Selasa, 24 Julai 2012

Budaya kerajaan BN belanja akan mufliskan negara


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) meneliti bahawa kerajaan di bawah Barisan Nasional kini mempunyai rekod budaya berbelanja yang sangat tinggi.



Jika trend ini berterusan negara ini akan mengarah kepada situasi ekonomi dan kedudukan kewangan yang sangat mudah terjejas oleh ketidakstabilan ekonomi dunia dan boleh menjadi muflis jika ia tidak dibendung.


Di satu segi PM sentiasa mengutarakan wawasannya untuk menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi namun di satu segi pula kerajaan menunjukkan contoh yang buruk dari segi perbelanjaan yang sangat tinggi.


Ternyata usaha mencapai negara berpendapatan tinggi akan menjadi sia-sia jika budaya berbelanja tinggi juga dijalankan serentak.


Penghijrahan artis: Jangan kritik, bersyukurlah


KOTA BHARU: Penghijrahan artis kepada perjuangan Islam yang diterajui PAS atau sekurang-kurangnya artis wanita daripada tidak bertudung kepada bertudung, seharusnya disambut  dengan penuh kesyukuran oleh semua pihak dan bukannya dikritik.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar), berkata mereka telah memilih perjuangan Islam mungkin kerana menyedari hanya PAS yang mampu membentuk mereka ke arah yang lebih baik.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily bagi mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapha Mohamed, yang mendakwa PAS semakin terdesak sehingga sanggup menjadikan artis sebagai eset perjuangan mereka.

Beliau juga tidak menafikan artis yang berhijrah sebagai asset baru untuk perjuangan parti itu.

Mursi sokong pimpinan Hamas ...Malaysia masih membisu..!!!


Mursi-Khaled
KAHERAH - Presiden Mesir Mohamed Mursi bertemu dengan wakil Hamas Khaled Meshaal.

“Dalam pertemuan kedua-duanya, Mursi menyatakan sokongannya kepada kepemimpinan Hamas di Gaza,” ujar Khaled.
Pertemuan kedua-duanya termetrai sehari selepas Mursi bertemu dengan Presiden Palestin Mahmud Abbas.
“Mursi akan memastikan bahawa Mesir menyokong pemerintahan Hamas di Gaza dan tentu saja ini adalah sebuah era baru dalam hubungan Mesir dan Palestin,” ujar Khaled lagi.
Selain itu menurutnya, Presiden Mursi akan segera merancang pertemuan antara beliau dengan Mahmud Abbas untuk mendorong terbentuknya sebuah persepakatan.

Di mana suara umat Islam?


Ma'ruf ClubGOMBAK - Ramadan telah menjengah hari ke-3 dan umat Islam di Malaysia terus enak menikmati ibadah-ibadah yang tersedia pada bulan mulia ini.

Amirudin“Ramai yang menikmati juadah berbuka dengan pelbagai menu tersedia. Namun, dalam keenakan menikmati segala itu, terlalu ramai yang hampir terlupa akan saudara seagama yang berada Myanmar dan Syria,” demikian ujar Presiden Ma’ruf Club, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohamad Amirudin bin Ismail (kanan) dalam satu kenyataan.

Syria: Smugglers with a cause

Pasca Bersih 3.0 : Polis pukul peserta Bersih nyanyi lagu 'Barisan Kita'

KUALA LUMPUR: Seorang peserta Bersih 3.0 memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini bahawa sekumpulan polis memukul beliau sambil menyanyikan lagu 'Barisan Kita' pada 28 April lalu.

Leong Siew Meng, 34, berkata, polis juga memaki beliau dengan kata-kata kesat 'ini cina babi' 'ini langsi punya orang' sewaktu menangkap beliau.

"Polis pukul saya ramai-ramai sambil nyanyi lagu 'Barisan Kita'. Masa itu saya pakai rantai emas dan rantai saya turut dirampas," kata beliau kata beliau pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini.

Outsourced AIMST cafeteria draws scrutiny

Tarawikh Dan Iftar Dari Seluruh Dunia

Kita mula berpuasa Sabtu lalu tetapi di negara Arab, Eropah dan Amerika mereka sudah mula berpuasa sejak hari jumaat. Dibawah ialah gambar umat islam berpuasa dan iftar dari UK, Bosnia, Afghanistan, Indonesia, Nigeria, dan India. Semoga Ramadan ini memberi rahmat kepada kita semua.



Manifesto Pakatan ikrar turunkan harga kereta.

'Negara Berkebajikan cogankata bukan dasar PAS'

The Shia-Sunni Conundrum - Part 1

Jual Tanah Melayu : Guan Eng gesa Najib perlu arah Umno P. Pinang kembalikan RM5 juta kepada rakyat

KUALA LUMPUR, 24 Julai — Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya mengarahkan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang untuk segera memulangkan kembali keuntungan mereka dalam penjualan tanah milik Melayu di negeri terbabit.
Lim dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, Najib perlu mengarahkan Timbalan Pengerusi Umno negeri berkenaan, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Pengarah Pilihan Raya BN negeri itu Datuk Omar Faudzar supaya memulangkan sejumlah RM5 juta yang diperolehi mereka yang bertindak selaku “broker” dalam urusan jual beli tanah melibatkan 31 pemilik tanah Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau, Pulau Pinang.
“Walaupun tindakan kedua-dua pemimpin Umno ini tidaklah haram, tindakan mereka sebagai broker tanah untuk menjual tanah Melayu untuk keuntungan peribadi yang sepatutnya dimiliki pemilik tanah Melayu adalah tidak bermoral dan tidak berprinsip, kata Lim dan menambah,”apatah lagi apabila mereka mendakwa kononnya mempertahankan hak tanah Melayu.”

Harga kereta: Jangan terkejut Umno kata bankrapkan negara


TEMERLOH: PAS menegaskan akan memberikan sokongan terhadap cadangan untuk menghapuskan duit eksais ke atas setiap kereta sebagai langkah mengurang beban hutang isi rumah rakyat Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat menang PRU13 nanti.

Cadangan mengurangkan harga kereta itu dibangkitkan oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pagi tadi. Rafizi berkata perkara tersebut akan menjadi satu janji utama di dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Cadangan itu bersifat serampang dua mata, di mana rakyat dapat mengurangkan pengambilan hutang untuk membayar cukai yang dikenakan ketika membeli kereta, di samping meningkatkan pendapatan boleh guna seisi rumah, terutamanya bagi rata-rata rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Bersih harus saman kerajaan kerana keganasan Polis semasa demonstrasi, kata Tony Pua

Situasi perhimpunan Bersih 2.0 di hadapan Puduraya, Kuala Lumpur. Gambar diambil 9 Julai 2011. – Gambar fail oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 24 Julai — Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) harus menyaman kerajaan terutama Menteri Dalam Negeri atas keganasan yang berlaku semasa demonstrasi, memandangkan ia kini adalah sebuah pertubuhan yang sah, kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua pagi ini. "Apabila Bersih 2.0 telah dibuktikan oleh mahkamah sebagai sebuah pertubuhan yang sah, pentadbiran Najib harus menjawab segala tohmahan dan segala tindakan pegawai polis kerana menahan orang yang berbaju kuning disamping merampas baju Bersih melalui sekatan jalan raya di sekitar bandar raya pada hari tersebut.

Takut Kantoi : Mohd Zin enggan jawab isu biaya iklan di komuter

Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed mengelak apabila diminta menjelaskan mengenai pembiayaan untuk iklan "Sayangi Selangor" yang dipasang pada stesen dan gerabak sistem keretapi komuter di Lembah Klang.

Koordinator BN Selangor itu juga berkata, kempen tersebut sememangnya dibayar, tetapi enggan menjelaskan siapakah yang bertanggungjawab menanggung kos untuk iklan berkenaan.

"(Iklan itu) dibayar. Apa masalahnya? Apa yang Malaysiakini dengki sangat?

"Ada lambang BN ke pada iklan itu? Takde kan? Jadi apa masalahnya?," soalnya kembali ketika ditanya selepas beliau mengagihkan kira-kira 1000 kotak berisi kurma kepada penumpang di stesen komuter Shah Alam.

Beriya-iya kata air tak cukup,tiba2 TPM kata cukup


APA CERITA NI? SEBELUM NI BERIYA-IYA SYABAS KATA AIR TAK CUKUP! AIR AKAN DICATU !  TIBA-TIBA MUHYIDDIN (TPM) KATA AIR DAH CUKUP,  TAK PERLU CATU !.  JADI TAK SALAHLAH KALAU KERAJAAN PAKATAN RAKYAT (PR) SELANGOR MENDAKWA SYABAS MENIPU!. 

WAHAI TAN SRI ROZALI !! -   SEBAGAI ORANG NO.1 DALAM SYABAS, GAJI BERPULUH RIBU, PENDAPATAN TAHUNAN BERJUTA-JUTA,.. BERBALOI ATAU SETIMPALKAH INCOME KAMU DENGAN APA YANG SYABAS BERI KEPADA RAKYAT SELAMA INI?    

KITA TAHU SEMUA ORANG YANG JADI BAPAK KOPERAT NAK  BURU WANG, NAK BURU UNTUNG BESAR,. TETAPI KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN DALAM BERKHIDMAT PERLU ADA !!   BERKHIDMATLAH KERANA ALLAH !!   KERANA MEMBERI  KEMUDAHAN AIR KEPADA RAKAT ITU BOLEH  DIANGGAP SEBAGAI FARDHU KIFAYAH! ( Minta maaf kalau kenyataan ini tidak tepat) 
DAN  YANG PALING PENTING  -  KALAU NAK JADI ALAT KEPADA UMNO PUN  BIARLAH BERPADA-PADA,..  JANGAN SAMPAI MEMBULI ATAU MENIPU RAKYAT !!!       -    rahimothman

BERSIH entiti yang sah: JUHAM gesa kerajaan UMNO-BN mohon maaf

Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia menerima keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan "haram" dengan penuh rasa gembira dan bersyukur.

Penat lelah dan pengorbanan rakyat Malaysia yang dilimpahi dan dihujani dengan gas pemedih mata serta air berasid ketika menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu akhirnya menerima khabar berita yang cukup menggembirakan ini.

Harga kereta mahal sementara pendapatan isi rumah tidak berubah

KEADILAN memandang serius butiran pendapatan isi rumah dan bebanan isi rumah yang disiarkan oleh Jabatan Statistik melalui Laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 (Household Income and Basic Amenities Survey Report 2009).  Maklumat yang kini boleh diteliti oleh rakyat Malaysia ternyata menunjukkan bebanan isi rumah yang makin meruncing.

Ada beberapa fakta penting dari laporan tersebut yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak; iaitu:

PRU 13: Pembahagian kerusi Pakatan Rakyat 95% selesai

KUALA LUMPUR 24 Julai: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk pilihan raya umum ke 13 telah 95 peratus selesai.

“Kalau ada negeri belum selesai pembahagian kerusi, ia tetap dianggap belum selesai. Tapi, kalau Dewan Rakyat dibubarkan hari ini, hari ini juga pembahagian kerusi Pakatan selesai,” kata Mustafa.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bersama wakil parti DAP dan KEADILAN.

Sabah Termiskin : PM Gagal Tunai Janji


SHAH ALAM 24 JULAI – Statistik Jabatan Perangkaan yang menunjukkan Sabah mendahului sebagai negeri termiskin(kadar kemiskinan 19.7 peratus) menunjukkan slogan ‘janji ditepati’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kosong semata-mata.
Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Hiew King Cheu berkata, sebenarnya rakyat Sabah sudah menjadi rakyat kelas ketiga dan terus terpinggir di sebalik pembangunan pesat negeri lain meskipun mempunyai hasil bumi yang banyak.
“Memang sekiranya rakyat ingin maju perlu ada peluang ekonomi, industri, dan pekerjaan namun di Sabah semua itu hanyalah mimpi. Kerajaan Pusat mengumumkan projek besar namun akhirnya hanya tinggal cakap kosong sahaja.

Jurucakap Syabas ke : 54 NGO jelajah seluruh Selangor jelaskan isu air...??? Ada masyuk tak...??

KUALA LUMPUR – Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) akan bekerjasama dengan 54 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memberi penerangan kepada rakyat seluruh Selangor berhubung kemelut isu air di negeri itu.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, rakyat negeri itu perlu mendapatkan maklumat sebenar dan tepat berhubung isu itu.

Katanya, GPRS dan 54 NGO telah sepakat untuk mengadakan jelajah di seluruh Selangor  dalam menjelaskan isu sebenar yang berlaku berhubung krisis air itu demi kepentingan rakyat.

“Kami (GPRS) sepakat akan bekerjasama dengan 54 NGO untuk buat program jelajah bagi memberi penjelaskan kepada rakyat kerana rakyat perlu mengetahui perkara sebenar.

Pakatan moots alternative Merdeka theme

Melayu Pasca PRU 13 - Bahagian 2

Melayu Pasca PRU 13 - Bahagian 1

'JI and reds claims meant to distract from crime issues'

Stop demonising Bersih, gov't told

Pakatan pledges to slash car prices

Chinese pigs & cops who rob: Nothing surprises anymore, M'sians give up on BN!

Chinese pigs & cops who rob: Nothing surprises anymore, M'sians give up on BN!Even as the High Court rapped Prime Minister Najib Razak's government for its "tainted" decision in declaring the Bersih 2.0 rally, the Malaysian Human Rights Commission's inquiry into police misconduct in Bersih 3.0 continued to shock.
A 34-year-old male tuition teacher from Subang Jaya who had taken part in the April 28, 2012 sit-in protest for clean polls told the inquiry on Tuesday that a policeman took his gold chain and then hit him.
The cop also hruled racial slurs, including calling him a "Chinese pig", while robbing him at the same time. The alleged incident happened in front of the Royal Selangor Club nearby to the Bersih 3.0 Dataran Merdeka venue.

Pasca Bersih 3.0 : Risiko buta sebelah mata, masa depan terjejas akibat keganasan Polis....


KUALA LUMPUR: Seorang anggota Unit Amal memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa mata kanannya kemungkinan besar mengalami kecacatan kekal akibat terkena kelongsong gas pemedih mata pada perhimpunan Bersih, 28 April lalu.

Asrul Hadi Ahmad, 26 berkata, beliau menerima rawatan di lima hospital, dua hospital kerajaan dan tiga hospital swasta.

"Doktor bagitahu penglihatan saya ada masalah dan pakar telah memberitahu mata saya sukar untuk pulih atau cynical blind," kata beliau pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini.

Asrul yang berasal dari Pulau Pinang menerima sembilan jahitan di mata dan dua jahitan di hidung dan masih menerima rawatan susulan sehingga hari ini.

Ketika kejadian, beliau berada di kawasan Masjid Jamek untuk menyertai perhimpunan Bersih 'Duduk Bantah'.

Ketika mencari ayahnya yang terpisah selepas gas pemedih mata dilepaskan, satu kelongsong gas yang dilepaskan mengenai tepat mata kanannya.

Beliau pengsan dan dirawat orang sekeliling sebelum dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur.

Menurut Asrul juga, masa depannya turut terjejas akibat kecacatan tersebut.

"Sepatutnya saya lapor diri di sebuah syarikat selepas 28 April tapi akibat mata saya yang macam ni, saya tidak diterima bekerja.

"Saya pun ada pergi temuduga di tempat lain tapi syarikat kata sukar nak ambil saya kerja sebab mata itu sangat penting. Susah kalau saya hanya dapat kemihat sebelah mata sahaja," kata beliau yang berkelulusan jurutera mekanikal dari universiti tempatan.

Asrul  memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Pasca Bersih 3.0 : Peserta rakam keganasan polis dibelasah teruk oleh polis

KUALA LUMPUR 24 Julai: Seorang peserta yang sempat merakam pelbagai bentuk kezaliman polis dalam himpunan 28 April lalu turut dibelasah hingga terpaksa menerima jahitan di telinganya.
Lee Teck Yew, 39, hadir sebagai saksi kedua dalam sidang kelima siasatan awam Bersih 3.0 oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.
“Saya sedang merakam aksi beberapa polis membelasah orang awam, tiba-tiba polis itu perasan, lalu mereka terus datang menyerang saya,” kata Lee.
Isteri Lee yang turut hadir dalam himpunan itu ditolak ketepi oleh polis lantas membelasah dan membawa Lee ke Dataran Merdeka sebelum ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol).
“Saya dibebaskan dari Pulapol lebih kurang jam 1.00 pagi dan saya terus ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan,” jelasnya.
Lee menerima empat jahitan di belakang telinga dan menderita sakit siku hingga sekarang akibat ditolak polis ketika dalam perjalanan ke Dataran Merdeka.

Lebuh Raya Rakyat terima sumbangan pelajar UK




KOTA BHARU: Mahasiswa Malaysia di luar negara khususnya United Kingdom (UK) dan Ireland turut menyumbang untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat oleh kerajaan Kelantan.

Sebanyak RM8,000 dikumpul oleh pelajar jurusan perubatan untuk diserahkan pada kerajaan negeri untuk menjayakan pembinaan jambatan itu yang bakal dibina tidak lama lagi.

Mahkamah buktikan Hishammuddin bercanggah – Pak Samad

 Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said memanjatkan kesyukuran di atas kejayaan Bersih membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri bahawa pertubuhan itu adalah ‘haram’.
“Alhamdulillah, kerana (mahkamah) memihak kepada Bersih. Kami ingin ingatkan orang ramai bahawa proses perundangan ini sememangnya tidak sepatutnya dijalankan kerana ia buang masa, tenaga dan dana awam.
“Proses ini mengakibatkan orang ramai khuatir untuk menyokong Bersih, orang ramai juga harus ingat bahawa kerajaan masih menggambarkan Bersih sebagai kotor,” katanya mengulas tindakan Perdana Menteri yang menakut-nakutkan rakyat berkenaan kouta haji ke Mekah.

UMNO Takut ; Pemerhati asing pilihan raya tidak ancam kedaulatan negara, kata Koh Tsu Koon

KUALA LUMPUR, 24 Julai — Kedatangan pemerhati asing dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang tidak akan mengancam kedaulatan Negara, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Tsu Koon (gambar).
Menurut Koh lagi, Malaysia telah mempunyai sejarah mengundang pemerhati asing dalam pilihan raya sebelum ini.
“Tidak ... tidak ... Mana-mana negara pun boleh.
“Sekarang ini kita terbuka untuk semua,” kata Koh ketika ditanya oleh wartawan tentang dakwaan sesetengah pihak, pemerhati asing mengancam kedaulatan negara di Hari Terbuka, Program Transformasi Kerajaan (GTP) di ibu negara hari ini.
Menurut bekas ketua menteri Pulau Pinang itu lagi, beliau sendiri masih lagi ingat tentang kehadiran pemerhati asing dalam pilihan raya di Malaysia.
"Dulu kita pernah terima juga pemerhati asing.
"Saya masih ingat, saya masih ingat dari negara-negara Komanwel.
"Bukan tidak ada precedent, memang ada, kita pernah buat," kata Koh.

Bersih urged to sue Putrajaya over ‘witch hunt’

Bersih 2.0 led tens of thousands to demand for free and fair elections in the capital city on July 9 last year. — file pic
KUALA LUMPUR, July 24 — Electoral reform group Bersih 2.0 should sue the federal government for its “witch hunt” last year against those sporting the group’s signature yellow, DAP MP Tony Pua said today after a High Court here declared it a lawful society. The authorities became the “butt of international jokes” at the time, Pua added, when premises and vehicles were searched for “illegal” yellow shirts and other Bersih 2.0 paraphernalia.
“The civil society group and its associated organisations will have a legal basis now to claim redress from both the Home Ministry and the Royal Malaysian Police (RMP) for damages, harassment, embarrassment and loss of property,” he told The Malaysian Insider via Blackberry Messenger.

Bersih sah beri lonjakan motivasi kepada Juham


Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) menerima keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) adalah sebuah pertubuhan 'haram' dengan penuh rasa gembira dan bersyukur.
Penat lelah dan pengorbanan rakyat Malaysia yang dilimpahi dan dihujani dengan gas pemedih mata serta air berasid ketika menyertai perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu akhirnya menerima khabar berita yang cukup menggembirakan ini.

Bukan hanya dibedil gas pemedih mata, malah para peserta himpunan Bersih 2.0 turut dibelasah pihak polis tanpa belas kasihan, sehinggakan salah seorang daripada peserta yang diserbu polis ketika himpunan Bersih 2.0 tersebut iaitu Allahyarham Baharuddin Ahmad telah meninggal dunia.

Tarik cacian, gugur dakwaan pada peserta Bersih – PAS


KUALA LUMPUR: Ekoran keputusan Mahkamah  yang membatalkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram, PAS menyeru para pemimpin BN untuk menarik balik tuduhan jijik mereka pada Bersih selama ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata keputusan mahkamah itu membuktikan bahawa Bersih adalah satu pertubuhan yang sah selama ini.

“Memang sah Bersih bukan diwakili pertubuhan haram dan peserta himpunan tidak menggunakan senjata,” kata beliau secara ringkas kepada Harakahdaily.

Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa  Ali pula menyeru semua pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menarik balik tuduhan dan cacian jijik mereka terhadap Bersih dan peserta himpunan Bersih selama ini.

7 tahun tiada air di kawasan PM 1Malaya...!!


(Melihat tangki yang tidak menghasilkan air di Pekan)


PEKAN: "Kami hidup macam zaman sebelum merdeka, malu rasanya berada dalam parlimen dua orang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib dan Tun Razak).

"Nak disembunyikan, kami sudah tidak mampu. Pihak berkenaan hanya berjanji dan terus berjanji... masalah ketiadaan air tetap tidak dapat diselesaikan."

Idris Jala: National debt still MANAGEABLE, only 53.8% not yet 55%

Idris Jala: National debt still MANAGEABLE, only 53.8% not yet 55%Malaysia's debt is still manageable as it is below 55 per cent to the Gross Domestic Product (GDP) ratio, said Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Idris Jala.
He said the 53.8 per cent of national debt for last year is within the range as the government continues its efforts to bring down the fiscal deficit level.
"With the implementation of the Economic Transformation Programme, we are on the right trajectory and continue to reduce the deficit level every year. For 2012, we aim to narrow further the fiscal deficit to 4.7 per cent from 5.0 per cent of last year's GDP," he told the media on the sidelines of the GTP Roadmap 2.0 Open Day here Tuesday.
Citing the Mass Rapid Transit project, Idris said though the government had to raise funds for the project, it still managed to keep the debt level below 55 per cent.
"We borrow for investments (aiming) to grow our GDP and economy. The debt level will directly reduce. Unlike Greece, they are borrowing a lot of money but the economy is shrinking," he added.
-- BERNAMA

Isu komunis senjata makan tuan Umno

Shahbudin Husin
Dalam usahanya untuk memenangi pilihanraya, UMNO sekali lagi mengggunakan isu menakut-nakutkan rakyat. Kali ini dakwaan yang dilemparkan tetapi tanpa sebarang bukti ialah pendedahan Cawangan Khas PDRM bahawa Pas dan DAP telah diserapi fahaman JI dan komunis.Dengan mengaitkan PAS dengan JI yang sering digambarkan bercirikan keganasan serta DAP pula dengan komunis, juga bercirikan keganasan, muslihatnya cukup jelas iaitu mahukan rakyat terus menyokong UMNO dan kerajaan BN meskipun bagaimana buruk sekalipun perlakuan para pemimpinnya selama ini.
Taktik menakutkan rakyat ini sebenarnya adalah ulangan taktik lama yang dikitar semula beberapa kali. Sebelum ini DAP juga digambarkan sebagai anti Melayu, anti Islam, ekstremis Cina dan sebagainya. Ternampak bahawa UMNO mulai bimbang dengan penerimaan masyarakat berbilang kaum, termasuk Melayu sendiri terhadap DAP kebelakangan ini.

Zaman Bik : Pelik! Vios boleh terbang sebegitu!

Sehari dua ni kecoh mengenai foto sebuah kereta yang terlibat dalam satu kemalangan baru-baru iniLokasi kemalangan ini katanya di Felda Nitar, Mersing, Johor.Yang pelik tu, macam manalah kereta Vios tu boleh ‘terbang’ sampai macam tu sekali?Mungkin kakak baju kurung warna hijau tu boleh cerita hehehehe
Atau mungkinkah anda ada maklumat yang nak dikongsikan mengenai kemalangan ini?


Mynewshub.my

Tuntut selesai masalah pendatang asing di Sabah dituduh anti-nasional?


KOTA KINABALU, 24 JULAI: Adakah Perdana Menteri menyokong kenyataan seorang pegawai tinggi polis bahawa rakyat Malaysia yang menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menangani masalah pendatang asing di Sabah adalah golongan anti-nasional?
Persoalan itu dikemukakan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang terhadap Datuk Seri Najib Razak berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penolong Pengarah E2(M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Nasional, Mohd Sofian Mohd Makin, yang mengutuk pejuang hak rakyat Sabah dalam tuntutan mendesak kerajaan persekutuan menyelesaikan masalah pendatang asing di Sabah.
Kit Siang mahu Najib menjelaskan secara terbuka pendirian kerajaan Malaysia, sama ada menyokong kenyataan Mohd Sofian atau mahu membantu rakyat Sabah menyelesaikan masalah tersebut.
Katanya, kenyataan Mohd Sofian selaku seorang pegawai berpangkat tinggi Cawangan Khas (Special Branch) polis baru-baru ini telah memberi satu gambaran yang amat mendukacitakan akan keikhlasan Kabinet dalam keputusannya pada Februari lalu untuk menubuhkan satu RCI  di atas masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.

Jawapan balas SEDA timbulkan lebih banyak tanda tanya


KUALA LUMPUR, 24 JULAI: Sustainable Energy Developement Authority (SEDA) gagal menjawab persoalan, malah lebih banyak menimbulkan tanda tanya terhadap pendedahan kontrak kuota bekalan tenaga solar kepada syarikat-syarikat milik anak bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, Suzi Suliana.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dalam satu sidang akhbar bersama menjelaskan bahawa jawapan balas tersebut yang diiklankan dalam The Star dan Harian Metro menimbulkan lebih banyak persoalan lain.
Menurut kedua-dua wakil rakyat Pakatan Rakyat itu, persoalan pertama yang timbul ialah mengenai kegagalan syarikat terbabit untuk memenuhi kriteria pra dan pasca keperluan kewangan sepertimana yang telah digariskan iaitu syarikat dikehendaki sekurang-kurangnya mempunyai baki kredit 20 peratus dari kos keseluruhan pemasangan.
Mereka berkata, apa yang sangat mengejutkan ialah kenyataan SEDA sendiri yang antara lain menyatakan bahawa kebanyakan syarikat  tersebut mempunyai modal berbayar sebanyak RM2 sehingga RM100 sahaja disebabkan tidak ada jaminan syarikat-syarikat tersebut untuk mendapat kuota.

Bagaimana rasuah rosakkan agama, bangsa dan negara

Oleh Muhammad Zir

Masih ada segelintir di kalangan masyarakat kita yang memandang korupsi sebagai suatu hal yang remeh. Tanpa sedar mereka menggunakan budaya, bangsa dan agama sebagai alasan untuk membiarkan keadaan ini berlarutan.
Kesannya amat buruk kepada diri, keluarga, masyarakat, malah kepada agama, bangsa dan negara. Kaedah memberi dan menerima rasuah juga semakin canggih, sehingga hina rasanya agama dipermainkan seperti itu.
Contohnya apabila seseorang yang merasuah pegawai kerajaan untuk mendapat sesuatu tender/kontrak, ada kalanya setelah memperolehinya, sebahagian dari hasil kerja si perasuah itu disumbangkan kepada rakyat dengan pelbagai cara, seperti kenduri dan sedekah surau.
Perasuah ini boleh datang dari pelbagai bangsa dan agama, sedekah atau sumbangan hasil kerja mereka itu adalah kaedah mencuci dosa rasuah di mata masyarakat. Itu sahaja. Seolah-olah Tuhan tidak nampak kerja keji mereka.

Zakat kikis sifat bakhil,didik rasa simpati

Oleh Tuan Gru Nik Abdul Aziz Nik Mat
ANTARA hikmah zakat ialah bertujuan cuci hati manusia daripada sifat kedekut, kerana sifat kedekut itu suatu racun mempunahkan keimanan.
Jika racun bahan boleh menghancur jasad manusia, sebaliknya kedekut itu racun bisa bagi rohani insan. Orang yang menghindar dirinya daripada sifat kedekut, bererti berusaha menyuburkan imannya.

Zakat satu daripada rukun Islam untuk mengikis sifat bakhil, seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan siapa yang dipelihara oleh Allah SWT daripada sifat kedekut dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Surah Al-Hasyr sebahagian ayat 9)
Orang yang berjaya asuh hatinya daripada sifat kedekut, harta halal mesti dicari dengan usaha yang diredai Allah SWT.
Setelah diperolehi mesti usaha kikis racun bakhil yang bahaya itu.
Bagaimana hendak lari daripada sifat bakhil jika mereka tidak membiasakan diri menderma dan bersedekah. Kedekut mesti dikikis kerana ia saudara sifat mazmumah yang lain seperti pemalas, penakut, takabbur dan dengki.

Pengkhianat negara bakal menumbangkan Selangor?

Oleh SELENA TAY
“PERBUATAN sesetengah pihak yang bertungkus-lumus memberikan MyKad kepada pekerja asing, sekali gus memasukkan nama mereka ke dalam senarai daftar pemilih untuk membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang akan datang ini adalah pengkhianat yang harus diberikan hukuman setimpal,” kata ahli Parlimen Kuala Selangor daripada PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

“Pengkhianat seperti ini langsung tidak bermaruah sebab telah bertindak gila kerana tamakkan kuasa sehingga sanggup mengkhianati amanah dan mandat yang diberikan oleh rakyat,” kata pula Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi kerusi Pasir Panjang.

Apabila Umno iktiraf tokoh PAS

Oleh MAT ZAIN MAT ISA
HANYA Allah SWT Yang Maha Mengetahui apa faktor utama mendorong para pemimpin Barisan Nasional (BN) Terengganu begitu “berlapang dada” memberikan anugerah kepada seorang pemimpin veteran PAS negeri itu minggu lalu. Lebih menjadi tanda tanya ialah apabila parti itu memilih untuk memanfaatkan kehadiran pemimpin nombor satunya untuk menyampaikan sendiri anugerah itu kepada tokoh tersebut.
Itulah persoalan yang timbul ekoran majlis Perdana Menteri bersama warga UiTM di Dungun, Jumaat (13 Julai) lalu. Salah satu atur cara di majlis itu ialah penyampaian Anugerah Tokoh Terbilang kepada bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahab Yunus.

Runtuh lagi di Terengganu.. Kali ini di bazar Ramadhan pula.. betul-betul darul runtuh...!!


DUNGUN – Hari kedua sambutan Ramadan menjadi ujian getir buat lebih 20 peniaga yang mencari rezeki di bazar Ramadan dekat sini, apabila mereka nyaris menjadi korban selepas khemah yang menempatkan tapak gerai diterbangkan angin dalam kejadian ribut, kira-kira jam 2 petang kelmarin.

Kejadian luar dugaan yang berlaku dalam sekelip mata itu bukan sahaja menyebabkan peralatan dapur rosak malah menyebabkan dua peniaga turut cedera terkena serpihan besi khemah berkenaan.


 Difahamkan ketika kejadian, peniaga sedang membuat persiapan bagi memulakan perniagaan di tapak bazar Ramadan yang menjadi salah satu lokasi tumpuan penduduk setempat di daerah ini setiap kali tibanya bulan mulia untuk mencari juadah berbuka.



Pengerusi Persatuan Kebajikan Pasar Minggu dan Pasar Malam Daerah Dungun (Keppamim), Hassan Abdul Aziz berkata, kejadian hujan lebat yang disertai angin kencang selama hampir satu minit itu menyebabkan lima khemah peniaga ranap selepas diterbangkan angin dan dua daripadanya rosak teruk.

Kepala cedera terkena tiang

Dalam usaha sekumpulan peniaga itu menyelamatkan diri, seorang peniaga ayam goreng, Zulfahmi Ariffin, 27, terpaksa menerima beberapa jahitan di kepala akibat terkena tiang khemah yang terbang.

Umno Melaka: Blogger tidak rayu tuntutan gaji RM24,370...ooooo UMNO rupanya..kah..kah..!!!

Seorang pentadbir di Pejabat Perhubungan Umno Melaka berkata mereka tidak menerima sebarang rayuan daripada penulis blog Ahmad Faisal Mohd Yunos yang menuntut tunggakan bayaran gaji sebanyak RM24,370 daripada pejabat itu.

Sumber yang enggan dinamakan itu berkata Ahmad Faisal, 44, perlu mengemukakan rayuan dan bukti berhubung tuntutan berkenaan untuk membolehkan perkara itu dipertimbangkan oleh pejabat tersebut.

"Dia tak ada buat rayuan jadi benda ini tak ada isu. Kalau ada kes, (sepatutnya) balik pada bekas majikan dan buat rayuan. Mungkin majikan boleh mempertimbangkan.

Today in History for July 24th

Bersih not 'unlawful organisation', court rules

High Court declares Bersih legal

Super rich hold $ 40 trillion in offshore havens: BN 'warlords' included!

Super rich hold $ 40 trillion in offshore havens: BN 'warlords' included!LONDON - Rich individuals and their families have as much as US$32 trillion (S$40 trillion) of hidden financial assets in offshore tax havens, representing up to US$280 billion (S$353 billion) in lost income tax revenues, according to research published on Sunday.
The study estimating the extent of global private financial wealth held in offshore accounts - excluding non-financial assets such as real estate, gold, yachts and racehorses - puts the sum at between US$21 and US$32 trillion.
The research was carried out for pressure group Tax Justice Network, which campaigns against tax havens, by James Henry, former chief economist at consultants McKinsey & Co.

'We are ready for Putrajaya’

BN's 'race, religion, and riots' ploy to deter Malaysians from voting for the opposition will not work, says DAP's Lim Kit Siang.
KOTA BELUD: Pakatan Rakyat is ready to take over the federal government from the long-ruling and corrupt-ridden Barisan Nasional.
Speaking to some 300 locals at a Chinese school hall here last weekend, DAP supremo Lim Kit Siang said even BN leaders know it and they are now afraid of losing power.
“BN is now afraid of us, they dare not dissolve Parliament. They are really afraid of Pakatan… they dare not hold simultaneous ceramah [to compete] with us now.
“Sabah BN is also afraid of us…” said the veteran politician who is quite an influential figure in Sabah now compared to 15 years ago.

Harga kereta munasabah antara janji manifesto PRU13 PR


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli PETALING JAYA - PKR berjanji menjadikan harga kereta yang tidak membebankan rakyat sebagai manifesto dalam Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, dasar automotif Umno-Barisan Nasional (BN) dilihat banyak memberi tekanan kepada rakyat dengan mengenakan cukai-cukai yang tidak munasabah.

Menurutnya, harga kereta yang menjadi beban rakyat akan dijadikan intipati manifesto PR supaya kos pembiayaannya dikurangkan.

Majoriti sokong referendum isu air-Syabas


SHAH ALAM - Rata-rata keputusan Kerajaan Negeri Selangor yang mahu mengadakan referendum untuk mencari penyelesaian berhubung isu pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mendapat sokongan banyak pihak.
Bancian atas talian kendalian Sinar Harian Online menunjukkan 85 peratus menyokong pendekatan referendum.
Krisis air Bancian itu dibuka kepada pengunjung portal Sinar Harian Online lewat malam tadi susulan kenyataan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Dr Xavier Jayakumar berkata, pihaknya kesal apabila Kerajaan Pusat lebih optimistik menyerahkan pengurusan kepada Syabas daripada beri kepada Kerajaan Negeri.
“Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk mengadakan referendum rakyat, di mana rakyat boleh mengundi dan memberi pendapat sama ada menerima atau tidak usaha Kerajaan Negeri untuk mengambil alih Syabas,” katanya.
Daripada 558 yang menyertai bancian itu setakat 11 pagi ini, 85 peratus mengalu-alukan langkah Kerajaan Negeri Selangor menimbang mahu mengadakan referendum berhubung isu air-Syabas.
Baki 15 peratus tidak setuju.

PRU 13 : Pakatan kaji turunkan harga kereta




PETALING JAYA: Pakatan Rakyat berjanji akan memastikan bahawa janji menurunkan harga kereta akan menjadi salah satu janji utama di dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk pilihanraya umum ke-13 (PRU13).

Menurut, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli, PKR juga akan mula menganjurkan pelbagai sessi untuk mula meningkatkan sokongan supaya mana-mana parti yang bertanding di dalam PRU13 akan berjanji akan merombak semula sistem cukai kereta yang sangat membebankan rakyat.

"Perkara ini telah dibincangkan di peringkat PKR dan Pakatan Rakyat, is sudah berasa diperingkat akhir perbincangan.

"Perbincangan ini meliputi kesan kepada kereta tersebut jika kita kurangkan harga dan juga kepada ekonomi negara kerana sumber pendapatan negara juga dari cukai kereta tersebut," jelasnya

Kurangkan harga kereta jadi manifesto Pakatan PRU 13



 
Pakatan Rakyat akan menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Statistik menunjukkan hampir 72
peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

PR gesa Pusat tukar tema Hari Kebangsaan


PR gesa Pusat tukar tema Hari Kebangsaan KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) memberi tempoh seminggu kepada kerajaan  agar menukar tema Hari Kebangsaan - "Janji Ditepati" kerana ia tidak menasabah.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tempoh seminggu diberikan kepada kerajaan untuk menukar tema Hari Kebangsaan yang lebih inklusif.

"Jika kerajaan tidak mengendahkan desakan ini, Pakatan Rakyat sendiri akan mencadangkan tema lain yang lebih sesuai dan memberi gambaran terbaik untuk hari kemerdekaan," kata Mustafa semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di sini, hari ini.

3 'Pelakon' fitnah khutbah mahu guling kerajaan mohon maaf

PULAU PINANG- Tiga 'pelakon' yang membuat cerita fitnah ke atas seorang guru yang menjadi khatib yang dituduh mendakwa mengajak orang ramai menggulingkan kerajaan BN dalam khutbahnya akhir memohon maaf.
'Pelakun' fitnah khutbah mahu guling kerajaan mohon maafPengerus Masjid Taman Guar Perahu, Penanti, Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan memberitahu, tiga orang pelakon utama isu sebaran fitnah terhadap Abdullah Khairi Haji Harun akhirnya tampil memohon maaf.
Ia dibuat seminggu selepas pihak qariah membuat lapuran polis kerana tidak puas hati dengan sikap yang ditunjukan oleh 'pelakun' terbabit.
Akibat fitnah 'pelakon' berkenaan yang disiarkan oleh sebuah stesen TV swasta, Cikgu Abdullah Khairi yang membaca khutbah itu telah ditukar dari Pulau Pinang ke Pulau Ketam, Selangor.
Ustaz Abu Bakar ketika ditemui di majlis sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Permatang Pauh semalam menjelaskan, mereka juga sudi nama mereka disebut setelah permohonan maaf dibuat dengan harapan orang ramai turut memaafkan perlakuan mereka selama ini.
"Saya harap isu fitnah kepada Ustaz Abddulah Khairi selesai," katanya yang sangat kesal dengan dakwaan kononnya beliau menyampaikan khutbah Jumaat mengajak rakyat mengguling Kerajaan Pusat yang dikuasai Barisan Nasional (BN).

Siapa 'in control' Malaysia - Mahfuz

Siapa 'in control' Malaysia - MahfuzKUALA LUMPUR- Kelantangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membantah begitu banyak kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menuntut diadakan pilihan raya tahun ini memberi tanggapan bahawa beliau semakin berkuasa.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membangkitkan perkara itu ketika mempersoalkan siapakah sebenarnya Perdana Menteri negara ini.
"Siapa Perdana Menteri sekarang? Siapa 'in charge'? Siapa 'in control'? (Datin Seri) Rosmah (Mansor)? (Tun) Dr Mahathir (Mohamad)? Muhyiddin? Najib?" beliau mempersoalkan.
Mahfuz menyifatkan kepincangan pengurusan dan pentadbiran negara ini sebagai sesuatu yang sangat serius.