Sabtu, 4 Ogos 2012

Isu Talam: Selangor akan tetap saman MCA

Syrian smugglers operations booming in Jordan

Mahadhir mengaku Tok Pa minta jangan bangunkan Kelantan

Water, crisis or spin?

Selangor bakal ambil alih semula 33 loji rawatan air dari Syabas

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dijangka bakal “mengambil alih semula” 33 daripada 34 loji rawatan air yang dimilikinya dan kini dikendalikan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Keputusan itu dibuat demi menjaga kepentingan rakyat Selangor memandangkan kegagalan Syabas dan Puncak Niaga menguruskan loji-loji berkenaan bagi membekalkan air yang mencukupi kepada rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk ‘mengambil alih semula’ aset-aset tersebut bagi menjaga kepentingan rakyat Selangor kerana  merasakan bahawa loji-loji yang dikendalikan oleh Syabas dan Puncak Niaga didapati tidak beroperasi secara memuaskan bagi membekalkan air secukupnya kepada rakyat Selangor, KL dan Putrajaya,” kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar, dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Adun Sri Andalas itu lagi, pendedahan yang dibuat oleh Adun Pandamaran, Ronnie Liu, bahawa Syabas tidak menyelenggara rumah pam dan kelengkapan tangki air menjadi bukti kukuh punca berlakunya krisis bekalan air berlaku di sesetengah kawasan di Selangor.

Terdesaknya UMNO : Kit Siang nafi kencing di bendera rumah MB -fitnah gila PRU 13


 
Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang menafikan bahawa beliau pernah kencing di bendera rumah menteri besar Selangor menjelang tragedi 13 Mei 1969, seperti yang pernah didakwa laman Facebook filem sejarah terbaru Tanda Putera.

NONE"Jurucakap filem itu berkata, karya itu berdasarkan banyak kajian, seperti penelitian terhadap dokumen dan gambar, untuk memastikan babaknya bersandarkan fakta sejarah.

"Mana dia bahan dokumen dan gambar menunjukkan saya kencing di tiang bendera rumah menteri besar Selangor Harun Idris pada 11, 12 atau 13 Mei 1969, sedangkan saya tiada di Kuala Lumpur pada masa itu?

Dalam kenyataannya hari ini, Lim juga berkata, bahan-bahan itu perlu ditunjukkan supaya babak sebegitu tidak dianggap hanya sebagai khayalan dan imaginasi semata-mata.

Malaysiakini pada 12 Julai melaporkan, Facebook rasmi Tanda Putera arahan Datuk Shuhaimi Baba, yang antaranya merakamkan tragedi 13 Mei dijangka mencetuskan kontroversi.

How DESPERATE of Umno: May 13 took place because Kit Siang urinated on flagpole

Despite his 1Malaysia signature slogan, the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is continuing to allow his UMNO/Barisan Nasional election campaign machineries to disseminate downright lies and dangerous falsehoods calculated to incite racial hatred and undermine national unity with the approach of the 55th National Day and 49th Malaysia Day celebrations.
How DESPERATE of Umno: May 13 took place because Kit Siang urinated on flagpoleOne of these “downright lies and dangerous falsehoods” flooding the UMNO/BN social media and exploited by the 10,000 UMNO/BN cybertroopers is that I had caused the May 13 riots in 1969 through shouting the most racist slogans in the streets of Kuala Lumpur on May 11, 12 and 13, 1969.
Despite my firm denial of these wild and reckless allegations in my speech in Parliament on March 22, 2012, declaring that I was never in Kuala Lumpur on May 11, 12 and 13, 1969, these “downright lies and dangerous falsehoods” have continued to make their rounds in leaps and bounds in the cyberspace.
On 20th July 2012, Malaysiakini carried the following report “New May 13 movie courts controversy”:
New May 13 movie courts controversy

Royalti: Kaji dalam 3 bulan lalu bukan sekarang, kata Nik Aziz


Royalti: Kaji dalam 3 bulan, kata Nik Aziz
Nik Abdul Aziz membaca Sinar Harian sebelum majlis berbuka puasa di Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam. 
 
SHAH ALAM - Kerajaan Pusat sepatutnya telah lama menubuhkan jawatankuasa khas berhubung isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat petang ini.

Malah menurut Menteri Besar Kelantan, jawatankuasa khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewajarnya selesai membincang dan merunding isu berbangkit itu dalam tiga bulan lalu.

Rakyat diajak cipta logo Merdeka alternatif pula

KUALA LUMPUR: Selepas mengemukakan tema alternatif Hari Merdeka, 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa', Pakatan Rakyat kini sedang berusaha pula untuk mengumpul cadangan logo alternatif dari rakyat.

Mereka hari ini melancarkan satu akaun laman peminat di Facebook atas nama '101 Cadangan Logo Merdeka - Sebangsa, Senegara, Sejiwa' untuk memudahkan rakyat negara ini menghantar cadangan rekabentuk logo itu.

Selain di Facebook, rakyat Malaysia yang mempunyai kreativiti, boleh juga menghantar logo ciptaan mereka ke emel sekretariatpakatan@gmail.com.

Rakyat Kelantan tunggu kejutan PM di Bachok esok!

ANALISIS Minggu lepas seorang fanatik PAS dari Ampang, Selangor memberitahu kemungkinan ada suatu kejutan akan diberitahu Perdana Menteri ketika lawatannya ke Kelantan esok. Entah Pak Ali dapat sumber dari mana.

Namun ketika dia menefon, suaranya seperti bersungguh-sungguh. Antara percaya atau tidak menyelinap di jiwa penulis. Apa kejutannya. Beritahu Pak Ali, Datuk Seri Najib Razak bakal mengumumkan royalti kepada Kelantan akan dibayar. Ujarnya lagi mungkin juga berkaitan projek lebuh raya.

Hampir seminggu isu itu bermain di kepala penulis. Tiba-tiba pagi ini dakwaan Pak Ali seperti  hampir menjelma. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu,  Perdana Menteri menghantar surat kepadanya meminta dihantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak.

Menjelang PM tiba, kempen Royalti semakin aktif



(Konvoi Royalti dari Kubang Kerian ke Pasir Puteh petang semalam)

KOTA BHARU: Menjelang lawatan kerja sehari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan pada 5 Ogos ini, rakyat Kelantan semakin lantang menyuarakan tuntutan royalti petroleum dan gas.

Badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) mengadakan siri konvoi royalti ke seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negeri ini.

Konvoi Royalti-1 Kota Bharu ke Gua Musang (Parlimen Gua Musang), manakala Konvoi-2 Kota Bharu ke Rantau Panjang (Parlimen Rantau Panjang).

JK Khas Royalti: Najib jangan hanya 'sembang kedai kopi'


KUALA LUMPUR: PAS mahu kerajaan menjelaskan terma penubuhan jawatankuasa khas yang akan mengkaji isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Meskipun menyambut baik langkah itu, Naib Presiden, Salahuddin Ayub berkata, sebelum sebarang perundingan diadakan, kerajaan negeri dan anggota Parlimen mesti dijelaskan tujuan utama penubuhan jawatankuasa tersebut.

"Saya menyambut baik penubuhan jawatankuasa ini tetapi ingin mendapat penjelasan mengenai terma-terma jawatankuasa ini dan mestilah dijelaskan kepada kerajaan negeri dan ahli Parlimen.

Siswa ITM, UiTM: Idealisme, alat politik

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) kini tidak seperti ITM dulu. Mahasiswanya kini tidak seperti dulu. Kini mereka mendapat PTPTN, dulu tiada. Pelajar miskin dulu rata-rata akan menderu ke Dewan Makan untuk menikmati juadah makan tengah hari, makan malam atau sarapan yang tidak seberapa, dengan lazatnya.
Siswa ITM, UiTM: Idealisme, alat politikKami semua bersyukur ketika itu. Amat-amat bersyukur, kerana wang di poket ada kalanya terputus. Makan tengah hari pada hari Jumaat ditunggu-tunggu kerana ia merupakan hidangan istimewa: nasi beriani dengan ayam masak merah. Hari-hari biasa selalunya ikan cencaru keras yang disebut dengan panggilan ikan jaket.
UiTM kini lain daripada ITM dulu. Pelajar-pelajar datang ke kampus berkereta. Sekurang-kurangnya Kancil atau MyVi. Parking di dalam kampus di Shah Alam penuh sehinggakan parking pensyarah pun diambil alih. Telefon tangan canggih-canggih belaka. iPad dan tablets tidak asing. Belajar dalam suasana yang amat selesa. Mereka cukup berubah.

Pemimpin Sabah tidak puas hati sejak 2008

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga lambat bertindak untuk menyelesaikan masalah di Sabah itu.
PETALING JAYA: Bibit-bibit tidak puas hati Sabah terhadap kerajaan Pusat susah mula tercetus sejak pilihan raya umum 2008, kata penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.
Beliau juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga lambat bertindak untuk menyelesaikan masalah di Sabah itu.
“Najib nak pergi Sabah pada 11 Ogos ini, ini sudah terlambat. Sepatutnya dia jumpa pemimpin-pemimpin itu sejak awal lagi.
“Bincang dengan mereka…selesaikan awal-awal,” kata beliau ketika dihubungi petang ini.
Walaupun,  Sabah memberi kemenangan besar kepada BN tetapi  Pusat tidak melayannya dengan baik, tambah beliau.
Bagaimanapun,  Dr Mohd Azizuddin menegaskan banyak faktor yang menyebabkan rakyat Sabah tidak puas hati atau pun marah kepada Pusat.

Kehadiran PM tak mampu atasi gelombang perubahan Sabah

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mendakwa perdana menteri takut dengan peralihan sokongan di Sabah apabila mahu melawat negeri itu selepas dua anggota parlimen BN beralih arah kepada Pakatan Rakyat.
“Beliau takutkah? Saya ingatkan sebelum ini beliau cakap semuanya baik-baik sahaja dalam BN,” kata Nurul Izzah sinis, merujuk kepada lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Sabah hari ini.
Najib semalam mengumumkan yang lawatannya ke Sabah bertujuan mengukuhkan kedudukan BN di negeri itu.

Maklumat sulit: Najib mahu lindungi 'perompak BN'


KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar segala maklumat sulit kewangan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa hanya untuk melindungi 'perompak-perompak BN'.

Pengarah Stratregi PKR, Mohd Rafizi Ramli ketika dihubungi Harakahdaily, berkata ini kerana kebanyakan undang-undang yang berada di bawah BN hanya bertujuan untuk melindungi pihak tertentu.

Sedangkan, jika diimbas di awal pendedahan beliau berhubung isu National Feedlot Corporation (NFC), Rafizi berkata pihaknya telah memberi tempoh selama tiga minggu kepada Umno, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, dan pihak berkaitan untuk memberi penjelasan, sebelum satu laporan kepada SPRM.

Royalti: Jangan rasa terhutang budi pada perompak


KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghantar surat meminta wakil kerajaan Kelantan bagi membincang soal royalti minyak.
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad.

A Senator the next Sabah leader to leave? Najib rushes to stem BN breakup

A Senator the next Sabah leader to leave? Najib rushes to stem BN breakupA Senator will be the next Sabah leader to leave the ruling BN coalition to join the Sabah Reform Front, a movement set up by Wilfred Bumburing and Lajim Ukin, and aligned to the Pakatan Rakyat led by Opposition Leader Anwar Ibrahim, to fight for change in the poverty-stricken East Malaysian state.
Amongst names tossed around as to who could be the latest to make the switch out of the BN is Senator Maijol Mahap, an Upko vice president who is believed to have tendered his resignation from the party earlier this week.
"A giant rally will be held in Kota Marudu on August 12 and a major announcement will be made. Anwar will be there to speak to the crowds and join in the celebration. Najib is not being smart by choosing to come at a date so near to our event. He will be humiliated as he won't be able to reverse the trend. Just like Muhyiddin, he will fail," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
Tian was referring to last night's news that Najib planned to head to Sabah on August 11, where the PM said he would announce the details of a Royal Commission of Inquiry into the illegal immigrants problem there.
Maijol the man?

Susulan isu Sabah, PR kini sasar 18 kerusi Parlimen Johor


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub JOHOR BAHRU – Pakatan Rakyat (PR) berkeyakinan mampu menambah bilangan kerusi Parlimen yang ditandingi di Johor dengan sasaran 18 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, keyakinan itu dilontarkan berdasarkan beberapa perkembangan menarik yang berlaku di negeri ini, termasuk  isu nasional seperti yang berlaku di Sabah.

“Sebelum ini PR mendedahkan 12 Parlimen di negeri ini menjadi sasaran, namun susulan perkembangan menarik di Sabah, biarpun ia berlaku di Sabah, tetapi ia memberi impak baru yang saya rasa membantu Johor. PR akan mencipta momentum baru di Johor.

Kelantan mahu royalti dibayar sebelum Aidilfitri



Logo Isu Royalti SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berharap agar rundingan tuntutan royalti yang dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat diselesaikan sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri bagi meraikan perjuangan rakyat Kelantan selama ini.
Abdul Fattah yang juga Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO berkata, ia perlu diselesaikan segera bagi memberi hadiah kepada rakyat Kelantan yang selama ini memperjuangkan hak yang selama ini dinafikan oleh Kerajaan Pusat.
“Kalau boleh selesai sebelum hari raya ini, lagi bagus. Saya menyambut baik niat Perdana Menteri ini bagi mengadakan perbincangan,” ulas beliau kepada Sinar Harian Online.

Pas senyum respons PM, BN menanti PRU



Pas senyum respons PM, BN menanti PRU ANALISIS - "Hampir 37 tahun kita ditipu, kini mereka sudah mengaku. Dan kita rakyat Kelantan bukan tidak percaya tetapi kami tidak berapa nak percaya." Demikian entri satu blog yang mengulas perkembangan hari ini.
Kelantan sedar dan membawa pertikaian royalti minyak sejak lapan tahun lalu.

Pada Januari 2010, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya - tindakan kerajaan pusat hanya mahu beri wang ihsan adalah satu pengkhianatan, dan tidak akan teragak-agak untuk meminta rakyat adakan doa musnah pemimpin pusat.

Hari ini beliau kelihatan gembira dengan berita menerima surat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu berunding mengenai isu tersebut menerusi satu jawatankuasa khas.

Selepas satu siri 'tarik tali' sejak satu tempoh yang agak lama, perkembangan yang didengar banyak pihak hari ini sesuatu yang agak mengejutkan - lebih-lebih lagi ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat.

Apa hasil politik perkauman UMNO dan BN?


Mainan politik parti-parti kaum seperti UMNO, MCA dan MIC pastilah latar dan gaya kempen politik mereka akan sentiasa dan sarat dengan elemen kaum yang biasanya terlajak kepada hasutan perkauman.
Ini akan disulam dengan elemen keagamaan sebagai minyak pelincir yang akan melancarkan serangan dan fitnah terhadap parti lawannya.
Kempen perkauman UMNO-BN
1. Ramai pemimpin UMNO mengatakan kaum Cina dan India adalah kaum pendatang. Dengan kata lain, kaum-kaum ini tidak boleh ada hak yang sama seperti mana hak-hak Melayu dan Bumiputera. Dengan bahasa yang lebih canggih, mereka ini adalah warganegara kelas dua. Ini jelas satu kenyataan menghina, sedangkan UMNO akan melenting dan marah jika pemimpin Melayu Islam mereka dikritik oleh kaum bukan Melayu. Pastinya ia akan dibalas dengan caci maki, koyak dan pijak gambar si pengkritik. Inilah gaya dan moral politik perkauman UMNO.

Dalaman Umno desak Rais berundur

Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh menyelar Datuk Dr Rais Yatim  dan menyifatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebagai punca kontroversi sambutan hari merdeka 31 Ogos ini.“Dr Rais anggota kabinet yang tidak memahami erti tranformasi yang mahu dibuat oleh Perdana Menteri. Beliau telah merosakkan momentum sambutan hari merdeka.“Kerana beliau, pembangkang telah mempolitikkan tema hari merdeka.
“Elok sahaja dia (Dr Rais) meletakkan jawatan dan berundur. Orang tua tidak memahami keperluan semasa.

Mercun Telah ‘Halal’ Di Malaysia?

Mercun
Setiap kali pertengahan Ramadhan hingga ke Syawal, pastinya langit dan bumi di Malaysia ini akan berdentam-dentum.
Mana tidaknya, dari mercun sekecil-kecil biji saga hinggalah mercun setanding sambutan ulangtahun kemerdekaan semakin banyak dipasaran.
Seolah-olah mercun di Malaysia telah di’halal’kan kerana ia terlalu mudah untuk didapati.
Selain dari mercun yang dijual, ada juga mercun buatan sendiri, seolah-olah mereka telah menerima ijazah sebagai pembuat bom.
Anda pergilah kemana-mana bazar Ramadhan, gerai-gerai jualan di sekitar pusat bandaraya mahupun di ceruk-ceruk kampung, pasti akan ada ‘gerai haram’ yang menjual mercun.
Pernah satu ketika, bukan sahaja penulis yang terkejut, malah imam serta seluruh jemaah surau beristighfar panjang seolah-olah kami menunaikan solat di Afghanistan apabila dentuman mercun tidak putus menggegarkan kawasan sekitar.
Tambah mengecewakan apabila ibubapa seolah-olah merelakan anak mereka membeli dan bermain mercun.
Dengan kata mudah, “raya setahun sekali je, biarlah mereka nak main..”
Memang raya setahun sekali, putus jari, pecah muka pun akan berlaku sekali dalam seumur hidup.
Dalam isu itu, beberapa pihak harus mengambil tindakan yang serius.
Kemana perginya Akta Bahan Letupan pindaan 1991 yang mengklasifikasikan mercun sebagai bahan letupan kecil?
Jarang sekali kedengaran pihak berkuasa mengambil tindakan seperti menangkap pemain-pemain mercun.
Justeru, pihak berkuasa haruslah ‘membuka mata’ bukan hanya memantau sebaliknya mengambil tindakan yang sewajarnya supaya isu penjualan mercun secara terbuka mahupun secara ‘gelap’ dapat ditangani.
Pada masa yang sama, ibubapa haruslah memantau serta prihatin terhadap setiap pergerakan dan tindakan anak-anak mereka.
Jangan sampai ratapan air mata Syawal menyelubungi keluarga anda pada Syawal nanti.
Penulis bukan ingin memburukkan mana-mana pihak, cuma sebagai peringatan supaya tragedi yang pernah menimpa pada tahun-tahun yang lalu tidak berulang lagi pada Syawal kali ini.
Apa pandangan anda berkenaan isu ini? Kongsikan bersama kami.
Oleh: HARITS ASYRAF
*Gambar hiasan sebagai renungan semua.

SYABAS DI SARAN MNYERTAI PRU 13 SEBAGAI KOMPONEN BARISAN NASIONAL

Oleh King Jason
 
Informer : Td husband akak jumpa kwn die masa solat jumaat,die keje kt puncak niaga.die ckp mmg la sellangor xde air syabas suruh lepas kan sikit je..

17h

Air bukan xde..contoh selalu dieorg keluarkan air 20 valve tp dieorg lepaskan 2 or 3 valve jer...

17h

Kawan akak ni penakut sikit nak bg maklumat..takut die kene buang keje..

Syeikh Ali Saleh (الشيخ علي صالح): Abdullah punyai 3 harapan...

Syeikh Ali Saleh (الشيخ علي صالح): Aameennnn

Syeikh Ali Saleh (الشيخ علي صالح): Teknik khatam Al-Quran setiap bulan

Syeikh Ali Saleh (الشيخ علي صالح): Dalam 5thn ...1 juta hufaz

Syeikh Ali Saleh (الشيخ علي صالح): Al-Quran

Syeikh Ali Saleh (الشيخ علي صالح): Mati ...Setiap hari kita mati

IBU Larang ISTERI Beri Pinjam Duit Pada SUAMI - Ustaz Azhar Idrus

Suami Isteri CIUM Dalam FACEBOOK - Ustaz Azhar Idrus

Solat Atas MOTOR / Kisah KUCING - Ustaz Azhar Idrus

Nama Bakal ISTERI UMAIRAH - Ustaz Azhar Idrus

Kawan PEREMPUAN Datang Peluk CIUM Pipi - Ustaz Azhar Idrus

Tian Chua: Negara Kita Merdeka 55 Tahun, Apa Yang Telah Ditepati?

UN General Assembly adopts Syria resolution

Lebong : Kekayaan negara perlu diagih secara adil kepada rakyat.....!!!

PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kekayaan negara perlu diagihkan secara seimbang dalam mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama.

Menerusi pemberian zakat misalnya, ia mampu membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk bersama-sama menikmati hidup yang lebih baik.

"Justeru, kita dapat mengelak wujudnya jurang sosial yang besar, yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin.

"Jangan kaitkan Islam dengan miskin...Allah suka dan akan memberi ganjaran kepada mereka yang berjaya, yang indah dan yang suka memberi (sedekah dan amal jariah)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyampaian sumbangan zakat 2012 di Dewan Konvensyen Pekan di sini, hari ini.

Why is MCA so EXCITED over hudud & Islamic state?

Why is MCA so EXCITED over hudud & Islamic state?If not between Dap and Pas, Karpal Singh vs Nik Aziz for example, it’s a constant slanging match between Dap and MCA. Hudud and the Islamic state are hogging the limelight again for all the wrong reasons.
MCA is perhaps terrified that in the event of hudud being implemented in the country, the first people to have their limbs chopped off at the extremities would be Umno leaders, their comrades in crime, who are leading the way in stealing from the Public Treasury under the guise of bringing development to the people.
They can rest easy.
The fact is that hudud and the Islamic state are non-starters in Malaysia. The Constitution would not allow something that goes against its very fabric. One noteworthy precedent in the Free World comes from the state of Kansas in the United States which recently outlawed the Syariah on the grounds that it’s against the Constitution.
Kansas is not a novel development in law. It’s merely stating the obvious.

PRU 13 : Dijangka ramai beralih sokongan kepada PR


Naib Presiden PKR, Tian Chua SHAH ALAM – PKR memberi gambaran awal berhubung 'berita baik' yang akan diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena lawatannya di Sabah, Sabtu depan, dengan mendedahkan lebih ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) akan berhijrah menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, kedudukan BN di Sabah dijangka akan tergugat dan bakal berdepan kemelut, sekiranya 'berita baik' itu diumumkan nanti.

"Kejutan ini adalah 'gempa bumi' buat BN kerana sokongan terhadap PR di Sabah semakin kukuh apabila pemimpin BN tinggalkan parti itu dalam masa terdekat," katanya.

SU Agung: Umno Bahagian bermasalah sangat sedikit...!!!



Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor SEREMBAN - Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno Bahagian yang bermasalah kini berada pada tahap paling minimum.
  
Tanpa memberikan butirannya, beliau berkata sebelum ini banyak Umno Bahagian yang bermasalah, tetapi kini sudah tinggal sedikit dan kini paling minimum setelah beberapa pertemuan diadakan antara bahagian berkenaan dengan presiden parti dan juga timbalan presiden.
  
"Umno Bahagian seperti ini perlu 'rawatan' sebab itu kita aturkan beberapa perjumpaan antara bahagian itu dengan presiden dan juga timbalan presiden parti. Umno Bahagian yang bermasalah kini sudah tinggal sedikit setelah mereka faham dan akur matlamat perjuangan parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Seremban di sini, hari ini.

Ramadan tak sejukkan suhu politik Malaysia, Borneo terus bergelora

Ramadan tahun ini menyaksikan suhu politik Malaysia terus panas.
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) terus menggunakan ruang yang ada untuk serang menyerang sesama sendiri menjelang pilihan raya umum (PRU) — akan berlangsung selewat-lewatnya April 2013.
Minggu ini kita dikejutkan dengan pendakwaan terhadap pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang jika disabitkan kesalahan, hukuman denda RM3 juta atau tiga tahun penjara, atau kedua-duanya sekali menanti. Minggu lalu, Sabah bergelora apabila ahli parlimen Beaufort merangkap timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin serta ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing meninggalkan BN.

FAKTA Pembunuhan ROHINGYA Yang DISEMBUNYIKAN


Pembunuhan dan kekejaman yang berlaku terhadap Muslim Rohingya di Burma (Myanmar) terutama di Arakan sebenarnya bukan baru-baru ini berlaku, tetapi bermula pada pertengahan tahun ini penindasan terhadap Muslim di Arakan semakin meningkat sehinggakan mengejutkan mata dunia.

Selama ini, media Islam sahaja yang berusaha untuk mengkhabarkan tragedi berdarah yang menimpa umat Islam di Burma sedangkan media antarabangsa 'kelas atasan' pada umumnya sekadar menutup mulut, sehingga ramai orang di dunia ini tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi terhadap kaum Muslim Rohingya. Bagaimanapun, fakta-fakta yang dipaparkan selama ini oleh media Islam sering saja menghadapi persoalan dan kritikan dari mereka yang ragu-ragu, walaupun sumbernya adalah dari mereka yang memiliki hubungan secara langsung dengan umat Muslim Rohingya di Arakan.

Isu Air : Penstrukturan Untuk Rakyat, Langat 2 Untuk Kroni

SEPANG 4 OGOS : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru Kerajaan Pusat mengutamakan kepentingan dan keperluan rakyat dalam isu air Selangor.
Jelasnya, jika Kerajaan Pusat terus enggan membenarkan penstrukturan semula air seperti yang dicadangkan Kerajaan Negeri, ini bermakna mereka mengutamakan kepentingan individu berbanding rakyat.

WHO KILLED ALTANTUYA: Until there are answers, 'Janji Detepati' remains hollow

WHO KILLED ALTANTUYA: Until there are answers, 'Janji Detepati' remains hollowHow many more agonizing years do we and the world have to wait to find out the following:
1. Who gave the order to ensure that all immigration records of the late Altantuya’s entry and egress records were wiped out from the system?
2. Who gave the green light for the controlled explosive C4 to leave the guarded and vaulted premise?
3. Who authorized the use of military grade C4 to be used on the shot and dead lone woman?
4. Why did the current PM send text messages to his business buddy Baginda Razak of his assurance to assist and what assistance did he give?
5. Who ordered the now accused two policemen who are trained specialists to dispose of the Mongolian lady in such manner?

Pas terbuka, tapi mahu komitmen PM


Logo Isu Royalti SHAH ALAM - Pas menerima secara terbuka kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan kesediaan berunding dengan Kelantan berhubung isu royalti minyak.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya tiada  sebarang masalah untuk berbincang mengenai soal royalti minyak kerana pihaknya sendiri sudah lama berhasrat untuk memulakan sesi perbincangan secara rasmi, namun tidak disambut oleh Kerajaan Pusat satu ketika dahulu.

“Kami sedia dan menerima apabila Perdana Menteri sendiri sudah bersetuju untuk memulakan rundingan, tetapi kalau boleh tiada orang tengah atau sekadar menghantar wakil untuk melakukan perbincangan,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Lagi bekas pegawai kanan polis akan sertai PAS

NONEBekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Datuk Ramli Yusuff akan menyertai PAS dalam masa terdekat, kata naib presiden parti itu Salahuddin Ayub.

Menurutnya, beberapa perbincangan telah berlangsung antara PAS dan Ramli berhubung perkara itu dan perkembangan terbarunya juga "sangat positif".

"Dalam masa terdekat pengumuman akan dibuat pimpinan tertinggi parti atau beliau (Ramli) sendiri," katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Salahuddin (atas) berkata, PAS amat mengalu-alukan kemasukan Ramli yang dilihat mempunyai dorongan kuat untuk memperjuangkan kebenaran.

KPKK tidak akan berganjak, tema Hari Kemerdekaan tidak diubah - Agahnya..!!!

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) tetap teguh dan tidak akan berganjak dengan tema “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati” bagi sambutan Hari Kemerdekaan kali ini.
Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kementerian itu bertanggungjawab menterjemahkan kejayaan negara selama 55 tahun kebelakangan ini, lantas menjiwainya dengan isian setimpal.
“55 Tahun Merdeka Janji Ditepati” adalah keputusan Jemaah Menteri. Pembangkang dan sekutunya memang rasa terhimpit dengan slogan tema ini kerana mereka kini ketara sangat tidak ada rekod pencapaian.

Najib ada ‘konflik kepentingan’ dengan penahanan Rafizi, kata Izzah

PETALING JAYA, 4 Ogos -- PKR hari ini melihat kenyataan Perdana Menteri berhubung pendakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA)  itu mengesahkan beliau mempunyai konflik kepentingan dalam perkara itu.
Naib presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, kenyataan Datuk Seri Najib Razak itu juga membuktikan kerajaan pimpinannya tidak mengguna pakai aspek perlindungan terhadap pemberi maklumat.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengatakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak menggunapakai aspek perlindungan terhadap pemberi maklumat. — Gambar fail
"Walaupun beliau mempunyai perbezaan politik dengan Rafizi, seharusnya beliau perlu menyokong dan melindungi whistleblower," kata ahli parlimen Lembah Pantai itu kepada pemberita hari ini. "Jawapan Najib itu mengesahkan beliau mempunyai konflik kepentingan dalam perkara ini," katanya dan menambah hari yang sama ketika Rafizi didakwa, projek sambungan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) aliran Ampang turut diserahkan kepada George Kent Berhad.

Nilai pingat emas sekiranya Lee Chong Wei berjaya..!!

Sebutir pingat emas Olimpik 2012 ini akan mempuyai nilai jutaan ringgit sekiranya Lee Chong Wei berjaya merangkulnya esok

Limpahan ganjaran menanti Chong Wei sekiranya beliau membawa pingat berharga itu termasuk wang tunai RM2 juta dan tambahan RM1 juta dari kerajaan menerusi skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) dan RM1 juta lagi dari syarikat perabot tempatan, 3V Holdings Sdn Bhd.
Malah jongkong emas seberat 12.5kg bernilai lebih RM2 juta turut ditawarkan Pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) Datuk Seri Andrew Kam dan elaun sebanyak RM5,000 sebulan kepada pemenang pingat emas Olimpik negara sepanjang hayatnya.
Malah rakyat Malaysia ... ya kita semua akan menikmati
Ice Cream percuma dari Baskin Robbins pada 8 Ogos, disemua outlet diantara 8-10 malam sekiranya kontigen Malaysia berjaya membawa balik pingat emas

SPRM didakwa menyimpang dalam kes AG



 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa hanya berminat menjejaki sumber kebocoran dokumen berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah melibatkan Peguam Negara Abdul Gani Patail, dan tidak kes itu sendiri.

Bekas pengarah Urusaan Ho Hup, Low Tuck Choy berkata, beliau menyedari perkara itu apabila SPRM memasuki pejabatnya tahun lepas.

Sabah : Senarai YB Yang Akan Keluar Parti BN?

 http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/268711_253784618071793_1213963715_n.jpg

PANAS!! Lagi 'orang besar' Umno/BN akan sertai PR di Borneo??!!

Selepas Ahli Parlimen Beuafort YB Datuk Seri Lajim Hj. Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran YB Datuk Wilfred Boomboring, ada tiga nama lagi diperayai akan menyusul dalam masa terdekat, mereka adalah Ahli Parlimen Penampang YB Tan Sri Bernard Dompok, Ahli Parlimen Ranau YB Siringan Gubat dan Ahli Parlimen Putatan YB Datuk Dr. Marcus Mojinggoh.

Janji ditepati kenapa royalti lambat diberi?

Hampir 37 tahun kita ditipu kini mereka sudah mengaku. Dan kita rakyat Kelantan bukan tidak percaya tetapi kami tidak berapa nak percaya. Hari ini Tok Guru menerima surat memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.
Kita menerima ROYALTI hak Kelantan bukan wang ehsan!
Kami rakyat Kelantan jelas dengan pendirian kami bahawa tidak akan menerima wang ehsan tetapi hanya akan menerima wang Royalti seperti yang dijanji 37 tahun yang lalu. Kami juga berjuang bukan sahaja demi menuntut ROYALTI tetapi juga menuntut KEADILAN. Maka tidak bermakna perjuangan kami terhenti hanya kerana "GULA-GULA" RM500 juta itu.
Kenapa tiba-tiba Kelantan berhak mendapat Royalti.

Royalti: Tidak perlu jawatan kuasa

Tuntutan mengenai royalti petroleum untuk Kelantan nampaknya sudah menampakkan hasil. Kata orang sudah ada cahaya di hujung terowong. Tidak sia-sia rakyat Kelantan membangkitkan perkara ini tanpa jemu-jemu.

Perkembangan berhubung perkara ini seperti mana dijelaskan oleh perdana menteri, Ha Najib Razak mengenai penubuhan sebuah jawatankuasa mengkaji pemberian ini sesuatu berita yang manis untuk rakyat Kelantan dan semacam ada kesungguhan Najib untuk menyelesaikannya.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Abdul Hamid Omar kata Najib akan mengkaji secara menyeluruh berhubung royalti minyak untuk negeri-negeri terbabit. Jawatankuasa itu akan mengambil masa selama enam bulan. Tidak lama sangat ke tu?

Isu royalti minyak Kelantan: 'suspect everybody and trust nobody'

Semalam (Jumaat) Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, telah menerima surat dari Perdana Menteri Najib meminta kerajaan Kelantan menghantar wakil untuk berbincang tentang royalti minyak yang menjadi tuntutan rakyat negeri itu sejak beberapa lama yang lalu. Jumlah tuntutan tertunggak ialah sebanyak RM7.4 billion dan sampainya surat ini menunjukkan bahawa rakyat Kelantan merupakan rakyat yang faham tentang apa yang mereka inginkan sebagai rakyat sebuah negeri yang menjadi sebahagian dari sebuah negara  Persekutuan ini.

Saya secara peribadi menerima berita ini dengan perasaan yang agak lega walaupun kita belum tahu lagi keputusan perbincangan itu jika ia benar-benar diadakan. Kita berharap perbincangan ini benar-benar melaksanakan slogan ‘janji ditepati’ yang juga dengan rasa tidak malu menggunakannya sebagai slogan hari kemerdekaan negara tahun ini.

Najib turun Sabah sebab takut


 
Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar mendakwa perdana menteri takut dengan peralihan sokongan di Sabah apabila mahu melawat negeri itu selepas dua anggota parlimen BN beralih arah kepada Pakatan Rakyat.

"Beliau takutkah? Saya ingatkan sebelum ini beliau cakap semuanya baik-baik sahaja dalam BN," kata Nurul Izzah sinis, merujuk kepada lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Sabah hari ini.

Putrajaya kaji pembayaran royalti minyak kepada Kelantan, Terengganu, Pahang...masa PRU dekat baru ada Royalti....!!!!

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Putrajaya hari ini melihat kemungkinan memberikan pembayaran secara “adil” untuk royalti minyak bagi negeri-negeri seperti Pahang, Kelantan dan Terengganu, dalam pertikaian berhubung perkara itu yang berkemungkinan akan dijadikan sebagai isu utama dalam kempen untuk pilihan raya akan datang.
Datuk Sei Najib Razak (gambar) bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dalam tempoh enam bulan sebelum mengemukakan cadangan kepada kerajaan persekutuan.
- Gambar fail
Menurut Bernama, Jawatankuasa Khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan. Perdana menteri itu juga berkata Jawatankuasa Khas itu akan membuat kajian berhubung mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Najib hantar surat minta wakil bincang royalti


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad.

Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.

Najib Sedang Menguburkan Slogannya Sendiri

Oleh Shahbudin Husin
Di gerabak keretapi dan stesennya di Lembah Kelang kini dipenuhi dengan iklan-iklan yang memaparkan wajah Najib dengan slogan Kami Mendengar sambil memaparkan wajah Najib dalam pelbagai suasana bersama rakyat. Iklan itu bukan saja menggambarkan keghairahan UMNO untuk menawan kembali Selangor daripada genggaman Pakatan Rakyat tetapi juga melambangkan keinginan untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang mesra dengan keluh kesah serta derita rakyat.


Najib ingin dilihat sebagai pemimpin yang sedia mendengar apa saja denyut nadi rakyat dan berkali-kali menyatakan bahawa rakyat adalah keutamaannya.

"I DON'T KNOW WHEN" - Until now, Najib still HAZY over GE-13 date

"I DON'T KNOW WHEN" -  Until now, Najib still HAZY over GE-13 date KUALA LUMPUR - The latest departures of two Sabah Barisan Nasional (BN) lawmakers will not affect the date of the coming polls as speculated, Datuk Seri Najib Razak said today, adding that the ruling coalition was taking steps to strengthen its east Malaysian fortress.
The prime minister told reporters today that despite rumours that more would follow in the footsteps of Beaufort MP Datuk Seri Lajim Ukin and Tuaran MP Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, BN was capable of dealing with the issue.
“It’s okay, at this point there are plenty of rumours going around but what is important is that we are confident that BN’s position is not under threat.
“We are able to face this challenge and we will be taking appropriate steps to remedy the situation and strengthen Umno’s and BN’s position,” he told a press conference here after chairing the Umno supreme council meeting today.

Pusat 'whistle blowers' politik alaf baru

Penubuhan Pusat Lindungan National Oversight & Whistle Blowers Center (Now) untuk rakyat yang bersuara demi keadilan satu usaha yang baik.  Pejabat yang akan dilengkapi  koordinator dan pendaftaran.


Ini  satu  cadangan yang akan  membentuk satu pemikiran politik alaf baru  yang berani demi kepentingan rakyat di negara ini.


Sesuai dengan cara politik di milinium baru yang perlu dengan maklumat dan berfakta.

Selama ini mungkin rakyat yang mempunyai maklumat takut mendedahkan untuk kepentingan awam kerana mungkin tidak ada pembelaan daripada mana-mana pihak.

Najib: Isu Lajim 'tak ganggu' pelan PRU13..!!

KUALA LUMPUR - Isu melibatkan Sabah khususnya keputusan Datuk Seri Lajim Ukin tidak akan melambatkan rancangan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.
"Ia tidak akan melambatkan rancangan untuk diadakan pilihan raya," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
Najib yang disebut-sebut akan memanggil PRU13 selepas sambutan Aidilfitri berkata, kemungkinan ia akan diadakan tahun ini dan jika tidak, tahun depan.
"Kita tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan. Sama ada tahun depan atau tahun ini.
"Tidak boleh menganggap ia (diadakan) tahun ini, boleh jadi tahun depan. Tidak boleh menganggap tahun depan, boleh jadi tahun ini," kata Presiden Umno ini.