Teluk’, angkat kaki, ‘blah’…

SEKARANG ini bukan saja kes perceraian menjadi-jadi malah krisis rumah tangga bagaikan tidak terbendung sehingga terjadi kejadian tragik seperti membunuh atau membunuh diri di kalangan suami isteri.
Ada beberapa peribahasa Melayu menyentuh mengenai hal rumah tangga ini; antaranya ‘sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri’ dan ‘pukul anak sindir menantu’. Hal ini membuktikan betapa halusnya orang Melayu dalam menyelami permasalahan hubungan kekeluargaan.

Pada musim raya ini, dikhuatiri ‘suhu’ hubungan suami isteri juga panas, misalnya persoalan balik kampung dan perbelanjaan raya boleh mencetuskan ‘Perang Teluk’. Ya, kehidupan suami isteri amat perlukan panduan agama bagi melahirkan kerukunan rumah tangga yang dalamnya terdapat unsur-unsur mulia seperti keadilan dan tolak ansur.

Malaysia Kita : Murid Tahun Empat putus dua jari akibat mercun bola


Murid Tahun Empat putus dua jari akibat mercun bola
Wan Muhammad Anas Amar Moh Rosyam, 10, putus ibu jari, jari telunjuk dan patah pergelangan tangan kiri serta mengalami kecederaan. - Foto Bernama
 
SUNGAI PETANI - Seorang murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil dekat sini putus dua jari tangan kiri setelah mercun bola yang dibakarnya meletup sebelum dia sempat membalingnya.

Dalam kejadian 5 petang Rabu lepas, Wan Muhammad Anas Amar Moh Rosyam, 10, putus ibu jari, jari telunjuk, patah pergelangan tangan kiri selain cedera pada tapak tangan kanan serta kedua-dua mata dan muka.

Malaysia Kita : Penjenayah semakin kreatif dan inovatif mencari mangsa

"Bagaimana suri rumah, warga emas hendak membezakan antara polis sebenar dengan polis palsu, staf TNB sebenar dengan staf TNB palsu, pegawai JKM sebenar dan pegawai JKM palsu?

Penjenayah di negara kita semakin hari semakin kreatif dan inovatif, sedangkan usaha pencegahan jenayah oleh semua pihak masih di takuk lama.
‘Staf TNB’ kelar tangan suri rumah
25 Ogos 2012
JOHOR BAHRU: “Ketika kami berbual termasuk menyiasat aduan kerosakan meter elektrik di rumah, tiba-tiba seorang daripada dua lelaki yang memakai pakaian seragam Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengugut dan meminta saya menyerahkan semua barang kemas.

Umno Kelantan perjelaskan penubuhan JK khas petroleum

KOTA BAHARU: Umno Kelantan akan mempergiatkan penerangan mengenai jawatankuasa khas bagi mengkaji secara adil dan telus isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini kerana terdapat pihak tertentu yang memberi gambaran salah dengan tujuan mengelirukan masyarakat Kelantan berhubung penubuhan jawatankuasa khas tersebut.
“Kita serah kepada jawatankuasa khas ini untuk membuat kajian dan memberi syor kepada kerajaan persekutuan mengenai isu bayaran tunai ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama pemandu kereta sewa/teksi di sini, hari ini.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata jawatankuasa khas itu akan mengenal pasti negeri yang layak menerima bayaran tunai itu, menentukan kaedah serta jumlah bayaran tunai tersebut kepada negeri berkenaan.

Hudud: Amaran Abim jangan sampai cetus Islamofobia


Amidi Abd Manan SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memberi amaran fenomena Islamofobia, yang melanda di luar negara, akan menular ke Malaysia jika DAP dan MCA tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam dalam polemik berkenaan hukum hudud.

Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, beberapa kenyataan yang dikemukakan oleh pimpinan MCA dan DAP yang sama sekali tidak mengambil kira sensitiviti serta intipati tersirat yang terkandung dalam perundangan hudud serta Islam secara keseluruhannya.

"Sekiranya keadaan ini berterusan serta tidak dibendung, fenomena Islamofobia yang membayangi keharmonian hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam di seluruh dunia akan menular ke negara ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Umno tetap jadi penghalang hudud

Menurut Datuk Mahfuz Omar, sekalipun DAP bersetuju dengan pelaksanaan hudud, Umno tetap menghalang dan sejarah membuktikan perkara ini.

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menegaskan bahawa Umno tetap menjadi batu penghalang terhadap pelaksanaan hukum Hudud yang diinginkan oleh PAS.
“Kalau DAP bermesyuarat dan menerima pelaksanaan hudud sekalipun, PAS masih tidak boleh melaksanakannya kerana dihalang kerajaan pusat pimpinan Umno/BN,” kata Mahfuz yang juga ialah ahli Parlimen Pokok Sena.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan  bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa yang mencadangkan PAS keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya gagal melaksanakan hukuman Hudud di bawah Pakatan Rakyat.
Mahfuz turut mempertahankan kerjasama PAS dan DAP yang diakuinya baik kerana wujud perkara kebersamaan.
“DAP dan PAS menentang pelaksanaan judi bola sepak.

Penganjur : Jangan lengah kelulusan guna "Padang Milo"



Jawatankuasa Bertindak Haramkan Sianida menggesa pihak berkuasa supaya tidak melengah-lengahkan kelulusan kepada permohonan mereka untuk menggunakan sebuah padang bola di belakang Taman Tasik Raub bagi perhimpunan yang dirancang pada 2 September.

Padang yang digelar Padang Milo itu merupakan lokasi alternatif yang dicadang oleh polis selepas Majlis Daerah Raub menolak permohonan jawatankuasa itu untuk berhimpun di Dataran Raub.

Kenyataan jawatankuasa itu semalam menyebut, polis bersetuju dengan untuk membantu permohonan dengan pihak berkuasa termpatan.

"Pihak berkuasa berkata mereka akan memproses permohonan untuk lokasi baru itu mengikut prosedur dan memaklumkan semula kepada kami pada 27 Ogos," kenyataan itu dipetik.

Ia juga menyatakan bahawa jawatankuasa itu akan mengadakan satu acara di pasar pagi Raub pada hari Ahad untuk mempromosi perhimpunan 2 September itu.

Jawatankuasa itu ditubuhkan oleh penduduk Bukit Koman yang mendakwa penggunaan sianida oleh satu lombong emas di kawasan itu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan namun kementerian kesihatan berkata ia tidak dapat mengesahkan perkara itu.

Pak Lah: Sokongan terhadap BN tidak menentu di bawah Najib....

Pak Lah dan Jeanne Abdullah menyambut Ketua Biskop Tan Sri Murphy Nicholas Pakiam ke rumah terbuka mereka di Dewan Endon, Putrajaya. — Foto foto oleh Choo Choy May
PUTRAJAYA, 25 Ogos — Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memimpin Barisan Nasional (BN) sewaktu gabungan tersebut mendapat keputusan terburuk dalam sejarah pada pilihan raya umum (PRU) 2008 memberikan amaran hari ini populariti parti pemerintah tersebut masih tidak menentu di bawah Datuk Seri Najib Razak walaupun pelbagai polisi baik diperkenalkan. Abdullah memberitahu pemberita di rumah terbuka Hari Rayanya bahawa beliau mempunyai pengalaman sama sewaktu pentadbirannya yang tamat selepas BN yang beliau pimpin kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen dalam PRU 2008.
Pak Lah ketika temuramah di rumah terbuka beliau.
Beliau memuji reformasi dan transformasi yang dilakukan Najib dan berharap pengundi akan berpuas hati dengannya akan tetapi memberikan amaran bahawa ia tidak semestinya akan diterjemah kepada undi kepada BN. “Dengan Najib dan semua polisi yang telah beliau umumkan, ia adalah sangat baik dan kita berharap rakyat dapat menerimanya,” kata beliau yang popular dengan panggilan “Pak Lah”.
“Akan tetapi, kita tak tahu apa yang ada dalam fikiran pengundi.
“Saya dah lalui semua itu sebelum ini.”

Nik Aziz: Tangguh hudud kerana amaran persekutuan

NONEMenteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menjelaskan bahawa hukum hudud di Kelantan terpaksa ditangguhkan atas amaran yang dikeluarkan kerajaan persekutuan dan bukan disebabkan suasana yang masih belum kondusif di Malaysia.
"Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif.
"Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk amaran menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik," katanya dalam tulisan di laman blogtokguru.com hari ini.
Katanya, pelaksanaannya masih tertangguh walau Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 itu diluluskan "secara masak" sejak November pada tahun tersebut.
Nik Aziz juga menjelaskan bahawa kerajaan Kelantan proses penggubalan meluluskan hukum hudud turut melibatkan pengenalan dan perbincangan rang undang-undang tersebut bersama cendikiawan perundangan Islam Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Datuk Daud Muhammad.

Presiden parti serpihan Umno, Semangat 46 pada waktu itu, Tengku Razaleigh Hamzah turut mengadakan perbincangan sebagai sokongan kepada usaha itu, kata Nik Aziz.

Makin Kantoi : `Surat saya menyebabkan Pak Lah, Najib jadi PM’ - Umi

Bagaimanapun, Umi Hafilda kecewa Pak Lah menggantung keahliannya sebagai ahli Umno Gombak.

PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Umi Hafilda Ali mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kerana sepucuk surat yang ditulisnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2008.
“Kalau saya tidak tulis surat tersebut sudah tentu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.
“Tetapi kerana sepucuk surat saya kepada Dr Mahathir mengenai perilaku Anwar, mereka berdua (Abdullah  dan Najib) telah menjadi Perdana Menteri,” katanya.
Bagaimanapun, Umi agak kecewa kerana kedua-kedua pemimpin besar itu seolah-olah telah melupakan jasanya.
Katanya, Abdullah telah menggantung keahlian Umno beliau dari sebuah cawangan di Gombak.
“Itu yang menyebabkan saya marah sangat kepada Pak Lah,” katanya.

Pemberian tunai kepada peserta hari kebangsaan bukti kegagalan 1Malaysia, kata Kit Siang

Penasihat DAP Lim: “Menyewa hadirin” kebiasaan Barisan Nasional. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Pemberian wang tunai untuk meramaikan sambutan Hari Kebangsaan minggu hadapan membuktikan kegagalan polisi 1Malaysia perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk menyatukan rakyat Malaysia, kata ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, hari ini. Penasihat DAP itu melabel tindakan ini dengan apa yang beliau istilahkan sebagai “menyewa hadirin” untuk dua acara ambang Merdeka dengan menyatakan ini adalah kebiasaan Barisan Nasional (BN), menggunakan wang agar majlis mereka dilihat ramai hadirin.
“Acara Hari Kebangsaan ini… sepatutnya berlaku secara spontan,” kata Lim ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider. “Apabila ia menjadi terlalu tiruan, ia kehilangan maknanya.”
Lim menambah, keperluan untuk membayar hadirin untuk datang ke acara tersebut adalah refleksi jelas percubaan perdana menteri untuk membangunkan negara bangsa gagal untuk menyatukan rakyat Malaysia walaupun dengan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Menurut Lim, konsep 1Malaysia yang sering dipromosi seharusnya telah berjaya membawa rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama bersama lebih-lebih lagi dalam sambutan Hari Merdeka — seharusnya membangkitkan semangat patriotisme mereka.
“Ini adalah refleksi menyedihkan kegagalan 1Malaysia untuk membawa rakyat Malaysia bersama menjadi satu, terutamanya dalam perayaan hari kebangsaan seperti ini,” katanya.
Kata Lim lagi, kerajaan BN menguruskan sambutan hari kebangsaan tahun ini dengan cara salah, menjadikan contoh kekecohan sebelum ini dalam penggunaan “Janji Ditepati” sebagai tema Hari Merdeka.

Guan Eng pertahan kewajaran undang2 anti lompat

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata undang-undang anti lompat parti yang dicadang di negeri itu bukan mahu menyekat kebebasan berpersatuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya, ia lebih kepada menghalang wakil rakyat dari mengkhianati amanah masyarakat awam yang telah memberi kepercayaan kepada mereka.

"Cadangan pindaan perlembagaan negeri untuk meluluskan undang-undang anti-katak ini bukan perihal kebebasan berpersatuan tetapi perihal pengkhianatan amanah awam serta pengkhianatan prinsip-prinsip asas demokrasi perwakilan dan kebertanggungjawaban," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz semalam bahawa rancangan kerajaan Pulau Pinang itu bertentangan dengan prinsip kebebasan berpersatuan.

Umno timbulkan salah faham, bukan Pas: Harun


Ketua Dewan Ulama, Pas, Datuk Dr Harun Taib SHAH ALAM – Pas tidak memberi gambaran salah mengenai hukum hudud, sebaliknya Umno yang lama berbuat demikian, tegas Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.

Menurutnya, tindakan Umno melalui surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Kerajaan Kelantan menimbulkan kekeliruan dan impaknya salah faham dalam kalangan orang bukan Islam.

Katanya, tafsiran yang salah mengenai hudud juga timbul daripada kalangan pemimpin Umno yang menolak hukum Islam tersebut dilaksanakan dengan membayangkan pelbagai perkara tidak masuk akal.

Pimpinan PAS digesa waspada jawab isu hudud

PAS mengingatkan kepada mana-mana pemimpin atau ahli partinya yang bukan ahli dibidang pengajian Syariah Islam agar berhati-hati membuat kenyataan mengenai hukum hudud.

Ahli Jawatankauasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik melahirkan rasa kebimbangannya berhubung dengan beberapa kenyataan pemimpin parti mengenai pelaksanaan hudud di negara ini.

Ini kerana, katanya beberapa kenyataan pemimpin PAS sendiri yang disiarkan melalui akhbar arus perdana agak mengelirukan dengan tafsiran seolah-olah tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum tersebut.

“Berwaspadalah membuat kenyataan tentang hudud supaya tidak merosakkan aqidah. Merujuk kepada beberapa kenyataan mutakhir mengenai pelaksanaan hudud di negara ini, saya dapati ianya tidak selari dengan asas aqidah dan syariat Islam.

Tiada alasan menangguhkan Hudud, kata Nik Aziz

Kata Menteri Besar Kelantan itu, alasan supaya rakyat faham terlebih dahulu sebelum melaksanakan hukum Hudud tidak boleh diterima.

PETALING JAYA; Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan tidak ada alasan untuk menangguhkan dari melaksanakan hukum Hudud di negara ini.
Kata Menteri Besar Kelantan itu, alasan supaya rakyat faham terlebih dahulu sebelum melaksanakan hukum Hudud tidak boleh diterima.
“Bagi saya tidak ada asas hukum dan keperluan atas dasar logik untuk melengah-lengah pelaksanaan kerana Hudud adalah sebahagian daripada perundangan syariah yang diwajibkan dalam Islam.
“Ini kerana tidak ada hukum atau undang-undang di dunia ini, sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dulu, baru dilaksanakan.
“Atas kerana itu, apa sahaja undang-undang di Malaysia, ia dibuat dan dilaksanakan tanpa menunggu semua pihak faham atau setuju.

Azwan Ali buat KORNER BARING plak ...UMMI tergolek Dog..!!!

Azwan Ali sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN dan rakyat

KUALA LUMPUR 24 Ogos: Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali bertegas menganggap abangnya, Azmin pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai perspektif buruk dilemparkan adiknya, Umi Hafilda termasuk pihak lain yang mahu menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.

Azwan berkata, sokongan beliau terhadap Azmin bukan sekadar hubungan antara adik-beradik, malah disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.
“Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah ‘great leader’. Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN. Tetapi jangan tanya parti apa yang saya sokong,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan tindakan Umi memperalatkan ibunya, Che Tom Yahaya, 78, mengkritik Azmin ketika umat Islam meraikan perayaan Aidilfitri.

Media kawalan Umno BN itu menyiarkan kononnya, Che Tom kecewa dengan Azmin kerana tidak menziarahinya pada hari raya.

Inilah yang Najib katakan 'U help me, I help U'.. Janji Ditepati...!!!

Setelah menjadi kontroversi dalam rampasan kuasa Perak sehingga Pakatan Rakyat Perak ditumbangkan pada 4 Februari 2009, terkini Zaki sah menjadi Pengerusi Astro Malaysia Holdings Berhad (AMH).

Zaki menggantikan Badri Masri berkuat kuasa 15 Ogos lalu sekaligus dilantik sebagai ahli lembaga pengarah terbaru.

Kontroversi melibatkan Zaki bermula apabila ia berhubung kait dengan pemberian konsesi bernilai RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) kepada dua tokoh yang terlibat dengan rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN) di Perak termasuk Zaki sendiri.

Seorang lagi adalah penasihat undang-undang Umno, Hafarizam Harun.