Isnin, 20 Ogos 2012

KANTOI!!! CYBERTROOPER UMNO MEMFITNAH KES KHALWAT MALAM RAYA....!!!

KONONNYA SEORANG AHLI UNIT AMAL PAS KENA TANGKAP KHALWAT DIMALAM RAYA RUPA-RUPANYA DICILOK DARI KES DI INDONESIA YANG TELAH BERUSIA LEBIH 3 TAHUN YANG LALU..


Seorang Facebooker  UMNO yang menggelarkan dirinya Mahkota Dewa telah membuat fitnah konnnya seorang ahli Unit Amal PAS telah kena tangkap khalwat dimalam raya disebuah hotel.

Semakan didapati dia telah cilok foto itu dari kisah di Indonesia.


Sila baca dibawah ini..



29/8/2009 0:44 WIB
Oknum PNS Ditangkap Mesum di Banyuwangi


Suhaili-Banyuwangi,
Seorang oknum PNS di Pemkab Banyuwangi, Jawa Timur bersama 5 pasangan mesum lainnya terjaring dalam Operasi Pekat yang digelar Polres Banyuwangi dan Satpol PP Banyuwangi malam ini.

Oknum PNS tersebut berinisial HP berusia 31 tahun yang bekerja di kantor BPN Banyuwangi itu ditangkap tengah berduaan dengan seorang wanita yang bukan istrinya di kamar kos.

Para pelaku mesum ini, selanjutnya digelandang ke Mapolres Banyuwangi untuk dimintai keterangan.

Wakapolres Banyuwangi, Kompol Hardjo Maryono kepada wartawan, Jumat, 28 Agustus 2009, mengatakan, mengenai sanksi yang akan diberikan kepada oknum PNS tersebut, diserahkan kepada atasannya. Sedangkan, 5 pasangan lainnya dijerat pasal melanggar tindak pidana ringan.

Selain itu, ia menambahkan, operasi ini untuk menciptakan suasana yang nyaman yang mendukung kegiatan ibadah di bulan Ramadhan 1430 H.

"Operasi Pekat ini untuk menanggulangi berbagai penyakit di masyarakat selama Ramadhan ini," ujar Hardjo.
(rei)

FITNAH DENGAN UMNO TIDAK BOLEH DIPISAHKAN... UMPAMA KENTUT DENGAN TAIK.

Tolong la percaya woiii... !!!

Dah berapa kali gua kabarkan beb...
Umno itu pejuang Islam tulen...
Ianya sungguh suci bak kata Abdullah Samaah... eh eh... sekali sebut dah macam Samiri pula gua rasa dia tu beb....
Kahkahkah...
Lu orang tak percaya apa gua kata selama ni beb... kahkahkah
Percayalah gua kata beb... Percayalah, tolong lah percaya beb!!!
Tolong la... Tolong la...

Benci Yahudi, tapi perangai macam Yahudi

Masuk raya kedua hari ni, ramai yang masih laju beraya dikampung menziarahi sanak saudara dan kawan rapat. Aku dah belah balik ke KL. Baru saja sampai rumah dan sempat jenguk blog ni.
Bagi yang mahukan pahala setahun berpuasa akan terus sambung posa 6 pada raya kedua. Biasanya orang tua-tua kampung akan sambung terus posa enam pada raya kedua. Aku ikut amalan orang tua tu sebab tu aku stop raya dan sambung posa hari ni.
Alhamdulillah berjaya selesaikan hari pertama dengan izin Allah, esok aku dah pasang niat nak sambung hari kedua moga Allah perkenankan niat aku tu. Korang macam mana?, tak pa Syawal panjang lagi, selesai raya kaw-kaw boleh buat posa 6 pulak!

Aku nak membebel sikit berkenaan tajuk atas tu. Ini berdasarkan pengalaman semasa bertarawih kat Masjid Kubang Semang baru-baru ni. Kebetulan malam tu Masjid hanya buat 8 rakaat untuk memberikan laluan pada Imam Muda khas didatangkan dari Gaza.

Pemuda Umno sanggup korbankan Facebook page depa untuk perbaiki persepsi?


Malaysiakini melaporkan:
Setiausaha kerja Pemuda BN Ibdilillah Ishak telah membuat laporan polis hari ini berhubung satu posting yang didakwa berunsur 'hasutan' di laman Facebook palsu Pemuda Umno.

Menurutnya, ia bukan laman rasmi milik pergerakan itu, sambil menambah, di Facebook ramai orang boleh membuka akaun dan menjadi sesiapa sahaja yang mereka mahu.

"Jadi ia bukan (laman Facebook) rasmi Pemuda Umno, dan mereka menggunakan nama Pemuda Umno tanpa pengetahuan kami," kata Ibdilillah ketika dihubungi Malaysiakini. - Mkini.
Ya ka bukan laman Facebook page rasmi? Boleh percaya ka?

Kalau yang tu bukan facebook rasmi Pemuda Umno Malaysia, mana yang rasmi punya. Takkan la Pemuda Umno Malaysia yang ada Pengerusi Unit Media Baru tapi takdak Facebook Page rasmi.

Mana cukup kalau takat facebook profile biasa yang boleh ada kawan lebih kurang 5k saja. Takkan Pemuda Umno yang ada ahli mungkin hampir sejuta boleh berpuashati dengan pafebook profile biasa. Langsung tak logik.

Kalau tanya aku, aku lebih selesa untuk percaya yang Facebook page tu memang Facebook page rasmi Pemuda Umno Malaysia tapi terpaksa dikorbankan facebook tu untuk memperbaiki persepsi yang rosak teruk sebab update bangang tersebut.

Bawah ni beberapa screenshot menarik dari facebook page berkenaan.

Patutlah UMNO Kuat Meroyan Dan Memfitnah Kebelakangan Ini..


Patutlah UMNO meroyan, meracau dan memfitnah kebelakangan ini....
Tu sebahagian tanda-tanda orang yang dah nak mati, tanda-tanda riwayat UMNO semakin berakhir.


Umno Parti Sekular yang kosmetik

i) Ucapan Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) antara lain menyatakan (dalam bahasa Inggeris) yang terjemahannya:

(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.

Ucapan Rais Yatim ini telah diterbitkan di dalam Infoline Majlis Peguam.

ii) Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam berkata Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS.

Buat Rais Yatim dan orang-orang yang berfikiran seperti beliau, saya ingin bertanyakan begini. Dimana nak diletakkan pengesahan Allah S.W.T tentang taraf ugama islam melalui Ayat yang bermaksud:

Sesungguhnya Deen (agama) yang diredhai Allah hanyalah Islam? Inna deen na in dallah hil Islam? (Sebahagian Ayat 19: Surah Ali’Imran).

Inikah caranya seorang pemimpin Islam membuat kenyataan? Dengan kata-kata seperti ini, syahadah kita yang bermaksud “tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” akan menjadi satu lafaz kosong. 

Ustaz Nasarudin Hj daud-Tiga Golongan Manusia Menurut Al-Qur'an



Al-Qur'an membahagikan semua manusia(termasuk jin) dalam  kepada 3 golongan


1) Mukmin 


golongan yang taat kepada Allah dengan sebenar-benar taat tanpa sebarang syak dan dolak dalih


2) Kafir


Iaitu golongan yang menolak cara hidup islam yang telah disyariatkan oleh Allah samaada secara menyeluruh atau separuh diterima separyh lagi di tolak



3) Munafik


Golongan yang mengaku islam dan berpura-pura hidup sebagai orang islam tapi sebenarnya hati kecilnya tidak redha dengan cara hidup islam.

Semoga Allah selamatkan kita jangan sampai termasuk dalam golongan munafik atau terpedaya dengan tipudaya golongan ini.

Ahli UMNO insaf bongkar penipuan UMNO@BN masa pilihanraya

Pengakuan Ahli UMNO Mengundi 2x...Laksanakan tuntutan BERSIH

Anwar sah pertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU 13

BUTTERWORTH, 20 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) sah akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat pengesahan tersebut ketika ditanya mengenai calon PKR yang akan dikemukakan oleh parti itu pada pilihan raya umum nanti.
“Tiada sebarang pengesahan siapa akan bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undang Negeri (DUN) UN mana, kecuali saya yang sah akan bertanding di Permatang Pauh,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, di Pusat Khidmat PKR Guar Perahu di sini hari ini.
Pada 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya (Anwar) bertanding pada pilihan raya kecil untuk kerusi tersebut.

TAK PERCAYA!!! Ini bukti golongan belia sokong kepimpinan Najib?


BIAR GAMBAR BERBICARA SENDIRI.


PUTRAJAYA, 20 Ogos — Majoriti rakyat menerima dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan konsep 1Malaysia secara terbuka, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K. Devamany.

Lebih membanggakan, katanya golongan belia yang merupakan kumpulan demografi terbesar dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara, begitu yakin dengan corak kepimpinan, keupayaan, prestasi dan pendekatan Najib yang lebih terbuka serta telus.

RCI PELACUR POLITIK DI AIDIL FITRI?


DI ANTARA Hari raya Aidil Fitri dengan Pilihanraya Umum Ke-13, tersengkang tulang RCI yang memualkan rakyat Sabah, terutama dengan kehadiran lebih sejuta warga 'Penyu' yang mendapat kerakyatan Malaysia secara tidak sah, Mereka mendominasi sektor ekonomi, pekerjaan, sosial dan politik.

Mungkin keterlaluan jika Sabahkini.net dan krew mengucapkan Selamat Hari Raya ketika kita berhadapan dengan cabaran RCI yang belum menjaminkan penyelesaian secara tuntas isu PATI dan kerakyatan songsang di Sabah. Tetapi itulah hakikatnya.

Analisa Fakta-fakta Penentu Kerajaan Baru Sabah?

KDM DAN CINA PENENTU KERAJAAN BARU SABAH?

PILIHANRAYA UMUM Ke-13 Sabah kali sememangnya dijangkakan yang paling sengit selepas pilihanraya 1985. Jika pada PRU 1985 itu, satu sejarah telah tercatat apabila Kerajaan Berjaya yang gagah perkasa atas sokongan Kuala Lumpur telah ditumbangkan di bumi Sabah oleh Parti Nyamuk (PBS) pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan.

Kini setelah 27 tahun berlalu, adakah sejarah berkenaan akan berulang lagi? Tidak dinafikan, angin perubahan sedang bertiup kencang dan rata-rata rakyat Sabah sedang menunggu hari mengundi sahaja kali ini.
Rasa muak dan jengkel semakin membara, terutama semangat ingin menukar baju baru di hati mereka sememangnya telah terpendam sejak PRU 12 lalu; Apatah lagi selepas melihat warga Semenanjung yang meniupkan TSUNAMI sehingga takhta BN di 5 negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib.

Anwar terkenang arwah ibu setiap kali sambut Aidilfitri

SHAH ALAM 20 Ogos: Meskipun beliau dianggap sebagai ‘fighter’ dalam arena politik negara dan antarabangsa, kehilangan ibu tercinta tatkala berada di dalam penjara adalah sesuatu yang amat menyentuhi perasaannya.
Demikian luahan hati Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab satu soalan dalam program ‘Borak Bersama Anwar’ yang disiarkan di portal video YouTube baru-baru ini.
Menurut Anwar, kerinduan terhadap Allahyarhamah ibunya itu semakin terasa setiap kali menjelang hari raya.
“Ia bukan sahaja sentimental sebenarnya, tetapi menyedihkan kehilangan ibu semasa saya dalam penjara.
“Masa kanak-kanak, amat teruja setiap kali menjelang raya mengenakan baju baru dan ibu bapa ada bersama,” ujar beliau, dipetik dari TV Selangor.
Anwar, seorang bekas Timbalan Perdana Menteri, dipenjarakan daripada 1999 ke 2004 di atas tuduhan salah guna kuasa dan liwat.

Sejadah UMNO di pasaran.......



Sumber : sini
Beria2 benar nak letak kredit tue beb. Teringat aku kat sesuatu.

kah kah kah

Benda kat atas neh memang sticker pun. Bukan dijahit sekali dengan sejadah tue oke. Tapi sticker yang ditampal atas tujuan PENGKREDITAN..

Selagi orang tak buang, selagi itulah sticker tersebut melekat kat sejadah tue sampai bebila. Aku takmo komen lebih2 sangat bab neh. Sebenarnya sticker tue sesiapa pun boleh jek buka lepas terima sejadah dari nong chik tue kan. 

Cuma aku pelik juga dengan stail umno sekarang neh. Dulu dorang pun rajin juga bagi sejadah kain pelikat apa seme. Tapi tak pernah letak sticker.. la neh, depa beria2 letak sticker pasai pa?

Nak suruh kenang budi + balas jasa?

So lagu rais yatim tue memang kena arh.. kena sesangattt aku rasa.. sebab kemungkinan besar itu lah pemikiran orang2 normal dalam umno sekarang..

kah kah kah

UMNO Kini Menguna Cara Politik Tahun 1990 Untuk Menang

Pada tahun 1990 UMNO telah menggunakan gambar Ku Li pakai tengkolok ada lambang salib dalam satu majlis anjuran PBS ( Parti Bersatu Sabah ) yang diketuai Pairin Kittingan.

Tahun tersebut PBS telah mengistiharkan keluar dari BN dan mau menyertai Angkatan Perpaduan Ummah ( APU ),  gabungan Semangat 46, PAS dan DAP yang diketuai Ku Li sendiri


Gambar Ku Li itu dipaparkan dimuka depan semua media milik dan kawalan  UMNO,  mencerminkan seolah-olah sekiranya APU memenangi PRU tahun 1990, maka agama kristian akan dijadikan agama rasmi Persekutuan mengganti Agama Islam,  memandangkan PBS adalah parti yang didominasi dan diketuai oleh penganut-penganut kristian seperti Pairin Kittingan, Bernard Dompok, James Ongkili dll.

Akhbar terbitan waktu itu diedarkan secara percuma.

Hasilnya, UMNO mampu meraih sokongan orang Melayu sedangkan undi bukan Melayu memihak kepada APU.

Kini taktik yang sama cuba diamalkan semula. Cuba dikitar semula.

Para pemimpin UMNO sedar yang bukan Melayu kini menyokong padu Pakatan Rakyat yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pilihan sudah tidak ada pada UMNO melainkan meniup api kebencian dengan menggunakan isu agama. Membuat fitnah kononnya jika PR diberi amanah mentadbir Putrajaya maka Kristian akan dijadikan agama rasmi Persekutuan.

Satu perkara yang langsung tak masuk akal..Tetapi dimainkan juga kerana UMNO kini sudak pendek akal untuk berdepan dengan rakyat secara politik matang.

Tahun 1990 mungkin boleh termakan sebhagian orang Melayu kita, tetapi kini zaman informasi dihujung jari.
Setiap propaganda amat pantas dipintas oleh pihak lawan.


JANGANLAH MENGHINA KEBIJAKSANAAN RAKYAT...

Today in History for August 20th

Khutbah Eidul Fitri Presiden PAS

Manifesto PRU: BN, PR perlu akur kemampuan pengundi muda

Angan-angan Dr Mahathir itu ibarat 'pungguk rindukan bulan'

Dr Mahathir Mohammad dalam kenyataan terakhir beliau meminta supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bercantum dengan UMNO untuk melaksanakan hukum hudud bersama-sama. Pandangan terakhir Mahathir yang sentiasa berubah mengikut keadaan itu, merupakan satu pandangan yang sangat susah bagi sesiapa yang berfikiran tenang dan baik untuk mempercayainya.
Mahathir begitu jelas sebagai penentang hukum  dan beliau pernah berkata pada suatu ketika dahulu yang hudud itu merupakan satu undang-undang yang zalim. Dr Mahathir memberikan alasan yang ada parti dalam Pakatan Rakyat tidak mahukan undang-undang hudud tetapi Dr Mahathir tidak pula mengaku bahawa rakan kongsinya MCA adalah parti yang sesungguhnya menentang hudud dengan keras dan lantang.

Kita hamba Allah, bukan hamba Umno/BN

Melayu jangan kena tipu lagi dan lagi dan lagi

Saya tidak mahu percaya takdir atau destini orang Melayu ialah mereka kena tipu sepanjang zaman. Inilah dia akibat bersetia dalam mati. Kassim Ahmad semasa dia sibuk bersosialis dahulu ada buat sajak. Bunyinya: Sekian lama kita mati dalam setia. Kali ini kita hidup dalam derhaka.
Tidak mengapa kalau dia sendiri tidak percaya lagi tentang apa yang dia tulis. Rakyat terutama orang Melayu, kalau mahu kenal erti hidup mesti derhaka.
Kita telah pun menyempurnakan ibadat puasa. Kenalah tahu beberapa iktibar daripada ibadat puasa tersebut. Menahan lapar, dahaga dan menjauhi dari menggauli isteri. Ertinya, melatih diri meninggalkan kebiasaan.

Perkara yang biasa dalam hidup manusia ialah makan, minum dan menggauli isteri. Tuhan suruh tinggalkan kebiasaan-kebiasaan ini. demikian juga, kebiasaan orang Melayu ialah mengundi dan menyokong UMNO. Jadi tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO, sokong Pakatan Rakyat.

UMNO vs DAP - Anda Boleh Nilaikan Sendiri

Karpal: DAP harap PRU13 ‘adalah bersih’




GEORGETOWN -  Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata, parti itu sentiasa menentang tindakan melompat parti.
Karpal Singh
Beliau berkata tindakan itu adalah satu perkara yang serius kerana melibatkan pengkhianatan anggota Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang dipilih rakyat.

"Anda tidak boleh mengambil tindakan sendiri yang bertentangan dengan kehendak rakyat dan DAP tidak akan bertolak ansur dengan tindakan melompat parti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Karpal juga berkata DAP berharap pilihan raya umum akan datang adalah bersih dan calonnya juga bersih serta tidak mengkhianati rakyat.

Beliau berkata mahkamah telah mengisytiharkan bahawa tindakan melompat parti tidak menyalahi undang-undang namun melanggar hak perlembagaan untuk kebebasan berpersatuan. -Bernama

Zakat: Satu harapan mahasiswa OKU

ISU Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam masyarakat negara ini dianggap sebagai isu yang minoriti dan dipandang sebelah mata sahaja oleh pihak tertentu kerana ketidakjelasan keperluan OKU yang akhirnya menjadikan tahap kesedaran masyarakat terhadap OKU dinegara ini masih rendah berbanding dengan negara-negara maju lain.
Baru-bari ini isu keengganan pusat zakat memberikan bantuan zakat kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan kebajikan OKU telah mendapat pelbagai reaksi dari semua pihak yang terlibat.
Bermula dengan pendedahan eksklusif dari NGO-NGO di dada akhbar Sinar Harian yang bertarikh 10 Ogos lalu melalui ruagan diskusi Isnin akhbar berkenaan sikap pusat zakat yang dilihat sebagai institusi Islam yang tidak proaktif untuk membantu NGO Islam membela nasib OKU di negara ini.
Selain itu, kepincangan yang berlaku terhadap pengurusan zakat negara ini sehinggakan wujud kritikan-kritikan kepada institusi agama. Kritikan yang diberikan dilihat berasas apabila institusi agama memberi layanan kurang mesra terhadap golongan OKU di negara ini.

FB kontroversi: Pemuda Umno buat laporan polis


Ibdillah Ishak
Ibdillah Ishak sedang membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee. - Foto ihsan Ibdillah Ishak
Pemuda Umno Pusat menggesa pihak polis menyiasat kewujudan satu akaun laman sosial Facebook kontroversi, yang membawa mesej undi kepada Pakatan Rakyat (PR) bermakna sokongan kepada usaha menjadikan Kristian sebagai agama persekutuan, "seolah-olah" dikendalikan oleh pergerakan itu.
Laporan dibuat oleh Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional (BN), Ibdillah Ishak di Balai Polis Tun H S Lee di sini, jam 4 petang tadi.
Langkah itu dimaklumkan menerusi laman Twitter oleh Ibdillah petang ini.
“(Sedang) membuat laporan polis bagi pihak (Ketua Pemuda Umno dan BN) YB Khairy Jamaluddin berkenaan laman FB yang berbaur hasutan,” katanya.
Sementara itu ketika dihubungi Sinar Harian Online, Ibdillah menolak keras akaun itu dikendalikan oleh Pemuda Umno.
"Akaun Facebook itu menggunakan nama Pemuda Umno Malaysia dan ia seolah-olah mewakili Pemuda Umno. Jadi YB Khairy mengarahkan saya untuk membuat laporan polis berhubung hal ini," katanya.
Ibdillah memberitahu, insiden seperti itu boleh memecahbelahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah serta memberikan imej yang salah.
"Kami jelas-jelas menolak kenyataan siapa-siapa berhubung isu agama tidak kira daripada pihak kita mahupun pembangkang," tegas beliau.

Fakta besar tentang Ka'bah yang cuba disembunyikan dunia



Ternyata Bukan GMT Bukan Di Greenwich, Tapi Di Kaabah (Bukti Fakta Ilmiah)

Kaabah, rumah Allah sejuta umat muslim merindukan berkunjung dan menjadi tetamu - tetamu Allah sang maha pencipta. Kiblatnya (arah) umat muslim dalam melaksanakan solat, dari mana-mana negara semua ibadah solat menghadap ke kiblat ini.

Istilah Ka'bah adalah bahasa al quran dari kata "ka'bu" yg bererti "mata kaki" atau tempat kaki berputar bergerak untuk melangkah. Ayat 5/6 dalam Al-quran menjelaskan istilah itu dg "Ka'bain" yg bererti 'dua mata kaki' dan ayat 5/95-96 mengandungi istilah 'ka'bah' yang ertinya nyata "mata bumi" atau "sumbu bumi" atau kutub pusingan utara bumi.

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Tekanan PR : Sarawak akan bincang semakan royalti minyak dengan kerajaan pusat


Taib: Sarawak akan bincang semakan royalti minyak dengan kerajaan pusat KUCHING - Kerajaan negeri akan berbincang dengan kerajaan pusat mengenai keperluan untuk menyemak semula kadar semasa lima peratus royalti petroleum yang dibayar kepada Sarawak berdasarkan hubungan rapat sedia ada antara kedua-dua pihak, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
  
Sambil bersetuju bahawa pemimpin negeri daripada pihak kerajaan dan pembangkang di negeri itu mencapai kesepakatan berhubung isu itu, beliau berkata kedua-dua pihak perlu duduk berbincang mengenainya.
  
Katanya ini lebih-lebih lagi susulan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
  

The end of balik kampung?

Rural-urban migration has its downside and the writer suggests that a better quality of live and jobs may eventually see the demise of the 'balik kampung' trend.

Every year, millions of Malaysians leave Klang Valley and travel back to their hometowns during Hari Raya or Chinese New Year. The massive exodus is reminiscent of biblical times.
Hundreds and thousands of cars, along with express buses and motorcycles plug the highways and trunk roads, turning them into massive parking lots. Trains and airports too will be pouring over with home-bound travellers.
During this time, much of the Klang Valley, especially Kuala Lumpur, will be empty. Shops and restaurants will be closed, and for the only time in the year, traffic will be amazingly smooth.
A few decades ago, the streets of Kuala Lumpur would have been so empty that you could actually lie down in the middle of the street without worrying about getting run over.
On top of that, neighbourhoods will be peaceful and children will actually be able to play football in the streets.

Syawal Yang Pilu : 'Saya tetap beraya di sisi imam Hoslan'

Dalam kemeriahan Hari Raya, tiada kegembiraan lain buat seorang isteri selain berada di samping suaminya yang tercinta.
NONETetapi itu tidak berlaku kepada Noorliza Mat Isa, isteri kepada Hoslan Hussin – imam kontroversi yang dipenjara setahun kerana menghina mahkamah dengan melempar kasut ke arah panel hakim.

Tidak seperti selalu, Noorliza, 43, kali ini akan beraya di Kuala Lumpur terlebih dahulu untuk melawat suami tercintanya pada raya ketiga esok – tarikh yang ditetapkan penjara Kajang.

Pada hari raya keempat Noorliza berkata, beliau bersama tujuh anak-anaknya yang berusia 6 hingga 16 tahun – akan pulang ke kampung dengan menaiki keretapi ke Sungkai, Perak.

"Ini kali pertama kami beraya tanpa imam (Hoslan). Selalu apa-apa kerja, persiapan memang imam yang buat. Tapi kali ni persiapan saya perlu buat sendiri.

Umno Youth denies provocative religious Facebook post, to file police report

KUALA LUMPUR, Aug 20 — Umno Youth chief Khairy Jamaluddin will lodge a police report today over a controversial posting on the political wing’s Facebook page that has sparked a public uproar over its provocative religious message in the run-up to national polls.
The Rembau MP took to Twitter to distance the wing from the controversy after it was reported by The Malaysian Insider yesterday, the start of the Muslim holiday Aidilfitri.
“Yes, not our FB page,” he said in a reply to a follower on his Twitter account ‏@Khairykj.
“Update: We have narrowed down the admin of the unsanctioned Pemuda UMNO FB page w/ offensive post. We will lodge a police report tomorrow,” Khairy (picture) added.
He did not disclose the identity of the administrator or any further information.
Lokman Noor Adam, an Umno Youth executive council member, also denied knowledge of the controversial posting or that the wing had a Facebook page.
“Pemuda Umno does not have a FB page. We only have an official website,” he told The Malaysian Insider when contacted today, referring to the popular social network by its initials.
“This is the first time I am hearing such a thing,” he said, adding that he was unaware of any picture being uploaded on the Facebook account bearing the Malay party’s name and logo.

Rohingya : Penghapusan Etnik Islam Di Burma

HINA ISLAM, JANGAN DITANYA KEPADA BANGSAT-BANGSAT INI

Oleh: WFAUZDIN NS
PENGERUSI MCA Selangor, Datuk Donald Lim secara terus terang menentang sebuah negara Islam dan memberikan amaran kepada rakyat Selangor jika mereka tidak mahu kepada Negara Islam termasuk Hukum Hudud, mereka mesti mengelak dari mengundi PR di dalam PRU akan datang.  Kenyataan beliau ini tidak menghairankan kerana Umno tidak pernah menunjukkan minat untuk menegakkan Islam, justeru itu memang sesuai MCA duduk sekelambu dengan Umno.
Kenyataan Pengerusi MCA itu jangan ditanya kepada seekor lebai malang di Kelantan yang baru-baru ini memberi hukum 'Kafir Harbi' kepada DAP, sudah tentu lebai malang ini akan berkata MCA berhak berkata apa jua terhadap Islam kerana MCA adalah sekutu Umno.  DAP lain, kerana DAP adalah sekutu PAS dan PKR dan PAS atau PKR tidak pernah menyumbang kepada pondok lebai malang ini duit sebanyak RM 2 Juta.  Itu bezanya.

Mencintai sesama mukmin sebagaimana mencintai diri sendiri



الحـديث الثالث عشر

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَس بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ [رواه البخاري ومسلم]

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam, dari Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seorang mu’min dengan mu’min yang lainnya bagaikan satu jiwa, jika dia mencintai saudaranya maka seakan-akan dia mencintai dirinya sendiri.

Menjauhkan perbuatan hasad (dengki) dan bahwa hal tersebut bertentangan dengan kesempurnaan iman.

Iman dapat bertambah dan berkurang, bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.

RINGKASAN SYARAH ARBA’IN AN-NAWAWI – SYAIKH SHALIH ALU SYAIKH HAFIZHOHULLOH
Hakikat Penafian Iman

Tahap Ukhuwah Islamiyah



Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,
Ukhuwah Islamiyah muncul sebagai penyangga kepada kekuatan aqidah dan merupakan nikmat yang Allah swt berikan di samping ianya juga adalah suatu kehendak Allah swt.

Kita hanya mampu berusaha untuk sentiasa mempersatukan hati-hati kita, namun Allah jualah yang dapat memadukannya.


“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.” (QS Al-Anfal : 63)

HAKIKAT UKHUWAH ISLAMIYAH

Ukhuwah Islamiyah ialah suatu ikatan yang mempunyai ciri-ciri berikut :
PERTAMA : Ia adalah nikmat Allah swt

Sambutan Aidilfitri Tok Guru Nik Aziz Di Pulau Melaka


















KOTA BHARU
: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terdapat anggota masyarakat terpesona dengan ‘permainan’ Barat menyebabkan terpengaruh dengan dakwaan ‘agama lain, politik lain’.

Bahkan Islam dianggap mampu mengawal manusia dalam aspek ibadat dan urusan keluarga saja sedangkan Kerajaan Islam lebih mustahak ditegakkan di muka dunia.“Dunia ini bukan Arab yang buat, bukan Melayu yang buat, tetapi diciptakan Allah swt.

“Namun oleh kerana kita lena dengan ‘permainan' Inggeris, Peranchis, Itali dan sebagainya, maka ada rakyat biasa atau golongan terpelajar, bahkan di kalangan tuk guru sendiri terasa bahawa dakwaan ‘agama suku, politik suku’ itu betul,” katanya.

Malahan menganggap agama hanya untuk menjaga manusia dalam aspek ibadat dan urusan kekeluargaan saja.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian semasa menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka dekat sini, semalam.“Sesungguhnya dalam perkara ‘urusan agama’ dan ‘politik’ mestilah selari.

'“Itulah perbezaan di antara hidup 'beragama’ dengan hidup 'berdemokrasi’ yang tidak disebut Eropah,” katanya.

Beliau berkata, kalau komunis ada kerajaan, demokrasi ada kerajaan, maka kenapa ‘Islam’ tidak boleh ada kerajaan, selaras dengan bumi dan manusia serta segala benda di dunia ini dijadikan Allah.
Justeru, kata Nik Aziz, Kerajaan Islam lebih mustahak didirikan di muka dunia ini.

Bahkan dalam perkara agama, sangat penting bagi manusia mengikuti jalan Nabi-Nabi termasuk dalam urusan rumah tangga, peperangan dan lain-lain.

Beliau menambah terdapat manusia yang sibuk dengan ‘kebangsaan’ dan ‘Melayu’.Justeru secara sinis beliau meminta golongan itu supaya mencari ‘Nabi Melayu’.

“Ini kerana Nabi Muhammad bukan orang Melayu tetapi orang Arab."(Oleh itu) carilah Nabi Melayu, jangan cari Nabi Arab.

Mengulas sambutan hari raya Aidilfitri 1433 Hijriah, beliau mencadangkan untuk tahun hadapan, kad ucapan Selamat Hari Raya ditambah ‘dunia akhirat’ pada rangkaian ucapan ‘Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin’.Ini penting bagi membolehkan semua kaum mengingati apa itu ‘akhirat’.

“Melayu baca teringatkan akhirat, Cina baca teringatkan akhirat. Orang putih baca, teringatkan akhirat.“Ini membolehkan kita berdakwah apabila mereka bertanya apa itu ‘akhirat’,” ujarnya.

Tuan Guru menambah, selepas manusia mati dihidupkan semula, mereka akan ditanya diberi Al-Quran sama ada membacanya atau tidak, diberi telinga sama ada mendengar nasihat Al-Quran atau tidak.

Demikian juga diberi kaki sama ada digunakan pergi ke masjid, diberikan tangan sama ada menggunakan untuk mengundi ke arah mendaulatkan Islam atau menjahanamkan manusia.