Isnin, 6 Ogos 2012

Keruh di hulu , keruhlah di hilir

Perkembangan politik di Sabah akhir-akhir ini amat menarik dan menjadi tumpuan ramai. Dengan perkembangan terakhir ini tidak dapat lagi dinafikan yang BN Sabah sedang menerima tekanan yang amat berat untuk mempertahankan mandat yang ada kepada mereka (BN) apabila PRU sampai masanya untuk di adakan. Musa Aman, pengerusi BN Sabah berkata penghijrahan Lajim Hj Ukin dan Wilfred Bumbering tidak langsung menjejaskan BN di Sabah. Kita faham yang kenyataan beliau (Musa) itu hanya lah satu kenyataan politik yang liar sahaja.
Isu yang menyebabkan BN Sabah khususnya UMNO tidak lagi mendapat perhatian rakyat sekarang ini terlalu banyak sehinggakan kita tidak dapat memahami di antara sebab atau alasan yang menyebabkan penolakan rakyat yang begitu ketara terjadi. Tetapi yang paling nyata sekali ialah isu peribadi Musa Aman sendiri yang tidak lagi sanggup diterima oleh rakyat Sabah sebagai pemimpin utama mereka. DAN pemimpin ini jugalah yang dipertahankan bermati-matian oleh Najib.

Apakah Mars Curiosity Rover?


Baru beberapa jam yang lalu NASA mengumunkan bahawa probe terbaru mereka iaitu Mars Sicence Laboratory (MSL) berjaya mendarat dengan jayanya di permukaan planet Marikh. MSL atau nama timangannya Mars Curiosity ialah rover robotik ketiga yang berjaya mendarat di permukaan planet Marikh. Tujuan utama penghantaran Mars Curiosity ialah

  • Memastikan sama ada Marikh mampu menganggung kehidupannya
  • Mengkaji cuaca Marikh
  • Mengkaji geologi Marikh
  • Mengumpul data untuk misi penghantaran manusia ke Marikh

Mars Curiosity ialah rover terbesar yang pernah dihantar oleh NASA. Ianya dua kali ganda lebih besar dan lima kali ganda lebih berat dari rover Spirit dan Opportunity yang dihantar pada tahun 2004. Berat keseluruhan rover ini ialah 900 kilogram! Kerana itulah NASA mencipta sistem pendaratan yang baru khas untuk Curiosity. Kerana atmosfera Marikh yang tidak mempunyai udara, poendaratan menggunakan payung terjuan sahaja tidak memandai. Sebelum ini untuk misi pendaratan berkembbar rover Spirit dan Opportunity, sistem pendaratan menggunakan beg udara digunakan. Impak pendaratan diserap oleh beg udara. Untuk Curiosity sistem ini juga tidak memandai dan tidak boleh memastikan pendaratan yang selamat

Sebuah sistem "Kren Angkasa" dicipta oleh NASA untuk misi terbaru ini. Pada ketinggian 7.5 meter dari tapak pendaratan di Gale Crater, sistem pendaratan menggunakan roket akan diaktifkan bagi memperlahakan kelajuan. Ianya kemudian akan terapung sebelum menurunkan Curiosity dengan menggunakan sistem kabel Kren Angkasa. Selepas itu kabel akan diputuskan dari sistem pendaratan sebelum ianya terbang ke kawasan lain dan terhempas. Sistem ini tidak pernah digunakan dalam mana-mana misi angkasa sebelum ini. In all honesty sistem Kren Angkasa ini lebih mengingatkan kami kepada sistem pendaratan dari permainan video Sci Fi LANDER yang popular akhir 90-an dahulu. Awesome!

Curiosity akan melakukan misi saintifiknya selama 2 tahun dan dijangkan bergerak sekurang-kurangnya 17 kilometer dari tapak pendaratan. Ianya diperkasakan dengan Generator Thermoeletrik Radioisotope yang menggunakan Plutonium 238. Haba yang dihasilkan dari pereputan isotop ini akan diubah menjadi tenaga eletrik sepanjang misi Curiosity.Secara keseluruhan 4.8 kilogram Plutonium 238 akan digunakan. Seb baik tak meletup semasa pelancaran.

Oh just so you know misi ini bermula 26 November 2011. Lama juga untuk menghantar robot ini ke Planet Marikh. Diharap misi ini akan berjaya kerana NASA hanya membelanjankan USD 2.6 Billion untuk misi ini. Mungkin ianya nampak macam mahal tetapi akibat masalah ekonomi yang teruk di USA, USD 2.6 billion ini bolehlah dikatakan murah untuk standard NASA.

Godspeed!

"Haram Jaddah" Cakap PM Najib Ni

Oleh: mohdnoorawang

"Cukup mual dengar kenyataan Najib Razak mengenai isu AIR DAN ROYALTI MINYAK KELANTAN,

Jika mahu rakyat Kelantan menyelesaikan isu air, Najib berkata undilah BN PRU13 dan jawatankuasa khas isu royalti minyak dibentuk bagi mencari penyelesaian royalti minyak Negeri Kelantan. Kta rumuskan cakap Najib macam cakap "haram Jaddah". Kenapa Najib membuat ugutan kepada rakyat Kelantan wahai Najib Razak?. Adakah Negeri Kelantan tidak termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia?. Kenyatan Najib Razak memang jahat dan tidak menunjukkan seorang pemimpin yang adil.

Mengapa tidak memberi wang peruntukkan secukupnya untuk menambah-baikkan segala bentuk sistem air bersih di Negeri Kelantan. Najib dan BN serta UMNO Kelantan bertindak zalim dan jahat terhadap kerajaan PAS Kelantan.

10 Perkara Najib Sekat Untuk Kelantan Termasuk Sekat Umno Untuk Menang

Mohd Sayuti Omar
Kata Ha Najib Razak kerajaan UBN tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan. Betulkah? Katanya juga dia sendiri tidak pernah ambil satu tong pun minyak di Kelantan. Betulkah? Menurutnya lagi kerajaan UBN adil berdasarkan prinsip Islam. Benarkah?

Saya setuju dengan kata-kata dan semua penjelasan Najib itu. Tetapi soalnya apakah ia benar dan betul? Memang beliau tidak pernah dan tidak pun boleh menafikan segala hak-hak rakyat Kelantan sebagai rakyat negeri yang berpayung di bawah kerajaan Persekutuan. Semua hak dan kepentingan serta tanggungjawab kerajaan Persekutuan telah dicatat dan semua orang mengetahuinya.

Najib si Sekat

No one deserves to be called 'cow minister' but didn't Shahrizat call Rafizi 'jambu'

KUALA LUMPUR -Former women, family and community development minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (pix) said she was not aware that her husband was bidding for the National Feedlot Project through Agroscience Industries Sdn Bhd.
No one deserves to be called 'cow minister' but didn't Shahrizat call Rafizi 'jambu'Testifying at the Kuala Lumpur High Court today, Shahrizat, who is suing Parti Keadilan Rakyat's strategy director Mohd Rafizi Ramli and Ampang MP Zuraida Kamaruddin for defamation, said: "My husband did not discuss with me and I was not aware that he was bidding for the National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) project."
She said neither her husband of 33 years and NFC chairman Datuk Seri Dr Mohd Salleh Ismail nor her children had requested assistance for the project and neither did she participate in any way to assist them.
"They know better than to ask me," she said.
Shahrizat said: "You will see why I say that there is an objective of gaining political mileage in view of the impending general election. The defendants have focused all the accusations primarily on me as a minister and Wanita Umno head."

Tragedi Muara Jambi Part 2

Egyptian guards killed at border checkpoint

Egypt vows to avenge Israeli checkpoint deaths

Kak Ijat : 'Saya dizalimkan, dianiaya, diaibkan'




Bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Makamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjelaskan secara terperinci penghinaan yang dialaminya apabila digelar "menteri lembu" oleh ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Tiada sesiapapun yang patut digelar sedemikian, kata bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu kepada Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera.
Shahrizat memberi keterangan hari ini berhubung saman fitnah RM100 juta yang difailkannya pada 19 Januari lalu.

PM Syria paling tadah, gugat Presiden Bashar


Riad Hijab
Perdana Menteri Syria, Riad Hijab
DAMSYIK - Perdana Menteri Syria, Riad Hijab dilaporkan berpaling tadah ke Jordan ketika tekanan antarabangsa ke atas Presiden Bashar al-Assad terus meningkat.
Riad dilantik ke jawatan itu oleh Bashar dua bulan yang lalu bagi memperkukuhkan kedudukan beliau.

Beliau merupakan pemimpin tertinggi Syria meninggalkan negara itu, yang berhadapan dengan kebangkitan menentang kepimpinan Bashar sejak awal tahun lalu.

Fitnah dahsyat 13 Mei oleh golongan amat terdesak

Oleh Lim Kit Siang

Saya telah menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan yang karut dan bohong yang telah dipaparkan dalam laman sosial  Facebook bagi filem 13 Mei Tanda Putera bahawa saya telah kencing dibawah tiang bendera Selangor di rumah kediaman Menteri Besar Selangor pada masa itu semasa rusuhan 13 Mei 1969.
Petikan dari gambar yang telah digunakan dalam Facebook yang menunjukkan saya diperlakukan, berbunyi:
Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah menteri besar Selangor ketika itu, Harun Idris”
Gambar ini dimuat naik dalam album Facebook yang bertajuk ‘Peristiwa-peristiwa yang dimuatkan di dalam filem ini’.
Walaupun gambar yang menjelikkan itu serta petikannya telah dikeluarkan daripada laman rasmi filem tersebut, Malaysiakini telah menangkap imej serta komen-komen awal melalui ‘screenshot’.
Suara rakyat sebenar

Mars Science Laboratory Curiosity Rover Animation

NASA Scientists: Mars Landing 'Beautiful'

Selepas zalimi pelajar, Umno tabur pula fitnah


 
(Nasrudin dengan ditemani Mohd Nor memberikan sumbangan)

KUALA TERENGGANU: Setelah menamatkan pinjaman sembilan orang mahasiswa Mesir dengan zalim, Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu didakwa menabur fitnah dan mengelirukan rakyat.

Pada 18 Mac, sebuah akhbar tempatan melaporkan kerajaan Negeri membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam mahasiswa lelaki yang ‘kononnya’ didapati bersalah kerana terlibat dalam demostrasi.

Keenam-enam mahasiswa yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu dijatuhkan hukuman bersalah hanya kerana beberapa keping gambar memakai baju Bersih, ‘tanpa dipanggil untuk dibicarakan dan diberi peluang untuk membela diri’.

Pas: Panel khas royalti helah politik

KOTA BHARU - Pas Kelantan menganggap jaminan Kerajaan Pusat yang tidak akan menafikan hak tuntutan royalti minyak hanyalah  permainan mereka untuk menunjukkan sikap baik kepada rakyat negeri ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas III Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keyakinan yang dilahirkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu kelmarin adalah untuk mengurangkan tekanan kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Di sebalik kenyataan itu, Mohd Amar menjelaskan pengumuman untuk bersikap telus menerusi penubuhan Jawatankuasa Bayaran Royalti disebabkan Kerajaan Pusat tertekan dengan desakan pelbagai pihak termasuk penegasan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah supaya menyelesaikan isu berkenaan sebelum pilihan raya.

Penyusunan semula air S’ngor: TPM pilih rakyat atau Rozali – MB

KUALA LUMPUR 6 Ogos: Kerajaan Selangor memberi kata dua kepada kerajaan Persekutuan sama ada mahu menjaga kroni atau rakyat dalam isu air yang dijadikan modal Umno Barisan Nasional (BN) memburukkan negeri Pakatan Rakyat (PR).
Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, usaha kerajaan untuk melaksanakan penyusunan semula industri air Selangor adalah sejajar dengan peraturan yang termaktub dalam Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).
“Kalau Timbalan Perdana Menteri (TPM), Muhyiddin Yassin ingin rakyat Selangor mendapat kebaikan daripada penyusunan semula air, dia mesti meninggalkan rakannya iaitu Tan Sri Rozali dari Puncak Niaga.

Terima Gaji RM400 Ribu, Rozali Ponteng Taklimat Penting

SHAH ALAM 6 OGOS: Meskipun menerima bayaran RM400 ribu sebulan, Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail gagal menjalankan tanggungjawab apabila gagal hadir dalam satu taklimat penting kepada jawatankuasa menyemak dibentuk Kerajaan Negeri.
Kegagalan Rozali untuk hadir dalam taklimat penting yang diadakan baru-baru ini bagi mendapatkan gambaran sebenar akan perkembangan terkini status bekalan air Selangor mengundang kekecewaan Ahli Parlimen Utara, Tony Phua.
Memetik dari satu laporan wawancara eksklusif Malaysiakini bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini, taklimat tersebut dihadiri oleh semua pegawai profesional tertinggi Syabas.

Menteri kempen politik guna pos kerajaan


KUALA LUMPUR: Sebuah blog mendedahkan Menteri Pengajian Tinggi (KPT) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah menggunakan dana kerajaan untuk tujuan kempen politik dengan mensasarkan pengundi di parlimennya.

(Sampul surat yang digunakan Khaled untuk kempen)

Blog Era Pasca mendakwa Ahli Parlimen Pasir Gudang itu telah menggunakan sampul surat rasmi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dibayar kerajaan dengan setem RM0.70 untuk menghantar surat rayuan kepada graduan yang bakal mengundi di Parlimen Pasir Gudang.

Shahrizat says not involved in runing of NFC: But did she know of the misdeeds?

Shahrizat says not involved in runing of NFC: But did she know of the misdeeds?Former Cabinet minister Datuk Seri Shahrizat Jalil said today she was unaware her husband had submitted a bid to operate the national cattle farming scheme through the National Feedlot Centre (NFC), and was not involved in helping her family secure the federal government project.
“I can confirm that neither my children nor my husband requested for assistance in (getting) the project,” Shahrizat told the High Court here today when testifying in her defamation suit against PKR’s Rafizi Ramli and Zuraida Kamaruddin over the NFC scandal.
Shahrizat added that her family would “know better” than to expect her assistance.
“I was never involved in the approval process or running of the company,” she said.
But did she know about the misdeeds

Kes NFC bermula, Shahrizat beri keterangan


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mula mendengar kes saman bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

(Rafizi dan Zuraidah ketika bercakap kepada media selepas perbicaraan)


Perbicaraan yang bermula hari ini telah mendengar keterangan dari Shahrizat berhubung dakwaan kontroversi beliau dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Shahrizat dalam keterangannya sebagai saksi utama berkata beliau tidak mempunyai sebarang jawatan dalam NFC Holding dan tidak tahupun suaminya membida projek itu.

Hakim, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan pada 10 Ogos ini bagi sambungan perbicaraan setelah mendengar keterangan dari Shahrizat berhubungan dakwaan pembabitan beliau dalam skandal NFC.

Shahrizat: Saya tidak tahu mengenai projek NFC..!!! ha.ha,.ha..lawak isnin....

NONEKetika memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailnya terhadap dua pemimpin PKR, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau tidak tahu yang suaminya membida untuk projek Pusat Fidlot Nasional.

Beliau menyaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berhubung pelbagai komen yang didakwa mengaitkannya dalam kemelut National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.

Shahrizat memfailkan saman tersebut pada 19 Januari berhubung pendedahan Rafizi dan Zuraida mengenai NFC yang telah mengaitkan suaminya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail.

Solat Sunat Witir 'ranking' No.1? [bhg 2]

Solat Sunat Witir 'ranking' No.1? [bhg 1]

Tragedi Muara Jambi Part 1

Ada KHILAF ULAMA Bab AKIDAH ? - Ustaz Azhar Idrus

Keluar Duit KWSP Niat Lain - Ustaz Azhar Idrus

ISTERI Mengandung TAPI Perangai Tak Elok - Ustaz Azhar Idrus

Bagi IKAN Makan Makanan HIDUP - Ustaz Azhar Idrus

Anak Luar NIKAH Bin ABDULLAH ? - Ustaz Azhar Idrus

Saya sokong Islam - Farah Asyikin

GOMBAK: Sejak akhir-akhir ini kisah penghijrahan artis menjadi topik hangat di kalangan masyarakat.

Hal ini kerana, hampir setiap bulan timbulnya kisah-kisah artis yang melakukan penghijrahan ini.

Bagaimanapun, penghjirahan artis pada hari ini disalahertikan oleh sesetengah pihak apabila mula memberi persepsi, mereka cenderung ke arah parti politik.

Sehinggakan, soalan yang pertama diajukan kepada artis yang pernah merangkul anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008, Farah Asyikin (gambar), "sokong apa?" apabila melihat beliau sudah berhijab.

Farah Asyikin yang mendapat hidayah di usia yang masih muda, 33, pantas menjawab "saya sokong Islam" apabila diajukan soalan sedemikian.

"Cukuplah saya katakan saya sokong Islam, saya tolak 100 peratus yang tidak sokong Islam," katanya dalam wacana Hiburan Anak Muda di Seminar Prof Zulkifli Mohammad Membangun Negara Berkebajikan, KUIZM Taman Melewar semalam.

Benarlah UMNO itu sudah rotten to the Core( Mahathir Mohammed)

Mulai hari ini kita akan mendedahkan hipokrasi UMNO dan presiden UMNO yang telah membeloti bangsa Melayu. Kita akan jawab satu persatu pembohongan dan hipokrasi UMNO. Siapa kawan baik Najib? Towkay George Kent- seorang Cina Malaysia. Hari ini sudah terbukti bahawa Najib lah yang campur tangan supaya George Kent yang gagal pra kelayakan teknikal dan komersil mendapat kontrak RM 1 billion lebih tersebut. Towkay inilah juga yang membroker projek dwi jajaran/double tracking dari Gemas ke JB dan telah meminta USD500 million sebagai komisyen yang dikatanya untuk PM Malaysia.

Terdesaknya UMphorNO kena buat Akaun Tweeter Palsu Anwar....!!

Pemimpin gelojoh hambur wang negara jadi muflis


Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menuntut kerajaan segera laksana sistem ekonomi Islam yang menekankan persoalan keadilan sosial dan perbelanjaan yang berhemat.
Dengan meneliti pelbagai ketirisan wang nergara yang sangat tinggi melalui amalan rasuah, mengelak membayar cukai, perbelanjaan kepada projek mega yang tidak perlu dan bukan keperluan sebenar, kaedah perbelanjaaan yang sering tidak mengikut tatacara kewangan negara, anugerah tender yang tidak telus dan tidak memenuhi syarat yang sepatutnya, menuntut suatu pengurusan sistem ekonomi yang lebih terkawal, berhemat dan mengutamakan perbelanjaaan yang perlu sahaja dilaksanakan di negara ini.

Jelas kerajaan sekarang bukan lagi menjadi pengurus  wang negara yang baik bila tahap hutang negara  yang melonjak tinggi kepada lebih RM456 bilion manakala  pengaliran wang haram mencecah RM1 trilion.

Syrian refugees endure harsh conditions

Syria's Kurds flee to Iraq

Ahli Umno : Polis patut siasat Aziz dan Wan Ahmad, bukan Saifuddin – Peguam

KUALA LUMPUR 6 Ogos: Polis patut menyiasat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Timbalannya, bukan Datuk Saifuddin Nasution Ismail, kata Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya.
“Saifuddin sebelum ini juga membuat laporan polis terhadap mereka berdua Mei lalu. Ada apa-apa tindakan? Tidak ada.  Kenapa hanya siasat ‘whistle blower’ (pemberi maklumat). Kenapa tak siasat dakwaan Saifuddin?” soal Latheefa.
Beliau mempertikai siasatan dwi standard polis terhadap Setiausaha Agung KEADILAN itu selaku pemberi maklumat tetapi tiada tindakan diambil ke atas Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Datuk Wan Ahmad Omar sebagai pihak yang didakwa.

Today in History for August 6th

Bulan Ramadhan bulan al-Quran

Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz,
Allah, saat memfardhukan ke atas hamba-Nya puasa pada bulan Ramadhan, terus saja memahamkan mereka akan kelebihan bulan tersebut. Bulan Ramadhan dipilih untuk menjadi sebuah taman iman buat para hamba-Nya kerana mengandungi satu peristiwa besar yang tidak sayugia dilupakan dan dialpakan oleh setiap yang beriman.

Peristiwa itu adalah penurunan kurniaan nikmat Allah yang paling agung iaitu al-Quran sebagai petunjuk ke atas seluruh manusia yang dipenuhi keterangan-keterangan yang jelas yang mengandungi hidayat dan pembeza kebenaran daripada kebatilan.

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدىً لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ .

Maksudnya: “Bulan Ramadhan adalah bulan diturunkan padanya al-Quran, menjadi petujuk buat manusia dan dipenuhi keterangan-keterangan yang jelas daripada petunjuk dan al-furqan (pemisah kebenaran daripada kebatilan). – al Baqarah: 185

SUPP struggling to ‘keep’ Stampin supporters

BN and SUPP cannot afford to antagonise the 14,000 Dayak community in the Stampin constituency.
KUCHING: Beleaguered Sarawak United People’s Party (SUPP), a member of the Barisan Nasional, may well lose more votes in the coming general election if it fails to stop the authorities from grabbing more land belonging to the Iban villages in Kampung Stampin.
Kampung Stamping with more than 100 houses is one of the oldest villages in the outskirts of Kuching and is under threat.
The villagers are worried that they may lose their 20 acres of native customary rights (NCR) land to a private developer.
The land is the only piece left over after thousands of acres of their lands had been taken for the construction of what is now known as the BDC Stampin, a new township surrounded by housing projects.

Dipilih vs Pemilih


Gambar ini bercerita tentang yang "dipilih"


Gambar ini bercerita tentang yang "memilih"


Noryn Aziz pula berhijrah


KOTA BHARU: Artis jelita berlesung pipit, Noryn Aziz memeriahkan majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2012.

(Noryn dengan Datin Tuan Sabariah)


Majlis berkenaan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10, pagi semalam.

Noryn yang hadir bersama suami, Raja Datuk Kamarul Bahrin Ahmad Shah, menjadi tumpuan tetamu jemputan serta penerima sumbangan aidilfitri anjuran Badan Kebajikan Isteri Wakilrakyat dan kakitantan kerajaan Kelantan (Purnama).

Sebanyak RM20,000 peruntukkan dikeluarkan untuk membiayai sumbangan kepada 445 golongan dhaif, armalah, anak yatim di 45 Dun seluruh Kelantan.

Sumbangan berkenaan disampaikan Pengerusi Purnama yang juga isteri Menteri Besar Kelantan,  Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan isteri-isteri wakil rakyat di peringkat Dun.

Noh Omar tidak layak soal wang rakyat untuk Pembasmian Rasuah Dan Penyelewengan


Dr Yaakob Sapari SHAH ALAM – Kerajaan Negeri menafikan dakwaan Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang kononnya menyalahgunakan wang rakyat untuk membiayai kos guaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari,  berkata, dana itu diperoleh menerusi peruntukan Geran Selangorku bernilai RM5 juta bagi Program Pembasmian Rasuah dan Penyelewengan.

“Noh tidak layak bicara soal wang rakyat kerana beliau sendiri tidak mampu menyelamatkan penyelewengan dana Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) berjumlah RM250 juta oleh pemimpin Umno-BN,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Bekas Pengarah LPP sertai Pas


Bekas Pengarah LPP sertai Pas
Azhar (dua, kiri) bersama Mohamad Sabu dan Mohammad Nizar.
Bekas Pengarah LPP sertai Pas
Bekas Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perak, Azhar Yunus
 
TELUK INTAN - Bekas Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perak, Azhar Yunus mengisytiharkan menyertai Pas, semalam.

Pengisytiharan itu dibuat pada ceramah Badar Kubra Peringkat Negeri Perak di Kampung Bahagia dekat sini dan turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Tiada Kes : SPRM dakwa kes Gani disiasat adil..!!!

Tiada kes yang disembunyikan untuk mengelak berlaku skandal, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang merujuk kepada siasatan ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Timbalan ketua pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull berkata panel tersebut bertindak secara telus.“Saya ingin menjawab dakwaan yang dibuat oleh bekas pengarah urusan Ho Hup. Saya ingin jelaskan bahawa siasatan SPRM adalah telus dan dibuat secara profesional tanpa mengira siapa yang disiasat.
“Semua kes dibentangkan di hadapan Panel Penilaian Operasi yang adil dan bebas,” katanya yang meminta individu berkenaan supaya mengemukakan bukti sekiranya terdapat pegawai SPRM yang mahu menutup kes berkenaan.

Do celebrities make good politicians?

Khoo Ying Hooi
With the general election looming, more and more celebrities are joining either Barisan Nasional or Pakatan Rakyat for their own reasons.Many questions have cropped up regarding celebrities turning into politicians. Can their popularity influence the voters’ behaviour? Do they add value to a political party?It is natural to raise doubts about the competency of celebrities as politicians. It is commonly understood that celebrities live in a world far different from the ordinary people.
Is it possible for them to understand the struggle of the people and get their hands dirty working in his or her constituency?
Amy Search, Mus May and Ibnor Riza Ibrahim have joined Umno because they seemed to think that if the party remains in power, Malay unity could be strengthened. Others who have jumped on the Umno bandwagon are AC Mizal and wife Emylia Rosnaida, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Jins Shamsudin, Jamal Abdillah, Zed Zaidi, and Adam AF.

Isu air di Selangor: Rakyat didahulukan, kroni BN diketepikan


SUBANG JAYA, 6 OGOS: Rakyat negeri Selangor akan mendapat keuntungan dan manfaat yang besar apabila pengurusan air dikembalikan sepenuhnya daripada SYABAS kepada kerajaan negeri melalui pemilikan ekuiti dan saham.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri mahu memastikan sebarang usaha pengambilalihan air sebagai milik negeri tidak akan melibatkan kenaikan harga air.
Dengan cara itu, katanya, rakyat Selangor dapat membayar perkhidmatan air secara telus dan menjimatkan serta mereka sendiri mempunyai kepentingan di dalam pengurusan air negeri.
Beliau berkata demikian dalam satu majlis berbuka puasa bersama pihak media dan majlis sumbangan hari raya kepada 20 orang anak-anak yatim dari  Institut Taufiq Islami Jalan Kebun di sebuah hotel di sini Jumaat lalu.
“Sekiranya penyusunan semula air ini dapat dilakukan, kita akan dapat memulangkan semula pemilikan industri air kepada rakyat Selangor melalui pembelian ekuiti-ekuiti ataupun saham-saham syarikat yang mengendalikan air.

Kontroversi filem Tanda Putera: Kencing di bawah tiang bendera dan gambar 1984 digunakan untuk fitnah 13 Mei 1969

Keterangan gambar: Insiden Lim Kit Siang dilarang masuk ke Sabah pada 1984 dijadikan gambar fitnah untuk tragedi 13 Mei 1969
KUALA LUMPUR, 6 OGOS – Filem Tanda Putera mengenai tragedi 13 Mei yang bertujuan membangkitkan kebencian rakyat terhadap DAP sekali lagi mencteus kontroversi apabila dikatakan memuatkan adegan Lim Kit Siang kencing di bawah tiang bendera Selangor pada 1969.
Filem yang belum ditayangkan itu tetapi telah disebarkan adegan-adegan yang terkandung di dalamnya di laman-laman internet membuktikan fitnah baru yang sedang dicipta oleh mereka yang benci kepada perpaduan kaum di negara ini.
Fitnah kencing di bawah tiang bendera
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan karut dan bohong itu yang telah dipaparkan dalam laman sosial  Facebook bagi filem Tanda Putera kononnya beliau telah kencing di bawah tiang bendera Selangor di rumah kediaman Menteri Besar Selangor semasa rusuhan 13 Mei.
Beliau menjelaskan bahawa fitnah itu tidak masuk akal sama sekali kerana beliau tidak pernah berada di Kuala Lumpur mulai 10 Mei hingga 13 Mei 1969, malah sewaktu rusuhan berlaku, beliau berada di Kota Kinabalu, Sabah.

P Pinang naik bantuan miskin tegar ke RM600


(Lim Guan Eng menyerahkan bantuan kepada seorang waris warga emas)

TASEK GELUGOR: Kerajaan negeri Pulau Pinang menaikkan paras miskin tegar di negeri itu ke RM600 berbanding RM500 sebelum ini.

Dengan paras baru ini, kerajaan negeri akan menampung kewangan keluarga berkenaan sehinggalah menjadi RM600 bagi mengeluarkan  mereka dari miskin tegar berbanding RM500 sebelum ini.

"Contohnya keluarga yang mempunyai isi rumah berpendapatan RM400 sebulan, Kerajaan Pakatan Rakyat akan memberikan RM200 lagi sebagai tambahan untuk mengeluarkan mereka daripada paras kemiskinan tegar.

"Mana ada Kerajaan Barisan Nasional (BN) buat bantu melainkan mengaut memenuhi kantong mereka sendiri, " kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Royalti minyak: Mahkamah Rakyat bakal penentu

Dr. Syed Azman Syed Ahmad,
Isu royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu dan Kelantan kembali menjadi perbualan hangat apabila Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Isu ini mula timbul sebaik sahaja PAS berjaya menawan negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke 11 tahun 1999.

Pada 5 September 2000, di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed, Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menarik balik royalti minyak Terengganu dan menggunakan kaedah baru yang dikenali “Program Tabung Pembiayaan Wang Ehsan” tanpa menyalur terus kepada kerajaan negeri lima peratus royalti petroleum.

Malahan Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa “pembayaran royalti lima peratus kepada Terengganu selama 25 tahun oleh Petronas adalah satu kesilapan”.

Tony Pua cabar Chua Tee Yong siasat skandal NFCorp

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua hari ini mencabar Timbalan Menteri Pertanian Datuk Seri Chua Tee Yong untuk menyiasat kes National Feedlot Corporation (NFCorp) secara teliti seperti beliau lakukan dengan Talam Corporation.
Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (PJU) itu, Chua seharusnya meneliti kes NFCorp yang melibatkan kementeriannya.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua hari ini mencabar Timbalan Menteri Pertanian Datuk Seri Chua Tee Yong untuk menyiasat kes National Feedlot Corporation (NFCorp) secara teliti seperti beliau lakukan dengan Talam Corporation. — Gambar fail
“Saya ingin bertanya kepada Chua, berapa kali beliau melawat ladang lembu NFCorp berbanding melawat kawasan penternakan ikan air tawar di Bestari Jaya? “Sudahkah Chua menyempurnakan tugasnya dalam menyiasat pinjaman mudah NFCorp milik Shahrizat Jalil bernilai RM250 juta dua tahun sebelum kontrak perjanjian kontrak ditandatangan?
“Jika tidak, eloklah Chua bertanya kepada dirinya sendiri apakah beliau layak menjadi timbalan menteri pertanian atau sekadar menjadi budak suruhan menterinya Datuk Seri Noh Omar,” katanya dalam kenyataan media yang dikirim hari ini.
Chua yang sebelum ini bertungkus lumus membongkar skandal Talam Corporation yang didakwa beliau melibatkan wang rakyat bernilai RM1 billion.
Tetapi Pua menjelaskan bahawa kerajaan negeri Selangor telah memungut hutang dari Talam berjumlah RM392 juta yang diwariskan semenjak pemerintahan BN.
Menurut Pua lagi, hutang ini tidak pernah untuk dipungut secara serius oleh kerajaan terdahulu dan menyebabkan kerugian kepada rakyat.
“Walaupun beliau mengemukakan fakta yang salah dan memalukan namun beliau masih meneruskan isu ini dengan melawat kawasan tersebut,” katanya.

MB: SYABAS akui tiada krisis air di S'gor



Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pegawai Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mempersetujui bahawa Selangor tidak mengalami krisis air dengan rizab kritikal dua peratus seperti yang didakwa syarikat itu sebelum ini.

Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Abdul Khalid berkata pegawai tersebut mempersetujui demikian dalam satu taklimat kepada satu jawatankuasa menyemak yang bari dibentuk kerajaan negeri.

Abdul Khalid berkata, laporan awal jawatankuasa itu menyatakan bahawa 35 loji rawatan air di Selangor berkapasiti untuk mengeluarkan 4,960 juta liter air sehari (MLD), lebih 14 peratus atau 598 MLD daripada bekalan SYABAS setiap hari.

"Ya (mereka bersetuju dengan jumlah tersebut). Mereka berada di dalam bilik dalam mesyuarat yang sama.

Rafizi prosecution wrong move, Singapore daily suggests

KUALA LUMPUR, Aug 6 — Putrajaya’s move to charge Rafizi Ramli has only served to raise the PKR strategy chief’s public stature in the run-up to key national polls as it appears to run counter to the federal government’s pledge to combat corruption, a Singapore paper suggested today.
Rafizi was charged on August 1 with violating the Banking and Financial Institutions Act (BAFIA) in exposing confidential banking details related to National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), in a case that has put whistleblower protection laws under greater scrutiny.
“Transparency International Malaysia has urged for whistleblowers to be protected as they ‘put themselves at great risk to their livelihood and career and also to their work, family and community relationships’,” Singapore’s Business Times reported today.
File photo of Rafizi (right) being led in handcuffs when he was charged with violating the Banking and Financial Institutions Act on August 1, 2012.
The anti-graft watchdog has stressed that public perception of selective prosecution would prove damaging to Malaysia’s enforcement agencies in the fight against corruption, as well as being inconsistent with the purpose of the Whistleblower Protection Act 2010 despite Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s denial of double standards, the paper reported. The paper highlighted the different treatment the authorities accorded Rafizi when they handcuffed him during a pre-dawn arrest at his home before taking him to court and the man whose company he had exposed for alleged corruption in a RM250 million cattle farming scandal, NFCorp chairman Datuk Seri Mohd Salleh Ismail, who was left uncuffed to walk into court.

Berhadapan dua kes mahkamah, Rafizi akan terus dedahkan skandal

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Rafizi Ramli dari PKR enggan untuk menghentikan pendedahan awamnya mengenai skandal rasuah yang berlaku dalam kerajaan walaupun menghadapi dua pertuduhan mahkamah kerana mendedahkan perkara tersebut.
Tindakan beliau boleh menyebabkan dirinya merengkok dalam penjara, didenda berjuta ringgit dan kehilangan peluang bertanding sebagai ahli parlimen.
Rafizi dan PKR rakan sekerjanya Zuraida Kamaruddin dijadualkan untuk ke mahkamah petang ini bersama bekas Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh ketua Wanita Umno itu berikutan skandal NFC. — Gambar fail
Pemimpin muda itu memberitahu The Malaysian Insider, sekiranya dia tidak meneruskan apa yang dilakukannya, skandal seperti Pusat fidlot Kebangsaan (NFC) kontroversi “lembu kondo” dan perjanjian LRT Ampang tidak akan menjadi berita utama negara. Beliau menolak hujah Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lalu bahawa didakwa dalam kes NFC kerana beliau tidak melalui saluran yang sah untuk membuat pendedahan.
“Kami telah pergi ke pihak berkuasa yang berkaitan. Malah, dalam kes daripada NFC, kami membuat aduan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Salah jika beliau (Najib) untuk mengatakan saya tidak pergi. Jika anda masih ingat, saya menyerahkan semua maklumat saya kepada polis,” Rafizi berkata dalam satu temu bual.
Rafizi dan PKR rakan sekerjanya Zuraida Kamaruddin dijadualkan untuk ke mahkamah petang ini bersama bekas Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh ketua Wanita Umno itu berikutan skandal NFC.
Shahrizat, yang hilang jawatan menteri awal tahun ini apabila jawatan senator beliau tamat tempoh tidak lama selepas skandal tersebut menjadi tajuk-tajuk utama media, telah menyaman kedua-dua pemimpin PKR itu kerana menuduh beliau menyalahgunakan pinjaman RM250 juta dari kerajaan persekutuan yang bertujuan untuk skim penternakan lembu negara.
Dakwaan memfitnah ketua Wanita Umno bukan satu-satunya perkara yang telah melanda Rafizi dalam pendedahannya terhadap NFC.
Rafizi juga menghadapi prospek untuk dipenjara maksimum tiga tahun  dan denda RM3 juta kerana melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA), selepas beliau mendedahkan butir-butir perbankan sulit fidlot National Feedlot Corporation (NFCorp), firma yang menjalankan projek NFC.

Yusuf Qardhawi: Islam tiada makna jika rakyat ditindas, hasil negara dibolot

KUALA LUMPUR 6 Ogos: Tidak bermakna Islam itu jika tiada huriyyah (kebebasan) dan rakyat ditindas pemerintah, kata Sheikh Yusuf al-Qardhawi.
Demikian Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pesanan ulama tersohor itu berdasarkan buku terbarunya berjudul ‘Kebangkitan Rakyat’ yang ditulis selepas kejatuhan regim Hosni Mubarak.
Memetik kandungan buku itu, Anwar berkata, tanda negara tiada kebebasan apabila pihak yang berkuasa berbuat sesuka hati termasuk mengaut hasil kekayaan negara.
“Kata Yusuf Qardhawi, inilah yang menyebabkan malapetaka di negara-negara Islam.
“Kalau kita nak (mengamalkan) Islam, bagaimana kita boleh tidak menghormati rakyat di bawah?” soalnya ketika memberi tazkirah di Surau P 20, Taman Bukit Angkasa Pantai Dalam, semalam.
Beliau mengambil contoh masyarakat Kadazandusun di Sabah yang marah apabila tanah mereka dirampas pihak berkuasa.

Selangor bertegas ambil alih Syabas

KUALA LUMPUR 6 Ogos: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bertegas akan melaksanakan perancangan negeri itu untuk mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Menurutnya, walaupun tindakan tersebut mendapat tentangan hebat daripada Kerajaan Pusat, namun usaha kerajaan negeri itu amat penting bagi memastikan rakyat tidak membayar harga tinggi untuk bekalan air terawat .
“Kita tetap meneruskan hasrat mengambil alih Syabas kerana kita tidak mahu membayar harga yang lebih tinggi daripada sekarang.
“Ini yang kita janjikan kepada rakyat, untuk meneruskan usaha membetulkan perkara yang tidak betul,” katanya semasa majlis berbuka puasa bersama media di Hotel Holiday Villa, Subang Jumaat lalu.
Tambah beliau, sikap berkeras Kerajaan Pusat itu sebenarnya bercanggah dengan Akta Industri Pembekalan Air 2006.
“Kita juga boleh pergi ke mahkamah untuk menunjukkan bahawa tindakan Kerajaan Persekutuan ini tidak sama dengan undang-undang yang diluluskan pada tahun 2006,” katanya.

Revisiting EPF ‘loans’ to govt

The government's bid to increase the full EPF withdrawal age to 60 years has rekindled memories of the Mahathir era.

I am worried about our Employees Provident Fund (EPF) monies. The recent statement by Deputy Finance Minister Donald Lim who said that the age for full withdrawal from the EPF by contributors will be raised to 60 is bothering me and many others as well.
It means that the government needs more money and as always EPF is its kitty.
As at June 2010, the total savings deposited by millions of employees and their employers stood at RM407 billion.
The EPF has become the main source of domestic borrowings by the federal government.
But over the years the role of the EPF as the primary lender to the government has been grossly abused.
Here’s a reminder of the abuses by Umno’s political masters since 1981.

SHOCKING M'sia 10th LAZIEST nation in the world & the WORST in SE Asia

SHOCKING M'sia 10th LAZIEST nation in the world & the WORST in SE AsiaMalaysia is the 10th laziest nation in the world! The shocking piece of finding came from an international study timed intentionally to coincide with the London Olympic Games.
Worse still, Malaysia turned out to be the most slothful nation by far in Southeast Asia, scoring 61.4% on the inactive index versus Cambodia's 11.2%, Myanmar's 12.7%, Vietnam's 15.3%, Thailand's 19.2%, Philippines' 23.7% and Indonesia's 29.8% . Perhaps due to its small size, neighboring Singapore was not on the survey of 122 countries grading about 89% of the world's population.
"It is not something to be proud of and it is time for the Health ministry to get cracking on making Malaysians more aware of where we stand instead of giving the usual excuses and denials which do no one any good. A healthy lifestyle and an active and bright mind go hand in hand. So if we are fitter, the tendency is that we won't be so lazy mentally either," PKR vice president Chua Jui Meng, a former Health minister, told Malaysia Chronicle.
Malaise

Bukan warga di negara sendiri

Selagi polisi tidak diubah, selagi itulah masalah dokumen pengenalan diri tidak akan selesai.

Sejak hampir setahun lalu, saya sering mendengar dan membaca mengenai kempen pendaftaran dokumen pengenalan diri yang diterajui pihak tertentu. Kempen dan jerayawara (roadshow) diadakan di pelbagai tempat, khabarnya untuk membantu orang ramai mendapatkan kad pengenalan dan sijil kelahiran.
Bagaimanapun, dua perkara membuatkan saya ingin tahu lebih lanjut mengenai usaha berkenaan. Pertama, adakah “kempen” itu bersifat sementara atau masalah yang timbul benar-benar diteliti pada peringkat akar-umbi lalu diselesaikan sepenuhnya.
Dengan erti kata lain, apakah benar-benar dilakukan dengan ikhlas atau sekadar kempen bagi kepentingan politik pihak tertentu. Selepas tempoh kempen selesai, mangsa tetap kekal sebagai bukan warganegara di negara sendiri.
Persoalan kedua yang muncul dalam fikiran saya adalah mengenai penglibatan Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar, Malaysia (DHRRA Malaysia).
Setahu saya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu terlibat secara aktif dan berterusan sejak 2003 dalam usaha-usaha menyelesaikan masalah dokumen pengenalan diri. Lalu, mengapa nama DHRRA Malaysia tidak muncul langsung dalam kempen dan roadshow kali ini?

Perkara Yang Haram bagi PAKATAN Tetapi Halal Bagi UMNO...

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/539168_254357621347826_1079064577_n.jpg

55 Tahun : Umno, Isa Samad dan 'perkara biasa'!

Isa Samad kata, "harga saham FGV turun, perkara biasa!"
Iyah...memang perkara biasa! Segala yang berlaku 55 tahun dalam pemerintahan Umno/Bn adalah 'perkara biasa'!!
Saham FGV turun, ‘perkara biasa’!
Harta Felda bakal tergadai, ‘perkara biasa’!
Para peneroka bakal jadi miskin, ‘perkara biasa’!
Tanah rezab Melayu berkurangan, ‘perkara biasa’!
Rakyat dicengkam kemiskinan, kroni terus kaya raya, ‘perkara biasa’!
Penentang rasuah dan pecah amanah ditangkap, perasuah dibelai, ‘perkara biasa’!
Kerana PAS perintah Kelantan tak dapat royalty minyak, ‘perkara biasa’!
Masa Umno perintah royalty, PAS perintah saja terus jadi wang ihsan, ‘perkara biasa’!
Bila rugi para pemimpin Umno kata itu perkara biasa, ‘perkara biasa’!
Kerana perkara biasalah orang Melayu terus mahu dibodohkan, ‘perkara biasalah tu’!

Kami AKAN SELAMAT Jika MEMASUKI BUDDHA - Muslim Rohingya

Muhammad Rafiq, salah seorang pelarian Rohingya.


JAKARTA - Entah syaitan mana yang merasuk kelompok majoriti Buddha dan tentera Myanmar, tanpa belas kasihan dan biadab mereka menyerang, menyiksa, merogol, dan membunuh Muslim Rohingya. Ini termasuklah kepada kanak-anak dan wanita.

Sungguh hebat penderitaan saudara-saudara Muslim kita Rohingya. Muslim disiksa, muslimah diperkosa, rumah dibakar, dirompak dan pembunuhan yang dilakukan dengan begitu kejam oleh kelompok majoriti Buddha Rakhine dan tentera Myanmar.

Perkara ini diceritakan sendiri oleh Muhammad Rafiq, salah seorang pelarian Rohingya pada majlis Dialog Interaktif Rohingya yang dikendalikan oleh International Conference of Islamic Scholars (ICIS), di Jakarta pada Sabtu (4/8/2012).

Serangan di Aleppo semakin runcing


Serangan di Aleppo semakin runcing
Pejuang pemberontak Syria bersorak selepas melepasi pemeriksaan keselamatan di perkampungan Anadan, Syria.
 
ALLEPO - Serangan tentera Syria di kubu kuat terakhir pemberontak di Damsyik dengan kereta kebal dan kereta berperisai selain melancarkan serangan meriam di Aleppo semakin meruncing.

“Tentera Syria mula memasuki Aleppo iaitu pintu masuk utama bandar yang dihuni oleh 2.5 juta penduduk di mana mereka turut menjadi perisai,” katanya.

Manakala, komander pemberontak tempatan berkata, semua pejuang bersedia melancarkan serangan terhadap kerajaan.