Khamis, 23 Ogos 2012

Keep hudud out of general election

Kuala Selangor MP Dzulkefly Ahmad said this needs to be done so that election campaigns can be concentrated on the 'real' issues.
PETALING JAYA: The hudud issue should not be given preference in the general election as there are more pressing matters.
According to Kuala Selangor MP Dzulkefly Ahmad, this ought to be done to ensure that real political issues such as policies, leadership, national debt, cost of living and corruption would not be overshadowed by debates on hudud.
Dzulkefly Ahmad, who is also the PAS Research Centre director, said : “Hudud is being played up by Umno so that DAP-PAS relations is strained.
“The Chinese voters will be instilled with fear. On that trajectory, the real election issues will be lost.”
The call to stop using hudud as a general election issue came following Bachok MP, Nasharuddin Mat Isa’s accusation that national DAP chairman Karpal Singh is an enemy of Islam, which prompted Karpal to file a suit against Nasharuddin.

Malaysia Kita : Jurukimpal Maut Ditikam Adik Ipar


MELAKA – Gara-gara menegur supaya tidak memukul isteri, seorang jurukimpal maut ditikam adik iparnya dalam satu pergelutan di rumah ibu mangsa di Serkam Pantai di sini malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa, Rashid Ahmad, 46, mengalami kecederaan parah di bahagian pinggang kirinya akibat ditikam dengan pisau oleh suspek yang berumur 41 tahun.
Jurukimpal Maut Ditikam Adik IparBeliau berkata kejadian bermula apabila mangsa menegur adik iparnya kerana sering memukul isterinya yang berumur 36 tahun yang juga adik kepada mangsa.
“Pertengkaran tersebut diikuti dengan pergelutan di mana suspek kemudiannya mengeluarkan pisau dan menikam pinggang kiri Rashid,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, Khamis.
Raja Shahrom berkata, suspek yang merupakan seorang pemandu di Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya kemudian melarikan diri menaiki kenderaannya iaitu Proton Iswara berwarna hitam dan bernombor plat NCB3205.

Malaysia Kita : Letak Kapas Dalam ‘Anu’ ?

Letak Tisu Dalam 'Anu' ?
MEMANG benar apa yang dikatakan Mona, tak sampai 10 minit, dia kembali semula kepada saya.
Liuk-lentuk saya lihat dia berjalan sambil membetulkan sedikit rambut palsu yang dipakainya.
Untuk pengetahuan pembaca, rambut Mona sebenarnya pendek atau ala-ala ‘crew cut’…alasannya senang nak jaga, tak payah letak shampoo.
” Wah cepat benar awak ‘layan’ drebar teksi tu, masa bila masuk hotel?,” tanya saya.
” Hahaha, kan saya dah bagitahu abang, dia tu memang ‘cepat’, saya dah tahu ‘suisnya’ kat mana, pelanggan tetaplah katakan,” kata Mona sambil tersengih, makin jelas kelihatan giginya yang rongak itu.
Bercerita lanjut, Mona memberitahu yang dia hanya membawa lelaki tadi di sebuah sudut gelap dekat lorong berhampiran, mudah, tak payah panjat hotel katanya.

Malaysia Kita : Lebaran Yang ‘Bernoda’ Di Lorong Raja Laut

Lebaran Yang 'Bernoda' Di Lorong Raja Laut
MALAM terakhir Ramadhan di ibu negara tempoh hari sangat padat dengan ribuan warga kota yang membeli-belah sempena kedatangan Syawal.
Moga-moga dapat harga runtuh barangkali, mungkin juga mereka baru dapat gaji daripada majikan masing-masing.
Jalan raya sesak dengan kehadiran kenderaan bertali-arus, bilik-bilik hotel di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Medan MARA dan di kawasan sekitarnya juga ‘fully booked’.

Dalam erti kata lain, bukan warga kota saja, malahan mereka yang datang dari negeri lain juga memenuhi tiap pelusuk kompleks membeli-belah di sini.
Ketika azan Maghrib berkumandang, ramai yang terpaksa berbuka di tepi jalan kerana restoran sudah mula ‘ditempah’ sejak pagi lagi.
Yang ada hanyalah meja yang dihiasi sekeping kad bertulis perkataan ‘RESERVED’.
Ketika ini, jangan kata Nasi Beryani, burger kosong yang hanya dituang sos cili pun laku macam tiket bas!
Pada malam itu juga saya sudah bersedia dengan sebuah kamera kecil, buku nota dan sebatang pen mata bulat.

Sungai Susu Wujud Di China?

Benarkah kejadian ‘sungai susu’ ni benar-benar berlaku? Apakah yang menyebabkan sungai berkenaan bertukar warna menjadi putih seakan-akan warna air susu..Haa, kalau nak tahu apa fenomena yang menyebabkan keadaan tu berlaku, meh usha kat bawah ni..

Untuk pengetahuan anda, air sungai berkenaan bukanlah air susu dan tiada kejadian atau fenomena semulajadi yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku. Punca sebenar keadaan air sungai tersebut bertukar menjadi putih adalah disebabkan pencemaran lateks asli yang berlaku kira-kira 2 kilometer di Sungai Quxi yang terletak di selatan-timur China.

Malaysia Kita : Suspek Utama Kes Pukul Guru Dan Anak Serah Diri



KUALA TERENGGANU – Seorang daripada tujuh suspek yang terlibat dalam kes menyerang seorang guru dan anaknya di Jalan Sultan Mahmud di sini, 12.30 tengah malam Rabu tampil menyerah diri malam yang sama.
Suspek Utama Kes Pukul Guru Dan Anak Serah DiriKetua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K. Manoharan berkata, suspek utama yang juga pemilik kereta Perodua Myvi itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada 11 malam hari yang sama.
Katanya, suspek yang berusia 26 tahun itu juga turut membuat laporan polis dengan mendakwa anak guru yang berusia 20 tahun itu merupakan terlebih dahulu menimbulkan provokasi dengan menunjukkan isyarat lucah kepadanya serta empat lagi rakannya di dalam kereta.
“Kita sedang menjalankan siasatan terperinci ke atas kedua-dua laporan yangtelah dibuat dan polis juga akan mengambil tindakan ke atas semua pihak yang terlibat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini Khamis.

Ummi dakwa Azwan bagai ‘lalang’

Pertelingkahan dalam keluarga yang mempunyai ahli politik, YB Azmin Ali, selebriti, Azwan Ali, serta ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali itu seperti tidak berakhir.Ummi Hafilda seperti tidak menghiraukan apa yang dinyatakan oleh Azwan Ali menerusi laman sosial Twitter miliknya semalam.
Semalam MyNewsHub ada membangkitkan isu berkenaan kenyataan Azwan (baca di sini) yang akan mendedahkan ‘sesuatu’ yang dinyatakan oleh Ummi berkenaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 Mei lalu di kediaman ibu mereka.
Justeru, MyNewsHub telah menghubungi Ummi bagi mendapatkan kepastian serta maklumbalas berkenaan kenyataan Azwan itu.
Menurut Ummi, dia sedikit pun tidak menghiraukan apa yang disampaikan oleh Azwan itu dan menganggap kenyataan Azwan itu seperti ‘omong kosong’.
“Bagi saya itu bukan isu yang penting. Biarlah dia nak cakap apa pun,” kata Ummi sewaktu dihubungi MyNewsHub semalam.

Undang-undang lompat parti tiada kesan


Sebuah undang-undang menentang lompat parti tidak akan berkesan walaupun ia diluluskan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kerana ia bukan perlembagaan, kata para peguam.Peguam veteran, Datuk C.V. Prabhakaran berkata, undang-undang seperti itu bertentangan dengan ketetapan Mahkamah Agung 1992.“Anda tidak boleh meluluskan undang-undang yang menyekat kebebasan peribadi. Ia adalah ‘ultra vires’ (melampaui batasan undang-undang).
“Wakil-wakil (rakyat) dipilih oleh rakyat. Apakah yang Ketua Menteri ingin lakukan,” kata Prabhakaran.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa kerajaan negeri merancang untuk menggubal satu undang-undang menentang lompat parti bagi mengelakkan amalan “katak dan berudu” terus berleluasa di Pulau Pinang.

Tunjong: MB mahu kawasan sawah padi dikekalkan


KOTA BHARU: Lebih RM600 juta diperuntukkan untuk pembinaan Tunjong Pavilion yang bakal dimajukan di atas tanah seluas 11 ekar.

 Projek pembangunan yang memakan masa selama lima tahun itu dimajukan Maarij Development Sdn Bhd.

(Gambar: Tuan Guru bersama wakil pelabur.)

Turut mengambil bahagian memajukan Tunjong Pavilion itu, tujuh syarikat swasta termasuk agensi pelancongan kerajaan negeri.

Antara syarikat terbabit  antara tujuh syarikat atau pihak yang mengendalikan majlis perjanjian itu, MRCA, International Disigner, Swiss Garden International Sdn Bhd, Mydin Mohamed Holding Sdn Bhd.

IKIAM harap suruhanjaya siasatan dapat hentikan konflik di Rakhine

KUALA LUMPUR - Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) dan Majlis Gerakan Badan Bukan Kerajaan Islam Asean berharap penubuhan Suruhanjaya Siasatan oleh kerajaan Myanmar akan menghentikan konflik penghapusan etnik Rohingya di wilayah Rakhine.
  
Pengerusi IKIAM Datuk Zahidi Zainul Abidin, yang mengalu-alukan penubuhan suruhanjaya itu, menggesa suruhanjaya itu melakukan siasatan terhadap individu dan pihak terlibat yang melakukan keganasan dan jenayah serta mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan di Myanmar dan mahkamah antarabangsa.
  
"Kami juga menyeru kerajaan Myanmar memberikan penyelesaian bersepadu dan mampan iaitu memberikan hak jaminan keselamatan dan pembangunan serta hak kewarganegaraan bagi Muslim Rohingya di seluruh Myanmar dan para pelarian yang kini berada di puluhan negara di seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini.
  

Nazri : Gesa dakwa Pemuda Umno tak masuk akal


Akaun laman sosial Facebook
Akaun laman sosial Facebook dikatakan milik Pemuda Umno Pusat
Akaun fan page Facebook yang didaftarkan atas nama Pemuda Umno Pusat.
Akaun fan page Facebook yang didaftarkan atas nama Pemuda Umno Pusat.
IPOH – Gesaan agar tindakan tegas diambil terhadap Pemuda Umno di bawah Seksyen 114A Akta Keterangan berikutan kewujudan laman sosial yang memaparkan poster berbaur hasutan tidak masuk akal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, sepatutnya isu Facebook 'palsu', yang kononnya didalangi Pergerakan Pemuda Umno itu, tidak seharusnya diperbesarkan kerana belum terbukti kesahihannya.

“Hanya sekiranya mereka (Pemuda Umno) didapati bersalah di bawah undang-undang Malaysia, maka seksyen itu boleh digunakan sebagai prosedur jika ada bukti sebelum pihak mahkamah yakin ia satu kesalahan,” katanya

UG : Biar Pas kalah asalkan Islam menang

Oleh: MSK
.Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi meminta DAP menasihati Karpal Singh tentang isu hudud yang sentiasa menjadi duri dalam daging hubungan PAS dan DAP. Berita penuh boleh dilihat disini.  
Selepas ini, mungkin ada pula pemimpin DAP yang meminta pemimpin PAS supaya menasihati Nasharudin Mat Isa pulak. Apa kesudahanya.?
Ada blogger UG yang menyokong penuh tindakan Nasha… bertanya mengapa tak ramai yang mempersoalkan Karpal Singh. Bagi aku, kedua-dua pihak sama-sama bangang. Dan mungkin juga sama-sama nak jaga periuk nasi.
Bila aku kritik Pakatan, rama yang marah kat aku. Ada yang kata aku sengaja nak runtuhkan Pakatan. Ada yang kata aku ejen Umno. Ada yang kata aku SB.
Sebenarnya, nak runtuhkan Pakatan tak perlu ejen Umno atau SB sebab Pakatan akan diruntuhkan oleh pemimpin Pakatan sendiri.
Kita imbas kembali sejarah gabungan PAS, PKR dan DAP sejak 1999.

Hina Kelantan Banyak "Sup Tangan" boleh buat Terkeluar Islam

Artikel ni khas untuk sesapa la, Datuk ke, "tun" ke...Tan Sri ke, ...Menteri ke pencacai ke "ustazah macam artis" ke...... .. selagi dia rasa dia islam baca la nei.  

Khas nak tuju dekat puak bodoh yang hina islam dulu, kalau tak bodoh takde la kan nak hina-hina islam,  boleh pulak hina hukum yang ALLAH dah atur... banyak sangat duit ke atau besar sangat kuasa tu nantid alam kubur bila mengadap malaikat?

Buat puak bangang yang selalu hina-hina hudud dulu tu, lantak la kalau menteri hina pun.. tu menteri bangang... lagi bodoh dan angkuh, ni dengar apa yang Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bagitau nei.

Bukan main lagi senang betul boleh terkeluar dari islam, cukup la dengan permainkan hukum hudud... halang hukum hudud.. hina ayat Al-Quran.. semua tu boleh buat hidup atas dunia ni sia-sia je.

Suee Lim: DAP leaders should accept state titles

TANDA KIAMAT BESAR ( Menara Jam Mekah )

Tayangan dunia akhir zaman

TANDA-TANDA KEDATANGAN DAJJAL

Melayu dan Yahudi : Watak Akhir Zaman

10 Rancangan Yahudi Gagal

Lagi sokongan untuk Nurul Izzah di media Barat

Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan pemimpin PKR, sekali lagi disebut dalam media Barat sebagai calon pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sejak mengetuai protes menentang pemerintah pada penghujung 1998 disebut-sebut sebagai pewaris jawatan perdana menteri oleh gabungan parti-parti pembangkang.

Dalam satu tulisan yang tidak mengemukakan sebarang isu baharu, Luke Hunt di laman The Diplomat menyebut bahawa Nurul Izzah ialah salah seorang calon penerus misi Anwar.

Banyak pihak, terutama di Barat, melihat Anwar sebagai satu-satunya calon perdana menteri Malaysia gabungan pembangkang, disebabkan ideologinya yang lebih disenangi berbanding PAS, parti pembangkang terbesar dan lebih mudah diterima berbanding DAP yang dikuasai etnik Cina, selain hubungan Anwar dengan Barat yang telah lama terjalin.

Artikel bertajuk Malaysia's Opposition Leader Stepping Down? itu senada dan kelihatan hampir sama dengan satu tulisan di akhbar Inggeris Guardian awal Julai lalu, yang juga menyebut nama Nurul Izzah sebagai calon pengganti Anwar di penghujung rencana.

Dilema dasar luar Najib menangani NAM

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak berdepan cabaran mengimbangi usaha merapatkan hubungan dengan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama dengan politik Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, NAM, yang bakal berlangsung di Tehran, Iran tidak lama lagi.

Dalam usaha mendapatkan sokongan berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 dan kempen imej moderat di peringkat antarabangsa, Najib memerlukan AS dan Obama, yang mempunyai pengaruh besar dalam hal ini.

Pada masa sama, NAM, yang Malaysia berperanan sebagai ahli pentingnya semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, bakal menangani satu agenda kritikal berhubung hubungan AS dengan Iran dan juga melibatkan hubungan negara serantau di Asia Barat.

MAHATHIR ANGGAP UMNO SYAITAN, DOA ALMARHUM FADZIL NOOR SEDANG DIMAKBULKAN

Oleh : Shahbudin Husin
Mengikuti perjalanan politik Tun Mahathir sejak bersara pada 2003, sukar untuk kita melupakan kaitannya dengan doa bekas Presiden Pas, Fadzil Noor yang pernah mendoakan agar bekas PM itu dipanjangkan umur untuk menyaksikan sendiri kerosakan kepada UMNO dan negara kesan daripada cara pentadbirannya selama 22 tahun yang dianggap keras, tidak demokratik dan kadang-kadang tiada perikemanusiaan.

Sejak melepaskan jawatannya kepada Pak Lah, beliau hanya menikmati masa rehat seketika saja. Selepas itu, kerana 'panas hati' dengan pembebasan Anwar oleh Pak Lah dan gelagat apa yang selalu disebutnya 'budak-budak tingkat 4' yang diketuai oleh KJ, Mahathir kembali menyingsing lengan turun ke gelanggang politik.

Beliau memusuhinya pengganti yang dipilihnya sendiri. Kemudian beliau juga bertindak keluar daripada UMNO dan hanya kembali menyertai UMNO sebaik Najib menjadi PM.

Jika diimbas pelbagai ucapan dan kenyataan Mahathir ketika itu, dapat dilihat jiwanya yang sengsara selepas ketiadaan kuasa. Dengan nikmat 22 tahun menjadi PM dan anak-anaknya menjadi kaya raya melalui UMNO, beliau bertindak memusuhi UMNO dan pemimpinnya melebihi apa yang dilakukan oleh pembangkang sendiri.

Ketika itu kita mula memikirkan doa Fadzil Noor mulai dimakbulkan.

“Janji Tidak Ditepati”, DAP beri kata dua buat Najib


KUALA LUMPUR 22 OGOS: Perdana Menteri Najib Razak diberi kata dua samada beliau akan memberi respon kepada penubuhan Suruhanjaya  Siasatan Diraja (RCI) “Janji Ditepati” atau bakal berhadapan dengan siri jelajah Pendengaran Awam di seluruh Sabah.
Kenyataan yang dikeluarkan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang ini dibuat selepas lawatan kerja beliau ke negeri tersebut baru-baru ini.
“Jelajah Pendengaran Awam seluruh Sabah ini  adalah untuk mengetahui samada janji-janji kerajaan BN telah dipenuhi ataupun sebaliknya.”
Menurutnya, idea jelajah siri Pendengaran Awam “Janji Ditepati” di Sabah ini lahir dari rasa tidak puas hati yang sangat meluas oleh rakyat Sabah sendiri di atas kegagalan kerajaan BN dalam mengotakan janji-janji yang ditabur kepada mereka sejak sekian lama memerintah.
Malah tambah Kit Siang, slogan “Janji Ditepati” telah menjadi bahan jenaka dikalangan rakyat Sabah.
Masalah PATI yang kritikal

Asri: Hudud perlukan ijtihad baru



DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN PERBINCANGAN ini menyambung artikel yang lepas tentang pelaksanaan hudud. Ramai orang salah sangka apabila membayangkan negara yang dipimpin berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah itu sebagai negara yang agenda utamanya mengintip dan menghukum rakyat yang tidak mematuhi syariat.

Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, hudud hanya makanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah.

Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud. Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama di zaman ini berada di bawah takzir. Makanisme ini pula memerlukan suasana yang kondusif untuk pelaksanaannya.

Biarlah Yang tolak Hudud Berada Dalam BN - Pak Ungku


Oleh Ungku Mohd Noor Ungku Mahmod (Penyelia PAR Pulai Sebatang)

SEKALI lagi isu HUDUD mendapat perhatian dikalangan umum khusus ahli politik , sama ada parti pemerintah atau pembangkang Sama ada bertujuan ikhlas atau "political game" terserah pada kita menilainya . 


Ada golongan yang menggunakan isu ini untuk memerangkap antara satu sama lain . Tapi yang jelas sebagai ahli PAS yang Islam sebagai dasar perjuangan sejak dari dulu lagi pasti tetap pertahankan Hudud sebab itu adalah perintah Allah yang setiap mukmin wajib beriman dan laksanakan . 

Isu tapak IPD - Pemimpin PKR dakwa terima ugutan bunuh

Syor Dr M sokong 'syaitan dikenali' perkembangan baik untuk PR

Sarawak Pula Bakal Terbelah?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Keretakan BN Sabah sudah pun terserlah, ia bukan lagi retak yang menanti belah tetapi sudah terbelah. Cuma apa yang terbelah itu belum berpisah (tercabut) lagi, umpama kelapa yang dibelah dua, di antara satu sama hanya terikat dengan beberapa urat sabut sahaja.
 Apakah majlis atau himpunan sempena hari Malaysia pada 15 dan 16 September yang bakal diadakan di Sabah dan Sarawak kelak akan menyaksikan dua 'tempurung' itu akan berpecah dan terpisah di antara satu sama lain?

Tanggal itu nanti akan ada beberapa tokoh BN di Sarawak mengistyharkan meninggalkan komponen yang mengusang itu?

Beza sempadan sesama Islam, bukan Islam

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/418859_260837997368922_1057418854_n.jpg

kenapa jadi macam ini? Bukankah Islam itu bersaudara.......

Umno dicabar tetap pendirian dalam isu agama

SHAH ALAM – Umno dicabar menyatakan pendirian berhubung isu kedaulatan Islam demi menjaga kesucian agama rasmi penduduk di negara ini kerana mereka didakwa berkali-kali diperlekehkan rakan komponennya, MCA.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, sudah tiba masanya Umno mengkaji semula kedudukan MCA sebagai parti komponen mereka dalam Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa, dalam isu berkenaan, Umno bersikap‘double standard’ apabila lantang menyerang DAP, namun hal sama tidak dilakukan terhadap MCA sehingga mencetuskan tanda tanya siapa sebenarnya ‘abang besar’ dalam BN.

Isu hudud hanya mainan politik

SHAH ALAM – DAP Selangor menganggap isu hudud hanyalah mainan politik pihak tertentu untuk menakut-nakutkan orang ramai berbilang kaum, demi kepentingan peribadi.
Naib Pengerusinya, Charles Anthony Santiago berkata, ini kerana, isu berkenaan menjadi ‘panas’ ketika ini disebabkan musim pilihan raya umum (PRU) yang semakin hampir dan perkara itu dimanfaatkan sepenuhnya pihak terbabit bagi meraih publisiti di media.

“Apabila PRU semakin hampir, semua (orang) bercakap mengenai hudud kerana hendak dapat tempat dalam surat khabar.
“Apa yang dibangkitkan oleh Karpal Singh (Pengerusi DAP), DAP dan PKR tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia, iaitu Malaysia adalah negara sekular dan Islam adalah agama rasmi,” katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Karpal ‘semakin keterlaluan’ kerana cuba merendah dan mempertikaikan hukum hudud  dalam mengatasi jenayah.

Siapa Yang Empunya Lidah Bercabang Ini?


Bagaimana UMNO berbicara dengan kelompok komuniti yang berbeza untuk memburukkan PAS.

Hudud dimata MCA, UMNO : Sama tapi tak serupa !


Mulut presiden MCA ini memang agak celupar sikit.  Dulu, semasa kempen pilihanraya kecil di salah satu DUN Pahang beliau pernah mengkritik dan memperlekeh cara berpakaian cikgu Mala yang menjadi calun PAS ketika itu. Walhal cikgu Mala berpakaian menurut tuntutan Islam dan bersarung tangan untuk mengelak dari bersentuhan kulit dengan bukan muhrim. Namun Dr Chua dan rakan-rakan dalam MCA tanpa rasa hormat menyindir calun muslimah PAS cikgu Mala.Lebih malang pemimpin Umno turut sama menyokong sindiran itu !  

Tolong!! Jangan Biarkan Mahathir Mati Dalam Kehinaan

Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa “lebih baik (memilih) syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal” membawa pengertian lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali dalam BN” dari mengundi “Malaikat yang belum pasti dalam Pakatan Rakyat”.
Kenyataan Mahathir di dalam blognya itu membuktikan beliau sebenarnya akur dan mengakui perubahan sokongan rakyat pada PRU-13 yang akan menyebabkan Umno BN tumbang.
“Situasi inilah yang menggusarkan seorang bekas Perdana Menteri yang telah banyak melakukan pengkhianatan, pembohongan, rasuah dan salahguna kuasa, justeru terbitlah kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi,”

Bekas pegawai Kagat bantu dana Lebuh Raya Rakyat

KOTA BHARU: Bekas-bekas pegawai Kor Agama (Kagat) dan guru agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menganjurkan satu perjumpaan bagi mengutip dana mengisi tabung wakaf Lebuh Raya Rakyat.

Jurucakapnya, Ustaz Mohamed Kassim berkata, perjumpaan tersebut akan diadakan pada 16 September ini di rumah Mejar (B) Nik Mat Deraman (Nik Mat Jeben) di Jalan Pasir Hor, Wakaf Che Yeh.

Katanya, kehadiran bekas-bekas pegawai Kagat dan guru-guru agama penting bagi mengumpul dana tersebut dan berjumpa semula selepas tamat berkhidmat sebagai anggota tentera.

“Saya bersama Mejar (B) Nik Mat dan Ustaz Abdu Mutalib Mat Yasin sebagai penganjur perjumpaan tersebut antara lain mahu berjumpa semula dengan bekas-bekas teman seperjuangan.

“Kami tidak berdaftar dengan Persatuan Bekas Tentera Malaysia, jadi kami perlu platform sendiri untuk menghimpunkan semula bekas pegawai Kagat dan guru agama ATM,” katanya di sini.

Kantoi !!! Strategi Umi Hafilda perkudakan Mak Tom, makan diri

KETIKA umat Islam sedang meraikan hari kemenangan, ada seorang manusia tergamak mengheret ibunya sendiri ke kancah politik untuk mengaibkan abangnya sendiri.

Umi Hafilda, mencolek ibunya Mak Tom untuk beraya ke Melaka di salah sebuah resort, kemudian memanggil wartawan TV3 untuk menyiarkan kisah sedih Hari Raya mereka di perantauan.

Kononnya Mak Tom membawa diri sehingga beraya di perantauan kerana kecil hati dengan Azmin Ali, Timbalan Presiden Keadilan.



Apa yang melucukan, adik beradik Umi Hafilda yang lain tiada seorang pun yang sanggup melayan "kerja gila" beliau beraya di perantauan tak tentu pasal.

TG Nik Aziz dinasihat berehat di HUSM..

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)  Kubang Kerian untuk berehat.

Setiausaha Akbarnya, Fadli Shari berkata, pemimpin itu tiba pada jam 2 petang tadi setelah dinasihatkan oleh doktor supaya menghabiskan cuti hujung minggu di hospital.

“Beliau tidak mengalami apa-apa masalah, sekadar berehat,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu di sebelah pagi, Nik Aziz menghadiri majlis pecah tanah pembukaan Pavilion di Tunjung, dekat sini.

Nik Aziz, 81, yang memegang jawatan Menteri Besar Kelantan sejak 1990 mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik.

INSINCERE NAJIB: Section 114A of the Evidence Act is here to stay

INSINCERE NAJIB: Section 114A of the Evidence Act is here to stay Kuala Kangsar: The controversial Section 114A of the Evidence Act is here to stay.
And judging by Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz's explanation, there is no need for a review of the law.
Speaking at length on the matter here today, Nazri said the law was put in place to protect the people.
"I would have hesitated to table the bill in Parliament in April if for once I thought that the amendment would not serve the security of the country.
"We have the concern of the rakyat ... don't make us look as if we got no concern," he told reporters here.

RCI to oil royalty review – is BN sincere?

The opposition in Sabah is questioning Chief Minister Musa Aman's sudden turnaround and push for higher oil royalties.
KOTA KINABALU: With the approach of the 13th general election, various issues in Sabah once considered too hot to handle by the Barisan Nasional government are being picked up without inhibition by the same leaders, triggering questions of sincerity.
First came the Royal Commission of Inquiry (RCI) on the dramatic increase in the population of Sabah, an issue the federal government had shied away from for decades.
Now hot on its heels is the sudden readiness of state BN leaders to ask the federal government to raise the pittance it is paying for the state’s oil wealth to a fairer level.
Both issues were ignored by Sabah Chief Minister Musa Aman until recently and opposition politicians are asking, why now?

Umno BN hipokrit tolak turun harga kereta, kemudian sokong

(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 23 Ogos: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menempelak pemimpin Umno kerana mempertikaikan dasar Pakatan Rakyat (PR) yang mahu menurunkan harga kereta, tetapi dalam masa sama menyokong langkah ini sekaligus menyerlahkan sikap hipokrit dan bermuka-muka mereka.
“Ia juga membuktikan bahawa kajian KEADILAN mengenai kesan buruk harga kereta yang tinggi turut dipersetujui oleh pakar-pakar dan pegawai kerajaan.
“Membayangkan sikap bermuka-muka dan hipokrasi pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) yang secara berterusan mengkritik cadangan KEADILAN atas alasan ia akan memufliskan negara,” katanya pada kenyataan.
Beliau mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris yang memetik sumber dalaman rapat dengan kerajaan berhubung cadangan rombakan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) untuk mengurangkan harga kereta.
Beliau menyeru Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bertanggungjawab merombak Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) serta mengumumkan pendirian kerajaan berhubung penurunan harga kereta.

KDN diminta perjelas manipulasi kadar jenayah


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein  menberi penjelasan berhubung dakwaan manipulasi data jenayah.

Mereka merujuk kepada satu surat daripada "Sumun Osram" yang mengaku sebagai pegawai polis yang tidak mahu dikenali yang mendedahkan wujudnya manipulasi data jenayah bagi menampakkan kadar jenayah menurun.

Surat tersebut mendakwa terdapat percubaan sistematik untuk menurunkan perangkaan jenayah dengan cara menukarkan jenayah indeks kepada jenayah bukan indeks.

Penukaran tersebut dilakukan ketika laporan polis dibuat di mana klasifikasi 'jenayah indeks' akan direkodkan dalam sistem laporan polis sebagai 'bukan-indeks' bagi tujuan perangkaan.

Dalam satu kenyataan bersama oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Dr. Hatta Ramli (Kuala Krai), Liew Chin Tong (Bukit Bendera) hari ini, mereka mahu pihak kerajaan memberi penjelasan segera berhubung dakwaan surat tersebut.

Pendidikan diniaga punca peralatan projek PPSMI rosak RM500 juta

KUALA LUMPUR 23 Ogos: Umno BN menjadikan sektor pendidikan sebagai perniagaan menyebabkan kira-kira 25 hingga 50 peratus peralatan bernilai lebih RM500 juta bagi projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak dapat digunakan lagi akibat rosak.
Ketua Biro Pendidikan KEADILAN, Abas Awang berkata, pimpinan  Umno BN memperniagakan pendidikan bagi mengisi poket mereka sehingga mengabaikan kepentingan pembelajaran pelajar.
“Kita dapat lihat dengan jelas bagaimana mereka jadikan peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk digunakan dalam projek PPSMI untuk tujuan bisnes dan bukannya untuk mendidik murid serta pelajar,” katanya ketika dihubungi.
Demikian respon beliau berhubung laporan akhbar hari ini menyatakan kurangnya penyelengaraan dan kelemahan pentadbiran kerajaan menyebabkan banyak peralatan ICT yang dibekalkan untuk sekolah terabai bernilai lebih RM500 juta.
Abas berkata, kerajaan Umno BN sebelum ini menyalahguna dan meluluskan pelbagai projek di atas nama pendidikan dengan tujuan untuk kepentingan sendiri.

Malaysia Kita : Suspek bakar teman wanita ditahan

SHAH ALAM - Polis menahan suspek kes bakar teman wanitanya, Nurul Firzanah Mat Zaki,16, sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 14 Ogos lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek lelaki berusia 18 tahun itu ditahan bersama seorang rakan wanita di Rumah Panjang Setapak Jaya, awal pagi semalam.
"Kedua-dua mereka berjaya ditahan hasil maklumat yang disalurkan oleh orang awam.
"Mereka direman selama lima hari bermula tangkapan sehingga 27 Ogos ini bagi membantu siasatan," katanya dipetik menerusi laman facebook miliknya, semalam.
Sebelum ini, polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki, Mohd Amir Mohd Anuar, 18, bagi membantu siasatan kes bakar teman wanitanya.

‘Another May 13 only if orchestrated’

While decades of socio-economic advances have lessened the likelihood of another racial riot, analysts say the threat of racial riots, although small, still exists.

PETALING JAYA: The threat of another May 13 incident is minimal but real, political analysts said, pointing fingers at “right-wing groups” they claim would be eager to instigate such riots.
On May 13, 1969, violence broke out between the Malays and the Chinese, sparked off by an election setback for the Malay-dominated ruling alliance. The riots lasted several weeks, with the death toll said to be 196.
Politicians often raise the tragic incident to cow Malaysians into maintaining the status quo – one that had seen the ruling government in power for 55 years.
But while analysts did not rule out the possibility of another racial riot, they said it would only occur if manufactured by certain quarters.

Aktivis dakwa diugut bunuh selepas dialog dengan Nong Chik

Seorang pemimpin PKR Cabang Lembah Pantai Pathavachalam Sundram mendakwa menerima ugutan bunuh oleh seorang individu yang didakwa tidak berpuas hati dengan tindakannya ketika menyertai satu program dialog bersama menteri wilayah persekutuan.

Pathavachalam mendakwa beliau menerima ugutan itu melalui dua panggilan telefon oleh individu yang tidak dikenalinya pada 16 Ogos lalu – dua hari selepas program dialog bersama Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

NONE"Semua ini adalah berkaitan dengan dialog saya dengan Raja Nong Chik Zainal Abidin pada masa beliau memperkenalkan pemaju projek tapak IPD Brickfields.

"Pengugut tersebut mengutuk mengenai pertikaian saya dengan menteri tersebut. Saya dan ramai lagi NGO membantah penubuhan pondok polis di tempat balai polis di situ," katanya (foto, kiri).

Tambahnya, beliau bersama NGO Little India Action Committe yang diketuainya mahu supaya cadangan membina pondok itu digantikan dengan balai polis.

Bersih lancar tabung RM1 untuk pilihan raya akan datang

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (Bersih) hari ini melancarkan kempen mengutip derma untuk kempen pra-pilihan raya untuk mengekalkan momentum selepas perhimpunan 28 April yang lalu.
Kempen itu mensasarkan RM250,000 tunai untuk perbelanjaan rawatan dan guaman selepas perhimpunan itu serta menyebarkan maklumat kepada orang awam tentang tuntutan Bersih untuk pilihan raya adil dan bersih.
“Kita tahu pilihan raya umum sudah semakin hampir, maka Bersih 2.0 memerlukan sokongan anda,” kata kumpulan tersebut dalam kenyataan medianya hari ini.
“Sehubungan dengan itu, Bersih 2.0 melancarkan tabung kempen untuk setiap rakyat Malaysia menyokong kami dengan menderma kepada Bersih 2.0 ‘Lakukan Perubahan dengan RM1’ untuk pilihan raya yang adil dan bersih.”
Ambiga Sreenevasan
Maria Chin Abdullah
Bersih 2.0, sebuah pergerakan dalam 82 badan bukan kerajaan, telah mengadakan perhimpunan kali ketiga menuntut pilihan raya adil dan bersih sejak 2007 dan di tengah ibukota pada 28 April lalu. Protes “duduk bantah”, yang dikatakan aman, bagaimanapun berakhir dengan keganasan apabila beribu penunjuk perasaan bertempur dengan polis anti-rusuhan selepas halangan yang diletakkan di keliling Dataran Merdeka telah dilanggar.
Polis sebelum itu telah membuat halangan kawad besi dan besi untuk menghalang penunjuk perasaan dari memasuki Dataran Merdeka.

PRU 13: Dr. M bayangkan perubahan kerajaan?

KUALA LUMPUR: Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya negara kucar-kacir jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah negara membayangkan perubahan besar bakal berlaku pada PRU 13.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataan berkata, kenyataan Mahathir itu mempamerkan ketakutan dan tekanan yang dihadapi BN pada ketika ini.

"Bukan omong kosong, namun dengan pelbagai isu dan skandal rasuah, penyelewengan serta salahguna kuasa, salahguna hari kemerdekaan dan termasuklah kebangkitan luar biasa rakyat Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi 'fixed deposit' BN, ini menguatkan lagi hujah betapa Umno BN bakal kehilangan kuasa pada PRU 13.

Hanya 'diktator' seru sokong 'syaitan yang dikenali'

MP Subang R Sivarasa berkata kenyataan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengungkapkan BN sebagai "syaitan" yang perlu terus diundi mencerminkan gaya seorang diktator.

"Kenyataan Dr Mahathir itu adalah kenyataan yang biasa dibuat diktator walaupun mereka tidak lagi berkuasa.

"Ia mencerminkan personaliti dan juga sikapnya terhadap kuasa.

PKR bawa isu tanah IPD Brickfields ke SPRM minggu depan

PETALING JAYA, 23 Ogos — PKR akan membawa isu tanah ibu pejabat polis daerah Brickfields ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan.
Menurut Nurul Izzah Anwar (gambar), naib presiden PKR penduduk Brickfields berhak mengetahui isu sebenar di sebalik pertukaran tanah antara IPD Brickfields dengan pembinaan balai polis baru di Jalan Travers.
“Kami mahu mengetahui berapa kerugian di pihak kerajaan apabila mereka menukar tanah IPD Brickfields dengan balai polis baru di Jalan Travers,” katanya dalam sidang media di ibu pejabatPKR hari ini.
Katanya lagi, IPD Brickfields yang berusia hampir 30 tahun menjadikan Brickfields tempat yang selamat, namun apabila ia dipindahkan, peningkatan jenayah semakin meningkat.
“Sejak IPD Brickfields dipindahkan ke balai polis Jalan Travers, kejadian jenayah semakin meningkat dan dan kejadian keganasan seperti kes pukul semakin meningkat.

Kenyataan Dr M adalah rayuan orang terdesak

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyatakan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, “lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali”, dalam blognya semalam jelas menunjukkan pengakuan bekas perdana menteri diatas kesalahan semasa memerintah negara selama 22 tahun.
Ahli parlimen PR Nurul Izzah Anwar (foto fail), anak perempuan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengatakan bahawa musuh ketat bapanya itu terdesak untuk terus relevan.
Nurul, naib presiden PKR, berkata kata-kata Dr Mahathir adalah satu cubaan terdesak disaat akhir untuk  meyakinkan rakyat Malaysia untuk mengundi bagi Barisan Nasional (BN), walaupun ia seperti memberikan undi kepada “syaitan”.
 Dr Mahathir sudah sangat terdesak ibarat, “lelaki tua yang mahu terus kekal relevan”, katanya.
“Malangnya, suaranya adalah tidak relevan, dan sebab itu dia bersuara bagi mendapatkan sokongan kepada Umno-BN.

Seksyen 114A Akta Keterangan kekal, kata Nazri

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Seksyen 114A Akta Keterangan, yang menjadi kontroversi baru-baru ini akan kekal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (gambar).
Menurut Nazri, keputusan itu dibuat berikutan pembangkang sendiri dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk menentang pindaan berkenaan.
“Kita akan terus kekalkan akta ini, lagipun mereka (pembangkang) tidak bersungguh-sungguh (dalam usaha) untuk membuat sebarang perubahan,” kata beliau seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga menteri dalam negeri baru-baru ini mengingatkan agar isu pindaan seksyen 114A Akta Keterangan tidak dijadikan polemik politik  sehingga boleh mengaburi keseluruhan transformasi politik yang sedang dilaksanakan perdana menteri (PM).
Awal minggu lalu, PM Datuk Seri Najib Razak meminta kabinet agar meneliti peruntukan tersebut ekoran bantahan dari ramai pihak, dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Pindaan membabitkan akta itu diluluskan oleh parlimen April lalu dan dikuatkuasakan dua bulan kemudian.

Bekas mufti: Terkeluar Islam jika persenda hudud

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha untuk melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam.

Dr Mohd Asri berkata, sendaan itu boleh dilihat ketika Kelantan mula memperkenalkan hukum hudud – melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.

NONE"Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan ‘sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’ adalah melampaui batasan agama.

"Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam," katanya dalam satu tulisan di blognya, drmaza.com.
Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa golongan yang menolak hukum hudud yang tertulis di dalam al-Quran sahaja yang akan terkeluar daripada Islam.

Golongan yang menolak penafsiran oleh para sarjana atau mana-mana individu mengenai undang-undang Islam itu, tidak akan jatuh hukum sehingga murtad, katanya.
''Sebagai seorang muslim, kita tak boleh persoalkan hukum tuhan. Cuma di sini ada perbezaan dalam menafsirkan undang-undang hudud.

Ke Pejabat OFFICE Tapi Update Status FACEBOOK - Ustaz Azhar Idrus

SUAMI Seluar PENDEK Tapi ISTERI Tutup AURAT - Ustaz Azhar Idrus

Jika TAUBAT Dapat Kembali PAHALA Yang Lepas ? - Ustaz Azhar Idrus

PUASA Tapi Dedah AURAT - Ustaz Azhar Idrus

PPIM wakili suara pengguna bukan parti politik

Gelarkan PM "Devil" : Izzah Kecewa Kenyataan Dr. Mahathir

ILMU cadangkan PAS-UMNO bersatu

Koon Yew Yin: SYABAS & TALAM: Controversy or Conspiracy?

Lebanon FSA kidnapping "part of drug deal"

Somalia swears in historic new parliament

Today in History for August 23rd

Violence resurfaces in Ivory Coast

UN chief to visit Iran despite US, Israel objection

Dozens killed in Kenya ethnic violence

Foreign fighters join the battle of Aleppo

Malaysia Kita : Toyol Diberi Habuan Menonton Seks



Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Akibat mahukan kesenangan berterusan menerusi jalan haram, segelintir pemuja toyol sanggup memeterai perjanjian luar biasa termasuk memenuhi permintaan pelik makhluk halus itu yang ingin melihat tuannya melakukan hubungan seks di luar nikah.

Perjanjian yang dibuat pemuja berkenaan selepas roh toyol itu dibangkitkan, adalah antara habuan diterima makhluk berkenaan yang mampu menyelinap bilik berkunci dan mencari wang disorok bagi melakukan tugas mencuri di kediaman penduduk.

Selain itu, toyol berkenaan juga diberi makan ayam dan dihadiahkan barang permainan kanak-kanak oleh pemujanya setiap kali berjaya menyerahkan wang curi.

Perbuatan tidak bertanggungjawab pemuja toyol itu yang berani melakukan perjanjian berkenaan walaupun menyedari ia perbuatan syirik dan dilaknat Allah, kebiasaannya tidak disedari ahli keluarganya.

Dendam kesumat Mahathir yang tidak berpenghujung

Serangan terbaru ini adalah rentetan tekanan demi tekanan yang diterima Mahathir berikutan kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang diasak oleh Pakatan Rakyat pimpinan Anwar untuk mara ke Putrajaya.

Oleh Saifuddin Shafi Muhammad
Anwar Ibrahim Club (AIC) amat tertarik dengan serangan terbaru Tun Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang disiarkan sebuah portal semalam, dengan menyebut Ketua Umum PKR itu dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mempunyai persamaan iaitu menabur banyak janji besar tetapi tidak dipenuhi.
Beliau juga menggesa supaya sokongan diberikan kepada BN kerana Anwar, kata Mahathir, menjanjikan banyak perubahan tetapi tiada jaminan bahawa janji tersebut akan ditunaikan.
Umum mengetahui sejak lama , Mahathir mempunyai dendam peribadi yang tinggi terhadap Anwar  ekoran perbezaan polisi dalam urustadbir kerajaan semasa Ketua Pembangkang Malaysia itu menjadi orang nombor dua Malaysia dalam kabinet Mahathir yang akhirnya melakar sejarah hitam demokrasi negara pada 1998.

BE CAREFUL PAKATAN, DON'T RELY ON BN TO LOSE: Secure Putrajaya with solid manifesto!



Only a slew of efforts to dispel doubts and uncertainties lingering in the hearts and minds of Malaysians will ensure that Pakatan Rakyat (PR) is able to seize control of Putrajaya and govern the nation following the 13th GE.
If PR harbors any hopes of even coming within reach of the administrative capital they will have to come clean and present first and foremost to the nation an unchangeable manifesto, a manifesto that has been truly cast in iron.
Since the political tsunami of 2008 in which the opposition was able to command nearly a half of the total votes cast, PR has come across as being hazy and unclear on a number of pressing issues that has caused them to be viewed as disunited and in certain ways an unstable political alliance.
If PR is unable to garner support to takeover at Putrajaya it will be largely due to their inconsistent and shifting stand on issues that divide and splinter the opposition coalition comprising of PKR, PAS and DAP.
Friction over implementation of “hudud” and Islamic state

Inilah Punca Sebenarnya negara rosak, melayu pecah belah....

Sebenarnya negara rosak, melayu pecah belah akibat angkara MAMAK inilah...akibat tamak kuasa dia paksa umno menyokong tindakan dia, iaitu :
1. bergaduh dgn Ku Li = paksa Umno sokong dia, Melayu berpecah.
2. bergaduh dgn Anwar = paksa Umno sokong dia, Melayu berpecah.
3. Musa Hitam letak jwtn TPM akibat tdk sehaluan dgn MAMAK.
4. Pak Lah dijadikan kambing hitam akibat angkara MAMAK nih.
5. merebut kuasa dr Tun Hussein On secara halus.
6. Menekan pembangkang Melayu.....dan pelbagai lg..
dan sekarang terus melalut, dan terus meroyan....yg pasti semua ini adalah angkara ketamakan kuasa MAMAK tua nih...