Khamis, 9 Ogos 2012

Solat JAMAK Di Kuala Kangsar - Ustaz Azhar Idrus

Cara ELAK Was-Was Mandi WAJIB - Ustaz Azhar Idrus

PEREMPUAN Tak Boleh MASUK Kubur ? - Ustaz Azhar Idrus

SOLAT Terlebih TAKBIR - Ustaz Azhar Idrus

LELAKI Berwuduk Sengaja Pegang Telur KEMALUAN - Ustaz Azhar Idrus

Royalti: Najib jangan lengah dan dalih

Fatwa tentang DAP: Tanda dalil dunia nak kiamat

Dalil hari kiamat hendak sampai sudah kian nampak jelas. Apabila dunia sudah hampir hendak kiamat Tuhan akan menunjukkan dalil-dalil jelas tentang ketibaan kiamat itu. Dalil-dalil itu merupakan elemen atau kejadian yang songsang dengan keadaan dan elemen yang biasa dalam kehidupan umat dan makhluknya.
Sebenarnya dalil-dalil ini sudah lama dilihat oleh manusia yang celek agama dan ketuhanan mereka. Hanya kita tidak tahu siapa yang celek dalam segi ketuhanan kerana itu hanyalah berada dalam pengetahuan Tuhan yang maha Esa. Kita diberitahu oleh agama dan kitab-kitab kita yang unsur yang terbalik dari norma-norma biasa merupakan dalil-dalil tentang ketibaan kiamat.
Di antara dalil-dalilnya yang jelas ialah yang bathil itu bermaharajalela dan yang haq itu sentiasa tertindas di dunia ini. Perkara yang baik itu diambil sebagai perkara yang tidak baik dan jahat dan sebaliknya mana-mana yang jahat dan bathil itu dianggap baik dan diterima sebagai perkara dan tindakan baik. Perempuan berkuasa dan lelaki tunduk kepadanya. Itu adalah dalil yang telah kita lihat di hadapan mata kita sentiasa di akhir zaman ini. Disekeliling kehidupan kita seharian pada hari ini kita menyaksikan bagaimana perempuan mempunyai kuasa yang boleh menundukkan suami mereka.

MB Selangor: Panel khas ditubuh ambil alih konsesi air



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim SHAH ALAM - Sebuah jawatankuasa khas yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Muhammad Khusrin Munawi telah diwujudkan untuk memuktamadkan pengambilalihan empat syarikat konsesi air di negeri ini selewat-lewatnya bulan depan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Empat syarikat konsesi air di Selangor itu ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) and Konsortium ABASS.
Pengambilalihan itu akan dibuat berdasarkan harga pasaran munasabah, kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan hari ini.

Mahathir: Keluar parti 'risiko' bagi BN...."Punahsihat Terhormat"


Tun Dr Mahathir Mohamad SHAH ALAM - Di sebalik spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipanggil dalam waktu terdekat, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kekurangan besar yang sedang dilalui Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri ialah beliau mewarisi sebuah kerajaan yang lemah.
"Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan yang lemah," kata Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003.
Bercakap kepada Bloomberg, Dr Mahathir berkata, sebarang bentuk berpaling tadah akan menyebabkan "BN kalah dalam pilihan raya akan datang."

Lebong : Tema 'Janji Ditepati' Berlandaskan Tuntutan Islam, Bukan Retorik Politik - PM

KUALA TERENGGANU: Tema Hari Kebangsaan tahun ini 'Janji Ditepati' sama sekali tidak merupakan retorik politik sebaliknya ia berlandaskan kepada tuntutan agama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tema itu sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) berpegang kepada al-Quran dan Sunnah dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat keseluruhannya.
"Tema ini berpaksikan kepada rukun agama. Kita (BN) berjuang untuk tepati janji kepada rakyat. Kita akan tepati janji kita untuk beri kepercayaan pada rakyat. Kita mahu membuktikan negara kita adalah negara Islam contoh," katanya.

Syria's rebels demand weapons from allies

Langat 2: S'gor mahu ambil tindakan mahkamah

LANGAT 2 - ANWAR ANGGAP BN SOMBONG NAK LANGGAR KERAJAAN NEGERI

Orang Melayu Johor tidak fanatik lagi...

Barang kali benarlah cakap-cakap mengatakan Umno Johor sudah tidak sekuat dulu. Perubahan minda di kalangan orang Melayu Johor sudah berlaku. Mereka tidak menjadi fanatik dan ekstrem menyokong Umno atau pun taksub kepada tokoh-tokoh Umno.


Sebahagian jemaah yang mengerumi Najib di Skudai.
Perkembangan dan perubahan ini sangat membimbangkan Najib dan inilah menyebabkan Najib melakukan apa saja tindakan bagi memulihkan keadaan yang tidak akan pulih itu.

Ini terbukti kehadiran Ha Najib Razak di Taman Universiti Skudai 6 Ogos lalu kurang mendapat sambutan. Secara tidak langsung juga pegawai kerajaan dan pendidikan yang tinggal di taman itu tidak lagi tergila-gilakan Najib.

Najib ke situ untuk menghadiri majlis berbuka puasa. Sebelum berbuka puasa diadakan majlis khatam Quran.

Di situ Najib berpeluang berucap kepada para hadirin. Menurut laporan antara isi kandungannya beliau mengajak orang ramai mengekalkan kerajaan Malaysia yang terbukti maju di bawah teraju kepimpinannya. Beliau juga memberi tahu hadirin presiden baru Mesri Dr Mohammad Morsi juga ingin belajar cara-cara memimpin dan membangun negara sepertinya.

MSO

‘Antu tuya and Dato Nazak’ – Zunar’s latest

Popular cartoonist Zunar launches the first animated political cartoon in Malaysia and his target is
PETALING JAYA: Malaysian political cartoonist Zulkiflee Anwar Haque better known as Zunar to Malaysians has come up with a five-minute animated satirical comedy, dubbed “1 Funny Malaysia”.
“1 Funny Malaysia” starts with the scene of an ex-model, ANTU TUYA, a victim of C-4 bomb, who rises from the grave with her small baby.
She then flies to the government administration centre – PUTARJAYA – looking for someone named DATO NAZAK.
She enters DATO NAZAK’s office and demands him to TEPATI JANJI by paying her commission. Shocked, DATO NAZAK immediately jumps out of the window and falls onto a cow with a head of a woman in tudung.
The cow runs DATO NAZAK into the sea and tosses him onto the submarine, but at the other end of the sea, the French Court is waiting.
Watch the full clip of “1 Funny Malaysia” at this link http://zunarcartoonist.com/
Zunar became well-known when he became involved in the Reformasi movement following the sacking of Anwar Ibrahim as deputy prime minister in 1998, leading to the cartoonist’s detention along with several other activists.
After his release, he concentrated on political cartoons. He produced several cartoon books touching on many reform movements that he previously participated in.
In 2010, his books like “Gedung Kartun”, “Perak Dalam Kartun”, “1 Funny Malaysia” and “Isu Dalam Kartun” were banned and prohibited by the Home Ministry to be sold in public.

Rais Jeles : Logo Merdeka PR, Menarik!!


Logo rasmi sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-55 oleh Pakatan Rakyat. Logo tersebut dipilih dari pereka Ilusenidesign.com. Tentu Rais Yatim jeles!!
Nampak agak menarik dan tak menampakkan milik sesiapa, hanya milik rakyat Malaysia!!

Selangor Sambut Baik Pusat Setuju Penstrukturan Semula Industri Air


SHAH ALAM, 9 OGOS: Selangor menyambut baik keputusan Kerajaan Pusat yang bersetuju memberi hak untuk Kerajaan Negeri melaksanakan penstrukturan semula perkhidmatan air.
Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Kerajaan Negeri telah lama bersedia untuk melaksanakan penstrukturan semula industri air selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).
“Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan memanggil semula empat pemegang konsesi bagi menyelesaikan pengambilalihan syarikat konsesi berdasarkan harga pasaran yang munasabah,” kata beliau dalam satu kenyataan akhbar lewat petang tadi.

Banyak pihak ragui Jawatankuasa Khas royalti


KOTA BHARU: Jawatankuasa Khas bagi pengurusan wang tunai hasil petroleum dianggap sesuatu yang aneh, luar biasa, meragukan dan tidak mempunyai asas undang-undang.

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) yang dibentuk daripada gabungan 50 NGO menyifatkan cadangan penubuhan jawatankuasa itu di luar pemikiran rasional dan terdedah manipulasi.

Pengerusi GEGAR, Dr Abdul Halim Yusof berkata, implementasi perjanjian antara Petronas dan negeri-negeri terbabit sudah berjalan bertahun-tahun dengan kaedah yang jelas.

“Tidak ada apa-apa yang perlu dikaji lagi melainkan ada cacat dan cela pada Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang hanya layak dibincang di sidang Parlimen mengikut kaedahnya.

Himpunan bantah kekejaman pada Rohingya esok

NONEGabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia Islam (Gamis) menganjurkan Himpunan Keamanan Umat Islam Rohingya esok sebagai membantah kekejaman terhadap masyarakat tersebut.

"Hati umat Islam kembali luka, selepas isu kekejaman terhadap rakyat Syria, kini masyarakat Islam Rohingya menjadi mangsa kekejaman," kata Presiden Gamis, Akram Ikrami Taib Azamudden dalam satu kenyataan hari ini.

Perhimpunan tersebut akan diadakan di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.

Akram berkata perhimpunan tersebut untuk menimbulkan kesedaran mengenai kezaliman yang dilakukan terhadap masyarakat Islam Rohingya.

Rafizi Ramli: Responsibility of the water crisis in Selangor lies on SYABAS

DAP dakwa Utusan Malaysia cuba tiup sentimen agama

Husam: Why a panel if PM says Kelantan has no oil?

'Pakatan's Merdeka theme fiasco not sign of disunity'

Haram Jadah : Najib jamin BN tidak akan laksanakan Hudud di Malaysia

Anwar slams Utusan: Why blame DAP? MCA & Umno too are against 'hudud


PETALING JAYA,— Pakatan Rakyat (PR) today slammed Malay daily Utusan Malaysia for stoking “religious conflict” after the Umno-owned paper ran a controversial report on its front page yesterday titled “Haram sokong DAP” (Forbidden to support DAP).
Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim (picture) told reporters the Malay broadsheet’s reports were a political campaign by religious extremists to instil disaffection towards PR parties, pointing out that the ruling Barisan Nasional (BN), including its lynchpin Umno, has previously said it was against carrying out “hudud”, the Islamic penal code that metes out harsh punishment for offenders.

Barisan Nasional Nak Berhentikan Air Percuma -Apa Kata Rakyat Selangor?

Noh omar projek udang Barisan Nasional Nak Berhentikan Air Percuma  Apa Kata Rakyat Selangor? 
Sedar tak sedar, dah lebih 4 tahun rakyat negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat menerima air percuma 20 meter padu setiap bulan. Rata-ratanya, ramai yang menikmati kaedah air percuma ini.

Namun begitu, ada ura-ura mengatakan sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas Selangor dari Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum-13 yang semakin hampir ini, dasar pemberian air percuma akan dihentikan dan diganti dengan kadar tarif air yang tidak membebankan.

Maha Nakhon : Bangunan Bongkah Bangkok



Thailand!

Di Bangkok Thailand sebuah menara 77 tingkat setinggi 310 meter sedang dibina. Maha Nakhon rekaan firma Ole Shereen, firma yang sama yang mereka bangunan Angkasa Raya di Kuala Lumpur kelihatan seperti sebuah bangunan yang dibina dari bongkah Lego. Maha Nakhon mula dibina pada tahun 2011 dan dijangka akan siap sepenuhnya menjelang 2014. Ia akan menempatkan pusat membeli belah, condomminium mewah, pejabat dan juga pusat konvensyen. Pada bahagian atapnya pua terdapat restoran yang memberikan pemandangan seluruh kota Bangkok.

‘Fatwa’ haram: DAP buat laporan polis

GEORGE TOWN, 9 OGOS: Laporan polis telah dibuat terhadap lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, berikutan berita muka depannya semalam yang memetik pendapat seorang guru pondok yang mendakwa haram hukumnya bagi orang Islam menyokong DAP.

Laporan polis tersebut dibuat oleh Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari, bagi meminta pihak polis bertindak ke atas Utusan kerana menyebarkan hasutan yang boleh menimbulkan ketegangan kaum.

Ia juga bertujuan mengelak daripada sebarang kekeliruan dan ancaman yang mungkin timbul akibat daripada tuduhan palsu dan tidak bertanggungjawab oleh Utusan Malaysia.

Satu lagi laporan polis terhadap Utusan Malaysia atas perkara yang sama dibuat di Ipoh oleh Ketua Pemuda, Wong Ka Woh.

Di dalam kenyataan medianya hari ini, Zairil berkata, “Walaupun kecewa dengan tindakan lidah rasmi UMNO, khususnya dalam bulan Ramadan yang mulia ini, saya pasti bahawa rakyat Malaysia tidak senang termakan dengan umpan hasutan yang cuba dimainkan oleh Utusan Malaysia.

Lagipun, suratkhabar milik UMNO ini sudah pun beberapa kali dibuktikan memfitnah oleh mahkamah,” ujar beliau.

Kementerian Pelajaran tidak halang PIBG kumpul dana...." Kementerian dan Sekolah tak de duit"..!!!


Datuk Wee Ka Siong IPOH - Kementerian Pelajaran mengalu-alukan inisiatif Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah mengutip derma bagi mengumpul dana untuk tujuan aktiviti pelajar dengan syarat ia perlu mendapatkan kelulusan pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
Timbalan Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pengarah JPN perlu memperhalusi sebab dan tujuan kutipan derma itu sebelum memberikan kelulusan.
"Kita mengalu-alukan apa juga inisiatif di bawah persatuan (PIBG) itu tetapi ia tertakluk kepada kelulusan pengarah JPN...perlu perhalusi permohonan itu," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek bantuan modal Sekolah Bantuan Kerajaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) di SMJK Sam Tet di sini hari ini.

MP PKR YANG TIDAK AKAN DICALONKAN SEMULA PADA PRU 13 NANTI.....?????


Kisah bertiup kencang bagaimana ada beberapa ahli parlimen dari Parti KeADILan Rakyat tidak akan diberi peluang sekali lagi untuk mempertahankan kerusi parlimen yang mereka sandang kini pada PRU 13 nanti.

Mereka sudah tidak dianggap pada pandangan admin, calon yang mampu membawa kemenangan.. "winnable candidate"...tetapi calon liabiliti kepada parti dan gagasan Pakatan Rakyat.

Mereka ialah:-

Mahathir Mahu Tektik Tahi Digunakan Di Sabah

Oleh Mohd Sayuti Omar
Mahathir Mohamad tidak setuju dengan protes sesetengah pemimpin UBN Sabah yang mempertikaikan kebanjiran pendatang tanpa izin yang ketara di negeri berkenaan. Sebaliknya Mahathir memberi pandangan pendatang asing wajar diberikan hak warganegara kerana mereka sudah lama tinggal di negeri itu dan beranak pinak serta fasih berbahasa Malaysia.

Tidak perlu mencari banyak kitab dan kamus untuk memahami kenapa bekas PM itu berpandangan demikian bersikap terbuka dan mesra pendatang tanpa izin. Orang tidak melupai bagaimana Umno merampas Sabah dari PBS sebelum ini menerusi pembikinan kad pengenalan palsu kepada pendatang tanpa izin. Projek IC itu telah memenangkan UBN dan sekaligus merampas Sabah.

Justeru apabila ada pihak yang cuba membenteraskan layanan istimewa kepada pendatang tanpa izin dengan memberi kad pengenalan, Mahathir marah kerana dia sedar tanpa pengundi palsu - pendatang tanpa isi yang diberikan kad pengenalan Umno tidak boleh bernafas di Sabah.

Bantahan Mahathir di dalam blognya itu menjelang kunjungan Najib Razak ke Sabah hujung minggu ini seakan memberi signal supaya Najib jangan respons kepada bantahan sesetengah pemimpinan Umno Sabah yang bimbang dengan kebanjikan pendatang tanpa izin.

Israel Dirikan Pusat Latihan Teroris untuk Lancarkan Operasi Pembunuhan

Seorang pegawai Pasukan Garda Revolusi Islam Iran (IRGC) mengatakan, regim Zionis Israel telah mendirikan pusat latihan teroris dan merencanakan pembunuhan tokoh-tokoh berpengaruh di negara-negara lain.

Leftnan Jenderal Ramezan Sharif, Ketua Department Hubungan Awam IRGC mengumumkan pada Rabu (8 Ogos), hari ini regim Zionis memiliki markas besar di organisasi internasional atas rencana pembunuhan dan program mendirikan berbagai pusat latihan bagi teroris.


Regim Zionis, kata Sharif, telah menggunakan kaedah pembunuhan untuk melenyapkan tokoh-tokoh berpengaruh di berbagai negara selama bertahun-tahun.


The Independent pada bulan Februari melaporkan bahwa Israel telah membentuk sebuah unit komando khusus yang dipimpin oleh Mayor Jenderal Shai Avita untuk melaksanakan operasi pembunuhan terhadap ilmuwan nuklear Iran dan misi sabotaj terhadap negara itu. (The Independent) 

Bukit Koman: ‘Unprofessional’ Health Ministry comes under fire

Health Minister Liow Tiong Lai was criticised for saying everything is normal in Bukit Koman gold mining area.
PETALING JAYA: It is unprofessional and misleading for the Health Ministry to say that everything is normal in the Bukit Koman gold mining area, the Pahang Raub Ban Cyanide in Gold Mining Action Committee (BCAC) said here today.
The NGO was responding to reports quoting Health Minister Liow Tiong Lai and the ministry’s deputy director-general Dr Lokman Hakim as saying that the presence of illness among residents staying near the gold mine was within normal range.
BCAC chairman Wong Kin Hoong said that a door-to-door survey conducted in May showed that half of the residents staying near the area were suffering from poor health.

Saya diarah supaya tidak ganas semasa bertugas, kata polis dalam inkuiri Bersih

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — ASP Ong Seng Keong dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras hari ini memberitahu panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa beliau menerima arahan dari pihak atasan supaya tidak bertindak ganas dalam menangani para penunjuk perasaan semasa perhimpunan ‘duduk bantah’ Gabungan Pilihan Raya Bersih Dan Adil (Bersih), hari ini.
Katanya ini adalah prosedur operasi standard (SOP) yang mewajibkan polis membawa gari dan pistol semasa dalam tugas.
“Saya telah diberitahu supaya menggunakan kaedah lembut, dalam masa sama mengikuti SOP.
“Walaubagaimanapun, saya tidak ada menahan mana-mana pihak semasa hari tersebut,” kata Ong, merujuk kepada perhimpunan tersebut pada 28 April yang lalu.
Dalam soalan balas dari pihak inkuiri, beliau berkata adalah salah untuk pihak polis untuk merampas barangan dari wartawan.

Tekanan : Finas tangguh tayang Tanda Putera, pengarah akur.....


Tanda Putera bukan filem politik SHAH ALAM - Filem Tanda Putera arahan pengarah wanita disegani, Datin Paduka Shuhaimi Baba, yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, telah ditangguhkan tayangan sehingga satu tarikh diberitahu kelak.

Sebelum ini, filem itu dijadualkan bakal menemui penonton 13 September ini.

Beliau yang turut dikenali sebagai Shumi sebelum ini berkata, “sejujurnya, saya dan barisan pelakon tidak sabar menanti tayangan filem ini pada 13 September sempena mood hari merdeka dan Hari Malaysia."

Bekas pegawai kementerian bakal sertai Pas



SENAI – Seorang bekas pegawai tinggi yang memegang jawatan dalam kementerian dijangka akan menyerahkan borang untuk menyertai Pas, Sabtu ini.
Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed  mengesahkan perkara itu membabitkan pesara awam yang berasal dari Muar, mengikut jejak beberapa pegawai atasan kerajaan sebelum ini yang berlaku di negeri lain untuk menyertai Pas.
Datuk Dr Mahfodz Mohamed Beliau juga mendedahkan beberapa individu termasuk individu bergelar ‘Datuk’ bakal menjadi ahli Pas seumur hidup, dalam tempoh terdekat.
“Majlis pengistiharaan dan penyerahan borang pesara 57 tahun ini  dijadualkan akan berlangsung pada Sabtu ini jam 9.30 malam di Kompleks Pas Kawasan Batu Pahat, Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat. Majlis ini bersempena sambutan Badar Qubra Peringkat Pas Negeri Johor.
“Lelaki ini yang telah dua tahun bersara datang ke rumah empat hari lalu, dan menyatakan hasrat untuk menjadi ahli Pas seumur hidup.

PR: Jangan bawa laporan cetus konflik agama

PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) khuatir laporan media semalam bahawa "haram" bagi Muslim menyokong DAP boleh mewujudkan konflik agama di negara ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kenyataan Utusan Malaysia di bawah tajuk "haram sokong DAP" juga  satu kempen pelampau agama.

"Kenyataan yang dikeluarkan Utusan itu seolah-olah terus menjatuhkan hukum.

"Sedangkan Umno juga pernah mengeluarkan kenyataan yang tidak akan melaksanakan hudud," kata beliau pada sidang media hari ini.

Anwar yang juga Ketua Umum Pembangkang berkata, kerajaan harus menumpukan kepada pembangunan negara dan ekonomi kerana ia lebih penting bagi kesejahteraan negara.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti mengambil tindakan tegas terhadap Utusan Malaysia.

"Adakah mereka mahu wujudkan konfli agama di Malaysia?

PI Bala: Lelaki senama perkenal saya pada Razak

Bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam menafikan pernah berkhidmat dengan syarikat Perimekar Sdn Bhd dan menurutnya dia bukanlah lelaki yang disebut dalam dokumen mahkamah Perancis.

NONEBercakap kepada Malaysiakini dari luar negara, dia bagaimanapun, mengakui mengenali lelaki bernama Balasubramaniam itu, yang telah dinamakan dalam dokumen mahkamah yang disiarkan oleh Raja Petra Kamarudin dalam blognya Malaysia Today.

"Kami bekerja dalam perniagaan keselamatan dan Balasubraniam Perimekar itulah yang memperkenalkan saya kepada penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.

"Jadi, Raja Petra Kamaruddin (RPK) (kiri) menyamakan saya dengan Balasubramaniam Perimekar adalah tidak benar kerana dia adalah orang lain sama sekali.

Haram Jadah : Kemungkinan gangguan elektrik, S'gor dipersalahkan juga..!!!

Selepas dipersalahkan kerana krisis air yang bakal berlaku, kerajaan Selangor kini dipersalahkan pula berhubung kemungkinan berlaku risiko gangguan bekalan elektrik.
NONEMenurut laporan Bernama, Selangor dan Lembah Klang berdepan risiko gangguan bekalan tenaga yang serius jika projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) terus ditangguh.
  
Naib Presiden (Penghantaran) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Rozimi Remeli berkata ini kerana bebanan tenaga bagi kawasan tengah Semenanjung semakin meningkat.
  
"Kami telah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tindakan Negeri Selangor sebanyak 27 kali  dan berharap kerajaan negeri membuat keputusan segera bagi memastikan infrastuktur bekalan  itu disiapkan," katanya kepada Bernama di Kangar hari ini
  
Projek CAR  yang dimulakan pada 2005, melibatkan
pemasangan kabel voltan tinggi sepanjang 60 kilometer antara Bukit Tarek di Rawang dan Kampung Chubadak, Sentul. Projek tertangguh dengan baki jarak 1.5 kilometer di Kampung Sungai Terentang, Rawang sejak empat tahun lepas, susulan bantahan penduduk di situ.

Hipokrit : Muhyidin terima kunjungan Setiausaha parti Komunis China


PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Parti Komunis China (CPC) Jawatankuasa Wilayah Shaanxi, Zhao Leji, di pejabatnya di bangunan Perdana Putra di sini.


(Muhyidin bersalam dengan Zhao Leji)


Zhao, yang juga Pengarah Kongres Rakyat Wilayah Shaanxi dan ahli Jawatankuasa Pusat CPC ke-17, berada di Malaysia untuk lawatan lima hari bermula Selasa.

Beliau yang diiringi empat anggota delegasi yang mewakili Kongres Wilayah Shaanxi dan kerajaan Wilayah Shaanxi, tiba di pejabat Timbalan Perdana Menteri pada kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Lawatan beliau ke Malaysia bertujuan menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala, di samping memperkenalkan peluang perniagaan buat usahawan dari Malaysia dan Wilayah Shaanxi.

Lawatan itu juga akan mengeratkan lagi hubungan akrab antara pemimpin, kerajaan dan rakyat antara kedua-dua pihak, lapor Bernama.

Anwar expects another Sabah BN man to defect

'Haram, also, to back Najib who doesn't want hudud?'

One Merdeka theme for all Pakatan states

Fauzi: Dakwaan BERSIH cuba guling k'jaan tak berasas

Najib:cakap boleh, buat habuk pun tak ada


Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dikatakan berbangga dan teruja apabila melihat kain rentang yang disediakan mahasiswa Universiti Tekonolgi Malaysia (UiTM) Kelantan ketika tiba di Lapangan Terbang.

Mustafa Mohammad, pengerusi Umno Kelantan, dua tiga ini melaporkan bahawa Umno akan memenangi 23 kerusi PRU 13 nanti. Najib Tun Razak ketika berada di Bachok berkata kerajaan Pusat tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan dalam apa jua perkara termasuk dalam isu tuntutan bayaran tunai daripada hasil petroleum.

Ku Li: Pusat tiada kena-mengena isu royalti

Tengku Razaleigh Hamzah berharap isu tuntutan royalti minyak Kerajaan Negeri Kelantan akan diselesaikan segera kerana ia bukan rumit dan tidak melibatkan Kerajaan Pusat.Bekas Pengerusi Petronas berkata, isu berkenaan timbul hanya kerana Petronas tidak menunaikan hak Kerajan Negeri Kelantan seperti yang termaktub dalam perjanjian semasa Kelantan menyerahkan sepenuhnya hak milik Petroleum kepada syarikat minyak negara itu.
Beliau beberapa kali menekankan bahawa isu royalti lima peratus itu adalah antara Kerajaan Negeri dan Petronas.
“Jadi sekarang Petronas yang bertanggungjawab menyelesai perkara ini dengan kerajaan negeri, jadi tak berbangkit lagi soal pertikaian antara sesiapa pun cuma kelemahan Petronas kerana tidak membayar kepada kerajaan negeri,” katanya dalam temu bual dengan Astro Awani hari ini.

Kamera AES,mendidik atau cari untung..???

Keputusan kerajaan memasang kamera AES di lokasi tertentu dapat dilihat daripada pelbagai aspek. Sebagai rakyat Malaysia yang menggunakan kenderaan, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan tentang isu ini.Jika kerajaan benar-benar mahu mendidik pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang, maka beberapa perkara perlu dilakukan. Kerajaan mestilah meletakkan kamera tersebut di kawasan yang dikenal pasti kawasan kemalangan maut – bukan separa maut atau sebagainya. Kamera pula bukanlah disorok di dalam semak.
Kerajaan mestilah mengisytiharkan kepada umum melalui risalah dan media massa tempat-tempat diletakkan kamera tersebut. Pada masa yang sama, tanda amaran hendaklah diletakkan beberapa ratus meter sebelum sampai ke kawasan kamera AES.

Ada Seorang Lagi Pemimpin Politik Sabah Akan Menyokong Pakatan Ahad Ini!

PETALING JAYA, 9 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) mendedahkan bahawa seorang lagi pemimpin politik di Sabah akan mengumumkan pendirian menyokong pembangkang ketika lawatannya ke negeri itu pada Ahad ini (12 Ogos). Tanpa mengulas lanjut, ketua pembangkang itu bagaimanapun menegaskan tidak menjanjikan kejutan besar bakal berlaku pada tarikh itu seperti yang pernah dijanjikannya untuk membentuk kerajaan pada pada 16 September 2008. "Yang penting kejutan itu daripada rakyat...kebangkitan rakyat. Apa yang kita sebutkan sebagai kejutan itu sebenarnya adalah kebangkitan rakyat. "Kebetulan beberapa tokoh turut serta (sertai Pakatan Rakyat) dan pada 12 Ogos ini seorang lagi akan umumkan (penyertaan)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR hari ini. Anwar dijadual mengadakan lawatan ke kawasan Parlimen Kota Marudu dan Kota Belud Ahad ini. Kedua-dua kawasan berkenaan kini diwakili Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Datuk Abdul Rahman Dahlan. Bulan lalu, Datuk Lajim Ukin mengumumkan perleletakan jawatannya dalam Umno manakala Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing, melepaskan jawatan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) untuk menyokong pembangkang. Ditanya sama ada fenomena yang cuba dicetuskan di Sabah hanya sekadar janji palsu seperti 16 September 2008, Anwar bagaimanapun menyangkal pandangan itu sebaliknya menjelaskan pembangkang kini mahu beri fokus untuk hadapi PRU-13 ini.

Kes NFC: Kerajaan bantah permohonan peguam batalkan notis SPRM

Kes NFC: Kerajaan bantah permohonan peguam batalkan notis SPRM
KUALA LUMPUR- Kerajaan mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman yang difailkan dua peguam untuk membatalkan notis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes membabitkan National Feedlot Corporation (NFC).
Permohonan itu didengar hari ini dalam kamar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Abang Iskandar Abang Hashim.
Peguam Kanan Persekutuan Effandi Nazila Abdullah mewakili responden manakala peguam R.Sivarasa mewakili kedua-dua peguam itu, Latheefa Koya dan Murnie Hidayah Anuar.

Mengapa sekarang kerajaan mahu polis berbaiah?

KUALA LUMPUR- Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kerajaan BN berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbaiah dengan kerajaan untuk membantu mengharmonikan negara.
“Bagi DPPM, tindakan kerajaan dilihat usaha untuk memastikan pegawai PDRM terus terikat dengan kerajaan sama ada masih bekerja ataupun sudah pencen,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.
Ini, ujarnya berdasarkan kepada sentimen pegawai tinggi polis kebelakangan ini menyertai Pakatan Rakyat seperti Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman serta ura-ura ada bekas pemimpin tertinggi lain PDRM yang dikatakan akan menyertai PAS tidak lama lagi.
“Cadangan ini dilontarkan mungkin kerana kerajaan BN merasa gerun dengan kebangkitan rakyat dan penyertaan bekas pegawai tinggi kerajaan khususnya dari PDRM memberi impak yang besar kepada UMNO-BN dalam PRU13,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Anwar muncul sesi 'Google Hangout - Borak Bersama Anwar' 17 Ogos


Anwar Ibrahim SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan muncul dalam sesi Google Hangout - Borak Bersama Anwar pada 17 Ogos ini untuk berinteraksi dengan warga maya.

Sesi lebih sejam itu akan berlangsung mulai jam 10.30 malam.

"Saya teruja dengan prospek melibatkan rakyat Malaysia di Internet, pencetus kebebasan bersuara untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang penting kepada mereka.

"Anda ada soalan boleh bertanya terus," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

M’sia jadi bahan lawak a’bangsa jika halang bapa Altantuya masuk

KUALA LUMPUR 9 Ogos: Malaysia akan jadi bahan lawak antarabangsa jika keluarga mendiang wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu dihalang memasuki negara ini, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.
“Jika ia dilakukan, bermakna Malaysia kena bersedia untuk dijadikan bahan lawak antarabangsa. Harap-harap perkara ini tak berlaku,” kata Gwo Burne, merujuk khabar angin mengatakan bapa Altantuya, Setev Shaaribuu dan seluruh keluarganya akan dihalang dari memasuki Malaysia.
Keluarga Altantuya dijadual tiba ke Malaysia untuk mengikuti pendengaran semula rayuan dua bekas pegawai khas Najib Razak yang dijatuhi hukuman mati akibat membunuh Altantuya, iaitu Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar pada 27 dan 28 Ogos ini.
“Itu hak keluarga mereka. Sebagai kerajaan yang terbuka, Malaysia mesti membenarkan mereka mengikuti perbicaraan,” tegas Gwo Burne ketika dihubungi.

Umno Perlu Perjelas Dasar Bukan Hasut Rakyat

PETALING JAYA 9 OGOS : Umno-BN kini memulakan kempen pelampau agama melalui akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa haram dan berdosa menyokong DAP, dakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tegas Anwar, Umno-BN sepatutnya memberikan tumpuan kepada usaha membangunkan negara serta memperjelas dasar masing-masing dan bukannya memainkan sentimen agama dalam menghasut rakyat
Beliau yang juga Ketua Pembangkang menambah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menyebut jangan menggunakan agama demi kepentingan politik namun media Umno-BN terus menghebahkan hukuman untuk menyinggung kedudukan PAS.
“Kita memandang berat kempen ini yang dimulakan Umno menggunakan medianya Utusan termasuk menghukum haram dan berdosa untuk menyokong DAP kerana DAP tidak sokong negara Islam dan hudud padahal MCA juga tidak menyokong perkara sama.

Royalti Petroleum : Jawatankuasa Khas Serlah Sikap Dolak- Dalih Kerajaan Pusat

PETALING JAYA, 9 OGOS : Sikap dolak dalih Kerajaan Pusat makin terselah apabila menubuhan jawatankuasa khas berhubung pembayaran royalti petroleum kepada negeri-negeri pantai timur dengan mengkaji kaedah pembayarannya.
Pengerusi Jawatan Kuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa berkata tiada apa yang perlu dikaji dalam kaedah pembayaran kerana ia jelas dinyatakan di dalam perjanjian Petroleum 1974.
“Menerusi Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang telah ditandatangani oleh Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan (Mei 1975) iaitu kaedah pembayarannya dilakukan secara tunai kepada negeri-negeri berkenaan tanpa apa-apa saluran yang lain,” ujarnya.

R desak MB tolak jawatankuasa royalti



(NGO R menyerahkan memo kepada MB Kelantan bagi mendesaknya menolak JK Royalti)

KOTA BHARU: Gabungan Professional Menuntut Royalty, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti), menyerahkan memonrandum kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Memorandum itu diserahkan oleh aktivis ‘R’ bagi mendesak kerajaan negeri Kelantan menolak cadangan penubuhan jawatankuasa bayaran tunai yang dicadangkan Perdana Menteri.

Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusinya, Nazri Deraman, di Dewan Teratai, di sini petang semalam.

Royalti: Kelantan pertikai keikhlasan persekutuan

NONEExco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mempertikaikan keikhlasan kerajaan persekutuan dalam menubuhkan jawatankuasa khas berhubung pembayaran hasil minyak kepada negeri Kelantan.

Katanya, kerajaan persekutuan pada 2009 memberitahu Kelantan bahawa negeri itu tidak mempunyai hasil petroleum di Kelantan.

"Tapi (tiga) tahun kemudian perdana menteri akhirnya tunduk kepada NGO dan kita junjung kasih kepada Sultan Muhammad V atas sokongan terbuka menandatangan plat tuntutan royalti minyak," katanya.

Katanya, jawatankuasa itu juga tidak perlu lagi membincangkan mengenai kaedah untuk menyalurkan wang berkenaan kerana kuasa untuk menyalurkan wang itu sudah pun berada di tangan perdana menteri.

Utusan Malaysia mahu wujudkan konflik agama, kata pemimpin Pakatan

PETALING JAYA, 9 Ogos — Pakatan Rakyat (PR) hari ini mendakwa laporan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang mengatakan adalah “haram” untuk Muslim menyokong DAP bakal menimbulkan konflik agama di Malaysia.

Anwar Ibrahim: “Kenapa hanya DAP sahaja?” — Foto fail
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  menegaskan kenyataan Utusan Malaysia berkenaan “haram sokong DAP” pada Selasa lalu juga merupakan satu kempen pelampau agama. “Kenyataan Utusan itu adalah terus menghukum ...  ’haram dan berdosa menyokong DAP’, sedangkan MCA juga tidak menyokong hudud ... Umno juga pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan melaksanakan Hudud,” tegas Ketua Umum PKR itu lagi.
“Kenapa ulama itu berkata hanya DAP sahaja yang tidak boleh disokong, sedangkan ucapan Umno dan  MCA adalah dalam kategori yang sama.”
Sehubungan itu jelas Anwar, adalah lebih penting untuk kerajaan menumpukan kepada pembangunan negara.
“Kita perlu tumpu pembangunan negara dan menjelaskan agenda masing-masing,” katanya.

Sementara itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, menegaskan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seharusnya perlu mengambil tindakan tegas terhadap Utusan Malaysia dan tidak membenarkan mereka meneruskan kempen tersebut.
“Adakah mereka mahu wujudkan ‘religous conflict’ di Malaysia?” tegas Lim ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
“Perdana Menteri perlu ambil tindakan, jangan  benarkan Utusan Malaysia, akhbar Umno itu untuk meneruskan kempen ini.”
Tambah Lim, “Ini hasutan sangat tidak bertanggungjawab, dan berunsur jenayah”, dan oleh yang demikian, satu laporan polis telah dibuat di Pulau Pinang hari ini.
Menurut penasihat DAP ini lagi, tindakan Utusan Malaysia itu jelas menunjukkan betapa pemimpin Umno sangat terdesak dan khuatir kehilangan kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.
“Ini tunjukkan betapa segelintir pemimpin Umno terdesak. Mereka boleh hilang kuasa dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang dan kini mereka gunakan taktik kotor yang berbahaya.”


Lim Kit Siang: Laporan polis dibuat di Pulau Pinang. — Foto fail

Realiti sebenar kod 71 untuk MyKad?

Yang pertama sekali, boleh percaya ka apa yang Pengerusi SPR ni cakap. Kalau tanya aku, aku golongkan pengerusi SPR ni dalam golongan 'orang fasik' jadinya memang tak boleh percaya terus apa yang keluar dari mulut dia, nak kena semak dulu betul atau auta.

Yang keduanya, kalau betul macam yang dia kata tu, pasai apa 'penjelasan' macam ni tak keluar masa heboh pasao kod 71 dulu? Sampai nak kesian aku tengok orang kuat SPR ni sampai tergeliat lidah dan nampak BANGANG bila jawab pasai isu kod 71 dulu.

Kalau bagi jawapan macam ni masa kecoh isu 'Mismah gate' dulu tu, tak la nampak bangang sangat pengerusi SPR

Yang ketiganya, dari dulu lagi dan sampai hari ni aku masih lagi mushkil. Pasai apa pulak aku nampak macam pengerusi SPR ni dah jadi macam jurucakap kepada Jabatan Pendaftaran negara (JPN).

Kelentong Umno pecah, dongeng Merdeka terbarai

Oleh Hishamuddin Rais

Politik Malaysia terkini semakin sehari semakin menarik. Bulan Ogos adalah bulan paling rancak untuk menilai sejarah. Selama setengah abad parti United Malays National Organisation telah memiliki hegemoni dan monopoli terhadap semua jalur naratif sejarah perjuangan bangsa.

Selama lebih 40 tahun gerombolan United Malays National Organisation  berkelentong menjual sejarah organisasi mereka. Hampir setengah kurun gerombolan ini bersama koncu-konconya berkisah bahawa merekalah yang berhak ke atas bumi Tanah Melayu ini.

Dengan menjual nasi basi Ketuanan Melayu, parti siasah ini ke hulu ke hilir membawa labun dongeng bahawa mereka sahajalah pejuang kemerdekaan. Dengan slogan ‘Hidup Melayu’ parti siasah ini mereka kisah-kisah dongeng bahawa merekalah pejuang yang menentang penjajah British.

DON'T TRUST BN, watch how Dr M & Umno treats the Chinese like TOILET PAPER

Even as former premier Mahathir Mohamad cautioned Prime Minister Najib Razak to be careful not to antagonize coalition partners and spark further defections, the less-than-tactful veteran leader came in for a tongue lashing for his own insensitivity and "crude racist remarks".
DON'T TRUST BN, watch how Dr M & Umno treats the Chinese like TOILET PAPER "When the Chinese supported him, he praised us and said the Malays should learn from the Chinese schools' system. When the Chinese see through him as they do, he denigrates us. Why should we vote for him and the BN ever again? He has been double-crossing the races and using the Chinese as the bogeyman to keep the Malays suspicious and wary. He is now trying the same sort of tactics in Sabah to justify his Project M. What is there left to say about such a man - that he is an incorrigible liar and hypocrite, a racist who will not stop at anything to stay in power? Sadly, all these have already been said," PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.
"The Chinese have contributed greatly to the development of Malaysia. I don't think any of us feel so insecure or the need to defend what is already very clear to everyone. It is Dr Mahathir who is sick. He needs to take his medicine and for his information, the vast majority of Chinese can speak Malay as well, if not better than him. It is the first-generation migrants and the old-timers who spoke market Malay and even then they could cope and enjoy cordial relations with the Malays until Dr Mahathir and his Malay Dilemma book came about. It was then that he started to systematically destroy racial unity for the sake of political power."
Row in Sabah but WHO is the source and the CAUSE of Project M