Ahad, 5 Ogos 2012

Ayat power Najib ketika berucap di Bachok, malam ini. "KITA TIDAK TIPU" HAHAHA


ROYALTI : NAJIB SEKALI LAGI PERBODOHKAN RAKYAT

Sekali lagi Najib cuba memperbodoh-bodohkan rakyat negara ini khasnya rakyat Kelantan. Tanpa segan silu  Najib Tun Razak berkata kerajaan pusat tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan dalam apa jua perkara termasuk dalam isu tuntutan bayaran tunai daripada hasil petroleum. 

Perdana Menteri berkata kerajaan BN sentiasa berlaku adil dan telus kepada semua rakyat Malaysia termasuk rakyat Kelantan.


Jadi apakah dengan menafikan royalti kepada Kelantan itu dikira adil dan tidak zalim. Kita yakin royalti diberi sudah tentu rakyat Kelantan tidak bising dan tidak buat demonstrasi.


"Sebagai kerajaan pimpinan BN, kita mesti ikut perintah Allah. Antaranya kita mesti berlaku adil bila kita memerintah, kerajaan BN memang berlaku adil kepada rakyat Malaysia," katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan Kebajikan Masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Perdana di Bachok, malam ini.  

Royalti : Kelantan bakal 'dibelit' jika percaya ular sawa tidak membelit!

Untuk bersikap adil kepada Umno okaylah, Umno bukan segala-galanya buruk tetapi awas, selalunya yang buruk itu kerap datang dari Umno! Umno bukan segala-galanya membelit tapi selalunya yang membelit-belit macam ular sawa itu ialah Umno!
Bila Najib Razak hantar surat ke Kelantan untuk bincang mengenai royalti minyak Kelantan itu mungkin petanda baik, ceria dan mungkin bahagia tapi bila Najib kata kena tubuh Jawatankuasa khas royalti Kelantan dan mahu ambil masa selama 6 bulan, itu pula alamat tidak baik yang boleh jadi membawa derita!

Najib gembira Lee Chong WEi Kalah, Rosmah boleh pi shopping Raya..


Janganlah gelak-gelak....Nanti batal posa..
Sebelum terlambat aku ingin mengucapkan takziah kepada Datin Seri Rosmah di atas gagalnya Dato Lee Chong Wei merangkul pingat emas sukan Olimpik... He he,, tak apa,, lepas ni boleh pi shopping kat kota London untuk nak menyambut hari raya...


Berlainan dengan Najib,,, he he suka benar dia....  anda lihat sendiri...  


KOTA BHARU, 5 Ogos -- Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersorak ketika melihat perlawanan akhir badminton di antara jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei dan pemain China, Lin Dan pada sukan Olimpik London di rumah keluarga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Kampung Badak, di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Husin (kiri).
-- fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHAR



 Hurghhhh......Lega....selamat .......

Ini dia Perangai Munafik Pemimpin Umno/BN ???

                                          Slogan Janji ditepati cuma sekadar retorik ?
                    Perangai MUNAFIK Umno/BN terserlah dalam isu ROYALTY MINYAK..
                Sejarah yang Di LUPAKAN oleh PEMIMPIN UMNO demi dendam politk bebal...!!


[lihat gambar]
Majlis tandatangan Akta Kemajuan Petroliam 1974 -
Tengku Razaleigh Hamzah (Pengerusi PETRONAS) dan Datuk Mohammad Nasir (Menteri Besar Kelantan)

Akta Kemajuan Petroliam 1974 jelas menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia & Petronas haruslah membuat pembayaran tunai dalam bentuk Royalti bagi “Pemunyaan Hak” yang diberikan Negeri Kelantan bagi Penerokaan Industri Petroleum.

Sehingga kini Kerajaan pusat dibawah rejim Umno/Bn menakfikan segala hak negeri Kelantan mendapat hasil wang royalty 5% dari pengeluran minyak dengan alasan yang sungguh meloyakan.Dengan itu kita wajib tolak parti ini kerana sikap suka  mencabul perjanjian.

Royalti: Eh Eh Tok Pa Pulak Yang Klaim Jadi Hero!


Jika sebelum ini Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed (Tok Pa) menyatakan Kelantan tiada hak terima royalti, tetapi hari ini beliau orang pertama mengutip kredit dengan membariskan pelajar sekolah membawa banner untuk mengucapkan terima kasih ke atas dirinya kerana telah berjaya memujuk Najib kononnya mempersetujui cadangannya.

Amanat Almarhum Prof Zulkifli Muhammad - 3

Amanat Almarhum Prof Zulkifli Muhammad -2

Amanat Almarhum Prof Zulkifli Muhammad

Mars rover set for 'mission of the decade'

Syrian rebels say hostages 'Iranian soldiers'

‘Nak bersara umur berapa, 55 atau 60 tahun?’


SEKARANG negara di ambang menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-55. Tema sambutan ‘Janji Ditepati’ menjadi kontroversi. Sejak merdeka pada 1957, hanya Umno-BN (dulunya Umno-Perikatan) yang memerintah negara ini.
Jadi tahun ini, sempena tarikh keramat 55 tahun itu, sudah cukup tempohnya Umno-BN memerintah negara ini; kalau seorang pekerja bolehlah bersiap sedia pencen!


Ini kerana umur pencen pekerja asalnya 55 tahun, hanya tidak lama dulu dinaikkan kepada 56, kemudian 58 dan akhirnya-akhir ini 60 tahun.
Apakah Umno-BN mahu atau terpaksa pencen setelah 55 tahun memerintah negara ini?
Kalau komponen parti ini kalah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU) yang mesti diadakan dalam masa terdekat ini, maka terpaksalah Umno-BN pencen pada 55 tahun. Tetapi jika Umno-BN menang, ia boleh melanjutkan umur persaraannya, mungkin sampai 60 tahun sehingga PRU14 diadakan.
Sudah tentu Umno-BN tidak mahu pencen setelah 55 tahun memerintah. Pekerja pun tidak mahu pencen pada 55 tahun. Masih muda, kata kebanyakannya, terutama daripada sektor awam. Masih banyak boleh disumbangkan kepada agama, bangsa dan negara, dakwa sesetengahnya.

Terselamat Dari Serangan Garuda Negara...!!!!


ha..ha..ha...Semua Orang Tak Mau Tau....!!!!!

Keganasan etnik Myanmar, PBB desak siasatan


Keganasan etnik Myanmar, PBB desak siasatanYANGON - Wakil Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar, menuntut satu siasatan bebas khas terhadap keganasan etnik melibatkan penduduk di Rakhine dilakukan susulan pergolakan itu mengganggu keamanan negara.

Tomas Ojea Quintana yang mengadakan lawatan ke Myanmar selama enam hari, kelmarin meminta kerajaan mencari punca sebenar mengenai keganasan yang tercetus Jun lalu di antara etnik Buddha Rakhine dan pelarian Islam Rohingya selain menangani beberapa laporan pembunuhan di luar bidang kehakiman termasuk penganiayaan yang dilakukan anggota polis dan askar.

Najib: Kerajaan Pusat adil, telus tidak nafikan hak rakyat Kelantan..ha..ha..ha...Lebong Ramadhan..!!!

BACHOK - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Pusat tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan dalam apa jua perkara termasuk dalam isu tuntutan bayaran tunai daripada hasil petroleum.
  
Perdana Menteri berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa  berlaku adil dan telus kepada semua rakyat Malaysia termasuk rakyat Kelantan.
  
"Sebagai kerajaan pimpinan BN, kita mesti ikut perintah Allah. Antaranya kita mesti berlaku adil bila kita memerintah, kerajaan BN memang berlaku adil kepada rakyat Malaysia," katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan Kebajikan Masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Perdana di sini, malam ini.
  

Tim menteri: Royalti minyak K'tan tuntutan 'sah'

saifuddin abdullah taylors 050812Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah memuji keputusan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyemak semula pengagihan bayaran hasil petroleum kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Kelantan.

"Saya rasa ia satu idea yang baik. Permintaan untuk sebahagian daripada hasil minyak merupakan tuntutan sah daripada rakyat Kelantan," katanya kepada pemberita hari ini.

Saifuddin berkata panel berkenaan perlu melihat terlebih dahulu persoalan sama ada bayaran dibuat dalam bentuk royalti atau wang ehsan.

Peter Chin Berbohong Kos Sebenar Projek Langat 2..?


SHAH ALAM, 5 OGOS: Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar telah menuduh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Peter Chin Fah Kui berbohong tentang kos pembinaan loji Langat 2 dan projek menyaluran air mentah dari Pahang.
Dr Xavier berkata, harga yang disebut kerajaan Selangor bagi projek tersebut iaitu RM 8.65 bilion, merupakan harga yang diberitahu oleh Setiausaha Bahagian Kanan Sektor Air, KeTTHA di Forum Air yang diadakan pada 12 Julai lalu.
Menurut Dr Xavier, Peter Chin juga tidak menerangkan yang Selangor terpaksa bayar RM 60 juta kepada Pahang pada setiap tahun jika untuk projek pemindahaan air itu.

Selangor Mengambil alih Loji Rawatan Bagi Menjamin Bekalan Air Terawat


SHAH ALAM, 5 OGOS: Kerajaan Selangor akan mengambil alih semula 33 loji rawatan air di Selangor daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Puncak Niaga kerana kedua-dua syarikat ini didapati tidak menguruskan infrastruktur itu dengan baik.
Usaha ini bagi memastikan tiada ganguan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, kata Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar.
Tambah Dr Xavier, usaha ini juga bagi mendapatkan situasi sebenar permintaan, agihan dan penggunaan air di seluruh Selangor.

Bangladesh seeks end to Rohingya aid

Rohingya : Bangladesh PM Sheikh Hasina talks to Al Jazeera

PM dan Tok Pa dah dinobatkan jadi hero Royalti...!!!

Pakatan: Beri Kelantan royalti, panel tak perlu

SHAH ALAM - Rakan-rakan Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) berpendirian penubuhan panel khas royalti petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung tidak perlu ditubuhkan, sebaliknya pembayaran sepatutnya diberi secara terus kepada Kelantan.

Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata, kerajaan pusat hanya menggunakan nama jawatankuasa khas sebagai taktik Barisan Nasional (BN) membuat persiapan dalam minit-minit terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Hak negeri Kelantan harus diberi secara adil. Jika benar mahu tubuh jawatankuasa khas, kenapa tidak dari dulu saja? Mengapa baru sekarang?" kata beliau.

Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung.

Rombongan ke Chow Kit..!!

Owg Sabah mai sini ramai2 wat apa?
Sabah tak der keje atau Filipina yang melambak?
Bukan ke Sabah di bawah BN? .. tentu mewah. Apesal mai sini?
Sapa yang mewah?
Hahah ...

Kemboja bertabur, Aceh usah cerita la ..... dah ada IC?
Nanti cucu cicit bertanya .. pandai pandai la korang jawab.
Salahkan PR sebab diorang leh bagi IC pada warga asing
PR yang jemput warga asing mai sini kasi penuh negara ..
Kalau cucu bodoh .. bleh terima alasan tu
Cuma cucu kepada atok nenek yang bingai a.. mudah la caya

Logo Hari Merdeka Khas Buat Rais Yatim

Perkasa Pulau Pinang Berkubur..!!

Najib yang hipokrit,.. terus kelentong rakyat..!!



Dalam usaha Najib Razak nak menarik sokongan dan kepercayaan  orang Melayu,  beliau tanpa segan silu menggunakan isu agama untuk membohongi rakyat. Sebelum ini pun dalam banyak hal Najib kerap berbohong!  Contoh,..isu Altantuya,  isu kapal selam, isu BERSIH dan banyak lagi !

Semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid At Taqwa, Paroi  semalam,  Najib mendakwa  falsafah dan prinsip beliau dalam urustadbir  Negara adalah berpaksikan Al Quran dan Sunnah.   Ish !  ish! Ish!  bohong lagi!  Inilah bapak segala hipokrit !  . tak habis-habis nak menipu
 
Selama ini kerajaan Najib cukup puas memperalat akta ISA,  OSA, menyiksa tahanan politik,  menyalahguna kuasa, rasuah dan menipu !!  Tentang arak dan judi pula kerajaan BN boleh dikata sudah mengiktiraf gejala buruk ini.  Apakah ini yang dikatakan Najib berpaksi pada Al Qur’an?  

Mari kita renung kembali,…Qur’an tidak mengajar SPRM membunuh mana-mana saksi dalam apa jua kes!    Qur’an tidak menghalalkan PDRM membuli,  mendera dan membunuh rakyat sesuka hati !  Contoh – kes polis tembak remaja,.. kes polis bunuh rakyat Memali !  dan banyak lagi,..Apakah semua ini dituntut oleh Al Qur’an?  Dengan tok guru mana Najib belajar ?

Kenyataan Najib ibarat mempersenda Al Qur’an :   Soal “wasatiyah” pun Najib dah hancur,  ini pula nak bercakap soal paksi Al Qur’an ! Bertaubatlah Najib!  berhentilah membuat kenyataan-kenyataan yang bersifat hipokrit yang boleh mengelirukan pemikiran rakyat.  Kamu mengaku mentadbir Negara berpaksikan Qur’an konon !  sedangkan pelaksanaannya kabur !  lintang pukang,.bahkan ada perkara yang haram dah jadi halal!!  Bukankah itu satu penipuan?

Duhai Najib bakal PM terakhir !!   Kalau setakat kewujudan University Islam, Bank Islam dan menganjurkan Musabaqah Al Quran saban tahun,  maka kamu  nak kata itulah bukti Malaysia mentadbir berpaksikan Qur’an, tak payah lah !!  Hakikatnya rakyat Malaysia sendiri dah tahu,.. Islam bawaan Umno ialah Islam separuh separuh !  Separuh ikut, separuh tak ikut !!!

oleh : rahimothman

'Arakan jadi Gaza kedua'

Wilayah Arakan (Rakhine) yang didiami oleh etnik Rohingya di Burma (Myanmar) kini menjadi seakan-akan wilayah Gaza di Palestin, yang terkepung dan dizalimi oleh pemerintah, pihak keselamatan dan juga penduduk tempatan, kata Mohd Azmi Abdul Hamid, setiausaha agung Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Shura, dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Mapim.

Tegasnya, kesungguhan yang ditunjukkan melibatkan isu kepungan ke atas Gaza perlu ditunjukkan sekali lagi dalam menangani isu kezaliman ke atas minoriti Rohingya di Burma.

"Wilayah Arakan yang didiami etnik Rohingya yang beragama Islam kini terkepung, seakan-akan kepungan yang dilakukan oleh Zionis Israel terhadap Gaza," tegas Mohd Azmi.

Bukti Nyata UMNO Menganiaya Kelantan

Mahathir: Bukan sahaja Mustafa Mohammed malah puak-puak UMNO yang lain juga merasakan Kelantan tidak perlu dibangunkan!

Royalti: Rakyat Kelantan tidak goyah tukar k'jaan


KUALA LUMPUR: Sikap drastik Perdana Menteri Najib Tun Razak yang dilihat agak berlembut apabila mahu menubuhkan jawatankuasa mengkaji bayaran royalti petroleum untuk Kelantan, tidak sekali-kali akan mengubah pendirian rakyat negeri itu.

Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Nik Yusof berkata, rakyat Kelantan tidak mudah untuk menukar kerajaan, jika selepas ini ditakdirkan Najib Tun Razak membayar royalti kepada negeri itu.

"Tidak mustahil, Najib boleh membuat pengumuman sebelum pilihan raya, manalah tahu, beliau nak bagi 20 peratus royalti pada kerajaan Kelantan," katanya ketika ditemui.

Waytha: 'It will be fatal if they arrest me..'

Waytha: 'Hindraf is the voice of 1.5mil voiceless'

Najib tiba di KB, temu rakyat Kelantan " Bapak Janji Anak Khianati"

KOTA BHARU- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini hari ini.
  
Ketibaan Najib pada 4.25 petang itu disambut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.
  
Sejurus tiba, Najib menghadiri mesyuarat tertutup bersama Badan Perhubungan Umno Kelantan di Bilik Anggerik di lapangan terbang itu.
  

Tengku Mahkota Johor tutup akaun twitter, media sosial

Tengku Mahkota Johor tutup akaun twitter, semua media sosial
Tengku Mahkota Johor tutup akaun twitter, semua media sosial
 
SHAH ALAM - Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah memaklumkan bahawa baginda memutuskan untuk menutup akaun twitternya dan kesemua media sosial mulai hari ini.
Dalam satu mesej yang dihantar kira-kira 4.30 petang tadi, Tunku Ismail berkata, baginda mahu mulai sekarang memfokus kepada kehidupan dan perkara-perkara yang baginda lakukan "secara peribadi."
Tunku Ismail bertitah bahawa baginda percaya bahawa "tindakan-tindakan saya, kecintaan dan dedikasi terhadap Johor lebih bermakna berbanding perkataan (tulisan dan mesej); daripada tugasan, tanggungjawab saya dan apa yang saya lakukan bagi Johor dan rakyat Johor."

Ostad Ahmad Zahid: Pembangkang ibarat 'retak menanti belah' berhubung hukum hudud...ha.ha..ha...Ostad UmphorNo niie//!!!

BAGAN DATOH - Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pakatan pembangkang kini ibarat "retak menanti belah" ekoran tiada persefahaman antara DAP dan PAS berhubung prinsip pembentukan negara Islam.

Ahmad Zahid berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berada dalam keadaan serba salah kerana parti itu selama ini hanya menjadi 'jambatan antara PAS dan DAP yang mungkin akan runtuh apabila dibebani dengan masalah'.

"Walaupun DAP dan PAS menampakkan semacam ada kesepakatan tetapi dalam soal prinsip pembentukan negara Islam memang tidak dipersetujui langsung oleh DAP dan pendapat Karpal Singh sebagai pengerusi DAP adalah pendapat yang mewakili DAP keseluruhannya.

"Atas nama kompromi politik, PAS seolah-olah semacam ada rasa toleransi apa yang dipegang oleh DAP tetapi sebenarnya PAS juga tidak pernah bersetuju dengan pendirian terbuka DAP," katanya kepada pemberita selepas menutup tadarus Al-Quran Perdana Parlimen Bagan Datoh di sini, hari ini.

Di Mana Lim Kit Siang Pada 13 Mei 1969?

Kebelakangan ini, wujudnya petanda-petanda yang merunsingkan bahawa oleh sebab takut kehilangan kuasa buat pertama kalinya dalam tempoh 55 tahun dalam sejarah negara ini, PRU ke-13 ini akan menjadi PRU yang paling kotor, tidak adil, dan tidak demokratik di negara kita ini.

Saya mencabar Najib Razak supaya memberikan petanda jelas bahawa sebagai Perdana Menteri ke-6 negara ini, beliau akan memastikan Malaysia akan bertindak seperti sebuah negara demokratik yang biasa di mana sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memenangi kerusi majoriti di Parlimen dalam PRU ke-13 menerusi peti undi, maka Barisan Nasional akan menyerahkan kuasa pemerintahan di Putrajaya secara aman.

Ini bermakna UMNO-BN tidak akan membuat sebarang ugutan Mei 13, laungan perang “walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa”, dan sebaliknya menjadikan PRU ke-13 “paling bersih, bebas dan adil” setara dengan sebuah “demokrasi paling baik di dunia”.

13 Mei – Fitnah keji terhadap saya

Royalti: Exco Kelantan bincang surat PM Rabu ini


Logo Isu Royalti KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan akan menghantar wakil untuk menyertai jawatankuasa khas mengkaji isu bayaran tunai seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam suratnya, kelmarin.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bagi tujuan tersebut, beliau akan membawa isu tersebut kepada mesyuarat Exco Rabu ini untuk membincangkan tindakan susulan yang perlu diambil oleh pihaknya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ijtimak Pondok Nusantara di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke V di sini, pagi ini.

Ulama bimbang larangan solat Jumaat di Azarbaijan


(Dr Abdul Basit menerima cenderahati daripada Menteri Besar)

KOTA BHARU: Ulama di sini turut melahirkan rasa bimbang perkembangan di Republik Azarbaijan apabila kerajaan dikatakan mengarah khatib di seluruh negara itu melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu.

Penasihat Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Dr Abdul Basit Abdul Rahman berkata, perkembangan yang berlaku di negara yang majoriti umat Islam itu cukup membimbangkan.

“Apakah tuan-tuan tahu perkembangan terbaru yang berlaku sekarang. Mungkin ada kalangan kita yang membaca suratkhabar mengenai isu tersebut.

Pakatan ada 12 logo hari Merdeka untuk dipilih

KUALA LUMPUR: Kempen untuk membuat logo alternatif kepada Hari Kemerdekaan ke 55 berjalan rancak dalam media sosial Pakatan Rakyat.

Sekurang-kurangnya 12 logo Hari Kemerdekaan sudah dimasukkan ke laman facebook.com/101cadanganlogo yang dibuat oleh Sekretariat Pakatan Rakyat.

Orang ramai diberikan peluang untuk menilai dan memberikan pandangan terhadap semua logo-logo itu yang nampaknya jauh lebih menarik berbanding logo yang dicipta oleh Datuk Seri Rais Yatim.

Menurut Sekretariat Pakatan Rakyat, Ahmad Shabrimi Sidek, orang ramai boleh terus mencadangkan logo-logo mereka untuk dipilih oleh penal.

"Kita hanya akan membuat pilihan Selasa depan melalui satu penal yang dipengerusikan oleh Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS," kata Shabrimi kepada Harakahdaily.

Berikut adalah logo-logo yang sedang dimasukkan dalam senarai facebook itu untuk dinilai oleh orang ramai.

(Logo ciptaan dari www.ilusenidesign.com)



(Cadangan dari Tommy Hohenheim Evangelista)


(Cadangan logo Merdeka dari Azman bin Mohd Mah Husin)

(Logo Merdeka yang dicadang Hamdan Bin Jasin)

(Logo Merdeka yang dicadangkan Yan)



(Logo cadangan Hafiz)



(Cadangan logo dari Hanafi Ishak)





(Logo merdeka yang dicadangkan Sean)






(Cadangan logo dari Shazni Hanis)

Orang ramai boleh membuat undian dan memberikan komen melalui http://www.facebook.com/101cadanganlogo.

Royalti: Tun Razak janji, Najib khianati


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mencadangkan supaya tindakan kerajaan Umno mengkhianati perjanjian menjadi isu utama perbincangan mengenai royalti minyak kepada negeri Kelantan.

"Pada 12 Disember 1975, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein telah berjanji di dalam Parlimen membayar royalti dalam bentuk tunai sebanyak lima peratus kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri lain yang mengeluarkian hasil minyak.

"Perjanjian juga dibuat dengan Petronas pada tahun yang sama di mana Petronas memberi komitmen untuk membayar royalti tunai sebanyak lima peratus setahun bagi hasil minyak yang ditemui di di kawasan pantai Kelantan dan pesisirnya di mana perjanjian itu ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan pada ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

Industry: George Kent likely to subcontract 80pc of Ampang LRT work

KUALA LUMPUR, Aug 5 — The George Kent-Lion Pacific joint venture, which has fallen under scrutiny for winning the RM1 billion Ampang LRT tender despite allegedly lacking rail expertise, may have to subcontract nearly 80 per cent of works for the project, The Edge Weekly has reported, citing industry executives.
This is because George Kent, more known as a manufacturer of water meters, pipes, valves boilers and fibre glass reinforced polyester water tanks, is not the original manufacturer of any of the components needed for the Ampang LRT line extension, one executive was quoted as telling the business newspaper.
“It is not uncommon for large portions of contracts to be given to subcontractors by the main contractor when it involves general work packages, for example, construction,” a rail sector project consultant was quoted as saying.