Jumaat, 27 Julai 2012

ADAKAH MALAYSIA INI HARTA PUSAKA KELUARGA ISKANDAR KUTTY?

We cannot control the evil tongues of others; but a good life enables us to disregard them.
Sudah hampir sepuluh tahun Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno. Ada orang kata buang “dakwat” sahaja kalau hendak menulis atau mengkritik mantan PM ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. – Gambar fail oleh Choo Choy May
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinannya dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam peluang untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang, sambil mengatakan “momentum” semakin kuat untuk menuju ke Putrajaya.

Tazkirah Ramadhan 1433 H | Siri 3 | Ustaz Roslan bin Md Esa

Tazkirah Ramadhan 1433 H | Siri 2 | Ustaz Shahril Azman al-Hafiz

Tazkirah Ramadhan 1433 H | Siri 1 | Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Bagaimana Cara harga Kereta Di Turunkan...???

Kes Altantuya: Kementerian Luar Negeri patut layan wakil Mongolia

KUALA LUMPUR 27 Julai: Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne mencadangkan Kementerian Luar Negeri menjadi hos sempena ketibaan wakil kerajaan Mongolia ke negara ini bagi membongkar semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Kedatangan Kementerian Hal Ehwal Luar & Perdagangan dan Kementerian Keadilan Mongolia itu adalah sebagai pemerhati pendengaran semula rayuan dua bekas pegawai khas Najib Razak yang dijatuhi hukuman mati, iaitu Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar Ogos ini.
“(Kerajaan) Mongolia tidak membuka kedutaan di Malaysia, hanya pejabat konsulat. Di konsulat, pegawai tidak ramai. Sebab itulah diperlukan wakil Kementerian Mongolia datang ke Kuala Lumpur dari Ulan Bator.
“Demi menjaga imej negara, Kementerian Luar sepatutnya menjadi hos kepada wakil kerajaan Mongolia,” katanya dihubungi.

Taktik Diktator Tuduh Pembangkang Diresapi JI


MERSING – Tuduhan yang mengaitkan pembangkang dengan pengganas disifatkan sebagai taktik kebanyakan rejim diktator di seluruh dunia.

Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Ustaz Azam Abd Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Johor, dakyah ini cuba ditiru oleh pihak berkaitan dengan harapan kuasa yang ada tidak beralih tangan kepada pihak lain.

”Kini pembangkang di Negara kita dituduh diserapi komunis dan JI.

”Bukankah ini taktik kebanyakan diktator di seluruh dunia seperti Muammar Ghadafi, HosniMubarak, Mohammad Soleh, Bashar Assad dan ‘khalifah’ di negara-negara Asia Barat yang cepat mengguna isu pembangkang diserapi elemen pengganas Al Qaeda bila berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

NFC: Kes Shahrizat saman Zuraida, Rafizi 6 Ogos


PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 6 Ogos ini bagi mendengar kes saman bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Kes saman RM100 juta itu dikemukakan oleh Shahrizat berhubung dakwaan penyelewengan projek kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang telah didedahkan oleh kedua-dua pemimpin PKR itu.

Ghani 'tahi' ugut @cmlimguaneng lagi hari ini

Sharpshooter

SELEPAS sekian lama menyepi, aktivis pro Umno yang pernah mengusung kek 'tahi manusia' lalu diberikan kepada kakitangan awam di Komtar pada hujung tahun lepas sekali lagi melancar ugutan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pagi tadi.

'Ghani Kulit' atau nama sebenarnya Mohamed Ghani Abd Jiman mendesak penguatkuasa berwajib Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memulangkan 'aksesori kulit terlarang atau haram' yang dirampas sebelum ini sebelum ini sesegera mungkin.

Pas Bersedia Menyemak Polisi Sedia Ada Sebagai Persiapan Ke Putrajaya

PAS melalui Pusat Penyelidikan PAS (PPP) komited dalam usaha meneliti, menyemak dan mengkaji semula beberapa dasar sedia ada di peringkat kerajaan Persekutuan sekarang. Menelusuri Dokumen Negara Berkebajikan yang digagaskan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, dokumen ini merupakan tawaran kepada rakyat sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat diberi mandat memegang tampuk pemerintahan Persekutuan pada PRU 13 akan datang.

IKLAN : Kerajaan Selangor -- Potongan Cukai Pintu 25%

Facebook faces unfriendly growth numbers

Syrian uprising splits rural areas and cities

Meja Bulat : Isu Air - Realiti Atau Politik? - Bahagian 2

Meja Bulat : Isu Air - Realiti Atau Politik? - Bahagian 1

Perasmian Qaryah Ramadhan oleh TGNA 1433H

KTS: Hudud bukan penyelesaian masalah sosial

Arab minta resolusi Syiria


Arab minta resolusi Syria
Sebahagian pelarian Syria tiba di sempadan Al-Qaim, Iraq.
NEW YORK - Negara-negara Arab mengumumkan akan menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan mendapatkan sendiri pengesahan terhadap resolusi baru untuk Syria.
Tindakan itu dibuat selepas Majlis Keselamatan gagal menangani krisis yang berlaku di negara bergolak itu dengan meminta peralihan terhadap politik dan penubuhan semula sebuah kerajaan demokrasi.

Air: Muhyiddin berpeluang ambil alih tempat Najib


KUALA LUMPUR: Propaganda bohong mengenai krisis air di Selangor dilihat akan memberi peluang kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambilalih kedudukan Perdana Menteri dari Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pembohongan dan penipuan terang-terangan kononnya berlaku krisis bekalan air di Selangor itu mungkin akan menamatkan kerjaya politik Najib yang kini dikatakan kian keseorangan.

Kemaruk kuasa...!!

Oleh Adil Mat Selamat
Sungguh pun Parlimen belum dibubarkan, UMNO yang dikepalai oleh Najib Razak semakin ligat berkempen di seluruh pelusuk tanah air. Nampaknya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya melihat saja, mungkin kerana mereka tidak mampu membezakan setiap lawatan Perdana Menteri ini atas kapasiti ketua kerajaan atau kepala parti.


FELDA Bakal Alami Nasib Sama Seperti KUB!


Sesi dagangan saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) hari ini menutup dagangan dalam tulisan merah.

Saham FGVH jatuh lagi 4 sen kepada RM5.15 berbanding penutup semalam.

Sejak mula diapung di Bursa Malaysia, harganya sudah jatuh 14 sen dan trend ini dijangka akan berterusan dalam jangka masa panjang.

Bn Sabah Semakin Lemau ?

Oleh Abdul Rahman Hashim
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri dikhabarkan akan terbang ke Sabah sabtu ini (28 Julai). Walaupun beliau akan terlibat dengan beberapa program berbuka puasa bersama rakyat di sana, namun yang pasti beliau juga akan berjumpa dengan pemimpin-pemimpin UMNO/BN negeri Sabah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang badai yang bakal melanda politik UMNO Sabah, terutama melibatkan dua Ahli Parlimen BN yang dikatakan akan meninggalkan parti masing-masing untuk menyeberangi 'Pakatan Rakyat' dalam masa yang terdekat ini.

Bubar Parlimen April 2013, MPN saran PM

Menjelang PRU 13 BANGI BARU BANGI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak wajar menggunakan mandat sepenuhnya, sehingga April 2013, sebelum memanggil Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin berkata, Najib perlu menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun sedia ada untuk terus membantu rakyat serta memakmurkan negara, yang dilihat dapat meraih sokongan.

"Saya tidak mahu cadang bila beliau patut bubar (Parlimen), beliau lebih tahu.

"Tetapi kalau saya berpeluang, saya akan kata, gunakan hingga akhir (mandat)," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

KDN digesa umum segera pelan bantu mangsa jenayah

SHAH ALAM 27 Julai: Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa menghebahkan kepada umum berkenaan pelan penubuhan jawatankuasa khas bagi membantu mangsa jenayah kekerasan terutama wanita dan kanak-kanak yang diumumkan menterinya baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi Inovasi dan Kebudayaan Selangor, Rodziah Ismail berkata, tindakan itu perlu disegerakan kerana situasi jenayah semakin serius.
“Bukan setakat hebahan tetapi disertai segera dengan pelan tindakan yang jelas bagaimana menangani jenayah-jenayah yang disebutkan, bahkan semua jenis jenayah, termasuk pemerdagangan manusia, yang boleh mengakibatkan rasa negatif rakyat terhadap keselamatan mereka.
“Keberkesanan menangani masalah keselamatan awam berkait rapat dengan gerak kerja bersistem dan selaras di antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Kerajaan Persekutuan yang mengarah jentera penguatkuasaan seperti PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan Imigresen,” katanya pada kenyataan.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilapor berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai oleh PDRM dan badan bukan kerajaan (NGO) yang akan dipilih oleh KDN mengikut kriteria ditetapkan.
“Keberkesanan untuk mempengaruhi secara efektif dan positif keadaan rasa selamat rakyat Selangor boleh berlaku dengan kerjasama intim jentera penguatkuasaan Persekutuan dengan Kerajaan Selangor khususnya dalam perlindungan mangsa dan akses terhadap mereka.

Krisis Air : MTUC Serah Memo Minta SYABAS Jawab Sebelum 7 Ogos

Syabas diberi tempoh sehingga 7 Ogos ini bagi menjawab persoalan berhubung krisis air yang didakwa berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sekiranya tiada jawapan dikemukakan syarikat konsesi air itu sehingga tempoh dinyatakan maka adalah jelas ‘krisis air yang berlaku’ hanyalah tidak benar dan retorik politik bagi kepentingan pihak tertentu.
Perkara ini dinyatakan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago ketika menghantar memorandum kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Gabungan Menentang Penswastaan Air (CAWP) di ibu pejabat syarikat itu di sini pagi tadi.

Anak kecil tahanan ISA tanya di mana ayah

DALAM keghairahan menjalani ibadah puasa bermula 21 Julai lalu, mungkin suasana yang berbeza dialami keluarga malang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dipisahkan daripada keluarga tersayang.

Tatkala anak-anak lain dijanjikan bapa tersayang, jika berpuasa penuh bakal mendapat ganjaran pelbagai bentuk termasuk wang, baju raya yang lebih dan duit raya, selain memenuhi tuntutan rukun Islam, anak-anak mangsa tahanan ISA setiap tahun terpaksa menjalani ibadah puasa tanpa belaian dan dorongan si ayah.

Jauh sekali untuk menikmati suapan tangan penuh kasih sayang ketua keluarga, malah mungkin makan dan minum mereka sekadar alas perut di kala anak-anak keluarga lain sedang khusyuk menikmati juadah pelbagai aneka di bulan penuh keberkatan.

Lagi kajian MPN: Kedah kekal di tangan Pas



Menjelang PRU 13 BANGI BARU BANGI - Jika penemuan kajian Universiti Utara Malaysia (UUM) membabitkan 10,800 responden mendapati majoriti pengundi Kedah memilih Barisan Nasional (BN) menerajuinya semula, seorang lagi anggota Majlis Profesor Negara (MPN) berpendapat Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas boleh mengekalkan negeri utara Semenanjung itu.
Prof Dr Mansor Mohd Noor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendedahkan penemuan kajiannya hari ini - Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan akan kekal di tangan PR.
Pun begitu katanya, Selangor, negeri paling kaya di Malaysia, akan jatuh ke tangan BN sebagaimana disebutkan dalam laporan kelmarin.
Anggota panel forum mengenai PRU13 ini berkata, penemuan itu diperoleh menerusi kajian berkala yang dikendalikan beliau antara April dan Mei lalu.

PRU13 'Battle of the Gladiators' Najib-Anwar

BANGI - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang sebelum ini disifatkan sebagai 'ibu kepada segala pilihan raya', dilabel sebagai satu pertembungan personaliti antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin menyifatkan pertembungan kedua-dua mereka sebagai "Battle of the Gladiators".

"Saya melihat pilihan raya umum ini sebagai persaingan dua personaliti iaitu antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan masing-masing mencari ruang persepsi... politik adalah berkenaan dengan persepsi," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Betulkah Najib PM terakhir BN?


Wilfred Bumbering dan Lajim Hj Ukin telah menampakkan yang mereka akan keluar dan berpisah dari BN. Perletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran oleh Wilfred memperkuatkan lagi keyakinan bahawa Timbalan Presiden UPKO itu akan menyertai pilihanraya kali ini sebagai salah seorang calon Pakatan Rakyat. Tindakan kedua-dua pemimpin Sabah ini pastinya memberikan tamparan hebat terhadap BN dan kita mengagakkan yang pilihanraya akan ditunda lagi ke tarikh yang lain dan tidak akan diadakan piihanraya pada bulan September seperti yang dispekulasikan oleh banyak pihak.

Di Sarawak pula ADUN Meluan Wong Judat semalam juga mengisytiharkan dirinya keluar dari BN. Beliau merupakan Naib Presiden kepada Parti Demokratik Progressive Sarawak (SPDP) telah keluar dari BN kerana hilang keyakinan kepada pimpinan BN sekarang ini.

Najib cuba hilangkan sakit UMNO, tetapi tidak tahu apa penyakitnya

Yang masih ada kepada Najib ialah ego dan ketamakan sahaja. Beliau tahu yang BN akan kalah dalam pilihanraya kali ini jika PRU itu diadakan sekarang atau sebulan dua selepas ini. Tidak tahulah jika Najib ada sentuhan sakti awal tahun depan untuk mengekalkan kuasa dan baki-baki mandat yang masih ada kepada BN sekarang. Sekarang Najib bukan lagi hendak menyelamatkan UMNO, tetapi sebaliknya Najib berusaha untuk UMNO menyelamatkan beliau.
BN kini sedang berpecah, ibarat kejatuhan kepingan-kepingan bangunan yang sedang runtuh. UMNO khususnya memang sudah sampai ke penghujung hayatnya. Semuanya ini adalah dalam pengetahuan Najib. Jika benar Najib tidak tahu keadaan ini maka sah Najib tidak tahu menahu apa yang berlaku di bawah dalam BN dan UMNO serta pandangan dan persepi sebenar rakyat terhadap kerajaan pimpinan beliau.

Kalau tak ada PR, BN akan tetap tak berubah

Oleh Daing Yahya

Abang Daing rasa, sejak tsunami politik 2008 dulu, BN dah banyak berubah, lebih-lebih lagi Najib Razak. Dia kini rajin benar ke hulu-ke hilir, siang dan malam mencari rakyat susah untuk ditolong. Sekejap ke selatan, sekejap ke utara, sekejap ke timur dan sekejap ke barat. Pendek kata, PM kita ni dah macam Pegawai Daerah yang merayau meninjau kawasannya. Hebat betul.
Lepas BN hilang majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen, hilang pula Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak selain terus gagal menawan Kelantan pada 2008, telah membuatkan BN bagai bangkit dari lena yang panjang. Eh, betul ke?
UMNO-BN baru terasa nak sedar…
Rupa-rupanya, selama 54 tahun mereka memegang kuasa politik, mereka hanyut dengan nikmat yang tuhan beri. Dan rupa-rupanya, selama 54 tahun ini juga, kita rakyat Malaysia kena tipu dek permainan politik UMNO dan BN.
Bayangkanlah, nak dapat BR1M sebanyak RM500, kena tunggu 54 tahun. Nak dapat baucar buku pelajar juga kena tunggu 54 tahun. Tiba-tiba ada macam-macam lagi, segalanya dengan 1Malaysia. Apa ni?

SPR perlu utamakan penyelesaian, bukan penjelasan

BERSIH2.0 melihat buku terkini yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertajuk "Daftar Pemilih: Isu dan Penjelasan" merupakan pemilihan prioriti yang salah dan ingin mengingatkan pihak SPR agar kembali memberi tumpuan kepada tugas yang lebih utama iaitu membersihkan proses pilihanraya.

Kami tetap berpendirian, jikapun ada usaha-usaha yang dilakukan oleh SPR untuk membersihkan Daftar Pemilih, usaha tersebut adalah terlalu dangkal dan gagal untuk menangani secara komprehensif segala penyelewengan dan penipuan yang telah mencemarkan Daftar Pemilih.  Segala bukti penipuan dinafikan oleh SPR sebagai kesilapan perkeranian dan tidak akan berulang.  Dalam buku yang diterbitkan, SPR terus berdalih dengan cuba menggambarkan seolah-olah mereka tidak memiliki kuasa untuk menyelesaikan permasalahan yang dibangkitkan oleh BERSIH 2.0 dan gerakan reformasi pilihanraya yang lain.

SAMM cadang boikot sambutan Kemerdekaan Edisi Ke-55

Buat kali pertama dalam sejarah, sambutan Hari Kemerdekaan telah dicemari oleh kepentingan politik kepartian yang melampau.  Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa agar sambutan hari kebangsaan dengan tema dan logo yang mengarut ini diboikot serta merta.

Tema hari kebangsaan "Janji Ditepati" yang diambil daripada tema jelajah BN dilihat SAMM sebagai sangat keterlaluan, adalah lebih baik sekiranya regim terus menggunakan tema "Undilan BN" sempena menghampiri tempoh mati bagi parlimen dibubarkan dan seterusnya pilihan raya dijalankan.

AWER: PM mesti tubuhkan panel siasatan bebas dan mansuhkan Akta SEDA

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah menghantar satu surat terbuka kepada Perdana Menteri untuk memberikan justifikasi tentang keperluan untuk "menutup" SEDA dua minggu yang lepas.  Minggu lepas, SEDA telah menggunakan duit cukai rakyat untuk menjustifikasi "omong kosong" mereka melalui iklan.  Lebih banyak mereka menjelaskan, lagi mendedahkan ketidakperluan kewujudan mereka dan ketidakupayaan untuk melaksanakan pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) di Malaysia.

Sejarah Penubuhan

Harga barang naik ketika Ramadan, menjelang Aidilfitri

KUALA LUMPUR - Ketika bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri menjelang tiba, harga barangan keperluan pengguna didapati meningkat.
  
Misalnya dalam tinjauan Bernama di Pasar Basah Seksyen 17, Petaling Jaya, didapati bawang besar yang sebelum ini dijual pada harga RM2.20 sekilogram, meningkat ke RM2.50 sekilogram.
  
Begitu juga dengan cili merah yang sebelum ini dijual RM9 sekilogram naik kepada RM10 sekilogram sementara tepung gandum naik kepada RM2.20 sekilogram berbanding RM2.10 sebelum ini.
  
Seorang peniaga sayur M. Ganesamy, 31, mengakui tentang kenaikan harga barangan dengan berkata pemborong mengenakan harga yang mahal menyebabkan para peniaga turut terpaksa menaikkan harga, misalnya harga ubi kentang dan bawang naik antara 10 hingga 40 sen.
  

BN Putar Belit Isu Lesen Hospital Swasta Di P. Pinang


GEORGETOWN, 27 JULAI : Exco Kesihatan, Kebajikan Dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh membidas dan mendedahkan penipuan yang dibuat oleh Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow berhubung kes tanah 0.4 hektar di Jalan Zainal Abidin dan keengganan Kementerian Kesihatan untuk memberi lesen untuk hospital swasta multidisiplin.
Dalam satu kenyataan media kepada TVSelangor, Boon Poh mendedahkan, BN Pulau Pinang cuba mengalihkan perhatian rakyat berhubung hakikat keadaan Kerajaan PR Pulau Pinang yang harus menebus balik lebih RM10 juta jika lesen hospital swasta tidak dapat diperolehi.

Tema Merdeka, rakyat jadi marah

Menyambut kemerdekaan adalah hak semua rakyat, bukan hak orang tertentu. Tidak pernah berlaku sebelum ini rakyat begitu marah dengan tema ini.

Kebiasaan perkara ini tidak pernah dibincang dan dijadikan polimik oleh rakyat di negara ini. Apabila tema Janji Ditepati dikemukakan ia mendapat bangkangan daripada rakyat.

Sebelum ini pun perayaan kemerdekaan negara seolah-olah sambutan ulang tahun Umno. Kerana gambar-gambar yang ditonjolkan dari kalangan Presiden Umno bukan daripada pejuang kemerdekaan yang tidak berkompromi dengan penjajah sehingga terpaksa merengkok di dalam penjara seperti Ustaz Abu Bakar al Baqir, Ahmad Bostaman, Dr Burhanuddin Helmi, Ishak Haji Muhammad dan lain-lain lagi. Sedangkan pemimpin Umno hanya menadah kemerdekaan dengan dulang emas kerana mereka adalah tali barut penjajah

Tanah Rezab Melayu di Cherating bertukar tangan



(Kedudukan lot-lot tanah di Pantai Cherating. Lot 5233, 7058 dan 7059 kini sudah diserahkan kepada pihak tertentu)


KUANTAN: Seorang ahli perniagaan terkejut apabila tiga lot tanah rezab Melayu berhadapan dengan tanah yang beliau beli telah bertukar tangan kepada orang bukan Melayu di pantai Cherating.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau membeli tanah yang berhadapan dengan pantai menghala ke Laut China Selatan pada tahun 1990.

FGVH: Fahami tawaran Pakatan, bukan andaian


Wartawan yang mahu menulis tentang isu-isu berkaitan Felda termasuk penyenaraian saham Felda Global Ventures Holding FGVH) diminta memahami isu tersebut betul-betul, bukan sekadar merujuknya daripada sumber sebelah pihak bagi tulisan yang ‘mengampu’.
Ini penting kerana jika isu yang dibicarakan sekadar ‘menggula-gulakan’ pembaca, persoalan sebenarnya yang melingkari peneroka dan perlukan penyelesaian tidak akan terungkai.

Semalam (Khamis) sebuah rencana dalam akhbar Berita Harian bertajuk ‘Isu FGV: Waspada gula-gula pembangkang’ yang ditulis sendiri oleh Ketua Biro Negeri Pahang akhbar berkenaan, menunjukkan beliau sendiri tidak faham dengan isu yang dibangkit oleh Pakatan Rakyat dan Gerakan Selamatkan Felda (GSF).

Durian Roboh : Isteri dan bekas isteri peneroka dapat RM563 juta...


Ahmad Maslan TEMERLOH - Sebanyak RM563 juta diperuntukkan bagi pemberian 'durian runtuh' untuk isteri peneroka di seluruh negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata pemberian RM5,000 seorang itu melibatkan 112,635 isteri peneroka.
"Pahang mencatat  jumlah pembayaran yang tertinggi iaitu sebanyak  RM215.6 juta melibatkan 43,124 penerokawati," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang terbabit kepada 900 isteri penerokas di Felda Lakum dan Bukit Damar Lanchang, di sini.
"Kita berharap mereka berbelanja secara berhemah dan menyimpan di institusi kewangan bagi membiayai pelajaran anak-anak atau bekalan di hari tua," katanya. - Bernama

SPR dituntut tumpu penyelesaian, bukan penjelasan – Bersih

KUALA LUMPUR 27 Julai: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) membidas buku terbitan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ‘Daftar Pemilih: Isu dan Penjelasan’ kerana tidak menumpukan penyelesaian membersih pilihan raya sebaliknya memilih mempertahankan tindakan suruhanjaya itu.
Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga berkata, SPR gagal menangani penyelewengan daftar pemilih tetapi dalam buku tersebut, SPR menggambarkan mereka berkuasa menangani kebimbangan yang dibangkitkan Bersih dan kumpulan reformasi pilihan raya.
“Kami mengekalkan usaha SPR membersihkan daftar pemilih. SPR gagal menangani secara terperinci penyelewengan daftar pemilih. Dalam buku tersebut, penipuan pilihan raya ditolak sebagai kesilapan perkeranian,” katanya dalam satu kenyataan.
Ambiga berkata, SPR juga meletakkan tanggungjawab warganegara dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk melaporkan kematian kepada SPR.
Kata beliau, pendekatan SPR itu salah dan sepatutnya suruhanjaya itu perlu menjalankan pemeriksaan berkala terhadap senarai daftar pemilih.

‘Janji Ditepati’: Adakah Najib PM untuk Umno BN sehaja ?


Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sedang mempertahankan pihak yang tidak dapat dipertahankan apabila menjawab pertanyaan di Twitter berhubung dengan sebab mengapa tema Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia “Janji Ditepati” tidak patut digunakan bagi sambutan tahun ini.
Pertamanya, dakwaan Rais bahawa “Malaysia sudah mencapai status ‘achieving nation’ selepas 55 tahun merdeka” merupakan satu komen yang menimbulkan kontroversi dan boleh dipertikaikan, kerana sekiranya ianya benar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan mendapat nama yang buruk sebagai Perdana Menteri yang paling bercelaru dalam sejarah negara ini yang masih menangguh pelan beliau untuk mengadakan pilihanraya umum untuk meraih mandat untuk diri sendiri kerana takut kisahnya akan berakhir dengan pihak beliau sebagai pihak pembangkang atau digulingkan dalam UMNO seperti yang dilakukan kepada Tun Abdullah.

Rafizi: Kaji selidik terbaru tunjukkan BN makin bahaya

PKR melihat, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin berbahaya apabila kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center menunjukkan populariti perdana menteri itu menurun dari kalangan sokongan pengundi Melayu.
Rafizi menjelaskan, berdasarkan kaji selidik itu, beliau turut mendapati, isu “bread and butter” menjadi isu pokok kepada sokongan pengundi terhadap kepimpinan Najib.
“Hasik kaji selidik Merdeka Center mendapati isu ekonomi menjadi faktor penurunan sokongan pengundi Melayu terhadap perdana menteri.
“Saya berpendapat, isu bread and butter ini memainkan peranan penting. Selepas kerajaan mengumumkan GTP, (Program Transformasi Kerajaan), ETP, (Program Transformasi Ekonomi), mereka cuba memaparkan seolah-olah semuanya baik ... tetapi  rakyat terutamanya bangsa Melayu tidak merasai kesan daripada transformasi berkenaan,” kata Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Rafizi Ramli: Isu “bread and butter” akan memainkan peranan penting. — Foto fail
Selain itu, Rafizi juga turut menjelaskan, kaji selidik ahli akademik daripada Majlis Professor Negara yang menjangkakan Selangor dan Kedah bakal dikuasai Barisan Nasional (BN) juga tidak tepat, dan ia memerlukan perbincangan lanjut. “Saya mempersoalkan penemuan ahli akademik daripada kaji selidik MPN, kecuali ianya dibentang secara terbuka.
“Tetapi situasi politik sekarang lebih mirip kepada kaji selidik Merdeka Center,” katanya.
“Kalau benar BN dan Najib begitu popular, sudah lama PRU telah dilaksanakan,” tambahnya lagi.
Jelas Rafizi, Pakatan Rakyat sangat gembira dengan hasil kaji selidik Merdeka Center dan Najib jelasnya, perlu merasa bimbang kerana beliau seolah-olah bertindak sebagai “presiden” dan berkempen secara individu.
“Kami sangat gembira dengan keputusan kaji selidik Merdeka Center ... kalau saya Najib, parti sudah sepatutnya menyuarakan kebimbangan kerana Najib  berkempen seolah-olah beliau seorang Presiden.
“Ia bukannya semangat berkumpulan,  bukan team effort, tapi personal strenght,” kata Rafizi lagi dan menambah,”PRU ini mungkin 50-50, (persaingan antara BN dan PR).”
Kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center semalam mendedahkan, penerimaan terhadap Datuk Seri Najib Razak menurun satu peratus kepada 64 peratus pada Jun lalu, namun penerimaan terhadap kerajaan menurun sebanyak enam peratus kepada 42 peratus pada bulan sama dengan penurunan terbanyak datang dari pengundi Melayu.

MP BN Sabah jemput Anwar ke pelancaran SRF

NONEKetua perhubungan PKR Sabah Ahmad Tamrin Jaini mengesahkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput untuk menghadiri pelancaran satu pergerakan politik baru oleh dua orang MP BN Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran).
Pergerakan tersebut dikenali dengan nama Angkatan Perubahan Sabah (Sabah Reform Front - SRF).
Tamrin ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan bahawa Anwar akan berada di Sabah pada hujung minggu ini atas jemputan tersebut.

Hukum Lafaz CERAI Akibat MIMPI - Ustaz Azhar Idrus

Hukum MANDI Guna AIR Tadahan WUDUK - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Parti ISLAM Bersama Parti BUKAN ISLAM - Ustaz Azhar Idrus

TIPS Ubat HATI Terluka - Ustaz Azhar Idrus

UN chief makes plea on global arms treaty

Why does violence continue to plague Assam?

Fresh violence in Syrian uprising

Cukai eksais: Pemimpin Umno cepat melatah- Rafizi Ramli

'Scrapping tax won't rob Proton, Perodua's edge'

Pemotongan Cukai Eksais Kereta Dapat Ringankan Beban Rakyat - Rafizi Ramli

PKR: Approved Permit to be revamped for cheaper cars

Tazkirah Qaryah 5 Ramadhan 1433H

Tazkirah Qaryah 1 Ramadhan 1433H

Marhaba Ramadhan - Sahur Mengikut Sunnah

Marhaba Ramadhan - Adab dan amalan ketika berpuasa

Today in History for July 27th

Cukai eksais kereta kecil dari belanja luar jangka PM


KEADILAN mengalu-alukan pelbagai maklumbalas setakat ini berhubung cadangan menurunkan harga kereta melalui kaedah rombakan struktur cukai yang dikenakan ke atas kereta terutamanya cukai eksais dan cukai import.

Maklumbalas yang bertalu-talu mengesahkan pandangan KEADILAN bahawa isu ini adalah isu rakyat yang perlu dibincangkan di peringkat nasional.

Kenyataan beberapa pimpinan Umno/Barisan Nasional yang cepat melatah bahawa rombakan struktur cukai ini akan menurunkan harga kereta berjenama antarabangsa setara dengan harga kereta-kereta Proton menampakkan mereka tidak memahami konsep cukai eksais.

Kaji semula AP, ganti pendapatan duti eksais

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata Pakatan Rakyat antara lainnya akan mengkaji pengurusan permit import kenderaan (AP) bagi membiaya penghapusan duti eksais kereta yang dirancangkannya.

Selain itu, Pakatan juga akan mengkaji kaedah untuk menguruskan belanjawan negara dengan lebih berhemah bagi menampung semula pendapatan yang hilang akibat penghapusan cukai tersebut.

"Kita sedang melihat bagaimana AP diuruskan. Kita semua tahu bahawa AP merupakan sumber kekayaan bagi kroni.

Biasa Bermewah : Wakil rakyat Umno Kedah kini tiada wang...!!!

Mereka mendakwa tidak mendapat sumbangan dari korporat dan individu.
ALOR SETAR: Umno Kedah kini berdepan masalah baru dalam usaha merampas semula negeri itu dari kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke 13.
Pemimpin-pemimpin di bahagian termasuk wakil rakyat mendakwa mereka tidak mempunyai  wang untuk melaksanakan aktiviti.
Ketua Bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad yang juga ADUN Kuah mengakui kebenaran ini.
“Kalau tidak ada wang, kami tidak boleh menemui rakyat. Kami perlu lakukan aktiviti terutama menjelang PRU 13.
“Seorang ADUN perlukan RM500, 000 kerana Kedah negeri yang kita kalah, kena buat banyak program dan aktiviti untuk rampas semula negeri ini.

Tariq Ramadan: Mengapa nafikan hakikat dan kebenaran?

Oleh Syukri Shairi

Sapaannya mudah. Bahasanya rapi, selari dengan mesejnya yang dekat. Tariq Ramadan adalah seorang yang sedar – sedar akan hakikat konteks dirinya, sedar akan berat isu yang merangkuminya. Beliau seorang yang realis. Lebih penting lagi, Tariq Ramadan adalah seorang yang yakin, dan keyakinan inilah yang mendorong idea-idea reformisnya menuju hanya ke satu arah: ke lapangan progresif.
Tawarannya jelas. Keyakinan hanya akan membuka jalan ke arah pembinaan diri, lantas membenarkan lebih banyak keterbukaan dalam pertukaran pendapat. Bukalah diri kepada dunia, pintanya, kerana hanya dengan minda yang terbuka, ruang untuk menyapa rasa rendah diri bakal wujud.
Jika dikupas, ini adalah ajakan yang sangat pemurah. Jika dikupas, kombinasi keyakinan dan rendah diri inilah yang seterusnya menjadi titik tolak kepada pemantapan hubungan sesama insan, lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat majmuk – masyarakat yang sarat dengan kepelbagaian latar belakang, keturunan dan agama. Lebih-lebih lagi untuk Malaysia, tegas Tariq, kepelbagaian ini adalah hakikat yang sama sekali tidak boleh dielakkan.
Terima, nafi dan keliru

Artis pakai tudung usahlah mengeluh

Artis-artis wanita khususnya mereka yang membuat keputusan untuk berhijrah dan menukar imej dengan memakai tudung tidak wajar mengeluh jika berdepan kesulitan untuk mendapatkan tawaran kerja.Golongan itu seharusnya yakin terhadap niat utama untuk berhijrah dan perlu mengelak daripada memberikan kenyataan yang boleh mencemarkan imej mereka selepas membuat keputusan untuk berubah.Pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly berkata, sekiranya ada di kalangan artis yang baru bertudung sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan itu, individu tersebut harus menerima dugaan tersebut dengan hati terbuka.
“Jangan pertikai isu tawaran lakonan atau kerja merosot hanya kerana kita bertudung. Artis terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah.
“Maka, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan bertudung itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah.
“Bertudung dan menutup aurat itu tidak membebankan atau membatasi urusan seharian kita,” kata Sheila (gambar) ketika dihubungi mStar Online di sini.

MPN didakwa cuba cetus perang psikologi kepada PR


ALOR SETAR - Majlis Profesor Negara (MPN) didakwa cuba mencetuskan perang psikologi kepada Pakatan Rakyat (PR) apabila kajian yang dibuat membabitkan keputusan PRU13 memihak kepada Barisan Nasional (BN).
MPN didakwa cuba cetus perang psikologi kepada PR
Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, pihak yang mengendalikan kajian terbabit berupaya mencetuskan suasana perang psikologi tanpa sedar, kerana ia banyak dilakukan di negara demokrasi lain.

“Penggunaan responden boleh dimanipulasi. Ini boleh menyebabkan keputusan tidak seimbang dan pasti hanya memihak kepada pihak tertentu,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan dua kajian yang memberi keputusan berbeza iaitu Profesor Dr Rohana Yusof yang memihak kepada BN dan Profesor Madya Dr Fuad Mohd Jali yang memihak kepada PR, menunjukkan kedua-dua parti mempunyai peluang sama rata.

KTS: Hudud bukan penyelesaian masalah sosial...projek bagi laki berbini ramai..!!!

NONEKelab Taat Suami (KTS) menolak undang-undang hudud sebagai penyelesaian kepada masalah sosial dalam negara ini.

Menurut presidennya, Fauziah Ariffin, penguatkuasaan undang-undang juga tidak akan dapat menangani masalah seperti seks luar nikah, pembuangan bayi, dan juga hubungan sejenis.

Beliau percaya hukum hudud merupakan langkah terakhir untuk menghukum mereka yang terlibat dalam masalah sosial seperti seks luar nikah.

Menurutnya, hukum hudud antara lainnya memperuntukkan saksi yang disyaratkan sebagai individu yang tidak meninggalkan solat dan bukan seorang fasik.

Harga Proton tetap lebih murah walau mansuh duti eksais, kata Rafizi

PETALING JAYA, 27 Julai — PKR hari ini menegaskan harga pembuat kereta nasional tetap akan menjadi lebih murah berbanding pengeluar kereta import yang lain sekiranya cadangan memansuhkan duti eksais kereta dilaksanakan mereka.
Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli ketika sidang media hari ini berkata, “sekiranya kadar cukai dirombak, dan cukai eksais dimansuhkan, harga Proton dan Perodua akan kekal menjadi paling rendah dengan kadar purata di bawah RM30,000 sebuah.”
“Hampir semua kereta dijual Proton dan Perodua hari ini dikenakan cukai sehingga 85 peratus dalam bentuk duti eksais mahupun cukai jalan; sama dengan model kereta antarabangsa.
“Jika rombakan dibuat, harga Proton dan Perodua, termasuk pengeluar antarabangsa seperti Honda, Toyota dan senagainya akan turun secara berkadar dengan cukai dikenakan selama ini,” katanya lagi.

Awang Adek dimalukan dengan isu KGT

KOTA BHARU: Percubaan Umno Kelantan bertenggek di atas isu Kelantan Golden Trade (KGT) akhirnya terlodeh apabila polis menjelaskan tiada sebarang penyeleweng terhadap urus tadbir agensi terbabit.

Sedangkan sebelum ini Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein memberi tempoh 21 hari supaya kerajaan negeri menyiasat dakwaan penyelewengan KGT.

“Hari ini, KGT disahkan bersih, sedangkan Awang Adek yang dikaitkan dengan pelbagai dakwaan salah guna kuasa sejak akhir-akhir ini masih belum terbukti tidak bersalah.

“Sepatutnya beliau merasa malu dengan kenyataannya sebelum ini kerana mengutip maklumat di tepi jalan bagi memburukkan kerajaan negeri,” kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

PR akan struktur semula AP tampung mansuh duti eksais

Rafizi Ramli: Sistem sekarang hanya memberikan kelebihan AP kepada sesetengah kumpulan masyarakat dan bukannya kepada keseluruhan masyarakat. — Foto fail oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 27 Julai — Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli hari ini berkata, demi menampung kehilangan dana kerajaan ekoran cadangan mereka untuk memansuhkan duti eksais kereta, Pakatan Rakyat (PR) bercadang untuk menstruktur semula kadar Permit Import (AP). Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini berkata, pemberian AP itu perlu distruktur semula kerana sistem yang ada sekarang hanya memberikan kelebihan kepada sesetengah kumpulan masyarakat dan bukannya kepada keseluruhan masyarakat Malaysia.
“Kami akan semak semula pemberian AP bagi menangani kekurangan pendapatan yang disebabkan pemansuhan duti eksais kereta.
“Kalau AP diurus dengan baik, saya percaya ada sumber kewangan yang boleh digantikan daripada kehilangan dana kerajaan akibat rombakan struktur cukai kereta itu,” katanya.
Rafizi sebelum ini mengumumkan, PR akan memansuhkan duti eksais kereta sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

MSK ajak mahasiswa dekati masyarakat


RANTAU PANJANG: Markaz Siswazah Kelantan (MSK) terus mendekati rakyat negeri ini kali ini dengan program santai yang dinamakan “Make Colek Bersama Mahasiswa” yang diadakan di Bukit Tandak di sini baru-baru ini.


Program julung-julung kali diadakan itu disertai hampir 100 mahasiswa seluruh Kelantan menyantuni penduduk.

ISA dah hapus? Atau hanya sandiwara?

  
Benarkah akta ISA sudah dihapuskan atau ia hanya mainan politik BN?  Memang kita ada mendengar,  Najib ada menyebutnya di majlis-majlis tertentu termasuk di parlimen!.  Kononnya ISA sudah pun diganti dengan satu akta baru yang lebih baik tetapi khabarnya akta baru itu lebih teruk dari ISA yang sedia ada.

Apa-apa pun kita merasa kesal kerana pengumuman Najib tentang penghapusan ISA ini dibuat macam  melepaskan batuk ditangga saja. Pengumuman itu seolah-olah untuk pengetahuan parti pembangkang saja! Kenapa tidak dihighlightkan secara berterus-terang,  telus yang lebih meluas untuk pengetahuan umum? Najib bagaikan ada menyimpan muslihat tertentu !!

Sabotaj : Petugas JAIS tunjuk samseng?

Sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini bertindak memecahkan pintu pagar sebuah rumah yang dikatakan ada kegiatan maksiat, sedangkan tidak ada apa yang berlaku di rumah tersebut.Kejadian itu berlaku di Pandan Terrace Apartment, pada sekitar 2.30 pagi ketika penghuni rumah tersebut sedang bersahur.
“Pada mulanya saya ingatkan ada orang cuba pecah rumah saya, dan bila saya buka pintu, kelihatan hampir sepuluh orang di hadapan pintu rumah saya.
“Salah seorang dari mereka menunjukkan kad kuasa mereka, dan yang lain bertindak menggunakan tukul untuk memecah masuk rumah saya.
“Pegawai itu kemudian memberi amaran untuk bekerjasama atau kekasaran akan dilakukan.

Pergolakan Sabah mangkin kejatuhan BN

Shahbudin Husin
Beberapa hari yang lalu berlaku pergolakan politik di Sabah yang tentunya menarik untuk diperhatikan. Ia menjadi menarik kerana apa yang berlaku di Sabah itu bukan saja memberi kesan kepada politik negeri bawah bayu itu sahaja tetapi juga kepada perkembangan di Malaysia seluruhnya.Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing secara tiba-tiba mengumumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran dan dijangka akan mengumumkan masa depan politiknya pada Ahad ini.
Tetapi ramai pemerhati meramalkan beliau akan keluar dari UPKO dan seterusnya mengisytiharkan dirinya menyokong Pakatan Rakyat. Di masa yang sama, timbul juga desas-desus sebuah parti baru yang dikenali Barisan Pembaharuan Sabah sedang dalam proses penubuhan dan dijangka diumumkan secara rasmi di di Dalit, Tuaran Ahad ini.
Di masa yang sama, Anwar Ibrahim juga dikhabarkan akan menghadiri satu perhimpunan rakyat di Tuaran, juga Ahad ini.

Wakil rakyat Umno Kedah mahu wang....!!! Jadi Fakir bila kalah...???

Umno Kedah kini berdepan masalah baru dalam usaha merampas semula negeri itu dari kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke 13.Pemimpin-pemimpin di bahagian termasuk wakil rakyat mendakwa mereka tidak mempunyai  wang untuk melaksanakan aktiviti.Ketua Bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad yang juga ADUN Kuah mengakui kebenaran ini.“Kalau tidak ada wang, kami tidak boleh menemui rakyat. Kami perlu lakukan aktiviti terutama menjelang PRU 13.
“Seorang ADUN perlukan RM500, 000 kerana Kedah negeri yang kita kalah, kena buat banyak program dan aktiviti untuk rampas semula negeri ini.
“Setakat ini sumber kewangan kami ialah dari Umno Pusat dan Umno negeri tetapi jumlahnya tidak banyak. Sumbangan korporat dan individu tidak ada langsung.