Jumaat, 24 Ogos 2012

LOKASI SAMBUTAN MERDEKA VERSI JANJI BERSIH DI SELURUH NEGARA

6 hari lagi, Sebarkan! JANJI DEMOKRASI di seluruh dunia 30 Ogos 2012, 10.00pm:-

(a) Kuala Lumpur - Dataran Merdeka.


(b) Perak - Dataran MBI, Ipoh.


(c) Melaka - Clock Tower Rumah Merah.


(d) Johor - Dataran Bandaraya, Johor Bahru.


(e) Australia - The Grosvenor Hotel, Perth.


*Lokasi lain akan dikemaskini. Disarankan anak semua bangsa di seluruh pelusuk dunia, tua dan muda berpakaian kuning pada masa dan hari yang sama serta mengadakan himpunan di tempat masing-masing.

Sanggup mengaku syaitan asalkan terus berkuasa

Tun  Dr Mahathir sanggup mengaku  BN syaitan asalkan untuk memastikan BN dipilih oleh rakyat di dalam pilihan raya.

Setelah tersepit dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ke atas kerajaan BN maka akhirnya sanggup mengaku BN syaitan yang dikenali, yang mesti diipilih oleh rakyat, berbanding dengan malaikat yang tidak dikenali, merujuk kepada PR.


Sepatutnya syaitan mesti dijauhi dan dimusuhi bukan bangga untuk menjadi syaitan. Orang Islam diajar supaya sentiasa membaca Auzubillahiminassyaitanirajim (Aku minta jauh daripada syaitan yang direjam).

PR cabar Pusat dialog, pinda Seksyen 114A


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mahu Kerajaan Pusat mengadakan perbincangan dengan parti-parti politik bagi membincangkan pandangan agar Seksyen 114A Akta Keterangan dipinda.

Sambil menolak tanggapan bahawa pembangkang tidak bersungguh-sungguh, PR berpendapat bahawa  sebagaimana dikehendaki banyak pihak, kerajaan wajar memanggil perbincangan membabitkan semua parti politik.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya menggesa agar Kerajaan Pusat dapat “membuka pintu” agar satu rundingan meja bulat dapat diadakan secepat mungkin bagi membincangkan semula Seksyen 114A Akta Keterangan yang muncul kontroversi.

Puasa 6 Syawal hadiah Nabi Muhammad pada umatnya

6 Syawal 1433H,

Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah SWT ke muka bumi ini.Baginda bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam daripada Allah kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam diri).Ini kerana baginda bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya (Hablun Minan Nas).Setiap apa yang diungkapkan oleh baginda, sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di akhirat, baginda sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah SWT berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah.Ganjaran setahun dengan amalan puasa enam

Bila Menari Ikut Gendang Umno ...

Apa perlunya cabar mencabar? Suruh orang keluarkan kenyataan berhubung pendirian rasmi parti itu mengenai pelaksanaan syariat Islam di negara ini seperti hukum hudud?

Kenapa mau menari ikut gendang rentak Umno/BN ? Sudah lama Umno/BN pukul gendang macam itu. Tengoklah contohnya berikut :


Sebab itu aku puji 2 orang tokoh PAS - Mat Sabu dan TGNA yang mengulas kenyataan Karpal Singh itu. Tetapi ada pula yang tuduh Al-Husseyn dah 'angkat bendera puteh' bila puji Nik Aziz. Aku sendiri pun tak faham apa yang dimaksudkan dgn bendera puteh itu.

Penipuan Tahap ‘Gaban’, Mamat Ni Mengaku Doktor Bedah, Siap Masuk TV3!


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki sanggup mendakwa dirinya sebagai doktor pakar bedah bagi meminta derma daripada orang ramai untuk membantu mangsa perang di beberapa buah negara.

Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan mendapat pendidikan di Sekolah Perubatan dan Pergigian King’s College London, Pusat Sains Kesihatan, Universiti Peking dan Royal College of Surgeons of England sebelum menjadi doktor bedah trauma dan bertugas dalam kawasan yang diancam peperangan.

Dia kemudiannya menulis sebuah buku autobiografi yang menceritakan pengalamannya ketika berkhidmat di Haiti, Libya, Nicaragua, Somalia, Afghanistan dan beberapa negara lain.

Buku yang berharga RM50 itu berjaya meraih simpati orang ramai untuk menderma bagi membeli ubat kepada mangsa peperangan dan bencana alam melalui akaun peribadinya.

'Sinkhole' Tanda-Tanda Bumi Tidak Redha


Lubang mendap hampir 400 kaki dalam di Louisiana telah menelan semua pokok dalam kawasannya dan menggubal perintah pemindahan mandatori selama kira-kira 150 kediaman kerana takut radiasi letupan dan berpotensi. Lubang ternganga 400 kaki persegi adalah di Assumption Parish, La, kira-kira 50 kilometer selatan Baton Rouge. (ABC News)


Lubang mendap yang menelan persimpangan jalan di pusat bandar Guatemala City pada Rabu, 2 Jun, 2010. Pihak berkuasa menyalahkan hujan lebat yang disebabkan oleh ribut tropika Agatha sebagai punca kawah yang turut menelan bangunan tiga tingkat itu. (AP Photo / Moises Castillo)

Apa akan jadi apabila PR turunkan harga kereta...???

Harga beras la pulak nak naik...kita ada beras sendiri pun menteri tak boleh nak handle kaa..???

Kenali Barangan Daripada Kulit Babi

Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.
Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:

"Najib adalah syaitan". Dr M Perang Dengan Najib…



Tun Dr Mahathir yang sudah hampir mencecah umur 90 tahun ini, sudah menjadi liabiliti bagaikan ‘biawak hidup’ kepada Umno Barisan Nasional.

Berbagai kenyataan akhir-akhir ini sudah nampak betapa terdesaknya melindungi diri beliau daripada sebarang kejayaan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan persekutuan dalam pilihanraya nanti.

Akibat betapa tersepitnya Najib Razak dengan situasi meruncing di Sabah, beliau terpaksa menubuhkan Suruhanjaya untuk isu Pendatang Tanpa Izin.  Ini menyebabkan Mahathir yang semakin tertekan dengan ‘Tikaman dari belakang’ Najib telah tersembur kenyataan yang semakin membelit….

PRU 13 Makin Hampir....Rakyat Perlu Bersedia....

Ada maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat. Arahan telah dikeluarkan kepada menteri kabinet, khususnya Komponen BN agar siap sedia. Perisik BN dari SB, Military dan survey yang dibuat ini masa yang sesuai. Laporan telah dihantar kepada Majlis Keselamatan Negara.

Ikut laporan, sokongan Cina kepada Najib meningkat manakala melayu kekal pada tahap sekarang. Yang menariknya kata maklumat ini, usaha pecah belah PAS-DAP melalui isu hudud mula berhasil. Watak penting seperti Ust Nasharudin Mat Isa, Karpal Singh dan beberapa kepimpinan PAS akan terus di eksploitasikan.

Lepas ini beberapa tokoh ulama seperti Mufti, Ust Fathul Bari, Ulama yang kononnya bebas politik, tok guru pondok dan lain-lain akan diheret secara agresif dalam isu hudud. BN perlukan lonjakan 5% lagi sokongan melayu untuk kekal memerintah.

Saya dedahkan maklumat ini agar semua jentera parti bersiap sedia. Buka Bilik Gerakan dari cuti hariraya. Perkukuh kerjasama PR untuk tolak propaganda yang kita sedang berpecah. Perbanyak Open House dan jemput seramai mungkin rakan taulan semua kaum.

Kisah Benar- Berlaku Di Gombak, Mayat Tidak Diterima Bumi

Surau saya pernah menjemput Al-Fadhil Ustaz Abu bakar Abdul Aziz untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Saya berkesempatan untuk berborak dengan beliau ketika kami sama-sama makan setelah selesai ceramah. Antara topik yang dibincangkan ialah pengalaman beliau ketika menguruskan jenazah.

Di bawah ini saya perturunkan kisah beliau untuk renungan bersama.
Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.

Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-

Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Tempias konflik Syria, imam Sunah maut di Lubnan


Presiden Bashar al-Assad TRIPOLI - Seorang imam puak Sunah ditembak mati di bandar Tripoli, Lebanon sementara pertempuran baru tercetus antara kumpulan yang pro dan menentang Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Pertempuran yang bermula sejak subuh tadi dan berlarutan sehingga petang ini.

Laporan BBC menyebut, Sheikh Khaled al-Baradei terbunuh apabila komuniti Sunah di daerah Qobbeh dan Alawit dari daerah Jabal Muhsin bertempur.

Kematian Sheikh Khaled membawa jumlah yang terbunuh di Tripoli kepada 13 orang sejak Isnin lalu.

Rakyat Diseru Turun Menuntut “Janji Demokrasi” Pada Ambang Kemerdekaan

SHAH ALAM, 24 OGOS: Perhimpunan ‘Janji Demokrasi’ yang bakal berlangsung pada ambang Hari Merdeka 31 Ogos di Dataran Merdeka bukan suatu demonstrasi jalanan.
Sebaliknya, ia adalah seruan kepada rakyat untuk menyertai sambutan ambang Hari Merdeka disamping mengingatkan Kerajaan Pusat untuk memenuhi janji bagi penambahbaikan sistem pilihanraya.
Ahli Jawatankuasa Kerja ‘Janji Demokrasi’, Maria Chin Abdullah berkata, rakyat Malaysia digesa supaya datang ke sambutan itu dengan pakaian kuning bagi menunjukkan solidariti dengan “Janji Demokrasi”.

Zaman edan: Munculnya ulama politik

Anuar Mohd Nor

Semakin lantang bicara agama ― wadah politik itu sesat; wadah politik itu kafir; munafik dan tuduhan dajal ― lebih baik berurusan dengan syaitan yang kita kenal merupakan ungkapan lama yang dibaharui dan akhirnya semakin karut zaman kita hari ini.

Ulama berbicara dengan ulama ― semua atas kapasiti politik dan bukan atas syahada. Semua berbaju politik dan nilai keagamaan dan kehidupan sebenarnya sudah ada ukuran perbezaan.
Agama bukanlah satu autoriti yang mampu saya bicarakan tetapi melihat perkembangan semasa ― kita yang tidak mempunyai autoriti dalam agama terpegun bila melihat agama dibicarakan atas landasan yang terikat dalam kepompong kebenaran yang terbatas dan berpilih-pilih.
Gerakan Agama yang ada hari ini sudah tersasar jauh dan gerakan keagamaan ini yang sepatutnya berpaut pada proses evolusi masyarakat yang melibatkan moral secara keseluruhan akhirnya tertikam oleh ambisi politik yang dalam praktik nya banyak mengalami kegagalan. (Islam jangan dijual tulisan Eko Prasetyo)

Brickfields Perlukan Balai Polis, Bukan Pondok Polis

SHAH ALAM 24 AUG : Retorik dan laungan Kerajaan Pusat tentang keprihatinannya menangani jenayah dipersoal apabila ia bercadang menggantikan Ibu Pejabat Daerah Polis di Brickfields (IPD Brickfields), dengan hanya sebuah pondok polis.
Ini kerana Brickfields adalah antara kawasan di Kuala Lumpur yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi di samping merupakan kawasan tarikan pelancong.
Walau bagaimanapun, balai polis tersebut telah ditutup sejak setahun bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembangunan semula tanah dan tapak kompleks bangunan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Little India S Pathavachalam menganggarkan terdapat 15 kes ragut dan peras ugut yang berlaku di Brickfields setiap hari.
“Kemungkinan besar ia sebabkan ketiadaan balai polis bagi menjaga ketenteraman awam,” Pathavachalam berkata apabila dihubungi TvSelangor.
Beliau yang juga naib ketua PKR cabang Lembah Pantai, antara aktivis dan pemimpin komuniti yang membantah usaha membangun semula tapak IPD Brickfields.

Tunjang ISLAM Dalam POLITIK - Ustaz Azhar Idrus

Nikah KHITBAH Mampu Selamat GELORA Remaja Kini ? - Ustaz Azhar Idrus

Cara TEGUR Kawan PEREMPUAN Tak Tutup AURAT - Ustaz Azhar Idrus

Syria Hospital Treats Injured in Chaos

Remarks spun to upset PKR DAP ties

'Merdeka March for Jalan Sultan' on N-Day eve

Helang Lebuhraya - Unit Peronda Elit Pulau Pinang

Crowd size not an issue, says Janji Demokrasi

Kesan Steroid - Bersama Malek Noor

KJ akui sukar ubah UMNO

Apakah hajat TDM yang belum kesampaian itu?

Dr Mahathir berkata rakyat tidak sepatutnya percaya kepada janji-janji pembangkang khususnya terhadap Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang. Pandangan itu adalah pandangan beliau dan beliau berhak untuk memberikan pandangan terhadap sesiapa seperti juga saya mempunyai pandangan yang sama terhadap beliau (Dr Mahathir). Ini negara demokrasi dan sesiapa pun boleh dipercayai atau sebaliknya oleh sesiapa juga.
Dr Mahathir sememangnya kita tahu yang beliau tidak mahu langsung sesiapa untuk mempercayai Anwar, seteru politik terbesar beliau. Mahathir mahukan semua orang bersama-sama memusuhi musuh beliau. Tidak mungkin Dr Mahathir mempunyai pandangan yang baik terhadap Anwar. Kalau Dr Mahathir bercakap perkara baik tentang Anwar itu merupakan tanda-tanda yang jelas yang dunia ini akan kiamat tidak lama lagi.

Ungku Aziz: Belajar sastera dalam semua bahasa


Ungku Aziz: Belajar sastera dalam semua bahasa KUALA LUMPUR - Subjek kesusasteraan dalam sistem pembelajaran di sekolah tidak harus bertumpu kepada sastera Inggeris semata-mata, sebaliknya wajar meliputi semua bahasa dunia.
 
Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid berkata menerusi langkah itu, rakyat negara ini akan dapat memahami budaya bangsa lain di dunia ini.
 
"Sebab dalam masa 50 tahun dari sekarang mungkin budaya Inggeris tidak begitu penting dan diganti budaya lain. It's only temporary and it's already in decline as budaya (Budaya itu hanya sementara dan sudahpun merosot sebagai budaya)," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
 

Guan Eng: Mahkamah harus semak semula kes Nordin Salleh elak lompat parti

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Lim Guan Eng mahu mahkamah persekutuan menimbang semula keputusan yang dilakukan dalam kes Nordin Salleh  melompat parti pada tahun 1992 di Kelantan.
Katanya, 20 tahun sudah berlalu sejak mahkamah Malaysia membuka ruang untuk pembelotan politik dan “membolehkan pembiakan katak dan berudu” di kalangan wakil-wakil rakyat Malaysia dengan membenarkan asas pentadbiran demokratik di negara kita untuk diancam oleh politik rasuah dan sogokan.
“Dalam kes 1992 Dewan Undangan Negeri Kelantan v Nordin Salleh, Mahkamah Agung yang diterajui Tun Hamid Omar telah menegakkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Eusoffe Chin untuk membatalkan peruntukan Perlembagaan Kelantan yang mewajibkan pilihan raya kecil sekiranya seseorang Adun meninggalkan parti,” kata setiausaha agung DAP dalam kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

PAS rancang seminar perjelas hudud

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan manKetua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS akan menganjurkan sebuah seminar bagi memberi pendedahan dan pemahaman kepada orang ramai mengenai hukum hudud.

Katannya, seminar yang masih diperingkat perancangan itu bukan sahaja memfokuskan mengenai hukuman hudud tetapi turut akan membincangkan mengenai perlaksanaan syariah yang lain.

''Kita akan anjurkan satu seminar untuk memberi kefahaman bukan sahaja khas tentang hudud sahaja tetapi lebih pelaksanaan syariah lain.

''Dalam syariah, untuk menjatuhkan hukuman terbahagi kepada tiga, qisas, hudud dan takzir jadi kita akan bincang perkara itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Undang-undang antilompat parti: DAP burukkan imej BN, kata MCA

GEORGETOWN - MCA Pulau Pinang berpendapat keputusan DAP negeri untuk membentangkan undang-undang antilompat adalah tindakan yang salah kerana  ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan untuk berpersatuan.
  
Setiausaha MCA Pulau Pinang Lau Chiek Tuan berkata tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai tindakan politik untuk menggambarkan bahawa DAP sebagai baik dan dalam masa sama memburukkan nama baik kerajaan Barisan Nasional.
  
"Secara ironinya, DAP sendiri menerima anggota parti yang melompat parti dari Umno bagi menaikkan imej mereka sebagai mesra orang Melayu dan pemimpin DAP yang lain berdiam diri berhubung tindakan dua Anggota Parlimen Sabah baru-baru ini dan mengalu-alukan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno menyertai DAP," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

'Nyawa' UMNO ialah fitnah, kalau depa berhenti fitnah lama dah agaknya mampoih

Fitnah UMNO untuk lagakan PKR dan DAP




GEORGE TOWN, 24 OGOS: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman hari ini menafikan laporan bahawa beliau menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai ‘angkuh’ dan ‘sombong’ seperti yang difitnahkan oleh blog pro-UMNO.

Bercakap kepada pemberita dalam sidang media bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng; Mansor menyifatkan laporan Malaysiakini yang bersumberkan blog UMNO tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Laporan tersebut memetik laman blog pro-UMNO, Gelagat Anwar; bahawa kononnya Mansor telah berkata demikian di dalam sebuah mesyuarat strategi PKR.

Only losers wage politics of fear

The daily dose of 'silly warnings' by BN leaders to the public is a reflection of their growing insecurity and fear.
KUCHING: Barisan Nasional leaders who go about spinning horror stories about Pakatan Rakyat forming the next government do so because they fear losing power and money.
“Yes, in that sense, it would be exceedingly perilous indeed when the opposition takes over from the BN… because they are the ones who have the most to lose – those who have taken advantage of their positions of authority to enrich themselves at the expense of the people,” said Sarawak PKR chief Baru Bian.
He was commenting on a statement by State Land Development Minister and Parti Rakyat Sarawak (PRS) president James Masing who had reportedly said that “giving opposition a mandate to rule would be political suicide”.
Masing made the statement in support of former prime minister Dr Mahathir Mohamad’s comment that voting in the opposition would be dangerous as many things could be destroyed.

Hudud: Isu Yang Tidak Ada Titik Akhir

Negara Islam dan Hukum Hudud menjadi isu politik yang tidak pernah ada titik akhir. Sebenarnya ia sudah lama berlaku. Sebelum ini tidak timbul hudud, tetapi perlu diingat apabila ada yang menentang Islam sebahagiannya ia menentang hudud. Sebab hudud itu satu juzuk dalam Islam.

Isu ini juga sukar untuk dimatikan begitu saja. Baru saja ia hendak reda dan menjauh dari ingatan umum ia dibangkit semula. Susah untuk melambungnya jauh, sama seperti susah untuk membuang anak kucing yang kesekian lama dipelihara dan dibelai. Walaupun sudah dibuang dengan menutup matanya tetapi ia kembali ke rumah dengan menggunakan deria misai untuk menelusri jalan pulang.

Karpal Singah: Negara Islam adalah modalnya.
Nah, begitulah isu hudud dan negara Islam. Sebenarnya hudud dan negara Islam adalah dua nama dalam satu sibjek, ia bergumpal macam anak dara dan bujang yang berasmara penuh keghairahan di sebalik semak. Kenapa susah sangat hendak leraikan isu ini? Mungkin kerana ia adalah satu kewajiban yang bagi orang Islam. Mana-mana perjuangan, parti politik, gerakan, pertubuhan, masyarakat yang inginkan Islam tulen ia tidak dapat memisahkan hudud dan Islam. Mereka yang memperkatakan hudud dilibahi dengan amarah seperti mana gadis dan bujang bergumpal itu.

Azwan Ali anjur kempen #JijikTV3 di Twitter

LANTARAN tindakan TV3 yang mengheret Mak Tom, ibu kepada pengacara dan pelakon terkenal Azwan Ali ke dalam salah sebuah slot Buletin Utama, Azwan Ali melancarkan kempen anti TV3 di twitter.

Tindakan TV3 itu berpunca daripada Ummi Hafilda yang membawa wanita berusia 79 tahun itu beraya di perantauan iaitu di Melaka sebelum memanggil wartawan TV3 untuk mengheret beliau ke dalam isu politik rujuk sini [Mak Tom].

Tindakan TV3 itu begitu jelas sengaja memecahbelahkan keluarga Azwan Ali dan perkara itu langsung tidak dapat diterima olehnya.

Sebagai respon, Azwan Ali melancarkan kempen #JijikTV3 di twitternya. Setiap mesej yang diterimanya daripada peminat akan dibalas dengan respon #JijikTV3 sebagai menunjukkan rasa marahnya yang meluap-luap kepada TV3.


Janji Ditepati! Dah Rampas Perak Dapat Habuan Lagi!


Kah kah kah...

Siapa kata tak ada habuan woi!

Lepas bersara jadi Ketua Hakim Negara, Zaki Tun Azmi yang memang berdarah Umno-APCO akhirnya berjaya juga dalam usahanya macam yang lain-lain.

Setelah menjadi antara perancang utama dalam rampasan kuasa hingga Pakatan Rakyat Perak ditumbangkan pada 4 Februari 2009, Zaki juga mendapat habuan yang tak kurang hebatnya!

Kini Zaki sah menjadi Pengerusi Astro Malaysia Holdings Berhad (ASTRO Holdings) seperti yang diumumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya Rohana Rozhan sebentar tadi.

Zaki menggantikan Badri Masri berkuat kuasa 15 Ogos lalu sekaligus dilantik sebagai ahli lembaga pengarah terbaru.

Heret ibu ke kancah politik, Umi Hafilda bukan adik saya lagi – Azwan Ali

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali enggan mengakui Umi Hafilda sebagai adik kandung lantaran kelancangannya memfitnah sesama ahli keluarga.
Beliau enggan dikaitkan dengan Umi Hafilda yang sebelum ini dikatakan pernah memfitnah selebriti yang terkenal dengan ungkapan ‘Amboi, Amboi, Amboi’ melalui catatan surat arwah bapa mereka bertarikh 18 Oktober 1998.
“Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Azman. Mereka itu saja darah daging saya,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Sebelum ini, Allahyarham bapa mereka, Ali Omar enggan mengakui Umi Hafilda sebagai anak, malah melarangnya pulang ke rumah keluarga di Kampung Kelang Gate, Setapak.
Berdasarkan surat itu, Ali Omar melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengikut catatan bertarikh 18 Oktober 1998 itu, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali.

Komuniti Jalan Sultan berarak malam merdeka pertahan bangunan bersejarah

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Komuniti Jalan Sultan dan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCHA) hari ini melancarkan kempen “Merdeka March for Jalan Sultan” untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan memelihara bangunan bersejarah di sekitar Jalan Sultan.
Menurut pengerusi KLSCHA, Stanley Yong, berkata, mereka akan berarak untuk “Merdeka March” ini akan berjalan dari Gospel Hall, Jalan Hang Jebat, melalui Jalan Sultan sebelum menuju ke Dataran Merdeka.
Stanley Yong (tengah), Jimmy Chok (kiri) dan seorang lagi wakil peniaga Jalan Sultan ketika di siding media. — Foto Nomy Nozwir
“Kami juga mahu membangkitkan semula kegemilangan di Jalan Sultan di mana kawasan ini penuh dengan sejarah dan budaya tersendiri sekian lama,” katanya lagi. “Kami akan berarak dan menyanyi di kawasan penuh bersejarah di Kuala Lumpur ini.”
Menurut wakil dari Gospel Hall, Jimmy Chok, pula, adalah penting untuk memelihara sejarah untuk warisan masa depan.
“Kita melalui masa yang kian berubah, kita harapkan perubahan itu ke arah yang lebih baik,” kata Chok dalam sidang media sebentar tadi.
“Sempena dengan semangat hari merdeka, kami semua berarak untuk orang ramai mengetahui kepentingan memelihara bangunan bersejarah ini.
“Kami tidak menolak pembangunan dan projek MRT, kami mahu supaya bangunan bersejarah ini tidak dirobohkan.”

Kritik Hudud: Nik Aziz sokong Dr Asri

Rosak akidah inilah penyakit merbahaya dalam masyarakat. Ia lebih merbahaya dari sebarang virus di dunia.
PETALING JAYA: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyokong kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa golongan yang mengkritik hudud sudah rosak akidah.
“Rosak akidah inilah penyakit merbahaya dalam masyarakat. Ia lebih merbahaya dari sebarang virus di dunia. Walau apapun bangsa di dunia; Arab, Melayu, Cina atau India sekalipun, kerosakan akidah ini padahnya ialah azab Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan digubal sebaik mungkin dengan mengumpul pandangan para pakar agar enakmen itu menjadi kenyataan.
Namun Nik Aziz mendakwa tindakan menghantar surat bagi menghalang pelaksanaan hudud bukan cara seorang Muslim, namun lebih kepada gerak langkah politik jahat.
Jelas beliau, hudud sudah dibentang sejak 19 tahun lalu namun sehingga kini Umno didakwa tidak mengambil langkah positif membentangkan ‘hudud versi Umno’ yang dikatakan adil.
`Pintu perbincangan masih terbuka’

Isu royalti: Saya tidak memihak sesiapa, kata Ku Li

GUA MUSANG -  Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan tanggapan bahawa tindakan beliau membantu berhubung tuntutan royalti minyak Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini telah menjejaskan perjuangan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya, kata beliau, semua kenyataan yang dikeluarkan itu bagi mengembalikan keyakinan rakyat khususnya pengundi Kelantan terhadap Umno dan BN terutama bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

"Lagi pun apa yang saya perkatakan dalam beberapa kenyataan sebelum ini membabitkan desakan ke atas Petronas sahaja dan tidak ada kena-mengena dengan Kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian Gua Musang di Bukit Chekati di sini, hari ini.

'Rebel army? They're a gang of foreigners': What's really happening in Syria

A victorious army? There were cartridge cases all over the ancient stone laneways, pocked windows, and bullet holes up the side of the Sharaf mosque, where a gunman had been firing from the minaret. A sniper still fired just 150 yards away – all that was left of more than a hundred rebels who had almost, but not quite, encircled the 4,000-year-old citadel of Aleppo.
'Rebel army? They're a gang of foreigners': What's really happening in Syria"You won't believe this," Major Somar cried in excitement. "One of our prisoners told me: 'I didn't realise Palestine was as beautiful as this.' He thought he was in Palestine to fight the Israelis!"
Do I believe this? Certainly, the fighters who bashed their way into the lovely old streets west of the great citadel were, from all accounts, a ragtag bunch. Their graffiti – "We are the Brigades of 1980", the year when the first Muslim Brotherhood rising threatened the empire of Syrian President Bashar al-Assad's father, Hafez – was still on the walls of the Syrian-Armenian hotels and silver shops. A 51-year-old general handed me one of the home-made grenades that littered the floor of the Sharaf mosque; a fluffy fuse poking from the top of a lump of shrapnel, coated in white plastic and covered in black adhesive tape.

Hudud: Umno kritik tapi tak positif, kata Nik Aziz



KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hudud yang dibentangkan Pas Kelantan sudah menjangkaui 19 tahun sedangkan Umno pula  tidak pernah mengambil langkah positif membentangkan hudud versi parti itu yang dikatakan adil.
Mansor nafi gelar Guan Eng ‘angkuh, sombong’ “Umno khususnya bekas Presidennya (Tun Dr Mahathir Mohamad) yang sudah bersara, tidak pernah mengambil langkah positif membentangkan hudud versi Umno, tempoh 19 tahun, satu huruf pun hudud ala Umno masih belum wujud.

“Jika manusia belajar selama 19 tahun, tetapi sedikitpun tidak mengerti, apa gelaran yang akan diberi? Mengaku sahaja Umno tidak berminat untuk melaksanakan hudud," kata beliau sambil menegaskan "apa yang dibisingkan hari ini hanya sekadar nyanyian politik semata-mata."
"Tangan menuding kepada orang lain, diri sendiri berkudis seribu,” kata beliau menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Beliau yang sedang berehat di HUSM atas nasihat doktor berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang dipetik sebagai berkata bahawa Pas telah memberi gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam.

PRU 13 : 200,000 nama warga asing dalam senarai pemilih Sabah

KUALA LUMPUR 24 Ogos: Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN Sabah, Dr Chong Eng Leong mendedahkan, terdapat 200,000 nama warga asing, hasil dari ‘Projek IC’ dalam senarai pemilih di Sabah dari jumlah keseluruhannya 950,000 pengundi berdaftar.
Menurutnya, penduduk Sabah telah bertambah kira-kira 700,000 (termasuk generasi kedua) hasil Projek IC dan sebahagiannya telah berdaftar sebagai pengundi sah, dengan kod IC ’71′.
“Kenapa memalsukan ‘Sijil Akuan untuk menyatakan tempat kelahiran di Sabah dengan kod tengah 12?
“Jika dokumentasi secara sahih, mengapa Kad Pengenalan baru mereka (diwujudkan) kod 71, bukankah bermakna mereka dilahirkan di luar Malaysia?

Projek IC Sabah: Mahathir terlibat beri kewarganegaraan pada pendatang

KUALA LUMPUR 24 Ogos: Projek IC Mahathir atau ‘Projek-M’ didakwa telah menambah secara drastik jumlah penduduk Sabah dan membenarkan pendatang asing menjadi pengundi sah.
Projek pemberian kad pengenalan kepada warga Filipina dan Indonesia itu mencapai kemuncak pada awal 1990 an, bertujuan menumbangkan kerajaan Pembangkang Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Pairin Kitingan.
Menurut Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN Sabah, Dr Chong Eng Leong, terdapat bukti bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam skandal pemberian kad pengenalan berkenaan.
Katanya, warga asing yang ditahan akibat memiliki kad pengenalan apabila ditanya di mahkamah majistret pada September 1992 mengenai cara mereka mendapatkannya menjawab, ia diperolehi melalui ‘Projek Presiden Mahathir’.
“Warga asing ini tak dihantar pulang, bahkan namanya dimasukkan kekal dalam senarai daftar pemilih sehingga hari ini,” jelas Chong Eng dalam kenyataan.
Katanya, pada 1998, satu sesi pendengaran awam dilakukan bagi mengesahkan kemasukan pengundi baru dalam senarai pemilih Parlimen Likas.

Judi bola nak, Umno usah berlagak mahukan Islam


KUALA LUMPUR: Kalau judi bola pun hendak dilaksanakan oleh pemimpin Umno, tidak perlulah parti itu berlagak mahukan Islam, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz.

"Hari ini, beberapa pemimpin Umno berlakon dan menipu rakyat dengan berpura-pura mahukan Islam ketika masih segar dalam ingatan rakyat merekalah yang gilakan judi bola.

"Sikap itu bukan sahaja anti-Islam malah menjatuhkan maruah orang Islam yang lain kerana orang bukan Islam di dalam DAP pun menentang judi bola itu," katanya.

Mahfuz berkata, Umno bukan sahaja bersungguh-sungguh hendak mewujudkan judi bola malah memperbanyak dan memperluaskan judi sedia ada yang turut dibantah oleh DAP.

"Walaupun kerajaan yang dipimpin oleh Umno membatalkan keinginannya hendak mewujudkan judi bola, tetapi bukan kerana keyakinan kepada Islam.

PRU 13 : Najib akan umumkan pusingan kedua pemberian BR1M dalam belanjawan 2013

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Kerajaan akan mengumumkan pusingan kedua pemberian wang tunai RM500 kepada golongan yang mempunyai berpendapatan isi rumah rendah di bawah belanjawan 2013.
Langkah ini dilihat untuk menaikkan imej Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang dijangkakan akan diadakan awal tahun depan.
“BR1M kedua akan diberikan sebahagian daripada komponen belanjawan,” kata sumber dalam kerajaan kepada The Malaysian Insider.
Sumber berkenaan enggan memberikan maklumat lebih lanjut, akan tetapi keputusan untuk memberikan bantuan pusingan kedua menunjukkan kemungkinan besar pilihanraya tidak akan diadakan tahun ini.
Ini adalah kerana pemberian RM500 akan mengambil masa untuk diagihkan.
RM500 akan diberikan kepada lebih lima juta keluarga dan dianggarkan berjumlah RM2.6 billion wang pembayar cukai awal tahun ini yang menyaksikan populariti Najib meningkat ke 69 peratus.
Akan tetapi keganasan yang berlaku di antara polis dan peserta perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil pada 28 April telah menyebabkan populariti Najib menurun ke 65 peratus pada bulan lalu.

PARLIMEN AKAN DI BUBARKAN?

Ada maklumat dari sumber yg boleh dipercayai, parlimen akan dibubarkan dlm masa terdekat. Arahan telah dikeluarkan kpd menteri kabinet, khususnya Komponen BN agar siap sedia. Perisik BN dari SB, Military dan survey yg dibuat ini masa yg sesuai. Laporan telah dihantar kpd Majlis Keselamatan Negara.

Ikut laporan, sokongan Cina kpd Najib meningkat manakala melayu kekal pada tahap sekarang. Yang menariknya kata maklumat ini, usaha pecah belah PAS-DAP melalui isu hudud mula berhasil. Watak penting spt Ust Nasharudin Mat Isa, Karpal Singh dan beberapa kepimpinan PAS akan terus di eksploitasikan.

Lepas ini beberapa tokoh ulama spt Mufti, Ust Fathul Bari, Ulama yg kononnya bebas politik, tok guru pondok dll akan diheret secara agresif dlm isu hudud. BN perlukan lonjakan 5% lagi sokongan melayu utk kekal memerintah.

Sheikh terkenal Australia terbunuh Dalam Serangan Roket di Syria

Seorang sheikh yang terkenal di Sydney, Sheikh Mustapha Al Majzoub meninggal dunia Ahad lalu semasa menjalankan kerja-kerja kemanusiaan dan kebajikan di Syria, Perkara itu disahkan oleh keluarganya.

''Walaupun sekarang adalah masa yang amat mendukacitakan kami kerana kehilangan ahli keluarga yang amat kami sayangi, namun kami amat berbangga kerana Sheikh Al Majzoub meninggal dunia sewaktu melakukan apa yang dia telah lakukan sepanjang hidupnya - berkhidmat kepada masyarakat demi Allah, tanpa memikirkan dirinya sendiri," kata jurucakap keluarganya.

"Beberapa roket telah dilancarkan kira-kira 50 kilometer dari bandar beliau menginap oleh tentera rejim Syria, dan malangnya beliau terbunuh dalam serangan rawak yang menghujani bandar tersebut," kata Jurucakap Persatuan Persahabatan Islam Australia (Islamic Friendship Association of Australia), Keysar Trad

Beliau telah dikebumikan di Syria Isnin lalu dengan majlis pengebumian diketuai oleh abangnya, Sheikh Fedaa Majzoub, satu-satunya warganegara Australia yang menjadi ahli kumpulang pembangkang, Majlis Kebangsaan Syria.... Al-Fatihah.

Presiden KEADILAN ke Myanmar salur bantuan kemanusiaan

KUALA LUMPUR 24 Ogos: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka ke Arakan, Myanmar bagi menyalurkan bantuan perubatan dan kewangan kepada mangsa pergolakan di wilayah itu.
Bercakap kepada Keadilan Daily, pembantunya, Julailey Jemadi memberitahu, Azizah dijadual berlepas dalam masa terdekat bersama beberapa NGO lain.
“Datuk Seri dijangka akan pergi dalam masa terdekat, cuma sekarang masih dalam proses menambah sumbangan yang sedia ada dan memilih tarikh sesuai, secepat mungkin,” katanya.
“Beliau sepatutnya bertolak dalam bulan puasa lalu bersama isteri Perdana Menteri Turki tetapi kita terpaksa batalkan di atas sebab kekangan tertentu,” jelas Julailey.

Mereka ini gulungan elit yang disayangi Umno!!

 
Ini baru segelintir,.. banyak lagi sebenarnya kaum kerabat dan kroni Umno, termasuk yang berstatus menteri, bekas-bekas menteri, pegawai kanan kerajaan dan ahli-ahli koperat. Mereka ini disokong dan dibantu semahu-mahunya oleh Umno, sedangkan rakyat di kelas pertengahan  dan bawahan usahkan isi kemewahan,  kuah pun belum tentu dapat !!  Bertuahnya mereka yang menjadi menteri, adik menteri dan anak menteri !!  Ahli koperat yang rapat dengan PM juga sudah tentu hidup mereka beruntung kerana tiada masaalah untuk mendapatkan projek-projek  besar. Rakyat biasa yang mengharap dan meminta-minta sering terkapai-kapai,  orang miskin terus miskin dan menderita !!  Si kaya terus kaya dengan memperagakan kekayaan mereka !!  Ini yang dibanggakan oleh Umno?                                                                                                                   Oleh :  rahimothman   

Kuliah Jumaat Presiden PAS 24 Ogos 2012

Gabungan Janji Seru Rakyat Raikan Hari Merdeka Nan Kuning

Turun harga kereta: Proton mampu bersaing, hentikan politik perkauman, kata PKR

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Proton akan tetap mampu berdikari dan bersaing dalam pasaran walaupun harga kereta diturunkan kata PKR sambil meminta agar Umno dan Barisan Nasional (BN) menghentikan permainan politik perkauman dalam isu ini.
Menurut PKR, semakan semula Dasar Automotif Negara (NAP2012) yang kini sedang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memberi ruang kepada pengurangan cukai eksais secara berperingkat bagi menurunkan harga kereta.
“Kebelakangan ini, pimpinan Umno-Barisan Nasional sering memainkan sentimen perkauman termasuklah di dalam isu penurunan harga kereta, dengan memberi alasan pengurangan cukai eksais akan memufliskan Proton dan industri automotif tempatan,” kata PKR dalam sebuah kenyataan yang dihantar kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

Polemik hudud perkembangan sihat

ARAU: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan perbahasan tentang hudud yang sedang dipolemikkan banyak pihak ketika ini sebagai perkembangan yang sihat.
Katanya, selain membuka ruang percambahan pandangan, perbahasan berterusan juga telah membuka minat kepada bukan Islam untuk mengambil tahu apa itu hudud.
"Sekarang ini, perbincangan tentang hukum hudud dah menjadi perbincangan semua kaum dan semua agama, Ini adalah suatu perkembangan yang sihat.
"Cuma orang Islam ini sensitif kalau orang bukan Islam tolak syariat Islam tapi bila orang Islam tolak syariat dia tak kata apa pun, mufti pun tak kata apa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya pada majlis anjuran PAS Kawasan Arau di Markas PAS Cawangan Simpang Empat di sini baru-baru ini.

Kefahaman bukan alasan tangguh hudud

Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Sukacita saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian (23 & 24 Ogos 2012) yang membicarakan persoalan hudud, terutamanya apa yang dibangkit oleh seorang ahli parlimen PAS dan seorang lagi mantan mufti.

Bagi saya tidak ada asas hukum dan keperluan atas dasar logik untuk melengah-lengah pelaksanaan kerana hudud adalah sebahagian daripada perundangan syariah yang diwajibkan dalam Islam. Ini kerana tidak ada hukum atau undang-undang di dunia ini, sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dulu, baru dilaksanakan.

Atas kerana itu, apa sahaja undang-undang di Malaysia, ia dibuat dan dilaksanakan tanpa menunggu semua pihak faham atau setuju. Termasuklah pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sendiri pun yang menguatkuasakan pembentukan negara Israel di bumi Palestine yang ditentang hebat oleh orang Palestine sendiri. Hatta Presiden Amerika, Barrack Obama sendiri turut bersetuju dengan perundangan ‘kahwin sejenis’ meskipun majoriti masyarakat dunia menolaknya.

Dr. Asri Kata Lagu "Janji Di Tepati" Buruk.. Petanda Umno Makin Nazak



Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin @MAZA apabila buat julung kali mendengar lagu Janji Ditepati liriknya hasil titik peluh dan idea Datuk Seri Rais Yatim, terus beliau rasa menyampah.


Kalau insan seperti beliau yang terkenal sebagai penerima secara berlapang dada dan berdingin kepala apa jua pandangan yang bersongsang dengannya pun boleh meluat, apakah kita sebagai rakyat biasa boleh menerimanya?.

Maka tidak salah jika selama ini rakyat sudah memasakkan dalam jiwa dan minda mereka yang UMNO sememangnya dalam keadaan nazak dan terdesak... Menunggu masa untuk ditolak.

Is Musa on his way out?

Rumours are rife that Najib Tun Razak will soon give the nod for Musa Aman to be replaced by an interim CM.
KOTA KINABALU: Increasingly embattled Umno may be forced to do a rescue reshuffle of the party hierarchy in Sabah in the hope of retaining its political hold on the state.
Reliable party insiders here said the reshuffle would involve no less than the top posts in Sabah Umno and the state government – both currently held by Musa Aman.
Musa’s leadership is being openly challenged by his own colleagues.
The most recent and stinging attack was from Umno’s influential Beaufort MP Lajim Ukin who disclosed that Prime Minister Najib Tun Razak reneged on a pledge to change Musa, who has become subject of various allegations of abuses of power including one involving hundreds of millions of ringgits in a Swiss bank account.
Lajim, together with Tuaran MP Wilfred Bumburing, the former deputy president of Upko – a BN component – have since left the national coalition and thrown their support behind Anwar Ibrahim’s Pakatan Rakyat.