Lagi cubaan pecah mesin ATM di Melaka
Sebuah mesin ATM dipecahkan dalam satu cubaan melarikan wang dari peti simpanan mesin tersebut di sebuah pasaraya. -Foto Bernama
 
MELAKA - Sekumpulan penjenayah berputih mata apabila gagal memecahkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di sini, dalam satu cubaan melarikan wang dari mesin ATM awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Muhammad Koey Abdullah berkata kejadian itu disedari pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di tingkat dua premis yang menempatkan tiga mesin ATM terbabit pada pukul 8 pagi.