Khamis, 16 Ogos 2012

Orang bertadarus, kita berpesta pelita...

Oleh: Mat Zain Mat Isa
Kita masih lagi berada di bulan Ramadhan al-Mubarak. Gelaran al-Mubarak itu membawa maksud bulan yang diberkati Allah dan dilimpahi penuh keberkatan dari sisi-Nya. Terdapat senarai agak panjang kelebihan yang hanya ada pada bulan Ramadhan dan tidak ditemui di bulan-bulan lain sepanjang tahun.


Antara kelebihan itu ialah ibadat puasa itu sendiri. Ia hanya diwajibkan di bulan Ramadhan. Di bulan ini syaitan yang merupakan musuh atau penghasut utama umat manusia ke arah melakukan kejahatan dibelenggu. Sepanjang bulan ini pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya, manakala pintu-pintu neraka ditutup rapat.
Ibadat sunat di bulan Ramadhan diberikan ganjaran menyamai ibadat fardhu di bulan lain. Manakala setiap ibadat fardhu yang dikerjakan dijanjikan ganjaran pahala berlipat kali ganda.

Apa guna puasa penuh jika…

Zulhabri Supian

16 OGOS ― Ramadan semakin menghampiri penghujung sekaligus menamatkan pesta ibadat setahun hijrah sekali. Ramadan tamat maka Syawal menjelma yang ditandai dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal.
Beberapa tahun kebelakangan ibadat puasa dirayakan dengan luar biasa di negara kita, malah dalam beberapa hal menandingi kemeriahan Aidilfiri itu sendiri. Semua pihak menunggu kedatangannya dengan penuh nafsu baik penjaja makanan, restoran, hotel, penjual kain dan tidak lupa kaki ibadat. Ramadan adalah pesta bagi semua.
Idealnya, Ramadan adalah bulan menguatkan moral sebagaimana dituntut dalam Al Quran dan Sunnah Rasul seterusnya meneguhkan rasa cinta dan ketakwaan kepada Sang Pencipta. Meski begitu fenomena kehidupan sosial masyarakat tidak menampakkan Ramadan memberi dampak besar dalam kehidupan seharian.

Orang tengah punca harga barang persiapan raya melambung di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Harga sewa tapak yang mahal serta tapak sewa dijual dari tangan orang tengah punca barang-barangan persiapan hari raya menjadi mahal.
Menurut seorang peniaga yang tidak mahu dikenali, beliau terpaksa membayar sewa tapak untuk berniaga sebanyak RM30,000 untuk perniagaan di Masjid India sepanjang bulan Ramadhan ini.
“Walaupun orang ramai berpusu-pusu datang untuk membeli baju kurung dan baju Melayu, tetapi saya masih tidak pulang modal.
“Saya mengambil risiko untuk mengambil pinjaman yang tinggi untuk sewa tapak, selain dari kenaikan harga kos kerana harga material yang semakin meningkat.
“Kenaikan harga material serta sewa mahal punca saya terpaksa meletakkan harga yang lebih tinggi,” kata peniaga baju tradisional Melayu tersebut.
Menurut tinjauan baju Melayu di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India berharga dari RM100 hingga ke RM150 sepasang, sementara kebaya moden sehingga RM200 sepasang.

Ketupat Palas : Ikon Aidilfitri

Nasarudin Kecewa Kerana Tak Dapat Jawatan - Khalid Samad

FASHION Tudung WANITA Kini - Ustaz Azhar Idrus

Hukum ENGGAN Mandi MAYAT - Ustaz Azhar Idrus

Wujudkah ALIEN Makhluk Asing ? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum MAKAN Daging LEMBU Yang Minum ARAK - Ustaz Azhar Idrus

Sanjung Nabi MUHAMMAD Sahaja ? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Main POKER / DAUN TERUP / ANGRY BIRD Dalam FACEBOOK - Ustaz Azhar Idrus

Deadly Bombs in Northern, Central Iraq

UN Syria Report: Both Sides Guilty of War Crimes

Chai Tong Chai: Undi Pakatan Rakyat, Tolak Barisan Nasional

Walk for Merdeka

Ginie Lim: Bukan Sahaja Tukar Kerajaan, Tukar Sistem Politik

Perutusan Aidilfitri 1433 H | Ustazah Salamiah Mohd Nor | Ketua DMP Pahang

Perutusan Aidilfitri 1433 H | Saudara Roslan Zainal al-Ahmadi

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1433H Yb Abdul Latif Ab Rahman

Merdeka ke-37, apa status saya?

KM hanya Lembaga Pengarah PBA PDC

Nurul Izzah: Reveal B'fields police station land deal

BERSIH akan ambil tindakan undang undang ke atas kerajaan dan Yayasan Terengganu

Ustaz Fadhli Shaari | Kuliah Jumaat 27 Julai 2012

TGNA | Kuliah Jumaat 27 Julai 2012

Masalah Nasharuddin kenapa nak bebankan kepada Presiden?

Saya terbaca dalam Sinar Harian mengatakan Pas akan menyerahkan kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membuat keputusan sama ada bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa perlu dikenakan tindakan berhubung kenyataan yang menggesa parti itu keluar Pakatan Rakyat (PR) berikutan pendirian DAP dalam isu hudud.

Menurut akhbar Sinar Harian, Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata,“Kami serahkan kepada presiden parti untuk membuat keputusan, sama ada beliau akan dikenakan tindakan atau sebaliknya, pada masa kini parti hanya memantau perkembangan berkaitan dengan isu tersebut"

Kenapa Presiden kena buat keputusan. Itu menjadi tanda tanya kepada saya. Ya memang betul Presiden ada kuasa pemutusan dalam banyak hal. Adakah selama ini Presiden di rujuk dalam banyak hal? Saya juga tak tahu apa maksud YB Salahudin dalam kenyataannya. Adakah mewakili PAS atau mewakili diri sendiri?

Lawak La Perompak Bengong ni..!!!

Ustazah Terpaksa Salam Tanpa Lapik!!

Ramadhan dah nak meninggalkan kita!! Sisa-sisa Ramadhan yang kita tinggalkan. Gambar penuh ada di Bernama. Teringat kepada Sultan Muhammad V!!

Dua Kawasan Maut Buat BN Di Terengganu

KUALA NERUS - Bendahari PAS Terengganu berkata PAS telah mengenal pasti dua kawasan ‘hitam’ bagi Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang, iaitu kawasan parlimen Marang dan Kuala Nerus

Menurutnya laporan bahagian risikan menyatakan PAS mempunyai peluang yang cerah dan berupaya menguasai kedua-dua parlimen sekiraya kerja yang bersungguh-sungguh dilakukan oleh petugas PAS.

Katanya, makluat tersebut adalah berdasarkan laporan yang dibuat oleh bahagian risiskan.

“Laporan yang dibuat oleh beberapa agensi risikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) melaporkan kekuatan Umno di Terengganu seimbang dengan PAS.

“Dua kawasan yang Umno lemah iaitu di Marang dan Kuala Nerus. Sebab itu, Najib (Perdana Menteri) kerap sangat datang ke Terengganu di kawasan Marang dan Kuala Nerus.

Catch Anwar live on Google Hangout tomorrow

Opposition leader Anwar Ibrahim will tomorrow host a 'Google Hangout', part of online search giant Google's social networking site Google Plus, in which he will appear live on YouTube's video chat session (click here).
The session, called "Borak Bersama Anwar" (Chat with Anwar), will start at 10.30 pm on August 17, and is set to make him the first Malaysian politician to appear on the online event.
Google Hangout has been used by prominent world politicians before, including US president Barrack Obama last January, where he asked a questioner to send him a resume of her husband to find out why he was jobless despite his background as a semiconductor engineer.
"I meant what I said, if you send me your husband's resume, I'd be interested in finding out exactly what's happening right there," Obama told a woman from Texas.
Announcing the session last week, Anwar said he was prepared for all questions from netizens.
"We would like to encourage people to post their video questions on Youtube and share the link on our Facebook or Google Plus event page. We will also go through your notes and questions to determine our topics for the night," he said.
A quick check on his Facebook page shows a steady stream of questions from the public, including on such diverse topics as Astro's monopoly of satellite television, traffic summonse, Islamic laws, and the price of a superbike.
"If we find your questions interesting, we will also invite you to be one of our panels live as well," Anwar said on the page.

Why am I featured in Tanda Putera's official FB urinating on flag pole - Kit Siang

Why am I featured in Tanda Putera's official FB urinating on flag pole - Kit SiangI am supposed to be assured by the clarification of the director of the May 13 film,  Tanda Putera, Datin Paduka Shuhaimi Baba that I am not even featured in the footage of the film, but I am not.
This is because Shuhaimi has failed to give a satisfactory explanation why  I had been featured and defamed in Tanda Putera’s original official Facebook page as having urinated at the flagpole bearing the Selangor flag at the residence of the then Selangor Mentri Besar Datuk Harun Idris and provoking the May 13, 1969 riots.
The caption of a photo portraying me being manhandled, which were later taken down, read:  “Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah menteri besar Selangor ketika itu, Harun Idris” . The photo and caption was posted in the album in the “Tanda Putera” Facebook titled “Peristiwa-peristiwa yang dimuatkan di dalam filem ini” (Events depicted in this movie).
Shuhaimi’s explanation that  the creators of the film had received many photographs from netizens which were shared on the Facebook page, including the offending picture, and that it was removed from the Facebook page after complaints were received about the photo, is neither credible nor acceptable.

'You walk the talk first' but shouldn't Marina tell this to her DAD first & foremost

REPRINT The Government wants us to change our lifestyles to cope with inflation.
'You walk the talk first' but shouldn't Marina tell this to her DAD first & foremostIt is easier said than done since most people were having it difficult even before the hikes. The Government must first set an example by doing things it should have done long ago.
WITH the recent hike in fuel prices and the Government's exhortations for us to change our lifestyles in order to cope, may I provide here some suggestions for the Government and those who work for it to "share our burden".
1. Stop having meetings, especially out at resorts, far enough away to be able to claim transport allowances. Have online meetings instead or teleconferences. Use Skype or chat.
2. No need to order special pens, bags, T-shirts, notepads and other goodies for those same meetings.

Tok Pa: Umno Kelantan tidak bergantung kepada orang lain untuk menang

 RM 2juta ... untuk 25 pelajar pondok...???


KUALA LUMPUR - Umno Kelantan tidak perlu kepada faktor 'Nasa' untuk menguasai negeri itu pada pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata Umno tidak memerlukan situasi sebegitu untuk memenangi hati rakyat sebaliknya yakin untuk menang dengan kekuatan sedia ada pada Umno dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).

"Umno tak perlu peristiwa sebegitu tapi perlukan pemimpin yang bekerja untuk rakyat," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Khazanah di sini, malam ini.

Batu Api : Umno Kelantan percaya ramai bersama Nasha



BACHOK – Pandangan yang disuarakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkemungkinan mewakili ramai lagi ahli Pas lain yang enggan bersuara.
Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, apabila pandangan sedemikian dilontarkan ia adalah suatu pandangan yang berani daripada seorang seorang bekas pemimpin tertinggi parti itu.
Menurutnya, beliau sendiri pernah menerima maklum balas daripada golongan profesional yang tidak menyenangi gandingan Pas dan DAP.
“Saya percaya beliau tidak sendirian dalam pandangan itu kerana bersamanya masih ada segelintir lagi ahli Pas lain yang turut tidak menyenangi gandingan Pas DAP.
“Namun ahli lain mungkin tidak seberani Nasharudin yang telah melihat hala tuju Pas kini semakin terpesong dari landasan perjuangan asal dan kini mengikut haluan DAP,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan di dewan Haji Hussin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pandangan Nasharudin yang mencadangkan Pas keluar dari Pakatan Rakyat apabila DAP enggan menerima hudud.

Agah : MB S'gor tak layak mengajar saya, kata Chua Jr



 
Menjawab soalan mengenai penolakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap pelawaannya untuk berdebat, ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata,  menteri besar Selangor itu "tidak layak untuk menjadi seorang guru".

"Menteri Besar Selangor menawarkan saya menjadi pelajarnya, tetapi saya fikir dia tidak layak menjadi seorang guru, kerana sebagai seorang guru, beliau perlu membayar RM500,000 untuk mendapatkan seseorang bagi menjelaskan urusannya. Sebagai seorang guru, dia tidak cekap, tidak telus, dan tidak bertanggungjawab," kata Chua.

Chua merujuk kepada kenyataan Khalid apabila menolak jemputan berdebat dengannya berkaitan isu penyusunan semula hutang Talam.
Angka RM500,000 itu, kata Chua, diperolehi daripada laporan media sebelum ini.

Semalam, ketika menolak tawaran untuk berdebat dengan Chua, Khalid berkata beliau sedia mengambil Chua menjadi pelajarnya sebaik sahaja siapnya laporan audit terhadap penyusunan semula hutang Talam.

Pemimpin PAS: Kenyataan Nik Aziz tentang Nasha cuma pandangan peribadi

KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berpendapat bahawa kenyataan Mursyidul Am parti tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat, adalah pandangan peribadi beliau semata-mata.
Beliau berkata, ini adalah percubaan media arus perdana untuk memainkan sentimen kepartian untuk memecahbelahkan pimpinan PAS.
Mohamad Sabu: Percubaan media memainkan sentimen kepartian. — Foto fail
“Saya rasa tak perlu ulas panjang tentang isu ini, pihak pimpinan akan berbincang tentang hal ini,” katanya lagi. Sementara itu Ahli Lajnah Politik PAS pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pihak media tidak seharusnya bermain dengan isu ini.
“Pimpinan PAS sentiasa fokus dengan pilihan raya, bukan isu remeh-temeh seperti ini. Bagi saya, setiap orang ada pandangan peribadi, tapi yang paling penting pimpinan PAS dan PR akan bersama untuk menentukan polisi yang lebih baik untuk negara.
“Kalau duduk dengan pimpinan BN, takkan itu pun nak kata kena pecat?
“Isu ini sengaja dimainkan bagi memastikan pimpinan PAS akan sentiasa bergaduh, dan kami tidak mahu ulas tentang isu ini.

Istilah ‘kafir harbi’ sangat bahaya, menghalalkan darah orang DAP, kata Khalid

SHAH ALAM, 16 Ogos — Penggunaan istilah “kafir harbi” dalam laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia minggu lalu yang menyifatkan adalah haram menyokong DAP jelas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad, adalah  sangat berbahaya kerana ia diibaratkan menghalalkan darah orang DAP.
“Istilah ini sangat bahaya kerana ia seumpama menghalalkan darah orang DAP,” jelas Ahli Parlimen Shah Alam itu kepada pemberita di pejabatnya hari ini. “Ini kerana kafir harbi ini adalah golongan kafir yang menentang Islam.”
Menurut Khalid (foto fail), kenyataan itu jelasnya adalah “kenyataan bodoh dan tidak layak dikatakan oleh mereka yang beragama”.
Akhbar Umno Utusan Malaysia minggu lalu telah menemubual seorang pengasas sekolah agama Pondok Geting, Tumpat, di Kelantan, dan Abdullah Sa’amah mengatakan adalah haram menyokong DAP kerana parti itu menolak hukum Islam.
Sehubungan itu, Khalid menjelaskan, PAS Selangor menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan juga seharusnya menegaskan pendirian mereka berhubung kenyataan itu.
Malah, Khalid turut menegaskan agar Majlis Fatwa turut mengeluarkan fatwa khusus yang  menyeru umat Islam supaya memilih parti yang perjuangkan asas Islam.
“Amat wajar supaya umat Islam menyokong parti yang berpolitik berdasarkan Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas,” katanya lagi.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Sallehan Mukhyi, berkata DAP merupakan pertubuhan yang sah dan diizinkan bergerak melalui sistem demokrasi seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Kami tidak pelik jika DAP atau mana-mana orang bukan Islam termasuk MCA dan MIC menentang hudud kerana mereka tidak memahami hudud dan mereka bukan beragama Islam,” katanya lagi.
“Tetapi kami pelik jika UMNO yang kononnya menjadi parti umat Islam juga menolak hudud.”

Kalau DAP dan PAS bersatu seperti sekarang, bagaimana Najib hendak bubar Parlimen?

Permuafakatan di antara DAP dengan PAS merupakan satu perkara yang menjeruk hati pimpinan BN. Permuafakatan untuk kepentingan negara dan rakyat serta demokrasinya semakin erat selain dari penyertaan PKR dalam Pakatan Rakyat sangat menggugat BN dalam menghadapi hari muka dalam demokrasi negara.
Sokongan padu di antara PAS dan DAP ini menjadikan BN khususnya UMNO begitu tertekan dan situasi ini memang tidak pernah terlintas dipemikiran sesiapa dikalangan UMNO selama ini. UMNO sentiasa berfikir yang PAS dan DAP tidak akan dapat duduk semeja sampai bila-bila kerana perbezaan dalam banyak isu pokok yang menyelubungi kedua-dua parti itu.
Tetapi apabila kematangan politik itu wujud maka apa yang di anggap ‘impossible’ selama ini oleh BN, kerjasama utuh di antara PAS dan DAP ini sagat-sangat menyakitkan UMNO. Berbagai-bagai cara dan tektik di gunakan untuk memecahkan PAS dan DAP itu kerana jika PAS dan DAP berpecah maka senanglah sedikit bagi perdana menteri untuk membubarkan parlimen dan memanggil pilihanraya yang sangat-sangat di nantikan oleh rakyat sekarang ini.

DATUK SERI @ Ayahanda JAAFAR SHAARI Dicari Bantu KES BUNUH


Polis sedang mencari seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dan anak lelakinya bagi membantu siasatan kes seorang peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah tapak perniagaan di kawasan Downtown, The Mines, Seri Kembangan awal pagi Isnin lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata ahli perniagaan itu ialah Jaafar Shaari, 50, alamat terakhir di No 3, Jalan P11 K/12, Presint 11, Putrajaya dan anaknya Ahmad Jiwari @ Wari, 23, alamat terakhir di Lot 141, Kampung Pedas Hilir, Jalan Kundur, Pedas, Negeri Sembilan.

Polis meminta kedua-dua mereka tampil untuk membantu siasatan, katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.


Difahamkan kejadian kira-kira 2 pagi itu berlaku selepas mangsa Azhari Sidek, 44, mengambil sebuah meja usang ditinggalkan di kaki lima tempat kejadian sebelum diletakkan berhampiran gerai miliknya.

Bagaimanapun, tindakan mangsa itu tidak disenangi seorang lelaki dikatakan menjalankan perniagaan di kawasan sama yang mendakwa meja berkenaan miliknya hingga berlaku pergaduhan.

Menurut adik angkat mangsa yang enggan mahu dikenali, lelaki terbabit memanggil beberapa rakannya untuk membelasah abangnya akibat rasa tidak puas hati itu.

Kredit : Bernama

Ayah Pak ni juga dikenali sebagai DATO' SERI PADUKA AYAHANDA JAAFAR SHAARI (PADUKA AYAH PAQ PUTRAJAYA).

Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, Datuk Seri Jaafar Shaari ini jugalah individu yang pernah menyuruh Tok Guru Nik Abdul Aziz meletakkan semua jawatan pada 29 Mei lalu sama ada dalam parti atau sebagai Menteri Besar Kelantan kerana kononnya sudah terlalu tua untuk terus berpolitik. 
 - Author Faethal

‘Malaysians know what’s right and wrong’

Bersih 3.0 co-chairman S Ambiga was all smiles when she held up the more than 10,000 signatures from Malaysians showing their support of her. 

KUALA LUMPUR: It is a rare sight when the fiery spokesperson for free and fair elections – S Ambiga – is rendered speechless. But that was what happened when she was presented with over 10,000 signatures from Malaysians in support of her work.
Ambiga was stumped and the only word which initially kept rolling out was ‘wow’.
But her laughter and happiness was infectious as she perused the large banner which had numerous signatures scrawled on both its sides.
“This is really precious to me! I am totally overwhelmed by the number of signatures,” gushed the Bersih co-chairperson once she recovered from her surprise.
Ipoh Barat MP M Kulasegaran, who presented the banner to Ambiga in her office along with Sungkai state assemblyman A Sivanesan, said it “was worth the effort to garner the support.”
He said that collecting the signatures had not even been his idea; on the contrary an earnest member of the public had approached him with the suggestion.

Sarawak : ‘Janji Ditepati’, but no water, road or electricity

According to Barisan Nasional assemblyman Johnical Rayong, rural villagers in Sarawak are 'light years away in development'.

KUCHING: Rural kampung folk in Sarawak who have been living in poverty for decades are being told to vote for Barisan Nasional if they want development in their areas.
According to Engkilili assemblyman Dr Johnical Rayong, the opposition is “only good at making promises” but BN keeps its word, alluding to Prime Minsiter Najib Tun Razak’s “Janji Ditepati’ slogan.
Najib’s slogan, however, is out-of-sync in Sarawak and in Sabah where poverty, poor infrastructure, lack of healthcare and basic necessities are a norm.
Both states, despite their immense natural resources and oil, are among the poorest in the country.
Sabah in fact was declared the poorest by the World Bank and Sarawak is third. The bulk of rural Sarawak is still devoid of clean piped water, electricity and decent roads. Life is ridiculously tough and cost of living higher than in Peninsular Malaya.

PAS Selangor Gesa Majlis Fatwa Tarik Balik Kenyataan Pengasas Pondok Geting

SHAH ALAM 16 OGOS : PAS Selangor menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan menarik balik kenyataan pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia berhubung ‘haram sokong DAP’.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata Majlis Fatwa juga seharusnya mengeluarkan pendirian mereka mengenai kenyataan itu.
Katanya, bagi mengatasi masalah kekeliruan yang dihasilkan oleh golongan yang ingin memutar belitkan ajaran Islam, Majlis Fatwa juga harus mengeluarkan fatwa bagi menyeru umat Islam supaya memilih parti yang perjuangkan Islam.
Beliau berkata ia amat wajar supaya umat Islam menyokong parti yang berpolitik berdasarkan Al-quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas.
“Kami menganggap kenyataan itu memang atas sebab kepentingan politik bukan fatwa yang mantap.
“Ia tidak bertanggungjawab dan bodoh dan tidak layak diguna pakai oleh mana-mana orang,” katanya dalam sidang media di pejabatnya.

George Kent beri jaminan bank RM50.875j pada Prasarana



George Kent (Malaysia) Bhd memberikan jaminan bank sebanyak RM50.875 juta kepada Syarikat Prasarana Negara Bhd sebagai bon prestasi untuk melaksanakan kontrak Transit Rel Aliran Ringan (LRT) Ampang.
azlanDalam satu kenyataan semalam, Pengarah Eksekutif George Kent Ir Dr Cheong Thiam Fook berkata pembayaran berkenaan jelas menolak dakwaan tidak berasas bahawa syarikat itu kekurangan kekuatan kewangan untuk melaksanakan projek infrastruktur negara itu selama 44 bulan.
   
"Kami mempunyai pembiayaan yang diperlukan untuk menyiapkan kontrak, di mana kerja-kerja awal telah pun dimulakan," katanya.
   
Kontrak LRT Ampang melibatkan kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, menguji dan melaksanakan sistem isyarat, komunikasi, kerja trek dan rel ketiga, bekalan elektrik sistem rel dan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan penyambungan 17.7 kilometer, menghubungkan stesen Sri Petaling ke Putra Heights.
- Bernama

Seksyen 114A: Najib terus 'flip-flop'

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus bersikap 'flip-flop' dalam tindakannya dan terbaru mahu mengkaji semula Seksyen 114A, Akta Keterangan 1950 yang telah diluluskan.

Bercakap pada, pada sidang media di Ibu Pejabat PKR semalam, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli (gambar) berkata, apa yang berlaku itu akibat kerajaan tergesa-gesa meluluskan lapan rang undang-undang dalam masa sehari pada persidangan perlimen lalu.

Ekoran itu, apabila ia hendak dilaksanakan, rakyat bangkit membantah dan Najib terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk mengkaji semula.

"Najib terus bersikap flip-flop dalam tindakannya membuat keputusan terutamanya dalam 114A Akta Keterangan yang mana kita lihat beliau ingin pertimbangkannya semula.

"Jika sebelum ini Akta Pilihanraya telah ditarik balik setelah kelulusan diberikan maka ia berulang kembali setelah mendapat tekanan dari rakyat," jelasnya.

'Fatwa' kafir harbi bukti Umno guna agama untuk politik


SHAH ALAM: PAS Selangor bertegas bahawa Umno sudah tidak bopleh dijadikan tempat bergantung umat Islam yang cintakan kepada agamanya.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, Umno sepatutnya sebagai sebuah parti pemerintah harus membuat penjelasan secara konsisten tentang Islam agar difahami oleh semua termasuk bukan Islam.

Namun malangnya, Umno lebih gemar mengelirukan rakyat dengan fatwa songsang mereka termasuk terbaru menggelar DAP sebagai kafir harbi.

Nasha: 'Saya tidak ada niat masuk Umno'


SHAH ALAM – Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan, beliau tidak ada niat untuk masuk Umno, sekali gus menafikan tanggapan banyak pihak bahawa kemunculannya di Makkah pada majlis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin sebagai isyarat akan melangkah ke parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
 Nasharudin Mat Isa “Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk Umno.Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuk lah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan.
“Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah,” kata beliau dalam satu kenyataan petang ini.
Mengenai pertemuan dengan Najib di Makkah, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, “kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah,  ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khasnya pada hari hari terakhir ramadan ini.”
Katanya, beliau kesian melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal.
“Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini,doa qunut yang dibacakan dihadapan Kaabah ketika solat witir,menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam.

Kecewa Tidak Bergabung Dengan Umno Punca Nasharuddin Minta PAS Keluar PR, Kata Khalid Samad


SHAH ALAM 16 OGOS : Khalid Samad menyifatkan cadangan Nasharuddin Mat Isa agar PAS Keluar daripada Pakata Rakyat jika DAP menentang hudud disebabkan rasa kecewa beliau yang gagal melihat PAS bergabung dengan Umno-BN.
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid berkata berkemungkinan Nasha mengharapkan impak besar daripada cadangan penggabungan PAS-Umno kerana beliau mungkin akan beroleh jawatan yang tinggi sekiranya penggabungan itu berjaya.
“Beliau mungkin kecewa kerana PAS tidak mahu bergabung dengan Umno. Kalau penggabungan itu berjaya mungkin dia mengharapkan akan dapat jawatan tinggi seperti jawatan di kabinet,” katanya dalam sidang media di pejabat.

MP Bukit Bintang tumbuk suspek peragut

Seorang lelaki yang disyaki peragut berjaya ditangkap semasa cuba melarikan diri selepas ditumbuk di bahagian bahu oleh ahli Parlimen berusia 66 tahun.

fong kui lunAhli parlimen tersebut ialah wakil rakyat DAP Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

Insiden itu berlaku semalam di jalan berhampiran Shaw Parade, Pudu, Kuala Lumpur ketika Fong sedang berjalan menuju ke keretanya selepas makan tengah hari.

"Saya melihat beberapa orang mengejar seorang lelaki," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tanpa teragak-agak, Fong (kanan) menumbuk lelaki itu ketika berlari melepasinya.

"Saya cuba tumbuk mukanya tetapi hanya sempat mengenai bahu kirinya," kata Fong.

Tumbukannya itu berjaya melambatkan lelaki itu dan berjaya ditangkap oleh mereka yang mengejarnya.

Fong berkata suspek itu, bersama seorang rakannya, cuba melarikan diri dari tempat kejadian selepas didakwa meragut telefon mudah alih seorang wanita.

Ambiga tuntut penjelasan arahan bercanggah semasa perhimpunan Bersih

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mendesak ketua polis negara (KPN) dan menteri dalam negeri untuk menjelaskan mengapa terdapat dua set arahan yang berbeza diberikan kepada polis sehingga menyebabkan huru-hara semasa menyuraikan perhimpunan gabungan tersebut pada 28 April 2012 bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil.
“Kelihatan seperti ada dua set arahan diberikan kepada polis,” kata Ambiga dengan menambah bahawa arahan asal adalah untuk melayan peserta perhimpunan dengan baik. “Terdapat set arahan kedua untuk menembak gas pemedih mata. Ia menyebabkan peserta perhimpunan tersebut dalam ketakutan. Kami tidak faham mengapa ini berlaku.”

Adegan Bunuh Diri Versi Polis dan SPRM


Rakyat Malaysia sekalian, jom kita saksikan versi adegan bunuh diri yang terhebat di negara ini. Anda nilai sendirilah versi-versi ini.

ADEGAN 1- BUNUH DIRI VERSI POLIS
Something 'fishy' about death in lock-up, says CM
Susan Loone
5:52PM Aug 15, 2012


Penang Chief Minister Lim Guan Eng today met with family members of the 36-year-old man who died after just 20 minutes in a lock-up in Tanjong Tokong police station two days ago.
Please login to read full story


ADEGAN 2- BUNUH DIRI VERSI SPRM Suruhanjaya Penyiasatan Diraja kes Teoh Beng Hock (TBH RCI) telah menemui beberapa bukti jahanam penipuan dan manipulasi fakta oleh SPRM untuk menutup apa yang terjadi pada waktu itu - termasuk pendedahan bahawa pegawai-pegawai SPRM biasa menonton pornografi di pejabat.

Bagi mengalihkan perhatian awam dari bukti buruk ini, pada tarikh 1 April 2011, Abu Kassim yang sekarang merupakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, telah melancarkan satu serangan hebat terhadap Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan berita sensasi bahawa terdapat pakatan sulit pegawai-pegawai Kastam dengan ratusan syarikat-syarikat pengangkutan yang menipu wang kerajaan sebanyak RM108 bilion dalam pendapatan cukai.

Mohon maaf bukti Kickdefella hanya fitnah


KOTA BHARU: Permohonan maaf  bloger Kickdefella atau Syed Azidi Syed Abdul Aziz, membuktikan kenyataan berupa tuduhan tidak akan ke mana sehingga akhirnya akan menjerat leher sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, permohonan maaf itu juga turut membuktikan tulisan yang dibuat selama ini bukan sahaja tidak berfakta, sebaliknya berunsur fitnah.

“Permohonan maaf itu juga membuktikan tulisan itu berbaur fitnah serta rasa tidak puas hati berhubung program yang dilakukan oleh kerajaan negeri,”ujarnya.

Bekas Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Masuk PAS Dedah Konspirasi Rampasan Kuasa

SHAH ALAM 16 OGOS : Bekas Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong mendedahkan konspirasi berhubung rampasan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada tahun 2009 lalu dalam wawancaranya yang dipetik melalui PerakDaily.
Wawancara dikendalikan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Misbahul Munir, Abdullah berkata beliau dipaksa mengeluarkan kenyataan atas arahan pihak ‘atasan’ mengatakan Speaker yang sah ketika itu, V Sivakumar sebagai tidak sah.
Katanya, tindakan itu adalah disebabkan tekanan dari pihak atasan dan tidak berupaya untuk mengelak.
“Ketika kemelut politik yang memuncak, saya menjadi serba salah antara amanah dengan kepentingan pekerjaan.
“Semua kenyataan berkaitan sidang dewan dan sebagainya saya perlu keluarkan dan perlu ditandatangan atas kapasiti saya sebagai setiausaha DUN sehinggalah saya mengeluarkan satu kenyataan yang kontroversi itu.
“Daripada kenyataan itu juga, sidang DUN terpaksa diadakan di bawah pokok kerana Adun Pakatan dihalang memasuki dewan,” katanya dalam wawancara itu.
Tambahnya, Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tidak pernah dijatuhkan undi tidak percaya oleh ahli dewan.
“Dan sebab itu saya tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan beliau tidak terlucut jawatannnya sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan sebaliknya,” katanya.

Siapa anak muda di sebalik tabir NGO “R”

MUNGKIN tidak ramai tahu isu royalti digerakkan anak muda yang non-partisan. Biar pun label PAS tidak boleh ditanggalkan, namun langkah mereka melangkau sempadan parti.

Buktinya kata Setiausaha Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti - R), Hisyamudin Ghazali, kalangan pemimpin Umno juga menyokong royalti.

Begitu juga katanya, tandatangan yang dikumpul bagi menuntut royalti sekarang sudah menjangkau 80,000. Mereka yang menandatangani termasuk Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Selain itu turut memberi sokongan Adun Nenggiri, Mat Yusoff Abdul Ghani, bekas Adun Tendong, Fauzi Mohamad dan ramai lagi. Kata Syam, R sebenarnya lahir secara spontan hasil pemikiran orang muda.

Enakmen p'raya tempatan PP sudah diwarta

NONEKerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan bahawa enakmen berhubung pilihan raya tempatan negeri itu telah diwartakan pada 5 Julai lalu.

Ahli majis Chow Kon Yeow berkata, beliau sudah menerima salinan pencetak enakmen itu hari ini.

Chow, yang juga ketua DAP negeri, berkata, enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 9 Mei itu kini "sudah menjadi undang-undang".

"Enakmen itu kini menjadi undang-undang walaupun tarikh pelaksanaan pilihan raya tempatan belum diumumkan," katanya dalam sidang media hari ini.

Ini bermaksud, sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan mengadakan pilihan raya tempatan, Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama menjalankan proses yang tidak lagi dilaksanakan sejak 1969 itu.

Soi Lek: Seksyen 114A dibahaskan dan diterima tanpa undian Parlimen..!!

Dr Chua berkata pihak pembangkang seharusnya menentang pindaan tersebut sewaktu ia dibentangkan di Parlimen. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Seksyen 114A dalam pindaan Akta Keterangan 1950 telah dibahaskan di Parlimen dan diluluskan tanpa undian belah bahagi, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Menurut beliau, pembangkang yang memainkan isu ini adalah hipokrit kerana mereka tidak mengundi dalam parlimen pada hari pindaan itu diluluskan.
“Jika sekiranya mereka menentang, mereka seharusnya memanggil Parlimen untuk undian belah bahagi untuk memastikan pindaan ini tidak digazetkan,” katanya dalam satu sidang media di Menara MCA hari ini.

Hudud yang mudah difahami, jangan caci


Faekah : Chua Perlu selesai Isu NFC Sebelum Debat Dengan MB

SHAH ALAM, 16 OGOS : Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong dinasihatkan untuk melupakan sahaja hasratnya berdebat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu penyusunan semula hutang Talam.
Sebaliknya beliau perlu memberi fokus untuk memperjelaskan kepada rakyat isu penyelewengan dana bernilai RM250 juta ekoran skandal NFC yang membabitkan kementeriannya.
Perkara ini dilontarkan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin sebagai reaksi terhadap cabaran Chua untuk berdebat dengan Abdul Khalid.
“Datuk Chua Tee Yong silap membuat percaturan apabila menganggap dirinya setaraf dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kedurjanaan fahaman nasionalisme

 
Fahaman kebangsaan atau 'asabiyah itu adalah di antara amalan-amalan jahiliyah kerana mereka tidak memperhitung kebenaran.

Marilah kita mengambil iktibar dan pengajaran bersempena menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi dengan menyingkap kembali bagaimana fahaman kebangsaan atau nasionalisme telah berjaya meresap masuk dan melemahkan dunia Islam dan umatnya.
Untuk memulakan bicara, kita perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan fahaman kebangsaan atau nasionalisme itu.
Ramli Awang, lulusan dalam bidang Usuluddin dan Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia, menjelaskan kepada kita apa itu fahaman kebangsaan dalam bukunya bertajuk “Kedurjanaan Nasionalisme”.
Perkataan ‘asabiyah, asabiyyun, taksub dan yang seumpama dengannya adalah tersusun dan berasal dari akarkata ‘asaba yang bermaksub menambat, mengikat atau memintal sesuatu (syaddah).
Sebuah hadith riwayat Ahmad dan Ibn Majah

Politik Haram Jadah : Aktivis OKU PKR terima ancaman bunuh

Isaiah D Jacob, pada 9 Ogos lalu, menerima sepucuk surat layang melarangnya bergiat aktif dalam politik pembangkang dan menyertai Himpunan Bersih.

KUALA LUMPUR: Seorang aktivis PKR daripada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) hari ini membuat laporan polis kerana menerima sepucuk surat layang berbaur ugutan bunuh.
Isaiah D Jacob, 46, yang mempunyai kecacatan kekal dikaki pada 9 Ogos lalu menerima sepucuk surat layang melarangnya bergiat aktif dalam politik pembangkang dan menyertai Himpunan Bersih.
“Kami ingin beri amaran terakhir kepada awak jika kau masih aktif dalam politik pembangkang khususnya PKR dan Bersih kami tidak teragak-agak untuk membunuh awak. Awak ingat Bersih dan parti PKR akan menolong awak?
“Lagi sekali jika kami nampak awak ambil bahagian dalam Perhimpunan Bersih kami akan bunuh awak atau patah satu kaki engkau,” surat layang tersebut dipetik.

BN's overdone propaganda BACKFIRES: Pakatan forges ahead in VOTERS' ESTEEM

BN's overdone propaganda BACKFIRES: Pakatan forges ahead in VOTERS' ESTEEMMalaysians are at a crossroad, torn between the decision to vote for either Barisan Nasional or the Pakatan Rakyat. For many, it is a difficult decision as so many things have to be factored in.
How many Malaysians will be lucky enough to make a choice based on their own free will? How many of them will vote based on receiving monetary gifts and election goodies that are being shamelessly dished out by the BN government? And how many would be willing to vote contrary to their families' wishes especially if their relatives are standing for the election or are bigwigs in the BN government?
I really wonder, how many Malaysians will be tempted to sell their votes? The answer might shock some but human nature has always been unreliable rather than constant. Remember the saying - the only certainty is uncertainty!
Yes, come every election, there will be opportunists out there wishing to make a quick buck by selling their votes. There will also be politicians out there ever willing to buy these votes. And the price per vote has just gone up!
Money talks!

Why build condos on Brickfields police land?

Little India with its thriving business community needs more than a police beat base, says PKR.

KUALA LUMPUR: PKR has questioned the federal government’s move to replace Brickfields’ district police headquarters with two high-rise condominiums.
Alleging that crime was on the rise in the area, Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar said that locals here needed a strong police presence.
Given the area’s prominence and heavy commercial activity, she did not think that a smaller police beat base – one suggested by the Federal Territories and Urban Wellbeing Ministry- was enough.
“They (Brickfields locals) need to enjoy a district police headquarters, and now the government [wants to] give them a mere police beat?” she told reporters in front of the former police station, along Jalan Tun Sambanthan.

Harakah beri sumbangan balik kampung

Perutusan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan | Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

Tubuhkan RCI teliti isu air Selangor - CASSA

Update: from the Turkey-Syria border

Nasharudin says not leaving PAS

Perutusan Aidilfitri 1433 H | Ustaz Shahril Azman al-Hafiz

Lebanese clan kidnap Syrians

Syria: Reports of heavy shelling in Azaz

Tazkirah Ramadhan 1433 H | Siri 10 | Ustaz Suhaimi Md Saad

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1433H YB Dato' Hj Mohd Amar B Nik Abdullah

Tausiah Kertas Kerja Kedua 16 Ramadhan 1433H

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1433H YB Dato' Hj Nassuruddin Daud

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1433H YB Dato' Hj Takiyuddin B Hassan

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1433H YB Dato' Hj Husam Musa

Fauziah bukan 'whistleblower' LRT Ampang, kata PKR

Water woes of Bukit Belimbing folks

William Leong: SYABAS Non Revenue Water reach 32%, just behind Indonesia!

Kematian dalam tahanan siapa bertanggungjawab???

Today in History for August 16th

BERNAMA fitnah TG Nik Aziz?

Semalam BERNAMA telah melaporkan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada PAS setelah bekas Timbalan Presiden PAS tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah pada Selasa.

Kenyataan yang menyebut nama Nasharudin itu sebenarnya adalah satu kenyataan yang ditokok tambah oleh BERNAMA sendiri kerana dalam kenyataannya TG Nik Aziz tidak langsung menyebut nama Nasharudin.

Polis cari 'Datuk Seri' bantu siasatan kes bunuh peniaga minuman

SHAH ALAM - Polis sedang mencari seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dan anak lelakinya bagi membantu siasatan kes seorang peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah tapak perniagaan di kawasan Downtown, The Mines, Seri Kembangan awal pagi Isnin lepas.
  
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata ahli perniagaan itu ialah Jaafar Shaari, 50, alamat terakhir di No 3, Jalan P11 K/12, Presint 11, Putrajaya dan anaknya Ahmad Jiwari @ Wari, 23, alamat terakhir di Lot 141, Kampung Pedas Hilir, Jalan Kundur, Pedas, Negeri Sembilan.
  

Najib fears backlash from Musa, Taib

Najib Tun Razak is worried that acting against Musa Aman and Taib Mahmud will open a Pandora box on Umno and BN's abuses.
By Calvin Kabaron
KOTA KINABALU: Any right-thinking Malaysians must now be asking why Prime Minister Najib Tun Razak is so reluctant to act against the chief ministers of Sabah and Sarawak, considering that both allegedly face overwhelming evidences of corruption and possible abuses of power.
Both Musa Aman of Sabah and the long-serving Taib Mahmud of Sarawak are reputedly the richest among 13 chief ministers in Malaysia, having reportedly stashed away billions and still actively accumulating wealth and properties both domestic and abroad.
FMT recently interviewed three scholars here who collectively agreed that Najib’s reluctance was due to possible backlash that might endanger the ruling party’s grip on its “fixed deposits” in the Bornean states.

OIC gantung Syria


MAKKAH - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah mengambil keputusan drastik dengan menggantung keahlian Syria, negara yang berhadapan dengan konflik lebih 17 bulan.
Perkara itu diputuskan pada sidang khas OIC yang berlangsung di sini dan diumumkan awal pagi ini.
"Wujud kebimbangan yang mendalam berkenaan dengan pembunuhan (orang ramai) dan tindakan tidak perikemanusiaan ke atas rakyat Syria," kata Menteri Hal Ehwal Luar Arab Saudi, Nizar Obaid Madani.
Presiden Bashar al-Assad Bagaimanapun keputusan itu dikatakan dibantah oleh Iran. OIC dianggotai negara yang mewakili 1.5 bilion umat Islam.
Pada sidang khas ini, Malaysia diwakili oleh Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak yang semalam menyatakan pendirian menyokong keputusan OIC ke atas Syria.
Pada sidang media, Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu pula berkata, keputusan itu menyampaikan "mesej keras" kepada Damsyik.
"Keputusan sidang menyampaikan satu mesej yang tegas daripada dunia Islam kepada rejim Syria," kata beliau.
"Dunia ini sudah tidak boleh lagi menerima sebuah rejim yang membunuh rakyatnya menggunakan pesawat, kereta kebal dan senjata berat," kata beliau lagi.
Kenyataan yang dikeluarkan menyebut bahawa negara-negara yang menyertai sidang khas telah bersetuju dengan keperluan mengambil tindakan segera bagi menghentikan penindasan di Syria dan "menggantung negara itu dari OIC."
Perkembangan terbaru ini dijangka akan mengenakan tekanan baru ke atas kepimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Bagaimanapun kesannya, menurut pemerhati, hanya dilihat satu simbolik.

TNB Perlu Selesai Segera Projek CAR, Bukan Ulang Kenyataan Krisis Elektrik


SHAH ALAM, 16 OGOS : Tenaga Nasional Berhad (TNB) diminta segera memberikan kerjasama kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelesaikan masalah Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Kampung Sungai Terentang yang tberlarutan lebih tiga tahun.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata sebelum ini Pegawai Tertinggi TNB menyatakan Selangor bakal menghadapi krisis elektrik merupakan ‘laungan ulangan’ yang dibuat sejak tahun 2007 sehingga kini.

Kedudukan OKU dalam Islam ada kesaksamaan

Islam amat menjaga kehormatan manusiawi. Kehormatan dan ketinggian darjat manusia ini dilindungi pula dengan hak-hak kemanusiaan. Tidak kira bagaimana rupa dan sifat manusia itu sama ada sempurna atau tidak, dia tetap tertakluk kepada darjat penghormatan sebagai manusia yang tidak boleh diabaikan. Islam telah mengisytiharkan sejak awal era kemunculannya tentang prinsip melindungi maruah, nilai dan karamah insaniah.

Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat 70:
“Sesungguhnya Kami telah memuliakan (status) anak-anak Adam.” Firman-Nya lagi dalam surah At-Tiin ayat 4:
“(Pada hakikatnya) Kami telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian.”

Menurut Dr Wahbah Al-Zuhaili:

“Hak-hak insan ialah himpunan beberapa hak tabi’i yang dimiliki oleh seseorang yang sangat berkait rapat dengan kewujudan tabi’inya; yang diperakukan secara alami walaupun belum diiktiraf atau yang dicerobohi oleh mana-mana kuasa.

Abby: 'Politik bukan bidang saya'


Abby: 'Politik bukan bidang saya'
Abby Abadi hadir pada program Ziarah Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Seri Muda semalam bersama anak-anaknya.
 
SHAH ALAM - Penglibatan selebriti ini dalam program politik mendapat perhatian ramai sejak menyerahkan borang keahlian menyertai Pas bulan lalu. Sejak itu dia hanya banyak menjawab pandangan dan kritikan menerusi alam siber Twitter.

Selain itu pandangannya hanya dapat diketahui menerusi pentas ceramah atau forum anjuran parti politik.

Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaieyah Abdul Manan mendapat pelbagai reaksi berikutan penghijrahannya ke dalam arena sebagai ahli Pas.