Sabtu, 18 Ogos 2012

Antara tapis internet dan tapis pilihanraya

Oleh: Hafiz Zainuddin

Sebelum ia digazetkan pada 31 Julai 2011 , pindaan akta 114A ditransformasikan dari ilham Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dengan cadangan “internet perlu penapisan”.
Antara alasan Rais ialah untuk mengekang akses pornografi yang menganggap ianya boleh merosakkan akhlak dan kesantunan masyarakat apalagi Malaysia merupakan negara Melayu Islam terbesar di dunia.
Walhal, semada beliau sedar atau tidak mengetahui sedikitpun, industri pornografi telah lama mengeluarkan produk majalah, video tape, vcd dan terkini dalam bentuk DVD yang mudah didapati di kaki lima sebelum era Mahathir melancarkan MSC lagi.
Apapun, ilham Rais terhadap “penapisan internet” mendapat protes meluas dan hebat melibatkan segenap lapisan umur masyarakat seperti pelajar universiti, pekerja ladang, kakitangan kerajaan sendiri termasuklah dikalangan pelajar-pelajar sekolah.
Najib lembut hati?

Kuala Lumpur, Masjid Jamek dan magis Ramadan

Oleh: Hafiz Zainuddin

Sudah jam satu pagi, lailatulqadar takkan disedari telah sampai ketika ralit makan steamboat dan jagung bakar di Jalan Tunku Abdul Rahman. Berlalu begitu sahaja malam seribu bulan disepanjang-panjang Chow Kit dengan tawaran dan tawar-menawar baju Melayu istimewa murah dan songkok tinggi yang berpatut-patut harganya.
Tiga malam terakhir di Kuala Lumpur, makin pudar roh Ramadan tenggelam dengan laungan “Murah-Murah-Murah” peniaga yang menyapa takdir rezeki dan menyambut Syawal yang bakal datang.
Sesak, meriah, asap, sedap dan bising. Inilah malam-malam terakhir Ramadan di Kuala Lumpur menyaksikan keghairahan warga kota membuat persiapan menjelang hari raya. Inilah juga peluang keluar malam buat mereka yang  tidak gemar keluar malam, bukan kaki joli, bukan kaki shopping, bukan kaki mengeteh. Inilah masanya kita rajin-rajinkan menapak dan melihat sebahagian Kuala Lumpur sudah menjadi seperti Jakarta.
Di Jalan Raja Laut seperti ada ‘demonstrasi’. Penuh, Meriah…. Asalkan ada wang bak kata orang. Saya sudah awal seminggu lagi membeli baju Melayu baru. Maklumlah, sudah beberapa tahun tidak ada yang baru dalam hidup saya.
Khabarnya seperti tahun-tahun yang lalu, siang sehingga pagi di Kuala Lumpur akan jadi lebih sesak dari hari-hari normal. Barangan akan turun lebih murah sebab peniaga menjual untuk balik modal sahaja. Mereka pun mau balik berhari raya.
Bayar zakat

Syawal di ibu kota: Kemeriahan dalam kesengsaraan

Oleh Iza Suraiya

Tinggal beberapa hari lagi sebelum Syawal menjelema, Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu kota sudah sesak dipenuhi pelbagai lapisan masyarakat yang datang dengan pelbagai tujuan. Ada yang datang berniaga mencari wang, ada yang datang untuk berbelanja sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
Dalam kemeriahan persiapan menyambut Syawal, ramai antara kita yang sedang termenung sambil memeriksa kira-kira kerana perbelanjaan menyambut Hari Raya tidak mencukupi. Realitinya, semakin tibanya musim keraian, harga barang keperluan, termasuk harga sebalang kuih, sekilo ayam akan naik.
Jadi mengapa pemerintah yang bangga dengan slogan ‘Janji Ditepati’ dan ‘Rakyat Didahulukan’ nampak endah tak endah terhadap rakyat terus hidup dalam tekanan. Mungkin, pengurusan kerajaan yang lemah adalah punca yang menjadikan rakyat semakin ditindas.
Benang punya hal, baju jadi mahal….

Idulfitri: Kemenangan menentang kebatilan


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd

Bersyukur kita kepada Allah s.w.t di atas limpah kurniaNya yang tidak terkira yang masih meletakkan diri kita di dalam arus perjuangan menegakkan agama Allah di dalam wadah perjuangan PAS untuk mendaulatkan kalimahNya.

Ramadhan hanya menghitung hari untuk ke penghujungnya. Ianya merupakan madrasah tarbiah yang mendidik jiwa kita supaya lebih mengasihi Allah dan RasulNya mengatasi kasih kita kepada perkara-perkara yang lain.

Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan kita telah berjaya mendidik diri kita bencikan kebatilan dan kezaliman apatah lagi ketika umat Islam pada hari ini berhadapan dengan ujian dan mehnah yang benar-benar menguji sejauh mana keimanan kita kepada Allah s.w.t.

Umno/BN Kian Terdesak, Melagakan Pakatan Jalan Terakhir


Sekarang Umno kuat melancarkan serangan keatas DAP dan KeADILan. Mungkin ini berlaku kerana Umno sudah berasa gerun disebabkan oleh ramai orang ternama sedang menyertai PAS. Oleh itu strategi yang mudah untuk Umno ialah untuk menyerang DAP dan KeADILan untuk melemahkan PAS.

Serangan ke atas DAP berbentuk memburuk-burukkan DAP dengan mengeluarkan kenyataan melalui media dibawah kawalan mereka bahawa adalah haram untuk menyokong DAP.

Tetapi bagaimana pula dengan MCA yang sering memperlekehkan Islam? Presiden MCA iaitu Chua Soi Lek pernah mengeluarkan kenyataan bahawa negara-negara Islam adalah mundur.

Selain dari itu, MCA juga telah mengugut akan keluar dari BN jika Umno melaksanakan Hukum Hudud.

Portrait of a TROJAN HORSE: Downhill all the way now for FOOLISH Nasha!

Portrait of a TROJAN HORSE: Downhill all the way now for FOOLISH Nasha!Former PAS deputy president Nasharuddin Mat Isa has come under fire for his remarks endorsing calls from UMNO leaders for PAS to quit Pakatan Rakyat on the grounds that DAP opposed Islamic 'hudud' law.
Nasha, who lost the PAS No. 2 post to Mat Sabu last year, has also been urged to clarify to the party's powerful Syura Council, of which he is a member, his recent statement to the UMNO-owned media wherein he had criticised PAS' cooperation with the DAP.
According to perplexed PAS leaders, Nasha’s statement contradicted his own remarks made at the latest PAS annual congress, wherein he had described PAS' alliance with DAP and PKR as the culmination of long-consultation amongst the PAS ulama (the party's religious scholars).
Double talk!

Perutusan Eidul Fitri 1433 Hijrah - Wan Azizah

Perutusan Eidul Fitri 1433 Hijrah - Wan AzizahAllahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd
Begitulah syahdunya seruan takbir dan tahmid di pagi 1 Syawal. Pastinya perasaan syukur ke hadrat Ilahi itu memuncak di kala kita semua bergembira menyambut kedatangan Syawal.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang tercinta. Semoga kehadiran Syawal terus memperkukuhkan perjuangan kita mempertahankan hak dan keadilan rakyat.
Ramadhan yang baru berlalu, sesungguhnya telah menunjukkan kita kembali arah fitrah kehidupan manusia yang sangat memerlukan kesabaran dan ketabahan. Bahkan Ramadhan jugalah mendidik kita untuk menjadi seorang muslim yang bersungguh sungguh mencari keredhaan Illahi.

WOW, what a U-turn: Mahathir becomes latest proponent of hudud

WOW, what a U-turn: Mahathir becomes latest proponent of hududFormer prime minister Mahathir Mohamad, who during his 22-year tenure had been responsible for ensuring that PAS-led Kelantan could not pass its Hudud bill enactment, has now invited the Islamic party to join hands with UMNO to implement the Islamic penal code.
According to Harakahdaily, Mahathir's condition is that PAS leaves Pakatan Rakyat, the coalition led by his nemesis Opposition Leader Anwar Ibrahim. Many analysts rate the Pakatan as having a real chance to wrest the federal government from the BN in the next general election which is widely expected to be held within the next few months.
“UMNO will ensure a fully compliant Islamic state if PAS has a big heart to join UMNO. Other Islamic countries are also putting hope on Malaysia, but there are still people wanting to split the Muslims. That’s why our goal is not achieved,” Malay daily Sinar Harian had quoted Mahathir as saying.
The former UMNO president had once threatened to impose emergency in the form of 'Mageran' (National Operation Council) on Kelantan if the state went ahead and implemented hudud on Muslims convicted of serious crimes.

Antara UMNO dengan MCA ! Siapakah yang Kafir HARBI...!!...

Dah lebih dari setengah abad, malah seingat-ingat sepanjang umur aku yang dah masuk 51 tahun 3 hari, UMNO adalah parti kling klong kling klong,, lebih mudah senang cakap,,, CAKAP TAK SERUPA BIKIN kalau sebut negara Islam. 


Hangpa jangan marah dengan MCA kenapa parti chauvanis China tu boleh jadi kurang ajar, kalau UMNO yang jadi kepala bangsat tukang ajarnya...



MCA, hanya menjalankan tugasnya sebagai budak suruhan UMNO, UMNO pula menjalankan tugas dan arahan dari warisan penjajahan British yang dah pun buat MOU sebelum memberikan kuasa untuk kemerdekaan negara. 

Jadi siapa kah yang kafir Harbi,, secara mudahnya MCA Kafir harbi,, itu memang dah lama dah,,,  Yang duk berkokok, menyalak selama 50 tahun lebih, mengatakan hukuman Islam tak sesuai dan berbagai lagi tohmahan bila kerajaan PAS Kelantan dan terengganu meluluskan enakmen hukuman hudud tu bukan kafir juga ka...

Sekutu UMNO : Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam - MCA Selangor



 
Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.

"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini

Satu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk mengasing tempat di pawagam mengikut jantina.

Lim menggesa semua ADUN keturunan Cina di Selangor, khususnya dari Pakatan Rakyat, supaya menyatakan pendirian mereka terhadap cita-cita PAS untuk mewujudkan negara kebajikan Islam dan undang-undang hudud.

Mahathir: Pastikan Umno bentang Hudud di Parlimen..!!


1. Dr Mahathir sekali lagi cuba mencuri tumpuan umum dengan kenyataan terbarunya bahawa UMNO boleh melaksanakan hudud tetapi bukan hudud PAS sebaliknya hudud Islam. Suatu kenyataan paling lucu menutup tirai Ramadhan al Mubarak tahun ini.


2. Saya sangat simpati dengan Dr Mahathir. Beliau seperti merasakan diri masih di tahkta Perdana Menteri. Bercakap mahu melaksanakan itu dan ini sedang kuasa tidak lagi ditangannya. Lebih malang, apa yang disebut mahu dilaksanakan hari ini [seperti hudud] adalah suatu yang ditentangnya habis-habisan sewaktu beliau gah di puncak kuasa sejak sekian lama. [22 tahun]

Hudud : Surat Tun Mahathir kepada Nik Aziz

Hudud: Masih segar amaran Mahathir kepada Kelantan

KUALA LUMPUR: Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Justeru, katanya Umno akan membuat apa sahaja ketika menghadapi kebangkitan rakyat yang akan menolak BN dalam PRU akan datang.

Menurutnya, Umno cuba mencari pelampung agama  dan berlagak juara  pembela agama nombor wahid.

Pada hal, katanya sejarah telah mencatat bahawa pemimpin Umno merupakan penghalang pelaksanaan syariat Allah di negara ini.

“Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri.

Jumpa di mahkamah, Nasha beritahu Karpal


Nasharudin Mat Isa SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa bersedia untuk bertemu di mahkamah jika Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mahu memfailkan kes fitnah ke atasnya berhubung satu kenyataan berkenaan dengan isu hudud dan negara Islam.
Sambil menegaskan, menolak sebahagian Islam bermakna menolak Islam, Nasharudin berkata, beliau kekal dengan pendirian bahawa Karpal seorang yang anti-Islam.
"Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam. Saya kekal  dengan pendirian saya bahawa Karpal Singh adalah anti-Islam dan bersedia untuk bertemu beliau di mahkamah," kata beliau dalam kenyataan ringkas hari ini.

Pelihara fitrah agar ia tidak ternoda

Ianya dinamakan Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah kerana manusia kembali kepada fitrahnya yang asal iaitu suci, bersih dan tulus.
Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1433 Hijrah
PETALING JAYA: Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingat dan mengajak seluruh umat Islam di negara ini supaya memelihara fitrah agar ia tidak ternoda.
“Hari ini kita menyambut hari raya yang disyariatkan oleh Islam,” kata Mursyidul Am PAS dan juga Menteri Besar Kelantan dalam satu perutusan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1433 Hijrah.
Menurut beliau, ianya dinamakan Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah kerana manusia kembali kepada fitrahnya yang asal iaitu suci, bersih dan tulus.
“Kesucian ini lahir setelah kita dibersihkan dengan puasa dan pelbagai ibadat di bulan Ramadhan selama sebulan dengan pelbagai latihan
menundukkan hawa nafsu.

Malaysia Kita : Empat Konstabel Polis Ditahan Kerana Merogol

Seremban – Lima lelaki termasuk empat polis berpangkat konstabel ditahan selepas dipercayai merogol seorang remaja di sebuah rumah di Port Dickson, 7 Ogos lalu.

Kesemua mereka dikatakan mengenali antara satu sama lain dan bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir di rumah salah seorang daripada mereka.

Menurut sumber, wanita berusia 19 tahun itu berkenalan dengan salah seorang anggota polis tersebut dua hari sebelum kejadian dan bersetuju mengikut lelaki itu pulang ke rumah.

Ramadan, Aidilfitri dan kemanusiaan

Dalam kesibukan kita di penghujung Ramadhan dan menjelangnya Hari Raya, dunia dihidangkan dengan pelbagai berita kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam di Syria dan Rohingya, dan tidak lupa Palestin.

Langkah tepat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggantung keanggotaan Syria, menggesa pengiktirafan Palestin dan prihatin terhadap kesengsaraan umat Islam Rohingya merupa petanda positif negara-negara umat Islam terhadap saudara seagamanya.

Benarlah apa yang telah difirmankan Tuhan bahawa umat ini adalah umat yang satu. Jika ada yang menderita, pasti ada yang membantu kerana akidah kita adalah akidah yang satu bertuhankan Allah yang Satu.

Rakyat Malaysia akan bermandi Darah..??

Aku terpaksa tulis artikel ini sebab aku rasa hangpa tak mengambil kisah tentang malapetaka yang bakal menimpa rakyat Malaysia. Bagi aku, tak boleh tidor lena bila teringat kat malapetaka ini. Apa malapetaka yang aku maksudkan?

13 Mei 1969
Bagi aku, peristiwa 13 Mei 1969 ada satu malapetaka. Dimana, peristiwa itu merupakan peristiwa yang paling berkesan dalam Projek UMNO “Memperbodohkan Melayu”. Kalau hangpa tanya aku, kalau kita bicara tentang Perhubungan Antara Kaum,maka kita boleh bahagikan tempohnya, “Sebelum 13 Mei 1969 dan Selepas 13 Mei 1969″. Kenapa aku kata begitu?

Bekas tahanan ISA ikrar perjuang pembebasan 30 lagi

fadzullah abdul razakWaktunya kira-kira satu jam menjelang waktu senja di pinggir bandar yang tenang di Sungai Buloh, Selangor, dan keluarga Abdul Razak sedang menyediakan juadah untuk mengadakan kenduri kesyukuran.

Buat kali pertamanya dalam tempoh dua tahun, kesemua lima anak Abdul Razak dan Hadijah CP Veeravu akan berbuka puasa bersama pada bulan Ramadan.

Hanya sejam sebelum kunjungan Malaysiakini, anak lelaki
mereka, Fadzullah (kanan) telah dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri - di mana dia ditahan tanpa bicara selama 23 bulan dan 14 hari, kerana didakwa terbabit dengan kumpulan Jemaah Islamiah.

Tetapi jauh daripada memikirkan sambutan hari raya yang menjelang tiba, Fadzullah berkata "keutamaannya" sekarang ialah untuk berkempen bagi pembebasan 30 lagi yang masih ditahan di bawah ISA, yang dia yakin adalah satu undang-undang yang "kejam'.

Hudud: Hanya gimik politik Mahathir

SHAH ALAM - Pas menyindir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan "gimik politik" sedangkan beliau sendiri telah menghalang parti itu daripada melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu.
Selain mendakwa Dr Mahathir tiada autoriti kerana bukan lagi Perdana Menteri, kenyataan dibuat oleh beliau kelmarin memperlihatkan ketidakikhlasannya, kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Sinar Harian Online.
"Beliau tidak ada autoriti kerana beliau bukan Perdana Menteri lagi. Apa yang beliau kata hanya pandangan peribadi, idea beliau sahaja... bukan keputusan Perdana Menteri, bukan keputusan Kabinet," kata beliau sambil merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri tidak memperlihatkan pendiriannya dalam isu pelaksanaan hukum hudud.

MOOD RAYA : Medley Lagu Hari Raya

Mood Raya : Kompilasi Lagu-Lagu Raya Klasik (HQ Audio) b

Mood Raya : Kompilasi Lagu-Lagu Raya Klasik (HQ Audio)

MOOD RAYA - AIDILFITRI

Mood Raya : SELAMAT LEBARAN Tahun 50an ( Tjipt. Ismail Mz )

Mood Raya - Lebaran

Mood Raya - Suara Takbir (FULL SONG + LYRICS)

Borak Anwar - Google Hangout 17 Ogos 2012

Borak Anwar - Adakah Pakatan Rakyat Akan Menjadi Macam UMNO Apabila Di Putrajaya

Borak Anwar - Menjawab Soalan Dari Pemimpin Pemuda BN

Borak Anwar - Antara Sri Perdana Atau Segambut Dalam

Borak Anwar - Perancangan Anwar Jika Tidak Menang PRU 13

Borak Anwar - Sekolah Ramadhan : Belajar Tolak Rasuah

Borak Anwar - Tahap Keyakinan Kepada PDRM

Released detainee: No question of 'insaf'

UCAPAN RAYA - DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Salam Aidilfitri Kelantan 2012

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1433H oleh ROYALTI

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1433H YB Hjh Siti Zailah Bt Mohd Yusoff

IKLAN RAYA Rakyat Kelantan 2012

Mohon kemaafan zahir dan batin di Hari Raya

Aspan Alias

Hari ini hari terakhir umat Islam menyempurnakan ibadah puasa yang telah di syariatkan Tuhan dan Rasulnya. Bulan Ramadhan al Mubarak berakhir hari ini dan setiap Muslim yang berjaya menyempurnakan ibadah yang besar ini sedang bersiap sedia untuk menyambut kemenangan di bulan yang mulia ini.
Besok adalah permulaan syawal dan umat Islam di seluruh dunia menyambutnya dengan kegembiraan serta kesyukuran dan pada siapa yang menyambutnya sebagai hari ibadah, mereka akan tetap berzuhud dengan tasbih dan tahmid bagi meningkatkan tauhid mereka terhadap Tuhan yang Maha Pencipta itu.
Di samping merayakan lebaran ini dengan sanak saudara dari jauh dan dekat umat Islam tidak lupa kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang tidak lagi bersama kita dengan berduyun-duyun menziarahi pusara mereka,
Diri saya seperti juga ramai yang lain sejak empat tahun dahulu saya tidak dapat menahan rasa rindu terhadap ibu saya yang telah meninggalkan kami sejak itu. Hari raya tidak sama lagi seperti semasa ibu masih bersama kami.

KAEDAH MENCARI KEKAYAAN (DUIT) CARA MUDAH


Akhirnya imbuhan mengeluarkan fatwa songsang dapat imbuhan RM2juta.

Lepas ini sesiapa nak RM2juta dipersilakan mengeluarkan fatwa songsang asalkan boleh memberi halwa telinga dan jiwa kepada para pemimpin UMNO.

Contoh terbaik, Guru Pondok Hj Abdullah Sa'amah. Tuduh haram undi DAP sebab kafir harbi diberikan RM2juta oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamad.

Difahamkan, pelajar pun tak sampai 30 orang.
Inilah gambat pondok genting dimana penubuhnya ialah Hj Abdullah Sa'amah, tukang buat fatwa songsang sokong DAP adalah haram kerana DAP kafir harbi.

CARA BARU NAK DAPAT DUIT JUTA-JUTA SECARA MUDAH BEB!
ANDA MAU MENCUBANYA.CEPAT..CEPAT SEBELUM PRU KE-13.SIAPA CEPAT DIA DAPAT.

DUNIA DUNIA.....MENJUAL FATWA LEBIH UNTUNG DARI MENJUAL UNTA....KAH..KAH...KAH

Sesuaikah lagi dia duduk dalam PAS ?


Isu berbaik-baik dengan PM & Umno :  Apa yang berlaku hari ini jelas memperlihatkan Nasharuddin Mat Isa bekas timbalan Presiden PAS  merangkap ahli Parlimen Bachok adalah seorang ahli politik yang  begitu ekstrem dalam agama !!  Mengapa dia perlu risau dengan kenyataan basi sepuluh tahun lalu yang keluar dari mulut Karpal Singh yang berbunyi ,.. “langkah mayat saya dulu kalau nak laksana hudud”
 
Bukan dia tak sedar bahawa kenyataan Karpal Singh itu adalah kenyataan peribadi,.bukan kenyataan parti DAP,. Macam le dia tak tahu bahawa polisi atau dasar sesebuah parti  adalah ditentukan  oleh parti,  bukan individu !  nampak sangat ahli parlimen Bachok ini memperbodohkan diri sendiri !  Sepatutnya kalau beliau benar-benar marah dengan Karpal,.  dari awal lagi beliau sudah buat protes dengan PAS, bukan sekarang! 

Duduk dalam PAS dah lama,  tetapi keputusan parti dan keputusan Majlis Syura  dia buat-buat macam tak tahu !  Tak sangka pulak pemimpin PAS ini ada sifat hipokrit macam pemimpin Umno. Sesuai benar kalau dia ni bersatu dengan Hasan Ali alJATI dan tubuh parti baru,. Kita boleh tengok,. Meletop atau melingkup !! 

Berbalik pada sikap protes Ustaz berdagu mancung ini,.. Bila dah terlepas jawatan Timbalan Presiden PAS,.. seharusnya beliau bermuhasabah diri,  bukan bersikap banyak songe !  tak ubah macam perangai Hasan Ali.  Pemimpin jenis apa ini? Carilah alasan yang kukuh kalau nak desak PAS putuskan ikatan dengan Pakatan Rakyat. Alasan yang kamu beri itu begitu dangkal. Yang bijak-bijak dalam Majlis Syura  PAS itu kamu ingat cerdiknya sama macam kamu?  Jauh panggang !,..

Janji Bersih VS Janji Ditepati Menjelang 31HB Ogos Ini



Oleh WFAUZDIN NS

HISHAMUDIN kata malam menyambut merdeka dengan thema 'Janji Bersih' oleh berpuluh-puluh NGO pada 30hb Ogos ini nanti tidak akan mendapat sambutan hebat seperti himpunan BERSIH 3.0 yang lalu.  Kenyataan menteri tersebut sama seperti kenyataan beliau setiap kali kita mahu mengadakan perhimpunan.

Kali ini menteri tersebut lupa agaknya bahawa pada 30hb Ogos ini nanti kita bukan mahu berhimpun atau berdemontrasi.  Kita akan hadir berpakaian kuning BERSIH untuk sama-sama menanti countdown menjelang 31hb Ogos, itu saja.  tumpuan kita adalah di Dataran Merdeka tempat penuh sejarah di mana di kawasan itu ramai rakyat yang telah menjadi mangsa kezaliman rejim yang tidak pernah tahu erti dan nilai kemerdekaan rakyat.
Apa pun yang keluar dari mulut menteri berkenaan, kita harus bersedia untuk ke sana bagi merayakan tarikh bersejarah itu yakni Janji Bersih.  Janji Bersih jauh beza dari 'Janji Ditepati' yang menjadi bahan ketawa orang ramai itu.

Remaja perempuan dibakar masih kritikal, kekasih terus diburu Polis

KUALA LUMPUR - Nurul Firzanah Mat Zaki, gadis berusia 16 tahun yang dipercayai dibakar kekasihnya masih dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur, semalam.
Bapanya, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata Nurul Firzanah dibedah di bahagian leher bagi membolehkan saluran pernafasannya kembali berfungsi seperti biasa.
Beliau berkata, dengan keadaan Nurul Firzanah, yang 25 peratus terbakar dan masih kritikal, sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lagi membawa sebarang erti kepada keluarganya.
"Isteri saya, Norliyati Abdul Hamid masih tidak dapat menerima tragedi yang menimpa anak kedua daripada tiga adik beradik dan setiap kali masuk ke bilik Nurul, dia akan menangis kerana terbayangkan keletah manja satu-satunya anak perempuan kami itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital itu, di sini hari ini.

Al-Fatihah : SAMM kehilangan seorang pejuang diambang Aidilfitri..

Seorang komrad SAMM, Mohd Izwan atau lebih mesra dengan panggilan 'plettop' dari N.Sembilan yang berpengkalan di Port Dickson telah meninggal dunia awal pagi tadi akibat dari kemalangan jalan raya....

Ini adalah sebuah kehilangan yang amat besar buat SAMM secara keseluruhannya kerana arwah juga merupakan komrade yang aktif membantu dalam SAMM N.Sembilan mahupun SAMM Kebangsaan.

Agak terkejut dan sedih menerima berita pagi ini tentang kehilangannya diambang Aidilfitri, Allah lebih menyayanginya..

Mohon semua rakan-rakan bersedekah Al-Fatihah kepada arwah semoga Allah ampunkan segala dosanya dan ditempatkan bersama-sama orang beriman..amin..

DO YOU BELIEVE? MACC, one of world's most esteemed anti-graft agencies

KUALA LUMPUR -- The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has won praise from a prominent international anti-corruption figure who described it as one of the world's most esteemed of its kind among the international community.
By the same token, MACC Chief Commissioner Datuk Seri Abu Kassim Mohamed is also one of the most recognised and esteemed among anti-corruption experts and the international community, says Martin Kreutner, the president of European Partners Against Corruption network (EPAC).
DO YOU BELIEVE? MACC, one of world's most esteemed anti-graft agenciesAbu Kassim is a member of the INTERPOL Group of Experts on Corruption (IGEC) and executive committee member of the International Academic Advisory Board of the Vienna-based International Anti-Corruption Academy (IACA).
Kreutner, who is chairman of IACA currently visiting Malaysia, told Bernama that IACA would soon sign a memorandum of understanding with MACC to establish a framework of cooperation for its first International Masters Programme in anti-corruption under which part of the programme would be conducted at the Malaysian Anti-Corruption Academy (MACA) here.
MACA also conducts some international programmes and is the world's first anti-corruption academy.

Umat Islam perlu jauhi persengketaan, titah Sultan Mizan



KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mahu umat Islam menjauhkan diri daripada persengketaan, perselisihanpendapat dan pandangan sesama sendiri.
Sultan kecewa 2 solat Jumaat berlaku Titah baginda, ini kerana ia boleh menyebabkan terbuka ruang dan peluang bagi musuh-musuh Islam mencampuri urusan pentadbiran negara dan memecahbelahkan umat Islam.
Setiap perpecahan yang berlaku walaupun atas alasan perjuangan, tidak akan menguntungkan sesiapa, titah baginda dalam perutusan sempena Aidilfitri yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Malah, titah baginda sejarah Islam telah menunjukkan perpecahan menjadi sebab kepada runtuhnya kekuatan umat Islam sebagaimana yang berlaku terhadap beberapa kerajaan Islam sebelum ini.
Baginda bertitah sejarah ini seolah-olah berulang kembali dan dapat disaksikan di beberapa negara Islam seperti Syria dan Mesir.

Trafik di lebuh raya mula sesak pagi ini

KUALA LUMPUR - Keadaan trafik di lebuh raya utama negara dilaporkan bergerak perlahan dan sesak di beberapa lokasi berikutan jumlah kenderaan bergerak meninggalkan ibu negara mula bertambah sempena Aidilfitri.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik ke arah selatan tanah air perlahan dari Putra Mahkota ke Seremban sejak pukul 8 pagi
ini.
Menghala ke utara, beliau berkata trafik dilaporkan bergerak perlahan dari Bukit Beruntung ke Bukit Tagar dan Slim River ke Sungkai.
Jurucakap itu juga melaporkan keadaan trafik dari Terowong Menora ke Kuala Kangsar sesak berbelas-belas kilometer berikutan terdapat satu kemalangan
melibatkan tiga buah kereta dalam terowong tersebut.
"Trafik juga perlahan sebelum hentian sebelah Bukit Gantang ke Changkat Jering," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Jurucakap itu berkata aliran trafik di Lebuhraya Karak dari Tol Gombak ke Terowong Karak turut dilaporkan sesak sejak pukul 6 petang semalam.
"Dari Terowong Karak ke Plaza Tol Bentong bergerak perlahan sepanjang 20km," katanya sambil menambah, aliran trafik di lebuh raya utama keluar dari ibu negara masih terkawal.
Di Tambak Johor dari Singapura menghala ke Johor Baharu, trafik dilaporkan sesak sepanjang 3km. - Bernama

HORROR Home-alone woman slashed to death: CRIME DOWN?

HORROR Home-alone woman slashed to death: CRIME DOWN?A father’s wish to have his whole family with him to celebrate Hari Raya was cruelly dashed after his youngest daughter was found murdered in her rented flat in Flora Damansara, here, early yesterday.
Yasuhaidah Yeop, 22, was the youngest of eight siblings from Beruas, Perak had been the apple of her father’s eye.
She was found dead near the front door of her unit on the sixth floor by a neighbour who had heard her screaming at about 3am.
A fist-full of her hair had been ripped out, suggesting that the assailant had pulled her by her hair from outside, through the grilled gate, before she was slashed several times on her neck.
There was no indication that the assailant had entered the unit as the grilled gate was still locked.

Projek Rasuah : Pengguna mahu masalah MRR2 berbuai diberi perhatian segera

Tahap keselamatan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) kembali menjadi perhatian apabila beberapa pengguna tampil menyatakan kebimbangan dengan mendakwa laluan di dua jejambat lebuh raya sepanjang 35 kilometer itu berbuai-buai atau bergoyang ketika trafik padat.

Mereka mendakwa keadaan yang disifatkan sebagai luar biasa di lebuh raya itu dirasai dengan ketara ketika melalui jejambat di Kepong dan persimpangan Hotel Flamingo di Ampang semasa berhenti akibat terperangkap dalam kesesakan lalulintas.
  
Menurut Mohd Rizal Azman, 30, keadaan berbuai-buai di atas jejambat Kepong itu berulang kali dirasakannya terutama ketika jumlah kenderaan bertambah dan semasa hujan.

Beliau yang tinggal di Flora Damansara dan kerap menggunakan laluan itu bagi menghantar isterinya ke tempat kerja di Selayang, berkata keadaan berbuai-buai itu luar biasa berbanding gegaran yang selalu dirasainya sebelum ini.

Anwar’s blog hacked, portrayed as Israel apologist

KUALA LUMPUR, Aug 18 — Datuk Seri Anwar Ibrahim’s blog was hacked late last night and defaced with a fake post that portrayed him as an apologist for the Zionist regime in Israel.
It also included an apology to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak as part of the opposition leader’s message ahead of the Aidilfitri celebration tomorrow.
The de facto PKR head has accused cybertroopers from political foe Umno of mounting the assault on his blog in a bid to defame him and destroy his credibility among Netizens, minutes after the opposition leader ended an Internet live chat session on Google Hangout.
Screen capture of the fake post on Anwar’s blog.
“Puak umno godam blog dan fitnah! (Umno tribe hacked blog and defame!)” Anwar posted in his Twitter account ‏@anwaribrahim early this morning, in reply to another user on the social microblogging site identified as @anuarazizi who wanted to know if the apology in the special message was true. The allegedly defamatory post by anonymous hackers has since been removed from Anwar’s blog.
In its place is a message from the website administrator informing visitors that the blog was hacked at about 11.50pm and a fake post about a “special message” attributed to Anwar had been uploaded.

Cybertroopers Umno godam blog Anwar & sebar perutusan palsu untuk fitnah Ketua Pembangkang

Salam hormat.
Untuk makluman pembaca, blog ini (www.anwaribrahimblog.com) telah digodam sekitar jam 11.50 malam tadi dan sebuah posting palsu kononnya ‘perutusan khas’ oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dimuat naik di blog ini.
Pihak pentadbir blog mengesahkan bahawa ‘perutusan’ tersebut adalah palsu dan bukan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, justeru telah mengeluarkan posting tersebut serta merta.
Pihak kami difahamkan keratan skrin posting tersebut telah berjaya dirakam dan kini giat disebarkan oleh cybertroopers UMNO bertujuan memburuk dan memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sekian, harap maklum.

Zakat OKU: Mahasiswa seru Majlis Fatwa bersidang


Isu OKU di dalam masyarakat negara ini dianggap sebagai isu yang minoriti dan dipandang sebelah mata sahaja oleh pihak tertentu kerana ketidakjelasan keperluan OKU yang akhirnya menjadikan tahap kesedaran masyarakat terhadap OKU di negara ini masih rendah berbanding dengan negara-negara maju lain.
Baru-bari ini isu keengganan pusat zakat memberikan bantuan zakat kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan kebajikan OKU telah mendapat pelbagai reaksi dari semua pihak yang terlibat.

Bermula dengan pendedahan eksklusif dari NGO-NGO di dada akhbar Sinar Harian yang bertarikh 10 Ogos 2012 lalu melalui ruangan diskusi Isnin akhbar berkenaan sikap pusat zakat yang dilihat sebagai institusi Islam yang tidak proaktif untuk membantu NGO islam membela nasib OKU di negara ini.

UMNO GAGAL LAGI!!!Masalah penginapan pelajar Unisel selesai


SHAH ALAM, 17 OGOS : Masalah penginapan asrama yang dihadapi kira-kira 1,600 pelajar Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya bakal berakhir apabila mereka dijadualkan akan menerima kunci pada 23 Ogos depan.

Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad berkata, pihak Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab menguruskan penginapan pelajar bersetuju untuk membuka semula dan melaksanakan operasi Pejabat Residen Komuniti Siswa seperti biasa.


Menurutnya, tindakan itu diputuskan JNSB susulan daripada permohonan Unisel yang memfailkan Saman Pemulanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Kit Siang calls on ALL M'sians to work hard to build nation in Raya message

Kit Siang calls on ALL M'sians to work hard to build nation in Raya messageI wish all Muslims in Malaysia Selamat Hari Raya Aidilfitri.
On this auspicious occasion, non-Muslims join their Muslim compatriots in Malaysia to make this important Islamic calender a national celebration.
With the 55th Merdeka Day/49th Malaysia Day around the corner, this is a fit occasion for all Malaysians regardless of race, religion, region, class, age or sex to reaffirm our common national identity and destiny to build a nation strongly founded on the principles of democracy, justice, soliidarity, integrity and good governance.
Common future
Malaysians are bound together to a common future - either all Malaysians regardless of race, religion, region, class, age or sex unite to forge a progreesive and prosperous future for all Malaysians, or we will all suffer from man-made weaknesses and divisions which will prevent the country from fully exploiting her human and natural resources.
Let all patriotic Malaysians answer the call of the times - to work to achieve Malaysia's rendezvous with greatness as a people and nation.
Lim Kit Siang is the DAP adviser & MP for Ipoh Timur

Institusi penguatkuasa, kehakiman bebas jika Pakatan menang

SHAH ALAM, 18 Ogos: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata institusi demokrasi yang kuat seperti badan kehakiman dan agensi penguatkuasa yang bebas akan memastikan Pakatan Rakyat tidak bertukar menjadi ‘satu lagi Umno’.
Ini kerana Pakatan telah berjanji di dalam Buku Jingga bahawa institusi-institusi tersebut akan dibebaskan daripada campurtangan politik apabila perikatan itu berjaya memerintah negara.
Dipetik Selangorku, Anwar memberi jaminan tersebut ketika menjawab satu soalan yang dikemukan di dalam program ‘Borak Bersama Anwar’ yang disiarkan secara langsung melalui portal video web ‘You Tube’.
Soalan yang dikemukakan oleh seorang yang dikenali sebagai “Gunanaiker” melahirkan kebimbangan sekiranya KEADILAN menjadi ‘satu lagi Umno’ selepas menakluki Putrajaya.
“Gunanaiker” berkata kerisauan itu berdasarkan kehadiran ramai bekas pemimpin Umno-BN di dalam KEADILAN.
“Tanpa mengira sama ada mereka pernah menyertai mana-mana NGO, Umno, MCA atau atau MIC, mereka yang sertai KEADILAN perlu terima budaya politi baru bagi menjayakan agenda reformasi dan menyokong polisi Pakatan Rakyat,” kata Anwar.

Anwar Jamin PKR Bukan ‘Satu Lagi Umno’ Jika Menang PRU-13



SHAH ALAM, 18 OGOS: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata institusi demokrasi yang kuat seperti badan kehakiman dan agensi penguatkuasa yang bebas akan memastikan Pakatan Rakyat tidak bertukar menjadi ‘satu lagi Umno’.
Ini kerana Pakatan telah berjanji di dalam Buku Jingga bahawa institusi-institusi tersebut akan dibebaskan daripada campurtangan politik apabila perikatan itu berjaya memerintah negara.
Anwar memberi jaminan tersebut ketika menjawab satu soalan yang dikemukan di dalam program ‘Borak Bersama Anwar’ yang disiarkan secara langsung melalui portal video web ‘You Tube’.

QUIET FURY grips Sabah & S'wak over Putrajaya’s 55-years Merdeka claim

QUIET FURY grips Sabah & S'wak over Putrajaya’s 55-years Merdeka claimThe insensitive ignoramuses have done it again! The buntings and billboards, shipped in from Putrajaya, brazenly proclaim 55 years of Merdeka throughout the length and breadth of Sabah and Sarawak. This is the Mother of All Bullshit in Sabah and Sarawak.
Whose Merdeka?
Obviously, it’s Merdeka for Peninsular Malaysia or Malaya which became independent of British colonial rule of a sort on 31 Aug, 1957. The revisionists are claiming that the British never really colonised Malaya – the land of the Orang Asal i.e. the Orang Asli -- which they in fact hacked away from the Thai kingdom, after two wars with Bangkok, to plant rubber and mine tin. But that’s another story.
That i.e. 1957 being the case, why flaunt it in Sabah and Sarawak and expect the long-suffering people there to share in the joy of the people of Malaya in being free of colonialism and imperialism?
Putrajaya maintains the fiction that Sabah, Sarawak free in 1957

Siapakah Ust. Azhar Idrus Idrus Sebelum Bergelar Pendakwah

Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir.

Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak “mempopularkan” Ustaz ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putus.

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Pakatan ubah dasar perumahan apabila tawan Putrajaya – Anwar

SHAH ALAM 18 Ogos: Pakatan Rakyat akan mencari jalan berdasarkan prinsip kepedulian terhadap rakyat supaya harga rumah tidak terlalu tinggi hingga sukar dimiliki.
Dalam rancangan Borak Bersama Anwar melalui Google Hangout malam tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata dasar perumahan sedia ada harus diubah supaya mengutamakan rakyat, bukannya menguntungkan kroni.
“Kita akan cari jalan kerana dasar sedia ada membebankan rakyat. Perlu kepada prinsip kepedulian, jangan kebergantungan kepada tauke atau kroni (Umno).
“Ini tidak. Kalau projek terbengkalai, yang menang pemaju, pembeli sengsara – hutang kena bayar tapi rumah tak ada,” katanya menjawab soalan seorang peserta rancangan itu.
Peserta yang mengaku berpendapatan RM60,000 setahun itu, dalam soalannya turut menyatakan harga rumah (landed property) di Semenyih pun mencecah RM450,000 sebuah.
Ia, kata peserta berkenaan, menyukarkannya untuk memiliki rumah, apatah lagi dibebani kenaikan harga barangan dan peningkatan kos sara hidup.

Borak Bersama Anwar: Dari provokasi BN hingga isu Robin Van Persie

SHAH ALAM 18 Ogos: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pelbagai soalan daripada pelbagai lapisan rakyat, dari provokasi pemimpin Pemuda BN hingga ke isu perpindahan, Robbie Van Persie ke Manchester United.
Acara Borak Bersama Anwar yang disiar secara langsung melalui Youtube, Google Hangout dan facebook itu, mendapat sambutan hangat dari pengguna internet di Malaysia mahupun di luar negara.
Soalan tertumpu kepada polisi Pakatan Rakyat dan perancangan selepas menawan Putrajaya, selain pandangan Ketua Pembangkang itu terhadap beberapa topik.
Semua soalan dari twitter, facebook atau dilontar secara langsung itu, dijawab Anwar secara spontan tetapi jitu.

Berita gembira atau gila sempena Hari Raya...

Hari ini rasanya adalah hari akhir Ramadhan, mustahil rasanya esok Ahad Umat Islam akan berpuasa lagi,, sebab banyak negara-negara terutama di sebelah negara Arab dah mula beraya hari ini..

Hairan, sesama negara Islam, nak beraya pun berasingan, ingat lagi Raya Haji (Korban 2 tahun lepas) bagaimana Malaysia terlewat raya,, yang ini lagi haru, kita terlewat sehari dengan Arab Saudi,, Apa yang dibincang di OIC, nak bincang kes perang di Syria, dah beribu rakyat yang tidak berdosa kena bunuh dengan tentera Baath, baru OIC nak bersidang, nak tunggu malam lailatul Qadar,, apa ni..

Berbalik dengan berita gembira atau gila.....


Bagi aku ini berita gila, malah lebih tepat lagi ini berita auta. Fullstop.

Karpal mulakan prosiding fitnah terhadap Nasha

Karpal Singh memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin Mat Isa ekoran kenyataan bekas timbalan presiden PAS itu berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.

"Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam," katanya dalam satu kenyataan semalam.
    
Sebuah akhbar melaporkan semalam bahawa Nasharudin mempersoal pakatan politik PAS dengan pihak yang 'menentang Islam'.

Anwar: Malaysia kekalkan demokrasi, belum mungkin guna ‘sistem Kalifah’

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Malaysia tidak akan menggunakan system Kalifah dalam jangkamasa terdekat dan akan kekal dengan sistem demokrasi yang mengiktiraf hak orang bukan Islam, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi bertujuan untuk menenangkan keadaan selepas perdebatan umum baru-baru ini tentang negara Islam menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir.
Kontroversi timbul apabila ahli politik Umno dari Johor, mengeluarkan kenyataan hukum Hudud PAS tidak betul kerana tidak melibatkan bukan Muslim: menurutnya, Hudud yang sebenar melibatkan semua orang termasuk masyarakat bukan Muslim dan mencadangkan agar dilaksanakan di seluruh negara.
"Terdapat mereka yang mengatakan kerana umat Islam adalah ... satu entiti, oleh itu perlu ada satu pemerintah," kata Anwar (gambar), yang memimpin pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR), dalam sesi Google Hangout yang dipanggil "Borak Bersama Anwar "lewat malam tadi.

Misteri: Dibakar atau terbakar

Gambar Hiasan
IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri menerima 36 kes kebakaran membabitkan kenderaan yang berlaku secara ‘mengejut’ di sekitar negeri ini.

Kebakaran kereta yang berlaku secara ‘misteri’ itu dikatakan terjadi hampir setiap hari terutamanya sejak awal Ramadan lalu.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Yahaya Madis berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat memastikan sama ada kebakaran itu berpunca dari perbuatan khianat, masalah teknikal atau faktor lain.

Ulama Pas: Tidak perlu kerjasama Umno, PR dikuat hadapi PRU

KUALA TERENGGANU – Pas tidak memerlukan kerjasama Umno, sebaliknya mengambil sikap untuk terus menguatkan kedudukan Pakatan Rakyat (PR) bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah berkata, perkara itu telah pun diputuskan di peringkat kepimpinan untuk memastikan tumpuan penuh diberikan bagi memastikan kemenangan Pas dan PR.
“Pas ambil sikap untuk menguatkan kedudukan PR dan pimpinan tidak melihat ke arah itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Beliau berkata, perpaduan dengan Umno tidak perlu memandangkan dasar perjuangan Pas sesuai untuk semua kaum selari dengan slogan ‘Pas untuk Semua’ berbanding Umno yang hanya berasaskan satu kaum sahaja.
Sehubungan itu, katanya, lebih baik Umno menyertai Pas kerana mereka tiada halangan sama sekali untuk bertindak sedemikian.

Borak Anwar: Saya yakin tawan Putrajaya, jika tidak akan bersara


SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi keyakinannya Pakatan Rakyat (PR) akan melangkah ke Putrajaya dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan pada masa yang sama, kekal dengan janji bahawa akan berundur jika keadaan sebaliknya berlaku.
Anwar Ibrahim "Saya ikhtiar sedaya upaya, saya yakin boleh menang (menawan Putrajaya), tetapi andai kata tidak, saya akan berundur," kata beliau menjawab soalan seorang peminat pada sesi Google Hangout -  "Borak Bersama Anwar, malam tadi.
"Kita bertawakal, (jika) saya tidak dapat mandat, maka (seperti yang) saya sudah umum, wajar kita beri ruang kepada barisan kedua dalam kepimpinan Keadilan (PKR), DAP dan Pas yang menunjukkan ada anak-anak muda yang lebih matang, lebih berwibawa... mereka boleh meneruskan," kata Anwar yang juga Ketua Umum PR.