Rabu, 1 Ogos 2012

Kenapa ungkit kisah sebelum hijrah, soal Aishah


KUALA LUMPUR: Artis bersuara emas, Wan Aishah Wan Arifin (gambar), melahirkan rasa kesal terhadap pihak tertentu khususnya di kalangan media ingin mendedahkan kisah hidup artis yang lampau.

Menurut Aishah, tindakan itu kerana tidak berpuas hati pihak berkenaan terhadap mana-mana artis yang telah berhijrah.

“Namanya pun dah berhijrah, buat apa nak ungkit-ungkit kisah lama, dah namapun berhijrah.

“Macam kes Abby Abadi ada pihak media yang kata awak mesti ingat ada kisah awak sebelum ni yang boleh dedahkan, betul ke cara macam tu?. Namapun dah berhijrahkan?,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan artis yang telah berhijrah sentiasa dijadikan isu negatif walaupun bulan Ramadan ini.

Kemas didakwa tipu tawar kerja, bapa mahu saman


BERA: Seorang bapa bertekad mengheret Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) ke mahkamah yang didakwa menjanjikan kerja kepada anaknya yang kini terpaksa menanggung malu.
Kakitangan Majlis Daerah Bera Johari Ismail, 50, dari Kampung Batu Papan dekat sini, berkata anaknya Akqramah Johari, 22, telah menjalani temuduga sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S 17 pada 16 Ogos 2011 di Kuantan.

“Pada 29 Jun lalu saya telah dihubungi oleh seorang pegawai bahagian perjawatan Kemas negeri mengatakan anak saya telah berjaya dalam temu duga dan akan di tempatkan di Parlimen Cameron Highland.

“Dengan jelas dia mengatakan surat tawaran akan menyusul pada awal bulan Julai. Bukan kepalang lagi gembiranya anak saya memberitahu rakan-rakannya dan terus meletakkan jawatan sebagai pembantu kedai.

“Setelah sebulan berlalu surat tak sampai juga, pada 31 Julai anak saya menelefon pula pegawai berkenaan. Yang memeranjatkan, dia kata anak saya tak berjaya (dalam temuduga) tetapi tidak memberi sebarang alasan,” katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Syabas gagal selenggara rumah pam punca taman tiada air, kata Ronnie

SHAH ALAM, 1 Julai ― Kerajaan Selangor hari ini menegaskan, krisis ketiadaan air yang berlaku di Balakong adalah berpunca daripada kerosakan pam air dan kolam simpanan air yang tidak diselenggara dengan sempurna oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu (gambar) ketika sidang media hari ini menegaskan, keadaan tersebut menyebabkan Syabas tidak dapat membekalkan air terawat yang mencukupi kepada penduduk di kawasan berkenaan.
"Berdasarkan lawatan kita ke kolam simpanan air di Balakong, hampir semua kolam tersebut tidak dijaga dan ada yang rosak," katanya.
"Malah, banyak kolam air ini tidak diselenggara dengan baik. Kebanyakkannya tidak mempunyai pam air dan motor pam telah rosak ...  bukan itu sahaja pintu pagar pun hilang, ini sangat membahayakan keselamatan penduduk khususnya kanak-kanak," katanya yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran.
Antara kawasan yang terjejas dengan situasi berkenaan adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang, iaitu Taman Bukit Belimbing, Taman Seri Belimbing, Taman Juara Jaya, Taman Harmoni Indah, Taman Seri Timah, Taman Tanming Jaya, Taman Seri Jati, Taman Putera Budiman, Taman Balakong Jaya, Taman Puncak Utama, dan Taman Sri Pulai dan Kawasan Perindustrian Balakong Jaya.

TENAGA NUKLEAR ATAU BENCANA: Percaya pada BN yang tamak untuk selamat?

Adakah MNPC (Agensi Nuklear Malaysia) bercadang untuk menghasilkan tenaga dengan menggunakan nuclear? MNPC dikatakan sedang membangunkan Pelan Infrastruktur Pembangunan bagi tahun 2013 untuk membangunkan pusat janakuasa elektrik yang pertama menjelang 2021.
TENAGA NUKLEAR ATAU BENCANA: Percaya pada BN yang tamak untuk selamat?Dilaporkan juga, kajian keserasian tenaga nuklear untuk menjana kuasa elektrik telah dilakukan pada 2010, sementara pembinaan dua loji janakuasa telah dikenalpasti. Jelas, kerajaan dijangka memuktamadkan pelan pembinaan dua unit loji janakuasa nuklear dengan kapasiti 2 Gigawat menjelang 2014 walaupun negara mempunyai 40 peratus simpanan tenaga.
Khabarnya, kerajaan secara tidak langsung meneruskan idea itu apabila beberapa kawasan pantai dan pedalaman telah dikenalpasti. Kontrak yang ditawarkan dikatakan bernilai RM21.3 bil yang dengan mudahnya boleh meningkat kepada lebih RM60 hingga RM80 bilion sebelum projek itu dapat disiapkan.
Secara senyap memilih tenaga nuklear

Tiada cara lain, Umno yang parah cuba eksploitasi isu PM bukan Melayu untuk cemaskan orang Melayu

Tiada cara lain, Umno yang parah cuba eksploitasi isu PM bukan Melayu untuk cemaskan orang MelayuPersoalan tentang Perdana Menteri bukan Melayu telah dieksploitasi oleh UMNO untuk mencemaskan orang Melayu yang naif.
Karpal Singh menyatakan bahawa Malaysia boleh mempunyai seorang Perdana Menteri bukan Melayu atau bukan Islam dengan sah.Dari sudut perlembagaan pandangan beliau adalah betul.Dia mungkin melampu dari segi politik dalam konteks Malaysia tetapi dia tidak melakukan sebarang kekhilafan dari segi perlembagaan.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia jelas menetapkan bahawa bangsa dan agama Perdana Menteri bukanlah kriteria di sini. Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan hanya semata-mata menetapkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda YDP Agong boleh melantik Perdana Menteri daripada kalangan Ahli Dewan (dipilih Ahli Parlimen) yang mendapat sokongan majoriti dewan.
Tiada seorang pun dari kaum Cina atau India yang bercita-cita menjadi PM

Pemuda PAS cabar agihan wang ehsan diaudit


KOTA BHARU: Jika benar wang ehsan yang diagihkan oleh kerajaan pusat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) adil, Pemuda PAS Kelantan mencabar agar ia diaudit dan dibentangkan kepada rakyat.

Demikian kata Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman (gambar) dalam kenyataannya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Bendahari Pemuda UMNO Kelantan, Datuk Bazlan Baharuddin yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari semalam.

Umno peralat anak sebar buku politik di sekolah

KOTA BHARU: Umno dianggap sudah kehabisan ikhtiar apabila dikatakan menggunakan anak bagi menyebarkan buku-buku berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno di sekolah.

Buku kartun bertajuk “Dari PM Untuk Rakyat” terbitan Gerakan Anak Muda Malaysia dan “Transformasi Najib” tulisan Akmar Hisham Mokhles diedar di sekolah di parlimen Kota Bharu menjelang Ramadan lalu.

Seorang bapa yang enggan dikenali mendakwa anaknya diberi tiga buku berkaitan Perdana Menteri dan Umno oleh seorang rakannya.

Nie Ching selamat lahirkan bayi perempuan - Tahniah

(Gambar terakhir Nie Ching sebelum melahirkan anaknya ketika meraikan harijadi Tony Pua malam tadi selepas forum Talam di Balakong)

SERDANG: Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching selamat melahirkan bayi perempuan petang tadi, seminggu lebih awal dari jangkaan.

Beliau melahirkan bayi itu di Hospital Serdang petang ini.

Bersih 3.0 : Polis pukul ketika duduk di kafetaria hotel


KUALA LUMPUR: Seorang peserta Perhimpunan Bersih 3.0 memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa beliau ditahan polis ketika sedang duduk di kafetaria sebuah hotel berhampiran Masjid Jamek pada 28 April lalu.

Hee Jenn Wei, 25, berkata, polis masuk ke kafetaria dan mengarahkan beliau dan rakannya yang ketika itu memakai baju Bersih supaya mengikut mereka.

"Polis itu berkelakuan kasar dan memaksa saya berlari ke Dataran Merdeka. Sepanjang perjalanan saya ditendang," kata beliau pada pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini.

Kerajaan Selangor Selesaikan Kegagalan Syabas


SHAH ALAM,1 OGOS : Kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk mengedar air terawat dengan baik akan diselesaikan oleh Kerajaan Selangor sendiri dengan membaik pulih tangki simpanan air yang tidak mampu berfungsi pada tahap terbaik.
Pembaikan itu akan dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan di mana kos kerja-kerja tersebut akan ditanggung oleh Syabas.
Usaha ini merupakan antara langkah yang terpaksa diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memperbaiki pengurusan air terawat di Selangor ekoran kegagalan Syabas menunaikan tanggungjawabnya.

Selepas Syabas, Krisis Air MCA Pula

SHAH ALAM : Satu lagi krisis air telah digembar gemburkan oleh pemimpin Umno-BN, kali ini daripada Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang berkata Selangor akan berhadapan dengan masalah air dalam dua bulan.
Tetapi mengikut JabatanMeteorlogi kekeringan sumber air mentah seperti di sungai dan empangan di Selangor tidak akan berlaku seperti yang digambarkan.
Sebaliknya Jabatan terebut meramalkan yang taburan hujan seperti biasa dalam bulan Ogos ke Oktober akan berlaku di seluruh negara, termasuk di Selangor, kata Exco Selangor Ronnie Liu Tian Khiew.

Merawat masyarakat diktator

Apabila menyebut tentang kediktatoran dan sifat-sifatnya, antara yang terawal muncul dalam minda sesetengah orang ialah gambaran sebuah pemerintahan mutlak yang berlandaskan pandangan seseorang individu, ataupun beberapa individu tertentu dan tidak terikat dengan perlembagaan mahupun peraturan.  Pemerintah diktator lazimnya akan menuju ke arah kezaliman kerana sesebuah kuasa dan pemerintahan mutlak seringkali akan menjadi korup dengan mutlak.

Namun demikian perbincangan mengenai kediktatoran sentiasa terhenti sekadar sifat "pemimpin diktator" sambil dilupakan perihal kediktatoran yang wujud dalam diri sesetengah masyarakat dan individu.  Saya melihat, kewujudan pemimpin diktator dan zalim tidak sunyi daripada kewujudan awal sebuah masyarakat yang diktator.  Justeru, sebuah pemerintahan diktator hanya bisa dijatuhkan sekiranya dijalankan aktiviti merawat masyarakat yang diktator.

Masyarakat diktator

Masyarakat diktator yang saya maksudkan ialah sebuah masyarakat individualistik, tamak dan beragama dan berideologi demi kepentingan.  Mereka hidup dalam keadaan senang, justeru tiada apa yang perlu diperjuangkan sekalipun pemerintahan di hadapannya mencanggahi demokrasi dan mencabuli hak-hak rakyat sendiri.  Respon mereka terhadap sesebuah pemerintahan despotik ialah "asalkan bukan aku dan keluargaku".

Pakatan pelawa rakyat cipta logo, lagu Hari Kebangsaan

PETALING JAYA 1 Ogos: Sekretariat Pakatan Rakyat mempelawa rakyat Malaysia untuk mencipta logo dan lagu Hari Kemerdekaan ke-55 dengan tema, ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’.
“Tarikh tutup pada hari Ahad, 5 Ogos ini,” kata wakil Sekretariat, Shabrimie Sidek, selepas sidang media keputusan pemilihan tema kemerdekaan di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Beliau memaklumkan, sebarang penyertaan boleh dihantar kepada Sekretariat Pakatan Rakyat di alamat: No 17, Jalan 16/2, Seksyen 16, 16350 Petaling Jaya atau menerusi email sekretariatpakatan@gmail.com atau faks di talian 03 7958 1593.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua sebelum itu berkata, tidak wujud masalah kekurangan masa, jika kerajaan benar-benar komited untuk mengubah tema Hari Kemerdekaan kepada slogan yang lebih meraikan kebersamaan.

Jurufoto: Polis paksa saya padam gambar kekerasan pada Bersih 3.0



 
Jurufoto sebuah harian berbahasa Inggeris berkata, beliau bimbangkan keselamatan dirinya ketika sekumpulan polis mengerumuni dan memaksanya memadam gambar anggota keselamatan sedang memukul peserta BERSIH yang disimpan dalam kad memorinya.

"Bila beberapa orang daripada mereka mengelilingi saya, perkara buruk mungkin berlaku. Saya takut...

bersih 3 rally 160512 10"Mereka minta kamera saya, saya tidak berikan. Mereka minta minta kad memori saya, saya tidak berikan.

"Saya lihat mereka pukul peserta himpunan, saya takut mereka mencederakan saya," kata jurufoto TheStar P Puspanathan kepada siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung dakwaan kekerasan dalam himpunan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH 3.0.

Beliau mengisahkan kembali bagaimana beberapa pegawai polis bertindak demikian semasa menjalankan tugas sekitar Masjid Jamek dalam himpunan 28 April itu.

Katanya, selepas mengambil gambar berkaitan, seorang pegawai polis berseragam datang kepadanya dan melarang tindakan itu sebelum sekumpulan "SB" datang dan memaksanya memadamkannya.

"Mungkin mereka tidak mahu saya ambil gamabr mereka sedang memukul peserta himpunan," kata Puspanathan.

Rafizi ditangkap, didakwa bawah Bafia

Rafizi dakwa penahanannya bermotifkan politik

Tangkap Rafizi : 'Najib, rakyat memerhatikanmu'

Selangor Sedia Biayai Kos Guaman Rafizi

Isu Talam - Tee Yong Syok Sendiri

PAS: Usaha 'cantas' Mat Sabu hanya mainan blog

'One country, one soul' - Pakatan's Merdeka theme

Pereka grafik siasat logo kontroversi 'Janji Ditepati'..!!!



 
Pertubuhan Wakaf Reka Grafik Malaysia (wRega) sedang mengadakan perbincangan dengan "pihak berkaitan" untuk memastikan bagaimana logo Hari Kebangsaan ke-55 yang mencetus kontroversi itu muncul.

NONEPresidennya wRega Zachary Ong berkata, siasatan itu dijalankan untuk mengelakkan kontroversi sama timbul selepas ini.

Katanya, pertubuhan itu telah menjalankan siasatan dan kini sedang menunggu maklum balas daripada pihak berkaitan.

Katanya, wRega mengadakan perbincangan dengan kementerian penerangan dan juga kumpulan dari kalangan penggiat reka grafik untuk mendapatkan maklum balas.

Katanya, kontroversi yang timbul itu menunjukkan betapa reka grafik di Malaysia berada di tahap yang dahsyat dan tahap kesedaran masyarakat dalam kepentingan reka grafik.

Najib ‘korban’ Shahrizat demi George Kent – Rafizi

SHAH ALAM 1 Ogos: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli percaya, penangkapannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berunsur politik bertujuan mengalih pandangan umum dari skandal projek LRT Ampang melibatkan syarikat Konsortium George Kent Berhad.
Menurut Rafizi, tangkapan tergesa-gesa itu jelas membuktikan hubungkaitnya dengan berita kejayaan George Kent mendapatkan kontrak LRT Ampang semalam.
“Najib sanggup korbankan (Datuk Seri) Shahrizat (Jalil) demi menutup kes rasuahnya dengan George Kent. Sebab itu tergesa-gesa tangkap saya supaya semua orang akan lupa pada skandal LRT dan marah pada Shahrizat,” jelasnya.
Beliau turut mengulas tindakan biadap polis menangkapnya dan Johari Mohamad awal pagi tadi.
“Tidak perlu untuk polis datang menyerbu rumah saya, malah menjerit akan pecahkan pintu sehingga satu bangunan boleh dengar awal-awal pagi lagi,” katanya.

Rafizi umum pusat 'whistle blower' esok


 
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli selepas didakwa di bawah Bafia di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
Rafizi umum pusat 'whistle blower' esok
Infografik Tuduhan ke atas Rafizi
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang didakwa di mahkamah hari ini berhubung pertuduhan mendedahkan penyata akaun projek National Feedlot Corporation (NFCorp) berkata, pihaknya akan menubuhkan pusat lindungan National Oversight & Whistle Blowers Center (Now) untuk rakyat yang bersuara demi keadilan.

"Kita memang membuat persiapan seperti pejabat, koordinator dan pendaftaran pusat, cuma kita nak pastikan semua selesai sepenuhnya, baru kita umum. Tapi dah kena tangkap tad, esok saya akan umumkan.

"Kalau ikut rancangan asal, ia akan dirasmikan pada 30 Ogos depan.

'Dakwa Rafizi bukti politik dendam Najib'

SHAH ALAM - Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan mahkamah ke atas Rafizi Ramli, yang dikenakan pertubuhan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) hari ini, sambil menyifatkannya sebagai "berunsurkan politk semata-mata" dan "politik dendam."

Ketua Pembangkang berkata, motif penangkapan dan pertuduhan yang dikenakan bertujuan untuk memastikan Rafizi, Pengarah Strategi PKR, untuk berdiam daripada terus mendedahkan pelbagai lagi dokumen-dokumen yang melibatkan pimpinan kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Saya yakin bahawa penangkapan Rafizi adalah berkaitan dengan isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) dan juga George Kent yang baharu sahaja diberikan kontrak jutaan ringgit," kata beliau.

Who really is Lajim’s ‘tuan’?

Has Sabah MP Lajim Ukin really defected or is this all just another shadow play engineered by both Najib Tun Razak and Anwar Ibrahim?
KOTA KINABALU: Whatever the game Umno chief Najib Tun Razak and PKR de facto leader Anwar Ibrahim are playing in Sabah, it is going to be fiery and those who will feel the heat at the ballot boxes are the locals whose minds are being toyed with, spirits tested and loyalties horse-traded.
The reverberations from Barisan Nasional MPs Lajim Ukin and Wilfred Bumburing’s defections – if indeed they are defections – are hitting hard at the walls of Sabah Chief Minister Musa Aman and his counterpart in Sarawak Taib Mahmud.
Cut from the same cloth and soaked in Mahathir-mentored politics, neither Najib nor Anwar seems to really care about Sabahans or Sarawakians.
For them the priority is securing Putrajaya at whatever cost. At stake is Sabah’s 25 and Sarawak’s 31 parliamentary seats.
While Sarawak is for now less of a threat to Najib, Sabah, on the other end, is literally holding the Najib and BN-run federal government policies to ransom. It is no more a fixed deposit despite the state BN’s postulations.
Sabah is the poorest state in Malaysia and its masses are writhing under federal government policies that have made basic necessities a luxury.

UMNO WARLORDS WIN: Najib forced to put GE-13 back on SEPT track

UMNO WARLORDS WIN: Najib forced to put GE-13 back on SEPT trackDespite a slew of negative pointers, Prime Minister Najib Razak is set to call for snap general elections in September. According to Umno watchers, Najib has not been able to convince his deputy Muhyiddin Yassin nor former premier Mahathir Mohamad that another delay was justified.
"No matter how the provocation, GE-13 is set for after Raya as the mood is right then," an Umno watcher told Malaysia Chronicle.
A host of Umno pundits including its newspapers and media have in the past week predicted that the 13th general election would be deferred to November at the earliest -  after the October pilgrimage season and with enough time elapsed for the 'goodies' Najib is widely expected to announce in Budget 2013 slated for Seprmber 28.
Among reasons given were the recent shock defections by two Sabah BN MPs and this morning's sudden arrest of PKR strategy director Rafizi Ramli for blowing the whistle on Umno leaders in the RM250mil NFC corruption debacle.
Warlords will wait no longer

Syria's Aleppo Running Low on Food Amid Siege

Manfaat Kaedah SRI Padi Untuk Petani

Rafizi didakwa dedah butiran bank NFC

Tazkirah Ramadhan 1433 H | Siri 6 | Tuan Guru Hj Mohd Baqi Osman

Marhaba Ramadhan - Amalan Setelah Berpuasa

Guru Kafa berkhidmat 20 tahun tapi masih kontrak


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berpandangan diskriminasi terhadap guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa) tidak sewajarnya berlaku kerana sumbangan mereka bukanlah satu usaha yang boleh dipandang remeh.

(Para pelajar Kafa yang perlu mendapatkan guru yang terbaik - gambar hiasan)

Sehubungan itu, DPPM meminta agar kerajaan Malaysia mengkaji dan mempertimbangkan cadangan yang telah dibuat oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sejak 16 Mei 2009 lagi sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia yang meminta agar 33,000 guru (Kafa) diserap ke jawatan tetap supaya kebajikan guru-guru Kafa lebih terbela.

Polemik Hudud Modal Umno-BN Musim Pilihanraya


SHAH ALAM 31 JULAI : Isu hudud yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini menunjukkan Umno-BN ketandusan modal serangan politik dan hanya mahu melagakan parti komponen Pakatan Rakyat.
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan seng Giaw berkata, isu hudud ini merupakan topik pilihanraya Umno-BN semata-mata.
Ia menyaksikan Umno cuba mempengaruhi masyarakat luar bandar sementara MCA melalui Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek mensasarkan masyarakat bandar.
Menurutnya lagi, setiap kali menjelang pilihanraya, Umno-BN akan memainkan isu ini melalui tayangan semula kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh dan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan hudud.
Namun, tayangan ulangan setiap tahun ini tidak pernah berubah dan tetap mengekalkan isi kandungan yang sama.

AES: Janji Ditepati, ini masa balas budi


Utusan Malaysia Online bertarikh 31/07/2012 menyiarkan laporan bahawa Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri menyatakan Sitem Penguatkuasaan Automatik [AES] kini sedang dalam fasa ujian dan akan dilaksanakan sepenuhnya pada 12/08/2012 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi mengesan kesalahan memandu melebihi hadlaju dan melanggar isyarat lalulintas.
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE] mengalu-alukan perlaksanaan apa saja bentuk penguatkuasaan undang-undang lalulintas yang bertujuan menjamin keselamatan pengguna jalanraya keseluruhannya. Walau bagaimana pun KASE menegaskan bahawa apa jua bentuk penguatkuasaan undang-undang dan peraturan lalulintas, tujuan utamanya ialah untuk keselamatan pengguna dan bukannya berasaskan keuntungan kewangan yang akhirnya akan terus memberikan masalah kepada pengguna jalanraya dan seterusnya membebankan mereka dari segi ekonomi dan sebagainya.

TAMU SAHUR UMNO!!! Tamunya bukan orang ramai tapi wanita-wanita UMNO



Jam 4.40 pagi tadi, 1hb Ogos 2012, UMNO bersama dengan NGO berdarah UMNO, PERMAS menganjurkan program Tamu Sahur Nur Ramadhan dihadapan Hotel Regency, Jalan Chow Kit, berhadapan dengan Bangunan Safuan Plaza. 

Dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.


Yang menjadi lawaknya ialah, tetamu yang diberikan jamuan bersahur ialah wanita-wanita UMNO yang menyambut kahadiran beliau dan bukannya orang ramai.


Membuktikan program tersebut tidak mendapat sambutan dari rakyat tempatan.


SENDIRI ANJUR SENDIRI SAHUR...itulah sepatutnya program ini dinamakan.Omak Kau

Waythamoorthy back in Malaysia

There was a red alert at the Johor Baru immigration checkpoint, but he was allowed in after half an hour.
JOHOR BARU: Hindraf Makkal Sakti supremo P Waythamoorthy finally returned home to Malaysia at 12.20pm today after living in self-imposed exile in England for 56 months.
He stopped at the Johor Baru immigration checkpoint at noon in a grey Toyota Estima, and there was a slight scare that he might be arrested when his passport was held for about 30 minutes.
He had crossed the causeway after checking out from the Singapore border checkpoint at 11.45am.
There was a red alert on the computer screen of the Malaysian immigration counter when he submitted his passport for clearance. The officer at the counter told him the alert meant that he had to see her superior.

Tarik balik lesen disewa kepada warga asing wajar


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik langkah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menarik balik lesen perniagaan rakyat tempatan yang menyewakannya kepada warga asing.
“Langkah ini dilihat sangat bertepatan kerana Malaysia kini mengalami situasi lambakan warga asing,” kata Ketua Penerangannya, Yusapiza Yaacob (gambar).

Ini juga, katanya dilihat dapat memberikan suatu pengajaran yang berguna kepada mana-mana pihak yang menyalahgunakan lesen perniagaan yang diberikan.

“Sikap suka mengambil 'untung atas angin' seharusnya perlu dikikis dari minda rakyat Malaysia. Semakin hari semakin ramai warga asing yang telah membuka perniagaan mereka sendiri tanpa diketahui dari manakah lesen diperolehi,” katanya.

Hudud: Ostaz MCA dakwa DAP diam diri

KUALA LUMPUR - Naib Presiden MCA Datuk Seri Chor Chee Heung hari ini mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk secara terbuka menjelaskan polisi bersama pakatan pembangkang bagi membuktikan DAP benar-benar menentang pelaksanaan hukum hudud.
Chee Heung berkata, DAP cenderung berdiam diri dan tidak bercakap apa-apa walaupun telah berkali-kali digesa oleh orang ramai untuk menjelaskan pendirian mereka terhadap usaha Pas melaksanakan hukum Hudud.

Polis berat sebelah gari Rafizi tapi suami Shahrizat dikecuali..!!! Polis M'sia ikut perintah.....

SHAH ALAM 1 Ogos: Polis berat sebelah menggari Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebaliknya, tindakan ini dikecualikan ke atas suami Shahrizat Jalil, yang sebelum ini diheret ke mahkamah kerana menyalahguna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.
“Tindakan itu tidak perlu, ia jelas menunjukkan sikap polis yang berat sebelah bila melibatkan pemimpin Pembangkang,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
“Kenapa dulu suami (Datuk Seri) Sharizat Jalil yang juga didakwa tidak pula digari dan ditangkap di rumah awal-awal pagi? Kenapa ada layanan istimewa?,” tegasnya.

Tangkap Rafizi: Rakyat tambah benci pemimpin korup

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius penahanan Rafizi Ramli, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) hari ini.


“Bagi DPPM tangkapan ke atas Rafizi membuktikan kerajaan bersikap tidak ikhlas dan telus dalam memastikan negara ini bebas dari rasuah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara,” kata Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss.

Katanya, DPPM menganggap tindakan ke atas Rafizi lebih dilihat sebagai tindakan politik pihak tertentu yang tersepit dan cemas dengan pelbagai pendedahan berani serta sensasi oleh beliau.

Angaukan Selangor, Sabah pula terlepas

KUALA LUMPUR: Dalam keghairahan untuk merampas Selangor, BN diingatkan agar tidak menjadi seperti peribahasa 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran'.

Sebaliknya BN perlu meneliti suasana politik di Sabah yang muktahir ini meniupkan gelombang perubahan pimpinan BN, sekaligus rakyat negeri di bawah bayu itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli, berkata BN sebelum ini begitu yakin untuk merampas Selangor, namun 'terlepas pandang' terhadap Sabah yang dianggap sebagai 'fix deposit' mereka selama ini.

"Jadi, saya nasihatkan BN agar tidak membuang masa untuk mengubah suasana harmoni di Selangor hari ini, tetapi selesaikan kemelut di Sabah hingga menyebabkan dua pimpinan BN bertindak keluar parti," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dakwa Rafizi: Sah tranformasi Najib bohong


SHAH ALAM: PAS menyifatkan segala janji-janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengadakan tranformasi politik hanya cakap politik semata-mata.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang ditemui di Mahkamah Shah Alam berkata, segala janji Najib itu terbatal dengan hanya tindakan pendakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli hari ini.

"Kes pendakwaan hari ini membuktikan segala janji kerajaan di bawah Najib dalam membawa perbaharuan selaras dengan demokrasi semuanya terbatal.

"Apa yang dijanjikan oleh beliau itu hanya sekadar cakap-cakap politik Umno-Barisan Nasional sahaja," jelasnya ketiaka ditemui di Mahkamah Shah Alam hari ini.

Hanya Perompak, Pencuri dan Penyamun Takut Hukum HUDUD

SEORANG rakan Tionghua dari DAP yang ditemui pada majlis makan malam DAP diPontian beritahu " hanya orang jahat , pencuri dan perompak sahaja yang takut dengan Hukum Hudud , kalau saya tidak mencuri dan tidak kacau orang apa perlu saya takut dengan apa sahaja undang-undang ". 


Katanya lagi " Itu UMNO BN punya undang-undang lagi jahat , orang belum tentu salah macam Tan Beng Hock baru pergi siasat sudah mati , lagi itu ISA banyak jahat , belum tentu salah sudah simpan dalam ".
 
Saya beritahu beliau " sekarang ada Melayu jahat , ada Melayu baik , ada China jahat , ada China baik . Melayu dan China jahat duduk dalam BN , Melayu dan China baik dalam Pakatan Rakyat ".

NFC : Pemimpin Pakatan kecam tahan & dakwa Rafizi


 
Pemimpin pelbagai parti dalam Pakatan Rakyat mengecam tindakan menahan dan mendakwa Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) pagi ini.

Ketua Publisiti DAP Tony Pua berkata, tindakan itu memberi tamparan hebat kepada usaha membasmi rasuah yang mahu dilaksanakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

NONE"(Ia) melemahkan lagi prestasi yang lebih rendah mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP)," kata Pua dalam kenyataannya hari ini.

Pua (kiri) menyifatkan tindakan itu sebagai "membalas dendam" terhadap si pembocor maklumat.

Beliau mendakwa pendakwaan terhadap Rafizi juga bertentangan dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, yang bertujuan untuk menggalakkan orang ramai membantu memerangi rasuah.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (bawah) berkata, penahanan dan pendakwaan itu bukti jelas bahawa Umno dan BN terdesak akibat pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Nasi kandar RM18.50 di Kulim???

Seorang pemandu bas pekerja industri di Kulim,Kedah terkejut apabila dikenakan bayaran RM18.50 bagi sebungkus nasi yang dibelinya dari restoran nasi kandar di sini.Mohamad Yusri Hanafiah, 32, berkata, dia hanya membeli nasi bersama ayam goreng, dua kacang bendi dan dua ekor sotong berukuran kirakira tiga sentimeter.Menurutnya, dia yang tidak berpuas hati dengan harga dikenakan telah meminta pekerja di restoran itu mengira nasi bungkus serta lauk yang dibelinya beberapa kali.
“Nak buat macam mana. Saya nak bersahur terpaksa juga membayarnya. Saya kemudian mengadu kepada seorang rakan yang menjual nasi di pasar Ramadan dan dia beritahu penjual nasi restoran sedemikian tidak menjalankan perniagaan mereka waktu siang dan ini mengakibatkan pemilik premis mengalami kerugian.
“Untuk memastikan mereka dapat semula modal telah dikeluarkan, pemaju restoran akan naikkan harga makanan mereka berlipat kali ganda terutama waktu sahur,” katanya.
Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim berkata, pihak berkenaan seharusnya membuat pemantauan permasalahan itu dan ia harus ditangani segera.

Prof Tajuddin Rasdi: Hal-Ehwal Pelajar (HEP) patut dikendalikan oleh mahasiswa sendiri


Bagaimana dengan campurtangan universiti dan kepedulian mahasiswa?
Saya sebagai seorang ahli akademik dan saya cuma bergerak kepada fakta yang saya dapat. Saya bukan seorang yang menyiasat samada ada wujud tangan-tangan yang menyentuh tentang pilihan raya pelajar. Saya tak ada bukti dan saya tak cari pun bukti. Saya cuma perhatikan apa yang ada di depan mata saya. Selama 25 tahun di dalam UTM saya tidak tengok apa-apa semangat pilihanraya kampus yang besar pun. Kalau dulu ada jugak bising-bising tetapi kemudian lama-lama dia senyap. Sehinggakan di Fakulti Alam Bina mereka kena lakukan cabutan bertuah supaya pelajar datang mengundi.
Saya rasa pelajar pun dah tak percaya kepada sistem perwakilan ini. Bila saya tanya pelajar saya kamu kenal ke wakil pelajar kamu? Mereka jawab tak kenal. Saya tanya lagi, mereka (wakil pelajar) pernah tak datang ke Fakulti Alam Bina untuk tunjukan program mereka, manifesto mereka, pelajar saya jawab pun tak pernah. Saya sendiri juga tak pernah melihat aktiviti pelajar yang kita boleh kata sebagai politik matang.
Mungkin jadi begitu sebab kurikulum ketat?

Mitos ekonomi UMNO untuk orang Melayu

Oleh Muhammad Nazreen

Memang, wujud perkaitan rapat di antara pengaruh ekonomi dan kesannya terhadap kelangsungan hubungan etnik di Malaysia. Ini bukanlah perkara yang salah. Jadi, dasar inilah yang memacu UMNO menggunakan ketakutan di kalangan orang Melayu yang merasakan terancam dengan dominasi ekonomi Malaysia daripada kelompok minoriti.
Faktanya dipesongkan supaya kelihatan dominasi ekonomi menjadikan acuan kepada tekanan perkauman. Penulis terpanggil untuk menjernihkan kekalutan yang diciptakan selama berpuluh-puluh tahun supaya UMNO terus gagah merompak harta rakyat.
Sebenarnya, ada asas yang lebih meyakinkan kita bahawa tidak wujud dominasi ekonomi atas dasar perkauman. Di sini, penulis mencuba untuk menjelaskan penipuan yang terselindung selama ini.
1. Hukum asas pasaran
Pertama, asas hukum pasaran bertentangan dengan sesuatu identiti. Pasaran berdiri di atas dua sebab: a) adanya Permintaan (Demand) dan Pembekalan/Penawaran (Supply). Hukum pergerakan ekonomi ternyata sah dengan kehadiran dua perkara asas ini. Penulis merasakan secara asasnya pasaran tidak mengenal warna kulit dan identiti untuk dijana.

Kerana dedahkan rasuah dan salahguna kuasa pemimpin UMNO, Rafizi ditangkap

KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli, ditahan polis awal pagi ini dan didakwa di mahkamah hari ini di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Banking and Financial Institutions Act – BAFIA) atas tuduhan mendedahkan butiran perbankan skandal-skandal yang melibatkan pemimpin UMNO.
Beliau yang melonjak naik dalam arena politik sejak terlibat dalam pemilihan Ketua Angkatan Muda Keadilan dua tahun lalu meningkat popular dengan pendedahan skandal Pusat Fidlot National (NFC) yang melibatkan mantan Menteri Wanita, Datuk Shahrizat Jalil dan keluarganya.
Berikutan itu, DAP mengecam sekeras-kerasnya pendakwaan terhadap Rafizi kerana usaha sebenar beliau adalah mendedahkan akaun kewangan berkenaan NFC yang bertujuan memberitahu rakyat tentang salah guna kuasa kerajaan.

Nasib BN PRU13 ibarat ‘tongkat retak’


 Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Mohd Fadhli Hassan KOTA BHARU - Nasib Barisan Nasional (BN) pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) boleh diibaratkan ‘tongkat retak’ menunggu masa untuk patah.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Mohd Fadhli Hassan berkata, situasi itu berkemungkinan berlaku berikutan pengunduran Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dari BN di saat-saat akhir menjelang pilihan raya.

Beliau berkata, peletakan  jawatan dua orang kuat BN di Sabah itu menggambarkan kepada rakyat bahawa parti berkenaan menghadapi krisis dalaman.

"Sebangsa Sejiwa Senegara" tema Hari Kemerdekaan PR



Datuk A. Samad Said PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) yang mempertikaikan tema Hari Kemerdekaan digunakan Kerajaan Pusat, hari ini mengumumkan pihaknya akan menggunakan tema Sebangsa Sejiwa Senegara.

Jawatankuasa Tema Hari Kemerdekaan yang dilantik PR telah membuat pengubahsuaian daripada 250 slogan yang diterima sejak minggu lalu selari dengan keadaan rakyat di Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Ketua jawatankuasa itu, Datuk A. Samad Said berkata, tema yang dikirim oleh Al Haimi Adam 'Senegara Sebangsa Sehati Sejiwa' telah diubah supaya tidak menyentuh isu sensitif, siasah, perkauman dan diperhalusi sebanyak mungkin.

Kes penahanan peguam hak asasi: Peguam k’jaan cuba lindungi polis

KUALA LUMPUR 1 Ogos: Peguam mewakili kerajaan terpaksa mengitar semula soalan berkenaan permit demi mempertahankan tindakan pihak berkuasa menahan lapan peserta dalam Perarakan Hari Hak Asasi Manusia pada 10 Disember 2007.
Soalan itu bertubi-tubi ditanya peguam ketika menyoal saksi ketiga, Latheefa Koya merupakan individu yang ditahan pada hari kejadian.
Berdasarkan bukti melalui rakaman video dan gambar perarakan, Latheefa ditanya berulang kali mengenai penyertaan beliau dalam penganjuran itu yang didakwa tidak mendapat permit.
Menurut Latheefa perkara itu bercanggah dengan konsep sebenar penganjuran yang mahukan perarakan diadakan secara aman.
“Secara keseluruhan selama dua hari ini, kami dalam proses menyaman kerajaan kerana menahan kami tanpa asas. Sebenarnya kami telah dibebaskan daripada pertuduhan sama ada kita berjalan dengan permit atau tiada (permit).

NFC : Bekas kerani Public Bank didakwa subahat dengan Rafizi


Bekas kerani Public Bank didakwa subahat dengan Rafizi
Johari Mohamad dan Rafizi Ramli dibawa ke Mahkamah Sesyen pagi tadi. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
 
SHAH ALAM - Bekas kerani bahagian kredit Public Bank, Johari Mohamad didakwa bersubahat dengan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli melakukan pendedahan dokumen akaun bank National Feedlot Corporation (NFCorp), Mac lalu.

Pendakwaan terhadap Johari dibuat mengikut Seksyen 112(1)(c) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989, yang memperuntukkan hukuman sama.

Dia turut dibenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah membenarkan kedua-dua kes dibicarakan bersama dan disebut semula 10 September ini.

Pada prosiding, peguam N Surendran mewakili Rafizi dan Johari.

Perubahan politik di Johor, Sabah



Tidak terdengar lagi rhetoric megah Umno/BN bahawa Johor dan Sabah adalah ‘simpanan tetap’ atau kubu pertahanan terkuat Umno sejak zaman berzaman.

Dengan perkembangan terbaru politik di Sabah pula, negeri itu akan juga mengakhiri zamannya sebagai kubu kuat Umno/BN. Demikianlah putaran roda politik dan setiap pelaku di pentas politik sewajarnya menyedari hakikat ini.

Perkembangan baru di Sabah, menunjukkan Pakatan Rakyat dijangka akan mendapat sekurang-kurangnya 14 kerusi di Sabah ekoran tindakan dua anggota Parlimen BN menyokongnya baru-baru ini. Ini jangkaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dalam tulisannya dalam Harakahdaily kelmarin di mana beliau menyimpulkan bahawa simpanan tetap BN di Sabah dan Sarawak sudah tamat.

DAP Serah Isu Nasional Kepada Pemimpin Pusat Parti

SHAH ALAM 1 OGOS : Ahli DAP diminta tidak membuat kenyataan berkenaan dasar secara persendirian tetapi menyerahkan isu nasional kepada pemimpin pusat parti.
Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok kesal atas terhadap sidang akhbar yang diadakan oleh beberapa ahli DAP Klang berkenaan dengan perlaksanaan Hudud dan isu-isu yang berkenaan dengan dasar parti.
“Saya ingin menyeru ahli-ahli DAP Klang elak membuat kenyataan umum dan serah kenyataan yang berkenaan dengan dasar parti kepada pemimpin pusat, khususnya Pengerusi, Setiausaha Agung dan lain-lain.