Rabu, 8 Ogos 2012

The cost of Olympic gold

Floods submerge most of Philippine capital

S'gor cuba slesai isu asrama dengan ke timbang tara

WANITA Belum Kahwin Guna PIL HORMON Untuk SUSUKAN Anak Angkat - Ustaz Azhar Idrus

Ambiga told media: Just report the facts

DR MAZA 'SOUND' ULAMA' UTUSAN SILA FIKIR DAHULU SEBELUM KELUAR FATWA

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s480x480/376190_10151089921685238_2092195635_n.jpg
https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/268657_397213516992872_688255778_n.jpg

tukang buat Fatwa bodek UMNO:

saamah.jpg (240×156)

Abdullah Saamah. (Ulama' kaki bodek tegar)

PAS bidas ‘fatwa’ Utusan yang kata haram sokong DAP


KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Fitnah Utusan Malaysia melalui kenyataan seorang guru pondok yang juga penceramah pro-UMNO adalah salah kerana berasaskan fakta yang salah dan melanggar bidang kuasanya tanpa mengikut hukum-hukum Islam.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, membidas kenyataan guru pondok itu yang disiarkan di muka depan Utusan hari ini kerana ia dibuat tidak mengikut hukum tetapi untuk menyenangkan hati para pemimpin UMNO.

Sepatutnya (keluar hukum itu) bawah Majlis Fatwa Kebangsaan. Kenyataan beliau tidak berdasarkan maklumat yang tepat, hanya (berdasarkan) satu pihak sahaja untuk mengelurkan hukum.

Kalau kita lihat, penentangan MCA tentang hudud lebih hebat daripada DAP sehingga beri amaran kepada UMNO (jika menyokong hudud),” katanya, sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini.

Semua kaum bersatu untuk pastikan 13 Mei tidak berulang,....tapi "Haram Jadah UMNO" mahukan ia berlaku lagi...!!!


KUALA LUMPUR, 8 OGOS: DAP dan Pakatan Rakyat bersedia untuk memberi kerjasama penuh bersama UMNO dan Barisan Nasional bagi memastikan rusuhan kaum 13 Mei 1969 tidak berulang lagi buat selama-lamanya.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, peristiwa 13 Mei harus diambil sebagai satu teladan dan pengajaran penting bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, negeri, status, umur atau jantina dalam proses merangka penyatuan semua rakyat Malaysia.

Tiada ruang untuk insiden 13 Mei berulang jika kedua-dua gabungan parti-parti politik samada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat memberi jaminan secara ikhlas bahawa mereka akan bekerja bersama untuk menghalang kejadian ini berulang dengan mengambil kira kepentingan dan kedaulatan negara,” katanya.

Kit Siang yang menjadi serangan fitnah bertubi-tubi daripada pecacai siber UMNO berkata, jika Datuk Seri Najib Razak jujur dengan dasar 1Malaysia yang dibawanya, usaha perpaduan akan berjaya.

Bagaimanapun, katanya, jika dibiarkan seperti trend fitnah yang dapat dilihat dalam pembohongan peristiwa 13 Mei, seperti yang cuba dipaparkan di dalam filem tajaan kerajaan BN, “Tanda Putera” yang meletakkan segala kesalahan terhadap DAP, ia akan menghancurkan usaha Najib mewujudkan perpaduan kaum.

“Fatwa” Utusan: Hancurnya impian 1Malaysia ciptaan Najib


KUALA LUMPUR 8 OGOS: Berita muka hadapan Utusan Malaysia, hari ini yang bertajuk “Haram sokong DAP” adalah perbuatan amat terdesak lidah rasmi UMNO itu untuk membangkitkan kebencian orang Melayu terhadap DAP yang gigih menentang rasuah dan salah guna kuasa.

Menyifatkan laporan berita Utusan tersebut sebagai “lolongan keterlaluan”, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata ia mencerminka
n Utusan sebagai akhbar anti-nasional dan anti-Malaysia.


Adakah Utusan Malaysia cuba untuk menghasut dan mengapi-apikan konflik agama di Malaysia?” soal beliau.

Katanya, isunya bukan siapa yang mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi ia melibatkan tanggungjawab dan etika sebuah akhbar yang dimiliki pemerintah boleh menerbitkan fitnah sedemikian rupa.

Kami tidak faham apa itu Islamophobia - Ketua Paderi


BURSA (Turki): Elpidophoros Lambriniadis, warga metropolitan Bursa, Turki dan juga Ketua Paderi di Seminari Halki (Halki Seminary) berkata,"Kami tidak tahu apa itu Islamophobia dan tidak juga memahaminya kerana kami tidak takut dengan rakan-rakan mahupun jiran-jiran kami yang beragama Islam."

Bercakap kepada AA di Halki Seminary, Lambriniadis menjelaskan pandangan seminari mereka tentang Islamophobia.

Mengulas tentang isu Islamophobia yang selalu dimainkan di media selepas kejadian 11 September, Lambriniadis berkata, "Kami tinggal di Istanbul sebagai pengikut ajaran gereja, rakan-rakan dan jiran kami semuanya adalah beragama Islam. Kami tidak tahu apa itu Islamophobia dan tidak juga memahaminya.

UMNO "HARAM JADAH" : Kes Cukur Jambul Anak Dengan Nik Aziz, Pegawai Dipecat

Inilah gambar menyebabkan pegawai berkenaan dipecat.
Kesalahannya hanya sedikit sahaja kerana membawa anaknya cukur jambul dengan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz seorang pegawai di ibu pejabat Umno dipecat dari jawatannya. Begitulah kekejaman Umno di atas muka bumi ini.

Kejadian ini berlaku penghujung bulan lepas. Pegawai berkenaan yang dikatakan seorang dedikasi tidak pun diberi peluang untuk membela diri atau menjelaskan kenapa beliau membawa anaknya bercukur jambul dengan Nik Aziz.



Ekoran tindakan itu pegawai berkenaan yang sudah berkhidmat bertahun-tahun dengan ibu pejabat Umno kehilangan kerja.

Utusan menyebelahi Dr M berkenaan teori bangsa, selepas laporan DAP ‘haram’

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dilihat sengaja menimbulkan konflik apabila mencadangkan konspirasi bagi membuktikan kenyataan kontroversi Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa rakyat Malaysia berbilang kaum semakin rasis dengan pilihan raya semakin hampir, kata Lim Kit  hari ini.
Wakil rakyat pembangkang itu menuntut Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak bertindak terhadap akhbar arus perdana tersebut apabila akhbar itu mengeluarkan artikel “Haram sokong DAP” hari ini.
“Ada konspirasi untuk membuktikan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad itu betul dengan bekas PM itu pada Jun menjangkakan pilihan raya umum akan memberikan keutamaan terhadap kaum kerana ‘Malaysia semakin rasis’,” kata Lim (gambar) dalam kenyataannya.
Dr Mahathir yang merupakan PM keempat dan yang paling lama berkhidmat telah mengeluarkan kenyataan kontroversi ketika forum di sini pada 28 Jun — pilihan raya umum ke-13 akan menjurus semakin perkauman kerana rakyat Malaysia semakin bersifar perkauman.
“Mereka mahu dikenali berasaskan kaum mereka, walaupun mereka putus hubungan dengan negara ataupun asal usul,” kata Dr Mahathir ketika forum berkenaan politik dan perniagaan, sambil menambah,”itu sebabnya sekarang ini politik lebih bersifat perkauman berbanding dahulu.”

'Jalur Malang': Nizar beri penjelasan


KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) menafikan beliau menghina Jalur Gemilang, sebaliknya berkata Umno yang berbuat demikian.

Ia berikutan tindakan Umno melalui Menteri Penerangan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meletakkan slogan 'Janji Ditepati' sebagai tema kemerdekaan tahun ini.

Bercakap kepada Harakahdaily, Nizar berkata pilihan tema berbaur kempen politik itu untuk diiringkan bersama Jalur Gemilang itu sendiri menunjukkan betapa bendera kebanggaan negara itu dihina.

"Umno dan BN yang menghina Jalur Gemilang apabila meletakkan tema kempen politik mereka seiring dengan bendera negara.  Itu yang saya ingin bawakan pemikiran rakyat supaya berfikir usaha Umno itu," tegas beliau ketika dihubungi hari ini.

Nizar: 'Umno hina Jalur Gemilang, bukan saya'



Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan beliau menghina Jalur Gemilang, sebaliknya berkata Umno yang berbuat demikian.
Ia berikutan tindakan Umno melalui Menteri Penerangan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meletakkan slogan 'Janji Ditepati' sebagai tema kemerdekaan tahun ini.
Dipetik Harakahdaily, Nizar berkata, pilihan tema berbaur kempen politik itu untuk diiring bersama Jalur Gemilang itu sendiri menunjukkan betapa bendera kebanggaan negara itu dihina.
"Umno dan BN yang menghina Jalur Gemilang apabila meletakkan tema kempen politik mereka seiring dengan bendera negara.

PRU-13 – Benarkah Pengundi Kelantan Beralih Arah?


"Pengalaman olakan turun naik sokongan rakyat kepada PAS di Kelantan boleh dibaca pada setiap kali pilihan raya. Ia berlaku berasaskan sejarah peneraju kerajaan Negeri sejak 1955. Sejarah itu membukti rakyat Kelantan boleh menerima Umno (1955-1959), kemudian PAS (1959-1978), diikuti pula Umno (1978-1990) dan kemudiannya lagi PAS (1990 – kini).

Sokongan yang berolak seawalnya bermula daripada pilihan raya pra-merdeka 1955 yang memberi kuasa buat kali pertama untuk Umno menerajui kerajaan Negeri. Diikuti pilihan raya pertama selepas merdeka 1959, berolak pula kali kedua sekaligus menyaksikan beralihnya kuasa buat kali pertama kepada PAS. Namun selepas 18 tahun PAS berkuasa, sokongan rakyat berolak kali ketiga, dan kali ini telah beralih kuasa untuk kali kedua kepada Umno. Ia mencatatkan sejarah kuasa bagi Umno berkuasa selama 12 tahun, iaitu sehingga pilihan raya 1990.

Penjawat Awam : Bonus Simpanan SelangorKu Dorong Budaya Menabung

SHAH ALAM, 8 OGOS: Rata-rata penjawat awam Selangor mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor di atas pemberian bonus tambahan berbentuk simpanan SelangorKU sebanyak RM 200.
Seorang kakitangan bahagian Sumber Manusia, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Azhar Putih, 34, berkata bonus tambahan ini akan digunakan sebagai simpanan untuk masa hadapan.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Selangor kerana memberi bonus tambahan berbentuk simpanan ini dan saya akan menjadikan ia simpanan di masa hadapan,” katanya yang pertama kali membuka akaun simpanan Lembaga Tabung Haji.

KPN diminta komited bendung jenayah, jaga keamanan negara

LEMBAH PANTAI 8 Ogos: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Izzah Anwar mempersoal apa sebenarnya tangungjawab Ketua Polis Negara (KPN) kerana beliau sering dilihat membantu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengedarkan bubur lambuk.
Menurutnya, perkara tersebut diadu penduduk yang menyaksikan tiga kali Tan Sri Ismail Omar bersama-sama Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin menyampaikan juadah berbuka puasa itu kepada masyarakat di sekitar Lembah Pantai baru-baru ini.
“Memang pelik, sejak bila Ketua Polis Negara mendapat tugas baru mengedar bubur lambuk sedangkan banyak lagi tugas lebih penting perlu dilaksanakan.

When did Razak meet PI Bala?

A document submitted to the French courts by the police there indicates that the relationship went fiurther than 2004.
PETALING JAYA: The controversial submarine contract and the gruesome murder of Altantuya Shaariibuu continue to be an albatross around the neck of Prime Minister Najib Tun Razak.
Despite his denials and swearing upon the Quran, the opposition never ceases to exploit the issue while a significant number of Malaysians believe that the prime minister’s hands are stained both with corruption and the blood of the Mongolian national.
And now, the French courts have launched an inquest into the submarine deal.
However, blogger Raja Petra Kamarudin pointed out that certain claims don’t add up and also reveals that the relationship between private investigator P Balasubramaniam and Najib’s confidant Abdul Razak Baginda can be traced back as far as 2000.
Razak Baginda was involved in an extra-marital affair with Altantuya, who apparently served as a translator for the submarine deal. The former was charged with abeting her murder but the court later acquitted him.

Hukum Guna BAJA NAJIS Untuk TANAMAN - Ustaz Azhar Idrus

Nak NIKAH Tapi Takde DUIT - Ustaz Azhar Idrus

Ibnu KATHIR Guna Kitab TAURAT Buat Rujukan ? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Bersalam Dengan 2 Pupu - Ustaz Azhar Idrus

Typhon Haikui hits China's east coast

Anita McNaught reports from outside Aleppo

Syrian refugees struggle in Lebanon

Noh Omar 'not mere landlord' of prawn farm, says DAP rep

Anwar : Reformasi Dasar Automotif Negara

MANFAAT AL-QUR'AN - Dr Abdul Basit

Tazkirah Qaryah 12 Ramadhan 1433H

Interview: Jamal El Shayyal on the latest from Sinai

Today in History for August 8th

Syria: What's Behind the Conflict

Skandal George Kent - LRT Ampang Suruhanjaya Diraja Menyiasat Salahguna PM

Jawatankuasa Timbangtara Selesai Isu Unisel - JNSB

CyberTeam Pemuda BN dilancarkan

Kurangkan SB untuk bantu CID banteras jenayah

Kenapa dolak-dalih dalam royalti - Ku Li

Kenapa dolak-dalih dalam royalti - Ku LiKUALA LUMPUR- Bekas Pengerusi Petronas yang menandatangani perjanjian dengan Menteri Besar Kelantan mengenai royalti Petroleum, Tengku Razaleigh Hamzah menempelak sikap pihak yang suka berdolak dalih dalam itu royalti minyak untuk Kelantan.
Dalam posting terbaru melalui Facebook beliau, anggota Parlimen Gua Musang itu mempersoalkan "Mengapa kita masih suka berdolak-dalik dalam perkara yang begitu jelas seperti yang termaktub dalam akta dan perjanjian yang telah ditandatangani dan dipersetujui?"
Beliau menghubungkan komen beliau itu dengan muka depan Akta 144 - Akta Kemajuan Petroleum 1974  yang menyatakan dengan jelas kedudukan royalti minyak untuk Kelantan dan lain-lain negeri.

May 13 film: ‘Govt’s fear-mongering tool’

Analysts say that that the upcoming film's depiction of the May 13 riots will spark unhappiness among the public and can be seen as a move to cow Malay voters.
PETALING JAYA: The government-backed film Tanda Putera is Barisan Nasional’s way of instilling fear into the hearts of the rakyat during the run-up to the country’s 13th general election, according to a political analyst.
The film was originally slated for release on Sept 13 but was now expected to reach cinemas in November following controversy over its depiction of the May 13, 1969 riots – an incident largely seen as a stain on Malaysia’s multiracial history.
“There are definitely political motives behind the movie, in terms of it being released near the general election,” political analyst Ong Kian Ming told FMT.
“One of the primary reasons for the release of the movie is that it is part of a larger picture involving fear-mongering – to create a sense of fear among the Malay community that if BN was to lose the next general election, it would lead to a repeat of the May 13 incident,” he said.

Apa masalahnya kalau DAP menang bersama PAS, PKR?


Kali ini saya kembali menyebut satu isu yang pada saya sepatutnya menjadi satu isu basi dan tidak lagi diperbesarkan. Isunya ialah isu penyertaan saya dan beberapa orang Melayu dalam Parti Tindakan Demokratik, DAP.
Saya tahu ini merupakan isu yang tidak berapa laku lagi sekarang kerana orang ramai tahu yang momokan Umno dan penyokongnya dalam isu ini semakin hari semakin pudar dan sudah tidak diterima oleh rakyat yang ramai.
Saya tidak berminat untuk melayan momokan ini, tetapi terlalu ramai sahabat dan rakan-rakan yang menyokong saya menyertai DAP ini meminta saya menyebutnya sekali lagi, setidak-tidaknya buat kali terakhir. Mereka yang menyokong saya meliputi penyokong-penyokong saya dari seluruh negara dan ramai di antara mereka meminta saya menulisnya lagi.

Ku Li: Selesai segera isu royalti

SHAH ALAM - Tengku Razaleigh Hamzah berharap isu tuntutan royalti minyak Kerajaan Negeri Kelantan akan diselesaikan segera kerana ia bukan rumit dan tidak melibatkan Kerajaan Pusat.
Bekas Pengerusi Petronas berkata, isu berkenaan timbul hanya kerana Petronas tidak menunaikan hak Kerajan Negeri Kelantan seperti yang termaktub dalam perjanjian semasa Kelantan menyerahkan sepenuhnya hak milik Petroleum kepada syarikat minyak negara itu.
Beliau beberapa kali menekankan bahawa isu royalti lima peratus itu adalah antara Kerajaan Negeri dan Petronas.

Fathul Bari setuju saranan umat Islam tolak DAP..."Kelab Haram Jadah"


KUALA LUMPUR - Sekretariat Ulama Muda Malaysia bersetuju dengan saranan seorang tokoh agama di Tumpat, Kelantan supaya umat Islam tidak menyokong DAP kerana mendakwa parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam.
Pengerusi jawatankuasa kerja sekretariat tersebut Fathul Bari Mat Jahaya berkata umat Islam perlu berfikir dan bermuhasabah sebelum membuat pilihan agar tidak memilih berlandaskan nafsu atau dendam yang membawa padah buruk.
Fathul Bari "Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya," katanya mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah semalam bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.
Gesaan itu adalah ekoran pendirian parti Pas untuk terus bekerjasama dengan DAP sedangkan pengerusi DAP Karpal Singh berkeras supaya Pas menggugurkan niat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

SPR nafi pekerja asing jadi pemilih guna Kod 71...jadi siapakah mereka..???


Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof KOTA KINABALU - Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini menafikan bahawa ramai pekerja asing dimasukkan ke dalam senarai daftar pemilih menggunakan kod pengenalan '71' yang merujuk kepada rakyat Malaysia lahir di luar negara.

Beliau berkata perkara itu tidak harus dipertikaikan kerana setakat ini hanya 171,023 pemilih berdaftar yang direkodkan mempunyai kad pengenalan di bawah kod itu.

Sebelum tahun 2001, kod '71' digunakan pada nombor kad pengenalan individu rakyat Malaysia yang lahir di luar negara dan warganegara asing yang mendapat status pemastautin tetap (PR).

Semua negeri PR guna Sebangsa, Senegara, Sejiwa


Mustafa Ali SHAH ALAM – Kesemua empat negeri Pakatan Rakyat (PR) akan menggunakan tema Hari Kemerdekaan yang sama iaitu Sebangsa, Senegara, Sejiwa walaupun semalam telah menetapkan tiga tema kemerdekaan berbeza bagi keempat-empat negeri ditadbir.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Kedah bersetuju untuk bersama-sama menggunakan tema tersebut.

Beliau berkata, pada awalnya keputusan menggunakan tema berbeza atas dasar menghormati negeri-negeri yang telah menetapkan tema masing-masing.

Timbermine: Tok Guru mohon rakyat solat syukur


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memohon pemimpin dan rakyat negeri ini menunaikan solat sunat syukur berikutan keputusan mahkamah dalam kes saman Timbermine terhadap Kelantan kelmarin.

Perkara itu disampaikan Tuan Guru melalui Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan kepada Harakahdaily hari ini.

“Saya mewakili kerajaan negeri dan PAS Kelantan mengucapkan terma kasih kepada jawatankuasa bertindak kes ini dan juga team peguam yang bertungkus-lumus mempertahankan kerajaan negeri,”ujarnya.

Isnin lalu Mahkamah Rayuan Malaysia telah mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang mengarahkan Kelantan membayar RM560 juta (RM1.2 bilion termasuk faedah) kepada Syarikat Timbermine Sdn Bhd.

Tokoh, Selebriti Memeriahkan Sambutan Hari Belia Selangor

SHAH ALAM, 8 OGOS: Ustaz Azhar Idros, Faizal Tahir, Ali XPDC dan Diana Amir antara selebriti yang akan hadir pada sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaaan Shah Alam pada Sabtu ini.
Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, sambutan ini diadakan bersempena sambutan Hari Belia peringkat Antarabangsa yang akan disambut pada 12 Ogos ini.
“Beberapa pengisian sudah dirancang bermula jam 9 pagi sehingga lewat malam dan beberapa selebriti terkenal akan hadir memeriahkan sambutan pada kali ini,” katanya ketika sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Wanita Muda Pakatan Rakyat lancar manifesto 3 Sept

KUALA LUMPUR 8 Ogos: Manifesto Wanita Muda Pakatan Rakyat akan dilancarkan pada 3 September depan setelah perbincangan dibuat bersama wakil PAS dan DAP, kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail.
Mesyuarat yang berlangsung di Ibu Pejabat KEADILAN semalam itu turut dihadiri Pengerusi Ameera Dewan Muslimat PAS, Faridah Samad dan Ketua Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) Selangor, Janice Lee.
“Kita dah bincangkan segala dasar yang memenuhi kehendak dan keperluan wanita muda.  Manifesto yang akan kita bawa sudah dipersetujui bersama, sekarang tunggu kelulusan dari Majlis Pimpinan Wanita Pakatan Rakyat pula,” jelas Aishah ketika dihubungi.
Majlis Pimpinan Wanita Pakatan Rakyat merupakan gabungan yang diketuai Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof dan Ketua Wanita DAP Kebangsaan, Chong Eng.
“Wanita akan meneliti semua perkara satu persatu dan alhamdulillah setakat semalam, kita mendapat respon yang baik,” katanya.
Menurut Aishah, kandungan manifesto itu akan diumum selepas Aidifitri ini.

Belum ambil alih : Selangor berjaya selesaikan masalah bekalan air

SHAH ALAM : Walaupun hanya melibatkan diri sebagai jawatankuasa pemantau, Kerajaan Negeri Selangor sudah berjaya menyelesaikan masalah gangguan air di beberapa tempat yang selama ini tidak dapat ditangani Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dengan penyertaan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi di dalam operasi Syabas, masalah air terawat di Balakong, Serdang dapat diselesaikan.
Ini juga diusahakan di beberapa lokasi di kawasan Cheras, di mana pegawai Kerajaan Negeri menolong Syabas meningkatkan tekanan air di beberapa kawasan perumahan.
Kedua-dua kejayaan ini mencerminkan keupayaan Kerajaan Negeri dalam mengurus industri air di Selangor walaupun hanya diberikan sedikit kuasa menerusi jawatankuasa memantau.
“Datuk Khusrin mempunyai masa terhad kerana terpaksa memantau (pengerusi eksekutif Syabas) Tan Sri Rozali Ismail untuk selesaikan masalah air.

Air S'gor: Umno buat silap besar, kata Rani

SHAH ALAM: PAS menyifatkan tindakan Umno Barisan Nasional (BN) yang cuba mensabotaj Selangor dengan menimbulkan isu krisis air di negeri itu sebagai kesilapan besar.

Bercakap kepada Harakahdaily, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, kini rakyat Selangor boleh menilai sikap kerajaan Pusat dan BN negeri dalam isu itu.

"Rakyat lebih cerdik dan sedar dengan apa yang telah ditimbulkan oleh Umno-BN dalam soal krisis air, walaupun terdapat sabotaj telah dilakukan oleh pihak Syabas Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (Syabas).

Peniaga desak SPRM siasat agihan tapak bazar kepada VIP (RM 30K satu tapak)..!!!

NONESatu kumpulan peniaga kecil mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan berhubung pengagihan tapak bazar Ramadan di kawasan sekitar Masjid India di Kuala Lumpur.

Presidennya Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa, tapak bazar itu antara lainnya diberikan kepada persatuan golongan VIP tertentu yang bukan di kalangan golongan peniaga.
Beliau mendakwa, tapak bazar tersebut melibatkan kawasan sekitar Lorong Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India.
"Saya mengesyaki ada unsur rasuah berlaku. Sepatutnya tapak bazar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur diundi. Tetapi hari ini peniaga diperbodohkan. Bukan semua tapak diundi.

JK Royalti: Tok Guru sudah menghadap Sultan


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau telah menghadap Sultan Kelantan untuk membincangkan wakil negeri itu yang akan dicadang menganggotai jawatankuasa khas bayaran tunai royalti.

Bagaimanapun beliau memaklumkan, belum mengemukakan cadangan siapakah individu yang bakal menduduki jawatankuasa itu nanti kerana ianya belum dibincangkan diperingkat kerajaan negeri.

"Kita tak bincang lagi, mesyuarat exco hari ni pun tak bincang," katanya.

Nik Aziz: Kami tak boikot panel, duit mahu cepat


Nik Aziz kecam Harussani KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menegaskan tidak sesekali akan memboikot penubuhan Jawatankuasa Bayaran Royalti sebaliknya meminta bayaran royalti, yang menjadi hak negeri itu, disegerakan.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setakat ini Kerajaan Negeri tidak pernah berbincang untuk memboikot jawatankuasa yang diketuai, bekas Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad itu.

“Kita tidak boikot jawatankuasa ini, apa yang kita mahu duit ini diberikan kepada kita dan kalau boleh diberikan dengan cepat.

Royalti hantar memo gesa Kelantan tolak jawatankuasa khas

SHAH ALAM - Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Negeri Kelantan (Royalti) mahu Kerajaan Negeri Kelantan menolak cadangan penubuhan Jawatankuasa Bayaran Tunai yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat minggu lalu.

Dalam satu memorandum yang dihantar kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Royalti berkata, jawatankuasa itu hanya satu perkara "gimik PRU13" dan sama sekali tidak menepati semangat "kenegaraan atau persekutuan" dalam Malaysia.

Utusan keluarkan fatwa, haram undi DAP tapi halal sokong MCA, MIC?


KUALA LUMPUR 8 OGOS: Lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, sekali lagi memfitnah DAP dengan memaparkan di muka depannya hari ini tajuk ‘Haram sokong DAP’ dengan memetik ‘fatwa’ yang dikeluarkan oleh seorang guru pondok di Kelantan yang sering berceramah untuk UMNO.

Laporan Utusan sebagai alat propaganda UMNO itu telah mendakwa kononnya umat Islam berdosa jika mengundi DAP kerana DAP dituduh sebagai ‘kafir harbi’ kerana tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud dan DAP didakwa menolak Perlembagaan Persekutuan.

Pakar undang-undang dan politik Islam, Dr Maszlee Malik, ketika dihubungi berkata tindakan Utusan itu merupakan tindakan  yang terdesak golongan tertentu yang cuba mengheret para pengundi ke kancah perkauman dan keagamaan.

Beliau yang merupakan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata DAP difitnah begitu rupa semata-mata kerana perjuangannya melawan rasuah, salah guna kuasa, ketirisan wang negara, kegagalan pentadbiran kerajaan serta penyelewengan dana awam, telah mendedahkan kepincangan kepimpinan kerajaan.

Polis Tak perlu baiah, kata bekas pengarah JSJ


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu sehingga meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbaiah dengan kerajaan kerana tugas anggota polis sememangnya menjaga keselamatan awam dan negara.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari berkata, jika anggota polis memahami kerja mereka satu ibadah, mereka harus bekerja dengan jujur, amanah dan bersungguh-sungguh.

"Itu hak perdana menteri untuk membuat seruan tapi sememangnya penjawat awam khususnya anggota polis yang faham konsep ibadah, mereka akan bekerja dengan bersungguh-sungguh," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Bukan JK Khas Royalti, tapi JK pilihan raya


KUALA LUMPUR: PAS Terengganu menyifatkan penubuhan jawatankuasa khas berhubung pembayaran royalti petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini sebagai  jawatankuasan untuk pilihan raya.

Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Abdul Wahid Endut berkata, jawatankuasa itu tidak perlu ditubuhkan kerana perjanjian Petronas dengan kerajaan negeri sudah terang lagi bersuluh.

"Buat apa lagi jawatankuasa ini kerana semua perjanjian sudah ada. Memang sahih minyak di perairan Kelantan tetapi Pusat mendaratkan di Thailand.

"Kerana nak pilihan raya. Jawatankuasa ini untuk pilihanraya,” tegasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Kebangkitan pemuda mendepani pilihan raya

Pemuda digambarkan sebagai unsur kekuatan dan menjadi tiang seri kepada pembangunan umat. Pemuda Islam bukan setakat mampu menghadapi gelodak cabaran namun terpikul dipundaknya risalah Islam yang merupakan risalah Nabi Muhammad S.A.W dan risalah Al-Quran. Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya, maka sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk.” (al- Kahfi : 13)

Judi, hudud: MCA sejak awal lagi tolak


KOTA BHARU: Penceramah Umno, Abdullah Sa’amah (Haji Lah Geting) disifatkan ketinggalan zaman apabila menganggap MCA dan MIC bukan kafir harbi.

Sedangkan sebelum ini MCA melalui proksinya secara terang-terangan mahu menyamankan kerajaan Kelantan kerana mengharamkan premis judi sejak 1990.

Namun usaha parti kompenan BN itu menghidupkan semula aktiviti judi di Kelantan ditolak Mahkamah Rayuan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Isu sebenar gagal bayar royalti, bukan JK khas


KOTA BHARU: Isu sebenar kegagalan Kerajaan Persekutuan dan Petronas melunaskan pembayaran royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Kelantan berjumlah RM7 bilion sejak 1975 ‘dialih’ dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas mengkaji isu pembayaran royalti petroleum.
Presiden Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Negeri Kelantan (Royalti) Nazri Deraman menyifatkan penubuhan jawatankuasa itu merupakan satu ‘helah politik’  bagi ‘meredakan’ keadaan.

“Isu yang sebenarnya Kerajan Persekutuan dan Petronas telah gagal membayar royalti kepada Kerajaan Kelantan berjumlah RM7 bilion bermula tarikh perjanjian, 1975.

DAP: Dokumen tunjuk Noh Omar terlibat projek udang

NONEDAP mendedahkan dokumen yang didakwa membuktikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar terlibat dalam satu perusahaan kolam ternakan udang di Tanjung Karang, Selangor.

ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim hari ini menunjukkan satu salinan akuan sumpah bertarikh 11 Januari 2011 dan satu dokumen permohonan kaveat bertarikh sama ke atas tanah yang disewa syarikat itu daripada Noh Omar.

"Saya ada dokumen Syarikat Pristine Agrofood yang dalam akuan sumpahnya menyatakan syarikatnya ada usaha sama dengan Noh bin Omar.

"Surat kaveat yang saya ada, syarikat ini (juga) bersetuju mengusahakan tanah itu bersama Noh Omar.

"Ini (adalah) usaha sama. Beliau tak nafikan akuan sumpah ini," kata Ng selepas mengetuai satu demonstrasi di hadapan tapak projek tersebut pagi ini.

Terjejas Pendapatan, Lebih 150 Nelayan Bantah Kolam Udang Miliki Noh Omar

TANJONG KARANG 8 OGOS : Kira-kira 150 petani dan nelayan mengadakan perhimpunan aman di hadapan pintu masuk projek kolam udang yang didakwa dimiliki oleh Datuk Seri Noh Omar di mana kewujudan kolam berkenaan menjejaskan sumber pendapatan mereka.
Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berucap dalam bantahan itu berkata, Noh selaku Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani tidak wajar terlibat dalam projek penternakan udang itu kerana ia akan mewujudkan percanggahan kepentingan.
Suee Lim mendakwa memiliki dokumen yang menunjukan Noh memiliki tanah kerajaan semasa pentadbiran BN sedangkan rakyat Tanjong Karang dan Sungai Burong sukar untuk mendapatkan tanah bagi membina rumah.
“Tetapi ada pemimpin dapat tanah bukan satu dua ekar tetapi dapat 30 ekar iaitu Noh Omar yang merupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang, apa keistimewaan Noh Omar rakyat hendak tanya”? soal Suee Lim.

Merdeka: Kedah guna logo dan tema bersama


KUALA LUMPUR: Semua negeri Pakatan Rakyat akan menggunakan logo dan tema yang sama dalam sambutan Merdeka ke 55 apabila Kedah memutuskan berbuat demikian hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan itu dibuat oleh kerajaan negeri Kedah dan dimaklumkan kepada beliau hari ini.

"Saya telah menerima panggilan telefon dari Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah memaklumkan keputusan itu hari ini," kata Mustafa.

Menurut Mustafa yang meruapakan Pengerusi JK Pemilihan Logo Hari Kemerdekaan ke 55 Pakatan Rakyat, beliau telah berbinacang dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak mengenai perkara ini semalam.

Bukan baiah sangat tetapi arah polis sokong BN


KUALA LUMPUR: Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta polis berbaiah dan hampir dengan waktu pilihan raya, maka seruan itu menjadi jelas maksudnya yang sebenar.


Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Najib Razak kelmarin memohon agar PDRM berbaiah dengan kerajaan.

Kata Najib jika PDRM menjaga Kerajaan , Kerajaan akan menjaga PDRM.

“Apakah bezanya permintaan ini dengan Aku Janji yang selama ini menjadi dokumen yang mesti ditandatangani oleh semua penjawat awam belum jelas, tetapi kelihatan seiras?” tanya Azmi dalam satu kenyataan.

Kenyataan Najib Lebih Biadap Dari DAP Berhubung Hudud....??? jadi jawapannya sokong UMNO adalah "HARAM JADAH"...!!!!

SHAH ALAM, 8 OGOS : Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Umno-BN tidak akan melaksanakan hukum hakam berlandaskan syariat Islam (hudud) di negara ini adalah lebih biadap dan menghina kesucian Islam jika dibandingkan dengan DAP yang tidak bersetuju perlaksanaan hukum hudud.
Demikian kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam reaksinya berhubung isu adalah haram dan berdosa menyokong DAP seperti yang dipaparkan dalam akhbar pro Umno-BN hari ini.

Utusan: Guru pondok kata haram sokong DAP



 
Seorang guru pondok kontroversi yang sering bergeser pandangan dengan para pemimpin PAS hari ini tampil dengan satu lagi dakwaan bahawa hukum menyokong parti DAP adalah haram.

Pengasas pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini mendakwa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."

Muslim scholar: ‘Haram’ to vote DAP but not MCA, MIC

Abdullah claimed it was sinful for Muslims in PAS and PKR to work with DAP. — File pic
KUALA LUMPUR, Aug 8 ― An Islamic religious scholar declared it “haram (forbidden)” for Muslims to support DAP, according to a front page story today by Umno’s Utusan Malaysia, but added that MCA and MIC were acceptable because the two Barisan Nasional (BN) parties recognised Islam’s pre-eminence. Abdullah Sa’amah said that Muslims must not vote for DAP and its two allies PAS and PKR in the federal opposition pact of Pakatan Rakyat (PR) in the 13th general election that must be called by April next year.

DAP is "haram", MCA & MIC are OK as they accept Islamic rule & hudud - Umno daily

DAP is "haram", MCA & MIC are OK as they accept Islamic rule & hudud - Umno dailyAn Islamic religious scholar declared it “haram (forbidden)” for Muslims to support DAP, according to a front page story today by Umno’s Utusan Malaysia, but added that MCA and MIC were acceptable because the two Barisan Nasional (BN) parties recognised Islam’s pre-eminence.
Abdullah Sa’amah said that Muslims must not vote for DAP and its two allies PAS and PKR in the federal opposition pact of Pakatan Rakyat (PR) in the 13th general election that must be called by April next year.
“DAP’s fight does not accept the country’s (Federal) Constitution, they want equality (for) Islam and non-Islam, temples and mosques (they) also want equality,” Abdullah was quoted as saying by Utusan.

Polis bai'ah untuk jaga rakyat bukan belasah rakyat dan jaga keselamatan Umno!

Baca betul-betul apa kehendak Najib sampai suruh polis pulak berbai'ah kepada kerajaan Umno-BN.Semua kita tahu kakitangan kerajaan ,penjawat awam makan gaji duit rakyat bukan duit poket Umno-BN.Rakyat yang bayar macam-macam cukai yang dikenakan kerajaan yang bayar gaji polis dan penjawat awam.
Anggota polis kerjanya jaga keselamatan rakyat bukan jaga keselamatan Umno-BN!Tapi dakyah pemimpin Umno kepada rakyat yang buta mata hati selalu sebut ,'Ini Umno bagi, ini Umno buat, sampai ada yang beranggapan bahawa balai polis pun Umno buat'.Fahaman macam ni masih ada di kalangan rakyat yang cetek pemikirannya disebabkan dibodohkan pemimpin Umno.Ingat senang nak hapus pemikiran lapok macam ni?
Najib pernah kata kepada rakyat sebagai umpan politik ,'U help me I help u'.Kini Najib kata pulak kepada anggota polis ,"Biarlah kita sama-sama berbaiah...kalau kerajaan membantu PDRM,PDRM juga akan membantu kerajaan."Baca di sini.
Dalam maksud ayat Najib tu.Adakah polis akan jadi kuda tunggangan Umno supaya Umno terus berkuasa di Putrajaya?
Imej polis rosak teruk semasa demo Bersih 3.0 yang lalu kerana mengalah kepada kehendak pemimpin Umno dan jadikan rakyat sebagai mangsa untuk dikendurikan dalam demo Bersih 3.0

Tak cukup dengan pemimpin Umno yang suruh ahli Umno berbai'ah kerana hilang kepercayaan kepada penyokong sendiri kini Najib mahu pihak polis pulak berbai'ah kepada kerajaan.Tak cukup lagi kah sumpah taat setia anggota polis sewaktu dipilih jadi anggota polis sampai kena berbai'ah pulak?
Kita hidup ni jangan jadi barua kepada siapa saja cukuplah kita jadi hamba kepada Allah SWT.Umno ada samseng,ada kaki pukul yang jadi benteng mereka untuk haramjadahkan rakyat yang tak menyokong mereka.Tak cukup lagi ka?
Kerja polis jaga keselamatan rakyat,nyawa rakyat bukan jaga kepentingan pemimpin Umno-BN.Kerja polis juga bukan untuk belasah rakyat yang mahu tuntutan mereka didengar secara aman dan tidak bersenjata.
PDRM bawa maksud Polis Diraja Malaysia bukan Polis Raja Di Malaysia atau jadi polis untuk Umno-BN.

Ostad MCA tanya PAS: Negara kebajikan atau 'negara Islam'..???

Naib Presiden MCA Datuk Seri Chor Chee Heung membidas PAS yang didakwanya gagal menjelaskan hala tuju sebenar parti itu selain tiadanya konsensus dalam pakatan pembangkang.
  
Katanya PAS pada satu ketika menyatakan berjuang untuk penubuhkan 'negara kebajikan, namun pada masa lain mereka mahukan 'negara Islam'.
  
Chor mendakwa, ia merupakan satu helah PAS yang menurutnya cuba mengelirukan pengundi dengan mempakej semula konsep negara Islam mereka dan menamakannya negara kebajikan," katanya dalam kenyataan semalam.

BERSIH: Menteri cuba takutkan pelajar di Mesir

NONEAmaran menteri agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom kepada pelajar luar negara agar tidak menyokong BERSIH sebenarnya cubaan untuk menakut-nakutkan kelompok tersebut, kata Datuk A Samad Said.

Menurut pengerusi bersama gabungan reformasi sistem pilihan raya itu, pelajar-pelajar berkenaan mempunyai hak untuk berbuat demikian kerana ia cara "untuk memurnikan landasan demokrasi".

"Bergantung kepada para siswa sendiri, jika mereka percaya perjuangan itu, dan bersedia menanggung risikonya, mengapa tidak (boleh sokong)?

"Kecualilah kalau kita sengaja hendak menakut-nakutkan mereka," katanya sewaktu mengulas pesanan Jamil Khir yang menggesa pelajar Malaysia supaya tidak terlibat dengan gerakan "baju kuning" di Mesir.

Sebelun ini, sembilan pelajar tajaan Yayasan Terengganu ditarik balik pinjaman selepas menyertai perhimpunan di BERSIH di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah.

Fauzi: Kurangkan " SB Politik " untuk bantu CID banteras jenayah

Bagi mengurangkan kadar jenayah, pihak polis dicadangkan supaya membuat serapan tugas-tugas bahagian tertentu, termasuk anggota Cawangan Khas (SB) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke Bahagian Siasatan Jenayah (CID).

NONEIni kerana, kata bekas pengarah CID Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari, beban tugas CID bertambah sehingga boleh mengganggu fokus pegawainya sedangkan SB dan FRU tidak memerlukan tugas yang rumit.

"Itulah pihak yang bertanggungjawab kena buat redeploymnet (penugasan semula). Kalau CID  (macam) sekarang, nampaknya tidak boleh tangani kerana siasatan terlalu banyak.

"Jadi kenapa tidak kita serapkan alihkan sebahagian daripada apa yang kamu sebut tadi, (antaranya) unit ketenteraman awam, FRU, pasukan lapangan dan polis marin (ke bahagian CID).

"Ini kerana, (sebelum ini) mereka tidak membuat tugas yang memerlukan buka fail, banyak urusan tulis-menulis (dan) fokus kepada follow through investigation," katanya ketika diminta mengulas statistik penempatan polis terkini.

Peguam Negara Kebal dari Tindakan Undang-Undang?

Apakah benar, Peguam Negara begitu kebal dari tindakan undang-undang negara? Begitulah persoalan yang kini timbul setelah tiga orang pegawai tinggi badan penguatkuasa membuat pendedahan mengenai Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, namun Gani tetap kelihatan masih kebal and going strong, kata omputeh!


Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull berkata SPRM sedang menyiasat Gani berkaitan pengubahsuaian sebuah banglo di Seremban oleh Ho Hup Construction Bhd yang bernilai RM18,000.