Selasa, 7 Ogos 2012

Suasana Berkhatam Al Quran Dan Berbuka Puasa Di Kelantan...

Pelajar pondok sedang membaca Al quran

Ibu dan Anak 2 sama sama berkhatam Al Quran

 Tiba masa berbuka puasa


suasana berbuka puasa di Kariah ramadhan , Kelantan
Suasana waktu berbuka puasa serta tarawih dan Majlis 300 Kali Khatam Al-Quran bersama 3000 jemaah pada malam yang ke-18 Ramadhan sempena Nuzul Al-Quran. — Qaryah Ramadhan Hari Yang ke-17&Malam ke-18 Ramadhan .. FB Tuan Guru  : Nukilan Abu Luqman

Betulkah Umno-BN Boleh Jamin Tarif Air “Yang Munsabah”?


SHAH ALAM, 7 OGOS : Pakatan Rakyat (PR) Selangor mempersoalkan kenyataan Timbalan Ketua Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar yang menjanjikan harga air “yang munasabah” jika diberi peluang mentadbir semula Selangor.
Ini kerana Noh memberi jaminan berkenaan walaupun Kerajaan Pusat akan menangguh beban pembinaan projek pemindahan air Langat 2 yang berjumlah RM 8.65 bilion.
Keupayaan Umno-BN menunaikan janji tersebut juga dipersoal kerana dengan adanya Langat 2, Selangor terpaksa membayar RM 60 juta kepada Pahang setiap tahun sebagai royalti air.
Lebih lagi, keikhlasan Umno-BN dipersoal kerana mereka memihak kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang pada asalnya mahu meningkatkan harga air sebanyak 70 peratus menjelang 2012.
Kenyataan Noh yang tidak memberi butiran jauh berbeza dengan jaminan Pakatan bahawa harga air tidak akan dinaikkan melebihi 12 peratus.

Serahkan Hak Royalti, Daratkan Minyak & Gas ke Kelantan!

Perairan Negeri Kelantan kaya dengan hasil Petroleum & menyimpan sebanyak 17 Trillion kaki persegi Gas Asli yang pada masa ini sudah mula diterokai dan dituai hasilnya oleh PETRONAS semenjak awal 1980-an.
Setakat hari ini, 5 blok yang kaya dengan Minyak Mentah, Gas Asli dan Condensate telah ditemui iaitu dari Blok MTJDA (Malaysia – Thailand Joint Development Area), PM301, PM302, PM325 dan PM326.
Perjanjian dibawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 telah ditandatangani antara Kerajaan Kelantan & Kerajaan Persekutuan Malaysia(diwakili Petronas) pada 9hb. Mei, 1975 yang jelas menyebut 5% hasil Royalti haruslah dibayar dua kali setahun. yang jika dikira adalah berjumlah lebih RM7,000 juta (RM 7 billion).
Berasaskan data daripada Jabatan Perangkaan yang diedarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, sumbangan Kelantan kepada pengeluaran petroleum seluruh negara bagi tahun 2005 hingga 2008 adalah lebih tinggi daripada pengeluaran negeri Sabah.
Pihak Royalti juga menuntut Pendaratan Minyak & Gas ke Kelantan kerana Kerajaan Negeri telah menyediakan tapak pendaratan di Bachok, dan kami menjunjung titah KDYMM Sultan Muhammad ke-V yang bertitah pada Pembukaan Rasmi Persidangan ke 5 Penggal DUN Kelantan ke 12 :
"Beta berharap GAS ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan ZON INDUSTRI PETROLEUM di Bachok seluas 4000 ekar sejak tahun 1990-an lagi" - KDYMM Sultan Muhammad ke-v

Sila sokong memorendum :

https://www.change.org/petitions/serahkan-hak-royalti-daratkan-minyak-gas-ke-kelantan
www.royaltikelantan.com

Selangor : Kerajaan Negeri Jamin Air Cukup Untuk Industri

SHAH ALAM 7 OGOS : Kerajaan Selangor akan menyelesaikan masalah bekalan air kepada industri yang ditangguhkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sejak Januari 2012.
Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok berkata jaminan itu diberi ekoran terdapat 234 permohonan projek ditangguhkan oleh Syabas.
Katanya, permohonan mereka tidak mendapat kelulusan Syabas kerana syarikat itu mendakwa ada masalah kekurangan bekalan air terawat.

Selangor : Bekalan Air Terawat Cukup, Tidak Payah Catuan

SHAH ALAM, 8 OGOS : Kerajaan Selangor membantah sebarang bentuk cadangan catuan air di negeri ini kerana kapasiti air terawat sedia ada mencukupi bagi menampung kegunaan di Lembah Klang.
Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) Nor Azmi Diron berkata, surat bantahan telah dikemukakan kepada semua pihak termasuk Kerajaan Pusat, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Katanya, Kerajaan Selangor juga sedang menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Balakong, Cheras dan Sri kembangan.
“Ada antara mereka yang tidak mendapat bekalan air sehingga 11 hari. Kita amat bersimpati dengan kadaan itu.

Chua Soi Lek tiru amalan Lim Guan Eng?

  Gambar  :  Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (dua kanan) bersama pemimpin Umno -  selepas majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran serta berbuka puasa di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid,Taman Universiti, Skudai semalam.
Inilah semangat muhibbah dan keharmonian kaum yang perlu ada dalam diri rakyat Malaysia, khasnya para pemimpin.  Bagus dan tahniah kepada Presiden MCA Dr Chua Soi Lek !  Anda telah melakukankan perkara baik yang menjadi amalan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selama ini!  Perbuatan yang baik memang elok sangat diikut atau dicontohi ! 
Apa perbuatan baik pemimpin Umno yang dapat  anda contohi?  Rasa-rasanya hampir tidak ada,…  justeru  ini satu nasihat buat Dr Chua,… Jangan ikut amalan buruk dan jahat yang sering dilakukan pemimpim Umno, terutama perbuatan melampau yang boleh mencetuskan api perkauman !,..  tidak ketinggalan budaya fitnah !!
Oleh : rahimothman

Kos FGVH meningkat, saham mungkin merosot


KUALA LUMPUR: Penganalisis ekonomi mengunjurkan bahawa prestasi Felda Global Venture Holding (FGVH) pada pasca penyenaraian akan lebih lemah berbanding tahun-tahun lepas.

Menurut Dr Rosli Yaacob, prestasi ini adalah penentu utama harga pasaran FGVH.

Ini kerana, katanya, kos penanaman semula akan berlaku di mana akan menyebabkan kos operasi FGVH akan meningkat.

Tambahnya, akibat daripada operasi penanaman dan kenaikan kos tanam semula kelapa sawit  menyebabkan keuntungan terjejas sekali gus akan menjejaskan harga saham FGVH di pasaran berkemungkinan akan merosot lagi.

‘Tanda Putera’ boleh gugat pepaduan - Kit Siang

KUALA LUMPUR: Gagasan 1Malaysia yang diterapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat menyemai benih ketegangan di antara kaum, selain menyumbang kepada fitnah yang boleh menggugat perpaduan negara.

Trend fitnah seperti yang dapat dilihat dalam pembohongan dan pemalsuan insiden 13 Mei melalui filem tajaan kerajaan, 'Tanda Putera' itu boleh dianggap menggugat perpaduan negara.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya berkata menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 dan Hari Malaysia Ke-49, Najib harus berfikir sejenak mengapa polisinya yang terkenal, 1Malaysia dalam tempoh tiga tahun ini telah menyemai benih ketegangan di antara kaum.

"Tidak lain, ianya daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menekankan bahawa pilihan raya umum yang akan datang ini akan bersasarkan “perkauman" kerana “keadaan negara kini bersifat amat rasis berbanding dengan sebelum ini","dakwa ahli parlimen Ipoh Barat itu, kepada Harakahdaily, hari ini.

Makin Terdesak : Najib gesa PDRM dan kerajaan berbai’ah, bantu satu sama lain

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menggesa pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan saling berbai’ah untuk membantu satu sama lain bagi mendepani cabaran dan perubahan semasa dalam negara.
Dalam ucapannya, Najib berkata di samping melihat kepada perkembangan negara, PDRM juga perlu melihat kepada perubahan dalam landskap negara, sosiopolitik, dan sosioekonomi yang sudah pasti berubah jika dibandingkan pada masa yang lalu.
“Biarlah kita sama-sama berbai’ah ... kalau kerajaan membantu PDRM, PDRM juga akan membantu kerajaan.
“Unsur globalisasi, ledakan maklumat, teknologi ICT, dan akses kepada pendidikan lebih luas menjadikan masyarakat yang mana sikap dan pemikiran masyarakat serta harapan dan jangkaan kita hari ini jauh berbeza berbanding masa lalu,” kata perdana menteri itu di hadapan hampir 5,000 anggota polis sewaktu memberikan ucapan pada Majlis Berbuka Puasa PDRM bersama perdana menteri di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.

Remaja patah lima jari kanan akibat mercun


Mohd Firdaus dirawat di Hospital Lati, Pasir Mas akibat kecederaan di tangan kirinya akibat bermain
Mohd Firdaus dirawat di Hospital Lati, Pasir Mas akibat kecederaan di tangan kirinya akibat bermain mercun.
 
KOTA BHARU - "Saya sudah serik bermain mercun," kata mangsa mercun, Mohd Firdaus Ismail, 15, dari Kampung Tok Pelanduk, Rantau Panjang apabila kesemua lima jari kirinya patah akibat kejadian tersebut.

Dia yang merupakan bekas pelajar pondok berkata, kejadian itu berlaku pada jam 10 malam pada Ahad lalu selepas dia menunaikan solat sunat Tarawih di Kampung Batu Karang yang terletak 500 meter dari rumahnya.

"Semasa kejadian, seorang kanak-kanak menyuruh saya menyalakan mercun botol dan tanpa berfikir panjang saya terus membakar mercun tersebut.

‘Tanda Putera’ Didakwa Semarak Perkauman, PR Mahu Dikaji Semula

PETALING JAYA  7 OGOS: Pakatan Rakyat (PR) mendesak agar kerajaan mengkaji semula kelulusan tayangan Filem Tanda Putera yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 13 September nanti.
Menurut kenyataan bersama PR itu, terdapat maklumat bahawa filem arahan pengarah terkenal, Shuhaimi Baba itu mengandungi unsur-unsur menyemarakan semula api perkauman di negara ini.
“Kita dah dapat gambaran sedikit tentang apa yang akan ditayangkan itu dan kami merasakan kandungan dari filem ini tidak mengambarkan suatu usaha yang benar-benar menyatukan rakyat.
“Thrill’ filem ini pun dah tengok, nampak hanya membakarkan api perkauman di negara ini.
“Bagaimanapun kami mahu kerajaan dapat tayangkan kepada kami terlebih dahulu sebelum ia ditayangkan kepada umum supaya kita boleh beri pandangan,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

PRU-13: Tak Kira Sept Atau Nov, Pakatan Bersedia

PETALING JAYA, 7 OGOS: Pakatan Rakyat (Pakatan) telah bersedia sepenuhnya sekiranya jangkaan Pilihan Raya Umum ke 13  akan diadakan pada bulan September atau November menjadi kenyataan.
Demikian menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang media bersama pemimpin PR di Ibu Pejabat PKR, di sini.
“Kemungkinan BN akan mengambil kesempatan daripada perayaan kemerdekaan ini untuk naikkan dia punya imej barangkali, berjaya atau tidak itu soal lain.
“Sebab itu kita jangka kemungkinan paling dekat PRU ini akan diadakan pada bulan September atau kalau tidak, pada November selepas Raya Haji.
“Apa pun, September atau November kita telah mengambil langkah sewajarnya dan kita telah bersedia untuk hadapi PRU-13 walau apa pun tarikh yang ditentukan oleh Kerajaan.
Ketika menjawab satu soalan, Mustafa berkata pemilihan calon-calon telah pun diselesaikan kecuali satu atau dua kawasan di beberapa negeri.

Baiah BN : 'Kita baiah, k'jaan bantu polis, polis bantu k'jaan'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbaiah dengan kerajaan untuk membantu mengharmonikan negara.

"Kita berbaiah sesama kita. Kalau kerajaan bantu PDRM, PDRM akan bantu kerajaan dan negara.

"Kita sama-sama bantu untuk bawa negara ke arah yang selamat, harmoni dan masa depan yang cemerlang," katanya pada majlis berbuka puasa bersama warga PDRM di Kuala Lumpur.

Turut hadir sama ialah Ketua Polis negara, Tan Sri Ismail Omar.

Majlis berbuka puasa ini juga turut dihadiri kira-kira 5,000 warga PDRM.

Diari Ramadhan 1433H - Minggu Kedua

Krisis air: 234 projek tertangguh, kata UPEN

PKR desak k'jaan selesai segera masalah MUST

I fear for my life, says private eye Bala

Andrew Simmons shares details of Syria visit

DAP- BN politikkan hudud supaya Pakatan berpecah

Ini buktinya..sifat hipokrit UMNO ...


Satu masa dahulu  gegak gempita seperti halalintar menyambar bumi dari PENCACAI UMNGOK 1Malaysia meng'hentam' Ahli Parlimen DAP Pn. Teo Nie Ching yang memasuki surau di Kajang[GAMBAR BAWAH].

Inilah dasar munafik orang umno, mereka buat tak apa kalau pembangkang buat ditaruk cili sampai lunyai cerita ini didalam media haprak mereka,Yang aku sedih lagi memilukan  aku ialah dijemputnya bintang PRONO berbuka puasa di masjid...wakakaka...
eh !! dah mandi wajib ke Chua Soi Sex masuk masjid ni ha ha ha...
Inilah dinamakan politik longkang dari umno ,dasar munafik..

aku benci Parti yang HIPOKRIT..
KALAULAH GAMBAR BOLEH BERKATA KATA ..
Mesti nak termuntah kita UwekkKKKK.....
** pisttt sahabat sekalian pakat kasi tukar ini kali...dah lama sangat ha ha ha.
    moh pakat tolak DACING...




Chong Wei 'winnable candidate' PRU13?


 Chong Wei 'winnable candidate' PRU13? SHAH ALAM - Datuk Lee Chong Wei 'winnable candidate' Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)?

Di sebalik spekulasi PRU13 akan dipanggil dalam waktu terdekat, sementara nama pemain nombor satu negara itu pula menjadi sebutan banyak pihak, beberapa peminat Chong Wei secara terbuka berkata akan mengundi beliau jika dipilih sebagai calon.

Bagaimanapun mereka tidak menyebut parti yang Chong Wei sepatutnya wakili.

"Jika Datuk Lee Chong Wei bertanding pilihan raya (PRU13), saya akan mengundi beliau," kata selebriti Adibah Noor, yang menghantar mesej Twitter kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Boleh MAKAN Telur BUAYA ? - Ustaz Azhar Idrus

Tanda JAWAPAN Solat ISTIKHARAH - Ustaz Azhar Idrus

TAHFIZ Dapat Tarik 7 Orang Masuk SYURGA ? - Ustaz Azhar Idrus

7 Orang SERUPA Dalam Dunia Ini ? - Ustaz Azhar Idrus

2 Imam 1 Waktu - Ustaz Azhar Idrus

MB Johor Diminta Dedah Tanah Rezab Melayu Di Johor

PULAI: Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman diminta mendedahkan jumlah Tanah Rezab Melayu yang telah digunakan bagi tujuan pembangunan di negeri Johor dan berapakah bilangan yang telah diganti semula.

Menurut Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub, selepas negara merdeka, penjajah telah meninggalkan sebanyak 3 juta hektar tanah rezab melayu namun pada ketika ini anggaran yang masih tinggal hanyalah 1.7 juta hektar tanah rezab melayu. Ini bermakna dianggarkan 1.3 juta tanah rezab melayu di seluruh negara telah hilang ataupun digadaikan oleh kerajaan UMNO/BN.

"Saya minta Menteri Besar Johor dedahkan berapa jumlah tanah rezab melayu yang telah digunakan atas nama pembangunan di negeri Johor ini. Saya juga minta beliau dedahkan berapa jumlah tanah yang telah diganti semula untuk tujuan pembangunan tersebut"

Sasar 18 Parlimen : Sindrom Cuak Hantui UMNO Johor?


KENYATAAN demi kenyataan cuba dipatahkan oleh sebahagian pemimpin UMNO-Barisan Nasional (BN) berhubung isu penambahan kepada 18 kerusi Parlimen yang disebut-sebut bakal bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat (PR) telah menimbulkan satu persepsi bahawa UMNO kini berdepan dengan ‘sindrom’ kecuakan.


Terbaru, penyandang bagi Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed merupakan individu yang paling ketara menyerlahkan kegusarannya itu apabila menyatakan hasrat pembangkang untuk bertanding di 18 kerusi Parlimen di negeri ini sebagai angan-angan kosong.

Beliau dilaporkan berkata, keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk menambah bilangan wakil-wakil rakyatnya hanya sekadar menaikkan semangat pengikut mereka menurut dhamir hati manusia yang bernama Jazlan .

Pakatan to stick to Buku Jingga

Pakatan Rakyat leaders today said they would not implement hudud in the country should they take over Putrajaya in the next general election.“We have solved this issue last year, and we are sticking to the common policy included in the Buku Jingga,” PAS secretary-general Mustafa Ali said at a press conference here.Hudud, he said, was not included in the Buku Jingga or “Orange Book”, which is a document of Pakatan’s policies known as the Common Policy Framework.
“In the case of Kelantan, their enactment existed before Pakatan Rakyat did. Even then, they are setting up a committee to oversee its implementation,” Mustafa said after attending Pakatan’s secretariat meeting at PKR’s headquarters.
“On the other hand, there are no such plans to implement Hudud in Kedah,” he pointed out.
DAP chairman Karpal Singh had earlier said that any attempt by PAS to espouse hudud in the country would reflect poorly on the decisions made by the last PAS Muktamar – shifting its agenda for an Islamic state to a more inclusive “welfare state”.
Terengganu PAS Youth chief Mohd Nor Hamzah had, in turn, called for the senior politician’s retirement, claiming that the latter’s “outdated views” had become a liability to Pakatan Rakyat.
The ruling coalition played this up and said Pakatan’s split on hudud was irreconcilable and warned the electorate against voting in a pact that would rather sweep its problems under the carpet than solve it.

BN using Hudud to frighten the Chinese

Catu minyak: Menteri salahkan penjaja.....

Penjaja yang membeli minyak masak dalam kuantiti banyak adalah punca barangan itu dicatu di sebuah pasar raya di Selayang baru-baru ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Beliau berkata, siasatan kementerian mendapati pasar raya itu terpaksa mengambil langkah mencatu bekalan minyak masak berikutan ada penjaja membeli barangan itu yang dijual pada harga subsidi.
“Bila berlaku situasi berkenaan, saya difahamkan pasar raya itu hanya membenarkan setiap pembeli membeli dua botol minyak masak (satu kilogram setiap satu).

Perkasa : Apakah hukum ahli UMNO undi MCA?


KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli UMNO mengundi MCA pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, persoalan itu perlu dijawab oleh UMNO kerana jelas Pengerusi MCA, Chua Soi Lek dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud. Malah CHua Soi Lek mengatakan ini adalah idea gila apabila UMNO Johor mencadangkan hukum Hudud.

Beliau berkata, begitu juga dengan hukum daripada sudut syarak mengenai arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi UMNO seperti Dato' Seri Najib Abdul Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Muhyiddin yang meminta ahli-ahli parti mengundi MCA dan MIC.

''Adakah ia dibolehkan atau tidak, memandangkan MCA terang-terang mengecam penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Ini bukan soal UMNO, tetapi kecaman yang dibuat oleh Soi Lek itu jelas melibatkan kesucian Islam dan kepentingan umat Islam.

Mesir : Serangan yang dirancang ?



"Serangan ke atas tentera Mesir di Semenanjung Sinai yang mengakibatkan 15 askar Mesir terbunuh menimbulkan beberapa  persoalan. Antaranya :

1) Begitu ramai tentera Mesir terbunuh. Rekod terburuk sejak 20 tahun.

2) Diserang dikala tentera Mesir sedang berbuka puasa.

3) Israel terlebih dahulu tahu rancangan serangan itu melalui sumber risikan.

4) Kesemua penyerang dibunuh oleh Tentera Israel dalam kawasan Israel.


5) Begitu mudah penyerang menggunakan 2 kenderaan.


6) PM Israel memuji perisikan mereka dan bersyukur kerana tiada orang awam(Israel) jadi mangsa penyerang.


7) Peristiwa ini berlaku dikala Mesir dipimpin oleh Ikhwanul Muslim dan hubungan dengan HAMAS begitu erat.

KEBARANGKALIAN TEORI :

Why the police force fear BN...

The traditional support the 100,000-strong police force gives the BN during elections is due to the fear among the officers that they will be seen as derhaka (traitors) and ungrateful if they vote for the opposition.

This, said retired Bukit Aman Criminal Investigations Department (CID) director Fauzi Shaari, who joined PAS three months ago, arises because the men and women of the force feel bound and indebted to the government.


NONE"Many (police personnel) think of their salaries and allowances paid by the government. Going by such thinking, the government cannot be other than BN, which has been in power all this while," Fauzi said.

"Due to this, those who don't vote for BN ... would be considered as ‘derhaka' or ungrateful to the government."


The government and the political party in power, he stressed, should be kept separate. The police can indeed freely exercise their right to vote for the party of their choice.

"The government is just a mandate holder. It must exercise its responsibilities - it must feed us and the people. The people should understand, it is not compulsory for us to always vote or support the same party.

"We can choose any (party). It will be much better if the party leaders are good, honest, trustworthy and not corrupt.

"So do not be afraid that we (in the police force) will be labelled as traitors if we want to support another party."

Sebuah Negara Ada Empat Tema Merdeka - 55 pencen der...!!!!

Hendak jadi apa negaraku - Malaysia, sebuah negara ada empat tema merdeka. Mungkin inilah keunikkan Malaysia atau pun cara pemimpin politik negara ini hendak memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Negara hanya sebesar jantung pisang tanduk dengan penduduk seramai 27 juta tetapi tema hari kemerdekaanya ada empat jenis melambangkan empat puak dan cita rasa.


Malaysia memang begitu kaya dengan puak-puak dan pasukan sehinggakan sesama sendiri pun ada puak dan pasukan. Perhatikan tiadak ada entiti (Ngo) tunggal di dalam negara ini yang memperjuangkan sesuatu idealisme atau pun  agama dan bangsa, tetapi ia timbul dengan berbagai-bagai nama dan jenama.

Mungkin kalau diadakan pertandingan mencari negara yang mempunyai banyak tema hari kemerdekaan untuk tahun 2012 ini ia akan dimenangi mudah oleh Malaysia. Begitu juga kalau diadakan pertandingan mencari negara mana yang mempunyai banyak puak dan pasukan ia akan dirangkul oleh Malaysia. Maka elok kalau takdir Malaysia menjadi tuan rumah sukan olimpik acara kepuakan ini wajar dimasukkan.

UMNO is indeed rotten to the core.

 
Readers may refer to the video clip which I uploaded in the previous article. This is the English version of the article.It doesn't require a rocket scientist to identify the clip as an UMNO handiwork.
When the UMNO member cannot answer in a civilized manner, he will react in the most ill-mannered way. He will react like how the least educated and ill-bred folks do. Lashing out vulgarities and letting out the most contemptible of remarks feeling hapless when the lies and shams of his leaders are exposed.
Or they will use reverse psychology. Would I be willing to allow DAP to dominate the federal government? Doesn’t that amount to treachery against the Malay?

Polis rangka SOP media buat liputan perhimpunan


Tan Sri Ismail Omar KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memutuskan tidak lama lagi mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) berhubung kaedah yang harus diambil bagi menangani petugas media ketika membuat liputan sesuatu perhimpunan.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata SOP itu, yang akan diumumkan sebulan daripada sekarang akan dirangka dengan mengambil kira pandangan dan cadangan petugas media yang pernah membuat liputan berkenaan seperti ketika perhimpunan yang ditunjangi pembangkang 28 April lalu.
  
"Polis dan media perlu duduk bersama bagi membincangkan SOP ini. Kami mahu anda (media) datang dan beri beberapa cadangan kepada kami. Kami mahu dengar sendiri daripada wartawan.

Perkauman dan Rasis : Pakatan mahu nilai filem Tanda Putera



 
Pakatan Rakyat menuntut supaya diberikan peluang untuk menonton tayangan filem Tanda Putera kerana bimbang filem yang mendapat sokongan kerajaan itu mempunyai unsur yang dipertikaikan.

NONESetiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pemerhatian daripada trailer filem tersebut menunjukkan bahawa Tanda Putera boleh "membakar api perkauman".
"Kita minta (tonton) sebab kita dapat gambaran sedikit apa yg akan ditayang, dan rasa kandungan filem ini tak gambarkan usaha yg benar-benar menyatukam rakyat di seluruh negara.

"Walau bagaimanapun, (Pakatan) minta pihak kerajaan tayang filem ini pada pembangkang supaya beri pandangan kita tentang filem ini.
"Pandangan menyeluruh boleh diberi bila dapat tengok seluruh," kata Mustafa (kiri) dalam sidang media hari ini.

Haram jadah: 8 peneroka saman Najib


TEMERLOH: Seramai lapan orang peneroka dari sekitar Jengka hari ini memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Temerloh kerana ungkapan menghina ‘haram jadah’ terhadap mereka.

Saman tersebut difailkan setelah notis tuntutan maaf dan minta ditarik balik perkataan tersebut yang telah diserahkan kepada Najib selaku defendan, tidak diindahkan dan tiada sebarang respons.

Dalam writ saman tersebut Samat Yusof, Alias Ibrahim, Idris Mat Sah, Syed Jamaluddin Muhamed, Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong selaku plaintif mendakwa Najib mengeluarkan perkataan menghina itu pada 8 Mei lalu di Jengka 8.

Kemarau punca paras air di empangan S'gor merosot

NONESelangor menegaskan bahawa punca kemerosotan paras air di empangan di negeri baru-baru ini adalah akibat musim kemarau ekoran monsun Timur Laut yang melanda dari Mei hingga Julai.

Timbalan Pengarah Bahagian Makro dan Penswastaan Unit
Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) Nor Azmie Diron (kiri) berkata ia  'fenomena' biasa, tetapi memberi jaminan paras air akan memuncak semula kerana monsun Barat Daya sudah bermula.

Beliau berkata, pihaknya telah berhubungan dengan Jabatan Kaji Cuaca.

FGVH : Kos Operasi Tinggi Terus Gugat Saham Felda Global


Penganalisis ekonomi mengunjurkan bahawa prestasi Felda Global Venture Holding (FGVH) pada pasca penyenaraian akan lebih lemah berbanding tahun-tahun lepas.

Menurut Dr Rosli Yaacob, prestasi ini adalah penentu utama harga pasaran FGVH.

Ini kerana, katanya, kos penanaman semula akan berlaku di mana akan menyebabkan kos operasi FGVH akan meningkat.

Tambahnya, akibat daripada operasi penanaman dan kenaikan kos tanam semula kelapa sawit menyebabkan keuntungan terjejas sekali gus akan menjejaskan harga saham FGVH di pasaran berkemungkinan akan merosot lagi.

Baru seminggu pencen, pegawai kanan sertai PAS


KETEREH: Baru seminggu pencen, bekas Ketua Penolong Pengarah (KPP) Jabatan Kesihatan Kelantan, Azmi Awang, 55 malam tadi secara rasmi menyertai PAS.

Sebelum itu pernah berkhidmat sebagai KPP di Jabatan Pembangunan Persekutuan dan pelbagai lagi jabatan persekutuan, mulai pencen pada 1 Ogos lalu.

Lepasan bidang ekonomi di Universiti Malaya memilih pencen awal bagi melengkapkan dirinya dengan ilmu-ilmu agama.

Malam tadi beliau mencatat sejarah apabila muncul di pentas ceramah Ghazwatul Badar di padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Beliau diiringi Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood menyerah borang menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kelantan juga guna 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk menggunakan tema Hari Kemerdekaan yang dicadang Pakatan Rakyat iaitu “Sebangsa, Senegara, Sejiwa” berbanding tema “Kelantan Menerajui Perubahan” yang diputuskan kerajaan negeri sebelum ini.

Perkara itu dimaklumkan Sekretariat Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan lewat petang ini.

"Kami merujuk kepada kenyataan Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini mengenai Tema Hari Kebangsaan.

14 Ogos Diisytihar Hari Internet Blackout

SHAH ALAM,7 OGOS: Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia mengumumkan 14 Ogos ini sebagai Hari Internet Blackout di mana sebahagian daripada kempen menentang Seksyen 114A yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 2012 yang diwartakan pada 31 Julai lalu.
CIJ dalam satu kenyataa mengumumkan hasrat itu  yang bertujuan untuk menyedarkan para pengguna Internet tentang kesan negatif pindaan ini terhadap kebebasan berinternet.

Cameron Highlands: khazanah negara yang perlu dilindungi


Tinjauan wakil NGO, Green Clean World (GCW) baru-baru ini bersama-sama wakil daripada Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang serta wakil Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Cameron Highlands tidak menolak kemungkinan berlakunya bencana alam sekitar, jika tiada tindakan drastik diambil oleh pihak berkuasa termasuklah daripada Kerajaan Persekutuan dan Negeri terhadap pembangunan lereng bukit yang dilihat tidak terkawal.

“Pemantauan yang dilakukan oleh kami dari Ringlet ke Blue Valley jelas menunjukkan kerja-kerja pembangunan dilereng bukit sedang rancak dijalankan oleh pihak tertentu di sana”, ujar Zulkefly Mohamad Omar selaku AJK PAS Pusat/Pengerusi Lajnah Alam Sekitar merangkap Pengerusi GCW.

Pakatan siap sedia, jangka PRU13 September

'Najib shouldn't recklessly give goodies in Budget 2013'

PRU 13 : Pembangkang harus berbalik pada realiti Johor - Shamsul Bari.

Pakatan seeks sneak preview of May 13 film

PRU 13 : Semua ini hanya gimik politik pembangkang- Chua Soi Lek

PRU 13 : Tak perlu berkempen jika yakin menang - Hishamuddin.

Water: Crisi or spin? The ails of privatisation

Insaniah hampir terkubur

Tazkirah Qaryah 11 Ramadhan 1433H

Pakatan states to use three different Merdeka themes

PRU13, Fathul Putrajaya

Bekas ketua CID: Polis bimbang dianggap derhaka

Negeri Pakatan guna logo Merdeka sama

Premier private university in trouble?

Poll Malay Mail : 98 % terima 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.....Rais "kantoi"


(Keputusan poll yang dibuat oleh The Malay Mail hingga jam 4.20 petang Selasa)

KUALA LUMPUR: Setelah lima hari berlalu, poll yang dibuat oleh akhbar The Malay Mail menunjukkan 98 peratus rakyat Malaysia memilih 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' sebagai tema merdeka tahun ini.

Hanya 2 peratus atau 163 peserta undian ini memilih tema 'Janji Ditepati' dari 6,782 peserta yang menyertai poll ini.

'Janji Ditepati' adalah tema yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Rais Yatim selaku pengerusi jawatankuasa sambutan Hari Kemerdekaan ke 55.

55 tahun merdeka, ISA masih menjajah

Pelbagai isu berlaku bersempena dengan bulan kemerdekaan ini. Bermula dengan slogan Janji Ditepati yang dikritik hebat, kini logo dan lagu tema kemerdekaan ke 55 juga mengalami respon negatif daripada masyarakat umum. Keadaan ini menunjukkan Barisan Nasional seperti terlalu terdesak dalam menagih sokongan rakyat. Sifat desprado ini hanya menimbulkan rasa jelek yang merosakkan mood rakyat untuk merayakan sambutan kemerdekaan. Adalah amat tidak bertanggungjawab bagi sesebuah parti untuk menggunakan hari bersejarah milik seluruh rakyat demi menjaga kepentingan politik tertentu.


Jika soal logo dan lagu pun tidak berjaya ditangani dengan baik, maka tidak hairan isu ISA masih tidak selesai. Sudah hampir setahun sejak ISA diumumkan mansuh oleh Perdana Menteri, namun masih ada 42 orang tahanan ISA terkurung diceruk Kem Tahanan Kamunting. Apalah erti Hari Merdeka bagi mereka. Sejak 2010 mereka disumbat ke dalam Neraka ISA dan diperlakukan seperti binatang. Dapat dibayangkan betapa jeleknya perasaan kesemua tahanan ISA dengan slogan slogan seperti Janji Ditepati mahupun Satu Malaysia. Sejak 2010, pelbagai slogan melintasi ruang udara Kem Tahanan, namun mereka masih dikurung tanpa diperlakukan dengan sewajarnya sebagai seorang manusia.

Pemuda PAS mahu SPRM siasat Awang Adek


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok berhubung dakwaan rasuah membabitkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar) berkata, selepas tempoh seminggu diberikan kepada Awang Adek untuk membuat penjelasan berhubung dua keping cek bernilai RM80,000 yang dimasukkan ke akaun peribadi beliau, Awang Adek hanya mendiamkan diri.

"Seseorang pimpinan utama rakyat mestilah menepati kualiti dan kriteria seorang pimpinan. Skandal yang melibatkan Senator Datuk Dr Awang Adek adalah satu isu yang berkaitan dengan integriti seseorang pimpinan," kata beliau dalam satu kenyataan.

Murid 10 tahun bantah timbalan menteri isu telefon

Cadangan pelajar dibenar membawa telefon bimbit ke sekolah masih pada peringkat perbincangan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Katanya banyak perkara harus diteliti sebelum kementerian itu dapat membuat keputusan yang memuaskan semua pihak.

"Setakat ini pelbagai pandangan telah diterima termasuk daripada pelajar. Malah saya ada menerima surat daripada murid berusia 10 tahun yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

"Ini adalah sesuatu yang sangat memeranjatkan apabila murid tahun empat ini sendiri memberi pandangan sebegitu dan menyatakan sebab mengapa dia tidak bersetuju," katanya kepada pemberita, di Seremban hari ini.

Demi Hari Esok


WALAUPUN tanah Arab adalah tanah yang sering kali kering, tetapi para penduduknya banyak juga yang berkebun. Salah satunya adalah Ummu Fasyar al-Anshariah. Ummu Fasyar al-Anshariah menanam pohon kurma di kebunnya. Tanah yang dipunyainya tidak terlalu luas. Tapi, jika sedang panen kurma, ia biasanya akan mendapatkan hasil panen yang tidak sedikit.

Setiap hari, Ummu Fasyar al-Anshariah menyiram kebun kurmanya. Itu memang karena ia tinggal sendiri. Umurnya pun sudah berangkat senja. Tetapi, wanita itu tetap bersemangat, segar mengerjakan pekerjaan sehari-harinya.

Suatu hari, Rasulullah mendatangi perkebunan Ummu Fasyar al-Anshariah. Alangkah takjubnya beliau ketika melihat hasil kebun yang dikerjakan oleh Ummu Fasyar al-Anshariah. Begitu bagus dan terawatnya kebun itu.

“Assalamu`alaikum, ya Ummu Fasyar,” sapa Rasulullah.

Negara Zina : Lelaki Mati Ketika Berzina Di Bulan Ramadhan

Nusajaya, Johor: Akibat sering tertewas dengan nafsu teman wanitanya, seorang lelaki warga Nepal nekad mengambil pil ubat kuat seks dalam kuantiti berlebihan selain meminum satu tin arak semata-mata mahu memenuhi kehendak kekasihnya itu.

Malangnya, hasrat lelaki berusia 38 tahun itu untuk ‘bertahan lama’ ketika melakukan hubungan seks tidak kesampaian apabila tidak sedarkan diri sebelum disahkan mati di sebuah hotel bajet di Taman Tasek Yaacob, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamed berkata, mangsa, Hari Bahadur Magar dikatakan mengambil pil itu pada jam 3.30 petang sebelum mendaftar masuk ke sebuah hotel bersama teman wanitanya, warga Vietnam.

RAKYAT MALAYSIA TAK SUKA ROSMAH ..!!!

Malaysians don't like Rosmah, that's all: Raja Petra


Aug 6: Saturday's disappointing finish for Malaysia at the men's badminton finals in London may have sinked in, but the trip to the London Olympics by the prime minister's wife has threatened to develop into another side show intensely discussed by Malaysians.
ANYTHING BUT ROSMAH? ... BAM patron Rosmah Mansor (left) and her predecessor Siti Hasmah


Hours before the much-awaited game that ended with Lee Chong Wei's defeat, Rosmah Mansor, wife of Najib Razak, announced that she had instructed the Malaysian embassy in London to fly Malaysian flags to show support to the national shuttler.

But despite her position as patron of the Badminton Association of Malaysia, many have questioned the need for her presence in London, with no less wanting to know how much of taxpayers' money was spent this time on her overseas trip.


For blogger Raja Petra Kamarudin, the whole issue has more to do with the well-known public dislike for Rosmah.

Pakatan umum logo, lagu Merdeka Khamis ini


PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan logo dan tema Hari Kemerdekaan bagi negeri-negeri Pakatan Rakyat pada Khamis ini.

Keputusan pemilihan logo akan diputuskan pada Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada Khamis sebelum pengumuman itu dibuat.

Namun bagi Negeri Kelantan dan Kedah telah diputuskan menggunakan tema berlainan setelah perkara tersebut diputuskan lebih awal pada mesyuarat kerajaan negeri masing-masing.

"Kita telah memutuskan apa logo yang sesuai kita gunakan, namun perkara tersebut akan diputuskan pada mesyuarat pimpinan Pakatan pada Khamis ini.

Belikan Daging Babi Untuk Ibu Berbuka Puasa..!!

Bismillahirrahmaanirrohimm.
Tak mampu saya  nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceitakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini.Sekitar awal 90an,seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya  tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan,dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi  yang ketika itu bertugas sebagai  pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.
 
Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati.Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya.Dia seorang yang nakal dan liar.Tidak mengerjakan solat dan berpuasa.Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu sedang tidur.Dia tak mahu pergi ke pasar.Berulang kali disuruh sang ibu,dia tetap berdegil.Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa,dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas,dibelinya daging untuk ibunya memasak.Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.
 

"UMNO kalau bukak kandang babi dalam masjid pun tak salah..."

Oleh Kakitaboh




"UMNO kalau bukak kandang babi dalam masjid pun tak salah..." itu kata kawan Kakitaboh. Aku urut belakang dia, "istigfar banyak banyak bro... jaga tutur kata bulan posa ni."

Awat yang kawan aku marah sangat? Rupanya pasai kapiaq harbi MCA yang tak mandi junub dan tak basuh pungkok dijemput oleh UMNO masuk dalam masjid. Isunya bukan pasai kita bantah depa nak masuk tu cuma geram dengan kelaku hudoh UMNO, waktu Cina DAP berada cuma dipinggir masjid depa ganyang sampai bertahun-tahun isu tu, guna radio, tv3 suku, utusex meloya... exploit sentimen Melayu anti Cina untuk burukkan PAS kononnya mencemarkan Islam. Macam2 hukum merapu meraban sesat barat depa reka untuk mengharamkan bukan Islam masuk masjid. Tapi bila mai time depa jemput pelakon video sex Chua Soi Lek, YB MCA serta pemimpin kapiaq BN lain masuk masjid... TAK HARAM LAA PULAK! Betulla UMNO ni... berpegang kepada fiqah ALHARAMMUWALHALALKU.

Krek Krek Krek..


Pakatan siap sedia, jangka PRU13 September


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangkakan akan diadakan pada September akan datang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata isu pilihanraya turut dibincangkan pada pada  mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini, dan yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan menggunakan kesempatan hari Merdeka ini untuk mengumumkannya.

"Saya yakin Umno-Barisan Nasional akan mengambil kesempatan pada hari Kemerdekaan kali ini untuk memulihkan imej mereka," jelasnya pada sidang media di Pejabat PKR hari ini.