Khamis, 2 Ogos 2012

John Ghani: Ini Kali Lah! Ini Kali Lah! Tukar!

RAFIZI RAMLI DIDAKWA HANYA KERANA MENDEDAHKAN SATU PENYELEWENGAN

Nicolas Haque in Bangladesh on the NGO ban

Raub folks to rally against 'poisonous' gold mine

PI Bala: They tried to bribe me... again

Centre to protect and groom whistleblowers

Reformasi Dasar Automotif Negara

Komen DS Anwar mengenai tema Hari Kemerdekaan ke 55

5 matlamat reformasi dasar automatif negara

Tema Merdeka Pakatan mencakup kepentingan semua kaum

Shabiha : Skuad PEMBUNUH ASSAD

Seorang lelaki sasa yang diidentifikasi sebagai Areen al-Assad anggota kumpulan keluarga pemerintah -bergaya di hadapan kamera.

Kumpulan shabiha pada mulanya awalnya adalah sekelompok pemeras ugut dan penyeludup. Tapi kini, mereka menjadi pasukan paling taat rejim Assad, mereka kini lebih dahagakan darah, menurut Harriet Alexander dan Ruth Sherlock yang diterbitkan oleh Telegraph.

Pintu klinik Dr. Mousab Azzawi di pantai Mediterania Syiria, sentiasa terbuka bagi sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Malangnya ia beroperasi di pusat tentera shabiha yang paling digeruni, beberapa pesakitnya lebih suka untuk tidak menerima rawatannya.

TTentera SHABIHA, Pendukung Kuat al-Assad DITANGKAP Dan DITEMBAK

Aleppo, SYRIA – Tidak berbaju, tidak bersenjata, dan gementar ketakutan. Begitulah keadaannya apabila sekumpulan tentera Shabiha ini ditangkap.

Rakaman video yang disiarkan Sky News, pada Rabu (1/8/2012) menunjukkan tentera ini kemudiannya disuruh berlutut menghadap ke dinding. Tidak lama kemudian kedengaran rentetan bunyi tembakan. Adegan selanjutnya, sukar digambarkan namun apa yang pasti, ia diakhiri dengan kelihatan mayat-mayat yang bergelimpangan.

Bila UMNOBN + PDRM berpakat, inilah jadinya,..

Berat  sebelah  berlaku,  keadilan hilang,  kezaliman muncul !! 
 
 “1Malaysia”,  “Rakyat didahulukan”,  “Janji ditepati”  dan entah apa-apa lagi,..  namun semua slogan ciptaan Najib mahupun Rais Yatim itu  tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat Malaysia,… Makna sebenar disebalik slogan langsung tak ada! Slogan dicipta hanya untuk sedap diucap, enak didengar,..  hakikatnya rakyat juga yang tertipu !!

Perasan tak kita?  Kerajaan UmnoBn pimpinan Najib langsung tak berani menggunakan perkataan  KEADILAN untuk kemungkinan dijadikan satu lagi slogan yang berbunyi  “Keadilan untuk rakyat” atau “Keadilan untuk semua   Kenapa ya??  Kerana adanya sebuah parti politik yang bernama Parti Keadilan Rakyat (PKR).  Maka dengan itu perkataan keadilan telah menjadi musuh kepada Najib,.. musuh kepada UmnoBn !!  dan sampai kiamat pun Najib tak kan guna perkataan keadilan dalam ucapan atau slogannya.


Sama ada Najib sedar atau tidak, banyak perkara yang dilakukan oleh beliau dan kerajaan BN tidak menampakkan keadilan !  Yang nampak ketara ialah sikap tidak jujur dan berat sebelah,.. contoh, ada projek serah pada kroni,  nak menang pilihanraya,..tipu senarai pengundi,   hutang kroni, UmnoBn selesaikan,  hutang mahasiswa, Najib kejar sampai kelubang cacing !   pendatang asing diberi kerakyatan,  rakyat sendiri ada yang tak dapat IC !  


Dan yang terbaru,. rakyat biasa yang ditahan polis – kena gari,.  Pegawai polis yang terang-terang membelasah orang awam – tidak digari, cuma pegang tangan. Begitu juga dengan seorang Dato’  suami kepada seorang menteri,..jelas telah didakwa,  tetapi polis,  nak dekat dengan dia pun takut,  usah kata nak gari !!  DIMANA KEADILAN???


Oleh : rahimothman

Isu pengangguran semakin kritikal


Dasar pengajian tinggi negara semakin hilang arah tuju. Dulu kerjaya juruterbang boleh menjamin kejayaan, kini bukan sahaja tidak terjamin kerjaya, malahan dibeban dengan hutang pengajian samada dari PTPTN atau lain-lain institusi pembiayaan. Tema, logo dan lagu sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 membuktikan hala tuju kepimpinan dan pembangunan negara semakin bercelaru.


Atasi juruterbang menganggur
1 Ogos 2012
KAMI ibu bapa kepada graduan juruterbang komersial persendirian yang masih menganggur pada ketika ini, ingin membuat sedikit teguran kepada pihak yang berkenaan mengenai punca permasalahan ini.

Etnik Rohingya Terus Ditindas

Etnik Rohingya
Myanmar – Anggota pasukan keselamatan Myanmar telah membunuh, merogol dan menahan etnik muslim Rohingya ketika rusuhan meletus di Rakhine, Jun lalu.
Selain itu pekerja sukarela juga dihalang daripada memasuki kawasan berkenaan dan dalam sesetengah kes, ada yang ditangkap.
Perkara itu terkandung dalam laporan yang dikeluarkan oleh kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia yang beribu pejabat di New York.
Menurut pengarah Pemantau Hak Asasi Manusia Asia, Brad Adam, pendedahan itu dilakukan menerusi temubual dengan 57 penduduk Rakhine dan Rohingya.

MerdekaReview menamatkan operasi

Sesungguhnya ia merupakan keputusan yang berat buat kami semua di MerdekaReview.  Dengan dukacita kami mengumumkan bahawa MerdekaReview edisi Bahasa Malaysia akan menamatkan operasi mulai hari ini, setelah genap tiga tahun sejak ditubuhkan pada 1 Ogos 2009.  Di samping itu, MerdekaReview edisi bahasa Cina akan menamatkan operasinya pada 31 Ogos 2012.

MerdekaReview dilancarkan pada 31 Ogos tahun 2005, dengan edisi bahasa Cina sahaja.  Empat tahun kemudian, MerdekaReview menyediakan edisi Bahasa Malaysia sebagai medium untuk pembaca yang tidak fasih bahasa Cina.  Dengan hanya seorang editor, edisi bahasa Malaysia memberi lebih tumpuan untuk menterjemahkan tulisan yang disiarkan dalam MerdekaReview edisi bahasa Cina, selain laporan aktiviti politik, forum dan wawancara tertentu.  Di samping itu, beberapa orang kolumnis turut menyumbang untuk memperkayakan kandungan MerdekaReview dari masa ke masa.

Namun demikian, segala-galanya terpaksa dibubuhkan noktah, apabila MerdekaReview gagal membebaskan diri dari masalah kewangan.  Pada Mei 2011, MerdekaReview mengalami krisis kewangan setelah penaja tidak lagi menyuntik dana untuk melanjutkan operasi media ini.

Kempen "Selamatkan MerdekaReview" telah diadakan ketika itu untuk mengutip derma bagi melanjutkan hayat MerdekaReview.  Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang menawarkan bantuan dan menyumbang sepanjang tempoh itu.  Malah edisi bahasa Cina Malaysiakini telah bekerjasama dengan MerdekaReview kemudiannya untuk "pelan langganan bersama" (melayari kedua-dua laman dengan satu harga), menjana pendapatan untuk menampung kos kedua-dua media internet.

MerdekaReview merasai sokongan yang hangat dari pembaca.  Namun demikian, pendapatan yang diperolehi daripada pelan langganan gagal menampung semua kos perbelanjaan yang diperlukan untuk meneruskan operasi media ini.  Sepanjang tempoh setahun yang lalu, kami cuba mencari pelabur, penaja dan penyumbang dana sebagai jalan alternatif untuk menyokong dari segi kewangan, namun kami gagal menemui pelabur dan penaja yang sesuai.

Dengan kekangan kewangan sedemikian, kami berdepan dengan masalah untuk mengekalkan pasukan editorial yang asal, pada masa yang sama gagal menarik orang baru untuk menyertai pasukan kami.  Saban hari kami berdepan dengan lambakan isu yang perlu diberi liputan, sementara berhempas-pulas untuk mencari sumber dana.  Keadaan ini berlanjutan, sehingga kami mendapati agak sukar untuk mengekalkan kuantiti dan kualiti tulisan di MerdekaReview.

Untuk mengelakkan ia terus menjadi beban yang semakin berat, maka kami terpaksa membuat keputusan untuk menamatkan operasi MerdekaReview.

Sekali lagi, MerdekaReview merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penulis dan pembaca yang menyokong kami sepanjang ini, malah media lain, khususnya Malaysiakini yang sudi bekerjasama dengan kami untuk "pelan langganan" - yang melanjutkan hayat MerdekaReview sehingga saat ini.  Kami memohon maaf kerana gagal meneruskan perjalanan ini.  Namun kami mendoakan agar rakan seperjuangan kami terus mara ke depan dalam perjuangan kebebasan bersuara dan pendemokrasian politik.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat,
MerdekaReview

PC PKR (Bahagian 2) - 2-8-2012

PC PKR (Bahagian 1) - 2-8-2012

Tazkirah Ramadhan 1433 H | Siri 7 | Ustaz Yusof Embong

Rafizi : NOW jaga kepentingan pemberi maklumat salah guna kuasa dan rasuah.

CGPA 4 tidak menjamin tempat di IPTA..??


Keputusan cemerlang PNGK 4.0 lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi kini tidak lagi menjamin tempat di IPTA. Akhirnya kerajaan menempatkan mereka ini di IPTS. Kenapa pengambilan ke IPTA semakin berkurangan, adakah untuk menguntungkan IPTS dan PTPTN?

Kerajaan Taja 600 Pelajar Ikuti Pengajian Perubatan, Pergigian & Farmasi Di IPTS

31 Julai 2012

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menaja 600 pelajar aliran sains meneruskan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Gantung Tugas Pengarah JSJ : K'jaan gugur rayuan,Datuk Ramli dapat ganjaran RM730,000

Pihak pendakwa telah menarik balik rayuannya berhubung saman terhadap bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Ramli Yusuff di Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

Berikutan ini, kerajaan telah bersetuju untuk membayar ganjaran dan pencen Ramli, berjumlah RM730, 000 yang telah ditahan selepas beliau digantung perkhidmatan tiga bulan sebelum dijadualkan bersara pada penghujung tahun 2007.

Ramli memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah menerima sepucuk surat bertarikh 12 Julai yang memaklumkan bahawa pendakwa telah menarik balik rayuannya.

"Ini adalah yang terakhir daripada lima pertuduhan yang saya telah disalah dituduh sejak 2007," katanya.

"Saya telah bernazar untuk menggunakan semua wang ganjaran itu untuk membantu membina sebuah masjid di kampung saya di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas. Saya telah membuat nazar itu sejak didakwa kerana saya mahu nama saya dibersihkan," kata bekas pegawai tinggi polis itu.

Awal hari ini, SPRM menarik balik rayuan terhadap pembebasan peguam Rosli Dahlan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

5 matlamat reformasi dasar automatif negara

PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan lima matlamat utama dalam usaha reformasi Dasar Automotif Negara untuk pertimbangan Pakatan Rakyat bagi mendapat satu dasar automotif bersama.

Bercakap pada sidang media hari ini, beliau menjelaskan matlamat pertama reformasi dasar automatif adalah untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat dalam tempoh lima tahun serta menyemak peraturan dan kadar yang dikenakan Bank bagi pinjaman kereta.

Bagi matlamat kedua katanya, bagi menjamin supaya nilai kereta sedia ada dan terpakai tidak jatuh merudum.

PKR umum ubah dasar penghantaran barang melalui kapal untuk turunkan harga barang di Malaysia Timur

PETALING JAYA, 2 Ogos — Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berjanji akan menghapuskan polisi kabotaj yang memerlukan barang hanya dihantar oleh kapal tempatan untuk menjadikan harga kereta dan barangan lain lebih murah di Sabah dan Sarawak.
Dasar kabotaj negara dianggap sebagai kontroversi dan sering dianggap sebagai punca kenaikan harga barang di Malaysia Timur.
Anwar Ibrahim: Dasar kini “tidak masuk akal”. — Foto fail
Langkah baru PKR dilihat sebagai dasar Pakatan Rakyat untuk memenangi dua negeri yang telah dianggap sebagai 'kubu kuat' untuk Barisan Nasional (BN). Ketua umum parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam kenyataan medianya hari ini, dasar yang diperkenalkan pada tahun 1980an itu “tidak ekonomik” dan perlu diubah sepenuhnya.
“Jika kita perlu ambil barang dari Hong Kong, kenapa perlu ke Pelabuhan Kelang dahulu? Ini tidak masuk akal.

Misteri Tempat Persembunyian Bashar

ALEPPO – Presiden Syria, Bashar Al-Assad memberitahu tenteranya semalam bahawa perang menentang pemberontak akan menentukan nasib Syria.
Namun, mesejnya tidak memberikan petunjuk berhubung di mana lokasi beliau, dua minggu selepas satu serangan bom mengenai beberapa orang pentingnya termasuk Menteri Pertahanan, Daoud Rajha.
Bashar Al-AssadBashar tidak pernah berucap di khalayak ramai sejak tragedi pengeboman di Damysik pada 18 Julai lalu yang meragut nyawa empat pegawai kanan keselamatannya walaupun beliau dilihat muncul di kaca televisyen.
Ucapan terbaharu Bashar itu disiarkan di sebuah majalah tentera sempena sambutan hari pasukan keselamatan Syria.
Namun, waktu dan lokasi ucapan tersebut dibuat masih tidak diketahui sekali gus menunjukkan kebimbangan berhubung keselamatan Bashar.
“Nasib rakyat kita dan negara kita, masa kini dan pada masa hadapan bergantung kepada pertempuran ini,” kata Bashar yang merujuk kepada pertempuran sengit yang sedang berlaku di bandar terbesar di negara itu di sini.

Challenge govt and pay the price

Rafizi Ramli's arrest will not reflect well on the BN-led federal government, with elections around the corner, pundits say.
PETALING JAYA: If you’re going to challenge the government, be ready to pay the price. Political observers said this was the hidden message behind PKR strategy director Rafizi Ramli’s arrest and court charge yesterday morning.
Monash University political analyst James Chin said that it was no surprise that the book was being thrown at Rafizi for his role in exposing details over the National Feedlot Corporation scandal.
“This is what happens when people try to challenge or embarrass the government. It was expected a long time ago…This is the price you pay for challenging the government directly,” he told FMT.
Calling it an “indirect shot” at whistleblowers, Chin predicted that Rafizi’s arrest was the first of many to come in the near future.

PRN Sarawak : RM100,000, banglo di London jika Bala sedia fitnah Anwar


KUALA LUMPUR: Penyiasat persendirian penuh kontroversi P Balasubramaniam (gambar), yang satu ketika dulu pernah membuat 2 kenyataan bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya, kembali menceritakan bagaimana beliau memperdayakan sogokan kali kedua sebelum pilihanraya negeri Sarawak.

Dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini, Bala berkata beliau cuba disogok seminggu sebelum pilihanraya negeri Sarawak oleh orang-orang yang mengugut beliau.

Beliau akan dibayar sejumlah wang untuk membuat kenyataan bersumpah kedua oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan seorang anggota polis bernama Sureh.

Robert Phang : 'Sack AG - BN's biggest liability'

Today in History for August 2nd

Axed Merdeka logo: Designers probing fiasco

Nasib baik PR menang di Kedah Jika tidak dah tergadai dah KUIN tuu..!!!

UMNO dulu nak juai KUIN....



Kantoi...kantoi...UMNO Kedah kantoi lagi...hasrat nak muhung rakyat kedah tak kesampaian...

Penyakit iri hati semakin menjadi-jadi...mungkin dah jadi busung..busuk..bernanah..berlendiaq..eeeeeiii

Nak main isu KUIN..macam-macam...matlamat tu cuma nak burukkan kerajaan negeri kedah di mata rakyat...nak tutup kejayaan kerajaan boleh bina KUIN di Kuala Ketil tanpa sekupang pun ambik duit kerajaan pusat..waduh..waduh..luka semakin parah...geng-geng UMNO Kedah termasuklah geng media kedah..blogger-blogger upahan..

Mai sini..HW nak kabor sikit..mungkin sebelum-belum ni...cerita ni tidaklah sangat diheboh-hebohkan tapi oleh kerana UMNO ni terlalu ambil peranan dah melampau sangat...kita terpaksa bongkarkan...

Guan Eng : Kenapa MCA, Gerakan tidak bantah hudud versi UMNO? Ni sebok pasal PAS....!!!


KUALA LUMPUR, 2 OGOS: DAP mengutuk tindakan Gerakan dan MCA yang terus memfitnah dan menakut-nakutkan rakyat, terutamanya yang bukan Islam, kononnya dengan menyokong DAP akan memberi laluan kepada PAS untuk melaksanakan hukum hudud.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, UMNO jauh lebih ekstrem sehingga mahu melaksanakan hudud terhadap semua, termasuk yang bukan beragama Islam.
Sedangkan, katanya, PAS yang hanya mahu hudud dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja.
Beliau menyoal kenapa tidak ada pemimpin MCA mahupun Gerakan yang menyuarakan bantahan kepada UMNO tentang perkara tersebut.

DHPP: Tema Merdeka Pakatan lebih patriotik

KUALA LUMPUR: Tema kemerdekaan yang dipilih Pakatan Rakyat, 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' lebih bersifat patriotik berbanding tema ciptaan kerajaan.

Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Balendran Balasubramaniam, berkata tema yang dipilih Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat itu tidak memasukkan unsur politik bagi mengangkat kemerdekaan negara.

Berbanding tema ciptaan kerajaan 'Janji Ditepati', Balendran berkata tema Pakatan Rakyat menggambarkan semangat perpaduan di kalangan rakyat terbilang dalam satu negara yang telah dimerdekakan.

Saham FGVH jatuh kepada RM5 seunit hari ini makin kemetot le harta Felda...!!!


KUALA LUMPUR: Harga Saham Felda Global Vanture Holding (FGVH) yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun lalu, hari ini terus mencatat penurunan kepada harga RM5 seunit.

Semalam saham FGVH berharga RM5.12 seunit. Saham FGVH mula disenaraikan pada harga RM4.55 seunit, dan pernah mencecah kepada RM5.39 pada hari-hari awal disenaraikan.

FGVH merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook.

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia itu mendakwa telah menarik senarai pelabur terkemuka, termasuk pelaburan global Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd

Sebelum ini, Amanah Saham Johor mengambil masa lebih tiga bulan sebelum jatuh, namun untuk FGVH ianya dilihat satu sejarah apabila jatuh dalam masa yang begitu singkat.

Rafizi tubuh pusat pendedah maklumat - Penyamun & Perompak Harta Negara Panas....!!!!



Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengumumkan penubuhan pusat pendedah maklumat bagi mendedahkan lebih banyak "skandal besar" yang didakwa cuba dilindungi badan berkepentingan awam.

Badan itu yang dikenali sebagai Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Negara (Now) sudah didaftarkan dan akan beroperasi dari Sungai Besi dekat ibu negara.

"Menyedari bahawa tanggungjawab melindungi pemberi maklumat dan menjaga kebajikan mereka tidak akan dipikul oleh kerajaan, saya merasa terpanggil untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan sedia ada dan seluruh masyarakat untuk menubuhkan sebuah badan khusus untuk melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat," katanya.

ULAR SENDUK BERKEPALA TIGA!!! KAT M'SIA MANUSIA KEPALA 10..???


4 negeri Pakatan guna tema 'Sebangsa Sejiwa Senegara'

ALOR SETAR: Buat pertama kali dalam sejarah, tema sambutan Hari Kemerdekaan yang berbeza bakal digunakan - di kedua-dua peringkat negeri dan pusat ekoran rasa tidak puas hati dengan tema dipilih oleh Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya akan memilih tema untuk digunakan di peringkat negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, lapor laman Kedah Lanie.

Kata Mahfuz, PR khususnya PAS kesal sambutan kemerdekaan ke-55 tahun ini, dicemari unsur politik BN sama ada dalam tema, logo mahupun lagu temanya.

Merdeka: Guna syor PR atau pilih tema inklusif, Anwar cabar BN

PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Kerajaan Pusat agar menimbang tema alternatif Hari Kemerdekaan, yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat (PR) semalam - "Sebangsa Senegara Sejiwa".

Ketua Umum PKR ini berkata, tema yang dicadangkan itu lebih inklusif berbanding tema '55 Tahun Janji Ditepati' yang digunakan sebagai tema Hari Kemerdekaan tahun ini.

"Tema yang dicadangkan ini tidak boleh dipertikaikan kerana ia jelas lebih inklusif. Kami tidak menggunakan sebarang tema yang berunsurkan propaganda seperti Umno dan bagi saya, tema yang dicadangkan ini tidak menjadi satu masalah," kata beliau padal sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

'Sack AG – BN’s biggest liability’

Robert Phang has called upon the PM to remove the “biggest stumbling block to BN’s GE13 goal” -- the Attorney-General Abdul Gani Patail.
KUALA LUMPUR: Attorney-General Abdul Gani Patail is the biggest stumbling block to Barisan Nasional with regard to its general election goal and he must be axed, said Social Care Foundation chairman Robert Phang today.
The former MACC advisory panelist described Gani as “perverse” and “arrogant” and listed several instances where the latter “wasted public funds pursuing useless cases and closing an eye to cases that are really of public importance”.
“That is how shameless and perverse Gani is.
“I say to [Prime Minister] Najib [Tun Razak], remove Gani. Remove him, otherwise the government will continue to be ridiculed, derided and scorned,” he told a press conference here.

Perjuangan untuk bahasa Melayu: Nasionalisme bahasa atau Nasionalisme etnik?

Sesetengah pihak yang menggelar diri mereka sebagai pejuang bahasa Melayu kebelakangan ini menggesa agar kebebasan berbahasa rakyat Malaysia disekat agar bahasa Malayu dapat diagungkan.

Mentaliti mereka ini berparadigmakan dasar perlindungan (protectionism) bahasa.  Ini bukan sesuatu yang baru.  Di dunia Barat, Perancis adalah salah sebuah negara yang asyik sangat untuk melindungi bahasanya daripada ancaman bahasa Inggeris.

Seperti dalam dunia ekonomi, apabila sesuatu itu perlu dilindungi, ia pastinya sesuatu yang lemah.

Bahasa Perancis tidak perlu perlindungan 200 tahun yang dahulu apabila ia adalah bahasa teragung di Eropah.  Kuasa-kuasa pesaing Perancis seperti Jerman, Australia dan Rusia menggunakan bahasa Perancis di istana mereka.

Umno beri projek pada kroni punca yuran Kuis mahal – Rafizi

KUALA LUMPUR 2 Ogos: Punca utama yuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) mahal disebabkan Umno memberi projek kepada syarikat kroni, berharga RM15.4 juta setahun dengan kontrak 33 tahun berbanding sewa munasabah hanya RM6 juta setahun bagi tempoh sama, kata Rafizi Ramli.
Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, yuran mahasiswa boleh diturunkan dengan syarat kontraktor Umno menarik diri atau Kerajaan Persekutuan diubah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
“Jika pemilik konsesi ini menarik diri dari perjanjian itu, yuran Kuis mampu diturunkan, namun hingga kini pemiliknya, Sulaiman Abdul Razak enggan walaupun sudah dirayu dan didesak berkali-kali.
“Maka pilihan akhir pada saudara ialah membantu mengubah kerajaan Umno BN peringkat Persekutuan kepada Pakatan Rakyat yang menawar pendidikan percuma, bukan sahaja di Kuis tetapi seluruh negara dari peringkat rendah hingga universiti,” katanya.

Isu projek LRT: Rafizi mahu Selangor bentuk panel pakar


Hudud mainan politik BN, kata Pakatan SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, yang bulan lalu mendakwa George Kent-Lion Pacific Consortium menerima kontrak projek lanjutan LRT Laluan Ampang tetapi tidak 'layak', mahu Kerajaan Selangor membentuk satu panel pakar bagi meneliti aspek teknikal dan keselamatan pengguna  dalam jangka panjang.

Rafizi berkata, pihaknya mempunyai dua opsyen memandangkan syarikat tersebut dilaporkan sudah mendapat Surat Penerimaan (LOA) untuk menjalankan pembinaannya.

"Pertama untuk mengambil injunksi (ke atas projek itu), tetapi ia akan memakan masa dan kos. Kami tidak mampu.

Sertai PR jika hilang yakin, Anwar seru ahli Umno


Anwar Ibrahim PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka yang sudah hilang kepercayaan ke atas Umno dan  jika mahu terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 boleh menyertai Pakatan Rakyat (PR).

"Jika mereka mahu terus bertanding dalam PRU, mereka yang 'lompat parti' ini, mesti menyertai mana-mana parti komponen dalam PR.

"Perlu ikut undang-undang yang sedia ada untuk menjadi calon dalam PRU," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

Isu tema: Syor alternatif Pakatan tiru 1 Malaysia, dakwa BN

SHAH ALAM - Tema alternatif Hari Kemerdekaan dipilih Pakatan Rakyat (PR) - "Sebangsa Senegara Sejiwa" ada persamaan dengan konsep 1 Malaysia yang diguna pakai Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan dan Biro Publisiti BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, tema yang dipilih pembangkang, yang diumumkan semalam, hampir mempunyai persamaan dengan konsep 1 Malaysia.

Menurutnya, tema yang digubah oleh PR itu meniru konsep kerajaan dan tidak sedikit pun merubah makna asal 1 Malaysia.

Rafizi Ramli's prosecution a NATIONAL EMBARRASSMENT

Rafizi Ramli's prosecution a NATIONAL EMBARRASSMENT
The decision to charge PKR leader Rafizi Ramli for disclosing four financial accounts related to the National Feedlot Corporation (NFC) and its chairperson Mohd Salleh Ismail is putting the entire value system of the nation at test.
He claimed trial to the charge, under Section 97 of the Banking and Financial Institutions Act (Bafia), of having disclosed the financial accounts held by Public Bank to two reporters, one of them Erle Martin Carvalhoe of Star.
Bank Negara started investigations after Mohd Salleh’s police report against Rafizi for 21 alleged breaches of private and confidential banking details that are protected under Part XIII of Bafia on secrecy and information.
Mohamad Salleh himself has been charged with two counts of criminal breach of trust (CBT) and two alleged offences under the Companies Act 1965 involving a total of RM49.7 million, related to the purchase of two luxury condominium units.

Film on 1969 riots courts controversy

Making the film after the race riots four decades ago is irresponsible, say critics.

KUALA LUMPUR: A government-backed film touching on one of the most sensitive episodes in Malaysian history has sparked fears it could stir racial tensions as an election showdown looms.
Before even being released Tanda Putera (“Mark of Princes”) has become a target of critics who say a film depicting race riots four decades ago that still haunt the country was irresponsible — charges rejected by its director.
Several weeks of rioting broke out on May 13, 1969 between majority Malays and ethnic Chinese after an election setback for the Malay-dominated ruling alliance. Officially, 196 died, but many put the toll much higher.
The riots, popularly known by the date May 13, had a far-reaching impact.
It accelerated moves by the ruling Umno to enshrine privileges for Malays that are resented by other groups, and a post-riot crackdown set the course for decades of authoritarian rule.

Ramadhan Yang Pilu : Bantulah Isteri blogger @zainulfaqar hidap sakit kronik

Terasa amat sayu dan tersentuh hati bila membaca luahan rasa derita jiwa sahabat blogger bernama Zainulfaqar. Apatah lagi ia berlaku dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

RM merayu dan memohon kepada dermawan dan budiman, sudi apalah kiranya membantu beliau untuk meringankan sedikit bebanan yang beliau terpaksa hadapi.

Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung”. (Hadis Bukhari).

Begitulah indahnya ajaran Islam yang menggalakkan umatnya bersedekah dan Allah SWT sendiri menjamin pahala untuk orang yang mengamalkannya sebagai agenda kehidupan mereka. Marilah kita sama-sama membantunya.

Ikuti luahan blogger Zainulfaqar di bawah ini....

Pakatan Rakyat Hampir Pasti Menang 9 Kerusi Di Johor? .....Arwah UMNO....!!!


Menarik dan teruja tetapi siapa tahu ia benar-benar terjadi nanti?

Saya telah sengaja tinggalkan menganalisis kerusi parlimen negeri saya, Pahang buat masa ini.

Mari tinggalkan sejenak untuk harapan yang lebih baik.

Saya ingin untuk membuat analisis Johor.

Selama ini Johor sentiasa dianggap sebagai kubu UMNO.

Orang Melayu Johor seolah-olah mempunyai sifat keterlaluan pelik (obses) dengan UMNO.

Sejarah telah berkata lahir Umno pada langkah-langkah di Istana Johor, dan Johor dianggap sebagai rumah semulajadi untuk UMNO.

Selemah-lemah Pak Lah tidak tarik logo Merdeka


KUANTAN: Selemah-lemah Tun Abdullah Badawi (Pak Lah), tidaklah sampai logo sambutan Hari Kemerdekaan perlu ditarik balik seperti sekarang, di zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Razak.

“Maknanya zaman Najib lebih lemah daripada pentadbiran Pak Lah,” kata Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad (gambar).

Suhaimi berkata, buat pertama kali dalam sejarah negara, tema Merdeka gagal memberikan inspirasi pada rakyat sehingga rakyat mencadangkan tema yang baru.

“Najib sememangnya sedang melengkapkan kejatuhan BN,” tambah beliau.

KEADILAN desak tubuh Suruhanjaya Diraja siasat pemberian kontrak LRT

PETALING JAYA 2 Ogos: KEADILAN mendesak Suruhanjaya Diraja ditubuh bagi menyiasat salah guna kuasa membabitkan Datuk Seri Najib Razak dalam pemberian kontrak bagi projek tambahan LRT Ampang bernilai RM1.1 bilion kepada Konsortium George Kent.
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, ia ekoran kegagalan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu walaupun laporan telah dibuat.
“Jelas sekali polis dan SPRM tidak berkuasa menyiasat Perdana Menteri sehingga anugerah kontrak tersebut dibuat tanpa mengira kemarahan rakyat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Izzah persoal Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dalam kes Rafizi

KUALA LUMPUR 2 Ogos: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mempersoal pelaksanaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (WBPA) yang sepatutnya melindungi pemberi maklumat, tetapi tidak dilaksana terhadap kes Rafizi Ramli.
Mengambil contoh kes penyelewengan yang didedah Pembangkang sebelum ini, Izzah berkata, badan penguatkuasa gagal bertindak terhadap individu yang didakwa selepas aduan dibuat, sebaliknya menumpu siasatan kepada pemberi maklumat.
“Seperti dalam kes NFC (National Feedlot Corporation), dan semua kes yang telah kita (Pakatan Rakyat) dedahkan, jika kita dedahkan melalui SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan polis, apakah akan ada tindakan?,” soalnya.
“Terlalu banyak kes (dilaporkan terus) yang melibatkan individu berkedudukan tinggi sebelum ini terlepas dari tindakan, dan akhirnya kita tidak tahu apa terjadi dengan maklumat dan bukti yang diberikan.

KEADILAN tubuh Now untuk lindungi pemberi maklumat

PETALING JAYA 2 Ogos: KEADILAN menubuhkan Pusat Perlindungan Pemberi Maklumat Nasional (Now), bertujuan melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat mengenai salah guna kuasa kerajaan.
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat sedia ada tidak berkesan melindungi pemberi maklumat.
“Pemberi maklumat sepatutnya dilindungi kerajaan. Sebaliknya mereka diburu, diugut dan didakwa oleh kerajaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Tema Kemerdekaan: Rais tak gusar Pakatan

KUALA LUMPUR - Pembangkang dinasihatkan tidak membelakangkan Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun di negara ini hanya kerana perbezaan fahaman politik dengan parti yang memerintah.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pembangkang perlu menghormati Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos dan bersama dengan kerajaan dalam meraikan hari keramat Malaysia itu.

"Sesiapapun boleh beri pandangan termasuk mengatakan kami tidak bersetuju dengan Janji Ditepati (tema Hari Kemerdekaan tahun ini)... juga kritik simbol diwujudkan tetapi saya mohon jangan terpesong daripada hormati Hari Merdeka.

Lagi tokoh Umno akan isytihar sertai PAS pada 11 Ogos


KUALA LUMPUR: Pada 11 Ogos ini seorang lagi tokoh Umno akan mengisytiharkan diri keluar dari parti itu untuk menyertai PAS.

Pengisytiharan itu akan dibuat pada majlis sambutan Badar Al-Kubra anjuran Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat yang akan diadakan di Dewan KUIZM, Taman Melewar Gombak.

"Pada program tersebut juga ada tokoh Umno akan membuat pengisytiharan menyertai PAS di hadapan Tuan Guru Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan orang ramai," kata setiausaha lajnah itu Misbahul Munir Masduki.

Menurut beliau lagi, tujuan majlis ini diadakan ialah untuk  menaikkan semangat dan momentum kepada ahli dan pendokong PAS.

Ianya bermula dari buka puasa, dikuti solat fardhu Maghrib, Isya dan Solat Sunat Tarawih.

Pendakwa tarik balik rayuan terhadap Rosli Dahlan - BPR berniat jahat sejak dia didakwa...!!!

NONELima tahun lalu, peguam Rosli Dahlan telah dimalukan apabila dia ditangkap dan digari oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) di firma guamannya dan kemudiannya, sehari sebelum Hari Raya, didakwa atas tuduhan tidak mematuhi prosedur agensi tersebut untuk mengisytiharkan asetnya.

Hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan untuk menarik balik rayuannya di Mahkamah Tinggi, terhadap keputusan Mahkamah Sesyen membebaskan Rosli.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazali Mohamad memaklumkan perkara itu kepada Hakim Datuk Mohd Azman Hussin hari ini.

Najib terdesak, lakukan kesilapan demi kesilapan


SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus melakukan kesilapan demi kesilapan dalam keadaan beliau yang cukup terdesak.

Kenyataan tersebut diutarakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) ketika mengulas tentang pendakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli semalam.

"Kami dalam Pakatan Rakyat terus memerhati kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh Perdana Menteri.

"Tindakan pendakwaan ini merupakan satu kesilapan besar dilakukan oleh Najib dalam masa beliau menjanjikan perubahan tranformasi di negara ini," jelasnya.

Water 'bomoh' Chua Soi Lek joins BN charge to wrest back Selangor

When we think that the Selangor water controversy has peaked and died down, and all the red-faced perpetrators are hiding behind the wall, MCA suddenly shows up to issue us a dire warning!
Water 'bomoh' Chua Soi Lek joins BN charge to wrest back Selangor“The water situation in Selangor will reach critical mass in two months time,” MCA President Chua Soi Lek was reported as saying after being briefed by water experts, professionals and non-government organizations, who asked to remain anonymous.
Critical Mass
Yes, you got it right. Critical Mass. It is nothing short of a doomsday prediction and a possible Armageddon. In two months, it will be the end of the rainy season. For the first time in history, the dams may run dry all at the same time. All the 34 water processing plants may also fail at the same time. Even those that can still process water won't have enough water to process.
It will be the end of Selangor with everyone dying of thirst, and everyone forced to take baths in the Klang and Gombak rivers. It’s like another Dec 21 2012 prediction albeit on a smaller scale. Neighboring states will however be spared and continue to enjoy ample water supply. Only Selangor would face this critical crisis. This is the logic of the MCA and his BN coalition.
The findings are so highly sensitive that the water experts Soi Lek consulted have chosen to remain anonymous. If true, have these experts themselves prepared for this eventuality? If so, some of them would have warned their closest relatives and friends and get ready to evacuate the critical zone and leave the state. Some of them may even be bringing their livestock, cows, goats and chickens to shift to other states.

PI Bala: Mereka cuba rasuah saya... lagi untuk burukkan Anwar



EKSKLUSIF Penyiasat persendirian P Balasubramaniam muncul daripada persembunyian dan membuat satu lagi pendedahan yang menggemparkan - bahawa terdapat percubaan kedua untuk merasuahnya ketika dia berada di India, kali ini untuk memburuk-burukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEBercakap kepada Malaysiakini dalam satu temubual di Kuala Lumpur bulan lepas, Balasubramaniam mendakwa dia didatangi kira-kira seminggu sebelum pilihan raya negeri Sarawak pada April tahun lepas.

"Anda tahu semua ini, mereka sudah mendapat 'berita baik' dari Perth dan mereka memerlukan lagi 'berita baik' dari India," kata Balasubramaniam, tetapi enggan mengulas lanjut.

Pada masa itu, jentera kempen kedua-dua belah parti politik mencapai kemuncaknya dan apa sahaja digunakan untuk menarik pengundi dalam pilihan raya negeri yang penting itu.

Ia juga sekitar masa  temubual Raja Petra Kamaruddin dengan TV3, yang dibuat semasa lawatan kontroversi penulis blog itu ke Australia, disiarkan.

Dalam temubual itu yang turut disiarkan oleh stesen TV arus perdana, Raja Petra menafikan akuan bersumpah (SD) yang menghubungkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra, yang hidup dalam buangan di United Kingdom, menyebut bahawa SD itu adalah berdasarkan maklumat 'disemai' oleh pemimpin PKR yang terdesak untuk menghalang Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri, menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Alamak : Umno BN cuma akan menang 2 kerusi parlimen di Perak PRU13?

Umno BN cuma diramalkan menang di parlimen Grik dan Lenggong sahaja. Tapi kalau betul ramalan Sakmongkol ni, memang sah Umno BN akan berkubur selepas PRU13.

PARLIAMENTARY SEAT 2008 SUPPORT FOR PAKATAN(%) GE13 PROJECTED SUPPORT FOR PAKATAN (%) EXPECTED WINNER
1 GERIK 34 41 BN
2 LENGGONG 35 42 BN
3 LARUT 46 53 PR
4 PARIT BUNTAR 60 67 PR
5 BAGAN SERAI 53 60 PR
6 BUKIT GANTANG 50 56 PR
7 TAIPING 60 65 PR
8 PADANG RENGAS 44 52 PR
9 SUNGAI SIPUT 50 55 PR
10 TAMBUN 44 52 PR
11 IPOH TIMUR 69 75 PR
12 IPOH BARAT 65 72 PR
13 BATU GAJAH 71 75 PR
14 KUALA KANGSAR 45 51 PR
15 BERUAS 52 59 PR
16 PARIT 42 49 PR
17 KAMPAR 45 52 PR
18 GOPENG 56 62 PR
19 TAPAH 42 49 PR
20 PASIR SALAK 44 51 PR
21 LUMUT 45 53 PR
22 BAGAN DATOK 43 51 PR
23 TELOK INTAN 50 55 PR
24 TANJUNG MALIM 41 48 PR

Ismail Sabri : Jangan salahkan kami harga makanan naik...!!! Menteri makan gaji buta...!!!

Awas ..
Waktu untuk naikkan harga barang
Nak raya ni ...
Peniaga amek kesempatan
Menteri bungai tak amek pot

Apa mangkok tu buat?
Kangkang .... ?
Kangkang pastu dapat duit gaji bulan2?
Siang gi opis .. 
Malam karaoke ngan anak .. 

Sedo la sikit .. orang kt bwh ni yang
bergaji kurang 2k ... dan beranak 4 ..

Kalau tanya dia ..
"Rakyat kena Hemah berbelanja .. "
"Jangan salahkan kami"

Pungkoq hang !

Aku nak bagi tau kt semua ..
Tak yah harap pada yang tak bleh harap
Duk diam .. berjimat cermat untuk tahun ini ..
Pastu kita undi PR ...

Dah berapa tahun kita bagi peluang kat BN ni weyy  ..
Takkan tak leh pikio lagi?
Bodoh sgt ka hangpa ni?
Menyusahkan  !!!

Ustaz Azhar Idrus- Jawapan kepada soalan Berlaku Gegaran Pada 3 Ogos 2012

Ismail Sabri salahguna kuasa?

Oleh Mazlan Aliman

MAHKAMAH Tinggi KL telah menggantung keahlian Isa Samad dlm Koperasi Permodalan Felda Msia Bhd(KPF).Mesyuarat Agong KPF pada 20 jun lalu telah menolak pencalunan keatas Isa Samad sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Suruhanjaya Koperasi Msia mengesahkan, Isa bukan Pengerusi KPF.


Mengapa Ismail Sabri, Menteri berkaitan Koperasi ini beria2 mahukan Mesyuarat Agong KPF tidak sah, walhal ia mengikut semua peraturan. Tentulah kerana Isa Samad gagal dipilih sebagai salah seorang ALP bagi melayakkan beliau dilantik sebagai Pengerusi KPF menggantikan Dato' Dzulkifly Abd Wahab.
Beliau nak langgar semua peraturan. Sebelum ini dia guna kuasa menteri pastikan Isa jadi ahli KPF walaupun tidak layak. Akhirnya Mahkamah sahkan Isa tak layak jadi ahli KPF.

Projek sambungan LRT Ampang bukti Najib sayang kroni, tetap tidak telus, terbukti dakwaa Rafizi tepat.


Anugerah kontrak RM1.18 billion untuk Projek Laluan Sambungan Ampang kepada syarikat kroni George Kent-Lion Pacific (JV) mengesahkan  Program Transformasi Kerajaan Najib Razak tidak telus dan sekadar retorik serta propaganda semata-mata.
Menurut Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, persoalan yang timbul ialah mengapa anugerah kontrak RM1.8 billion ini diberikan kepada syarikat tersebut walaupun ia gagal memenuhi penilaian teknikal dan komersial seperti pada kontrak.
Katanya, syarikat George Kent bukanlah pemaju atau syarikat pembinaan kerana ia hanya pangilang dan pembekal “peralatan kawalan, paip, injap dan pemasangan, telemetri, meter air perindustrian dan domestic, dandang pemanas” termasuk “pengilang polister bertetulang gentian kaca”.
“Paling memburukkan keadaan, syarikat George Kent cuma mendapat keuntungan bersih RM19.3 juta bgi pendapatan keseluruhan sebanyak RM152 juta pada 31 Januri 2012.

Kes Rafizi dan Perbatuan Politik

A Kadir Jasin

MASA beredar tetapi keadaan tidak semestinya berubah. Kalau berubah pun hanyalah cara.
Ketika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkuatkuasa, penahanan di bawah akta itu dianggap sebagai “seal of approval” atau tanda pengiktirafan bahawa seseorang itu pejuang tulen.
Malah, dalam DAP pada satu ketika pemimpinnya yang tidak ditahan di bawah ISA dianggap sebagai orang penakut dan tidak layak dianggap pejuang.
Sekarang, dengan ihsan Perdana Menteri dan transformasi, ISA susah dibakulsampahkan. Maka hilanglah tanda niaga yang berharga bagi pembangkang dan penentang kerajaan.
Kini terpaksalah mereka menaikkan taraf undang-undang biasa seperti Kanun Keseksaan dan undang-undang komersial ke taraf ISA supaya mereka terus dianggap sebagai wira dan mangsa apabila ditangkap dan diheret ke mahkamah.

Money-laundering: Musa under pressure

What portion of the S$38 trillion transacted and transferred across several countries belonged to Sabah?

By Calvin Kabaron
KUALA LUMPUR : As Malaysia faces a looming general election, Sabah Chief Minister Musa Aman, an important ally of embattled Prime Minister Najib Tun Razak, is increasingly being engulfed with questions of integrity and leadership issues.
Musa already lost two Members of Parliament from Sabah last week, and now the ongoing investigations on his own involvement in allegedly money-laundering activities are increasingly affecting his integrity and performance as leader of the poverty-stricken Sabah.
Observers both in Kota Kinabalu and here are of the opinion that the embattled Sabah kingpin would have no avenue to redeem his reputation as more in Sabah are joining the opposition and that incriminating data on the money laundering kept pouring out in websites, blogs and leaflets.
The parallel investigations going on in Singapore, Malaysia, Hong Kong and Switzerland on the money-laundering case have proven to be too much to Musa and the state leadership.
Musa lost his temper during a recent Sabah State Legislative Assembly meeting when there were repeated mentions of “the Hong Kong/Swiss money”. He said he was not afraid of the case and is prepared to tell the “truth”.

Blowing off the messenger

Aliran condemns the arrest of Parti Keadilan Rakyat strategy director Mohd Rafizi Ramli under Section 97(1) of the Banks and Financial Institutions Act (BAFIA), which carries a maximum jail sentence of three years and a fine of up to RM3 million.Very much known for his recent expose of the award of the Ampang LRT extension project to water-meter and tank-maker George Kent, Rafizi’s arrest today was associated with his disclosure of three financial accounts related to the controversial National Feedlot Corporation (NFC) and its chairperson, Mohd Salleh Ismail.
Rafizi was charged for having allegedly breached the secrecy provisions of the banking law “by producing, divulging, revealing, publishing or otherwise disclosing, of any information or document whatsoever relating to the affairs or account of a banking customer”.

Tanda aras Kelantan, PRU 13 ditunda..!!!

"Saya dengar cerita. Cerita ini  bukan saya seorang saja yang dengar. Mungkin orang lain juga turut mendenganya.

Pulau Pinang pasti kekal di tangan DAP, manakala lain lain negeri jatuh ke tangan BN semula.termasuk Selangor dan Kedah.

Cuma Kelantan saja yang belum ada tanda tanda ia akan jatuh ke tangan BN miskin Bantuan rakyat bukan setakat  RM 500 satu kepala.Malah lebih daripada itu.

PRU 11 (2004) BN berjaya dan hampir hampir dapat menumbangkan kerajaan PAS Kelantan menerusi bantuan rakyat sebanyak RM600 satu kepala.

Dengar cerita bantuan selain bantuan isi rumah telah dilaksanakan sepertimana slogan “janji ditepati” sebanyak RM 3,000 satu kepala sebagai usaha untuk tawan semula Kelantan.