Ahad, 22 Julai 2012

Doakan Shahrifah Aini dan Ning Baizura sertai PAS - Salahudin

Today in History for July 22nd

Dedahkan identiti Awang Selamat, desak Hata

Jangan beriman dengan fitnah, beranikan diri menerima kebenaran


Buat saudara-saudariku semua,

Tidak tersangka-sangka merentas imaginasi dan angan-angan. Satu ketika dahulu semasa bersekolah dan menuntut di universiti, satu sosok sederhana yang aku dengar melalui cakap mulut dan akhbar, yang aku tahu dan aku kenal sebagai manusia jahat, yang pernah aku benci dan persoalkan, kini semuanya berubah.

Akhirnya aku bersama perjuangannya. Berjuang atas dasar prinsip demi  Malaysia yang bermaruah dan berdaulat. Sendirian aku tersenyum. Biarpun mungkin aku dituduh pengkhianat oleh kalian, aku tetap gembira atas pilihan ini, bersama wadah dan perjuangan seorang lelaki kental, jujur dan penuh semangat.

Biarpun beliau makin berusia, sosok ini tegar dan segar semangat serta perjuangannya untuk kita dan untuk Malaysia. Dialah Lim Kit Siang, lelaki yang aku maksudkan itu, anak jati Johor yang pernah aku cerca suatu ketika dahulu.

Zahid nafi Umno ada hubungan komunis.....!!!



KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak dakwaan kononnya Umno mempunyai hubungan dengan pihak komunis.
Beliau berkata Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi "Apa buktinya? Dalam sejarah parti Umno, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT) yang mendakwa kononnya Umno menjalinkan hubungan dengan pihak komunis.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-20 Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) di Seri Kembangan, di sini, hari ini.
Dalam laporan FMT semalam, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md  Makinuddin sebagai usaha Umno dan BN menggunakan kaedah zaman Perang Dingin.
Mohd Sofian sebelum ini dilaporkan mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi PAS dan elemen komunis cuba meresapi DAP. - Bernama

BN tiada masalah jika tewas PRU, lebih risau kekalahan PR...!!

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Pemimpin Barisan Nasional (BN) tiada masalah untuk menerima apa jua keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang dengan hati yang terbuka, sama ada mereka tewas dan terpaksa menyerahkan kuasa kepada pembangkang, namun mereka lebih risau sekiranya Pakatan Rakyat (PR) tewas dalam persaingan membentuk kerajaan tersebut.
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman n (gambar atas) berkata, BN telah mempunyai pengalaman dalam menerima kekalahan ketika pilihan raya dan telah menunjukkan gabungan kerajaan itu bersedia untuk mengamalkan prinsip demokrasi secara terbuka.
“BN tiada masalah, takkan kalau kalah kita nak bakar negara ni. BN terima secara terbuka. Itu namanya demokrasi. Kalau kalah tetap kalah. Kita boleh cuba lain kali.
“Tetapi yang lebih penting adalah BN sudah buktikan. Kita pernah tewas Selangor, dan Kelantan, tiada masalah untuk kita serahkan negeri-negeri tersebut,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Jelas Abdul Rahman lagi, pembangkang hanya menggunakan kenyataan politik yang mengatakan BN tidak mampu menerima kekalahan dengan hati terbuka.

Islamists, Reds scare a pre-polls boost for BN, says DAP

Lim highlighted BN’s efforts to kindle ties to China’s communists even as the Special Branch attempts to raise the spectre of communism. — File pic
KUALA LUMPUR, July 22 ― Lim Guan Eng accused the police Special Branch unit today of spreading the fear of terrorism and communism among voters to help Barisan Nasional (BN) triumph in the coming polls. The DAP secretary-general denied his party has any links to communist elements, pointing out instead that it was Umno’s leaders who have fostered close ties with the Communist Party of China
“This is an electoral ploy and part of the political agenda of the Special Branch to frighten Malay voters to support Umno and BN.

Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki: Syafa'at Rasulullah SAW

Al Habib Ali Zaenal Abidin: Doa

Al Habib Ali Zaenal Abidin: Adab2 dlm berpuasa (4)

Al Habib Ali Zaenal Abidin: Adab2 dalam berpuasa (3)

Al Habib Ali Zaenal Abidin : Adab2 dlm berpuasa (2)

Al Habib Ali Zaenal Abidin : Adab2 dlm berpuasa (1)

Ancient way of life threatened in Pakistan

Rebels plan to put a stranglehold on Assad

AWAS !!! Mungkin Ada Yang Akan Ditangkap Untuk Kuatkan Skrip PRU13

Beberapa hari lepas Ketua Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Kebangsaan E2 (M) Mohd Sofian Md Makinuddin mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi PAS dan elemen komunis cuba meresapi DAP. ( baca sini ) dan ( disini )

Najib dan Presiden Negara China
Itu buat semua orang gelak, sebab orang dah tahu taktik yang digunakan umno serta sekutu mereka menjelang pilihanraya, bila ada saja cerita komunis, filem bukit kepong dan filem-filem perang zaman british diulang tayang , tu tanda la nak mengundi.

Kemudian Hishamuddin main selamat bila ditemuramah oleh sebuah akhbar berbahasa cina, katanya dia tidak ada maklumat dan tidak tahu, bagaimana seorang menteri yang bertanggungjawab boleh tidak tahu, pelik tu. ( baca sini)

Hari ini dia dah tukar pulak dah, dia kata perkara ini perlu diberi perhatian serius, “Kalau menjejaskan keselamatan nasional, perkara ini kita pantau setiap hari sama ada melalui Cawangan Khas (SB) atau Unit Tindakan Khas (UTK),” kata Hishamuddin dan menambah,”jika ia berkisar kepada keselamatan, bukan sahaja perlu kemukakan bukti tetapi polis kena ambil tindakan.” katanya.

Damascus: Will it be a long battle ahead?

Video Ucaptama Anwar Di Patani Thailand

Berbuka Puasa - Amalan "Wasatiyah" Ini Jangan Diikuti






Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.
(Surah al-`Araf:31).

Di dalam hadis daripada Anas katanya:
“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”
(Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan)

Tunjuk dulu video Bersih3.0 sebelum buat tuduhan baru JI dan komunis!

Kata Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein 'Komunis, JI dalam pembangkang belum jejas keselamatan'.Sebelumnya pihak polis kata pemimpin PR diresapi JI dan komunis sebab selalu bertandang ke Siam!

Saya cuma nak kata bulan Ramadhan yang mulia ni sebagai orang Islam janganla cakap bohong dan kalau setakat andaian semata-mata ini bermakna semuanya hanya tuduhan palsu belaka.

Hingga hari ni kita masih menunggu-nunggu tayangan video Bersih 3.0 Versi Polis oleh Hishamuddin dan pihak PDRM tapi tak keluar-keluar seperti yang telah dijanjikan.Kononnya Video tersebut untuk menghapuskan salah faham rakyat yang melihat keganasan polis yang amat buruk semasa mengawal himpunan Bersih 3.0 bulan April lalu.

Thai pohon buka semula laluan Pasir Mas Golok


(Tuan Guru Nik Aziz menyambut kedatangan Consul General baru Thailand di pejabatnya)

KOTA BHARU: Konsul General Thai, Jackrid Kanjanasoon memohon kerajaan Kelantan pimpinan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan kerajaan Pusat membuka semula laluan keretapi melalui Pasir Mas ke Golok, Thailand.

Menurutnya, laluan itu penting bagi meningkatkan lagi tahap ekonomi antara Kelantan dan Selatai Thai melalui perniagaan.

Beliau berkata demikian sewaktu berkunjung menemui Tuan Guru sempena perlantikannya sebagai Konsul Geral Thai yang baru bagi menggantikan Surapon Petch-Vra baru-baru ini.

Pas akui manfaat ‘kelebihan artis’ ubah landskap politik

Jamilah Hamzah

Abby Abadi jadi ahli seumur hidup Pas
Abby Abadi, artis terbaru, menyerahkan borang keahlian menyertai Pas. Borangnya diterima oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, minggu lalu.
 
SHAH ALAM – Pas mengakui memanfaatkan penglibatan artis dalam politik bagi menarik golongan muda untuk terus bersama memperjuangkan politik baru dan sehubungan itu, Barisan Nasional (BN) tidak perlu mempertikaikan perkembangan tersebut.
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penglibatan artis dalam politik terutamanya penyertaan mereka dalam Pas telah memberi kesan positif bagi menarik golongan muda bersama pihaknya mengubah kerajaan.
Menurutnya, artis adalah golongan yang mempunyai peminat dan pengikutnya yang tersendiri serta boleh dimanfaatkan dengan tujuan yang baik.

Demonstrasi Bantah Catuan Air Syabas, Sokong Kerajaan Selangor Esok

SHAH ALAM 22 JULAI : Satu perhimpunan ‘anti-SYABAS’ daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan diadakan esok bagi mendesak Syabas supaya menyerahkan operasi air terawat kepada Kerajaan Selangor.
Naib Ketua AMK Azmizam Zaman Huri berkata demonstrasi itu juga supaya Syabas tidak lagi bermain tarik tali dengan menyusahkan rakyat terutama ketika Ramadan dan menjelang Syawal Ogos depan.
Himpunan di depan Wisma Rozali, Seksyen 13, pada 12 tengahari di sini akan melibatkan penyerahan memorandum kepada Syabas.
“AMK Selangor juga mengalu-alukan semua parti politik serta NGO dan badan tidak berkepentingan untuk menyertai bantahan itu,” katanya.

Mustapha dijangkiti penyakit 'denial syndrom'


KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan menyifatkan tuduhan Umno kononnya PAS memerlukan artis selepas kejayaan Umno mendekati golongan muda satu tuduhan bersifat penafian.

"Saya menyifatkan bahawa Mustapa telah dihinggapi sindrom penafian atau denial syndrome apabila terus menerus menyatakan bahawa kemasukan golongan artis ini ialah kerana PAS tertekan dengan BN," kata Abdul Latif Abdul Rahman, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dalam kenyataannya.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang disiarkan di dalam laman portal Malaysiakini pada 21 Julai 2012 yang mengulas berhubung fenomena kemasukan golongan artis ke dalam parti PAS kebelakangan ini.

Menurut Mustapa, ia berlaku kerana PAS kini mungkin memerlukan kerjasama artis dalam kempen mereka di Kelantan kerana tertekan dengan kejayaan BN mendekati golongan muda.

M’sia’s green movement goes political

The green movement is now enmeshed with the yellow-shirted electoral reform push.

By Anil Netto

PENANG: Three years ago, Sherly Hue lived the life of a typical career woman in Kuala Lumpur, working as a marketing executive promoting building materials. But one day, she received a phone call from her worried parents that would forever change her life.
Hue’s parents, who were looking after her four-month-old son in Bukit Koman, a small village of 300 families in Raub, in the central state of Pahang, requested that he be relocated to Kuala Lumpur. A gold mining company had started operations in Raub and her parents felt it was no longer safe for the baby to remain in the village.
In 2008, a US expert in mining contamination had visited the area and concluded that the gold mine did not comply with international standards and could cause long-term contamination. The facility, only 200-300 m away from the village, uses the ‘carbon-in-leach’ method and consumes 400 tonnes of sodium cyanide a year.
In Kuala Lumpur, Hue sat up and took note. ”I searched on the Internet for cyanide in gold mining and found a lot of cases and accidents in many countries – even without spillages.”
Hue quickly relocated her son and her mother to Kuala Lumpur, while her father, a retired contractor-turned-smallholder, decided to remain in their village to tend to his plantation.
There was no turning back for Hue. “After I found that this project appeared harmful, I approached the secretary of the committee (opposing the gold mining operations).” She put her marketing experience to good use and proposed to the committee that it should print booklets for an awareness-raising campaign.

Rohingya: the world's most forgotten people

Kenyataan PDRM muslihat politik serang PR


SHAH ALAM - DAP mendakwa kenyataan pegawai kanan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Khamis lalu bahawa anggota Jemaah Islamiah (JI) dan pengaruh komunis mula meresapi pembangkang sebagai tindakan oportunis politik untuk melakukan serangan tidak berasas ke atas parti itu dan Pakatan Rakyat (PR) tanpa menunjukkan bukti.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga menyifatkan perkembangan terbaru ini sebagai satu muslihat politik pilihan raya untuk menakutkan orang Melayu untuk menyokong Umno dan BN.

"Ini tidak lain dan tidak bukan adalah tindakan oportunis politik oleh Cawangan Khas untuk membuat serangan tidak berasas ke atas DAP tanpa menunjukkan bukti," kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Playing the ‘Janji Ditepati’ game

The 'Janji Ditepati' blackmail being employed by BN does not warrant any obligation on the part of the rakyat to support Najib's leadership.

Barisan Nasional’s unexpected defeat in the 2008 general election has failed to educate the ruling government on ‘eating the humble pie’.
On the contrary, the coalition has been taking liberties with the voters, assuming the ‘goodies’ doled out to them will buy their silence in questioning the federal government over its acts of nepotism and cronyism.
The coming 13th GE will confirm in the rakyat’s eyes the credibility of the federal government, which post-2008 has become questionable.
To come out with catchy slogans like “People first, performance later” and the 1Malaysia “Janji Ditepati” (Promises Fulfilled) is not good enough to win the people’s confidence, not when much dirt on BN has been dug up by Pakatan Rakyat.
Recently, DAP publicity chief Tony Pua alleged that the daughter of former chief secretary to the government, Mohd Sidek Hassan (who has been appointed Petronas chairperson effective early this month after retiring from civil service) has monopoly over the newly introduced resaleable alternative energy scheme.

Kantoi : Blogger UMNO dakwa tidak dibayar gaji


AYER KEROH - Kelemahan pentadbiran pejabat sebuah parti politik di sini menyebabkan seorang kakitangannya mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370. Jumlah itu membabitkan jawatan sebagai Pegawai Khas dan Ketua Unit IT sejak kira-kira tiga tahun lalu yang turut berperanan sebagai pengendali blog. Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, berkata, dia menerima surat pelantikan pada 13 Mei 2008 dengan gaji bulanan sebanyak RM3,000.
(Gambar) Ahmad Faisal menunjukkan surat penolakan gaji ketika berkhidmat di pejabat sebuah parti politik.

Parti pembangkang diresapi komunis... Ini gambar-gambar buktinya



Dr Ariffin Omar: Menuju cita-cita Malaysia sejati

– Bahagian Kedua

Prof  Dr Ariffin Omar adalah tokoh akademik yang telah menghasilkan buku-buku penting yang mengkaji tentang orang Melayu. Antara karya penting beliau adalah Bangsa Melayu: Malay Concepts of Democracy and Community 1945-1950 (1993), Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu (1999) dan The Bumiputera Policy: Dynamics and Dilemmas (2005). Kini beliau sedang meneruskan kajian bagi menghasilkan buku Freedom of Religion in Malaysia: Myths and Realities dan Ethnicity and Nationhood: The Malaysian Case.
Ikuti bahagian kedua wawancara  wartawan Roketkini Hafiz Zainuddin bersama Prof  Dr Ariffin Omar, Senator DAP yang mewakili negeri Pulau Pinang, membincangkan perihal Malaysia, Melayu, perpaduan kaum dan masa depan politik kita.
Bagaimana pandangan saudara terhadap kerjasama dan setiakawan PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat?
Saya tidak ada masalah. Bagi saya PAS mempunyai ideologi Islam, saya faham apa ideologi mereka. Oleh kerana saya faham ideologi ini maka saya merasa senang. Senang bergaul dan menjalinkan hubungan dengan mereka. Begitu juga dengan PKR. Mereka berdiri atas dasar reformasi dan saya faham apa bentuk reformasi yang mereka perjuangkan. Maka oleh sebab itu, kerjasama ini tidak jadi masalah.
Tidak ada big brother dalam Pakatan Rakyat?
Yang saya dapat lihat di sini, dalam Pakatan Rakyat semua komponen parti itu sama taraf. Tak ada big brother, tak ada small brother. Ini yang penting dan inilah yang menjamin kestabilan dan kerjasama yang erat. Kalau kita nak banding dengan Barisan Nasional, UMNO itu dianggap big brother. Yang lain semua macam budak-budak kecil yang mesti ikut apa yang disuruh oleh UMNO. Inilah yang menyebabkan banyak masalah yang timbul di kalangan mereka walaupun kononnya dari segi teori semuanya sama. Hakikatnya jelas terbukti tidak sebegitu. Maka inilah yang menyebabkan parti-parti komponen yang lain di dalam Barisan Nasional menghadapi banyak masalah.
Dewasa ini isu ‘hudud’ rancak dibincangkan, mengapa ia berlaku?

Dr Ariffin Omar: Menuju cita-cita Malaysia sejati

Bahagian Pertama

Malaysia perlu keluar dari kepompong politik kaum dan hegemoni kuasa untuk mencapai sebuah negara yang unggul dan matang. Seorang seorang tokoh akademik, penulis, aktivis dan sejarawan melihat bahawa ancaman terbesar Malaysia sebenarnya ialah gejala rasuah, manipulasi isu agama dan kaum, serta kurangnya pemahaman rakyat terhadap nilai dan prinsip sebenar Malaysia. Ikuti wawancara eksklusif wartawan Roketkini Hafiz Zainuddin bersama salah seorang pengasas Aliran, Prof. Dr Ariffin Omar, yang juga Senator mewakili negeri Pulau Pinang membincangkan perihal Malaysia, Melayu, perpaduan kaum dan masa depan politik kita.
Boleh ceritakan awal penubuhan Aliran?
Aliran ditubuhkan pada tahun 1978 untuk mencadangkan reformasi dalam masyarakat Malaysia. Kerana pada masa itu pun kita telah sedar bahawa Malaysia dilanda dengan isu-isu perkauman dan salah sebuah cara untuk mencegah daripada berlakunya rusuhan yang pernah berlaku pada masa dulu.
Kita mesti memupuk perpaduan dikalangan pelbagai kaum di Malaysia dan yang kita bincangkan disini adalah cara memupuk perpaduan itu. Ini hanya boleh dicapai melalui dasar-dasar yang ikhlas dan jujur merangkumi bidang sosial, politik dan ekonomi. Dan dalam melaksanakan dasar-dasar dalam bidang ini, kita mesti bertindak dengan cara adil dan saksama serta tidak menyebelahi mana-mana pihak. Itulah salah satu sebabnya Aliran ditubuhkan.
Disamping itu Aliran juga menekankan nilai-nilai dan prinsip-prinsip spiritual. Agama merupakan satu cabang penting bagi Aliran, sama ada Islam, Kristian, Hindu maupun Buddha, yang penting ialah prinsip-prinsip agama ini harus disanjung tinggi. Kerana kalau kita buat satu penilaian, kita dapat lihat wujud persamaan dari segi prinsip. Semua pun mengengahkan apa yang baik dan menolak apa yang tidak elok.

Memang landskap politik Malaysia sudah berubah, Hisham

Oleh Daing Yahya

Lagi-lagi kisah komunis ditabur menjadi bahan untuk kempen politik takut UMNO, lagi-lagi agenda Jemaah Islamiyah disebar menjadi bahan untuk jajaan politik kaum UMNO. Tak habis-habis.
Lepas isu Ketuanan Melayu, isu Raja Melayu, isu kristianisasi, kini ulang balik cerita mitos kuno UMNO itu. Wahai Hishammuddin anak Hussein, cucu Onn, ini lagu lama la. Rakyat kini tak sejahil seperti di awal zaman Mahathir Mohamad yang tiada telefon bimbit, tiada internet, tiada facebook.
Orang yang mendakwa terdapatnya unsur-unsur komunis dan JI dalam Pakatan Rakyat bukanlah orang yang sebarangan, yang mendakwa itu mempunyai kedudukan penting dalam Polis Diraja Malaysia, malah dari Cawangan Khas/Special Branch (SB).
Maka apabila Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengatakan UMNO dan Barisan Nasional sudah ketandusan idea dengan membangkitkan isu komunis dan JI, Hishammuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri menempelak menyatakan landskap politik sekarang sudah berbeza.
Warga dunia sudah tolak komunisme

UMNO sudah menyusup masuk dalam Cawangan Khas (SB)?


KUALA LUMPUR, 22 JULAI: DAP mengecam Barisan Nasional kerana menggunakan Cawangan Khas (SB) polis sebagai alat politik untuk menakutkan rakyat terhadap Pakatan Rakyat supaya membolehkan BN mengekalkan kuasa dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ketua Penolong Pengarah E2(M) dalam bahagian ancaman ekstremis sosial Cawangan Khas, Mohd Sofian Md Makinuddin, yang dilaporkan pada hari Khamis lalu oleh agensi berita nasional Bernama sebagai berkata bahawa kononnya terdapat elemen Jemaah Islamiah (JI) menyusup masuk PAS sementara elemen komunis menyusup ke dalam DAP.
“DAP tidak tahu apa-apa tentang penyusupan komunis dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan elemen komunis. Dengan memilih untuk membuat pengumuman tanpa terlebih dahulu merujuk kepada pucuk pimpinan DAP, Mohd Sofian dan Cawangan Khas telah bersikap tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.
“Ini tidak lain dan tidak bukan adalah tindakan oportunis politik oleh Cawangan Khas untuk membuat serangan tidak berasas ke atas DAP tanpa menunjukkan bukti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan mempersoalkan sama ada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berani mengarahkan Cawangan Khas untuk menunjukkan bukti kepada rakyat bagaimana komunis telah menyusup ke dalam DAP.

دعاء الشيخ السديس على بشار الأسد Sudais Dua' Syria

Nasheed I Weep For Sham (Syria) أبكى على الشام

Isu 13 mei yang diperbesarkan Muhyiddin itu senjata politik yang sudah menumpul

TS Muhyiddin Yassin masih bercakap tentang isu kejadian 13 Mei  dalam siri kempen beliau di mana-mana. Beliau telah mengingatkan anak-anak muda supaya bersatu di bawah BN jika kita hendak hindarkan kejadian 13 Mei  dahulu. Kata-kata Muhyiddin ini tidak lebih dan tidak kurang menunjukkan yang beliau adalah dalam keadaan ‘desperado’ dan amat tertekan dengan sokongan yang merudum terhadap BN khususnya UMNO.
Di Semenanjung ini seperti yang saya telah selalu perkatakan BN itu adalah UMNO kerana parti-parti komponennya MIC dan MCA serta Gerakan sudah tidak relevan hampir seratus peratus sekarang ini. Maka UMNO itu BN, dan BN itu UMNO. Malahan UMNO kini telah terbeban dengan tanggungjawab menjaga semangat BN itu enggan menurunkan calon-calon MCA, MIC dan Gerakan walaupun UMNO tahu yang ketiga-tiga parti itu sudah lama ditinggalkan ahli-ahli dan penyokongnya.

Abby Abadi sertai PAS,. satu pilihan yang tepat

Bukan sesuatu yang anih atau mengejutkan apabila ramai artis menyertai parti politik sejak akhir-akhir ini. Itu satu pertanda yang sihat,di mana setiap individu termasuk artis sudah menginsafi betapa  pentingnya politik dalam kehidupan.

Dan bagi kehidupan seorang muslim, sudah tentu agama dan politk tak dapat dipisahkan!  Maka senario yang berlaku hari ini,  ramai artis menyertai PAS atau PKR, adalah merupakan tindakan tepat dan wajar !!  Tuntutan agama dan undang-undang menghalalkan! Parti siasah mana yang mereka nak sokong itu menjadi hak masing-masing.
 

DAP kecam BN guna SB untuk bantu hadapi pilihan raya

KUALA LUMPUR, 22 Julai — DAP hari ini mengecam tindakan parti kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dilihat turut menggunakan anggota pasukan polis daripada Unit Cawangan Khas untuk membantu BN beroleh kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Setiausaha Agung parti berkenaan, Lim Guan Eng (gambar) menegaskan, tindakan BN menggunakan Cawangan Khas juga dilihat sebagai alat politik untuk melemahkan keyakinan umum kepada Pakatan Rakyat.
“DAP tidak mempunyai pengetahuan tentang penyusupan komunis dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan elemen komunis,” kata Ahli Parlimen Bagan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Lim turut mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk mengemukakan bukti bagaimana elemen komunis telah meresap ke dalam DAP.
“Adakah menteri dalam negeri berani untuk mengarahkan Cawangan Khas untuk menunjukkan bukti kepada rakyat bagaimana komunis telah menyusup ke dalam DAP?
“Jika Hishamuddin gagal melakukan demikian, maka sebenarnya Cawangan Khas yang sudah disusup oleh Umno!” tegas Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.
Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi turut menjelaskan, “taktik terdesak ini tidak berbeza daripada Umno yang mempersoalkan kesetiaan DAP terhadap Malaysia.

Negara Berkebajikan: Seminar kumpul pakar 5 Ogos

KUALA LUMPUR: Pusat Penyelidikan PAS (PPP) akan menganjurkan Seminar Zulkifli Muhammad – Membangun Negara Berkebajikan pada 5 Ogos depan untuk membincangkan polisi dan cabaran bagi merealisasikan Tawaran Negara Berkebajikan PAS sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan raya Umum ke-13.

Seminar yang akan diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUISZM), Taman Melewar ini merupakan kesinambungan daripada Seminar Pembentukan dan Penilaian Polisi Awam pada 8 Julai lalu yang memberi pengenalan kepada ahli-ahli PAS yang berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk merangka dan membentuk polisi-polisi awam.

Menurut Pengarah Operasi PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, seminar ini akan memberi peluang kepada kepimpinan PAS di peringkat pusat dan wakil-wakil rakyat PAS serta pakar-pakar dalam pelbagai bidang untuk duduk berbincang mengenai polisi dan cabaran apabila berjaya membentuk kerajaan.

Pilihan raya mengejut dalam bulan September sebelum Hari Malaysia, kata sumber

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Pentadbiran Najib dijangka mengadakan pilihan raya mengejut pada September sebelum Hari Malaysia, jika rancangan untuk membubarkan parlimen bulan hadapan menjadi kenyataan, kata sumber dalaman dan penganalisis.
The Malaysian Insider difahamkan, penasihat dan pembantu perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak telah memberitahu beberapa orang tentang rancangan untuk mengadakan pilihan raya diantara Hari Raya Aidilfitri pada 19 Ogos dan hari pembentangan bajet pada 28 September. Hari Malaysia adalah pada 16 September.
“Pilihan raya mengejut adalah sebelum 16 September supaya memberi masa yang cukup untuk membentangkan bajet 2013 pada 28 September jika BN masih menguasai Putrajaya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

KWSP: MTUC gesa pencarum diberi opsyen


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu pencarum diberi opsyen untuk mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) susulan undang-undang baru menaikkan usia persaraan swasta kepada 60 tahun.

Presidennya, Khalid Atan berkata, kerajaan khususnya KWSP sewajarnya memberi pilihan kepada para pencarum, termasuk tempoh peralihan tiga hingga lima tahun, sebelum menguatkuasakan peraturan baru selari dengan keputusan menaikkan usia persaraan swasta.

Pakatan says willing to accept polls defeat for peace’s sake

KUALA LUMPUR, July 21 — Pakatan Rakyat (PR) will accept any outcome in the 13th general election, which sources now believe will be in September, even if it fails to wrest federal power, several leaders have said.
The leaders repeated DAP MP Lim Kit Siang’s promise yesterday that they would do everything in their capacity to prevent any trouble on the streets after the polls and avoid a repeat of the bloody racial clashes of May 13, 1969.
PKR vice-president Nurul Izzah Anwar pointed out to The Malaysian Insider that it was Umno and Barisan Nasional’s (BN) blood that PR is baying for, not that of innocent Malaysians.
PKR vice-president Nurul Izzah Anwar told The Malaysian Insider that the first course of action PR will commit to should it claim Putrajaya would be “to investigate the corruption that exists in BN”. — file pic
“So if we win, the first action would be to investigate the corruption that exists in BN,” she vowed when contacted last night. She said, however, that if PR is defeated, the pact was willing to accept the wishes of the electorate.
“We will accept a clean and fair result, regardless whether we win or lose,” said the Lembah Pantai MP.
Her father, Datuk Seri Anwar Ibrahim, who has been named the federal opposition’s prime minister-in-waiting, had recently said that the coming 13th general election would be his final shot at power.
The polls are expected to be the toughest to date for the ruling BN under Datuk Seri Najib Razak, who desperately needs to capture a stronger parliamentary seat-majority to strengthen his mandate.
In Election 2008, a BN pact led by Najib’s predecessor Tun Abdullah Ahmad Badawi lost its customary two-thirds parliamentary majority and five states — Selangor, Penang, Kedah, Perak and Kelantan — to the loose coalition of DAP, PKR and PAS.

DAP denies communists links: Special Branch has been infiltrated by Umno


DAP denies communists links: Special Branch has been infiltrated by Umno - Guan EngDAP condemns BN for exploiting the police Special Branch as their political tool to undermine public confidence in PR to help BN win the next general elections.  Special Branch chief assistant director of the E2(M) national social extremist threat division Mohd Sofian Md Makinuddin was quoted by national news agency Bernama on Thursday as claiming that JI elements were trying to infiltrate PAS while the communist elements were trying to infiltrate the DAP.
DAP has no knowledge of any communist infiltration and has no relationship with any communist elements. Mohd Sofian and the Special Branch behaved unprofessionally and irresponsibly by choosing to go public without first informing the DAP top leadership. This is a shameful act of political opportunism by Special Branch to make a baseless attack on DAP without needing to show proof.
Show evidence to the public

WHAT SAY YOU: Hisham shaping up to be the "lousiest" Home Minister ever

WHAT SAY YOU: Hisham shaping up to be the "lousiest" Home Minister everIt is the most cowardly, craven and irresponsible response from Datuk Seri Hishammuddin Hussein who is proving to be the lousiest Home Minister in the nation's history.
How can a responsible Home Minister claim ignorance when a top Special Branch officer could go public to make the most damning allegations against Federal opposition parties as claiming that Jemaah Islamiah (JI) terrorists and communists are infiltrating PAS and DAP respectively to stand as candidates in the next general election when there is no basis whatsoever?
All that Hishammuddin has got to say on the serious allegations by Special Branch's assistant director of the E2 (M) national social extremist threat division head Mohd Sofian Md Makin is that he was "not sure" about the alleged infiltration of Islamist terrorists and communists into Pakatan Rakyat, that "I don't have the relevant information at the present moment.Therefore, I cannot say whether it is true or not. I can only say this much, this topic is very sensitive."
Would this be Hishammuddin's response if Sofian had publicly alleged that terrorists and communists have infiltrated into UMNO, MCA, Gerakan, MIC, and the BN Sabah and Sarawak parties to stand as candidates in the next general election?
Of course not!
How can Sofian proceed without Hisham's OK

Water crisis or ROZALI CRISIS: Blurring the focus

The dams are overflowing with water, but there is no water in the tap. What is going on here?
After the war of statements over the past few days, we have finally got a clearer picture. Even if water dams are full, it does not guarantee sufficient water supply as water kept in dams is raw water which must be treated to become drinking water.
Water crisis or ROZALI CRISIS: Blurring the focusNo matter how much raw water we have, we will still face water shortage if we are not able to filter and purify water rapidly.
Complicated system put in by previous administrators
The water supply operation in Selangor is complicated. Syabas is responsible only for water distribution while concessionaire companies Permodalan Negri Selangor Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Holdings (SPLASH) and Konsortium ABASS are responsible for water filtration.
There are 33 water treatment plants in Selangor producing 4.3 billion litres of water per day. Since there are already so many water treatment plants, why is Syabas still demanding for the Langat 2 water treatment plant?

Bob Lokman sedia jadi calon PRU


bob lokman ROMPIN – Bekas pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman tidak menolak kemungkinan menjadi calon Pas pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya diarahkan pucuk pimpinan tertinggi parti itu untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Bob berkata, pemilihannya sebagai calon PRU itu bersyarat di mana beliau hanya akan bertanding jika Pas ketandusan calon di sesuatu kawasan hingga memaksanya memikul amanah tersebut.

Menurutnya, keputusan itu selaras dengan tuntutan fardu kifayah yang meminta perkara wajib dilakukan sebahagian masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam.

Hudud: Nasrudin tegas kemuka bukti


Nasrudin Hasan SHAH ALAM – Ketua Pemuda Pas , Nasrudin Hassan Tantawi mempertahankan kenyataannya bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah secara terbuka menyatakan hasrat sedia mempertimbangkan pelaksanaan hudud.

Katanya, kenyataan itu dibuat Karpal sewaktu Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) kali ke-2 di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, 19 Disember 2010.

Nasrudin dengan tegas menyatakan beliau tidak menipu, tambahan pula kenyataan Karpal itu turut disaksikan ribuan ahli dan pemimpin PR di konvensyen tersebut.

Kampung Bharu Akan Senasib Felda?

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) merasa kesal dengan pelantikan Datuk Astaman Abdul Aziz, sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB). Bagi DPPKT, pelantikan Datuk Astaman Abdul Aziz tidak kena pada masanya kerana kelayakannya dan latar belakang beliau bagi mewakili kepentingan rakyat Kampung Bharu itu.

DPPKT mendapati ramai penduduk Kampung Bharu merasa terkilan dengan pelantikan Datuk Astaman Aziz memandangkan beliau bukan anak jati Kampung Bharu dan beliau juga tidak dibesarkan di kampung tersebut. Beliau dilihat bukan mewakili penduduk atau pemilik Kampung Bharu justeru beliau tidak dapat merasakan sentimen yang mendalam bagi memperjuangkan isu Kampung Bharu. Apakah beliau boleh merasai denyut nadi dan keperihan penduduk kampung tersebut dalam memperjuangkan nasib mereka?

Politik Jubah @NajibRazak tanda umporno bakal dikapankan..

Alahai Menteri Wanita bermisai..sampai politik Jubah terpaksa digunakan..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiahkan jubah kepada 14,254 imam dan 138,746 ahki jawatankuasa masjid-surau demi memperbaiki imej beliau yang dikaitkan dengan pelbagai skandal rasuah dan penyelewengan kuasa.


Inisiatif itu dibuat mungkin selepas meyakini bahawa majoriti Melayu khususnya golongan beragama bakal menolak Umno Barisan Nasional secara besar-besaran semasa Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

"Sebab kita sudah sampaikan awal, saya harap tok imam pakailah (jubah daripada) kain baru ini pada 1 Syawal nanti," katanya pada Majlis Himpunan Perdana Warga Imam di Serdang, semalam.

Hadirin yang dikerah berkenaan turut menerima 'token' RM100 melalui peruntukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Difahamkan, sebanyak RM2 juta wang rakyat dihanguskan oleh JAKIM bagi agenda politik peribadi Najib

Apa? Johor Menghadapi Masalah Air?....S'pore tak de masalah air yerk....!!!


Macam tak percaya negeri kuat UMNO ada masalah air. Negeri Timbalan Perdana Menteri pulak tu.

Sebelum ini cukup bising pom pang pom pang dari golongan UMNO/BN hebohkan masalah air di Selangor dan Kelantan.

Sekarang betul-betul kena kat batang hidung. Tak nak pulak bising.

Ulasan dari FB:

JOHOR hadapi krisis air, wow!!! aku tak percaya, bro.... memang tak percaya!! mana boleh Johor hadapi krisis air, yang hadapi krisis air ialah Selangor, apa pasal Johor pula yang jadi 'mangsa'??

Itulah kerja Allah namanya. Buat jahat, aniaya kerajaan negeri yang berkhidmat untuk rakyat, Allah bayar cash.... akhirnya Johor berdepan dengan krisis air. Insaflah.... marilah kita kembali berpolitik secara bersih kerana Allah, bukan berpolitik ala 'yahudi' seperti yang diamalkan oleh UMNO Barisan Nasional.
- Apek


Yang ni lagi teruk, tengoklah airnya warna apa. Kat negeri mana tu?

MB: Ambil alih Syabas tiada kaitan politik


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim PETALING JAYA - Tindakan Kerajaan Negeri mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) adalah profesional demi kepentingan pengguna semata-mata dan bukannya bermotif politik.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, langkah itu dilakukan untuk memastikan kira-kira dua juta rakyat Selangor mendapat air terawat mencukupi pada harga munasabah, tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

“Walaupun saya ahli politik, saya seorang profesional. Tujuan saya (hasrat ambil alih pengurusan Syabas) bukan untuk menyalahkan sesiapa, tetapi menyelesaikan masalah pengguna.

Apa kata Dr Asri kat orang Umno...


Beginilah solat tarawih selepas pemerintah zalim Mesir jatuh

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/578840_398863913511900_163751422_n.jpg

Suasana Solat Sunat Tarawih di Negara Islam Mesir era kepemimpinan hafiz 30 Juzu' Al-Quran, 
Dr. Muhammad Mursi [Presiden Mesir]. Mari kita ambil semangat mereka menentang pemerintah yang zalim.....

Menunggu Ketibaan saatnya di Malaysia...!!

Ramadhan: Kasihi saudara seagama yang dizalimi


KUALA LUMPUR: “Maka kesempatan Ramadhan ini perlulah kita gunakan semaksimum mungkin untuk menunjukkan persaudaraan dan kasih sayang kita kepada mereka,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Justeru, beliau menyeru umat Islam negara ini memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT agar saudara seagama di beberapa negara seperti Palestin, Syria dan Myanmar dikeluarkan daripada kezaliman dan kesempitan serta diberi kemenangan oleh Allah SWT.

“Sudah terlalu banyak darah umat Islam ditumpahkan oleh manusia yang zalim,” ujarnya dalam perutusan Ramadhan 1433.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Penyelewengan & pembaziran Isa Samad atas duit Felda


Walaupun hari ini (semalam), hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa; atas tanggungjawab utk menyelamatkan harta peneroka Felda khususnya dan rakyat Malaysia umumnya, saya dedahkan butiran penyelewengan dan pembaziran Isa Samad.

Butiran ini telah dibuat laporan polis dan SPRM. Dukcita, tiada perkembangan setakat ini. Orang yang paling kuat mempertahankan Isa adalah Rosmah Mansur, isteri PM sendiri. Bahkan nama Isa sebagai Pengerusi Felda pun, Rosmah yang beria2 sangat mahukannya. Isteri Isa, Bibi Sharliza Mohd Khalid adalah kroni Rosmah.

Rakan FB, anda boleh nilai sendiri; umpamanya sambutan hari raya zaman Pengerusi Felda dulu, Tan Sri Yusof Nor kosnya baru RM30,000 sahaja. Isa Samad belanjakan RM353,375.00, sepuluh kali ganda lebih tinggi. Ini wang peneroka Felda!!!

'Sesungguhnya pembaziran adalah saudara syaitan'..mcam mane ni Firus Che Man?

-Mazlan Aliman

Kedutaan ditutup, warga M'sia di Syria diarah pulang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah memutuskan semua rakyat Malaysia dan pelajar di Syria dibawa pulang ke tanah air serta merta berikutan pergolakan yang semakin meruncing di negara Timur Tengah berkenaan.

Beliau juga sudah memberikan kebenaran untuk menutup Kedutaan Malaysia di Syria serta merta dan mengarahkan penjawat awam termasuk Duta Besar Malaysia kembali ke tanah air atas faktor keselamatan.

"Saya menerima panggilan dari Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman selepas berbuka tadi yang meminta izin untuk membawa pulang rakyat dan pelajar kita di Syria berikutan pergolakan yang semakin meruncing.

Snap polls likely in September before Malaysia Day, say sources

The Malaysian Insider understands that the PM’s aides and BN officials have briefed several people on the plan to hold elections between Hari Raya Aidifitri and the proposed Budget Day of September 28. — file pic
KUALA LUMPUR, July 22 — The Najib administration is looking at a snap election in September before Malaysia Day if it goes through with a plan to dissolve parliament next month, sources and analysts say. The Malaysian Insider understands that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s aides and Barisan Nasional (BN) officials have briefed a number of people on the plan to hold elections between Hari Raya Aidifitri which falls on August 19 and the proposed Budget Day of September 28. Malaysia Day is on September 16.
“Snap polls are likely before September 16 so that will give enough time to table the Budget 2013 on September 28 if BN retains Putrajaya,” a source told The Malaysian Insider.