Ahad, 19 Ogos 2012

MB Selangor lancar bas khas kempen PRU13 Pakatan


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melancarkan sebuah bas khas yang bakal digunakan untuk membantu
pemimpin Pakatan Rakyat berkempen secara efektif pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Kos sewa bas berkenaan ditanggung sendiri oleh Abdul Khalid untuk tempoh enam bulan dan akan bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia khusus ke kawasan pedalaman bagi memperkenalkan pemimpin kepada rakyat.
"Inisiatif ini sebenarnya untuk menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sudah bersedia menghadapi pilihan raya yang dijangka diadakan pada bila-bila masa," katanya pada sidang media selepas melancarkan bas berkenaan pada majlis rumah terbuka kerajaan negeri Selangor di sini hari ini.

PR: Perjuangan rakyat insyallah bakal diterima rakyat

Dalam keghairahan Umno mahukan Hudud, dan semasa yg sama terus menerus memperlekehkan PAS. Ketua Pembangkang Dato Sri Anwar Ibrahim meneruskan ikrar beliau buat kali kedua bahawa jika PR gagal menawan Putrajaya maka beliau akan bersara terus daripada politik.

Pelbagai pihak cuba menafsir akan signal daripada Ketua Umum PKR ini. Bagi rakyat inilah masa perubahan yg paling sesuai yang rakyat perlu lakukan, dan kesediaan serta kesungguh DSAI menawarkan diri bagi menerajui perubahan itu wajar disambut dengan sesungguh-sungguhnya oleh rakyat.

Hamas Ucap Hari Raya Kpd Seluruh Umat Islam




PALESTIN: Gerakan Hamas mengucapkan selamat kepada Muslim Palestin, Arab dan seluruh Ummat Islam pada hari raya Idul Fithri 1433 H, (19/8/2012).

Dalam sebuah pernyataan pada hari Sabtu (18/8), dikutip PIC, Hamas menyampaikan ucapan selamat hari raya Idul Fithri yang tulus kepada seluruh kaum Muslimin khusus kepada Muslim Palestin. Hamas berharap seluruh cita-cita kaum Muslimin untuk hidup dalam keadilan, kebebasan serta kehidupan yang bermartabat akan tercapai dan keamanan serta stabiliti akan segera berlaku di seluruh Dunia Islam.

Hamas juga berdo'a untuk pembebasan Masjid Al-Aqsa dan pendirian Palestin sebagai negara yang independen di seluruh tanahnya dengan Al-Quds sebagai ibukotanya

HOW HYPOCRITICAL! MCA tells DAP to control PAS but SILENT on Umno & Dr M support for hudud

HOW HYPOCRITICAL! MCA tells DAP to control PAS but SILENT on Umno & Dr M support for hududDAP Parliamentary leader Lim Kit Siang need not repeat the familiar phrase that DAP is against having PAS hudud law in Malaysia as they are merely said for self-gratification.
If he really is sincere in settling DAP’s differences with PAS over hudud, the solution is simple; he and DAP Secretary General Lim Guan Eng must use their influence to urge other Pakatan leaders to issue a joint statement saying that PAS has abandoned its theocratic state and hudud law agenda, and the amendment of the PAS party constitution to fit this joint statement.
Although Kit Siang has issued statements saying that PAS hudud law is not part of Pakatan’s common policy, yet we still see the enforcement of certain Islamic policies such as the ban on the sale of lottery tickets and the separation of men and women in cinemas in Kelantan, as well as the demolition of the pig abbatoir and the implementation of the 50% Bumi housing quota policy in Kedah.

Pemuda Umno mengambil risiko besar mencetuskan sengketa antara agama di Facebook

KUALA LUMPUR, Ogos 19 — Satu gambar yang diletak di laman rasmi Facebook milik Pemuda Umno kelmarin kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk pihak pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh agama Kristian sebagai agama persekutuan.
Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan.
Poster yang kontroversial itu menyatakan: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son’ (Tuhan berkatimu, anakKu). ”
Gambar yang diposkan di Facebook pada petang kelmarin, telah mencetuskan perbincangan hangat di Facebook dengan sebahagian pengguna Internet menyokong kenyataan itu.
Manakala pengguna internet lain mengecam tindakan Pemuda Umno itu yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan sentiment agama di antara penganut agama Kristian dan Islam sehari sebelum Aidilfitri, antara perayaan terbesar di masyarakat majmuk di Malaysia.
“Bodo punya pemuda umno, dah terang2 dlm perlembagaan Islam agama rasmi....DAP pun sokong perlembagaan, sj je nak nak tunjuk bodo! Tp DAP sependapat dgn umno ttg hudud, tu je...(Bodoh punya Pemuda Umno, dah terang-terang dalam Perlembagaan (bahawa) Islam agama rasmi...DAP pun sokong perlembagaan, saja nak tunjuk bodoh! Tapi DAP sependapat dengan Umno tentang hudud, itu saja)” kata seorang pengguna internet yang hanya dikenali sebagai Mohd Ghazali di laman Facebook Umno Pemuda itu.

Saya kembali ke Selangor untuk mandi, di Kuala Pilah tidak ada air....!!! Apo cito MB kito..???

Pagi tadi saya menziarahi ibu saudara saya dikampung kelahiran saya. Sejak ibu saya pergi, saya jarang-jarang sekali balik ke kampung kelahiran saya di Sg Jelutong, Kuala Pilah. Tetapi arwah ibu saya berpesan supaya saya tidak mengambil ringan terhadap ibu saudara saya itu jika ibu saya sudah tiada di dunia ini.
Saya juga menziarahi bapa saudara saya di sebelah bapa di Kampung Tapak. Hanya seorang sahaja bapa saudara di sebelah bapa saya masih hidup maka saya sangat bergembira berjumpa beliau di hari dan bulan yang baik ini.
Tetapi seperti biasa sejak dari dahulu hingga sekarang dikampong saya itu selalu keputusan bekalan air. Kali ini saya sangat berharap-harap untuk dapat merasakan bekalan air dengan secukupnya apabila melawat ibu saudara dan bapa saudara saya itu.
Tetapi nyata harapan saya itu tidak kesampaian. Seperti hari raya yang sebelum ini sejak begitu lama air sentiasa menjadi masalah di Kawasan DUN Juasseh ini. Saya terus sahaja terfikir kenapa cerita tentang kekurangan air di Selangor, Kuala Lumpur dan putrajaya yang belum pun berlaku, kenapa isu air di Kuala Pilah ini yang sudah menjadi perkara yang lumrah sejak begitu lama tidak diperbesarkan?

BN, “Bankrup Negara”

Menyedari tahap ekonomi negara Malaysia yang semakin merundum dengan realiti hutang negara yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menganjurkan satu kempen “Selamatkan Malaysia!” dengan slogan “BN-Bankrup Negara”.

Kempen yang dilancarkan semalam ini mendapat sokongan daripada Pemuda PAS Wilayah dan Selangor dengan mengerahkan tenaga kerja untuk mengedarkan risalah di stesen-stesen bas utama seperti Hentian Putra, Hentian Jalan Duta dan Terminal Bandar Tasik Selatan.

Kempen ini telah dilancarkan di Hentian Jalan Duta pada jam 8.30 malam oleh Dr Raja Ahmad al-Hiss dari Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan ditemani oleh Saudara Kamaruzaman selaku Ketua Pemuda PAS Wilayah.

Syawal Menjadi Medan Kebangkitan Baru

Bulan Ramadhan yang ditinggalkan ini pasti meninggalkan seribu kemanisan beribadah kepada diri kita. Semangat yang diperkuatkan dan diperkukuhkan sepanjang menghadapi dugaan Ramadhan ini pasti menjadikan kita lebih kuat untuk menghadapi cabaran dalam aspek kehidupan yang lain.

Sambutan Syawal kali ini pastilah sangat bermakna kepada mereka yang menghayati semangatnya. Syawal diraikan sebagai simbol kemenangan iman melawan nafsu serta menundukkan upaya keinginan untuk mengingkari segala apa yang diperintahkan. Syawal ini seharusnya telah menganjakkan diri manusia ke satu dimensi baru yang lebih baik, menonjolkan sisi perjuangan yang lebih memberi inspirasi.

Kita akan menghadapi satu pertembungan hebat yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja selepas ini. Pertembungan ini disebut-sebut sebagai satu pertembungan nilai, pemikiran , semangat serta keteguhan percaya antara yang benar dan yang batil. Inilah yang akan menjadi kayu ukur ke mana arah bangsa Malaysia akan berada untuk tahun-tahun yang berikutnya.

Bukan pelik,.. buat kerja tanpa niat !!

 
Ustaz Nasharuddin Mat Isa bekas timbalan Presiden PAS menafikan beliau masuk Umno, malah dengan tegas memaklumkan bahawa beliau tidak pernah ada niat untuk masuk Umno. Kita pun faham,  kadang-kadang apa yang disebut tak sama dengan apa yang berlaku.
“Saya tak ada niat nak masuk Umno”  demikian tegas Ahli Parlimen Bachok yang popularitinya suam-suam kuku ini apabila ditanya oleh wartawan. Bukan pelik pun kalau ustaz Nasha  masuk Umno tanpa niat . Dalam dunia ini ada banyak  contoh kes berlaku tanpa niat!  Ada orang  membunuh tanpa niat !!  Ada orang terketagih dadah tanpa niat !  malah ada orang yang melakukan zina tanpa niat !!! Di Sarawak pula berapa ramai orang masih berjinak-jinak dengan sungai tanpa ada niat untuk mati dibaham buaya !!! sedangkan dah ramai yang menjadi mangsa !
Ustaz Nasha tak perlu memberi berbagai alasan, jika pun beliau nak mengorat Najib atau Najib mengorat beliau !  Kerana untuk menyokong Najib atau Umno sememangnya beliau tak perlu menjadi ahli Umno!!
Oleh : rahimothman

Himpunan Bersih boleh jika Nazri menterinya

Menteri Nazri Aziz dari Jabatan Perdana Menteri memberi pendapat dari sudut perlembagaan bahawa Himpunan Janji Bersih 2.0 anjuran panitia Bersih pada 30 Ogos ini boleh diadakan kerana kegiatan itu telah diperuntukan oleh perlembagaan.
Tentulah dia tidak memberikan cek kosong kepada penganjur untuk melaksanakannya melainkan ada syaratnya.
Apa yang menarik dari pandangan menteri itu ialah dia mengaku bahawa kegiatan itu asalnya halal, ia bukan perkara yang haram. Maka sebagai seorang menteri bagaimana ia boleh mengendalikan pemerintahan supaya setiap halal itu boleh dilaksanakan sebaik-baiknya.
Datuk Abdul Samad Said, pengurusi bersama Bersih mengumumkan pihaknya akan menganjurkan Himpunan Janji Bersih 2.0 secara aman di Dataran Merdeka pada 30 Ogos sebagai satu acara sambutan kemerdekaan Negara dari pihak rakyat.
Besoknya giliran sambutan oleh kerajaan pula.

Opposition going on bus ride for campaigning

The vehicle will be used to introduce candidates in most towns in the Peninsula, says Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim.
SHAH ALAM: The opposition intends to take a “bus ride” to the coming general election.
Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim has launched a “campaign bus”, described as the first of its kind in the country, for use as a platform by opposition pact members and leaders to give political speeches during the general election campaign.
The vehicle, rented by Khalid for the next six months, will penetrate most of the towns in Peninsular Malaysia, especially remote areas, to assist the leaders in their political cause.
“The bus is purchased according to the rent-to-buy [sewa beli] concept and will be used for the Hari Raya celebration for almost a week before extending it for political campaigns, namely to introduce candidates and so on.

Berpisah dgn BN, muncul PR & kemungkinan baru: Pemikiran M’sia bakal BERUBAH

Berpisah dgn BN, muncul PR & kemungkinan baru: Pemikiran M’sia bakal BERUBAHDalam bidang politik, setiap ahli politik yang bijak tahu bahawa dia tidak akan mempunyai kawan sejati mahupun musuh yang kekal, dalam arena politik yang pasti adalah perubahan dan ini boleh disaksikan hampir saban hari dalam politik di Malaysia.
Apa pun boleh terjadi dalam satu hari atau setelah satu tempoh masa dalam politik. Kita menyaksikan bagaimana selepas 55 tahun sejak pembentukan negara pelbagai perubahan yang telah berlaku terutamanya sejak sedekad yang lalu setelah berakhirnya rejim Mahathir.
Tekanan berat ke atas chauvanis Melayu

Sejak bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad meletak jawatan, terdapat kemungkinan menarik akan berlakunya permutasi bagi parti-parti politik untuk menguji dan bekerja dengan satu sama lain.
Dengan senario baru yang muncul kini, nampaknya ada kemungkin barangkali dalam parti campuran yang mentadbir Barisan Nasional, UMNO telah menjadi semakin terpencil.
Berkemungkinan besar, BN akan dipatahkan dalam masa terdekat ini agak jelas. BN bersedia untuk menyaksikan keluarnya parti bukan UMNO yang terhutang kerana sikap UMNO yang cenderung pada cauvinisme Melayu yang mula menjadikan rakan kongsi dalam gabungan nasional itu sengsara.
Apakah kemungkinan akan muncul dari senario ini, kumpulan pihak bukan UMNO dari BN, dan kemungkinan kumpulan ini beralih untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai satu langkah strategik yang mungkin akan berlaku.
Kumpulan baru akan muncul

Ketuanan Melayu dan kenapa Sabah, S'wak & P Pinang mahukan 'KEMERDEKAAN'

Ketuanan Melayu dan kenapa Sabah, S'wak & P Pinang mahukan 'KEMERDEKAAN'Semasa Perang Dingin berakhir, ia menyaksikan keretakan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR) dan bagaimana negeri-negeri di Rusia mula mendapat autonomi dan kebebasan yang mungkin boleh dicontohi di Malaysia dalam masa yang terdekat.
Perubahan merupakan sesuatu yang pasti dalam kehidupan dan di Malaysia yang sudah berusia 55 tahun, perubahan dan transformasi dijangka berlaku sejajar dengan trend global.
Manakala penghijarahan ahli-ahli Barisan Nasional (BN) kepada parti pembangkang nampaknya berlaku seperti yang diramal dan dijangka di Sabah, dan sudah semestinya, perubahan yang sama bakal berlaku di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, ini adalah satu contoh kepada apa yang mungkin akan berlaku.
Ini adalah spekulasi yang berat, berdasarkan petunjuk semasa dan masa depan politik, bahawa ketiga-tiga negeri di Malaysia iaitu Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang akan memilih untuk mengikut haluan mereka sendiri seperti Singapura yang keluar dari Malaysia pada tahun 1965.
Perpisahan sentiasa bermain dalam fikiran

CRIME WATCH: Who has FAILED - Hisham or Malaysians?

CRIME WATCH: Who has FAILED - Hisham or Malaysians?Home Minister Hishammuddin Hussein in his pre-Raya mood celebration message lambasted Malaysians for not cooperating to fight crime.
Malaysians, what is your take on that? Why are you not cooperating? So if you get robbed or get stoned to near death under some dingy car park, or get raped – don’t blame the police lah.
Blame yourself. Understand? The unfortunate happened to you because Malaysians are not cooperating to fight crime, understand!
Umno logic
Holy cow! Any public relations novice studying Mass Communication will tell you that the Home Minister has just made the worst public relations act.

Cap Umno’s ‘sordid’ attempts at stoking religious fire, Pakatan tells Najib

A screen capture of the controversial post on Umno Youth’s Facebook wall before it was taken down at 6.30pm yesterday.
KUALA LUMPUR, Aug 19 — Datuk Seri Najib Razak must act now and snuff out once and for all attempts by his ruling Barisan Nasional’s (BN) main party to inflame religious sensitivities in the run-up to national polls, his political foes from Pakatan Rakyat (PR) reminded the prime minister today as they denounced a controversial Facebook posting in Umno Youth’s official page yesterday. The controversial poster, which was taken down several hours after it appeared on the political youth wing’s social network site early yesterday afternoon, had read: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. (If you agree to make CHRISTIANITY the official religion of the federation of Malaysia, continue supporting Pakatan Rakyat.) ‘God bless you my son’.”

Malaysia Kita : Mesin ATM dilarikan awal pagi Syawal


KUALA LUMPUR - Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dilarikan sekumpulan perompak dalam kejadian di sebuah kiosk bank di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, kira-kira 2.30 pagi ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kejadian dipercayai dilakukan dalam tempoh sejam itu hanya disedari oleh orang awam selepas mendapati berlakunya kebakaran dari kiosk berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak bomba.
Beliau berkata, bomba yang tiba di tempat kejadian pada 4 pagi berjaya memadam kebakaran, yang dipercayai disengajakan hasil penggunaan alat memotong mesin menggunakan 'portable oxcytelene'.

8 Enggan Pulang : Kedutaan Malaysia di Syria ditutup sementara

PUTRAJAYA - Kementerian Luar mengarahkan Kedutaan Malaysia di Syria ditutup buat sementara waktu berikutan konflik dalam negeri di negara itu yang semakin meruncing, kata Menterinya Datuk Seri Anifah Aman.
Namun, katanya, buat masa ini kedutaan Malaysia di Damsyik tidak dapat ditutup sepenuhnya kerana masih terdapat lapan pelajar negara ini di Syria yang enggan pulang.
Terdapat seramai 130 pelajar Malaysia berdaftar dengan pihak kedutaan dan 107 daripadanya dibawa pulang kerajaan melalui proses evakuasi, tujuh orang pulang dengan sendiri dan lapan lagi sedang bercuti.

50 Years and Counting - Happy Eidul Fitr

Anwar Ibrahim: Why Must The Govt. Impose Heavy Duty To The Car Users?

Anwar Ibrahim: The UMNO BN Govt Seems To Be Completely Oblivious To The Stark Reality

Anwar Ibrahim: Media Sosial Dan Kebangkitan Rakyat

UNESCO warns Brasilia under threat

UN Observers Ending Syria Mission

Syria: Can Lakhdar Brahimi end the Syrian conflict?

UN observers wind up their mission in Syria

Fighting rages for control of Aleppo airport

Khalid sewa bas khas untuk kempen Pakatan tanpa mengunakan Aset Kerajaan Negeri

UAI- KHAS BUAT MAHATHIR DAN NAJIB SERTA KUMPULAN ANTI HUDUD

Jawapan Tun Dr Mahathir Tentang hukum HUDUD


Sebelum ini Mahathir terlalu benci kepada hukum Allah ini dan juga hina Hadis Soheh Bukhari (Baca SINI). Kini Rakaman Video di Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme (K2P) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 26 Februari 2012 membuktikan beliau sanggup hina hukum Allah dengan mengatakan hukum hudud tidak adil atas dasar negara kita berbilang kaum. Adakah dizaman Rasulullah dahulu semasa hudud dilaksanakan semua masyarakat dibawah pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W itu Islam?
Antara isi ucapan beliau ialah ?
Hukum hudud ini ciptaan ahli Fekah
Hukum hudud ini tidak dapat dalam Al Quran
Hukum hudud ini tidak adil kerana orang islam dikenakan hudud, bukan islam tidak kena hudud.

Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dimalaysia kerana kita berbilang kaum

MCA persists with religion onslaught, says DAP must stop PAS

KUALA LUMPUR, Aug 19 — MCA continued to play the religious card today, by insisting that the “subservient” DAP should press PAS to give up its stand on hudud law.
MCA deputy publicity chief Loh Seng Kok’s statement comes just a day after his party president said that religion should not be politicised to prevent further division in the country.
The Islamic penal code hudud has entered the spotlight again, with leaders from both the ruling Barisan Nasional (BN) coalition and federal opposition Pakatan Rakyat (PR) trading barbs over the issue ahead of the 13th general elections.
Loh (picture) today said “it is painfully obvious” that DAP is “in reality...subservient to PAS” even as “DAP voices its opposition towards hudud and claiming that having PAS hudud law is not part of Pakatan’s common policy.”

Menunggu Komen Pelampau Agama Yang Haram Jadah

'1malaysia' cuma retorik politik..... Siapa yg cuba melaga lagakan antara agama?
kita tunggu komen komen dari "bijak pandai"pahlawan pahlawan cyber BN....


MIC Mesti Keluar BN!


Presiden MIC, G. Palanivel hari ini melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang mengambil 21 graduan dengan kepujian kelas pertama untuk bekerja tanpa menyebut mana-mana pelajar kaum India yang cemerlang.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, katanya, terdapat graduan India mendapat kepujian kelas pertama dan kepujian kelas kedua atas daripada universiti awam, namun mereka ditolak untuk diambil bekerja atas sebab-sebab tertentu.

Semalam, Pengerusi SPA Mahmood Adam mengumumkan suruhanjaya itu akan pergi terus ke universiti tempatan dan luar negara mencari modal insan cemerlang di bawah sistem pengambilan baru berasaskan meritokrasi dan cepat.

Puak Kafir Harbi Malaysia Isytihat Peperangan Tanpa Ketakutan.. !!

Ketika umat Islam malaysia tinggal beberapa jam sahaja lagi nak meraikan kemenangan diatas selesai menjalani ibadah berpuasa, tiba-tiba satu kumpulan dengan kafir harbi laknatullah dengan bongkak keluar kenyataan mereka akan halang Malaysia jadi sebuah negara Islam,,, 


Setelah UMNO membelai dan menatang dengan penuh kasih sayang sesama mereka, harta kekayaan dan ekonomi negara mereka dah bolot,, mereka dah berani tunjuk kurang ajar..klik :DI SINI . 
Jangan sesekali nak mencuba mencurah minyak petrol kepada kami umat Islam.. 
Ketua kafir Harbi Abu Lahab versi Malaysia memberi ucapan... 

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 2012 - LGE

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 2012 Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Pada 18 Ogos 2012 Di Komtar, George Town.

Dividen Anti-Rasuah Yang Membolehkan Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang(HAPPY!) Sebanyak RM 50 Juta Untuk Memperbaiki, Menaiktaraf dan Memulihkan Rumah Pangsa Kos Rendah Dan Sederhana Rendah Memastikan Suatu Perubahan Besar Dalam Kualiti Hidup Rakyat.
Dividen anti-rasuah yang membolehkan Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang atau Housing Assisted Programme of Penang, YES! (HAPPY!) sebanyak RM 50 juta untuk memperbaiki, menaiktaraf dan memulihkan rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah pasti akan memastikan suatu perubahan besar dalam kualiti hidup rakyat. Ini adalah kali pertama mana-mana kerajaan negeri di Malaysia menjalankan suatu program sistematik untuk rumah pangsa kos rendah(di bawah RM42,00) dan sederhana rendah(di bawah RM72,500).

MANA KENYATAAN NASHARUDDIN, HASAN ALI, JATI,PERKASA, ISMA!!!!MCA Selangor akan halang jadi negara Islam ......???

Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.

"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini

JIKA TIDAK BERSAMA UMNO JANGAN HARAP HUKUM ISLAM TERTEGAK..!!

Oleh: WFAUZDIN 
MAHATHIR Kutty merepek menjelang Raya.  Mantan PM yang terkenal sebagai tokoh menentang hukum Hudud ini menyebut bahawa Hudud hanya boleh dilaksanakan jika PAS bersama Umno.  Sama seperti jika kita dengar Ketua Perompak menasihatkan Pengurus Bank agar mengupah budak-budak dia untuk mengawal bank jika mahu bank 'selamat'.
Mahathir tahu hayat Umno semakin kritikal sekarang dan Umno tiada pilihan lain untuk meneruskan hayatnya melainkan mesti mendapat sokongan PAS.  Umno sudah tidak boleh berharap dengan MCA, MIC, Gerakan dan jauh sekali dari parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak.  Usaha untuk melaga-lagakan PAS dengan DAP dalam isu Hudud banyak makan tuan kerana MCA baru-baru ini sebut jika tidak mahu Hudud, sokonglah MCA.

Pagi Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka

Para jemaah sedang mendengar khutbah hari raya yang disampaikan oleh YAB Tuan Guru 
di Masjid Pulau Melaka.

Setinggi harapan pada Sekretariat Prihatin OKU


SYAHDU penghujung Ramadan seharusnya menjadikan kita individu yang mengakui Allah sebagai Tuhan yang Maha Esa. Kita sebagai hamba yang serba daif. Manusia sebagai khalifah di bumi hanyalah bertujuan memakmurkan bumi dengan syariat yang jelas dalam al-Quran dan Sunnah.

Di segenap aspek kehidupan, Islam telah sempurna. Khazanah tinggalan  Rasulullah SAW telah cukup untuk dibongkar bagi kemakmuran seluruh manusia dalam alam jagat maya ini.

Dipanjat rasa syukur kerana dianugerahi nikmat Islam. Tidak lain tidak bukan bagi seorang muslim, medan perjuangannya hanya satu. Meletakkan Islam pada tempatnya adalah cita-cita tunggal demi menagih redha Ilahi.

Membina masyarakat pada setiap sektor dengan Islam adalah tanggungjawab semua individu muslim. Setiap kita ada peranan berdasarkan keupayaan dan ilmu yang ada.

8 cedera masjid utara Rusia diserang


masjidMOSCOW - Dua lelaki bertopeng melepaskan tembakan di sebuah masjid di Dagestan, wilayah utara Rusia yang bermasalah, menyebabkan lapan orang cedera.
"Bilangan mereka yang cedera akibat tembakan di masjid di bandar Khasavyurt telah meningkat kepada lapan," kata Kementerian Dalam Negeri.
Tembakan ke atas masjid itu, yang jemaahnya terdiri daripada puak Syiah berlaku lewat semalam ketika umat Islam bersiap sedia untuk menyambut kedatang Aidilfitri.
Kebanyakan mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada dan perut.
Laporan juga menyebut satu letupan kedengaran di masjid yang sama beberapa jam kemudian, menyebabkan ramai lagi cedera.
Kira-kira 70 orang berada di berada dalam masjid ketika penyerang melepaskan tembakan.

Aidilfitri 2012: “Bina masa depan gemilang”


Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kelas, umur maupun jantina perlu membina semula negara ini dengan berpegang kukuh kepada prinsip demokrasi, keadilan, solidariti, integriti dan urus tadbir yang baik. Demikian kenyataan Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2012.
“Sebagai rakyat Malaysia, kita punya masa depan bersama. Marilah sama-sama kita tempa masa depan Malaysia yang progresif dan makmur sejahtera atau, kita semua akan menderita disebabkan kelemahan sendiri yang cuma menghalang negara dari mendapat nikmat sumber hasil bumi dan tenaga usaha kita.
“Hanya beberapa ketika lagi kita juga akan menyambut hari Merdeka yang ke 55 dan Hari Malaysia yang ke 49. Ia merupakan sebuah acara untuk seluruh rakyat Malaysia.
“Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, marilah kita menyahut seruan untuk berjuang dan mencapai kegemilangan sebagai sebuah bangsa dan negara.
“Dalam kesempatan pada hari yang penuh berbahagia dan mulia ini, samada kita yang bukan beragama Islam bersama-sama teman yang beragama Islam menyambut tarikh penting ini sebagai perayaan kebangsaan. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia.”

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Tuan Guru Presiden PAS

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negara ini. Ia merupakan hari kemenangan kepada umat Islam setelah berpuasa selama sebulan.

Ambillah kesempatan perayaan ini untuk meningkatkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan, juga mengekalkan hubungan dengan Allah yang dibina sepanjang Ramadan.


Selamat hari raya. Maaf zahir batin.

DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Tak sabaq nak dengaq apa kata CACAI Umno... kahkahkah...

Sah dan sahih ini yang terjadi...
Perkasa tetiba jadi TULI...
JATI teruih tidoq mati...
Nasha masih tak nampak apa...
Zul Kulim, dua minggu lepaih dah start raya...
Dolah Samah sebok kira pitih...satu utk engkau satu utk aku.....
MCA S'gor: Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam

Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.
"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim. 
"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini

On Facebook, Umno Youth risks igniting religious firestorm

KUALA LUMPUR, Aug 19 — A picture posted on Umno Youth’s official Facebook page yesterday suggesting a vote for the Pakatan Rakyat (PR) opposition pact will catapult Christianity into Islam’s unquestioned position as Malaysia’s religion shows faith is still being used as a bogey to scare off the crucial Malay-Muslim vote in the run-up to national polls.
The controversial poster had read: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. (If you agree to make CHRISTIANITY the official religion of the federation of Malaysia, continue supporting Pakatan Rakyat.) ‘God bless you my son’.”

Ex-ISA detainee vows to fight for release of 30 others

Muslims celebrate Eid al-Fitr

Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz | Kuliah Jumaat 17 Ogos 2012

UN peace mission to Syria set to expire

Show us your hudud, PAS Youth chief dares Umno

Failure by Umno to unveil its interpretation of hudud will lay bare its pretence of wanting to implement the Islamic penal law, said Nasrudin. — File pic
KUALA LUMPUR, Aug 18 ― PAS Youth chief Nasrudin Hassan challenged today political foe Umno to draw up its version of hudud, the Islamic penal code, and present it to Parliament to be made law, as both parties battle for the crucial Malay-Muslim vote ahead of key elections. Nasrudin was responding to former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad who reportedly said that Umno could help PAS set up an Islamic state and enforce hudud if the Islamist party quits the Pakatan Rakyat (PR) opposition pact and rejoined the ruling Barisan Nasional (BN) coalition.
“I challenge Umno to complete its draft and then present it in Parliament. If it fulfils the requirements of Islam as commanded by Allah, I am confident PAS MPs will support it.

Pemuda Umno lagakan Islam - Kristian

On Facebook, Umno Youth risks igniting religious firestorm
KUALA LUMPUR, Aug 19 — A picture posted on Umno Youth’s official Facebook page yesterday suggesting a vote for the Pakatan Rakyat (PR) opposition pact will catapult Christianity into Islam’s unquestioned position as Malaysia’s religion shows faith is still being used as a bogey to scare off the crucial Malay-Muslim vote in the run-up to national polls.
The controversial poster had read: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. (If you agree to make CHRISTIANITY the official religion of the federation of Malaysia, continue supporting Pakatan Rakyat.) ‘God bless you my son’.
”The picture, posted yesterday afternoon, provoked an uproar on the popular social network with some cyber citizens supporting the statement and others condemning the Umno youth wing for attempting to fan emotions and religious sentiments between Christians and Muslims on the eve of Aidilfitri, one of the biggest holidays in multicultural Malaysia’s calendar.


Bodo punya pemuda umno, dah terang2 dlm perlembagaan Islam agama rasmi....DAP pun sokong perlembagaan, sj je nak nak tunjuk bodo! Tp DAP sependapat dgn umno ttg hudud, tu je... (Stupid Umno Youth, it’s clear in the Constitution Islam is the official religion…DAP also supports the Constitution, they are only showing their stupidity! But DAP shares Umno’s view about hudud, that’s all…)” said a social networker identified only as Mohd Ghazali in the Umno Youth Facebook page.

Dewan Pemuda: Umno kena sertai Pas, bukan sebalik



Nasrudin Hassan SHAH ALAM - Sambil menegaskan Umno yang patut menyertai Pas, Pemuda Pas mencabar Umno membentangkan rang undang-undang hukum hudud di Parlimen terlebih dahulu daripada mempelawa parti Islam itu menyertainya  ataupun Barisan Nasional (BN).
Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, beliau yakin wakil rakyat Pas akan menyokong langkah itu jika Umno sanggup berbuat demikian.
"Saya cabar Umno siapkan dulu draf kemudian bentang dalam parlimen. Jika ia menepati kehendak Islam sebagaimana yang diperintah oleh ALLAH SWT, saya yakin ahli Parlimen Pas akan menyokongnya.

Malaysia Kita : Hidup sesak dibelenggu hutang


Kegilaan rakyat Malaysia membeli-belah menjelang musim perayaan menyebabkan hutang mereka turut meningkat. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Kegilaan masyarakat negara ini menjalani gaya hidup moden dengan berhutang keliling pinggang begitu menggerunkan apabila maklumat terkini menunjukkan lebih enam juta isi rumah di Malaysia mempunyai jumlah hutang terkumpul sebanyak RM653 bilion.
Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang.

SELAMAT HARI RAYA DARI WARGAKERJA RAKYAT MARHAEN

PIHAK KAMI MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN
SELAMAT HARI RAYA INGAT PILIHANRAYA

SELAMAT HARI RAYA: GE-13 with 'rendang' & 'lemang' this year!

SELAMAT HARI RAYA: GE-13 with 'rendang' & 'lemang' this year!The 13th general election, when it will be held and who to vote for will surely be among the hot topics of conversation at the thousands of Hari Raya gatherings held across the nation this year.
Just days ago Umno secretary-general Tengku Adnan ruled out October polls so as not to peeve Muslims, who do not want a clash with the Haj or pilgrimage season.
Mind you, it is still possible for Prime Minister Najib Razak to surprise his arch rival Opposition Leader Anwar Ibrahim by calling for polls in September although the chances of this happening are getting slimmer by the day.
Pakatan Rakyat leaders now believe that Najib will hold GE-13 in November once the Haj ends around October 26. By then the effects of the Budget 2013 that Najib is due to detail on September 28 would have begun to filter down to the people, they explain.
Just like the controversial Budget 2012, next year's spending plan is expected to be a populist one with Najib likely to distribute a second round of BR1M -  a cash aid for the elderly and the lower-income groups - in a bid to win the hearts and minds of voters.

UCAPAN RAYA - DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Madinah Eid-ul-Fitr Takbir

:Takbeer Eid Ul Fitr in Masjid Al Haram Sharif, Al Makkah

Kenyataan Akhbar Presiden PAS mengenai Isu Hudud



Sesiapa sahaja yang ingin mengetahui Islam secara ikhlas, maka wajiblah mereka membaca dan mengkaji daripada sumber asasi Islam iaitu kitab suci Al Quran dan cara pelaksanaanya melalui hadith-hadith yang soheh. Begitu juga penjelasan daripada para ulama muktabar, sama ada menerusi kitab-kitab tafsir, hadith dan ilmu feqah serta sejarah pelaksanaan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang adil, bukannya kerajaan Islam yang zalim.

Tentulah akan berlaku kesilapan dan boleh menyesatkan jika sekadar membaca dari sumber yang tidak benar dan mengelirukan seperti penulisan para orientalis yang tidak beriman atau media yang tidak juga beriman dan budiman. Apatah lagi cuba mendalami Islam menerusi media yang mencampur adukkan hak dan batil, mencampur adukkan terjemahan Al Quran, tulisan-tulisan serta gambar lucah dan keputusan judi nombor ekor untuk mendapat keuntungan wang tanpa mengira halal dan haram.  Begitu juga dari kalangan para ulama contoh daripada ahli kitab yang disumpah menjadi kera, binatang yang bergayut di pokok yang banyak buah yang boleh dimakan. Kalau diberi bunga yang cantik dan harum nescaya diciumnya. Kemudian dikoyak rabak merosakkannya. Begitulah ajaran Islam yang murni juga dikoyak rabaknya, kerana kedudukan dan periuk nasi kononnya.

MELAWAN SIHIR UMNO...


Dulu nak tau raya ternanti nanti pengumuman Penyimpan mohor besar raja raja melayu. Tapi penantian itu ada pilihan...samada esok atau lusa.... Tak pernah berlaku penyimpan mohor besar raja raja melayu menyimpan tarikh hari raya lebih dari dua hari.. tapi hari ini hari raya boleh dikatakan pasti apabila tertulis dalam "kalendar kuda".. mungkin kerana kecanggihan ilmu astronomi dan hisab menjadikan penentuan tarikh raya boleh dibuat bertahun lamanya.. maka kita tak susah untuk mengatur bile nak buat ketupat atau rendang dan lemang.

Yang menjadi masalahnya hari ini ialah menentukan pilihan"raya"... Ia menjadi satu rahsia besar dan mimpi istimewa perdana Menteri... bukan hanya rakyat dan pembangkang tak tahu tetapi timbalan perdana menteri pun tak tahu...Silap silap .... perdana menteri pun tak tahu... Hanya dalam ilmu Allah dan mimpi isteri perdana menteri barangkali...

Umno Mencari Pelampong Agama

Umno akan membuat apa sahaja ketika menghadapi kebangkitan rakyat yang akan  mehttp://img.store.co.id/images/0/PRINCESS_SNOW_Pelampung_Bayi_Pink_prod21644.jpgnolak BN dalam PRU akan datang. Umno cuba  mencari pelampong Agama  dan berlagak juara  pembela agama nombor wahid. Pada hal sejarah telah mencatat bahawa pemimpin Umno merupakan penghalang pelaksanaan syariat Allah di negara ini.

 Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri. Tiba-tiba Tun Mahathir ajak Pas meninggalkan Pakatan Rakyat dan bersatu  dengan Umno untuk laksanakan hudud, kerana di dalam Pakatan Rakyat ada penentang hudud. Tun lupa, Mca sahabat Umno merupakan  penentang dan penghina tegar hukum Islam di negara ini.

Raya dan politik

Oleh Ronasina
Hari Raya Aidilfitri adalah hari perayaan umat Islam seluruh dunia bermula 1 Syawal menurut kalender Islam selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. 
Aidilfitri adalah perayaan terbesar di Malaysia dan kita dapat lihat sendiri betapa sambutannya begitu meriah apatah lagi ia turut diraikan oleh pelbagai lapisan kaum dan agama di Malaysia sejak dahulu lagi.

 Kunjung mengunjung, bermaaf-maafan antara satu sama lain dan bersedekah seperti menjadi ritual pada hari mulia ini. Kotaraya yang lengang kerana penghuninya pulang ke kampung akan kembali sibuk semula seminggu kemudiannya sebab pesta rumah terbuka pula akan bermula di kota ini sehinggalah kadang-kadang terlajak melepasi bulan Syawal. Ini sudah jadi budaya kita.
Anehnya amalan yang digalakkan Islam ketika menjalani ibadah puasa dan berhari raya bertentangan pula dengan kerja-kerja politik di Malaysia.

Battle for Aleppo rages on

Ucapan Hari Raya Nurul Izzah Anwar

Mengembalikan makna Aidilfitri ke dalam diri

Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan merasai detik kematian. Demikian kata Al-Quran. Sesuatu yang bermula akan ada pengakhirannya. Begitu juga setiap pertarungan akan ada penghujungnya. Maka, setiap pemenang akan sentiasa dianugerahkan mahkota kejuaraan. Hanya Allah ‘azzawajalla Yang Maha Kekal yang menguasai segenap aturan kehidupan. Demikian jugalah dengan tetamu yang bertandang ke rumah. Kita akan mengalu-alukan kehadiran mereka dengan layanan yang penuh kegembiraan. Sampai masanya, ia akan beredar pergi meninggalkan kita. Boleh jadi kita akan bertemu dengannya lagi jika ada kesempatan di lain masa.

Itulah hakikat setelah sebulan mengharungi Ramadhan. Ia hadir setahun sekali bagai tetamu dari perjalanan yang sangat jauh dan singgah sebentar menumpang teduh buat beberapa ketika. Apabila tiba saat perpisahan, hati menjadi sebak dan sayu. Apakah akan ada lagi pertemuan yang seumpama ini ? Adakah kali ini merupakan Ramadhan yang terakhir buat diri kita? Demikian Allah ‘azzawajalla telah menjadikan Ramadhan itu sebagai medan latihan buat insan mengawal diri. Hanya Dia yang mengetahui ‘ubat mujarab’ untuk merawat hati manusia. Inilah imej Ramadhan sebagai lambang kepada bulan pertarungan di antara akal dan nafsu. Di penghujungnya, hanya ada kisah di antara hamba dan Pencipta. Bagaimana hubungan di antara kita dengan Allah ‘azzawajalla setelah selesai Ramadhan? Hanya diri insan yang menempuh Ramadhan sahajalah yang tahu bagaimana duduk keadaan yang sebenarnya. Jika Ramadhan yang lalu diisi dengan melipatgandakan amalan, berpuasa dengan keimanan dan kesabaran serta bersungguh-sungguh mengawal diri maka Ramadhan akan diakhiri dengan semangat dan jiwa yang baru.

Perutusan Aidilfitri Anwar Ibrahim: Istiqamah tuntut perubahan, tolak kebobrokan

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Saya dan Azizah mewakili keluarga, kepimpinan dan anggota KEADILAN seluruhnya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitr 1433 Hijrah kepada semua sahabat handai, rakan taulan serta muslimin muslimat sekalian dengan lafaz minal eidil walfaizin wal maqbulin. Kemaafan dipohon daripada saudara-saudari seluruhnya atas sebarang keterlanjuran kata dan perilaku.
Menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan merupakan suatu ujian kepada umat Islam; ujian melawan nafsu yakni musuh utama kita dan seandainya berjaya, maka kita akan dianugerahi Allah SWT dengan petunjuk serta keampunan.