Ahad, 29 Julai 2012

Qasidah "Ya Thoybah" : Pondok Moden Saadah Addaraain

Qasidah "Muhammadiyah" : Pondok Moden Saadah Addaraain

Today in History for July 29th

Anwar & Najib sama-sama makin hampir..

Shahbudin Husin
Ketika ini isu politik paling panas ialah mengenai dua Ahli Parlimen Sabah, Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing yang dijangka akan meninggalkan BN dan menubuhkan parti baru, Angkatan Perubahan Sabah pada 29 Julai ini. Sebagai tanda parti baru ini akan bekerjasama dengan PR, maka Anwar Ibrahim, Haji Hadi Awang dan Lim Kit Siang turut dijemput ke majlis pelancaran parti itu yang akan diadakan di Tuaran, Sabah.
Tindakan dua Ahli Parlimen ini, seorang daripadanya berjawatan timbalan menteri dan Ahli MT UMNO, keluar daripada BN dan menyokong PR tentulah merupakan pukulan paling mengaiabkan yang terpaksa diterima oleh Najib.
Lebih menarik, bersekali dengan tindakan dua Ahli Parlimen itu keluar BN, beberapa nama turut disebut akan menyertai mereka, antaranya dua bekas menteri, Kasitah Kadam dan Osu Sukam.

Najib hilang kewibawaan yang parah

Kerajaan Umno/Bn yang ber-Perdana Menteri-kan Najib Razak seorang yang kian kelam kabut nampaknya semakin hilang kewibawaan sebagai parti pemerintah. Semakin ke penghujung hayatnya semakin banyak perkara yang cuba dilakukan semakin tidak menjadi dan semakin dipertikai rakyat baik dari yang menyokong pembangkang mahupun yang berada dalam Umno/Bn sendiri!


Yang terbaru dipertikaikan oleh seluruh rakyat adalah logo sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke 55 hinggakan sekali lagi, selepas isu PTPTN pelajar Unisel, isu catuan air di Selangor, kerajaan Umno Bn membuat U-Turn!
 
Sebenarnya apalah susah sangat untuk mencipta logo dan lagu sempena Sambutan Hari kebangsaan Negara? Rasanya serahkan  sahaja tugas tersebut kepada para pelajar Universiti yang mempunyai jati diri dan cinta negara, penciptaan logo tersebut berkualiti dan lebih bermakna pada penilaian rakyat umum lantas ianya tidak mungkin menjadi perkara yang memerlukan U-Turn! Atau serahkan sahaja kepada budak sekolah pun rasanya lebih baik dan menepati cita rasa rakyat keseluruhan!
 

Najib, Syed Mokhtar dicabar dedahkan dokumen penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang


GEORGE TOWN, 29 JULAI: Hasrat kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran Pelabuhan Pulau Pinang bagi kepentingan anak negeri tidak dipedulikan sama sekali oleh kerajaan perseketuan Barisan Nasional.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, bidaan kerajaan Pakatan masih tidak dilayan oleh Datuk Seri Najib Razak walaupun surat-surat telah dihantar kepada Perdana Menteri.
Sebaliknya, beliau berkata, sehingga sekarang tidak ada butiran mengenai penganugerahan Pelabuhan Pulau Pinang kepada Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kerana terima penswastaan atau pengambilalihan itu masih lagi diselubungi rahsia dan misteri.
“Adakah Seaport akan berhenti berahsia dan sebaliknya membuat kenyataan umum tentang terma penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang untuk meyakinkan rakyat bahawa tindakan ini akan memanfaatkan masa depan Pulau Pinang?
“Adakah Seaport berani mendedahkan terma-terma untuk membuktikan kepada rakyat bahawa ia bukan satu “pelanunan” (piratisation) demi keuntungan kroni BN?

Rakyat menang, logo hodoh Merdeka 55 ditarik balik


KUALA LUMPUR, 29 JULAI: Rakyat Malaysia sekali lagi menjadi juara setelah berjaya menundukkan kengkuhan kerajaan UMNO-Barisan Nasional yang telah menarik balik logo hodoh sambutan 55 tahun Merdeka setelah mendapat bantahan orang ramai.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dilaporkan oleh agensi berita kawalan UMNO-BN, Bernama, hari ini bahawa tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan hari kebangsaan tahun ini.
Namun, beliau masih cuba menegakkan benang yang basah, sebagaimana petikan laporan Bernama, apabila berkata, “bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi”.
Rais bagaimanapun mengekalkan slogan “Janji Ditepati” yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merangkap Presiden UMNO dan Pengerusi BN, sebagai tema hari kebangsaan tahun ini.

Janji Ditepati: Perangai pemimpin UMNO BN

Kalau macam inilah cara pemimpin BN tadbir Negara, memang alamat jahanam masa depan anak cucu kita. Mereka buat sesuatu tanpa kajian menyeluruh dan ikhlas. Setiap apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO BN, pastinya terselit perasaan hasad, tamak, gelojoh, rakus. Semuanya dilaporkan di sini

Pabila mereka disergah, maka mereka cepat-cepat pusing cakap, mereka putar kenyataan!

Anwar: Expect more surprises from Sabah

Opposition supremo Anwar Ibrahim lauded Wilfred Bumburing and Lajim Ukin's courage to leave their "comfortable positions" in Barisan Nasional.
TUARAN: Former deputy prime minister Anwar Ibrahim today asked Sabahans to save Sabah and Malaysia by voting out the Umno-led Barisan Nasional at the coming general election.
“I know what I’m talking about. I have been a finance minister for eight years and during my tenure it was “pay, pay” unlike under the current one which is just “debt, debt”,” he said alleging the BN has it wrong everywhere in its governance.
Anwar, who now heads a strong Pakatan Rakyat, made these remarks at a special function hosted by Upko’s deputy president Wilfred Bumburing to announce officially his departure from BN to support Anwar and the Pakatan struggle to oust BN.
About 3,000 people turned up at the function which was held at the compound of Singgah Singgarung Restaurant which is owned by the Bumburing family near here.

Santa Claus : Najib umum duit raya Felda RM43.2 juta

SIK, 29 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian wang Hari Raya berjumlah RM43.2 juta kepada kesemua peneroka Felda.
Najib berkata pemberian ini sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda dan membantu perbelanjaan persiapan Hari Raya mereka.
Beliau berkata kadar ini terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda.
Katanya 103,597 peneroka atau 91.9 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM41.4 juta manakala 9,038 orang atau 8.02 peratus peneroka yang tidak bersama Felda masing-masing menerima RM200 melibatkan peruntukan berjumlah RM1.8 juta.
Najib (gambar) berkata demikian pada majlis perasmian Program Rahmat Ramadan peringkat Kebangsaan di padang Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya di sini.

Penyertaan 2 Ahli Parlimen BN Sabah jadi titik peralihan

KOTA KINABALU 29 Julai: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyertaan dua pemimpin berpengaruh di Sabah, sebagai titik peralihan dalam senario politik negara kali ini.
Ketua Pembangkang itu berkata, kesabaran rakyat sudah memuncak manakala pemimpin dalam BN sendiri sudah bosan dipermainkan pucuk pimpinan.
“Ini turning point (titik peralihan) dalam politik negara. Kali ini, kita akan bantu kemenangan Pakatan dengan menumbangkan BN,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Angkatan Perubahan sabah (APS) di Tuaran di sini, hari ini, yang dihadiri kira-kira 10,000 orang.
APS yang diterajui Datuk Seri Wilfred Bumburing adalah gerakan masyarakat Kadazan-Dusun-Murut yang menyokong Pakatan Rakyat untuk mentadbir Sabah dan memerintah Malaysia.

Pakatan: Pemimpin BN Sabah keluar parti, masalah besar untuk Najib

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Perletakan jawatan dua pemimpin veteran Barisan Nasional (BN) Sabah dari parti tersebut memberikan tamparan hebat pada ketika parti pemerintah itu sudah bersiap-sedia untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13.
"Episod terkini pemberontakan terbuka pemimpin BN Sabah tidak menyenangkan Najib yang selama ini mendakwa Sabah adalah 'simpanan tetap' BN.
“Kejatuhan BN akan datang lebih cepat daripada kemudian dan tidak dapat dielakkan," kata setiausaha publisiti kebangsaan DAP Tony Pua.
Sebentar tadi bekas timbalan ketua menteri (TKM) Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) dipercayai melalui Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang baru ditubuhkan.
Semalam, timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Datuk seri Lajim Ukin yang juga ahli majlis tertinggi Umno meletakkan semua jawatan dalam Umno dan BN.

PR yakin karisma Anwar mampu pikat undi



Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai karisma tersendiri serta gabungan gandingan dalam Pakatan Rakyat (PR) akan menjadi kekuatan utama meraih kemenangan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Faktor ini menjadi salah satu faktor penguat Anwar menjadi pilihan, tidak mengira kaum. "Tidak kira Melayu, Cina, India atau lain-lain kaum kerana karisma yang tersendiri boleh mempengaruhi  undi,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Beliau mengulas laporan media baru-baru ini bahawa faktor Anwar, selaku Ketua Umum PR dan Ketua Pembangkang, mungkin akan mempengaruhi PRU13 nanti.

Have we become a ‘sick’ nation?

The Pakatan government when elected must immediately draw up a plan to curb further deficits and control future national expenditures or go for surplus budgets.

We are now living in politically stressful environment. Since 1981 the scourge of abuses of political power notably corruption has thrived well under the authoritarian governments of Tun Dr Mahathir Mohamad and now Najib Tun Razak.
Not only are these gross malpractices thriving well to this day, they have also established themselves as “the norm” in the Malaysian system of governance.
We now have had over 30 years of bad governance and Malaysia has reached a critical stage so much so that it is now considered to be a ‘sick’ nation in South East Asia.
Najib continues to announce unreasonable psychological moves to camouflage his hollow economic models.

Of Prof Kangkongs & the rash of BN-will-win polls

Of Prof Kangkongs & the rash of BN-will-win pollsOpinion polls before an election have always been a political thermometer in democratic countries. Polls can be conducted by political parties, media, universities or non-political organisations. However, the accuracy and credibility of the polls depend on the background of the poll organiser, the scope and the object of the study, as well as the fairness of the method used.
To put it simple, polls involve objectivity and fairness. If it is strongly affected by a political party or the purpose of manipulating politics is prioritised, its accuracy and credibility will then be greatly reduced.
In Malaysia, polls have not even been popularised yet, let alone to be called mature. It is also why, every time when a so-called poll result was released, members of the general public were quite indifferent, or even suspicious. The result of a recent poll on Pakatan Rakyat's states conducted by three scholars has also been inevitably questioned.
It was reported that the scholars each conducted their own studies but their conclusions were the same, namely the BN would win the next general election and stay in power.
BN will win - how accurate is that?

Muhyiddin came, saw but couldn't conquer: Anwar to seal NEW SABAH ORDER

Muhyiddin came, saw but couldn't conquer: Anwar to seal NEW SABAH ORDERMuhyiddin Yassin came, he saw but he couldn't do a thing. That speaks volumes of the strength of the wind of change blowing through Sabah state. It also reflects the fast-dwindling influence of the Deputy Prime Minister's ruling Umno party and the BN coalition it leads.
His boss Prime Minister Najib Razak could only echo what has been said by other colleagues - that the decision to quit by two senior Sabah BN leaders Lajim Ukim and Wilfrid Bumburing were "expected" and that "no one is bigger than the party".
"Muhyiddin was a non-event. In the past, there was always the fear of counter-offer and money paid to change the minds of those who want to quit. But no one seems bothered anymore. We spent the whole day with both Lajim and Wilfrid and their main concern was how to form the best platform to unite Sabahans for change," PKR vice president Tian Chua, who is the chief negotiator, told Malaysia Chronicle.

Anwar Ibrahim: Elect The Right Sabahan For The People Of Sabah

Aleppo: Syria's key battleground?

Huge profits if GLCs develop Talam land, says S'gor MB

Jailers in Syria's Aleppo become prisoners of war

Syria rebels fend off Aleppo assault

Syrian rebels gain ground in Aleppo

Battle rages for Syria's Damascus

Krisis Air: Peniaga kecil mahu Kerajaan Selangor beri jaminan

Guan Eng : Do not politicise education

Bicara Selebriti Part 3_3

Bicara Selebriti Part 2_3

Bicara Selebriti Part 1_3

Meja Bulat (Siri 1) : PRU 13 - Bila Masa Paling Sesuai - Bahagian 2

Meja Bulat (Siri 1) : PRU 13 - Bila Masa Paling Sesuai - Bahagian 1

Guru KAFA juga dapat bonus di P Pinang


GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukan RM3.9 juta untuk pemberian bonus hariraya Aidil Fitri kepada penjawat awam dan guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) seluruh negeri mulai 9 Ogos depan kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar).

Menurutnya, pemberian itu melibatkan setengah bulan gaji dengan minima RM600 dan RM300 sebagaimana tahun lalu dan ia tiada ada kaitan dengan gula-gula pilihanraya umum ke 13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja.

"Pulau Pinang juga turut umumkan pemberian bonus untuk kakitanganya dan guru KAFA menjelang Aidil Fitri akan datang.  

Politik baru di Sabah mula dibentuk

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Senario politik baru di Sabah bakal berubah apabila dua pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah, bertindak menubuhkan parti sendiri dan akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang.
Datuk Seri Lajim Ukin dari Umno dan Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing dari Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan Dusun Murut Bersatu (UPKO) akan melancarkan dua parti, Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Beaufort dan Tuaran hari ini, menurut Keadilan Daily, portal berita yang dimiliki oleh PKR semalam.
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan tiba sebagai tetamu khas, menurut portal rasmi parti tersebut itu lagi.
Bekas timbalan perdana menteri yang kini menjadi Ketua Pembangkang mahu menguasai kerajaan persekutuan yang tamat penggalnya selewat-lewatnya pada April depan, Anwar terus ke Sabah semalam dan dijangka disambut hangat di dua pelancaran itu nanti.
PPS dijadualkan akan dilancarkan pada jam 6 petang ini di Beaufort, yang kebanyakannya merupakan Melayu Muslim manakala APS akan dilancarkan lebih awal, pada 1 petang di kawasan masyarakat Kadazan-Dusun-Murut.
Dengan dua ahli politik ini keluar ini memberi isyarat bahawa politik di Sabah akan mula berubah sejak menyertai Malaysia pada 1963.

Simpanan tetap BN retak....Sabah dan Sarawak bukan milik BN...!!!


KUALA LUMPUR: Penarikan diri Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dari Umno dan Barisan Nasional (BN) menyebabkan simpanan tetap BN sudah retak, tulis wartawan veteran, Datuk A Kasir Jasin.

Kadir Jasin dalam tulisannya menulis,  penarikan diri Lajim daripada semua jawatan dalam Umno adalah tamparan hebat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Isu Royalti: Jangan bohong, Nik Aziz gesa Umno

SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemimpin Umno tidak wajar "berbohong" berhubung isu royalti petroleum, yang dituntut Kerajaan Negeri itu, lebih-lebih ketika bulan Ramadan sekarang.

Sambil menolak kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin semalam, Nik Abdul Aziz berkata, "berkatalah sesuatu yang benar di bulan Ramadan."

"Janganlah dididik lidah berbohong lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini," kata beliau dalam satu mesej dikeluarkan menerusi Facebook hari ini.

Ku Li mahu BN selesai isu royalti sebelum PRU

SHAH ALAM - Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan segera isu royalti minyak yang dituntut Kerajaan Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, isu itu perlu diselesaikan sebelum PRU13 untuk menarik sokongan rakyat Kelantan kepada BN.
Pas mengekalkan kerajaan negeri yang dirampas daripada BN pada 1990. Beberapa kajian terbaru, termasuk yang diumumkan minggu lalu menunjukkan negeri itu akan kekal di tangan Pas pada PRU13.

Lajim Ukin cetus momentum perubahan rakyat Sabah


KUALA LUMPUR: Tindakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin (gambar) melepaskan semua jawatan dalam Umno disifatkam sebagai 'sejarah baru' politik Sabah.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, tindakan berani Lajim itu mampu mencetuskan momentum perubahan yang besar kepada rakyat negeri di bawah bayu itu.

"Ini satu sejarah yang baru dalam politik negeri Sabah dan PAS sangat mengalu-alukan momentum perubahan ini kerana ia sudah tentu memberi impak yang besar kepada kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Semalam, Lajim mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

Daphne Iking kepada Abby Abadi: Satu undi memberi banyak perbezaan

SHAH ALAM, 29 Julai — Abby Abadi berhak dengan pandangan politik dan agamanya, akan tetapi apa yang paling penting adalah setiap individu yang telah layak mengundi, mendaftar sebagai pengundi dan mengundi dalam pilihan raya akan dating, kata peragawati, pelakon dan pengacara TV terkenal Daphne Iking.
Daphne Iking: “Selebriti juga adalah rakyat.” — Foto Lebosi Production
“Dia (Abby Abadi) berhak untuk mempunyai pandangan politik dan agamanya,” kata Daphne kepada The Malaysian Insider melalui kiriman SMS semalam. “Apa yang boleh saya katakan adalah, sesiapa yang layak mengundi, pergi mendaftar sebagai pengundi dan gunakan hak untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang.
“Satu undi memberi banyak perbezaan.”
Baru-baru ini Abby Abadi menggemparkan dunia selebriti apabila memberikan kenyataan kepada bahawa beliau hanya akan kembali berkarya selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) ditumbangkan dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 kerana beliau lebih yakin dengan PAS yang menurutnya akan memerintah dengan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
Kenyataan Abby Abadi itu mendapat respon dari artis dan golongan seniman yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau.
Menurut Daphne lagi, setiap artis atau selebriti mempunyai kecendrungan politik masing-masing dan menyokong parti-parti politik tertentu, atau ahli-ahli politik tertentu.
“Ada selebriti yang menyembunyikan sokongan politik mereka. Ada juga yang memberikan sokongan terbuka.

Sabah untuk pemimpin Sabah yang baik - Anwar


TUARAN: Rakyat Sabah diajak agar memilih pemimpin yang tepat untuk negeri itu bukan sekadar "Sabah untuk orang Sabah sahaja."


(Anwar berucap di Tuaran hari ini sempena pengisytiharan Wilfred keluar BN)

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ramai orang bercakap "Sabah untuk orang Sabah sahaja." tetapi bagi beliau tidak cukup sekadar itu.

"Kalau orang semenanjung juga kaki curi balak, orang Sabah pun tidak ketinggalan.

Wilfred Bumburing keluar BN, masuk Pakatan dan akan jelajah Sabah

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing (gambar) hari ini mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) dipercayai melalui parti Angkatan Perubahan Sabah yang baru diumumkan penubuhannya.
Ahli Parlimen Tuaran itu juga berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah untuk membantu PR memenangi negeri itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Antara punca beliau keluar dari BN ialah kerana kegagalan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri memantau pendatang tanpa izin (PTI).
“Ini adalah ibu bagi segala masalah yang ada dalam negeri Sabah,” kata Wilfred yang berucap melalui siaran langsung dari laman web UStream TV Merdeka Rakyat.
Menurut Bumburing, peningkatan PTI adalah sekitar 390 peratus iaitu lebih tinggi dari Sarawak iaitu 146 peratus, jauh lebih tinggi dari kadar nasional.
“Dasar BN terhadap PTI ini sangat bahaya kerana berlakunya jenayah, menyukarkan penduduk asal mendapatkan peluang pekerjaan, dan mengancam keselamatan negara.

Lajim Ukin sambut Anwar Ibrahim di Sabah tengah malam tadi!


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) tengah malam tadi dari Kuala Lumpur. Ketibaannya disambut oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua, pengerusi majlis pimpinan negeri, Ahmad Thamrin Jaini, ahli-ahli majlis pimpinan negeri dan puluhan penyokong Pakatan Rakyat yang setia menunggu Anwar tiba di balai ketibaan. Anwar baru sehari tiba dari tanah suci Makkah setelah selesai mengerjakan ibadah umrah selama lima hari dan tiba dari Jeddah, Arab Saudi dengan penerbangan jam 1.45 petang kelmarin. Turut menanti ketibaan Anwar adalah Presiden Parti Reformasi Sabah (STAR), Jeffery Kitingan. Paling mencuri tumpuan, kehadiran Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin yang mengumumkan perletakkan jawatannya dalam semua jawatan parti Umno-APCO dan kerajaan serta Pengerusi BN Beaufort. Lajim mengumumkannya dalam satu majlis ringkas di kediamannya di Likas Jaya, Kota Kinabalu, jam 6 petang semalam.

K'jaan ganti logo hari merdeka dengan '1Malaysia'


 
Kerajaan memutuskan untuk menggantikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang menampilkan kempen "Janji Ditepati" selepas menghadapi kritikan pelbagai pihak sejak seminggu lalu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan bahawa langkah itu untuk "membendung salah faham".

"Untuk membendung sedikit salah faham kami (akan) hanya (menampilkan) 1Malaysia sebagai logo Merdeka (dan) Hari Malaysia," kata di laman Twitter.

Pas: Jangan mudah dakwa undi BN pahala lebih


Pas: Jangan mudah dakwa undi BN pahala lebihKOTA BHARU- “Jangan mudah meletakkan andaian mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti (akan) diberi ganjaran pahala lebih,” kata Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Bagi tujuan itu, Mohd Amar meminta Pemuda Umno Kelantan supaya tidak melabelkan pengundi yang akan mengundi BN mendapat pahala berdasarkan kenyataan Pas tidak dapat mengotakan janji-janji sahaja.

“Dosa dan pahala adalah berlandaskan dasar perjuangan, bukannya dilihat pada ketidakmampuan sesebuah parti dalam mengotakan janjinya,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang menyifatkan pengundi BN akan mendapat pahala lebih dengan mengundi parti itu jika Pas tidak berbuat apa-apa kemajuan dalam Islam dan bangsa Melayu.

Opening Ceremony - London 2012 Olympic Games

Demonstration / Protest for Rohingya Muslim All Over the World

Kerajaan BN Sabah pasti tumbang PRU 13 – Kalakau Untol

KOTA KINABALU 29 Julai: Perubahan kerajaan hampir pasti berlaku di Sabah apabila pemimpin berpengaruh meninggalkan Barisan Nasional (BN), kata bekas Timbalan Menteri Kabinet, Kalakau Untol.
Mengikut sejarah, bekas Timbalan Menteri Buruh antara 1986 hingga 1990 itu, berkata pertukaran kerajaan berlaku setiap kali beberapa pemimpin utama mengubah haluan politik.
Dalam pilihan raya Sabah pada 1967, katanya, kerajaan negeri tumbang apabila beberapa pemimpin Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menyertai Usno.
Pada 1976, katanya, kerajaan BN tumbang apabila Datuk Salleh Sulung dan Datuk Haris Saleh meninggalkan Usno yang menjadi kerajaan ketika itu.

Najib semakin Gawat, Lajim mendapat sokongan PPS di 17 Parlimen


KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lajim Ukin hari ini mengumumkan perletakan semua jawatannya dalam parti serta dalam Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta, untuk bekerjasama dengan barisan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di Sabah.

Walau bagaimanapun, Lajim (gambar) yang juga ketua Umno bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkata beliau menyerahkan kepada kepimpinan Umno untuk memutuskan samada untuk mengekalkan atau tidak jawatannya sebagai timbalan perumahan dan kerajaan tempatan, lapor akhbar bahasa Inggeris The Star.

Pertempuran hidup mati pemberontak di Aleppo

ORANG RAMAI mengadakan bantahan terhadap Presiden Bashar Al-Assad selepas solat Jumaat di Maraa dekat Aleppo kelmarin.


DAMSYIK - Helikopter-helikopter tentera terus membedil pusat bandar Aleppo semalam ketika tentera Presiden Bashar Al-Assad bersiap sedia untuk menggempur pemberontak di bandar raya kedua terbesar Syria itu.
Menurut sumber pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria (FSA), pertempuran yang bakal berlaku akan menentukan hidup mati mereka di Aleppo, bandar strategik di Syria selain ibu kotanya, Damsyik.

Tentera Assad Sedang Dikepung Pemberontak

Syrian rebels near Aleppo: 

'We are besieging Assad's army'

Regime forces have been pulverising rebel-held districts using artillery and helicopter gunships. 
But the rebels are upbeat

The green tanks of Bashar al-Assad's army twinkled in the afternoon haze – two of them, parked just outside a military base. From the Syrian rebel position, a mere 1.5km away, an opposition fighter peered curiously at them. He poked his binoculars through a tiny window, gesturing to watch out for snipers.
At that moment there was a percussive boom: a shell landing in the nearby hills. Syria's war has been going on for 16 long months – a brutal conflict fought between a well-armed military state and lightly-weaponed revolutionaries. This battle has raged across the country: in Homs, Hama and most recently Damascus.

BN Sabah 'tenang' dengan pelancaran SRF......

NONEPemimpin tinggi BN Sabah nampak seperti 'tenang' dengan berita pelancaran Barisan Pembaharuan Sabah atau Sabah Reform Front (SRF), yang dipercayai bakal diterajui oleh dua ahli Parlimen yang masih menjadi ahli parti komponen BN.

Kedua-duanya - ahli Parlimen Tuaran yang juga timbalan presiden Upko, Datuk Wilfred Bumburing dan ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukim, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno - dijangka melancarkan parti itu esok di Tuaran, kira-kira 50km ke utara Kota Kinabalu.

Secara kebetulan, BN telah mengadakan satu majlis di Tuaran, semalam yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi BN negeri dan mereka kebanyakannya tenang mengenai perkembangan terkini.

Najib tak terkejut tindakan Lajim, keputusan esok


Lajim nafi keluar Umno, sertai pembangkang PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak akan memutuskan kedudukan Datuk Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diputuskan esok.
Dipetik Bernama, Perdana Menteri berkata, keputusan Lajim melepaskan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti.
"Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini.

Lagi Fitnah Terhadap Tok Guru Nik Aziz

Kenapa melodi lagu merdeka 2012 ada persamaan dengan lagu lain?

Aku dapat info dari inbox mengenai satu video neh. Ketika aku mendengar lagu kat bawah neh buat pertama kali aku dapat tangkap melodi dia memang ada sedikit persamaan dengan melodi lagu kemerdekaan tahun 2012.

Melalui rakaman video youtube neh, pengupload bagitau bahawa video neh dirakamkan di bandung dan dipercayai ia dicipta oleh orang2 sana. Korang dengar sendiri terlebih dahulu lagu kat bawah neh oke ;

 
 
 
Dah dengar? Lagu neh sebenarnya lagu ketuhanan bagi penganut kristian. Dan tolong jangan cakap sesuatu yang tiada kaitan dengan posting seperti mengutuk2 agama or penganut lain oke. Stick pada topic jek. 
Sebenarnya tak aneh pun jika wujud persamaan melodi pada mana2 lagu. Tapi kalau macam obvious sangat jadi pelik pula. Apa pun aku takmo tuduh2. Sebab ia babitkan ciptaan dan kreativiti seseorang. Benda belum terbukti so susah nak cakap lebih2.
Mungkin juga persamaan tersebut wujud disebabkan penggunaan alat musikal yang sama. Tak siapa yang tahu. Hanya mereka2 yang pakar dalam bidang neh jek bole ulas details. Dan aku benar2 berharap memang itu lah jawapan nya. Kita sudah ada logo yang teruk, kita sudah ada lirik yang teruk dan aku tak hadap melodi kita juga rupanya teruk sebab versi copypaste. Tolong larh fahammmm..