Jumaat, 10 Ogos 2012

APA HUKUM MCA, UMNO TOLAK HUDUD?

KUALA LUMPUR: "Jika DAP yang menolak hudud boleh dikatakan kafir harbi, bagaimana dengan Umno dan MCA yang juga menolak hudud."

Persoalan ini dibangkitkan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ekoran laporan muka depan akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mendakwa haram undi DAP.

Haram Jadah : Bukti-Bukti Umno Dan MCA Menolak Hudud


Penolakan Najib terhadap hudud...Berita ini hanya disiarkan dalam akhbar MCA
 

MCA membuat demonstrasi di depan pejabat PAS membantah Hudud


KUALA LUMPUR: "Jika DAP yang menolak hudud boleh dikatakan kafir harbi, bagaimana dengan Umno dan MCA yang juga menolak hudud."

Persoalan ini dibangkitkan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ekoran laporan muka depan akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mendakwa haram undi DAP.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu meminta Majlis Fatwa buat keputusan apakah benar fatwa Pengasas Pondok Genting yang sekian lama menjadi alat Umno itu.

Rogol : Yang ni kompom CELAKA lagi HARAM JADAH


SinarHarian melaporkan:
PUTRAJAYA - Pemain boling tenpin handalan kebangsaan Noor Afizal Azizan terselamat daripada hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.

Panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif sebulat suara mengetepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana membenarkan rayuan pendakwaan bagi meningkatkan hukuman.

Dalam keputusannya, Raus bersetuju dengan peguam Noor Afizal, Hisyam Teh Poh Teik bahawa kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.

Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk K.N.Segara dan Datuk Azhar Ma'ah adalah dua lagi hakim yang bersidang sebagai panel. - Sinarharian.  
Yang ni memang kompon CELAKA lagi HARAM JADAH.

Yang pertama sekali atlit yang konon "mempunyai masa depan yang baik" ni memang dah sah-sah CELAKA HARAM JADAH, merogol budah perempuan bawah umur. Tak kira walaupun suka sama suka sakata bawah umur tetap dianggap merogol.

Yang tak kurang tahap CELAKA lagi HARAM JADAH adalah 3 hakim berkenaan yang sebulat suara buat keputusan tu.

Tak ka CELAKA bila digunakan ayat "kepentingan awam tidak akan dilaksanakan jika Noor Afizal dihantar ke penjara memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik".

OIC, NAM dan harapan perpaduan dunia Islam

Bulan Ogos ini, ketika umat Muslim dunia sedang melaksanakan ibadah Ramadan dan menyambut kedatangan bulan Syawal, dua sidang kemuncak pertubuhan antarabangsa akan diadakan tidak jauh daripada satu sama lain.

Di Arab Saudi, pada 14 dan 15 Ogos, Riyadh menjadi tuan rumah sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam, OIC, yang dijadual untuk berlangsung pada tarikh 27 Ramadan, tarikh yang signifikan kepada pengikut Islam.

Kemudian, di Iran, sidang kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, NAM, dijadual pada 16 hingga 31 Ogos, ketika suasana Aidilfitri masih dirasakan.

Kedua-dua pertemuan diadakan pada masa yang kritikal dalam politik global - semasa kebangkitan di dunia Arab masih berlangsung dan persaingan kuasa-kuasa serantau dan dunia sedang rancak berjalan, yang menyaksikan Riyadh dan Tehran berada di kedudukan berseberangan.

Tokoh Umno sertai PAS esok


KUALA LUMPUR: Seorang tokoh penting Umno dijangka akan mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS malam esok.

Ia akan diadakan selepas Solat Tarawikh di Dewan KUIZM, Taman Melewar, Gombak.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangka akan menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari tokoh Umno itu.

Pengisytiharan itu akan dibuat pada majlis sambutan Badar Al-Kubra anjuran Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat yang akan diadakan di Dewan KUIZM, Taman Melewar Gombak.

"Pada program tersebut juga ada tokoh Umno akan membuat pengisytiharan menyertai PAS di hadapan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan orang ramai," kata setiausaha lajnah itu Misbahul Munir Masduki.

Tuduhan Rafizi terhadap saya lebih kejam, kata kak ijat..??

KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Pertuduhan nepotisme dari Rafizi Ramli terhadap Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya berkenaan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah lebih kejam daripada memanggilnya pembelot kepada agama, kata bekas menteri itu kepada Mahkamah Tinggi hari ini. “Yang mana lebih kejam, pertuduhan anda terhadap anak guam saya, atau kenyataan anda dengan memanggilnya ‘pembelot kepada agama’?” kata peguam Rafizi, Ranjit Singh, kepada Shahrizat.
“Apa yang anak guam anda tuduh kepada saya,” jawab Shahrizat.

"JANJI DITEPATI" - RON97 NAIK 10 SEN

Belum pun sempat nak stim, harga petrol RON97 naik semula 10 sen kepada RM2.90 seliter berkuatkuasa 12 malam ini.

Apa tidaknya, pada 6 Jun 2012 yang lalu harganya diturunkan 10 sen seliter menjadi RM2.80 seliter. Hari ini baru 2 bulan 3 hari kerajaan naikkan semula harganya. Seolah nampak sangat kerajaan hanya nak mempermainkan rakyat.

RON95 bila nak naik!?? 
"Janji Ditepati" "Haramjadah"

Selangor sedia ambil alih air bulan depan

Selangor mengalu-alukan keputusan kerajaan Persekutuan yang membenarkan kerajaan negeri itu untuk melaksanakan penstrukturan semula perkhidmatan air selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor sememangnya telah lama bersedia untuk melaksanakan penstrukturan semula industri air di negeri itu.Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri akan memanggil semula empat pemegang konsesi bagi menyelesaikan pengambilalihan syarikat konsesi berdasarkan harga pasaran yang munasabah.
“Bagi mempercepatkan proses ini, kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memuktamadkan pengambilalihan tersebut selewat-lewatnya September ini,” katanya dalam satu kenyataan.

UMNO giat meniup api perkauman

Oleh : rahimothman
Umno hari ini benar-benar terdesak, sebab itu tanpa rasa malu dan bersalah mereka sanggup membuat apa saja ! Menyemarakkan api perkauman sudah menjadi perkara biasa , memperalatkan Utusan Malaysia untuk menggempur Pakatan Rakyat menjadi satu kemestian.


Maka tiap-tiap harilah akhbar menghidangkan tajuk-tajuk panas yang diharap boleh menaikkan kemarahan orang Melayu,. tetapi hakikatnya ia disambut dingin, kerana orang Melayu, bahkan orang Cina juga sudah semakin bijak!
Politik kuno seperti yang diamal oleh Umno tidak lagi digemari oleh rakyat Malaysia. Mereka sedia maklum,.. Utusan sengaja menimbulkan rasa marah orang Melayu kepada orang Cina. Begitu juga sebaliknya,.. orang Cina diharap akan marah kepada orang Melayu. Begitulah bodohnya pemimpin Umno ! Mereka membodohkan diri sendiri serta sanggup diperbodohkan.. Apa-apa pun yang pasti, bom jangka buatan Umno tetap tidak akan meletup !!

Misteri Altantuya: Siapa sebenarnya PI Bala?

  

Pada mukasurat 4 dari dokumen 146, salah satu daripada 153 dokumen yang diserahkan kepada mahkamah Perancis yang menyiasat kes kapalselam Scorpene, polis Perancis berkata,
“Dalam bab yang bertajuk “Rakan Niaga”, Didier Arnaud berkata, “Pada 1 Ogos 2000, kami menandatangani satu kontrak usahasama dengan Thomson International Asia memperincikan tanggungjawab masing-masing. Apa saja pun persepsi tentang perjanjian tersebut, yang pasti ianya perlu diwujudkan untuk memastikan kejayaan operasi tersebut. Pengurusan Perimekar telah berubah sepanjang tahun lalu , dimana Tan Sri Razali dan kumpulan Pintar telah disingkirkan, manakala Suhadi bin Sulaiman, Rosli Rahman dan BALA SUBRAMANIAM mengambil alih pengurusan Perimekar. Perimekar juga disokong oleh Ismail Noor yang menyingkirkan Jasbir Chahl.
Kalau kita masih ingat, Cynthia Gabriel dari SUARAM mendedahkan nama Jasbir Singh Chahl pada 16 Jun 2012 dalam laporan berikut..

JanjiBERSIH: BN dan Polis Fobia Kuning Sejak 428!

KUALA LUMPUR 10 Ogos: Kerajaan Barisan Nasional (BN) didapati terlalu fobia dengan warna kuning sejak ia membanjiri seluruh pelusuk Kuala Lumpur (KL) pada Himpunan Bersih 28 April lalu.
Ketakutan itu sangat menyerlah apabila Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar melarang pemakaian baju kuning di himpunan Janji Bersih pada sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos nanti.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin meminta agar polis tidak perlu terlalu fobia dengan warna kuning kerana mahkamah telahpun mengisytiharkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sah mengikut undang-undang.
“Mahkamah dah putuskan yang tindakan Kementerian Dalam Negeri mengharamkan baju kuning dan Bersih adalah salah, jadi tak perlulah polis dan kerajaan takut sangat dengan warna itu,” kata Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard.
Beliau turut menempelak Ismail kerana mendakwa, NGO yang terlibat dalam penganjuran Janji Bersih itu mempolitikkan sambutan kemerdekaan.

Life with the Pakatan will make you RICH! Reclaiming national wealth from the BN

Oh yes, under a Pakatan Rakyat government your life will be transformed. The highways that you travel on would be toll-free, even the petrol that you need to feed your engine would cost lesser, while you could get a new set of wheels at half the price. Good riddance to that old worn out junk starting to fall into pieces.
Life with the Pakatan will make you RICH! Reclaiming national wealth from the BNEven your children’s education will be funded by the state. So with more spending power Malaysians can afford a better quality of life, without having to be indebted up to their noses.
The 1Malaysia Privilege Card to be given to all Malaysians would become a joke, as everyone would already be enjoying lower prices that come with their own credit cards in the future.
A political transformation
PR will ensure a free market economy, so that goods remain competitive and within the budget of everyone. Protectionist policies would become a thing of the past, and businesses that do not learn to compete on a level playing field will suddenly find themselves out of business e.g. Proton. Er.. hem!
This also translates into a healthy economic trend that will encourage businesses to innovate and embark on research and development.
Foreign investment will return by leaps and bounds, as the political climate improves and Malaysia becomes a fully-budding and blossoming democracy.
Naturally, the brain drain will be reversed as patriotic overseas Malaysians return to their homeland, keen to help revamp the country.
Even personal freedoms and statutory rights would be protected, allowing everyone to say their piece in the administration of this country.
Oil producing states would receive 20% oil royalty instead of the current 5% which is yet to be given to states like Kelantan. The current 5% that Kelantan deserves which amounts to RM800 million a year would make life really bright for the Kelantanese and for the people in Sabah and Sarawak too.
Political sanity and widespread reforms

CONFIRMED! Umno NOT able to unite the Malays: Latest hudud card backfires

A self-professed Islamic pondok (a village madrasah) “religious scholar” declared it “haram (forbidden)” for Muslims to support DAP, according to a front page story in Umno’s Utusan Malaysia, but added that MCA and MIC were acceptable because the two BN (Barisan Nasional) parties recognised Islam’s supremacy.
He said that Muslims must not vote for DAP and its two allies PAS and PKR in the federal Opposition pact of PR (Pakatan Rakyat) in the 13th general election that must be called before April next year.
CONFIRMED! Umno NOT able to unite the Malays: Latest hudud card backfiresTo the majority this statement sounds more politics than Islamic. It only infers how “retarded” a person can be when it comes to understanding Islam. Utusan being UMNO’s mouthpiece, this statement has gravely backfired on the party.
UMNO is shuffling the race-cum-religious cards for political mileage much to the chagrin of right-minded Malaysians. The next general election will only see more non-Muslim and Muslim votes going to the Opposition. Is UMNO aware that DAP, MCA, MIC, Gerakan and other non-Muslim parties and in fact all the non-Muslims in the country recognise that Islam is the official religion of this country?
Has DAP-led Pakatan government in Penang become anti-Islam in Penang since the takeover of the state in 2008? In fact the state government of Penang has done more than BN for the Muslims in Penang just within 4 years to build up a better image of Islam in the state.
“We have no problems with DAP-led government,” commented a mosque Imam in Penang.  “They support us and we don’t see them against Islam,” he added.
Not against Islam

'Wartawan masuk zon perang semasa BERSIH' - PDRM



Cara pengendalian wartawan dipersoalkan oleh polis, apabila ia dianggap faktor penyumbang kepada insiden kekasaran terhadap petugas media oleh polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

"Menurut garis panduan... mereka tidak harus memasuki zon perang ketika membuat liputan. Semasa BERSIH, mereka meletakkan diri dalam zon perang.

"Mereka berada antara pihak berkuasa dan peserta. Jika berlaku rusuhan, mereka akan terperangkap antara kedua-dua pihak," kata ACP Jamaluddin Abdul Rahman kepada inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi menyiasat kekasaran pihak berkuasa dalam perhimpunan itu.

Janji Bersih bukan politikkan Merdeka - Pak Samad


KUALA LUMPUR: Datuk A.Samad Said menyangkal dakwaan pihak polis kononnya program 'Janji Bersih' di Dataran Merdeka 30 Ogos ini sebagai cuba mempolitikkan sambutan Merdeka.

Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu berkata, perkara itu tidak timbul kerana program itu dibuat bersama 26 kelompok NGO yang mahu janji Bersih lalu ditunaikan.

"Memang tidak wujud (mempolitikkan sambutan merdeka), oleh kerana Bersih sendiri itu pun bukan badan politik, apa lagi dengan gabungan badan-badan yang lain.

"Untuk IGP berfikir bahawa ini satu perlawanan oleh Bersih, itu tidak betul," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan di Gombak petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar agar gabungan NGO itu tidak mempolitikkan sambutan ambang merdeka dengan berbaju kuning di Dataran Merdeka 30 Ogos ini.

KJ: BN boleh menang 90 kerusi pembangkang...he.he..menantu pak lah..!!!



Khairy Jamaluddin BUKIT MERTAJAM - Pemuda Umno akan memberi tumpuan di 90 kawasan diwakili pembangkang yang diyakini boleh dimenangi Barisan Nasional (BN) jika diberi lebih perhatian kerana kebanyakan penduduk di kawasan itu adalah pengundi atas pagar.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pemilihan 90 kawasan itu dibuat selepas Pemuda Umno menjalankan kaji selidik baru-baru ini, bagi mengenal pasti kawasan yang mampu dimenangi BN.
“Sudah pasti kita melihat kawasan tumpuan tertentu terutama Parlimen yang ada harapan menang dan melalui kaji selidik dijalankan Pemuda Umno, sebanyak 90 kawasan pembangkang dikenal pasti mempunyai peluang cerah untuk BN menang.

Parti-parti politik Sabah ‘seperti mati’ selepas era Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Parti-parti politik di Sabah seperti “sudah mati” selepas Tun Dr Mahathir Mohamad berkuasa menjadi perdana menteri dengan kehadiran ramai pendatang tanpa izin ke negeri itu, kata timbalan pengerusi Parti Perubahan Negeri (Star), Daniel John Jimbun.
Beliau mendakwa projek IC Dr Mahathir telah menyebabkan ramai warga asing menjadi pengundi dalam pilihan raya dan kepentingan penduduk asal tidak lagi diambil kira.
“Kenyataan Dr Mahathir pada hari Rabu yang lalu tentang warga asing yang sudah tinggal di Sabah harus mendapat kewarganegaraan sangat membahayakan, dan Star mencabar parti-parti komponen BN di Sabah supaya keluar agar dapat membela warga tempatan,” katanya lagi.
“BN Sabah tidak seharusnya mempertahankan kenyataan Dr Mahathir, kerana kenyataan ini mendahului Suruhanjaya Di Raja (RCI)  mengenai isu ini,” kata Jimbun lagi.

14 Ahli Parlimen dari Sarawak akan menyertai Pakatan Rakyat ..???



KUALA LUMPUR - Kehadiran Perdana Menteri Najib Tun Razak di Kuching hari ini, beberapa jam sebelum Anwar Ibrahim dan Lajim Ukin adalah untuk menghadiri 1 perhimpunan di sana, telah melahirkan khabar angin bahawa yang pemimpin PKR de facto mungkin lebih dekat kepada matlamat itu orang-orang yang meyakinkan Menteri Taib Ketua Mahmud, untuk menukar kem atau mengisytiharkan kemerdekaan mereka.

Menurut sumber-sumber ini, lawatan "terburu-buru" Najib bertujuan untuk meyakinkan Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) 14 Ahli Parlimen tinggal dengan Barisan Nasional (BN).

SHIAH@SYIAH Kategori ISLAM Yang Mana ? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Cari REZEKI Di Bank KONVENSIONAL - Ustaz Azhar Idrus

Jalan JIHAD Buat PEKERJA Di Bank Yang Amal RIBA - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Perempuan PINANG Lelaki - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Baca TAHIYAT Laju - Ustaz Azhar Idrus

When MediaRakyat Met Anwar Ibrahim !!!

Ex Bt Jalil tappers to continue fight for housing land

S'gor MB: RM2bil cash reserve not for BN's taking

Fauzi: Hubungan PAS-DAP redakan ketegangan kaum

FRU Berlatih Lain.. Buat Lain.

Kadang-kadang tak payah nak cakap atau tulis panjang-panjang bagi orang faham, sebab kadang-kadang orang malas nak baca.

letak gambar je pun dah faham kot kadang-kadang.. nah tengok gambar bawah nei..



Tengok pulak gambar bawah nei,



Ohh lain tekniknya .. masa latihan ke atas tinggi..... masa betul-betul.. kedepan muka orang.. tak pun mata.. pipi... mana sempat je.... janji ada yang lebam dan sesak nafas

Isu di Sabah: Dr M mempunyai 'migrant mentality'

Dr Mahathir telah membuatkan rakyat sebenar Sabah merasa tersinggung kerana kenyataan beliau (Mahathir) bahawa pendatang yang telah lama datang ke Sabah diberikan kerakyatan kerana mereka sudah pandai berbahasa Melayu. Alasan untuk memberikan kerakyatan kepada pendatang ini amat memilukan kita sebagai rakyat negara yang merdeka dan kononnya sedang menuju kemajuan setanding dengan negara-negara maju.
Ketua Penerangan Parti UPKO, Datuk Donald Peter Mojuntin, telah membidas Dr Mahathir kerana tidak sensitif terhadap perasaan rakyat khususnya rakyat Sabah. Bekas Perdana Menteri itu tidak memahami bahawa isu pendatang yang terlalu ramai ini akan menjejaskan keselamatan negara kita akhirnya. Kini seramai 27% daripada keseluruhan rakyat Sabah terdiri daripada pendatang asing khususnya dari Filipina. Ratusan ribu yang lain yang menetap di Sabah secara haram dan tidak ada apa-apa tindakan dari pihak kementerian keselamatan dalam negeri. Ianya amat mengerikan.

1MALAYSIA YANG MALANG...!!!!

AMAT malang bagi Malaysia di ambang persiapannya untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-55 ia bertempur dengan isu tema yang dipertikai dan tidak diterima oleh semua pihak.

Tanda Kiamat: Amanah disia-siakan

Salam semua,

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ بَيْنَمَا   آلنَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ القَوْمَ جاءَهُ أَعْرَا بِيٌّ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ فَمَض رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ فَقَالَ بَعْضُ القَوْمِ سَمِعَ مَا قَالَ فَكَرِهَ مَا قَالَ . وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ لَمْ يَسْمَعْ. حَتَّى اِذَا قَضَ حَدِيْثَهُ قَالَ أَيْنَ أَرَاهُ السَّائِلَ عَنِ السَّاعَةِ قَالَ هَا أَنَا يَا رَسُولُ الله . قَالَ فَاِذَا ضُيِّعَتِ اَلا مَا نَةُ فَا نْتَظِرِ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ اِضَا عَتُهَا قَالَ اِذَا                         وُسِّدَ الا مْرُ اِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: "Pada suatu ketika, Nabi S.A.W sedang berbicara dengan orang yang ramai (memberi ceramah atau pengajian), tiba-tiba datang seorang Arab pedalaman menanyakan kepada beliau : Bilakah datangnya saat (kiamat)?"
Rasulullah S.A.W tidak langsung menjawab, tetapi beliau meneruskan perbicaraannya dengan orang ramai. Kerana sikap Rasulullah yang demikian, orang mengatakan Rasulullah SAW mendengar pertanyaan itu tetapi beliau tidak menyukainya. Dan setengah lagi mengatakan Rasulullah SAW tidak mendengarnya.
Setelah Rasulullah SAW selesai berbicara, beliau bertanya, " Di mana orang yang bertanya perkara saat tadi?"

Janji Bersih: BN fobia kuning di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR 10 Ogos: Kerajaan Barisan Nasional (BN) didapati terlalu fobia dengan warna kuning sejak ia membanjiri seluruh pelusuk Kuala Lumpur (KL) pada Himpunan Bersih 28 April lalu.
Ketakutan itu sangat menyerlah apabila Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar melarang pemakaian baju kuning di himpunan Janji Bersih pada sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos nanti.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin meminta agar polis tidak perlu terlalu fobia dengan warna kuning kerana mahkamah telahpun mengisytiharkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sah mengikut undang-undang.
“Mahkamah dah putuskan yang tindakan Kementerian Dalam Negeri mengharamkan baju kuning dan Bersih adalah salah, jadi tak perlulah polis dan kerajaan takut sangat dengan warna itu,” kata Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard.
Beliau turut menempelak Ismail kerana mendakwa, NGO yang terlibat dalam penganjuran Janji Bersih itu mempolitikkan sambutan kemerdekaan.

JAIS Tahan Lapan Individu Dalam Ops Peminta Derma

SHAH ALAM 10 OGOS : Seramai lapan peminta derma menggunakan sijil pendaftaran madrasah dan tahfiz bagi meraih simpati ditahan dalam satu operasi oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sekitar bandaraya Shah Alam dan Petaling Jaya, di sini semalam.
Operasi selama tiga jam di sekitar bandar itu diketuai Penolong Pengarah Unit Perundangan dan Kesalahan Jais, Zaaba Zakaria dengan membabitkan kira-kira 15 anggota penguatkuasa.
Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa Jais, Hardi Mohamad Sadali berkata, kesemua individu yang ditahan berusia antara 16 hingga 50 tahun, di mana tiga daripadanya disahkan warga asing.
Menurut Hardi, kegiatan ini biasanya tertumpu di kawasan awam seperti pam minyak, restoran dan kaki lima permis perniagaan.
Beliau berkata, kegiatan itu semakin rancak dijalankan sepanjang Ramadan hasil daripada pemantauan penguatkuasa dan aduan orang ramai sebulan yang lalu.
“Jais mendapati ada antara peminta derma yang ditahan ini tidak memiliki kebenaran atau lesen sah daripada Majlis. Ada di antara mereka terlibat dengan sindiket menggunakan kanak-kanak sebagai mangsa.
“Kita juga mengenalpasti bahawa mereka ini biasanya akan mula beroperasi sekitar pukul 8 pagi sehingga 12 tengah malam dan didapati ‘menjual’ barang-barang tidak bersesuaian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Jais, di sini.
Di bawah Enakmen 106 Pentadbiran Agama Islam Negeri, Jais berkuasa merampas wang hasil kutipan derma dan diserahkan kepada Baitulmal.
Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Ketua pembangkang jadi presiden baru Libya


(Magarief, bertali leher merah, telah melakukan banyak cubaan untuk menghentikan pemerintahan Muammar Gaddafi)

TRIPOLI (Libya): Dewan Undangan Nasional Libya telah memilih Mohammed Magarief, bekas pemimpin pembangkang sebagai Presiden setelah kongres baru untuk negara Afrika Utara itu memulakan pemerintahannya.

Magarief, ketua Parti Barisan Nasional (National Front Party), akan mengetuai 200 ahli kongres, yang akan menamakan seorang Perdana Menteri, meluluskan undang-undang dan memimpin Libya  ke arah pilihanraya parlimen yang sepenuhnya selepas perlembagaan baru didrafkan tahun hadapan.

Magarief, dilihat sebagai pejuang Islam moderat, adalah pemangku Ketua Negara, namun kuasa sebenar beliau belum benar-benar dipastikan.

Bekas diplomat yang tinggal dalam buangan sejak tahun 1980-an ini adalah figur terkemuka dalam gerakan pembangkang tertua Libya – Barisan Penyelamat Libya Nasional (National Front for the Salvation of Libya) – yang telah berulang kali cuba menjatuhkan pimpinan Libya sebelum ini, Muammar Gaddafi.

Kutip Derma : Muallaf palsu ikut bersolat

Kira-kira 30 jemaah tidak menyangka diri mereka ditipu dengan memberi sumbangan kepada dua lelaki yang menyamar sebagai mualaf ketika menunaikan solat Tarawih di Masjid Sultanah Aminah Tanjung Radin (gambar) dekat sini, malam kelmarin.Difahamkan, anak-anak kariah ternampak dua lelaki itu ketika majlis berbuka puasa yang dianjurkan kariah masjid terbabit, namun tidak menghiraukan mereka.Mohd Tarmizi Awang, 32, berkata, selepas berbuka puasa dua lelaki bercermin mata sama itu masuk ke dalam masjid bersama anak kariah lain bagi menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.
Menurutnya, selepas solat imam masjid mengumumkan kepada jemaah bahawa dua lelaki itu adalah mualaf yang ingin memohon sumbangan peribadi untuk kos pembelajaran agama di Pondok Pasir Puteh Kelantan.
“Saya mensyaki dua lelaki itu adalah penipu dan menyamar sebagai mualaf bagi mendapatkan sumbangan.
“Seorangnya daripadanya lingkungan umur 40-an berpakaian baju T dan seluar jeans dan kopiah hitam, manakala seorang lagi lingkungan umur 50-an memakai kemeja berseluar jeans dan berkopiah,” katanya.
Menurutnya, disebabkan perasaan curiga yang kuat terhadap dua lelaki itu menyebabkan dia segera menghampiri mereka selepas solat Tarawih dan tazkirah Nuzul al-Quran bagi mendapatkan kepastian.

16 Dibunuh : Morsi pecat serta merta Ketua Perisikan dan Gabenor Sinai

"Presiden Mesir Mohamed Morsi memecat Ketua Perisikan dan Gabenor Sinai Utara dalam REORGANISASI yang juga melibatkan ketua polis. Pengumuman itu dikeluarkan tidak lama selepas operasi tentera di Semenanjung Sinai.

Dalam pernyataan melalui televisyen hari Rabu, tentera Mesir mengatakan telah memulakan operasi di Sinai untuk memulihkan kestabilan dan kembali menguasai kawalan di kawasan itu. Sejak jatuhnya presiden Hosni Mubarak tahun lalu, terjadi peningkatan pemberontakan di bahagian-bahagian wilayah Sinai.

Khairy Nampak Kain Orang Terselak, Lupa Seluar Dalam Sendiri Carik...

Oleh Mohd Sayuti Omar
Ketua Pemuda Umno yang tidak ada kuasa, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan kepelbagai tema hari kemerdekaan diperkenakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebagai raksasa berkepala tiga seperti mana dalam mitos Yunani. Aduh... sedap bunyi komen Khairy Jamaluddin! Komen beliau itu sudah tidak terpakai lagi kerana kalau beliau meng up-date kan pengetahuannya komen itu tidak relevan

Kesemua negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk menggunakan tema sama yang diluluskan oleh PR iaitu "Sebangsa, Senegara, Sejiwa". Timbul sedikit kekalutan dan keplebagaian itu disebabkan Pakatan Rakyat lewat dalam mengemukakan tema khusus. Kalau PR awal-awal lagi menyediakan tema dan slongan khusus nescaya kepelbagai itu tidak timbul.

NFC: Rafizi, Zuraida anggap permulaan baik



KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersambung hari ini dengan sesi pertanyaan dari peguam defenden berhubung keterangan beliau sebelum ini.

Shahrizat telah mengemukakan saman RM100 juta terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berhubung penyelewengan projek kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Setan Ramadhan : Jual nasi seawal 10 pagi


Jual nasi seawal 10 pagi
Pelajar sekolah turut kelihatan membeli makanan seawal jam 10 pagi.
 
TAMAN KERAMAT - Tindakan segelintir peniaga di AU3, di sini yang menjual makanan seawal jam 10 pagi menimbulkan kecurigaan penduduk setempat apabila ramai pembeli beragama Islam datang membeli.
Melalui aduan orang ramai, tinjauan Sinar Harian mendapati tiga gerai nasi berlauk menjalankan perniagaan sekitar jam 10 pagi.
Bagaimanapun, aktiviti tersebut mengundang curiga dan ketidakpuasan hati penduduk setempat yang mahukan pihak berkuasa agama menyiasat.

OKU juga mahu contribute kepada masyarakat

NFC : Rafizi,Zuraida Puas Hati Soal Balas Peguam

1Malaysia tak menyatukan negara


AMAT malang bagi Malaysia di ambang persiapannya untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-55 ia bertempur dengan isu tema yang dipertikai dan tidak diterima oleh semua pihak.

Tema 55 Tahun  Merdeka ‘Janji Ditepati’ tidak dapat diterima oleh Pakatan Rakyat yang memerintah empat buah kerajaan negeri iaitu Kelantan, Kedah, PUlau Pinang dan Selangor.

Justeru kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Najib tidak sedia menukar tema itu, maka kerajaan  Pakatan Rakyat bersetuju menggunakan tema lain seperti yang setuju setakat ini iaitu Sebangsa Senegara Sejiwa.

Fatwa kafir harbi umpama ajak berperang.....kerja jahat UMNO pecah belahkan rakyat...!!!


KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) berkata tindakan membuat 'fatwa' bahawa DAP adalah 'kafir harbi', boleh membawa kesan mendalam seolah-olah meminta orang Islam berperang.

"Kemungkinan dia tidak tahu kesan kenyataan, kesan perkataan dikeluarkan, tidak tahu bahawa ia boleh membawa kepada permusuhan, tidak baik bagi negara majmuk dan pelbagai agama seperti Malaysia," katanya dipetik Sinar Harian Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah, dipetik Utusan Malaysia kelmarin bahawa umat Islam haram menyokong DAP kerana ia menolak Islam dan tergolong dalam kafir harbi.

'Wakil Pakatan akui Tanda Putera tiada sentimen kaum' - Shumi

NONEWakil Pakatan Rakyat yang sudah menonton Tanda Putera kini merasakan filem kontroversi yang memuatkan babak tragedi 13 Mei itu tidak mempunyai sentimen perkauman, kata pengarahnya Shuhaimi Baba.

"Selepas menonton filem ini, mereka tidak merasakan ia mempunyai sentimen perkauman," kata Shumi ketika itu," Shuhaimi dipetik sebagai berkata kepada sebuah harian hari ini.

Bercakap kepada Sinar Harian, beliau yang juga dikenali sebagai Shumi berkata, selain wakil Pakatan, pihak BN juga sudah diundang menonton karya terbarunya itu.

Beliau juga menolak tanggapan filem sejarah yang mengisahkan persahabatan antara perdana menteri kedua Tun Abdul Razak dan timbalannya Tun Dr Ismail itu akan mencetuskan kontroversi.

Tanda Putera sebelum ini dikritik Lim Kit Siang apabila laman Facebook rasminya mendakwa ketua parlimen DAP itu kencing di tiang bendera rumah menteri besar Selangor menjelang peristiwa 13 Mei.

After Dr M's SLAP IN THE FACE, can Sabahans expect any justice from Najib's RCI

After Dr M's SLAP IN THE FACE, can Sabahans expect any justice from Najib's RCIFormer Malaysian Prime Minister Mahathir bin Mohamad Anak Lelaki Iskandar Kutty of humble peasant origins in Kerala, India has done it again!
He has shot himself in the foot, as usual, and this time by pontificating sanctimoniously on the issue of citizenship in Malaysia.
Patently, it’s not fair to the Malayalees who so far have been considered people with more than their fair share of grey matter. Mahathir is giving them a stink that they can no longer bear. They should seriously consider ex-communicating him from the tribe as someone who has unfortunately inherited the worst of both worlds i.e. the Malayalee and the Malay.
There has always been something more than warped logic about Mahathir, twisted being the term that readily springs to mind. This can be put down to the fact that he doesn’t have his head screwed on quite right and this is reflected in his personality and character being chronically under-developed, having never really arisen from the sub-human sub-species level.
Illegal immigrants in heaven right now after Mahathir

Syarikat judi juga terlibat dalam saham FGVH?


KUALA LUMPUR: PAS memohon penjelasan kerajaan berhubung maklumat yang mengatakan syarikat Genting Bhd pernah menguasai 12 peratus saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) dengan pegangan sebanyak 407, 005,000 unit melalui peruntukan khas.

AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata apa yang lebih memeranjatkan laporan Bloomberg Peers menyebut bahawa, urusniaga FGVH antara 16 Julai hingga 9 Ogos, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAM) telah membeli saham Genting tersebut.

"Menjadi tandatanya, kenapa Genting jual sahamnya? Adakah ia menjadi proksi kepada tokoh tertentu? Kenapa Dana awam diguna untuk membelinya," soal Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Sebelum ini, Mazlan melalui NGO nya itu pernah mendedahkan pembabitan syarikat yahudi, Louis Dreyfus dan Bonge Limited dalam FGVH.

Bersih bukan zon perang, tak perlu serang wartawan – SU Agung NUJ

KUALA LUMPUR 10 Ogos: Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), V Anbalagan menyangkal wakil polis, ACP Jamaluddin Abdul Rahman kerana mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 seperti zon perang.
Saksi pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung dakwaan keganasan polis itu berkata, perhimpunan pada 28 April lalu tersebut bermula aman dan bertukar kecoh selepas polis melepaskan gas pemedih mata.
Beliau juga membidas dakwaan Jamaluddin bahawa keselamatan petugas media lebih terjamin jika ditempatkan di kawasan selamat, seperti di dalam bangunan.
“Petugas media, terutamanya jurukamera perlu berada dekat dengan tempat kejadian supaya dapat merakam peristiwa dengan lebih tepat.

Lawak Jumaat : Shahrizat tidak tahu anaknya terlibat dalam projek NFCShahrizat tidak tahu anaknya terlibat dalam projek NFC


KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak mengetahui anak keduanya terlibat dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) sehinggalah diberitahu pada 2007.
Shahrizat Abdul Jalil
Shahrizat berkata sebelum itu beliau tidak mengetahui bahawa Wan Shahinur Izran Mohd Salleh, 28, telah menjadi pengarah syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sejak Disember 2006.

Beliau mula mengetahui perkara itu apabila suami beliau, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Ismail memberitahu mahu anak-anak mereka pulang ke tanah air dari luar negara untuk membantu menguruskan projek tersebut.

"Saya tidak tahu mengenai bidaan projek tersebut. Saya hanya tahu pada sekitar 2007 selepas suami saya menyatakan hasrat mahu anak-anak pulang ke tanah air untuk membantunya dalam projek ini.

Ekonomi Mantap : Harga simen naik, PKMM mahu jumpa kerajaan

ALOR SETAR - Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan sekiranya masalah kenaikan harga simen berterusan.

Naib Presiden PKMM, Ahmad Fatahi Omar berkata pihaknya membantah tindakan pembekal simen menaikkan harga sejak 1 Ogos lepas, yang sebenarnya lebih kepada usaha mendapatkan untung yang lebih.

Beliau yang juga Yang Dipertua PKMM Kedah berkata sekiranya hal ini berterusan pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk membincangkan perkara itu.

Johari Cabar Pandelela, peminat tuntut 'janji kerat'

SHAH ALAM - Gara-gara pertikai kebolehan penerjun negara, Pandelela Rinong, para peminatnya menuntut seorang pemegang akaun laman sosial Facebook, Johari Pain agar menunaikan janji yang dia sanggup memotong kemaluan jika atlet itu memperoleh pingat dalam acara Sukan Olimpik yang disainginya.
Laman sosial yang menyokong Pandelela. Johari membuat kenyataan itu beberapa jam sebelum Pandelela bersaing dalam peringkat akhir acara 10m Platform Wanita awal pagi tadi (waktu Malaysia) selepas berjaya di separuh akhir.
Pandelela dari Sarawak memperoleh pingat gangsa, sekali gus mencatatkan rekod sebagai atlet wanita pertama membawa pulang pingat.
Johari antara lain menulis: "Gua berani kerat xxxx laa kalau Pandelela menang pingat malam nih.. (saya berani memotong anu kalau Pandalela menang pingat malam ini...)."
Tindakannya itu berhadapan dengan reaksi marah dan tersinggung, yang rata-ratanya menggesa dia memohon maaf.
Johari yang menggunakan akaun Twitter @JohariPain dalam mesej meminta maaf berkata, "saya sudah memohon maaf, tapi tidak pulak orang nak print screen... siap suruh buat permohonan maaf dekat @buletintv3 lagi."
"Sedangkan Nabi boleh ampunkan umat, takkanlah manusia biasa tidak boleh memaafkan orang lain... saya sedihlah," katanya dalam mesej Twitter berikutnya.

Bom jangka : Umno mahukan ketegangan kaum !!

Umno hari ini benar-benar terdesak, sebab itu tanpa rasa malu dan bersalah mereka  sanggup membuat apa saja !  Menyemarakkan api perkauman sudah menjadi perkara biasa ,  memperalatkan Utusan Malaysia untuk menggempur  Pakatan Rakyat menjadi satu kemestian.

Maka tiap-tiap harilah akhbar menghidangkan tajuk-tajuk panas yang diharap boleh menaikkan kemarahan orang Melayu,. tetapi hakikatnya ia disambut dingin, kerana orang Melayu, bahkan orang Cina juga sudah semakin bijak!  

Politik kuno seperti yang diamal oleh Umno tidak lagi digemari oleh rakyat Malaysia.   Mereka sedia maklum,.. Utusan sengaja menimbulkan rasa marah orang Melayu kepada orang Cina. Begitu juga sebaliknya,.. orang Cina diharap akan marah kepada orang Melayu.  Begitulah bodohnya pemimpin Umno !  Mereka membodohkan diri sendiri serta sanggup diperbodohkan.. Apa-apa pun yang pasti,  bom  jangka  buatan Umno tetap tidak akan meletup !!

Oleh : rahimothman

Air di Selangor: Benarkah ada krisis atau SYABAS sembunyi maklumat daripada rakyat?


KUALA LUMPUR 10 OGOS: Selangor sebenarnya tidak mengalami krisis air. Ia hanya dakwaan ciptaan kroni Barisan Nasional, iaitu syarikat air nasional SYABAS serta media kawalan UMNO-BN untuk memperlekehkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.
Buktinya ialah istilah “krisis air” disebar meluas dalam media arus perdana tetapi sehingga hari ini tidak ada satu bukti pun kononnya Selangor mengalami krisis air.
Malah, sehingga hari ini, memorandum yang telah dihantar oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Gabungan Menentang Penswastaan Air (CAWP) kepada SYABAS pada 26 Julai lalu masih belum dijawab.
Tuntutan maklumat itu meminta SYABAS supaya: